Monday, 5 March 2012

Senarai soalan serta pemenang untuk M.A.I.D. Contest :)

Assalamualaikum semua..:) Jutaan terima kasih Suri ucapkan kepada semua pembaca yang sudi mengambil bahagian. Kenangan manis setiap pukul 9 malam selama beberapa minggu berturut-turut bersama pembaca sekalian tidak akan Suri lupakan sampai bila-bila. Thanks semua! Okay..jom kita tengok balik apakah soalan-soalan yang pernah dikemukakan dulu :) Di sini Suri sertakan sekali jawapan serta senarai pemenangnya :)

Soalan Pertama : Di manakah terletaknya kampung Noorul? (Namakan bandar dan negerinya sekali).
Jawapan : Sungai Petani, Kedah.
Pemenang : Atie Md Deris / Nurul Hizati

Soalan Kedua : Siapakah nama sebenar Miss T?
Jawapan : Nurul Ain
Pemenang : Ros Choco / Siti Rosnah

Soalan Ketiga : Noorul dan Mr. F menaiki kereta mewah dari rumah Mr. F untuk ke majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Sri Impiana. Apakah jenama kereta yang dinaiki oleh pasangan tersebut?
Jawapan : Bentley
Pemenang : Adah Adawiyah

Soalan Keempat : Berapakah usia kandungan Noorul semasa dia disahkan mengandung oleh doktor?
Jawapan : 3 minggu.
Pemenang : Kim Na Na

Soalan kelima : Ketika Noorul dan Mr. F ke Paris untuk berbulan madu, Haikal telah menyuruh mereka mendapatkannya sesuatu di sana. Apakah barang yang dipesan itu dan kepada siapakah Haikal menghadiahkan barang tersebut? (Barang, Nama penerima hadiah)
Jawapan : Beg Tangan, Iman.
Pemenang : Sarini Hassan

Soalan keenam : Siapakah Maya?
Jawapan : Pembantu Peribadi Tan Sri Hamdan.
Pemenang : Muhammad Azman

Soalan ketujuh : Apakah hubungan Helina Zaura dengan Mr. F dan berapakah umur gadis itu? (Hubungannya dengan Mr. F, umurnya).
Jawapan : Adik Mr. F, 21 tahun.
Pemenang : Siti NurAin Abdul Manap

Soalan kelapan : Apakah nama kedai bunga yang dimiliki oleh Faziah?
Jawapan : Fazzy Florist
Pemenangnya : Nur Raihan

Soalan kesembilan : Mr. F hanya makan satu jenis sayuran hijau sahaja. Berikan nama sayur itu. Jawapan : sayur kangkung
Pemenang : Adawiyah Fauzi

Soalan ke-10 : Adam dan Miss T belajar di tadika yang sama. Apakah nama tadika itu? Pastikan ejaannya betul ya :)
Jawapan : Smart Kids Kindergarten
Pemenang : Yaya Othman (Hani Nadia)

Soalan Ke-11 : Siapakah yang mereka baju perkahwinan Noorul dan Mr. F?
Jawapan : Ray Adly
Pemenang : Pesona Mickey

Soalan Ke-12 : Faziah pernah diupah oleh DUA orang manusia untuk memusnahkan hidup Noorul. Berikan nama mereka. (Pastikan ejaan nama kedua-dua watak itu betul ya..) Jawapan : Asyraf dan Elisa
Pemenang : Ayuni Lufias’s

Soalan ke-13 : Kereta apakah yang digunakan oleh Asyraf ?
Jawapan : Honda CRV
Pemenang : Khairun Nisa

Soalan ke-14 : Sementara menunggu pasport Noorul siap, Mr. F dan Noorul telah singgah ke kedai makan untuk menjamu selera. Apakah minuman yang dinikmati oleh Noorul pada masa itu?
Jawapan : Air kelapa
Pemenang : Nur Aimi

Soalan ke-15 : Siapakah namanya guru masakan Noorul dan Iman?
Jawapan : Chef Aidil
Pemenang : Aien Fauzi

Soalan Ke-16 : Nurina pernah meninggalkan Mr. F kerana lelaki lain semasa mereka sama-sama menuntut di luar negara dahulu. Siapakah namanya lelaki itu?
Jawapan : Matthew
Pemenang : Nurin Suhaimi

Soalan ke-17 : Asyraf mempunyai abang. Betul atau Tidak?
Jawapan : Betul
Pemenang : Fiqa Shah

Soalan ke-18 : Siapakah nama adik noorul?
Jawapan : Noorin
Pemenang : Noor Afzan Suhaimi

Soalan ke-19 : Apakah nama hotel yang dimiliki oleh keluarga Mr. F?
Jawapan : Hotel Sri Impiana
Pemenang : Nur Izzah Maisarah

Soalan ke-20 : Untuk keluaran bulan berapakah novel M.A.I.D diterbitkan tahun lepas? Nyatakan nama syarikat penerbitannya sekali. (Bulan, Nama syarikat penerbitan)
Jawapan : April / Kaki Novel Enterprise
Pemenang : Rozita Abdullah Shani

Soalan bonus : Siapakah nama pengawal keselamatan di Golden Palace?
Jawapan : Mr. Lee
Pemenang : Farrah Sakinah

Soalan Bonus : Apakah hadiah yang diberikan oleh Medina Izwani kepada Dr. Nazrin Shah sebagai tanda terima kasih kerana lelaki itu mengejutnya bangun pagi?
Jawapan : Buku Skrap
Pemenang : Fatnin Marha

Kepada yang tidak berjaya, InsyaAllah, anda boleh cuba lagi di masa akan datang..:) Suri pasti akan adakan kuiz seperti ini lagi di masa akan datang. Mungkin untuk ISM nanti..:)

Much Love,
Suri Ryana :):):)

5 comments:

  1. tahniah kpd pemenang..saya dah give up dulu lgi..hehehe....anyway,nk tanya k.suri...ble nk smbung klik??

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pemenang terpantas=)

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung Playboy itu Suami aku or KLIK?
    Tolong la update kerap sikit yer..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, sambungan untuk PISA akan ada malam ini..:)

    ReplyDelete