Friday, 31 January 2020

Perfectly Halal! [Bab 1]




"Spaghetti carbonara love till Jannah is..done!"
Bersama senyuman aku menuturkan ayat tersebut sambil memadamkan api. Nak tergelak pula apabila tanpa dirancang bibir memberikan nama yang lovey-dovey pada spaghetti dalam kuali tu. Maklumlah, makanan ini aku masakkan khas untuk jantung hatiku. Haruslah nama resipi pun berbunga-bunga sampai syurga. Over kan? Sesekali apa salahnya!
Tangan lincah mencapai mangkuk kaca yang bersaiz sederhana besar dari dalam kabinet. Kemudian, spaghetti yang masih berasap di dalam kuali aku sendukkan ke dalam mangkuk  untuk santapan aku dan bff merangkap teman serumahku si Puteri Nellina nanti. Setelah meletakkan mangkuk yang sudah pun penuh dengan spaghetti yang masih berasap ke atas meja, aku menutupnya dengan tudung saji. Pantas kaki berlari ke arah kabinet kayu berwarna putih sekali lagi. Busy benar lagak aku saat ini. Dah macam kat dalam masterchef! Bukan apa, mengejar masa. Tiffin aluminium 3 tingkat aku capai sambil bernyanyi kecil. 
"Wow..sedapnya bau! Masak apa tu???"
Nasib tak terpelanting tiffin di tangan gara-gara terkejut disergah begitu. Aku terus mengangkat wajah ke arah Nellina yang sudah lengkap bersolek.
"Spaghetti carbonara love till Jannah." Jawabku sambil ketawa. 
Sempat aku mengenyitkan sebelah mata ke arahnya yang memakai kemeja oversized berwarna biru pastel itu. Terus Nellina bertepuk tangan sambil ketawa besar sampai tertutup matanya.
"Amboi, romantik nama spaghetti kau ni. I like, i like! Nak sikit boleh??" Pintanya yang sudah mula menyentuh sudip di dalam kuali. Cepat-cepat aku bergerak ke arahnya. 
"Nooo! Jangan kacau yang ni." Sudip aku rampas. 
Berani dia nak sentuh spaghetti buah hati aku? Nellina mulalah tenung aku dengan pandangan tak puas hati. 
"Sejak bila kau jadi kedekut ni? Selama ni aku ingatkan kau lah kawan paling pemurah yang aku ada tau! Semuanya kau kasi aje aku share!" 
 Dia dah buat ayat sentap! Terus aku ketawa kecil. Rambut yang terjuntai ke hadapan wajah aku raupkan ke atas. Nellina..Nellina!
"Jangan nak drama sangat boleh tak, Nelli? Tu..kau punya aku dah asingkan siap-siap kat bawah tudung saji tu." Ucapku yang sudah mula menyenduk spaghetti ke dalam tiffin sambil bernyanyi kecil.
Apa agaknya komen yang akan diberikan Qashah nanti? Mulalah bibir aku tersenyum manis.
"Thank youuu..sayang kau!" Kedengaran gadis tersebut menjerit riang. Terasa pipiku dikucup dengan tiba-tiba. Rimassss!
"Eeee gelilah!" Jeritku tak puas hati. Tapi bibir tetap juga tersengih melihat gelagat gadis itu. 
Sambil menyenduk spaghetti ke dalam tiffin, aku terus menjeling ke arah gadis itu.Akhir-akhir ni, Nellina nampak berseri-seri. Dulu wajahnya sering dibiarkan polos. Kini, setiap kali nak keluar dia akan bersolek cantik. Hatiku mengatakan yang Puteri Nellina sedang dilamun cinta! 
Confirmed! 
tengok gaya tu, macam happy semacam je. Mana pernah aku lihat dia segembira ni.
"Nellina..kau nak kemana?" 
Soalku yang cuba mengorek rahsia. Selamba sahaja dia menjawab sambil menyuapkan spaghetti ke dalam mulut.
"Jumpa kawan." Jawabnya.
Wajahku dipandang sekilas sebelum pandangan mata jatuh pada telefon bimbit di atas meja. Jari telunjuk dilarikan di atas skrin saat ini.
"Ye lah..kawan yang mana? Kawan sekelas kau ke? Someone I know?" Soalku pada gadis berambut lurus paras bahu itu. 
Kedua-dua belah kening aku jungkitkan beberapa kali ke atas. Aku lihat dia tersentak. Berubah sedikit riak wajahnya.
