Tuesday, 6 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 5, BAB 5 A & BAB 6]





Tubuh kuhempaskan ke atas katil. Fizikal pun penat, mental pun dah koyak rabak. Demi Tuhan, aku hanya mahu tidur. Mahu melupakan sejenak segala kekusutan. Sambil berbaring aku merenung kosong ke arah siling di dalam kelam malam. Terbayang di dalam fikiran gambar yang kulihat tergantung kemas di dinding rumah pemilik Al-Hayyan Group itu.

No, Thalia..percayalah, bukan orang yang sama. Hati aku berkata-kata sendiri. Sebelah tangan memicit kawasan kepala yang sedikit berat.

Fikiran melayang pada kejadian yang berlaku di rumah keluarga Tuan Faleeq tadi. Bila agaknya dia akan pulangkan kad pengenalan aku tu? Aduh..ada harapan lagi tak untuk aku buat latihan praktikal di Al-Hayyan Group? 


Anak mata merenung kosong ke arah dinding. Syarikat mana lagi yang memberikan elaun yang tinggi? Disebabkan hutang yang masih berbaki RM 13 ribu itu, hidup aku teruk tertekan. Pelajaran aku tunggang-langgang kerana asyik pulun buat part-time. Semuanya kerana ingin membayar duit si botak tu. Masih terbayang-bayang di fikiran SMS yang baru aku terima dari Abang Joe kira-kira setengah jam yang lalu.  

"Nasib kau baik tadi Thalia. Sekali lagi kau culas bayar duit aku, aku akan pastikan kau tak terlepas lagi." Lebih kurang begitulah mesej tu berbunyi.

Aku bangun dari pembaringan. Anak mata menyorot pada Didee yang sedang nyenyak tidur di katil sebelah. Tubuh kusandarkan pada kepala katil. Tertekannya! Kaki yang tadinya terlunjur lurus perlahan-lahan aku rapatkan ke tubuh. Kedua-dua belah tangan memaut betis dan wajah kusembamkan pada lutut.

Abang Joe..memang aku benci lelaki yang kejam itu tetapi aku tidak dapat nafikan yang aku terhutang budi dengannya. Hanya dia dan Cik Yam Jamu aje yang sudi hulurkan bantuan kepada kami. Terbayang di fikiran wanita berusia dalam lingkungan umur awal 40-an yang sentiasa nampak cantik dengan kebaya labuh di tubuhnya tu. Cik Yam..Thalia rindu Cik Yam..Thalia rindu masakan Cik Yam. Keluhku di dalam hati

CIK YAM JAMU

Teringat kembali saat aku mengemis ke sana ke sini dulu. Tidak ada seorang pun yang tampil membantu.

Benar kata orang, adakalanya orang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita juga yang sanggup bersusah bersama. Cik Yam Jamu sanggup gadaikan barang kemasnya untuk membantu ayah. Sumbangan RM5000 tu diberikan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tapi, seperti yang aku dah janji, aku mesti akan bayar juga duit Cik Yam tu. Lagi RM15 ribu, Abang Joe yang juga tauke mini market berdekatan dengan kampung yang sumbangkan. Cuma, Abang Joe mempunyai agenda sendiri. Air liur yang aku telan terasa kelat.

Selepas sahaja ayah selesai membuat pembedahan jantung, Abang Joe paksa aku berkahwin dengannya.  Gila! Lelaki berhidung belang itu sudah ada dua isteri kut! Ingat ini cerita madu tiga ke apa? Akibat daripada aku membantah dan menolak hasratnya mentah-mentah, aku perlu bayar semula RM15 ribu duitnya sekaligus. Mana aku nak cari duit sebanyak itu? Kalau aku ada duit, tidaklah aku mengemis ke sana ke sini dulu.

Pelbagai alasan aku berikan untuk menolak permintaan gilanya tu. Setelah teruk aku merayu, dia bersetuju untuk aku membayar balik duitnya  secara ansuran setiap bulan. Aku baru sempat bayar RM2000 je. Masih berbaki RM 13 ribu lagi hutang aku dengannya. Semakin rapat aku menyembamkan wajah ke lutut. 

Bayaran RM 1500 setiap bulan itu cukup membebankan untuk aku. Banyak kali aku cuba berbincang dengan ayah untuk berhenti belajar tetapi banyak kali itu juga ayah marah dan merajuk denganku. Takut pula disebabkan tindakanku, ayah yang sudah semakin pulih itu jatuh sakit semula. Ya Allah, tolonglah tambah rezeki aku supaya aku dapat bayar semula duit Abang Joe. Itu sahaja doaku ketika ini.

*************************************************
BAB 5 A

Aduhhh! Kusutnya! Aku meraup rambut yang lurus melepasi bahu ke belakang telinga. Dah 10 kali aku mundar mandir di tepi jendela bilik ini. Sesekali anak mata merenung ke arah kawasan asrama yang lengang di bawah sana. Maklumlah, pagi-pagi macam ni memang ramai yang ke kelas. Kelas aku dan Didee mula lewat hari ni. Pukul 2 petang nanti. Wajah Tuan  Faleeq yang serius dan beku itu terbayang di fikiran. Mampu membuatkan jantungku berdetak dengan sedikit laju. Aduh..ni belum berdepan dengan dia lagi. Cemasnya!

