Tuesday, 17 January 2012

Isteri Separuh Masa 20 A

Bab 20
Saat ini, sekiranya kepalaku disiram dengan sebaldi minyak cap kapak sekali pun belum tentu dapat menghilangkan kerunsingan yang melanda. Kata-kata pedas yang Kak Zita hamburkan masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Kini, terpaksa pula fikirkan tentang rancangan nenek yang mahu menetap di sini untuk sementara waktu. Sudahlah tu, jantungku seperti hendak terlompat keluar setiap kali nenek bertanyakan soalan itu.
“Ada apa-apa yang korang sembunyikan dari nenek ke?”
Rasanya sepanjang seminggu nenek berada di sini, sudah 3 kali soalan yang sama keluar dari mulut nenek. Pen yang berada di tangan kini kucampakkan ke tepi. Buku nota pula kututup dengan kasar dan aku terus bangun dari kerusi. Tak boleh jadi ni, aku perlu juga berbincang dengan Abang Nazrin kerana aku sudah tidak sanggup lagi untuk meneruskan pembohongan ini. Semakin hari, rasa bersalahku pada mama, papa dan nenek kian menggunung. Lagipun, tidak ada apa yang aku harapkan lagi daripada Abang Nazrin. Rasanya, memang sudah tertulis yang dia bukan untukku. Dengan langkah yang longlai, aku menapak menuju ke arah pintu bilik. Kemudian, tangan kanan mengetuk daun pintu beberapa kali.
Tok! Tok! Tok!
Aik, kenapa senyap aje? Dah tidur ke dia ni? Ataupun telinganya tu dah pekak? Baru sahaja tanganku ingin mengetuk sekali lagi, daun pintu terus dibuka oleh si bapak singa itu dari dalam biliknya.
“Apa kau nak?” Masam sahaja wajahnya. Kemudian, lelaki itu terus melabuhkan punggung di birai katil.
“Awak tahu kan nenek akan menetap lama sikit kat sini?” Ujarku sambil melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Tahu. Semua tu salah kau! Kalau kau uruskan kerja rumah elok-elok sepanjang diorang berada di sini dulu, mesti semua ni tak akan terjadi.” Memang lelaki ini tidak dapat dijangka. Tiba-tiba sahaja dia bangun dan menengkingku. Aku tahu si bapak singa ini juga tertekan dengan rancangan nenek. Tapi, itu tak bermakna dia boleh menengking dan menyalahkan aku sesuka hati. Aku mengetap bibir dengan geram sebelum bersuara.
“Boleh tak kalau sehari tak cari kesalahan saya?” Nada suaraku yang sedikit meninggi mengundang jelingan yang lebih tajam dari lelaki itu.
“Hey, kau tak dengar ke apa nenek cakap tadi? Diorang kasihankan kau, sebab kau tak sempat nak uruskan kerja dalam rumah ni. Sebab tu lah nenek dan Mak Timah nak tinggal lebih lama kat sini.” Jawab lelaki yang memakai jersi Liverpool itu. Geram betul aku dengan lelaki ini. Mata kupejamkan seketika. Ada keluhan berat keluar dari mulutku. Sesungguhnya, aku betul-betul dah penat dengan semua ini.
“Dr. Nazrin! Saya ketuk pintu bilik awak malam-malam buta macam ni bukan sebab nak ajak awak bertekak.” Akhirnya, aku bersuara dengan perlahan tetapi cukup serius. Aku tahu, tak ada gunanya aku menengking bapak singa ni balik. Habiskan tenaga aje.
“Habis tu?” Soalnya sinis. Sebelah keningnya terjungkit ke atas sedikit.
“Sebelum masalah kita bertambah rumit, saya rasa ada baiknya kalau kita berterus-terang sahaja dengan nenek tentang keadaan kita sekarang ni.” Dengan tenang aku berkata begitu. Mata kuhalakan tepat ke wajahnya. Cuba untuk menganalisa reaksi lelaki itu tetapi tidak berjaya. Dia hanya merenung kosong sahaja ke arahku.
