DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Friday, 17 March 2017

SWEETHEART 100 HARI - BAB 19 A


Bab 19






"Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar..subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar.."

Sambil berzikir aku mengelus lembut rambut Iva Irdina. Bersama bibir yang sedang memuji kebesaran Allah ini hati aku dijentik rasa sayu.


Kenapa ya dengan puteri kecilku? Lain sangat kelakuannya malam ni. Anak mata berada pada wajah budak perempuan yang sedang mengiringkan badannya ke arahku ini. Dah tidur rupanya. Perlahan-lahan aku mengalihkan tangan dari kepalanya. Comforter yang membaluti bahagian badannya kutarik ke atas sedikit supaya menutup tubuh kecilnya dengan sempurna.

Apa yang telah dan sedang terjadi 
pada Dina?

Dengan penuh berhati-hati aku menelentangkan badan saat ini. Iva Irdina tidak mahu langsung berenggang dengan aku semenjak petang tadi. Ada juga dia bermanja dengan papanya tetapi tak sampai lima minit dia akan melekat semula denganku.


 Apabila aku keluar aje dari bilik, dia juga turut sama keluar. Aku ke dapur pun dia nak ikut. Lepas tu, satu lagi, asyik nak peluk aje. Very very clingy. Aku mengusap dagu dengan hati yang risau.

Yang paling membuatkan aku bimbang, dia tak nak tidur tadi! Padahal, Dina tak pernah ada masalah untuk tidur sebelum ini. Susah betul nak pujuk budak comel tu tidur tadi.  

Di dalam cahaya lampu kuning yang samar-samar ini aku melemparkan pandangan ke arah siling. Berat hati rasanya tika ini bagai sedang dibebani dengan batu besar. Kebimbangan semakin menjadi-jadi sehinggakan detak jantungku sudah tidak sekata lagi.Macam-macam yang masuk ke dalam fikiran. Dina seperti takutkan sesuatu. Gaya dia peluk aku tu, memang lain macam. Dia dibuli di sekolahkah? Ah, tak boleh jadi ni!

Dengan perlahan-lahan aku bangun dari katil. Jam pada dinding aku teliti saat ini. Pukul 11 : 20 malam. Agak-agak lelaki itu sudah tidur atau belum? Aku perlu bercakap dengan Iskandar tentang hal ni.Otak bekerja keras menyusun ayat yang akan aku luahkan kepada lelaki itu sekejap lagi.

Langkah kaki kuatur perlahan-lahan turun dari katil. Rambut yang terlepas bebas aku sanggul dengan gaya messy bun.  Sedaya upaya aku mengginjatkan kaki supaya tidak membangunkan Dina. Tombol pintu kupulas dengan perlahan-lahan dan aku mula melangkah keluar dari bilik ini.

Cahaya lampu kuning dari bahagian ruang tamu memberitahu aku yang lelaki itu masih belum tidur. Sayup-sayup kedengaran bunyi televisyen. Serta-merta debaran mengisi ruangan dada. Haih..tak nampak bayangnya lagi aku dah jadi cuak. Alamak! Tadi, aku confident, tapi kenapa sekarang rasa macam tak berani nak berhadapan dengannya? Apa masalah jantung aku ni dengan lelaki tu sebenarnya? Tak pernah nak berdamai!

Kepala kujengukkkan sedikit ke ruang tamu. Televisyen terpasang, tapi mana agaknya lelaki itu ya? Takde pun! Pantas anak mata menyorot ke arah balkoni di sebelah kiri ruangan ini. Eh tertutup rapat aje pintu kaca tu. Kepala yang tak gatal aku garu. Takkan nak ketuk bilik dia pulak? Sweater yang menghiasi badan kubetulkan keadaannya saat ini.



"Miss me? Hm?"

Astaghfirullahalazim! Deru nafasnya di telinga membuatkan aku menoleh ke belakang bersama jantung yang berdebar teruk.

"Terkejut tau tak!" Marahku sambil menjegilkan mata ke arahnya untuk sesaat.

