DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Tuesday, 10 December 2013

Sambungan KLIK!

Assalamualaikum semua :)

Maaf kerana dah lama sangat menyepi. Blog pun dah bersawang siap ada labah-labah lagi ni :p heeee..
Kepada yang mengikuti updates Suri di group (facebook) dan instagram, mungkin tahu kenapa suri menyepi seketika. Kepada yang tak tahu,  I lost my baby at nearly 6 weeks. Then, balik Malaysia dan berpantang. Kemudian, terus bercuti sampai majlis perkahwinan adik. 
Alhamdulillah, sekarang dah kembali ke Seoul :)
In syaa Allah, akan ada sambungan KLIK! dalam masa terdekat ini. 
Maaf..
Maaf kerana membuatkan anda tertunggu-tunggu. 
Nantikan sambungannya ye. Pasti akan ada.

Thanks a lot. Take care all


Much love,
Suri Ryana 

Thursday, 17 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 21


Bab 21

Aku sememangnya bukan seorang fashionista mahupun hijabista. Aku adalah Afina yang simple. Pakaian yang paling aku gemari adalah jeans dan t-shirt lengan panjang. Senang nak bergerak ke sana sini. Jadi,  memang wajiblah aku terkejut beruk apabila mummy memaksa aku mencuba gaun labuh, peplum blouse, fishtail blouse, palazzo, skirt labuh dan entah apa-apa lagi pakaian seperti tadi tu. Dengan berhati-hati aku melangkahkan kaki masuk ke dalam lif untuk ke tempat meletak kenderaan. Mata melirik ke arah beg-beg kertas yang penuh di kedua-dua belah tangan aku dan mummy.

 Puas aku membantah apabila mummy mahu membelikanku pakaian-pakaian ini. Tapi, mummy bukanlah seseorang yang mudah untuk diurus oleh budak mentah sepertiku. Awal-awal lagi aku dah angkat bendera putih. Pelbagai alasan dan hujah-hujah telah dibentangkan olehnya tentang sebab mengapa aku perlu memiliki semua pakaian ini. Katanya, sebagai seorang pembantu peribadi, aku harus bijak bergaya dan berpenampilan menarik. Ini adalah kerana seorang pembantu peribadi adalah penghubung atau jambatan syarikat dengan dunia luar. Jadi, aku akan membawa nama Kiara Emas ke mana-mana sahaja. Itu semua baru satu peratus dari hujah-hujah mummy tadi. Akhir sekali, terpaksa juga aku menurut sahaja semua kemahuan mummy.  

Dari satu butik ke butik yang lain kami jelajahi sampaikan tulang lututku rasa seperti hendak tercabut! Pendek kata satu Queensbay Mall ini telah kami pusing! Kemudian, dibelikannya pula aku beg tangan yang mahal-mahal.

 Eh hello, aku ni nak bekerja sebagai pembantu peribadi atau CEO ye? Confuse betul! Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan. Itu belum masuk bab alat kosmetik dan kasut lagi. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sekarang. Naik sengal jari jemari menjinjing beg-beg kertas di tangan. Tak tahulah berapa ribu duit mummy yang telah mengalir keluar hari ini. 

“Fi..jom.”

Aku yang sedang bersandar pada dinding lif terus berdiri tegak apabila terdengar suara mummy.

“Aaa..jom mummy..”

Kelam-kabut aku melangkah keluar dari lif. Mummy hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagatku. Ya Allah, boleh pula aku tak perasan yang pintu lif sudah pun terbuka luas tadi. Tu lah, asyik sangat melayan perasaan! Marahku kepada diri sendiri. Aku dan mummy kemudiannya berjalan beriringan menuju ke arah kereta Mercedes milik mummy. Wanita itu kulihat terus menekan punat yang terdapat pada kunci keretanya. Kemudian, tangan kanannya yang penuh dengan beg kertas itu bersusah-payah membuka pintu bahagian belakang kenderaan. Itulah, aku dah cakap jangan membeli banyak-banyak tadi tetapi mummy tak endahkan langsung nasihatku. Mummy kulihat meletakkan kesemua beg kertas di atas tempat duduk belakang. Aku juga turut melakukan perkara yang sama.

