Thursday, 22 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 12, BAB 12 A & BAB 13]









Menyesal..sungguh aku menyesal! Kenapalah aku sibuk sangat nak tahu keadaan si kerek tu? Haih..kalaulah aku tak curi dengar tadi..kalaulah aku terus naik ke atas semula sebaik sahaja melihat dia bersila panggung atas sofa ni tadi, keadaan tak akan jadi teruk sebegini. Sekarang nasi dah jadi bubur! Aku dah kantoi! Maka..hadap aje la dengan muka yang pucat lesi. Jantung pula, bukan sahaja berkompang dan berzapin, dah macam nak terlompat keluar. Lagi-lagi apabila mata Dato' yang berwajah serius itu sesekali merenung ke mari. Mati la aku!




Kaku aku duduk di sudut kiri bilik ini. Nak bernafas pun dah tak selesa. Takkan aku pun panik kut? Terketar lutut menahan cemas. Habisla aku! Apa aku nak jawab pada Pakcik Mat dan Kak Has nanti kalau mereka tanya aku ke mana? Aduh..lagi teruk kalau Kak Tim tahu tentang aku! Wajah bengis Pengarah HR itu terbayang di fikiran. Tapi, yang paling aku takut sangat sekarang ni, adalah dengan Dato' dan Datin. Entah-entah aku akan ditendang keluar dari syarikat ini. Confirmed lah! Sudahlah mencuri dengar perbualan yang sensitif dan sulit, aku pula yang membuatkan anaknya diserang panik! Aduh..manalah aku tahu yang bila sebut aje tentang kes kebakaran tempoh hari dia akan jadi begitu!

Thalia..Thalia! Itulah..dari dulu berbuih mulut ayah nasihatkan kau! Siap guna peribahasa lagi..berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat! Maksudnya, fikir dulu sebelum bertindak! Hah! Bila jadi macam ni, kau tanggunglah akibatnya! Kecut perut apabila sepasang mata milik Datin pula sedang merenung tajam ke mari.Pantas aku melarikan anak mata ke arah jemari di atas riba. Peluh sejuk mula membasahi dahi. Seram!

Aduh..agak-agak pejabat Didee yang letaknya di hadapan Menara Al-Hayyan ni masih terima tak pelajar praktikal? Takpe la kalau elaun sikit sekalipun. Bayangan wajah si harimau bintang terbayang di fikiran. Bertambah kecut perut aku. Thalia..kenapalah kau tak fikir dulu sebelum bertindak. Habislah..pasti bernanah telinga aku kene sembur dengan Dr.Aliff! Lagi teruk kalau perkara ini melibatkan dekan fakulti.

 Oh no..you're so in trouble now, Thalia Aysara!

Anak mata kini berada pada susuk tubuh Tuan Faleeq yang sedang bersandar lemah pada sofa. Tercungap-cungap dia cuba mengejar nafasnya sendiri tadi. Datin pula kulihat menanggalkan butang baju kemejanya sehingga mendedahkan sebahagian besar bahagian atas tubuhnya yang bidang. Terus aku larikan anak mata ke arah lain.  

Sumpah, seumur hidup, tidak pernah aku tahu yang gejala serangan panik  rupanya seakan-akan gejala serangan jantung. Dia nampak seperti sukar untuk bernafas masa awal-awal dibawa masuk ke sini tadi. Tapi setelah menelan ubat penenang yang Dr. Harun sebut sebagai xanax tadi, keadaannya makin baik.




"Tuan Faleeq..please take a deep breath now..inhale...."
Suara Dr. Harun membuatkan aku mengerling semula ke arah lelaki itu. Aku lihat Tuan Faleeq sudah boleh memberikan respons dengan baik saat ini kepada arahan doktor berkemeja lengan panjang putih itu. Dia melurut bahagian belakang tubuh Tuan Faleeq. 

"No..don't breath out yet..tahan nafas..tenangkan fikiran. Everything is good now. You are doing just fine.." Ujarnya lagi dengan bersungguh-sungguh. Merah-merah wajah Tuan Faleeq menahan nafas. 

"Now..slowly, breath out.."Arah Dr. Harun. 

"Slowly..yes..good.." Aku lihat Dr. Harun sudah mampu tersenyum apabila keadaan Tuan Faleeq bertambah baik.
"Again..inhale..yes...you're doing good, young man!" Dr. Harun terus-menerus memberikan galakan supaya Tuan Faleeq bernafas dengan menggunakan teknik tertentu.

"Okay..now, slowly..exhale.." Ujarnya lagi. Tangannya menepuk bahu Tuan Faleeq.

"You're doing good, Alhamdulillah!" Kata Doktor Harun dengan gembira.

"Assalamualaikum!"

Suara seseorang yang berada di muka pintu membuatkan semua mata merenung ke sana. Terperanjat jadinya lelaki itu merenung ke arahku. Adib? Penasihat 20 persen lelaki itu dah sampai! Sumpah aku rasa nak menangis.

"Cik Thalia pun ada di sini?" Soalnya pelik.

Sekurang-kurangnya ada seseorang yang aku kenali di ruangan ini. Adib tolong saya..jeritku di dalam hati. Muka 20 sen aku tayang pada Adib. Tolong saya!

"Is everything alright, Doktor Harun? Dato, Datin..apa jadi dengan Tuan Faleeq?" Soalnya yang kulihat meluru ke arah Tuan faleeq.

