Wednesday, 1 April 2015

Kimchi Untuk Awak! [Teaser 3]




Teaser 3 A

-Babak ini diambil secara random :)-

 
Hanok Style Guesthouse [Hanok : Korean Traditional House]
Selepas Danial mandi tadi, giliran aku pula membersihkan diri di dalam ruangan ini. Siap syampoo rambut sekali. Ahh..segarnya! Bathrobe separas lutut di badan kukemaskan ikatannya . Bagus jugak guesthouse ni. Bukan sahaja tuala yang disediakan tetapi juga dengan bathrobe sekali. Bayangkan seharian aku berada di Hanok Village dan kemudiannya travel selama hampir dua jam untuk sampai ke sini. Memang sangat melesukan badan. Nasib baiklah ada guesthouse ini di tengah-tengah hutan! Dapat juga aku mandi dan rehatkan diri.  Namun di dalam rasa selesa yang tak bertepi, terselit juga rasa bersalah.

Jujur, aku hampir-hampir mahu berkongsi bilik dengan Danial gara-gara kasihankan dia namun mana mungkin aku mengajaknya semula setelah aku gatal-gatal cakap yang aku tak selesa untuk berkongsi bilik dengannya tadi. Lagipun aku taknaklah nampak seperti perigi mencari timba walaupun tidak dinafikan, aku sangat-sangat rindukan lelaki itu.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.


“Agak-agak berdosa tak aku halau suami keluar dari bilik ni? Baru tadi kau janji dengan dia..kononnya dia priority kau selepas Allah dan Rasul..sekarang apa dah jadi?”

Lama aku merenung ke arah diri sendiri. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini. Akhirnya, aku hanya mampu menjungkitkan bahu aje dan setelah membalut rambut dengan tuala, aku terus melangkah keluar dari bilik mandi.

Berkerut seribu wajahku saat ini. Mata berlari ke arah ipod di atas meja solek di bahagian kiri bilik. Bila pulak aku pasang lagu Inggeris ni? Yang aku tahu, tadi sebelum mandi, aku ada pasang list lagu korea. Ah, sah ipod aku dah mereng! Sedap juga sesekali mendengar lagu romantik seperti ini. Layan je laaa!

Sambil bernyanyi kecil, aku mengatur langkah menuju ke arah meja solek yang tersedia di penjuru bilik. Bagus jugak guesthouse ni. Walaupun berkonsepkan hanok dan tidaklah bertaraf hotel banyak bintang, ada jugalah menyediakan losyen untuk penginap. Terus sahaja aku menyapu losyen pada kedua-dua belah lengan. Aroma lavender menguasai ruang bilik saat ini. Kemudian ikatan tuala pada rambut kuleraikan. Anak mata kini berlari ke arah cermin namun bukan wajah sendiri yang sedang aku pandang saat ini, tetapi wajah seorang lelaki yang sangat kacak yang sedang terpaku merenungku di sini. Hampir gugur  jantung!

Speechless Danial

“Danial!” Terjerit kecil aku jadinya.

Dapat kurasakan berliter-liter darah menyerbu ke wajah saat ini. Mataku tepat merenung ke arah lelaki  itu di dalam cermin. Sumpah aku tak berani menoleh ke belakang. Debaran di dada yang menggila semakin menjadi-jadi apabila aku lihat lelaki itu sedang melangkah ke arahku dengan sangat tenang. Wajah yang serius itu masih merenungku dengan pandangan yang sangat aneh. Seperti kena pukau pun ada! Kelam-kabut aku membetulkan bahagian atas bathrobe paras lutut ini supaya kelihatan sopan.

Ini kali kedua aku melihat reaksi wajah seperti itu. Kali pertama, ketika dia ternampak aku di kondo omma. Ketika aku hanya memakai bathrobe di badan juga, seperti sekarang. Denyutan jantung semakin melaju saat ini.

