Wednesday, 3 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 21]


Bab 21

(*Sambungan dari bab 20)

*Setelah punggung kulabuhkan di atas buaian, tangan kanan mulalah menjalar ke dalam poket seluar. Sampul berisi surat arwah Kak Ngah buat Danial kukeluarkan dengan perlahan-lahan. Debaran yang tadinya sudah pun surut kini beraja di dalam dada kembali. Ya Allah..apa aku nak buat ni? 

"Berdosakah aku kalau tak berikan surat ni kepada Danial? Nak beri ke tak nak?" Terlepas soalan itu dari bibir dan serentak dengan itu juga surat yang sedang kugawang ke kiri dan ke kanan kini dirampas oleh seseorang dari belakang. 

Terkejut aku jadinya. Takkan ada langsuir kut?! Terus sahaja aku berpaling ke belakang dengan debaran di dalam dada yang semakin menggila.

*"Heyy!" Terjerit kecil aku jadinya. 

Dalam kesamaran cahaya lampu putih dari beranda rumah di hadapan sana, dapat kulihat dengan jelas wajah kacak lelaki di hadapanku ini. Serta-merta air liur yang kutelan terasa sangat pahit. Bukan langsuir yang datang tetapi jembalang ini! Macam mana aku boleh tak perasaan yang dia berada di belakangku? Wahai jantung janganlah kau berhenti berdenyut. Sikit lagi dah nak pengsan ni!! Takut punya fasal, terkumat-kamit bibirku saat ini membaca segala jenis doa yang aku tahu. Berpeluh aku jadinya. 

"Surat apa ni? Hmm? This letter is  for me, right?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku membuatkan lidahku terus keras dan kelu. Dengan pantas aku menggelengkan kepala. 

Kalut aku jadinya. Serta-merta aku bangun dari buaian dan meluru ke arah lelaki itu. Tangan pula cuba merampas kembali surat yang berada di dalam genggamannya. Terus sahaja dia melarikan tangannya ke atas menyebabkan aku terjengket-jengket cuba mendapatkan surat tersebut kembali namun tidak berjaya. 

"Danial..tu bukan surat awak..kembalikan kepada saya!" Walaupun jantung sudah mahu melompat keluar, aku tetap juga cuba berlagak selamba. 

Lelaki itu mengecilkan matanya sedikit.Tajamnya sepasang mata itu menikam wajahku, seperti pisau yang baru diasah. Dari riak wajahnya, tahulah aku dia tengah bengang. 

"Do you think I'm stupid? Do you think I'm deaf? Aku dengar dengan jelas apa yang kau cakap tadi!" Bidasnya dengan geram namun nada suara cuba juga dikawal olehnya. 

Dapat kulihat kerutan pada wajah cerah lelaki ini. Seluruh fokusnya pada surat di tangan. Habislah kau, Bella! Habis!! Sudahlah kau padam nama kau di dalam surat itu dengan liquid paper, kau tak sempat pula hendak tulis nama orang lain! Kusutnya jiwa, hanya Allah yang tahu. 

"Da..Da..Danial, pass me back that letter. Please..." Rayuku dengan bersungguh-sungguh. 

"Shut up!" Jerkahnya sambil menjeling sesaat ke arahku. Kemudian, matanya difokuskan kembali pada surat di tangan.

Serentak dengan itu juga aku menoleh ke arah sekitar. Nasib baik tidak ada orang. Semuanya berada di bahagian dalam rumah. Dia ni dah gila agaknya! Bagaimana kalau sesiapa nampak kami di sini? Peluh dingin mula membasahi tubuh. Nampaknya angin malam sudah tidak mampu untuk menyejukkan tubuh. 

Walaupun cahaya samar-samar menerangi kawasan ini namun aku tetap juga dapat melihat wajahnya yang sudah pun bertukar riak. Riak itu sangat sukar ditafsir olehku tetapi dia memang nampak serabut saat ini. Takut dengan reaksi lelaki ini, aku terus berpaling. Niat di hati ingin melangkah masuk ke dalam dan lari dari situasi ini. Namun, baru sahaja setapak melangkah, terasa lenganku yang dilapisi t-shirt lengan panjang digenggam oleh seseorang. Bagai terkena renjatan elektrik, tersentak aku jadinya. Aku benar-benar perlukan lebih oksigen saat ini.

