Wednesday, 19 February 2020

Perfectly Halal! [Bab 12 & Bab 13]







BAB 12     

BAB 12
Dalam keadaan mamai aku membukakan mata. Berkerut dahiku jadinya. Alamak, terlelaplah pulak! Terus aku teringat yang aku sekarang ni berada di dalam kereta. Berkongsi ruang belakang dengan Tuan Aidid pulak tu. Oh my Allah! Harap-harap sopanlah aku tidur tadi. Nafas aku tarik dalam-dalam. 
Tia, maintain cool, Tia..maintain cool! Aku mengingatkan diri. 
Kedengaran suara Mak Ngah dan Abang Lan sedang rancak berbual dengan nada yang agak perlahan di bahagian hadapan kenderaan. Mungkin tidak mahu mengganggu Tuan Aidid agaknya. Entahlah apa topik perbualan mereka.  Aku tak pasang telinga pun.
Erm..agak-agak kalau nak ke tandas, berani tak aku nak beritahu Abang Lan suruh berhentikan kenderaan? Macam tak berani aje..!
 Aduhhh! 
Kedua-dua belah tangan meraup lembut wajah dan kemudian jemari membetulkan tudung bawal di kepala. Perlahan aku menoleh ke kanan untuk menilik mood Tuan Aidid. Kalau dia nampak happy, mungkin aku boleh berani-beranikan diri minta Abang Lan berhentikan kereta sebentar. Namun, terdiam seketika aku jadinya apabila mataku melekat pada lelaki itu. Apa sudah jadi ni? 
So workaholic! 



Buntang mataku merenung ke arah fail-fail yang bersusun di atas kerusi belakang ini. Sejak bila ruangan belakang kenderaan ni dah bertukar jadi meja pejabat? Betul-betul kat sebelah aku ni pulak, ada senaskah buku yang tebal. Terus aku mengesot ke tepi. Bukan apa, takuttt kalau aku terduduk pulak atas buku ni. Tak ke niaya? Tuan Aidid tu muka aje sama macam Qashah tetapi perangai mereka bagai langit dengan bumi! Gerun pun ada juga aku dengan dia ni. Tak perlu dia buka mulut, tenungannya aje pun mampu buat aku kehilangan aksara. 
Anak mata menjalar ke arah lelaki itu yang nampaknya sedang sibuk menaip sesuatu pada komputer di atas ribanya. Tegang dan serius aje wajahnya. Memang segala fokusnya hanya pada skrin di hadapan mata. Kemudian, dia mencapai sebuah fail di atas kerusi. Setelah beberapa helaian fail diselak-selak dengan wajah yang berkerut, dia mencatatkan sesuatu di atas helaian kertas dalam fail tersebut. Setelah itu, pen yang hitam berkilat itu diselitkan di belakang telinga dan jemarinya kembali lincah menekan papan kekunci. Ralit pula aku lihat lelaki ini bekerja. Nampak serius aje wajahnya tetapi gayanya sangatlah berkarisma. Memang nampaklah dia memberikan seratus peratus pada apa yang dilakukannya. Tak hairanlah kalau dia menjadi anak harapan Dato' Aziz untuk mengembangkan syarikat. 
Nak harap Qashah? Hm..no comment!
Tak terkejut pun kalau betul kata Ica yang keluarga Maya Nisreen berkenan habis dengan Tuan Aidid nak buat menantu! Sah-sah Tuan Aidid adalah seorang yang boleh diharap untuk memajukan perniagaan keluarga mereka juga. Cuma aku rasa, dia perlu lebih romantik dan lemah lembut sikit dalam melayan gegadis. Mata aku kecilkan sedikit saat ini. Haaa part tu, berdasarkan pemerhatian aku yang tak berapa hari ni, memang dia kurang sikit berbanding Qashah. Bab-bab melayan dan mencintai wanita memang kepakaran si kasanova tu! 
Tapi kalau pandai sangat pun bahaya juga, nanti end up nya curang dengan ramai wanita pulak. Erghh payah!
Baru sahaja aku nak mengalihkan pandangan, anak mata Tuan Aidid tepat menikam anak mataku. Tergamam terus aku jadinya. Terus aku melarikan pandangan ke arah luar kenderaan. Rasa nak luruh jantung. Itulah Tia, sesedap rasa kau menganalisa lelaki ini tadi. Kalaulah dia tahu kau komen itu dan ini tentang dia.., masak kau! Ah, tak jadilah nak ke tandas. Takpe, dah tak jauh dah ni. Kejap lagi sampailah tu. Aku memujuk hati.
Deheman lelaki ini yang tiba-tiba itu buat aku tersentak. Nafas aku tarik dalam-dalam. Cuba untuk menenangkan diri.
