Friday, 8 April 2016

KLIK! Pengantin Musim Salju [BAB 16 & BAB 17]


BAB 16




Klik! Klik!

“Okay, done!” Ujarku dengan gembira kepada Miss Chew, pengurus Marina Jewelleries yang memakai kot kelabu ini.

Kamera dan peralatan lain kumasukkan dengan berhati-hati ke dalam beg. Alhamdulillah selesai juga akhirnya. Barang kemas yang tadinya diatur cantik atas meja kini sudah pun dimasukkan semula ke dalam almari kaca dan dikunci dengan cermat oleh staf-staf Marina Jewelleries.

“Thanks for today, Kay!” Bahuku ditepuk dua kali oleh Miss Chew. 

Aku terus menyandang beg yang telah pun dizip. Tangan kanan kuhulurkan untuk berjabat dengannya.

“No problem Miss Chew. Nice working with you.” Bersama segaris senyuman aku bersuara. 

“Nice working with you too. Hopefully boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.”
 Ramah gadis ini berbicara sambil menyambut huluran tanganku.

“Of course! Just give me a call and I’ll be here.” Ucapku yang membuat isyarat telefon dengan ibu jari dan jari kelingking.

“Sure! Take care.” Balasnya sambil melambai kepadaku.

“Take care too. Bye.” Ujarku sambil membetulkan cap di kepala. 

Aku kemudiannya terus melangkah keluar dari Marina Jewelleries yang letaknya di dalam pusat membeli belah Queensbay Mall ini.

Siapa cakap shoot produk adalah kerja yang mudah? Susah juga tau nak cari angle yang sesuai. Kreativiti yang tinggi diperlukan supaya produk kelihatan sangat menarik dan berdaya saing. Mata mula melilau ke sana ke mari mencari kafe untuk melepaskan lelah dan dahaga. Akhirnya, laju kaki melangkah masuk ke dalam Dome Cafe. Setelah memesan minuman, aku meregangkan tubuh semahu-mahunya di atas sofa empuk yang posisinya agak tersorok sedikit ini.Telefon bimbit kukeluarkan dari poket seluar dan apabila mata mendarat pada skrin telefon bimbit, terlopong aku seketika.

20 missed calls dan semuanya dari Adam Putra! Erhhh boleh jadi gila kalau begini. Walaupun Adam tak cakap apa yang dia nak, tapi aku dah tahu. Cap di kepala kucampak kasar ke atas meja. Minuman berasaskan kopi yang baru dihantar oleh pelayan lelaki sebentar tadi kuteguk dengan perasaan yang serabut.

Sudah dua hari berlalu dari tarikh aku bercakap dengan nenek Adam.

Sudah dua hari juga berpuluh-puluh panggilan  lelaki itu tidak kujawab. Aku tak tahu di mana neneknya tu tinggal, tapi yang pasti aku tak mahu lagi terlibat dengan kerja gila Adam. Aku ni jurugambar bukan pelakon! Sampai nak ke negara bersalji bagai untuk berlakon menjadi isteri kepada lelaki itu adalah sesuatu yang tak masuk akal!

Telefon bimbit yang berdering membuatkan aku tersentak. Skrin telefon bimbit yang memaparkan nombor yang tidak dikenali kutenung dengan dahi yang berkerut. Takkan Adam guna nombor lain kut? Tapi, kalau client, bagaimana? Mahu tak mahu, aku jawab juga panggilan ini.

“Hello.” Ujarku sambil mengerutkan dahi.

“Boleh cakap dengan Latif?” Suara seorang lelaki jelas kedengaran di hujung talian.

“Opps, sorry, bukan Latif tapi Kaseh Latifah.” Siap gelak-gelak sinis lagi. Latif? Tak ada orang lain yang pernah panggil aku Latif melainkan si mambang tanah tu!

“Hoi, siapa ni?” Soalku.

“Ini Kaseh ke yang bercakap?” Soal lelaki itu sedikit sinis, seperti memerli aku pun ada juga. Suara ini seperti kukenal. Memang sah lelaki sewel yang bernama Irham  yang menelefonku.

“Dah telefon nombor wa, tak kan nenek wa pula yang sedang bercakap ni. Lainla kalau lu call nombor nenek wa.” Ujarku kasar.

“Mana tahu kalau nenek kau yang tolong jawabkan..” Balasnya balik. 

Aku pula terus mengetapkan bibir. Geram betul! Pandangan kuhalakan ke arah kawasan kafe yang lengang.