"Where do you think you are going?" Soalnya dengan sinis. Tidak lagi menengking seperti tadi. Tangannya masih kemas menggenggam lenganku.

"Release my hand!" Dengan tegas aku berkata begitu. Serta-merta dia melepaskan genggamannya pada lenganku. 

"Jangan cuba nak lari.." Amaran keras diberikannya kepadaku bersama wajah yang sangat serius. Dasar samseng!

Aku pula hanya mampu berdiri seperti patung saat ini. Seluruh tubuh terasa longlai. Ya Allah..risaunya! Jantung yang kuat bergendang menambah lagi kekacauan di jiwa. Erghhh..lebih parah kalau diingatnya aku yang sengaja mereka-reka surat itu. 

"Kau ada buat salah kan?" Soalnya dengan sangat sinis. 

Wajahnya tidak berani kupandang. Bagai banduan yang hendak dijatuhkan hukuman, aku hanya tunduk memandang tanah sahaja. Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi. 

"Memang ini tulisan Maya tapi aku ada satu soalan untuk kau. Nama siapa yang kau pandai-pandai padam di dalam surat ni??" Soalnya dengan lebih tegas. Nada suaranya sudah naik satu oktaf. Terus sahaja aku mendongak ke arah lelaki yang tinggi lampai ini.

"Mana ada saya padam.." Gumamku dengan sangat perlahan. Walaupun bibir menipu namun mataku tidak mampu untuk bekerjasama saat ini. Terus sahaja aku melarikan anak mata ke arah lain.

"Don't lie!" Bentakannya membuatkan aku terkedu. 

"Shhhh!" Jari telunjuk kuletakkan di bibirku. Dengan pantas aku memerhati kawasan sekeliling. Hati yang kalut bertambah kusut. Risau sekiranya ada mata yang memandang. 

"Sa..saya yang padam!" Tanpa dipaksa aku terus bersuara dengan sangat perlahan.

Bukan apa, aku tidak sanggup lagi untuk berdepan dengannya di dalam situasi ini. Berdua-duaan di sini juga sudah mampu untuk buat aku kecut perut.

Wajah Danial kujeling sekilas. Dapat kulihat ada senyuman sinis di bibirnya.

"Oh yes? Nama siapa yang kau padam? Kenapa kau padam nama tu?" Soalnya dengan sangat serius. Alamak..!

"Sa..saya tak i.. ingat.." Kepala kugelengkan laju-laju. Tudung bawal berwarna putih yang melayang ditampar angin malam cepat-cepat kubetulkan.

"Oh..tiba-tiba pula amnesia. Entah-entah kau sengaja padam nama tu sebab nak tulis nama kau." Pedih kata-kata itu menghiris gegendang telinga. 

"Ma..mana ada! Ingat saya ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan awak?? Tak hinginlah!" 

Bulat mataku menjegil ke arahnya di dalam debaran yang melanda jiwa. Nada suaraku juga sudah naik satu oktaf saat ini. Kerana terlalu geram aku sudah tidak dapat lagi mengawal lontaran suara. 

Wajah Danial semakin berubah riak menandakan yang darahnya juga semakin menggelegak. Terus sahaja dia mengangukkan kepala beberapa kali.

"Okay fine..aku nak tengok nama siapa yang kau padam tu." Serentak berkata begitu, terus sahaja lenganku ditariknya. Serta-merta aku cuba melepaskan genggaman tangannya namun tidak berjaya. Aku hanya mampu untuk mengikut sahaja langkah kaki lelaki ini. 

"Lepaskan tangan saya! Where are we going?" Soalku yang menjerit dalam keadaan berbisik. 

Astaghfirullahalazim! Lelaki ini adalah satu-satunya lelaki yang berani menggenggam lenganku sesuka hati. Dari hari pertama jumpa lagi. Walaupun berlapikkan lengan t-shirt, jiwaku tetap menggelegak saat ini. Ya Allah janganlah ada sesiapa yang nampak keadaan kami ini. Rupa-rupanya dia membawa aku ke rumah Pak Su. Sebelah tangannya masih menggenggam tanganku dan tangan kirinya kulihat sedang bersusah payah mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Kunci rumah! Nampaknya Pak Su ada berikan kepada jembalang ini kunci rumahnya. Memang sepanjang berada di kampung ini, Danial dan Pakcik Dani menginap di rumah Pak Su. Serta-merta kakiku terasa longlai. Dapat kurasa darahku dah naik sampai ke kepala. 