"Yes. He is alright now. Let him rest. Kesan dari mengambil ubat penenang seperti xanax sememangnya akan menyebabkan Tuan Faleeq mengantuk." Ujar Dr. Harun kepada Adib sambil membetulkan kaca mata di wajahnya. 

Datin melurut dada beberapa kali tanda lega dengan keadaan ini. Tuan Faleeq pula kulihat sudah mula memejamkan mata di atas sofa empuk itu. 

"Yes..let's get out from here..just let him rest." Ujar Dato' akhirnya.

"Aysara..you're not supposed to be here! Balik ke Financial Unit sekarang kalau masih berminat untuk buat praktikal kat sini. Kau nak aku call Dr. Aliff??" Suara Tuan Faleeq berkumandang saat ini dari atas sofa hujung sana. Aik, ingatkan dah tidur!  Sakit-sakit pun sempat bersuara dengan sinis. Siap renung aku tajam-tajam lagi!

"Memang saya nak balik pun tapi mama awak yang panggil saya." Jawabku pula. Ingat aku nak sangat duduk sini?
"Menjawab!" Bidas lelaki itu.

Pantas aku menutup mulut dengan tangan apabila semua mata tertumpu padaku saat ini. Adib kulihat menepuk dahi sambil menggeleng kepala. Alamak..kenapalah lancang sangat mulut aku.

"Let's get out from here!" Tegas Datin bersuara saat ini. 

Sempat dia menjeling tajam ke arahku sebelum melangkah keluar dengan penuh gaya. Walau dah berumur, dia nampak masih cantik! Ala-ala model, cutting tubuhnya tu.
Kalut aku berdiri saat ini. 

Sempat aku mencuri lihat lelaki yang sedang bersandar pada sofa itu. Diam-diam aku turut bersimpati dengan keadaannya. Nafas aku tarik dalam-dalam. Longlai kaki melangkah keluar dari bilik berpenghawa dingin ini.  Aku lihat Dato', Dr. Harun dan Datin sedang merenung ke arahku. Si Adib pula selamba sahaja melangkah ke arah water dispenser di sudut kiri lobi ini.

"Sit!" Arah Datin sambil menudingkan jari ke arah sofa panjang di hadapannya.

Dengan dada yang berdebar teruk, aku melangkah ke arahnya. Punggung kulabuhkan di atas salah sebuah sofa. Datin dan Dato' juga turut sama duduk di atas sofa yang letaknya bertentangan denganku. Aku lihat anak matanya berlari dari hujung kasut 2 inci yang aku pakai sampai ke shawl bawal bunga-bunga di kepala.

"What is your relationship with my son??" Datin terus menyoal tanpa berbahasa-basi. Berdebar teruk jadinya aku. Anak matanya merenung ke mari dengan wajah yang tegang. Semakin tergamam aku jadinya.

"Saya takde hubungan apa-apa dengan anak Datin. Sumpah!" Tangan terus berikrar di bahu kanan. Wanita yang anggun dengan tudung chiffon di kepala ini menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis.

"Tengok tu abang..siap cakap berawak-saya dengan anak kita, boleh dia cakap takde apa-apa hubungan??" Bentak Datin tidak puas hati. Dato' tidak memberikan sebarang reaksi.Dia kulihat mencapai akhbar yang terdampar di atas meja. Anak mata wanita yang cantik dan berwajah melayu asli ini merenung ke arahku kembali.

"Hairan! You cakap tak ada apa-apa hubungan tetapi berani ya you cari Faleeq di sini?" Suaranya naik satu oktaf. Demi Allah aku terkedu.

"You bekerja di sini?" Soal Datin Sofia. Anak matanya tepat memanah ke mari.

"Saya buat latihan praktikal di sini.." Jawabku dengan sangat perlahan.

"Under which department?"  Soalnya lagi dengan sangat serius.

"Financial." Jawabku.

"Siapa penyelia you?" Soalnya lagi.

"Kak Has..I mean, Puan Haslina." Takut-takut aku bersuara.

"Dia ada cakap tak you tak boleh sesuka hati merayau ke sana ke mari?" Soalnya dengan sinis. Terpukul aku mendengar soalan itu. Matilah kalau satu unit kewangan tahu kisah aku ni. Mana aku nak sorokkan wajah? Lebih teruk kalau Kak Tim juga tahu.

"Sor..sorry.." 


Anak mata hanya mampu merenung ke arah meja dengan wajah penuh penyesalan. Patutnya aku tak sibuk-sibuk ke sini. Nak buat bagaimana lagi? 

"How do you know Faleeq?" Soal Datin lagi.

"Pan..panjang ceritanya Da..Datin.." Jawab aku tergagap-gagap. Cemas punya fasal, aku tak tahu nak mula cerita dari mana.

"Wrong answer! Tak menjawab soalan." Bidasnya dengan geram.

Aik, aku belum jawab lagi. Macam mana pula jawapan aku salah?Aku hanya mampu merenung ke arahnya.

"Er..saya..saya.."

Apa aku nak jawab ni? Otak terus menapis semua maklumat.Takkan la aku nak ceritakan kepadanya tentang kes kat kilang di mana aku bersembunyi dari Abang Joe dan kemudian jatuh pengsan? Aduhhh kalaulah dia tahu aku berehat di rumahnya sementara tersedar dari pengsan..dan kalaulah dia tahu anak lelakinya itu gendong aku masuk ke dalam kereta masa tu..aduhhh...tak boleh, tak boleh! Part tu aku tak boleh cerita!!