“Lagipun, teman wanita awak tu dah tak sabar-sabar nak awak tinggalkan saya.” Sambungku lagi setelah tiada respons kuterima darinya. Lelaki itu kulihat memalingkan wajah dan melangkah ke arah jendela. Pandangan dihalakan ke arah kolam renang yang terbentang di bawah. Dari gayanya, Abang Nazrin seperti sedang mempertimbangkan cadanganku. Akhirnya, bersama sebuah keluhan dia bersuara.
“Kau ingat aku tak nak berterus-terang? Aku cuma risaukan keadaan kesihatan nenek! Kalau nenek sihat, memang dah lama aku ceraikan kau.” Bersungguh-sungguh dia berkata begitu sambil merenung ke arahku. Aku juga risaukan keadaan nenek tetapi lambat laun kebenaran ini perlu juga didedahkan. Bagi aku, baik kami berterus-terang sekarang sebelum nenek mengetahuinya daripada mulut orang lain. Jika itu berlaku, aku takut sekiranya wanita itu tidak dapat memaafkan kami.
“Okay, saya faham tapi, sampai bila kita nak tunggu? Saya dapat rasakan yang nenek dah mula mengesyaki sesuatu. Dah banyak kali dia tanya samada kita ada sembunyikan sesuatu dari dia atau tak.” Aku meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Nenek pun ada tanyakan soalan tu pada aku semasa minum petang tempoh hari.” Abang Nazrin kulihat meraupkan wajahnya. Sebelum dia menyalahkan aku, aku terus bersuara.
“Iyalah, mana ada suami isteri yang tak bercakap langsung di meja makan. Bukan aje nenek, orang lain pun tak akan percaya kalau kita beritahu mereka yang kita ni adalah suami isteri yang sah. Mana tidaknya, lakonan awak tu, kaku sangat! Macam patung.” Bidasku. Memang betul apa yang aku katakan. Sekurang-kurangnya aku ada juga cuba senyum dan memulakan perbualan dengan bapak singa ini di hadapan mama, papa dan nenek. Tapi, dia buat tak tahu aje. Kadang-kadang tu, pandang aku pun macam nak telan.
“Kaku?” Soalnya yang tidak berpuas hati denganku. Kening sebelah kirinya terjungkit ke atas sedikit.
“Yes, kaku!” Aku menjawab dengan penuh yakin sambil menganggukkan kepala.
“Fine! Jangan menyesal pulak nanti kalau aku tunjukkan bakat lakonan aku yang terpendam!” Tengkingnya dengan kasar. Jari telunjuk dihalakan pada wajahku. Bakat terpendam konon! Oh, kalau dia menyalahkan aku, petah betul mulutnya berkata-kata. Tapi, bila kesalahannya aku ungkit, pandai pula hendak naik angin!
“Whatever.” Bentakku sambil menjulingkan mata ke atas.
Memang dah aku agak. Lelaki ini bukanlah seorang yang mudah untuk dibawa berbincang. Kata putus tentang cadanganku untuk memberitahu segala-galanya kepada nenek nampaknya tidak dapat dibuat malam ini. Mungkin aku perlu jalankan rancangan itu bersendirian tanpa perlu fikirkan tentang si bapak singa ni. Dengan kasar, aku melangkah menuju ke arah bilikku. Buang masa aje! Baik aku tidur tadi, lagi bagus.
Tok! Tok!
Aku memalingkan wajah ke belakang. Abang Nazrin juga turut sama memandang ke arahku ketika ini. Dengan perlahan aku menapak menghampiri Abang Nazrin semula.
Tok! Tok!
Ketukan bergema lagi.
“Nazrin...” Mendengar sahaja suara itu, Abang Nazrin terus membuka pintu bilik.
