Thursday, 17 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 8]

Bab 8



*Suri paste kat sini sedutan bab 7 sikit supaya readers tak confuse (dalam versi cetak nanti akan disambung dalam satu bab babak ni :)

Sambungan dari bab 7 :

Ada kerutan di dahi apabila bau wangian menusuk  ke dalam hidung. Very familiar. Terus sahaja aku mendongakkan kepala. Tersentak aku jadinya apabila anak mataku bertemu dengan anak mata si dia. Kami sama-sama tergamam apabila mata kami bersatu.  Dia juga turut sama terdiam. Rentak jantung semakin laju. Kening kanannya kulihat terjungkit ke atas bersama wajah yang sangat terkejut.

Wajah lelaki ini terus berubah riak dengan sekelip mata. Tajam pandangan yang diberikan padaku saat ini membuatkan kepala terasa semakin berat.

 "You?!"

Bisiknya dengan kasar saat ini. Janganlah dia humban aku semula dalam air. Tolonglah Ya Allah.

"Bella!"

Sayup-sayup aku terdengar suara Kak Long namun aku hanya kaku sahaja. Terasa lemas dengan degupan jantung yang semakin menggila. Kenapalah semua ini mesti terjadi?

Tidak berani lagi aku ingin menentang anak matanya. Terus sahaja aku melarikan anak mata ke arah lain. Tebal terasa wajah kerana terpaksa berada di dalam keadaan ini dengannya.

"Tresspasser!! You better get out from my house now!" Bisiknya kasar di telingaku. Tresspasser? Dia panggil aku penceroboh?? Aku hanya mampu mengetapkan bibir sahaja mendengar bisikan kasarnya itu.

Sejurus selepas berkata begitu, terus sahaja dihumbannya aku ke bahagian kiri kolam.  Mampu untuk membuatkan aku kecut perut walaupun air di kawasan ini hanyalah berada di paras lututku sahaja. Berkocak teruk air di dalam kolam. Kurang asam! Bagai buah nangka busuk jatuh ke dalam air dah ni. Aku mengetap bibir sambil membetulkan tudung yang tidak kutahu bagaimana bentuknya di atas kepala. Nasiblah rambutku masih kemas terikat di dalam shawl. Dengan perlahan-lahan aku duduk di atas tebing kolam.

Dia kemudiannya kulihat menoleh ke hadapan.

"What are you guys looking at? Are you watching a show? Get back to work!" Tegasnya sedikit kasar. Macam samseng!

Serta-merta kulihat Mei Lian, dua orang tukang cuci dan beberapa orang lelaki yang tadinya berada di tepi kolam ini masuk ke dalam dan memencilkan diri. Hanya Kak Long sahaja yang masih tidak berganjak.

"Sir..i'm so sorry. She is my sister. It was my wrong! I was the one who brought her here."

Kedengaran suara Kak Long beriya-iya berkata begitu. Namun lelaki itu hanya meraupkan wajahnya dan keluar dari kolam. Kelam-kabut kakakku itu menghampiri aku. Dia kulihat terus sahaja mencangkung di sebelahku.

"Kak Long, tak payah nak mintak maaf sangatlah!" Bisikku dengan kasar kepada Kak Long sambil menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam. Masam mencuka wajahnya bagai asam keping basi.  Kak Long pula terus menutup mulut aku. Serentak dengan itu juga aku melepaskan jemari Kak Long dari bibirku.

"Jangan risau, dia bukan faham Bahasa Melayu pun." Selamba sahaja aku berkata begitu walaupun rasa gerun dan cemas beraja di hati.  Kak Long terus menepuk dahi. Wajahnya kini bagai menanggung jutaan beban. Keruh dan risau.

"Bella okay ke ni?" Soal Kak Long sambil merangkul tubuhku. Aku hanya mengangukkan kepala sahaja. Memang kepala terasa berat sangat saat ini dan badan pula sedikit longlai. Tapi, bahagian hidung yang sangat pedih tadi  sudah pun beransur pulih. Nasib baik keadaan aku tidaklah teruk.

"Betul?" Soal Kak Long lagi.

"Ye..Bella okay.." Mendengar sahaja kata-kataku, Kak Long terus bangun berdiri.