"Dia yang selamatkan Tuan Faleeq ketika kebakaran 3 bulan lepas, Datin Sofia. For your information Datin, ini hari pertama Cik Thalia Aysara buat latihan prakikal di sini. " Ujar Adib yang sudah berada di sini bersama cup kertas berisi air di tangannya. Dengan sangat lega aku merenung ke arah Adib. Nasiblah dia ada di sini. Syukurlah dia telah menjawab soalan Datin bagi pihak aku.

"Oh really?"

Aku lihat wajah Datin yang tadinya tegang kini seratus peratus mengendur. Dato' mula merenung ke arahku dengan penuh minat. Akhbar di tangannya ditutup dan dilipat terus. Doktor Harun pula melabuhkan punggung di sebelahku. Cepat-cepat aku mengesot ke kanan sedikit untuk menjarakkan diri dan memberikannya lebih ruang. Semua mata memandang ke arahku dengan penuh minat.. Gementar pulak aku  jadinya saat ini. 

"Dato'..Datin..boleh saya mencelah?" Dengan sopan dia meminta izin. 

"What is it, Dr. Harun?" Soal Datin Sofia tidak puas hati. 

Mungkin dia belum puas memarahi aku. Kini giliran Doktor Harun merenung ke arahku. Namun cuak di hati beransur pergi apabila dia tersenyum ikhlas. Kaca mata di wajahnya dibetulkan sedikit sambil bersuara.

"I am still amazed with this young lady.." Ucapnya kepadaku.

 Aneh. Pelik pula aku jadinya. Aku mengerling ke arah Adib seketika. Dia hanya mampu merenung ke arahku dengan penuh simpati. 

"Dato' dan Datin perasan tak apa yang saya nampak?" Soal Dr. Harun.

"What do you mean?" Soal Datin Sofia. Cawan kertas berisi air di atas meja dicapai dan dihirupnya sedikit.

"For the past 3 months..pernah tak Faleeq keluar seorang diri ke tempat yang ramai orang macam tadi tu, Dato' Firas?" Soal Doktor Harun. Dato' Firas melepaskan nafas berat.

"Mana pernah. You know him well Dr. Harun. Itu pun masih degil..tak mahu teruskan rawatan!" Luahnya yang 
kedengaran sedikit kecewa dengan  sikap Tuan Faleeq.

"Hanee tu..berkali-kali terhegeh-hegeh ajak jumpa kat luar. Sekali pun dia tak nak. Adib ajak keluar pun tak dilayan. Elis..setiausahanya, dan Aliff sekalipun kalau nak jumpa dengan dia harus datang ke sini, ke pejabat di tingkat 20 tu atau ke rumah." Bebel Datin Sofia.Anak mata mengerling tajam ke mari dengan sebal.

"Tapi sebab this girl boleh pulak dia.." Kata-kata Datin Sofia terhenti di situ. Tergamam dia seketika merenung ke mari.
 Ah, sudah! Dah kenapa pula? Nak marah aku lagi ke? Gerunnya!

" Yes..you're right, Datin. Looks like you already got my point.." Lambat-lambat Dr. Harun bersuara. Aku mulalah blur.

"Siapa nama kamu?" Soal Dato' yang berwajah kacukan arab ini dengan sangat serious.

 Cawan kertas yang berisi air dicapainya dari atas meja dan sepasang mata hazel itu melekat di wajahku saat ini.

"Thalia Aysara." Perlahan sahaja aku menjawab.
"So Aysara..boleh ceritakan bagaimana kamu boleh selamatkan anak saya?" Soalnya. 

Aku menarik nafas dalam-dalam. Sedaya upaya cuba menenangkan diri sebelum bercerita panjang mengenai kejadian 3 bulan lepas.

"Saya buat part-time di Chicken Station. Masa tu saya on the way hantar makanan kepada pelanggan di Taman Sutera, Shah Alam. Semasa lalu depan kilang, saya nampak api menjulang tinggi di bahagian belakang kilang. Lalu, cepat-cepat saya menelefon bomba. Kemudian, saya cuba masuk ke dalam kawasan kilang.."Belum sempat aku menyambung ayat, Datin mencelah.

"Beraninya.."Ujarnya sambil menggelengkan kepala.

Tidak tahulah nak kategorikan ayat itu sebagai pujian atau apa.Yang nyata riak terkejut terpampang jelas di wajahnya.

"Saya masih berani masa tu sebab saya lihat api belum merebak lagi ke bahagian hadapan bangunan, Datin. Lagipun ada sebijik kereta terdampar kat kawasan kilang. Takut juga kalau ada orang kat dalam tu. Apabila saya masuk ke dalam kilang, saya lihat ada bilik kecil di sebelah kanan dan pintunya terbuka luas. Saya cuba masuk dan nampak keadaan Tuan Faleeq sangat aneh dan berpeluh-peluh. Macam orang terkena serangan jantung pun ada juga. Saya pelik kenapa dia tak menyelamatkan diri. Rupa-rupanya dia terkena serangan panik. Saya tarik Tuan Faleeq keluar dan bantuan pun tiba masa tu.."

Ceritaku dengan panjang lebar.

 Pandangan kosong kuhalakan ke arah meja. Cemas aku jadinya apabila terkenangkan balik kejadian tu. Masih terngiang-ngiang letupan kecil di telinga ketika kebakaran itu berlaku. Kuat juga. Sunyi sepi sebentar keadaan di sini. Perlahan aku mengangkat wajah. Anak mata mengerling ke arah Dato' dan Datin Sofia silih berganti.

