Bab 27
Memang tak la aku nak
keluar dengan blouse bunga-bunga dan skirt di badan! Tadi nak naik tangga pun
seksa kut gara-gara potongannya yang sedikit kecil. Sikit lagi nak jatuh
terguling gara-gara salah langkah. Stress betul!!
Anak mata kini memerhati
baju-baju yang bergantungan di dalam almari ini. Hadoi, kalau nak cakap tentang
keselesaan, memang takde baju yang selesa! Aku nak pakai jeans! Kejam betullah!
Gaun labuh dari fabrik wool yang berpotongan longgar kucapai saat ini.
Hmm..yang ni not bad.
Aku kemudian bergerak
ke arah almari sebelah yang menempatkan pelbagai jenis coat kepunyaan Kak
Putri.
Pergh..Burberry!
Memang majoriti kot di dalam
almari ini dari jenama Burberry. Semuanya berpotongan
feminin. Mesti mahal ni! Kenapa semuanya nampak macam baju baru aje? Tak nampak pun macam pernah digunakan oleh sesiapa..ah, lantaklah!
Military style Cashmere wool coat yang berwarna maroon gelap kucapai.
Potongannya longgar dan labuhnya sampai ke betis. Coat ini juga mempunyai hood!
Kadang-kadang not bad juga taste Kak Putri ni. Aku mencapai pula legging yang
memang direka untuk musim dingin. Legging ini akan kupakai di bahagian dalam
gaun. Fabrik yang digunakan memang dapat memanaskan badan.
BAYANGAN KASEH LATEEFA [PELAKON THAILAND - MINT CHALIDA] |
5 minit sahaja masa
yang aku gunakan untuk menukar baju. Shawl berwarna hitam kulilitkan di leher
dan aku memakai topi adidas ke kepala. Tanganku berlari pada hood di coat. Hood
ini kuselingkupkan di atas kepala sehingga menutup bahagian atas topi. Siap!
Aku mencapai beg sandang belakang dan terus
berlari turun ke bawah bersama pelbagai rasa yang serabut.
Apabila melintasi
ruang tamu moden di sebelah kanan rumah ini, kelihatan nenek, Kak Yumi dan Adam
sedang menonton televisyen. Anak mataku berpandangan dengan anak mata nenek dan
seperti yang aku jangka wanita itu terus bersuara.
“Kaseh..”
Alamak! Kelihatan
nenek, Kak Yumi dan Adam Putra sedang memandangku.
“Ye nek..”
Ucapku
sambil tersenyum dan melangkah ke arah mereka.Punggung kulabuhkan di atas sofa.
Kak Yumi yang sedang mengurut kaki nenek siap angkat ibu jari ke arahku.
“Cantik Kaseh hari
ni.” Ucapnya.
Aku hanya mampu tersenyum sumbing. Apabila perasan mata Adam
asyik merenung ke mari, aku mulalah rasa gugup. Aduh..nak kene minta izin suami
ke nak keluar? Tapi dia tu suami tipu je.
“Kaseh nak ke
mana?” Soal nenek bersama segaris
senyuman.
Sejak aku pandai buat sarapan, mood nenek memang sentiasa baik. Aku
mengambil tempat di sebelah Adam.
“Er..nak jalan-jalan.”
Jawabku.
Anak mata mengerling ke arah Adam yang kulihat sedang merenung ke
arahku dengan pandangan yang sukar hendak ditafsirkan.
“Do you know how to
get around here?” Soalnya dengan lembut.
Sebelah kening terjungkit ke atas
membuatkan wajah itu kelihatan sangat menarik. Terus aku ketawa kecil untuk
menutup getaran di hati.
“Eh..kan abang dah
beri kebenaran semalam? Siap ajarkan lagi cara-cara nak ke subway station.”
Pandai juga aku buat cerita.
Anak mata terus kularikan ke arah nenek.
“Kaseh..dari hari kamu
sampai tu nenek perasan yang jari kamu
tu kosong je. Mana wedding ring?”
Soalan nenek bukan sahaja membuatkan aku
tergamam, malah Adam juga turut sama terkedu. Mulalah otak ligat mencari idea.
