BAB 24A
TOK TOK!
TOK! TOK!
Sakit di bahagian
tangan sudah tidak terasa saat ini. Aku terus mengetuk pintu utama unit
kondominium milik lelaki itu. Sumpah aku dah tak dapat fikir dengan betul dah
ni. Debaran di dada masih lagi tidak mahu surut. Aku cuma mahu tahu kedudukan
yang sebenarnya. Dengan baju pejabat yang belum bersalin, aku mengetuk sekali
lagi.
TOK! TOK!
Pintu terus terbuka.
Tuan Faleeq muncul dari balik pintu dengan wajah yang sangat serius. Segala
jenis ayat yang aku susun cantik di dalam kepala terbang entah ke mana. Blank
terus otak apabila anak mataku berpandangan dengan anak mata lelaki di
hadapanku ini. Dia juga masih di dalam baju kerjanya. Kemeja putih dan slack
hitam masih kemas terletak di tubuh walaupun lengan baju disinsing hingga ke
siku. 4 butang paling atas pada baju tersebut tidak dibutangkan. Cuma kot dan
tali leher sudah dibuka.
"Hey..kau ni
baru keluar dari gua mana ni? Dah tak tahu cara nak guna loceng pintu?"
Soalnya pedas.
Iya tak iya jugak. Terkejut punya fasal sampai terus terlupa nak
tekan loceng. Aduhh buat penat aku ketuk. Sakit tau tangan ni! Bersama wajah
yang berkerut aku mengusap jemari yang sedikit pedih. Nafas aku tarik
dalam-dalam dan aku mula memberanikan diri untuk bersuara.
"Tuan
Faleeq..saya datang sini bukan nak bertekak ya. Saya datang sini nak tanyakan
dengan Tuan Faleeq sesuatu." Ucapku dengan sangat tegas.
"What?"
Soalnya dengan sangat bersahaja sambil menyandarkan badan pada sebelah kanan
pintu.
"Kenapa Tuan
Faleeq pinang saya tanpa beritahu saya terlebih dahulu? Bukankah Datin Sofia
dan Dato' Firas mahukan Tuan Faleeq berkahwin dengan Hanee? Saya ni kambing
hitam ke? Scapegoat? Am I??" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu. Jantung
yang berdebar laju menambahkan kerimasan di dalam dada.
Aku lihat dia
merenung ke arahku seketika. Kemudian dia membuka mulut.
"So, kau dah
tahu?" Boleh pula dia tanyakan aku soalan itu dengan tenang dan
bersahaja?Aku lihat dia tarik senyum senget untuk 2 saat.
Why did he smirk at
me like that? Suka tengok aku macam cacing kepanasan macam ni?
"What do you
mean? Maksudnya apa ni? Ya Allah kenapa Tuan Faleeq jadikan saya kambing
hitam?" Soalku dengan sangat serabut dan kusut.
Dia menundukkan wajah
sedikit ke arahku. Renungan helangnya menusuk pandanganku saat ini.
"Hey
hey..listen here. Takde timbul pun isu kambing hitam ke kambing putih.
Dan bila
pula aku akan dikahwinkan
dengan Hanee? Suka sangat mengintai..kemudian, pandai-pandai buat kesimpulan
sendiri." Bidasnya dengan nada suara yang bersahaja.
"The problem
now is, dari awal lagi kau dah bersetuju dengan perkahwinan ini..you know about
this earlier than me, Aysara.." Ucapnya lagi.
Aku dah tak boleh fikir.
Otak kupaksa bekerja untuk mengingat kembali segala percakapan aku dengan Datin
Sofia.
"Seriously..saya
tak faham.." Ucapku dengan lemah.
"I know you're
just 22 and maybe you are deeply in love with Dr. Aliff..but I can't do
anything about it. Aku dah cuba halang..but I’ve failed! My parents want me to
get married to you. Kalau tak, papa akan lucutkan segala jenis jawatan yang aku
ada di syarikat tu sehingga aku betul-betul sembuh. Sedangkan aku masih boleh bekerja. Aku boleh gila kalau tak
bekerja."
Merah-merah wajahnya menahan berang terhadap kata dua yang
berikan oleh Dato' Firas itu.
Aku pernah terbaca
di satu laman web ni. Proses penyembuhan untuk pesakit yang mengalami anxiety
disorder dan agoraphobia boleh mengambil masa sehingga bertahun-tahun lamanya.
Ada yang setahun dua, tetapi ada juga sehingga ke 10 tahun! Bergantung pada
severity atau dalam bahasa melayunya, bergantung pada tahap mana seriusnya
gangguan itu. Aduh..takkanlah lelaki ini tak perlu bekerja sampai 10 tahun? Dah
tu, nak terperap di rumah dan jalani rawatan aje? Memang workaholic sepertinya
boleh gila.
"So, tell me
young lady..what should I do now?" Soalnya dengan selamba.
Kedua-dua belah
bahu dijungkitkan sesaat. Aku tersentak seketika.
"Yes,
honestly..I am just 22 and I am not ready to get married. Demi Allah saya
terkejut sangat dengan berita ni. Tapi Tuan Faleeq, part deeply in love with
Dr. Aliff tu salah ya. Stop exaggarating..please! Siapa pula yang beritahu Tuan
Faleeq berita palsu tu?" Soalku dengan sedikit geram.
"Bukan deeply
in love lagi sampai dia berikan kau bunga dan hadiah? Keluar sampai ke malam dengan dia. Kalau
bukan bercinta, apa namanya ya? Tell me." Soalnya dengan sangat tegas.
Pandangan kami
berlaga untuk seketika. Kelu terasa lidah saat ini. Kenapa aku rasa lain macam
pula bila dia mengambil tahu tentang hal aku sampai ke tahap ini? Entah kenapa
juga aku tak mahu dia salah sangka dan menuduhku begitu.
"Memanglah dia
beri saya bunga tetapi sebagai tanda minta maaf sebab pernah tuduh saya yang
bukan-bukan semasa di dalam kelas dulu. Hadiah tu adalah buku yang saya pernah
cari dulu. Semalam pun mungkin kali pertama dan terakhir saya keluar dengannya.
Tu pun sebagai tanda minta maaf juga. No, we are not deeply in love. Part tu
sangat salah!" Terangku dengan panjang lebar.
"Dr. Aliff
bukan isunya sekarang. Tapi, rancangan pernikahan ni yang harus kita fikirkan.
Clearly you don't have any feeling towards me and I barely know you too. I feel
really awkward now. Apa kita nak buat ni?!" Luahku dengan sangat serabut.
Nada suara naik satu oktaf dari tadi. Kedua-dua tangan memicit kawasan kepala.
Lelaki ini hanya memerhati sahaja dengan tenang sambil berpeluk tubuh.
Isk,
boleh pula dia tenang macam tu?!
"Tuan Faleeq!
Say something. Please!" Aku dah mula hilang sabar. Apabila renungannya
memanah ke mari gerun pulak aku. Terus aku menundukkan wajah.
"Kau dengar
sendiri kan apa yang berlaku dalam pejabat tu? I told them you're still
young..aku pun belum fikirlah fasal nikah kahwin ni." Luahnya. Aku hanya
merenung lantai.
"Dengan kau
pulak tu..never crossed my mind!"
Aik..sinis pulak ayatnya itu. Ni boleh bikin marah ni! Wajah
kuangkat. Anak mataku bertentang dengan anak mata coklatnya.
"Eh..saya pun
tak pernah fikirlah nak sampai ke tahap nikah kahwin ni dengan sesiapa
pun termasuk awak!" Bidasku pula tetapi dengan nada suara yang perlahan.
"Tak pernah
fikir hal kahwin konon. Aliff Azri?" Sindirnya bersama senyuman senget.
That smirk again!
Dr. Aliff! Dr. Aliff! Dr. Aliff! Isk!
"Apa ni?!"
Bidasku. Sebelah kaki kuhentak ke lantai. Geram!
"Thalia? You're
here?"
Mendengar sahaja
suara itu, mata aku dan Tuan Faleeq terus menghala pada wanita yang baru muncul
di muka pintu. Alamak..Datin Sofia!
"Da..Datin
Sofia.." Sapaku sambil tersenyum tawar. Sebelah tangan Tuan Faleeq bercekak
pinggang dan dia terus bersuara kepada mamanya.
"I told you
mama..this is not a good idea. Faleeq dah tak tahu nak cakap apa. So, ikut
sukalah."
Sebaik sahaja
berkata begitu, lelaki itu terus masuk ke dalam, meninggalkan aku
terkebil-kebil di sini.
"Thalia..boleh
kita berbual sebentar?" Soal wanita yang memakai skirt labuh berwarna
maroon ini dengan sangat lembut dan tenang. Mahu tak mahu, aku terpaksa juga
anggukkan kepala ke arahnya.