Aku lihat Kak Long kalut mengejar tubuh lelaki yang sedang melangkah itu. Baju kemeja berwarna putihnya basah kuyup dan melekat pada tubuh , menampakkan lekuk badannya. Rambutnya yang basah pula diraupkan ke atas beberapa kali.

"I'm sorry, Sir. Err...saya minta maaf." Rayu Kak Long tetapi lelaki itu cuma buat bodoh aje dan meninggalkan Kak Long termanggu-manggu di situ. Marahkan aku, Kak Long dilayannya begitu.

 Dengan lemah aku bangun berdiri dan mula melangkah keluar dari kolam.  Pasti Kak Long tengah risau gila tu.

Selang beberapa ketika dapat kudengari bunyi pintu bilik berdentuman, seperti ditutup dengan kasar. Tersentak aku jadinya. Rasa yang bercampur-baur di dalam dada membuatkan aku gelisah dan semakin resah. Dengan longlai aku melangkah masuk ke dalam rumah. Dapat kulihat lantai yang bersih berkilat ini sudah pun lecah dengan air kolam yang dibawa oleh kakiku dan lelaki itu tadi.

"Bella, dia yang selamatkan Bella kan? Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih." Ada nada kurang senang di wajah Kak Long. Aku yang tidak mahu mengusutkan fikiran gadis ini terus bersuara.

"Dah cakap. Kak Long aje tak dengar." Terpaksa menipu.  Aku tak mahu Kak Long terus diburu rasa bersalah kepada bosnya.

Belum sempat Kak Long menyambung lagi hujahnya, Mei Lian yang sedang senyum tersipu-sipu itu pula datang kepadaku. Bahuku dicuitnya sedikit.

"Bella, kalau I yang jadi you tadi, seronoknye..." Kata Mei Lian sambil tersenyum

"Amboiii! Habis tu, tunang kau nak campak ke mana?" Kak Long pula menyampuk dan mereka ketawa bersama.

Adoiii! Rasa seperti nak hempuk kepala ke dinding aje saat ini. Mereka tak nampak ke yang lelaki itu sangatlah kurang asam dan panas baran? Apa? The most wanted bachelor? Boleh blah! Marahku di dalam hati.

"Okay girls..I'm going back now! Kak Long, Bella balik dulu. Nak kunci rumah." Ujarku sambil menghulurkan tangan. Kak Long terus sahaja mencapai beg tangannya dan kunci serta beg duit dikeluarkan dari dalam beg tersebut.

"Nah kunci dengan duit sekali. Bella tertinggal beg dalam kereta kan tadi?" Aku menganggukkan kepala.

"Thanks Kak Long!" Terus sahaja aku mencapai kunci dan sekeping not RM 50 dari tangan Kak Long.

"Tapi, nak balik dengan keadaan basah kuyup macam tu ke?" Soalan Kak Long memaksa bibirku untuk tersenyum tawar.

"Don't worry about me. Nanti sampai rumah, Bella call Kak Long. Bye." Terus sahaja aku berlari keluar sebaik berkata begitu bersama perasaan yang bercelaru.

***

Sehingga ke saat ini aku masih menyumpah lelaki itu di dalam hati. Kalaulah aku tahu begini kisahnya cuti semester kali ini, baik aku tak payah balik Malaysia. Menyesalnya! Baik aku tinggal aje kat Seoul tu. Lincah tanganku membilas pinggan yang sudah disabun. Mata pula menjeling ke arah jam di dinding. Dah pukul 6 petang tapi Kak Long belum juga balik lagi. Inilah susahnya kalau rumah tak ada telefon dan mengharapkan telefon bimbit semata-mata. Aku tak dapat membuat panggilan kerana telefon bimbit aku tertinggal di dalam beg. Aku mengecilkan mata. Dalam beg atau dalam kereta ye? Janganlah jatuh ke dalam kolam. Seujujurnya, aku terlupa di mana aku meletakkan telefon bimbitku tadi. Maklumlah, hari ini kan merupakan hari paling malang dan paling kalut dalam hidupku.

