Sunday, 23 February 2020

Perfectly Halal! [Bab 17 & Bab 18]



BAB 17                    

BAB 17
Alhamdulillah, makin lama makin kurang kepedihan luka di kakiku ini. Setelah beberapa jam berlalu aku tidak lagi terhencot-hencot seperti tadi. Betullah kata orang, luka luaran tak sesakit luka di hati.
 Apa lagi yang Qashah mahukan dari aku?
 Tak habis-habislah nak semakkan kepala otak aku yang dah sedia serabut ni. Sweater berwarna hitam di tubuh aku betulkan dan perlahan kaki melangkah ke arah almari. Anak mata berlari pada baju-baju yang bergantungan di hadapan mata. Tanganku mencapai blouse gabungan dari kain lace dan chiffon yang berwarna putih bersama palazzo berwarna coklat cair. Kata Kak Fira, semua baju-baju ini PA Datin Mahani yang sediakan. Aku tak pernah pula berjumpa dengan pembantu peribadi wanita itu.
Sekejap lagi, Kak Fira akan menemani Datin Mahani ke ladang teh. Maklumlah, esok kami semua akan berangkat pulang. Sempat juga aku minta Kak Fira belikan aku beberapa kotak teh untuk dibawa pulang buat keluargaku. 
Bersama baju di tangan aku melangkah ke arah Kak Fira dan Datin Mahani yang berada di sisi katil. Sambil membantu Kak Fira memakaikan pakaian pada Datin Mahani, aku sempat juga memerhati sekitar kawasan bilik tidur utama ini. Cantik betul. Bilik ini dilengkapi dengan kolam renang mini. Rekaan dan hiasan dalamannya pula seakan-akan bilik resort yang pernah aku duduk di Bali semasa percutian keluarga tahun lepas. 

"Tia                    

"Tia..tolong Kak Fira butangkan baju Datin Mahani boleh? Kak Fira nak sediakan lunch dengan ubat-ubatan datin." Pinta gadis yang sudah cantik bertudung ini.
 Maklumlah nak keluar jalan-jalan. Dengan pantas aku menganggukkan kepala ke arahnya.
"Eh..boleh. No problem!" Balasku dengan senyuman.
"Thank you." Sempat dia berkata begitu sebelum melangkah   pergi.
Aku pula terus melangkah supaya berada betul-betul di hadapan Datin Mahani. Rambut yang ditocang satu aku betulkan dan aku terus membongkokkan sedikit tubuh saat ini supaya dapat melihat wajah wanita ini dengan lebih jelas. Seperti biasa Datin Mahani hanya merenung kosong sahaja ke hadapan sana. Aku terus tersenyum sambil bersuara. 
"Erm..Datin Mahani, saya butangkan baju datin ya?" Aku meminta izin.
 Aku lihat dia hanya diam sahaja. Tiada respons langsung. Teragak-agak aku membutangkan baju di tubuhnya. Sambil itu aku cuba juga berbual dengan wanita ini. Mana tahu kalau dia memberikan respons positif?
"Kata Kak Fira, semalam datin ke ladang teh ya? Mesti best kan? Saya baru dapat tahu datin yang uruskan ladang teh tu sebelum ni." Ujarku.
 Datin masih juga tidak menunjukkan minat.
"Hebatnya datin. Business minded! Bukanlah satu kerja yang mudah untuk menguruskan ladang  teh yang berhektar-hektar luasnya itu. Siap dengan kilang dan kafe lagi." Pujiku.
Sejujurnya, aku bukan nak membodek ke apa. Tapi, pujian itu ikhlas dari hati. Serius, aku kagum dengan wanita besi ini yang berjaya menerajui perniagaan teh dan seterusnya mengembangkannya ke tahap yang sangat membanggakan. Bukan satu kerja yang mudah. 
Kemudian, aku terus bercerita.
"Saya belum sempat lagi ke ladang teh. Cuma semalam ada la saya, Kak Fira dan Abang Lan ke ladang strawberry. MN Strawberry Farm milik Cik Maya Nisreen." Aku lihat matanya berada tepat di wajahku saat ini. 
Nyata dia berminat sekali dengan ceritaku. Betullah kata Kak Fira yang Datin Mahani memang sukakan Maya dan sangat rapat dengannya dulu. Terus aku tersenyum manis sambil membetulkan kedudukan bajunya sedikit. Sikat di atas meja solek aku capai dan aku kembali berdiri di hadapan Datin Mahani. 
Kenapa matanya masih merenung ke mari? Seakan ingin mendengar cerita aku dengan lebih lanjut lagi.
"Semalam saya ternampak Cik Maya di sana. Cantik orangnya. Sama padanlah dengan Tuan Aidid. Pandai Datin Mahani pilih bakal  menantu.." Ucapku dengan lembut. 
Sebaik sahaja aku berkata begitu, Datin Mahani terus menekupkan mulutnya dengan kedua-dua belah tangan untuk seketika. Eh kenapa matanya berair  pula? Kaku terus tubuh aku. Tak jadi nak menyisir rambutnya. Perlahan aku lihat wanita ini menggelengkan kepala. Kemudian, ada jernih mengalir turun ke pipinya. Hah!! Apa yang sedang terjadi ni? Datin Mahani menangis! 
Cemas terus aku jadinya!
"Datin! Kenapa Datin menangis ni?" Soalku dengan sangat kalut. 
Takkanlah gembira dengar nama Maya sampai menangis pula?? Terus terjelepuk aku ke atas lantai. Kedua-dua belah tangannya di atas ribanya aku ramas lembut. 
"Saya salah cakap ke?" Soalku dengan berhati-hati. 
Masalahnya, tangisannya itu semakin menjadi-jadi saat ini!! Habislah aku! Apa aku nak buat ni? Terus aku selitkan rambutku ke belakang telinga dengan cemas. Mencurah-curah air matanya keluar membasahi pipi. Semakin lama semakin kuat dia menangis! Sehingga tersedu-sedu jadinya dia. Kepala pula digelengkannya berkali-kali. Allahu..apa salah aku?? 
Alamak! Mana Kak Fira ni?? 
Niat di hati nak panggilkan Kak Fira tapi takkanlah aku nak tinggalkan dia sendirian? Kalau dia terjatuh ke apa nanti bagaimana? Ahhh! Jantung sudah mula berdetak cemas. Kelam-kabut aku memegang kedua-dua belah bahunya.
"Alaa..jangan macam ni Datin Mahani..saya minta maaf. Ampunkan saya kalau saya salah cakap." Rayuku dengan bersungguh-sungguh.
 Kepala terus digelengnya dan dia meraung-raung saat ini. Nampak seperti ketakutan pun ada. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. 
"Kak Fira!" Aku terjerit cemas. Buntang matanya merenung ke mari. Kak Fira terus berlari ke mari dengan kelam-kabut. 
"Tia..kenapa datin menangis? Apa yang dah jadi?" Soalnya bertalu-talu. Kelu terus lidah aku. Sesak terasa dada gara-gara rasa risau yang merasuk hati.
"Kak Fira..saya.." Belum pun sempat aku bersuara, ada suara lain menerjah gegendang telingaku. Terus aku menoleh.
"What's going on here?" Suara garau itu mampu membuatkan aku menoleh ke belakang.

