Friday, 16 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 8 b, BAB 9 DAN BAB 10]


Baca Bab 1 & 2 di sini :

Baca Bab 5, 5A dan 6 di sini :

Baca Bab 7 dan 7A di sini :

Baca Bab 8 & Bab 8 A  di sini :




BAB 8 B

"I..I am sorry..I am really sorry for barging in like this, for wasting your precious time..i am truly sorry. Untuk seketika, saya lupa siapa diri saya..I must be out of my mind to come here and beg for your help.." Ucapku tanpa memandang ke arahnya.

Kakiku terus melangkah laju menuju ke arah pintu. Sebelum tangan kanan menyentuh tombol pada pintu, aku memalingkan tubuh ke belakang untuk seketika.
"I am sorry again, Assalamualaikum." Luahku bersama rasa sebak yang sudah semakin kuat mengasak dada. Baru sahaja ingin membuka pintu, kedengaran namaku dipanggil di belakang sana.

"Aysara!" 

Dan kaki pun bagai dipaku ke lantai, tidak jadi untuk keluar dari pejabat lelaki ini. Air mata yang meleleh sedikit aku sapu supaya tidak ada yang bersisa. Perlahan kepala menoleh ke belakang. Nyata sepasang mata itu tidak lekang merenung ke mari.
"I will pay all your debts."

Terlopong seketika aku mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu. Tak..bukan itu yang aku mahu. Pantas aku menggelengkan kepala.

"Tak..no, Tuan Faleeq."

Kaki terus melangkah merapati meja kerjanya. Aku lihat dia mengecilkan matanya sedikit. Aku hanya berdiri tegak saat ini. Kaku kerana sepasang mata itu sedang berlari ke serata wajahku. Gayanya  seperti cuba membaca hati dan fikiran aku pula. Mulalah aku jadi tak selesa. Debaran halus menyelimuti seluruh jantung.

"Kalau orang lain, dah bersorak gembira kalau ada yang offer untuk bayarkan hutang mereka. Seriously, what is wrong with you, Aysara?" Soalnya sedikit tidak puas hati. Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku bukan pengemis. Ah, aku tak nak dia ingat aku mahu ambil kesempatan terhadapnya pula. Isk!

"Well..saya tak mahu duit awak. Awak tak perlu selesaikan hutang saya pada Abang Joe.  Saya cuma mahu awak terangkan perkara yang sebenarnya kepada ayah saya, itu sahaja." Ucapku dengan sangat tegas. Nyata wajahnya berubah riak. Ada resah, ada gelisah namun hanya untuk sementara.

Eleh..nampak aje macho..sado, tapi nak jumpa dengan ayah aku, takut pula. Tak dapat ditahan gara-gara hati yang sedikit terusik, aku tersenyum pula. Berubah terus riak wajahnya. Pantas aku menutup mulut.

"What is so funny?" Soalnya sedikit pelik.

"Awak takut nak jumpa ayah saya ey?"
 Soalku sambil menahan senyuman. 

Jari telunjuk kugoyangkan sedikit tetapi pantas aku turunkan tangan apabila wajah itu bertukar riak.
Tidak, dia tidak marah, tidak juga ketawa tetapi wajah di hadapanku ini kelihatan sangat resah.

"Look Aysara! I wanted to meet Uncle Baha so bad but I couldn't.."

Kadang sopan juga dia ni. Siap beruncle-uncle bila sebut nama ayah. Pantas dia berdehem dan terus bersuara dengan sangat - sangat tegas.

"Aku akan selesaikan masalah kau dengan lelaki bernama Joe tu nanti. You don't have to worry about anything. " Ujarnya yang sudah pun mencapai sebuah fail dari atas meja. Balik-balik nak bayar hutang aku! Eiii dia ni faham tak bahasa melayu? Aku tak nak duit dia! 

"Ya Allah..saya dah rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding." Terluah juga kata-kata itu akhirnya. Tajam matanya memanah ke mari. Fail di tangan diletakkan semula . Sebelum dia marah, aku terlebih dulu bersuara baik-baik.

"Tuan Faleeq..dengar sini..I don't need your money. Saya cuma minta Tuan Faleeq.." Belum pun aku habiskan ayat, dia terus mencantas.

 "You don't need my money?" Sebelah keningnya terjungkit ke atas. Ada senyuman sinis di bibirnya.

"My money is going to solve all your problems. Ayah kau takkan marah kau lagi..Joe tak akan gunakan alasan itu untuk paksa kau kahwin dengannya..and you are telling me now that you don't need my money??" Soalnya dengan tegas. Terpana seketika aku jadinya.

