Bab 15
“Kenapa kau nak sangat bawa aku balik ke rumah
kau?”
Soalku dengan nada yang tidak puas
hati sebaik sahaja Adrian
menghidupkan enjin kenderaan. Wajah yang selalunya tenang dan bersahaja itu
masih juga tidak beriak saat ini. Wajahku dijeling sekilas sebelum anak matanya
difokuskan kembali ke arah jalan raya.
“Aku tak mahu mama dan papa syak
apa-apa tentang kita.” Jawab Adrian. Semakin berkerut dahiku saat ini.
“What do you mean?” Soalku yang
sudah mula serabut.
Dah aku agak hubungan kami tidak
seperti orang lain. Kalau orang lain gemar mengumpul setem. Tapi lelaki ini
hobinya gemar mengumpul perempuan. Mustahil aku dapat bertahan berbulan-bulan
lamanya. Kata mama, semasa kemalangan
bulan lepas, usia perkahwinan kami baru menginjak ke bulan keempat. Maksudnya,
sebulan sudah berlalu. Kini, sudah lima
bulan aku bergelar isteri kepada lelaki ini.
Argh..tidak sabar rasanya ingin
mengupas satu persatu misteri dalam hidupku. Bagaimana agaknya aku boleh
berkahwin dengan dia? Malas hendak bertanya lelaki ini, balik-balik jawapan
yang sama diberikan. Katanya, aku terpikat dengan ketampanannya, sebab itulah
aku nak kahwin sangat dengan dia dulu. Gila! Aku tahu aku tak sebodoh itu. Sebab itulah aku sudah malas hendak bertanya
apa-apa lagi tentang kisah silam dari lelaki yang perasaan bagus di sebelahku
ini. Pastinya semua jawapan yang bakal aku terima akan menyakitkan hatiku.
Geramnya! Pandangan kuhalakan ke bahagian luar kenderaan.
“Betul kau tak ingat apa-apa
tentang kita?” Suara Adrian benar-benar menghentikan lamunanku. Aku terus
menoleh ke arahnya. Isk dia ni, masih lagi tak percayakan kata-kata aku ke?
“Berapa kali aku nak beritahu kau?
Aku ada amnesia. Otakku bengkak menyebabkan aku hilang ingatan! Aku tak dapat
ingat apa-apa tentang perkara yang baru berlaku dalam hidup aku! Yang aku tahu,
aku sekarang sedang sibuk hendak mencari pekerjaan setelah tamat belajar.” Dengan
geram aku menjelaskan kepadanya sekali lagi tentang keadaanku.
Tiba-tiba sahaja
hatiku digaru rasa ingin tahu yang menggunung.
“Kenapa dengan kita?” Dengan
berhati-hati aku bertanyakan soalan itu. Dia kulihat membetulkan kaca mata
hitam di wajahnya. Pandangannya masih lagi difokuskan pada jalan raya yang
terbentang di hadapan.
“Kau akan tahu juga nanti.”
Jawabnya tanpa memandang ke arahku. Aku menghelakan nafas berat.
“By the way, kau dah pun mula
bekerja 2 bulan yang lepas.”
Terlopong seketika aku jadinya
apabila mendengar kata-katanya itu. Mengikut kira-kira yang aku buat, aku
sekarang semestinya sedang sibuk mencari pekerjaan. Aku hanya dapat ingat
sehingga saat aku pulang ke rumah dengan wajah yang gembira setelah habis
peperiksaan untuk kertas terakhir. Apa-apa yang berlaku selepas itu, memang aku
tak dapat ingat!
“Biar betul aku dah kerja..”
Gumamku kepada diri sendiri.
“Takde masa aku nak main-main
dengan kau.” Bidasnya pula. Eh eh dia ni..aku tanya diri sendiri. Perasan
pulak!
“Kerja apa? Di mana?” Soalku
bertubi-tubi kepada lelaki itu.
“Personal assistant to one of the
directors at Kiara Emas Group.” Jawabnya dengan malas. Aku mengerutkan dahi.
Personal assistant? Gila agaknya! Dia ni memang sengaja nak kenakan aku!