"Boleh,
Datin.." Ucapku dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur.
******************************
"Masuklah.."
Jemputnya. Pantas aku membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam. Aku hanya
mengekori langkah Datin Sofia menuju ke arah ruang tamu. Tidak, bayang lelaki
itu tidak lagi ada di sini.
"Jemput duduk,
Thalia.." Pelawanya. Bersama bibir yang kupaksa senyum, aku terus
melabuhkan punggung di sebelah Datin Sofia. Berdebar rasa hati saat ini.
"How are
you?" Soalnya yang masih tersenyum manis. Aku
hanya menganggukkan kepala.
"I am fine,
Datin.." Jawabku yang cuba menyembunyikan kekusutan di dalam hati. Tangan
kananku ditarik ke dalam genggamannya. Terpana aku seketika.
"Thalia..you
pernah cakap dengan I yang you sanggup untuk tolong Faleeq. Betul atau
tidak?" Soalnya dengan lembut. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala.
"Memang
betul..saya ikhlas Datin Sofia..tambahan pula Tuan Faleeq juga pernah bantu
saya dulu. Jadi, saya memang betul-betul ikhlas nak bantu dia." Luahku
dengan jujur.
"Bila you dah
beri persetujuan yang sebegitu, I anggap you setuju untuk kahwin dengan Faleeq.
I mahu you temani dia. I percaya dia akan semakin sihat bila you berada di
sisinya."
Tergamam aku saat ini. Ya Allah, tak pernah aku terfikir yang
pengakuan aku untuk membantu Tuan Faleeq itu bermaksud aku bersetuju sekali
untuk berkahwin dengannya.
"Tapi
Datin.."
Datin Sofia terus
memotong.
"Thalia..you
tahu my husband tak pernah mahu memahami keadaan Faleeq? It hurts a lot..inside
here, Thalia. Mana nak fikir keadaan Faleeq..mana nak fikir tentang papanya
lagi. My husband wants Faleeq to be in Australia for Halal Fest yang akan
berlangsung lagi beberapa bulan. Dia mahu Faleeq ke sana as soon as possible. Sebab
terlalu risaukan Faleeq, I fikir elok kalau I kahwinkan dia dengan you..at
least, ada orang yang boleh temankan dia di sana nanti."
Ucap Datin Sofia
dengan bersungguh-sungguh. Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini. Kelu terasa
lidah.
"Kenapa saya?
Hanee kan lebih sesuai?" Soalku dengan perlahan.
"Sebabnya, you
are like a "safe person" to him. Dia tak pernah pandang Hanee seperti dia pandang
you.."
Terdiam seketika aku
jadinya.
"Safe person?"
Soalku sambil mengerutkan wajah.
"Yes..that's the term. You can google about it atau tanya Dr. Harun. According to
Dr. Harun, a safe person is someone who makes him feel immediately more secure
and less anxious when you are with him. Bila dengan you, dia memang nampak
seperti Faleeq yang dulu. He needs you, Aysara..cuma dia ego.." Ujar Datin
Sofia dengan sangat perlahan.
"I am his safe
person?" Sungguh aku terketawa kecil saat ini.
"Tapi, dia tak
sukakan saya, Datin Sofia..kami selalu bertekak." Luahku dengan
bersungguh-sungguh. Datin Sofia turut ketawa.
"Well..what I
know he likes you." Ucapnya dengan sangat perlahan. Kemudian, dia berbisik
di telingaku.
"You gotta
trust me, girl..because I am his mother and mother knows best. Always remember
that." Bisiknya dengan bersungguh-sungguh. Aku pandang wajah Datin Sofia.
Mata dikenyitkan ke arahku. Kemudian dia bersuara lagi.
"Thalia..I
merayu dengan you..please help my son. I yakin you boleh bantu untuk sembuhkan
dia di samping terapi dan rawatan dari Dr. Harun. I am at my wits' end
Thalia..and I am begging you..please.." Rayu Datin Sofia dengan
bersungguh-sungguh.
"Datin
Sofia..saya tahu zaman dah moden. Tapi, susah kalau enggang nak terbang dengan
pipit. Kalau jatuh, saya takut saya tak mampu untuk terbang terus..saya berasal
dari keluarga yang biasa sangat. Saya takde apa-apa, Datin.." Luahku
dengan bersungguh-sungguh.
"Siapa cakap I
cari menantu yang kaya raya? Keadaan Faleeq sekarang buat mata I terbuka. Duit bukan segala-galanya. I sukakan you, Thalia. Dan I tahu you juga sukakan
Faleeq." Semakin kuat jemarinya menggenggam jemariku. Belum sempat aku
bersuara, Datin Sofia berbicara lagi.
"Jika tidak,
you tak akan sanggup malukan diri ketika dalam bilik mesyuarat tempoh hari. You
care a lot about him. You can't deny that fact."
Aku pantas melarikan
anak mata ke arah jemariku yang masih berada di dalam genggaman lembut Datin
Sofia.
"Thalia..I tak
pernah merayu dengan sesiapa seumur hidup I..but today, please..I am begging you.
Tolonglah terima Faleeq. He needs you..just you. I teringin sangat nak lihat
anak I sembuh seperti sedia kala..I..I..cuma.." Kata-kata Datin Sofia
terhenti di situ sahaja saat ini. Ada air jernih merembes keluar dengan lebat
membasahi wajahnya. Sebak yang mengasak dadanya membuatkan dia tak mampu untuk
bersuara lagi.
"I cuma mahu
dia sembuh dan bahagia semula." Luahnya dengan payah.
"Datin
Sofia..janganlah menangis..Allah menguji sesuai dengan kemampuan
hambaNya." Pujukku dengan bersungguh-sungguh.
"Saya dan Tuan
Faleeq..bagai langit dan bumi. Saya tak kenal sangat dengan dia dan dia
memang tak kenal
saya. Saya risau kalau saya tak mampu membahagiakan dia.." Luahku
dengan jujur.
"Thalia..takde
orang yang sempurna..Thalia dan Faleeq boleh saling mengenali dan bercinta
selepas bernikah nanti. Bukankah itu juga yang dituntut dalam Islam?"
Soalnya dengan lembut. Terdiam aku jadinya.
"Thalia..terima
Faleeq ya? I yakin hanya you dapat bahagiakan Faleeq.." Pujuknya dengan
lembut.
Aku tidak tahu sama
ada harus menggeleng atau mengangguk saat ini. Buntu aku jadinya! Inikah
masanya untuk aku membayar budi yang Tuan Faleeq taburkan? Memang dia tidak
pernah mengharapkan apa-apa balasan dariku. Tapi, selfish ke aku kalau menolak
permintaan ibunya ini?
Ya Allah, adakah ini
yang terbaik untuk aku? Anak mata singgah lagi ke wajah sayu wanita di
sebelahku ini. Sungguh, aku kasihankannya.
"Datin..beri
masa untuk saya fikir dulu ya?" Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan
saat ini dengan hati yang serabut.
***
BAB 24 B
Kad yang Dr. Harun
berikan kepada aku semasa kali pertama jumpa aku renung dengan wajah yang
sangat serius. Betullah tingkat ni. Siapa yang tak kenal Dr. Harun? Pakar psikologi
dan psikiatri yang paling terkenal di Malaysia. Selalu juga dia dijemput untuk
muncul di dalam rancangan mengenai kesihatan mental di dalam televisyen.
Adakalanya wajahnya terpampang di dada akhbar dan majalah dalam slot motivasi
dan soal jawab kesihatan. Nafas aku tarik dalam-dalam sambil merenung ke
segenap kawasan tingkat dua hospital swasta yang yang sedikit sibuk ini. Anak mata terus
kuhalakan pada kaunter di hujung sana dan kaki pun melangkah dengan cermat
menuju ke situ.
"Ye cik, boleh
saya bantu?" Soal gadis yang memakai uniform putih di hadapanku ini.
Pantas aku bersuara.
"Err..saya nak
jumpa Dr. Harun Malek.." Ucapku sambil menunjukkan kad di tangan
kepadanya.
"Cik ada
appointment?" Soalnya dengan ramah. Perlahan aku menggelengkan kepala.
Aduhh nak jumpa sekejap pun kena buat appointment ke?
"Err..saya
sebenarnya nak jumpa Dr. Harun sekejap aje..penting sangat. Antara hidup dan
mati ni, cik. Please.." Ah sudah! Aku dah mula merayu. Beberapa mata sudah
mula merenung ke mari. Ah, lantaklah apa diorang nak cakap!
"Erm..sebentar
ya.." Ujarnya yang kemudian melirik ke arah skrin komputer di hadapannya.