Selepas menyusun pinggan di dalam kabinet, aku terus melangkah ke ruang tamu. Badan kuhempaskan di atas sofa empuk berwarna coklat di sebelah kananku. Dalam keadaan berbaring ini, aku hanya menghalakan pandangan kosong ke arah siling. Entah kenapa dari tadi aku asyik terbayang insiden di rumah samseng tu. Ada getaran mengisi ruang dada saat ini. Mata cepat-cepat kupejamkan apabila  wajahnya ketika menyelamatkan aku tadi terbayang di ruang fikiran.  Sudah Bella, jangan diingat-ingat lagi wajahnya tu. Aku memberi amaran kepada diri sendiri.

"Bella dia yang selamatkan Bella kan? Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih."

Suara Kak Long pula kini terngiang-ngiang di telinga.

Haruskah aku berterima kasih? Sedangkan sebab dialah aku jatuh ke dalam kolam tu! Gara-gara hendak menyembunyikan diri darinya, aku tergelincir.

Tapi, dia tak tolak kau ke dalam tu, Bella. Kau yang salah pilih tempat untuk sembunyi.  Sekurang-kurangnya, dia sanggup terjun untuk menyelamatkan kau. Entah kenapa ada suara yang berkata begitu pula.

 Dari posisi berbaring, aku terus sahaja bangun dan menyandarkan badan pada dinding sofa.Kedua-dua belah tangan meraupkan wajah dengan perasaan serabut.

Semakin rungsing aku jadinya. Erghh! Tidak tahu lagi bagaimana untuk berfikir. Lantaklah! Yang pasti, semuanya dah terjadi. Tak boleh nak ubah apa-apa lagi dah. Fakta dia pernah menyelamatkan aku dari mati lemas akan tetap kekal sampai bila-bila. Isk, tak sukanya! Kenapa dia?

Sesi melayan perasaan terhenti  sebaik sahaja aku terdengar bunyi enjin kereta. Kak Long dah balik! Terus sahaja aku bangun dan meluru ke arah pintu. Belum sempat aku pulas tombol pintu, kedengaran suara Kak Long menjerit dari luar.

"Bellaaaaaa!"

Tengok tu, tak sempat masuk dalam dia dah bertempik. Jiran-jiran tak kisah ke ha? Entah-entah Kak Long dan jirannya 2x5 aje.

Pintu kukuakkan seluas-luasnya dan belum sempat aku berkata apa-apa, Kak Long terus sahaja memanggil namaku sekali lagi. Naik satu oktaf nada suaranya itu.

"Bella!"

Aku yang sedikit pelik dengan sikap Kak Long terus sahaja membuka mulut.

"Kenapa Kak Long marah-marah ni?" Soalku.

Tanpa menjawab soalanku, Kak Long kulihat terus meluru masuk ke dalam rumah bersama tangan yang penuh dengan pelbagai benda. Aku hanya menutup pintu dan mengekori langkahnya sambil memerhati ke arah kedua-dua belah tangannya. Tangan kanannya kulihat memegang beg tanganku dan juga beg tangannya.  Manakala tangan kirinya pula menjinjing beg yang penuh dengan fail. Tubuh dihempasnya kasar ke atas sofa dan kini dia memandang ke arahku.

"Bella tanya kenapa Kak Long marah-marah?" Soalnya sedikit garang. Aku hanya diam dan terus sahaja mengambil tempat di sisi Kak Long.

"Kenapa tak telefon Kak Long? Kenapa buat Kak Long risau? Bella tahu kan, selepas Kak Ngah pergi, Kak Long hanya ada Bella dan Umi sahaja?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Kak Long. Belum sempat aku bersuara, Kak Long menambah lagi.

"Nak patah tulang jari Kak Long ni mendail nombor Bella tapi tak dapat. Kamu buat Kak Long risau tau."
 Amboi, garangnya! Dengan pantas aku memeluk bahunya.

"Kak Long risaukan Bella ye..Bella minta maaf.." Ujarku sedikit lirih.

"Bagaimana Bella nak menelefon Kak Long kalau telefon pun ada dalam beg tangan ni? Kan Bella tertinggal beg tangan dalam kereta Kak Long?" Lembut sahaja nada suaraku menuturkan ayat itu.