"Danial..apa yang awak buat ni? Ingat Allah Danial..jangan apa-apakan saya..let me go..I am not your wife yang awak boleh buat sesuka hati. Sebelum saya menjerit, tolong lepaskan saya!!" Aku membentak memecahkan kesunyian malam yang hanya mendendangkan bunyi cengkerik sedari tadi. 

Serta-merta Danial melepaskan genggamannya dari lenganku. Riak terkejut mendominasi wajahnya kini. Terjungkit sebelah keningnya saat ini.

"Apa kau merepek ni? Shut up and please stop driveling! Would you please stop talking trash, Bella?" Soalnya dengan nada tidak puas hati. Ada ketawa sinis keluar dari bibirnya di saat dia memasukkan kunci ke dalam tombol pintu.

"Siapa nak apa-apakan kau? Aku pun tak inginlah!" Sebaik sahaja dia berkata begitu, dengan pantas dia menolak daun pintu kayu sehingga terbuka sedikit luas. Tidak dapat dinafikan yang aku memang lega apabila mendengar kata-katanya itu. Phew..

"Baguslah kalau tak ingin! Tapi tangan tu..tangan awak tu..dari hari pertama jumpa lagi, dah pandai sesuka hati genggam lengan saya. Walaupun berlapik, tetap tak boleh! Saya tak suka! I'm not your wife!" Sengaja aku menjegilkan mata ke arahnya.

Sememangnya niat di hati ingin buat dia rasa bersalah. Di dalam kepala memikirkan cara untuk aku melarikan diri saat ini. Sejujurnya aku sudah tidak mampu lagi untuk berada di dalam situasi yang mendebarkan jiwa ini. Aku hanya mahu berkurung di dalam bilik. 

Ada keluhan terbit dari bibir lelaki itu. Lama dia memandang ke arahku. Kemudian dia terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. 

"Okay fine! I'm sorry. Tapi, tak payah nak tukar topik. Just go in!" Ujarnya dengan sangat serius. Alamak..taktik tak menjadi nampaknya. Kenapa agaknya dia bawakan aku ke sini?  

"Why..why should I  get inside the house with you?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

"Why should you?! You hide the name with liquid paper. Now aku nak hilangkan kesan liquid paper tu. Aku nak tengok sendiri nama siapa yang kau pandai-pandai padam!" Nada suaranya ditinggikan. Alamak..habislah! Apa agaknya reaksi dia nanti? 

"You can do that alone!" Bentakku.

"But I want you to be with me." Sinis sekali ucapannya membuatkan aku bertambah geram. Siap kenyit mata lagi. Masalah besar..bila dia kenyit macam tu, mulalah aku jadi semakin kalut. Terus sahaja aku melarikan anak mata ke arah lain. 

Aku tahu selagi aku tidak turuti arahannya itu, lagi lama aku akan berada di dalam situasi yang memenatkan ini. Dengan rasa berat hati, aku mengambil nafas dalam-dalam dan terus  masuk ke dalam rumah Pak Su yang terang-benderang ini. Sememangnya aku tahu Mak Su dan Pak Su akan menyalakan lampu dan tidak akan membiarkan rumah gelap gelita kalau mereka keluar. 

Aku hanya mengikut sahaja langkah kaki Danial menuju ke dapur. Anak matanya kulihat meliar di kawasan ini seperti sedang tercari-cari sesuatu. Akhirnya dia mencapai pisau kecil yang berhujung runcing. Rasanya aku tahu apa yang ingin dilakukan. Lelaki yang tetap kelihatan segak walaupun hanya bert-shirt lengan pendek hitam di badan itu melangkah ke arah meja makan. Dia melabukan punggung di atas kerusi dan surat arwah Kak Ngah didamparkan di atas meja.Dengan sekelip mata sahaja dia sudah pun selesai mengikis kesan liquid paper di bahagian yang kupadam sebelumnya. 

"Bella???" Terpacul perkataan itu dari bibir Danial. 

Ternyata dia sangat terkejut saat ini. Anak matanya bulat memandang ke arahku. Serentak dengan itu juga, ada debaran memenuhi dada. Semakin kuat bunyinya apabila melihat reaksi Danial saat ini. Dari riak wajahnya itu, ternyata dia sangat terkejut. Aku meraupkan wajah berulang kali sambil cuba menenangkan diri. Badan kusandarkan pada dinding yang dicat dengan warna hijau pastel.

"Tahulah awak kenapa saya padam nama tu." Dengan sangat perlahan aku menuturkan ayat itu. Aku memeluk tubuh dengan sangat kemas. 

"Saya tak mahu sesiapa terbaca nama saya di dalam surat tu. Saya tak mahu orang tahu.." Rintihku sambil memandang ke arah Danial. Lama pandangan kami bersatu saat ini. Matanya tidak lagi memandang ke arahku dengan sinis dan tajam seperti selalu. 

"Bella.." Lembut dia menyebut namaku. Ada keluhan berat meniti di bibirnya saat ini. Wajah kacak itu kupandang dengan hati yang bergetaran sedikit.

"Do you have a boyfriend?" Soalannya membuatkan aku tergamam. Terus sahaja aku menggelengkan kepala.

"Nope.." Jawabku ringkas. Memang aku tidak bersedia untuk memberikan komitmen terhadap mana-mana lelaki setakat ini.

"Faris? The man who was on the same flight with us...and bertembung lagi kat dalam lif."  Dengan lembut dia bertanyakan aku soalan itu membuatkan rasa aneh menyelinap di dalam diri. Inilah pertama kali aku melihat sisi ini dalam diri Danial.

"What about him?" Soalku dengan sedikit pelik.

"Do you like him?" Soalannya membuatkan aku terkedu lagi. Pantas kepala menggeleng buat kesekian kalinya.

"He is just a friend.." Gumamku dengan sangat perlahan. Aku hanya menundukkan wajah sahaja saat ini. 

"Bella.."

Kenapa setiap kali suaranya memanggilku begitu, ada getaran yang sedikit pelik melanda diri? Dengan perlahan-lahan aku mengangkat wajah ke arahnya yang  kini sudah pun berdiri betul-betul di hadapanku. Mata kami bertemu lagi. Aku lihat bersusah payah dia ingin menyebut sesuatu saat ini. Sumpah aku tidak faham kenapa. 

"Bella..marry him. Marry Faris. Aku akan tanggung semua perbelanjaan perkahwinan kau. I promise.."  Dengan bersusah payah dia mengucapkan kata-kata itu. Sekali lagi aku terkejut. 

"Are you out of your mind? I don't love him!" Kepala kugeleng berulang kali. 

Faris Hardy memang baik orangnya namun aku tidak cintakan dia. Kalau iya pun aku mencintai mana-mana lelaki, aku tetap tidak bersedia untuk berkahwin. No way!

"Sekurang-kurangnya dia cintakan kau! He loves you so much..I can tell. Lelaki, kalau betul-betul cinta, dia akan buat apa saja untuk bahagiakan kau. You gotta trust me on this, Bella.." Dengan bersungguh-sungguh Danial berkata begitu membuatkan aku semakin runsing. 

"Aku takut aku  tidak mampu, Bella. I just can't." Dengan lemah ayat itu meluncur keluar dari bibirnya. Keluhan berat dilepaskannya saat ini sambil memandang jauh ke dalam anak mataku. Bibirnya yang sedikit merah itu bersuara lagi.

"I'm sorry but your heart is going to get hurt real bad if you're with me..aku takut hati kau akan hancur jika bersama dengan aku." Rintihnya yang meraupkan wajah berulang kali. Terus sahaja aku mengangkat tangan kanan ke arahnya. Nampak seperti dia sangat tersiksa dengan permintaan arwah Kak Ngah. 

"Stop it, Danial Lee!Would you please stop it?" Dengan tegas aku berkata begitu. Nafas kutarik dalam-dalam.

"You better listen to me. I am still young. I'm only 22 and I don't wanna get married to anyone at this age! Dengan Faris pun saya tak mahu. Dengan awak pun saya tak nak." Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. 

"Awak tu yang kena cari pengganti arwah Kak Ngah! Awak yang harus berkahwin. Kenapa seret saya dalam cerita korang?!" Nada suaraku sudah pun naik dua oktaf dari tadi. Tak sedar yang aku sudah pun membentak dengan kuat saat ini. Wajah kuraup dengan kasar. Ada air mata bergenangan di tubir mata sedikit saat ini. 

Jangan ingat dia sahaja yang serabut dengan permintaan arwah Kak Ngah. Aku mahu dia tahu aku juga turut sama kusut. Paling aku tak boleh terima apabila Danial sedang memaksa aku untuk berkahwin dengan Faris. Dah hilang akal apa dia ni?! 

"Kalau kau tak kahwin dengan orang lain, at the end of the day..kau  terpaksa kahwin dengan aku."  Aku lihat dia menyebakkan rambutnya ke atas saat ini. Bersama kerutan di wajah aku bersuara.

"Danial..listen here..takde siapa yang akan paksa kita kahwinlah. Selagi tidak ada orang baca surat arwah Kak Ngah tu, selagi itu tidak ada siapa yang akan tahu..tidak ada siapa yang akan paksa kita." Niatku kononnya ingin menenangkan perasaan Danial. 

Beriya-iya aku berkata begitu namun yang aku dapat hanyalah ketawa besar seperti orang hilang akal. Namun tawa itu hanya untuk seketika. Wajahnya sangat serius saat ini.

"Silly girl! What makes you feel so confident when you don't even know the truth? Hmm? You don't even know what they are planning!" Marahnya.Nada suaranya sedikit kasar bergema di ruangan dapur yang sunyi ini.

"What do you mean?" Dengan pantas aku menyoal.

Sumpah aku betul-betul blur ketika ini. I don't even know what they are planning? Who? What plan?!! Aku lihat Danial menggelengkan kepalanya sedikit. Wajahnya ditundukkan sedikit supaya dia dapat memandang ke arahku dengan lebih jelas.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan Faris, just go back to Seoul. Cari alasan balik Seoul sebelum  next sunday because we are getting engaged next sunday!" 

Sumpah aku rasa seperti jantungku telah pun terhenti sekejap tadi. Dengan pantas aku menarik nafas dalam-dalam.

"We..we..we are getting engaged next sunday? A...apa yang awak me..mengarut ni?" Tergagap-gagap aku bertanyakan Danial soalan itu. Dia pula dengan bersungguh-sungguh bersuara saat ini.

"Look..I'm trying to help you, Bella..just leave before you get hurt.. just go before it's too late. Aku akan uruskan flight ticket dan urusan-urusan yang lain. You just have to pack and leave. That's All." 

Pujukannya membuatkan aku semakin tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Siapa yang pandai-pandai mahu aku bertunang dengan Danial? Kenapa umi tidak maklumkan apa-apa pun kepadaku? Biar betul lelaki ni?! Bulat mataku bertentangan mata dengan Danial. Pelbagai soalan yang ingin aku ajukan saat ini. Pelbagai perkara yang aku ingin lelaki ini jelaskan kepadaku namun tidak tahu kenapa bibirku tidak mampu untuk berkata-kata. Kelu seribu bahasa jadinya.

Tok! Tok! Tok!

Ada ketukan pada pintu. Aku dan Danial, kami sama-sama tergamam ketika ini.

***

*driveling - mengarut/bercakap sesuatu yang merepek
* deaf - pekak
*engage- bertunang

65 comments:

  1. Eeee danial ni....annoying btol..
    (*tq cik penulis up n3 tonite..)

    ReplyDelete
  2. tok! tok! tok!
    haa kena kawin ka?
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanye lah kan...tak sempat nak tunggu next sunday.....best2 thanks sis.

      Delete
  3. Bella..... Balikla seoul .. :'( Danial tu saya punya! Haha XD

    -Athirah-

    ReplyDelete
  4. Suri... cepat2 sambung.. makin best ni..

    ReplyDelete
  5. Pencegah maksiat kaa yg ketuk itu? Jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  6. Makin lama makin best...

    ReplyDelete
  7. Best sgt sgt kak suri.....thx..

    ReplyDelete
  8. tak kan kena tangkp bash kot..
    harp2 x la..
    apa2 pon terbaikla sis !

    ReplyDelete
  9. arghhh...xsabar tnggu next entry..best kak suri...extra star for kak suri sbb sediakan vocab..hehe..:)
    danial lee oppa...haha

    ReplyDelete
  10. Ah Danial tu memang saje jer..... Plan nk kene tangkap khalwat le tu... Bole trus nikah...... Kan.... Tp tak baik la bwat cenggitu......

    ReplyDelete
  11. haaaa...pencegah maksiat datang la tu...

    ReplyDelete
  12. Terbaik la suri....nnt akan publish ke?x sbr tggu ni...smua novel u i beli...x nak tlepas yg ni...

    ReplyDelete
  13. Emmm kena nikah terus nmpknya mereka ni...

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Bab 20 kita teka2 sape yg rampas surat tu n skrg kita tertanya2 sape plak yg ketuk pintu....Suri, daebak le jalan cerita ni. Bab by bab buat kami mau n mau lagi...

      Delete
  15. Pulak konon nak suruh Bella lari dari bertunang terus tangkap basah plak...huhuhu

    ReplyDelete
  16. Hahaha..
    Terbaek..

    ReplyDelete
  17. Confirm kena kawin nih... dah kena tangkap basah tuh...

    ReplyDelete
  18. Arghhhh..sudah...pak su n uncle dani dah blik..ape lg kena tangkap kering la dia org..asal plan nak engage je next sunday but kena nikah terus..hua..hua..fuhh..xsaba nye nak baca full novel..thanks suri...la..la..depa kena kawen..i liiiiikeeeee

    ReplyDelete
  19. Hadoi, blh tangkap cinta kita cm gini..huhu

    ReplyDelete
  20. X sempat tunang ,dh kna nikah..

    ReplyDelete
  21. makin interesting cter nih. bgos btol kple otak si danial nih g padam kesan liquid paper tuh..tp yg geramnye, sukahati dye je soh bella khwin ngn org lain.. khwin je la ngn bella.. harap2 la yg ketuk pintu tuh pencegah maksiat.hehehe.. cpt skit diorg khwin. haha..but dont make bella suffer plz.... bahagiakan lah dye :) btw tqsomuch kak suri sbb update mlm nih..loveyousomuch :) #alwayssupportyou
    -ija-

    ReplyDelete
  22. arghhh..penantian satu penyeksaan la macam ni kak suri..hehe..22 please..hehe..btw best sgt sgt sgt cerita ni :)

    ReplyDelete
  23. tak patut suruh Bella balik Korea...hehehehe...semangat nak tau nama sampai kikis tu...danial, danial...dalam samseng, ada manja jugak...ada sambungan tak lepas ni K.Suri? *bling eyes* btw, congrats ya dapat no.2 novel terlaris popular bulan lepas...hebat penangan PISA ^^,

    ReplyDelete
  24. ooooemmgieee they are getting engage? aduhaiii kesian bella tak tau apa apa pasal tu. hmm. thanks kak suri for this entry :) cant wait for next the entry <3

    ReplyDelete
  25. Samaada mak dia atau pencegah maksiat...suspen betul
    .ermmmm???????

    ReplyDelete
  26. Terbaik la kak suri...xsbr nk tggu bab 22...hihi

    ReplyDelete
  27. terima kasih daun keladi.untuk kud21 ni...

    tak sabar nak tau selanjutnya

    ReplyDelete
  28. KUD bila nk dibukukan k.suri?..haaa kan dah tanya.. penasaran nak tau apa jd kat bella dgn danial..
    Hehee serius best..thumbs up

    ReplyDelete
  29. Tak sabar nak tau seterusnyaaaaaa... Date kita malam esok pulak kak suri eh? Hehe...

    ReplyDelete
  30. Paksu n maksu dah dengar wasiat itu so slmt pengantin baru ha.....korang kena kahwin terus gamatnya no haris no seoul yes thanks suri kak edah like it

    ReplyDelete
  31. Haaa tok! tok! tok! Who next the door?kak suri why so curious setiap entry however thanks for this entry daebak kak suri!

    ReplyDelete
  32. Ishh cepat lah kawin bella n danial!!mesti byk part yg sweet2 gitu bila da kawin.hihi x sabar nk tgu novel..goodjob sis suriryana :-)

    ReplyDelete
  33. Pleasee kak suri sambung lg..x sabar nk baca next entry..hihi

    ReplyDelete
  34. Kak surii bila boleh novelkan cite ni.. terseksanya la nak tunggu next episode.. aaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  35. Kak suri bila nak terbitkan novel ni... terseksa jiwa raga saya nak tunggu next episode... somebody help me uwaaaaaaa

    ReplyDelete
  36. Selamat bertunang ke selamat bernikah terus utk bella dan danial? Thanks kak suri.. ni yg xsbr nk peluk buku terus.. hehe.. selamat mnyiapkan manuskrip kak suri.
    *xsbr nak beli

    ReplyDelete
  37. ceit... buat hati akak tak tenteram aja... adakah pencegah maksiat ... kan tak sempat nak lari... Bella maupun Daniel kena nikah malam tu.... pergh..hebatnya pencaturan yg dibuat ..oleh cik writer buat kita tak senang ..setiap kali dia postkan citer baru pasai mrk berdua..naik semput nafas... sedangkan hubungan mrk kini pun bercelaru..apatah lagi kalau kena dinikahkan..hmmmm....