Jantung aku rasa seperti nak meletup! Nyata Tuan Aidid juga sedang tergamam melihat aku                    

Jantung aku rasa seperti nak meletup! Nyata Tuan Aidid juga sedang tergamam melihat aku. Terkedu aku jadinya! Ya ampun!! Jantung aku berdetak dengan semakin laju. Aku baru perasan yang aku tidak bertudung. Terus aku menutup kepala dengan hood. Dia ni pakai terjah je!  Kelam-kabut aku mencapai tudung yang aku sangkutkan di kerusi pada meja solek dan aku kenakan di kepala. Lelaki itu pula terus meluru ke arah ibunya dengan sangat risau.
 Terus lelaki yang memakai sweater hitam itu memeluk mamanya yang berada di atas kerusi roda itu dari belakang dengan sangat-sangat erat.
"Mama..why are you crying? Hm?" Soalnya dengan sangat prihatin. Kemudian, anak matanya tepat berada di wajahku. Air liur yang aku telan terus terasa kesat dan berpasir.
Adakah aku akan dipersalahkan? Rasa gelisah dan resah bercantum menjadi satu saat ini.
"Kenapa dengan mama saya, Tia?" Soalnya sedikit tegas. 
Menggeletar lutut aku! Terus aku menggelengkan kepala dengan perlahan.
"Tak tahu Tuan Aidid. Tadi, saya pakaikan datin baju. Sambil-sambil tu saya beritahu datin yang datin akan ke ladang teh dengan Kak Fira hari ini. Kemudian, saya bercerita tentang aktiviti saya semalam di MN Strawberry. Tapi, tiba-tiba aje Datin Mahani menangis dan gelengkan kepala begitu." Jelasku dengan bersungguh-sungguh. 
Tuan Aidid terus memeluk erat ibunya sekali lagi. Dapat aku lihat Datin Mahani semakin tenang di dalam pelukan anaknya itu. Tidak lagi dia meraung seperti tadi. Tangisannya juga semakin berkurangan.
"Mungkin datin tak nak keluar agaknya?" Kak Fira yang bersandar pada dinding di bahagian kiriku bersuara. 
Tuan Aidid terus meleraikan pelukan. Kemudian, dia melutut di hadapan mamanya. Kedua-dua belah tangan wanita itu diraihnya lembut. Sepasang mata miliknya merenung dalam-dalam wajah ibunya dengan penuh kasih.
"Mama..what's wrong? Mama tak nak keluar?" Soal suara maskulin itu dengan sangat lembut. 
Aku lihat air mata merembes keluar dari kelopak mata Datin Mahani untuk kesekian kalinya. Terus Tuan Aidid berdiri dan membongkokkan badannya untuk menyeka air jernih di wajah Datin Mahani dengan jemarinya. Kemudian, dia melekapkan kedua-dua belah tangannya di kedua-dua pipi wanita itu.
"Shhh..mama, look here..look at me." Pintanya dengan bersungguh-sungguh. 
Kenapa hati aku yang tersentuh ni?
Dapat aku lihat Datin Mahani yang masih tersedu-sedu itu merenung ke dalam mata Tuan Aidid.
"Don't cry..I'm here, mama..Aidid ada dengan mama ni..shhh.." Pujuknya dengan penuh kasih sayang. 
Rasa bersalah semakin menjadi-jadi pula dalam hati. Apa yang aku salah cakap tadi ya?? Sumpah aku takde niat lain. Aku sekadar ingin berbual aje dengannya.
"Mama..listen here..kita ke ladang teh tu sekejap ya? Papa is waiting for us there. Esok kita dah nak balik Tanjung Malim." Beritahu Tuan Aidid. 
Kemudian, dia bersuara lagi.
"I thought you love that place? Papa cakap mama happy dan asyik tersenyum aje semalam masa di Warisan Tea Farm." 
Nyata kata-kata Tuan Aidid mampu membuatkannya berhenti menangis. Maknanya ladang teh itu memang sangat disayanginya dan berada di tempat yang paling istimewa di dalam hatinya. 
Hm, kalau begitu, takkanlah dia menangis sebab tak nak ke sana pula? Pelik juga ni.
"Don't worry..nobody is going to harm you. Nobody. I'll be with you. Aidid ada dengan mama. Sentiasa ada." Janji Tuan Aidid dengan sepenuh hati.