Ah..ringan terasa tanganku saat ini. Tapak tangan yang sedikit berbirat kuusap lembut. Selepas ni, rasanya setahun aku tak mahu shopping! Serik pun ada jugak. Sempat lagi aku membuat senaman tangan ketika menapak ke sebelah kiri kenderaan. Pintu kereta kubuka dengan cermat dan aku melangkah masuk ke dalam kereta.

“Fi..esok Pak Hamid akan ambil Fi kat Sky Beach Residences. Kalau nak harapkan Ad tu, takut disuruhnya Fi naik teksi pula nanti.” Ujar mummy sebaik sahaja kami masuk ke dalam kenderaan. Aku hanya mendiamkan diri sejenak sambil memasang tali pinggang keledar. Nampaknya, mummy sudah dapat menduga apa yang akan terjadi esok. Kenal betul dia dengan anaknya tu. 

“Takpe mummy..kalau dia tak nak tumpangkan Fina, Fina naik teksi aje.” Ujarku yang tidak mahu menyusahkan Pak Hamid. Lagipun, aku bukan tak biasa naik teksi.

“Teksi? Bukan senang tau nak dapat teksi peak hour macam tu. Takpe, biar Pak Hamid aje ambil dan hantar Fi ke pejabat esok. Maklumlah, daddy kan masih di Japan. Jadi, Pak Hamid memang free sangat sekarang. Okay tak?” Wanita yang sedang menanti jawapan dariku itu  kemudiannya mengidupkan enjin kereta. Ada benarnya juga kata mummy tu. Lagipun, aku sendiri tidak pasti di mana letaknya Kiara Emas. Memanglah ada mummy berikan alamatnya tetapi esok adalah pertama kali aku akan ke sana. Akhirnya setelah berfikir seketika, aku pun membuat keputusan.

“Hmm..okaylah kalau macam tu. Fina ikut aje mummy.” Ujarku. Bibir menguntumkan senyuman pada wanita itu.

“Jadi, esok Fina tunggu aje kat lobi, pukul 8 am.” Aku terus menganggukkan kepala. Ikutkan hati, mahu sahaja aku merayu kepada mummy agar carikan orang lain untuk gantikan tempat aku sebagai P.A kepada lelaki itu tetapi aku tidak berdaya.

“Macam tu la anak mummy!” Tangan kirinya mendarat seketika di atas tangan kananku.

“Kita makan dulu, lepas tu mummy hantar Fina pulang ye?” Bibirku tersengih lebar mendengar kata-kata mummy itu. Mummy ni macam tahu-tahu sahaja perutku dah mula berkeroncong hebat.

“Okay..Fina pun dah lapar sangat ni.”
Tapi, tiba-tiba sahaja dahinya berkerut.

“Sebelum tu, Fi beritahu Ad dulu okay? Tadi mummy beritahu dia nak hantar Fi balik pukul 5 petang..sekarang dah pukul 8 malam. Takut Ad risau pulak” Lambat-lambat mummy berkata begitu. Kelu seketika mulutku. Nak beritahu lelaki itu? Dia bukannya kisah pun!

‘Tapi, Fina..dia kan suami kau. Keluar dengan mummy ni pun, ada kau minta izin dengan dia?’  Tiba-tiba pula hatiku menyoal.
 Teringat kata-kata Kak Faz suatu ketika dulu yang Rasulluah SAW pernah bersabda, apabila seseorang isteri keluar rumah tanpa izin suami, dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan apa sahaja yang dilaluinya di bumi , selain daripada jin dan manusia sehinggalah dia kembali semula ke rumah suaminya.
Astaghfirullahalazim!

Niat di hati ingin menghantarkan  mesej sistem pesanan ringkas kepada lelaki itu tetapi hasrat tersebut terpaksa kukuburkan. Macam mana nak sms kalau nombor telefon bimbit suami sendiri pun aku tak ada? 

“Fi..mummy tahu Ad bukanlah suami yang baik untuk Fi. But, he is still your husband..” Mungkin kerana aku tidak memberikan sebarang reaksi tadi, mummy bersuara lagi. Aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja saat ini. Takkan nak pinjam telefon mummy kut?

“Okay mummy...” Anggukku lemah. Mummy pula macam tahu-tahu sahaja apa yang sedang berlegar di dalam fikiranku. Terus sahaja dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Selepas beberapa saat menekan keypad, telefon bimbit itu dilekapkan pada telinga.