“Eh, lu call ni nak cari fasal dengan wa ke?” Soalku kasar.

“Esok free tak?” Soalanku tidak dijawab tetapi, aku pula yang disoal balik.

“Apehal?”

“Aku nak pergi buat nombor plat kereta BARU aku yang kau rosakkan tu.” Jawabnya.

Perkataan “baru” itu ditekankan sedikit. Alahai, kalau nak buat tu, buat je la. Dia ingat aku ni tukang buat nombor plat agaknya.

“So? What it has to do with me?”

“Hey, jangan buat-buat tak tahu pulak. Kau lupa ke yang kau kena bayar untuk kos nombor plat aku?” Suaranya yang kasar itu menerjah masuk ke dalam lubang telingaku membuatkan aku rasa seperti hendak meletup. 

Masalah betullah lelaki ni. Kos buat nombor plat bukannya mahal mana. Berkira betul. Pakai Nissan GTR tetapi kedekut!

“Ala bai..kecoh la lu. Buat la dulu. Nanti-nanti wa bank-in terus duit ke akaun lu.” Jawabku kasar. 

Eh, dia ni tahu tak yang aku nak dijodohkan dengan dia?

“Sorry, aku tak percayakan kau. So, lepas je siap plat nombor tu esok, aku akan call kau dan beritahu kat mana nak jumpa.” Nampaknya dia ni seperti sengaja ingin cari fasal denganku.

“Hoi, suka hati mak ayah lu je. Masalahnya wa tak free esok.” Ujarku.

 Ah, esok sajalah harinya aku boleh bersenang-senang.

“Aku tak peduli. Kau tinggal kat Taman Intan kan? Aku dah pernah pergi untuk pinang kau tapi kau takde.”

 Sebiji penumpuk telah pun kukepal. Dia tahu nampaknya aku ni nak ditunangkan dengannya.

“Be there at 11 tomorrow..kalau kau tak sampai dalam masa 10 minit..aku terus pergi jumpa kau kat rumah untuk ambil duit tu.” Sambungnya lagi. Aku pula tergamam seketika mendengar kata-katanya. Kalau itu terjadi, memang masalah! Abah dan umi pasti akan bertanya itu dan ini nanti.

“Lu gila ye? Aduhhh...! Kenapa la wa langgar kereta orang gila macam lu? Memang malang sungguh la nasib wa!” Jeritku sekuat hati. 

Biar pecah gegendang telinga lelaki itu.

“See you tomorrow!” Jawabnya disertai dengan ketawa kecil sebelum mematikan talian. 

Agaknya merdu sangat kot jeritanku tadi sehinggakan sempat lagi dia ketawa begitu? Aku terus membaling telefon bimbit ke atas meja.

Kenapalah nasibku malang sangat? Irham dan Adam! Dua-dua memeningkan kepala. Kalaulah ada planet lain yang mengasingkan lelaki dan wanita, aku pastinya menjadi orang yang pertama untuk mendaftar di sana.

***

Bab 17


Kembang kempis hidung mancungku menahan marah apabila ternampak kelibat lelaki itu. Satu-satunya lelaki sewel yang tidak faham bahasa. Darjah kemarahan melonjak naik dengan jayanya apabila lelaki itu kelihatan sedang enak menjamu selera sambil membaca suratkhabar. 

“Amboi...seronoknya menjamu selera.” Bisikku geram kepada diri sendiri. 

Sebiji penumbuk telah kukepal. Kalaulah dia tu patung, dah lama aku tumbuk sampai lunyai.

Perutku tiba-tiba berbunyi. Lapar. Tanganku mengusap-usap perut. Jersi Manchester United di badan kubetulkan. Nasib, nasib..aku juga yang tidak sempat bersarapan tadi gara-gara lelaki sewel itu. Katanya kalau aku sampai lewat ke sini, dia tidak akan teragak-agak untuk pergi ke rumahku. Sewel kan? Memang sewel. Aku pula yang risau kalau si sewel ini betul-betul datang ke rumah. Seperti lipas kudung, terus bersiap dan datang ke mari. Mandi pun belum lagi ni sebab takut terlambat.

Aku mematikan langkah apabila seorang wanita kelihatan mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Wanita seksi berbaju merah itu kemudiannya mengusap-usap pipi lelaki yang kubenci tersebut. Kemudian, lelaki itu pula menyuapkan secebis kek ke dalam mulut wanita itu. Ah, pastinya dia adalah teman wanita si sewel! Yang keberapa? Entahlah, aku sendiri tak ada jawapannya. Eleh, si sewel tu, tengok muka pun aku dah tahu yang dia tu king of crocodile, raja segala buaya! Setelah beberapa kali menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan-lahan, aku terus menyambung langkahku menuju ke arah manusia berdua itu.