 Jemarinya menyeka segala sisa air mata di wajah ibunya untuk kesekian kalinya. Kemudian, aku lihat rahang lelaki itu bergerak sedikit seperti ingin berkata sesuatu pada ibunya.
"I love you so much mama..i love you so much." Ucapnya dan kemudian, tangan kekarnya itu terus menarik Datin Mahani ke dalam pelukannya. 
Untung Datin Mahani mempunyai anak yang sangat-sangat sayangkannya dan sentiasa ingin menjaga dan mempertahankan ibunya. Ya, dia mungkin seseorang yang kelihatan sukar untuk dibawa berbincang tetapi dia mempunyai hati yang sangat menyayangi ibunya.  
Aku dan Kak Fira berpandangan saat ini. Dapat aku lihat mata Kak Fira juga dipenuhi air jernih. Kedua-dua belah bahunya dijungkit ke mari dan dia menarik nafas dalam-dalam. Aku pasti Kak Fira juga tersentuh dengan rasa kasih yang ditunjukkan Tuan Aidid kepada ibunya itu.
Apabila Tuan Aidid menegakkan tubuh, aku dan Kak Fira turut sama berdiri tegak. Mulalah rasa gelisah menyelubungi hati apabila anak mata Tuan Aidid memanah tepat ke wajahku. 
"Tia..you have to come with us. Mama nampak tak begitu stabil hari ini. You have to assist Fira apa yang patut nanti." Arahannya aku sambut dengan anggukan.
"Baik, Tuan Aidid." Ucapku sambil mengangguk kecil. 
Setelah itu terus aku melarikan anak mata ke arah lain gara-gara rasa gugup ditenung begitu. Nafas lega aku hembuskan apabila lelaki itu berpaling untuk pergi.
"Abang Lan..sediakan kenderaan ya untuk ke ladang teh." Dapat aku lihat suaranya sayup-sayup di luar bilik.
"Baik Tuan Aidid.." Suara Abang Lan juga menampar telinga dengan sangat perlahan.
Kak Fira sudah mula mengoleskan krim pelembab ke wajah Datin Mahani.
"Ehem." 
Lain macam sekali dehemannya. Terus aku menoleh ke arah gadis itu.
"Kenapa Kak Fira?" Soalku yang terus menyisir rambut Datin Mahani dengan perlahan-lahan. 
Cadangnya nak sanggulkan rambut Datin Mahani sebelum menyarungkan tudung yang sudah siap digosok itu.
"Tuan Aidid macam nak Tia ikut aje tu..takkan dia rindu pula kan?" Ucap Kak Fira yang sedang menempek sedikit bedak compact ke wajah Datin Mahani itu dnegan selamba. Tergamam jadinya aku.
Aku terus melekapkan jari ke bibir tanda menyuruhnya dia. Isk, dia ni selalu terlepas cakap di hadapan datin.Kak Fira  aku lihat terus menggigit bibir dengan cemas.
"Akak main-main aje.." Kelam-kabut dia berkata begitu sambil mengerling sekilas ke arah Datin Mahani. 
"Kan Tuan Aidid cakap saya wajib ikut untuk tengokkan Datin Mahani?" Soalku dengan serius pada gadis itu. 
Kemudian kelam-kabut aku terus buat isyarat mata kepadanya supaya dia tak membicarakan hal yang bukan-bukan. Datin Mahani ni boleh mendengar dengan baik dan faham tau apa yang kita katakan. Kak Fira selalu terlepas pandang bab itu. Terus kak Fira ketawa kecil melihat gaya kalut aku ni.
"Datin jangan risau ya..saya dan Kak Fira pun akan sentiasa ada dengan datin.." Bisikku di telinga kanannya dengan lembut dan bersungguh-sungguh. 
Sebelah tanganku melurut lembut bahunya ketika ini. Rasa bersalah masih menebal kerana membuatnya menangis.
Kemudian, aku mencapai tudung bawal berwarna krim dari kain sutera yang sangat berkualiti dan aku pakaikan pada Datin Mahani. Di dalam kepala tertanya-tanya kenapa Datin Mahani tiba-tiba menangis tadi? Terus aku memetik jari. 
Mungkin kerana dia rindukan Maya Nisreen agaknya? Bukankah kata Kak Fira mereka sangat rapat dan Maya Nisreen sudah lama tidak melawat Datin Mahani sejak datin sakit? Agaknya itu yang membuatkan dia sedih. Datin Mahani menangis kerana rindukan Maya. Itu kesimpulan yang dapat aku buat saat ini. 
***
BAB 18