 Hah! Confirm dia memang nak keluar dating! Terus aku ketawa kecil melihat gayanya tu. Comel!
"Erm..tak. Bukan kawan sekelas." Perlahan dia menggeleng. 
Eleh malu-malu kucing pula.
"Habis tu?" Soalku yang sudah mula melangkah mendekati gadis itu bersama tiffin di tangan. 
"Senior aku. Alaaa nantilah aku kenalkan." Beritahunya malas-malas.
Senior? Wahh senior yang mana? Entah-entah kawan sekelas si Qashah! Aku mula berteka-teki. Nellina ni nak main sembunyi-sembunyi pula. Apa salahnya beritahu. Bukan dia couple dengan suami orang pun! Tiffin aku letakkan ke atas meja. 
"Nelli! Kau couple dengan senior mana ni? Siapa? I mean, course apa? Someone I know? Entah-entah kawan sekelas Qashah." Dengan excitednya aku bersuara. Tapi tak sangka pula Nellina semakin gugup. Garfu di tangan terus dilepaskan ke dalam pinggan. Eh eh dia ni. 
"Nope..nope! Bukan kawan Qashah." Ujarnya sambil membetulkan rambut.
 Apron di tubuh aku tanggalkan dan aku campakkan ke atas meja.
"Dah tu?" Soalku.
Dengan cermat tangan menarik kerusi dan aku terus melabuhkan punggung betul-betul di hadapannya.
"Rahsia. Sebab tak confirm lagi. Nanti dah betul-betul pasti, kau la orang pertama yang aku beritahu." Bersungguh-sungguh dia bersuara. 
"Alaaa...boringlah kau ni.." Aku bersuara dengan tidak puas hati. 
Nak main rahsia-rahsia pula. Dah kenapa? Selalu tu, kecoh aje mulutnya bercerita tentang lelaki-lelaki hot kat kampus. Nampaknya Nellina masih belum bersedia untuk bercerita tentang lelaki itu. Wajahku dipandangnya untuk beberapa saat.
"Kau tak jumpa Qashah hari ni?" Soalnya kepadaku. Nak ubah topik la tu. 
Terus aku ketawa kecil. Dia ingat dia aje ada rahsia? Aku pun ada jugak! Rahsia tetap rahsia. Takut juga kalau Nellina terlepas cakap pada sesiapa dan sampai pulak kepada Qashah nanti. Rosaklah rancangan aku untuk buat surprise!
"Tak..aku busy hari ni. Lagipun sekarang kan musim exam. Semua orang pun sibuk." Bohongku.
 Nellina pula mengecilkan anak matanya. Aku lihat gadis ini merenung ke arahku untuk seketika. 
"Sayang betul kan kau dengan Qashah tu? Bukan main happy lagi bila aku sebut nama dia. 
Untunglah dapat boyfriend perfect. Sudahlah kaya, kacak pula tu. Cerdik pun ya." Sampai ke langit dipujinya Qashah tu. Memang kalau cakap tentang Qashah, Nellina akan memuji begitu. Aku sekadar ketawa kecil. Terbayang wajah lelaki tinggi lampai dan bertubuh tegap itu.  
Jujurnya, Ayden Aqashah memang seorang lelaki yang menarik dan popular di kalangan gadis. Aku pun pelik bagaimana aku boleh jadi teman wanitanya. Tentang kekayaan lelaki itu, entahlah. Tak pula aku siasat. Nellina yang selalu cakap yang Qashah tu berasal dari keluarga yang kaya raya dan sangat berpengaruh di Kuala Lumpur. Tapi, aku tak pernah nak ambil tahu pun tentang latar belakang keluarga dia. 
Ya, aku tahu dia anak orang berada tetapi aku memang tak pernah berminat untuk korek tentang latar belakang keluarganya tu. Bagi aku semua itu tak penting. Jika Qashah datang dari keluarga yang biasa-biasa pun aku tetap sukakan dia. It won't make any difference. Sebab aku sukakan dia bukan sebab harta dia pun. Apa? Ingat aku ni penggali emas aka gold digger ke??
"Kalau aku dapat teman lelaki perfect macam tu, silap-silap 24 jam aku melekat dengan dia." 
Kata-kata Nellina mampu menghentikan lamunan aku. Kepala aku gelengkan ke arah budak depan aku ni. Sempat lagi dia tersenyum kambing.
"Seriously Nelli? No..you can't be serious! Perfect macam mana pun, tunggulah dia perfectly halal untuk aku dulu kalau nak melekat 24 jam sekalipun."