"Abang Lan." Suara yang sedikit garau itu menampar gegendang telinga.
"Yes, Tuan Aidid." Abang Lan terus merenung ke arah majikannya ini melalui cermin pandang belakang pada kenderaan. 
"Berhentikan kereta sebentar dekat petrol station depan tu ya. Saya nak beli air." Pinta lelaki ini. 
"Baik, Tuan Aidid." Jawab Abang Lan. 
Ya Allah, aku rasa nak sujud syukur aje saat ini. Sepertinya Tuan Aidid boleh membaca fikiran aku pula. Lega betul mendengar permintaan lelaki di sebelahku ini. Anak mata aku halakan ke bahagian luar kenderaan sahaja saat ini. Mencari-cari bayang stesen minyak yang dikatakan Tuan Aidid itu. Mesti dah selalu sangat Tuan Aidid ke Cameron Highlands. Sampai dia tahu ada stesen minyak apa di hadapan tu. Aduhh kritikal dah ni keadaan aku!
Lega rasanya apabila tidak sampai 5 minit, Abang Lan membelok kereta ini masuk ke kawasan stesen minyak.  Sebaik sahaja kenderaan berhenti, Abang Lan terus menoleh ke belakang. 
"Tuan Aidid nak saya tolong belikan air untuk Tuan Aidid?" Soal lelaki itu.
"Nope, it's okay Abang Lan. Saya pergi sendiri." Balasnya. Komputer riba diletakkan di atas fail di sisi kiri. 
"Baiklah, Tuan Aidid." Ujar Abang Lan. 
Ahhh, cepatlah keluar! Aku dah tak tahan ni! Sebaik sahaja lelaki itu keluar dari kenderaan aku terus bersuara dengan kalut pada Abang Lan dan Mak Ngah.
"Mak Ngah, Abang Lan! Saya nak ke tandas kejap." Laju kemain aku bercakap.
 Maklumlah, dah tak tahannn!!
"Jangan lama-lama ya, Tia." Pesan Abang Lan. Terus aku gelengkan kepala. 
"Tak tak..kejap je!" 
Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus membuka pintu kenderaan. Kalau boleh terbang, dah lama aku terbang! Laju kaki berlari menuju ke tandas yang letaknya di bahagian kanan stesen minyak. Fuhh! Nasib baik kosong tandas ni! Alhamdulillah! Terus aku masuk dan mengunci dari dalam. Sebaik sahaja selesai melepaskan hajat, kelam-kabut aku membersihkan  tangan dan keluar dari tandas. Tak sempatlah nak tilik muka atau belek tudung! Maklumlah, karang sebab aku Tuan Aidid kena tunggu pulak. Bukankah Abang Lan dah pesan tadi supaya jangan lambat? Maksudnya, dia pun takut dengan Tuan Aidid , si Mr. Dictator  tu. Berlari jadinya aku ke arah kenderaan. 
Nak cepat punya fasal, aku sudah terlanggar sesuatu!
"Heyyy!"
 Satu suara menampar telinga dan aku juga tanpa sedar turut terjerit sama gara-gara tangan kiri yang terasa sejuk dan basah!!
"Astaghfirullahalazim!" Aroma sesuatu yang sangat manis sudah naik ke hidung!
Buntang mata merenung ke arah tangan yang sejuk disiram sesuatu. Minuman ringan Coca-Cola rupanya! Terus aku mendongakkan wajah. 
"Maafkan saya. Saya akan ganti..." 
Nyata kata-kataku hanya mampu diluahkan setakat itu sahaja. Manakan tidak! Tajam mata lelaki di hadapanku ini menghiris wajah. Yang lagi buat aku kalut, lengan kanan kemeja putihnya sudah basah disimbah air Coca-Cola! Habislah aku!! Air liur yang aku telan terasa kesat. 
"Tuan Aidid! Saya minta maaf! Saya akan gantikan balik air tin tu." Kelam-kabut aku bersuara. 
Aku lihat dia sudah mula mendengus kasar. Matanya masih menikam wajahku. Tangan yang basah itu ditepis-tepis. Aduh! 
"Tia, Tuan Aidid, kenapa ni?" 
Nasib baik Abang Lan muncul menyelamatkan suasana. Tuan Aidid mengalihkan juga pandangan dari muka aku.
"Ask her." Dengusnya dengan wajah yang tegang. 
Nasiblah dia bukan jenis suka menengking. Kalau tak, tak ke malu kalau orang sekeliling tengok? Aku hanya mampu menundukkan wajah merenung kasut converse hitam di kaki sahaja. 
"Abang Lan, keluarkan t-shirt berkolar warna hitam dari dalam bagasi saya di bahagian bonet. Saya tunggu dalam kereta." Akhirnya dia bersuara. 