"Betulke semua masalah tu akan selesai?" Seperti orang bodoh aku bertanya soalan itu.

Kepala aku picit sedikit. Pening memikirkan permintaan ayah untuk aku berkahwin dengan Abang Joe.

"Just leave that to me. You may leave now." Putusnya dengan tegas tanpa memandang ke mari lagi.

Dia dah halau aku. Entah kenapa aku masih tidak puas hati. 13 ribu bukan sedikit tau. Anak mataku menjalar pada seluruh meja kerjanya yang dipenuhi dengan fail. Eh, mana gambar yang aku nampak haritu ya? Orang dalam gambar tu memang persis sekali dengan seseorang yang aku kenal. Ah, dalam dunia ni ada 7 orang yang mukanya seiras Thalia! Anak mata kembali berada pada figura lelaki di hadapanku ini. Serius. Beku. Boleh pula dia buat aku seperti tak wujud di sini?

Dia kelihatan begitu tekun menaip sesuatu pada komputer ribanya. Sesekali anak matanya merenung ke arah fail. Pandanganku melorot pada jemarinya yang sedang lincah mengetuk papan kekunci dan pada lengan baju kemejanya yang dilipat sehingga ke siku.

"Why are you still here?" Soalnya tanpa memandang ke arahku.Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum bersuara.

"Err..maksudnya, selepas awak bayar hutang saya pada Abang Joe, saya berhutang dengan awaklah pula kan?" Takut-takut aku menyoal.Perlahan dia menutup fail di tangan.

Kepala kemudian mendongak ke arahku yang sedang berdiri di hadapan mejanya. Sebuah renungan aneh diberikan kepadaku. Kalaulah aku bisa menyelam ke dasar hatinya, pasti aku sudah lakukan.

"Nope..kau tak ada hutang dengan aku." Dengan payah bibir itu berbicara.

Semakin serabut aku jadinya. Jari menggaru kepala yang dilapisi tudung. Renungannya masih tepat berada di mataku. Penuh misteri. Rahangnya kelihatan tegang sedikit. Dia seperti ingin berkata sesuatu namun lama kemudian baru ada ayat yang keluar dari bibirnya.

"You don't have to pay
a single cent."  Akhirnya dia bersuara. Terdiam aku untuk kesekian kalinya. Tak tahu nak gembira ke tak dengan berita yang baru aku terima ini. Anak mata terus dihalakan kembali ke arah skrin komputer riba di atas mejanya. Biar betul si lelaki beku ni nak buat amal jariah?

"Tuan Faleeq? Saya tak faham.." Ucapku dengan sangat perlahan. Takut untuk mengganggu kosentrasinya.

Dia mengangkat wajah memandang ke mari. Hujung tudung aku pintal-pintal sedikit gara-gara gerun melihat riak wajah kacaknya itu. Janganlah dia tengking aku sebab banyak songeh. 

"Let's not meet again, Aysara.." Ucapnya serius dan entah kenapa jantungku  terasa bagai diragut tika ini.

Kenapa aku perlu rasa begini? Hey Thalia..dia bukan sesiapa dalam hidup kau. Pigidaa..aku pun tak ingin nak jumpa kau lagi! Geramnya! Baru sahaja aku ingin bersuara, kedengaran pintu dibuka seseorang dan kini mata aku dan Tuan Faleeq berada pada susuk tubuh seksi seorang gadis yang sedang meluru ke mari dengan gaya catwalk yang tak berapa nak menjadi.

"Faleeq..I miss you so much.."

Sangat menggoda suara itu namun senyuman di bibir perempuan bergincu merah ini mati saat pandangannya melekat di wajahku.

"Tuan Faleeq..maaf, I tak sempat nak halang Cik Hanee" Elis kulihat terkocoh-kocoh ke mari. Ada riak terkejut di wajah gadis yang manis bertudung satin ini apabila dia melihat aku berada di sini.

"It's okay, Elis." Lelaki itu menjawab sambil meraup rambutnya ke atas.

Anak mataku berada pada Hanee. Owh, mungkin sebab gadis ini dia tidak mahu lagi bertemu denganku. Takut Hanee yang seksi seksa ini cemburu agaknya. Kalau dilihat dari pakaian dan beg tangan Chanel yang tergantung di bahunya tu, memang sekufulah gadis ini bergandingan dengan Tuan Faleeq. Yang pasti, dia bukan gadis biasa-biasa macam aku yang selesa berbaju kurung bunga-bunga kecil  dari kain kapas. Tapi, kan..apesal minah ni asyik pandang aku dari atas sampai ke bawah macam nak makan ye?
"Who are you?"
Si gadis bergaun paras lutut menyoal tetapi aku buat-buat tak dengar. Anak mata aku halakan ke arah Tuan Faleeq yang sememangnya sedang merenung ke mari.
"Thank you so much,Tuan Faleeq. Assalamualaikum." Ucapku dan terus melangkah dengan laju ke arah pintu bersama sejuta rasa dan persoalan di dalam fikiran. 

