Thursday, 10 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 17



“Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Najeneun ttasaroun inganjeogin yeoja
Keopi hanjanui yeoyureul aneun pumgyeok inneun yeoja
Bami omyeon simjangi tteugeowojineun yeoja
Geureon banjeon inneun yeoja”

Ya Ampunnn! Ini rumah ke disco?!!

Dengan hati yang sudah mula membengkak, aku  menggenggam cadar  saat ini. Hati kupujuk untuk terus bersabar dengan karenah lelaki itu.  Aku yang sedang mengiring ke kanan, terus mencapai bantal peluk dan menutup telinga kiriku. Tidak cukup dengan itu, comforter pula kutarik sampai ke kepala. Dah sama seperti mayat keadaanku sekarang. Namun akhirnya tembok kesabaran yang dibina runtuh jua.  

Walaupun di dalam keadaan berbungkus macam ni, lagu tersebut masih juga mampu untuk menembus masuk ke corong telinga dengan sangat jelas dan kuat. Terus sahaja aku menyusup keluar dari comforter. Bantal yang tadinya menutup telinga kini kubaling ke tepi. Geram! 

Niat di hati, ingin melelapkan mata seketika selepas solat Maghrib tadi sementara menunggu waktu Isyak tetapi nampaknya hasrat itu terpaksa kukuburkan. Bunyi lagu ‘Oppa Gangnam Style’ masih menampar gegendang telingaku dengan kuat saat ini. Bulat mataku merenung  ke arah siling sambil merangka tindakan yang harus aku ambil.

 Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai cermin mata yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil ‘king size’ ini dan kukenakan ke wajah. Terus sahaja anak mata meneliti jarum jam dinding.  Dah masuk Isyak. Bisikku di dalam hati.

Nak solat pun tak tenang macam ni. Tengok sajalah perangai hantu kat luar tu! Ada saja tingkahnya yang membuatkan aku sakit otak. Aku tahu lagu Bahasa Korea itu memang meletup habis kat seluruh dunia semenjak aku sedar dari koma bulan lepas, tetapi sekarang otak dan hatiku yang rasa bagai nak meletup teruk ni. 

Dengan darjah kemarahan yang sudah pun melonjak tinggi, aku terus melompat turun dari katil dengan ganas. Geram betul! Ini belum sampat 24 jam aku kat sini. Kalau 24 hari nanti, boleh kena darah tinggi agaknya sebab darahku asyik menggelegak sahaja. 

Dengan perasaan yang sebal aku terus melangkah dengan kasar ke arah pintu. Baru sahaja tangan kanan ingin memulas tombol pintu, kedengaran suara beberapa orang lelaki sedang menyanyikan rangkap lagu tersebut.

“Oppa Gangnam Style
Gangnam Style
Op, op, op, op”

Telinga kurapatkan ke dinding bersama dahi yang berkerut. Terdengar suara beberapa orang sedang ketawa kuat saat ini. Biar betul! Nampaknya bukan playboy itu seorang sahaja yang berada di luar. Aduhai. Siapa pula yang dibawanya pulang ke sini?! Badan kusandarkan ke dinding. Tak suka betullah! Kaki kanan kuhentak kuat menghempas lantai. 

Bertambah geram hatiku saat ini. Lagu tersebut masih lagi berkumandang dengan kuat. Semakin bingit telinga aku jadinya. Tak boleh jadi ni. Tangan kualihkan dari tombol pintu. Dengan malas aku melangkah ke arah kerusi dan mencapai tudung yang tersangkut kemas di situ. Setelah menyarungnya ke kepala, aku terus nekad untuk melangkah keluar dari bilik.

“Eh, sexy lady
Op, op, op, op
Oppa Gangnam Style”

Tersentak aku jadinya melihat telatah tiga orang lelaki di ruang tamu yang luas ini. Muka boleh tahan, tetapi perangai OUT! Dari tepi dinding ini, mataku melirik ke arah meja yang bersepah dengan kotak pizza, botol Pepsi, botol sos, pinggan kertas dan cawan. Terdapat beberapa keping pizza yang masih bersisa di dalam kotak tersebut. Plastik-plastik kosong pula bertaburan di atas lantai. Kepala kugelengkan beberapa kali.
Memang betullah sangkaanku tadi. Rumah ini sudah bertukar menjadi disco. Seronok betul mereka ber‘party’! Seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang seronok membuat tarian ‘Gangnam Style’ manakala seorang lagi lelaki sedang menyanyi dengan kuat mengikut rentak lagu bersama botol sos cili di tangan. Konon-kononnya botol sos tu microphone lah kut.