 Luahku sambil menjegilkan mata sedikit ke arah Nellina. Kemudian, aku terus mencapai pinggan. Lapar pula perut aku.
"Kalau macam tu, cepat-cepatlah halalkan.." Nasihat si Nellina. 
Kunyahannya terhenti seketika. Aku hanya ketawa kecil. Senang betul minah ni cakap. Dia ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok ke?
"Tapi, kalau halal pun, tak kuasa jugaklah aku nak melekat dengan dia 24 jam. Kau ingat kitorang ni takde life ke nak jadi belangkas je 24 jam?" Bebelku bersama riak pelik di wajah. 
Nellina..Nellina!
"Kau tak takut ke dia dikebas orang, Tia?" Soalan Nellina membuatkan aku tersentak. 
Entah kenapa soalannya kali ini memberi kesan kepada aku. Memang aku tahu Qashah tu ramai peminatnya. Kadang rasa macam tak sepadan pun ada juga aku dengan dia tu. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. 
"Kalau dikebas orang tu, maksudnya Qashah tak jujur dengan aku. Maksudnya juga takde jodohlah antara kami. Redha je lah..nak buat apa lagi." Ucapku selamba.
"Kau tahu, sebab tu lah kalau aku dapat boyfriend macam tu, aku akan melekat 24 jam dengan dia. Takut dikebas orang!" Nellina bersuara sambil menjegilkan mata sesaat ke arahku. Aku terus menyampuk.
"Mungkin aku kena cepat-cepat ajak dia nikahlah kalau macam tu. Baru boleh melekat 24 jam!" Spaghetti aku suapkan ke dalam mulut.
"Tahu punnn!" Bidas gadis berwajah mulus ini. 
Aku hanya ketawa kecil.  Tak dapat bayangkan kalau aku melekat 24 jam dengan lelaki itu. Tapi, mesti romantik kan kalau dapat habiskan masa 24 jam dengan dia? Sempat aku memejamkan mata untuk seketika. 
Astaghfirullahalazim..haram ,haram! Aku mengingatkan diri sendiri saat ini. 
Jujurnya, tak pernah pula Qashah bercerita tentang perkara tunang, nikah dan kahwin dengan aku. Nak ajak aku berjumpa keluarganya pun tidak. Mungkin sebab aku pun tak pernah beriya untuk kenalkan dia dengan keluarga aku. Lagipun, dari awal lagi aku dah beritahu dia yang pelajaran tetap nombor satu. Aku tak mahu utamakan cinta sampai pelajaran terabai. Alah, dia pun dah nak habiskan pengajian peringkat master. Aku pula berada di semester terakhir pengajian peringkat ijazah. Sekarang pun tengah exam. Dah tinggal berapa hari aje lagi untuk aku habis belajar. Tahun depan would be just just nice kalau nak ke tahap yang lebih serius seperti bertunang dan sebagainya. Aku pun tak mahulah bercinta lama-lama tanpa ikatan yang sah. 
Yes, aku dah tahu apa yang mahu ditulis di atas kad ulang tahun untuk lelaki itu nanti.
'Ayden Aqashah, 
I hope your special day will bring you lots of happiness. May Allah bless you always. I love you forever, Qashah. Well, forever is a long time..but I wouldn't mind spending it by your side. 
Happy birthday!
-Fatihah Nabila-
Itu yang akan aku tulis di atas kad tersebut. Maybe this is the perfect time to drop him some hint. Bisikku dalam hati.
***
The Regency
Bersinar mataku tatkala mata memandang ke arah tulisan pada blok bangunan tinggi berwarna putih di hadapanku saat ini. Betullah ini tempatnya. Berdebar-debar pula hatiku. Lajunya tu lebih dari biasa. Mungkin sebab ini kali pertama aku ke sini. 
Sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta  Myvi berwarna hitam, aku cepat-cepat membetulkan dress labuh paras buku lali dari kain chiffon di tubuh. Baju gaun labuh berwarna ungu pastel ini dihadiahkan Qashah kepada aku sempena birthday aku 2 bulan yang lepas. Punyalah lama aku peram gara-gara terlampau sayang nak pakai. Mesti dia gembira melihat aku dalam persalinan ini. Tak sabarnya!
Dari dalam grab tadi lagi aku sudah dapat bayangkan wajah terkejut bercampur terharu lelaki kacak itu apabila nampak kelibatku nanti. Aduh..makin kuat pula jantung berdetak! Bukan hanya rama-rama aje yang sedang berterbangan ni tetapi dah rasa macam satu zoo ada kat dalam badan aku sekarang. Maklumlah akhir-akhir ini kami jarang berjumpa. Masing-masing busy dengan pelajaran.