“Ma..ma..macam mana a..a..awak bo..boleh ma..ma..masuk ke si..sini?” Soalku dengan tergagap-gagap.

Anak mata memandang ke arahnya yang dapat kulihat dengan jelas di dalam cermin meja solek ini. Tanpa sebarang kata, dia menyelukkan tangan di dalam poket seluar dan kunci bilik ditunjukkan kepadaku.  Ye lahh..memang kebanyakan hotel berikan dua anak kunci kepada pengunjung kerana 1 bilik hotel selalunya untuk dua orang!

“Bu..bukan a..awak nak ti..tidur dalam ke..kereta ke?” Bulat mataku menikam wajahnya.

Danial kulihat dengan wajah yang tenang menghentikan langkah saat ini. Ada senyuman yang sangat mempesonakan beraja di wajahnya. Semakin cemas aku jadinya apabila dia betul-betul berada di belakangku. Tidak ada lagi ruang untukku melangkah.

Dapat kurasa dan dapat kulihat melalui cermin tangan sasanya sudah pun memeluk pinggangku dari belakang dengan sangat kemas. Semakin tidak keruan aku jadinya.



“It’s raining so heavily outside..pekerja guesthouse takde umbrella..” Bisiknya di telinga kananku. Dapat kurasa deru nafasnya menampar lembut cuping telinga. Aku cuba melarikan kepala sedikit saat ini.

“I thought I can rest here for awhile..waiting for the rain to stop but…”

 Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati.

“Sayang..I didn’t expect to see you like this..”

 Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu.

“Sorry..but..but..saya nak keringkan rambut kat dalam bathroom.”

Gara-gara terlalu kalut dan tidak menyangka aku akan terperangkap di dalam situasi ini, aku terus meloloskan diri dari pelukan Danial dan melarikan diri ke arah bilik mandi. Mahu menenangkan diri untuk seketika. Namun entah di mana silapnya, gara-gara lantai yang licin dan kakiku yang masih basah aku hampir hendak terjatuh ke belakang saat ini namun Danial dengan pantas menangkap tubuhku dari terjatuh. Tanganku pula automatic memegang pinggang Danial. Anak mata kami kini berpandangan.

 “Why do you need to dry your hair? I personally think you look so damn sexy with this wet hair look.”  Bisiknya.

 Senyuman yang sangat mempesonakan jiwa dihadiahkan kepadaku. Anak matanya mula berlari ke serata wajah dan kemudiannya kulihat bergerak ke arah kawasan leher yang terdedah. Terus sahaja aku mencuba sehabis daya untuk berdiri tegak saat ini. Berjaya! Setelah dilihatnya aku sudah mampu berdiri, lelaki ini melepaskan pegangannya di tubuhku.Tanpa aku duga dia kemudiannya terus melutut membuatkan aku semakin resah. Tangan kanannya dihulurkan kepadaku.

“Princess, would you dance with me tonight?” Soalan lelaki yang berhidung mancung ini benar-benar membuatkan aku  gugup.

“Sa..saya tak pandai menari..” Ucapku. 

Sabar Bella..jangan pengsan!

“Please..”

Rayuan lelaki yang mempunyai wajah yang menggetarkan jiwa ini benar-benar buat aku hilang akal. Tanpa sedar tanganku menyambut huluran tangannya. Tubuhku ditarik rapat ke tubuh sasanya dan kedua-dua belah lengannya melingkar di belakang bahagian tubuhku yang dilapisi bathrobe. Aku cuba mengikut rentak kakinya dengan perlahan. Alunan lagu romantik inggeris Crazy Over You nyanyian 112 yang bergema dengan perlahan melalui ipod menambahkan lagi getaran di hati.


klik untuk dengar lagu ni :) Crazy over you - 112

I Fell In A love With You
T'was Like A Dream Come True
And My Love For You Will Never End Oh No
It Was Such A Special Night
You Lay Right By My Side
And I Told You Things I'd Never Tell Any Soul

Dapat kurasakan Danial melabuhkan dagunya di sisi kanan bahuku dan kemudiannya bibirnya melekap di situ juga. Demi Allah, rasa seperti kaki tidak lagi memijak bumi. 