“Ehem!”

 Aku membetulkan “cap” di atas kepala sambil berdehem. Lelaki itu dan teman wanitanya terus mendongak ke arahku.

“Kaseh Latifa Iqbal Khairy.” Ujarnya yang tersenyum. 

Namaku disebut dengan berirama dan bibirnya menguntum senyuman sinis.

“Ha..sampai pun. Jemput duduk, cik Kaseh.” Katanya lagi sambil menarikkan kerusi untukku. Sinis sahaja suaranya itu membuatkan perasaan geram menjalar di dalam sanubari.

“Tak payah. Wa datang ni bukan untuk duduk. Wa datang sebab nak bayar duit lu.” Memang aku 
malas hendak berlama-lama di sini.

“Berapa harga kos buat nombor plat tu?” Soalku. 

Teman wanitanya yang sesekali memandang ke arahku dengan pelik sambil menyedut minuman itu tidak kupedulikan.

“RM 100” Jawabnya selamba sambil menyuapkan kek ke dalam mulut. Terlopong mulutku mendengar nombor yang keluar dari mulutnya. RM 100? Mahal nak mampus!

“Apa? 100? Hoi, lu pergi kedai mana ha? Apehal mahal sangat??!” Terjerit kecil aku ketika bertanya soalan itu.

“Woo..relax..relax..memang aku yang mintak diorang buat plat nombor yang paaaaaling mahal. Baru padan dengan kereta BARU aku yang mahal tu! Kalau yang murah tak berkualitilah!” 

Aku mengetap bibir mendengar jawapannya itu. Memang lelaki ini sengaja hendak main-main denganku. RM 100? Tak masuk akal. Rasanya, plat nombor yang berharga RM 40-RM 70 juga sudah cukup berkualiti.

“Banyak cantik muka lu! Tak kira, wa bayar RM 50 je. Sape suruh lu pandai-pandai mintak yang paling mahal? Ada wa suruh? Tak de kan?” Suaraku pula sudah semakin kasar.

 Dompet daripada poket belakang seluar jeans kukeluarkan. Sehelai wang kertas RM50 aku letakkan di atas meja. Teman wanitanya kulihat seperti tidak mahu masuk campur dengan apa yang sedang terjadi di antara kami.

“Hoi..kau jangan nak cari fasal dengan aku, Kaseh. Aku nak kau bayar full!” Suara lelaki berbaju biru ini semakin meninggi. Pastinya dia tidak puas hati dengan tindakanku.

“Eh, lu ni kan..nak cakap sengkek, tak sengkek. Tapi, berkira nak mampus.” Ayat yang bermain di dalam hati kini kuluahkan di bibir berserta cebikan.

“Ah, aku tak kira. Bayar lagi RM 50 sekarang jugak..kalau tak..” Sebelum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya aku terus memotong.

“Kalau tak apa? Lu nak debik wa? Debik la kalau berani! Lu ingat wa takut??” Tengkingku. 

Wajah lelaki yang sudah pun merah padam itu kupandang tanpa berkelip. Matanya yang berwarna coklat gelap itu memandang ke dalam mataku.

“Wa bayar RM50 je. Wa pun kering bulan ni. Kalau nak, ambil. Tak nak, kasi balik.” Ujarku yang 
melarikan anak mata ke arah lain.

“Aku tak nak RM 50. Aku nak RM 100! Kalau kau tak bayar, memang kau akan menyesal nanti..”Ujarnya yang sudah pun bangun. Kini aku pula terpaksa mendongak untuk bercakap dengannya.

“Apa kau nak buat dengan aku??” Soalku. Menyesal? Ah, tak mungkin disebabkan RM 50 dia akan mengupah orang untuk memukulku atau membunuhku kan? Tak logik, tak logik. Nak gertak aku lah tu.

“Sayang..orang tengok tu..suruh la dia pergi dari sini. Malu la I kalau kawan-kawan I ternampak “scene” ni..” Belum sempat lelaki itu menjawab, teman wanitanya sudah pun bersuara.

“Betul cakap awek lu ni. Baik wa cau dari sini sekarang. Wa pun memang dah naik bebulu tengok muka lu yang macam rumah tak siap ni. Satu lagi, tak payahlah nak sibuk jadi tunang wa. Lu jaga laa awek lu ni elok-elok, okay? Adios amigos.” Ujarku dengan senyuman di bibir. 

