BAB 22
Aku
menghembuskan nafas lega. Nasib baik dia datang dengan kereta. Anak mata kuliar
ke segenap kawasan dalam kenderaan ini. Hm..tak pernah pula aku nampak dia bawa
kereta ni ke kampus. Kalau hujan sekalipun, tetap juga dia naik motosikal kuasa
tingginya tu dan yang pasti, jaket bercorak harimau bintang berwarna hitam dan
kelabu akan melekat di tubuhnya. Dari pemerhatian aku, gayanya yang nampak
sporty itu membuatkan ramai pelajar terpaksa kutip hati mereka yang
tergolek-golek di atas tanah gara-gara terpesona. Tapi, pelajar-pelajar itu
selalunya kembali ke alam realiti dan terus menyampah dengan lelaki ini apabila
masuk ke kelas yang diajarnya.
Uish..kegarangan
dan ketegasannya tu memang menjadi buah mulut secara turun-temurun sejak dia
mula berkhidmat 3 tahun yang lepas. Aku? Gila aku nak minatkan dia ni?
Berdasarkan sejarah aku dengannya yang selalu dimarahi itu, bukan aje takde
feeling, terlintas kat fikiran untuk ada feeling pun tak pernah. Kosong.
Kenapa
wajah Tuan Faleeq yang menyapa fikiran? Panahan matanya, gayanya yang maskulin
dan berkarisma..semuanya mampu membuatkan jantung aku berdegup laju. Erghh..kau
jangan Thalia..lelaki itu akan jadi hakmilik kekal Hanee tak lama lagi. Kau
jangan buat hal! Hmm..Tuan Faleeq akan berkahwin tak lama lagi. Maksudnya, aku
ni harus jaga mata aku. Jangan ambil tahu lagi halnya, Thalia..jangan selalu
curi pandang dan intai-intai dia lagi! Aku mengingatkan diri.Kenapa hati aku
masih rasa kosong sejak mendengar berita pernikahannya tadi?
Aneh betul!
"So,
dah bersedia nak terima hukuman?"
Suara Dr Aliff benar-benar menghentikan
lamunanku. Pantas aku menoleh ke arah lelaki yang sedang memakai tali pinggang
keledar itu.
Ya Allah..tubuh kat sini, kenapa fikiran aku berada pada Tuan
Faleeq?
"Hmm..dah.
Tapi, janganlah sampai melibatkan dekan fakulti Dr. Aliff. Tolonglah.."
Rayuku. Dia dah mula tersenyum.
"Thalia..what
time is it now? Dekan pun dah pulang ke rumahlah." Ujarnya dengan sangat
lembut disertai ketawa kecil si hujung ayat.
Makan hatilah kalau budak-budak kat kampus tu
dengar cara dia cakap dengan aku sekarang. Demam ke dia ni? Hai..kenapa sisi
ini tak pernah aku lihat padanya sebelum ni?
"Legalah
sikit hati saya ni. Bukan apa, saya ada satu semester lagi selepas latihan
praktikal nanti." Aku meluahkan kerisauan yang terbuku di hati.Perlahan
dia menggelengkan kepalanya.
"Nope..tak akan libatkan sesiapa. Janji." Ucapnya seraya menghidupkan
enjin kereta. Wajah didekatkan sedikit ke mari.Anak mata kami bersatu untuk
seketika.
"Just
you and me" Ucapnya dengan perlahan. Terkesima seketika aku jadinya.
Kucing siam ni memang semakin manja. Adoi..tertekan pulak aku.
"Saya
janji, Thalia..tak payahlah cuak sangat." Luahnya lagi bersama ketawa
kecil.
Janggal
betul aku rasakan ketika ini. Ya lah, berdua begini di dalam kereta dengan pensyarah yang paling
menyampah dengan aku dulu, sesiapa pun di tempat aku akan rasa tak selesa.
"Jadi,
apa hukumannya?" Soalku pada lelaki berkulit cerah ini.
Dia
tidak mengerling ke mari tetapi dapat aku lihat dia sudah mula ketawa kecil.
Lain sekali wajahnya apabila ketawa.
Bagus juga jadi garang, kalau senyum
manis-manis begini, jangankan pelajar, aku takut para pensyarah wanita juga
akan terjatuh hati pada lelaki ini.
"Saya ni nampak kejam sangat ke? Am I that scary to you?" Soalnya
seraya mengerling ke mari bersama senyuman yang masih bersisa di wajahnya. Aku
masih lagi takut untuk senyum. Aduh..kalau aku jawab ya, Dr. Aliff memang kejam
dan menakutkan, agak-agak dia
tinggal
aku kat tepi jalan tak?
"Saya
cuma tertanya-tanya sahaja, Dr. Aliff.." Luahku dengan senyuman tawar di
bibir. Risaunya! Hukuman apa ni? Cepat-cepat aku mengerling ke bahagian luar
kenderaan. Ni bukan jalan balik UiTM Shah Alam ni. Fuhhh lega. Manalah tahu kalau
dia bawa aku jumpa dekan dan ceritakan satu persatu
kesalahan aku semester
lepas.
"Hukumannya
adalah.."
Pantas aku merenung ke arahnya. Dia ketawa kecil lagi.
Aduhaiii main main
betul!
"Janganlah
buat muka macam tu..saya yang berdebar nanti."
Sumpah
jantung aku rasa nak terhenti. Sejak bila dia pandai cakap lembut-lembut macam
ni?
Ya Allah..betullah dia dah jadi kucing siam!
"Suspense
betul.." Terluah juga ayat itu di bibir.
Tangannya
lincah mengawal stereng tetapi anak matanya sempat mengerling ke mari.
"Hukumannya
adalah dinner dengan saya malam ni..sebagai tanda kamu menerima maaf
saya." Ucapnya. Mampu membuatkan aku terdiam untuk seketika.
"Biar betul?" Terbabas juga ayat yang berlegar di fikiran.
"Kenapa? Tak percaya?" Soalnya
pula. Aku menarik nafas dalam-dalam.Belum sempat aku menjawab soalannya, dia
sudah terlebih dulu bersuara.
"Thalia..saya
dah beberapa kali malukan kamu dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada kamu
dalam kelas. Saya membuatkan pelajar lain juga bersangka yang bukan-bukan terhadap
kamu. Remember, saya pernah tersalah cakap yang entah-entah kamu buat kerja tak
senonoh di pusat hiburan malam hari sebab itu datang lewat ke kelas?"
