Monday, 24 December 2012

Playboy Itu Suami Aku?! 2


Bab 2
Kata orang, kalau nak cari pasangan biar tak cantik asal hati baik. Kalau ayat itu keluar dari mulut seorang lelaki, sumpah aku akan fikir 20 juta kali sebelum percayakan lelaki itu! Memanglah tak semua lelaki mementingkan kecantikan dalam mencari pasangan tetapi, majoriti lelaki yang aku jumpa memang tak boleh pakai! Majoritinya lebih mengejar kecantikan dari hati. Memang haprak! 

Sebagai seorang yang kurang  cantik, aku sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang aku miliki cumanya orang di sekeliling aku sering sahaja buat darah aku naik. Perlu ke diorang nak banding aku dengan Fisya? Memang kami kembar. Memang dari segi rupa paras, wajah kami lebih kurang sama sahaja. Posisi tahi lalat kecil di bahagian dagu pun sama. Tapi, orang masih terkejut beruk kalau mereka tahu yang aku dan Fisya adalah kembar. Mana tidaknya, Fisya free hair, pandai bergaya dan tak pakai kaca mata tebal macam aku. Anak matanya sentiasa bertukar warna. Kadangkala coklat, adakalanya biru dan adakalanya kelabu. Dia juga bijak bersosial. Oh..bukan setakat bijak, tetapi prestasinya terlalu cemerlang dalam bidang itu. Sebab itulah mama dan papa selalu sahaja diserang migraine!

Aku pula tak pandai bergaya. T-shirt lengan panjang bersaiz besar dipadankan bersama seluar jeans.  Kalau tak pun, baju kurung! Itu sahajalah pakaian kegemaran aku. Salah ke? Itu aje yang aku selesa. Kanta lekap? Sorry, aku tak berminat pun nak cuba! Bagi aku, tak penting pun nak cantik-cantik untuk puaskan hati manusia. Bibir kucebikkan sedikit. Namun senyuman di bibir muncul kembali apabila teksi berhenti betul-betul di hadapan Cinta Florist. Terkocoh-kocoh aku terus keluar dari perut teksi setelah membayar tambang. 

Jam di pergelangan tangan kuangkat sedikit tinggi sehingga ke paras dada. ‘Dah pukul 10 pagi!’ Aku menjerit di dalam hati. Memang sah aku dah terlewat setengah jam. Aduhai, kalau Syaf seorang aje yang ada, aku tak kisah tetapi Kak Faz pun ada sekali rasanya. 

Habislah, mesti Kak Faz akan beri ceramah tentang betapa pentingnya menepati masa sekejap lagi kepadaku. Terbayang wajah ustazah sekolah rendah itu di mata saat ini.
Niat di hati yang ingin terus meluru masuk ke dalam kedai terhalang apabila aku terpandang ke arah sebuah kereta yang tersadai cantik di hadapan kedai bunga. Mata kukecilkan sedikit ke arah nombor pendaftaran kereta BMW ini. Memang kaca mata aku masih berfungsi lagi. Sah! Kereta ni lah yang simbah air lopak kat aku tadi! Kaki terus melangkah ke bahagian hadapan kenderaan sambil bercekak pinggang. Entah-entah pemilik kenderaan ini ada dalam kedai bunga Kak Ani!

Dengan tergopoh-gapah aku terus menolak daun pintu Cinta Florist. Mataku terus melilau ke sekeliling ruang kedai yang bersaiz sederhana besar ini. Hanya seorang lelaki sahaja yang sedang berdiri di kaunter. Dari lagaknya, dia kelihatan seperti sedang tercari-cari seseorang. Mungkin nak buat tempahan bunga agaknya. Mana si Syaf dan Kak Faz? Kemana agaknya budak dua orang ni mengular? Kalaulah kakak Ani tahu ni, harus 100 hari Syaf terpaksa tahan telinga kena bebel dengan kakaknya tu. 

