Friday, 9 February 2018

PANAHAN CINTA MR.AGORAFOBIA [BAB 7 & BAB 7A]





"Kau okay ke tak ni, Thalia? Diammm aje sejak masuk ke Menara Al-Hayyan ni tadi?" Soal Didee sambil menyiku lenganku. 

Pandangan kuhalakan pada nombor yang berkelip di bahagian atas lif. Tingkat 7! Ya Allah, dah nak sampai! Pejabat lelaki itu, di tingkat 20! Anak mata kupejamkan untuk seketika. Kenapa aku cemas sangat nak berhadapan dengannya?

"Thalia! Kau janganlah macam ni!" Didee menyiku aku dengan lebih kuat. Pantas aku menjeling tajam ke arahnya.

"Hey! Apa main siku-siku ni! Sakit la.." Marahku sambil menggosok lembut kawasan lengan.

Tubuh aku jauhkan sikit darinya. Kurus kering je minah ni tapi boleh tahan sakit jugaklah bila tulang dia tu menunjal aku.

"Dah tu..kau macam kena sampuk hantu aje aku tengok!" Luah Didee sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding lif. 

Bulat mataku merenung ke arahnya apabila ada sesuatu terlintas dalam otak.

"Dee..betullah..." Jari telunjuk kugoyangkan ke arahnya sambil mengangukkan kepala beberapa kali.

"Apa??" Soal Didee dengan pelik. Wajahnya mula berkerut seribu.

"Aku rasa kan Tuan Faleeq tu ada guna ilmu hitam la..kau pernah dengar kan segelintir orang mengamalkan black magic untuk melariskan perniagaan, untuk buat orang sukakan mereka dan juga untuk menakutkan musuh?"  

Luahku dengan perasaan gemuruh yang semakin menjadi-jadi.  Didee dah mula menepuk dahi tapi apa aku peduli? Aku terus bersuara.

"Sebab tu la aku gemuruh semacam ni. Jangan-jangan dia dah berjaya guna black magic tu ke atas aku.." Sambungku lagi sambil mengerling ke arah lampu yang berkelip pada nombor yang tertera pada dinding lif. Tingkat 18! Aduhh..

"Amboi! Sesedap rasa je kan kau menuduh idola aku tu. Berdosa tahu tak? Berdosa! Allah marah!" Kuat suara gadis ini membidas tekaan aku tadi.

 Isk, macam mana aku boleh syak wasangka buruk sangat kat mamat tu? Pantas aku mengurut dada.

"Astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim.." Sambil memejamkan mata aku beristighfar.

"Pelik betul kau ni. Takut konon..nanti kat dalam tu, boleh tahan juga kau menjawab dan bahasakan dia kan?" Sindir Didee dengan pedas sambil bercekak pinggang. Aku terus membetulkan tudung bawal berwarna pink di dalam cermin pada dinding lif.

"Apa boleh buat Dee..mulut aku dah macam ni. Tambah-tambah depan orang macam tu." Jawabku dengan jujur.

"Ish..ish..ish.."

Sempat Didiee menggelengkan kepalanya sebelum melangkah keluar dari lif yang sudah pun terbuka. Mahu tak mahu, aku paksakan juga kaki ini melangkah mengikut jejak Didee. Hanya ada satu sahaja bilik di tingkat ini. Dalam rasa seram-sejuk yang menguasai diri,  aku terhendap-hendap dalam pejabat yang mempunyai ruang interior yang sangat menarik ini. Pas pelawat yang tergantung di leher aku betulkan sedikit sambil menghalakan pandangan ke arah seorang gadis jelita yang sedang melangkah keluar dari kaunter untuk merapati aku dan Didee.

"Cik Thalia Aysara?" Ramah gadis yang memakai blazer dan skirt dari rona biru gelap ini menyoal. Perlahan aku menganggukkan kepala di dalam rasa tidak menentu.  

"Saya, Elis. Welcome to Al-Hayyan Group. Tuan Faleeq dah lama tunggu cik." Ucap gadis ini lagi. 

"Didee..jom temankan aku." Aku terus memeluk lengan Didee. Pantas gadis ini menggeleng.

"Aku tunggu kat sini je.." Ujar Didee yang sudah melangkah ke arah sofa empuk berwarna hitam di hadapan sana. Aduh..

"Jom saya bawakan ke pejabat Tuan Faleeq." Gadis yang mungkin setiausaha Tuan Faleeq ini bersuara lagi. Mahu tak mahu, aku turutkan juga katanya.