Aku
hanya diam membatu. Memang sakit sangat hati aku masa tu. Rasa nak sembelih je
harimau bintang ni buat masak kari!
"Bila saya tahu kamu bekerja mencari rezeki yang halal sepanjang malam..tak tidur untuk bantu
keluarga. Saya rasa wajah saya macam ditampar dengan kuat. I know I need to
appologise." Luahnya.
Aku hanya mendengar. Tidak tahu bagaimana
untuk memberikan reaksi. Sejujurnya, memang aku marah sangat dengan dia sebab
asyik tuduh aku yang bukan-bukan namun aku juga ada salahnya. Aku tak pernah
ceritakan hal sebenar pun sehingga nampak seakan-akan aku mengiyakan
segala tuduhannya terhadapku.
"Saya
dah lupakan pun hal tu. No problem, Dr. Aliff.." Ujarku dengan
bersungguh-sungguh.
"You
don't have to do this, really..saya tak nak menyusahkan Dr. Aliff." Luahku
perlahan sambil
mengerling ke arahnya beberapa saat. takut pula nak pandang lebih-lebih.
Anak matanya
masih serius difokuskan pada jalan raya di hadapan sana.
"Dah
dah..jangan fikir apa-apa. Tak menyusahkan pun. Lagipun, takde orang nak makan
malam dengan saya hari ni. Family balik kampung and my friends are all busy.
Nasib baik kamu availabale. Perfect!" Ucapnya bersama senyuman seraya
membelokkan kenderaan ke lorong kanan jalan. Aku pula hanya mampu mendiamkan
diri sahaja. Cepat-cepatlah masa berlalu. Tak sanggup lagi rasanya nak harungi situasi
janggal ni.
***
Aku
meliarkan pandangan ke segenap kawasan restoran makanan barat yang cantik
rekaannya ini. Makanan memang not bad at all! Blackpepper steak yang aku order
tadi pun lembut dan sedap! Tak banyak yang dibualkan sangat pun semasa makan
tadi. Hanya hal-hal umum dan yang berkaitan dengan universiti. Ada jugalah
terselit gosip sedikit tetapi tahu-tahu sahajalah, Dr. Aliff ni bukan jenis
yang suka bergosip orangnya.
"So,
what's your plan lepas grad nanti?" Soalnya tiba-tiba.
Tak jadi aku nak
minum. Gelas berisi jus oren di tangan aku letakkan kembali ke atas meja.
"Honestly, saya belum pasti nak bekerja dulu atau sambung belajar. Masih
samar-samar." Jawabku dengan jujur. Dia kulihat menganggukkan kepala
sedikit. Cawan kopi dicapai dan dihirupnya sedikit. Kemudian, dia bersuara.
"It's okay, don't rush in making your decision..masih ada masa untuk buat
keputusan." Ucapnya dengan tenang. Aku pula hanya menganggukkan kepala,
tanda setuju.
"Ahem.."
Isk,
jenis deheman ni yang aku tak suka. Hatiku mulalah tak sedap ni. Tudung di
kepala aku betulkan sikit dan aku mencapai gelas berisi jus. Baru sahaja
menyedut sedikit minuman dengan menggunakan straw, lelaki ini berbicara lagi.
"What
do you think about those roses?"
Terdiam
aku jadinya. Roses? Jambangan bunga mawar merah yang kini menghiasi bilikku itu
terbayang di fikiran.
Gementar terus jadinya aku. Bulat mataku merenung ke
arahnya saat ini.
"Bunga
tu Dr. Aliff yang beri?" Soalku dengan nada tidak percaya. Dia
menganggukkan
kepala
bersama senyuman di bibir.
"Er..kenapa
Dr. Aliff berikan saya bunga?" Soalku dengan dada yang berdegup kencang.
"Sebagai
tanda minta maaf." Ucapnya selamba.
"Tapi.."
Belum sempat aku bersuara, lelaki ini mengeluarkan sesuatu dari beg sandang
belakang di sebelahnya.
Terpempan aku!
Dia ni nak buat aku sakit jantung ke? Sumpah, sedikittt lagi
nak tersembur jus oren di dalam mulut Belum habis terkejut tentang bunga, dia
buat aku tergamam lagi dengan hadiah di hadapan mata pula. Kenapa dengan awak
ni Dr. Aliff?
"This
is for you." Ucapnya seraya menghulurkan hadiah berbentuk segi empat tepat
yang dibalut cantik. Perlahan aku mencapainya. Aku merenung tepat ke arahnya
sambil cuba menenangkan diri.
"Dr. Aliff..saya tak boleh..." Belum lengkap ayatku, lelaki di
hadapanku ini terus bersuara.
"Tahniah kerana berjaya menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan." Tenang
sahaja dia berkata begitu.
Dia tak tahu aku ni dah separuh mati menahan rasa
terkejut. Aduh..Dr. Aliff, saya lagi suka awak garang. Kalau awak baik macam
ni, saya takut!
"Thalia?" Dia bersuara. Sebelah keningnya terjungkit ke mari. Mahu
tak mahu aku mendongakkan wajah ke arahnya.
"Well..I am speechless." Berat sebenarnya kata-kata itu keluar dari
bibir. Ketawa kecil
jadinya
dia.
"No..don't
be speechless. Saya tahu awak suka benda ni. So, I thought why not kalau saya
berikan pada awak." Ucapnya sambil membetulkan kaca mata di wajah.
"Thank you." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut.Redup
pandangan matanya merenung ke mari.
"You're
most welcome, Thalia Aysara." Ucapnya bersama senyuman manis di bibir.
Entahlah
aku patut rasa suka atau tidak dengan keadaan ini. Anak matanya yang masih
berada di wajahku membuatkan aku tak selesa pula. Pantas aku melarikan
pandangan ke arah lain. Dr. Aliff, kalau saya boleh program otak awak kembali,
saya set kan mode garang saat ini. Sebab bila awak sweet-sweet macam ni saya
yang rasa lain macam!