Nenek?? Aku pula yang sedikit terkejut dengan kehadiran nenek terus melompat ke atas katil Abang Nazrin. Takut juga kalau wanita itu masuk ke dalam nanti. Comforter berwarna merah yang terlipat kemas kutarik menyelimuti badan. Bau wangian Issey Miyake yang selalu dipakai oleh bapak singa itu memenuhi rongga hidungku saat ini.
“Ne..ne..nenek! A..a..ada apa nek?”
“Hai Nazrin, sejak bila pula kamu gagap ni?” Soal nenek sedikit pelik. Mata kupejamkan dengan rapat. Isk, bapak singa ni gagap pulak!
“Ada apa nek?” Soal Abang Nazrin sekali lagi. Aku hanya memerhati figura lelaki itu dari belakang. Sebelah tangannya kulihat dimasukkan ke dalam poket tracksuit putihnya.
“Nenek cuma nak minta izin dengan Wani ni..” Mendengar sahaja namaku disebut, sepantas kilat aku terus bangun dari katil dan melangkah ke arah muka pintu.
“Minta izin apa pulak ni nek?” Soalku bersama senyuman di bibir. Pelik pula mendengar kata-kata nenek.
“Nenek ingat nak pinjam kereta kamu esok.” Ujar wanita yang memakai kain batik jawa itu. Aik, sejak bila pula nenek pandai bawa kereta ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Ha? Nenek dah ada lesen ke?” Bersama sedikit keraguan yang bertandang di hati, aku bertanya soalan itu.
“Tak..Mak Timah kan ada lesen..nenek nak ke pasar dengan Mak Timah esok. Kemudian, nak pergi beli barang dapur.” Ujar nenek. Aku pula menganggukkan kepala beberapa kali sebelum bersuara.
“Oh..tapi Wani ada kelas esok pagi.” Memang benar, aku ada kelas tutorial dengan si bapak singa ni esok, tepat pukul 9 pagi.
“Kamu pergi ajelah dengan Nazrin.” Jawab nenek dengan pantas membuatkan aku terus kehilangan kata-kata.
“Boleh kan Nazrin?” Soal nenek kepada Abang Nazrin pula.
“Eh, mestilah boleh, nek.Nazrin lagi suka kalau Wani tumpang Nazrin.” Jawapan yang diberikan oleh lelaki ini betul-betul membuatkan aku ingin termuntah.
“Tak menganggu abang ke?” Soalku sambil memandang wajahnya. Demi nenek, aku menguntumkan juga sebuah senyuman yang paling manis saat ini tetapi senyuman di bibir tidak lama bertahan apabila tangan kanan lelaki itu tiba-tiba sahaja merangkul kemas pinggangku.
“Sayang, dah berapa kali abang cakap, abang lagi suka sayang pergi dengan abang. Tapi, sayang yang degil. Nak juga drive sendiri ke kampus.” Ujarnya dengan nada yang perlahan. Wajah pula ditundukkan sedikit merapati wajahku ketika berkata begitu. Aduhai, bila dia berlakon lebih-lebih begini, aku pula yang rasa seperti hendak pengsan.
“Thank you abang, sebab sudi tumpangkan Wani..” Aku berkata begitu sambil cuba melepaskan tangannya yang berada di pinggang tetapi tidak berjaya. Semakin rapat dan kemas rangkulannya saat ini membuatkan wajahku terdorong sedikit ke arah lehernya. Bau wangian Issey Miyake sekali lagi menerpa ke dalam ruang hidung membuatkan jantungku semakin berdebar-debar. Memang salah lelaki inilah kalau aku pengsan sekejap lagi. Sebuah senyuman kuberikan juga kepada nenek kerana tidak mahu wanita itu mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Tuhan sahaja yang tahu betapa kekoknya kurasakan saat ini. Bilalah sesi lakonan ini akan tamat? Aduhai Medina Izwani, sabar ajelah!
