DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Wednesday, 1 April 2015

Kimchi Untuk Awak! [Teaser 3]




Teaser 3 A

-Babak ini diambil secara random :)-

 
Hanok Style Guesthouse [Hanok : Korean Traditional House]
Selepas Danial mandi tadi, giliran aku pula membersihkan diri di dalam ruangan ini. Siap syampoo rambut sekali. Ahh..segarnya! Bathrobe separas lutut di badan kukemaskan ikatannya . Bagus jugak guesthouse ni. Bukan sahaja tuala yang disediakan tetapi juga dengan bathrobe sekali. Bayangkan seharian aku berada di Hanok Village dan kemudiannya travel selama hampir dua jam untuk sampai ke sini. Memang sangat melesukan badan. Nasib baiklah ada guesthouse ini di tengah-tengah hutan! Dapat juga aku mandi dan rehatkan diri.  Namun di dalam rasa selesa yang tak bertepi, terselit juga rasa bersalah.

Jujur, aku hampir-hampir mahu berkongsi bilik dengan Danial gara-gara kasihankan dia namun mana mungkin aku mengajaknya semula setelah aku gatal-gatal cakap yang aku tak selesa untuk berkongsi bilik dengannya tadi. Lagipun aku taknaklah nampak seperti perigi mencari timba walaupun tidak dinafikan, aku sangat-sangat rindukan lelaki itu.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.


“Agak-agak berdosa tak aku halau suami keluar dari bilik ni? Baru tadi kau janji dengan dia..kononnya dia priority kau selepas Allah dan Rasul..sekarang apa dah jadi?”

Lama aku merenung ke arah diri sendiri. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini. Akhirnya, aku hanya mampu menjungkitkan bahu aje dan setelah membalut rambut dengan tuala, aku terus melangkah keluar dari bilik mandi.

Berkerut seribu wajahku saat ini. Mata berlari ke arah ipod di atas meja solek di bahagian kiri bilik. Bila pulak aku pasang lagu Inggeris ni? Yang aku tahu, tadi sebelum mandi, aku ada pasang list lagu korea. Ah, sah ipod aku dah mereng! Sedap juga sesekali mendengar lagu romantik seperti ini. Layan je laaa!

Sambil bernyanyi kecil, aku mengatur langkah menuju ke arah meja solek yang tersedia di penjuru bilik. Bagus jugak guesthouse ni. Walaupun berkonsepkan hanok dan tidaklah bertaraf hotel banyak bintang, ada jugalah menyediakan losyen untuk penginap. Terus sahaja aku menyapu losyen pada kedua-dua belah lengan. Aroma lavender menguasai ruang bilik saat ini. Kemudian ikatan tuala pada rambut kuleraikan. Anak mata kini berlari ke arah cermin namun bukan wajah sendiri yang sedang aku pandang saat ini, tetapi wajah seorang lelaki yang sangat kacak yang sedang terpaku merenungku di sini. Hampir gugur  jantung!

Speechless Danial

“Danial!” Terjerit kecil aku jadinya.

Dapat kurasakan berliter-liter darah menyerbu ke wajah saat ini. Mataku tepat merenung ke arah lelaki  itu di dalam cermin. Sumpah aku tak berani menoleh ke belakang. Debaran di dada yang menggila semakin menjadi-jadi apabila aku lihat lelaki itu sedang melangkah ke arahku dengan sangat tenang. Wajah yang serius itu masih merenungku dengan pandangan yang sangat aneh. Seperti kena pukau pun ada! Kelam-kabut aku membetulkan bahagian atas bathrobe paras lutut ini supaya kelihatan sopan.

Ini kali kedua aku melihat reaksi wajah seperti itu. Kali pertama, ketika dia ternampak aku di kondo omma. Ketika aku hanya memakai bathrobe di badan juga, seperti sekarang. Denyutan jantung semakin melaju saat ini.

“Ma..ma..macam mana a..a..awak bo..boleh ma..ma..masuk ke si..sini?” Soalku dengan tergagap-gagap.

Anak mata memandang ke arahnya yang dapat kulihat dengan jelas di dalam cermin meja solek ini. Tanpa sebarang kata, dia menyelukkan tangan di dalam poket seluar dan kunci bilik ditunjukkan kepadaku.  Ye lahh..memang kebanyakan hotel berikan dua anak kunci kepada pengunjung kerana 1 bilik hotel selalunya untuk dua orang!

“Bu..bukan a..awak nak ti..tidur dalam ke..kereta ke?” Bulat mataku menikam wajahnya.