Ughh! This awkwardness is killing me

Ughh! This awkwardness is killing me..seriously! Kekoknya!
Nafas aku tarik dalam-dalam dan perlahan tangan mencapai cawan air teh. Kemudian, cawan tersebut aku bawa ke bibir. Air teh yang masih suam aku hirup sopan. Sejak kejadian awal pagi tadi di belakang vila aku semakin sukar nak berhadapan dengan lelaki ini. Kemudian, dia nampak aku dalam keadaan tak bertudung pulak tu! Sedaya upaya aku cuba mengelak untuk bertentang mata dengannya. Tapi, semakin aku mengelak semakin dekat pula aku dengannya.
Sepatutnya aku menemani Mak Ngah ke pasar di bahagian Utara Brinchang. Maklumlah, malam nanti dengar-dengarnya ada barbecue  di vila. Tapi, last minute Tuan Aidid arahkan aku untuk ikut sekali ke ladang teh. Seronok memang seronok dapat datang ke sini tetapi yang buat aku gelisah tu kerana Tuan Aidid ada sekali. 

Bertambah kekok jadinya aku apabila terpaksa duduk semeja dan berhadapan begini dengan lelaki itu                    

Bertambah kekok jadinya aku apabila terpaksa duduk semeja dan berhadapan begini dengan lelaki itu. Datin Mahani pula duduk di antara Tuan Aidid dan Kak Fira. Kedudukan kami agak tersorok dan berada di sudut kiri kafe membuatkan keadaan lebih sunyi sikit di sini. Sesuailah dengan keadaan Datin Mahani yang masih belum sembuh itu.
 Aku meliarkan pandangan ke arah Dato' Aziz yang semenjak tadi sibuk berbincang dengan seorang lelaki di meja sebelah. Banyak juga fail yang bertimbun di atas meja itu.
Anak mata meliar ke kawasan kafe yang nampak moden dan teratur. Ada pelbagai jenis teh yang dijual di sini dan terdapat juga dessert berasaskan teh seperti kek teh hijau, black tea ice cream dan jelly. Tapi, yang paling rare adalah dessert di hadapan mata aku saat ini, nasi lemak cheesecake! 

 Tapi, yang paling rare adalah dessert di hadapan mata aku saat ini, nasi lemak cheesecake!

Ya ampun, nak terjatuh rahang aku kali pertama tengok dessert ni tadi. Bila masuk dalam mulut, memang rare lah rasanya! Unik sekali. 
Kata Abang Lan, Dato' Aziz yang pesankan siap-siap semua ini untuk kami. Jadi, tanpa banyak soal, aku makan aje lah. Dari meja yang berada di bahagian tepi dinding kaca ini, dapat aku lihat pemandangan ladang teh di bawah sana. Sangat mendamaikan jiwa. Kan best kalau dapat turun ke bawah tu dan berjalan di atas batas-batas teh. Bisikku di dalam hati.
"Fira..let's go. Bawa beg minuman dan ubat-ubatan datin." Ujar Tuan Aidid.
Kedamaian jiwa aku sejujurnya telah tercemar terus saat ini. Suara lelaki yang bersifat dominan itu mampu membuatkan kami tersentak. Bagai spring Kak Fira bangun berdiri. 
"Baik Tuan Aidid. Kita nak ke mana ye?" Soal Kak Fira dengan lembut. 
Belum sempat lelaki itu menjawab, Abang Lan telah menyampuk. 
"Semestinya ke favourite spot Datin Mahani..kat bawah sana tu" Abang Lan menudingkan jari ke arah ladang teh.
Amboi..santainya jawapan. Mentang-mentanglah dia tu pekerja kepercayaan boss! 
Tuan Aidid aku lihat sudah pun berdiri. Kedua-dua belah tangannya kini memegang pemegang pada kerusi roda Datin Mahani.
"Abang Lan, please inform dato' nanti." Pesan Tuan Aidid pada Abang Lan.
 Dengan pantas Abang Lan mengangkat ibu jari ke arah lelaki itu.
"No problem, Tuan Aidid." Ucapnya yang kemudian mencapai cawan teh. 
Aku hanya memerhati sahaja Kak Fira yang kelihatan kalut menggalas tote beg yang berisi pelbagai khazanah penting milik Datin Mahani. Baru sahaja menghembuskan nafas lega kerana akhirnya lelaki itu sudah pergi dari sini, satu suara menampar gegendang telinga. Mampu membuatkan aku tergamam.
"What are you waiting for?" 
Terus aku mendongakkan kepala. Nyata lelaki itu sedang merenung ke mari dengan pandangan serius.
"Hah?"
Kelam-kabut aku bangun berdiri. Sempat aku betulkan tudung yang ditampar angin. Tuan Aidid aku lihat sudah berpaling dan mula melangkah pergi sambil menyorong Datin Mahani yang berada di atas kerusi roda. Anak mataku berada pada wajah Kak Fira kemudiannya. Alaa kalau tak pergi tak boleh ke? 
"Jom lah Tia. Cepat!" Panggil Kak Fira dalam suara yang berbisik. 
Isyarat mata dibuat agar aku cepat-cepat mengekori langkah mereka. Mahu tak mahu kakiku laju mengejar langkah mereka. 
Kelihatan sebuah jeep hitam sedang menanti kami apabila keluar dari kafe ini. Terkocoh-kocoh pemandunya membukakan pintu kereta untuk kami. Lokasi kafe ini yang terletak betul-betul bersebelahan dengan jalan besar membuatkan kafe ini menjadi pilihan ramai. Tergamam aku jadinya apabila melihat Tuan Aidid mendukung Datin Mahani dari kerusi roda dan membantunya masuk ke dalam Jeep dengan mudah. 