Aku cuba mengamati lelaki tersebut dari belakang sambil menyelukkan tangan ke dalam beg untuk mengeluarkan telefon bimbit.  Dengan suit hitam yang tersarung di badan, memang kebarangkaliannya tinggi untuk si lelaki ini menjadi pemilik kereta BMW X6. Ish, tapi takut juga kalau salah orang!
Aku baru sahaja mendail nombor Syaf apabila lelaki tersebut menoleh ke arahku. Memang penuh gaya! Senyuman manis diberikannya membuatkan telefon bimbit hampir sahaja hendak terlepas dari genggaman. Bukan terlalu cepat tergoda, Cuma aku terkejut sahaja. Mamat motor kapcai pun tak hingin tengok muka aku, tapi, lelaki kacak dan bergaya ni boleh pulak senyum  kat aku. Aku cepat-cepat menoleh ke belakang. Manalah tahu dia senyum kat orang di belakangku. Tapi, memang jelas aku seorang sahaja yang tercongok kat sini. 
Lega hatiku apabila terdengar suara Syaf di hujung talian.

“Hello Syaf..aku kat kedai ni. Ada customer tengah tunggu kau kat kaunter. Kau kat mana ni?” Kelam kabut aku bersuara dengan nada berbisik.
“Aku sibuk sikit. Kau tolong amik order ye? Please..aku sakit perut la..” Terdengar suara Syaf di hujung talian. Bunyi suara pun lain macam aje dan sedikit bergema. Memang sah dia sedang buat pelaburan di bank yang terletak di bahagian belakang kedai. Aduh..!
“Kau gila ke? Aku mana tahu buat kerja ni..mana Kak Faz?”  Tempelakku. Geram betul aku dengan si Syaf ketika ini. Kunci la pintu dulu kalau ye pun nak tinggalkan kaunter. Nasib baik pelanggan yang masuk. Kalau perompak, macam mana?!
“Kak Faz tunggu kau lama sangat tadi..dia keluar beli air. Okaylah..jangan lupa layan customer tu.”  Selamba betul minah ni! Belum sempat aku hendak protes, talian dimatikan.  Aku tak pernah ada pengalaman ambil order. Leceh betullahhhh! Jeritku di dalam hati.  

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah ke arah kaunter dengan tenang. Lelaki tersebut hanya memerhati sahaja lagakku. Beg tangan kuletakkan di dalam laci. Kemudian, aku terus mencapai pen di atas meja. 

“Maaf sebab tunggu lama ye encik. Pemilik kedai ni suruh saya tolong gantikan tempat dia. Dia ada hal sikit.” Dengan tenang aku berkata begitu. Kaca mata yang melorot ke hidung kubetulkan sedikit.
“Kak Ani sakit ke?” Soalnya dengan nada prihatin. Nampaknya dia kenal Kak Ani. Mesti pelanggan tetap ni. Wajahnya ditundukkan sedikit. Memang kacak lelaki ini. Baik pula tu. Aku mula membuat kesimpulan. Rasanya dia ni lebih kacak dari hero-hero kat dalam tv.  Lagi-lagi apabila dia buat muka prihatin macam tu..nasib baiklah aku bukan Fisya. Kalau adikku tu, harus dia goda lelaki ni. Isk, kau ni Afina..ke situ pulak. Aku beristighfar di dalam hati.

“Eh..tak..Kak Ani sedang bercuti sekarang ni. Adiknya yang ambil alih tugas Kak Ani untuk sementara waktu.” Jawabku. Tidak lagi memandang ke arahnya. Pura-pura sibuk mencari kertas. Eh..mana pula kertas ni?
“What are you searching for?” Tanya si lelaki dengan tiba-tiba. Mesti dia dapat lihat aku sedang kalut sekarang ni. Aduhai Fina!
“Erm..kertas..” Jawabku dengan perlahan. Ada senyuman muncul di bibirnya  untuk kesekian kali.
“It’s here.” Dengan pantas dia menundingkan jari ke arah stick on note yang berada di atas meja. Ish macam mana aku tak boleh nampak kertas yang ada depan mata ni?! Sehelai kertas ditariknya dan kemudian dia menulis sesuatu di situ. Tidak seperti selalu, kali ini mudah sungguh aku terleka. Mata terus berlari mengamati wajah serius di hadapanku. Sempurna sungguh ciptaan Allah. Hatiku memuji tanpa sedar.