Merah padam jadinya muka Irham. Awek di sebelahnya tu pula bagai tertelan biji buah rambutan lagaknya setelah mendengar kata-kataku tadi. 

“Baby..apa yang dia meraban ni?” Rengekan gadis di sebelah Irham boleh buat aku muntah hijau. 

Irham pula terus memeluk erat perempuan cantik tersebut. Aku? Apa lagi, telefon bimbit yang berada di tangan kuangkat tinggi dan gambar mereka berpelukan aku rakam tanpa mereka mengetahuinya. Maklumlah tengah sibuk pujuk memujuk dan memadu asmara. Dunia terasa milik berdua agaknya. 
Ah, lagi lama aku di sini, lagi loya aku dengan tingkah dorang ni. Dengan dada yang lapang aku berjalan keluar daripada kafe yang penuh dengan orang ramai ini. Sebelum beredar, sempat juga aku melihat gambar yang baru aku rakam tadi,  khas untuk tatapan umi dan abah nanti.

***

“Umi..abah..Auntie Maria tu tak cakap ke yang Irham sebenarnya dah ada girlfriend?” 

Masuk-masuk sahaja dalam rumah, itu soalan yang kuhamburkan khas untuk umi dan abah yang sedang menonton televisyen. Terlopong besarlah mulut kedua-dua orang yang aku sayang itu. Beg sandang belakang kucampakkan ke atas sofa panjang dan aku turut melabuhkan punggung di sebelah umi.

“Kalau ye pun kamu tak berkenankan budak tu, tak perlulah sampai nak buat cerita..” Bidas umi yang kelihatan seperti malas hendak melayan karenah anaknya ini. Jeling aku pun tidak ketika bercakap. 

Mata asyik kat skrin televisyen je. Abah pulak hanya buat bodoh membaca suratkhabar.  

“Bukan buat cerita..tapi, memang betul. Kay baru je terjumpa dengan dia dan aweknya tu tadi.” 

Bersama rasa tidak tidak puas hati aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar jeans. Haih, untuk kesekian kalinya aku bertanya diri, apa laa yang jembalang tu  jampi serapah sampai semua orang dalam rumah ni percaya betul dengannya?

 “Nah..tengoklah gambar ni puas-puas ye..dan lepas tu, tolonglah pulangkan balik cincin tu kepada keluarga Irham.” Dengan rasa geram yang menggunung aku meletakkan telefon bimbitku ke atas riba umi. 

“Gambar apa pulak tu?” Soal abah bersama deheman di akhir ayatnya. Surat khabar di tangan sudah dilipat dan diletakkan di atas meja.

“Kamu ni macam-macamlah Kaseh,,” Gumam umi yang memakai blause biru ini dengan geram. 

Matanya kini difokuskan pada telefon bimbit di tangannya. Haa...tahu pun terkejut! Siap zoom gambar tersebut  lagi! Bulat matanya memandang ke arah abah pula.

“Abang..tengoklah ni. Si Irham siap berpeluk sakan dengan perempuan mana entah. Dia manalah ada adik beradik perempuan. Eeee..tak naklah saya jadikan lelaki begini sebagai menantu.” Umi dah mula membebel.

 Telefon bimbit dihulurkan kepada abah yang kulihat terus membetulkan kaca matanya.

“Ini bukan bakal menantu tapi bakal hantu.” Luah abah ikhlas dari hati.

 Tergelak besar aku jadinya. Memang pun perangai si Irham tu macam jembalang! Cap merah yang berada di kepala kutanggalkan dan aku mula mengipas-ngipas wajah saat ini.

“Itulah..gara-gara taksub sangat nak kahwinkan Kay, umi dan abah sanggup paksa Kay terima Irham. Ini soal masa depan Kay..kalau Kay salah pilih, Kay juga yang akan merana nanti.” Luahku sambil memandang ke arah siling. 

Buat pertama kalinya umi tak bising dengan gaya dudukku yang seperti orang takde tulang ni. Kaki kulunjurkan bebas dan kepala pula mendongak ke atas.

“Umi dan abah nak ke tengok Kay merana?” Soalku apabila perasan mata kedua-dua insan itu masih berada di wajahku. Kelam-kabut umi memaut lengan kananku.

“Kaseh..walaupun umi tak lahirkan Kaseh tapi umi benar-benar sayangkan Kaseh. Abah dan arwah ayah Kaseh kan dua beradik. Mereka pun memang sangat rapat dari kecil lagi. Masakan kami nak tengok kamu merana..” Ada jugak la rasa terharu dengan pengakuan umi. 