“Aaaa..Kaseh tengah
cari la ni nek. Misplace kat mana pulak entah.” Laju sahaja ayat itu meluncur
keluar dari bibir.
Siap buat muka sedih lagi gara-gara cincin hilang.
“Sweetheart..”
Tergamam aku jadinya
apabila Adam memanggilku begitu. Mahu tak mahu, aku terus menoleh ke arahnya
yang segak dengan kemeja putih di badan.
“Hmm?” Soalku sambil
cuba untuk tersenyum.
Maintain Kay, nenek tengah tengok tu.
“Lupa ye? Kotak cincin
tu kan ada dalam kereta.” Ujar Adam.
“Ha? Biar betul?”
Soalku pura-pura terkejut.
Adam terus menggelengkan kepalanya sambil ketawa
kecil.
“Ada lah.”
Ucapnya
manja sambil menarik bahagian hadapan topi di kepalaku. Sampai menutup hidung
dah ni.Aku mula mengetap bibir.
Tapi kerana nenek, aku cuba juga berlagak
selamba walaupun hati dah geram ni. Terus aku membetulkan cap di kepala. Nak
kena dia ni!
“Oh ye..ye..betul! Ada
nek. Ada dalam kereta.” Ucapku kepada nenek saat ini.
Nenek hanya menganggukkan
kepala sahaja saat ini.
“Nasib baik ada..kalau
tak, mesti tak senang hati Kaseh kan?” Soalan nenek kujawab dengan anggukan.
“Be..betul tu nek.” Ujarku
sambil tersenyum sumbing.
Baru sahaja ingin meminta diri, nenek bersuara lagi.
“Kaseh kerja apa?”
Soal nenek.
Terus sahaja aku menjawab soalannya dengan senang hati.
“Photographer. Saya
ada company sendiri tapi kecil je..” Ujarku.
“Bagus, muda-muda lagi
dah ada syarikat sendiri.” Puji nenek .
“Eh tapi, bukan ke
kamu ni model?” Soal Kak Yumi bersama wajah yang pelik.
Tangannya masih lincah
mengurut nenek.
Alamakkk!
Iya tak iya, si bimbo lintah darat Karlisha tu kan
model?
Aduh.. Nenek dan Kak Yumi saling berpandangan ketika ini. Aku ada silap
jawab ke? Adam pula menggelengkan kepalanya sahaja ketika ini.
“Mo..model?” Soalku
tergagap-gagap.
Aku terus ketawa kecil untuk menutup rasa serabut.
“Oh...model kasut je
Kak Yumi. Tu pun untuk majalah. Dorang shoot gambar kaki saya je.” Lancang aku
menjawab.
Entah apa la yang aku merepek. Bulat mata Adam merenung ke mari. Tapi
kenapa bibir itu juga seakan-akan ingin ketawa saat ini?
“Model kasut?” Soal nenek sambil membetulkan kaca mata di
wajahnya.
Teragak-agak aku menganggukkan kepala. Serentak dengan itu juga Kak
Yumi dan nenek ketawa besar. Siap pandang kaki aku lagi. Adam juga sudah tak
dapat menahan bibirnya dari ketawa saat ini. Hah..kalau selalu ketawa begitu, kan
sejukkkkk bagai disimbah salji hati aku ni.
“Kamu ni kelakarlah.”
Ujar Kak Yumi.
Apa yang kelakarnya jadi model kasut? Aku juga turut sama
ketawa.
“Kata Putra kamu ni
terkenal kat Malaysia.”
Aduh...mati aku! Aku terus menggelengkan kepala ke arah
nenek.
“Eh..takde lah nek.
Kasut yang saya peragakan tu je jenama terkenal. Bukan saya yang terkenal.”
Ucapku selamba.
Sekali lagi mereka ketawa. Kak Yumi pula membuka mulut.
“Betul kan, Ku Maryam?
Budak ni memang kelakar orangnya. Sudahlah cantik, baik..apa kata orang puteh
tu? Ada sense of humor!”
Celah wanita itu. Kemudian, anak matanya berlari ke
arah Adam Putra.
“Untung Tuan Putra..”
Pujiannya itu sedikit sebanyak membuatkan aku kembang pula.