“I want 5 bouquet of roses. 4 bouquet  mesti ada 50 kuntum hybrid tea roses warna merah. Campur dengan baby breath.” Baby breath? Biar betul nama bunga macam tu! Ah..takpe..mesti Syaf tahu serba sedikit ni. Pasti Kak Ani dah turunkan ilmu kat dia. Kertas yang berada di tangan dihulurkan ke arahku. Aku terus menyambutnya dan menundukkan wajah. Sehelai lagi kertas ditarik oleh lelaki kacak ini. Aku tahu dia sedang menulis sesuatu tetapi aku tak berani lagi ingin mengangkat wajah kali ini. Takut terleka lagi.
“Kat atas kad, tulis ayat ni.” Suaranya bergema. Aku terus menyambut huluran kertas tersebut dan membaca bait-bait ayat yang tercoret.
“On this day, a very special person was born. Happy Birthday, beautiful..I love you so much!  -King-.”
 Semua rasa kagum, suka dan yang seangkatan dengannya sebentar tadi terus hilang. Tahniah Fina! Kau telah kembali ke dunia nyata. Sah yang berada di hadapan kau ni King of Crocodile!
“Semua kad tulis ayat yang sama ke?!” Soalku sedikit terkejut. Aku tak peduli lagi sekiranya dia perasan perubahan pada nada suaraku. Orang gila sahaja yang tak akan terkejut.

“Yes! Cuma nama aje berbeza. These are their names and addresses. Hantar today.” Seperti tidak terkesan dengan nada suaraku tadi, dia menjawab soalanku dengan bersahaja. Aku terus membaca huluran kertas yang seterusnya.
“Nadia, Rossy, Jessica, Fisya.” FISYA?  Bulat mataku mengeja kembali nama yang terakhir itu. F-I-S-Y-A. Memang bunyinya Fisya! Tetapi ni bukan alamat rumah aku. Aku terus mendongakkan kepala ke atas. Ternyata dia juga sedang merenung ke arahku. Boleh tak kalau dia tak senyum?
“Err..Fisya ni..” Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terus mendekatkan wajahnya ke arahku.
“Why?” Bisiknya dengan penuh prihatin. Aku pula terus menggelengkan kepala. Mesti Fisya lain ni..! Aku membuat kesimpulan sendiri.
“Erm..nothing!” Ujarku. Fina..kau dah salah menilai! Dia ni playboy lah..sama aje dia ni dengan lelaki lain kat luar sana tu. Hatiku menempelak.

“Ehem..Tadi encik kata ada 5 bouquet kan?” Dengan sedikit kalut aku bertanya soalan itu. Dia pula menganggukkan kepala sedikit.
“Yes, yang satu lagi tu pun sama je..but I nak cream colour Gerbera dengan Eustoma untuk jambangan ni.”
“Algebra?” Mata kukecilkan sedikit sambil buat muka blur. Nak eja macam mana pun aku tak tahu. Bunga apa tu? Kenapa aku dengar bunyinya macam algebra yang aku belajar kat sekolah dulu pulak ? Terkejut sedikit kulihat wajah lelaki ini. Mesti dia ingat aku ada penyakit. Tadi terkejut  dengar nama Fisya. Sekarang ni terkejut nama bunga pula. 

“Bukan algebra but Gerbera!” Tergelak kecil lelaki di hadapanku. Barisan gigi yang putih jelas kelihatan waktu ini. Kulit wajah di bahagian pipi pula kelihatan sedikit merah. Aku juga ikut senyum melihat dia seceria ini. Terus sahaja dia mencapai kertas dan menulis nama bunga tersebut. Owh..G-E-R-B-E-R-A! Aku manalah tahu tentang bunga!
“Owh..you are not familiar with flowers, aren’t you?”  Soalnya. Macam tahu pula apa yang bermain di dalam fikiranku. Tanpa menunggu jawapan dariku dia terus menyusup keluar melalui pintu sisi. Tidak sampai beberapa saat dia hadir bersama dua kuntum bunga. 
“Okay..this is Gerbera.” Ujarnya dengan perlahan-lahan. Nampak seperti cikgu tadika pun ada. Aku terus tergelak kecil sambil menganggukkan kepala. Kenapa tak cakap bentuknya macam bunga matahari cuma yang ni warna krim! Kalau aku tulis algebra tadi, tak ke naya?! Mesti Syaf pun tak akan faham bunga apa yang dikehendaki oleh lelaki ini.
 “And this is eustoma” Tangan kiri pula digawangkan di hadapan wajahku. 