***
BAB 9
Bau ubat yang sudah seakan sebati dengan hidung menerpa masuk ke dalam rongga pernafasan. Aku merenung kosong ke arah jururawat yang lalu lalang. Di luar wad ini aku duduk berseorangan. Masih takut ingin berjumpa ayah. Takut kalau dia timbulkan lagi isu nikah kahwin tu. Skirt yang menampakkan sedikit buku lali aku betulkan. Semenjak dari hari itu, ayah seakan tidak suka melihat wajahku. Air teh ais ikat tepi di tangan kanan aku sedut perlahan-lahan sambil tangan kiri menyelak helaian akhbar berbahasa melayu di atas riba. Ehh..macam kenal!

Anak mata kukecilkan sedikit sambil merenung ke arah wajah yang  terpampang jelas pada helaian suratkhabar di tangan. Betullah Tuan Faleeq! Anak mata berlari pada tajuk berita.

Fakulti Sains Pemakanan dan Makanan (FSPM) Universiti Tempatan Jalin Kolaborasi dengan Al-Hayyan Group.

Ah, apa nak dihairankan? Memang syarikat milik Tuan Faleeq dan keluarganya merupakan pengilang dan pengeluar makanan berbungkus dan rempah ratus yang terkenal di Malaysia dan banyak menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan sejak akhir-akhir ini. Sebab terkenal sangatlah ayah mahu aku membuat latihan praktikal di situ. Kalaulah ayah tahu lelaki dalam gambar itu adalah CEO syarikat tersebut..aduhhh..!! Hilang pula mood aku nak membaca saat ini. 

Kalau aku dilepaskan oleh Dr. Aliff membuat praktikal di syarikat tersebut, maksudnya aku perlu buat-buat tak kenal apabila terserempak dengan Tuan Faleeq. Gusar pulak hati aku. Terserempak? Tak mungkin, tak mungkin! Ingat senang ke staff nak terserempak dengan CEO, Thalia oi? Staf praktikal pulak tu. Lawak..lawak! Memang takkan punyalah! Bangunan tu 20 tingkat kut. Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

Suratkhabar yang berada di tangan aku lipat dan aku letakkan di atas kerusi sebelah dengan perasan sebal. Terngiang-ngiang suara lelaki itu dua hari lepas di dalam fikiran.
"Let's not meet again, Aysara.."
Wajah kuraup dengan kedua-dua belah tangan. Dah dua malam aku tak dapat tidur nyenyak gara-gara fikirkan Tuan Faleeq tu. Tidak, bukan kecewa kerana dia tak ingin berjumpaku lagi selepas ini tetapi kerana tindakannya tu. Betul ke dia nak tolong bayar hutang aku kepada Abang Joe?  Katanya aku tak perlu bayar walau sesen. Biar betul! Aneh. Apa sebenarnya yang telah terjadi?

Ah, entah-entah dia sengaja je cakap macam tu untuk usir aku pergi dari pejabatnya. Macam orang usir salesman yang datang jual barang kat office. Lagipun apa buktinya yang dia sudah selesaikan hutang aku pada Abang Joe? Ah, terpaksalah aku cari jalan lain untuk meyakinkan ayah yang aku tak bersalah.


TIRA AMELIA


"Along!"

Suara itu membuatkan aku menoleh ke kanan. Wajah kudongakkan ke arah Tira yang terkocoh-kocoh sedang ke mari. Apahal pula ni?
"Ada apa?"
 "Ayah panggil." Luahnya lambat-lambat. Aduh..mulalah aku tak sedap hati.Tudung di kepala dibetulkan sedikit sambil menanti jawapanku.

"Kenapa ye?" Soalku pula dengan sangat gusar. Mulalah aku kecut perut. Ayah nak marah aku ke? Atau ayah nak kahwinkan aku esok? Alamak..mati!

"Tira tak tahu.." Laju gadis ini menggelengkan kepalanya. Aku pula terus berdiri.

"Nah,ambil ni. along nak jumpa ayah." Aku cuba mengumpul kekuatan sebaik sahaja berkata begitu. Teh ais yang masih separuh bersisa aku berikan pada Tira. Sengih sampai ke telinga budak ni.Aik, hilang terus riak cemasnya?

"Thank you! Panas-panas dapat teh ais..rezeki,rezeki!"