"Tadi saya cari tuan Faleeq sebab saya tertanya-tanya tentang keadaannya. Tu aje. Sumpah, saya tak berniat untuk ceroboh masuk ke sini sesuka hati.." Beriya-iya aku bersuara dengan sangat kesal. Menyesal betul kerana terlalu ikutkan hati.

"Terima kasih sebab kamu tolong selamatkan anak saya. I don't know what will happen to him kalau kamu takde masa tu.." Ucap Dato' tanpa disangka-sangka. Aku hanya mampu tersenyum segaris.

"No problem, Dato'.." Ujarku pula. 

 Aku lihat Dr. Harun merenung ke mari sambil tersenyum senang. Aku hanya mematungkan diri sahaja. Sungguh tak selesa apabila semua mata memanah ke mari.

"Mungkin sebab Cik Thalia pernah selamatkan Tuan Faleeq, sebab itu Tuan Faleeq kejar Cik Thalia keluar tadi...Cik Thalia berjaya buatkan dia rasa selamat apabila berada dengan Cik Thalia. Dia juga terlupa seketika tentang ketakutan yang membelenggu dirinya tadi. You managed to distract Tuan Faleeq and helped him diverted his mind from getting panic." Ujar Dr. Harun dengan penuh semangat.
Aku lihat Datin Sofia dan Dato' Firas Al-Hayyan betul-betul memberikan perhatian terhadap apa yang Dr. Harun katakan.

"Apa pun sebabnya, yang pasti dia nampak normal tadi."  Sambung doktor yang kelihatan sangat berpengalaman ini. Kedua-dua mama dan papa Tuan Faleeq menganggukkan kepala mereka, tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr. Harun. 

"Saya pun tak percaya Tuan Faleeq ada penyakit agoraphobia tu sebab dia nampak sihat aje. Memang dia nampak normal sampailah saya sebut tentang kebakaran di kilang tempoh hari.." Luahku dengan perlahan. 

Dr. Harun memetik jari. Bersinar matanya merenung ke arahku sambil tersenyum dengan lebih lebar. Yang gembira sangat ni kenapa? Tu..pesakit kamu tu sikit lagi nak cuckoo, doktor!!

"See..maksudnya di sini, kalau tidak diingatkan tentang kebakaran tu, kemungkinan untuk Tuan Faleeq berada lebih lama di luar sana dan berbual dengan thalia adalah lebih tinggi." Ujar Dr. Harun. 

Aku hanya mampu tersenyum sumbing. Berbual? Geli hati pula aku jadinya. Berbual apanya kalau dia masih lagi kerek dan ugut-ugut aku macam tadi tu. Huh! Bertekak ada la kut..berbual, ilek pochit!

"Persoalannya, kenapa apabila dengan Cik Thalia dia boleh lupa seketika tentang fobia atau ketakutannya tu?" Adib yang dari tadi diam dan hanya menjadi pendengar  kini mula bersuara.

 Terdiam aku jadinya apabila Datin Sofia berbisik sesuatu pada Dato' Firas. Dato' Firas juga membalas bisikan isterinya sebelum mereka berdua menganggukkan kepala berulang kali. Ha sudah! Naik hairan aku jadinya dengan gelagat mereka berdua ini.

"Itu bukan persoalannya." Bicara Datin Sofia. Aku mulalah tak selesa apabila sepasang mata itu berada tepat di wajahku.

"Thalia Aysara..where do you live?" Soalnya kepadaku. 

Pantas aku menjawab.

"Saya menyewa dengan kawan di Shah Alam.." Ujarku. Tudung di kepala kutarik ke belakang dan kubetulkan sedikit saat ini. 

"Oh dear..don't tell me you akan berulang dari Shah Alam ke PJ everyday??" Prihatin sekali suara Datin Sofia saat ini mampu membuatkan mulutku terlopong. 

Tadi bukan main garang lagi. Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala. Sempat aku mengerling ke arah Adib. Nyata dia juga tengah tayang muka pelik.

"Err..yes..saya tumpang kereta kawan serumah. Dia buat praktikal di kawasan ini jugak." Jawabku dengan jujur.

"Oh..begitu..kenapa you all tak tinggal di PJ aje?" Dato' Firas pula bersuara. Belum sempat aku menjawab, Datin Sofia terus menyampuk.

"Al-Hayyan dengan gembiranya akan sediakan tempat tinggal yang lebih dekat dengan pejabat untuk you mulai esok." Beritahunya dengan senang hati.Sumpah aku terkejut beruk. Biar betul?! Kak Tim tak cakap apa pun?  

"Hah? Takpe..tak payah Datin. Saya okay je. Lagipun saya takut tinggal sorang."

Dengan kalut aku menolak.

Aku lihat Datin Sofia ketawa kecil. Bila dia senyum lebar macam tu, baru aku nampak lesung pipitnya yang menarik.

"Don't worry, ajak sekali kawan you tinggal bersama." Putusnya. Aku mimpi ke ni? Apa yang sedang terjadi ni? 

Memang semua staff dapat tempat tinggal free ke apa? Memang aku suka benda free tapi lain macam betullah benda ni.

"Tapi, Datin.." Kata-kataku terus dicantas Dato' Firas.

