**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday 29 August 2011

Isteri Separuh Masa 10

Bab 10
“Yey! Jumpa juga akhirnya!”
Aku terjerit kecil apabila terpandangkan kereta Audi milik Abang Nazrin yang berada di hadapan pintu pagar. Memang betullah ini alamat yang kucari. Sekuntum senyuman terbit di bibir kerana berjaya sampai tanpa bantuan GPS. Mataku memerhati kawasan perumahan di sini. Mewah dan tenang. Dua perkataan itu memang tepat untuk menggambarkan keadaan sekeliling.
Aku mendongak ke atas, cuba untuk mengamati keadaan rumah tetapi penglihatanku terbatas kerana pintu pagar dibina terlalu tinggi. Sebenarnya, rumah ini telah dihadiahkan papa kepada aku dan Abang Nazrin sempena perkahwinan kami dulu tetapi aku tak pernah sesekali menganggap rumah ini sebagai rumahku. Biarlah ianya menjadi milik Abang Nazrin seorang.
Dengan malas aku terus mematikan enjin dan melangkah keluar dari kenderaan. Aku kemudiannya bergerak menuju ke bahagian belakang kereta dan membuka pintu kenderaan. Baru sahaja aku ingin mengeluarkan beg pakaian, telefon bimbitku telah pun berbunyi. Aku terus menjawab panggilan sebaik sahaja nama ‘bapak singa’ terpapar pada skrin.
“Assalamualaikum.” Ucapku memulakan bicara.
“Waalaikumussalam.” Jawab lelaki itu acuh tak acuh.
“Jangan keluarkan beg tu. Malam nanti baru bawa masuk ke dalam rumah.” Arahnya.
Aku pula mulalah berasa pelik. Bayang lelaki itu tidak kelihatan tetapi bagaimana dia tahu yang aku sedang mengeluarkan beg pakaian dari dalam kereta? Jangan-jangan dia pasang CCTV tak?
“Kenapa pula?” Soalku. Banyak songeh betullah si bapak singa ni.
“Mama, papa dan nenek ada kat ruang tamu. Kau nak diorang syak apa-apa ke?” Bidas lelaki itu. Soalannya membuatkan aku terdiam seketika. Kasar sahaja suaranya tu apabila bercakap denganku.
“Diorang dah sampai?” Soalan itu kutujukan untuk diri sendiri. Jam di tangan kuperhatikan. Kata lelaki itu, mereka akan sampai malam nanti.
“Diorang naik flight. Aku pun tak sangka diorang nak sampai awal macam ni. Masuk cepat. Semua orang asyik tanyakan kau aje dari tadi. Dah naik bingit telinga aku sebab terpaksa dengar nama kau berkumandang kat dalam rumah ni!” Jawab si bapak singa. Sebelum sempat aku menjawab, talian dimatikan olehnya. Aku hanya mampu mengetap bibir saat ini.
“So rude!” Jeritku geram. Pintu kereta kututup semula.
Nampaknya beg pakaian harus kutinggalkan di dalam kereta dulu. Pasti mereka akan berasa pelik sekiranya dapat tahu yang aku masih tinggal di asrama. Aduh, leceh betullah! Aku menggaru kepala di sebalik tudung.
“Terhegeh-hegeh! Kau ingat ada dayang nak jemput kau masuk ke?” Aku terus mengurut dada sebaik sahaja mendengar suara itu. Ish, nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung, kalau tidak mahu pengsan aku kat sini.
"Lain kali, boleh tak bagi salam dulu?!" Marahku sambil memasamkan wajah. Geram betul melihat wajah selamba lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih 'Hard Rock Cafe Berlin' itu.
“By the way, saya tak berharap pun tetapi, saya tetap nak ucapkan terima kasih sebab Dr Nazrin sudi menjadi dayang untuk jemput saya masuk hari ni.” Jawabku.
Hendak meletus ketawa apabila wajah lelaki itu bertukar merah sedikit. Marah agaknya dengan jawapan yang diberikan olehku. Tanpa menunggu lebih lama, aku meninggalkannya dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah, tetapi langkahku terhenti seketika.
'Cantiknya..' Jerit hatiku.
Memang aku tak jangka yang rumah ini telah diubahsuai sampai macam ni sekali. Pandai betul arkiteknya mengubahsuai halaman rumah. Kreatif! Ada kolam renang dibina di halaman rumah ini. Walaupun tidaklah besar mana tetapi tetap menarik. Rekaan rumah pula kelihatan moden dari luar. Warna sapuan cat pada dinding yang digunakan juga menarik.
“Kau ni memang terhegeh-hegehlah! Lembab! Nak tunggu nenek keluar jemput kau dulu ke, baru nak masuk?” Soalan dari lelaki itu benar-benar telah membantutkan pemerhatianku terhadap rumah yang berdiri megah di hadapanku ini. Potong stim betul! Aku hanya mampu mengetap bibir dan mengabaikan kata-kata lelaki itu sebelum menyambung langkahku.
Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu, aku terus memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam sebelum memberi salam.