 Ucapnya yang terus menyedut air di dalam plastik jernih itu


THALIA AYSARA & TIRA AMELIA

.
Tira aku tinggalkan dan aku cepat-cepat melangkah dengan cemas menuju ke arah pintu masuk wad. Kedengaran jejak langkah gadis berumur 18 tahun itu mengekoriku di belakang sana.

Dari jauh kelihatan ayah dan Cik Yam sedang berbual di katil paling hujung sebelah kananku. Harini Cik Yammemakai baju kebaya kuning pula. Sesuailah dengan kulitnya yang putih melepak tu. Memang ketika waktu melawat, Cik Yam tak pernah tak datang. Alah..satu kampung tahu Cik Yam sukakan ayah. Cuma entah kenapa ayah tak buka langkah. Aku dan Tira suka aje dengan Cik Yam tu.

Nampaknya ayah sedang memandang ke sini. Nafas aku tarik dalam-dalam. Sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Langkah kaki aturkan cermat ke arah katil ayah. Cik Yam yang sedar kehadiranku terus tersenyum manis. Kurang sikit rasa cemas yang menguasai diri.

"Ayah sihat?" Soalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di birai katil.

Tidak seperti sebelum ini di mana ayah akan memalingkan wajah setiap kali aku menghampirinya, kali ini ayah kulihat merenung aku sedalam-dalamnya. Aneh.

"Alhamdulillah. Kata doktor, petang ni ayah dah boleh balik." Beritahunya. Aku cuba untuk tersenyum. Rasa sakit hati kerana disuruh berkahwin dengan Abang Joe cuba aku lupakan saat ini.

"Alhamdulillah." Luahku yang turut sama gembira. Aku tahu ayah tak selesa tinggal di hospital. Aku menoleh ke arah  wanita yang berada di sebelah kiriku.

"Cik Yam dah lama sampai?" Soalku kepada Cik Yam pula. Dia tersenyum manis sebelum bersuara.

"Tak lah lama sangat Thalia. Baru aje sampai." Jawabnya.
"Owh.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir.

Kata Tira ayah mahu berjumpa denganku. Ingatkan aku akan dimarahi, rupanya aku silap. Kenapa pula dengan Cik Yam ni? Aku lihat Cik Yam sedang kalut membuat isyarat mata kepada ayah.

"Thalia..ayah  kamu tu ada sesuatu nak cakap dengan kamu, sebenarnya.." Ucap Cik Yam  lagi. Aku terus menoleh ke arah ayah. Dadaku mula berdebar. Janganlah ayah suruh aku nikah dengan Abang Joe. Tolonglah aku, Ya Allah. Anak mata merenung ke arah ayah.

"Kamu dah tengok gambar-gambar tu?" Akhirnya bibir itu berbicara juga.

Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala. Aku menjeling ke arah Tira yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Cik Yam.

"Tira ada tunjukkan gambar-gambar tu pada along.." Ucapku sambil menundukkan wajah. Tidak berani hendak menentang pandangan lelaki yang sangat aku hormati itu. Pandangan aku halakan ke arah jemari di atas riba sahaja. Ada sebak sudah mula mengasak dada. Apa lagi perlu aku katakan supaya ayah percayakan aku? Bergetar bibirku menahan sebak.

"Tapi, sumpah Thalia tak.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, kedengaran ayah bersuara dengan sangat kesal.

"Ayah minta maaf." Ucap ayah dengan lirih.

Wajah terus kuangkat sambil merenung ke arah lelaki yang berada di hadapanku ini. Keliru aku jadinya. Aku salah dengar ke?

"Ayah terlalu cepat percaya kata orang. Ayah sendiri tak sangka yang Johan ada niat tak elok terhadap kamu selama ni. Ayah dah salah sangka dengan kamu, nak.." Luah ayah.
 Benar, aku tak salah dengar. Makin tergamam aku jadinya. Ayah pula kelihatan sangat menyesal saat ini.

Ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Makin tertanya-tanya aku jadinya siapa yang beritahu ayah tentang semua ni.

"Ayah terlalu percayakan orang luar sehinggakan ayah sanggup menjatuhkan hukum kepada kamu tanpa menyiasat terlebih dahulu.Memang ayah salah." Ucap ayah lagi. Ada air mata yang bertakung di dalam tubir matanya. Pantas aku menggenggam tangan lelaki ini.

"Ayah..along tak marah pun dengan ayah cuma along marah sangat dengan Abang Joe. Sanggup dia fitnah along!" Luahku dengan sangat kesal. Cik Yam pula kulihat sedang mengemas barang-barang milik ayah dan memasukkannya ke dalam beg.