"Adib akan uruskan nanti." Katanya sambil merenung ke arah Adib yang nyata turut sama terkejut dengan keputusan mereka ini.

"Tapi..saya selesa tinggal di Shah Alam." Ucapku. Gerun tau kalau orang yang tak suka kita pada awalnya tapi tiba-tiba berubah laku tak sampai satu jam!

"Well, young lady..do you know Haslina, account executive di Financial Unit?" Soal Dato' Firas. Pantas aku menganggukkan kepala.

"Yes..Puan Has penyelia saya." Jawabku. 

"She did her internship here a few years ago. Sebab  performance dia bagus, Al-Hayyan offer dia untuk bekerja di sini selepas graduate." Ujar Dato' Firas sambil tersenyum.

"Wow.." 
Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku. Diam-diam aku berdoa agar masa depan aku juga cerah seperti Kak Has nanti.

"Same goes to you. Kalau kamu sanggup tolong kami, kami juga boleh tolong kamu." Berkerut dahiku mendengar kata-kata Dato' Firas.

Tolong? Semakin serabut dan kusut fikiran aku. Nyata perbualan ini boleh buat aku gila! Tolonglah...aku nak naik ke tingkat 17 dan balik ke pejabat semula. Jeritku di dalam hati. 

"Saya tak faham, Dato'.." Aku membuka mulut akhirnya.

"Bantu Faleeq." Arah Dato' Firas. 

Bulat mata aku merenung ke arah lelaki ini. Kemudian, aku terus menoleh ke arah Adib yang sedang tergamam. Dia terus menjungkitkan bahu tanda dia juga tidak tahu apa yang sedang terjadi.

"But how?" Soalku dengan sangat pelik.

"Saya bukan pakar psikologi atau psikiatri seperti Dr. Harun, Dato'..Datin. Saya bakal akauntan.." Ucapku sambil menjeling ke arah Dato' dan Datin silih berganti. 

"Don't worry I will brief you on how to help him." Celah Dr. Harun pula dengan senang hati.

"Saya..saya.." Hanya itu yang mampu keluar dari bibirku. Kepala kugeleng dengan lemah. 

Sumpah aku tak tahu apa nak fikir saat ini. Semuanya bercelaru di dalam kepala.
Tuan Faleeq pernah membantu aku sebanyak dua kali. Sekali ketika aku pengsan di kilang, sekali lagi ketika dia membuat amal jariah dengan melangsaikan hutang aku pada Abang Joe. Terukkah aku sekiranya aku menolak permintaan ibu dan bapanya? Erghh sumpah aku tertekan!

Tapi..aku betul-betul tak dapat nafikan yang tawaran dari Dato' dan Datin untuk menerima aku bekerja di sini setelah tamat belajar nanti sangatlah menggoda jiwa dan raga! So tempting! Tambah-tambah di  zaman sekarang yang susah untuk dapatkan pekerjaan walau bergelar siswazah. Ayah mesti gembira!

"Tapi betulkah saya akan diserap untuk bekerja tetap di sini lepas grad nanti?" Takut-takut aku membuka mulut untuk bertanya. 

"Of course!  I will let Tim know about this. Kita akan buat surat perjanjian siap-siap untuk you." Datin sofia bersuara.

"Kamu dah selamatkan nyawa anak kami dan asalkan kamu mahu membantu kami pulihkan Faleeq, Al-Hayyan Group ada sagu hati lain untuk kamu." Dato' Firas pula mencelah. 

Aku hanya mampu mendengar sahaja saat ini. Dato' Firas tidak lagi bersandar seperti tadi. Tubuhnya didekatkan sedikit ke arah meja. Dengan mata hazelnya dan gaya dia renung aku, sebiji seperti anaknya, Tuan Faleeq. Tepat dan menikam!

"Selain diserap untuk jadi pekerja tetap di sini selepas graduate nanti, Al-Hayyan juga berbesar hati untuk berikan kamu biasiswa. Kalau nak sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi  di luar negara pun kami sanggup tanggung. UK, Australia, New Zealand..just name it!" Dengan bersungguh-sungguh Dato' Firas membuat tawaran.

Jantungku berdetak dengan sangat kencang saat ini. Peluh sejuk membasahi tubuh. Sungguh aku sedang menggigil. Allahu..manalah pelajar dari golongan biasa-biasa seperti aku mampu ke luar negara tu dengan duit poket sendiri? Nak mohon biasiswa? Memang boleh tapi saingan sangatlah sengit! Tidak ada jaminan.  Bodohlah aku sekiranya tidak merebut peluang keemasan ini.

"Saya setuju!" Entah bagaimana ayat itu meluncur laju dari mulut aku.

Adib bukan lagi terlopong, tetapi terus terjungkit kedua-dua belah keningnya gara-gara terlalu terkejut.

"Good! You jangan risau sebab tiba-tiba hilang dari pejabat pagi tadi. I sendiri yang akan cakap dengan Haslina." Ujar Datin sofia dengan senang hati.

"Baik, Datin Sofia. Terima kasih." Ucapku dengan fikiran yang berkecamuk teruk.