 Si playboy itu pula kulihat sedang ketawa besar di atas sofa. Kepingan pizza yang berada di tangannya disuapkan ke dalam mulut.  Mereka masih tidak perasan kehadiranku di sudut ini.

“Assalamualaikum!” Jeritku. Masih jugak tidak ada yang menoleh. Nampaknya mereka tak dengar suara aku tadi.
“Excuse me..” 

Kuat juga aku bersuara namun tiada reaksi kuterima dari mereka. Wajah kuraupkan dengan tangan kanan. Aduhai..Isyak pun dah masuk ni. Solat pun tak boleh kusyuk  kalau macam ni. Macam mana nak kusyuk kalau asyik-asyik baris ayat ‘oppa gangnam style’ sahaja yang menerobos masuk ke dalam telinga?
Aku ini tidaklah berani mana orangnya. Segan dengan mereka pun ada jugak tetapi aku cuba juga memberanikan diri untuk melangkah ke arah mereka. Terus sahaja aku mara ke arah set home theatre dan punat off kutekan dengan perasan yang bercampur-baur. Puas hatiku! 

Kalau tadi keadaan rumah ini seperti disco tetapi kini dah bertukar jadi rumah mayat pula. Sunyi terus ruangan ini.
“Hey! Suka hati kau je. On balik!” Wajah tidak puas hati si playboy kujeling sekilas. Baru sahaja hendak menjawab soalannya tadi, rakannya  yang masih lagi memegang botol sos itu pula bersuara. 


“Bro..apesal tak bagitau yang wife kau dah balik sini?” Soalnya yang kini melabuhkan punggung ke atas sofa.
“Wife? Tolong sikit. Buat apa nak bagitau korang? Bukan penting pun!” Dengan selamba suamiku yang mithali itu menjawab. Geram betul! 

“Dah memang dia wife kau kan? Kau tu dah kahwin. Lainlah kitorang ni, masih single.” Seorang lagi rakannya pula menempelak. Lelaki itu pula kulihat melabuhkan punggung di sebelah Adrian. 

Riuh kondominium ini dengan suara gelak ketawa rakan-rakannya. Sama sahaja perangai mereka bertiga ini. Menyakitkan hati! Malas hendak berlama-lama di sini, aku terus bersuara. 

“Maaf..aku bukan nak halang korang dari bersuka ria, tapi, agak-agak la. Tak perlu kut nak naikkan volume sampai tahap paling tinggi.” Tegas nada suaraku menuturkan ayat itu. Cermin mata yang melorot ke hidung kubetulkan dengan tangan kanan. Adrian kulihat tak berpuas hati dengan jawapanku. Dia bingkas bangun dan menekan kembali butang ‘ON’. Kemudian matanya menikam anak mataku dengan tajam. Dia ni memang sengaja nak cari fasal. 

Kedengaran suara rakan-rakan si Adrian menyanyikan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ mengikut tempo saat ini.
Op, op, op, op
Oppa Gangnam Style
Gangnam Style

Ya Allah, sakitnya hati. Terus sahaja aku menekan butang Off sekali lagi! Anak mata lelaki yang berbaju hitam itu pula mencerlung tajam ke arahku.. Aku tahulah ini rumah dia, tetapi takkan lah aku nak solat dekat surau kondominium kut? 

“Hey, kau jangan nak pandai-pandai kat sini ye! Ni rumah aku, suka hati akulah nak dengar lagu kuat-kuat ke, perlahan ke. Kalau kau tak suka, dipersilakan keluar.”  Pedas ayat yang keluar dari bibir lelaki kacak itu. Kurang asam betul. 

Semakin hilang sabar aku jadinya dengan lelaki ini sebaik sahaja tangannya menekan punat ‘On’ sekali lagi.
Memang aku mengaku yang dia mempunyai wajah yang tampan tetapi perangai sebijik macam hantu! Tidak mahu mengalah, aku terus menekan punat ‘off’ dan aku terus mendepakan tangan dengan luas. Cuba untuk menghalang Adrian dari mendekati ruangan ini.  Aku mendongak ke arahnya sebaik sahaja dia cuba merapatiku.

“Astaghfirullahalazim. Boleh tak prihatin sikit? Aku nak solat Isyak pun tak boleh macam ni!” Bidasku dengan perlahan tetapi tegas. 