Nafas aku tarik dalam-dalam. 
Selalunya tu, memanglah berdebar juga apabila nak bertemu lelaki itu tetapi debaran kali ini lain macam betul. Sebelah tangan menyentuh bahagian dada. Aku mengerutkan wajah. Ah, mungkin sebab ini kali pertama aku akan ke kediaman Qashah setelah lebih 20 juta kali diajak ke mari olehnya. Bukannya tak mahu datang sebelum ini tapi aku takut. Bukan aje takut lelaki itu lepas laku tetapi aku juga takut dengan diri aku sendiri yang mungkin lupa diri. Kalau berdua, mesti ada yang ketiga iatu syaitonnn! Syaitan ni bukan kira siang atau malam tau nak menghasut. Bukankah dari zaman Nabi Adam lagi iblis dan syaitan sudah berjanji untuk menyesatkan manusia? Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini.
Ingat Fatihah Nabila..bertandang di muka pintu aje nanti. Jangan gatal-gatal nak masuk ke dalam rumahnya tu walau apa sekalipun yang terjadi. Aku dah mula beri warning pada diri sendiri. 
Sebenarnya, aku datang ke sini sekadar nak berikan hadiah dan makanan sempena ulang tahun Qashah. Student sengkek macam aku ni manalah mampu nak beli hadiah mahal-mahal. Tangan kiri aku masukkan ke dalam beg tangan yang aku silangkan di tubuh. Kotak yang sudah aku balut cantik aku keluarkan dengan cermat.
Harapnya Qashah sukalah dengan pen dan spaghetti yang aku masak ni.
Mata kini melekat pada tiffin di tangan kiriku. Tingkat pertama telah aku isi dengan favourite fruit si Qashah iaitu dragon fruit atau dalam bahasa melayunya buah naga. Tingkat keduaaku penuhkan dengan favourite food lelaki itu pula iaitu spaghetti carbonara yang aku masak tadi dan tingkat ketiga pun ada makanan yang sama. Maklumlah, dia kan makan banyak. Tapi perut tak boroi-boroi pun sebab lelaki itu rajin ke gym.
 Oh yes, gym memang rumah keduanya sampai susah betul nak bertemu kalau mood rajin work out dia tu datang. Ini pun entah dia ada di rumah entah tidak ni. Maklumlah nak buat surprise, mana boleh beritahu! Bersama senyuman paling manis aku merenung ke arah tiffin aluminium sekali lagi untuk beberapa saat dan kemudian, tangan kanan terus menolak pintu kaca. Pantas kaki mula melangkah masuk ke dalam ruangan lobi kondominium mewah ini.
Anak mata menjalar pada sekitar kawasan lobi yang direka dengan gaya yang sangat elegan. Kata Nellina kondo ini bernilai jutaan ringgit. Betul ke tak tu, wallahualam! Hm, apa agaknya reaksi Qashah apabila melihat kelibat aku di sini nanti? Mulalah aku ketawa kecil sambil melangkah ke arah lif yang terletak di bahagian kanan bangunan. Terbayang senyumannya yang mempesonakan jiwa itu. Qashah yang sangat memahami, Qashah yang gentleman, dan Qashah yang suka menyakat! 
Qashah, today I miss you a little bit more.
 Tak sabarnya nak bertemu lelaki kesayanganku itu. Mata kupejamkan sambil tersenyum panjang dan tubuh aku sandarkan pada dinding lif. Apabila lif berhenti di tingkat 19 aku terus melangkah keluar. Di tengah-tengah laluan aku menghentikan langkah.
Kepala terus tertoleh-toleh ke sebelah kiri dan kanan berulang kali. Ah, sebelah kanan agaknya. Terus aku melangkah ke kanan. Anak mata melekat pada pintu pertama di hadapanku. 
"Betullah ini unit 1901.." Omelku sendirian seraya merenung ke arah nombor yang tertera pada dinding pintu. 
Cepat-cepat tangan menekan loceng pada pintu. Selepas aje hantarkan makanan ni, aku perlu bergegas pulang ke kampung pula. Mak cakap ada perkara penting yang nak dibincangkan.
Debaran semakin menjadi-jadi apabila kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam. Apahal yang aku gelabah sangat ni? Nafas aku tarik dalam-dalam dan tubuh terus aku tegakkan. Dah macam askar sedang dalam perbarisan pulak. Wajah Qashah muncul di balik pintu. Hanya memakai singlet putih yang dipadankan dengan seluar tracksuit. Alamak! Seksinya otot! Dugaan! Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke wajahnya semula.