"Baik Tuan Aidid." Balas Abang Lan yang sentiasa sedia menurut perintah.
Aku hanya mampu berdiri dan menundukkan wajah bagai seorang pesalah. Serabut terus kepala otak aku! Anak mata Tuan Aidid mencerun ke arahku saat ini.
"And you! I'm not finished with you yet ya!" Nyata kata-katanya itu mampu membuatkan aku tergamam. 
Terpisat-pisat aku jadinya melihat dia berlalu pergi ke arah kenderaan. Abang Lan pula hanya mampu memandang wajahku dengan penuh simpati.
"Abang Lan..habislah saya..saya memecut tadi sebab nak cepat. Tak sangka terlanggar tin air di tangannya." Luahku dengan perasaan risau bercampur sedih yang makin menjadi-jadi. 
Apa aku nak buat ni? Dia akan pecat aku ke?? Abang Lan boleh pula chill-chill je saat ini. Senyum aje dia ke arah aku.
"Takpe Tia..Tuan Aidid tu nampak aje garang. Tapi, percayalah dia tak seteruk yang Tia sangka." Lelaki yang berkemeja lengan pendek berwarna putih ini cuba menyedapkan hati aku. 
"Abang Lan..saya dah buat kesalahan besar tau. Ah, mesti dia bengang gila dengan saya." Ujarku lagi.
 Sejujurnya, aku memang betul-betul pasrah saat ini. Kalau kena pecat sekalipun, aku harus redha.
"Relax la. Benda dah nak jadi, Tia. Abang Lan dah lama kerja dengan dia. Abang Lan tahulah perangainya." Yakin betul Abang Lan ni. Kemudian dia bersuara lagi.
"Dah, masuk dalam kereta cepat." Suruhnya. Terus aku menganggukkan kepala. 
"Baiklah.." 
Laju kaki melangkah menuju ke arah kenderaan berwarna hitam di hadapan sana. Apa ke malang sangat nasib aku? Kenapa aku tak terlanggar orang lain aje? Kenapa asyik terlanggar dia memanjang? 
Kenapa dia? Kenapa?!! 
Menggeletar rasa tangan ketika membuka pintu kereta. Lelaki itu sudah berada di dalam sana. Entah-entah dia sedang membebel tentang aku pada Mak Ngah agaknya? Masuk aje dalam kenderaan, anak mata aku mendarat pada tompokan besar air coca-cola yang mewarna separuh lengan tangan kemeja putihnya. Nasib baik hanya bahagian itu sahaja yang basah. Rupanya, tekaan aku salah. Tuan Aidid tak membebel pun. Dia hanya diam sahaja membelek surat khabar. Jujurnya, bertambah gerun pula apabila dia diam begitu. Mata aku kerlingkan ke arah Mak Ngah di hadapan. Tenang-tenang aje  ibu saudaraku itu  dengan telefon bimbit di tangannya. Maksudnya, Tuan Aidid memang tak bercerita apa-apa. Tak senang duduk aku jadinya. Apabila Abang Lan masuk ke dalam kenderaan, aku terus menghalakan pandangan ke arahnya. Lelaki itu menoleh ke mari dan sehelai t-shirt berwarna hitam yang masih kemas terlipat dihulurkan ke arah Tuan Aidid. 
"Tuan Aidid, ini bajunya." Ucapnya kepada lelaki di sebelahku ini. Aku hanya diam sahaja memerhati. Terus Tuan Aidid mencapai baju tersebut.
"Thanks." Ucapnya ringkas. Aku lihat Abang Lan mengerutkan sedikit dahinya.
"Tuan Aidid nak salin baju di mana?" Soalnya kehairanan. 
Selamba betul lelaki di sebelahku ini membuka butang pada kemejanya, menampakkan bahagian dalam singlet putih yang terletak kemas di tubuh. Tersentak aku saat ini!
Biar betulll dia ni?! 
"Di mana lagi? Di sinilah. Saya pakai singlet, Abang Lan. Nasib baik singlet tak basah." Tuturnya bersama keluhan di hujung ayat, menambah serabut di otak aku!
"Eloklah kita gerak sekarang, Abang Lan." Sambungnya lagi. 
Abang Lan hanya menganggukkan kepala dan kemudian menoleh ke hadapan.
"Baik, Tuan Aidid." Ucap Abang Lan sambil menekan minyak.
Tergamam jadinya aku. Ah sudahhh! Serius laa dia sedang salin baju kat sini?? Walaupun dia pakai singlet, tapiiii macam tak kena aje! Adoi la. Walaupun bukan aurat, tapi aku tetap tak selesa!