“Aku tak pernah halang kau solat pun. Nak solat, solat je lah diam-diam kat dalam bilik tu!” Bentak lelaki ini. Memang kurang kesedaran siviklah dia ni!

“Macam mana aku nak solat kalau rumah ni dah macam disco? Bingit tau tak!” Balasku. 

Penat betullah bertekak dengan dia ni. Tangan kanan memicit dahi yang sudah mula berdenyut. Adrian kulihat diam seketika memerhati keadaanku. Rahangnya bergerak sedikit, seperti ingin berkata sesuatu. Belum sempat lelaki itu bersuara, kawannya menyampuk.

“Wow! Miss ustazah nerd ni dah bertukar ganas lah. Tak macam dulu, nak dengar suara pun susah.” Sos dituangkan ke atas pizza selepas berkata begitu.  Miss ustazah nerd? Berdasarkan perbandingan yang dibuat lelaki itu, aku tahu kami memang saling mengenali dahulu. Bagaimana aku dapat bertahan dengan mereka ni? Perangai macam monyet! Tanpa mempedulikan kawannya yang sewel itu, aku terus mendongak ke arah lelaki itu  semula.

 “Aku nak solat. Beri aku 15 minit aje. Lepas tu lantak koranglah nak bukak lagu ni kuat macam mana pun. Sampai pecah cermin sliding door tu pun aku tak kisah!” Ujarku dengan kasar. Di dalam kepala aku sudah mula merangka di mana harus aku menenangkan fikiran selepas solat. Di tepi kolam renang atau di taman?
“Betullah kau cakap. She is so different!” Seorang lagi kawan Adrian bersuara. Bagaimana agaknya aku yang dahulu? Hatiku benar-benar ingin tahu.

 “Told you!” Balas Adrian sambil memetik jari ke arah kedua-dua kawannya yang sedang duduk. 

“Adrian! Dengar tak apa aku cakap tadi?!” Soalku dengan kasar. Aku dah malas hendak berlama-lama di sini. Tidak selesa rasanya dikelilingi oleh mereka ini. Adrian ketawa kecil melihat keadaanku yang sudah pun hilang sabar dengannya. Memang dia seronok tengok aku begini, agaknya!

“Okay, Fine! You have 15 minutes and your time starts now!” 
Aku mengerutkan dahi mendengar suara lelaki itu. Matanya melihat ke arah jam. Nada suaranya tadi tu seperti nada suara juri ketika hendak memulakan pertandingan pula. Ingat ini sukaneka sekolah ke? Cari duit syiling dalam tepung!

“1, 2, 3, 4, 5, 6..” Rakannya pula mengira. Memang merenglah diorang ni! Kedengaran suara mereka bergelak ketawa saat ini. Sempat aku menoleh ke belakang. Main-main betullah! 

“Sewel!” Gumamku dengan sangat perlahan dan terus menyambung langkah menuju ke bilik. 

Sebaik sahaja tombol pintu kupulas, aku terus melangkah masuk ke dalam dengan perasaan yang aku sendiri tidak faham dari mana kewujudannya. Entah kenapa, jauh di sudut hati saat ini, aku  rasa sangat sedih dan kecewa dengan Adrian. Telah aku cuba untuk tidak mengambil tahu tentangnya tetapi fakta yang dia masih suami aku membuatkan otakku masih mahu untuk berfikir tentang lelaki itu. Sampai bila agaknya dia hendak hidup begitu? Hidup tanpa mendekatkan diri pada agama. Hidup tanpa mengenal yang mana dosa dan yang mana pahala. Hidup hanya untuk bersuka-ria tanpa batasan. Cermin mata kubuka. Tangan kanan mengusap  dengan perlahan-lahan kelopak mata yang sedikit letih. Salahkah aku jika tidak cuba untuk menariknya ke landasan yang benar?


***
Otak dan hati tidak sepakat malam ini. Otak memberi arahan untuk keluar sahaja dari sini  sebelum ruang mewah ini  bertukar menjadi disco kembali. Tapi, hati pula ingin ke dapur untuk memenuhi kehendak perut yang semakin berkeroncong. Aduhai, nak langkah kemana ni? Kalau aku keluar dari sini, di mana pula aku hendak beli makanan? Aku bukannya ada kenderaan pun. 

Tanganku lincah melipat kain telekung. Inilah susahnya tinggal di kawasan  perumahan mewah. Kalau tinggal di flat kos sederhana kan bagus. Banyak aje gerai-gerai kat bawah bangunan. Tak perlu nak drive segala demi untuk makan malam. 

“Laparnya..” Kedua-dua belah tangan menekan perut.

 Sudahlah aku ni memang ada penyakit gastrik! Mahu tidak mahu, akhirnya aku terus menyarungkan tudung dan melangkah keluar dari bilik. Niat di hati ingin ke dapur untuk misi mencari makanan. Harapnya ada lah sesuatu yang dapat kumakan untuk mengalas perut malam ini. 

Tapi, nak ke dapur kering dan dapur basah tu kena lintas diorang yang berada kat  ruang tamu. Aku tahu tentang itu kerana aku sudah pun membuat lawatan rasmi di dalam rumah mewah ini petang tadi.
Di dalam kepala, aku masih berkira-kira lagi sama ada hendak mengikut kata hati atau tidak. Ah, buat bodoh aje lah dengan mereka! Yang penting perut aku tak sakit. 

Akhirnya, dengan perlahan-lahan aku mencapai tudung dan melangkah keluar dari bilik. Belum pun sampai di kawasan ruang tamu, sudah kudengar suara mereka yang rancak berbual. Aku menghentikan langkah seketika.

 “Pergghhh! She is very gorgeous!” 

Aku mengerutkan dahi. Siapa agaknya yang cantik sangat tu? Jangan-jangan diorang bawa perempuan pula kat dalam rumah ni! Playboy-playboy Malaya tu bukan boleh harap sangat! Terginjat-ginjat kakiku melangkah ke ruang tamu untuk menyiasat. Aku kemudiannya bersandar di balik dinding. 

“Seriously King, dengar khabar bukan senang nak try dia ni. Kalau setakat kaya tapi muka pecah rumah pun dia tak layan bro.” Ujar rakan Adrian. Aku menjengukkan kepala sedikit. Nampaknya ketiga-tiga lelaki itu sedang sibuk memandang ke arah laptop yang terletak di atas riba Adrian.

“Yang sebelah dia ni pulak siapa, Zack? She is kind of cute too.” Adrian pula bersuara. Aku menjulingkan mata ke atas. Oh, lelaki yang tadinya menyanyikan lagu bersama botol sos di tangan itu namanya Zack. 

“This one pulak, is her cousin, Laila.  Model, 20 years old, 170 cm tall, single.” Jawab Zack. Mata Adrian kulihat melekat tepat pada skrin laptop. Dari pandangan mata itu, aku tahu ada sesuatu yang sedang dirangkanya di dalam kepala. 

“Siap hafal ketinggian dia tu!” Ujar seorang lagi kawan Adrian. 

“Gila tak hafal.” Jawab Zack dan mereka bertiga ketawa kecil. Zack kulihat menoleh ke arah Adrian.

“Kau nak try dia ke? Lupakan je la..dia ni lagi susah nak dapat, bro!” Beriya-iya Zack berkata begitu. 

“Susah sangat ke? I don’t think so..” Jawab Adrian. Sebelah tangannya meraup rambut ke belakang. 

“We will see, kalau kau dapat dia aku kasi jam rolex ni kat kau!” Zack kulihat melayangkan tangan kanannya ke atas. 

“Alah..setakat jam rolex kau tu, aku pun ada! Just get me her number and we’ll see how hard she is!” Terus sahaja Adrian bersuara. Ada senyuman nakal terbit di wajah lelaki itu. 

Sakit mata dan sakit hati. Itulah keadaanku sekarang. Sakit mata melihat aktiviti-aktiviti “lagha” mereka ni dan sakit hati dengan perangai buaya ketiga-tiga orang lelaki itu. Tanpa menoleh ke arah mereka, aku terus melangkah menuju ke dapur. Aku tahu ada mata-mata sedang menjeling ke mari, tetapi aku buat bodoh aje. Senyap seketika kawasan ruang tamu ini. 

Sesampai sahaja di dapur, tanganku pantas membuka semua kabinet yang berada di ruangan ini. Pinggan mangkuk dan perkakasan memasak semuanya lengkap dan tip top! Cuma, bayang mee segera atau roti tidak pula kujumpa. Lantas aku terus menuju ke arah ruang yang terletak di bahagian belakang ruangan dapur kering.  Luas betul kawasan dapur ini. Kabinet-kabinet di sini juga kubuka dengan berhati-hati. Aku dapat merasakan yang aku terlalu biasa dengan ruangan ini. 

Seperti aku tahu pula di mana tersimpannya beras, bawang, dan telur. Terus sahaja aku mengeluarkan semua bahan-bahan itu. Kemudian, aku menuju ke arah peti sejuk. Di bahagian sejuk beku, tidak ada apa-apa pun kecuali udang. Mesti dia ni jarang masak! Aku membuat kesimpulan. 

Sayur yang ada pun hanyalah sepaket sayur campur di mana di dalamnya ada kacang pis, jagung dan lobak merah. Aduhai, nak masak apa ni? Kepala yang tidak gatal kugaru perlahan.
Baru sahaja ingin menutup pintu peti sejuk, mataku terpandang ke arah sepaket kecil perencah nasi goreng. Terus sahaja aku mencapainya bersama segaris senyuman yang muncul di bibir. Nampaknya nasi goreng udang adalah rezekiku malam ini. 

Alhamdulillah!
***
Hey Nasi Goreng, Hey sungguh Lazat, Sungguh Sedap, Sungguh Enak digoreng dengan Perencah Adabi.

Hatiku baru sahaja bernyanyi riang kerana sudah siap memasak apabila Adrian muncul di ruangan ini. Potong stim betul! Marahku di dalam hati. Aku hanya mengabaikan sahaja kewujudan lelaki tinggi lampai yang sedang melangkah ke mari itu. Lengan baju yang kusingsing sehingga ke paras siku ketika memasak tadi kini kubetulkan.  Kemudian, tanganku mencapai pinggan. 

Baru sahaja ingin menyenduk nasi goreng, pinggan yang berada di tanganku terus dirampas oleh lelaki ber-tshirt hitam itu. Aku terus mendongak ke arahnya. Ada sengihan nakal muncul di bibir itu. Anak matanya berada pada nasik goreng yang masih berasap di dalam kuali.

“Hurmm..fried rice!” Ujarnya. Baru sahaja dia hendak mencapai senduk, aku sudah terlebih dahulu mencapainya. 

“Sorry, this is mine. Kalau nak, buat sendiri.” Ujarku dengan selamba. Kemudian, cepat-cepat aku mencapai pinggan lain. Nasi goreng tersebut kusenduk dan kumasukkan ke dalam pinggan. 

“Okay fine! Kau makan je la semua ni.” Pinggan di tangannya diletakkan ke atas meja. Tadi kan dia dah makan pizza. Lapar lagi ke? 

“Aku nak kau masakkan 3 pinggan nasi goreng untuk aku dan kawan-kawan aku.” 

Wajah kacak lelaki itu kupandang saat ini. Amboi selamba sahaja nampaknya dia ni memberikan arahan. Ingat aku ni pembantu rumah dia ke?

“Sorry..I am a bit busy. Nak kemas baju kat dalam bilik tu. Kalau korang nak makan, masaklah sendiri.” Dengan selamba aku berkata begitu. Seperti selalu, aku memang dapat meneka perubahan di wajahnya. Ada riak tidak puas hati bertandang di situ. 

Terus sahaja dia merapati aku. Pinggan di tanganku dirampasnya dan diletakkan di atas meja. Nasib baik tak tumpah nasi goreng ke lantai. Kurang asam betul dia ni. Tersentak aku jadinya. Kemudian dengan selamba dia menarik tanganku menuju ke meja tersebut. Aku cuba melepaskan genggaman tangannya tetapi tidak berjaya. 

“Bahan-bahan yang kau guna untuk memasak ni..siapa yang beli?” Soalnya sambil mengangkat sebelah kening.
 Wajah menarik lelaki itu kujeling sekilas dan kemudian aku menjulingkan mata ke atas. Dengan sekuat hati aku menarik sekali lagi tanganku dari dalam genggamannya. Perlu ke nak pegang-pegang bagai? Cakap aje dah cukup. Aku boleh faham! Selepas dilihatnya aku tidak memberikan sebarang reaksi, dia kemudiannya bersuara.
“Aku kan?!” 

“Tahulah semua ni kau yang beli. Aku pinjam dulu, nanti aku gantikan balik!” Jawabku dengan bersungguh-sungguh. Isk, berkira betullah dia ni! Duit banyak tetapi kedekut macam Haji Bakhil!
Laju aku lihat dia menggelengkan kepalanya. 

“Tak perlu ganti apa-apa tapi aku nak kau masak.” Nampaknya lelaki ini masih lagi berkeras untuk aku masakkan untuknya. Bukannya aku tak mahu masak tetapi lihat sajalah caranya tu! Menyakitkan hati betul!