"Tia?" Ucapnya dengan nada terkejut. 
Tapi kenapa dia nampak tergamam sangat ni? Macam nampak hantu pun ada! Over sangat ke solekan aku? Aku pakai lipstick je kut.
 Dia aku lihat mendongak ke atas untuk seketika dan kemudian meraupkan wajah. Baru aku nak bersuara dia menyoal lagi.
"What are you doing here?" Keruh benar wajahnya tu. Ada keluhan pulak tu di hujung ayat.
Nak terjojol mata aku ni merenung ke arahnya. What am I doing here? Dunia dah terbalik ke? Qashah tanya aku soalan macam ni? Kalau selalu tu dia yang merayu-rayu untuk aku ikutnya ke mari. Apa dah jadi?
Pintu jeriji besi pun tak dibuka langsung. Terasa seperti kedatangan aku ke sini sangatlah tidak diundang. Serta-merta hatiku yang ceria bertukar mendung. Mati terus senyuman di bibirku. Kelu terasa lidah.
Ini bukan reaksi yang aku harapkan dari dia.
 Mana senyuman manisnya? 
Mana gelagatnya yang selalu ceria itu? 
Qashah demam ke? Aku cuba juga berikan senyuman yang paling manis untuknya walau saraf di bahagian muka ni dah kejung gara-gara kecewa.
"Qashah..happy birthday!" Bicaraku dengan gembira. Cuba untuk menghidupkan suasana. 
Tiffin dan kotak berbalut cantik dalam genggaman aku serahkan kepadanya. Dia pula cepat-cepat membuka pintu jeriji besi dan mencapai tiffin serta hadiah dari tanganku. Kemudian, lekas-lekas dia menutup pintu jeriji itu kembali sambil tertoleh-toleh ke belakang.
 Siapa sebenarnya yang berada di dalam sana? Mak dia ada kat dalam ke? Tak pun ayahnya? Tak pun dia ni baru lepas jumpa harta karun dan nak sorokkan dari aku? Lain macam sangat gayanya tu!
"Thank you sayang..awak balik dulu. Nanti saya call." Halaunya dengan kalut. Sekali lagi lelaki tinggi lampai ini menoleh ke belakang. 
Sumpah aku terkedu. Tak percaya melihat reaksinya. Dulu bukan main lagi pujuk aku ke mari sampai dia  pernah merajuklah bila aku tolak ajakannya. Tapi, apa yang terjadi hari ini? Aku hanya mampu tersenyum sumbing bersama hati yang gundah.
"Maaf kalau buat awak tak selesa. Saya pun takde niat nak masuk. Just nak hantarkan hadiah dan makanan tu aje sempena birthday awak.." Beritahuku dengan tenang. Dia meraupkan rambutnya ke atas sebelum bersuara lagi.
"Thank you. I'll call you. Bye." 
Belum sempat aku mengucapkan selamat tinggal, dia terus menarik daun pintu. Terpempan aku untuk seketika. Terjungkit bahuku gara-gara tersentak. Anak mata melirik ke arah dress pemberiannya di tubuhku dengan hati yang pilu. Nafas aku tarik dalam-dalam sambil cuba menepis segala syak wasangka di dalam kepala. Mungkin dia sibuk belajar agaknya. Maka dia tak mahu diganggu? Aku cuba membuat kesimpulan sendiri untuk menyedapkan hati. Bibir memaksa senyuman segaris saat ini sebelum berlalu ke arah lif.
***



Entah kenapa aku masih belum berganjak dari sini. Pemandangan taman yang cantik nampaknya tidak mampu untuk menenangkan hati aku. Terus aku menyandarkan tubuh pada kerusi kayu. Kepala pula aku dongakkan ke atas merenung ke arah langit yang sedikit terlindung oleh dedaunan dari pokok teduhan yang memayungiku saat ini. 
He was acting so weird..! Bisik hatiku.
Takkan sebab sibuk belajar sampai takde masa nak berbual sekejap dengan aku? Dulu masa musim exam elok aje dia ajak aku dating. Cuma aku aje yang selalu menjarakkan pertemuan. Bukan apa, aku tahu tak manis kalau kerap berdua-duaan. Kalau nak kata dia tu demam..lagilah tak logik!
 Qashah tu kalau sakit, lagilah bertambah manja dan clingy! Kejap-kejap telefon suruh masakkan itu ini. Isk..memang lain macam sangatlah kelakuannya tu. Lain macam betul. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari aku.