Diam-diam aku rasa terharu kerana Kak Long sudi risaukan aku. Sekurang-kurangnya aku tahu, di atas bumi Allah ini, selain umi, aku ada Kak Long yang  sangat sayangkan aku. Ada senyuman menata di bibir saat ini. Entah kenapa aku menjadi sangat emosional. Ah, semuanya kerana samseng tu! Pelukan kuleraikan dan aku memandang ke arah Kak Long yang kulihat riak wajahnya tidak lagi seperti tadi. Berubah terus.

"Kak Long lupa yang Bella tertinggal beg tangan..sorry.."

"It's okay! Kak Long mesti penat kan? Bella ada masakkan nasi goreng ayam." Ujarku sambil tersenyum mesra. Selain dari mee segera, nasi gorenglah yang aku pandai masak pun. Makanan lain? Haram tak tahu.

"Sedapnya! Macam ni la adik Kak Long. Rajin!" Aku hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata kakakku ini. Eleh sukalah tu sebab aku tolong masakkan hari ini. Beg tanganku yang terdampar di atas sofa kucapai dan aku mulalah menggeledah beg tersebut untuk mencari telefon bimbitku. Takde!!

Riak wajahku mulalah berubah. Kat mana pula aku letak telefon bimbit itu?

"Kak Long! Bella hilang telefon bimbit."Kak Long yang baru sahaja hendak bangun tidak jadi berbuat demikian. Berkerut-kerut dahinya memandang ke arahku.

"Ha? Cuba ingat betul-betul kat mana Bella letak tadi." Ujar Kak Long. Aku terus menggelengkan kepala.

"Bella tak ingat.." Takkan terjatuh kat dalam kolam kut?

"Bila kali terakhir Bella guna telefon bimbit tu?" Aku tahu Kak Long cuba untuk membantu namun otak aku kosong.

"Ada call sesiapa tak hari ini?" Kepala kugelengkan.

" Atau Bella ada tak ambil gambar ke..dengar muzik ke.." Terus sahaja kelopak mataku terbuka luas.

"Ada! Bella ada selfie kat basement tadi. Lepas tu.." Terluncur ayat itu dari mulutku namun kata-kata tersebut mati di situ sahaja.

Baru aku teringat kerana terkejut dek sapaan pemilik kereta Lamborghini kuning itu di basement tadi, aku terus memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik berisi kobis. Perkara itu kulakukan kerana aku tidak mahu dia perasaan yang aku ada bergambar dengan keretanya sebelum itu. Liar mataku memandang ke kawasan sekitar saat ini.

"Kak Long! Mana plastik TESCO berisi kobis-kobis tu?" Soalku. Kak Long kulihat terus menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan.

"Alamak Bella!" Terkerit kecil Kak Long saat ini. Ah, ini bukan satu petanda yang baik ni. Aku mulalah  gelisah.

" Kalut sangat tadi..Kak Long lupa terus nak keluarkan plastik-plastik tu dari peti sejuk.." Mendengar sahaja kata-kata Kak Long, aku terus bangun berdiri.

"Hah???!" Terlopong luas mulutku saat ini.

"Ya Allah..Kak Long...macam mana sekarang ni?" Akhirnya aku bersuara. Namun Kak Long kulihat relax aje.

"Ala..Kak Long janji, esok Kak Long belikan semula bahan-bahan tu ye. Kak Long dah hafal pun kesemuanya. Lagipun list bahan-bahan ada dengan Bella kan?" Bersama segaris senyuman dia berkata begitu. Aku masih lagi tergamam. Tidak tahu bagaimana nak berfikir.

"Easy peasy lemon squeezy! Relax la.." Ujar Kak Long lagi.

"Easy peasy lemon squeezy?? I'm afraid not, Kak Long!" Kepala kugelengkan dengan perasaan yang kusut.

"Why?" Soal Kak Long dengan sedikit pelik.

Aku terus sahaja menggeggam lengan Kak Long.

"Kak Long!! Bukan bahan-bahan tu yang Bella risaukan tetapi telefon bimbit Bella! Telefon bimbit Bella ada dalam peti sejuk bos Kak Long!" Terjerit kecil aku jadinya.

Nyata Kak Long juga tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya saat ini. Bulat matanya menjegil ke mari.

"Hah?! Biar betul kau ni Bella?!"

Rasa nak menangis saat ini.

"Habislaaaah! Macam mana ni Kak Long???"