Mulalah aku tayang muka bangga kat lelaki
di sebelahku ini.
“Dengar tu? Untung tau
saya jadi isteri awak.”
Siap jegilkan mata sikit.
Jangan asyik-asyik nak
ugut tak nak bayar je! Lepas tu siap nak tarik photography job pulak tu! Adam
kulihat hanya ketawa kecil. Tapi jenis ketawa tu aneh benar. Terus sahaja dia merapatkan
wajah ke arahku membuatkan aku tergamam.
BAYANGAN WATAK ADAM PUTRA [MODEL BRAZIL-JEPUN, FABIO IDE] |
“Yes, in fact I’m
lucky..very lucky.”
Ujarnya sambil merenung ke dalam mataku. Bila dia beraksi
begini, mulalah aku kalut.
“Sweetheart..”
Panggilnya lagi. Lidah terus kelu saat ini.
“Hm?” Soalku cuba
membalas renungannya.
“Kaseh tak pernah
datang Sapporo kan?” Soalnya.
Bukan tak pernah
datang Sapporo je, aku memang belum sempat menjelajah mana-mana tempat di Jepun
ni lagi! Tapi kata-kata itu hanya berakhir dalam hati je. Kang terkejut pula
Kak Yumi dan nenek, model kasut macam aku tak pernah ke luar negara.
“Jom jalan-jalan nak?”
Ajakannya membuatkan aku terdiam.
Ni ajak betul-betul ke atau ajak-ajak ayam?
Karang kalau aku cakap okay, dia ingat aku gedik sangat nak keluar dengan dia.
Ah, tak boleh, tak boleh!
Nenek dan Kak Yumi
hanya memerhati sahaja wayang kami dari tadi.
“Tapi Kaseh nak
pergi..”
Belum pun aku menghabiskan ayat, pantas nenek memintas.
“Betul tu..temankan
Kaseh ni keluar. Takkan kamu nak biar dia keluar sorang? Isteri kamu ni tak
bersolek pun dah memang cantik. Tambah-tambah kalau dia tak pakai topi tu.”
Nenek mulalah berleter kepada Adam Putra. Aku
cukup malas betullah dipuji-puji begini. Tambah-tambah di hadapan Adam.
Canggung jadinya. Terus aku meraupkan wajah untuk seketika.
Apabila sedar ada orang menarik topi dari
kepalaku, aku terus menoleh ke arah Adam.
“Heyy..”
Terjerit
kecil aku jadinya. Topi aku yang berada di tangannya kini diletakkan di atas
meja kaca.
“Abang suka Kaseh
macam ni.” Ucapnya dengan nada yang sukar hendak dimengertikan.
Mata itu merenung ke
arahku dengan sangat mempesonakan jiwa.
Masalah betullah lelaki ni! Ni
berlakon ke apa ni? Aduhh! Kemudian, dia bersuara lagi.
“Tapi kalau nak keluar,
abang suka Kaseh bertudung. Biarlah kecantikan tu abang aje yang nampak.
Lagipun, berdosa tau bagi seorang wanita kalau tak menutup aurat. Kalau belum
berkahwin, bapa yang tanggung tapi kalau dah berkahwin, dosa Kaseh abang yang
tanggung, sweetheart.” Ucapnya dengan sangat lembut.
Aku betul-betul dah
nak pengsan ni. Kalau ye pun nak berlakon sweet ke apa, tak payah kut over
sampai buat aku rasa gugup begini! Susah betullah! Keras terus lidah ni
jadinya. Akhirnya aku hanya mampu menundukkan wajah.
“In syaa Allah, tak
lama lagi bertudunglah Kaseh ni. Betul tak?” Soalan nenek memaksa aku
mengangkat wajah.
Mahu tak mahu, aku terus menganggukkan kepala.
“Be..be..betul tu
nek.” Tergagap-gagap habis ketika ini.
Entah kenapa kata-kata
Adam tentang bertudung tadi sangat terkesan di jiwa. Wajah arwah ayah, atuk dan
abah silih berganti di fikiran.
Kenapa aku tak seperti
Layla? Layla bertudung semenjak umurnya 13 tahun! Kenapa aku jadi begitu?