Entah kenapa perasaan aku mengatakan yang ada sesuatu di dalam rumah itu. Kesimpulan ini aku buat berdasarkan gelagat lelaki itu yang asyik tertoleh-toleh ke belakang. 
Terus aku berdiri. Jantung berdegup kencang saat ini. Cepat-cepat aku meraupkan wajah. Mundar-mundar jadinya aku di hadapan kerusi kayu ini gara-gara perasaan curiga yang semakin merasuk.  Terus aku menutup mulut!
Teringat berita penangkapan 3 orang pelajar di blok asrama universiti minggu lepas kerana mengambil dadah jenis heroin. Sudahlah salah seorang darinya memang rakan sekelas dia. Rapatlah juga dia dengan budak tu. Berderau darah dalam tubuh saat ini. Entah-entah..lelaki itu dah mula ambil dadah tak? 
"Kalau betul, I have to stop him.." Aku memberitahu diri sendiri bersama keluhan yang sangat berat. 
Baru sahaja ingin beredar dari sini, ternampak kelibat Qashah sedang melangkah ke arah kereta mewah berwarna hitam yang sudah tersedia menunggu di hadapan lobi.


 Aik, ajaib betul!
Baru tadi aje aku lihat dia bersinglet macam apek kat pasar, kini lelaki itu sudah nampak sangat segak dengan suit hitam di tubuh!  Tak berkelip mata aku memandang. Dari celah-celah pokok aku mengintai.
Fuhh tampannya..!
Tak pernah aku nampak Qashah setampan itu. Terlopong luas mulut aku saat ini. Gaya jalan pun penuh berkarisma. Dah macam businessman berjaya! Sedikit lagi rahang aku dah boleh jatuh ke tanah. Jemari menenyeh lembut kawasan mata. Aku tak silap orang kan? Anak mata kukecilkan dan kemudian aku menganggukkan kepala.
Memang lelaki itu adalah Ayden Aqashah!
Oh..mungkin dia ada event penting agaknya. Sebab itu dia halau aku balik cepat-cepat supaya dapat bersiap. Aku mengeluh lemah. Tapi, kenapa tidak berterus-terang aje? Sedikit sebanyak  kecil jugalah hati aku ni. 
"Qashah..tunggu I!!"
Darah dalam tubuh bergelojak sampai ke otak tatkala terdengar suara halus-halus manja memanggil nama lelaki itu. Laju nafas aku turun naik saat ini. Terus anak mataku memanah ke arah kelibat seorang gadis jelita yang kelihatan anggun dengan gaun paras betis di tubuh. Di kakinya tersarung kasut bertumit tinggi jenis kitten heels yang sangat cantik. Rambutnya panjang dan berkepok-kepok di bahagian hujungnya. Memang gaya rambut itu cantik dan sesuai dengan wajahnya yang ayu dan disolek nipis itu. Qashah aku lihat menghentikan langkah tetapi tidak berpaling ke arah gadis itu pun.
 Siapa perempuan tu?? adik dia ke? Tali beg yang menyilang tubuh aku genggam kuat. Cuba untuk mencari kekuatan.
Aku masih lagi cuba untuk maintain positif walaupun fikiran dah berkecamuk. Kaki sudah melangkah laju menuju ke arah dua ketul tu.
Sabar, Tia..jangan buat scene kat sini. Mungkin itu saudara kandung dia. Tak pun sepupu sepapat! Aku cuba menyabarkan diri walaupun dada berombak bagai nak gila. Seperti orang kurang oksigen lagaknya gara-gara menahan marah. 
"Sayang..tunggu I, please...! Susah tau I nak jalan dengan kasut 4 inci ni.." Rayu gadis itu. 
Terpempan jadinya aku. Bulat mataku merenung ke arah gadis langsing itu.
Apa? Sayang??!!
Hah! Ini memang mengundang! Sumpah aku dah tak boleh nak positif lagi! 
Kewarasan akal semakin pudar. Lelaki tak guna! Dia curang dengan aku?? Depan-depan pijak semut pun tak mati. Sumpah aku sudah tak dapat kawal diri lagi!
Kalau nak perempuan seksi, cakap! Putuskan aje aku. Tapi jangan mainkan perasaan aku macam ni. Tahulah aku ni hanya orang biasa. Bukan dari golongan VIP yang setaraf dengannya tetapi aku juga punya hati. Hati yang sudah berkecai teruk. Berkaca-kaca mataku sambil menahan sebak di dada.
