Tuesday, 16 August 2011

Sebahagian Kisah Isteri Separuh Masa 9 :)

“Terhegeh-hegeh! Kau ingat ada dayang nak jemput kau masuk ke?” Aku terus mengurut dada sebaik sahaja mendengar suara itu. Ish, nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung, kalau tidak mahu pengsan aku kat sini.

"Lain kali, boleh tak bagi salam dulu?!" Marahku sambil memasamkan wajah. Geram betul melihat wajah selamba lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih 'Hard Rock Cafe Paris' itu.

“By the way, saya tak berharap pun tetapi, saya tetap nak ucapkan terima kasih sebab Dr Nazrin sudi menjadi dayang untuk jemput saya masuk hari ni.” Jawabku. Hendak meletus ketawa apabila wajah lelaki itu bertukar merah sedikit. Marah agaknya dengan jawapan yang diberikan olehku. Tanpa menunggu lebih lama, aku meninggalkannya dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah tetapi langkahku terhenti seketika.

'Cantiknya..' Jerit hatiku. Memang aku tak jangka yang rumah ini telah diubahsuai sampai macam ni sekali. Pandai betul arkiteknya mengubahsuai halaman rumah. Kreatif! Ada kolam renang dibina di halaman rumah ini. Walaupun tidaklah besar mana tetapi tetap menarik. Rekaan rumah pula kelihatan moden dari luar. Warna sapuan cat pada dinding yang digunakan juga cantik.



“Kau ni memang terhegeh-hegeh kan! Lembab! Nak tunggu nenek keluar jemput kau dulu ke, baru nak masuk?” Soalan dari lelaki itu benar-benar telah membantutkan pemerhatianku terhadap rumah yang berdiri megah di hadapanku ini. Potong stim betul! Aku hanya mampu mengetap bibir dan mengabaikan sahaja ayat yang keluar dari mulut lelaki itu sebelum menyambung langkahku. Ikutkan hati mahu sahaja aku menjawab balik kata-katanya tetapi risau pula kalau sesiapa terdengar nanti. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu, aku terus memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam sebelum memberi salam.
Nantikan keseluruhan cerita nanti yea.:)

22 comments:

  1. alah..huhuhuh..tak sabar nak tunggu keseluruhan

    ReplyDelete
  2. Ainulhusna : thanks..glad you like it!! hehe :)
    Aisy : Thanks sudi baca..nantikan ya..:)
    Azwa Azee : dah hantar ke penulisan2u..hari ni atau esok mesti ada..:) Nanti saya update kat sini bila dah ada nanti k..:) tq!!

    ReplyDelete
  3. suri, thanx so much update ISM 9 :)huhu x sabar nk baca lagi! :)

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tunngu n3 baru...

    ReplyDelete
  5. alahai suri...rasa teruja dan tak sabar..nak baca keseluruhan novel ni..Suri..habiskanla manuskrip..citer ni..harap novel ini dapat diterbitkan dalam masa yg terdekat ni..ek..akak yakin citer ni akan jadi top novel macam citer maid yg ada dalam koleksi akak tu..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  6. best la kak suri . cepat2 sambung ye kak suri .

    ReplyDelete
  7. suke sgt bc crite ni.. menanti sambungannya adalah suatu penyiksaan... sentiasa memikirkn apa yg bakal terjadi pada hero-heroin ni.. nyway, like it much.. ;)

    ReplyDelete
  8. Best!! nak tahu lagi..tak sabar rasanya.. =)

    ReplyDelete
  9. best la kak suri...
    cepat smbung ea... :)

    ~emma~

    ReplyDelete
  10. sangat2 best ! thumbs up kak suri .
    sambung lagi tau . tak sabar nak tau ape jadi .
    bila la dorang nak berbaik kan . .

    ReplyDelete
  11. x sbr nk thu niee..x dang nk felling2.
    cept smbng..

    ReplyDelete
  12. garang macam dlu gak si nazrin 2..sabar je la medina ye..x sbar n3 nanti

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak baca novel ni....

    ReplyDelete
  14. Alamak xsabanye rase..
    Cepat2 ye smbg kak suri...eheheh ;)

    ReplyDelete
  15. alahai.. apasal la p2u lambat sgt nk update.. suri dh hntr 2 hari lepas pun, dia x kluarkn lg huhu..

    ReplyDelete
  16. hahaha.. patutlah terlopong sekejap wani tgk rumah bapak singa tu.. cantik sih.. akak pun terpegun tgk gambar rumah ni.. hehehhe.. gud job suri.. :)

    ReplyDelete