DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Tuesday, 28 February 2017

SWEETHEART 100 HARI! BAB 11

BAB 11



Oh no! Baru aku perasan yang buku lali aku sudah mula membengkak! Tapi tak lah banyak. Sikit aje. Jangankan nak gerak, baru pegang-pegang sikit pun dah sakit. 

Berdenyut-denyut kau!  Eh, tulang buku lali aku patah ke apa ni? Dina ni pun, lama benar masa yang diambil untuk dapatkan minyak panas dari papanya tu. Ke Iskandar tak bawak stok minyak angin atau minyak panas ke sini? Aduh..macam mana ni? Haru!! Kepala yang tak gatal aku garu dengan kasar.

Perlu ke aku pergi hospital? Nak naik apa? Ambulans? Ergh, aku rela kut naik ambulans dari naik kereta lelaki tu. Kalau boleh, sebesar kuman pun budinya aku tak mahu makan lepas ni.

Relax Malissa..relax! Jauh sangat kau fikir tu..sampai nak naik ambulans bagai. Nafas kurarik dalam-dalam. Aku cuba seboleh mungkin untuk menenangkan diri.

Anak mata kini melirik ke arah sweater lelaki itu yang kelihatan besar di badanku. Kemudian ke arah seluar track yang terpaksa kulipat beberapa kali di bahagian pinggang. Apabila terbayang riak wajah lelaki itu ketika ternampak aku terjelepuk atas lantai tadi, aku mulalah tertekan. Dia nampak kaku apabila terlihat aku dalam keadaan berkemban tadi. 

Aduh..kenapalah aku tak sarung sweater cepat-cepat? Insiden dia mendukung aku ke atas katil setengah jam  yang lalu  pula menerjah fikiranku kini. Pantas kedua-dua belah tangan aku tekupkan ke wajah. 

Aduhai..bagaimana nak berdepan 
dengan lelaki itu selepas ini?

"Mama..mama menangis ke?"

Dengar suara manja itu berkumandang di ruangan ini, aku terus meleraikan tapak tangan dari wajah. Aik, kenapa merah wajahnya ni? Siap ada sisa tangisan lagi. Kena marah dengan papanya ke gara-gara minta minyak angin?
Baru hendak membalas kata-kata Dina, terus budak comel ini melurut lembut rambutku sambil bersuara.



"Mama janganlah menangis..nanti papa datang." Pujuknya. Papa? 



Bulat mataku merenungnya saat ini. Pantas aku menggelengkan kepala. 



"Tak..tak! Mama tak menangis. Mama okay je..mama happy! Tolonglah jangan panggil papa." 



Kelam-kabut aku berkata begitu. Boleh pula Dina ketawa.


"Mama janganlah takut. Papa tu bukan harimau..papa tak makan orang." Petah mulutnya berkata-kata membuatkan aku tersentak. 

Masih tidak percaya yang Dina akan mengeluarkan ayat itu. Mana mungkin aku lupa? Sampai mati pun mesti akan tersimpan kemas dalam otak ni.

"Relax la..saya bukan harimau..saya tak makan orang.."
Kembali terngiang-ngiang bisikan suara maskulin lelaki itu di ruang fikiranku. Stop! Ini bukan masanya nak kenang memori lalu Malissa. Tolonglah. Aku sudah mula memarahi diri.

"Mana minyak angin yang mama minta tu?" Soalku dengan lembut kepada si cerdik yang cantik dengan pijama Cinderella di tubuhnya ini.

"Papa cakap, kalau terseliuh tak boleh letak minyak angin atau minyak panas. Mama juga tak boleh urut kaki tu lagi." Ujar Dina. Gaya dia bercakap seperti baru sahaja menghafal ayat itu.

"Hah?" Aku mulalah buat muka pelik.

Biar betul kalau terseliuh tak boleh mengurut? Eh, pandai-pandai je jembalang tu. Yakin betul yang aku ni terseliuh. Mana tahu buku lali patah ke apa? Tok Wan aku kat kampung memang tukang urutlah! Nak tipu cucu tukang urut..memang silaplah! Aku mengetap bibir dengan geram.