***
BAB 22 A
Sekejap
betul waktu berlalu. Dah pukul 9 malam! Alhamdulillah nasib baiklah restoran
tadi ada menyediakan ruang solat. Kejap lagi aku hanya perlu bersihkan diri dan
tidur aje! Dr. Aliff..Dr. Aliff..kelakar pun ada jugak bila fikirkan balik. Tak
aku sangka lelaki yang suka cari salah aku dulunya ini adalah seorang yang
baiklah jugak. Bersungguh-sungguh dia mahu hantarkan aku ke lobi kondominium
ini walaupun dah berbuih mulut aku menolaknya. Ah, lantaklah. Bukan aku yang
paksa..dia yang beriya! Katanya, kalau apa-apa jadi dengan aku nanti dia yang
terpaksa bertanggung jawab. Bukannya aku tak pernah naik atas tu sendiri pun. Walaupun
baru seminggu lebih menetap di sini, aku memang dah sangat terbiasa dengan
kehidupan di sini. Bersama perut yang kenyang, aku terus membuka pintu kereta
BMW berwarna putih ini. Selepas Dr. Aliff mengunci keretanya, dia terus
melangkah mendekati aku.
"Alright,
let's go!" Ucapnya bersama senyuman yang manis.
Aku
hanya menganggukkan kepala sahaja dan kami berjalan beriringan saat ini. Hadiah
yang berada di tangan aku genggam kemas bersama rasa janggal yang masih belum
surut. Kami sama-sama melangkah masuk dalam lobi.
"Hey,
Faleeq!"
Mendengar
sahaja nama itu meniti di bibir Dr. Aliff, aku terus mengangkat wajah. Serentak
dengan itu, jantung aku mulalah berdebar. Di bawah lampu chandelier yang
menyinari, aku lihat Tuan Faleeq melangkah dengan penuh gaya ke mari bersama
Adib di sebelahnya. As always, he's so hot yet so cold! Tanpa sedar hatiku
berbisik begitu. Isk, Thalia..tak lama lagi dia akan jadi milik orang! Jangan
pandang lebih-lebih!
Baru
sahaja ingatkan diri, pandangan aku berlaga jua akhirnya dengan pandangan
lelaki yang semakin mendekat itu. Kenapa renungannya itu selalu buat aku rasa
gementar dan berdebar walaupun tidak ada secalit senyuman langsung di wajah serius itu? Jenis tenungan yang mampu
membuatkan aku terleka walaupun untuk seketika pandangannya singgah ke mari. Anak mata Tuan Faleeq
kemudiannya kulihat berlari pada hadiah
di tanganku sebelum berpindah ke wajah Dr. Aliff kembali.
"Hey
bro! Kenapa tak call dulu? I'm going to my parents' place.." Ucapnya
sambil menepuk bahu Dr. Aliff. Bau wangian yang dipakainya mula mendominasi
ruangan ini.
"It's
okay..this time aku singgah untuk hantar Thalia. We just got back from our
dinner." Ujarnya.
Tuan Faleeq menganggukkan sedikit kepalanya. Wajah aku dikerling 2 saat. Aku dah
rasa nak hantuk kepala ke dinding. Dr. Aliff ni pun satu. Kalau BFF pun perlu
ke nak cerita semuanya?
"Oh..okay
then, Aliff. Catch you later." Ucapnya sambil menganggukkan kepala. Dr.
Aliff
pula
menepuk bahu rakan karibnya ini.
"Alright bro..see you around soon!" Sebaik sahaja Dr. Aliff berkata
begitu, Tuan Faleeq terus menonong pergi tanpa memandang langsung ke arahku.
Adib pula yang mengejar langkahnya sempat tersenyum ke arahku sebelum mengekori
jejak langkah boss nya tu.
"He
is so attractive and good looking, huh?"
Soal Dr. Aliff dengan tiba-tiba, membuatkan
aku
tergamam. Tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana.
"Well.."
Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.
"Sorry
if I'm making you uncomfortable with that question. Women everywhere fell head over
heels for his charm..termasuk my sister, Hanee." Kata-kata Dr. Aliff membuatkan
ada perasaan aneh berselirat di dalam hati aku.
Tidak, aku tak cemburu tetapi
tidak tahu apakah perasaannya ini.
"Tertanya-tanya
juga saya pendapat kamu tentang dia." Sela pensyarah muda ini lagi. Aku hanya mampu
tarik senyuman segaris.
"Tuan Faleeq tu tempatnya kat dalam otak saya ni, sama juga seperti Dr. Aliff..kategori yang bagaimana ya?
Erm..kategori yang tak berani saya nak analisa dan fikir lebih-lebih. Rasa seperti
ada gap yang sangat-sangat besar antara kita." Luahku saat ini.
"Tapi..kamu
tahu kan, perasaan tertarik, suka, cinta..these feelings know no gap..no
boundaries, Miss Thalia Aysara.."
Nyata ungkapannya yang ini membuatkan aku
kehilangan kata-kata. Hanya senyuman sahaja yang mampu aku berikan padanya
ketika ini.
Thalia..Thalia!
Tak berani nak fikir tentang Tuan Faleeq konon! Padahal selalu aje kau curi
pandang dia.Terintai-intai dia. Kalaulah lelaki berhidung mancung itu tahu,
pasti dia makin perasan yang dia tu kacak agaknya!
Sebut
tentang Tuan Faleeq, satu hari ni dari pagi tadi aku tertanya-tanya tentang
keadaan lelaki itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku terlalu ingin
tahu tentang keadaannya selepas dia bertekak dengan mama dan papanya tadi. Okay
kah dia? Hmm..tapi tadi, takde pula dia kelihatan seperti bermasalah ke apa.
Nampak biasa aje. Entah-entah dia suka agaknya disuruh kahwin dengan Hanee. Apa
kata orang? Ha, pucuk dicita ulam mendatang!
***
Pusing
ke kanan sudah, pusing ke kiri pun sudah. Pokoknya semua posisi tidur yang ada
dalam dunia ni aku dah cuba tetapi mata ni buat hal betullah! Aaduhhh geramnya..sudahlah
esok perlu ke pejabat. Mata ni tak mahu lelap pula. Dah kenapa ni wahai sang
mata? Aku mula bangun dari pembaringan. Tubuh kusandarkan pada kepala katil
bersama helaan nafas berat. Perlahan-lahan aku menggerakkan tubuh ke bahagian
kanan katil dan lampu tidur yang terletak cantik di atas meja aku petik dengan
sebelah tangan. Di bawah cahaya lampu kuning yang samar-samar ini aku merenung
kosong ke arah hadiah pemberian
Dr. Aliff di atas meja kecil di sisi katil. Buku-buku
dari Najwa Zebian, The Nectar of Pain dan Mind Platter yang aku pernah cari di
kedai buku yang letaknya berhadapan dengan kampus kini menjadi milikku.