Aku tahu umi dan abah sayangkan aku seperti anak mereka sendiri. Oleh kerana itu, mereka memang risaukan aku sangat-sangat. Akhirnya kedengaran keluhan berat terbit dari mulut abah.

“Aisyah..abang rasa kita terlalu terburu-buru. Kasihan pula abang dengan budak ni.” 

Abah yang berbaju t-shirt kuning memandang redup ke arahku. Menyesal kerana berkeras memaksa aku menerima Irham sebelum ini agaknya. Tak sanggup melihat reaksi sedih umi dan abah, aku terus bersuara.

“Takpe abah..takde apa pun nak dikasihankan. Kay okay je.” Ujarku sambil membetulkan duduk. Wajah kumaniskan sedikit saat ini.

“Tapi..kamu tak menipu kami kan bila kamu cakap yang kamu dah ada pilihan hati ketika di kampung tempoh hari?”

Soalan umi yang ini betul-betul buat hatiku yang baru sahaja aman bergolak kembali. Hadoi, umi ni. Tergamam aku seketika sehingga tidak ada perkataan yang mampu keluar. Lelaki manalah yang sukakan perempuan kasar macam aku ni?

“Err...” Masih lagi terkedu. 

Kalau aku mengaku yang aku tak ada pilihan hati, mahunya umi carikan aku lelaki lain pula untuk dijadikan suami.Kedua-dua belah tangan meraup wajah saat ini sambil memikirkan jawapan untuk soalan umi. 

“Assalamualaikum..”

Hah! Ada orang datang! Selamatlah aku untuk kali ini. Mata kami semua kini pada pintu yang terpelahang luas. Nasib baik tak juling mata aku. Apa pula dia ni buat kat sini? Belum pun hati aku nak tenteram gara-gara terpaksa berhadapan dengan Irham tadi, masalah baru pula datang menjengah. 

“Waalaikumussalam..” Jawab abah sambil melangkah ke arah pintu.

 Umi pula, siap cuit-cuit lengan aku sambil tersenyum-senyum bahagia. Apakah?Aku hanya mampu menepuk dahi. 

“Kaseh ada, pakcik?” Soal Adam penuh berbudi bahasa. Hah! Budi bahasa ada makna tu!

“Ada tu..tengah rehat.” Jawab abah. 

“Kalau tak keberatan, boleh saya jumpa dengan Kaseh sekejap?” Pinta Adam. 

Aku pula masih buat bodoh atas sofa sambil memfokuskan pandangan pada telefon bimbit. Gaya macam sedang membaca sesuatu yang penting. Puas umi mencuit lenganku.

“Kaseh..Adam datang tu.” Umi dah mula bersuara.

 Mahu tak mahu, terpaksa juga aku bangun dengan malasnya dari sofa. Topi Levi’s kucapai dan aku pakaikan ke kepala secara terbalik.  Ikutkan hati mahu sahaja aku lari keluar ikut pintu belakang gara-gara tak mahu berjumpa dengan dia ni. Tapi, nampaknya aku sudah pun terlambat!

“Jemputlah masuk.” Dapat kudengar abah menjemput lelaki itu masuk. 

Cepat-cepat aku melangkah ke muka pintu. Bau wangian milik Adam Putra menusuk masuk ke dalam hidung saat ini. Dia ni pakai ilmu apa ye? Kenapa setiap kali..without fail, setiap kali mata kami berpandangan, ada rasa sesuatu dalam diri aku? Pandangan dari sepasang mata yang aku rindui selama ini.Yang telah lama aku cari tapi tidak pernah kutemui.

“Eh takpe abah. Kitorang sembang kat luar  je. Sejuk sikit.” 

Tangan kanan dan kiri kugawangkan saat ini tanda tidak mahu lelaki ini masuk ke dalam rumah. Aku tak mahu umi salah sangka dan mengharap.

“Betul tu pakcik..kat luar ni pun okay.” Jawab Adam bersama senyuman sumbing.

“Tak mengapalah kalau begitu. Pakcik suruh makcik kamu buat air ye?”

 Sebaik sahaja berkata begitu, abah terus masuk ke dalam tanpa menanti reaksi dari Adam yang kulihat menganggukkan kepalanya sedikit.

“Kenapa datang sini, bro? Awak tahu tak awak boleh buat keluarga saya salah sangka? Sudahlah dorang tu dah tak sabar-sabar nak kahwinkan saya.” Soalku sedikit marah. 