"Ayah memang tak berkenan dengan Johan tu kerana dia sudah beristeri dua tetapi katanya dia boleh jaga kamu dan bimbing kamu. Semuanya kerana hasutan Johan. Katanya kamu buat kerja tak senonoh untuk mencari duit. Jadi, ayah fikir sebelum apa-apa terjadi baik ayah nikahkan sahaja kamu."  Luah ayah yang masih memakai baju hospital itu. Aku hanya mendengar sahaja. Cuba memahami perasaan ayah ketika dia buat keputusan untuk nikahkan aku tempoh hari.

"Ayah terlalu takut kamu menconteng arah ke muka keluarga kita nak.." Ujarnya lagi. Kedengaran dia menghela nafas berat tika ini. Aku masih menggenggam tangannya. Dengan wajah yang suram aku merenung ke arahnya.

"Ayah..Thalia tak akan buat pekerjaan macam tu. Thalia masih sedar dan dosa dan pahala.." Ucapku dengan bersungguh-sungguh. Perlahan aku lihat dia menganggukkan kepala.

"Ayah tahu.."

Sungguh pengakuan dari ayah itu mampu membuatkan aku ceria kembali. Apa yang membuatkan Abang Joe membuka mulut dan mengaku kesalahannya kepada ayah?

"Nasib baiklah pensyarah along dan kawannya datang menceritakan perkara yang sebenarnya semalam." Celah Tira yang diam sahaja semenjak dari tadi.  Pensyarah? Hati yang tenang berkocak kembali saat ini. Cemas aku jadinya. Belum sempat aku bersuara, Cik Yam pula mencelah.

"Joe pun datang. Entahlah dia bertomoi kat mana..lebam-lebam Cik Yam tengok wajahnya."

Makin tersentak aku jadinya.Bulat mataku merenung ke arah Cik Yam.

"Ha'ah..macam kena pukul pun ada." Sampuk Tira pula.

"Ah, si Johan tu memang ramai musuh. Abang Baha aje yang tak mahu percayakan kata-kata Yam..sebab dia baik dengan Abang Baha." Ujar Cik Yam lagi kepada ayah. Riak kesal terpampang jelas di wajah ayah.
"Baik ada makna, Cik Yam." Luahku dengan sangat geram. Pantas Cik Yam menganggukkan kepalanya sambil menutup zip pada beg baju milik ayah.

"Tu Cik Yam setuju."Ucapnya lagi.

"Ye lah..aku salah." Ayah pula bersuara dengan sangat kesal. Aku terus meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Pelbagai pertanyaan mengasak fikiran. Aku terus menoleh ke arah Tira.

"Tadi Tira cakap pensyarah along datang ye? Siapa namanya? Dia datang dengan lelaki yang tolong along dalam gambar tu ke?" Soalku pada gadis yang sedang sibuk dengan telefon bimbit di tangannya itu.

"Alah..Tira tak tahu nama pensyarah along tu. Tak, lelaki yang dalam gambar tu tak datang. Kawan pensyarah along tu lebih rendah dari pensyarah along. "Jawab Tira sambil mengerutkan wajahnya kepadaku. Aduh..mulalah aku tak sedap hati ni. Kalau rendah bukanlah tuan Faleeq. Sebab lelaki itu memang tinggi lampai.

"Ayah tahu nama pensyarah kamu tu..dia ada tunjukkan kad pekerjanya pada ayah.." Kata-kata ayah membuatkan aku merenung ke arahnya dengan kalut.

"Siapa namanya ayah?" Soalku dengan hati yang berdebar teruk.
"Aliff ke apa namanya..." Teragak-agak ayah bersuara. Bagai nak luruh jantungku saat ini.
"Dr. Aliff Azri??" Soalku dengan sangat terkejut. Pantas ayah menganggukkan kepalanya.
"Ha..betullah tu. Aliff Azri." Ujarnya, mampu membuatkan aku terlopong.

Bagaimana pula Dr. Aliff juga boleh terlibat dalam kes ini? Dan apa yang membuatkan Abang Joe sanggup untuk datang dan menceritakan perkara yang sebenarnya? Kata Cik Yam wajah Abang Joe lebam-lebam. Siapa pula seorang lagi lelaki yang ke mari bersama dengan mereka? Aduhhh! Banyaknya persoalan..rasa seperti nak pecah kepala ni!
Apakah semua yang terjadi ini ada kena-mengena dengan Tuan Faleeq?
***
BAB 10
Lincah tanganku memasukkan dua bekas berisi air pepsi ke dalam plastik. Kemudian, aku masukkan pula dengan cermat kotak berisi 5 ketul ayam goreng bersama dengan dua bekas berisi kentang putar dan salad kobis. Jasad sahaja berada di sini tetapi fikiranku sudah pun merayau entah ke mana!
Apakah benar Tuan Faleeq yang aturkan Dr. Aliff dan Abang Joe untuk pergi ke hospital dan menceritakan perkara yang sebenarnya kepada ayah semalam? Bagaimana Tuan Faleeq memaksa Abang Joe untuk melakukan perkara itu? Ataupun adakah kerana dia telah pun mendapat RM13 ribu miliknya kembali maka sebab itu dia bersetuju untuk menjatuhkan maruahnya dan bercerita tentang segala kejahatan yang dilakukannya kepadaku? Ah..peningnya kepala!