Aku memetik jari! Haaa baru aku teringat, kami
pernah terserempak di kedai buku tersebut dulu. ketika itu dia sedang beratur
untuk membuat bayaran dan aku juga ke kaunter bayaran untuk bertanya tentang buku tersebut. Aku
pasti dia terdengar apa yang aku dan kakak di kaunter itu bualkan. Senyuman
terbit di bibir saat ini. Gembira sebab buku-buku yang diidamkan kini sudah
menjadi sebahagian dari koleksiku. Tidak lama senyuman bertahan di bibir
apabila terpandang ke arah jambangan bunga yang menghiasi bilik ini kini.
Adakah
normal untuk seseorang lelaki memberikan seorang wanita itu sejambak bunga
sebagai tanda minta maaf?
Ah kusutnya!
Tak tahu nak fikir tentang Dr.
Aliff atau tentang Tuan Faleeq saat ini. Yang nyata kedua-duanya menjadi
penyebab aku tak boleh tidur dan sangat serabut!Tangan kanan terus menjalar ke
arah telefon bimbit. Lekas-lekas aku mencapainya dengan perasaan yang
bercampur-baur. Ah, dah pukul 11 30 malam!
Nafas
aku tarik dalam-dalam saat jemari sibuk berlari di atas skrin telefon bimbit.
Debaran di dada pula semakin menjadi-jadi saat ini. Betul, aku harus juga
hantar mesej kepada lelaki itu. Jika tidak, sampai ke pagilah aku tak boleh
tidur gara-gara terlalu risau. Mesej yang aku taip sebentar tadi aku baca sekali lagi saat ini.
"Assalamualaikum
Tuan Faleeq..maaf mengganggu. Adib ada beritahu saya yang Tuan Faleeq ingin berjumpa
dengan saya pagi tadi. Jadi, pada pukul 12 30 pm macam tu saya pergi ke pejabat
Tuan Faleeq tetapi tak jadi masuk sebab saya terdengar suara Dato' dan Datin kat dalam pejabat. Saya tak nak ganggu
perbualan Tuan Faleeq dan keluarga. Sebelah petangnya pula, saya ke pejabat
Tuan Faleeq tetapi Tuan Faleeq tidak ada di pejabat."
Aku
terus menghantar mesej itu kepadanya. Lega sedikit keresahan di hati. Tak
sampai seminit, telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Pantas
aku memfokuskan pandangan ke arah telefon bimbit di tangan.
"Kau
terdengar suara mama dan papa dalam pejabat?
Kau intai aku lagi. Didn't you?"
Mulalah
jantung aku buat hal! Sebelah tangan dah memicit lembut kawasan kepala. Dia
nampak aku ke? Atau dia main tembak aje? Baru sahaja aku merangka ayat untuk
ditaip,
lelaki
itu terus menghantar satu lagi mesej kepadaku.
"Jumpa
kat luar. Now."
Berkerut
wajahku saat ini. Mesej tersebut aku baca sekali lagi. Betul, dia ajak aku
berjumpa di luar rumah! Aduhhh dia ni sahaja nak buat aku kalut ke apa? Kepala
yang tak gatal aku garu kasar. Susah betul berjiran dengan boss besar.
Mahu tak
mahu comforter yang membalut sehingga ke
pinggang aku selak dan aku mula
melangkah turun dari katil. Mesej lelaki
itu aku balas dengan wajah yang kelat.
"Okay."
Itu
sahaja yang aku taip tadi. Tubuh aku perhatikan di hadapan cermin. Okaylah
pakai macam ni. Bukannya nak pergi dating ke apa. Silap-silap aku akan berlawan
cakap dan bertekak dengan lelaki itu. Tak payah nak bersiap sangat Thalia! Bagai
ada suara yang berkata begitu saat ini.
Baju
lengan panjang dan seluar panjang di badan ni nampaknya sudah menutup auratku
dengan sempurna. Tinggal sarung tudung aje. Terus aku mencapai tudung bawal di
dalam almari dan aku sarungkan ke kepala. Bersama hati yang berat aku melangkah
keluar dari bilik. Eh, Didee belum tidur lagi? Nampaknya dia sedang menonton
televisyen sambil menghirup minuman panas.
"Thalia! Kau nak ke mana tu?" Soalnya dengan pelik apabila nampak
kelibatku di ruangan ini.
"Err..boss aku tu..dia nak jumpa! Aduh Dee..mesti aku kena marah lagi
ni." Muka aku dah berkerut teruk saat ini.
Debaran pula makin laju.
Jantung aku memang tak sebulu dengan lelaki itu.
"Laa..dah kenapa?" Soal Didee.Cawan diletakkan di atas meja
dan dia
terus menerpa ke mari.
Pandangan
simpati diberikan pada aku.
"Mana
tidaknya, dia tuduh aku intai perbualan dia dengan Dato' dan Datin."
Luahku dengan berat hati. Didee merenung ke
arahku bersama senyuman nakal di bibir.
DIDEE |
"Kau intai ke tak?" Soalnya sambil tersenyum-senyum seraya mencubit
pipiku. Pantas aku menepis tangannya.
"Dee..aku bukan sengaja nak intai...tapi aku memang terintai!" Nyata
jawapanku mampu membuatkan gadis ini ketawa. Dia hanya menggelengkan kepala
sahaja melihat gelagatku.
"Apa punya alasan daa..pergi je lah jumpa. Kau sendiri yang cakap hari tu,
yang dia tu tak makan orang!" Ujar Didee dengan wajah yang lucu.
"Isk! Sebal betullah Tuan Faleeq tu! Ada je benda yang dia tak puas hati
dengan aku." Omelku dengan geram.
"Dah..kau
pergi je. Lagi cepat settle, lagi senang hati kau, Thalia."
Hati
aku mengiyakan kata-kata Didee yang nampak selesa dengan baju kaftan kain kapas
yang
bercorak batik di badannya. Betul jugak
tu, baik aku selesaikan segalanya secepat
mungkin.
"Aku
pergi dulu Dee." Ujarku dan terus melangkah ke arah pintu.