Dear Thalia Aysara, what sort of trouble have you just gotten yourself into? Seperti ada suara yang bertanya aku soalan itu saat ini.
***

BAB 12 A




Isk..melihat wajah kusut si Dhia Dalila yang mesra dengan panggilan Didee di sebelahku ini mampu membuatkan aku juga turut serabut! Kenapa agaknya ya? Semalam, bersemangat betul dia mengemas semua pakaian dan harta bendanya ketika aku khabarkan berita ini. Amboi level terujanya tu punyalah tinggi sampai ke bulan dan ke bintang! Bukan main tak sabar lagi untuk keluar dari rumah sewa kat shah alam tu. Katanya boleh jimat duit. Bingit telinga aku apabila dia asyik sangat memuji-muji idola kesayangannya si Faleeq Al-Hayyan kerana bermurah hati sediakan tempat tinggal untuk pekerja seperti aku. Padahal,  Datin Sofia dan Dato' Firas yang berbesar hati untuk sediakan kuarters untuk aku.

Tertanya-tanya aku sendirian kenapa hari ni riak wajahnya seperti tikus kena gilis lori pula?! Kenapa oh kenapa? Takkan lah kerana tayar keretanya pancit tadi dia serabut begini?Alah..kan Kak Yaya dah janji akan uruskan dan hantar kepadanya kereta tersebut nanti. Anak mata mengerling ke bahagian hadapan kenderaan. Adib yang sedang memandu kulihat  sedang berbual mengenai hal pejabat sahaja dengan Kak Elis yang kini menjadi setiausaha pengarah pemasaran, Encik Saif si ulat bulu. Erghh macam manalah Kak Elis tahan ya? Apabila terasa lenganku seperti disiku seseorang, aku terus menoleh ke arah Didee.Cepat-cepat dia merapatkan diri ke mari. Mulutnya didekatkan ke telingaku.

"Thalia..kau ni biar betul? Aku tak sedap hatilah!" Bisiknya dengan sangat perlahan.

"Kenapa dengan kau ni??" Bisikku pula dengan geram kepadanya. Anak mata mengerling ke arah Adib yang sedang memandu. Didee terus mengesotkan dirinya ke mari. Mulutnya didekatkan ke telingaku.

"Takkanlah Al-Hayyan Group sediakan tempat tinggal untuk staf praktikal, Thalia.." Risau benar suaranya. Aku berbisik kembali ke telinga dia. 

"Lah..betullah. Tempat aku kerja tu memang sediakan rumah. Kuarters dua bilik agaknya. Yang pasti, cukuplah untuk kita berdua. Lagipun  dah tak perlu dah kita buang duit bayar duit sewa..jimat! Kau pun tak payah bazir minyak kereta drive dari Shah Alam ke Petaling Jaya ni. Tak ke jimat tu?" Panjang lebar aku berceramah di telinga Didee yang bertudung putih. Dia masih lagi buat muka tak puas hati.


"Ish..aku peliklah dengan kau ni, Thalia..kuarters apa nya? Cuba kau buka luas-luas mata kau dan jegilkan mata ke luar tu. Kau tengok kita ada kat mana sekarang" Bisiknya dengan nada yang sangat terkejut di telingaku.

Anak mata terus menjeling ke luar kenderaan saat ini. Benar, kereta yang kami naiki ini sedang membelok masuk ke dalam kawasan kondominium mewah! Jantungku mula berdegup dengan sangat laju.


"Kuarters apa macam ni.."

Terlepas kata-kata tersebut dari bibirku bersama rasa hairan yang tak bertepi.  

"Exactly!" Makin kusut wajahnya.

Aku terus mengerling ke bahagian pemandu.  

"Adib..kita buat apa di sini ya?" Soalku dengan sangat pelik. Adib merenung sekilas ke arahku dari cermin pandang belakang keretanya.

"Ni la rumah yang disediakan oleh Al-Hayyan pada Cik Thalia." Jawab Adib.

Tergamam aku jadinya.

"Tapi Adib.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, Elis terus bersuara. 

"Thalia..relax la. Mungkin Dato' dan Datin rasa terhutang budi dengan Thalia kerana menyelamatkan nyawa Tuan Faleeq. Sebab tu dorang benarkan Thalia menetap di sini sepanjang membuat latihan praktikal di syarikat." Kepala ditolehkan ke belakang ni. Risau aku jadinya. Betul ke aku boleh tinggal dengan percuma di sini?

"Ma..masalahnya Kak Elis.."

Adib terus mencantas lagi. 

"Awak relax je..and enjoy the privilege Thalia. Kalaulah saya yang dipilih oleh Dato' dan Datin untuk tinggal di sini..alangkah bahagianya!" Kata-kata Adib nampaknya mampu membuatkan hati aku tenang kembali.


 Betullah tu. Bukan aku yang minta, Dato' dan Datin yang bermurah hati memberi. Bisikku di dalam hati.

***
Bab 13


"Dideee!" laungku dengan kuat sambil mengena stokin berwarna kulit ke kaki.Bergema suaraku di dalam unit kondominium mewah ini.

"Kau turun dulu. Jumpa kat basement!"

Sayup-sayup terdengar suaranya melaung kepadaku kembali. Cepat-cepat aku capai beg tangan dan aku melangkah ke arah pintu. Aduhh!

Mentang-mentang tidur kat atas katil empuk semalam, aku dan Didee sama-sama terlewat bangun hari ni. Mungkin juga sebab penat mengemas kami jadi begini. Entahlah. Kelam-kabut aku menyarung kasut di kaki. Blouse di badan aku lurutkan sedikit dan rantai milik Didee yang tergantung di bahagian luar tudung aku betulkan kedudukannya. 

Maklumlah, dah bekerja ni kenalah bergaya seperti orang bekerja. Kata Didee lah!Aku ikut aje saranannya tu. Manalah aku pandai sangat tentang fesyen!