Mungkin balasan kepada sikap nakalku dulu..suka ponteng sekolah, ponteng kelas
agama dan asyik ikut kawan..sebab tu di usia 16 tahun, aku hampir dirogol dan
dijual ke negara jiran.
Bertitik tolak dari insiden itu, aku berubah menyerupai
lelaki pulak. Allahuakhbar..banyaknya dosaku. Yang lebih parah insan
kesayanganku terpaksa menanggung segala dosaku.
Ada rasa sebak menyelinap ruang
jiwa saat ini namun aku tahan juga apabila terdengar suara Adam bergema di
dalam ruangan ini.
“Jom..”
Terus aku mendongakkan
kepala.
“Now?” Soalku sedikit
blur.
“Yes sweetheart..let’s
go.” Dia telah pun berdiri saat ini.
“O..okay!” Ujarku yang
terus bangun dari sofa mewah ini.
Selepas kami meminta
diri, aku melangkah bergandingan dengan Adam Putra menuju ke arah pintu utama.
Sesekali mata mengerling ke arah lelaki yang gemar memanggil aku dengan panggilan
sweetheart ini. Semakin serasi panggilan sweetheart itu di telinga saat ini.
Kenapa panggilan yang awalnya buat aku rasa menyampah semakin lama menjadikan
aku semakin gugup dan berdebar?
****
Memang aku akui yang
aku agak sibuk dengan persiapan untuk menyertai team Kak Putri nanti. Apabila
berada di dalam bilik, mata ni memang asyik menghadap fail yang berisi semua
maklumat tentang kerja yang aku perlu lakukan nanti sahaja. Maklumlah tak lama
lagi Kak Putri and the team akan sampai sini.
Bagaimana agaknya bekerja dengan
gadis cantik dan berjaya itu? Anak mata kularikan ke arah Adam Putra yang
sedang memandu kereta mewah ini. Debaran tiba-tiba mengisi ruang hati apabila
dia memandang ke mari.
Ah, tapi geram pula apabila
mengenangkan insiden di ruang tamu tadi. Sesuka hati dia cabut topi dari
kepalaku. Rambut yang terlepas bebas kubetulkan. Terus aku menundingkan jari ke arahnya.
“Awak jangan sesuka
hati sentuh topi kat kepala saya lain kali. I hate it!”
Aku bersuara dengan
tegas. Terus Adam mengerling ke arahku dengan wajah yang beku.
“What to do? Nak
keluar dengan aku mesti ikut cara aku.” Sama tegasnya nada itu dengan nada yang
aku ucapkan tadi.
“Eh please la..saya
nak keluar sorang. Awak tu yang nak ikut!”
Bidasku yang tak mahu kalah. Namun
nada suara tidaklah sampai tahap menengking.
“Kau tak dengar apa
nenek tanya tadi?” Soalnya kepadaku pula.
Wajahku dikerling sekilas oleh
sepasang mata helang itu. Apa yang nenek tanya? Aku mulalah blur.
“We need to get a wedding ring!” Ucapnya yang dah pandai meniru gayaku
menjulingkan mata ke atas. Namun, tetap nampak macho.
Aku terus menepuk dahi.
Kemudian, dengan selamba aku bersuara.
“Alaa..kenapa laa tak
cakap awal-awal. Kalau tahu, Layla pun berlambak cincin kat rumah. Boleh je
pinjam satu.” Luahku sedikit terkilan.
Layla tu banyak betul koleksi cincin. Ada
yang emas, ada yang tiruan. Pilih je mana-mana satu!
“It’s okay..semua ni
plan aku. So I’ll solve it!”
Ucapnya serius sambil memfokuskan pandangan ke
atas jalan raya. Terkunci terus bibirku ketika ini. Anak mata masih berlari di
wajahnya. Kemudian, turun pada lengannya yang sasa dan terdedah.
Apabila sedar
anak mata lelaki itu berada di wajahku kini, aku terus menolehkan kepala ke
bahagian kiri kenderaan. Pura-pura melihat dengan kusyuk pemadangan di luar
sana melalui tingkap kereta Audi ini. Ada getaran yang sukar hendak dimengerti
berlagu di ruang dada saat ini.