***




68 comments:

  1. kalau telefon bimbit ada dalam peti sejuk, rosak tak ek.. habislah daniel lee terjumpa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha xD tq so much sudi baca :) kadag2 rosak, kadang2 tak hehee xD

      Delete
  2. Kak suri ni salah satu penulis kegemaran saya. Semua novel kak suri saya dah beli. Teruskan berkarya kak suri sebab saya akan sentiasa support dan membeli novel novel akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u so much Cik D sebab sudi baca dan berikan komen :) terima kasih juga kerana sudi menyokong karya2 kak suri..your support means a lot to me :) tq so much ye

      Delete
  3. Hihi... masak la bella... phone ada kat peti sejuk...

    ReplyDelete
  4. habis la...kantoi nnti dgn mamat sombong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen ye :) nanti akak post bab 9

      Delete
  5. Oopppss.. Bella bella.. Cuainya..

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la jadinya bila dah kalut..hee tq sudi baca dan komen :)

      Delete
  6. Tak sabar nak tunggu next :D
    Thnks kak suri ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much kamilia sebab sudi membaca Kimchi Untuk Dia :) nanti akak post bab 9 ye..tak esok, lusa mesti ade :)

      Delete
  7. ha..ha..rasa rasanya...talipon minah tu ..dah jadi simpanan pada mamat sengal tu kot... kalau asyik berdering aja..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Idaaaa :) :tq so much tau sebab sudi mengikuti cite ni..haha nanti suri post bab 9 ye..tak esok, lusa suri post, in syaa Allah..tq again kak :)

      Delete
  8. cepat la terbitkan novel nie :-).. nak beli! nak tambah collection novel kak suri. hehe.. setiap novel dalam simpanan ada tandatangan kak suri.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah Alias, tq soooo much ye sebab ada semua karya akak <3 semua ada tandatangan pulak tu hehee in syaa Allah, masa pesta buku 1 malaysia december ni, ada buah tangan baru dari akak..jumpa nanti ye hee

      Delete
  9. Atiqah Alias, tq soooo much ye sebab ada semua karya akak <3 semua ada tandatangan pulak tu hehee in syaa Allah, masa pesta buku 1 malaysia december ni, ada buah tangan baru dari akak..jumpa nanti ye hee

    ReplyDelete
  10. Sian Bella .. He he ...
    Mesti Daniel lee tu hensem Kan kak suri .. Kih kih kih ..
    Terasa nak jadi Bella plak ...
    Tak sabar Mak tunggu next chapter plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah nanti akak post bab 9 :) tq so much sudi bace <3 haha Danial Lee akak bayangkan macam lee dong wook xD

      Delete
  11. OMG!!!! kak suri. best gila jln cerita nie. hari2 buka blog nie nk bc cerita nie. xsbr nk tnggu cerita nie jd kan satu novel. good job kak suri. semua novel kak suri saya dh baca, semua best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ so much sudi bace :) in syaa Allah, kalau terbit nanti akak inform ye :) now kene siapkan manuskrip penuh dulu..hee tq sudi dapatkan semua karya akak..happy to hear that :)

      Delete
  12. kimchi sedap x...teringin pulak nak makan... heee

    -cik anon-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap :) rasanya masam2 pedas..suri suka makan dengan porridge :)

      Delete
  13. Can't wait for the next chapter !!! I finished re-reading MAID and currently reading Isteri Separuh Masa to kill time hahah and I can't wait for December too, hopefully the book will be out in store when I'm in KL for vacay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much! :) In syaa Allah, i'll definitely inform kalau dah keluar di pasaran nanti :)

      Delete
  14. Sekali Daniel Lee baik tolong simpankan telefon tu..wahaha..saya pulak yang berangan2 suri buat gitu..teruskan mengarang dear...nak baca lagi...dan lagi..dan lagi...lagilagi...^^0

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD Nantikan sambungannya ye :) nanti akak post bab 9 :) tq for your support

      Delete
  15. Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri post bab 9..:) kemungkinan besar esok malam :)

      Delete
  16. Ala, suspens lah pulak.. kak suri, cpt2 smbg.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee tq so much sudi baca..malam ni atau esok malam akak post ye :)

      Delete
  17. alahaiii tak sabar nya nak tunggu bab 9...
    boleh pulak tepon bella ade dalam peti sejuk...heeheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah bab 9 akan ade selewat2nya esok malam :) tq so much.