Wajah kuangkat ke arah pelanggan di hadapanku.
"Semuanya RM 30 ringgit."

 Ujarku dengan mesra walaupun  otakku tengah berat memikirkan segala yang telah berlaku semalam. Aku terus menyambut huluran not RM 50 dari gadis di hadapanku.
"Cik bagi RM 50 ringgit kan. Sekejap ya, saya beri bakinya."
Dengan lincah aku menekan mesin posiflex di hadapanku. Mudah juga menggunakan mesin ini kerana semua menu sudah diset di dalamnya. Aku hanya perlu tekan dengan betul sahaja. Kerja mengambil order ni memang memerlukan daya fokus yang tinggi. Ye lah, kalau duit terkurang, memang kena ganti dengan duit sendirilah jawabnya nanti. Aku mencapai 2 helai not RM 10 dari laci mesin dan aku hulurkan pada gadis bertudung ayu di hadapanku ini.

"Bakinya RM 20." Ucapku.
"Thanks." Jawabnya. Seorang lagi kawannya pula mencapai plastik yang sudah tersedia di atas kaunter.

"Selamat menjamu selera. Terima kasih dan datang lagi." Ucapku lagi bersama senyuman di bibir.
Penatnya. Hatiku mengeluh. Aku tidak tahu sampai bila aku harus mengerah tulang empat keratku begini. Anak mata menghantar dengan pandangan kelibat dua orang gadis yang sudah mula menjauh itu. Nampaknya suasana semakin lengang. Maklumlah sudah dua jam aku berdiri di kaunter pesanan ni.

Tubuh kuregangkan sedikit. Tangan kanan memicit lembut kawasan tengkuk yang sedikit lenguh.

"Thalia."
Sapaan Abang Ben, supervisor di restoran ini menyebabkan aku menoleh ke belakang. Aduh..aku ada buat silap ke?
"Ada apa Abang Ben?" Soalku sedikit resah. Lelaki yang memakai uniform berwarna kuning air itu terus merapatiku. Nina yang sibuk melayan pelanggan di kaunter sebelah juga aku perasaan sedang mengerling sesekali ke sini.

"Tam tiba-tiba sakit perut. Abang Ben dah suruh dia balik. Thalia boleh tunggang motosikal tak?" Dengan cemas dia bertanya soalan itu kepadaku. Pantas aku menganggukkan kepala. 

"Boleh, Abang Ben. Kenapa ya?" Soalku sambil membetulkan tudung.
"Untuk hari ni, Thalia tak perlu ambil order di kaunter. Ganti tempat Tam je. Uruskan bahagian penghantaran. Boleh?" Topi di kepalanya dibetulkan sambl menanti jawapanku. Aku terus mengangguk dengan pantas.
"Boleh. Saya pernah ikut Tam buat delivery masa awal-awal mula kerja di sini dulu." Jawabku dengan bersungguh-sungguh.

 Dengan keadaan aku yang serabut ni, memang eloklah aku buat kerja luar. Takut tersalah ambil order atau tersalah pulangkan wang baki nanti. Siapa yang susah? Akuuuu jugak!
"Kalau macam tu, jom ikut Abang Ben ke belakang." Dia terus membuat isyarat supaya aku mengikut dia ke belakang.

"Baik Abang Ben." Ucapku seraya melangkah keluar dari kaunter. Langkah kaki kuatur menuju ke bahagian dapur. Abang Ben mencapai segugus kunci dan juga helmet.
"Nah..ni kunci motosikal dan helmet. Motosikal kat tempat biasa, di luar sana." Ujarnya sambil menghulurkan dua benda itu kepadaku.

"Ini bungkusannya." Ujar lelaki itu lagi. Aku terus mencapai kunci dan helmet.
"Nak hantar ke mana ya?" Soalku sambil memakai helmet di kepala.
"Taman Sutera, Shah Alam. Semua details ada dalam kertas ni." Terang Abang Ben seraya menghulurkan sekeping kertas bercetak di tangannya. Dahi kukerutkan. Kat mana ni? Ah, tak susah pun nak cari tempat kat Malaysia ni. Key in aje alamat dalam aplikasi WAZE nanti. Sampailah! Bisikku di dalam hati.