***
Dia ni biar betul? Aku
mengetatkan sedikit lilitan shawl di leher apabila terasa sejuk. Liar anak mata
berlari ke arah butik-butik terkenal antarabangsa yang berderatan di dalam
Daimaru Department Store yang letaknya di JR Tower, Sapporro. Ada Tiffany &
Co, Cartier, Bvlgari dan pelbagai lagi jenama jewelleries yang sangat terkenal
dan mahal di tingkat ini. Cepat-cepat aku merapatkan diri ke arah Adam Putra.
“Psssttt...”
Aku mula
bersuara. Lelaki ini mulalah menjeling ke arahku.
“Mahal kut benda-benda
kat sini.”
Aku bersuara dengan perlahan tetapi bersungguh-sungguh.
Anak mata
merayap ke arah pasangan-pasangan yang baru keluar dari butik-butik ini.
Semuanya berwajah ceria. Beli cincin tunang atau cincin kahwinlah tu. Aku
membuat kesimpulan sendiri. Adam Putra tidak memberikan sebarang respons
terhadap kata-kataku tadi. Apabila dia mula melangkah ke arah butik Tiffany
& Co, aku mulalah memberikan idea yang sangat bernas kepadanya.
“Alaa tak payah
membazir. Kita beli emas tiruan je.” Ujarku sambil tersenyum lebar.
Lelaki ini
terus menoleh ke arahku.
“Saya pernah nampak
kat Daiso yang ada di kawasan rumah kita tu. 2000 yen je! Tak sampai RM 100.
Nampak real kut!”
Ujarku dengan bersungguh-sungguh membuatkan Adam Putra
menghentikan langkahnya. Dia yang berdiri berhadapan denganku merenung ke
arahku untuk seketika membuatkan aku serba-salah.
“You know what Kaseh,
I’ve met many women before. Tapi takde sorang pun yang tak sukakan jewelleries.
Sometimes I hardly know them pun..but pandai meminta-minta. Nak bracelet la,
nak necklace la..materialistic!” Ucapnya bersama keluhan.
Diam-diam aku kasihan
pula dengan nasib yang menimpa lelaki-lelaki kaya di luar sana. Sentiasa diburu
si bimbo pisau cukur!
“Looser betul!” Luah
Adam. Kepalanya digelengkan sedikit.
“Salah sorangnya
Karlisha?” Soalku.
Namun belum sempat dia menjawab, aku terus bersuara.
“Dah tu yang awak
keluar dengan perempuan bimbo tu kenapa? Materialistic..plastic!” Ujarku
bersungguh-sungguh.
Lelaki ini terus menarik hood pada baju aku sedikit. Ish,
dia ni, takde topi, hood pula jadi sasarannya!
“Sebab masa tu aku tak
jumpa perempuan macam kau. Yang sukakan cincin Daiso 2000 yen!” Bisiknya bersama
renungan yang sukar hendak dimengertikan.
Bibir yang kacak terukir itu
tersenyum sedikit saat ini.
Tanpa menunggu aku, dia terus melangkah
meninggalkan aku sendirian di sini. Terkebil-kebil aku jadinya! Apa maksud ayat
itu? Perli ke atau ikhlas? Ada debaran halus menyelimuti jantung saat ini.
Aku terus melangkah dengan laju masuk ke dalam
butik Tiffany & Co. Ada beberapa pasangan sedang dilayan oleh penasihat
jualan yang bertugas saat ini. Semuanya berbangsa jepun. Penasihat jualan yang
sedang melayan Adam Putra tersenyum apabila nampak kelibatku.
Anak mata kini
berada pada rekaan mewah butik jenama antarabangsa ini. Kemudian, jatuh kembali
pada wajah Adam Putra yang sedang berbual dengan penasihat jualan itu. Entah
apa yang dibualkan, tidak pula aku pasang telinga.
Kini, aku hanya mengekori sahaja Adam Putra
dan penasihat jualan itu melangkah ke sebelah kiri. Langkah kaki mereka
terhenti betul-betul di hadapan almari kaca yang menempatkan pelbagai jenis
cincin berlian yang letaknya di bahagian tengah-tengah butik ini. Dia ni waras
ke tidak?!