“Personal assistant? Blerghh! Jangan nak buat
lawaklah..” Ujarku dengan sinis.
Aku? Jadi pembantu peribadi? Siapa agaknya nak
ambil aku kerja? Tak layak dari segi rupa paras tu, satu hal! Sudahla tu, aku
tidak ada kelayakan atau pengalaman langsung di dalam bidang itu. Lagipun, aku
tak berminatlah dengan kerja tu. Aku sukakan nombor! Aku nak jadi akauntan! Itu
cita-citaku sejak kecil. Sepatutnya, aku bekerja di dalam bidang yang tak lari
jauh dari apa yang aku belajar.
“Kau yang beriya sangat nak
position tu. Dengan rupa paras dan penampilan kau yang macam ni, director tu
pun tak ingin kau jadi PA dia.” Sinis sahaja ayat yang keluar dari mulut
Adrian. Aku
menjeling tajam ke arahnya.
“Aku pun tak tahu macam mana aku
boleh jadi PA!” Bentakku. Arghhh..geramnya.
“Macamlah aku pun naaakkk sangat
jadi PA!” Dengan geram aku membidas lelaki sewel di sebelahku ini.
“Hey! Kau dengan mummy yang
beriya-iya merayu dengan director tu untuk dapatkan jawatan PA. Dulu nak sangat
jawatan tu, sekarang buat-buat terkejut pulak!” Riak tidak puas hati terpampang
jelas di wajahnya ketika ini.
Eh, apa kena pula dengan dia ni? Patutnya, aku
yang tak puas hati. Pelik betul! Kenapa agaknya sampai melibatkan mummy? Adakah
kerana aku susah untuk dapatkan pekerjaan? Sebab itukah aku terpaksa bekerja di
luar bidangku?
“That’s not what I wanna be. Aku ambil ijazah sarjana
muda perakaunan masa di universiti. Graduation day bulan 9 nanti.” Luahku dengan
kepala yang semakin kusut. Apalah sangat yang aku tahu tentang bidang kerja
seorang pembantu peribadi. Kepada director pulak tu! Nampak gayanya, tak lama
aje lagi aku akan dibuang kerja.
“Bulan 9 NANTI?” Aku tersentak
mendengar soalan lelaki itu. Perkataan
‘nanti’ ditekannya sedikit. Terus sahaja aku menoleh ke arahnya. Dah kenapa
dengan dia ni?
“Ye lah, graduation day bulan 9
nanti.” Jawabku dengan nada yang serius.
Adrian
terus ketawa kecil. Dia kulihat menolak kaca mata hitam ke atas dahi. Mataku
masih berada pada senyuman di bibirnya. Memang aku tidak pernah lupa dengan
senyuman itu. Senyuman yang sangat dekat di hatiku. Yang mampu membuatkan
jantungku berdetik dengan laju. Tapi, kenapa dia yang menjadi pemilik senyuman
itu?!
“Seronok juga cakap dengan orang
hilang ingatan ni kan.
Boleh hilangkan stress.” Aku terus
sahaja melarikan anak mata ke arah lain.
“Apa yang lawak sangat?!” Soalku
sedikit gugup. Janganlah dia perasan aku terleka seketika tadi. Mata kuarahkan
ke jalan raya yang luas terbentang di hadapan.
“Sekarang ni dah bulan 9 la, nenek
kebayan!” Ujarnya dengan sinis. Sengaja nak cari fasal la tu. Mula nak
melabelkan aku dengan panggilan nenek kebayan pulak.
“Aku
memang malas nak ambil tahu tetapi
mummy yang asyik ingatkan aku tentang graduation day kau. Sampai dah nak
bernanah telinga aku ni. It’s next week.” Sambungnya lagi. Anak mata yang cuba tidak mahu
memandang wajah itu terpaksa juga mengalah akhirnya gara-gara terkejut besar
dengan apa yang aku dengari. Ya Allah, Fina..kau tinggal di dunia mana ni?
Sampaikan sekarang bulan berapa pun kau boleh tak ingat?
“Next week? Cepatnya..” Jawabku
lemah. Aku ingatkan sekarang masih lagi bulan 3. Baru tamat tahun akhir dan ingin ‘honeymoon’. Bersuka ria tanpa perlu
memikirkan tentang kelas dan ‘assignments’.
Honeymoon? Tiba-tiba aku
mengerutkan dahi. Apabila terfikir tentang perkataan itu, semakin tidak senang
duduk aku jadinya. Apa agaknya yang pernah dan tak pernah berlaku di antara aku
dan lelaki ini? Mataku menjeling sekilas ke arah Adrian. Bibirnya yang indah terbentuk itu
kulihat sedang bernyanyi kecil mengikut alunan lagu di radio. Arghh..Fina,
boleh tak jangan fikir tentang masalah lain lagi? Boleh tak jangan tambahkan
serabut di kepala? Aku memejamkan mata untuk seketika sebelum membukanya
semula. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit. Laju jemariku menekan keypad Blackberry kesayanganku ini.
“As salam Syaf. Boleh kita jumpa
petang ni?”
Begitulah bunyinya sms yang baru
kuhantarkan kepada Syaf.
***
Beberapa kali aku mundar-mandir di
hadapan kedai aiskrim ini. Syaf yang beriya mahu sangat kami berjumpa di sini.
Katanya, Baskin Robbin ni adalah kedai
aiskrim kegemaranku. Memang Syaf tidak lupa nampaknya tentang perkara itu. Ada sengihan yang
bertandang di bibir ketika ini. Seingat aku, hanya beberapa kali sahaja aku
melangkah ke mari sebelum ini. Boleh dikira degan sebelah jari.
Maklumlah, sebagai seorang pelajar,
manalah mampu untuk aku ke sini selalu. Ah..rindunya aku dengan Syaf tetapi
perasaan itu kerap kali berganti dengan rasa tidak puas hati apabila
teringatkan tentang RM 50 ribu itu.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Syaf
yang aku kenali, memang baik orangnya. Tapi, manusia boleh berubahlah. Entah-entah
dia mengambil kesempatan terhadapku. Manalah tahu, dia joli katak dengan duit
tu. Astagfirullahalazim..Fina..! Mengucap! Aku memejamkan mata.
Akhir-akhir ini, aku terlalu cepat
berprasangka buruk terhadap semua orang di sekelilingku. Ini semua gara-gara Adrian! Aku takut semua
orang yang aku kenali sama seperti Adrian.
Membawa masalah dan tidak boleh dipercayai!
Sebut tentang lelaki itu, dia
langsung tidak bertanya apa-apa soalan pun ketika aku memintanya hantarkan aku
ke sini tadi. Suami apa macam tu? Tidak
kisah langsung isterinya hendak ke mana. Aku meraupkan wajah beberapa kali
sebelum melangkah masuk ke dalam Baskin Robbin. Sengaja aku memilih untuk duduk di
ruang paling dalam dan sedikit tersorok ini. Senang hendak bersembang panjang
dengan Syaf nanti.
Ketika di hospital bulan lepas, ada
beberapa kali Syaf dan Kak Faz melawat aku. Tapi, ketika itu aku terlalu lemah.
Tidak banyak pun yang kami bualkan. Tambahan pula keadaan emosiku ketika itu
kurang stabil.
Awal-awal dulu, hampir setiap hari
aku bermimpi terlibat dalam kemalangan yang sangat ngeri. Padahal, aku tak
dapat ingat langsung tentang kemalangan yang betul-betul aku alami dulu.
Mengikut kata doktor, kemungkinan besar kereta yang aku pandu dihentam dengan
kuat dari belakang menyebabkan aku hilang kawalan dan melanggar pembahagi
jalan. Kepalaku terhantuk kuat pada stereng kereta. Mengikut kata papa dan
mama, memang remuk teruk keadaan keretaku.
Tidak ada kecederaan parah yang berlaku di bahagian tubuh yang lain.
Oh ya, aku yang pokai ini juga dah
ada kereta. Dasyat kan?
Macam dalam mimpi aje. Mengikut kata mama, Adrian yang hadiahkan kereta itu kepadaku. Memang tak masuk akal.
Bahagian dahi kupicit halus. Bukan
senang bagiku untuk cernakan semua kenyataan ini. Terlalu banyak perubahan yang
berlaku secara drastik dan dramatik sekali membuatkan dadaku sesak. Aku
mengangkat wajah. Nafas kutarik dengan perlahan-lahan. Kata doktor Fadhil, aku
harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih lagi bernafas di atas muka
bumi ini. Wajah doktor muda itu kini terbayang di fikiranku. Kenapa Adrian
tidak seperti dia? Sentiasa memberikan aku semangat untuk terus hidup dan
hadapi hari-hari yang semakin mencabar ini? Aku terus memejamkan mata
serapat-rapatnya.
Ah, lelaki itu..jangan haraplah!
Dia tu, cuma tahu nak cari fasal aje dengan aku. Benci betul!
“Finaaaa!”
Automatik kelopak mataku terbuka
apabila mendengar suara itu. Terus sahaja aku berdiri dan merangkul gadis manis
di hadapanku ini. Tidak sedar pula semenjak bila dia berada di sini.
“Syaf!” Sebak di dada tidak dapat
kutahan lagi. Sesak terasa dadaku ketika ini. Tapi, cepat-cepat aku menyeka air
mata dengan sebelah tangan.
“Ya Allah Fina..rindunya aku dengan
kau..” Luah Syaf.
Apabila pelukan dileraikan, dia
terus menarik kerusi putih di hadapanku dan melabuhkan punggungnya di situ.
“Fina..aku dan Kak Faz risau
sangat-sangat dengan keadaan kau. Alhamdulillah kau dah pulih.” Luah Syaf. Jari
jemarinya kulihat membetulkan tudung di wajah.
“Syaf..aku pun rindukan kau..kau
tak tahu betapa teruknya hidupku sekarang. Aku tak sekuat itu Syaf..” Entah
bagaimana mulutku terus sahaja bersuara. Meluahkan rasa yang terpendam di dalam
hati selama ini. Sebak semakin menjadi-jadi di dalam dada. Akhirnya, air mata
yang kutahan lerai juga dari tubir mata. Bergoyang-goyang bahuku menahan esakan
yang semakin menggila. Syaf bingkas bangun. Dia yang tadinya duduk berhadapan
denganku kini sudah pun melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan
denganku pula. Dengan pantas bahuku dirangkulnya kemas.
“Fina? Kenapa ni?” Soalnya sambil
memandang ke arahku dengan penuh riak terkejut di wajah. Aku terus mengeluarkan
helaian tisu dari dalam beg dan mengesat air mata yang berjuraian. Syaf
mengusap-usap bahuku. Setelah dilihatnya aku semakin tenang, dia kemudiannya
bersuara.
“Kau dah sembuh kan?” Aku hanya mampu diam sahaja mendengar
soalannya itu. Tidak tahu untuk mulakan cerita dari mana.
“Aku takut sangat kau tak akan
bangun dari koma. Selalu juga aku dan Kak Faz buat solat hajat untuk kau. Bila
tahu aje kau dah sedar, kami terus melawat kau kat hospital.” Luah Syaf. Tangan kanannya menggenggam
tanganku.
“Tapi, aku tetap nak minta maaf
dengan kau Fina..aku pun tak sempat nak lawat kau dengan kerap sebab aku harus
jaga mak aku kat rumah.” Aku terus memandang ke arah Syaf. Terbayang wajah
wanita berusia akhir 50-an itu di ruang mata.
“Kenapa dengan mak kau?” Soalku dengan hati yang penuh tanda tanya.
Syaf menggelengkan kepalanya sedikit.
“Kau ni..dah lupalah tu.
Semenjak
dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di dalam kepala 3
bulan yang
lalu, aku dan Kak Ani memang sibuk sangat. Keadaannya memang kritikal
masa tu. Kos pembedahan pertama aje dah RM 40,000. Itu belum
termasuk kos pembedahan kedua dan ketiga serta rawatan susulan. Memang
sangat
tinggi Fina. Tambahan pula apabila sel-sel kanser tu dah merebak sedikit
ke
tempat lain.” Luah Syaf. Aku terus menggelengkan kepala.
Tidak kusangka begitu banyak perkara
yang berlaku dalam 5 bulan ini. Tidak kuduga yang Syaf juga diuji dengan hebat
sekali. Fina, Allah hanya menguji orang yang Dia sayang. Hatiku berbisik saat
ini. Aku memandang sayu ke arah wajah Syaf yang murung. Perasaan simpati
semakin menjadi-jadi ketika ini. Niat di hati untuk bertanyakan tentang duit RM
50, 000 itu nampaknya terpaksa kutunda dulu. Aku terus menggenggam tangan Syaf.
“Nasib baiklah Kak Ani ada simpanan
sikit. Aku nak ucapkan terima kasih kat kau dan suami kau sebab sudi beri
bantuan kepada keluarga aku.” Sambung Syaf lagi, membuatkan aku tersentak. Aku
memberi bantuan kepada Syaf? Sesak terasa dadaku. Air mata sudah mula ingin
mengalir lagi.
“Syaf..RM 50,000 itu untuk kos rawatan
mak kau?” Soalku dengan nada terkejut.
“Kenapa dengan kau Fina?” Soal Syaf
sedikit pelik. Aku terus sahaja menutup wajah. Air mata kubiarkan mengalir
dengan bebas saat ini.
Ya Allah, berdosanya aku kerana
berprasangka buruk terhadap Syaf selama ini. Kononnya Syaf mengambil kesempatan
terhadap aku. Kononnya Syaf joli katak dengan duit itu. Teruknya kau Fina! Aku
memarahi diri. Terus sahaja aku mengesat air mata dengan bahagian hujung tudung
bawal yang kupakai ini. Syaf memandang ke arahku dengan penuh tanda tanya.
“Fina...kau okay ke tak ni?”
Soalnya dengan prihatin.
“Syaf…jasad aku memang nampak
sempurna. Memang aku nampak macam tak sakit tapi, aku ada amnesia, Syaf..”
Terus sahaja aku memberitahu tentang penyakitku kepada Syaf. Tersentak kulihat
gadis di hadapanku ini. Riak wajahnya seperti tidak percaya dengan apa yang aku
sampaikan tadi. Aku sedia maklum, tidak
ada sesiapa pun yang tahu aku menghidap amnesia kecuali keluarga terdekat
sahaja.
“Syaf…aku tak dapat ingat apa-apa
tentang RM 50 000 tu..dan yang paling teruk, aku tak ingat apa-apa langsung
tentang suami aku. Aku tak ingat bila aku kahwin, bagaimana aku boleh kahwin
dengan dia..aku tak ingat apa-apa, Syaf.” Luahku lagi. Ada sendu di dalam nada suaraku membuatkan
Syaf terus sahaja merangkul bahuku sekali lagi. Kelu terus kulihat mulutnya.
Mungkin kerana terlalu terkejut dia tidak dapat hendak memberikan apa-apa
komen. Laju tangannya mengusap bahuku.
“Penyakit ini dah buat seluruh
hidupku kacau-bilau. Aku rasa macam tak mampu aje nak teruskan hidup. Baik aku
mati kalau maca ni!” Dengan rasa marah, geram dan sedih yang bercampur-baur ayat
itu meluncur keluar dari mulutku dengan tidak sengaja. Syaf terus menggelengkan kepalanya. Air mata
yang masih bersisa kuseka dengan hujung jari.
“Jangan cakap macam tu Fina. Astagfirullahalazim..mengucap
Fina..mengucap..” Pujuk Syaf. Aku tahu Syaf cuba untuk menenangkan aku.
“Kau bertuah Fina.
Sekurang-kurangnya, penyakit kau ni tidak berbahaya dan mengancam nyawa
kau. Tak seperti penyakit yang dihidapi
oleh mak aku.” Ada
nada sedih dapat kukesan di dalam nada suaranya. Rasa bersalah pula membuat
gadis ini murung sekali lagi.
“I am sorry about your mom, Syaf..”
Luahku dengan penuh simpati.