"Jangan
dating lama-lama tau. Dah malam sangat ni!" Didee pula sempat lagi
mengusikku di belakang sana.Aku tayang wajah masam.
"
Tak ingin aku nak dating dengan si lelaki beku tu!"Getusku dan aku aku
terus menyarungkan kasut ke kaki.
Tangan
kanan memulas tombol pintu dan aku mula melangkah keluar saat ini. Terpempan
aku jadinya apabila kulihat lelaki yang memakai t-shirt biru gelap itu sedang
berdiri betul-betul di hadapan rumah. Macam model pun ada gayanya bersandar
pada dinding tu. Terus dia melangkah ke mari. Tengah malam buta pun lelaki ini
nampak kemas dan segak. Tanpa sedar hatiku memuji. Bagai ada tarikan pula untuk
aku membalas renungannya yang sangat misteri itu. Makin resah rasanya hati.
Habis musnah semua ayat yang sudah kurangka cantik di dalam kepala.
"Assalamualaikum Tuan Faleeq.." Akhirnya aku bersuara juga. Tubuh aku
sandarkan pada dinding pintu di bahagian luar ini.
"Waalaikumussalam." Pertama kali, aku dengar dia jawab salam.
Selalunya, hampeh..tak tahulah kalau sebelum-sebelum ni dia jawab dalam hati!
Aku terus membuka mulut dengan sangat kalut kemudiannya.
"Tuan Faleeq..maaf, saya memang takde niat nak intai Tuan Faleeq pun pagi
tadi. Saya cuma terdengar suara Datin. kat dalam tu."
Aku lihat dia mendekatiku. Sangat dekat. Di bawah cahaya lampu sensor berwarna kuning dia merenung dalam-dalam wajahku saat ini. Mulalah aku jadi tidak keruan. Mahu mengundur ke belakang, memang tak boleh sebab memang dah takde ruang untuk aku melangkah.
Aku lihat dia mendekatiku. Sangat dekat. Di bawah cahaya lampu sensor berwarna kuning dia merenung dalam-dalam wajahku saat ini. Mulalah aku jadi tidak keruan. Mahu mengundur ke belakang, memang tak boleh sebab memang dah takde ruang untuk aku melangkah.
"Aysara.." Apabila dia menyebut namaku begitu, automatik jantungku
berdetak laju.
"Why
did you do that? Hmm?" Soalnya dengan sangat serius.
Tidak
ada riak sinis atau riak marah di wajahnya.
"Pintu kecemasan tu renggang..jadi saya.." Baru sahaja membuka mulut
dia menggelengkan kepalanya.
"No. Bukan tentang kejadian tadi. I am talking about yesterday's
incident." Luahnya dengan renungan yang sedikit redup. Makin gelisah
jadinya jiwaku saat ini. Blur terus otak aku saat kulihat anak matanya berlari
ke serata wajahku saat ini.
"Tell
me the truth..why did you do that? Kenapa kau sanggup jatuh dari kerusi untuk selamatkan
reputasi aku? Why did you bite the bullet masa selamatkan aku dalam kebakaran
dulu? Kenapa sanggup ambil risiko untuk bahayakan diri? You don't even know who
I am.." Soalnya dengan penuh rasa ingin tahu.
Alamak apa nak jawab ni? Aku sedar sekiranya
aku tidak bijak dalam menggunakan ayat, buruk padahnya nanti.
"Eh,
Tuan Faleeq yang cepat perasan ni. Saya tak fahamlah apa yang Tuan Faleeq
katakan. Saya betul-betul terjatuh. Kerusi tu dah rosaklah! Masa kebakaran tu pula, siapa
sahaja di tempat Tuan Faleeq saya akan selamatkan. Kalau ada kucing ke..arnab
ke..musang ke..hatta tikus sekalipun tetap saya akan cuba untuk bantu bawa keluar."
Kelam-kabut aku bersuara.
Aku lihat dia tidak memberikan sebarang reaksi. Aneh
sekali anak matanya memanah ke mari malam ini. Menusuk sehingga ke dasar
hati.
"Nasib baik saya tak patah kaki
atau terputus urat..kalau tak saya terpaksa saman Tuan Faleeq tau."
Aku menyambung lagi ayatku dengan nada yang pura-pura marah untuk menutup
kekalutan di hati.Dia meraupkan wajahnya sedikit kemudian wajah itu tunduk merenung ke arahku
kembali dengan renungan yang sukar untuk dimengertikan.
"Aysara..please be honest to me. Kenapa kau sanggup jatuhkan diri dari
kerusi tu?" Sekali lagi dia menyoal.
"Am I that pitiful?" Terjungkit sebelah keningnya.
Kenapa aku rasa
sangat pilu ketika ini? Aku tak mahu dia rasa tak berdaya dan tak berguna. Pantas
aku menggelengkan kepala.
"No..garang
macam ni, pitiful apanya?" Sengaja aku memancingnya untuk memarahi aku.
Biarlah..asalkan dia tak rasa begitu.
"Was it out of sympathy? Atau kau buat macam tu sebab kau suka aku? Sebab
kau sayang aku? Sebab apa? Mesti ada sebabnya!" Soalnya lagi, kali ini
sedikit tegas. Berbahang rasa wajah. Detak jantung sudah mula merimaskan jiwa. Sabar,
Thalia..jangan pengsan pulak kat sini!
"M..ma..mana a..ada suka..sa..sayang semua tu?!" Dengan kalut aku
menafikan. Jangan luruh jantung aku ni sudah!
"Kau
tak suka aku? Tak pernah ada sedikit pun perasaan untuk aku? But many
times..too many times I caught you staring at me. Seriously, no feelings for me
at all?" Soalnya seakan-akan inginkan kepastian pula. Jantung, tolong
ya..jangan buat hal. Berdebar teruk aku jadinya. Sumpah aku rasa macam dah
sesak nafas.
"And
you're blushing now." Ucapnya yang sedang merenung dengan
bersungguh-sungguh ke mari bersama kerutan di wajahnya.
Nyata aku seperti sudah
boleh mendengar sendiri detak jantung yang berdegup kencang. Wajah terus aku
kipas dengan kedua-dua belah tangan.
"Ni
bukan blushing ke apa..muka saya merah-merah sebab panas! Tu..Tuan Faleeq tak
panas ke?" Kelam-kabut aku bersuara dengan hati yang tidak keruan.
"Bi..bila
masa saya curi pandang Tuan Faleeq? Ingat saya takde kerja ke?" Dalihku
dengan
beriya-iya.
Aduhhh malunya!
Wahai
mata, kenapalah tak jaga pandangan kau tu! Tengok, dia dah perasan aku selalu
tenung-tenung
dia! Aku mula memarahi diri. Renungan yang semakin redup membuatkan
aku
terus melarikan pandangan ke arah lain.
"Aysara..your
mouth can lie but your eyes will always tell the truth.." Ujarnya serius.
Dah
kenapa dengan lelaki ini? Anehnya dia malam ni?
"Tuan
Faleeq..mana berani saya nak tenung-tenung Tuan Faleeq? Lagipun Tuan Faleeq kan
dah nak kahwin dengan Cik Hanee! Pilihan ibu bapa ni selalunya berkat"
Alamak, gara-gara cemas, terkantoi sudah aku
mendengar perbualannya dengan ibu dan bapanya tadi. Pantas aku menutup mulut
dengan sebelah tangan. Aku lihat lelaki ini mengecilkan anak matanya sedikit.
"Hanee?" Soalnya sedikit blur. Sebelum dia naik angin sebab aku intai
dia, baik aku masuk dalam.
"Sa..sa..saya masuk dulu. Ayah saya cakap tak elok anak dara macam saya ni
berdua-duaan dengan lelaki malam-malam macam ni. Takut ada yang ketiga pula
nanti." Ujarku bersama senyuman sumbing. Baru sahaja mahu berpaling
darinya, dia terus bersuara.
"Tak..sekarang aku cuma nak tahu kenapa kau sanggup malukan diri dan jatuh
dari kerusi? Aysara..please, let me know the truth.." Pertama kali dia merayu
begini. Anak mata terus kularikan ke arah lain. Aku tidak mahu egonya tercalar.
Aku juga tidak mahu dia rasa dirinya lemah. Wajahnya aku pandang dalam-dalam.
"Bukan
atas dasar simpati. Bukan sebab kesian. Bukan juga sebab suka atau cinta atau
sayang. Janganlah risau..saya masih sedar diri saya siapa. Saya tak kaya raya
macam Hanee dan saya pun tak seksi dan modern macam dia. Saya tahu Hanee tu
adalah adik Dr. Aliff dan dari keluarga yang baik-baik. Saya tahu tahap saya di
mana dan saya tahu taraf saya di mana. Manalah padan saya dengan Tuan Faleeq.
Jadi, semua tekaan Tuan Faleeq tu salah.." Luahku dengan
bersungguh-sungguh.Dia hanya merenung ke mari sahaja tanpa menyampuk.
"Saya cuma mahu balas budi Tuan Faleeq yang pernah tolong saya dulu. Itu
sahaja." Luahku. Aku tak tahu dia faham ke tak dengan alasan yang aku
berikan ini.
"Dan
sebab itu kau setuju dengan permintaan mama aku? Sebab nak balas budi?"
Terjungkit kening kanannya saat bertanyakan soalan itu. Aku menganggukkan
kepala saat ini.
"Yeah..walaupun saya tak tahu macam mana nak tolong awak. Tapi, honestly
bila Datin minta tolong, saya sedia membantu." Ucapku dengan jujur.
Ada riak aneh dapat kukesan di wajahnya. Riak
begini
membuatkan
wajahnya semakin menarik untuk dipandang pula. Pantas aku larikan anak mata
ke
arah lain untuk seketika.
"Kau
tahu tak jenis bantuan yang bagaimana yang mama aku minta?" Soalnya.
Aku
hanya mendiamkan diri. Otak mulalah bekerja. Jenis bantuan bagaimana? Aku pun
samar-samar sebenarnya.
"Err..tak
tahu Tuan Faleeq. Saya hentam je bersetuju untuk bantu Tuan Faleeq sebab saya
kasihankan Datin Sofia." Luahku dengan jujur.
Aku
lihat dia menggelengkan kepalanya. Rambut diraupkan ke atas dan kemudian dia merenung
ke mari.
Why did he smirk at me?
Walaupun hanya senyuman senget mampu
membuatkan aku berdebar teruk. Aku tak salah tengok ke ni? Senyuman pelik itu tidak lagi bersisa di
bibir itu namun mampu membuatkan aku sedikit terleka. Sah, dia dah jampi aku!!
"Aysara..Aysara."
Kepala digelengkan sedikit saat ini. Bertambah aneh renungan yang diberikan
kepadaku.
"Looks like you don't even know what's goin on, young lady.." Ucapnya
dengan sedikit misteri. Berkerut-kerut dahiku saat ini.
"Err..I don't understand what you are saying, Tuan Faleeq..." Ujarku dengan
bersahaja. Kenapa hati aku semakin gementar saat ini? Misterinya!
"It's okay. Soon you will.."
"Soon enough." Sambungnya lagi membuatkan hati aku semakin tertanya-tanya
sendiri.
Apa
yang cuba disampaikan oleh Tuan Faleeq? Perkara apakah yang sedang berlaku
tetapi aku langsung tidak menyedarinya? Hatiku mulalah diasak rasa pelik dan
aneh yang tidak bertepi.
"Get
in. Sudahlah tadi penat berdating dengan Aliff. Nanti lewat pula ke pejabat
esok! If that happens, no allowance for you this month!" Sempat lagi dia membidas aku. Mana aci kalau lewat sekali terus tak dapat elaun terus? Kejam!
Aku merenung ke arahnya dengan
pandangan tak puas hati. Aduh..janganlah dia salah sangka pula!
"Tuan
Faleeq..mana ada dating. Saya.."
Kelam-kabut aku bersuara namun dia terus mencantas.
"No. You don't have to explain anything. I saw you two with my own eyes and I know what is happening." Ucapnya dengan selamba. Sah, dia dah salah sangka. Aku mula menggelengkan kepala.
"Tapi..."
Dia
terus mendekatiku dengan sangat rapat membuatkan aku tersentak. Kelam-kabut aku
menggerakkan tubuh ke kiri apabila tangannya memulas tombol pintu. Owh..nak
tolong bukakan pintu rupanya. Ingatkan apa. Gaya macam nak tumbang atas aku je!
Isk! Debaran mulalah melemaskan jiwa
apabila renungannya singgah di wajahku. Tidak ada kata-kata yang keluar dari
bibirnya. Hanya anak mata yang berbicara di seluruh daerah wajahku untuk
seketika.
"Get in!" Arahnya.
Anak mata dilarikan ke arah pintu yang terbuka luas. Gentleman pulak dia ni tolong
bukakan pintu walaupun muka tu masih beku dan garang! Aku pula yang masih tidak percaya
dengan apa yang berlaku terus bersuara dengan tergagap-gagap.
"Err..o..okay..s..saya
masuk dulu. Assalamualaikum!" Cepat-cepat aku berkata begitu sebelum
melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu aku tutup serapat-rapatnya. Tidak berani
lagi aku mahu membalas renungannya itu.
Sesungguhnya aku baru perasankan
sesuatu malam ini. Wajahnya memang beku tetapi renungannya mampu menghangatkan
sesiapa yang memandang. Tubuh terus kusandarkan pada pintu. Didee pula pantas
meluru ke mari.
Terkebil-kebil dia memandang ke arahku.
"Apesal
muka kau macam ni? Kau dating dengan Tuan Faleeq ke dengan hantu tadi?"
Soalan
Didee itu tidak kujawab. Kedua-dua belah tangan hanya mampu menyentuh dada yang masih berdebar
kencang.
BAB 23
Ah...penatnya
hari ini! Terkelepek sudah tubuhku di atas sofa yang sangat empuk. Memang padat
jadualku dari pagi sampailah ke petang. Maklumlah, aku sekarang perlu juga
menyertai mesyuarat dengan Unit Pemasaran berkenaan event Pesta Rasa Al-Hayyan
yang akan berlangsung di Star Hypermarket yang terpilih nanti. Pembahagian
tugas sudah pun dijalankan tadi. Jadi, memang banyaklah yang perlu dibincangkan
untuk menjayakan event tersebut.
Di unit kewangan pula, di samping buat
'vouching', Kak Has ajar aku menggunakan sistem atau program SAP. Software
tersebut digunakan oleh banyak syarikat-syarikat besar. Memang asas SAP ini amat penting untuk pelajar perakaunan
sebelum memulakan latihan praktikal atau latihan industri. Esok pula aku perlu
bincang dengan Kak Has tentang seminar GST dan juga training berkenaan cukai.
Aduh..bahagian kepala aku picit sedikit. Tengok, dah balik rumah pun fikiran
masih di pejabat.
"Thalia..aku
pun akan dihantar ke Bayu Resort tau nanti untuk seminar GST tu." Beritahu
Didee yang tiba-tiba muncul bersama pinggan yang penuh dengan buah epal dan
pear di tangan. Teruja terus aku dengar.
Nampaknya, Didee pun masih fikir hal
pejabat jugak. Pantas aku membetulkan duduk.
"Wahhh! Bestlah kalau macam tu. Ada jugaklah geng!" Ucapku dengan penuh semangat. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebekahku. Sepotong buah epal dicapai dan dia menghulurkan pinggan di tangannya ke arahku.
"Makanlah."
Pelawanya. Aku terus mencapai sepotong buah pear dari dalam pinggan dan aku
masukkan ke dalam mulut. Manis!
"Bolehlah
kita pergi sekali nanti.Semangat dah aku ni nak sertai seminar tu!" Kata-kata
Didee buat aku teruja betul. Bersinar mataku merenung ke arahnya.
"Boleh
sangat Dee. Kita pergi sama-sama ya! Sudahlah aku dengar, lokasi resort tu di
tepi pantai. Mesti cantik! Sambil menyelam minum air!!" Gembira suaraku
bergema saat ini. Didee pun nampak seronok.
"Aku
kan, dah lama tau teringin nak berkelah tepi pantai. Kau boleh bayangkan tak
angin laut yang menghembus lembut pipi kita ni dan bunyi deruan ombak yang
sangat menenangkan telinga? " Terpejam-pejam matanya apabila berbicara
begitu.
Sah,
Didee dah berangan lebih ni. Aku mula tersengih lucu.
"Bestnya
Dee..aku pun dah lama sangat tak ke pantai..3 tahun lebih!" Luahku yang
dah mula teruja ni.Kalaulah si HR Manager Kak Tim tu tahu apa yang aku dan
Didee bualkan ni, silap-silap dia potong
nama aku dari menghadiri seminar tu.
"Eh aku dengar kan, bukan Forby & Co. dan Al-Hayyan Group aje yang
hantar perserta tau. Ahli-ahli akademik pun ramai yang akan join nanti. Salah
seorangnya Dr. Aliff." Ujarku sambil merenung ke Didee.
"Biar
betul, Thalia?Dr. Aliff bagitahu kau ke?"
Belum sempat aku menjawab pertanyaan Didee, telefon bimbitku berdering dengan nyaring saat
ini. Tak jadi aku nak gapai sepotong buah epal dari dalam pinggan. Telefon
bimbit yang terdampar di atas sofa aku capai dan anak mata kufokuskan ke arah
skrin.
"Siapa
yang call tu?" Soal Didee.
"Tira,
Dee." Ucapku dengan sedikit serius. Telefon bimbit kulekapkan di telinga.
"Assalamualaikum
along.." Kedengaran suara adik tunggalku itu di hujung talian. Kenapa suaranya
semacam je ni? Wajah Didee aku pandang dengan riak cemas.
"Waalaikumussalam.." Ucapku. Kemudian, aku terus bersuara lagi.
"Tira, kenapa ni? Ayah sihat?" Terburu-buru aku bertanyakan soalan
itu.
"Alhamdulillah ayah sihat. Ayah nak cakap dengan Along." Jawabnya.
"Okay.."
Nafas
aku tarik dalam-dalam. Doaku moga-moga semuanya berada dalam keadaan baik
sahaja. Ameen.
"Assalamualaikum.." Suara garau itu menyinggah telinga membuatkan aku
semakin susah hati.
"Walaaikumussalam ayah.." Aku menjawab salam dengan rasa yang sukar
digambarkan. Rindunya aku dengan ayah..rindunya aku dengan kampung!
"Kamu sihat, Thalia?" Soal ayah dengan sangat serius. Rasa cemas
sudah makin berkurangan.
"Alhamdulillah Thalia sihat." Ucapku. Nafas aku tarik dalam-dalam
saat ini.