Di dalam detak jantung yang berdegup laju aku mengekori jejak langkah gadis tadi. Anak mata tertancap pada nama lelaki itu yang tertera pada dinding pintu. Gadis bertudung bunga-bunga putih dan biru ini mengetuk dinding pintu dua kali dan kemudian membukanya.

"Tuan Faleeq, Cik Thalia Aysara is here." Suara Elis bergema di ruangan ini. Aku masih berselindung di belakangnya.

"Ask her to come in, Elis." Kedengaran suara maskulin lelaki itu bergema. Berdebar rasa dada. Elis terus menoleh ke belakang.

"Silakan masuk, cik." Pelawanya. Aduh, menyesal pula datang ke mari.

"Thank you." Ucapku sepatah.  

 Elis  tersenyum manis sebelum berlalu pergi, meninggalkan aku terkontang-kanting sendirian melawan panahan mata lelaki itu saat ini. Jantung aku mulalah buat hal.




Memang dia kelihatan lebih stylish memakai suit dari warna kelabu berbanding hitam. Sempat lagi hati aku membuat penilaian. Teragak-agak kakiku melangkah masuk ke dalam ruang pejabat yang kelihatan mewah. Kenapa aku bodoh sangat ikut arahannya? Patutnya aku berkeras untuk paksa dia poskan aje kad pengenalanku itu.Tak pun, hantar kat asrama. Tempat terbuka. Tak macam dalam pejabat ni. Apa-apa pun boleh terjadi. Nyata, insiden di antara aku dan Abang Joe tempoh hari membuatkan aku semakin berhati-hati dengan insan bernama lelaki.

 "Buat apa tercegat kat situ? Aku tak perlukan patung cendana untuk hias bilik ni." Sindirnya sambil mencampakkan fail di tangan ke atas meja. 

Isk, dia memang sentiasa serius dan beku ke? Patut aku bawak air panas aje tadi dan siram dia ni.Baru padan muka!
Bersama wajah yang monyok aku melangkah malas ke mejanya.

"Have a seat!"

Arahnya sambil merenung tajam wajahku.

"Saya datang bukan nak duduk." Dengan sebal aku bersuara sambil cuba menentang pandangan matanya. Aku lihat wajah lelaki ini dah mula tegang.

"Well, too bad..maybe I should just cancel your internship offer at Al-Hayyan." Ucapnya dengan serius sambil mencapai fail. Tergamam aku jadinya. Dasar diktator! Dia kulihat menulis sesuatu di dalam fail tersebut.

Cepat-cepat aku melabuhkan punggung di atas kerusi empuk yang letaknya berhadapan dengan lelaki ini. Perlahan aku lihat dia meletakkan pen di tangan.

"Good. You know when to change your mind, ha?" Pedih ayat tersebut masuk ke dalam telinga namun aku masih berlagak selamba juga. 

Takut-takut kalau dia batalkan tawaran untuk aku membuat praktikal di pejabatnya ni.

"Mana IC saya?" Soalku kepada lelaki yang memakai kot kelabu ini.

Sampul kecil berwarna putih yang terletak di atas salah sebuah fail dicapai dan dihulurkan padaku. Pantas aku merampas sampul tersebut dari tangannya. Anak mata berlari ke bahagian dalam sampul di tangan. Kad pengenalan aku!

"Aku dah selesai siasat latar belakang kau. Setakat ini, tidak ada bukti yang kau terlibat dengan kes kecurian di kilang tu tempoh hari tapi..."  Ucapnya dengan kerek tetapi belum sempat dia menghabiskan ayat aku terus memotong. 

"Isk, menyusahkan betul! Lain kali siasat dulu sebelum tuduh orang mencuri."  Tak dapat ditahan ayat tersebut terpacul keluar dari bibirku.  Pantas aku menutup mulut. Anak mata kularikan ke arah lain. Bulat matanya merenung ke mari.

"I am not done yet, Aysara.." Ucapnya sambil menggelengkan kepala.

"Kalau aku dapat tahu kau terlibat, aku tak akan teragak-agak untuk heret kau ke balai polis." Ugutannya benar-benar membuatkan aku berang. Pantas aku bangun dari kerusi.

"Well, saya pun sedang siasat kalau Tuan Faleeq ada apa-apakan saya masa saya pengsan haritu."

 Terlepas juga ayat yang tersemat dalam hati gara-gara rasa marah yang mencengkam jiwa. Dengan tenang aku lihat dia bangun dari kerusi empuknya. Aku juga turut sama berdiri. Kini lelaki ini berdiri betul-betul di hadapanku. Wajah kudongakkan ke arahnya yang tinggi lampai. Anak mata kami bertautan untuk seketika.