Oh nooo! Selamba sahaja dia membuka kemeja yang dipakainya tu. Terkejut punya fasal, aku terus menekup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan. Terimbas kembali apa yang aku nampak semasa hari pertama bekerja. Aku tahulah dia pakai singlet tetapi aku tetap rasa gerun! Janggalnya!


"Like this is your first time tengok badan aku!" Gumamnya dengan sangat perlahan. Tersentak teruk jadinya aku. Semakin rapat tangan menekup wajah!
Apa? Telinga aku tak salah dengar kan dia cakap macam tu? Isk! Kurang asam betul! Nak buat aku bertambah kalut ke apa ni?! Berbahang jadinya wajah aku! I need more oxygen! Por favor!
"Apa dia, Tuan Aidid?" Soal Abang Lan di kerusi pemandu pulak. 
"No, nothing..baju ni dah ketat sikit." Tenang betul dia menipu! 
Eeee aku cekik juga dia ni!
"Ohh..tuan makin sadolah tu." Kemain Abang Lan memuji! Tangan aku leraikan dari wajah tetapi
pandangan aku halakan pada bahagian kiri kenderaan sahaja.
"Macam mana boleh tumpah airnya tu, Tuan Aidid.." Suara lembut Mak Ngah pula berkumandang. Penuh simpati. Takut-takut aku mengerling ke arah lelaki itu. Nyata dia yang sudah siap berbaju kini sedang merenung ke mari juga dengan sangat sinis. 
"Tanyalah dengan anak sedara Mak Ngah ni." Ada ketawa lain maciam di hujung ayat.
 Dia menjawab dengan sopan tetapi sangat sinis sekali. Kelam-kabut aku bersuara.
"Mak Ngah..Tia tak sengaja terlanggar Tuan Aidid tadi. Maklumlah nak cepat.." 
Terkejut jadinya Mak Ngah. Terus dia menoleh ke mari. Bulat matanya merenung ke arahku.
 Mak Ngahhh! Tolong Tiaaaa! Aku merayu dalam hati.
"Lah..ye ke?" Gumamnya sedikit terkejut. Dia kemudiannya menoleh ke arah Tuan Aidid pula. 
"Tuan Aidid, Mak Ngah minta maaf bagi pihak Tia. Biar Mak Ngah yang basuhkan baju kemeja Tuan Aidid tu ya?" 
Anak mata aku mendarat pada kemeja di atas ribanya. Boleh pula lelaki di sebelah ini ketawa kecil. Isk, lain macam sekali ni..lain macam sekali! Anak matanya merenung ke arahku dengan sedikit misteri. Kemudian dia tersenyum lagi sebelum anak matanya kembali ke wajah Mak Ngah.
"Eh..Mak Ngah takde salah dengan saya pun." Perlahan dan tenang sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Kemudian, dia mengerling ke arahku. 
"Lagipun, Tia dah tawarkan diri untuk basuh baju saya ni sampai bersih." 
Belum sempat aku tergamam, dia bersuara lagi.
"Handwash!" Sinis betul kedengarannya ayat bernada arahan itu di telingaku. Kedua-dua belah kening dijungkitkan ke atas.  Tersentak aku jadinya.
"Oh ye ke.." Luah Mak Ngah. 
"Ye, Mak Ngah! Tia dah buat salah kan, jadi Tia tawarkanlah diri untuk basuh baju Tuan Aidid.." Bibir aku paksa menuturkan kata-kata itu. Dasar dictator! Macamlah dia tak mampu hantar dobi! Saja je nak kenakan aku!
"Baguslah kalau begitu Tia. Senang hati Mak Ngah tengok kematangan Tia ni." 
Sumpah aku tak tahu nak nangis ke nak gelak ke dengan pujian Mak Ngah itu. Serentak dengan itu lelaki ini meletakkan baju kemejanya ke atas riba aku!! Tergamam aku jadinya. Sabar, jantung, kenapa teruk sangat berdebar ni?? Bau wangiannya sudah mula memasuki rongga hidung. Gugup terus aku saat ini. Otak masih tak dapat mencerna situasi ini. 
Aku?? Basuh baju Tuan Aidid??  Yang nyata lelaki itu sedang merenung ke mari. Ada senyuman senget yang lain macam di wajahnya membuatkan aku rasa sakit hati pulak.
Sabar Tia, sabar..apalah sangat basuhkan sehelai baju kemeja? Kira baguslah hukuman ni dari dipecatnya kau terus!
Anak mata aku sempat bertembung dengan anak mata Abang Lan melalui cermin pandang belakang. Dia hanya tersenyum sahaja ke arahku. Aku pula mampu tayang wajah simpati aje. Sesedap rasa ye Tuan Aidid ni mengenakan aku? Apa? Handwash?? Anak mata hanya mampu merenung sahaja ke arah baju kemeja yang masih berada di atas ribaan aku ni sebelum merenung ke luar tingkap semula dengan perasan yang bercampur baur! Mixed feelings! Bak kata King Coco, lots of mix, you know..lots of mix!
***
BAB 13
Alhamdulillah, setelah lebih kurang dua jam perjalanan, sampai juga aku ke Cameron Highlands!  Sejuk juga kat atas ni! Nasib baik aku pakai sweater! Subhanallah nyaman sungguh villa milik keluarga Tuan Aidid di Cameron Highlands ini. Konsepnya ala-ala vila di Bali nun yang sangat harmoni dengan alam. Berliku jugalah jalannya untuk sampai ke vila ni. Laluannya sedikit sempit dan curam. Sepanjang jalan ke sini aku disajikan dengan pemandangan ladang dan kebun teh di kiri dan kananku. Ya Allah, sangat-sangat mendamaikan walaupun dalam kenderaan tadi hati aku menahan pelbagai jenis rasa gara-gara insiden yang terjadi di antara aku dan Tuan Aidid!
 Indah, nyaman dan functional! Itulah perkataan-perkataan yang boleh menggambarkan rekaan seni bina vila setingkat yang mempunyai tanah sekeliling yang sangat luas ini. Ada bahagian pada dinding  vila ini menggunakan kayu yang berkualiti tinggi dan diukir dengan sangat halus sekali.




 Ada bahagian pada dinding  vila ini menggunakan kayu yang berkualiti tinggi dan diukir dengan sangat halus sekali                    

Ruang tamu juga berkonsepkan ala Bali dengan perabot kayu berwarna coklat menghiasi ruangan itu. Hanya dinding kaca digunakan membuatkan ruangan itu lebih luas dan nyaman. Melalui dinding kaca itu, pemandangan taman terbentang indah di sebelah kanan dan sebelah kiri pula pemandangan kawasan kolam renang terpampang cantik di hadapan mata. Kata Kak Fira, di dalam beberapa bilik utama vila ini mempunyai private pool sendiri. 
Wahh..bukan kaleng-kaleng ni!
Telekung yang berada di tangan aku sangkutkan ke dalam almari kayu. Kemudian, aku melangkah ke arah dinding kaca di sebelah kananku. Nak tenangkan fikiran kejap. Tirai aku buka sedikit. Cantiknya pemandangan di luar tu. Hijau dan nyaman. Cuma aku belum berkesempatan untuk jalan-jalan melawat kawasan. 
"Tia..maaf tau."
Suara itu membuatkan aku menghalakan pandangan ke arah katil di belakangku. Eh ingatkan dia sedang tidur tadi. Dah bangun ke?
"Kenapa pula akak minta maaf?"Soalku kepada gadis yang kelihatan sedikit letih itu.
"Tadi akak lupa nak beritahu Fira tentang kedudukan Tia dalam kenderaan. Mati-mati akak ingatkan Kak Mun beritahu Tia. Tahu tak! Akak pun dapat tahu last minute yang Tuan Aidid akan ikut. Itu yang terpaksa bawa kereta satu lagi tu. Tapi selesa jugalah datang dengan dua kereta." Panjang lebar gadis yang masih berbaju seragam putih itu membuat penjelasan.
Anak mata aku halakan pada Kak Fira yang sudah mula bangun dari pembaringan. Bahagian belakang tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Sepanjang aku berada di sini aku akan berkongsi bilik dengan Kak Fira. Bilik ini memuatkan dua katil single sebelah menyebelah. Mak Ngah pula berada di bilik sebelah. Bilik itu kecil sedikit berbanding bilik ini. 
"Tau tak, Tia rasa macam nak duduk dalam bonet je tadi Kak Fira. Janggalnya duduk sebelah Mr. Dictator tu." Luahku sambil mencebikkan bibir. 
Cepat-cepat Kak Fira meminta maaf sekali lagi. 
"Sorry okay..Kak Mun lah ni. Lambat beritahu! Padahal tugas dia bab susun-menyusun ni! Kita hanya ikut arahan dia aje." Bebelnya sambil menyebakkan rambut yang terjuntai di wajah ke belakang kepala. 
"Tahuu..memang salah Kak Mun! Terlalu suka sangat cari salah orang sampai salah sendiri tak nampak! Big headed betul!" Getusku dengan geram. 
Ikutkan hati mahu sahaja aku membuka pintu gelongsor ini dan keluar ke taman. Tapi, kata Kak Fira sekejap lagi kami dah perlu ke bilik Datin Mahani. 
"So, macam mana? Seronok duduk dengan Tuan Aidid tadi?" Soalan Kak Fira membuatkan aku terus menutup tirai rapat-rapat. 
Terus kaki kemudiannya melangkah ke arahnya. 
"Seronok sangat tak terkata!" Sinis jawapanku sambil menjulingkan mata ke atas sambil melabuhkan punggung di birai katil.
Kak Fira terus ketawa besar. Bantal ditariknya rapat ke dalam pelukan.
"Abang Lan cakap Tia kena basuh baju Tuan Aidid.." Kata-kata Kak Fira membuatkan aku terdiam.
 Lain macam sengihan Kak Fira saat ini. Sengihan itu kemudian menjadi ketawa besar.  Terus kedua-dua tangannya menekup mulut. Isk, Abang Lan ni suka membawang rupanya ya! 
"Pakcik bawang betullah Abang Lan ni." Luahku dengan sedikit geram. 
Kak Fira masih lagi ketawa. Peha aku ditamparnya lembut.
"Taklah..Abang Lan tu baik orangnya. Dengan Kak Fira aje dia suka membawang sebab kami agak rapatlah juga. Sejak di kediaman Dato' Aziz di Shah Alam tu lagi kami rapat. Maklumlah, kami mula bertugas pada hari yang sama dulu. Dia tu seorang yang boleh dipercayai, Tia." Beritahu Kak Fira. 
Semakin lama aku mengenali Kak Fira, semakin selesa pula aku dengannya. 
"Oh..macam tu.." Aku hanya menganggukkan kepala.
"Apa sebenarnya yang terjadi, Tia?" Soalnya dengan penuh minat. 
Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Serta-merta wajah beku lelaki itu terbayang di ruang fikiran. Sebut tentang dia, sesampai sahaja di sini tadi, kelibatnya terus menghilang. Semasa semua orang melepak di ruang tamu tadi pun dia takde. Serius aku memang tak nampak langsung dia masuk ke dalam vila ini. Kasutnya pun takde di rak kasut. Aku tahulah sebab aku yang membantu Mak Ngah menyusun kasut-kasut di rak tadi. 
"Tia! Cepatlah cerita!" Kak Fira menggesa aku dengan nada tak sabar. Aku terus bersuara. 
"Masa berhenti di stesen minyak, Tuan Aidid pergi beli air. Saya pula dah tak tahan nak terkucil. Jadi teruslah ke tandas. Abang Lan ada pesan suruh cepat-cepat datang balik ke kereta. Jadi, memang keluar dari tandas tu saya terus pecutlah. Tiba-tiba aje terlanggar tin Coke yang Tuan Aidid pegang. Apa lagi..basahlah lengan baju dia Kak Fira! Siap ada tompokan warna coklat muda lagi." Cerita aku dengan panjang lebar. Terlopong luas mulutnya saat ini. 
"Serius laaa?" Soalnya sambil menjegilkan mata ke mari. Sebelah tangannya menutup mulut. Iyalah, Tuan Aidid tu kan serius memanjang. Memang semua staff takut dengan dia. 
"Seriusssss!!" Kepala aku anggukkan berkali-kali. Mata Kak Fira tak berkelip merenung ke arahku.
"Habis tu dia tak tengking Tia ke?" Terus dia menyoal. Perlahan aku menggelengkan kepala.
"Nasib baik tak..memang dia bengang gilalah dengan saya. Tapi taklah sampai menengking. Cuma tu lah. Dia suruh saya basuh dengan menggunakan tangan bajunya tu." Ujarku dengan wajah yang susah hati.
"Handwash." Ujarku lagi sambil meraupkan wajah. 
Risaunya kalau aku salah basuh ke apa. Mesti mahal kan kemejanya tu. Lagi risau kalau kebersihan baju itu tidak mencapai piawaian lelaki itu. Nampak macam cerewet aje orangnya! Aaaa mulalah aku tak senang duduk! Tak boleh jadi ni! Sepantas kilat aku melompat turun dari katil. Kak Fira pula merenung ke arah aku dengan hairan. 
"Akak rasa kan, Tuan Aidid tu sengaja nak buli Tia la.." Beritahu Kak Fira dengan ketawa yang masih bersisa. 
Tak tahulah nak geram ke apa dengan lelaki tu. Maklumlah, dah memang salah aku pun.
"Memang salah saya pun. Dah lah, Kak Fira. Makin susah pulak hati saya ni. Saya nak basuh baju Tuan Aidid sekarang juga. Tak naklah tangguh-tangguh. Selagi tak pulangkan baju tu, jiwa saya ni tak tenteram tau!" Luahku dengan wajah yang berkerut.
 Resah dan gelisah aje hati aku ni. Terlopong mulut Kak Fira mendengar kata-kata aku.
"Ala relax la Tia..malam nanti ajelah basuh. Tia tak nak rehat ke?" Soalnya. Pantas aku menggelengkan kepala. 
"Takpelah. Malam nanti ajelah rehat." Ujarku. 
Cepat-cepat aku melangkah ke arah beg tangan jenis tote milikku yang agak besar. Buka aje beg, semerbak bau wangian yang dipakai oleh lelaki itu menerobok memasuki rongga hidung. Wanginya. Seakan dia ada di sini pula. Lagilah bertambah gelisah hati ini. Bajunya aku keluarkan dan kemudian laju aku melangkah ke arah bilik mandi.
"Rajin betul Tia ni." Komen Kak Fira.
 Kepala aku tolehkan ke arah gadis yang masih bermalas-malasan di atas katil itu.
"Kak Fira..Tuan Aidid tu bukan macam Qashah tau. Sesiapa yang pemalas pun boleh jadi rajin kalau dapat boss yang serius, muka ketat dan menggerunkan macam tu! Apa lah malang sangat nasib saya ni.." Sebelah tangan sudah menepuk dahi. 
Ketawa besar jadinya Kak Fira. Kepala digelengnya sedikit ke arahku. Aku pula terus menonong masuk ke dalam bilik mandi dengan hati yang masih belum tenang. Macam mana ye kalau dia tak berpuas hati dengan cara aku basuh nanti? Terpaksalah aku gantikan baju ni agaknya. Tak pun mungkin dia akan potong gaji aku.
Erghh whatever!  Pasrah ajelah Tiaaaaa!
***
Aku hanya mengekori langkah Kak Fira ke ruang tamu. Nampaknya hanya Dato' Aziz sahaja yang berada di ruangan ini. Kelihatan jambangan bunga yang sangat cantik berada dalam pelukannya. Wahh untuk Datin Mahani agaknya? Kenapa hati aku pula yang berbunga-bunga saat ni? Kagum aku dengan ketabahan lelaki ini yang setia berada di sisi isterinya di saat wanita itu diuji begitu. 
"Dato' Aziz.." Tegur Kak Fira. 
Terus lelaki itu menghentikan langkahnya. Kepala ditolehkan ke mari. 
"Saya nak membersihkan Datin Mahani dan kemudian, saya akan sediakannya minum petang. Lepas itu saya akan berikan ubat kepadanya." Beritahu Kak Fira kepada lelaki itu dengan sangat detail. 
Dato' Aziz aku lihat membetulkan sedikit kedudukan kaca mata di wajahnya sambil merenung ke mari.
"It's okay, Fira. For today, biarlah saya yang uruskan datin. Lagipun saya nak bawa dia somewhere special sekejap lagi.  You don't have to worry about her. " Ujar lelaki itu.
Tersentuh hati aku mendengar kata-kata Dato' Aziz itu. So sweet and romantic! Dari apa yang aku lihat lelaki ini sangat -sangat sayangkan Datin Mahani yang jelita itu. 
"Baik, Dato'." Ucap Kak Fira bersama senyuman manis di bibir. 
Aku lihat anak mata Dato' Aziz kini berada di wajahku pula. Sebelah tangan diangkatnya ke mari.
"Wait." 
Kak Fira dan aku sama-sama terdiam. Mulalah aku tertanya-tanya apa yang hendak dikatakannya. 
"Kamu anak Cikgu Johari?" Soalnya kepada aku. Perlahan aku menganggukkan kepala. Gugup pula aku rasakan tika ini.
"Ye, Dato' Aziz." Jawabku. Dia tersenyum segaris ke arahku.
"Terima kasih kerana beri saya peluang untuk bekerja di sini." Aku bersuara dengan sopan. Kepala digelengkannya sedikit. 
"No problem." Ucapnya dan kemudian aku lihat dia melangkah menuju ke arah bilik Datin Mahani di sebelah ruangan kanan rumah ini.
 Sebaik sahaja bayang Dato' Aziz menghilang,Kak Fira terus memeluk bahu aku. Gembira bukan main riak wajahnya tu!
"Tia..kita free untuk hari ni! Yahooooo! Bolehlah jalan-jalan!" Bisiknya dengan riang. Aku terus menoleh ke arahnya dengan penuh rasa teruja.
"Jadi, apa plan Kak Fira?" Soalku tak sabar. Kak Fira sudah mengusap dagu sambil mengelipkan anak matanya beberapa kali.
"Jom kita makan scones dan strawberry di Tanah Rata nak?" Cadangannya membuatkan aku girang! Terus aku menganggukkan kepala.
"Nakkk!" Bagai budak dapat lollipop begitulah terujanya aku. 
 Bila lagi nak jalan-jalan kan? Esok mesti kami akan sibuk uruskan Datin Mahani. Terus gadis ini mengeluarkan telefon bimbit dari poket bajunya.