 Dia tidak memberikan sebarang reaksi cuma, anak matanya sahaja yang memanah ke mari membuatkan aku mula canggung. Renungan yang mengasyikkan itu mampu mengacau bilaukan jiwa. Lenyap terus ayat-ayat yang aku karang dari atas katil tadi.

"Saya.."
Baru aku bersuara, Iskandar pantas memotong bersama senyuman yang sangat menggoda di bibir.

"Lisa rindu abang?" Soalnya di antara dengar dan tidak, setelah dilihat aku tergamam begini.

Pantas aku menjauhi lelaki yang memakai sweatshirt putih ini. Aku melangkah setapak ke belakang.

"Perasan. Siapa rindu awak?"Nada suaraku sudah naik satu oktaf.  

Rambut yang terjuntai ke depan wajah aku betulkan.

"Then, why are you looking for me at this hour, sweetheart?"Soalnya bersama renungan yang sedikit serius.  

Debaran semakin laju. Anak matanya 
dikecilkan sedikit seakan-akan cuba membaca fikiranku. Belum sempat aku bersuara, dia dah senyum dengan sangat mengasyikkan.

"Bahaya tau. Tak takut dengan abang?" Usiknya.

Dah dia senyum senget pula apabila berkata begitu. Kenapa aku rasa sedikit tercabar? Pandangan tidak puas hati kuberikan kepadanya.

"Siapa yang takut dengan awak? Hm?" Pantas aku menyoal.

Iskandar mula mendongakkan kepalanya sesaat sambil ketawa kecil. Aku mula terpaku dengan gelagatnya itu. Kenapa lelaki ini nampak sangat sempurna di mataku?

Kemudian, dia kembali merenung ke arahku dengan pandangan yang sangat mengasyikkan. Langkah diambil supaya berada beberapa jengkal sahaja di hadapanku. Aku terus menyandarkan badan ke dinding.  

"Oh..tak takutlah ni ya?" Soalnya bersama sedikit senyuman.

Sebelah tangan diletakkan pada dinding, betul-betul di sebelah kepalaku dan wajahnya ditundukkan sedikit. Bau shower gel yang sangat maskulin menusuk hidung memberitahu aku yang jarak antara kami sangat dekat. Aku masih lagi maintain berani.

Anak matanya kulihat berlari dari rambut yang menutupi bahagian kanan wajahku ke  bahagian mataku dan kemudiannya ke hidung. Debaran semakin laju berdetak sehingga merimaskan dada.

"Lisa..selama dua tahun Lisa takde, there were  just too many cold, lonely, sleepless nights.  Wishing you were here with me masa tu..walaupun abang tahu benda tu mustahil. I miss everything about you. Your smile, your touch, your voice, your hug..everything! Abang rindukan Lisa. Sangat-sangat." 

Aku hanya mampu diam membatu sahaja mendengar luahan hati lelaki ini. Kaki ingin melangkah tetapi kenapa hati tetap mahu mendengar segala rayuan yang keluar dari bibir lelaki tampan ini?

"Don't you miss me at all?" 
Soalannya membuatkan aku kehilangan kata-kata. Lama kami berbalas renungan.

Ya Allah, kenapa aku tak boleh nak berdusta langsung yang aku tak rindukan dia ni? Belum sempat aku menarik nafas dengan soalannya  itu, tangan kanan lelaki ini pula sudah menyelak ke tepi rambut yang menutup bahagian kanan wajahku. Terkaku aku jadinya. Sentuhannya mampu membuatkan aku terdiam.

Tanpa sedar aku hanya membiarkan sahaja diriku merasa sentuhan hangatnya itu. Jemarinya berlari dari rambutku ke hidung dan kemudian sentuhannya dapat kurasa dengan jelas di bibirku. Pantas aku memejamkan untuk seketika. 

Demi Allah, aku tak tahu apa jadi dengan aku malam ini. Mungkin hati sangat merindukan sentuhan lelaki ini. Aku akui aku terlalu marah dengannya dan aku masih belum bersedia untuk memaafkannya tetapi kenapa hati dan jiwa ini terlalu rindukan Iskandar? Dia meninggalkan aku dulu di dalam keadaan kami yang sedang hangat bercinta.  jelas di fikiran memori-memori lalu. Selepas dia pergi tidak ada tidak lagi cinta untuk lelaki lain. Tiada lelaki yang mampu membuatkan aku rasa sangat bernilai dan dicintai sebelum Iskandar tiba dalam hidupku.