Tergopoh-gapah aku menutup pintu dan melangkah keluar ke arah koridor. Koridor pun cantik. Kalah koridor hotel. Aku berbisik sendiri. Lantai pun berkilau semacam je. Hanya ada 4 unit rumah sahaja di tingkat ini. Wajah kukerutkan saat ini dan kaki berhenti melangkah. Kenapa aku ada nampak bayang seseorang terintai-intai di sebalik tembok rumah jiran di sebelah sana tu? Tak mungkin jiran sebelah terintai-intai kat depan rumahnya sendiri kan? Pencuri agaknya!Jantung mulalah berdegup tak tentu arah.

"Hello! Siapa tu?" Aku menjerit. Seram pula aku jadinya. Pantas aku melangkah ke situ.

" Eh takde pula kelibatnya balik tembok ni? Tadi aku nampak macam ada orang kat sini." Aku bersuara sendiri. Isk, entah-entah tingkat ni berhantu tak? Seramnyaaaa! Baik aku pecut ke lif sekarang. 

"Hey..Hey!" Suara yang berbunyi di belakangku menyebabkan aku betul-betul terkejut. Terasa seperti hendak luruh jantungku. Pantas aku menjerit dengan kuat.

"Arghhhhhhhhh!"

Serentak dengan itu juga terasa kawasan mulutku dicekup oleh seseorang dari belakang.

"Shhh!" ujar suara itu. Sedaya upaya aku menoleh.

 Bulat mata aku bertemu dengan mata hazel milik seseorang saat ini. Dia? Makin menggila debaran di dada. 



Apa yang dibuatnya depan rumah jiran aku ni? Pantas dia meleraikan sebelah tangannya yang menekup mulutku tadi.  Aku terus mendongakkan kepala ke arah lelaki yang kelihatan sangat segak dengan kot hitam di badan ini. Sebelah tangan menjinjing briefcase hitam.

"Apa ni makin tekup-tekup mulut orang?! Haram tau tak!" 


Marahku dengan nada suara yang mendatar di dalam rasa canggung yang menggunung. Ikut hati mahu sahaja aku tengking dia ni,  tapi takut pula dia beritahu Dr. Aliff  yang aku ni tak hormatkan majikan. Satu lagi, takut kurang pula markah latihan  praktikal aku!

"Yang kau menjerit macam pontianak tu kenapa??" Soalnya dengan sangat marah. Tajam matanya membelah wajahku.

"Why are you here, Aysara? Macam mana kau masuk ke sini? Tak habis-habis lagi nak intai aku?" 

Soal lelaki yang memakai tali leher berwarna biru itu dengan pedas dan bertalu-talu. Tegang sungguh wajahnya yang memang tidak puas hati denganku saat ini. 

"Siapa intai awak? Awak memang perasan kan?" Tak dapat ditahan soalan itu terpacul keluar juga dari bibir walaupun aku rasa gerun lihat wajah tegangnya tu.

"I'm asking you again! Why are you here?!" Soalnya dengan bengang. Kot hitam di tubuh dibetulkan sedikit. Semakin tajam renungannya saat ini.

"Saya..saya tinggal kat sini." Jawabku tersekat-sekat. 

Dato' atau Datin tak beritahu ke yang aku tinggal di sini? Dengan tak semena-mena dia ketawa besar. Sakit hati aku saat ini. Tu memang ketawa perli!

"Huh? You must be joking, Aysara!" Bidasnya dengan sinis. 

Oh no..aku baru tersedar sesuatu! Maknanya dia pun tinggal di sini jugak? Unit kondo di sebelah kanan aku pandang dengan jantung yang semakin berdebar.

"Tuan Faleeq..awak tinggal kat situ ke?" Soalku takut-takut. Senget sikit kepalanya merenung ke mari.

"Kau tanya aku sama ada aku tinggal di sini atau tidak? Kau buat lawak ke ni? Cakap. Kenapa kau cari aku??" Bentaknya namun nada suara masih lagi dikawal. Aduh..masalah besar ni! Perlahan aku menggelengkan kepala.

"Tak..saya tak cari Tuan Faleeq..Al-Hayyan Group  yang sediakan tempat tinggal untuk saya di sini. " Jawabku dengan panjang lebar. Isk, sebal betul!

"What?"

 Dia mengecilkan anak matanya ke mari. Tanda tak boleh terima apa yang aku katakan tadi. Lantak kau lah! Baik aku turun!

"Tu..tuan Faleeq. Saya pergi dulu. Takut lewat sampai pula." Ucapku kelam-kabut. 

Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus melangkah laju ke arah lif. Dia juga turut sama mengejar langkahku. Terasa tanganku disambar dari belakang. Ya ampun dia ni! Walaupun berlapik, aku tetap rasa nak kasi flying kick dekat dia ni!

"Where do you think you are going?" Soalnya.

"Lepaslah!" Aku bersuara dengan geram. 

 Aku lihat dia tersentak sedikit. Anak matanya merenung ke arah genggaman tangannya di lenganku. Dengan pantas dia melepaskannya. Haa..tahu pun yang kau pegang-pegang ni anak dara orang! Bukan anak ayam. Isk!

"Sorry..I have to go now. Maklumlah, nanti lewat sampai, ada yang report kat Dr. Aliff pula." Ucapku dengan sebal sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Terjungkit kening kanannya saat ini. Dia juga turut sama melangkah masuk. 