"Okay Abang Ben. Saya pergi dulu." Ujarku. Bungkusan berisi makanan  aku capai.
"Apa-apa hal. terus call Abang Ben." Pesanan lelaki bertahi lalat besar di pipi kanan itu aku sambut dengan anggukan.
"Baik bos!" Ujarku siap tabik lagi. Ketawa kecil jadinya Abang Ben melihat gelagatku.

***
Isk! Sebalnya rasa hati! Aplikasi Waze ni pun satulah! Macam tak ada jalan lain yang nak dibawanya aku. Perlu jugak ke lalu kat belakang kilang ni? Kalau boleh, aku tak mahu kenangkan lagi kenangan pahit yang berlaku di sini. Dari atas motosikal anak mata mengerling ke arah kilang yang berwarna kuning terang di sebelah kananku. Tergamam aku seketika.
Eh? Api ke tu? Ke aku berilusi membakar kilang tersebut?
Kelajuan motosikal aku minimumkan saat ini sambil mengerling kembali ke arah bangunan yang kini berada di belakang sana. Ha'ah lah! Bahagian belakang kilang tu terbakar! Api semakin marak menjulang tinggi. Berdarau darahku! Rasa cemas mengasak dada.  Sudahlah kawasan jin bertendang ni tak ramai yang lalu walaupun masih siang! Motosikal terus aku matikan di bahu jalan.  Ya Allah, apa aku nak buat ni? Aku manalah ada nombor telefon Tuan  Faleeq!
Eh, buat apa call dia, baik aku call Bomba! Telefon bimbit aku keluarkan dari dalam poket seluar jeans dan aku mula mendail nombor 994. Nasib baik panggilanku dijawab serta-merta. Setelah memberikan info tentang lokasi kawasan ini kepada staf yang bertugas, aku terus menghantar mesej pesanan ringkas kepada Dr. Aliff tentang kebakaran yang berlaku. Sememangnya semua pelajar mempunyai nombor telefon pensyarah yang mengajar.  Setelah itu, enjin motosikal aku hidupkan dan aku terus memecut ke arah pintu masuk utama kilang.  Berkepul-kepul asap memenuhi ruangan ini.

Ya Allah! Ada sebuah kereta mewah terparkir elok di sini. Aku perhati betul-betul kenderaan tersebut. Ini kereta Tuan Faleeq! Anak mata tertancap pada nombor pendaftaran pula. Sah! Ini memang kereta lelaki itu.

 Entah-entah ada orang terperangkap di dalam tak? Berpusing-pusing kepalaku memerhati kawasan sekitar. Jantung berdegup dengan sangat kencang sehinggakan aku seperti dapat mendengar degup jantungku sendiri. Bau asap menerobos masuk ke dalam hidung saat ini. Rasa cemas semakin menjadi-jadi saat aku menghampiri pintu masuk. Entah dari mana keberanian ini datang tetapi hatiku mengatakan yang aku harus masuk ke dalam.

Ah, jangan takut Thalia, api marak di bahagian belakang sana. Bahagian hadapan masih belum terbakar. Teragak-agak aku masuk melalui pintu yang terbuka luas sambil menutup hidung dengan tudungku. Seram sejuk tubuhku jadinya. Aku menjenguk ke dalam kilang ini namun aku terus melangkah keluar semula.

Ya Allah, bahagian dalam bangunan ini sudah dipenuhi dengan asap yang berkepul-kepul. Api yang marak sudah merebak ke bahagian tengah kilang sebenarnya. Tercungap-cungap aku menahan nafas. Mungkin tak ada orang agaknya di dalam tu..tapi, kereta tu?

Takut-takut aku menjengukkan kepala untuk kali terakhir. Kotak-kotak besar banyaknya sudah disambar api. Anak mata terpandangkan bilik kecil yang terbuka pintunya di sebelah kananku. Pantas aku berlari ke situ.  Sengaja untuk pastikan yang tidak ada orang di dalam bangunan ini. Yang nyata, aku betul-betul takut sekiranya Tuan  Faleeq terperangkap di sini. Buntang mataku merenung ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di satu sudut.Patutlah aku tak sedap hati!

"Tuan  Faleeqqqq!!" Jeritku dengan kuat. Aku lihat lelaki itu masih kaku berdiri di situ. Dia ni nak bunuh diri ke apa? Pantas aku menerpa ke arahnya.