Aku terus melangkah ke arah kerusi batu di sebelah kanan rumah. Adam pula hanya mengikut sahaja jejak langkahku. Topi yang berada di kepala kukipaskan pada wajah. Lelaki ini hanya memerhati sahaja lagakku. Apabila matanya berlari ke serata wajahku, kenapa dapat aku rasa darah menyerbu ke muka dengan lajunya? Ah, penyakit apa pulak ni? Stress betullah!

 “Kaseh..you have to help me.” Ucapnya penuh mengharap sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas bangku batu yang letaknya betul-betul berhadapan denganku.

“Apa lagi, Adam? Saya dah pun tolong awak. Apa awak nak saya buat lagi?” 

Topi yang tadinya mengipas wajah kini kubaling ke atas meja dengan penuh rasa tertekan. Muka pula kusembamkan ke atas meja.

“Please ikut saya ke Japan.” Pinta Adam dalam keadaan berbisik.

 Penuh tenang tetapi sangat serius. Terus sahaja aku mengangkat wajah.

“What? Japan??” Jeritku penuh emosi. 

“Come on la bro! Awak ingat Japan tu kat Kedah atau Perlis ke?Selamba je main petik!”

 Bukan sahaja hati terasa panas, tubuh pun rasa nak terbakar saat ini gara-gara matahari yang sedang terik menyinar kami.Jersey di badan kukibaskan sedikit supaya ada angin masuk ke dalam baju.Kemudian, aku terus berdiri. Anak mata kini berada di wajah Adam.

“Awak tak boleh buat saya begini. Dari awal saya memang tak nak terima tawaran awak. Saya tak nak terlibat jadi pengantin olok-olok awak! Faham ke tak?”

“My grandmother is in Japan now.” Ujarnya dengan tenang.

 Dia yang kelihatan segak di dalam persalinan pejabat itu juga turut sama berdiri saat ini. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket. Berdiri pun penuh gaya. 

“Peduli apa kalau dia tinggal kat bulan atau bintang sekalipun. There’s nothing to do with me.” 

Bidasku geram sambil berjalan ke arah pintu pagar. Ini namanya teknik menghalau tetamu secara halus.

“But Kaseh..” Nada suara dah macam memujuk pula. 

Terus sahaja aku mematikan langkah dan berpaling ke belakang. Mata kuhalakan tepat ke anak matanya.

“Why me?” Soalku penuh serius. 

Dia yang kulihat seperti kehilangan kata-kata pada mulanya kemudian bersuara.

“I don’t know.” Gumam pemilik wajah yang sentiasa serius ini sambil menggelengkan kepala sedikit.

“Adam..saya ni bukan macam awak tau. Awak kaya raya. Pemilik company ikan bilis macam saya ni perlu kerja keras. Saya tak bolehlah sesuka hati nak ke Japan, nak ke bulan, nak ke bintang macam awak.” Bidasku bersama kesabaran yang masih tersisa di dalam dada.

“Harap faham, bro!” Ujarku yang bersandar pada pintu pagar saat ini.

“Baliklah. Please leave..saya nak mandi!” 

 Dengan malas aku menghalau namun lelaki ini hanya membatukan diri sahaja. Sebelah tangan masih berada di dalam poket dan dia hanya memerhati sahaja ke arahku tanpa suara. Apabila sedar anak matanya berada lama pada rantaiku di leher, aku terus memasukkan loket yang berbentuk hati ke dalam baju. Alamak, macam mana pula boleh terkeluar ni? 

“Rantai tu..”

 Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya, kedengaran suara sumbang seseorang sedang berkata sesuatu, terus sahaja aku memandang ke arah kaki lima di hadapan sana.

Oh, Makcik Melah dan konco-konconya sedang melenggang ke mari. Bersama senyuman nakal, aku memandang ke arah Adam. Good timing! Good timing! Excited punya fasal, pantas aku melompat ke sebelah Adam Putra membuatkan lelaki ini terkejut.

“Sayang..nanti on our wedding, I nak konsep ala-ala winter wonderland tau. Macam dalam filem frozen tu..” Bersama nada manja yang dibuat-buat, aku berkata begitu.

 Tak tahulah bagaimana buruk dan gediknya suaraku kedengaran di telinga Adam.

“What?” Lelaki ini terus mengecilkan matanya. 

