**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday, 11 March 2018

PANAHAN CINTA MR.AGORAFOBIA [BAB 24 A dan B & BAB 25 A dan B]




BAB 24A



TOK TOK!
TOK! TOK!

Sakit di bahagian tangan sudah tidak terasa saat ini. Aku terus mengetuk pintu utama unit kondominium milik lelaki itu. Sumpah aku dah tak dapat fikir dengan betul dah ni. Debaran di dada masih lagi tidak mahu surut. Aku cuma mahu tahu kedudukan yang sebenarnya. Dengan baju pejabat yang belum bersalin, aku mengetuk sekali lagi.

TOK! TOK!

Pintu terus terbuka. Tuan Faleeq muncul dari balik pintu dengan wajah yang sangat serius. Segala jenis ayat yang aku susun cantik di dalam kepala terbang entah ke mana. Blank terus otak apabila anak mataku berpandangan dengan anak mata lelaki di hadapanku ini. Dia juga masih di dalam baju kerjanya. Kemeja putih dan slack hitam masih kemas terletak di tubuh walaupun lengan baju disinsing hingga ke siku. 4 butang paling atas pada baju tersebut tidak dibutangkan. Cuma kot dan tali leher sudah dibuka.

"Hey..kau ni baru keluar dari gua mana ni? Dah tak tahu cara nak guna loceng pintu?" Soalnya pedas.

 Iya tak iya jugak. Terkejut punya fasal sampai terus terlupa nak tekan loceng. Aduhh buat penat aku ketuk. Sakit tau tangan ni! Bersama wajah yang berkerut aku mengusap jemari yang sedikit pedih. Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku mula memberanikan diri untuk bersuara.

"Tuan Faleeq..saya datang sini bukan nak bertekak ya. Saya datang sini nak tanyakan dengan Tuan Faleeq sesuatu." Ucapku dengan sangat tegas.

"What?" Soalnya dengan sangat bersahaja sambil menyandarkan badan pada sebelah kanan pintu. 

"Kenapa Tuan Faleeq pinang saya tanpa beritahu saya terlebih dahulu? Bukankah Datin Sofia dan Dato' Firas mahukan Tuan Faleeq berkahwin dengan Hanee? Saya ni kambing hitam ke? Scapegoat? Am I??" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu. Jantung yang berdebar laju menambahkan kerimasan di dalam dada.

Aku lihat dia merenung ke arahku seketika. Kemudian dia membuka mulut.

"So, kau dah tahu?" Boleh pula dia tanyakan aku soalan itu dengan tenang dan bersahaja?Aku lihat dia tarik senyum senget untuk 2 saat. 

Why did he smirk at me like that? Suka tengok aku macam cacing kepanasan macam ni?

"What do you mean? Maksudnya apa ni? Ya Allah kenapa Tuan Faleeq jadikan saya kambing hitam?" Soalku dengan sangat serabut dan kusut. 

Dia menundukkan wajah sedikit ke arahku. Renungan helangnya menusuk pandanganku saat ini.

"Hey hey..listen here. Takde timbul pun isu kambing hitam ke kambing putih.

 Dan bila pula aku akan dikahwinkan dengan Hanee? Suka sangat mengintai..kemudian, pandai-pandai buat kesimpulan sendiri." Bidasnya dengan nada suara yang bersahaja.

"The problem now is, dari awal lagi kau dah bersetuju dengan perkahwinan ini..you know about this earlier than me, Aysara.." Ucapnya lagi.

 Aku dah tak boleh fikir. Otak kupaksa bekerja untuk mengingat kembali segala percakapan aku dengan Datin Sofia.

"Seriously..saya tak faham.." Ucapku dengan lemah.

"I know you're just 22 and maybe you are deeply in love with Dr. Aliff..but I can't do anything about it. Aku dah cuba halang..but I’ve failed! My parents want me to get married to you. Kalau tak, papa akan lucutkan segala jenis jawatan yang aku ada di syarikat tu sehingga aku betul-betul sembuh. Sedangkan aku masih boleh bekerja. Aku boleh gila kalau tak bekerja." 

Merah-merah wajahnya menahan berang terhadap kata dua yang berikan oleh Dato' Firas itu.

Aku pernah terbaca di satu laman web ni. Proses penyembuhan untuk pesakit yang mengalami anxiety disorder dan agoraphobia boleh mengambil masa sehingga bertahun-tahun lamanya. Ada yang setahun dua, tetapi ada juga sehingga ke 10 tahun! Bergantung pada severity atau dalam bahasa melayunya, bergantung pada tahap mana seriusnya gangguan itu. Aduh..takkanlah lelaki ini tak perlu bekerja sampai 10 tahun? Dah tu, nak terperap di rumah dan jalani rawatan aje? Memang workaholic sepertinya boleh gila.

"So, tell me young lady..what should I do now?" Soalnya dengan selamba. 

Kedua-dua belah bahu dijungkitkan sesaat. Aku tersentak seketika.

"Yes, honestly..I am just 22 and I am not ready to get married. Demi Allah saya terkejut sangat dengan berita ni. Tapi Tuan Faleeq, part deeply in love with Dr. Aliff tu salah ya. Stop exaggarating..please! Siapa pula yang beritahu Tuan Faleeq berita palsu tu?" Soalku dengan sedikit geram.

"Bukan deeply in love lagi sampai dia berikan kau bunga dan hadiah? Keluar sampai ke malam dengan dia. Kalau bukan bercinta, apa namanya ya? Tell me." Soalnya dengan sangat tegas.

Pandangan kami berlaga untuk seketika. Kelu terasa lidah saat ini. Kenapa aku rasa lain macam pula bila dia mengambil tahu tentang hal aku sampai ke tahap ini? Entah kenapa juga aku tak mahu dia salah sangka dan menuduhku begitu.

"Memanglah dia beri saya bunga tetapi sebagai tanda minta maaf sebab pernah tuduh saya yang bukan-bukan semasa di dalam kelas dulu. Hadiah tu adalah buku yang saya pernah cari dulu. Semalam pun mungkin kali pertama dan terakhir saya keluar dengannya. Tu pun sebagai tanda minta maaf juga. No, we are not deeply in love. Part tu sangat salah!" Terangku dengan panjang lebar.

"Dr. Aliff bukan isunya sekarang. Tapi, rancangan pernikahan ni yang harus kita fikirkan. Clearly you don't have any feeling towards me and I barely know you too. I feel really awkward now. Apa kita nak buat ni?!" Luahku dengan sangat serabut. Nada suara naik satu oktaf dari tadi. Kedua-dua tangan memicit kawasan kepala. Lelaki ini hanya memerhati sahaja dengan tenang sambil berpeluk tubuh. 

Isk, boleh pula dia tenang macam tu?!

"Tuan Faleeq! Say something. Please!" Aku dah mula hilang sabar. Apabila renungannya memanah ke mari gerun pulak aku. Terus aku menundukkan wajah.

"Kau dengar sendiri kan apa yang berlaku dalam pejabat tu? I told them you're still young..aku pun belum fikirlah fasal nikah kahwin ni." Luahnya. Aku hanya merenung lantai.

"Dengan kau pulak tu..never crossed my mind!" 

Aik..sinis pulak ayatnya itu. Ni boleh bikin marah ni! Wajah kuangkat. Anak mataku bertentang dengan anak mata coklatnya.

"Eh..saya pun tak pernah fikirlah nak sampai ke tahap nikah kahwin ni dengan sesiapa pun termasuk awak!" Bidasku pula tetapi dengan nada suara yang perlahan.

"Tak pernah fikir hal kahwin konon. Aliff Azri?" Sindirnya bersama senyuman senget. That smirk again! 

Dr. Aliff! Dr. Aliff! Dr. Aliff! Isk!

"Apa ni?!" Bidasku. Sebelah kaki kuhentak ke lantai. Geram!

"Thalia? You're here?"

Mendengar sahaja suara itu, mata aku dan Tuan Faleeq terus menghala pada wanita yang baru muncul di muka pintu. Alamak..Datin Sofia!

"Da..Datin Sofia.." Sapaku sambil tersenyum tawar. Sebelah  tangan Tuan Faleeq bercekak pinggang dan dia terus bersuara kepada mamanya.

"I told you mama..this is not a good idea. Faleeq dah tak tahu nak cakap apa. So, ikut sukalah."
Sebaik sahaja berkata begitu, lelaki itu terus masuk ke dalam, meninggalkan aku terkebil-kebil di sini.