Tapi Lisa..kau tu cucu tukang urut je..bukan tukang urut pro macam Tok Wan. Tengok ni, buku lali ni patah ke, terpeleot ke, atau urat putus ke, kau pun tak boleh nak teka! Mana tahu karang urut-urut terus jadi untut kaki kau tu?! Tak ke niaya?? Seperti ada suara pula yang menempelak aku begitu. Tangan kanan dah pun memicit kepala. Pening!

"Mama jangan risau. Papa pernah sakit kaki juga lepas main bola dulu." Ujar Dina lagi. Eh eh dia ni, macam tahu pula apa yang bermain dalam fikiranku.

"Mama tak risau. Dina pun jangan risau-risau tau." Aku membalas kata-kata Dina dengan senyuman. Pantas dia mengangukkan kepalanya.

"Papa! Masuklah!" Suara riang itu membuatkan aku terkesima seketika. Papa?

Apa lagi, automatik jantung aku berdetak kencang.  Anak mata pantas kuhalakan ke arah pintu. Lelaki yang memakai sweater nipis berwarna hitam itu selamba sahaja melangkah ke mari dengan dulang di tangan. Di atas dulang itu berisi semangkuk besar ais, segelas air dan beg plastik kecil berwarna putih. Kenapa pulak ni? Dia ingat bilik ni dapur ke apa? Siap bawak ais-ais bagai? Bulat mataku menjegil ke arahnya dengan wajah yang masam. Harap dia fahamlah kehadirannya di sini memang tak dialu-alukan!

"Mama..Dina yang minta papa ubatkan mama. Dina nak mama sihat." Pantas Dina bersuara sambil melurut lembut kepalaku. 

Sebijik seperti aku lakukan kepadanya ketika dia sedih. Iskandar pula mula tayang wajah masam dan sangat serius.

"You heard that clear. Dina yang minta." Tegas dan sinis sekali kata-kata yang keluar dari bibirnya tu.

 Eleh, nak beritahu aku yang dia terpaksa sangatlah datang ke mari. Semakin panas pulak hati aku ni. Tak ikhlas! Pigi daa..aku pun tak inginlah bantuan kau.
Ikut hati, mahu sahaja aku membidas kata-katanya.

Tapi apabila mengenangkan Dina yang berada di sisiku, aku matikan hasrat itu. Iskandar kemudiannya meletakkan dulang di atas meja kecil di sisi katil. Kemudian, dia terus melabuhkan duduk di birai katil, betul-betul di sebelahku. Pantas aku bersusah-payah mengesot menjauhinya. Tak hingin aku nak duduk dekat-dekat dengan lelaki ni. Boleh pula dia angkat kening lihat reaksi aku? Anak matanya kemudian beralih kepada anak tunggalnya ni.

"Dina..papa tak nak Dina nangis-nangis macam tadi lagi. You promised to behave , right?" Tegas kata-katanya itu mampu membuatkan anak dara cilik ini gentar. 

Bagai budak yang baru lepas kena marah, dia menganggukkan kepalanya lemah. 



"Yes papa." Antara dengar dan tidak budak berumur 6 tahun ini bersuara.


 Oh patutlah, ada sisa tangisan kat wajahnya tadi. Dina menangis rupa-rupanya untuk memaksa papanya ke mari. Tersentuh hati aku saat ini. Sayang betul dia dengan aku. 

"Dina, tolong ambil brown pillow yang tebal tu kat bilik papa." Suruh Iskandar. Bagai kilat Dina melompat turun dari katil. Sebaik sahaja Dina menghilang, aku terus memuntahkan rasa tidak puas hatiku.

"Dato' Issac Iskandar, tak payah la awak nak susah-susah fasal saya. Sebelum awak muncul pun saya kuat je..dan selepas awak pergi dari hidup saya, alhamdulillah saya bertambah kuat." Rambut yang yang terjuntai ke wajah aku sebakkan kembali ke atas. 