Ayah
rindukan akulah tu. Ada senyuman yang bertakhta di bibir. Otak mula mencongak
bila masa yang sesuai untuk aku pulang ke kampung dan melawat ayah.Mungkin
selepas seminar dan training nanti.
"Thalia..ada orang meminang kamu."
Mati
terus senyuman di bibir. Terketar-ketar tangan saat ini. Telefon bimbit
terlepas dari genggaman lalu menggelongsor ke atas ribaku. Tak mungkinlah, Thalia..kau
salah dengar ni. Bisikku di dalam hati.Anak mata kularikan ke arah Didee.
Rakan
karibku yang sedang enak menjamu selera itu
merenung ke mari dengan seribu tanda tanya di wajahnya.
Pantas
aku mengutip kembali telefon bimbit itu dan aku lekapkan di telinga.
"A..apa
dia ayah? B..boleh ulang sekali lagi? Thalia tak dengar.." Soalku dengan
jantung
yang
berdegup dengan sangat laju.
"Ada orang meminang kamu, Thalia..kamu tahu tak tentang perkara ni?"
Soal ayah dengan bersungguh-sungguh. Gementar aku jadinya. Wajah Abang Joe
terbayang di fikiran. Lama tak dengar berita, tiba-tiba dia muncul dan meminang
aku? Drama apa yang dia sedang buat ni??!
"T...T..Tak tahu! A..a...bang Joe ke?" Tergagap-gagap aku menyoal.
Susah hatinya! Didee hanya pasang telinga sahaja sambil mengerling ke mari.
"Bukan
Johan!" Luah ayah. Aku mengerutkan dahi.
"Ha..habis tu siapa ayah?"
Ayah
mendiamkan diri untuk seketika membuatkan aku semakin tertanya-tanya. Di dalam
kepala, otak sudah merangka alasan dan jawapan untuk aku menolak pinangan
tersebut.
"Majikan kamu, Dato' Firas dan Datin Sofia datang meminang kamu untuk anak
mereka, Faleeq Al-Hayyan." Berita itu benar-benar membuatkan aku
terkesima!
Tersandar
aku pada dinding sofa jadinya. Wajah jiran sebelah yang juga majikanku itu
terbayang di dalam fikiran. Isk..tak mungkin..tak mungkin! Perlahan aku
menggeleng. Habis tu bagaimana dengan Hanee? Ada kesilapan teknikal ni!
"B..iar
betul a..yah? D..diorang takde cakap a.apa pun?" Tergagap-gagap aku bersuara. Seram sejuk rasa
tubuh saat ini. Sumpah aku rasa macam nak pengsan!
"Datin Sofia sendiri cakap yang kamu dah bersetuju, Thalia. Bagaimana pula
kamu cakap kamu tak tahu ni.." Ada nada pelik dalam kata-kata ayah itu.
Kepala yang tak gatal aku garu dengan kasar. Tersentak teruk aku jadinya. bila
pula aku bersetuju? Tahu menahu tentang hal ini pun tidak. Apa semua ni? Ya
Allah..apa yang sedang berlaku? Sungguh aku benar-benar tidak faham!
"Ayah..demi Allah, Thalia tak tahu pun tentang perkara ni. Betul."
Luahku dengan bersungguh-sungguh. Adoi..berat terus rasa kepala. Kenapa pula
Datin Sofia pinang aku? Yang mahukan sangat anaknya tu adalah Hanee.
"Macam ni lah Thalia, kamu pulang ke mari. Kita boleh bincang mengenai
perkara ni. Kalau kamu tak mahu kita tolak secara baik ya? Ayah tak akan
sesekali paksa kamu. Kamu janganlah risau."
Ujar ayah dengan
bersungguh-sungguh. Walaupun nadanya lembut
tetapi tidak mampu menenangkan hati
aku ini. Seperti mulut dijahit. Tak
dapat aku nak bersuara saat ini. Otak pula masih cuba mencerna perkhabaran yang
baru aku terima itu. Sesungguhnya aku benar-benar terpukul dengan berita itu.
"Thalia?
Kamu dengar tak kata-kata ayah tadi?" Soal ayah di hujung talian.
"De..dengar
ayah."
Dengan tergagap-gagap aku bersuara.
"Ingat Thalia..kita ni orang melayu. Hidup penuh adat. Mereka pun datang
cara baik. Kalau kamu tak setuju, kita tolak cara baik."
Putus ayah dengan
tenang. Nafas aku tarik dalam-dalam bersama rasa yang bercampur baur.
"Baik ayah..nanti Thalia pulang ya. Boleh kita bincang tentang perkara
ini. Assalamualaikum." Ucapku dengan kepala yang berserabut teruk.
"Waalaikumussalam."
Sebaik
sahaja menamatkan panggilan, aku terus menoleh ke arah Didee yang sememangnya
sedang menanti untuk mengetahui apa yang aku dan ayah bualkan tadi.
"Thalia..kenapa
sampai pucat lesi ni?Apa dah jadi?" Soal Didee bertalu-talu. Terus dia
menggenggam kedua-dua belah tanganku di atas riba.
"Dee..Tuan
Faleeq pinang aku." Tersekat-sekat aku bersuara. Tergamam jadinya Didee.
Bulat matanya merenung ke mari.
"Biar
betul, Thalia.."
Ya
Allah..kenapa aku? Kenapa mereka meminang aku untuk Tuan Faleeq? Bukankah Hanee
yang terkejar-kejar lelaki itu? Terngiang-ngiang perkelahian di antara lelaki
itu dengan mama dan papanya di pejabat tempoh hari. Nyata, perkahwinan ini
bukan kemahuannya! Apa aku nak buat sekarang ni?
Aku
menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan saat ini. Terngiang-ngiang
kata-kata lelaki itu semalam.
"Kau
tahu tak jenis bantuan yang bagaimana yang mama aku minta?"
Ya,
memang aku bersetuju dan berjanji dengan Datin Sofia untuk membantu Tuan Faleeq
tetapi tidaklah sampai ke tahap nikah kahwin bagai. Suara lelaki itu semalam
menusuk lagi ke dalam telinga.
"Looks
like you don't even know what's goin on, young lady.."
Mata
kupejamkan rapat-rapat! Tiba-tiba teringat kembali perbualan
Tuan Faleeq
bersama mama dan papanya tempoh hari. Ya Allah, memang tak terdetik langsung di
dalam otak perempuan yang mereka maksudkan itu adalah aku.
***