Dapat kudengar Danial turut sama menyanyikan bahagian chorus itu dengan sangat perlahan. 

I'm
Crazy Over You
I Don't Know What To Do
I'm Crazy Over You
                                                                   
Aku pula hanya memejamkan mata dan mengikut sahaja arah kaki yang menari dengan perlahan.

“Bella, I’m crazy over you..” Bisiknya di telingaku.

**Sambungan babak ini di dalam versi cetak nanti**

***
Teaser 3 B

-Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 A-




Anak mata kuberanikan memandang ke arah suami yang sedang berada di kerusi memandu, di sebelah kiriku. Dia kelihatan sedang memfokuskan pandangan ke arah jalan raya yang terbentang luas di hadapan kami. Memandu pun ada gaya. Aku tersenyum sedikit. Bagai ada magnet anak mataku masih melekat pada dia yang kacak dengan kaca mata hitam di wajah. Lelaki berkulit cerah ini sememangnya mempunyai rupa paras yang menarik. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke mari.  Apa lagi, kelam-kabutlah aku memandang ke hadapan.

“You know what Bella?” Dengan wajah yang serius aku menoleh ke kiri.

“Hmm?” Soalku cuba berlagak selamba.

Kaca mata hitam yang berada di wajah Danial ditanggalkan saat ini.

“I love it when I catch you looking at me..then you blush and look away.”

Ada ketawa kecil di hujung ayatnya membuatkan hati aku bergetar. Alamak..dia perasan la pulak!

“Mana ada..”

 Gumamku dengan perlahan dan terus memandang ke arah hadapan semula. Berbahang rasanya wajah untuk kesekian kalinya apabila tangan kanan Danial mengusap tangan kiriku untuk beberapa saat sebelum tangan itu menjalar semula ke stereng kereta.

“I know you miss me..sabar kay..lagi setengah jam kita akan sampai. I promise I’ll give full attention to you afterwards.” Ucapnya dengan sangat romantik. 



Semakin gugup aku jadinya. Saja nak usik aku lah tu.

“Mana adaaa…Bella tengok pokok-pokok berdaun merah tadi. Bukan tengok abang..” 

Aku menggumam lagi. Dapat kudengar Danial ketawa nakal. Aku tahu dia sedia maklum aku sengaja memberikannya alasan. Tergamam aku seketika apabila kereta membelok ke satu lorong di sebelah kiri saat ini. Sumpah aku telah terpesona.





“Ya Allah..cantiknya..”

Terjerit kecil aku jadinya saat ini. Mataku merenung ke arah deretan pohon-pohon maple yang dedaunnya berwarna oren kemerahan di kiri dan kanan kami saat ini. Daun-daun yang berguguran di atas jalan raya menambahkan lagi keindahan tempat ini. Tidak ada kenderaan lain langsung di hadapan kereta kami. Dapatlah aku melihat dengan sejelas-jelasnya pemandangan yang cantik ini.

“You love it?” Danial tersenyum kacak ke mari.

“Of course.” 

Dengan pantas aku mengangukkan kepala bersama senyuman yang paling manis di bibir. Sekelip mata bumbung kereta ini turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di dalam hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat. Terus sahaja aku memandang ke arah Danial.

“Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya..” Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang. Danial merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa.

“Anything for you, princess.”

Aku terus mendongakkan kepala ke atas bersama rasa yang berbunga-bunga di dalam hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat yang cantik begini  benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan.

Who said life isn’t a fairytale?


***
Teaser 3 C

Babak ini diambil secara random :) Bukan sambungan dari teaser 3 B

Termenung aku sendirian jadinya saat ini. Mataku memandang kosong ke arah omma yang sedang membuat pembayaran di kaunter.  Aku mahu membayar kos perubatanku tetapi omma tetap berkeras untuk menyelesaikannya bagi pihakku. Pandangan kuhalakan ke arah manusia yang berada di kawasan ini. Di ruangan menunggu ini aku akhirnya termenung panjang. Termenung memikirkan kebahagian dan kegembiraan yang telah diragut dariku dalam sekelip mata sahaja. Pilunya hati hanya Allah yang tahu. Air mata sudah mula memenuhi ruang mata. Pantas aku menyekanya.

“Sakit lagi bahagian perut tu?”

Aku mendongakkan kepala ke arah suara itu. Omma nampaknya sudah selesai membuat bayaran. Di tangannya terdapat resit dan plastik berisi ubat-ubatan.

“Not anymore, omma.” Jawabku perlahan.

“Alhamdulillah..”

Wanita ini kemudiannya menghulurkan tangan ke arahku. Aku terus menyambutnya dan bangun berdiri.

“Walaupun Danial tidak ada di sisi Bella saat ini, omma harap sangat Bella terus kuat. Omma akan jaga Bella. I will take good care of you.”  Ujar omma dan kami berjalan beriringan menuju ke arah lif.

“Thanks omma. Bella cuma nak tahu di mana Danial berada. Bella yakin mereka bawa Danial ke hospital. Tapi, Bella tak tahu hospital mana. I hope he’s fine..”

Sudah cuba kutahan namun air mata tetap juga gugur. Semakin lama semakin laju sehingga menghasilkan esakan yang tidak berpenghujung. Sesak terasa dada yang semakin sebak dan hiba.


Beginikah rasa sakitnya sebuah kebahagiaan yang direntap?



Adakah ini noktah sebuah hikayat cinta musim luruh yang sangat mengasyikkan? 

















Nantikan Kimchi Untuk Awak! terbitan Kaki Novel di pasaran nanti :) In syaa Allah boleh dapatkannya bermula dari 24 April 2015 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur [24 April - 3 Mei] :) Novel ini juga akan dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia bermula May 2015 nanti :)

108 comments:

  1. enjoy this. tq suri. terubat rindu akhirnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca :) alhamdulillah terubat rindu :) In syaa Allah tak lama aje lagi akan berada di pasaran :)

      Delete
    2. i want this novel so badly

      Delete
  2. Terima kasih kak suri utk teaser yg ketiga.. sgt2 menarik n semakin teruja utk memiliki novel kimchi untuk awak akhir bulan ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan tq jugak berminat utk dapatkan versi cetak nanti :)

      Delete
  3. Tq so much for this awesome long awaited n3... Love it n i luv u suri.. Cant wait to get hold of the novel..yeayyyyy !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad you love ittt :) :) In syaa Allah xlama aje lg boleh peluk Danial & Bella :)

      Delete
  4. Walaupun sikit tp terubat rindu... Xsabaq nak peluk versi cetak... Huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sooo much..Alhamdulillah terubat rindu :) tak lama aje lagi boleh peluk versi cetak..in syaa Allah :)

      Delete
  5. Besttt..tak sabar nak beli versi cetak ..

    ReplyDelete
  6. At last terubat rindu.... Thanks Suri....

    ReplyDelete
  7. Sabar la hati....tunggu full version.....sat je lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah x lama aje lagi ade full version :) tq sudi baca

      Delete
  8. Take sabar ni peluk versi cetak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca :) In syaa Allah tak lama aje lagi boleh peluk versi cetak :)

      Delete
  9. Suri..Akak suka sgt2!!!! Sweet overdose!!!

    ReplyDelete
  10. Subhanallah cantiknya...TQVM Suri

    ReplyDelete
  11. Wow... mmg mengujakan...terima kasih Suri Ryana.

    ReplyDelete
  12. Kak Suri sayang ^^,

    I'm waiting for your novel..nak baca full!!!!!! macih for the teasers ya..love u always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u so much dearie..love u too! :) novelnya is on the way hehee ♡ :)

      Delete
  13. best..xsbr nk order novelr kimchi untuk awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much akashah sebab sudi baca.in syaa Allah kaki novel akan buka order dan akak pun akan ambil order nanti :)

      Delete
  14. Tq.tq....tq...so muuucchhh..makin xsabar tunggu versi cetak nie..hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah versi cetak xlama lagi heee :) tq sudi baca

      Delete
  15. Akak!!! Tq so much.. I love it.. Tk sabar nk tggu bln may ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much sudi baca..:) next month dah bulan may..kejap je lagi :) :)

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Tq so much Kak Suri Ryana.. I love it.. Tk sabar nk tggu bln may ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome :) tq sudi baca..glad you love it..♡

      Delete
  18. Tq kak suri :)

    -Athirah

    ReplyDelete
  19. Gilaa... aku gilaaaaaa.... !! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xD jgn gila dulu :p tunggu novel keluar okayy haha :)

      Delete
  20. Wahhhh..will get this book at pbakl nnt..rindu sgt2 kat bella n danial

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah..masa pbakl dah ade novel ni :) tq so much ye sebab sudi baca dan komen :)

      Delete
  21. Kenapa dgn daniel? Eksiden ke? Xsabar nk peluk KUA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan accident..in syaa Allah segalanya akan terjawab dlm versi cetak nanti hihi..tq so much tauuu sudi baca WC :)

      Delete
  22. seksaaaaa... gilaaa.... seksaaaaa... gilaaaaaa... hihihi....

    -lyndaOja-

    ReplyDelete
  23. Thanks kak suri.
    X sabar nya nak peluk novel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome dhira..:) tq sudi baca yee :) in syaa Allah xlama lagi dah boleh peluk :)

      Delete
  24. Omaigad x sabar tggu novel ni kluar... dr tahun lpas tggu hehe.. tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi bacaa :) hujung bulan ni dah mula berada di pasaran in syaa Allah :)

      Delete
  25. tq.... suke sgt... suke suke suke hi3
    takut jg baca babak last ni pe la da jd gknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome :) in syaa Allah..semuanya akan terjawab dalam versi cetak nanti :) tq tauu hehee

      Delete
  26. Tqvm for those teasers.....i love it so much.....x tau nak gambarkan perasaan bila dpt bc teaser2 ni...perut rasa...ntah....dada berdebar betul...fuh...x sabar ni.....lps ni ada novel baru lg ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi baca :) glad you love it..in syaa Allah, tak lama lagi akan keluar di pasaran :) lepas ni, kisah photographer tomboy..tajuknya, KLIK! :)

      Delete
  27. KLIK pun best jugak. Mmg tertunggu2 next n3nya...lps ni ada kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLIK! adalah projek seterusnya in syaa Allah..lepas kimchi, turn KLIK! pulak..hee tq sudi baca tau :)

      Delete
  28. Smlm dh baca treaser ne...mlm ne baca lg...esok pun msti baca jgk...best3...x sabar nk peluk edisi cetak...tq k.suri sbb bg treaser ne...mcm mana nk dpt kan novel yg ada tandatangan akk??
    :) -june-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca banyak kali hehehe xD in syaa Allahhh xlama lagi je dah boleh peluk versi novel, June..:) akak akan buka order di group kat facebook (Bila Suri Ryana Menaip) Yang beli dgn akak mmg akan ade tandatangan..erm..kalau beli di pbakl masa sesi akak bertugas pun akak dpt novel yg ade tanda tangan :)

      Delete
    2. Ok..nnti june order dlm group ye..:)
      X sabar nk peluk novel 2...

      Delete
    3. K.suri klau order online ngn kaki novel ada tandatangan akk tak?

      Delete
    4. K.suri klau order online ngn kaki novel ada tandatangan akk tak?

      Delete
  29. akak x sabarrrrr nk tunggu novel ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nai Julai, tq soooo much sudi baca tauu..tak lama lagi dah boleh peluk in syaa Allahhh :)

      Delete
  30. tak sabar nak tggu novel .... teaser best sgt ... novel msti lg best ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allahhh :) tak lama lagi je dah boleh peluk novel ni hehe :) tq so much tau sudi baca teaser :) Thanks The Prfhah

      Delete
  31. X sabar nk tggu bln 5..uhuhuhu...nice story dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah, Adriana, bulan 5 dah ade kat pasaran :) kalau nak awal, boleh order secara online dengan kaki novel. Order akan dibuka 2 weeks lagi hehe :) tq sudi baca teaser ni :)

      Delete
  32. Tahniah kak suri...x sabar nk beli KUA...

    ReplyDelete
  33. Salam suri,

    terjejak ke blog ni sebab cari online novel ISM...dah habis baca ISM terjebak pula dgn KUA sampai habis bab saya baca.. n pukul 3am br tido..hehehe. sebelum ni semua novel awak saya dah baca...

    ReplyDelete
  34. Kak suri !!! Bila nk publish..seriously best sgt,x sabar nk peluk dlm versi cetak :-) btw,saya nk exam next week doakan ye and dgn harapan pas exam terus dapat peluk novel akak..all the best kak :-)

    ReplyDelete
  35. Kak suri !!! Bestnya..seriously x sabar nk peluk dlm versi cetak :-) btw saya nk exam next week doakan saya ye and dgn harapan lepas exam dh boleh peluk novel akak..all the best kak :-)

    ReplyDelete
  36. Akak,bila akak akan ada di pbakl?xsbar nk dpatkan KUA n nk tandatangan akak.. 😁

    ReplyDelete
  37. Akak,bila akak akan ada di pbakl?xsbar nk dpatkan KUA n nk tandatangan akak.. 😁

    ReplyDelete
  38. tanpa kusedari, rupanya semua novel kak suri ada dalam genggaman saya..
    hahhahah...love it..

    kak suri ada x kt PBAKL nnt?sesi mana?
    bila eh bleh dpatkan novel ni?seawal 24hb kah?
    nampak x keterujaan disitu.hahhahha

    best of luck kak suri ;)

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah i've bought the novel but i haven't receive it yet. They say i will get them on the 1st week of may. Can't wait to read. Xoxo

    ReplyDelete
  40. Isteri separuh masa sudah pun diadaptasi ke drama harap nanti kimci untuk dia dan awak diadaptasi ke filem pulak ya insyaallah...good luck Suri-from Ana

    ReplyDelete
  41. Sis i really fall in love with this story....btw kt pbkl fair nt sis akn dtg x...

    ReplyDelete
  42. Suri...dah boleh oder ker

    ReplyDelete
  43. Waaahhhh!!!!! Tak sabarnye saya....😉😁😵

    ReplyDelete
  44. Saya dh order tadi ...tak sabar nk peluk novel ni....insyallah kaki novel akan pos pd awal bulan mei...

    ReplyDelete
  45. Semua koleksi novel Suri sy dah ada x sabar nk dptkan yg latest ni.Setelah sekian lama menanti.Tahniah you're the best Suri

    ReplyDelete
  46. Saya dah bli kimchi untuk awak.....blum bc tp dah berdebor-debor ni...nnt update lain ye

    ReplyDelete
  47. best novel ni... ni tengah nak khatamkan novel ni.. ada part yang buat umie manangis membacanya...