“Takpe..” Dia kulihat tersenyum
tawar. Kemudian, gadis ini mengerutkan sedikit dahinya.
“Tapi, kau masih kenal keluarga
kau, kawan-kawan kau. Kau masih kenal aku..masih kenal Kak..”
Sebelum Syaf menghabiskan ayat, aku
terus memotong kata-katanya.
“Aku hanya dapat ingat sampai hari
terakhir peperiksaan tahun akhir. Aku masih ingat segala-galanya yang terjadi
sebelum tarikh itu.” Aku menjawab persoalan yang bersarang di minda Syaf dengan
lemah.
“Astaghfirullahalazim..sabar
Fina..sabar ye..” Luah Syaf. Tangannya kini mengusap lembut tanganku.
“Aku pernah terbaca tentang penyakit
kau ni. Kau ada peluang untuk sembuh sepenuhnya. InsyaAllah, aku akan bantu kau
sebaik mungkin.” Dengan penuh semangat Syaf berkata begitu kepadaku. Senyuman
lebar kini menghiasi wajahnya. Kalau Syaf boleh tersenyum, aku pun mesti boleh.
Dengan perlahan-lahan, aku mengukir senyuman ke arah kawan baikku ini.
“Terima kasih Syaf..” Ujarku dengan
bersunggguh-sungguh.
“Dah, jom kita makan aiskrim.”
Ajak Syaf. Gadis ini kemudiannya bingkas bangun dari kerusi. Aku terus
menganggukkan kepala dan turut sama bangun. Baru sahaja ingin melangkah, aku
terus menoleh ke arah Syaf. Tak sabar rasanya untuk mengajukan persoalan yang
sudah lama bersarang di dalam kepala ini.
“Kau tahu tak bagaimana aku boleh
berkahwin dengan Raja Adrian Benjamin?”
Berubah sedikit wajah Syaf ketika
ini. Aku pula masih menanti jawapan darinya untuk soalan itu.
***
Bersambung :D
yeahhh,dah terjawab dah pasal hal duit tu akhirnya.....
ReplyDeletewahh xsbr nk tunggu next entry...
ReplyDeletehttp://www.wadahberbicara.my/
best
ReplyDeleteakak, bulan 8 or bulan 9 fina graduate? huhu
ReplyDeletealhamdullilah. Pasal duit dah terjawab. Mesti Fina nak tahu habis-habisan macam mana dia boleh kahwin dengan Adriankan. hehehe...
ReplyDeletethank u so much kak Suri. Suka sangat! :)
xsabar nak tnggu part ingatan fina kembali sembuh...
ReplyDeleteRiyadh : tq so much sudi baca dan komen..in syaa Allah, nanti suri post bab 16 :)
ReplyDeleteCik Honney : In syaa Allah, next entry akan ada esok atau hari isnin nanti :)
Azwa Azee : bulan 8 :) akak dah betulkan :) tq so much yea..nanti akak update bab 16 :)
Anonymous : tq so much sudi baca dan komen :)
Afifah Yusoff : haha..itu sudah semestinya..memang sekarang Fina nak tahu sgt bagaimana dia boleh terkahwin dengan king.
tq so much tau sebab sudi baca dan komen :)
Aisha : nantikan bab2 seterusnya ye :) tq sudi baca dan komen :)
Dugaan..demi dugaan fina kena tempuh untk mgetahui diri sebenar..berat jg ye org y hilang ingatan ni..lg berat sy y jd pembaca ni xsabar nk tau kisah seterusnya...kak suri thakz update..nk seterusnye..hihihi..♡♡♡♡♡ kak suri ryana...the best...
ReplyDeleteSuka..suka sgt suri.. pandai bg saspen ye...
ReplyDeleteHoneyzs : haha..sabar tau..semua misteri akan terungkai nanti..in syaa Allah, bab 16 pasti akan kat sini :) ♡ ♡ ♡ ♡ ♡ honeyzs jugak :)
ReplyDeleteHartini Halim : eheh saspen sikit2 je kak :D terima kasih kak sebab sudi mengikuti PISA hehe..in syaa Allah, nanti suri post bab 16 heheh
omg!!!!! suspen kut...... best gilaaa.... nk lagiii
ReplyDeleteSian kt fina kan... Tumb up suri..