Aku terus mengangguk dan menyambut huluran kertas yang diberikannya kepadaku. Tidak sabar rasanya ingin membaca ucapan untuk penerima  bunga yang ke-5 ni. Kalau aku tak ganti tempat Syaf hari ni, mesti aku tak akan percaya yang dia adalah seorang playboy!  Afina! Seorang playboy memang pandai memikat. Hatiku berkata-kata sendiri.
“Tulis ayat tu  kat atas kad.” Aku hanya mengangukkan kepala.
‘Dear Leya, You are too good for me. I think you are better off with someone else. Let’s just be friends. I am sorry. :( Goodbye darling.. :)’
Begitulah bunyinya ayat di atas kertas yang terakhir ini. Nak berpisah pun hantar bunga jugak?!
“Ni bayarannya..” Beberapa keping not RM 50 dihulurkan kepadaku. Aku pula terus menggawangkan tangan tanda tidak boleh menerima duit tersebut. Biar aje Syaf yang tentukan harganya.
 “Ehh encik..saya tak tahu berapa harga semua ni..nanti saya..” Belum habis aku cakap, dia sudah memotong.
“It’s okay..harga tak berubah pun. I’m a regular here.” Ujarnya dengan selamba.
“Oh..okay..”Dengan sedikit teragak-agak aku menyambut kepingan duit yang berada di tangannya. Dia pula terus berpaling. Ayat yang kurangka di dalam kepala terasa ingin sangat kuajukan kepadanya. 

“Encik K..king!” Aku memberanikan diri memanggil namanya. Dia terus menoleh ke arahku. Sedikit serius wajahnya ketika ini.
“Anything?” Soalnya.
“Sa..saya nak tanya..kereta kat depan tu kereta encik ke?” Walaupun sedikit gagap pada mulanya, namun soalan tersebut berjaya juga meluncur keluar dari bibir. Dia pula terus melangkah kembali ke kaunter. Kepala ditundukkan memandang ke arahku yang sedang duduk.
 “Yes..why?” Soalnya sambil tersenyum sekali lagi. Aku rasa dia ni ada main jampi-jampi la. Lembut sedikit hatiku apabila dia tersenyum begitu. Tapi, serta-merta aku mengumpul kekuatan yang ada dan baru sahaja mulutku ingin berkata-kata, lelaki tinggi lampai ini telah  terlebih dulu bersuara.

“By the way, I think you look better without glasses.” Matanya kulihat berlari mengamati wajahku membuatkan aku kaku. Tiba-tiba sahaja wajahnya ditundukkan mendekati wajahku yang sedang mendongak ke arahnya membuatkan aku terus menggerakkan kerusi beroda ini ke belakang. Cemas!

“Trust me!” Mata dikenyitkan sedikit selepas berkata begitu. Aku pula tersentak dan terus kelu. Semua kata-kata cacian yang kukarang sejak pagi tadi khas untuk pemandu BMW hitam ini terus hilang. Bagaikan dibawa terbang oleh angin.  Memang tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya! Dan setelah itu, dia terus berlalu keluar melalui pintu di bahagian sisi kedai. 

“Afina! Apa dah jadi dengan kau??!!!!” Aku menjerit kecil sambil menutup mata. Apa yang playboy tu jampi sehingga kau jadi selemah tadi?
***



25 comments:

  1. OmG!! Sweet!!!! hehehe...nak lagi,please ;-)

    ReplyDelete
  2. kak suri..bestnyer..cpt la update lg..kuar novel tros ..=p

    ReplyDelete
  3. alfina....:)
    hahaaha...suka part last..