“Hello Ad..mummy here.”
Suara mummy memecah kesunyian di dalam kereta ini.
“Hold on for a second..”
Aku menarik nafas dalam-dalam apabila mummy menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. Dengan  hati yang masih berbelah bagi aku menyambutnya.

“Assalamualaikum..” Ucapku sebaik sahaja melekapkan telefon bimbit di telinga kanan.

“Hmm..what do you want?” Soalnya acuh-tak acuh di hujung talian. Tengok tu, jawab salam pun tak! Iskk..dia ni memang sengaja nak buat aku berang. Ikutkan hati mau sahaja aku matikan talian.

“Ak..ehem..” Nasib baik tidak terkeluar perkataan ‘aku’ di hadapan mummy.

“Afina masih dengan mummy ni” Beritahuku. Tangan kiri menggaru kepala sikit.

“So?” Soal lelaki itu dengan nada yang sangat pelik. Kan aku dah agak, dia bukan kisah pun!

“Kami nak makan malam. Sekejap lagi Fina balik” Bagaikan ada batu di dalam mulut, susah payah aku meluahkan ayat itu sambil membuang pandang ke arah luar kereta. Ah, pasti dia akan ingat aku ni dah mereng. Tiba-tiba sahaja berbicara selembut itu dengannya.

“I beg your pardon? I can’t hear you. Ulang balik.” Sinis sekali lelaki itu bersuara. Isk dia ni, tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?

“Fina nak makan malam dengan mummy. Kejap lagi Fina balik.” Walaupun dah mula menyampah, aku berusaha juga untuk bersuara.

“Depan mummy boleh pula kau cakap baik-baik dengan aku.” Ada ketawa sinis di hujung ayatnya. Pedih betul telinga saat ini. Dia ni memang suka cari fasal dengan aku lah! Geram betul rasa hati. Aku menjeling ke arah mummy yang sedang memandu.

“Okay..bye. Assalamualaikum..” Ujarku denngan pantas.  Malas betul hendak melayan karenahnya. Tapi sebelum aku mematikan talian, terdengar sayup-sayup suara di hujung talian.

 “Sayang..you cakap dengan siapa tu? Bila kita nak order ni..I lapar la..”
Menyampah! Terus sahaja aku mematikan talian. Oh..tengah sibuk berdating rupanya lelaki itu. Kalau mummy tahu, mesti bertambah runsing wanita ini jadinya.

“Fina masukkan kat dalam beg tangan mummy ye telefon ni?” Mummy hanya mengangguk sahaja. Dapat kudengar keluhan berat terbit dari mulut ibu mertuaku ini. Lama juga kami mendiamkan diri sebelum mummy bersuara kembali.

“Semuanya salah mummy Fi..” Luah mummy. Muram betul wajahnya ketika ini.

“Mummy membesarkan Adrian dan abangnya dengan penuh kebaratan. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kan? Mummy gagal mendidik mereka mengikut lunas-lunas Islam. Sebab itulah Ad jadi macam tu.” Aku tahu rasa menyesal yang amat sangat menyelubungi mummy sekarang. Kasihan pula aku mendengar rintihan hati mummy. 

“Bila mummy sedar kesilapan mummy, dah terlambat untuk mummy betulkan semuanya.” Sambung mummy. Aku hanya mampu mengusap lengan kiri mummy seketika. Walaupun matanya difokuskan di hadapan jalan raya, tetapi aku dapat lihat ada air jernih sedang bertakung di dalamnya.

“Mummy, janganlah sedih ye. Mummy masih belum terlewat lagi. Kita doakan sahaja Adrian akan berubah. Pintu taubat Allah masih lagi terbuka untuk sesiapa sahaja selagi kita bernafas dan selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, mummy.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh.

“Kita doakan sahaja agar Allah memberikan hidayah kepada Adrian. Rahmat Allah itu sangat luas, mummy..” Sambungku lagi.

“Harapnya begitulah Fi..” Balas mummy.

Aku terdiam sejenak saat ini. Memang aku benci dengan lelaki itu kerana ada sahaja tingkahnya menyakitkan hati aku. Tapi, jauh di sudut hatiku aku juga mahu dia berubah. Aku juga mahu dia kembali ke jalan Allah. Diam-diam aku berdoa di dalam hati supaya Adrian diberikan hidayah oleh Allah dan dibukakan hati untuk berubah.