Siap buat muka pelik lagi. Aku pula penat buat isyarat mata ke arah Makcik Melah dan konco-konconya. Bagai nak terjojol biji mata mereka memandang ke mari.

“Pleaseeeeeeeee.” Ujarku yang terus memeluk lengan sasa Adam yang dilapisi baju kemeja sehingga ke paras siku. Makin terbeliaklah bijik mata Makcik Melah saat ini.

“O..okay..but first we need to go to Japan.” Ujar Adam dengan selamba. Japan, Japan, Japan! Aku karate kang mamat ni!

“Eh..jangan kata Japan, bulan, bintang, Jupiter, Marikh..semuanya I sanggup pergi dengan you.” 

Kepala kulentokkan pada bahu Adam untuk sesaat sahaja. Gerun pula melihat renungannya itu.

“Really?” Soal lelaki ini dengan serius. 

Apabila perasan matanya itu dalam menikam ke mataku, aku terus menjauhkan diri darinya. Dada bagai nak pecah saat ini membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arah Makcik Melah. Amboi, dengan kebaya di badan dan kaca mata besar di wajah, tak berganjak langsung mereka dari kaki lima di hadapan pintu pagar ini.

 “Eh Makcik Melah. Kenapa berhenti di situ? Nak ke mana?” Soalku dengan sangat sinis.

 Kerana mulut kau lah aku hampir-hampir hendak dikahwinkan dengan Irham! Kerana mulut kau lah siang malam umi dan abah susah hati kerana dorang ingat aku ni minatkan kaum sejenis.
“Ehhh tak lahhh..kami ni nak ke rumah Makcik Yam kamu tu. Anak dia kan nak kahwin tak lama lagi.” Jawapan Makcik Melah membuatkan aku tersenyum sinis. Nak menyebuk di rumah Makcik Yam lah tu. Kemudian, semua cerita dalam rumah tu akan disebarkannya satu taman!

“Jadi?” Soalku  dengan meluat.

“Nampak pula kamu kat sini.” Ujarnya sambil ketawa galak. Tergedik-gedik dia berjalan ke mari dan merapatkan diri ke arah Adam.

“Siapa ni Kay?” Soalnya. Anak mata Makcik Melah memerhati segenap wajah Adam Putra membuatkan lelaki ini menjadi tidak selesa. Lawak pulak aku tengok!

“Siapa ni?” Soalnya lagi setelah tidak ada jawapan dariku. Selamba sahaja aku bersuara.

“Makcik Melah rasa??” Soalku sambil tersenyum bahagia. Konon-konon je bahagia. 

“Amboi..handsome dan sadonye...untung kamu Kay..” Becok mulut Makcik Melah memuji. Aku pula terus menjeling ke arah Adam. 

“Sayang..I rasa kita masuk ke dalam la..sini panas. Banyak langau pulak tu.” Sempat aku menjeling tajam ke arah Makcik Melah sebelum berpaling masuk ke kawasan rumah kembali.

 Adam pula hanya mengikut jejak langkahku. Sampai sahaja di kerusi batu, lelaki ini terus menepis-nepis lengan bajunya. Gaya seperti buang habuk pun ada.

 “Why?” Soalku pelik.

“Tadi kau pegang aku kan. Dah la belum mandi!” Selamba sahaja dia bersuara.

“Kurang asam betul!” Getus aku dengan geramnya.

“Back to business” Ujarnya dengan serius sambil berpeluk tubuh.

“Berapa keuntungan company kau bulan lepas?” Belum pun sempat aku membidasnya gara-gara soalan yang sangat personal itu, dia bersuara lagi.

“Aku bayar 5 kali ganda untuk bulan ni.” Putusnya dengan selamba. Anak matanya yang berwarna coklat itu kupandang dengan pandangan tak percaya. 

“What?” Soalku. Angin mulalah bertiup kencang dalam diri saat ini.

 “Baliklah. Just leave..you’re wasting your time!” Mata kujulingkan ke atas saat ini.

Sebaik sahaja aku berkata begitu, umi muncul dengan dulang berisi dua cawan kopi di tangan. Abah juga turut mengekori langkah umi ke sini.  Wajah kuraupkan semahu-mahunya. Kusut dan serabut dengan karenah lelaki yang tak faham bahasa ini.Dengan rupa, gaya dan statusnya, CEO Sakura Emas Group itu boleh dapatkan mana-mana perempuan untuk buat kerja ni. Kenapa aku?

“Okay..let’s put it this way.” Dia membuka mulut lagi. Eh, dia ni nampak tak umi dan abah? Ke dah buta? Penat aku buat isyarat mata tetapi dia tetap meneruskan juga kata-katanya.