"Kalau aku nak apa-apakan kau, sekarang pun boleh. The thing is, I am not interested in you." Luahnya dengan sinis sambil menggelengkan kepala.

"At All!" Sambungnya lagi sambil membetulkan tali lehernya.

Eleh, aku ni lagilah tak 'interested' dengan kau!Baik aku berambus dari sini. Dengan menyampah aku melarikan anak mata ke arah meja kerjanya. Lincah tanganku mencapai sampul berisi kad pengenalanku dari atas meja itu tetapi dunia seakan berhenti berputar apabila pandanganku tertancap pada gambar yang berbingkai kaca. Pantas jantung berdetak dengan sangat laju. Anak mata masih meneliti gambar salah seorang dalam gambar tersebut.
Wajah terus kutoleh ke arah Tuan Faleeq. Bulat mataku merenung ke arahnya.

"Tu..Tuan Faleeq." Tergagap-gagap aku bersuara.

"What?" Soalnya sambil bercekak pinggang.

"Tu..gambar tu..." Jari kutudingkan ke arah gambar di atas mejanya. Aku lihat riak wajahnya berubah.

"Aysara.." Baru sahaja dia bersuara, deringan telefon bimbitku berbunyi nyaring minta dijawab.

Pantas aku mengeluarkannya dari dalam poket baju kurung di badan. 

Tira? Mulalah aku tak sedap hati. Tira tak pernah menelefonku kecuali jika ada hal penting. Selalunya, dia hanya SMS aje. Aku merenung kembali wajah Tuan Faleeq yang sedang merenung ke mari dengan pandangan yang lain macam. Seperti sesuatu yang berat berada di fikirannya.

"I have to go. Assalamualaikum." Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus berpaling dan menjawab panggilan Tira. Entah kenapa aku betul-betul rasa tak sedap hati.

"Assalamualaikum Tira.." Ucapku.

"Along! Ayah pengsan! Sekarang ada kat hospital." Cemas Tira bersuara di hujung panggilan. Bagai mahu terhenti jantungku apabila mendengar berita yang baru diberitahu Tira itu.

"Ayah pengsan? Allahuakhbar!" Luahku dengan sangat cemas.

"Along balik kampung sekarang jugak." Ucapku lagi sambil memulas tombol pintu dengan sangat cemas dan kalut.

"Aysara!" Terdengar suara  lelaki itu memanggilku di belakang sana namun kaki ini tidak mampu lagi untuk berhenti melangkah.

"Cik Thalia Aysara? Are you okay?" Soalan Elis kepadaku membuatkan dadaku semakin diasak rasa sebak saat ini.

"Thalia! Kenapa ni? Tuan Faleeq buat apa dengan kau?" Soal Didee pula sambil memelukku. Bersungguh-sungguh aku menangis di bahu Didee.

"Dee..ayah aku sakit. Aku perlu balik kampung sekarang jugak." Ujarku teresak-esak. Terbayang di ruang mata wajah tua seseorang yang bergelar ayah di fikiran. Seseorang yang bersusah-payah membesarkan aku dan Tira tanpa bantuan dari seseorang yang bergelar isteri. Semakin lebat air mata mengalir.  

Ayah..tolonglah bertahan. Thalia dan Tira masih perlukan ayah..rintihku di dalam hati.

***
BAB 7 A

Lengang suasana wad hospital besar ini. Mungkin sebab hari ini adalah hari bekerja, jadi pelawat pun taklah ramai. Wajah ayah aku tenung dalam-dalam bersama rasa sedih 
yang teramat. Melihat keadaan ayah lemah terbaring begini,  dadaku diasak rasa sedih yang tidak terhingga. Ayah bukalah mata..Thalia rindukan ayah. Thalia perlukan ayah. 

Air mata mengalir deras di pipi. Menitis setitik di atas pipi ayah. Pantas aku larikan jari telunjukku dengan lembut di wajah  lelaki hebat ini. Titik jernih itu aku seka dengan perlahan. Selimut yang menyelimuti tubuhnya aku betulkan  sedikit.

Perlahan-lahan aku menoleh ke arah Tira dan Cik Yam yang sedang duduk di sebelah kanan katil.Cik Yam kulihat menarik kerusi untuk aku duduk di sebelahnya dan kemudian dia membetulkan penghadang kain yang memisahkan ruang ini dengan ruang pesakit sebelah.