Sudah aku cuba mengelak tetapi kenapa hati aku sepertinya terpukau pula melihat gaya macho lelaki itu? Ah sudah! Tapi, fakta tetap fakta                    

Sudah aku cuba mengelak tetapi kenapa hati aku sepertinya terpukau pula melihat gaya macho lelaki itu? Ah sudah! Tapi, fakta tetap fakta. Lelaki itu memang gagah orangnya. Aku tak rasa Abang Lan boleh mendukung Datin Mahani dengan begitu mudah. Terasa seperti lengan aku disiku saat ini.
"Wow! Sado kan cik abang tu..tengah terpesona ke tu?" Soal Kak Fira dalam nada berbisik. Jari telunjuk aku lekapkan ke bibir.
"Shhh! Mana ada!" Terus aku menjegilkan mata ke arahnya.
Nasiblah Tuan Aidid tak dengar! 
Eee..Kak Fira memang gemar mengusik aku akhir-akhir ni. Mulalah darah menyerbu ke wajah apabila lelaki itu menoleh ke mari di masa-masa begini!
"Saya akan duduk kat belakang ni dengan Datin Mahani. One of you has to sit in front." Ujarnya yang kemudiannya aku lihat memanjat masuk ke dalam perut kenderaan. 
Tak sempat aku nak fikir, Kak Fira sudah terlebih dahulu melangkah ke bahagian hadapan kenderaan. Aduhhh! Takkan nak bergaduh macam budak-budak rebutkan gula-gula pula? Sempat lagi gadis yang memakai jaket kulit hitam itu mengenyitkan matanya ke arahku sebelum masuk ke dalam kenderaan! Isk! Kalau Tuan Aidid nampak tak ke sadis?!
Mahu tak mahu terpaksalah juga aku masuk ke bahagian belakang Jeep ini. Mulalah rasa kekok dan gelisah tadi bertapa di hati semula. Namun aku cuba maintain cool dan buat selamba badak je. Walaupun aku tahu dia sedang tenung wajahku. Apabila jeep bergerak, lekas-lekas hati aku berdoa supaya cepatlah kami sampai ke destinasi. Tak sanggup rasanya untuk terus berada dalam situasi ini.
***

Teh Warisan                    

Teh Warisan. Inilah ladangnya untuk jenama teh itu. Salah satu jenama teh yang popular di Malaysia ini adalah keluaran syarikat keluarga Tuan Aidid rupa-rupanya. Jika diingat balik, ayah pernah juga bawa balik berkotak-kotak teh itu dari masjid. Katanya kawan yang bagi. Aku amat pasti saat ini bahawa kawan yang dimaksudkannya itu bukan calang-calang orang! Orang itu adalah Dato' Aziz. Kan mereka selalu berjumpa di masjid?
Subhanallah, panorama di sini sangat menakjubkan. Hijaunya pokok-pokok teh ini mampu menenangkan jiwa yang cacamarba ni. Suhu mungkin berada sekitar 10 darjah hingga 12 darjah. Sejuk! Terus aku memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket sweater. Dari bawah ini dapat aku lihat ladang teh yang bertingkat-tingkat sampai ke atas sana. Luasnya tu berhektar-hektar! Aku cuba mencari kafe tadi. Erm..mana ya? Jari aku tudingkan ke kiri dan ke kanan. Anak mata aku cerunkan dan pandangan aku kini terhenti di sebelah kananku. 
Ha itu dia! Nampak kecil aje kafe tersebut dari bawah ni.  Angin yang menderu saat ini menampar lembut wajah membuatkan kulit pipiku terasa semakin menipis pula. Sejuknya..tapi segar! Untuk berada di bawah ini, pelancong boleh menyewa buggy di hadapan kafe. Tapi, laluan yang kami datang tadi adalah laluan khas, kata Kak Fira. Patutlah takde orang pun di kawasan ini. 
Bibirku melakar senyuman saat mata terpandang ke arah air sungai yang jernih dan cetek di hadapan kami. Indahnya. Siap ada jambatan lagi di situ. 
Aku dan Kak Fira hanya mengikuti langkah Tuan Aidid yang sedang berjalan di atas jambatan kayu sambil menyorong Datin Mahani yang berada di atas kerusi roda. Lelaki itu kemudiannya berhenti di tengah-tengah jambatan. Tubuh disandarkan pada dinding besi jambatan tersebut. Terus aku dan Kak Fira melajukan langkah ke situ. 
"Mama..do you still remember this place?" Soalnya dengan lembut ke arah Datin Mahani. Rambutnya yang ditiup angin dibetulkan sedikit. Kemudian, dia bersuara lagi dengan sangat sayu. 
"I miss those moments when we used to talk about tea and business." Keluhnya. 
Aku pasti dia sangat rindukan memori dia dulu dengan Datin Mahani. Sedih pula aku lihat mereka dua beranak ni.
"I remember what you told me mama. You said, kalau mama dah takde, just sell everything here once I don't love it anymore. If I sell what you love and someone else messes it up, I'm  going to feel it..it's going to hurt" Luahnya. 
Kemudian kedua-dua tangannya meraup wajah. Dapat aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam saat ini. Terus dia mencangkung  pula di hadapan ibunya itu. Kedua-dua belah tangan wanita itu diraihnya kemas dalam genggamannya. 
"Mama..I promise you..Aidid takkan jual ladang ni walaupun apa terjadi. I'm enjoying this ride, mama..as long as you're here with me, I'll just stay on the horse. I promise." Janjinya dengan sepenuh hati. 
Aku dan Kak Fira berpandangan untuk seketika. Ada riak hiba juga di wajah gadis bertudung biru di sebelahku ini. Dia kemudiannya membuat isyarat mata supaya kami tidak berada terlalu dekat dengan mereka. Iyalah, mungkin mereka perlukan privasi untuk berbual.
"Saya pergi kat situ kejap Kak Fira. Nak ambil gambar." Bisik aku pada Kak Fira sambil menudingkan jari ke arah pokok teh di hadapan sana. 
"Boleh. Tapi, jangan lama-lama ya." Pesan Kak fira. 
Terus aku anggukkan kepala. Dia juga turut mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keindahan panorama di sini. Makanya, aku pun melangkah dengan hati yang bernyanyi riang. Laju kaki menyeberang jambatan ini. Kaki aku terhenti di batas pokok teh di sebelah kananku. Dapat aku lihat terdapat beberapa orang pekerja sedang mengutip daun teh. Kemudian daun tersebut dimasukkan ke dalam bakul rotan yang digalas di bahagian belakang tubuh mereka. Terus aku merakam pemandangan yang indah di sini. 