“Macam mana lagi?” Soalku tidak puas hati. Badan kusandarkan pada meja batu di belakangku. Apa 
pulak muslihat dia ni. Umi kulihat diam sahaja sambil meletakkan dulang di atas meja batu. 

“I’ll introduce you to my sister.” Akhirnya dia berkata begitu.

 Pulak dah! 

“For what?” Soalku pelik. Adam Putra memang ligat dan licik orangnya. Apa pula permainannya kali ini?

“Kita ke Japan selama sebulan. Aku akan kenalkan kau dengan team kakak aku. Mereka akan ke sana untuk buat penggambaran bagi pelbagai jenis baju muslimah dari pelbagai butik ternama di Malaysia ini.”

 Bersungguh-sungguh dia bersuara. Rasanya hanya umi dan abah sahaja yang memberikan perhatian. Aku? Sorry tak minat.

“So?” Soalku acuh tak acuh. 

Pandang wajahnya pun tidak. Entah apa-apa dia meraban. Tadi cerita fasal nenek. Ni cerita fasal kakak pulak. Esok-esok cite fasal mak, bapak, atuk, moyang agaknya! Tak boleh blah!

“ I’ll make sure you’ll be the photographer for that project.” 
Bulat mataku menjegil ke arahnya. Eh, dia ni tak faham bahasa ke?

“Bayarannya, 5 kali ganda dari keuntungan KLIK! untuk sebulan.Tempat tinggal, elaun dan flight tickets diberikan. Just take your camera, lenses and creativity with you.” Ujarnya lagi sambil mengeluarkan telefon bimbit. 

Tergamam aku jadinya. Dia ni dah kenapa? Air liur yang kutelan terasa pahit. Ya Allah, besarnya cobaan! 5 kali ganda dari keuntungan syarikat selama sebulan??! Banyak tu wa cakap lu! 

“If you agree, I’ll let my sister know about this now.” 

Bersungguh-sungguh dia menggoyangkan telefon bimbitnya saat ini.Aku masih lagi mendiamkan diri. Tiba-tiba teringat 3 C. 

Choices, chances and changes. You must make a choice to take a chance or your life will never change. Aku tahu Adam Putra ada udang di sebalik mee. Tapi, masalahnya tawaran yang diberikan tu memang lumayan dan akan membantu aku dalam kerjaya. 

“Deal?”

 Soal Adam setelah dilihatnya aku diam. Ah, serabut! Serabut kerana aku tahu tawaran lumayan ini datang dengan pakej. Pakej untuk jadi pengantin musim salju lelaki ini sekali. Memang kerja gila!

“Kaseh..abah rasa Kaseh patut rebut peluang tu.” Dengan penuh berhati-hati abah bersuara. Tapak tangannya mengusap sesaat bahuku.

“Umi pun rasa macam tu. Maklumlah, Kaseh pun baru aje buat business..bayaran untuk job ni pun mahal. Selain itu, Kaseh boleh dapat banyak pengalaman baru di luar negara tu.”

 Umi dah mula menyokong kata-kata abah. Belum sempat aku bersuara, abah berkata-kata lagi.

“Kaseh tak perlu risau tentang Klik! Abah akan selalu jenguk. Lagipun Melissa dan Sam kan ada.” 

Aku hanya menjeling sekilas ke arah wajah gembira Adam. Jarang wajah ketat dan serius itu menayangkan riak sebegitu.

“Your parents are right!” Ujar Adam. 



Tanpa disuruh, dia terus mencapai cawan kopi yang masih terletak kemas di dalam dulang aluminium.

“Minumlah Adam..nanti sejuk, tak sedap pulak kopi tu.” Jemput umi sambil tersenyum mesra. 

“Terima kasih makcik.” Ujar Adam penuh budi bahasa. 

Maklumlah jeratnya dah hampir mengena. Aku masih lagi terdiam. Tidak tahu aku patut terima atau tolak.

Ah, kalau aku tolak, mesti umi dan abah akan cakap, suruh kahwin pun tak nak, suruh kerja pun tak nak. Apa yang kau nak, Kaseh?

Confirm punyalah!

Kalaulah dorang tahu lelaki itu banyak muslihatnya..haih!




Bersambung :D

Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti KLIK! Pengantin Musim Salju :) Terima kasih juga untuk komen-komen yang diberikan..oh ye, suri masih disable komen di sini..boleh tinggalkan komen di Facebook okay <3 font="">