Terus aku meluru ke arah lelaki itu. Tanpa berfikir panjang kedua-dua belah tangan menolak dadanya dengan kuat namun tubuhnya tu tetap saja tegap berdiri. 
Kenapa aku rasa Qashah semakin sado? 
"Siapa perempuan tu??!!" Aku menyoal dengan geram bersama air mata yang sudah mula mengalir keluar. Tak peduli lagi dengan mascara yang tidak kalis air di mata.
Anak mata kuhalakan pada perempuan yang sedang merenung tajam ke arahku. Tak pernah pula aku nampak dia ni di kampus.
"Sampai hati awak curang dengan saya, Qashah!"Rintihku tanpa memandang ke arahnya. Laju air jernih mengalir di pipi.
 Kedua-dua belah tangan menekup wajah dan aku mula menangis semahu-mahunya. Tak kuat rasanya ingin bertentangan mata dengannya. Baru semalam aku merancang hala tuju perubungan hubungan kami. Rupa-rupanya dia dah ada perempuan lain! Kejamnya. 
"Who are you??" 
Soalan yang keluar dari mulut lelaki itu memang mengundang penampar! 
Sejak bila pula dia ni amnesia??! Terus aku menjerit geram. 
"Awak tanya saya siapa?? Tiba-tiba amnesia pulak?? Bagi balik tiffin saya tadi!" Nada suara sudah naik satu oktaf dari tadi.
Kepala aku dongakkan ke arahnya untuk melihat reaksi lelaki itu namun mulutku terus terkunci saat ini. Tercengang teruk aku jadinya! Sumpah aku keliru. 
Aik! Kenapa wajah Qashah nampak semakin kacak dan berbeza sedikit? Suaranya! Suaranya tu juga lebih husky dan maskulin berbanding Qashah. Mata aku bulatkan untuk seketika dan wajahnya aku teliti betul-betul! Hidungnya juga sedikit mancung dan matanya juga sedikit besar dari Qashah. Kalau diperhatikan betul-betul, ada jambang yang sangat halus menghiasi wajahnya! Hah! Mati aku! Tapi, sekali imbas nampak sama. Tapi..dah berkali-kali imbas ni nampak..lain pulak!
Oh no..I'm in trouble!!!
Tanpa sedar aku mengundur beberapa langkah ke belakang. Cuak terus aku jadinya. Cepat-cepat aku menyeka air mata di wajah. 
"Tiffin apa yang kau mengarut ni? I don't even know you!!" Bidas lelaki di hadapanku ini dengan berang. Tapi nada suaranya tidaklah memekik atau menengking. 
Terus aku meliarkan pandangan ke arah sekeliling. Nasib baik tidak ada sesiapa yang lalu lalang di sini. 
Ya Allah dia ni memang macam Qashah tetapi jujurnya kalau diperhati betul-betul dia ni bukan Qashah!! Anak mata berlari dari hujung rambut hingga ke hujung kasut kulitnya yang hitam berkilat. Qashah aku juga memiliki gaya rambut yang sebijik sejebon macam ni! Serupa! Manalah aku tak salah orang! Dari jauh nampak sama kut! Air liur aku telan dengan wajah yang pucat lesi.
Mati aku! Tapi, perempuan tu pun panggil dia Qashah tadi. Dia pun memang iras Qashah! Jadi haruslah aku confused! Bukanlah salah aku 100 peratus kan?? Ahhh apa yang sebenarnya terjadi ni? Aku keliru!
"Qashah..tell me, siapa pulak perempuan ni?" 
Perempuan yang tadinya hanya diam memerhati drama sebabak ini terus merempuh bahu kanan aku sambil berjalan dan melekat di sisi lelaki yang persis Qashah ini. Auchh! Kurus-kurus pun berat jugak tulang dia ni. Aku pantas mengusap lembut kawasan bahu yang sedikit pedih. 
"Entah perempuan gila mana entah ni. Tiba-tiba tuduh I curang. Ada hati mengaku I ni boyfriend dia. She must be out of her mind! Mental budak-budak sekarang ni dah tenat agaknya. Gila!" Bebel lelaki ini dengan geram kepada perempuan itu. 
Aku terus menentang mata lelaki itu yang sedang mencerlung tajam ke mari. Berasap betul otak aku apabila dikutuk terang-terangan begitu.
"What? Awak panggil saya perempuan gila?" Soalku tidak berpuas hati. 