"Thalia..boleh kita berbual sebentar?" Soal wanita yang memakai skirt labuh berwarna maroon ini dengan sangat lembut dan tenang. Mahu tak mahu, aku terpaksa juga anggukkan kepala ke arahnya.

"Boleh, Datin.." Ucapku dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur.
                                 

                       ******************************

"Masuklah.." Jemputnya. Pantas aku membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam. Aku hanya mengekori langkah Datin Sofia menuju ke arah ruang tamu. Tidak, bayang lelaki itu tidak lagi ada di sini.

"Jemput duduk, Thalia.." Pelawanya. Bersama bibir yang kupaksa senyum, aku terus melabuhkan punggung di sebelah Datin Sofia. Berdebar rasa hati saat ini.

"How are you?" Soalnya yang masih tersenyum manis. Aku 
hanya menganggukkan kepala.

"I am fine, Datin.." Jawabku yang cuba menyembunyikan kekusutan di dalam hati. Tangan kananku ditarik ke dalam genggamannya. Terpana aku seketika.

"Thalia..you pernah cakap dengan I yang you sanggup untuk tolong Faleeq. Betul atau tidak?" Soalnya dengan lembut. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala.

"Memang betul..saya ikhlas Datin Sofia..tambahan pula Tuan Faleeq juga pernah bantu saya dulu. Jadi, saya memang betul-betul ikhlas nak bantu dia." Luahku dengan jujur.

"Bila you dah beri persetujuan yang sebegitu, I anggap you setuju untuk kahwin dengan Faleeq. I mahu you temani dia. I percaya dia akan semakin sihat bila you berada di sisinya." 

Tergamam aku saat ini. Ya Allah, tak pernah aku terfikir yang pengakuan aku untuk membantu Tuan Faleeq itu bermaksud aku bersetuju sekali untuk berkahwin dengannya.

"Tapi Datin.."
Datin Sofia terus memotong.

"Thalia..you tahu my husband tak pernah mahu memahami keadaan Faleeq? It hurts a lot..inside here, Thalia. Mana nak fikir keadaan Faleeq..mana nak fikir tentang papanya lagi. My husband wants Faleeq to be in Australia for Halal Fest yang akan berlangsung lagi beberapa bulan. Dia mahu Faleeq ke sana as soon as possible. Sebab terlalu risaukan Faleeq, I fikir elok kalau I kahwinkan dia dengan you..at least, ada orang yang boleh temankan dia di sana nanti." 

Ucap Datin Sofia dengan bersungguh-sungguh. Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini. Kelu terasa lidah.

"Kenapa saya? Hanee kan lebih sesuai?" Soalku dengan perlahan.

"Sebabnya, you are like a "safe person" to him. Dia tak pernah pandang Hanee seperti dia pandang you.."
Terdiam seketika aku jadinya.

"Safe person?" Soalku sambil mengerutkan wajah.

"Yes..that's the term. You can google about it atau tanya Dr. Harun. According to Dr. Harun, a safe person is someone who makes him feel immediately more secure and less anxious when you are with him. Bila dengan you, dia memang nampak seperti Faleeq yang dulu. He needs you, Aysara..cuma dia ego.." Ujar Datin Sofia dengan sangat perlahan. 

"I am his safe person?" Sungguh aku terketawa kecil saat ini.

"Tapi, dia tak sukakan saya, Datin Sofia..kami selalu bertekak." Luahku dengan bersungguh-sungguh. Datin Sofia turut ketawa.

"Well..what I know he likes you." Ucapnya dengan sangat perlahan. Kemudian, dia berbisik
di telingaku.

"You gotta trust me, girl..because I am his mother and mother knows best. Always remember that." Bisiknya dengan bersungguh-sungguh. Aku pandang wajah Datin Sofia. Mata dikenyitkan ke arahku. Kemudian dia bersuara lagi.

"Thalia..I merayu dengan you..please help my son. I yakin you boleh bantu untuk sembuhkan dia di samping terapi dan rawatan dari Dr. Harun. I am at my wits' end Thalia..and I am begging you..please.." Rayu Datin Sofia dengan bersungguh-sungguh.

"Datin Sofia..saya tahu zaman dah moden. Tapi, susah kalau enggang nak terbang dengan pipit. Kalau jatuh, saya takut saya tak mampu untuk terbang terus..saya berasal dari keluarga yang biasa sangat. Saya takde apa-apa, Datin.." Luahku dengan bersungguh-sungguh.

"Siapa cakap I cari menantu yang kaya raya? Keadaan Faleeq sekarang buat mata I terbuka. Duit bukan segala-galanya. I sukakan you, Thalia. Dan I tahu you juga sukakan Faleeq." Semakin kuat jemarinya menggenggam jemariku. Belum sempat aku bersuara, Datin Sofia berbicara lagi.

"Jika tidak, you tak akan sanggup malukan diri ketika dalam bilik mesyuarat tempoh hari. You care a lot about him. You can't deny that fact."

Aku pantas melarikan anak mata ke arah jemariku yang masih berada di dalam genggaman lembut Datin Sofia.

"Thalia..I tak pernah merayu dengan sesiapa seumur hidup I..but today, please..I am begging you. Tolonglah terima Faleeq. He needs you..just you. I teringin sangat nak lihat anak I sembuh seperti sedia kala..I..I..cuma.." Kata-kata Datin Sofia terhenti di situ sahaja saat ini. Ada air jernih merembes keluar dengan lebat membasahi wajahnya. Sebak yang mengasak dadanya membuatkan dia tak mampu untuk bersuara lagi.

"I cuma mahu dia sembuh dan bahagia semula." Luahnya dengan payah.

"Datin Sofia..janganlah menangis..Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya." Pujukku dengan bersungguh-sungguh.

"Saya dan Tuan Faleeq..bagai langit dan bumi. Saya tak kenal sangat dengan dia dan dia
memang tak kenal saya. Saya risau kalau saya tak mampu membahagiakan dia.." Luahku
dengan jujur.

"Thalia..takde orang yang sempurna..Thalia dan Faleeq boleh saling mengenali dan bercinta selepas bernikah nanti. Bukankah itu juga yang dituntut dalam Islam?" Soalnya dengan lembut. Terdiam aku jadinya.

"Thalia..terima Faleeq ya? I yakin hanya you dapat bahagiakan Faleeq.." Pujuknya dengan lembut.

Aku tidak tahu sama ada harus menggeleng atau mengangguk saat ini. Buntu aku jadinya! Inikah masanya untuk aku membayar budi yang Tuan Faleeq taburkan? Memang dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dariku. Tapi, selfish ke aku kalau menolak permintaan ibunya ini?

Ya Allah, adakah ini yang terbaik untuk aku? Anak mata singgah lagi ke wajah sayu wanita di sebelahku ini. Sungguh, aku kasihankannya.

"Datin..beri masa untuk saya fikir dulu ya?" Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan saat ini dengan hati yang serabut.
***
 BAB 24 B

Kad yang Dr. Harun berikan kepada aku semasa kali pertama jumpa aku renung dengan wajah yang sangat serius. Betullah tingkat ni. Siapa yang tak kenal Dr. Harun? Pakar psikologi dan psikiatri yang paling terkenal di Malaysia. Selalu juga dia dijemput untuk muncul di dalam rancangan mengenai kesihatan mental di dalam televisyen. Adakalanya wajahnya terpampang di dada akhbar dan majalah dalam slot motivasi dan soal jawab kesihatan. Nafas aku tarik dalam-dalam sambil merenung ke segenap kawasan tingkat dua hospital swasta yang yang sedikit sibuk ini. Anak mata terus kuhalakan pada kaunter di hujung sana dan kaki pun melangkah dengan cermat menuju ke situ.

"Ye cik, boleh saya bantu?" Soal gadis yang memakai uniform putih di hadapanku ini. Pantas aku bersuara.

"Err..saya nak jumpa Dr. Harun Malek.." Ucapku sambil menunjukkan kad di tangan kepadanya.

"Cik ada appointment?" Soalnya dengan ramah. Perlahan aku menggelengkan kepala. Aduhh nak jumpa sekejap pun kena buat appointment ke?

"Err..saya sebenarnya nak jumpa Dr. Harun sekejap aje..penting sangat. Antara hidup dan mati ni, cik. Please.." Ah sudah! Aku dah mula merayu. Beberapa mata sudah mula merenung ke mari. Ah, lantaklah apa diorang nak cakap!