    ReplyDelete
  38. Wah!!! Bestnyer...suka2..mkin suspen..:) msti kn kwin express ne..danial..danial...apasal ler duk berdua ngn bella..x psl2 trs kn kwin..:) termakbul x hajat arwah k.ngah nnti..terbaik ler k.suri..thumb up:) chaiyok2..x sabar tggu next n3.. -june-

    ReplyDelete
  39. ikut je la kte daniel bella, lari je balik korea...br best....x pyh la sebuk nk kawen ngan danial....br le danial mgejar cinta bella mcm mse mgejar cinta k ngah....

    ReplyDelete
  40. Wow.... cant wait for thenext entry... best best best best......

    ReplyDelete
  41. Suspennye..... nak lagi

    ReplyDelete
  42. Tok tok tok..ini dh mcm nk trus kawen je next sunday.. takde tunang lg dh ni... siannya diorang

    ReplyDelete
  43. wah...mesti kena tangkap kering ni, pastu kena kawin jgak mlm tu...bella & danial terpaksa agree...pastu bella larikan diri ke seoul...pastu danial beragan cari bella kat sane...hehehe...terbaikk suri...novel ini tak blh keluar awal lagi ke....dlm bulan 10 ke...

    ReplyDelete
  44. suri..x sabar..please..bab 22 hari ni ye..

    ReplyDelete
  45. Err, Suriiiiiiiiii......... Novel ni dah siap ke? Dah hantar publisher kan? Tinggal nak masuk kedai jer kan? Please say yesss...please..please.....!!!!

    ReplyDelete
  46. eeeiiii kak suri...berdebar baca bab ni..x sabar nak baca novel ni sampai habisss..please..please..!!cepat sikit novel ni keluar!!

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum semuaa :) terima kasih kerana sudi mengikuti cite ni..in syaa Allah nanti suri post bab 22 :) kejap lagi suri reply semua komen yeee..hehee saya nak bersilat di dapur kejap..main masak2 haha xD

    ReplyDelete
  48. alapak..sapa yg ketuk pintu....kena nikah terus ke....

    ReplyDelete
  49. Oh my Allah ...... siapakah gerangan yang sedang mengetuk pintu itu...... KAK SURI!!! sambung cepat2 PLEASE I BET YOU..... ^_^

    ReplyDelete
  50. Harap2 la kalau dorang kene kawen nanti bahagia x nak la musuh2...mcm novel lain klu kene kawen paksa mesti gaduh je ....harap2 bella ade sikit rase suka n syg n cinta kat danial la

    ReplyDelete
  51. awww..suspen ni..kak suri cepat cepat la update..hehe org penang suka baca karya akak..hari2 datang blog ni nak tgk update..hehe.. :)

    ReplyDelete
  52. Terbaik...suka Danial dn Bella biarpun bila bjumpa seperti anjing dn kucing asyik bgaduh ja...first time akak komen..slalu jadi tukang baca je...setiap karya suri yg dibukukn akak semua da beli...semua karya yg suri tulis akak meminatinya...teruskn brkayra dn semoga bjaya. Tak sabar nak memilik novel kimachi untuk dia ni


    --dg siti---

    ReplyDelete
  53. Suka...suka...cepat2 sambung ye
    -- dg siti--

    ReplyDelete
  54. besttt!sah kena kawen!bab 22 please

    ReplyDelete
  55. Kak Suri, update lagi kak....x sabar nk bace sambungan cite nie :)

    ReplyDelete
  56. Arrrrggghhhhhh........tetiba rasa mcm darah ni naik plak...adoiyai....oksigen!!!!!oksigen!!!!kak suri,nak sambungannye..plissssssssss.....

    ReplyDelete
  57. Hehehe masaklah kau danial dgn bella bila dah tawin nanti. Mesti bella x akan berdiam diri if kena buli dgn danial kannnn

    ReplyDelete
  58. yezzzz....kena kawin la tu

    affida ismail

    ReplyDelete
  59. habislah bella n daniel... mst kena tgkap khalwat ni!!!

    ReplyDelete