"Kejap Kak Fira ajak Abang Lan sekali. Dia pandailah selok belok kat sini. Maklumlah, dia selalu ke sini." Lincah jemarinya berlari pada skrin telefon bimbit saat ini. 
"Dia orang sini ke?" Soalku. Kak Fira menggeleng perlahan.
"Tak..tapi dia selalu datang ke sini dengan Tuan Aidid." Beritahu Kak Fira. 
Aku okay aje kalau Abang Lan ikut. Bukan apa, Abang Lan tu nampak seperti seorang yang baik. Lagipun aku dan Kak Fira tak biasalah dengan tempat ni. 
Kak Fira terus bercerita.
"Tuan Aidid tu yang banyak membantu uruskan perniagaan teh keluarganya di sini. Dulu, Datin Mahani yang uruskan syaikat. Tapi, sejak dia jatuh sakit, Tuan Aididlah yang banyak mengambil alih untuk sementara."
"Dato' Aziz pula lebih fokus kepada syarikat dan kilang di Rawang tu." Ujar Kak Fira.
"Oh..macam tu." 
 Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Ikutkan hati mahu aku tanya lebih lanjut tentang perniagaan yang diusahakan Dato' Aziz tetapi aku lebih teruja untuk ke Tanah Rata makan scones dan strawberry!
Kak Fira kembali memfokuskan pandangan pada telefon bimbit di tangannya.
"Abang Lan dah reply ni. Lagi 15 minit kita gerak, okay? Jom siap." Ujarnya dengan ceria. Aku terus tersenyum lebar.  Yess!! 
Baru sahaja kami hendak melangkah masuk ke dalam bilik, kedengaran satu suara menegur kami.
"Amboi, nak siap ke mana tu?" Soal Mak Ngah yang nampak kemas dengan apron di badan. Terus aku bergerak ke arah wanita itu. Bahunya aku peluk erat.
"Mak Ngah, Tia nak ikut Kak Fira dan Abang Lan makan strawberry dan scones di Tanah Rata. Mak Ngah nak ikut tak?" Soalku bersama senyuman. Mak Ngah menggelengkan kepalanya. 
"Tak naklah. Mak Ngah nak masak untuk makan malam. Cuma jangan balik lewat malam pula!" Pesanannya membuatkan aku dan Kak Fira menganggukkan kepala.
"Baiklah Mak Ngah. Jangan risau, kami akan balik awal." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. 
"Mak Ngah janganlah risau ya." Ucap Kak Fira pula.
"Pergilah bersiap. Nanti lewat pula korang keluar." Ujar Mak Ngah. Terus aku mencium pipi wanita ini.
"Bye Mak Ngah!" Pamitku dan aku terus melangkah ke arah bilik. 
Teruja juga hendak jalan-jalan Cameron Highlands ni. Dah lama aku tak ke mari. Macam dah lupa pula keadaan kat tanah tinggi ini. Tenang sikit rasa hati untuk keluar berjimba. Maklumlah, baju Tuan Aidid pun sudah aku basuh dan sidai. Tinggal nak pulangkan aje esok setelah baju itu kering nanti. Jadi, bolehlah aku keluar dengan senang hati sekejap lagi. 
***
Sedutan bab akan datang 
Lokasi : Rumah pokok Tuan Aidid




"Look, you're not supposed to be here you know                    

"Look, you're not supposed to be here you know..dengan kasut macam tu..dan dengan persekitaran sunyi macam ni. Berdua-duaan dengan lelaki yang kau tak pernah kenal pun."
"Tapi.."
"You don't even know me Tia..don't you think this is just too dangerous for you..?"
"Tapi, Tuan Aidid bukan orang jahat kan.."
"Well..do you know what's your problem? You trust too much. Sebab itu selama bertahun kau dengan Qashah, baru bulan lepas kau tahu dia curang dengan Emylia."
"Tuan Aidid kenal Emylia?"
"It's time for you to go!!"
***
Love Notes
Assalamualaikum everyone!  Tia dah sampai Cameron Highlands! haha! Well, babak-babak di Cameron akan lebih banyak di bab akan datang :D
Sorry kalau pendek posting kali ni TAPIII in syaa Allah, Bab 14 dan bab 15 hari jumaat atau sabtu nanti okay? :D 
Agak-agak Tuan Aidid happy tak dengan keadaan baju dia yang Tia handwash tu? haha xD 
Jumpa lagi di lain love notes jumaat or sabtu nanti ya!
Thank you so much sudi baca, vote dan berikan komen. Semua komen boleh diberikan di grup FB : Bila Suri Ryana menaip. Jumpa di sana! :D 
Till then, take care okayy!