"I know you miss me, Malissa.." Ucapnya dengan lembut. Pantas aku membuka mataku.

Bagai tersedar dari lamunan yang panjang, aku menepis jemarinya di pipiku.  Bibir aku ketap untuk seketika. Marah dengan diri sendiri saat ini.

"Awak memang sengaja kan?" Soalku geram. Masih lagi cuba memberanikan diri bersama rasa gugup yang menggila.

"Mm.." Kepala diangguknya sedikit.

"Memang sengaja." Bisiknya lembut.

"And now I know how much you miss me." Sambungnya lagi membuatkan aku menarik nafas dalam-dalam saat ini. 

Erghh macam mana aku boleh terbabas ni?

 Anak matanya masih memberi renungan berhantu itu kepadaku. Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain sebelum memberanikan diri memandang ke arahnya kembali. Tangan meraupkan wajah untuk sesaat sebelum kembali memandang ke arahnya.

"Abang rindu lihat Lisa resah dan gelisah macam ni.." Usiknya di antara dengar dan tidak.

"I can see you're trying so hard to push me away..and.."
Jantungku sudah berdetak dengan sangat laju mendengar kata-katanya itu. Di dalam debaran yang tidak mahu surut aku ternanti-nanti kata-katanya.

"And you look so adorable." Bisiknya bersama renungan yang mendebarkan jiwa. Mulutku yang selalunya petah berkata-kata kini seperti terkunci.

Pantas aku menjauhi lelaki ini bersama hati yang sudah tidak keruan.

Erghh I've made a big mistake! Patut aku duduk diam-diam aje dalam bilik tu.

"Dah lah. Saya nak tidur. Isk, nak bincang tentang Dina pun susah!" Kelam-kabut aku berkata begitu untuk menutup segala kegugupan yang sudah tidak terbendung.  

"I'll see her teacher tomorrow. Now, let's talk about us." Ujarnya sedikit serius.

Pantas aku menjauhkan diri sedikit darinya. Baru sahaja hendak melangkah pergi lelaki ini memaut erat lenganku dengan sedikit kuat membuatkan aku terdorong ke arahnya. Tubuh tegapnya disandarkan pada dinding bersama tangannya yang melilit kemas pinggangku. Pantas aku yang berada di dalam pelukannya ini cuba melepaskan diri darinya namun tidak berdaya.

" Let me go, Dato' Issac Iskandar!" Tegas aku menyebut ayat itu kepada lelaki yang berada di hadapanku ini. Enggan lagi perasaanku hanyut seperti tadi. Demi Allah aku terlalu marah dengan diri sendiri saat ini.

"Malissa..please..just for a minute. Please be in my arms for 1 minute. Is that too much to ask?" Soalnya sedikit serius.

"Yes! That's too much to ask for! Let me go! NOW !!" Nada suaraku sudah naik satu oktaf.

"Malissa.."

 Luahnya sedikit kecewa seraya melepaskan pautannya di pinggangku. Masih lagi berhadapan dengannya aku mengambil dua tapak ke belakang supaya ada jarak di antara kami. Pantas aku bersuara dengan lemah.

"Awak yang terlebih dahulu bina tembok  antara kita. So please, kita hanyalah pekerja dan majikan. Not more than that and takde majikan laa dalam dunia ni yang suke buat perangai macam awak." Kata-kataku hanya membuatkan lelaki ini semakin tidak puas hati. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

"I know you miss me as much as I miss you. Kenapa mesti seksa diri lagi?"Soalnya dengan bersungguh-sungguh.

"Jangan nak merepek ya! 2 tahun menghilang, tiba-tiba awak cakap awak rindukan saya?" Sindirku.

Tapi kenapa hati aku juga turut sama terkesan? Ya, dua tahun dia menghilang tanpa berita namun siang malam dalam dua tahun itu aku mengharapkan dia. Aku sepatutnya marah dan bencikan dia tetapi kenapa aku tak mampu memadam rindu itu sehingga ke saat ini?