"Kenapa awak masih di sini? Tuan Faleeq,  awak tahu tak yang kilang ni sedang terbakar? Awak akan mati kalau terus berada di sini."

Bertalu-talu aku menjerit ke arahnya namun lelaki yang kulihat sedang berpeluh-peluh ini tidak memberikan perhatian langsung terhadap apa yang aku katakan. Tangannya masih terketar-ketar memegang fail dan aku lihat dia mula tercungap-cungap. Seperti terkena serangan jantung! Dengan tangan terketar-ketar aku melonggarkan ikatan tali leher lelaki ini.

Kedengaran bunyi letupan kecil beberapa kali saat ini. Ya Allah! Semakin cemas aku jadinya. Pantas aku merampas fail di tangannya dan kemudian, sebelah tanganku menggenggam lengan lelaki ini. Aku cuba menariknya keluar namun pergerakannya seakan-akan terbatas. Seperti kakinya dipaku pada lantai.

 Aku tetap juga menarik lengannya sehingga keluar dari bilik kecil ini. Ternyata api sudah mula merebak ke bahagian hadapan pula. Lelaki ini kulihat semakin pelik keadaannya. Dia seperti terkejut dengan situasi ini. Matanya hanya mampu merenung ke arah api yang sedang marak bersama nafas yang semakin melaju. Something is wrong with him! Kenapa dengan dia ni? Aku terus merenung ke arahnya dalam-dalam.

"Tuan  Faleeq! Pandang saya!" Rayuku dengan bersungguh-sungguh.

 Mahu tidak mahu, kedua-dua belah tangan kulekapkan di pipinya. Sepasang mata hazel itu kini merenung ke arahku dengan mata yang teruk berair. Wajahnya  memang tergamam teruk ketika ini, seperti sangat terkejut dengan apa yang sedang berlaku. 

"Awak mesti ikut saya. Saya akan selamatkan awak. Awak cuma perlu ikut saya. Please, trust me!" Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu.

Dia tidak mengangguk dan tidak menggeleng cuma keadaannya semakin blur! Tidak mahu menunggu lebih lama lagi, aku terus menarik tangan lelaki ini dan berlari keluar melalui pintu yang telah kubuka luas tadi. Nasib baik dia mengikut langkahku kali ini. Sampai sahaja di luar, aku lihat pasukan bomba telah pun tiba. Dengan tangkas mereka mengeluarkan hos air dari trak. Aku terus menjerit.

"Bantuan perubatan! Tolong!" Laungku dengan sangat cemas.

Beberapa orang  yang berpakaian putih meluru ke mari dengan kalut. Aku lihat keadaan lelaki ini semakin lemah. Tercungap-cungap nafasnya ketika ini. Seperti orang terkena serangan jantung. Dia juga sudah tidak mampu berdiri lagi. Terus mereka memapah Tuan Faleeq namun sempat lagi dia merenung ke mari.

"Aysara.." Tuturnya dengan sangat payah.

 Dari gayanya seperti ingin berkata sesuatu namun kawasan hidungnya sudah ditutup dengan alat bantuan pernafasan. Aku pula yang terkejut teruk dengan situasi ini hanya mampu terkebil-kebil merenung ke arahnya yang sudah pun dibawa menjauhi kawasan ini dengan perasaan yang pilu.

Apakah yang menyebabkan Tuan Faleeq jadi begitu? Adakah kerana dia terkena serangan jantung? Kenapa dia tidak menyelamatkan diri tadi? Akan selamatkah nyawanya apabila mendapatkan bantuan perubatan nanti? Entah kenapa ada air mata yang mengalir dengan laju menuruni pipi saat ini. Diam-diam aku berdoa supaya Allah memanjangkan nyawanya. 

Tadi, aku ingin sangat berterima kasih padanya kerana menolong aku semasa aku pengsan dulu. Jika benar dia yang menghantar Dr. Aliff dan Abang Joe ke hospital untuk bertemu ayah, aku benar-benar terhutang budi dengannya.  Tapi tadi aku tak terdaya untuk mengucapkan kata terima kasih itu. Oh Tuhan, kenapa dengan aku ni?! Air mataku merembes dengan semakin lebat saat ini. 

Tuan Faleeq, tolonglah bertahan..


***

Jumpa lagi di bab 11 ya! :D


Assalamualaikum semua .<3 span=""> Bab malam ni suspense sikit..lepas ni segala-galanya akan berubah. Terima kasih kepada semua yg sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini. Maaf kalau ada kesalahan ejaan. Versi yang suri share ini adalah versi sebelum edit. Semua komen boleh diberikan di facebook group : BILA SURI RYANA MENAIP