"Erm..sebentar ya.." Ujarnya yang kemudian melirik ke arah skrin komputer di hadapannya.

"Macam ni cik. Dr. Harun akan selesai mengendalikan sesi terapi dan rawatan dalam masa satu jam dari sekarang. Mungkin cik boleh tunggu di ruang menunggu dulu?" 

Cadang gadis bertudung putih ini dengan sopan. Aku mengerling jam di tangan. Hm..bolehlah. Mahu tak mahu, aku menganggukkan kepala juga tanda terpaksa bersetuju dengan cadangannya. Dah tu, takkan nak potong line pesakit kut!

"Baiklah. Terima kasih, cik." Ucapku pula.

Aku kemudiannya menoleh ke arah ruang menunggu di belakang sana. Luas juga. Dengan perlahan-lahan kaki melangkah ke situ. Punggung kulabuhkan ke atas sofa dan aku mula memerhati wajah-wajah yang sedang resah menanti masa untuk mendapatkan rawatan. Tidak ramai. Hanya beberapa orang sahaja. 

Tergelak aku seketika apabila memikirkan tentang stigma orang ramai termasuk aku sendiri dulu tentang penyakit mental ini. Bagi kebanyakan orang yang tidak peka, mereka berpendapat sesiapa sahaja yang mempunya penyakit mental adalah gila. Saiko! Rumusan sebegitu menyebabkan ramai orang yang mempunyai masalah dengan mental dan jiwa malu untuk mendapatkan rawatan doktor. Anak mata merenung ke arah seorang lelaki yang segak dengan kemeja dan seluar slack di tubuh. Dia kelihatan kusyuk membaca buku tebal di tangannya. 

Di bahagian kulit buku tertulis 'Mechanical Engineers' Handbook : Manufacturing and Management.

Ha, tengok! Bukan calang-calang tau. Takkanlah dia gila? Cuma mungkin dia mempunyai masalah-masalah ringan yang lain seperti trauma, fobia atau  masalah susah tidur! Tersenyum sendiri aku jadinya. 

Bagaimana mudah kita menghukum dan membuat kesimpulan padahal bercanggah teruk dengan fakta sebenar! Manusia..manusia!

Bosanlah pulak! Terus aku bangun berdiri saat ini. Kaki melangkah ke sudut kanan koridor. Aku merenung ke arah rak buku di hadapanku.Tangan lincah menarik keluar sebuah demi sebuah buku. Baca tajuk aje dan aku masukkan ke rak semula. Tidak ada yang menarik. Sebuah buku lagi aku tarik dan kini mataku bagai digam pada permukaan kulit buku tersebut.

Un-Agoraphobic : Overcome anxiety, panic attacks and agoraphobia for good. A step by step plan.

Kelam-kabut aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Tangan berlari pada skrin dan aku terus merakam gambar buku ini. Kemudian, buku yang berada dalam genggamanku ini aku selak sekali lalu. Mungkin buku-buku seperti ini dapat membantu Tuan Faleeq. Desis hatiku.

"Cik Thalia Aysara?"

Buku di tangan terus aku letakkan semula ke atas rak. Tubuh kupalingkan ke belakang. Nyata Dr. Harun sedang merenung ke arahku dengan riak wajah tenang seperti selalu. Aku cepat-cepat tersenyum.

"Dr. Harun! Panggil saya Thalia je. Tak payahlah bercik-cik.." Ucapku berserta ketawa kecil di hujung ayat. Aku kemudiannya melirik ke arah jam di tangan. Eh..baru setengah jam berlalu.

"Baik lah Thalia, let's go to my office." Ajaknya. Aku sekadar menganggukkan kepala.

"Okay."

Jejak kaki hanya mengekori sahaja langkah lelaki yang memakai kot perubatan berwarna putih di hadapanku. Anak mata memerhati ke kiri dan kanan lorong yang menempatkan beberapa buah bilik doktor di sini. Anak mata memanah tepat pada plat nama Dr. Harun yang tergantung kemas pada pintu di sebelah kiriku. Lantas Dr. Harun memulas tombol dan aku mengikut jejak langkahnya masuk ke dalam. 

Anak mata mula berlari ke segenap kawasan bilik ini. Interiornya nampak tenang dengan kombinasi warna hijau pastel dan krim. Nampak sama sahaja seperti bilik doktor di klinik dan hospital lain. Cuma, bilik ini mempunyai ruang tambahan bersama beberapa alat yang kelihatan sedikit unik di mataku.

"Have a seat." Jemputnya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Mata yang tadi berlari ke sana ke sini kini kufokuskan pada wajahnya.

"Thank you." Ujarku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang letaknya berhadapan dengan meja lelaki ini. Dia tidak terus bersuara tetapi wajahku ditelitinya terlebih dahulu.

"Sedikit gelisah, susah hati pun ada juga tu..banyak persoalan di dalam kepala, a bit nervous..tapi, sedang cuba menutupnya dengan riak selamba dan bersahaja." Kata-kata doktor pakar yang masih merenung ke mari itu membuatkan aku tersentak.

"Ha?" Aku merenung ke arahnya dengan wajah yang blur.

"Itu keadaan kamu sekarang." Ucapnya. Tergamam jadinya aku.

Dah pulak! Ha ni yang aku tak suka ni apabila berhadapan dengan pakar psikologi dan psikiatri seperti dia. Habis dia baca seketul-seketul apa yang aku rasakan sekarang ni. Semuanya betul belaka! Erghh..Dr. Harun ni. Tak payahlah nak baca-baca aku pulak. Aku bukan pesakitnya. Iskk!

"Janganlah marahkan saya pula.." Ujarnya bersama ketawa kecil.

Buntang mataku merenung ke arahnya. Aduhhh dia tahu ke aku tengah membebel dalam hati ni? Kelam-kabut aku menggelengkan kepala.

"Eh tak..saya tak marah." Ucapku bersama senyuman sumbing di wajah.

"So, what brought you here?" Soalnya dengan senyuman di bibir. Dari mana aku nak mula bicara ni? Perlahan-lahan aku menarik nafas dalam-dalam.

Dia kulihat menelengkan kepala sedikit sambil merenung ke mari. Anak mata dikecilkan sedikit di sebalik kaca mata tebalnya itu. Nampaknya dia memang sedang memberi sepenuh perhatian terhadapku. Mesti tak sabar nak tahu kenapa sebabnya aku ke mari tu. Eleh..jangan
tipulah! Ha, aku pula baca dia.

"Dr. Harun..saya nak tahu dengan lebih lanjut tentang 'safe person'. Bagaimana pula saya boleh menjadi safe person kepada Tuan Faleeq? Saya dengan dia bukan rapat pun..saya tak fahamlah.." 

Segala persoalan yang terbuku di dalam fikiran sudah kumuntahkan saat ini. Aku lihat Dr. Harun ketawa kecil. Lelaki yang bermata sedikit sepet itu bersuara kemudiannya.

"Oh..sebab Tuan Faleeqlah ni.."
Aku tak tahu nak angguk atau geleng. Akhirnya aku hanya mematungkan diri sahaja.

"Begini Thalia.." Dia membuka bicara. Anak matanya merenung tepat ke mari.

"Dalam kata mudah, safe person ni adalah orang yang dapat membuatkan seseorang pesakit itu berasa selamat dan selesa. Jadi, apabila berdampingan dengan safe person ini, ketakutan trauma dan fobianya akan berkurangan dan dalam sesetengah kes, hilang terus. Someone who can calm him down..that is actually a safe person." Jelas Dr. Harun.

"Oh.." Perlahan aku menganggukkan kepala. Dr. Harun membetulkan sedikit kot putih di badannya dan dia menyambungkan penerangannya lagi.

"This safe person can be a trained helper or a phobia aide. Tapi dalam banyak kes, safe person ini adalah isteri atau suami, ahli keluarga atau rakan, ataupun orang yang tak dikenali. It can be anybody, really." Terangnya dengan sangat jelas. 

"Thalia, in Tuan Faleeq's case..it's you. You're his safe person. His heart and his mind has chosen you." Ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Persoalannya kenapa aku? Kenapa? Kenapa? Adoi! Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini.

"Kenapa saya?" Akhirnya aku bersuara. Semakin lebar senyuman di wajah Dr. Harun.

"Well..mungkin kerana kamu pernah selamatkan dia dulu. Mungkin juga kerana dia rasa lebih bersemangat apabila bersama kamu. Mungkin juga kerana dia tertarik dengan kamu. Well..that's too hard to tell." Luahnya. Senyuman masih bersisa di wajah itu. Dagunya diusap sedikit sambil merenung ke mari.

"Thalia..kamu tahu kan bagaimana dia menolak habis-habisan untuk meneruskan terapi dengan saya dulu? Tapi, yang saya pelik..beberapa hari selepas itu, dia sendiri yang menelefon saya dan menjemput saya ke pejabatnya untuk berbincang mengenai program terapi seterusnya. Keputusan itu diambil selepas berjumpa kamu." Ujar Dr. Harun lagi.

"Pendapat saya, semua ini memang ada kena mengena dengan kamu." Jari telunjuk ditudingkan ke arahku. Aku mulalah meraupkan wajah dengan sedikit kasar. 

"Janganlah stress sangat dan jangan sesekali rasa terbeban. Come with me.." Pujuknya yang terus bangun berdiri. 

Lekas-lekas aku juga turut bangun. Kaki hanya mengikuti jejak langkahnya menuju ke arah belakang bilik rawatan ini. Keadaan di sini agak gelap. Dr. Harun pantas menghidupkan lampu dan dia menekan butang pada skrin komputer. Apabila komputer dihidupkan, aku lihat tangannya lincah mengendalikan tetikus di dalam genggamannya. Anak mata kukecilkan sedikit sambil merenung ke arah skrin. Gambar pantai?                                                             

Alat yang sedikit pelik yang terletak di sisi komputer tersebut dicapai dan dibawa ke mari.                                    

"Doktor, dari tadi saya tertanya-tanya. Alat ni adalah teropong ke? Tapi, takde cermin pun di bahagian hadapannya." Soalku dengan rasa ingin tahu. Ketawa jadinya doktor ini.

"Oh, nampak macam teropong tetapi itulah alat yang dapat membantu Tuan Faleeq." Ujarnya.

"Alat ini digunakan untuk rawatan virtual reality exposure therapy (VRET). Tuan Faleeq menggunakan alat ini semasa sesi terapinya bersama saya." Jawapan Dr. Harun membuatkan aku terdiam seketika. 


CONTOH VIRTUAL REALITY THERAPY 


"Virtual reality?" Soalku lagi dengan penuh minat kepada Dr. Harun. Dia hanya tersenyum dan kemudian mempelawa aku untuk mencuba alat ini.

"Thalia cuba ya?"
Anak mata sekali lagi berada pada alat di tangannya. Ini bukan alat karen otak kan? Takut lepas guna alat tu, aku hilang ingatan pulak. Ish! Merepeklah kau ni Thalia! Aku mula memarahi diri sendiri. Entah bagaimana pula aku boleh berfikir begitu.

"Boleh ke?" Soalku dengan teragak-agak.

"Mestilah boleh. Thalia juga akan membantu Tuan Faleeq untuk menggunakan alat ini nanti." Luahnya. Aku hanya mampu mengerutkan wajah sahaja.

"Put on this special goggle..dan pakai headset ni sekali. Let's go somewhere incredible!" Ucapnya seraya membantu aku memakai alat yang kelihatan seperti teropong yang tak bercermin ini. Tersentak jadinya aku.

Apa dah jadi ni? Bilik Dr. Harun dah bertukar menjadi pantai yang saaaaangat cantik. Tak payah ke Bayu Resort kalau begini. Ya Allah, sumpah rasa real! Aku terus menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan kemudian ke hadapan sana di mana air laut sedang berombak perlahan memukul pesisir pantai. Anak mata berada pada sebuah keluarga kecil yang sedang berkelah. Melayang sedikit tikar kain yang mengalas makanan mereka apabila angin pantai berhembus. Bunyi deruan ombak dan bayu lembut  juga membuatkan aku rasa sangat tenang. Tak tahu mana nak pandang. Eh..ada burung berterbangan di atas sana lah.

"Okay..tell me, what do you see now?" Dapat kudengar suara Dr. Harun saat ini.

"Wow..Dr. Harun!" Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.

"Saya sekarang berada di pantai. Sumpah rasa betul-betul kat tepi pantai!" Ujarku dengan sangat teruja. Lupa seketika tentang lamaran Tuan Faleeq yang membebankan mindaku.
"Saya dengar bunyi ombak..saya nampak ramai orang berkelah kat sini.." Ujarku.

Anak mata berada pada seorang budak perempuan yang sedang enak makan aiskrim. Aku berjalan sedikit
mendekati budak itu.

"Ada budak perempuan sedang makan aiskrim! Ops..aiskrim tu tumpah. Fret not, fret not..mak die dah lap comot kat mulutnya tu." Petah mulutku bercerita sambil ketawa riang.

"Damainya..it's so serene here..macam saya benar-benar kat tepi pantai. It's 3 D! Bilik Dr. Harun dah bertukar jadi kawasan pantai yang cantik!" Luahku dengan sangat teruja. 

Berkerut dahiku apabila alat yang aku pakai ini ditanggalkan oleh Dr. Harun.

Oh..sesi percubaan percuma dah tamat nampaknya. Aku membetulkan tudung sambil merenung ke wajah Dr. Harun. 

"Bilik saya ni boleh bertukar ke pusat membeli-belah, bilik mesyuarat, dalam kapal terbang, zoo atau jalanraya. Pendek kata di mana sahaja, bergantung pada program yang dipilih. Program yang dipilih pula bergantung pada jenis fobia dan severity pesakit. Untuk yang takut lipas, tarantula, anjing atau haiwan lain pun boleh dapatkan rawatan melalui kaedah ini." Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh 

Dr. Harun seraya meletakkan alat di tangan di tempatnya semula. Betul-betul di sebelah komputer.

Dia kemudiannya bergerak ke arah mejanya kembali. Aku pula mendengar dengan penuh minat sambil mengekori jejak langkahnya. Wow..pengalaman dan maklumat yang aku dapat sekarang adalah sesuatu yang betul-betul baru bagiku. Dr. Harun kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku juga turut sama berbuat demikian.

"Tuan Faleeq, telah menjalani lebih 5 sesi Virtual Reality Exposure ini dan tak terlalu keterlaluan untuk saya katakan yang dengan adanya kamu di dalam hidupnya sekarang, keadaan dia semakin baik." Kata-kata Dr. Harun membuatkan aku terdiam seketika.

"Saya yakin, sekiranya Tuan Faleeq meneruskan sesi rawatan dan dalam masa yang sama Thalia juga memberikan sokongan kepadanya, tak mustahil tak lama lagi Tuan Faleeq akan sembuh seperti sediakala." Ujar Dr. Harun dengan sangat yakin. Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini. Baru tadi fikiran aku tenang sebab ke pantai. Sekarang dah kusut semula.

"Seberapa pentingnya saya dalam hidup dia, Dr. Harun? Sampai Datin Sofia bersungguh-sungguh mahu saya berkahwin dengan anaknya itu?" Soalku dengan wajah yang sangat serius. 

Dr. Harun sekadar menjungkitkan kedua-dua belah bahunya untuk seketika. Kaca mata di wajahnya dibetulkan dan dia merenung tepat ke dalam mataku.

"Well, hanya Tuan Faleeq yang tahu seberapa penting Thalia dalam hidupnya. Tapi, buat masa sekarang, apa yang semua orang di sekelilingnya nampak, kehadiran Thalia membawa impak yang benar-benar positif dalam kehidupan Tuan Faleeq." Jawabnya dengan tidak teragak-agak. Mampu membuatkan jantungku berdebar sedikit.

"Secara tak langsung, Thalia juga penyumbang kepada proses penyembuhannya." Ucap Dr. Harun lagi.

"Thalia..ibu dan ayah mana tak mahu melihat anaknya menjadi normal dan sihat kembali? Tak hairanlah kalau mereka sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa merayu untuk kamu mengahwini anak mereka."

Soalan yang keluar dari mulut Dr. Harun itu mampu menarik perhatianku. Kelu sudah lidahku saat ini. Jika aku benar-benar hendak membalas budi Tuan Faleeq, adakah ini masanya? Cuma, pertolongan ini akan melibatkan seluruh hidup dan masa depanku. Wajah kuraupkan untuk seketika sebelum mataku kembali ke wajah Dr. Harun semula. 

Sudahkah aku bersedia? Itu persoalannya sekarang.
***

BAB 25 A



Nasib baiklah tidak jauh dari Petaling Jaya tu ke sini. Masih dalam Selangor juga. Renungan kosong kuhalakan pada daun-daun pokok pinang yang sedang bergoyang di atas sana. Sepoi-sepoi bahasa angin kampung menampar lembut wajahku namun tak mampu membuatkan hati aku tenteram. Bersama otak yang serabut aku mendongak ke langit, merenung ke arah burung-burung yang bebas berterbangan secara berkumpulan.

"Ala..mana aci macam ni!"

Jeritan Adi, cucu Mak Besah yang tinggal di sebelah kiri rumah Cik Yam mampu menghentikan lamunanku. Pelepah pinang atau dikenali sebagai upih di tangannya dilepaskan dengan wajah yang masam. Adiknya si Afiq yang duduk di dalam upih hanya tersengih aje merenung ke arah abangnya.

"Satu round je lagi, janji!" Rengek Afiq yang masih tidak mahu bangun. Beza umurnya dan abangnya hanyalah setahun.

"Tak nak! Asyik abang je kena tarik. Adik tahu naik je! Tak nak mainlah gini!" Pantas Adi menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia nak melangkah meninggalkan adiknya itu, Afiq terus bangun dan meluru ke arah abangnya yang berumur 6 tahun itu.

"Okay la..okay la..abang naik! Adik pula tarik!" Dalam keterpaksaan Afiq berkata begitu. Ceria terus wajah Adi. Apa lagi, dia terus melompat masuk ke dalam upih tersebut.

"Ha..macam tu barulah adil!" 

Si abang bersuara sambil mengangkat ibu jari. Afiq pula terus menarik upih tersebut dan halaman rumah aku dan Cik Yam meriah semula dengan suara budak berdua tu. Perlahan-lahan terbit senyuman di wajahku. Teringat bagaimana ayah selalu main tarik upih ini dengan aku dan Tira masa kecil dulu. Ayah yang akan jadi penarik upih. Seronoknya zaman tu.

Bersama beg sandang belakang berisi beberapa helai baju di dalamnya aku merenung ke arah rumah pusaka milik ayah di hadapan mata. Bercampur-baur rasa yang ada di dalam dada saat ini. Selalunya, kaki akan laju melangkah dan kadang kala berlari anak masuk ke dalam rumah apabila pulang ke kampung gara-gara tidak sabar mahu bertemu ayah dan Tira. Pelbagai cerita lucu dari kampus akan aku ceritakan kepada mereka sepanjang hari. Cik Yam yang semestinya akan join sekaki bersembang betul-betul menambah meriahkan suasana. Senyuman terbit di bibir sedikit apabila mengenangkan semua memori itu.

Hari ini, lain benar rasanya. Longlai sahaja kaki melangkah di halaman rumah. Tidak lagi aku teruja untuk berlari masuk ke dalam sebab aku tahu perkara apa yang akan ditimbulkan oleh ayah apabila nampak wajahku nanti. Apakah jawapan yang harus aku beri?

"Thalia!" Sapaan itu menyebabkan aku menoleh ke kanan.
Cik Yam yang cantik berkebaya putih di badan nampaknya sedang melangkah ke mari. Tersenyum-senyum wajahnya itu saat ini.

"Thalia dah balik! Ya Allah..rindunya Cik Yam dengan kamu!" Ucapnya sambil menarik aku ke dalam pelukannya. Pantas aku juga turut membalas pelukan wanita yang sangat keibuan ini.

"Apa khabar, bakal pengantin?" Soalnya bersama senyuman di bibir. 

Berbahang terus wajahku apabila disapa begitu. Aduh..bertambah rungsing aku jadinya. Cik Yam pun dah tahu! Aku terus memasamkan wajah.

"Cik Yam..bakal pengantin apanya? Belum pasti lagilah. Thalia belum buat keputusan lagi." Luahku dengan bersungguh-sungguh. Shawl hitam di kepala kubetulkan sedikit.

"Belum pasti? Hai..tu, keluarga mertua kamu ada kat dalam tu!" Beritahu Cik Yam dengan senyuman meleret di wajah. 

Buntang mataku merenung ke arah Cik Yam. Air liur yang aku telan terasa berpasir. Anak mata kularikan ke arah rumahku. Cemas aku jadinya!

"Biar betul, Cik Yam!" Terkebil-kebil aku merenung ke arah wanita ini.

Tidak mampu lagi untuk membendung rasa terkejut. Debaran mula mengisi ruang dada. Cik Yam hanya tersenyum lebar melihat keadaanku yang haru biru!

"Cik Yam janganlah main-main..kalau betul, mana kereta mereka?" Soalku dengan sangat kalut. Perlahan-lahan Cik Yam menggelengkan kepala.

"Ada nampak Cik Yam main-main ke? Thalia..Thalia..Dato' Firas dan ayah kamu keluar kejap tadi dengan kereta tu. Katanya bakal bapa mertua kamu tu minta tunjukkan kedai apa entah. Tadi Cik Yam pun ada di rumah kamu tapi Cik Yam pulang sekejap sebab ada orang datang ambil jamu yang dipesan tadi."

 Panjang lebar Cik Yam berbicara. Aduh..aku dah tak dapat nak fikir ni. Serius aku tak tahu nak buat keputusan.

"Cik Yam..Thalia risaulah.." Luahku dengan kusut.

"Ish kamu ni..kalau cemas pun, janganlah buat muka macam tu. Orang tu nak kamu jadi menantunya aje, bukan datang bawa senapang nak tembak kamu!" Ujarnya bersama senyuman lucu di bibir namun tak mampu membuatkan hati aku tenang.

"Thalia tahu..tapi tak tahulah kenapa jantung ni berdebar teruk sangat ni, Cik Yam. Cik Yam, Tuan Faleeq datang sama tak?" Soalku dengan bersungguh-sungguh."Kalau betul dia datang sekali, kamu nak pulang ke Petaling Jaya semula ke? Thalia..Thalia.." Cik Yam dah mula
bercekak pinggang. Kepala digelengkannya sedikit.

"Dah..jom masuk ke dalam." Ujarnya lagi seraya memimpin kemas tanganku. Tak lah, tak mungkin Tuan Faleeq datang. Sejak sakit dia lebih suka terperap di rumah. Hatiku berbisik dengan sangat yakin. Berat terasa kaki hendak melangkah saat ini.

Aku terus menoleh ke arah Cik Yam dengan wajah yang cuak.

"Aduh..Cik Yam..boleh tak kita balik rumah Cik Yam? Thalia.." Belum sempat aku
menghabiskan ayat, Cik Yam terus memotong.

"Sampai bila kamu nak lari? Kamu tu bekerja di syarikat mereka, Thalia. Mahu tak mahu kamu kena hadap juga. Apa yang susah sangat? Kalau suka, jawab suka. Kalau tak suka, tolaklah baik-baik.." Lembut kata-kata nasihat itu menerobos masuk ke dalam telingaku. Tudung yang ditiup angin aku betulkan sedikit.

"Thalia belum buat keputusan lagi. Thalia tak tahu nak beri jawapan yang macam mana.." Aku memuntahkan segala kekusutan di dalam jiwa pada wanita ini.

"Kamu jangan risau..kata Datin Sofia pada Cik Yam tadi, mereka bukan datang nak paksa kamu berikan jawapan. Tak.." Cik Yam menggelengkan kepalanya sedikit.

"Habis tu?" Soalku pula dengan riak wajah yang pelik. Untuk apa mereka datang kalau bukan untuk bertanyakan tentang pinangan mereka itu?

"Mereka cuma nak berkenalan aje."

Tersentak aku jadinya untuk kesekian kali. Aduh..nak berkenalan pula. Masalahnya aku belum beri jawapan lagi.

"Dahlah..jangan risau. Meh Cik Yam temankan ya? Kamu jangan risau..Cik Yam ada." Dengan penuh semangat Cik Yam berkata begitu. Mahu tak mahu, aku memaksa jua kaki melangkah. Namun baru dua tapak berjalan, aku menghentikan langkah semula.

"Cik Yam! Cik Yam!" Aku bersuara dengan cemas.

"Kenapa?" Soal Cik Yam dengan pelik.

"Thalia masuk ikut pintu belakang ajelah. Nak tenangkan hati sekejap. Thalia janji akan ke ruang tamu jumpa Datin Sofia selepas salin baju dan solat nanti."  Putusku dengan bersungguh-sungguh. Muka seposen kutayang untuk meraih pengertian wanita ini. Jari telunjuk ditudingkan ke arahku.

"Betul ni?" Soal Cik Yam sambil membulatkan mata. Aku pantas mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Tangan kanan kuangkat ke sisi bahu.

"Sumpah!" Janjiku.

Aku lihat Cik Yam perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Thalia..Thalia..teruk betul gugup kamu ni!" Gumamnya dengan riak lucu di wajah.

Aku pula terus mencicit ke bahagian sisi rumah. Tangan kelam-kabut membuka beg sandang belakang di tangan. Segugus kunci kukeluarkan dan aku mula mengaturkan langkah menuju ke arah belakang rumah dengan hati yang huru hara keadaannya. Anak mata kini berada pada pokok-pokok herba yang merimbun di kawasan ini. Ayah memang rajin bercucuk tanam. Samalah dengan Cik Yam. Patutnya Cik Yam dan ayah yang bernikah. Bukan aku!

Haih..gusarnya rasa hati. Datin Sofia dan Dato' Firas nampaknya bersungguh-sungguh berharap untuk aku menjadi menantu mereka. Tapi, Tuan Faleeq seakan menolak aku mentah-mentah sebelum ni. Cuma selepas dipaksa dan dinasihat, dia nampak pasrah dan redha dengan keputusan ibu dan bapanya. Kalau pun aku setuju, ikhlaskah dia untuk terima aku?

***********************

Dengan sangat-sangat perlahan aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak menghasilkan bunyi. Pintu aku tutup dengan sangat-sangat cermat saat ini. Kemudian, aku menguncinya semula. Anak mata liar ke segenap kawasan dapur. Alhamdulillah takde orang di sini. Perlahan-lahan kaki melangkah menuju ke arah deretan bilik. Terhendap-hendap aku melangkah dan akhirnya aku terus memecut masuk ke dalam bilikku yang letaknya di sebelah kanan rumah.



Tergamam aku jadinya saat ini. Buntang mataku merenung ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapanku itu. Nyata dia juga turut sama tersentak. Debaran memenuhi ruangan dada. Tepat anak mata lelaki itu memanah ke mari. Kaku kaki saat ini. Bagai tak rasa lantai yang aku pijak. Tuan Faleeq berada dalam bilik aku? Baru sahaja nak keluar semula dari bilik lelaki itu bersuara.

"Kau memang suka masuk rumah sendiri macam pencuri ke apa?" Soalnya dengan riak pelik. Dia aku lihat sedang membetulkan lipatan lengan baju kemeja yang telah disinsing sampai ke siku.

"Sia..siapa yang macam pencuri? Tuan Faleeq, ini rumah saya..bilik saya, suka hati sayalah nak masuk dengan gaya apa sekalipun." Tanpa dapat ditahan terluncur laju ayat tersebut dari bibir. 

Alamak, lupa dia ni boss besar! Tajam renungannya memanah ke mari mampu membuatkan aku menyesal saat ini. Aduh..kenapalah aku selalu terlepas cakap!

"Hey..ingat aku suka sangat nak masuk bilik kau ni? Aku nak solat je lah. Kalau tak, tak ingin
aku nak masuk!" Bidasnya dengan geram. Sabar 
Thalia..sabar!

"Takpe, Tuan Faleeq gunalah bilik ni. Saya keluar dulu ya."

Sebaik sahaja berkata begitu dengan sangat sopan, aku terus melangkah laju keluar dari bilik bersama debaran yang masih belum surut. Tubuh aku sandarkan pada dinding dapur sambil menenangkan diri. Siapa yang pandai-pandai suruh Tuan Faleeq solat kat bilik aku? Aduh..kenapa tak tunjukkan sahaja bilik ayah kepadanya? Nasib baik takde pakaian-pakaian yang tak sepatutnya tergantung pada dinding bilik.

"Ahem."

Deheman itu membuatkan aku menolehkan kepala ke sisi. Alamak..dah dia datang sini pulak! Makin huru haralah keadaan jantung aku ni. Bahagian hadapan rambutnya kelihatan sedikit lembab dibasahi air wudhuk mungkin namun rambutnya tetap tersisir rapi. 

"Tuan Faleeq...kenapa datang dapur? Sini kawasan larangan tau." Ucapku cuba menghalau lelaki ini secara baik. Dia aku lihat merenung dengan kerek ke mari.

"Yang aku dengar tadi, ayah kau beritahu, suruh aku buat macam rumah sendiri and hence, I am making myself comfortable here. Do you have problem with that, Miss Aysara?" Soalnya dengan sinis. 

Isk, memang sengaja nak bahasakan aku la tu. Lambat-lambat aku menggelengkan kepala. Wajah cuba kumaniskan saat ini.

"No. Okay then. Kalau ayah dah cakap macam tu, buatlah bilik-bilik dalam rumah ni macam bilik sendiri..tu..tandas tu pun macam tandas sendiri. Enjoy your stay." Ucapku dengan sangat lembut yang dibuat-buat.

 Geram pula hati aku. Anak matanya masih memanah ke mari.

"Aku cari sejadah. Tapi tak jumpa." Ucapnya dengan wajah yang serius. Aku terus bersuara dengan pelik.

"Siapa yang tunjukkan awak bilik tu ya?" Soalku. Atau dia pandai-pandai masuk ke situ?

"Tira." Jawabnya sepatah.

Aduh! Aku terus menepuk dahi. Lelaki ini hanya merenung sahaja dengan wajah yang beku. Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku terus bersuara.

"Okay takpe..macam ni sajalah. Sepanjang berada di sini, awak guna aje bilik ayah. Jom saya tunjukkan." Aku cuba berdiplomasi. Pantas dia menggeleng.

"No." Ujarnya.

"Hah?" Terdiam aku seketika. Anak mata merenung ke arahnya dengan wajah yang berkerut sedikit.

"I said NO. Aku suka bilik tadi." Sambungnya lagi. Ah..sengajalah tu!

Adoiii! Banyak rahsia dalam bilik tu. Aku takut dia ternampak apa yang tak sepatutnya aje.

"Mana sejadahnya?" Soal lelaki ini dengan sangat tegas. Wajahnya dah semakin kelat.

"Kejap!" Ujarku dengan sangat-sangat geram.

Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus melangkah ke arah bilikku semula. Isk..nak jugak guna bilik aku tu. Tira ni pun satu. Sah-sah dia ni bukan suami aku. Yang gatal-gatal suruh guna bilik aku tu kenapa? Almari baju kubuka dan sejadah yang terlipat kemas di dalam almari ini aku capai. Derapan tapak kaki yang menuju ke sini membuatkan aku terus kelam-kabut menoleh ke belakang.

"Nah." Ujarku sepatah. Kenapa matanya berada di atas lantai?

"Kau memang suka warna merah?" Soalnya dengan sedikit nakal bersama riak yang aneh di wajah. Sejadah yang aku hulurkan dicapai. Kenapa dia bersuara dengan nada sebegitu? Jantung..tolong jangan luruh ya!

"Wh..what do you mean?" Soalku dengan pelik. Dia tarik senyuman senget.

"Saya tak fahamlah." Ucapku dengan riak pelik di wajah.

Apa yang merahnya? Aku turut sama menundukkan pandangan ke lantai. Berderau darah
dalam badan.

Nightgown satin tanpa lengan aku kutip dengan jantung yang hampir terhenti dan cepat-cepat aku sembunyikan di bahagian belakang badan. Aduhhh ni kawan-kawan nakal aku la yang berikan sempena hari jadi tahun lepas. Si Didee dengan Emma! Terkebil-kebil aku merenung ke arahnya untuk seketika. Kemudian, aku terus melarikan anak mata ke arah lain. Memang diorang sengaja main-main dan nak kenakan aku. Almari terus kututup dengan kelam-kabut. Cepat-cepat aku bersuara dengan wajah yang berbahang teruk tanpa memandang ke arahnya.

"Nightgown ni BUKAN saya yang beli! Sumpah saya TAK PAKAI baju tidur macam ni! S..saya keluar dulu." Sebaik sahaja berkata begitu dengan sangat tegas dan kalut, menonong aku melangkah laju ke arah pintu.

"Oh really?" Soalnya dengan nada tidak percaya pula. Kenapa ayat itu menambah huru hara di hati aku?

"Cakaplah apa awak nak cakap. Saya MEMANG tak pernah pakai baju ni!" Ucapku dengan nada yang sedikit meninggi. Wajahnya aku mampu pandang beberapa saat aje gara-gara terlalu gugup. Terus aku toleh ke depan semula.

"Calm down..why so serious? Tak kisahlah kau pakai baju tu pun. Bukannya jenayah pun. You've comitted no crime. Being sexy is not a crime..Am I right?" Usiknya.

Sengajalah tu nak bahankan aku! Kaki terus melangkah keluar dari bilik ini bersama wajah yang masih tebal. Aduhhh...mesti dia fikir yang bukan-bukan tentang aku! 

Memang pun aku tak pernah pakai baju tu walau sekali. Isk, 
geli geleman kut! Macam mana nak berhadapan dengannya lepas ni? Tertekannya! Tiraaaaaaa! Siap kau!!

Langkah kaki aku hayun ke bilik Tira. Terpaksalah aku salin baju, solat dan bersiap di sini.  Jadi nomad pula aku di rumah sendiri. Selepas itu, terpaksalah aku keluar dan berhadapan dengan Datin Sofia pula. Aduhai..harapnya dia 
 faham yang aku masih belum punya jawapan..

BAB 25 B

Terjenguk-jenguk aku ke luar rumah saat ini. Serius, semuanya seakan sangat harmoni. Keluarga Tuan Faleeq tu baru datang ke sini dua kali tetapi nampaknya mereka sangat mesra dan serasi pula dengan keluargaku. Cuma aku sahaja dan Tuan Faleeq yang tak berapa nak harmoni. 

Anak mata masih berada pada kelibat ayah, Dato' Firas dan seorang lelaki yang tidak dikenali di luar sana. Kata Tira, pakcik tu adalah pemandu Dato' Firas. Entah apa yang dibualkan di bawah pokok rambutan yang rendang itu tidak pula aku tahu. Ketiga-tiga mereka nampak sangat serius. Kat dapur tu pula, amboi bukan main riuh lagi suara Cik Yam, Tira dan Datin Sofia. Seronok juga sama-sama membuat kuih tadi. Tak aku sangka Datin Sofia tu pandai jugalah buat kuih melayu. Seronok betul aku lihat mereka berbual sambil menyediakan makan petang.

Ketika bersalaman dengan Datin Sofia tadi, nasib baik dia tak tanya tentang keputusanku.

Kedudukan tudung bawal di kepala aku betulkan sedikit dan kaki aku atur cermat menuju ke arah dapur saat ini. Tapi, apabila sampai di hadapan bilikku, kakiku berhenti melangkah. Apa agaknya yang lelaki itu buat kat dalam tu? 

Tak nampak pula bayangnya di luar ni. Aku cuba mengintai melalui  pintu yang terkuak sedikit.




Workaholic nye..bisik hatiku tatkala mata terpandangkan susuk lelaki itu di dalam sana. Dia hanya bersinglet dan memakai seluar slack yang dipakainya tadi. Tubuh yang sedikit sasa itu sedang duduk membelakangiku di meja study. Penuh meja tersebut dengan sebuah fail dan komputer ribanya. Dapat aku lihat jemarinya lincah mengetuk papan kekunci pada komputer riba tersebut. Janganlah dia geledah laci-laci tu. Banyak rahsia dan perkara yang memalukan kut kat dalam tu. 

Isk, kalau aku halau pun, belum tentu dia akan keluar. Aduh...! Sempat aku mengerling ke arah jam di tangan. Dah pukul 5 petang. Pukul berapa agaknya mereka akan pulang? Bukan apa, kekok betul aku rasakan ketika ini. Tambahan pula apabila lelaki ini turut sama berada sebumbung denganku.

"Ha...buat apa tu!" Suara Tira yang sedikit kuat menyebabkan aku terus melarikan diri menjauhi kawasan bilik. Tangan Tira aku tarik dengan sedikit kasar ke mari.

"Isk, Tira! Kenapa Tira suruh dia guna bilik along? Tira tahu kan along memang pantang orang sentuh barang-barang along kat dalam tu. Kan bagus kalau tunjukkan bilik ayah aje kepadanya tadi?!" Aku dah mula membebel. Tira yang bertudung hijau gelap buat muka tak bersalah.

"Lah..Tira ingatkan okaylah dia guna bilik along. Dia kan bakal suami along? Bakal abang long Tira." Soal Tira sambil tersenyum-senyum pulak menampakkan lesung pipitnya tu. 
Bertambah sakit otak aku!

"Tira..along belum buat keputusan lagi tau! Tira jangan nak pandai-pandai labelkan dia sebagai bakal suami along ye. Jangan nak pandai-pandai lantik dia jadi abang long pulak!" Amaran keras aku berikan kepada gadis di hadapanku ini.

"Eh..rugila kalau along tak terima abang long tu. Sudahlah kacak bergaya, baik pulak tu..keluarganya pun baik sangat, along.." Luah Tira.

Aku terus memejamkan mata untuk seketika. Sakit telinga aku apabila Tira pandai-pandai panggil lelaki tu abang long.

"Cakap dengan Tira ni kan, boleh buat along darah tinggi tau!" Ujarku dengan geram. Tira hanya memandang ke mari dengan senyuman yang semakin lebar di bibir. Isk, 'pang' kang baru tahu!

Langkah kaki yang tadinya terhenti kini aku sambung menuju ke arah dapur. Kedengaran
suara Datin Sofia dan Cik Yam sedang rancak berbual. Aku merenung ke arah Cik Yam yang sedang sibuk menguli tepung. Apabila aku sampai, mata kedua-dua mereka berada di wajahku. Senyuman aku maniskan walaupun otak masih serabut.

"Thalia..mari la sini. Kita sembang-sembang sambil minum petang." Jemput Cik Yam dengan ramah. Cik Yam memang tak kekok sebab dari aku kecil lagi tugas ibu diambil olehnya secara tak rasmi.

Aku hanya menganggukkan kepala dan melangkah ke arah meja. Tira yang berada di belakangku turut sama melangkah ke mari. Bihun goreng, kuih buah melaka dan kuih keria yang kami sama-sama buat tadi sudah siap terhidang di atas meja. Siap dengan satu teko air teh lagi untuk melangkapkan menu minum petang.

"Tira..tolong bawa talam ni ke beranda kejap boleh? Hidangkan untuk mereka yang kat luar tu.."
Pinta Cik Yam.

 Tira pantas mendekati Cik Yam. Lincah tangannya mengangkat talam yang sudah penuh berisi. Aku pula melabuhkan punggung di sebelah Cik Yam, di hadapan Datin Sofia. Pintaku dalam hati, janganlah Datin Sofia tanyakan jawapan itu lagi. Aku memang masih buntu.

"Makanlah Datin Sofia..juadah kampung aje.." Jemput Cik Yam sambil ketawa kecil. Piring diletakkan di hadapan Datin Sofia.

"Saya pun asal kampung juga, Kak Yam." Beritahunya. Aku hanya mendengar sahaja wanita yang memakai blouse sutera bercorak batik ini berbicara dengan Cik Yam.

"Oh ye ke..Datin Sofia asal kampung mana?" Soal Cik Yam sambil menghulurkan cawan berisi teh kepada Datin Sofia.

"Janganlah berDatin'-Datin'. Panggil Sofia aje." Ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Aku hanya tersenyum sahaja. Memang semakin aku mengenali Datin ini semakin terlihat 
perwatakan sebenarnya yang sangat baik.

"Baiklah.." Cik Yam anggukkan kepala sambil tersenyum senang. Cawan berisi air teh Cik Yam hulurkan pada aku pula. Aku terus mencapainya.

"Terima kasih Cik Yam.." Ucapku. Cik Yam terus menganggukkan kepalanya.

"Takde apa nak diterima kasih pun Thalia..makanlah bihun dan kuih tu." Ujarnya sambil melurut bahuku untuk seketika. Aku tahu Cik Yam faham keadaanku yang tengah serabut.

"Kampung saya di Johor." Ucap Datin Sofia. Wow..ni maklumat baru untuk aku ni.

"Sampai sekarang saya masih pulang ke kampung sebab ayah saya masih tinggal di sana lagi." Sambung Datin Sofia lagi. Patutlah dari Tuan Faleeq sampai ke Dato' Firas semuanya tak kekok aku lihat berada di sini. Padahal rumah aku ni ibarat langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan mahligai mereka tu.

"Oh..dulu selalu juga saya ke Johor. Maklumlah kakak saya tinggal di sana dulu." Luah Cik Yam.

"Johor di mana ya, Sofia?" Soal Cik Yam kemudiannya.  

"Batu Pahat." Jawab wanita itu.

Amboi, memang rancak mereka berbual. Jangan sampai tak jadi balik dan nak bermalam di
sini sudah. Ya Allah, terpaksa aku menginap di rumah Cik Yam malam ni.

"Oh..kakak saya cikgu pencen. Dulu dia mengajar di Johor Bharu.." Ujar Cik Yam.

"Oh.." Datin Sofia menganggukkan kepalanya beberapa kali.
 Aku menghirup teh sedikit. Anak mata Cik Yam kulihat berada di wajahku. Alamak..Datin Sofia juga turut mengerling ke mari. Cawan kuletakkan kembali ke atas meja.

"Thalia..tak jamah makanan?" Soal Cik Yam

"Takpe..kejap lagi." Ucapku sambil tersenyum manis.

"Thalia..how are you? Mesti letih kan sejak bekerja ni? Don't worry, soon you will get used to your working life.." Datin Sofia kemudiannya bersuara. Aku terus tersenyum.

 Working life memang okay. Cuma yang tak berapa nak okay hal nikah kahwin tu. Bisikku di dalam hati Tira yang baru muncul kulihat mengambil tempat di hujung meja.

"Kalau nak bandingkan dengan zaman belajar dulu, memanglah lain kan Datin.." Luahku dengan sopan. Datin Sofia pantas mengerutkan wajahnya.

"Mama.." Ujarnya. Aku mulalah blur.

"Hah?" Wajah kukerutkan sedikit.

 Apa maksud dia ni? Anak mata mengerling ke arah Cik Yam yang sudah pun tersenyum simpul ke mari.

"Thalia..panggilan mama tu kan lebih mesra? Lagipun kamu bukan di pejabat nak formal-formal sangat." Ujar Cik Yam.

Amboi Cik Yam..dah masuk team Datin Sofia! Sungguh lidahku terus kelu. Apa aku nak cakap ni? Kenapa rasa susah sangat aku nak panggil dia dengan panggilan tu? 

Uishhh..masalah ni!

"Betul kata Kak Yam tu.." Luah Datin Sofia sambil tersenyum ke mari.

"Mama dulu pun selepas belajar, rasa lain sangat bila mula bekerja. Tapi, Alhamdulillah bila dah biasa, tak terasa pun. Bila dah berhenti kerja, rasa rindu pula. Tu yang sibuk dengan persatuan. Kak Yam ni lagilah..mesti tak senang duduk di rumah kan sebab dah biasa bekerja? Business sendiri pulak tu." Ceritanya dengan panjang lebar dan bersahaja.

 Nampak tak kekok pun dia bahasakan dirinya mama. Aku mencapai sebiji buah melaka dan aku masukkan ke dalam mulut.

"Betullah tu, Sofia..Kak Yam ni memang tak boleh duduk diam. Sebab dah biasa kan. Kadang sampai ke rumah orang datang nak beli jamu. Memang kat rumah pun bekerja." Luah Cik Yam pula. Home made jamu Cik Yam memang terkenal pun di daerah ini.

"Thalia nanti, buat pilihan sendiri. Mama tak kisah menantu mama nak bekerja ke atau nak jadi suri rumah sepenuh masa. Yang penting, bincang elok-elok dengan Faleeq. Alah..Faleeq pun tak kisah tu.." 

Nasib baik tak tercekik buah melaka di tekak ni. Jauhnya pemikiran Datin Sofia. Aduhai..sabar Thalia..sabar! Semakin kekok jadinya aku.

"Datin.." Aku bersuara bersama senyuman sumbing di bibir.

"Mama.." Betulnya. Ya ampun! Susahnya nak sebut mama! Cik Yam terus ketawa melihat gelagatku.

"Lupalah tu..maklumlah, masih belum biasa.." Luah Cik Yam. Tira yang berada di hujung meja dah mula tersenyum-senyum.

Mesti dia akan bahan aku habis-habisan nanti ni! Mahu tak mahu, aku bersuara juga saat ini. Aku mahu Datin Sofia tahu yang aku masih belum buat keputusan lagi.

"M..mama..sebenarnya Thalia masih belum berbincang tentang perkara tu dengan ayah lagi.." Susah payah aku bersuara. Masih kekok!

"Mama beri Thalia sedikit masa ya?" Luahku lagi. Aku lihat Datin Sofia merenung ke mari bersama senyuman tawar di bibirnya.

"Of course..sayang. Mama akan tunggu jawapan dari Thalia. Mama tahu Thalia tak akan kecewakan mama." Nyata kata-katanya mampu membuatkan aku hati aku bergetar.

 Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Tidak tahu ayat apa yang harus aku ucapkan lagi.

"Faleeq..come here..kenapa dari tadi tercegat saja di situ."

Berderau darah dalam badan saat ini. Sejak bila dia ada di situ? Terus aku menoleh sekilas ke arah lelaki yang sedang melangkah ke mari. Dia mengambil tempat di sebelah mamanya, betul-betul berhadapan denganku. 

Ah, so awkward! Jantung..bawa-bawa bertenang ya? Aku berbisik sendiri. Debaran di dada mulalah berdetak dengan nada yang merimaskan jiwa saat ini.

"Dah kenal kan dengan Cik Yam?" Soal Datin Sofia kepada 
anak bujangnya. Tuan Faleeq tersenyum manis pada Cik Yam.

"Dah.." Ujarnya. Apabila pandangannya berada di wajahku, aku mulalah gugup. Anak mata kularikan ke arah Datin Sofia.

"Err..makanlah ya. Thalia nak solat asar sekejap. Nanti kita sembang lagi ya?" Ucapku dengan lembut. Baru sahaja berkira-kira ingin bangun, Tuan Faleeq terus bersuara.

"Aysara.."

Makin gementar aku jadinya. Mahu tak mahu aku mengangkat wajah ke arah lelaki itu.

"Aku tumpang letak barang-barang dalam bilik kau dulu. Sekejap lagi aku ambil ya.."

Ucapnya dengan nada yang sangat sopan. Takde bentakan, takde sindiran, takde jelingan maut! Kalau selalu cakap baik-baik dengan aku begini kan bagus? Sejuk sikit hati ni! Belum sempat aku membalas kata-katanya, kedengaran suara Datin Sofia berkumandang dengan riak kurang senang di wajahnya.

"Aku? Faleeq...tak sedap tau telinga mama dengar kamu bahasakan diri macam tu dengan Thalia tadi." Tegur Datin Sofia dengan bersahaja. Tuan Faleeq buat selamba aje. Cawan teh didekatkan ke mulut. Sempat dia bersuara saat ini.

"Dah terbiasa ma.." Ucapnya dan dia terus menghirup teh di dalam cawan.

"Ha, kenalah biasa-biasakan diri..sebutlah abang ke, ayang ke, kan sedap didengar telinga?"

Nyata cadangan Datin Sofia mampu membuatkan Tuan Faleeq tersedak teruk. Merah-merah wajahnya terbatuk-batuk saat ini.Sempat lagi anak matanya merenung ke mari. Wajah aku pula mulalah berbahang! 

Hampir luruh jantungku. Apa? A..abang?! Ayang??! 

Tak aku sangka Datin Sofia memang pandai buat lawak antarabangsa! Ingat tahun depan nak daftarkan dia masuk maharaja lawak mega pulak. Mana tahu boleh menang! Sadis betullah!

Cik Yam pula menyiku lenganku sambil tersenyum simpul. Aku kerling ke arah Tira dengan rasa tak keruan. Dia siap kenyit mata dua kali ke arahku sambil mengangkat ibu jari. Aduhhh..aku dah tak betah lagi untuk menghadapi situasi ini. Apabila renungan Tuan Faleeq menyapa wajahku sekali lagi, aku terus bangun!

"S..s..saya solat dulu ya."

Cawan di tangan aku bawa ke sinki dan aku terus membasuhnya dengan jantung yang masih berkompang kuat. Cepat-cepat kaki melangkah menuju ke bilik air saat ini. Sebaik sahaja mengunci pintu, aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Apa akan terjadi lagi ni? Harap-harap jantungku ini dapatlah bertahan.

***

Jumpa lagi di bab 26 ya  <3 p="">
Thanks juga kepada semua yang sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini  Thank youuuu  semua komen2  boleh diberikan di facebook group : BILA SURI RYANA MENAIP