Terus aku bersandar pada dinding. Tak selesanya apabila terperangkap berdua dengan lelaki ini dalam lif! Rasa sangat janggal. Semakin menggelabah aku jadinya.Kenapa dengan aku ni..aduh!

"Berani kau sindir-sindir aku tadi? Cakap! Siapa yang uruskan kau tinggal di sini?" Soalnya dengan sangat serius.Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

"Dato' Firas atau Datin Sofia. Kalau tak percaya, Tuan Faleeq boleh tanyakan dengan Adib. Kalau tak percaya juga, Tuan Faleeq boleh call sendiri mama dan papa Tuan Faleeq."  Jawabku dengan bersungguh-sungguh.

 Dia kulihat merenung tajam ke arahku dengan wajah yang bengang.   

"Sebenarnya, saya bukan nak intai Tuan Faleeq tadi. Sumpah! Saya tak tahu pun Tuan Faleeq adalah jiran saya. Saya nampak bayang-bayang orang Terhendap-hendap tadi..jadi, saya pun pelik.Sebab tu saya siasat..mana tahu, ada pencuri ke..perom.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, dia terus mencantas dengan wajah yang bengang. 

"Shut up! Dah lupa ke dengan siapa kau sedang bercakap sekarang?! Huh??!" Bidasnya dengan geram. Aku mula menutup bibir dengan sebelah tangan. 

Matilah aku! Gajah dah naik minyak! Wajah didekatkan sedikit ke arahku membuatkan aku terus melarikan kepala ke arah lain. Degupan di jantung semakin melaju.

"Apa? Kau panggil aku pencuri? Perompak?"  Soalnya dengan sangat sinis. Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Kedua-dua belah tangan kugawangkan ke arahnya saat ini sambil menggelengkan kepala laju-laju.

"Tak..tak..saya tak cakap Tuan Faleeq pencuri! Sumpah! Saya cuma cakap gaya tu..ye la..terhendap-hendap macam tu.." 

Kelam-kabut aku menerangkan maksudku yang sebenarnya. Anak matanya sudah mula berlari ke serata wajah. Ha, jantung aku semakin buat hal lah jawabnya! Memang masalah betullah! Nasib baik pintu lif terbuka tepat pada masanya. Pantas aku keluar. Dia juga turut sama mengejar langkahku. Kepala kutoleh ke belakang.

"Kalau Tuan Faleeq terasa dengan saya, 10 jari saya susun..saya minta maaf!" Ucapku sambil tayang muka dua puluh sen. Moga reda sikit marah hati dia ni. Janganlah dia report apa-apa pada Dr. Aliff!

"Simpanlah maaf kau tu!" Bidasnya dengan geram. Nyata dia masih tak puas hati denganku.

"Tuan Faleeq!"

Suara itu membuatkan aku dan Tuan Faleeq sama-sama menoleh ke belakang. Alhamdulillah! Adib datang! Lega hati aku..bagai salji yang turun di tanah gersang!

"Tuan dah boleh turun sendiri?" Soalnya dengan gembira. Aku buat muka pelik. Apa maksudnya tu? Selama ni, Tuan faleeq tak boleh turun sendiri ke? Siapa yang temankan dia? Macam budak tadika pulak. Mak kene hantar sampai depan bas sekolah!

Anak  mata lelaki berbaju kemeja lengan pendek dari rona coklat itu merenung ke arahku pula. Tuan Faleeq hanya mendiamkan diri sahaja saat ini.

"Oh..turun dengan Cik Thalia.." Dia menjawab sendiri soalannya. Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala.

"Ye..kebetulan sangat naik satu lif!" Ucapku dengan sinis.

"Biar betul Tuan Faleeq turun dengan lif hari ini?!" Soalnya tidak percaya. Rambut diraupkan ke atas sedikit. Tuan Faleeq pula kelihatan sangat blur saat ini. 

"I used the elevator.." Bisiknya pada diri sendiri namun dapat didengari oleh aku dan Adib. 


Dia juga seperti tidak percaya dia boleh turun dengan lif? Apa ni? Adib cepat-cepat mencapai briefcase milik majikannya. 

"Tuan Faleeq..relax Tuan. Tak kisahlah turun dengan tangga ke turun dengan lif, janji semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Jom masuk ke dalam kenderaan." Ucapnya. Sempat lagi lelaki itu menjeling tajam ke arahku sebelum ke mari.

"I am not done with you yet, Aysara!" Bidasnya dengan geram sebelum melangkah dengan penuh gaya mengekori langkah Adib di depan sana.

"Thalia! Jomlah kita dah lewat!" Aku menoleh ke arah suara di belakangku.

"Didee! Kau tahu tak yang Tuan Faleeq adalah jiran kita?" Soalku dengan sangat kusut dan serabut.

"Hah! Biar betul?!" 

Terjerit kegembiraan jadinya Didee. Tersengih lebar terus bibirnya yang bergincu nipis itu.

Aku terus menepuk dahi. Bertambah tertekan otakku saat ini! Silap-silap haribulan aku pula kena dapatkan rawatan dari pakar psikologi dan pakar jiwa, Dr. Harun.





***
Jumpa lagi di bab 14! 


Assalamualaikum & haii loveliesss! Siapa yang tunggu cerita ni?   Terima kasih kepada semua yg sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini. komen boleh diberikan di facebook group BILA SURI RYANA MENAIP :D