"Bagaimana ayah boleh pengsan, Tira?" Soalku dengan perlahan. Kaki melangkah ke arah gadis itu. Dengan sayu gadis yang memakai blouse merah itu merenung ke arahku.

"Tira tak tahu. Tira baru balik dari rumah Cik Yam masa tu. Tira nampak Abang Joe sedang berbual dengan ayah di beranda rumah. Masa Tira ke beranda untuk jemput ayah makan, ayah dah sesak nafas masa tu."Jawabnya dengan kusut. 

Aku lihat dia mahu menyambung kata-katanya tetapi tidak mampu berbuat demikian gara-gara terlalu sebak. Ada air jernih yang mengalir dari matanya yang sembab itu.

"Kemudian?" Soalku lagi sambil memeluk bahu Tira.

"Joe yang bawa ayah kamu ke hospital ni dengan keretanya, Thalia. Cik Yam dan Tira pun ikut sekali." Cik Yam menjawab bagi pihak Tira yang sudah pun teresak-esak saat ini.

 Aku mengerutkan wajah. Entah kenapa aku tidak sedap hati apabila mendengar nama Abang Joe.

"Abang Joe datang rumah?" Soalku dengan pelik. Pantas Cik Yam Jamu dan Tira mengangguk.

"Keadaan kesihatan ayah sebelum ni elok je..malah doktor pun cakap, semakin baik." Luah Tira yang emosinya sudah mula stabil sedikit.

"Macam mana ayah boleh pengsan?" Soalku pada diri sendiri. Sisa air mata kuseka dengan jari. Cik Yam Jamu merenung dengan penuh simpati ke arahku. Jemariku diramasnya lembut.

"Thalia..Cik Yam tahu Thalia sayangkan ayah. Sabar ya? Kan doktor bagitahu yang keadaan ayah sudah semakin stabil?" Lembut suara itu memujuk hatiku namun entah kenapa sebak masih mengasak dada.

"Doktor cakap ayah mungkin susah hati fikirkan sesuatu atau ayah penat. Sebab tu jadi begitu."Luah Tira. Cik Yam juga menganggukkan kepala.

"Betul..itu yang doktor cakap.."Tambah Cik Yam Jamu.
 Bulat mataku menjegil ke arah Tira dan Cik Yam silih berganti. Rasa tidak puas hati menerjah ruang dada.

"Cik Yam..nak kata ayah letih dan penat, ayah tu bukannya bekerja tau." Ujarku dengan pelik ke arah Cik Yam. Anak mata menjegil ke arah Tira kemudiannya.

"Tira..kamu ada buat apa-apa yang ayah tak suka ke?" Soalku dengan sangat tegas namun nada suara masih kukawal, tidak mahu mengganggu ayah yang sedang terlena. Pantas gadis berlesung pipit comel ini menggeleng.

"Mana ada, Along?!" Ujarnya bersungguh-sungguh.

"Thalia Aysara.."

Nyata suara itu menyebabkan enam pasang mata menoleh ke arah kiri. Aku lihat keadaan ayah sangat lemah tika ini. Anak matanya sayu merenung ke arahku.

"Ye..ye, ayah!" Jawabku. Cepat-cepat aku berdiri untuk melangkah mendekati ayah.

"Kamu nikahlah dengan Johan, Thalia.." Dengan sangat lemah ayah bersuara, sama lemah seperti kakiku yang sudah tidak berdaya untuk berdiri lagi. Ada air jernih mengalir dari kelopak matanya.

 Terjelepuk aku jatuh ke atas lantai saat ini bersama rasa terkejut yang masih belum surut. Tira dan Cik Yam bangun dari kerusi dengan cemas.

"Thalia..Ya Allah..bangun nak.." Suara Cik Yam berkumandang sambil memeluk lembut tubuhku.

"Ayah..jangan buat keputusan terburu-buru..ayah rehat ya?" Suara cemas Tira pula kedengaran untuk menenangkan ayah. Aku semakin kusut dan serabut.

Apa yang telah terjadi? Air mata semakin mencurah-curah keluar. Wajah Abang Joe yang paling aku benci itu tergambar di dalam fikiran. Pantas aku menggelengkan kepala. Tidak! Tidak mungkin untuk aku menjadi isteri ketiga lelaki itu.

***
Bersambung :D
 Terima kasih kepada semua yg sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini  Maaf kalau ada kesalahan ejaan. Semua komen boleh diberikan di group FB : Bila Suri Ryana Menaip