Bibir aku gigit geram bersama hati yang panas. Dia pula dengan langkah yang bersahaja mendekati aku. Tanpa aku duga kedua-dua belah tanganku diraihnya kemas. Bagai direnjat elektrik, kaku terus aku jadinya saat ini. Apa main pegang-pegang ni! Aku cuba lepaskan tanganku namun tidak berjaya. Debaran semakin lama semakin laju berkompang gara-gara terlalu cemas. Kepala ditunduknya sedikit untuk memandang wajahku dengan jelas. Aku lihat dia betul-betul sedang meneliti setiap inci wajah aku. Gugupnya! Bau wangian yang dipakainya menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Dapat aku lihat warna matanya sedikit cair dari warna mata Qashah..coklat cair!
Tiaaaa! Kau dalam masalah besar ni! Boleh pula kau tenung warna mata dia? Maybe this man is right..you are out of your mind!!
"Look, I don't even know you, crazy lady! Kalau tangan kau ni sentuh aku sekali lagi, aku akan saman kau!" 
Tidak membentak tetapi amaran kerasnya itu mampu buat lutut aku menggeletar. Sedaya upaya aku menarik tanganku dari genggamannya. 
Lepaslah..haram tau tak pegang-pegang! Ustaz kau kat sekolah dulu tak ajar ke?? Namun kata-kata tersebut hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja!
Boleh pula dia tersenyum sinis sebelum melepaskan genggaman tangannya pada kedua-dua belah pergelangan tanganku. Kemudian, dia membetulkan kot di tubuh. 
"So, do you have anything to say now? Dah bisu?" Sindirnya dengan geram sambil memandang ke hadapan sana. 
Alamak kat mana aku nak sorok muka ni? Bikin malu betullah kau ni Tia!! Apabila matanya tu kembali memanah ke mari, aku terus mengundurkan langkah menjauhinya. 
Gadis yang berada di sebelahnya pula kulihat terus mendekatinya dan memaut erat lengan lelaki itu. Sempat dia memberikan aku jelingan paling tajam. Kalah pedang samurai.
"Sudahlah Aqashah. Tak payah layan perempuan gila macam ni. Macam you tak tahu yang ramai perempuan sedang memburu you. Biasalah dunia hari ni..banyak cara orang akan buat untuk dapatkan lelaki perfect seperti you. Nak hidup senang..gold digger!" Sindirnya bersama wajah yang super kelat. 
Dia tuduh aku gold digger? Penggali emas? Kurang asam! Habis dia tu apa? Kapal korek?
Walaupun geram dengan tuduhan gadis itu tetapi lidahku seperti terkunci pula. Mungkin sebab aku tahu yang aku memang bersalah dalam hal ini. 
Aku perasan mata lelaki yang masih berang itu masih berada di wajahku. Sebelum dia mengenakan kaca mata hitam ke wajah, sempat dia meneliti aku dari hujung shawl sehingga hujung kaki. Cuak pula aku jadinya. Matilah kalau dia saman aku!
"Let's go." Gadis jelita itu menarik tangannya untuk pergi. 
Apa aku nak buat ni?
Masalahnya sekarang ni, dia bukan Qashah teman lelaki kau tu dan kau memang bersalah! Kau takde hak nak marah-marah.
Patutkah aku minta maaf? 
Air liur yang aku telan terasa kesat seperti pasir. Nafas lega aku hembuskan apabila lelaki itu berpaling juga akhirnya mengikut jejak langkah gadis cantik tadi. 
Memang dia bukan Qashah aku! Tapi, iras wajahnya, tubuhnya, gaya rambutnya tu..persis betul dengan si Qashah! Tambah-tambah jika sekali imbas dan jika dipandang dari jauh. Nama pun sama, manalah aku tak salah sangka! 
Yang pastinya, hati aku makin tak sedap apabila mengenangkan Qashah yang kat atas sana tu. Kenapa lain macam sangat lagaknya tadi? Aku tidak mahu lagi perkara seperti ini berulang gara-gara sikap curiga yang sudah mula tumbuh dalam hati. Maka, dengan langkah longlai aku mula menapak masuk semula ke dalam lobi. Agaknya Qashah akan marah tak kalau dia nampak muka aku terpacak di hadapan kediamannya sekali lagi?
***
Salam and hi everyone! Thank you sudi baca. Semua komen boleh diberikan di instagram or FB group bila suri ryana menaip ya  :D Maaf kalau ada kesalahan ejaan atau kesalahan-kesalahan lain sebab ini adalah versi paling raw dan tak edit. Jumpa di bab 2 isnin nanti! :D