    ReplyDelete
  48. Suri......dah bc kimchi untuk awak....sgt...sgt...sgt...best....nak ulang bc lg

    ReplyDelete
  49. Dah habis bacaaaaa......bestnyaaaaa....tahniah suri....tahniah

    ReplyDelete
  50. Best sesangat citer niii. Lps ni nak tggu KLIK pulak...mn n3 baru KLIK ni

    ReplyDelete
  51. Assalamu'alaikum,, kx suri kenalkan i usnul from Aceh, i realy enjoy n happy read it, i nak tanye ni, kalau nak order buku KIMCHI UNTUK AWAK macam mane i nak buat ye kx? pasalnye i kat luar malaysia, please kx i betul2 nak kan buku ni

    ReplyDelete
  52. Assalamu'alaikum,, kx suri kenalkan i husnul dari Aceh, i really enjoy n happy bace this story, i nak tanye, macam mane i boleh dapatkan bukunye? because i kat luar malaysia, so macam mana i nak beli? i really want to read this book, please kx suri...

    ReplyDelete
  53. Best sangat novel kimchi untuk awak....:)tak sabar nak tunggu sambungan KLIK!..
    please sambung..:)

    ReplyDelete
  54. saya dh khatam buku ni dua kli , best sngt2 hope nnti novel ni bleh diadaptasikn jdi drama or filem,insya allah,,tahniah kak suri!

    ReplyDelete
  55. Assalammualaikum kak suri, saya dah beli buku ni.. best gila!!! Thank you sooo much for authoring this book!!!

    ReplyDelete
  56. Hai suri ryana.. bestnya semua novel2 u.. X sabar nk tunggu ur new novel..

    ReplyDelete
  57. Dah beli novel ni. Siyes! Best! >< tak rugi beli. comel waktu bella blush. Haha..

    ReplyDelete
  58. Dah baca novel ni. Best sangat sangat! siyes. Tak rugi beli. >< bella comel bila blush. Haha.. omo! Comel pasangan ni. Haha

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum kak suri...saya baru je beli tadi dekat POPULAR Book Store... thanks kak suri saya baru baca sikit je,memang asyik nak sambung je heheheh xD

    ReplyDelete
  60. mana nak beli buku ni? saya tak jumpa pun kat kedai buku :'(

    ReplyDelete
  61. Assalamua'alaikum. tkde buat novel baru ker?

    ReplyDelete
  62. Suri Ryana tkde terdetik nk buat citer baru ker? Huhu (^_^)

    ReplyDelete
  63. Suri.....nak Klik

    ReplyDelete
  64. Suri...nak Klik

    ReplyDelete
  65. novel Kimchi untuk awak..
    I luv iiiiiitt

    ReplyDelete
  66. I luuuuv iiiiittt...
    Kimchi untuk awak..

    ReplyDelete
  67. Kalau di indonesia ade tak novel ni? Saye nak sangat bace sampai habes, tapi tak bise sebab saye di indonesia😭 kat mane saye bise dapat novel ni?

    ReplyDelete
  68. Kalau di indonesia ade tak novel ni? Saye nak sangat bace sampai habes, tapi tak bise sebab saye di indonesia�� kat mane saye bise dapat novel ni?

    ReplyDelete
  69. Dekat indon tak ade ke novel ni? Saye nak sangat bace sampai habes, tapi saye di indonesia. Dimane nak dapat kan novel ni?

    ReplyDelete
  70. ria septi oktavia14 August 2016 at 11:34

    Assalamualaikum kak,
    Nice to meet you,
    Saya dari Riau, indonesia, saya sangat suka dengan karya-karya akak dibuat film, saya nak novel ni. Bagaimana saya boleh dapatkan novel kimchi untuk awak ni kak?
    Please reply my comment... ^^

    ReplyDelete
  71. ria septi oktavia14 August 2016 at 11:38

    Assalamualaikum kak,
    Nice to meet you,
    Saya dari riau, indonesia. Saya sangat suka karya-karya akak dibuat film. Saya nak novel kimchi untuk awak ni, bagaimana saya boleh dapatkan novel akak ni?
    Please reply my comment...^^

    ReplyDelete
  72. Agak-agak ada jual lagi tak buku tu kt kedai sekarang ni? Saya cari tak ada.. :(

    ReplyDelete