Hmm, seronok juga kalau kene posting ke Cameron  Highlands ni nanti                    

Hmm, seronok juga kalau kene posting ke Cameron Highlands ni nanti. Ah, tapi jauh la pula dari mak dan ayah. Kalau boleh biarlah aku dapat mengajar di sekolah yang terletak dalam daerah Tanjung Malim atau kawasan sekitar. Boleh menetap di rumah aje. Tak payah pening-pening nak menyewa bagai. 
Tapi, kata senior, kalau yang single-single macam aku ni susah sikit nak dapat mengajar di sekolah yang berdekatan dengan rumah. Kecualilah kalau aku berkahwin! Lucu pula rasanya saat ini. Nak berkahwin konon! Dengan siapa? Si Qashah? Ahhh..tak payah! Kalau dengan dia, aku lebih rela dihantar mengajar jauh nun di Sarawak nun. Hati tak sakit. Biarlah dikelilingi buaya sungai asalkan jangan dingap buaya darat macam dia sudah. 
Haih..mood yang tadinya bagus nampaknya sudah merudum apabila nama lelaki tak faham bahasa itu terlintas di dalam fikiranku.
"Macam mana kaki tu?"
Nasib tak terlepas telefon bimbit di tangan. Kelam-kabut aku mendoangakkan kepala. Nyata pandangan lelaki itu masih berada di bahagian atas kakiku yang berplaster.
"Okay. Okay!" Kepala aku anggukkan beberapa kali. Anak mata kemudian berlari pada Datin Mahani di atas jambatan. 
Kak Fira sedang menemaninya di situ. Kenapa lelaki ini hanya diam sahaja merenung ke arah aku? Haaa inilah masalahnya! Dia ni suka main tenung-tenung. Mulalah hati aku berlagu lain macam. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. 
"So, berkenaan my mom.." Dia memulakan ayat. Aku terus membalas renungannya dengan serius. 
Jantung, janganlah berzapin sangat. Rimaslah!
"Kau rasa kenapa mama aku menangis masa dalam bilik tadi?" Soalnya dengan dahi yang sedikit berkerut. 
Alamak, gelisahnya rasa hati. 
"Sejujurnya saya tak tahu..tapi.." Kata-kata aku hanya terhenti di situ sahaja. 
Tidak tahu sama ada aku patut meneruskan ayatku ataupun tidak. Aku lihat dia menundukkan wajahnya supaya dapat melihat wajahku dengan lebih jelas lagi. 
"Tapi apa?" Cantasnya tidak sabar. Aku membuang pandang ke arah ladang teh yang menghijau untuk seketika sebelum mataku kembali berlari ke wajahnya. 
"Kalau saya cakap ni Tuan Aidid jangan marahkan saya pulak." Ucapku dengan perlahan. Aku lihat dia sudah mula tayang muka tak puas hati.
 Oh no!
"Cakap je lah. Tak payah nak pusing-pusing." 
Terus aku gelengkan kepala ke arahnya. Berani pula aku saat ini. 
"Mana boleh cakap je. Kena fikir dulu. Nanti salah cakap, buruk padahnya.." Perlahan ayat itu meluncur keluar dari bibirku. Dia terus mengeluh.
"Tia.." Nada suara itu mendatar aje tetapi penuh dengan amaran yang tahap kesabarannya semakin terhakis. 
"Okay..okay.." Tangan aku angkat ke arahnya menyuruh dia bersabar sambil tersenyum sedikit.
"Saya rasa..ni pendapat saya aje tau. Saya rasa Datin Mahani menangis tu ada kena-mengena dengan bakal isteri Tuan Aidid, Cik Maya Nisreen." Laju ayat itu meluncur dari bibir aku. 
Terus dia berpeluk tubuh. Riak wajahnya berubah terus. 
"Bakal isteri?? Pandai-pandai je!" 
 Nyata dia tak puas hati dengan apa yang aku ucapkan itu. Haa ni yang aku malas nak kasi pendapat ni. Bersama kerutan di wajah aku terus bersuara.
"Alamak, salah ke? Sorry..sorry..Kak Fira yang cakap.." Kata-kata aku terhenti di situ sahaja apabila aku tersedar yang aku sudah terlanjur kata.
 Alamak..kenapalah aku kaitkan Kak Fira pula dalam perbualan ini? Aduuuuh! Terus aku gawangkan kedua-dua belah tangan ke arahnya.
"Tak..tak!" Namun belum sempat aku bersuara lagi, dia terus mendekatkan dirinya dengan sangat dekat ke arahku. Terus kaku jadinya tubuh aku. Bau wangiannya sudah mula menandingi bau teh yang seakan-akan bau inai ini dalam rongga hidungku. Terkebil-kebil aku merenung ke arahnya. Anak mata dikecilkan sedikit ke arahku saat ini.
"Do you like me that much Tia? Hm? Sampai bergosip tentang aku behind my back?" Soalnya dengan nada suara yang masih dikawal.
Do you like me that much Tia? Soalan itu terngiang di telingaku.
Serta-merta darah menyerbu ke wajah. Apa punya soalan tu? Walaupun dia sinis-sinis tetapi tetap kedengaran lain macam di telingaku! Terus aku memalingkan sedikit wajahku ke arah lain. 
Sabar Tia..sabar!! 
Baik aku straight to the point sebelum jantung aku meletup.
"Tuan Aidid, saya rasa Datin Mahani rindukan Cik Maya. Mungkin sebab itu dia jadi sedih dan menangis bila saya bercerita tentang aktiviti saya di MN Strawberry Farm. Saya beritahu dia yang saya terserempak dengan Cik Maya dan Tuan Aidid. Lepas tu dia terus menangis."
Dalam rasa resah yang mengasak jiwa, panjang lebar aku menjawab soalannya tu. Aku lihat sebelah tangannya mengusap dagu untuk seketika sambil tak lepas merenung ke mari. Seakan sedang menganalisa aku pulak.
"Are you sure itu aje yang kau gosipkan dengan mama aku?" SInis sekali soalan itu menampar gegendang telinga. Terus aku bersuara.