“Don’t worry nenek, Nazrin akan tumpangkan Wani esok.” Ujarnya dengan mesra kepada nenek. Ada kegembiraan terpancar di wajah wanita itu saat ini.
“Wani tak kisah kan?” Soalan nenek kujawab dengan gelengan.
“Eh, mestilah tak kisah nenek. Lagipun, Abang Nazrin dah setuju nak hantar Wani.” Aku berkata begitu sambil ketawa kecil seperti semuanya berada di dalam keadaan baik. Tapi, di dalam hati Allah sahaja yang tahu.
“Good..that’s my wife!” Ujar Abang Nazrin sebaik sahaja mendengar kata-kataku. Tanpa aku duga, sebuah kucupan mendarat di ubun-ubun kepalaku ketika ini membuatkan aku tersentak untuk seketika. Kurang asam betul! Ish, memang dah lebih bapak singa ni! Ikutkan hati, ingin sahaja aku mencubit lengan lelaki ini sampai lebam tetapi aku masih tidak lupa yang nenek sedang memerhati kami sambil tersenyum senang. Mungkin gembira melihat kemesraan yang terjalin di antara aku dan Abang Nazrin. Entahlah, aku pun tak tahu!
“Baguslah kalau macam tu. Nenek masuk tidur dulu ya.” Lega rasanya apabila mendengar kata-kata nenek. Aku pula terus mengangguk sambil tersenyum. Eloklah tu nek, Wani dah rimas sangat dengan gelagat cucu pertama nenek ni.
“Selamat malam nenek.” Ujar aku dan Abang Nazrin serentak.
“Selamat malam.”
Sebaik sahaja nenek melangkah ke arah biliknya, Abang Nazrin terus menutup pintu tetapi tangannya masih berada di pinggangku. Memang dia ni sengaja nak cari fasal! Tanpa berkelip aku menjeling dengan tajam ke arah lelaki itu.
“What? Did I do anything wrong?” Soalnya dengan selamba sambil merenung ke dalam mataku.
“Tangan awak ni, boleh tak jangan nak lebih-lebih?” Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan aku melepaskan tangannya dari pinggangku. Kemudian, aku terus bercekak pinggang dan berdiri berhadapan dengan lelaki itu.
“Well, baru aje tadi kau cakap lakonan aku kaku, kan?” Bidasnya dengan sinis. Ah, aku dah agak dia ni memang tak faham bahasa. Bila masa pulak aku suruh dia pegang-pegang?! Cukuplah dengan senyuman dan perbualan untuk meyakinkan nenek. Ah, lelaki ini bukannya tak faham tetapi sengaja buat-buat tak faham!
“Apa yang saya maksudkan, tak ada kena mengena dengan physical contact! Faham tak?!” Bentakku dengan kasar. Tanpa menunggu jawapan darinya aku terus berpaling untuk melangkah menuju ke bilikku.
“Nope, aku tak faham dan tak nak faham pun.” Semakin sinis nada suaranya menyebabkan langkahku terhenti seketika. Aku berpaling ke belakang semula sambil mencerunkan mata merenung ke arahnya. Lelaki itu kulihat sudah pun berada di atas katil. Pandangannya pula difokuskan ke arah skrin komputer riba.
“Eeeeeeeee! Awak ni kan...!!!!” Jeritku. Ikutkan hati, ingin sahaja aku mencekik leher lelaki itu. Memang hobinya sakitkan hati aku kot!
“By the way, Let me know if my acting is still not up to your standard!” Balas lelaki itu yang menjeling ke arahku sekilas. Ada ketawa kecil di hujung ayat membuatkan aku bertambah geram. Dengan kasar aku menyambung langkah masuk ke dalam bilik. Lagi lama aku berhadapan dengan lelaki itu, lagi menggelegak darah di dalam badan. Silap-silap haribulan, boleh kena darah tinggi kalau selalu begini.