"What can I do to make you forgive me? Apa Lisa nak abang buat untuk Lisa maafkan abang? Just say it.." Bersungguh-sungguh bibir yang sedikit merah ini bersuara. Aku tidak menjawab tetapi hanya keluhan berat sahaja yang keluar dari bibirku.

"Nothing. Just forget me and move on." Kerana rasa sakit hati yang bersisa aku berkata begitu. Anak mata Iskandar tajam merenung ke mari.
"Semudah itu?" Soalnya dalam nada tidak percaya.

 Kemudian dia melemparkan pandangan ke sisi kanan untuk seketika sebelum merenung dalam-dalam ke arahku. Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya.

"Now listen!" Tegasnya dengan wajah yang serius. Aku membalas renungan helangnya.

"2 years gone..tak pernah sehari abang tidur tanpa fikirkan sayang..I really love you Malissa." Aku menarik nafas dalam-dalam mendengar kata-katanya itu. Wajah kudongakkan tepat ke arahnya.

"Sekarang baru nak cakap tentang rindu? Sehari dalam dua tahun tu, kenapa awak tak pernah terfikir untuk jumpa saya dan beritahu tentang surat dan gambar tu? Tidak ada ke sehari dalam setahun tu awak terfikir untuk jumpa saya dan beritahu tentang sebabnya awak  tinggalkan saya?" Soalku dengan sebak yang sedikit mengasak dada. Issac Iskandar melepaskan helaan berat.

"I was so upset with you..abang rasa tercabar lihat Lisa dengan lelaki lain.You're mine. Only mine! I was so angry and upset, sweetheart. Tapi, dalam marah yang menyala rindu untuk Lisa tak pernah hilang." Terangnya dengan bersungguh-sungguh.Tangannya pula menggenggam kedua-dua belah tanganku.

"Trust me, I've tried many times to hate you..tapi cinta untuk Lisa semakin kuat."  Aku menarik kembali tanganku dari dalam genggamannya.

"I hate you!" Ujarku sambil menekup wajah dengan kedua-dua belah tangan. 

Sebaik sahaja tangan kuleraikan dari wajah, anak mataku bertemu dengan anak mata lelaki yang sedang merenung sahaja ke arahku itu. Perlahan dia bersuara sambil menggelengkan kepalanya sedikit.

"You're lying..Lisa tak benci abang tetapi Lisa benci diri Lisa sendiri sebab masih cintakan abang."

Apabila dia mengucapkan sebuah kenyataan, aku menjadi tergamam teruk saat ini.

"You still love me." Ulangnya dengan yakin.Anak mata kularikan ke arah lain.

"Look right into my eyes and tell me that you don't love me anymore." Ujarnya. Mahu tak mahu aku kembali memandang ke arahnya. 

Pandangan kami bertautan lagi. Kali ini lebih lama. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bersuara.

"Yes, I don't love you anymore."
Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus memalingkan wajah. Tidak sempat memerhati reaksi 
Iskandar.


Laju kaki berlari ke arah bilikku. Lincah tangan kelam-kabut mengunci pintu dan saat ini aku hanya mampu bersandar pada dinding pintu bersama degupan yang semakin memuncak. Air mata akhirnya berlinangan dari pipi.
Aku mungkin boleh tipu Iskandar, namun hakikatnya aku tahu aku tak boleh tipu diri sendiri lagi.
***

Hati yang bimbang membawa aku ke sini. Aku tahu Iskandar beritahu semalam yang dia akan berjumpa dengan cikgu Dina hari ini. Pastinya semasa menghantar Dina pagi tadi dia sudah berjumpa dengan cikgu Dina. Jadi, alang-alang aku hendak mengambil Dina di sekolah ini, aku merancang untuk bertemu dengan Hilda, kakak  kepada Faliq Peeters dan Stella. 

Anak mata kuliarkan ke serata kawasan sekolah. Anak mata tercari-cari wajah gadis tinggi lampai dan berambut coklat kemerahan itu. Hilda juga persis Faliq Peeters, mempunyai mata yang sama warnanya dengan Issac Iskandar. Coklat chestnut.