Masalahnya, Iskandar hanya merenung sahaja ke arahku. 
Tenungannya itu sukar untuk aku tafsir.

"Saya tak perlukan awak lagi, Dato' Issac Iskandar!" Ucapku dengan geram untuk menutup segala kegugupan yang sudah mula bersarang di dalam hati. Tersentak jadinya lelaki ini. Mungkin terkesan dengan kata-kata aku.

"Kau ingat aku nak sangat bantu perempuan macam kau? Kalau tak fikirkan Dina, kau ingat aku nak buat ke semua ni? Dina cakap kau asyik mengerang kesakitan dari tadi. Kau tahu tak Dina risau sampai menangis-nangis? Aku tak nak anak aku sedih sebab kau." Kasar nada suaranya membuatkan aku panas hati. Pantas aku membidas.

"Perempuan macam saya ni, tak perlu bantuan awak! Keluar!" Ucapku dengan sangat geram. Ada senyuman sinis beraja di bibirnya.Anak mata helangnya itu dikecilkan sedikit.

"Habis tu, kau ingat aku suka sangat nak tolong kau? Aku buat semua ni sebab Dina. Dina is everything to me now." Kasar nada suaranya membuatkan aku panas hati. Pantas aku membidas.

"Dah agak. Memang tak ikhlas. Entah-entah kahwin dengan saya dulu pun tak.."
Belum sempat aku habiskan ayat, Dina kembali dengan sebijik bantal yang bersaiz kecil tetapi sangat tebal di tangan.

"Here is the pillow!" Ujarnya sambil mengulurkan bantal tersebut kepada papanya.

Iskandar meletakkan bantal tersebut di atas sebuah lagi bantal. Kemudian, kedua-dua belah bantal itu diletakkan di hujung kaki aku.  Apa agaknya dia ni nak buat? Datang sini nak main susun-susun bantal ke apa? Aku lihat sebelah tangannya meraupkan rambut ke atas. Nampak seperti sedikit pelik pun ada juga keadaannya tu. Gugupkah dia?

Tanpa aku duga, selamba sahaja dia menyentuh kaki kananku. Tersentak teruk jadinya aku.

"Eh, apa pegang-pegang ni?" Marahku.  Aku cuba tarik kaki aku tetapi tak berjaya. Sakit sangat. Berderau darah di dalam dada saat ini. Bulat mataku menjegil ke arahnya. Serta-merta dia melepaskan tangannya dari buku laliku. Mulalah dia merenung aku dengan tajam.

"Kalau macam tu, angkatlah kaki sendiri letak atas bantal tu." Bidasnya dengan geram.

Oh baru aku tahu dia ingin meletakkan kakiku di atas bantal.

"Saya boleh buat sendirilah! Tak payah nak pegang-pegang." Jawabku. Aku cuba mengangkat kakiku namun tak berjaya.. sakit sangat!

"Auchhh.."
Iskandar memandang ke arahku sambil tersenyum sinis.

"Manja! Terseliuh sikit pun nak kecoh." Bidasnya geram.  Aku pula mulalah membalas bidasannya tu.

"Kenapa pula saya kena letak kaki atas bantal? Awak doktor ke? Atau pawang? Memandai-mandai aje. Awak jangan nak ambil kesem..." Belum sempat ayat aku habis, dia terus memegang lembut bahagian kaki aku membuatkan terkunci terus mulut yang tadinya petah berkata-kata. 

Canggungnya situasi ini kurasakan. Kawasan wajah mulalah rasa panas. Kakiku diletakkan dengan cermat di atas bantal yang bersusun. Jantung..tolonglah jangan berdebar sangat. Nanti kaki sihat, jantung pula yang sakit.

"Tahu pun diam." Bisiknya sinis. 

Tak jadi aku nak menjawab kata-katanya apabila Dina bersuara dengan sangat sedih.

"Kenapa mama dan papa selalu bergaduh?"