Cincin kahwin olok-olok aje kut. Apahal nak beli yang mahal? Terus
aku melangkah laju dan merapatkan diri dengan lelaki itu.
“Ala..tak
payahlah..membazir!” Bisikku.
Namun lelaki itu buat bodoh je. Punggung
dilabuhkan ke atas kerusi. Aku juga turut sama duduk. Wajah Adam ditundukkan
dan anak matanya kini difokuskan pada cincin-cincin yang bersinar di dalam
almari kaca. Berlian tulen kut!
“Kalau awak nak beli
juga, lepas je saya jadi isteri olok-olok awak, awak hadiahkan la cincin ni kat
Kak Putri. Rasanya saiz kitorang lebih kurang je..” Ucapku akhirnya.
Tak guna
merayu untuk keluar dari sini kerana lelaki ini memang keras hati orangnya.
Putih kata dia, putih la! Dah banyak kali aku ingatkan tak payah membazir tapi dia
nak juga masuk ke sini.Ah, lantaklah! Bukan duit aku pun!
“Can I take a look at
this one?”
Akhirnya dia bersuara sambil menundingkan jari ke arah salah satu
cincin.
Penasihat jualan berbangsa jepun ini terus menganggukkan kepala sambil
membuka kunci pada almari kaca ini.
“Of course..” Ujarnya
mesra. Gadis ini terus mengeluarkan cincin yang diminta oleh Adam.
“Try it on.”
Bisiknya di telingaku membuatkan jantungku
berdegup dengan sangat kencang.
Kenapa aku rasa nervous pulak ni?
Anak mata
melekat pada cincin yang dihulurkan lelaki ini. Memang mampu membuatkan aku
terdiam. Rekaannya nampak unik. Walaupun aku tak minat dengan emas permata
bagai tapi kali ini aku tidak dapat menipu diriku yang aku benar-benar terpaku
dengan cincin tersebut.
Perlahan-lahan aku mencapai cincin berlian itu dan
kusarungkan ke jari manisku.
“So beautiful. Suits
you well, madam.” Terus sahaja penasihat jualan itu bersuara.
“This is the latest
design and is really famous even among the royal families because of the
diamonds.” Ucapnya lagi.
Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja saat ini.
Anak mata berlari ke arah cincin di jari.
“Tiffany rings are not
manufactured but they’re handmade.Not by machines but by people.”
Aku angguk
lagi mendengar ceritanya.
“I see.”
Itu sahaja
yang mampu keluar dari bibir.
Aku tahu harga cincin
ini pasti mencecah belasan atau puluhan ribu ringgit! Mel dan Nana pernah
bercerita tentang cincin-cincin di sini dahulu.Mesti cemburu habis kalau dorang
tahu Adam akan meminjamkan cincin ini untuk seketika kepadaku.
“Kau suka?” Soalan
Adam membuatkan aku tersentak.
Terus aku mendongakkan kepala ke
arahnya.Renungannya yang sukar ditafsirkan itu membuatkan aku semakin gugup.
“Sa..saya rasa cincin
Daiso..”
Belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki ini terus bersuara.
“I like this one!”
Putusnya.
“Ikut awak la. Ikut saya cincin Daiso pun okay
je.” Kata-kataku diabaikan terus oleh lelaki ini.
Aku pula perlahan-lahan
menanggalkan cincin dari jari dan kuberikan pada Adam Putra semula.
“Please wrap this one
for us.” Ucapnya yang meletakkan cincin di atas dulang.
“Sure!”
Jawab
penasihat jualan yang berambut lurus sehingga ke paras bahu ini dengan gembira.
Selepas itu, dia menoleh ke arahku.
“Good choice, madam!”
Ucapnya bersama senyuman manis.
Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Apabila
sedar mata Adam Putra berada di wajahku, aku terus mengerling ke arah lain.
Wajah kuraupkan sedikit. Ingat Kaseh, ini semua drama je. Bukan betul-betul!
***
BERSAMBUNG :D
Terima kasih kerana sudi mengikuti kisah ini. Semua komen seperti biasa, boleh diberikan di Facebook group : Bila Suri Ryana Menaip :)
Terima kasih daun keladi,
esok baca lagi :D hehee