"Bergosip?" Soalku dengan kedua-dua kening terjungkit ke atas.
Nyata aku gagal menapis rasa tak puas hatiku. Kepala terus menggeleng. 
"Iskk..mana ada bergosip. Datin Mahani tidak membalas pun kata-kata saya tu. Konsep bergosip ni mesti ada dua pihak saling berminat dan berbincang serta beri pendapat yang kontroversi tentang sesuatu isu tu. Barulah dikira bergosip." Terlajak panjang pula aku menyekolahkan maksud bergosip kepadanya. 
Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam. 
"Oh ye..?" Soalnya dengan sedikit sinis ke mari. 
Terus aku meminta maaf sebelum dia berang denganku. 
"Maafkan saya Tuan Aidid kalau mulut saya terlancang bersuara." Ucapku dengan seikhlas hati. Ada sengihan di bibirku saat ini. Ketat wajahnya merenung ke mari. 
"So, apa lagi kau cakap dengan mama aku?" Soalnya. Aku terus menarik nafas dalam-dalam. 
"Itu aje Tuan Aidid.." Balasku. 
Ah, semakin tak betah rasanya bersembang dengannya di sini. Kak Fira, tolong saya! Jeritku di dalam hati. 
"Are you sure, Tia..?" Soal lelaki ini dengan nada suara yang sedikit misteri. 
Seakan-akan mengugut pun ada tetapi di dalam nada yang sedikit meleret. Aku melepaskan keluhan berat. 
Ahhh terpaksalah aku ceritakan semuanya! 
"Okay..fine..saya cuma cakap, pandai Datin Mahani pilih menantu. Cik Maya Nisreen tu cantik..sesuailah dengan Tuan Aidid.." Mahu tak mahu aku melafazkan juga ayat tersebut. Takutnyaaa kalau dia marah!
Aku terus mengalihkan pandangan ke arah ladang teh di sebelah kiriku dan anak mata aku pejamkan sedikit. Redha ajelah kalau dia bengang dengan aku!
"Cantik?" Dia ketawa sinis. Kemudian, dia bersuara lagi.
"Too bad, all that glitters are not gold." Lafaznya sambil melepaskan pandangan ke arah ladang teh yang menghijau. Dia mengata Cik Maya ke tu? Hm..baik aku diam. 
Untuk seketika aku dan dia hanya memerhati sahaja pekerja-pekerja di sana mengutip daun teh. Canggungnya aku rasakan ketika ini. Terus aku mendongakkan kepala kepada lelaki di sebelahku ini. 
"Sumpah! Tu aje yang saya cakap pada Datin Mahani. Nothing much, nothing less.." Luahku dengan bersungguh-sungguh. 
"Saya rasa Datin Mahani benar-benar rindukan Cik Maya. Bukan ke mereka sangat rapat dulu?" Ucapku lagi tetapi lelaki ini hanya mengabaikan sahaja kata-kataku. 
"Pukul berapa Datin Mahani makan ubat tadi?" Soalnya.
 Ni kuiz ke apa ni? Terus aku memejamkan mata dua saat. 
"9 pagi, Tuan Aidid." Jawabku dengan terburu-buru. 
Ada nampak riak puas hati di wajahnya. Kemudian, dia terus menonong pergi dari sini. Aku pula terus menghembuskan nafas lega. Fuhh..begini rupanya rasa disoal siasat! Sangat merengsakan! Cepat-cepat aku mengejar langkah Tuan Aidid yang sedang berpatah balik ke arah jambatan.
"Mama..are you cold?" Soalnya dengan sangat prihatin. 
Walaupun tidak ada jawapan dari Datin Mahani, lelaki bertubuh tegap itu selamba sahaja membuka sweater hitam di badannya, mendedahkan baju kemeja putih berjalur biru gelap di tubuhnya. Sweater itu kemudian dililitkan di leher Datin Mahani dan diikat dengan kemas. Kedua-dua belah tangannya kemudian memegang pemegang pada kerusi roda dan menolaknya ke arah Jeep. Kak Fira terus menerpa ke arahku yang berada di belakang ni.
"Psst..apa yang Tuan Aidid sembang dengan Tia?" Soal Kak Fira. Aku mencebikkan bibir.