Aku membetulkan semula tirai jendela yang aku selak luas tadi ke kedudukan asal bersama kad pengenalan milik lelaki itu di dalam genggaman. Relaks la Thalia..dia yang mulakan dulu permainan ni. Apabila dia dah bersedia pulangkan kad pengenalan kau, baru kau lakukan hal yang sama. Aku berkata-kata sendiri di dalam hati. Jangan dia ingat dia kaya, berpangkat dia boleh buat sesuka hati dengan orang macam aku.

Tubuh kuhempaskan ke atas katil. Dalam keadaan berbaring, kedua-dua belah tangan memegang kad pengenalan milik lelaki itu. Kad di tangan kurenung dengan perasaan tidak sedap hati. Agak-agaknya lelaki itu sedar tak yang kad pengenalannya hilang?

"Apahal muka kau dah macam ayam berak kapur ni?"

Soalan Didee membuatkan aku tersentak. Kalaulah dia tahu yang aku ada masalah besar dengan lelaki 'pojaan' hatinya tu, aku pasti dia juga akan terberak kapur saat ini. Aduh..tak tertanggung rasanya masalah ini berseorangan. Patutkah aku kongsi dengan Didee?

"Dhia Dalila!!"

Terjerit kuat aku jadinya apabila ada yang menyambar kad keras itu dari tanganku. Siap sebut nama penuhnya lagi. Terus aku melompat turun dari katil. Didee sedang tersengih ke mari.

"Kasi balik!" Aku cuba merampas kad di tangannya namun dia lebih cepat melarikannya dari aku. Hanya nafas berat yang mampu aku hela. Mesti Didee akan terkejut beruk sekejap lagi.

"Apa yang special sangat MyKad kau ni sampai nak tenung-tenung macam tu?" Soalnya pelik sambil merenung ke arah kad pengenalan di tangan. 1 saat, 2 saat..

"Thalia!!!"

There she goes! Nyaring jeritannya tu, sampai ke dewan makan pun boleh dengar aku rasa.

Pantas aku menutup kedua-dua belah telinga dengan kedua-dua belah tangan. Kan aku dah cakap, dia akan terkejut! Mulutnya terlopong luas. Bulat mata milik gadis bertocang satu itu merenung ke mari.

"Ma..mana kau da..dapat benda  ni?" Soalnya tergagap-gagap.
Blur terus wajahnya tu. 

Kesempatan ini aku ambil untuk menyambar semula kad tersebut dari tangannya. Beg duit yang terdampar di atas katil aku capai dan aku selitkan kad pengenalan milik Tuan Faleeq dengan cermat dalam compartment yang sesuai. Punggung kulabuhkan di birai katil dengan hati yang semakin gelisah. Didee terus menyerbu ke arahku. Bergegar katil apabila dia menghempaskan tubuh di sisiku.

"Sumpah Dee, keadaan kau dah macam ayam berak kapur. Tu lah, mengata aku lagi!" 

Wajah Didee aku kerling sekilas sambil menggelengkan kepala. Geli hati pula tengok dia ni gelabah.  Gadis yang memakai t-shirt biru ini terus menampar lembut bahu aku.
 
"Boleh kau buat lawak lagi time time macam ni? Kau tahu tak kad pengenalan siapa yang ada dengan kau tu?Bukan calang-calang orang Thalia..aku takut kau tidur lokap je malam ni." 

Kata-kata Didee yang nampak serabut mampu mematikan terus senyuman di bibirku.  Semakin resah dan gelisah aku jadinya. Agak-agak dia laporkan kepada polis tak?

"Weh, memanglah aku minat dengan Tuan Faleeq tu. Tapi, kau tak payahlah curi IC ni untuk aku. Kalau dia buat police report macam mana?" Kelam-kabut Didee menyoal aku. 

Bulat mataku menjegil ke arahnya! Jari telunjuk kulekapkan di bibirnya untuk sesaat. 

"Shhhh! Kau boleh diam tak? Siapa yang curi benda ni untuk kau? Perasan betul kau ni. Aku belum gila lagilah!" Bidasku dengan geram. 

Kemudian, aku terus bangun dari katil. Didee aku lihat mengekori gerak langkahku yang menuju ke arah meja belajar.

"Cakap cepat! Macam mana  MyKad  dia boleh ada dengan kau?" Soal Didee. Aku menyandarkan tubuh pada dinding.

"Sebab dia ambil MyKad aku!" Bahu kujungkitkan ke arah Didee.

Terus dia menjegilkan matanya ke arahku. Perlahan dia menggeleng tanda tidak mahu terima kata-kataku.

"What? Apa kau mengarut ni? Tak masuk akal!" Soal gadis itu yang sudah mula ketawa besar. Dia ingat aku ada masa nak main-main?

"Kau ingat perangai lelaki 'pojaan' hati kau tu 'helok' sangat? Meluat! Tau tak meluat??"Nada suaraku sudah mula meninggi.

 Didee aku tinggalkan di meja belajar dan aku melangkah ke katil semula.

"Okay, now kau beritahu aku. Kenapa pula dia nak buat macam tu? Apa MyKad kau tu bersalut emas ke apa?" Soal gadis itu dengan sinis.

Ada nada cemburu dapat kukesan dalam nada suaranya itu. Isk tak hingin aku dengan lelaki tu.  Buat tambah masalah dalam hidup aku yang sedia bermasalah ni aje.
Aku lihat tubuh Didee sudah terjelepuk di atas lantai yang berlapikkan tikar mengkuang, betul-betul menghadap aku yang sedang duduk bersila di atas katil. Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum bersuara.

"Aku jumpa Abang Joe semalam." Laju kata-kata tersebut meluncur dari bibirku.

"Hah? Kau pergi seorang? Kenapa kau tak ajak aku?" Soal Didee dengan sangat cemas. Aku lihat dia memicit kasar kawasan kepala. Hanya Didee, diari bergerak aku aje yang tahu kisah aku dan Abang Joe.

"To cut the story short, Abang Joe cuba buat benda tak baik kepada aku tapi aku dapat lari. Aku masuk dalam kilang Tuan Faleeq untuk bersembunyi. Apabila rasa keadaan dah selamat, aku keluar dari kilang dan pengsan! Lelaki pojaan kau tu bawa aku pulang ke rumahnya dan panggilkan doktor untuk rawat aku masa aku pengsan. Bila aku sedar, dia tuduh aku pencuri pulak! Sebab dalam minggu lepas ada kes kecurian yang berlaku di kilang tu. Lepas tu rampas IC aku untuk jalankan siasatan." Panjang lebar aku bercerita. Kedua-dua belah tangan meraup wajah saat ini. Risaunya Ya Allah!

Tapi, tak dinafikan yang terasa ringan sedikit kepala setelah menceritakan apa yang berlaku pada Didee. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku tidak keseorangan sekarang. Didee terus memetik ibu jarinya.

"Kan betul aku cakap. Kau gerenti pengsanlah tengok wajah kacak Tuan Faleeq  tu." Didee sengih, tayang giginya yang tersusun cantik. Aik, dalam banyak-banyak part sedih, part tu yang dia komen? Aku mula tayang muka tak puas hati. Tangan kanan kuangkat tinggi.

"Stop it, Didee! Kau jangan nak tambah garam kat luka aku, Dee. Aku BENCI gile dengan mamat tu." Luahku dengan tegas.

"Lah, betullah. Dulu kemain eksyen kau cakap yang Faleeq Al-Hayyan  tu mukanya biasa-biasa aje. Hah, sekali..pengsan terus!" Luah Didee sambil tersenyum lebar. Berasap dah kepala aku!

"Dee!! Aku pengsan sebab mengalami dehidrasi dan tekanan darah rendah laa..takde kaitan dengan kekacakan mamat perasan bagus tu."Tak dapat ditahan, nada suara sudah melangkau oktaf yang sedikit tinggi.

 Didee terus melompat naik ke atas katil. Bantal kecil dicapai dan dipeluk erat.

"Aku rasa Tuan  Faleeq tu seorang lelaki yang gentleman dan baik. Kalau tidak, takkan laa dia rawat kau? Kat rumah dia pulak tu. Fuyyo..dream comes true  betul!" Luah Didee dengan jujur.  Hati aku yang ego membuatkan aku terlalu benci mendengar komen Didee itu.

"Dream comes true? Oh please la Dee..my worst nightmare yang sebetulnya!! Kalau dia baik sangat, takdelah dia nak tuduh aku pencuri dan ambil kad pengenalan  aku." Bidasku dengan sangat jengkel.

Sebelum dia cari aku, baik aku cari dia. Lagipun selagi kad pengenalannya itu berada denganku, selagi itulah tak tenteram jadinya hidupku. Baik aku pulangkan. Terus aku bangun dan jari telunjuk kutudingkan ke arah Didee.

"Kau kena ikut aku kejap lagi." Putusku dengan tegas.

"Hah? Ke mana?" Didee aku lihat sudah mula terpinga-pinga.

"Rahsia." Jawapan aku mampu membuat gadis itu terdiam.

Laju kakiku melangkah menuju ke arah almari, meninggalkan Didee yang masih termangu-mangu di atas katil.  Rambut aku sanggulkan dan kemudian aku mencapai tudung bawal berwarna kelabu muda. Anak mata merenung ke arah wajah di dalam cermin.

Apalah yang Abang Joe kejar-kejar sangat dengan aku ni? Kat kampung tu banyak lagi gadis-gadis yang boleh tahan lawa. Ah, tak perlu fikir, Thalia, kang terbantut selera kau. Laparnya. Baik aku ke kafe dari fikir tentang lelaki tak guna tu. Baru sahaja menyarungkan tudung di kepala, kedengaran pintu diketuk dari luar

TOK! TOK! TOK!

Ah, budak-budak bilik sebelah la ni yang datang bertandang. Tak pun nak pinjam maggi. Kehidupan berasrama memang macam ni. Normal! 

"Masukkk!" Laung Didee yang masih bertenggek atas katil aku. Emma, jiran bilik sebelah menjenguk di sebalik pintu. Ha, ni memang muka mi maggi!

"Tu..ada dalam laci tu. Kari letop ada, asam laksa pun ada. Ambillah." Ujarku sambil menudingkan jari ke arah locker. Emma tarik muka masam. Laa..dah kenapa?

"Kalau agak-agak nak yang rasa-rasa kpop sikit, ambil je ramen samyang aku kat atas meja tu. Didatangkan khas dari Korea Selatan." Sampuk Didie pula. Emma terus menepuk dahi.

"Korang ingat aku ni muka mi segera ke? Isk, aku bukan datang nak pinjam maggi la!" Bidas gadis yang sudah cantik bersiap ini dengan sebal. Berderai tawa aku dan Didee.

"Thalia. Ada orang nak jumpa kau kat bawah." Kelam-kabut dia bersuara sambil merenung ke arah jam di tangannya. Terkunci terus mulut aku dan Didee  

"Siapa?" Soalku sedikit pelik. Takkan Abang Joe pulak? Bukankah dia dah mesej aku semalam? Kira settle la kan?

"Manalah aku tahu. Aku nak ke kelas ni. Bye!" Sebaik sahaja berkata begitu, Emma terus berdesup keluar meninggalkan aku yang sedang termangu-mangu di sini. Tak sempat aku nak soal dengan lebih lanjut.

"Mungkin Abang Joe agaknya.." Terpacul juga ayat itu dari bibir. Susahnya hati namun aku masih berlagak selamba!

"Relaks, Thalia. Jom aku temankan kau."
Aku hanya mampu mengangguk lemah.

 Apa lagi yang Abang Joe mahukan dari aku? Dia memang pernah ke sini untuk berjumpa denganku dulu. Beg duit aku capai sambil menunggu Didee menyarungkan tudung di kepalanya.


******************************************
BAB 6

Teruk dadaku berombak risau tika ini. Laju kaki menuruni anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah bangunan asrama. Di dalam kepala sudah merangka ayat yang akan aku perkatakan pada Abang Joe nanti. Janganlah dia minta RM500 tu hari ini. Mana aku nak korek duit? Dalam beg duit ni hanya ada RM100 aje sebelum aku dapat gaji minggu depan.

"Kau jangan risau Thalia. Beranilah dia nak apa-apakan kau.. aku tumbuk muka dia!" Marah betul Didee. Tangan kanannya menggenggam buku lima.

Anak mata kukecilkan sedikit apabila silau mentari pagi menyinari wajah.Kami sama-sama melintasi kawasan taman asrama yang dihias indah dengan kolam ikan dan bangku batu. Di sinilah dulu Abang Joe menungguku. Nafas aku tarik dalam-dalam sambil membetulkan blause di badan. Mana dia? Anak mata melilau mencari kelibat lelaki botak itu. Tak ada. Pandangan kuliarkan  ke arah kenderaan yang terparkir di hadapan sana.

"Kau ada nampak tak kereta Honda Civic warna kelabu asap, Dee?" Soalku dengan sangat cemas.

"Takde Thalia." Ya Allah bilalah semua ini akan berakhir? Sampai bila aku harus hidup dalam ketakutan setiap kali berjumpa Abang Joe? Didee mengerling ke arahku dengan penuh simpati. 

"Jangan takut Thalia! Aku ada! Jangan cuba-cuba dia berkasar dengan kau. Aku terajang dia nanti." Tekad Didee. Bahuku dipeluk kemas saat ini. Sedikit sebanyak dengan adanya Didee di sisi mampu meredakan rasa gusar di hati.

"Cik Thalia Aysara?"

Automatik Didee melepaskan pelukannya di tubuhku.  Kami sama-sama berpaling ke belakang. Seorang lelaki berketinggian sederhana sedang merenung ke arahku.

"Siapa ni Thalia? Takkan Abang Joe pergi Korea buat plastic surgery pulak?" Bisik Didee dengan sangat pelik.

Aku tenung rapat-rapat lelaki yang berkemeja hitam ini. Janggut sejemput, bermata bundar, berbaju bunga, berseluar yankee, berkaki ayam! Eh..tak tak..dia tak berkaki ayam. Ya Allah! Apa yang aku melalut ni?! Tiba-tiba teringat dialog  dalam filem Seniman Bujang Lapuk pulak.

Hmm..but seriously, macam pernah aku lihat dia ni. Tapi di mana ya? Hati aku mula tak sedap. Dia ni bukan, Adib ke? Pekerja Tuan Faleeq? Air liur yang kutelan terasa berpasir. Jantung aku mulalah buat hal!

"Cik, bos saya, Tuan Faleeq Al-Hayyan nak jumpa dengan cik. Dia sedang menunggu di dalam kereta." Ucapnya dengan sopan. Terlopong aku jadinya saat ini.

Jari telunjuk ditudingkan ke arah sebuah kereta mewah yang terparkir di bahu jalan. Jantungku benar-benar rasa nak luruh dah ni. Mana Tuan Faleeq tahu aku tinggal di sini? Di blok asrama ni? Jantung aku mulalah berdebar teruk. Seram sejuk rasa badan.

"Tu..tu..tuan Faleeq  nak jum..jumpa kau!" Bisik Didee tergagap-gagap sambil merenung ke arah kereta Jaguar berwarna hitam itu. 

Lengan aku disikunya berkali-kali. Aduh..apa aku nak buat ni?  Ketar lutut nak berhadapan dengan lelaki dingin beku yang sentiasa serius itu. Apabila teringat yang kad pengenalannya berada denganku, aku bertambah gabra. Bagaimana kalau dia nak bawa aku ke balai polis? Ah, kalau dia report tentang aku, aku pun boleh report tentang dia. Hati aku mula berbisik begitu. Sekadar mengurangkan rasa takut yang dah menghurung jiwa.

Pandanganku menyelinap ke bahagian belakang kenderaan mewah di hadapan kami. Anak mata cuba menangkap bayang yang berada di tempat duduk belakang kenderaan tetapi gagal. Legap sangat cermin tu. Memang tak nampak rupa Tuan Faleeq tapi kenapa jantung aku makin sumbang rentaknya? Dia nak aku masuk ke dalam kereta tu? No way!

"Dia nak jumpa saya kan? Suruh ajelah dia datang sini." Dengan acah-acah berani aku berkata begitu. Ada getaran dalam nada suaraku. Nampak aje berani tapi sebenarnya kecut jugak perut ni. Tersentak jadinya Adib. Kepala digarunya lembut sambil menoleh ke arah kenderaan milik lelaki itu.

Aku lihat Tuan  Faleeq yang berada di bahagian belakang kenderaan menurunkan cermin pada tingkap kereta. Semakin kuat jantung aku berpalu saat mata terpandangkan wajahnya berkaca mata hitam itu.


"Handsome nye dia, Thalia..." Bisik Didee yang sedang enak mencuci mata. Aku terus memeluk lengan Didee.

"Dee, tolong aku Dee!! Aku tak nak jumpa dia." Bisikku dengan perlahan.

Dah kenapa minah sorang ni? Tersenyum sipu-sipu macam tu. Aduh! Memang mereng. Aku lihat Tuan  Faleeq sudah mula menanggalkan kaca mata hitamnya. Kaki aku bagai dipaku ke tanah. Anak mata kami bertentangan untuk seketika, mampu membuatkan nafas aku terasa sesak.


"Well young lady, listen here carefully. I am giving you two options now. Kau nak datang sini sendiri atau kau nak aku dukung kau masuk dalam kereta ni macam semalam?" Suara penuh maskulin itu bergema dengan sangat bersahaja membuatkan aku tersentak.

What?! Oh no! Dia dukung aku masuk ke dalam kereta masa aku pengsan semalam?? Kelu jadinya lidah saat ini. Bulat mata aku menjegil ke arahnya. Sebelah kening diangkat tinggi sambil merenung tepat ke dalam mataku. Terus aku larikan anak mata ke arah lain.

Ya Allah, dari semalam, tak terlintas langsung di fikiran siapa yang angkat aku masuk ke dalam kereta. Kedua-dua belah mata kupejamkan dengan rapat untuk seketika sebelum membukanya semula.

Erghh! Merah berbahang wajah aku apabila Adib dah Didee dah mula pandang ke mari. Siap senyum-senyum. Aku terus meraupkan wajah.  

"Dee, kau cakap nak tumbuk laa..nak terajang laa orang yang ganggu aku kan? Hah, inilah masanya! Go!" Ujar aku dengan sangat serius kepada Didee. Cuba berlagak selamba walaupun wajah ni dah tebal berinci-inci. 

Tak guna betul lelaki tu. Kalau ya pun, perlu ke heboh satu kampung yang dia dukung aku?? Didee menggelengkan kepalanya laju-laju.

"Thalia..kalau dia ni, aku tak sampai hati." Ujar Didie tersipu-sipu. Ya ampun!

"Tolonglah jangan buat perangai macam ni. Menggeletis kan kau ni!" Aku mula memarahi gadis ini. Podah cit! Cakap nak pertahankan aku. Belum apa-apa dah  give up!

"Apa lagi tu? Hm?" Soal lelaki itu dengan sangat serius tanpa memandang ke mari. Anak mata difokuskan ke arah telefon bimbit di tangannya. Perut dah rasa memulas-mulas ni gara-gara cemas.

"Saya rasa, baik cik ikut arahan Tuan Faleeq Al-Hayyan. Jangan risau, boss saya tu tak makan orang." Tersenyum-senyum Adib bersuara kepadaku. Ni sekor lagi! Kusut betul!

"I am giving you 10 seconds, Thalia Aysara." Tuan Faleeq bersuara lagi. Tidak membentak, namun nada suaranya sedikit meninggi.

Aku terus meliarkan pandangan ke arah sekeliling kawasan ini. Ramai pula pelajar yang lalu lalang. Aduh..bagaimana kalau dia betul-betul keluar dan dukung aku masuk ke dalam kereta? Sebelah kaki kuhentak ke tanah tanda protes!

"Dasar diktator! kuku besi!" Aku menggumam dengan geram.

 Kaki terus melangkah laju menuju ke arah sebelah kanan kenderaan. Adib pula sibuk mengejar langkahku. Dengan kalut dia mahu membuka pintu kereta tetapi aku terlebih dahulu melakukannya.

" Tepi, orang boleh buka sendiri pintu ni!! Tak payah nak berlakon baik. Dah laa tuduh orang mencuri! Saya tak hadap langsunglah dengan sos korang tu. Awak dan tuan awak, sama je lah tahap kejengkelannya tu! " Bidasku dengan geram sebelum masuk ke dalam kenderaan mewah ini.



Bau wangian yang dipakai oleh lelaki ini menerpa masuk ke dalam rongga hidung saat ini. Baru sahaja hati aku cuba nak sejuk,  suara lelaki yang segak dengan kot hitam di badan itu bergema di dalam kereta.Masuk-masuk dah kena smash!

"Why were  you talking like that to Adib? Hm? You better watch your tounge, garbage mouth!"

Tajam kata-kata itu menusuk telinga sebaik sahaja aku menjengukkan kepala ke dalam kereta. Boleh tembus ke belakang kepala renungan yang diberikan kepadaku saat ini. 

Dia dengar ke aku bahasakan Adib tadi?

Wait..apa dia cakap? Garbage mouth? Mulut sampah??!
Menggelegak darah dalam badan saat ini. Nafas aku tarik dalam-dalam. Sabar, sabar Thalia..istighfar banyak-banyak. Ingat kau tu siapa, dan tolong ingat dia tu siapa..sabar.

 Ingat, ayah bersungguh-sungguh mahu kau buat latihan praktikal di Al-Hayyan Group, syarikat miliknya tu. Ingat ayah, Thalia..sabar!

Dengan wajah yang masam aku  melabuhkan punggung bersebelahan lelaki ini. Apa hal pandang-pandang aku macam nak makan ni? Dia kulihat membetulkan posisi duduknya dan kemudian sambung merenung wajahku dalam-dalam. Pantas aku membetulkan tudung supaya tidak ternampak apa-apa yang tak sepatutnya. Aku mulalah gelisah. Semakin tak keruan aku jadinya apabila mata kami bertemu.  Terus aku larikan anak mata ke arah lain.

"So, do you have anything to share with me, Thalia Aysara?" Soalnya membuka bicara. Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Kemarahan cuba aku kawal sebaik mungkin.

"Tuan Faleeq nak apa ya? Sampai cari saya kat asrama ni?" Soalku sedikit geram tanpa memandang ke arahnya. Nyata aku gagal nak cakap baik-baik.

"Hey..hey! Look at me." Arahnya dengan kerek. Jari telunjuk digerakkan di hadapan wajahku supaya aku memandang ke arahnya. 

Lambat-lambat aku mengikut arahannya. Sepasang mata berwarna hazel sedang merenung ke arahku dengan sangat tajam.

"Please watch your tone when you are talking to me." Bidasnya dengan wajah yang tegang. Aku mulalah tak senang duduk.

" I don't like it! Adab mana adab?!" Sambung lelaki yang kelihatan segak dengan kot hitam di badan ini. 
Aduh..pedihnya hati!

"Okay..Tuan Faleeeeeq..nak aapaaa jumpa saya kat siniiii?" Soalku sekali lagi dengan sangat mendayu-dayu. Ya Allah kenapa aku rasa nak lepuk dia ni? Tanpa menunggu jawapan darinya, aku terus bersuara.

"So, where's my IC?"  Soalku. Tanpa aku duga, dia juga menyoal soalan yang sama sepertiku. Serentak!

"Where's my IC?"
Hah! Bagaimana dia tahu I/C dia ada denganku? 
Wajahnya semakin tegang. Tersentak aku. Tak tertelan rasanya air liur. Tak berani rasanya nak beritahu perkara yang sebenar.

 Belum sempat pun otakku menyusun ayat untuk diluahkan, dia menggoyangkan keychain Eiffel Tower pemberian Kak Yaya, Kak Long Didee di hadapan mukaku. Apa lagi, tergamam aku jadinya bersama jantung yang berdegup laju. Eh, macam mana keychain aku boleh ada dengan dia??

"This is yours, right?!" Kali ini nada suaranya lebih tinggi dari tadi. Aku lihat wajahnya dah mula merah.

"Macam mana keychain saya boleh ada dengan awak?" Dengan polos aku bertanya soalan itu. Macam mana aku boleh tak perasan yang keychain Paris aku dah tercabut dari beg sandang belakang tu?

"Aku jumpa keychain ni betul-betul kat bawah meja. My wallet was on that table dan MyKad aku hilang" Ucapnya dengan tenang. Jantung aku dah semakin sumbang berdetak.

"Kau rasa ada kaitan tak semua ni dengan kau?" Apabila wajah didekatkan sedikit ke arahku, aku terus menyandarkan tubuh. Kaku terus segala pergerakan.

"Dah bisu pula?" Perlinya sambil tersenyum sinis. Kemudian, dia menyambung kata-katanya lagi.

"You dug through my wallet and stole my IC..betul atau tidak?" Soalnya dengan sangat serius. Tajam matanya membelah wajahku.

"Cakap!" Suaranya dah naik satu oktaf.

Terhinjut bahu ke atas gara-gara terkejut.Aku dah betul-betul gelabah!Kedua-dua belah tangan kuangkat tinggi.

"Okayy! Saya akan cakap. Sumpah! Tapi, awak tolong ke sana sikit.." Ucapku sambil menggerakkan tangan menyuruh dia menjauhkan wajahnya dariku. Gerunnya!

"Tuan Faleeq..memang saya ambil MyKad awak. Tapiii, awak yang terlebih dulu ambil MyKad saya. jadi, 1 samalah!" Dengan sangat perlahan aku berkata begitu.Tak tahulah dia dengar ke tak. Aku hanya merenung ke arah sandal di kaki. 

"What? 1 sama?" Soalnya dengan sangat pelik.

 "Kau ingat ni football game?" Sambungnya lagi. Wajah terus kuangkat merenung lelaki di sebelahku apabila terdengar dia ketawa dengan sedikit sinis.

Kenapa wajahnya nampak lain apabila dia ketawa begitu? Barisan giginya yang tersusun bersama bibir yang sedikit merah itu benar-benar membuatkan wajahnya nampak menarik. Walaupun sekadar tawa sinis, mampu membuatkan anak mataku mencuri pandang ke arahnya. 

Cuma, sikap tu..aduh..kalau cakap tentang sikap, semakin menyampah aku dengan dia ni. Alah..tak bermakna bila hati aku mengakui yang dia memang kacak, aku ni sukakan dia! Handsome pun nak buat apa kalau attitude zero? Pigidaa! Baik aku membujang sampai ke tua.

"I am asking nicely, Thalia..where's my IC?" Soalnya dengan sangat serius. Tajam anak matanya merenung ke mari.

"Tuan Faleeq, awak kasi dulu MyKad saya dan saya akan pulangkan MyKad awak." Ucapku sambil mengerling ke arahnya sekilas. Beg duit di tangan aku goyangkan sedikit.

"Promise!" Sambungku lagi.

"Oh..so I/C aku ada dalam purse tu?" Aku lihat dia tersenyum segaris sebelum wajah itu kembali serius semula. 

 Anak matanya kemudiannya merenung ke arah beg duitku yang berwarna merah yang berada di dalam genggaman tangan kiriku.  

"Yes. Your I/C ada kat dalam beg duit ni. Tapi, saya tak akan pulangkan kecuali awak pulangkan dulu I/C saya sekarang jugak." Tegasku.

Apabila dia mengangkat keningnya, aku mulalah gugup. 

"Seriously?"  Soalnya dengan nada tidak percaya.Tidak tahu sama ada aku harus mengangguk atau menggeleng. Tanpa aku duga, dia terus  merampas beg duit di tanganku. 

"Tuan Faleeq!" Jeritku tidak puas hati.

Tajam aku merenung ke arahnya. Lelaki ini memang dah melampau! Dengan selamba dia kulihat membuka beg duit milikku itu dan setelah membelek seketika, MyKad miliknya ditarik keluar dari bahagian kiri purse tersebut. Berang betul aku dengan situasi ini. 

"Mana aci main rampas-rampas macam ni! Takde sivik betulla!" Jeritku dengan sangat geram. Terhenti terus pergerakannya. MyKad dimasukkan ke dalam poket pada kot dan dia merenung dengan tajam ke mari.

"What did you say?" Soalnya dengan wajah tidak puas hati. Aku lihat rahangnya sedikit tegang.

"Takde si.." Tidak jadi nak mengulang ayat tadi apabila wajahnya dirapatkan ke wajahku. Sangat rapat sehingga aku bisa merasa helaan nafasnya.

Mata kami bertentangan untuk seketika. Anak matanya kulihat berlari ke serata wajahku saat ini

"Hm? I can't hear you..jeritlah macam kau jerit tadi. I am waiting." Bisiknya di antara dengar dan tidak.

Semakin kalut aku jadinya. Kenapa dengan jantung aku ni? Kenapa ada rasa aneh yang menyelubungi jiwa? 

Telefon bimbitnya yang berbunyi tiba-tiba membuatkan aku lega. Lelaki ini terus menjauhkan dirinya dariku. Telefon bimbit dikeluarkan dan dia terus menjawab panggilan tersebut. Ha..peluang ni! 

"Yes, Julia." Ucapnya.

"Wait a second." Aku lihat lelaki ini terus mencapai briefcase tapi sempat lagi dia menoleh ke arahku.

"You, stay!" Arahnya. Isk, macam tahu-tahu je aku nak cabut!
 Organizer hitam berkilat dikeluarkan dari briefcase itu. 

Sebelah tangan memegang telefon bimbit dan sebelah tangan lagi sibuk menyelak helaian pada organizer di atas ribanya. Nampak sangat berkarisma. Sesungguhnya aura lelaki ini terlalu kuat. Tidak mampu untuk aku menyisihkannya dari pandangan mata. 

"I am flying to New Zealand next week but I am going to be extremely busy these few days. Erm..tomorrow evening would be good, Julia." Ujarnya kepada gadis bernama Julia di hujung talian bersama mata yang berlari serius pada helaian organizer. 

Pen Montblanc yang terselit kemas pada kot di badannya dicabut dan dia mula mencatatkan sesuatu di dalam organizernya itu.

This has to stop. Baik aku pergi dari sini. Lagipun takde tanda-tanda dia akan pulangkan IC aku. Bisikku dengan kecewa pada diri sendiri.

Baru sahaja tangan kanan ingin membuka  pintu kereta, terasa seperti lengan bajuku digenggam kemas oleh seseorang. Nak luruh rasanya jantung. Apa ni main pegang-pegang baju? Terus aku menoleh ke arah lelaki itu.
Dia yang sedang berbual di telefon merenung ke arahku dengan sangat tidak puas hati.  Anak mata kujegilkan ke arahnya, menghantar isyarat untuk dia melepaskan hujung lengan bajuku tetapi gagal. Kaku aku jadinya apabila dia menggelengkan kepala.

"Okay then, talk to you later Julia. Bye." Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus lepaskan genggamannya pada lengan bajuku. Pantas aku berganjak supaya menjauhi lelaki ini.

"Aysara.." Panggilnya dengan ton suara yang serius tetapi sangat aneh.

"Call me Thalia." Aku membetulkannya.

"Uncle Baharuddin tu ayah kau?" Soalnya.

Aku tetap juga mengangguk walaupun diserbu rasa pelik. Sopan pulak dia ni.  

Siap panggil ayah Uncle lagi. Isk, mestilah baharuddin tu bapak aku! Terang-terang dalam kad pengenalan aku tulis Thalia Aysara Binti Baharuddin kut!

Dia kelihatan seperti ingin berkata sesuatu tetapi kenapa hanya matanya sahaja yang berbicara? Wajahnya tidak lagi setegang tadi. Debaran di dada yang semakin melaju benar-benar merimaskan. Thalia! Kau jangan macam-macam. Tidak mahu terus hanyut, aku pantas membuka pintu.

"I..i..have to go now. Ada kelas Dr. Aliff pukul 2 nanti. " Sebaik sahaja berkata begitu kelam-kabut aku membuka pintu kenderaan dengan wajah yang pucat. Kenapa dengan jantung aku ni?

"Aysara! I am not done with you yet!!" 

Nada suaranya naik beberapa oktaf dari tadi namun tidak mungkin untuk aku berpatah balik. Pintu kereta kututup dengan rasa gelisah.  Tak peduli lagi tentang IC aku yang masih dalam tawanannya.Yang aku tahu, aku sudah terlalu gugup untuk berhadapan dengannya. Didee yang sedang duduk di atas kerusi batu terus berlari ke mari tatkala melihat kelibatku. Tanpa mempedulikan Adib yang sedang berdiri di bawah pokok, aku terus bersuara.

"Jom Didee..cepat laa!Aku lapar!"

Didee hanya menganggukkan kepalanya dan terus mengejar langkahku.Cepat-cepat aku melangkah tetapi terdengar namaku dipanggil dari belakang.

"Cik..tunggu dulu."

Mahu tak mahu aku palingkan juga tubuh. Kedua-dua tangan bercekak pinggang saat ini.

"Apa lagi Adib? Kita dah takde urusan lepas ni. Anggap aje saya tak pernah kenal korang dan korang tak kenal saya.Tolong pos I/C saya ke alamat yang tertera kat atas kad tu. The end!" Ucapku dengan sangat serius.

Bukan level aku untuk berurusan dengan mereka. Aku tak mahu masalah lain pula timbul. Objektif utamaku saat ini hanya untuk mencari duit dan bayar hutang Abang Joe. Itu aje. Aku lihat Adib mengeluarkan sesuatu dari dalam beg duitnya.Sekeping kad berwarna putih dihulurkan  kepadaku tetapi aku tidak mengambilnya. 

"Tuan Faleeq baru sahaja menelefon saya. Katanya, kalau cik mahukan MyKad cik, sila datang ke pejabat esok pagi." Dia membuka bicara.

Terpempan aku seketika. Aku merenung ke arahnya dengan pandangan tidak percaya. Pantas aku menggelengkan kepala.

"Badigol betul! Apesal tak pulangkan I/C saya tu hari ini aje? Aduh..memang menyusahkan laaa!"  Bentakku dengan sangat berang.

Sebelah kaki menghentak tanah. Geramnya! Terkebil-kebil Adib memandang ke arahku.

"Cik ni makin marah makin cantiklah. Merah-merah muka." Ucapnya sambil ketawa kecil. Didee juga turut tersengih. Makin membara amarah dalam dada. Jari telunjuk kulayangkan di depan wajahnya.

"Shut up!" Bidasku dengan geram.

"Nasihat saya, baik cik pergi aje jumpa tuan esok. Mana tahu, urusan cik untuk buat latihan praktikal di Al-Hayyan Group menjadi mudah selepas ini walaupun ada masalah dengan Tuan Faleeq dan walaupun Dr. Aliff tak begitu setuju." Ujarnya dengan tenang sambil tersenyum sedikit. Sebelah anak mata dikenyitkan kepadaku.

Tergamam aku jadinya.Wajah Adib aku renung dengan pandangan tak percaya. Adib sedar yang aku mahu membuat latihan praktikal di situ? Adib juga tahu yang Dr. Aliff tidak suka aku ke sana? Apa ni?

"Jom Didee!" Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku. Pantas kaki melangkah menjauhi lelaki tersebut di belakang sana.

Ah, serabut betul! Renungan penuh misteri sepasang mata hazel milik Tuan Faleeq terus-menerus menghantuiku. Apa sebenarnya yang mahu dikatakan oleh Tuan Faleeq kepada aku di dalam kereta tadi? Aku tahu dia mahu katakan sesuatu kepadaku. Ah, haruskah aku ke pejabatnya pula esok?
Kusutnya fikiran!!
***
Bersambung xD


Assalamualaikum semua :D thanks sebab sudi baca karya ini. Let me know your thoughts ya..semua komen boleh diberikan di grup facebook bila suri ryana menaip :D terima kasih kepada semua yg sudi baca, like, sudi komen dan sudi share karya ini :D

Jumpa lagi di bab 7 ya!