Danial kulihat dengan wajah yang tenang menghentikan langkah saat ini. Ada senyuman yang sangat mempesonakan beraja di wajahnya. Semakin cemas aku jadinya apabila dia betul-betul berada di belakangku. Tidak ada lagi ruang untukku melangkah.

Dapat kurasa dan dapat kulihat melalui cermin tangan sasanya sudah pun memeluk pinggangku dari belakang dengan sangat kemas. Semakin tidak keruan aku jadinya.



“It’s raining so heavily outside..pekerja guesthouse takde umbrella..” Bisiknya di telinga kananku. Dapat kurasa deru nafasnya menampar lembut cuping telinga. Aku cuba melarikan kepala sedikit saat ini.

“I thought I can rest here for awhile..waiting for the rain to stop but…”

 Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati.

“Sayang..I didn’t expect to see you like this..”

 Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu.

“Sorry..but..but..saya nak keringkan rambut kat dalam bathroom.”

Gara-gara terlalu kalut dan tidak menyangka aku akan terperangkap di dalam situasi ini, aku terus meloloskan diri dari pelukan Danial dan melarikan diri ke arah bilik mandi. Mahu menenangkan diri untuk seketika. Namun entah di mana silapnya, gara-gara lantai yang licin dan kakiku yang masih basah aku hampir hendak terjatuh ke belakang saat ini namun Danial dengan pantas menangkap tubuhku dari terjatuh. Tanganku pula automatic memegang pinggang Danial. Anak mata kami kini berpandangan.

 “Why do you need to dry your hair? I personally think you look so damn sexy with this wet hair look.”  Bisiknya.

 Senyuman yang sangat mempesonakan jiwa dihadiahkan kepadaku. Anak matanya mula berlari ke serata wajah dan kemudiannya kulihat bergerak ke arah kawasan leher yang terdedah. Terus sahaja aku mencuba sehabis daya untuk berdiri tegak saat ini. Berjaya! Setelah dilihatnya aku sudah mampu berdiri, lelaki ini melepaskan pegangannya di tubuhku.Tanpa aku duga dia kemudiannya terus melutut membuatkan aku semakin resah. Tangan kanannya dihulurkan kepadaku.

“Princess, would you dance with me tonight?” Soalan lelaki yang berhidung mancung ini benar-benar membuatkan aku  gugup.

“Sa..saya tak pandai menari..” Ucapku. 

Sabar Bella..jangan pengsan!

“Please..”

Rayuan lelaki yang mempunyai wajah yang menggetarkan jiwa ini benar-benar buat aku hilang akal. Tanpa sedar tanganku menyambut huluran tangannya. Tubuhku ditarik rapat ke tubuh sasanya dan kedua-dua belah lengannya melingkar di belakang bahagian tubuhku yang dilapisi bathrobe. Aku cuba mengikut rentak kakinya dengan perlahan. Alunan lagu romantik inggeris Crazy Over You nyanyian 112 yang bergema dengan perlahan melalui ipod menambahkan lagi getaran di hati.


klik untuk dengar lagu ni :) Crazy over you - 112

I Fell In A love With You
T'was Like A Dream Come True
And My Love For You Will Never End Oh No
It Was Such A Special Night
You Lay Right By My Side
And I Told You Things I'd Never Tell Any Soul

Dapat kurasakan Danial melabuhkan dagunya di sisi kanan bahuku dan kemudiannya bibirnya melekap di situ juga. Demi Allah, rasa seperti kaki tidak lagi memijak bumi. 

Dapat kudengar Danial turut sama menyanyikan bahagian chorus itu dengan sangat perlahan. 

I'm
Crazy Over You
I Don't Know What To Do
I'm Crazy Over You
                                                                   
Aku pula hanya memejamkan mata dan mengikut sahaja arah kaki yang menari dengan perlahan.

“Bella, I’m crazy over you..” Bisiknya di telingaku.

**Sambungan babak ini di dalam versi cetak nanti**

***
Teaser 3 B

-Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 A-




Anak mata kuberanikan memandang ke arah suami yang sedang berada di kerusi memandu, di sebelah kiriku. Dia kelihatan sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya yang terbentang luas di hadapan kami. Memandu pun ada gaya. Aku tersenyum sedikit. Bagai ada magnet anak mataku masih melekat pada dia yang kacak dengan kaca mata hitam di wajah. Lelaki berkulit cerah ini sememangnya mempunyai rupa paras yang menarik. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke mari.  Apa lagi, kelam-kabutlah aku memandang ke hadapan.

“You know what Bella?” Dengan wajah yang serius aku menoleh ke kiri.