“Assalamualaikum..” Ucapku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam..” Suara papa, mama dan nenek bergema di dalam rumah ini. Mak Timah pun ada sekali. Gembiranya hatiku! Aku terus meluru ke arah mereka. Seperti sesi jejak kasih pun ada jugak ni. Selepas bersalaman dan berpelukan, aku terus mengambil tempat di sebelah mama. Abang Nazrin yang tiba-tiba duduk di sebelahku membuatkan aku merapatkan diri ke arah mama.
“Rindu sangat dengan mama, papa, nenek dan Mak Timah.” Ujarku sambil memeluk mama.
“Kami pun rindu dengan Wani dan Nazrin.” Ujar nenek. Aku hanya tersenyum manis mendengar kata-katanya itu.
“Semakin menarik rumah ni lepas ubah suai ye. Kreatif betul kawan kamu tu Nazrin.” Papa berkata kepada Abang Nazrin. Oh, kawan dia yang design...
“Alif tu memang kreatif pa..Nazrin beritahu aje apa yang Nazrin nak..terus siap!” Jawab Abang Nazrin pula sambil tersengih. Kalau orang tidak tahu bagaimana dia melayanku, pasti mereka akan berpendapat lelaki ini seorang yang mesra.
“Baguslah macam tu. Tapi, kamu jangan ikut kepala kamu aje. Pendapat daripada Wani pun kamu perlu ambil kira jugak..” Tegas kedengaran suara papa menyebabkan wajah Abang Nazrin berubah sedikit.
“Eh, mestilah papa..macam ruang dapur tu, memang ikut cadangan Wani. Maklumlah, dia yang selalu kat dapur tu.” Ya, ya sahaja dia berkata begitu. Aku pula sudah hendak termuntah hijau saat ini. Berlakon depan papa, bolehlah.
“Wani masak ke? Nenek tengok kosong aje dapur tu..” Abang Nazrin dan aku saling berpandangan apabila mendengar soalan dari nenek itu. Otakku mulalah merangka jawapan yang sesuai saat ini.
“M..masak nek. Tapi dua tiga hari ni Wani sibuk sangat dengan presentation dan kuiz, sebab tulah tak sempat nak masak.” Jawapan yang paling logik kuberikan khas buat nenek.
“Oh..patutlah” Nenek yang nampaknya berpuas hati dengan jawapan dariku, menganggukkan kepalanya berulang kali.
“Semasa Wani busy, Nazrin masaklah untuk Wani. Papa dulu selalu masakkan untuk mama kalau mama busy tau. Tolong-menolong adalah elemen yang amat penting untuk membina rumah tangga yang kukuh,.” Sampuk mama pula. Abang Nazrin kulihat menganggukkan kepala.
“Nazrin faham ma..Nazrin pun ada jugak tolong Wani masak tapi semalam Nazrin pun busy. Kami makan kat luar aje..” Jawab Abang Nazrin. Memang sedikit aje lagi, aku dah boleh muntah ni. Serius. Pandai juga lelaki ini berlakon ye.
“Ye ke? Betul Nazrin ada tolong kamu Wani?” Nenek menyoalku. Aku pula terus mengangguk.
“A..ada nenek.Abang Nazrin pandai masak. Nanti bolehlah dia masakkan untuk kita esok.” Sengaja aku berkata begitu. Padan muka bapa singa ni. Tadi bukan main ‘over’ lagi dia mereka cerita. Kononnya dia tu seorang suami yang mithali lah.
“Nenek pun teringin nak rasa masakan cucu sulung nenek ni..” Semakin lebar sengihanku mendengar kata-kata nenek. Mak Timah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat aku mengenakan Abang Nazrin.
“Boleh nek..Abang Nazrin selalu cakap, dia nak masakkan untuk nenek nanti.” Ujarku lagi.
Sengihan yang lebar kini sudah bertukar menjadi ketawa. Aku pasti lelaki ini sedang panas membara di dalam hatinya. Tapi, ketawa yang keluar tidak lama apabila tangan kanan Abang Nazrin merangkul bahuku rapat kepadanya. Seperti terkena renjatan elektrik, kaku terus aku ketika ini.
“Eh, bila abang cakap? Wani nak kenakan abang yea?” Dengan suara yang manjanya memang dibuat-buat, dia berkata begitu. Wajah pula dirapatkan kepadaku. Aku sempat menjeling kepada Mak Timah. Tapi, wanita itu nampaknya tersenyum senang sahaja memandang ke sini. Aduhai, dengan siapa nak minta tolong ni?
“Ma..mana ada. Abang yang selalu kenakan Wani.” Aku cuba menjawab kata-kata suamiku itu apabila semua mata memandang ke arahku kini. Jantung mulalah berdegup laju. Aku cuba menjauhkan diri sedikit dari lelaki itu tetapi semakin rapat pula dia denganku. Sebuah jelingan tajam kuberikan kepadanya.
“Really?” Soalnya kembali. Boleh mati kelemasan aku kalau macam ni.
“Seronok nenek tengok kamu berdua ni. Mesra betul. Kalau macam ni, memang cepatlah nenek dapat cicit nanti.” Kata-kata nenek membuatkan aku terlopong seketika. Abang Nazrin pula, tanpa disuruh terus mengangkat tangannya dari bahuku. Sebelum nenek melarat kepada perkara yang lebih kronik, aku terus bersuara.