“Kenapa tak suruh aje girlfriends kau yang berderet tu masak? Siapa nama perempuan seksi tu? Dalia? Ha, suruhlah Dalia masak!”  Entah bagaimana ayat tersebut boleh terkeluar dari bibir. Mungkin kerana rasa sakit hati yang sudah tak dapat dibendung lagi membuatkan aku berkata begitu.

“Dalia?” Sebelah keningnya terangkat. Ketawa sinis keluar dari mulutnya saat ini.

“Perempuan cantik macam Dalia tu kau nak suruh masak? You must be out of your mind! Perempuan macam kau je yang sesuai buat kerja-kerja ni.” Sinis sekali ayat itu menampar gegendang telingaku. Dia ni memang dah lebih! Sebelum sempat aku bersuara, dia terus memberikan arahan seterusnya.

“Aku tak peduli kau nak masakkan atau tak tapi yang aku tahu 3 pinggan nasi goreng siap dalam masa 15 minit!” Bentaknya.

Amboi, sudahlah beri arahan sesuka hati. Lepas tu, siap berkurang ajar pula dengan aku. Nada suara bukan main tinggi lagi. Dia ni betul-betul buat aku macam pembantu rumahnya. Sebelum lelaki itu melangkah sempat lagi dia berpesan.

“One more thing, make sure nasi goreng tu sedap! Understand?” Jari telunjuk dilayangkan ke hadapan. Kemudian, dia terus beredar.

Ya Allah! Geramnya aku! 

“One more thing, make sure nasi goreng tu sedap! Understand?” 
Masih terngiang-ngiang ayat lelaki itu tadi di telinga. Aku terus sahaja bergerak ke arah peti sejuk. Bekas berisi udang yang masih lagi berbaki kukeluarkan dengan kasar bersama perencah nasi goreng dan beberapa bahan lain.

“Oh..nak yang sedap-sedap ye! Siap kau. Aku akan buat nasi goreng yang paaaaaaling sedap untuk kau!”
Aku bercakap seorang diri dengan nada yang geram. Tidak sabar hendak memasak nasi goreng ‘istimewa’ untuk playboy-playboy Malaya tu. Pasti juadah ini tidak akan mereka lupakan sampai mati!
***

Bersambung :D

62 comments:

  1. Yes ! First reader ^^
    Gud Luck . Sambung lagi kak. Sambung !! Hahahaha xD

    ReplyDelete
  2. Hahahahahah lawak-2...apa la yg afina nk buat tu?? Arrrrrr xsabar kut! Best giler

    ReplyDelete
  3. bestnye. tak sabar nk sambungannya kak suri..
    keep up the good work. sayang kak suri. :)

    ReplyDelete
  4. perghh.. kak suri g taruk gambar nasik goreng pulakk.. lapooo pulak tengok gambar tu.. haha.. suka dengan watak fina yang baru. btw, mne kembar dia satu lagi? huhu..

    ReplyDelete
  5. uuh! sambung lagi. cepat sambung! semakin best !!

    ReplyDelete
  6. i really hate king..grrrrrr...tak sabar tgu fina tinggalkan king,biar king menderita..

    ReplyDelete
  7. k.suri...sngt tip top..waiting 4 next entry ^_^

    ReplyDelete
  8. hihihih oppa gangnam style.....

    eh si farina bubuh julap ke ape ke dalam nasik tu...
    gambar nasik goreng udang tu sungguh menyelerakan...huhuhu

    taksabarrr.......huhuhu

    ReplyDelete
  9. Fina kuar je dr umah tu.. Tgl si sombonng tu sorang2 haaaa.. Pastu dia kna mrh ngn mummy.. Br la dia tahuan sket.. Kan dia cma penntingknn jwtn tu ja
    M

    ReplyDelete
  10. thanks kak suri..best.next n3 please

    ReplyDelete
  11. waaaa!!!!!!! sambung lagi huhuhuhu tak sabarnya hehehe.. sedangkan baru je update huhuhu tq suri best sgt3 best

    ReplyDelete
  12. hahahaa... sangatlah best!!!
    tahniah kak Suri. Seperti biasa tidak menghampakan. Suka sangat dengan Adrian dan Fina :)

    ReplyDelete
  13. Rasa nak ketuk kepala Adrian ngn senduk tu..! Pelepok!!

    ReplyDelete
  14. eee..geramnya kat king ni... suka2 dia je nak arah orang cam2.. afina xpayah msak utk dia.. tunjuk keras kepala skit...