Kedua-dua mata kami tertumpu pada Dina yang sedang duduk di sisiku. Allahuakhbar..bagaimana aku boleh terlupa tentang dia? Sayu pandangannya ke arah aku dan Iskandar saat ini.

"Bukan bergaduh.." Aku mula mencari alasan. Dina mula bersuara semula.

"Habis tu?" Soalnya lagi.

"Berbincang.." Jawabku sambil 
mengukir senyuman tawar ke arahnya.

Aku lihat Iskandar sedang memasukkan ketulan-ketulan ais  di dalam ice bag berwarna biru.Setelah ditutup dengan penutupnya yang berwarna putih, dia terus mendekati kaki aku kembali, membawa debaran di dalam dada. Sebelah tangannya mula menyentuh kaki aku membuatkan aku mulalah kaku. Apabila dia melipat kaki seluar yang aku pakai sehingga menampakkan betis sedikit, aku terus sedaya upaya menggerakkan kaki tanda protes.

"Tak payahla..."

Nampaknya dia memang tak makan saman. Tangannya masih menyentuh lembut kakiku. Ais diletakkan di atas kawasan buku laliku yang bengkak. Apabila anak mata kami berlaga, aku terus melarikan pandangan ke arah lain bersama debaran yang masih bersisa.
gambar dari pakcik google


"Biar je ais ni kat situ for like 15 minutes. Then alihkan. Lepas sejam letak semula for another 15 minutes." Ujarnya. 

Aku memberanikan diri memandang ke arahnya. Nampak dia juga sedikit canggung saat ini. Terus dia bangun dari katil. Kemudian, dia mencapai sebuah botol kecil dari atas dulang.

"Just rest in this position. Keeping your foot raised helps decrease pain and swelling. Kalau boleh biar position kaki kanan tu atas dari paras jantung macam ni untuk mengelakkan aliran darah ke kawasan yang injured tu." Ujarnya lagi sambil memandang ke arahku sekilas. Aku tidak membantah tetapi tidak juga mengiyakan.

"Now take this anti-inflammatory medication." Botol berisi pil-pil kecil itu dihulurkan kepadaku. Dengan malas aku mencapainya.

"Perlu ke makan ni?" Soalku sambil merenung ke arah pil-pil di dalam botol. 

Tanpa aku duga dia menundukkan wajah dan merapatkan wajahnya ke arahku.Bau wangiannya menusuk masuk ke segenap ruang hidung.Aku cuba untuk menahan debaran di dada. Bibirnya dirapatkan ke telingaku saat ini membuatkan botol di tangan terus terjatuh di atas riba. Dapat kurasa deruan nafasnya di telingaku. Dia ni memang sengaja nak buat aku kalut ke apa? 



"Suka hati kau lah nak makan atau tidak. Not my problem!" Bisiknya. Pantas aku mengetap bibir untuk kesekian kalinya. Kenapa tak cakap kuat-kuat sampai Dina dengar? Geram betul!

"Mama, Dina ke bilik air kejap. Nanti Dina jaga mama." Kata-kata Dina membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Pantas aku menganggukkan kepala.

"Okay sayang."
Sebaik sahaja Dina melangkah ke bilik air, Iskandar juga kulihat mula melangkah untuk meninggalkan bilik ini.

"Hey.."
Panggilku. Lelaki itu langsung tidak menoleh.

"Ni pula untuk apa?" Aku bersuara lagi sambil mencapai bandage yang berada di dalam plastik. Kali ini dia menoleh.

"Takkan untuk balut kepala kau pulak?"
 Memang menyakitkan hati betul!

"Saya tak perlukan ni. Manalah saya pandai balut-balut kaki." Pantas aku menggelengkan kepala sambil meletakkan kembali bandage di tangan di dalam plastik.

"Are you trying to say something?" Soalnya sambil merenung ke mari dengan pandangan yang sukar hendak dimengertikan.

"What?" Soalku pelik.

"Kau tak pandai? Habis tu kau nak minta aku balutkan kaki kau tu ke? Aku takut kau koma je nanti. Pegang sikit pun dah merah padam muka tu." Kata-katanya memang mampu membuatkan aku tersentak. Boleh pula dia cakap aku nak dia balutkan kaki aku.

"Perasan! Saya pun tak inginlah. You may leave now." Ujarku dengan sangat geram. Beberapa saat sahaja masa yang diambil olehnya untuk hilang dari pandanganku.
Bandage putih itu kucapai sekali lagi. Dina yang sudah pun muncul di ruangan ini semula terus duduk di sisiku.

"Macam mana nak gunakan benda ni?" Sekali lagi soalan tu terlepas dari bibir. 

"Nak papa balutkan ke?" Soal Dina pula. Mampu membuatkan aku kalut.

"Tak payah! Tak payah. " Suaraku naik dua oktaf. Dina terpempan. Terkebil-kebil dia merenung ke arahku. Pantas aku menyentuh lembut pipinya.


"Maksud mama..mama tahu balut sendiri.."  Ujarku dengan sangat lembut.



"Betul ke?" Soal Dina sambil tersenyum senang. Pantas aku menganggukkan kepala.



"Mestilah..dalam youtube kan ada cara-cara nak balut kaki yang terseliuh." Entah dari mana idea itu datang. Spontan betul!


"Ooo.." Itu sahaja yang keluar dari bibir Dina.
Bagus juga otak kau ni Malissa. Belajar balut dari youtube aje lah kejap lagi. Dina masih lagi memerhati aku yang sedang memegang bandage.

Budak ni macam tak percaya aje aku boleh buat sendiri benda ni. Akhirnya aku hanya mampu tersenyum lucu. Tubuh kecil Dina aku tarik rapat ke dalam pelukanku. Tenang sedikit rasa hati yang sedang hebat berkecamuk saat ini. Kenapa masih terasa sentuhan lembut Iskandar di kakiku? This is not good. This is NOT good!

 Kepala aku gelengkan perlahan sambil melemparkan pandangan kosong ke arah pintu. Lisa, jangan sesekali biarkan dia sentuh-sentuh kau lagi selepas ni. Ada suara yang berkata begitu kepadaku di dalam hati.

***


Kalau aku sakit kat rumah Zati, aku tak kisah sangat. Ni, aku tengah sakit kat rumah Iskandar..Dato' Issac Iskandar! Sumpah rasa susah sangat hidupku saat ini. Pantas aku mencapai telefon bimbit. Aplikasi Whatsapp kutekan dan semakin lincah jemariku kemudiannya berlari di atas skrin saat ini.

"Zati, aku tak balik tau malam ni. Dina mengamuk teruk tadi. Nangis-nangis sampai muntah sebab minta aku tidur sini. Aku tak sampai hati..jadi aku tidur sini malam ni."

Itulah ayat yang aku whatsapp kan kepadanya. Hah! Bluetick. Maksudnya Zati tengah online.

"What?? Kau tidur rumah Dato Issac? Biar betul..kalaulah Mak Ngah tahu ni..."

Itulah mesej yang dibalas Zati. Seluruh fokusku hanya pada telefon bimbit di tangan saat ini.

"Betullah..takkan aku nak tipu kau pulak. Ibu takkan tahu kalau kau tutup mulut."

Balasku lagi. Janganlah Zati terkeluar cakap pada ibu yang aku tidur di rumah Iskandar.

"Hish kau ni. Takkan la aku nak bagitau Mak Ngah.." Lega  hatiku saat ini. Zati dari kecil memang geng aku.

"Kau buka rahsia aku, aku buka rahsia tentang crush-crush mata biru kau dekat Pak Long."
Tak sampai lima saat dia membalas mesejku.

"Janganlah hoi."

Tergelak kecil jadinya aku. Pak Long memang garang kalau bab-bab ni.
"Lol! Tahu takut..hehehe.."
Senyuman masih bersisa di bibirku. Kemudian, aku menaip lagi.
"Zati..aku ada benda lain nak bagitahu kau ni."

Pasti gadis itu tak senang duduk dah tu.


"Apa?Kau ni buat aku risaulah Malissa oi." Balas Zati.



"I sprained my ankle."
"Haaaaaaaa???!!"
Dah aku agak, Zati akan terkejut beruk!
"How are you feeling now?" Belum sempat aku jawab, satu mesej lagi sampai.

"Boleh jalan ke tak tu?"
Baru nak menaip, satu lagi mesejnya masuk.

"Atau Dato' Issac dukung kau?"
Mulalah aku mencebikkan bibir. Dia ni macam tahu-tahu aje. Apa yang sudah dikarang di dalam otak terus hilang. Blank. Satu lagi mesej darinya masuk.

"Fatin ada dengan aku ni. Dia cakap cinta sudah berputik semula ya?"

Ya ampun! Pantas aku menaip dengan laju saat ini. Budak-budak ni lagi aku layan, lagi menjadi.


"Enough! Apa korang mengarut ni? Mati-mati aku ingat korang risaukan aku. Dah lah. Aku nak rehat. Esok jangan lupa datang ambil aku. Aku tak boleh jalan."

Kalaulah Zati dan Fatin tahu Iskandar benar-benar dukung aku..malunya!!

"Ye lahhh..esok kitorang datang!"
Lega aku membaca mesej darinya tu. Tak sabar nak cau dari sini esok. Tak sanggup dah rasanya tinggal sebumbung dengan lelaki itu. Mesej seterusnya dari Zati kubaca.

"Kejap. kau tidur mana? Bilik Dato' Issac ke Lisa?"
Galak betul dorang ni. Asyik soal yang bukan-bukan pulak. 


"KAU GILA?! Lempang nak? Lempang?!" Laju aku menaip. Jaga kau Zati. Aku tarik hidung kau nanti! Ujarku di dalam hati.



"Hehehe...janganla mare. 
Assalamualaikum." Tahu pun takut.

"Waalaikumussalam."

Aku terus menamatkan perbualan apabila nampak Dina sedang melangkah masuk ke dalam bilik ini. Ada pinggan berisi nasi di tangannya.

"Mama..tengok dina bawakan apa ni?" Ujarnya dengan riang. Dina memang faham aku. Sebenarnya perutku dah berkeroncong hebat sejak makan ubat tadi.

"Elok-elok sayang.." Pesanku dengan lembut. Pinggan yang penuh dengan nasi goreng dihulurkan kepadaku. Wanginya bau!! Lapar sangat ni.



"Nasi goreng?" Terlepas soalan itu dari bibir. Siap ada udang besar dan sayur lagi. Iskandar ke yang masak?



"Papa memang selalu masak for dinner. Dina minta papa letakkan sikit dalam pinggan ni untuk mama." Ujar Dina sambil tersenyum senang. Betullah tekaanku.



 Tak dinafikan, aku memang rindu zaman-zaman dulu. Iskandar jarang masuk dapur tetapi sesekali memang dia akan memasak untukku. Siap suapkan lagi. Sayu aku merenung ke arah pinggan berisi nasi goreng di tanganku.  



"Kejap tau. Dina ambil air dan buah." Ujarnya. Aku pantas menggelengkan kepala.

"Dina..tak payah susah-susah untuk mama. Air tadi pun ada lagi tu.." Kata-kataku membuatkan anak kecil itu menghentikan langkahnya. 


"Tak susah pun." Ujarnya sambil tersenyum comel.



"Dulu mama yang jaga Dina. Sekarang biar Dina jaga mama." Sambungnya lagi. Untuk kesekian kalinya dia mengelus rambutku dengan sangat lembut.


"Dina.." Aku dah tak mampu nak berkata-kata. Entah kenapa terasa emosional apabila mendengar kata-katanya itu. Terus aku meletakkan pinggan di atas meja yang terletak di sisi katil. Tubuh kecil Dina kutarik dalam pelukanku.



"Mama sayang Dina." Bisikku.
"Dina pun sayang mama." Balasnya.
"Dina tak sayang Auntie Rania. Auntie Rania jahat..Auntie Rania benci Dina." Kata-katanya yang ini membuatkan aku meleraikan pelukan pada tubuhnya. Wajah sugulnya kupandang saat ini.

"Mama nak tanya..kenapa Dina cakap Auntie Rania macam tu?" Soalanku tidak dijawabnya. Dina hanya merenung ke arahku dengan sayu sahaja.

"Tak baik tau..kesian Auntie Rania." Ujarku lembut.

"Tapi Auntie Rania tak suka Dina. Dia selalu cubit Dina." Luah Dina dengan rasa tidak puas hati yang sangat tinggi. Terlopong luas mulutku saat ini. Berderau darahku. Aku tahu Dina tak mereka cerita.


HAYFA RANIA


"Cubit kat mana??"  Soalku dengan sangat terkejut. Pantas anak mataku berlari ke tubuh Dina. Dina menyelak seluarnya sampai ke peha.

"Sini.." 

Dia menundingkan jari ke paha kanannya. Aku perhati dengan bersungguh-sungguh. Benar, ada bekas sedikit. Walau dah tak lebam atau merah menyala tetapi tetap ada kesan. Kemudian, dia menyelak lengan kirinya.

"Sini pun ada.." Ujarnya sedih.

 Demi Allah hati aku sakit saat ini. Jagalah kau Rania! Dulu, nyamuk gigit Dina pun aku marah. Aku jaga dia macam nyawa aku sendiri. Senang-senang dia dera anak aku. Pantas aku menarik anak kecil ini ke pelukanku. Bahagian lengannya kuelus lembut.

"Ya Allah..kenapa dia cubit Dina?" Soalku ingin mengorek cerita. 


"Auntie Rania cubit Dina sebab Dina cakap tak nak papa kahwin dengan dia." Luah Dina dengan nada yang sedih. 



"Kenapa Dina tak nak papa kahwin dengan Auntie Rania?" Dengan sangat lembut aku bertanya soalan itu. Bau nasi goreng dah tak mampu buatkan seleraku muncul semula. 



"Auntie Rania tak suka Dina. 

Auntie Rania cakap, kalau dia keluar dengan papa, jangan sibuk nak ikut. Nanti Auntie Rania cubit lagi bila papa tak nampak." Mata Dina dah mula berair. 



Allahuakhbar..apalah dosa budak comel ni sehingga Rania sanggup buat macam tu kat dia? Nak papa aje..anak tak nak! Banyak cantik muka kau Rania. Sudahlah muka masam macam tapai basi.



"Dina..." Panggilku. Dina mengangkat wajahnya.
"Papa tahu tak?" Soalku.
"Tak.." Pantas dia menggelengkan kepala. 
"Kenapa Dina tak beritahu papa?" Rambutnya kuelus lembut. Dina tak jawab soalan aku.

"Nenda tahu tak?" Soalku lagi. Kali ini kepalanya diangguk lemah.
"Tahu tapi nenda tak percaya cakap Dina. Nenda cakap, Auntie Rania tu kaya dan baik hati. Dina mesti happy kalau Auntie Rania jadi mama Dina nanti."

Kurang asam punya orang tua. Kemaruk sangat dengan harta si Rania sampai tak ambil perhatian langsung tentang cucunya ni. Aku memegang kedua-dua belah bahu Dina. Serius suaraku berkumandang saat ini.

"Dina..dengar sini. Dina mesti beritahu papa kalau Auntie Rania cubit Dina lagi lepas ni. Dina tak boleh diam-diam aje bila Auntie Rania dera Dina." Tegas suaraku saat ini. Dina pula mengerutkan dahinya sedikit.

"Dera tu apa mama?" Soalnya dengan wajah yang polos.

"Dera tu kalau seseorang tu pukul Dina..tak kisahlah cubit ke, tendang ke, tampar ke..itu dikira dera." Beritahu aku dengan sejelas-jelasnya.



"Dina takut papa pun tak percayakan Dina..macam nenda." Luah Dina. Aku mengemaskan lagi peganganku di bahunya. Aku mahu dia yakin dengan aku.

"Dina mesti beritahu papa. Papa sayangkan Dina. Papa mesti percayakan Dina."  Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Dina menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Dengan budak, beranilah kau ye. Cuba kau cubit aku..memang nahaslah aku aku kerjakan Rania! Membara kemarahanku terhadap perempuan itu saat ini. Kalau setakat si Rania tu nak dijadikan pengganti, baik Iskandar membujang sampai tua aje setelah bercerai denganku nanti.
"Mama..betul ke kalau kita curi barang orang Allah akan potong tangan kita nanti?" Soalan Dina membuatkan aku merenung ke arahnya kembali.


"Mencuri tu perbuatan yang sangat berdosa Dina..kenapa tanya ni?" Soalku dengan sangat prihatin.

"Tapi, dia nak curi papa..dia cubit Dina..dia tipu nenda cakap Dina nakal bila keluar dengan dia. Nenda marah Dina."
Kenapa pula ni? Raniakah yang dimaksudkannya?


"Dia tu Auntie Rania ke?" Soalku. Dengan lemah Dina menganggukkan kepalanya. 



"Dina flush cincin yang nenda kasi kat Auntie Rania dalam toilet."

Terlopong luas mulut aku saat ini. Lucu pun ada. Terus aku menutup bibir dengan tangan kananku. Dina pula tersenyum nakal saat ini.
"Ya ampun!" Ujarku dengan nada tak percaya. Mesti mahal gila cincin tu. Gerenti punyalah.

"Dina tak nak Auntie Rania pakai cincin tu..lagipun nenda yang paksa papa hadiahkan cincin tu kepada Auntie Rania." Luahan Dina membuatkan aku menggelengkan kepala berkali-kali. Benarlah yang Iskandar akan berkahwin dengan Rania nanti?

"Ada orang tahu tak?" Soalku.

"Takde." Pantas dia menggeleng.



"Mama tak tengok muka Auntie Rania masa tu..macam mak lampir."
Aku dah tak dapat tahan ketawa. Dina juga turut sama ketawa saat ini. Dina kemudiannya melompat turun dari katil. Bergoyang-goyang tocangnya yang diikat satu itu. Comel!

"Mama makanlah. Dina nak baca muqaddam ni. Mama dengar tau."  Ujarnya yang aku lihat menuju ke arah rak buku di bahagian kiri bilik. Pinggan berisi nasi goreng kuangkat kembali saat ini.

"Pandai ke Dina baca?" Sengaja aku bertanya begitu. Pantas anak kecil itu menoleh ke mari. 


"Mestilah pandai. Papa yang ajar. Mama makan dulu, sekejap lagi Dina ambilkan buah dan air." Aku hanya tersenyum sahaja mendengar kata-katanya.



Ye lah..yelah..semuanya papa. Sayang betul dia dengan papanya tu. Hanya papa sahaja yang ada dengan dia selama ni..tiba-tiba pula Hayfa Rania tu nak rampas papa dia. Kalau baik orangnya takpe jugak..ini, buruk laku! Mana tak tertekan budak ni? Dengan budak 6 tahun bolehlah kau tunjuk bagus. Dengan aku, silap besarlah nak main-main.

 Apa khabar agaknya beg Louis Vuitton miliknya yang aku rosakkan  dengan air kopi beberapa minggu lepas tu? Pasti buruk keadaannya semacam mana buruknya perangai dia. Padan muka!

"Oh ye. Mama tinggal sini sampai kaki tu pulih tau. Dina dah beritahu papa tadi."

Tersentak aku jadinya saat ini. Biar betul Dina beritahu papanya macam tu? Nasib baik tak tercekik nasi goreng di dalam mulut.

***


 Bersambung xD

Terima kasih sudi baca :) Semua komen seperti biasa, boleh diberikan di Facebook group, BILA SURI RYANA MENAIP.Let me know your thoughts ladies :)