62 comments:

  1. thanks a lot :)=Say Hello

    ReplyDelete
  2. wow!best n3 kali nih...hope diorg akan bahagia selalu kak suri..

    ReplyDelete
  3. uwaaa....thank you very mucho mucho kak!! hehehe klu bole yg bab 20 B tu update as soon as possible ye kak!! huihh lamo dah den nunggu.. hee~~~

    ReplyDelete
  4. owh..patutlah lama x de entry..
    best sngt crite ni:)nampaknya dorg dah kurang gaduh..thanks for this entry:)

    ReplyDelete
  5. tqvm kak suri.. ;)

    ReplyDelete
  6. tQvm kak suri..best.. ;)

    ReplyDelete
  7. wahaha love scrapebook... sweetnye hadiah...

    ReplyDelete
  8. syg suri sgt2 thx utk n3 ni sekurang2nya dah terubat rindu pada medina izwani n dr nazrin n harap2 tak terlalu lama menunggu novel ISM diterbitkan best of luck Suri >:D<

    ReplyDelete
  9. rindu sangat kat kak suri..lama dah tak update..huhu..lepas ni rindu pulak la kat ISM ni...dah nak terbit dah...goodluck kak suri!! =)

    ReplyDelete
  10. As salam kak suri. Terima kasih sbb update cete ni di saat zuera nak release tension dgn final exam. Hehe. Ok suka sangat and sangat tak sabar menantikan keluaran novel ni. Hopefully pihak KN cepat2 terbitkan novel ni n zuera yakin cete ni akan mdpt smbutan. TERHANGAT di PASARAN Giteewww... hehehehe... Suka la dgn nazrin n medina... Hehehe

    ReplyDelete
  11. terlps rindu nak bc entry nie.........

    ReplyDelete
  12. bestnyer kalau jadik versi cetak...

    ReplyDelete
  13. Memang rndu sgt2 dgn si bapak singa ne. Tak sbr menanti kmunculan ISM dlm versi cetak. Goodluck Suri!

    ReplyDelete
  14. cpt siapkan manuskrip tau...xsbr nk bce n tau pe yg akan jd kat medina n nazrin :D

    ReplyDelete
  15. Kak Suri! I miss you so much! :D Hehehe..suka entry ni! :D Best! Hrp diterbitkan nanti. Nak beli! :D

    ReplyDelete
  16. rindu dgn ISM.....
    ISM nak diterbitkan...x sabar nk tunggu...........

    ReplyDelete
  17. teru bat rindu hati ngan ISM....

    ReplyDelete
  18. terubat rindu ngan ISM....
    x sabar nk tunggu novel publish..
    tQ suri..menceriakan hariku...
    heheheh

    ReplyDelete
  19. huh!!! cik suri... berbakul2x rindu kami ni dgn ISM... harap2x cepatlah printed version keluar... good luck..2u :)

    ReplyDelete
  20. ruby muksan reds18 January 2012 at 01:16

    terbaik punyer...

    ReplyDelete
  21. Tak Sabar nak tunggu ISM diterbitkan.... :D

    ReplyDelete
  22. Sgt best kak suri....xsabar nk tggu ISM dlm bentuk novel pulak...Hana85

    ReplyDelete
  23. congratulation kak. it was great..:-)

    ReplyDelete
  24. rasanya dah lama x activate hobby reading novel. during school time giler baca english novel yg tebal ,macam nak ngak. never read a malay novel, a good start for me...TQ suri

    ReplyDelete
  25. wargh!!!!thanks kak suri akhirnye terubat jugak rindu pada ISM..klo jadi versi cetak confirm beli hehe...terbaek!!

    ReplyDelete
  26. Wah..baru terlepas rindu kat suri...wani dan nazrin...harap dpt update n3 20B ye...dan tak sabar nak tggu versi cetak....congrates...citer ni nnt bakal jadi best seller lagi

    ReplyDelete
  27. Suri..lamanya x update sini. Nazrin dh cintan ngan Medina ker..bila nk jd betul suami isteri ni.Asik main tarik tali jer..20b bila nk upload yer. Akak x sabar nk beli ISM ni

    ReplyDelete
  28. akhirnya ade pun bab 20.... dah agak dah ISM pasti akan diterbitkan sebab best sgt2 citer ni, tak sabar plak nak beli buku ni tapi rasenye lambat lagi kan nak berada di pasaran...