"Macam ni cik.
Dr. Harun akan selesai mengendalikan sesi terapi dan rawatan dalam masa satu
jam dari sekarang. Mungkin cik boleh tunggu di ruang menunggu dulu?"
Cadang gadis bertudung putih ini dengan sopan. Aku mengerling jam di tangan.
Hm..bolehlah. Mahu tak mahu, aku menganggukkan kepala juga tanda terpaksa
bersetuju dengan cadangannya. Dah tu, takkan nak potong line pesakit kut!
"Baiklah.
Terima kasih, cik." Ucapku pula.
Aku kemudiannya
menoleh ke arah ruang menunggu di belakang sana. Luas juga. Dengan
perlahan-lahan kaki melangkah ke situ. Punggung kulabuhkan ke atas sofa dan aku
mula memerhati wajah-wajah yang sedang resah menanti masa untuk mendapatkan
rawatan. Tidak ramai. Hanya beberapa orang sahaja.
Tergelak aku seketika apabila
memikirkan tentang stigma orang ramai termasuk aku sendiri dulu tentang
penyakit mental ini. Bagi kebanyakan orang yang tidak peka, mereka berpendapat
sesiapa sahaja yang mempunya penyakit mental adalah gila. Saiko! Rumusan
sebegitu menyebabkan ramai orang yang mempunyai masalah dengan mental dan jiwa
malu untuk mendapatkan rawatan doktor. Anak mata merenung ke arah seorang
lelaki yang segak dengan kemeja dan seluar slack di tubuh. Dia kelihatan kusyuk
membaca buku tebal di tangannya.
Di bahagian kulit buku tertulis 'Mechanical
Engineers' Handbook : Manufacturing and Management.
Ha, tengok! Bukan
calang-calang tau. Takkanlah dia gila? Cuma mungkin dia mempunyai
masalah-masalah ringan yang lain seperti trauma, fobia atau masalah susah tidur! Tersenyum sendiri aku jadinya.
Bagaimana mudah kita
menghukum dan membuat kesimpulan padahal bercanggah teruk dengan fakta sebenar!
Manusia..manusia!
Bosanlah pulak!
Terus aku bangun berdiri saat ini. Kaki melangkah ke sudut kanan koridor. Aku
merenung ke arah rak buku di hadapanku.Tangan lincah menarik keluar sebuah demi
sebuah buku. Baca tajuk aje dan aku masukkan ke rak semula. Tidak ada yang
menarik. Sebuah buku lagi aku tarik dan kini mataku bagai digam pada permukaan
kulit buku tersebut.
Un-Agoraphobic : Overcome
anxiety, panic attacks and agoraphobia for good. A step by step plan.
Kelam-kabut aku
mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Tangan berlari pada skrin dan aku
terus merakam gambar buku ini. Kemudian, buku yang berada dalam genggamanku ini
aku selak sekali lalu. Mungkin buku-buku seperti ini dapat membantu Tuan Faleeq.
Desis hatiku.
"Cik Thalia
Aysara?"
Buku di tangan terus
aku letakkan semula ke atas rak. Tubuh kupalingkan ke belakang. Nyata Dr. Harun
sedang merenung ke arahku dengan riak wajah tenang seperti selalu. Aku
cepat-cepat tersenyum.
"Dr. Harun!
Panggil saya Thalia je. Tak payahlah bercik-cik.." Ucapku berserta ketawa
kecil di hujung ayat. Aku kemudiannya melirik ke arah jam di tangan. Eh..baru
setengah jam berlalu.
"Baik lah Thalia,
let's go to my office." Ajaknya. Aku sekadar menganggukkan kepala.
"Okay."
Jejak kaki hanya
mengekori sahaja langkah lelaki yang memakai kot perubatan berwarna putih di
hadapanku. Anak mata memerhati ke kiri dan kanan lorong yang menempatkan
beberapa buah bilik doktor di sini. Anak mata memanah tepat pada plat nama Dr.
Harun yang tergantung kemas pada pintu di sebelah kiriku. Lantas Dr. Harun
memulas tombol dan aku mengikut jejak langkahnya masuk ke dalam.
Anak mata mula
berlari ke segenap kawasan bilik ini. Interiornya nampak tenang dengan
kombinasi warna hijau pastel dan krim. Nampak sama sahaja seperti bilik doktor
di klinik dan hospital lain. Cuma, bilik ini mempunyai ruang tambahan bersama
beberapa alat yang kelihatan sedikit unik di mataku.
"Have a
seat." Jemputnya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Mata yang tadi
berlari ke sana ke sini kini kufokuskan pada wajahnya.
"Thank
you." Ujarku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang letaknya
berhadapan dengan meja lelaki ini. Dia tidak terus bersuara tetapi wajahku
ditelitinya terlebih dahulu.
"Sedikit
gelisah, susah hati pun ada juga tu..banyak persoalan di dalam kepala, a bit
nervous..tapi, sedang cuba menutupnya dengan riak selamba dan bersahaja."
Kata-kata doktor pakar yang masih merenung ke mari itu membuatkan aku
tersentak.
"Ha?" Aku
merenung ke arahnya dengan wajah yang blur.
"Itu keadaan
kamu sekarang." Ucapnya. Tergamam jadinya aku.
Dah pulak! Ha ni
yang aku tak suka ni apabila berhadapan dengan pakar psikologi dan psikiatri seperti
dia. Habis dia baca seketul-seketul apa yang aku rasakan sekarang ni. Semuanya
betul belaka! Erghh..Dr. Harun ni. Tak payahlah nak baca-baca aku pulak. Aku
bukan pesakitnya. Iskk!
"Janganlah
marahkan saya pula.." Ujarnya bersama ketawa kecil.
Buntang mataku
merenung ke arahnya. Aduhhh dia tahu ke aku tengah membebel dalam hati ni?
Kelam-kabut aku menggelengkan kepala.
"Eh tak..saya
tak marah." Ucapku bersama senyuman sumbing di wajah.
"So, what
brought you here?" Soalnya dengan senyuman di bibir. Dari mana aku nak
mula bicara ni? Perlahan-lahan aku menarik nafas dalam-dalam.
Dia kulihat
menelengkan kepala sedikit sambil merenung ke mari. Anak mata dikecilkan
sedikit di sebalik kaca mata tebalnya itu. Nampaknya dia memang sedang memberi
sepenuh perhatian terhadapku. Mesti tak sabar nak tahu kenapa sebabnya aku ke
mari tu. Eleh..jangan
tipulah! Ha, aku
pula baca dia.
"Dr.
Harun..saya nak tahu dengan lebih lanjut tentang 'safe person'. Bagaimana pula saya boleh menjadi safe person
kepada Tuan Faleeq? Saya dengan dia bukan rapat pun..saya tak fahamlah.."
Segala persoalan yang terbuku di dalam fikiran sudah kumuntahkan saat ini. Aku
lihat Dr. Harun ketawa kecil. Lelaki yang bermata sedikit sepet itu bersuara
kemudiannya.
"Oh..sebab Tuan
Faleeqlah ni.."
Aku tak tahu nak
angguk atau geleng. Akhirnya aku hanya mematungkan diri sahaja.
"Begini
Thalia.." Dia membuka bicara. Anak matanya merenung tepat ke mari.
"Dalam kata
mudah, safe person ni adalah orang yang dapat membuatkan seseorang pesakit itu
berasa selamat dan selesa. Jadi, apabila berdampingan dengan safe person ini,
ketakutan trauma dan fobianya akan berkurangan dan dalam sesetengah kes, hilang
terus. Someone who can calm him down..that is actually a safe person."
Jelas Dr. Harun.
"Oh.."
Perlahan aku menganggukkan kepala. Dr. Harun membetulkan sedikit kot putih di
badannya dan dia menyambungkan penerangannya lagi.
"This safe
person can be a trained helper or a phobia aide. Tapi dalam banyak kes, safe
person ini adalah isteri atau suami, ahli keluarga atau rakan, ataupun orang
yang tak dikenali. It can be anybody, really." Terangnya dengan sangat
jelas.
"Thalia, in
Tuan Faleeq's case..it's you. You're his safe person. His heart and his mind
has chosen you." Ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Persoalannya kenapa
aku? Kenapa? Kenapa? Adoi! Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini.
"Kenapa
saya?" Akhirnya aku bersuara. Semakin lebar senyuman di wajah Dr. Harun.
"Well..mungkin
kerana kamu pernah selamatkan dia dulu. Mungkin juga kerana dia rasa lebih
bersemangat apabila bersama kamu. Mungkin juga kerana dia tertarik dengan kamu.
Well..that's too hard to tell." Luahnya. Senyuman masih bersisa di wajah
itu. Dagunya diusap sedikit sambil merenung ke mari.
"Thalia..kamu
tahu kan bagaimana dia menolak habis-habisan untuk meneruskan terapi dengan
saya dulu? Tapi, yang saya pelik..beberapa hari selepas itu, dia sendiri yang
menelefon saya dan menjemput saya ke pejabatnya untuk berbincang mengenai
program terapi seterusnya. Keputusan itu diambil selepas berjumpa kamu."
Ujar Dr. Harun lagi.
"Pendapat saya,
semua ini memang ada kena mengena dengan kamu." Jari telunjuk ditudingkan
ke arahku. Aku mulalah meraupkan wajah dengan sedikit kasar.
"Janganlah
stress sangat dan jangan sesekali rasa terbeban. Come with me.." Pujuknya
yang terus bangun berdiri.
Lekas-lekas aku juga turut bangun. Kaki hanya
mengikuti jejak langkahnya menuju ke arah belakang bilik rawatan ini. Keadaan
di sini agak gelap. Dr. Harun pantas menghidupkan lampu dan dia menekan butang
pada skrin komputer. Apabila komputer dihidupkan, aku lihat tangannya lincah
mengendalikan tetikus di dalam genggamannya. Anak mata kukecilkan sedikit
sambil merenung ke arah skrin. Gambar pantai?
Alat yang sedikit
pelik yang terletak di sisi komputer tersebut dicapai dan dibawa ke mari.
"Doktor, dari
tadi saya tertanya-tanya. Alat ni adalah teropong ke? Tapi, takde cermin pun di
bahagian hadapannya." Soalku dengan rasa ingin tahu. Ketawa jadinya doktor
ini.
"Oh, nampak
macam teropong tetapi itulah alat yang dapat membantu Tuan Faleeq."
Ujarnya.
"Alat ini
digunakan untuk rawatan virtual reality exposure therapy (VRET). Tuan Faleeq
menggunakan alat ini semasa sesi terapinya bersama saya." Jawapan Dr.
Harun membuatkan aku terdiam seketika.
CONTOH VIRTUAL REALITY THERAPY |
"Virtual
reality?" Soalku lagi dengan penuh minat kepada Dr. Harun. Dia hanya
tersenyum dan kemudian mempelawa aku untuk mencuba alat ini.
"Thalia cuba
ya?"
Anak mata sekali
lagi berada pada alat di tangannya. Ini bukan alat karen otak kan? Takut lepas
guna alat tu, aku hilang ingatan pulak. Ish! Merepeklah kau ni Thalia! Aku mula
memarahi diri sendiri. Entah bagaimana pula aku boleh berfikir begitu.
"Boleh
ke?" Soalku dengan teragak-agak.
"Mestilah boleh.
Thalia juga akan membantu Tuan Faleeq untuk menggunakan alat ini nanti."
Luahnya. Aku hanya mampu mengerutkan wajah sahaja.
"Put on this
special goggle..dan pakai headset ni sekali. Let's go somewhere
incredible!" Ucapnya seraya membantu aku memakai alat yang kelihatan
seperti teropong yang tak bercermin ini. Tersentak jadinya aku.
Apa dah jadi ni?
Bilik Dr. Harun dah bertukar menjadi pantai yang saaaaangat cantik. Tak payah
ke Bayu Resort kalau begini. Ya Allah, sumpah rasa real! Aku terus menoleh ke
kiri dan ke kanan. Dan kemudian ke hadapan sana di mana air laut sedang
berombak perlahan memukul pesisir pantai. Anak mata berada pada sebuah keluarga
kecil yang sedang berkelah. Melayang sedikit tikar kain yang mengalas makanan
mereka apabila angin pantai berhembus. Bunyi deruan ombak dan bayu lembut juga membuatkan aku rasa sangat tenang. Tak
tahu mana nak pandang. Eh..ada burung berterbangan di atas sana lah.
"Okay..tell me,
what do you see now?" Dapat kudengar suara Dr. Harun saat ini.
"Wow..Dr.
Harun!" Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.
"Saya sekarang
berada di pantai. Sumpah rasa betul-betul kat tepi pantai!" Ujarku dengan
sangat teruja. Lupa seketika tentang lamaran Tuan Faleeq yang membebankan
mindaku.
"Saya dengar
bunyi ombak..saya nampak ramai orang berkelah kat sini.." Ujarku.
Anak
mata berada pada seorang
budak perempuan yang sedang enak makan aiskrim. Aku berjalan sedikit
mendekati budak itu.
"Ada budak
perempuan sedang makan aiskrim! Ops..aiskrim tu tumpah. Fret not, fret not..mak
die dah lap comot kat mulutnya tu." Petah mulutku bercerita sambil ketawa
riang.
"Damainya..it's
so serene here..macam saya benar-benar kat tepi pantai. It's 3 D! Bilik Dr.
Harun dah bertukar jadi kawasan pantai yang cantik!" Luahku dengan sangat
teruja.
Berkerut dahiku apabila alat yang aku pakai ini ditanggalkan oleh Dr.
Harun.
Oh..sesi percubaan
percuma dah tamat nampaknya. Aku membetulkan tudung sambil merenung ke wajah
Dr. Harun.
"Bilik saya ni
boleh bertukar ke pusat membeli-belah, bilik mesyuarat, dalam kapal terbang,
zoo atau jalanraya. Pendek kata di mana sahaja, bergantung pada program yang
dipilih. Program yang dipilih pula bergantung pada jenis fobia dan severity
pesakit. Untuk yang takut lipas, tarantula, anjing atau haiwan lain pun boleh
dapatkan rawatan melalui kaedah ini." Panjang lebar penerangan yang diberikan
oleh
Dr. Harun seraya meletakkan alat di tangan di tempatnya semula.
Betul-betul di sebelah komputer.
Dia kemudiannya
bergerak ke arah mejanya kembali. Aku pula mendengar dengan penuh minat sambil
mengekori jejak langkahnya. Wow..pengalaman dan maklumat yang aku dapat
sekarang adalah sesuatu yang betul-betul baru bagiku. Dr. Harun kemudiannya
melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku juga turut sama berbuat demikian.
"Tuan Faleeq,
telah menjalani lebih 5 sesi Virtual Reality Exposure ini dan tak terlalu
keterlaluan untuk saya katakan yang dengan adanya kamu di dalam hidupnya
sekarang, keadaan dia semakin baik." Kata-kata Dr. Harun membuatkan aku
terdiam seketika.
"Saya yakin,
sekiranya Tuan Faleeq meneruskan sesi rawatan dan dalam masa yang sama Thalia
juga memberikan sokongan kepadanya, tak mustahil tak lama lagi Tuan Faleeq akan
sembuh seperti sediakala." Ujar Dr. Harun dengan sangat yakin. Aku menarik
nafas dalam-dalam saat ini. Baru tadi fikiran aku tenang sebab ke pantai.
Sekarang dah kusut semula.
"Seberapa
pentingnya saya dalam hidup dia, Dr. Harun? Sampai Datin Sofia
bersungguh-sungguh mahu saya berkahwin dengan anaknya itu?" Soalku dengan
wajah yang sangat serius.
Dr. Harun sekadar menjungkitkan kedua-dua belah
bahunya untuk seketika. Kaca mata di wajahnya dibetulkan dan dia merenung tepat
ke dalam mataku.
"Well, hanya
Tuan Faleeq yang tahu seberapa penting Thalia dalam hidupnya. Tapi, buat masa
sekarang, apa yang semua orang di sekelilingnya nampak, kehadiran Thalia
membawa impak yang benar-benar positif dalam kehidupan Tuan Faleeq."
Jawabnya dengan tidak teragak-agak. Mampu membuatkan jantungku berdebar
sedikit.
"Secara tak
langsung, Thalia juga penyumbang kepada proses penyembuhannya." Ucap Dr.
Harun lagi.
"Thalia..ibu
dan ayah mana tak mahu melihat anaknya menjadi normal dan sihat kembali? Tak
hairanlah kalau mereka sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa merayu untuk
kamu mengahwini anak mereka."
Soalan yang keluar
dari mulut Dr. Harun itu mampu menarik perhatianku. Kelu sudah lidahku saat
ini. Jika aku benar-benar hendak membalas budi Tuan Faleeq, adakah ini masanya?
Cuma, pertolongan ini akan melibatkan seluruh hidup dan masa depanku. Wajah
kuraupkan untuk seketika sebelum mataku kembali ke wajah Dr. Harun semula.
Sudahkah aku bersedia? Itu persoalannya sekarang.
***
BAB 25 A
Nasib baiklah tidak jauh dari Petaling Jaya tu ke sini. Masih dalam Selangor juga. Renungan kosong
kuhalakan pada daun-daun pokok pinang yang sedang bergoyang di atas sana.
Sepoi-sepoi bahasa angin kampung menampar lembut wajahku namun tak mampu
membuatkan hati aku tenteram. Bersama otak yang serabut aku mendongak ke
langit, merenung ke arah burung-burung yang bebas berterbangan secara berkumpulan.
"Ala..mana aci
macam ni!"
Jeritan Adi, cucu
Mak Besah yang tinggal di sebelah kiri rumah Cik Yam mampu menghentikan
lamunanku. Pelepah pinang atau dikenali sebagai upih di tangannya dilepaskan
dengan wajah yang masam. Adiknya si Afiq yang duduk di dalam upih hanya
tersengih aje merenung ke arah abangnya.
"Satu round je
lagi, janji!" Rengek Afiq yang masih tidak mahu bangun. Beza umurnya dan
abangnya hanyalah setahun.
"Tak nak! Asyik
abang je kena tarik. Adik tahu naik je! Tak nak mainlah gini!" Pantas Adi
menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia nak melangkah meninggalkan adiknya
itu, Afiq terus bangun dan meluru ke arah abangnya yang berumur 6 tahun itu.
"Okay la..okay
la..abang naik! Adik pula tarik!" Dalam keterpaksaan Afiq berkata begitu.
Ceria terus wajah Adi. Apa lagi, dia terus melompat masuk ke dalam upih
tersebut.
"Ha..macam tu
barulah adil!"
Si abang bersuara sambil mengangkat ibu jari. Afiq pula
terus menarik upih tersebut dan halaman rumah aku dan Cik Yam meriah semula
dengan suara budak berdua tu. Perlahan-lahan terbit senyuman di wajahku.
Teringat bagaimana ayah selalu main tarik upih ini dengan aku dan Tira masa
kecil dulu. Ayah yang akan jadi penarik upih. Seronoknya zaman tu.
Bersama beg sandang
belakang berisi beberapa helai baju di dalamnya aku merenung ke arah rumah
pusaka milik ayah di hadapan mata. Bercampur-baur rasa yang ada di dalam dada
saat ini. Selalunya, kaki akan laju melangkah dan kadang kala berlari anak
masuk ke dalam rumah apabila pulang ke kampung gara-gara tidak sabar mahu
bertemu ayah dan Tira. Pelbagai cerita lucu dari kampus akan aku ceritakan
kepada mereka sepanjang hari. Cik Yam yang semestinya akan join sekaki
bersembang betul-betul menambah meriahkan suasana. Senyuman terbit di bibir
sedikit apabila mengenangkan semua memori itu.
Hari ini, lain benar
rasanya. Longlai sahaja kaki melangkah di halaman rumah. Tidak lagi aku teruja untuk berlari
masuk ke dalam sebab aku tahu perkara apa yang akan ditimbulkan oleh ayah apabila nampak
wajahku nanti. Apakah jawapan yang harus aku beri?
"Thalia!"
Sapaan itu menyebabkan aku menoleh ke kanan.
Cik Yam yang cantik
berkebaya putih di badan nampaknya sedang melangkah ke mari. Tersenyum-senyum
wajahnya itu saat ini.
"Thalia dah
balik! Ya Allah..rindunya Cik Yam dengan kamu!" Ucapnya sambil menarik aku
ke dalam pelukannya. Pantas aku juga turut membalas pelukan wanita yang sangat
keibuan ini.
"Apa khabar,
bakal pengantin?" Soalnya bersama senyuman di bibir.
Berbahang terus
wajahku apabila disapa begitu. Aduh..bertambah rungsing aku jadinya. Cik Yam
pun dah tahu! Aku terus memasamkan wajah.
"Cik Yam..bakal
pengantin apanya? Belum pasti lagilah. Thalia belum buat keputusan lagi."
Luahku dengan bersungguh-sungguh. Shawl hitam di kepala kubetulkan sedikit.
"Belum pasti?
Hai..tu, keluarga mertua kamu ada kat dalam tu!" Beritahu Cik Yam dengan
senyuman meleret di wajah.
Buntang mataku merenung ke arah Cik Yam. Air liur
yang aku telan terasa berpasir. Anak mata kularikan ke arah rumahku. Cemas aku
jadinya!
"Biar betul,
Cik Yam!" Terkebil-kebil aku merenung ke arah wanita ini.
Tidak mampu lagi
untuk membendung rasa terkejut. Debaran mula mengisi ruang dada. Cik Yam hanya
tersenyum lebar melihat keadaanku yang haru biru!
"Cik Yam
janganlah main-main..kalau betul, mana kereta mereka?" Soalku dengan
sangat kalut. Perlahan-lahan Cik Yam menggelengkan kepala.
"Ada nampak Cik
Yam main-main ke? Thalia..Thalia..Dato' Firas dan ayah kamu keluar kejap tadi
dengan kereta tu. Katanya bakal bapa mertua kamu tu minta tunjukkan kedai apa
entah. Tadi Cik Yam pun ada di rumah kamu tapi Cik Yam pulang sekejap sebab ada
orang datang ambil jamu yang dipesan tadi."
Panjang lebar Cik Yam
berbicara. Aduh..aku dah tak dapat nak fikir ni. Serius aku tak tahu nak buat
keputusan.
"Cik
Yam..Thalia risaulah.." Luahku dengan kusut.
"Ish kamu
ni..kalau cemas pun, janganlah buat muka macam tu. Orang tu nak kamu jadi
menantunya aje, bukan datang bawa senapang nak tembak kamu!" Ujarnya
bersama senyuman lucu di bibir namun tak mampu membuatkan hati aku tenang.
"Thalia
tahu..tapi tak tahulah kenapa jantung ni berdebar teruk sangat ni, Cik Yam. Cik
Yam, Tuan Faleeq datang sama tak?" Soalku dengan bersungguh-sungguh."Kalau
betul dia datang sekali, kamu nak
pulang ke Petaling Jaya semula ke? Thalia..Thalia.." Cik Yam dah mula
bercekak pinggang. Kepala
digelengkannya sedikit.
"Dah..jom
masuk ke dalam." Ujarnya lagi seraya memimpin kemas tanganku. Tak lah, tak
mungkin Tuan Faleeq datang. Sejak sakit dia lebih suka terperap di rumah.
Hatiku berbisik dengan sangat yakin. Berat terasa kaki hendak melangkah saat
ini.
Aku terus menoleh ke
arah Cik Yam dengan wajah yang cuak.
"Aduh..Cik
Yam..boleh tak kita balik rumah Cik Yam? Thalia.." Belum sempat aku
menghabiskan ayat,
Cik Yam terus memotong.
"Sampai bila
kamu nak lari? Kamu tu bekerja di syarikat mereka, Thalia. Mahu tak mahu kamu
kena hadap juga. Apa yang susah sangat? Kalau suka, jawab suka. Kalau tak suka,
tolaklah baik-baik.." Lembut kata-kata nasihat itu menerobos masuk ke
dalam telingaku. Tudung yang ditiup angin aku betulkan sedikit.
"Thalia belum
buat keputusan lagi. Thalia tak tahu nak beri jawapan yang macam mana.."
Aku memuntahkan segala kekusutan di dalam jiwa pada wanita ini.
"Kamu jangan
risau..kata Datin Sofia pada Cik Yam tadi, mereka bukan datang nak paksa kamu
berikan jawapan. Tak.." Cik Yam menggelengkan kepalanya sedikit.
"Habis
tu?" Soalku pula dengan riak wajah yang pelik. Untuk apa mereka datang
kalau bukan untuk bertanyakan tentang pinangan mereka itu?
"Mereka cuma
nak berkenalan aje."
Tersentak aku jadinya
untuk kesekian kali. Aduh..nak berkenalan pula. Masalahnya aku belum beri
jawapan lagi.
"Dahlah..jangan
risau. Meh Cik Yam temankan ya? Kamu jangan risau..Cik Yam ada." Dengan
penuh semangat Cik Yam berkata begitu. Mahu tak mahu, aku memaksa jua kaki
melangkah. Namun baru dua tapak berjalan, aku menghentikan langkah semula.
"Cik Yam! Cik
Yam!" Aku bersuara dengan cemas.
"Kenapa?"
Soal Cik Yam dengan pelik.
"Thalia masuk
ikut pintu belakang ajelah. Nak tenangkan hati sekejap. Thalia janji akan ke
ruang tamu jumpa Datin Sofia selepas salin baju dan solat nanti." Putusku dengan bersungguh-sungguh. Muka
seposen kutayang untuk meraih pengertian wanita ini. Jari telunjuk ditudingkan
ke arahku.
"Betul
ni?" Soal Cik Yam sambil membulatkan mata. Aku pantas mengangguk dengan
bersungguh-sungguh. Tangan kanan kuangkat ke sisi bahu.
"Sumpah!"
Janjiku.
Aku lihat Cik Yam
perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.
"Thalia..Thalia..teruk
betul gugup kamu ni!" Gumamnya dengan riak lucu di wajah.
Aku pula terus
mencicit ke bahagian sisi rumah. Tangan kelam-kabut membuka beg sandang
belakang di tangan. Segugus kunci kukeluarkan dan aku mula mengaturkan langkah
menuju ke arah belakang rumah dengan hati yang huru hara keadaannya. Anak mata
kini berada pada pokok-pokok herba yang merimbun di kawasan ini. Ayah memang
rajin bercucuk tanam. Samalah dengan Cik Yam. Patutnya Cik Yam dan ayah yang
bernikah. Bukan aku!
Haih..gusarnya rasa
hati. Datin Sofia dan Dato' Firas nampaknya bersungguh-sungguh berharap untuk
aku menjadi menantu mereka. Tapi, Tuan Faleeq seakan menolak aku mentah-mentah
sebelum ni. Cuma selepas dipaksa dan dinasihat, dia nampak pasrah dan redha
dengan keputusan ibu dan bapanya. Kalau pun aku setuju, ikhlaskah dia untuk
terima aku?
***********************
Dengan sangat-sangat
perlahan aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Sedaya upaya aku cuba
untuk tidak menghasilkan bunyi. Pintu aku tutup dengan sangat-sangat cermat
saat ini. Kemudian, aku menguncinya semula. Anak mata liar ke segenap kawasan
dapur. Alhamdulillah takde orang di sini. Perlahan-lahan kaki melangkah menuju
ke arah deretan bilik. Terhendap-hendap aku melangkah dan akhirnya aku terus
memecut masuk ke dalam bilikku yang letaknya di sebelah kanan rumah.
Tergamam aku jadinya
saat ini. Buntang mataku merenung ke arah lelaki yang sedang berdiri di
hadapanku itu. Nyata dia juga turut sama tersentak. Debaran memenuhi ruangan
dada. Tepat anak mata lelaki itu memanah ke mari. Kaku kaki saat ini. Bagai tak
rasa lantai yang aku pijak. Tuan Faleeq berada dalam bilik aku? Baru sahaja nak
keluar semula dari bilik lelaki itu bersuara.
"Kau memang
suka masuk rumah sendiri macam pencuri ke apa?" Soalnya dengan riak pelik.
Dia aku lihat sedang membetulkan lipatan lengan baju kemeja yang telah
disinsing sampai ke siku.
"Sia..siapa yang
macam pencuri? Tuan Faleeq, ini rumah saya..bilik saya, suka hati sayalah nak
masuk dengan gaya apa sekalipun." Tanpa dapat ditahan terluncur laju ayat
tersebut dari bibir.
Alamak, lupa dia ni boss besar! Tajam renungannya memanah
ke mari mampu membuatkan aku menyesal saat ini. Aduh..kenapalah aku selalu
terlepas cakap!
"Hey..ingat aku
suka sangat nak masuk bilik kau ni? Aku nak solat je lah. Kalau tak, tak ingin
aku nak masuk!"
Bidasnya dengan geram. Sabar
Thalia..sabar!
"Takpe, Tuan
Faleeq gunalah bilik ni. Saya keluar dulu ya."
Sebaik sahaja
berkata begitu dengan sangat sopan, aku terus melangkah laju keluar dari bilik
bersama debaran yang masih belum surut. Tubuh aku sandarkan pada dinding dapur
sambil menenangkan diri. Siapa yang pandai-pandai suruh Tuan Faleeq solat kat
bilik aku? Aduh..kenapa tak tunjukkan sahaja bilik ayah kepadanya? Nasib baik
takde pakaian-pakaian yang tak sepatutnya tergantung pada dinding bilik.
"Ahem."
Deheman itu
membuatkan aku menolehkan kepala ke sisi. Alamak..dah dia datang sini pulak!
Makin huru haralah keadaan jantung aku ni. Bahagian hadapan rambutnya kelihatan
sedikit lembab dibasahi air wudhuk mungkin namun rambutnya tetap tersisir
rapi.
"Tuan
Faleeq...kenapa datang dapur? Sini kawasan larangan tau." Ucapku cuba
menghalau lelaki ini secara baik. Dia aku lihat merenung dengan kerek ke mari.
"Yang aku
dengar tadi, ayah kau beritahu, suruh aku buat macam rumah sendiri and hence, I
am making myself comfortable here. Do you have problem with that, Miss
Aysara?" Soalnya dengan sinis.
Isk, memang sengaja nak bahasakan aku la
tu. Lambat-lambat aku menggelengkan kepala. Wajah cuba kumaniskan saat ini.
"No. Okay then.
Kalau ayah dah cakap macam tu, buatlah bilik-bilik dalam rumah ni macam bilik
sendiri..tu..tandas tu pun macam tandas sendiri. Enjoy your stay." Ucapku
dengan sangat lembut yang dibuat-buat.
Geram pula hati aku. Anak matanya masih
memanah ke mari.
"Aku cari
sejadah. Tapi tak jumpa." Ucapnya dengan wajah yang serius. Aku terus
bersuara dengan pelik.
"Siapa yang
tunjukkan awak bilik tu ya?" Soalku. Atau dia pandai-pandai masuk ke situ?
"Tira."
Jawabnya sepatah.
Aduh! Aku terus
menepuk dahi. Lelaki ini hanya merenung sahaja dengan wajah yang beku. Nafas
aku tarik dalam-dalam dan aku terus bersuara.
"Okay takpe..macam
ni sajalah. Sepanjang berada di sini, awak guna aje bilik ayah. Jom saya
tunjukkan." Aku cuba berdiplomasi. Pantas dia menggeleng.
"No."
Ujarnya.
"Hah?"
Terdiam aku seketika. Anak mata merenung ke arahnya dengan wajah yang berkerut
sedikit.
"I said NO. Aku
suka bilik tadi." Sambungnya lagi. Ah..sengajalah tu!
Adoiii! Banyak
rahsia dalam bilik tu. Aku takut dia ternampak apa yang tak sepatutnya aje.
"Mana
sejadahnya?" Soal lelaki ini dengan sangat tegas. Wajahnya dah semakin
kelat.
"Kejap!" Ujarku
dengan sangat-sangat geram.
Sebaik sahaja
berkata begitu, aku terus melangkah ke arah bilikku semula. Isk..nak jugak guna
bilik aku tu. Tira ni pun satu. Sah-sah dia ni bukan suami aku. Yang
gatal-gatal suruh guna bilik aku tu kenapa? Almari baju kubuka dan sejadah yang
terlipat kemas di dalam almari ini aku capai. Derapan tapak kaki yang menuju ke
sini membuatkan aku terus kelam-kabut menoleh ke belakang.
"Nah."
Ujarku sepatah. Kenapa matanya berada di atas lantai?
"Kau memang
suka warna merah?" Soalnya dengan sedikit nakal bersama riak yang aneh di
wajah. Sejadah yang aku hulurkan dicapai. Kenapa dia bersuara dengan nada
sebegitu? Jantung..tolong jangan luruh ya!
"Wh..what do
you mean?" Soalku dengan pelik. Dia tarik senyuman senget.
"Saya tak
fahamlah." Ucapku dengan riak pelik di wajah.
Apa yang merahnya?
Aku turut sama menundukkan pandangan ke lantai. Berderau darah
dalam badan.
Nightgown satin
tanpa lengan aku kutip dengan jantung yang hampir terhenti dan cepat-cepat aku
sembunyikan di bahagian belakang badan. Aduhhh ni kawan-kawan nakal aku la yang
berikan sempena hari jadi tahun lepas. Si Didee dengan Emma! Terkebil-kebil aku
merenung ke arahnya untuk seketika. Kemudian, aku terus melarikan anak mata ke
arah lain. Memang diorang sengaja main-main dan nak kenakan aku. Almari terus
kututup dengan kelam-kabut. Cepat-cepat aku bersuara dengan wajah yang
berbahang teruk tanpa memandang ke arahnya.
"Nightgown ni BUKAN
saya yang beli! Sumpah saya TAK PAKAI baju tidur macam ni! S..saya keluar
dulu." Sebaik sahaja berkata begitu dengan sangat tegas dan kalut,
menonong aku melangkah laju ke arah pintu.
"Oh
really?" Soalnya dengan nada tidak percaya pula. Kenapa ayat itu menambah
huru hara di hati aku?
"Cakaplah apa
awak nak cakap. Saya MEMANG tak pernah pakai baju ni!" Ucapku dengan nada
yang sedikit meninggi. Wajahnya aku mampu pandang beberapa saat aje gara-gara
terlalu gugup. Terus aku toleh ke depan semula.
"Calm down..why
so serious? Tak kisahlah kau pakai baju tu pun. Bukannya jenayah pun. You've comitted no
crime. Being sexy is not a crime..Am I right?" Usiknya.
Sengajalah tu nak
bahankan aku! Kaki terus melangkah keluar dari bilik ini bersama wajah yang
masih tebal. Aduhhh...mesti dia fikir yang bukan-bukan tentang aku!
Memang pun
aku tak pernah pakai baju tu walau sekali. Isk,
geli geleman kut! Macam mana
nak berhadapan dengannya lepas ni? Tertekannya! Tiraaaaaaa! Siap kau!!
Langkah kaki aku
hayun ke bilik Tira. Terpaksalah aku salin baju, solat dan bersiap di
sini. Jadi nomad pula aku di rumah
sendiri. Selepas itu, terpaksalah aku keluar dan berhadapan dengan Datin Sofia
pula. Aduhai..harapnya dia
faham yang aku masih belum punya jawapan..
BAB 25 B
Terjenguk-jenguk aku
ke luar rumah saat ini. Serius, semuanya seakan sangat harmoni. Keluarga Tuan
Faleeq tu baru datang ke sini dua kali tetapi nampaknya mereka sangat mesra
dan serasi pula dengan keluargaku. Cuma aku sahaja dan Tuan Faleeq yang tak
berapa nak harmoni.
Anak mata masih berada pada kelibat ayah, Dato' Firas dan
seorang lelaki yang tidak dikenali di luar sana. Kata Tira, pakcik tu adalah
pemandu Dato' Firas. Entah apa yang dibualkan di bawah pokok rambutan yang
rendang itu tidak pula aku tahu. Ketiga-tiga mereka nampak sangat serius. Kat
dapur tu pula, amboi bukan main riuh lagi suara Cik Yam, Tira dan Datin Sofia.
Seronok juga sama-sama membuat kuih tadi. Tak aku sangka Datin Sofia tu pandai
jugalah buat kuih melayu. Seronok betul aku lihat mereka berbual sambil
menyediakan makan petang.
Ketika bersalaman
dengan Datin Sofia tadi, nasib baik dia tak tanya tentang keputusanku.
Kedudukan tudung
bawal di kepala aku betulkan sedikit dan kaki aku atur cermat menuju ke arah
dapur saat ini. Tapi, apabila sampai di hadapan bilikku, kakiku berhenti
melangkah. Apa agaknya yang lelaki itu buat kat dalam tu?
Workaholic
nye..bisik hatiku tatkala mata terpandangkan susuk lelaki itu di dalam sana.
Dia hanya bersinglet dan
memakai seluar slack yang dipakainya tadi. Tubuh yang sedikit sasa itu sedang
duduk membelakangiku di meja study. Penuh meja tersebut dengan sebuah fail
dan komputer ribanya. Dapat aku lihat jemarinya lincah mengetuk papan kekunci
pada komputer riba tersebut. Janganlah dia geledah laci-laci tu. Banyak rahsia
dan perkara yang memalukan kut kat dalam tu.
Isk, kalau aku halau pun, belum
tentu dia akan keluar. Aduh...! Sempat aku mengerling ke arah jam di tangan.
Dah pukul 5 petang. Pukul berapa agaknya mereka akan pulang? Bukan apa, kekok
betul aku rasakan ketika ini. Tambahan pula apabila lelaki ini turut sama
berada sebumbung denganku.
"Ha...buat apa
tu!" Suara Tira yang sedikit kuat menyebabkan aku terus melarikan diri
menjauhi kawasan bilik. Tangan Tira aku tarik dengan sedikit kasar ke mari.
"Isk, Tira!
Kenapa Tira suruh dia guna bilik along? Tira tahu kan along memang pantang
orang sentuh barang-barang along kat dalam tu. Kan bagus kalau tunjukkan bilik
ayah aje kepadanya tadi?!" Aku dah mula membebel. Tira yang bertudung
hijau gelap buat muka tak bersalah.
"Lah..Tira
ingatkan okaylah dia guna bilik along. Dia kan bakal suami along? Bakal abang
long Tira." Soal Tira sambil tersenyum-senyum pulak menampakkan lesung
pipitnya tu.
Bertambah sakit otak aku!
"Tira..along
belum buat keputusan lagi tau! Tira jangan nak pandai-pandai labelkan dia
sebagai bakal suami along ye. Jangan nak pandai-pandai lantik dia jadi abang
long pulak!" Amaran keras aku berikan kepada gadis di hadapanku ini.
"Eh..rugila
kalau along tak terima abang long tu. Sudahlah kacak bergaya, baik pulak
tu..keluarganya pun baik sangat, along.." Luah Tira.
Aku terus memejamkan
mata untuk seketika. Sakit telinga aku apabila Tira pandai-pandai panggil
lelaki tu abang long.
"Cakap dengan
Tira ni kan, boleh buat along darah tinggi tau!" Ujarku dengan geram. Tira
hanya memandang ke mari dengan senyuman yang semakin lebar di bibir. Isk,
'pang' kang baru tahu!
Langkah kaki yang
tadinya terhenti kini aku sambung menuju ke arah dapur. Kedengaran
suara Datin Sofia
dan Cik Yam sedang rancak berbual. Aku merenung ke arah Cik Yam yang sedang
sibuk menguli tepung. Apabila aku sampai, mata kedua-dua mereka berada di wajahku. Senyuman
aku maniskan walaupun otak masih serabut.
"Thalia..mari
la sini. Kita sembang-sembang sambil minum petang." Jemput Cik Yam dengan
ramah. Cik Yam memang tak kekok sebab dari aku kecil lagi tugas ibu diambil
olehnya secara tak rasmi.
Aku hanya
menganggukkan kepala dan melangkah ke arah meja. Tira yang berada di belakangku
turut sama melangkah ke mari. Bihun goreng, kuih buah melaka dan kuih keria
yang kami sama-sama buat tadi sudah siap terhidang di atas meja. Siap dengan
satu teko air teh lagi untuk melangkapkan menu minum petang.
"Tira..tolong
bawa talam ni ke beranda kejap boleh? Hidangkan untuk mereka yang kat luar
tu.."
Pinta Cik Yam.
Tira
pantas mendekati Cik Yam. Lincah tangannya mengangkat talam yang sudah penuh
berisi. Aku pula melabuhkan punggung di sebelah Cik Yam, di hadapan Datin
Sofia. Pintaku dalam hati, janganlah Datin Sofia tanyakan jawapan itu lagi. Aku
memang masih buntu.
"Makanlah Datin
Sofia..juadah kampung aje.." Jemput Cik Yam sambil ketawa kecil. Piring
diletakkan di hadapan Datin Sofia.
"Saya pun asal
kampung juga, Kak Yam." Beritahunya. Aku hanya mendengar sahaja wanita
yang memakai blouse sutera bercorak batik ini berbicara dengan Cik Yam.
"Oh ye ke..Datin
Sofia asal kampung mana?" Soal Cik Yam sambil menghulurkan cawan berisi
teh kepada Datin Sofia.
"Janganlah
berDatin'-Datin'. Panggil Sofia aje." Ujarnya dengan bersungguh-sungguh.
Aku hanya tersenyum sahaja. Memang semakin aku mengenali Datin ini semakin
terlihat
perwatakan sebenarnya yang sangat baik.
"Baiklah.."
Cik Yam anggukkan kepala sambil tersenyum senang. Cawan berisi air teh Cik Yam
hulurkan pada aku pula. Aku terus mencapainya.
"Terima kasih
Cik Yam.." Ucapku. Cik Yam terus menganggukkan kepalanya.
"Takde apa nak
diterima kasih pun Thalia..makanlah bihun dan kuih tu." Ujarnya sambil
melurut bahuku untuk seketika. Aku tahu Cik Yam faham keadaanku yang tengah
serabut.
"Kampung saya
di Johor." Ucap Datin Sofia. Wow..ni maklumat baru untuk aku ni.
"Sampai
sekarang saya masih pulang ke kampung sebab ayah saya masih tinggal di sana
lagi." Sambung Datin Sofia lagi. Patutlah dari Tuan Faleeq sampai ke Dato'
Firas semuanya tak kekok aku lihat berada di sini. Padahal rumah aku ni ibarat
langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan mahligai mereka tu.
"Oh..dulu
selalu juga saya ke Johor. Maklumlah kakak saya tinggal di sana dulu." Luah
Cik Yam.
"Johor di mana
ya, Sofia?" Soal Cik Yam kemudiannya.
"Batu
Pahat." Jawab wanita itu.
Amboi, memang rancak
mereka berbual. Jangan sampai tak jadi balik dan nak bermalam di
sini sudah. Ya
Allah, terpaksa aku menginap di rumah Cik Yam malam ni.
"Oh..kakak saya
cikgu pencen. Dulu dia mengajar di Johor Bharu.." Ujar Cik Yam.
"Oh.."
Datin Sofia menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Aku menghirup teh sedikit. Anak mata Cik Yam
kulihat berada di wajahku. Alamak..Datin Sofia juga turut mengerling ke mari.
Cawan kuletakkan kembali ke atas meja.
"Thalia..tak
jamah makanan?" Soal Cik Yam
"Takpe..kejap
lagi." Ucapku sambil tersenyum manis.
"Thalia..how
are you? Mesti letih kan sejak bekerja ni? Don't worry, soon you will get used
to your working life.." Datin Sofia kemudiannya bersuara. Aku terus
tersenyum.
Working life memang okay. Cuma yang tak berapa nak okay hal nikah
kahwin tu. Bisikku di dalam hati Tira yang baru muncul kulihat mengambil tempat
di hujung meja.
"Kalau nak
bandingkan dengan zaman belajar dulu, memanglah lain kan Datin.." Luahku
dengan sopan. Datin Sofia pantas mengerutkan wajahnya.
"Mama.."
Ujarnya. Aku mulalah blur.
"Hah?"
Wajah kukerutkan sedikit.
Apa maksud dia ni? Anak mata mengerling ke arah Cik
Yam yang sudah pun tersenyum simpul ke mari.
"Thalia..panggilan
mama tu kan lebih mesra? Lagipun kamu bukan di pejabat nak formal-formal
sangat." Ujar Cik Yam.
Amboi Cik Yam..dah
masuk team Datin Sofia! Sungguh lidahku terus kelu. Apa aku nak cakap ni?
Kenapa rasa susah sangat aku nak panggil dia dengan panggilan tu?
Uishhh..masalah ni!
"Betul kata Kak
Yam tu.." Luah Datin Sofia sambil tersenyum ke mari.
"Mama dulu pun
selepas belajar, rasa lain sangat bila mula bekerja. Tapi, Alhamdulillah bila
dah biasa, tak terasa pun. Bila dah berhenti kerja, rasa rindu pula. Tu yang
sibuk dengan persatuan. Kak Yam ni lagilah..mesti tak senang duduk di rumah kan
sebab dah biasa bekerja? Business sendiri pulak tu." Ceritanya dengan
panjang lebar dan bersahaja.
Nampak tak kekok pun dia bahasakan dirinya mama.
Aku mencapai sebiji buah melaka dan aku masukkan ke dalam mulut.
"Betullah tu,
Sofia..Kak Yam ni memang tak boleh duduk diam. Sebab dah biasa kan. Kadang
sampai ke rumah orang datang nak beli jamu. Memang kat rumah pun bekerja."
Luah Cik Yam pula. Home made jamu Cik Yam memang terkenal pun di daerah ini.
"Thalia nanti,
buat pilihan sendiri. Mama tak kisah menantu mama nak bekerja ke atau nak jadi
suri rumah sepenuh masa. Yang penting, bincang elok-elok dengan Faleeq.
Alah..Faleeq pun tak kisah
tu.."
Nasib baik tak
tercekik buah melaka di tekak ni. Jauhnya pemikiran Datin Sofia. Aduhai..sabar
Thalia..sabar! Semakin kekok jadinya aku.
"Datin.."
Aku bersuara bersama senyuman sumbing di bibir.
"Mama.."
Betulnya. Ya ampun! Susahnya nak sebut mama! Cik Yam terus ketawa melihat
gelagatku.
"Lupalah
tu..maklumlah, masih belum biasa.." Luah Cik Yam. Tira yang berada di hujung
meja dah mula tersenyum-senyum.
Mesti dia akan bahan
aku habis-habisan nanti ni! Mahu tak mahu, aku bersuara juga saat ini. Aku mahu
Datin Sofia tahu yang aku masih belum buat keputusan lagi.
"M..mama..sebenarnya
Thalia masih belum berbincang tentang perkara tu dengan ayah lagi.." Susah
payah aku bersuara. Masih kekok!
"Mama beri
Thalia sedikit masa ya?" Luahku lagi. Aku lihat Datin Sofia merenung ke
mari bersama senyuman tawar di bibirnya.
"Of
course..sayang. Mama akan tunggu jawapan dari Thalia. Mama tahu Thalia tak akan
kecewakan mama." Nyata kata-katanya mampu membuatkan aku hati aku
bergetar.
Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Tidak tahu ayat apa yang harus aku
ucapkan lagi.
"Faleeq..come
here..kenapa dari tadi tercegat saja di situ."
Berderau darah dalam
badan saat ini. Sejak bila dia ada di situ? Terus aku menoleh sekilas ke arah
lelaki yang sedang melangkah ke mari. Dia mengambil tempat di sebelah mamanya,
betul-betul berhadapan denganku.
Ah, so awkward! Jantung..bawa-bawa bertenang ya? Aku
berbisik sendiri. Debaran di dada mulalah berdetak dengan nada yang merimaskan
jiwa saat ini.
"Dah kenal kan
dengan Cik Yam?" Soal Datin Sofia kepada
anak bujangnya. Tuan Faleeq
tersenyum manis pada Cik Yam.
"Dah.."
Ujarnya. Apabila pandangannya berada di wajahku, aku mulalah gugup. Anak mata
kularikan ke arah Datin Sofia.
"Err..makanlah
ya. Thalia nak solat asar sekejap. Nanti kita sembang lagi ya?" Ucapku
dengan lembut. Baru sahaja berkira-kira ingin bangun, Tuan Faleeq terus
bersuara.
"Aysara.."
Makin gementar aku
jadinya. Mahu tak mahu aku mengangkat wajah ke arah lelaki itu.
"Aku tumpang
letak barang-barang dalam bilik kau dulu. Sekejap lagi aku ambil ya.."
Ucapnya dengan nada
yang sangat sopan. Takde bentakan, takde sindiran, takde jelingan maut! Kalau
selalu cakap baik-baik dengan aku begini kan bagus? Sejuk sikit hati ni! Belum
sempat aku membalas kata-katanya, kedengaran suara Datin Sofia berkumandang
dengan riak kurang senang di wajahnya.
"Aku?
Faleeq...tak sedap tau telinga mama dengar kamu bahasakan diri macam tu dengan
Thalia tadi." Tegur Datin Sofia dengan bersahaja. Tuan Faleeq buat selamba
aje. Cawan teh didekatkan ke mulut. Sempat dia bersuara saat ini.
"Dah terbiasa
ma.." Ucapnya dan dia terus menghirup teh di dalam cawan.
"Ha, kenalah
biasa-biasakan diri..sebutlah abang ke, ayang ke, kan sedap didengar
telinga?"
Nyata cadangan Datin Sofia mampu membuatkan Tuan Faleeq tersedak
teruk. Merah-merah wajahnya terbatuk-batuk saat ini.Sempat lagi anak matanya
merenung ke mari. Wajah aku pula mulalah berbahang!
Hampir luruh jantungku.
Apa? A..abang?! Ayang??!
Tak aku sangka Datin Sofia memang pandai buat lawak
antarabangsa! Ingat tahun depan nak daftarkan dia masuk maharaja lawak mega
pulak. Mana tahu boleh menang! Sadis betullah!
Cik Yam pula menyiku
lenganku sambil tersenyum simpul. Aku kerling ke arah Tira dengan rasa tak
keruan. Dia siap kenyit mata dua kali ke arahku sambil mengangkat ibu jari.
Aduhhh..aku dah tak betah lagi untuk menghadapi situasi ini. Apabila renungan
Tuan Faleeq menyapa wajahku sekali lagi, aku terus bangun!
"S..s..saya
solat dulu ya."
Cawan di tangan aku
bawa ke sinki dan aku terus membasuhnya dengan jantung yang masih berkompang
kuat. Cepat-cepat kaki melangkah menuju ke bilik air saat ini. Sebaik sahaja
mengunci pintu, aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Apa akan
terjadi lagi ni? Harap-harap jantungku ini dapatlah bertahan.
***
Jumpa lagi di bab 26 ya <3 p="">
Thanks juga kepada semua yang sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini Thank youuuu semua komen2 boleh diberikan di facebook group : BILA SURI RYANA MENAIP 3>
Thanks juga kepada semua yang sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini Thank youuuu semua komen2 boleh diberikan di facebook group : BILA SURI RYANA MENAIP 3>