    ReplyDelete
  4. aigooo..sgt best lah suri.hope can kuar versi cetak secepat mgkn.tak sbr lah..(^_^) sis ila

    ReplyDelete
  5. wahh best3 klau suri nk bukukan bg tebal2 ye

    ReplyDelete
  6. best sangattttt....!!!!
    tak saba nak tggu edisi cetakk...
    Gud Lark kak Suri...:)

    ReplyDelete
  7. Pergh!!! banyak betol aweks encik king ni... memang playboy betol...

    ReplyDelete
  8. huwaaa..betul2 king of playb0y ni...hehehe alfina nseb la

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kak, nape lah dera hati nak baca sambungannya ni..huhuhuh

    ReplyDelete
  10. maaf suri..i think i prefer the earlier story..reason..coz..cerita itu nampak macam misteri kerana watak gadis itu hilang ingatan .. bila dia tersedar dari koma..mendapati dirinya sudah berkawin dengan seorg lelaki poyo yg bagi akak amat menarik characternya..iatu angkuh..sombong dan sentiasa meragui keadaan dirinya yg tidak mengingati seiapa lelaki sengal tu..dan selalu mengingati akan perlakuannya dulu yg nakal dan kita tertanya tanya apa yg berlaku yg menyebabkan penyatuan mereka berdua dan apa kontrak yg telah didraw up oleh mamat sengal itu dan kenapa wang sebanyak itu diberikan kepada kawan lelakinya..dan kenapa pula dia menjadi galang gantinya..dan kalau akak nak sebut..sebabnya kenapa akak suka garapan citer sebelum ini...mmg berjela dik..
    Hope Suri tak kecil hati..ini hanya dari pandangan akak sahaja..

    ReplyDelete
  11. ramainyer aweks... hihihi... aaa sudah fina... dah tergoda ker?...

    ReplyDelete
  12. idA : Thanks Ida..Suri tak kecik hati pun :) Sebenarnya, babak-babak tu semua Suri kekalkan dalam PISA yang baru ni. Walaupun Suri rombak jalan cerita, namun tak lari jauh dengan yang sebelum ni :) Cuma bab2 awal memang Suri rombak..kerana Suri dapat feedback yang intoduction sama dengan novel yang sedia ada di pasaran. Tajuknya Ilham Hati :) Di mana heroin bangun2 dan hilang ingatan. Suri dah baca keseluruhan novel Ilham Hati, memang betul kata pembaca sebelum ini..introduction sama..tp jalan ceritanya berbeza :) jadi Suri buat rombakan pada bab2 awal..:) tak nak la sama dengan novel yang dah sedia ada kan..hehe :) Apa2 pun terima kasih sebab sudi baca bab2 PISA yang baru ni ye :)

    ReplyDelete
  13. Nik Ainaa, Nur Maisarah, Nurulainahomar, Sue Anieki, Anonymous, Ruby Muksa Reds, Wild Cherry, Putri Nia Adelia, Azwa Azee, Zakiah Halim : Terima kasih semua kerana sudi jengah blog Suri dan sudi membaca PISA :) In sya Allah, Suri akan post bab 3 hari ni

    Anonymous : Kalau takde halangan, PISA akan ke versi cetak tahun hadapan..kalau dah confrm nanti, Suri maklumkan ye 

    ReplyDelete
  14. Encik KING... sweet.... best la akak suri...

    ReplyDelete
  15. Encik king... ramainye la GF dye....

    ReplyDelete
  16. like it so much.....

    ~saza~

    ReplyDelete
  17. Ok paham Suri. All the best, bagi tau yer bila nak keluar versi cetak. Tak sabar nak tambah koleksi. Okay gak ada pengenalan watak baru masuk konflik. Versi dulu, terus ada konflik and misteri...

    ReplyDelete
  18. pergh...nk clash pn bg bunga...hahaha

    ReplyDelete
  19. best lah akak ^^...dibukukan x? i mean,citer ni diterbitkan menjadi novel x??? kalo ye inform yee ^__^

    ReplyDelete
  20. Omakk aiii..ramainya aweks..padanla playboy..mmg sweet talker..

    ReplyDelete
  21. wah ,comelnya nama bungaa

    ReplyDelete