    ReplyDelete
  15. geramnya dkt adrian.. rs mcm nk sepak2 je... hahahahha

    ReplyDelete
  16. hahaha...afina dulu kan lemah lembut..mana berani nk naikkan suara dgn adrian kan2..hehe..afina sekarang memang la lain dari yg dulu..dia da berana melawan ckp adrian..hehe..

    best kak suri..walaupun just msk nasik goreng da rasa ke'SWEET'an nya..hehehe..

    *thanks meow yg comel ni*..hehe..:DD

    ReplyDelete
  17. yes... so great akak.. suri...

    ReplyDelete
  18. blog suri dh kalerful..ceria! tp kenapa harus ada bab 18, 19 tu.. kan bagus kalau leh sampai ending...heehee..*mode x sabar*

    ReplyDelete
  19. Juadah apa yang tak akan dilupakan tu...hmm..
    tak sabar nak tunggu...hewhew...KAK SURI!!!!lagi...lagi...

    ReplyDelete
  20. Juadah apa yang tak akan dilupakan tu...hmm..
    tak sabar nak tunggu...hewhew...KAK SURI!!!!lagi...lagi...

    ReplyDelete
  21. sapa yang jadi Fina tu ek?

    -Kak Suri's fans-

    ReplyDelete
  22. Bestnya cepatlah sambung ya tq.

    ReplyDelete
  23. Terbaikkkk...abe lakce

    ReplyDelete
  24. apalah nak jadi dengan fina ni..kan..kehidupan yg tidak dipinta ..menjadi seorg isteri kepada jejaka yg bernama king..membuat dirinya sebagai org gaji dan menginjak injak maruahnya..sudah pasti kalau fina melarikan diri ..dia tidak ada tempat mahupun wang untuk menampung kehidupannya apatah lagi dengan keadaan dirinya yg hilang ingatan..berapa lamakah dia akan dapat bertahan dengan sikap suaminya itu..

    ReplyDelete
  25. wah akak!!!seriously, she is different now. xde fina yang lemah lembut gemalai lagi... yeah tak berapa nak kene buli sangat. btw adakah nasi goreng tu akan menjadi sangat pedassss???? heheheh

    ReplyDelete
  26. best sgt citer nie..ari nie sy wat marathon baca pisa dr entri 1 sampai entri 17..hehehe..sy selalu follow update status PISA kat fb kak suri..saje je xnk baca citer nie dr awal2 dipublishkn..sengaja nk kumpul entri nie bg bnyk2 dlu baru nk start baca..lau follow dr awal sure ati xtenang nyer..hehehe..msti xsabar2 nk tahu sambungannyer minggu2 berikutnya...biar dh bnyk entri kat blog baru best baca..hehehe..

    ReplyDelete
  27. Wah..best yew..apew fina nak buat ekk??dia letak julap kew dalam nasi goreng 2..?? Wah excited yew nak tahu..hehe

    Kak Suri Ryana cepat2 sambung taw x sabar nak tnggu bab seterusnya.. :D

    ReplyDelete
  28. rasa kan nasi goreng 'istimewa'dari fina wahai mr.king ! hahaha tak sabar nak tunggu bab seterusnya..

    ReplyDelete
  29. Best...go afrina go...
    Kejekan king n the gang cukup2.....

    ReplyDelete
  30. Bila la King nak berubah....

    ReplyDelete
  31. kak suri,tak sabar nk tgu next entri...hehehe...
    nasik goreng special ape lah yang fina masak untuk diorang...
    bahahaha... ;) best kak,best~

    ReplyDelete
  32. Letak je sekilo cili api dalam nasi goreng tu biar betul2 or letak je julap dalam tu biar diorang takleh lupa dengan nasi goreng tu.....hahaha #^_^

    ReplyDelete
  33. hahaha...kelakarnye part oppa gangnam style. op op...suke watak fina. ganas dan garang tu. padan muka king. igt rupe hensem fina leh cair ke....apelah rase nasi grg fina ye..

    ReplyDelete
  34. pdn muke king & the geng..muehehhe...

    ReplyDelete
  35. Wakakaka... xley tahan tgk gmbr Psy tu... nseb baek King xmenari skali kalo x hilang maco...
    xsabar nk tunggu bab 18... ape la rase nasi goreng tu...

    ReplyDelete
  36. hahahahahahaa..... suka tgk diorg gaduh... kesian asyik kena buli jaa,... best2...

    masak sedap2 fina...hehehehe (naik tanduk)

    ReplyDelete
  37. tak sabar nak baca bab seterusnya kak suri..

    ReplyDelete
  38. weee... klakar jugak.. hempok ngan senduk kang baru tau adrian tu...

    ReplyDelete
  39. best2..tq kak for the entry

    ReplyDelete
  40. cayalah kak suri ryana..=D
    for afina: fighting! fighting! jgn bg muka sgt dgn si playboy tuu..haha

    love all your writings kak suri..keep it up sis!!

    ReplyDelete
  41. Macam manalah Fina tu kena buli dgn King dulu agaknya ekk? Tak sabar nak tunggu King tu merayu melutut gilakan Fina lepas nie. Err..ada kan..?

    ReplyDelete
  42. Ustaza Hidaya, Nik Ainaa, Diaryz, Syafira, Coretanku, Wardah Zainal, Lulu Lu, Baby Mio, Abe Lakce, Juejuriah, Asma, Syaffy : Terima kasih semua kerana sudi mengikuti PISA..terima kasih gak sebab sudi komen :) really appreciate it!! Nanti suri post bab 18 okayyy :)

    Afifah Yusof : Tq so much Afifah laling sebab sudi baca dan komen haha..nanti akak post bab 18 :D

    Lovex : tq so much sebab sudi baca n komen..akak pun saaayangg Love jugak!! :)

    Nursyafika, ~("_^)~Oh Ha-Ni, Cahaya Dayana, Azwa Azee, Siti Sulaiha, nurfajrina, Niyaz Arumi, Nuratiza, ctrain7474, AmyZainudin : jeng jeng jeng..ehhehe nantikan bab 18 utk mengetahui apakah juadah istimewa itu ;D nanti suri post.bab 18..tq semua sudi baca n komen :)

    Kusyi : hihi kann..masa akak tgk pic nasik goreng ni smlm terus rase nk mkn nasik goreng haha looks yummy! :D nanti akak post bab 18 ok..tq sudi baca n komen :)

    Kak Suri’s Fan : tq so much sebab sudi baca n komen :) nama dia lynda roslan :D model/pelakon.

    ReplyDelete
  43. Amila J Abdullah, M, Kak Hanidar Badaruddin, Rahsia Hati, Anonymous, Si Yellow comel, Kak Ida, Mieza, Zakiah Halim : tq sooo much semua untuk komen yang diberikan..nampaknya ramai yang geram dengan perangai King..haha :0 tq so much semua sebab sudi mengikuti PISA..nanti suri post bab 18 ye :)

    Hartini Halim : hehe..kalau nak terbit, tak boleh post sampai habissss hehehhe :D tq tau sudi baca dan komen :) nanti suri post bab 18 okay

    Ayienor : tq so much sebab sudi marathon PISA hehe..nanti suri post bab 18 ye..:) tq sudi baca dan komen..

    Aziela : mungkin ada :D haha kalau bgtau nanti tak saspen hihihi…tq tau sudi baca dan komen..nanti suri post

    ReplyDelete
  44. Silent readers, terima kasih sangat2 sebab sudi mengikuti PISA sehingga ke bab 17..Suri amat menghargainya..tq soooo much!! <3 Nanti Suri post bab 18 ye ;)Much Love!!

    ReplyDelete
  45. Tak sabar nak tunggu Fina kenakan Adrian.. Padan muka si adrian tu... :)

    ReplyDelete
  46. AliCe D LunAtIc : hihi nantikan bab 18 ;) nanti suri post..;)

    ReplyDelete
  47. bestttt sgt... yg kak suri edit ni senang sket faham dr yg dulu n makin xsabar nk bc next entry..hehehe..
    thanks kak suri..

    *nabihah*

    ReplyDelete
  48. geramnya kat Adrian, harap Fina masak pedas2 biar dorang makan sampai sakit perot..

    ReplyDelete
  49. suri, bab18 nya lmbt lagi ke? blh tk post 2 n3 skali gus?
    -QISTINA NAYLI-

    ReplyDelete
  50. Letak julap semua mkn dgn sedapnya tp sesak rebut toilet

    ReplyDelete
  51. best2..nak lagi!! heeehh

    ReplyDelete
  52. bestnya......x sbar nak baca kisah selanjutnya.....suka.....hehe

    ReplyDelete
  53. wah..tanduk nk kenakan si andrian dh klua...
    siapla ko andrian...

    ReplyDelete
  54. Gangnam style? HahahHahahahahahahahahahahahaa......i can't stop laughing...! XD

    ReplyDelete
  55. king n the gang ni mkn ke melantak...da pizza nk nsi goreng lg..;))


    ~uly ct~

    ReplyDelete
  56. Garangnya akak FINA ni.takutlah.

    ReplyDelete