      Delete
  18. hahahaha...
    telefon bimbit dalam peti ais mr koala...habislah...

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. tq so much sudi baca ye..nanti akan ade bab 9. Selewat2nya esok malam :)

      Delete
  20. kn btul plstik tu t'tggal.. huhuhu

    nape hati bella b'getar? cm t'ska sikit kt ggstar tu ke? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yg tu kne tanya Bella xD tq so much tau sudi baca..Bella bukan tinggal kobis je..telefon bimbit sekali tertinggal.

      Delete
  21. sikitnye bab 8...huhuhu...suri, karya suri memang terbaik, tulisan suri sangat teratur dan mudah faham...aktiviti wajib harian sekarang adalah jenguk blog suri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry kalau pendek..for bab 9 suri panjangkan sikit ok? tq so much tau sebab sukakan karya suri..nanti suri post bab 9 :)

      Delete
  22. salam suri...bila ye klik di pasaran? tak sabar jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..KLIK! akan terbit selewat2nya pesta buku tahun depan :)

      Delete
  23. Seronok baca cerita ni.... Setiap kali baca rasa saspen dgn apa yg akan berlaku seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) in syaa Allah, nanti suri post bab 9 ye :)

      Delete
  24. Makin mnrik...nak lagi...next plezzz..hehehehe

    ReplyDelete
  25. Abes la bella kalo daniel tu trjmpe nset dia. Xsabar nk tau ape bella buat lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xD tq sudi baca wc :) esok malam aku update bab 9

      Delete
  26. siap la bella lepas ni...hahaha..mesti daniel lee tu bukak fon dia kalau terjumpa..hehehe...sesedap rasa je dia teka si daniel lee tu xfhm bhs melayu..hahaha..ahhh!!! cepat la upload smbungnnya kak suri...xsbr dh ni nk tahu kisah selanjutnya...hehehe .. <3 <3 <3 <3 <3
    ~mimi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca dan komen ye :) nantikan sambungannya esok malam :) adakah Danial Lee akan bukak hp Bella?

      Delete
  27. Kak suriii . Sambungan utk harini xde ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde dearie..akak busy dengan aktiviti luar malam ni..esok malam akak post ye:)

      Delete
  28. wah best3x..dah la saya mmg mnat gila dgn lee dong wook ni..argh..sambil baca ni terbayang2 plak saya yg jadi bella..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee tq so much..Danial Lee bayangannya mcm Lee Dong Wook utk cite ni. haha xD tq sudi baca..awak nak jadi Bella pun bole! Ape salahnya ;)

      Delete
  29. kesian telefon tu bella..kesejukan dia kat dlm peti tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak tahu boleh pakai ke tak lagi xD bab 10 dah ade tau..jemputlah baca :)

      Delete
  30. aiyoooo..xsabarr nk tau reaksi danial lee pasni..hhaha..

    ReplyDelete
  31. hahaa..awal2 dia dah rasa xsedap hati.rupa2nya bukan takat terkantoi malah hp pulak tertinggal..menarik sangat and lucu..hahaha..suka3.cepat2 update!xsabar nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD kalut sangat! tq so much sudi baca dan komen :)

      Delete
  32. Hahaha...habis laa bella!! Citer ni buatkan sy rasa smkin x sabar nk tahu ape yg akn berlaku seterusnya...tpkn saya baru perasan satu hal, lelaki yg bella jumpa dkt basement tu sape erk?? Hero ke-2 ker?? Hehehe #keepwaiting #bab9pleassssss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :)..:) lelaki tu ade dalam bab 10 :) jemputlah baca

      Delete
  33. lau ada resepi nak buat kimchi letak la sekali dalam cite ni ek....mana tau teringin nak buat....
    makin baca makin mauuuu lagik...

    ReplyDelete
  34. hehe, terkenang masa masih bersekolah dulu. selalunya kalau handphone panas, letak dalam peti sejuk 10 minit. Macam nak hilangkan demam.

    ReplyDelete
  35. alamal hp tinggal pulak dalam plastik kobis... cian lah Bella

    ReplyDelete