“Hmm?” Soalku cuba berlagak selamba.

Kaca mata hitam yang berada di wajah Danial ditanggalkan saat ini.

“I love it when I catch you looking at me..then you blush and look away.”

Ada ketawa kecil di hujung ayatnya membuatkan hati aku bergetar. Alamak..dia perasan la pulak!

“Mana ada..”

 Gumamku dengan perlahan dan terus memandang ke arah hadapan semula. Berbahang rasanya wajah untuk kesekian kalinya apabila tangan kanan Danial mengusap tangan kiriku untuk beberapa saat sebelum tangan itu menjalar semula ke stereng kereta.

“I know you miss me..sabar kay..lagi setengah jam kita akan sampai. I promise I’ll give full attention to you afterwards.” Ucapnya dengan sangat romantik. 



Semakin gugup aku jadinya. Saja nak usik aku lah tu.

“Mana adaaa…Bella tengok pokok-pokok berdaun merah tadi. Bukan tengok abang..” 

Aku menggumam lagi. Dapat kudengar Danial ketawa nakal. Aku tahu dia sedia maklum aku sengaja memberikannya alasan. Tergamam aku seketika apabila kereta membelok ke satu lorong di sebelah kiri saat ini. Sumpah aku telah terpesona.





“Ya Allah..cantiknya..”

Terjerit kecil aku jadinya saat ini. Mataku merenung ke arah deretan pohon-pohon maple yang dedaunnya berwarna oren kemerahan di kiri dan kanan kami saat ini. Daun-daun yang berguguran di atas jalan raya menambahkan lagi keindahan tempat ini. Tidak ada kenderaan lain langsung di hadapan kereta kami. Dapatlah aku melihat dengan sejelas-jelasnya pemandangan yang cantik ini.

“You love it?” Danial tersenyum kacak ke mari.

“Of course.” 

Dengan pantas aku mengangukkan kepala bersama senyuman yang paling manis di bibir. Sekelip mata bumbung kereta ini turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di dalam hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat. Terus sahaja aku memandang ke arah Danial.

“Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya..” Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang. Danial merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa.

“Anything for you, princess.”

Aku terus mendongakkan kepala ke atas bersama rasa yang berbunga-bunga di dalam hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat yang cantik begini  benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan.

Who said life isn’t a fairytale?


***
Teaser 3 C

Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 B

Termenung aku sendirian jadinya saat ini. Mataku memandang kosong ke arah omma yang sedang membuat pembayaran di kaunter.  Aku mahu membayar kos perubatanku tetapi omma tetap berkeras untuk menyelesaikannya bagi pihakku. Pandangan kuhalakan ke arah manusia yang berada di kawasan ini. Di ruangan menunggu ini aku akhirnya termenung panjang. Termenung memikirkan kebahagian dan kegembiraan yang telah diragut dariku dalam sekelip mata sahaja. Pilunya hati hanya Allah yang tahu. Air mata sudah mula memenuhi ruang mata. Pantas aku menyekanya.

“Sakit lagi bahagian perut tu?”

Aku mendongakkan kepala ke arah suara itu. Omma nampaknya sudah selesai membuat bayaran. Di tangannya terdapat resit dan plastik berisi ubat-ubatan.

“Not anymore, omma.” Jawabku perlahan.

“Alhamdulillah..”

Wanita ini kemudiannya menghulurkan tangan ke arahku. Aku terus menyambutnya dan bangun berdiri.

“Walaupun Danial tidak ada di sisi Bella saat ini, omma harap sangat Bella terus kuat. Omma akan jaga Bella. I will take good care of you.”  Ujar omma dan kami berjalan beriringan menuju ke arah lif.

“Thanks omma. Bella cuma nak tahu di mana Danial berada. Bella yakin mereka bawa Danial ke hospital. Tapi, Bella tak tahu hospital mana. I hope he’s fine..”

Sudah cuba kutahan namun air mata tetap juga gugur. Semakin lama semakin laju sehingga menghasilkan esakan yang tidak berpenghujung. Sesak terasa dada yang semakin sebak dan hiba.


Beginikah rasa sakitnya sebuah kebahagiaan yang direntap?



Adakah ini noktah sebuah hikayat cinta musim luruh yang sangat mengasyikkan? 

















Nantikan Kimchi Untuk Awak! terbitan Kaki Novel di pasaran nanti :) In syaa Allah boleh dapatkannya bermula dari 24 April 2015 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur [24 April - 3 Mei] :) Novel ini juga akan dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia bermula May 2015 nanti :)