"Mungkin dia belum sampai lagi agaknya." Ujarku kepada diri sendiri. Lagipun ada lebih 15 minit lagi sebelum waktu persekolahan tamat.

Coat labuh berwarna merah gelap di badan aku buka butangnya dan aku mula melabuhkan punggung di atas bangku kayu yang letaknya di kawasan kanan bangunan sekolah. Ikutkan hati mahu sahaja aku tanyakan kepada Iskandar tentang apa yang dikatakan oleh cikgu Dina tentang kes anak kecil itu. Nafas aku tarik dalam-dalam. Nantilah..biar aku tanyakan dengan Hilda dulu.  

"Assalamualaikum!"
Pantas aku menoleh ke sisi kananku.

"Faliq!" Ucapku dengan nada sedikit terkejut. 

"Waalaikumussalam.." Liar anak mata memerhati kawasan sekitar. Tidak, Hilda tidak kelihatan di sini.

"Mana kakak awak, Hilda?" Soalku sebaik sahaja lelaki ini mengambil tempat di sebelahku. Aku mengesotkan tubuh ke hujung bangku untuk menjarakkan diri darinya.

"Oh Hilda is busy today. Jadi, saya yang akan ambil Stella." Jawab Faliq.

"Owh.."Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir.

 Anak mata kulemparkan ke arah daun maple  yang bertaburan di atas rumput.  Memang aku sedikit kecewa tetapi, harapanku belum lagi musnah kerana ada Faliq di hadapanku! Pantas aku mengangkat wajah ke arah lelaki yang sedang merenung ke arahku itu.

"Awak nak berjumpa Hilda?" Soal Faliq sebelum sempat aku bersuara. Lelaki ini membetulkan rambutnya yang digayakan dengan messy hairstyle sambil merenung ke arahku.

Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Tidak mahu berselindung apa-apa dari lelaki ini aku terus meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Erm..yes..saya nak tanyakan tentang Dina kepada dia." Kata-kataku membuatkan Faliq menarik nafas dalam-dalam. Lama juga dia merenung ke arahku membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.

"Sebenarnya, saya mahu hubungi awak untuk bercakap tentang Iva Irdina tetapi saya takut cara saya itu salah." Luahnya dengan sangat berhati-hati.

"I don't understand." Ujarku sedikit pelik.

"That man..Issac Iskandar..he's your husband, right?" Soalan Faliq yang ini membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

Tahulah aku kenapa Faliq mengatakan yang dia teragak-agak untuk menghubungi aku sebentar tadi. Nafas berat dihela olehku. Lelaki yang segak dengan jaket North Face berwarna merah dan hitam di badan ini  sedang merenung ke arahku dengan penuh simpati.

"Malissa..I don't know what problems you are facing tetapi, Dina perlukan awak." Akhirnya dia bersuara lagi setelah dilihatnya aku diam seribu bahasa. 

Semakin bimbang jadinya hatiku. Pantas aku mengangkat wajah ke arahnya.

"What do you mean?" Soalku dengan hati yang semakin tidak tenteram.

"Dina needs you. Dia takut kehilangan awak lagi." Luah Faliq dengan bersungguh-sungguh. 

Pandangan blur kuhadiahkan kepadanya. Detak jantung sudah mula tidak sekata menandakan yang aku sangat risau saat ini. Yang pastinya, Faliq memang tahu sesuatu!

"Faliq..Dina ada beritahu awak apa-apa?" Kelam-kabut aku menyoal. Shawl yang melilit leher aku tanggalkan.

"Dina beritahu saya yang mama dan papanya akan bercerai."
Kata-kata Faliq membuatkan aku terkedu dengan sangat teruk. Tubuh kusandarkan lemah pada bangku. Teringat perbualan aku dan Dina tempoh hari. Dia ada menanyakan aku tentang maksud perkataan bercerai itu.

"Maksudnya dia tahu makna bercerai tu?" Tanpa sedar aku meluahkan apa yang berada di fikiranku dengan hati yang sangat gusar. 