"Ye lah tu sembang! Lammmbat lagilah dia nak bersembang dengan saya." Balasku dengan sangat sebal. Berkerut wajah Kak Fira melihat reaksiku.
"Lebih kepada menyoal-siasat, Kak Fira. Kalah polis pencen!" Luahku dengan geram. 
Boleh pula Kak Fira ketawa kecil. 
"Soal-siasat? Jenayah apa pula yang Tia buat kali ni.." Soalnya dalam keadaan berbisik.
 Aku juga turut membalas dalam keadaan berbisik.
"Dia soal-siasat saya kenapa datin menangis." Jawabku sambil melangkah beriringan dengan Kak Fira.
"Habis tu Tia cakap apa?" Soal gadis ini penuh minat. Aku terus menarik nafas dalam-dalam.
"Saya cakaplah mungkin sebab dia rindukan Maya Nisreen." Selamba sahaja aku bersuara. 
Terlopong jadinya gadis ini.
"Hah? Serius laa?" Soalnya bagai tidak percaya. 
"Lah..saya hanya ingin jujur, Kak Fira. Tapi dia macam bertambah bad mood pula lepas saya jawab dengan ikhlas begitu. Ahh jiwa kacau betullah Tuan Aidid tu." Keluhku dengan sangat tidak puas hati. Kemudian, aku menokok lagi.
"Dah lah saya tak sempat selfie pun kat ladang teh tu tadi." Omelku dengan sedikit tertekan.Rugi betul!
 Kak Fira dah mula ketawa besar. Tapi, apabila sedar dia sudah terlepas laku, terus ditutup mulutnya dengan sebelah tangan. Bibirnya dirapatkan ke telingaku.
"Tia jangan risau, akak dah ambil gambar Tia tadi dengan Tuan Aidid di ladang teh tu. Candid! Nampak romantic sangat!" Ucapnya bersama senyuman manis. Siap jungkitkan-jungkitkan kening lagi! Terlopong luas mulut aku. Biar betul dia ni! Terus dia menunjukkan gambar yang terpapar di telefon bimbitnya kepadaku. 
Ya Allah! Nampak macam mesra sekali! Saling berpandangan. Dia tenung aku dengan pandangan yang memukau dan aku pula tersenyum manis. Aduhhh! Memang gambar ini boleh beri persepsi yang salah pada orang yang melihat! Pasi orang ingat kami datang hneymoon kat sini. Tak pun sedang asyik dilamun asmara. 
Kak Fira ni kan, memang mengundang!! Dengan kalut aku bersuara.
" Kak Fira..delete picture ni. Kalau dia tahu mati kita!" Balasku dengan sangat geram. 
Aku cuba merampas telefon bimbit yang berada di tangannya tetapi dengan pantas Kak Fira berlari menjauhiku. Tidak semena-mena dia sudah berada di belakang Datin Mahani betul-betul di sebelah Jeep. Tapi, sempat lagi dia menoleh ke mari bersama senyuman nakal di bibir. Jari telunjuk dilekapkan pada bibirnya saat ini.
"Shhh!" 
Aku amat pasti itu yang diucapkannya.
Nakal betul Kak Fira ni!! Janganlah Tuan Aidid nampak gambar tu. Itu sahaja doaku di dalam hati. 
***
Love Notes
Salam and Hi everyone! Alhamdulillah dah sampai bab 18 pun kita. In syaa Allah, nanti akan update bab 19 ya!
Menulis cerita ni membuatkan diri ini rasa nak ke Cameron Highlands pulak! Hahah rinduuu! 
So hopefully cerita ni dapatlah mengurangkan monday blues kepada semua yang membacanya. 
Have a nice day dan moga ceria-ceria selaluuu
PSST..nak tanya! You all yang baca ni team Tuan Aidid ke team Qashah? haha xD
So..siapa tak sabar nak join Tia dan Tuan Aidid BBQ di bab 19?? 
Thank you so much kepada semua yang sudi baca, vote dan berikan komen. By the way, maaf sangat-sangat kalau ada apa-apa kesalahan di sini. Maklumlah this is a raw version..versi belum edit. 
Till then, take careeee!



No comments: