Tuesday, 13 July 2010

M.A.I.D 5

“Assalamualaikum” Kataku sebaik sahaja Mr. F mengangkat telefonnya.

“Waalaikumusalam” Aku suka mendengar suaranya ketika dia menjawab salam. Aku tersenyum sendirian.

“Kebanyakan bahan-bahan ada kecuali bawang merah, minyak sapi, santan, rempah kurma dan rempah beriyani” Aku membaca senarai bahan-bahan yang ditulis Iman di atas sekeping kertas kecil kepada Mr. F. Kalaulah dia tahu Iman berada di sebelahku, habislah aku.

“Ok, dalam pukul 12 nanti, ada orang akan hantar semua bahan-bahan yang awak perlukan tu. By the way, kenapa selepas dua jam baru awak menelefon saya?” Untuk soalan Mr. F yang ini, aku sudah ada jawapannya.

“Saya selesaikan kerja-kerja lain dulu tadi. Maafkan saya encik.” Jawabku.

“Okay, fine..Tut tut tut tut tut tut……..” Nampaknya seperti biasa, dia telah matikan talian selepas mendapat jawapan yang diperlukan.

“Iman, aku dah selesaikan sebahagian tugasku hari ni. Kita pulak tak boleh masak lagi sebab bahan akan sampai pada pukul 12 tengahari. Sekarang, apa kata aku bawak kau melawat rumah ni dulu.” Kataku sambil tersenyum. Iman masih lagi memandang dengan penuh minat kawasan ruang tamu.

“Cantiknya, Noorul!” Itu sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Iman. Dia kemudiannya menuju ke arah almari yang menempatkan koleksi barang-barang Mr. F. Selepas itu, aku membuka bilik yang pertama dan membawa Iman masuk.

“Cantik tak Iman? Semua bilik lebih kurang sama dengan bilik ni cuma bilik Mr. F yang paling canggih dan lebih luas.”

“Noorul, ada nota lah. Kau tak baca ke?” Iman berkata sambil menarik nota yang tertampal di atas cermin meja solek. Aku turut sama melihat ke arah nota itu. Memang ini kali pertama aku masuk ke dalam bilik ini hari ini.

“Cermin masih berhabuk, bersih betul-betul next time.”

Itulah bunyinya nota tersebut. Aku cepat-cepat keluar dan membuka pintu 2 lagi bilik yang terdapat di bahagian bawah penthouse. Benar tekaanku, nota yang sama ada juga terlekat di dalam dua bilik lagi. Iman kulihat tidak dapat lagi menahan ketawanya. Dia terus mengambil nota-nota tersebut dan dibuangnya ke dalam tong sampah.

“Iman, jangan!” Aku terus mengutip semula nota-nota itu dari dalam tong sampah. Nasib baiklah aku baru salinkan plastik dalam tong sampah tu.

“Kenapa dengan kau ni, Noorul?” Iman yang pelik dengan kelakuanku bertanya.

“Takde ape lah, Iman. Takpe, nanti aku buang sendiri.” Kataku perlahan.

“Ye lah tu..kau memang nak simpan kan?” Iman memang kenal aku sangat-sangat. Susah untuk aku berbohong kepadanya.

“Mana ada..” Sangkalku. Tetapi melihat muka Iman yang masih tidak percaya, aku kemudiannya berterus terang sahaja.

“Iman, sebenarnya kan, aku suka la tengok tulisan tangan Mr. F ni. Memang aku kumpul nota-nota ni dari hari pertama kerja.” Kata aku dengan jujur kepada Iman.

“Kau ni sukakan tulisan tangan Mr. F ke, sukakan Mr. F? Kau biar betul, Noorul.” Iman dah mula membuat andaian sendiri. Andaian yang kalau betul pun, tak akan aku bagitau sesiapa dalam masa yang terdekat ni. Memalukan je, seorang pembantu rumah yang tidak ada apa-apa sukakan majikannya yang ada segala-galanya.

“Dah lah, jom kita naik ke atas. Aku nak tunjukkan kau bilik Mr. F dan bilik yang aku selalu berehat, mandi dan solat..kira macam bilik aku la..” Aku terus berlalu dan menaiki anak tangga. Aku tidak mahu Iman membuat pelbagai spekulasi lagi. Iman mengekoriku masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil empuk yang memang telah menjadi katil aku berehat setiap hari.

“Iman tengok sini..cantik kan?” Aku mengajak Iman untuk rapat ke dinding kaca sambil menunjuk ke arah kolam renang dan taman yang terletak di bawah.

“Cantiknya, Noorul.” Memang itulah ayat yang keluar dari mulut Iman dari tadi.

“Hm..sekarang, jom kita lawat bilik Mr. F pulak. Lagipun aku belum kemas lagi bilik dia. Jom.” Aku mengajak Iman yang matanya masih lagi tertancap pada keindahan pemandangan taman dan kolam renang dari atas. Kemudian Iman mengekoriku untuk ke bilik Mr. F pula.

“Itu lah set home teathre yang aku cakap tu, Iman.Canggih kan?” Tanyaku kepada Iman yang dengan pantas mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Kacak memang kacak, tetapi perangai macam hantu.” Iman mengulang lagi ayat yang pernah keluar dari mulutnya ketika di pasar malam minggu lepas apabila dia memandang ke arah poster gambar Mr. F yang tersenyum kacak itu. Aku hanya ketawa kecil. Lucu pula terkenangkan apabila aku menumpahkan sos ke atas bajunya dan keesokan harinya, aku lah yang membasuh baju tersebut. Aku tersenyum sendirian lagi untuk kali yang keberapa pun aku tidak pasti.

“Kau ni kan Noorul, pelik lah! Sejak bila pula kau pandai senyum sorang-sorang macam ni?” Alamak, mak nenek ni perasan pulak aku senyum sorang-sorang..habislah aku!

“Eh, takde la Iman. Mana ada aku senyum. Dah, dah, aku nak kemaskan katil kejap, kau tolong bersihkan lantai dan karpet ye. Kejap aku pergi ambil penyedut hampagas kat bawah.” Iman masih lagi merenung ke arahku dengan pandangan yang pelik. Aku kemudiannya turun ke bawah untuk mendapatkan penyedut hampagas dan kuberikan kepada Iman.

Kami pun membuat kerja masing-masing dan kemudiannya aku meninggalkan Iman yang masih mengelap dinding kaca di dalam bilik Mr. F untuk membersihkan bilik-bilik lain. Setelah selesai membersih dan mengemas kesemua bilik berserta bilik air. Iman yang telah penat setelah dua jam tanpa henti menolong aku membersihkan penthouse ini berehat di bilik yang selalu aku rehat itu.

***

Ting Tong!

Pastinya orang yang hendak menghantar barang tu dah sampai. Aku segera membuka pintu dan seorang wanita berumur 30-an yang ayu berbaju kurung sedang tercegat di hadapanku. Siapa ye dia ni? Aku memandang ke arah 3 plastik putih di tangan wanita ini yang pastinya berisi bahan-bahan untuk memasak.

“Asalamualaikum” Ujar wanita itu sambil tersenyum manis.

“Waalaikumussalam, silakan masuk cik.” Aku meluaskan bukaan pintu dan menjemputnya masuk ke dalam. Nasib baik aku sempat berpesan kepada Iman supaya tidak keluar dari bilik di atas. Takut juga kalau Mr F mengetahui tentang kehadiran Iman di penthousenya.

“Ni barang yang Encik Harris suruh saya bawak.” Beg-beg plastic itu pun berganti tangan.

“Terima kasih ye cik. Sekejap ye, saya buatkan air untuk cik.” Aku tersenyum sambil terus berlalu ke dapur. Peel fresh oren di dalam peti ais kukeluarkan dan kutuang ke dalam gelas.

“Silakan cik.” Aku memberikan gelas berisi air oren itu kepadanya

“Terima kasih. Tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil saya kak Maya je.” Kata wanita itu.

“Oh, kak Maya..nama saya Noorul.” Aku memberitahu namaku sebelum sempat dia bertanya. Macam mana aku nak tanya apa hubungan kak Maya ni dengan Mr. F ye?

“Kak Maya ni kawan majikan saya ye?” Tanyaku. Bukan nak menyebuk tapi sekadar ingin tahu.

“Tak lah. Kak Maya pembantu peribadi kepada Tan Sri, ayah kepada Encik Harris tetapi kak Maya juga secara tak langsung menyediakan keperluan Encik Harris juga. Dah 4 tahun Kak Maya bekerja dengan dengan keluarga mereka” Terang Kak Maya

“Oh..begitu.” Pendek je jawapanku. Macam manalah Kak Maya ni boleh tahan dengan Mr. F?

“Okay la ye, kak Maya perlu pulang ke ofis sekarang. Petang nanti Tan Sri ada meeting, so kak Maya perlu sedia apa yang patut. Jumpa lagi ye, assalamualaikum” Kak Maya bangun dan meminta diri. Entah mengapa aku rasa sangat senang dengan Kak Maya.

“Waalaikumussalam. Jumpa lagi.” Kataku sambil tersenyum memerhati Kak Maya yang sedang menyarungkan kasut. Dia tersenyum lagi kepadaku sebelum beredar.

Sebaik pintu ditutup Iman terus turun tanpa perlu aku mendapatkannya di atas.Dia mengeluarkan semua bahan-bahan dari dalam ketiga-tiga buah beg plastik putih itu.

“Wow, banyaknya bahan-bahan. Macam nak masak untuk 10 orang je.” Iman berkata sambil memandang ke arah bahan-bahan yang dibawa Kak Maya.

“Dia nak aku masakkan untuk 2 orang, campur dengan aku 3 orang” Kataku sambil ketawa.

“2 org? Wah, jangan-jangan dia nak bawak girlfriend dia datang makan malam kat sini kot.” Entah mengapa hatiku tiba-tiba risau mendengar kata-kata Iman.

“Biar la, lantak dia nak bawak girlfriend ke, nenek dia ke, yang penting gaji aku masuk setiap bulan.” Takkan aku cemburu kot? Kenal dengan Mr. F pun tak pernah, bila jumpa asyik kena tengking dengan dia je..kenapa pulak aku rasa cemburu sikit ni? Parah, parah.

“Ye ke kau tak nak tahu, Noorul? Nampak macam jealous je.” Hish! Iman ni, pandai je. Sabar, sabar Noorul. Dia hanya serkap jarang je tu, sama macam Mr. Lee. Buat biasa je.

“Kau ni merepek je Iman. Dah, jom kita mula memasak. Aku nak belajar daripada kau. Senang, lain kali aku boleh masakkan untuk dia kalau dia suruh.” Aku terus mengeluarkan buku nota yang memang sentiasa ada di dalam beg sandang belakangku. Memang aku bertekad untuk belajar masak supaya senang nanti, tak perlu nak kelam-kabut macam hari ini.

Iman kulihat sibuk mengeluarkan mangkuk dan peralatan lain untuk memasak. Aku menolong Iman memotong bahan-bahan yang diperlukan. Sesekali Iman memberi arahan kepadaku supaya memasukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersaiz sederhana besar di hapadan kami. Aku mencatat segala langkah-langkah memasak dan bahan-bahan yang diperlukan. Dapatlah aku masak nasi beriyani selepas ini tanpa disuruh. Mungkin juga nasi beriyani adalah makanan kegemaran Mr. F. Tiba-tiba bibirku menguntum senyum.

“Kenapa kau senyum sorang-sorang lagi ni?” Tiba-tiba Iman bertanya kepadaku sambil memandangku dengan pandangan yang pelik.

“Eh, mana ada? Aku happy sebab kita dah nak habis masak ni.” Alamak, Iman nampak la pulak aku senyum. Hish, dia ni, perasan aje.

“Aku saja masak lebih sikit tadi..untuk 5 orang. Jadi dapatlah kita makan dulu sebelum balik.” Aku suka dengan idea Iman tu. Aku tersenyum sambil memeluk bahunya.

“Wah, nasib baik kau masak lebih, save la duit kita hari ni dapat makan malam free.” Aku tersenyum lagi. Sememangnya Puan Asyikin yang mendapatkan aku kerja di sini ada memberitahuku bahawa aku boleh makan tengahari dan makan malam di sini sebelum pulang.

Setelah semuanya selesai dan hanya menunggu untuk nasi dan lauk – pauk itu benar-benar masak, aku mengeluarkan pen dan sekeping kertas.

Encik,
Saya dah masak semua makanan tu. Maaflah kalau tak sedap. Selamat menjamu selera dgn si DIA!!!

Yang benar,
Noorul.

Begitulah rupanya nota yang kutulis. Iman merampas nota tersebut dari tanganku.

“Kau gila ye Noorul? Ada ke kau tulis nota macam ni kat Mr. F? Kau sedar tak Mr. F tu bos kau? Ni, cara kau tulis ni macam cemburu je. Selamat menjamu selera dengan si DIA. Kenapa dia tu harus huruf besar? Ish, kau ni.” Iman membebel kepadaku tentang nota tersebut. Tapi kan, bila aku baca balik, aku rasa memang betul lah aku dah mereng. Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Nasib baik Iman ada untuk menyedarkan aku. Nota tersebut aku koyak dan buang ke dalam tong sampah. Iman hanya memerhati tingkah laku aku yang ternyata pelik di matanya.

“Encik,

Saya dah masakkan semua makanan tu.

Noorul.”

Iman tidak memberi sebarang komen terhadap nota terbaruku itu. Nota tersebut aku letakkan di atas meja kaca di ruang tamu. Setelah semua makanan siap dimasak, kami menjamu selera dan berehat. Tepat jam 6 petang, kami melangkah keluar dari mahligai mewah Mr F.

“Iman, aku rasa kan, Mr. F akan pulang dalam pukul 6 30 petang. Jom tengok siapa tetamu jemputan Mr. F tu, nak?” Tanyaku kepada Iman. Aku tahu Iman mesti tak bersetuju dengan idea aku tu.

“Hm..boleh jugak kan, nak juga aku tahu bagaimana rupanya girlfriend Mr. F tu.” Hish, Iman ni betul-betul menyebabkan aku lemah semangat lah. Betul ke Mr. F dah ada girlfriend? Kami kemudiannya berehat sebentar di taman sementara menunggu Mr. F pulang. Jam menunjukkan pukul 6 40 petang dan Iman kulihat sudah tidak sabar untuk pulang.

“Mananya Mr. F kau tu? Jom lah Noorul, penat lah..jom kita balik.” Dengan pantas Iman berdiri sambil menarik tanganku untuk bangun. Nampaknya keindahan taman tidak lagi dapat menahan Iman dari pulang ke rumah saat ini. Hish, Lambat la pulak si F ni.

“Okay lah, jom kita balik..kesian jugak kat kau tolong aku masak tadi. Mesti penat kan.” Aku benar-benar kasihankan Iman yang nampak sangat letih. Langkah kuatur untuk keluar dari kawasan taman dan menuju ke pintu pagar utama. Tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta BMW hitam kepunyaan Mr. F memasuki kawasan millennium tower.

“Iman! Iman! Tu kereta Mr. F. Selepas parking kereta, mesti dia naik lif ke atas. Jom Iman kita tengok dari dekat sikit siapa tetamu Mr. F tu. Kita sembunyi je di sebalik dinding tepi lif tu.”Aku menarik tangan Iman yang terpinga-pinga mencari kereta Mr. F yang telah pun meluncur laju memasuki ruang basement. Dia hanya mengekoriku masuk semula ke dalam bangunan Milennium Tower.

“Okay, kita tunggu kat sini.” Aku berbisik perlahan kepada Iman. Kami bersembunyi di sebalik dinding berwarna putih yang terletak betul-betul di sebelah lif.

“Lelaki?!” Iman yang tidak menyangka tetamu Mr. F adalah seorang lelaki yang tidak kurang tampannya agak terkejut apabila terpandang kelibat Mr. F dan tetamunya itu. Aku melihat ke arah Mr. F dengan perasaan lega tetapi ada sesuatu pula yang muncul di benak fikiranku saat ini.

“Astaghfirullahalazim…takkan Mr. F gay kot..” Terlepas juga kata-kata yang bersarang di hatiku. Iman menjeling ke arahku.

“Hoi! Suka-suka kau je. Mana kau tahu diorang tu gay? Entah-entah adik die ke, abang dia ke, kawan dia ke, tak ke kau dapat dosa free je sebab buruk sangka yang bukan-bukan.” Seperti biasa, kalau cik Iman membebel, alamat agak panjanglah ayat yang keluar dari mulutnya. Aku pun tidak pasti, aku cakap je. Hish, Iman ni lebih-lebih pulak.

“Jom la balik, Noorul. Aku ingatkan dia bawak girlfriend balik tadi,teruja jugak nak tengok kecantikan girlfriend dia..ye la, Mr. F tu kan cerewet. Mana tahu kot girlfriend dia artis ke, apa ke, boleh aku mintak autograph.” Kata Iman kepadaku. Banyaklah kau punya autograph Iman, kenapa lelaki handsome mesti berpasangan dengan perempuan cantik je? Yang biasa-biasa macam aku tak boleh ke berpasangan dengan lelaki yang handsome macam Mr. F tu?

Kata-kata itu hanya tersemat di dalam hatiku saja. Tak berani aku nak meluahkannya kepada Iman. Iman segera menarik tanganku yang masih lagi memerhatikan pergerakan Mr. F dan tetamunya. Jauh di sudut hatiku, masih tertanya-tanya siapakah lelaki yang bersama Mr. F itu?

9 comments:

  1. bez2,,
    x sabar nk tunggu sambungannya,,
    kekee
    =)

    ReplyDelete
  2. Thanks sudi baca, atiqah :)kalau ada kekurangan minta maaf ye..saya masih belajar lagi ni :)

    ReplyDelete
  3. waaah best! thnx yana.. suka la x pyh tnggu lama2 nk bca ep baru :)

    ReplyDelete
  4. bila nak sambung ni....hehehe

    ReplyDelete
  5. anor.adilla : hihi :) saya selang2 dengan ceritera hati zahra

    avidnieda : InsyaAllah entry baru saya masukkan esok pagi :)

    ReplyDelete
  6. hehe..
    x sabar nk tunggu..

    ReplyDelete
  7. best kita suka -kakngat ;)

    ReplyDelete
  8. cite yang menarik ;)best sangat -kakngat :)

    ReplyDelete