Otakku tak mampu untuk berfikir lagi.Kerana akukah Dina jadi begini? Sebak sudah mula menghimpit dada.

"Malissa..Dina sangat sedih selepas mengetahui maksud perkataan itu. Mungkin kerana sedih dan kecewa..atau marah, dia tidak mahu pulang ke rumah dan melarikan diri ke taman permainan di lorong kiri itu."Kata-kata Faliq membuatkan hati aku menangis pilu. 

Rasa bersalah sangat-sangat aku dengan anak kecil itu saat ini. Maafkan mama Dina..mama bersalah. Faliq menyambung lagi ceritanya.

"Ketika Hilda terjumpanya dia sedang menangis teruk.Dia juga beritahu Hilda yang dia sedih kerana mamanya tinggal di tempat lain." Dengan mata yang berkaca aku merenung ke arah Faliq. Semakin menjadi-jadi riak simpati di wajah Faliq untuk aku.

"Sebab saya Dina jadi begini Faliq.." Luahku dengan sangat lirih. Air mata semakin membebankan bibir mata kutahan sebaik mungkin dari mengalir.

"Look, dia tak rasa sempurna seperti rakan-rakannya yang lain." Apabila Faliq berkata begitu, air jernih terus berlinangan di pipi. 

Lelaki ini kulihat kelam-kabut mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Kemudian, sapu tangan kotak-kotak berwarna coklat dihulurkan kepadaku. Semakin lebat pula air jernih ini mengalir. Pantas aku mencapai sapu tangan yang dihulurkan Faliq dan mengesat wajahku. Setelah melihat aku sedikit tenang, Faliq bersuara lagi.

"For your information, di dalam kelas Dina, kesemua pelajar mempunyai ibu dan bapa yang tinggal serumah. Yeah, sesetengah daripadanya mempunyai ibu tiri dan juga ibu angkat tetapi, the thing is, mereka ada ibu yang sentiasa bersama mereka."

Aku hanya mendengar sahaja. Faliq terus bercerita, untuk membuatkan aku faham mungkin, kenapa Dina jadi begitu.

"Di sekolah ini, guru sangat mementingkan hubungan di antara pelajar dan keluarga mereka.. Keluarga sering dijemput untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai acara. Selalunya ibu yang akan datang meluangkan masa dan mengambil bahagian tetapi Dina, hanya papanya sahaja sesekali datang. Jika tidak, dia hanya berseorangan ketika rakan-rakannya bersama ibu atau bapa masing-masing menjalankan apa-apa aktiviti di sini." Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata yang sudah berhenti kembali mengalir dengan laju.Sapu tangan kutembapkan di wajah untuk kesekian kalinya.

"Allahuakhbar.." Rintihku dengan 
pilu.

"Can you imagine her feelings?" Soal Faliq dengan sangat perlahan.


Dina terlalu mendambakan kasih sayang seorang ibu. Patutlah budak manja itu lain sangat kelakuannya semalam. Very clingy..cerita Faliq menjelaskan kenapa dia mahu melekat sahaja denganku sepanjang masa.

Pagi tadi pun jenuh aku memujuknya untuk ke sekolah. Satu lagi, patutlah dia tidak mahu tidur semalam. Mungkin dia takut aku menghilangkan diri sekiranya dia tidur, atau sekiranya dia pergi ke sekolah agaknya.  

"Faliq.."
Baru sahaja ingin mengucapkan terima kasih, kedengaran suara seseorang memanggil namaku dengan tegas.

"Malissa!"


Pantas aku menoleh ke hadapan. Susuk tampan seorang lelaki dengan kaca mata hitam di wajahnya sedang merenung ke mari dengan wajah yang tegang.  Hati yang tenang kini sudah mula tidak tentu arah keadaannya. Ada debaran mula melata di hati. Seringkali terjadi  hanya apabila dia di sisi. Persoalannya, apa yang dia buat kat  sini?

"Is..Iskandar?"
***
BERSAMBUNG XD
TERIMA KASIH SUDI BACA KARYA INI :) SEPERTI BIASA SEMUA KOMEN BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP. LET ME KNOW YOUR THOUGHTS YA! KOMAPSUMNIDAAA :)