    ReplyDelete
  29. waaaa. lame lg ke nk tggu citer ni kuar??

    ReplyDelete
  30. terima kasih kak suri! realy looove it! lepas ni, konfem saya beli! thanks kak! ^^ bestttttt sangaaaaaaaaat!

    ReplyDelete
  31. Love it..hope dpt buku nya di brunei...

    ReplyDelete
  32. Love it..hope ada buku novel nya di Brunei

    ReplyDelete
  33. I Love It kak, Cepat sambung ekk...

    ReplyDelete
  34. si cantik si kacak... btol3 hopefully ada kat brunei arh best eastern ek sbb kat choicebooks agak mahal klu dorang jual..hmmm anyway kak suri, sy akan nantikannya d pasarannn!! konfem meletop niii! haaa n make sure kat brunei singapore indonesia ada jual sbb peminat kak suri ni ramai tau kat luar negara jgak! :))))

    ReplyDelete
  35. bestnyer.....tolonglah cepatkan cetakan...tak sabar sgt2...tiap kali online mesti surf blog ni...mengharapkan sambungan dan naskah lengkap cepat diterbitkan.....

    ReplyDelete
  36. tenkiu for dis entry.. ilang rindu kat dr nazrin yg sombong tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  37. tq 4 dz n3...terubat rindu kat si bapak singa...

    ReplyDelete
  38. x sabar nak bc last entri kat blog ni..lepas ni akan merindui cite ni, sampai novel kuar..ok, kak suri..good luck with your writting & cannot wait to read it!^-^

    ReplyDelete
  39. best sangat!!!
    All the best kak Suri...
    kami semua support cerita ni..^^

    ReplyDelete
  40. xsbr nk tggu novel plak...tq byk2 suri..

    ReplyDelete
  41. akhirnye kluar jugak ISM20a nie...hari2 sy bukak blog akak...thanks kak suri crita yg sgt best!! xsabar nk tggu novel nie diterbitkan!! komfem sy mesti beli punye!!

    ReplyDelete
  42. fuh,... akhirnya ada new n3.... lamanya tunggu... tiap2 hari masuk blog nak tgk dah update ke blm... thumb up for the great job.... x sabar nak tunggu novel di terbitkan... kalau M.A.I.D dulu saya blh baca smp 10kali.. confirm yg ni pun akan layan jugak...

    -dewi-

    ReplyDelete
  43. sedapnye ISM . bes lha kak suri

    ReplyDelete
  44. best lh novel ISM mse nie . x sabar nk tunggu

    ReplyDelete
  45. Novel MAID memang best ....Kalau ISM nak dibukukan Insyaallah akan beli...
    Tak sabarnya

    -ety.s

    ReplyDelete
  46. grrrrrrr.......... x puas saya baca!!

    ReplyDelete
  47. alah...x puas lh baca ISM...klau bleh, cpt ckit yer ISM tu dibukukan...

    ReplyDelete
  48. waaa....x puas baca...
    cepat sambung...

    ReplyDelete
  49. waaaa...
    x puas baca...
    akan menunggu dipasaran nnt...

    ReplyDelete
  50. bile novel ni dah publish..inform kt fb k..

    ReplyDelete
  51. em,lma tnggu ep ni..knpe lmbat kak suri...kak suri ad ke novel ni kt kdai yer..
    .

    ReplyDelete
  52. yeke sis suri..seriously ..tak sabar tunggu novel ni keluar...

    ReplyDelete
  53. bila novel dah publish bagitau.nak tanya terbitan mana yer

    ReplyDelete
  54. aduii..1 mnth ag nk tgu nvel ni publish..

    ReplyDelete
  55. cik suri novel ism ade lgi ke blh buat tempahan.

    ReplyDelete
  56. cik suri novel ism msh ado sto lgi ke

    ReplyDelete