ReplyDeleteX sabar tunggu bab seterusnya..
nextttt hehehe tak sabarnye
ReplyDeletemenunggu yang seterusnya....lalalalala
ReplyDeleteperubahan muka syaf...bila fina tanya macamana dia leh kawin ngan adrian...jeng jeng jeng...
Selamat malam. (@_@)~
Nursyafika : hehee..nanti akak sambung ye syafika :)tq so much sudi baca dan komen tau :)
ReplyDeleteLieza Rais : tq so much sudi baca dan komen yea..nanti suri post bab 16 :)
Nana Dmnhuri : tq sooo much sudi mengikuti PISA..nanti akan ada bab 16, In syaa Allah :)
~("_^)~Oh Ha-Ni : thank youuu :) nanti akak post bab 16..selamat malam :)
Best..... #^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum kak suri ryana..syafyy first time nk comment ni..hehe..=D utk makluman, syafyy mmg peminat tegar semua karya2 kak suri, ni yg terbaru ni PISA lg laa xsbr nk baca new entri.. like! like! like!..<3 <3 <3
ReplyDeleteooo.. macam tu ceritanya... macam mana pula fina suka dekat KING? hmm.. curious!
ReplyDeletethanks kak suri sbb rajin update..
ReplyDeletesy memang ternanti bab baru..hehehe
Jam tangan smart:
http://jeycollections.blogspot.com/
macam mna? macam mna? huhu cept2 smbung :)
ReplyDeleteOh..pkai 50k utk bantu mak syaf.ok la...ingt buat pe.tl x puas ati dgn andrian..ambik kesempatan bg pinjam tl ada udang balik mee
ReplyDeleteyeayy. best sangatt.. sayang kak suri. :)
ReplyDeletebest kak suri..:)
ReplyDeletemy fav baskin robbin ! hahaha
ReplyDeletebest laa kak suri..byk suspen..x sbr nk tnggu bab 16..
Ngeeeeeee semakin berdebar ni suri...x sabo dah nak baca next bab...k ju
ReplyDeleteni yg xsaba nk tunggu next n3..hheh..but take yr time, jgn kelam kabut, nnti xbest plak..(tppp.. jgn lama2 tau..ahaks!)
ReplyDeletepandai suri bagi akak saspens...tak sabar nak tahu mcm mana fina boleh kahwin dgn king...cepat2 ye post bab yg seterusnya...
ReplyDeletealah stop tpt paling k sal nk tau
ReplyDeletemcm mana leh kawin yer ngan King tuh
nk lg Suri..
thanks lots
best la...walaupun king tu kaki prempuan n slalu ckap ksar2 dngan fina tp suka la king tu..heheheh..ptut la fina pun bleh suka..x sbar nk bca n3 sterusnya..lg x sbar nk tnggu n3 diaorg berbaik2,fina ubah penampilan..cewah,confident suri nk unah pnampilan fina...
ReplyDeleteThis is going to be a very interesting novel. Baru intro jer nie kan. Baru nak gaduh2 dan kenal King kan. Nanti dalam novel mesti dilambung jiwa2 kan...hihihihi
ReplyDeleteSekarang terjawab sudah misteri duit RM50 ribu tu... rupe-rupenye mak syaf sakit... sekarang part yang paling xsabar nak tunggu part air muka syaf berubah bila fina tanya mcmne fina n king boley kawen tu...
ReplyDeletexsabar nk tunggu bab 16 ni kak suri...
Suri...new n3 plz...
ReplyDeletetak sbr nk tnggu syaf citer...
ReplyDelete~uly ct~
ish lamanya, bila nak sambung nih????
ReplyDeletekak suri :) maksudnya adrian ni pernah bercinta la dulu pastu kena tinggal? so that's why dia jadi playboy ? waahhh tak sabar nak tunggu yg saya beli on9 sampai . excitednyaaaaa :D :D #PISA <3
ReplyDeleteepisod akhir yer mne..??tak sbar nak bca... :)
ReplyDelete