“O..okay semua! Wani nak ke dapur kejap. Nak buat minuman.”
“Wani ni..kan tadi Mak Timah dah buatkan air. Minumlah.” Ujar Mak Timah. Aku hanya mampu menggaru kepala.
“Eh..tak nampak..” Jawabku sambil mencapai segelas air oren di atas meja. Setelah meneguk air tersebut sedikit, aku terus berdiri.
“Erm..Wani ke atas kejap yea..” Aku meminta diri.
“Eloklah tu Wani. Pergi salin baju dulu. Seronok sangat dapat jumpa kami semua agaknya sampai tudung pun lupa nak bukak.” Kata-kata nenek membuatkan aku tersenyum kelat.
“Err..agaknyalah..Wani terlupa nak bukak. Wani naik dulu ye..” Tambahku sambil membuat isyarat mata kepada Abang Nazrin supaya dia mengikutku ke atas. Kemudian, aku terus bergerak ke arah tangga. Mataku memerhati susunatur perabut pada tingkat ini. Tingkat kedua rumah menempatkan tiga bilik. Sebaik sahaja Abang Nazrin muncul di hadapanku, aku terus bersuara.
“Macam mana ni? Baju saya ada dalam kereta. Sekarang saya nak pakai baju apa?” Soalku kepada lelaki itu.
“Siapa suruh kau sampai lambat sangat? Tu masalah kau. Selesaikannya sendiri.” Ujarnya dengan selamba. Bebulu betul aku jadinya!
“Mana satu bilik saya?” Enggan berhadapan dengan lelaki ini lebih lama, aku terus bertanya soalan itu.
“This is our room.” Jawabnya sambil menundingkan jari ke arah sebuah bilik di sebelah kananku.
“Our room??” Soalku sedikit hairan. Aku terus mengikuti jejak lelaki itu masuk ke dalam bilik yang dicat dengan warna krim.
“Kau ingat aku pun nak sangat duduk sebilik dengan kau? Tu, bilik kau kat sana.” Jawabnya dengan kasar. Aku terus menoleh ke arah pintu yang memisahkan bilikku dan biliknya. Bagus juga. Mesti sesiapa pun tak akan tahu yang kami tidur di dalam bilik yang berasingan.
“Oh..connecting room. Hm..okay. Thanks.” Ujarku. Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam bilik itu, lelaki itu bersuara.
“Aku tak suka kau reka cerita yang bukan-bukan. Bila masa aku cakap nak masakkan untuk nenek?” Dari nada suaranya, aku tahu dia tidak berpuas hati denganku.
“Kalau macam tu, saya pun tak suka awak reka cerita yang bukan-bukan tentang saya juga. Bila masa saya cadangkan rekaan dapur tu kepada arkitek? Pijak dapur tu pun saya tak pernah, inikan pula nak masak kat situ. Semua tu cerita rekaan awak kan?” Soalku tidak mahu kalah. Oh, salah aku aje yang dia nampak.
“Okay, fine. Boleh reka cerita ikut keadaan tetapi tak perlulah ‘over’ sangat.” Jawab lelaki itu.
“Kalau Dr. Nazrin boleh, saya pun boleh jugak. Yang awak pegang-pegang saya tadi tu tak ‘over’ ke?” Soalku lagi membuatkan lelaki itu tersentak seketika.
“Memang susahlah cakap dengan kau ni!” Tengkingnya yang kemudian melangkah keluar dari bilik. Aku pula terus mencebikkan bibir. Ish!!
“Aduh..aku nak pakai baju apa ni??” Soalku pada diri sendiri.
Niat di hati ingin mendapatkan bantuan lelaki itu tetapi niat itu kukuburkan sahaja akhirnya. Bukan apa, aku sudah tahu jawapan yang bakal diberikan olehnya. Pasti dia akan berkata begini ‘masalah kau, pandai-pandailah kau selesaikan sendiri.’ Oh, nak aku selesaikan sendiri ye? Boleh, memang boleh.
Aku terus meluru ke almari baju Abang Nazrin yang berwarna coklat gelap di sebelah kananku. Dengan berhati-hati aku membuka pintu almari. Mataku meneliti baju-baju yang bergantungan. Memanglah ada t-shirt Abang Nazrin yang boleh dipakai tetapi apa pula kata mama dan yang lain-lain nanti? Aku meraupkan wajah berulang kali. Kemudian aku menarik laci di bahagian paling bawah almari. Terlopong seketika melihat baju berwarna merah jambu yang terlipat kemas di dalamnya. Dengan pantas aku menarik keluar baju tersebut.
“Baju siapa agaknya ni?” Dengan wajah yang pelik, aku terus memerhati baju gaun labuh berbunga merah di tanganku. Cantik. Seingat aku, memang aku tidak pernah ada baju ini.
“Baju siapa agaknya ni?” Sekali lagi soalan itu terpacul keluar dari bibir.
Ah, tak kisahlah baju siapa pun. Yang penting, aku harus selamatkan diriku. Sehelai tuala yang terlipat kemas juga kucapai. Dengan wajah yang lega aku terus membawa baju dan tuala berwarna biru tersebut ke dalam bilik. Masalah ni memanglah dah selesai tetapi agaknya masalah apa pula yang akan timbul nanti? Dengan lemah, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik air yang terletak di sebelah kanan bilik.

38 comments:

  1. Siannya Medina :'( Rasa macam nak nangis sekali dgn dia.

    ReplyDelete
  2. benci dengan nazrin !!!
    hahaha...kesian dgn medina...
    sape zita ??? ex-gf nazrin kan...
    apa yg zita buat sampai nazrin benci sgt kat medina nih ???

    ReplyDelete
  3. huaargggghhh...
    Sedih giler.. hampir menitis air mata nie...
    Sebak sangat...
    Terasa sth carik2 tangkai ulu hati...
    hhuuuu...
    kesian kot medina...
    Ni yg wat x sabar je nak beli novel nie....
    nk tgk hw nazrin akan fall pada median. cam mana dia nak react. hee

    ReplyDelete
  4. sedihnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..seyes sedih..hukhukhuk....nazrin...!!!u'r too much...huhuhu

    ReplyDelete
  5. sedih nyer..... aduhai..

    ReplyDelete
  6. riyana abdul mokhtar29 August 2011 at 04:30

    sedinyer...sian medina.lama kelamaan nnti mesti nazrin jatuh cinta kat medina.x sabar nantikn n3 baru...

    ReplyDelete
  7. kejamnya ayt nazrin kat medina tuh..
    xptt btul ckp mcm tu..sian kat medina :(

    ReplyDelete
  8. waaa. . . sedih....xsbr nk tggu smbungannye....kak suri cpat taw....hehe

    ReplyDelete
  9. sedihnye...jahatla nazrin tu! ckpla elok2! hisy.. :(

    ReplyDelete
  10. cian wani , huh nazrin tu melampau betul

    ReplyDelete
  11. kurang ajo punya nazrin!!! belaja tinggi2!!! tp, otak mcm bangang!!! tp, mgkn betul... di blaja tinggi2 ttg caa nk jd doktor.... bkn blaja tinggi2 cara nk jd org yg x pentingkn diri...

    ReplyDelete
  12. kesian dgn Medina asyik di jerkah je oleh Nazrin, tak boleh ke cakap elok-elok? Harap
    biar betul Nazrin jatuh cinta dgn Medina dn
    Medina pula jugal mahal. Bagaimana? biar Nazrin
    pula terhegeh-hegeh pd Medina dn Medina buat
    tak peduli... ape agaknya perasaan Nazrin ye
    yg setelah sekian lama asyik melukakan saje
    hati Medina... kalau betul dh benci sgt tak payahlh nak ikat lagi... cepat sambung...

    ReplyDelete
  13. kesian betul dgn Medina ye.,. ada suami pun selalu saje kena jerkah, yg Nazrin tu tak boleh
    cakap elok-elok ke? Harap biar pula si Nazrin tu
    tiba-tiba dh jatuh cinta pula pd Medina dn
    Medina pula buat tak layan. Biar si Nazrin ni
    pula yg terhegeh-hegeh merayu kasih pada Medina.
    ape pula perasaan Nazrin ye jika Medina buat jual mahal. baru dia tau perasaan org lain pula.. cepat sambung ye....
    ma

    ReplyDelete
  14. rasanya nak kasi flying kick aja kat mamat yang teramatlah perasaan bagusnya ni...
    Tak ada kah sedikit pun perasaan cinta dan tergodanya pada isteri sendiri..
    suri..harap harap minah ni berkawanla ngan sape sape kat U tu..biaq kasi hati mamat sengal ni panas hati...barula time tu minah ni dapat smash balik kat mamat sengal ni..
    suri ..panas ..tau hati akak..bila baca scene ni..kesian minah tu menanggung perasaan bertahun tahun..cukupla ..ek..dia mendera minda tu dari segi emosi..

    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  15. amboi!!!amboi!!! melampau betul Nazrin ni. Sedap betul ayat dia xmungkin medina leh ganti tempat zita. tp dia xingt kuasa Allah bila2x masa Allah boleh tbalikkan perasaan manusia.

    ReplyDelete
  16. sengal btolla nazrin 2...someone,tlg anta dy masok hospitl gler skjap,biar btol sket otak dy 2!!

    ReplyDelete
  17. betul tu..kuasa Allah,x siapa yg taw nazri oiiii!!!kak suri,cedihhhhhhh..baik lagi mr.F dr si nazri ni..

    ReplyDelete
  18. kesian pd wani..x sbr nk tggu next n3

    ReplyDelete
  19. bezla cter ney..xsaba na tggu sambungn cter ney...^_^

    ReplyDelete
  20. apsal ngn nazrin 2 hah??
    cian kat wani...

    ReplyDelete
  21. kurang ajaq betul si nazrin ni...nanti da jatuh cinta kat medina baru tau...time 2 ley laa medina nk berlagak cket..kasi tau medina 2 sapa sebenarnya...

    ReplyDelete
  22. x saba nk bca sambungan....

    ReplyDelete
  23. cian wani!
    x sabr nk tunggu smbngn ISM!

    ReplyDelete
  24. sedihnyee..
    sabar ya wani..
    ada ubi ada batas,
    lps nie cinta trbalas...
    hi3!!
    nk lg...Peace!

    ReplyDelete
  25. cepatlah sambungggggg!!!!!!

    ReplyDelete
  26. Jahat la nazrin ni!!! Kak Suri, Megat tu bile nak muncul?? Dia mst kt ireland en skrg...

    ReplyDelete
  27. apa agaknya janji wani bberapa thn dulu.. smakin suspen ni.. dh msuk minggu baru, hrp2 ada ism 11 scepat mungkin ya suri :)

    ReplyDelete
  28. Nak juga tahu macam mana perasaan Nazrin bila napak Zita dengan lelaki lain.. biar padan dengan muka dia.... lepas tu biar Medin jual mahal pulak dengan Nazrin ... Bila ada seseorang yang suka kt Medin ... bagi Nazrin cemburu banyakkkk.... padan muka orang sombong .... hehehe teremo pulak...

    ReplyDelete
  29. sedihnye..... hiiii geram betul la dgn nazrin nie. suri bile nak smbg ye!!! tak tahan nak nuggu n3.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum semua..thank u so much kerana masih sudi mengikuti ISM..komen2 yg diberikan amat bermakna buat Suri. Nantikan ISM 11 yea..akan ada hari ini atau esok. Suri dah hantar kat penulisan2u..tq!! :) :)

    ReplyDelete
  31. huhuhuh
    sedih sedih sedih sgt
    x ske dia kena jerkah sampai nangis2! :(

    ReplyDelete
  32. x suke la ngan Nazrin tu......cian Medina =(

    ReplyDelete
  33. best!!!
    kuar x lgi kt psarn?

    ReplyDelete
  34. so sad medina !!!!

    ReplyDelete
  35. sakit ati kt nazrin..... cian medina

    ReplyDelete