***

Kad yang berada di tangan kubelek lagi sambil tersenyum senang. Gembira betul hati apabila mummy memberikan kad ini kepada aku.  Aku melangkah keluar dari lif. Lepas ni, tak perlu lagi aku bergantung kepada lelaki itu untuk naik atas atau turun ke bawah. Aku dah ada kad sendiri! Kasut kutanggalkan dari kaki dan aku susun dengan kemas di atas rak. Kepala kujengukkan sedikit ke ruang tamu rumah. 
Tertanya-tanya juga sama ada lelaki itu sudah balik atau belum. Sunyi aje.

Bersama beg kertas yang penuh di tangan, aku melangkah masuk. Baru sahaja ingin menuju ke bilikku, Adrian yang memakai t-shirt berwarna biru itu muncul dari arah dapur. 

Dia hanya memandang sahaja ke arah beg-beg kertas di tanganku sambil tersenyum sinis. Aku pula terus melangkah. Malas hendak berdepan dengannya.

“M.A.C., Bobbi Brown, Laura Mercier..” Kedengaran suara lelaki itu menyebut satu persatu jenama yang terpampang pada beg- beg kertas di tanganku.

“Wow! Pandai juga perempuan nerd macam kau bodek mummy kan. I am amazed!” Sakit betul hatiku saat ini. Aku paling tidak suka dituduh mengambil kesempatan dengan kekayaan keluarganya. Terus sahaja aku menoleh ke belakang.

“Mummy yang paksa aku terima semua ni.” Tegas ayat itu kulontarkan kepadanya supaya dia faham kedudukan perkara sebenar.

“Kau tahu ke guna semua alat solek tu?” Soalnya yang ketawa mengejek. Memang tak patut aku melayan dia ni. Lagi layan lagi menjadi. Sedar yang aku sudah pun membuat silap, aku melajukan langkah menuju ke arah bilik.

“Jangan jadi macam badut sarkas, sudahlah.” Dapat kudengar lelaki itu menjerit kecil. Sengaja nak sakitkan hati aku lah tu!

“Sibuk!”

Aku terus menutup pintu dengan kasar.

Sedikit sebanyak kata-kata lelaki itu tadi menggerunkan hatiku. Aduhai, risau juga kalau aku betul-betul kelihatan seperti badut sarkas esok. Tudung kubuka dan aku melangkah ke arah katil. Fikiranku sudah mulalah  kusut dan serabut saat ini. Aku sedar, aku bukan seorang pelajar lagi. Penampilan begini memang tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat. Ada betulnya kata mummy tadi.

Tambah-tambah bekerja sebagai pembantu peribadi. Kalau tidak kelihatan cantik macam Dalia pun, sekurang-kurangnya aku perlu kelihatan meyakinkan. Bak kata mummy, P.A. adalah penghubung syarikat dengan pihak luar.

 Beg kertas berisi alat solek kutuangkan ke atas katil. Tidak mengapa Fina, tak tahu bersolek, boleh belajar. Sekarang ni, semuanya di hujung jari sahaja. Laptop yang terbaring di sebelah kiri katil kucapai dan kuhidupkan dengan pantas. Aku cuba bertenang dan tidak memikirkan tentang apa yang akan terjadi esok. Kerana jika itu berlaku, pasti aku tidak akan dapat melelapkan mata langsung malam ini. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum membuka laman web youtube.

‘Light makeup tutorial’. Itulah yang kutaip pada kotak carian. Seluruh fokusku hanya pada skrin laptop saat ini.

***

Pak Hamid sangat baik dan ramah orangnya. Walaupun aku memang tidak ingat tentangnya dan terasa bagai pertama kali kami bertemu, aku amat senang dengan lelaki yang sebaya umurnya dengan papa itu. Macam-macam yang dibualkan denganku tadi. Katanya, sebelum ini dia tak sempat untuk berkenalan dengan aku.  Banyak jugalah soalan yang ditanya kepadaku tadi. Macam temuramah untuk buat calon menantu pun ada juga. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Sedikit sebanyak hilang rasa gementarku. Maklumlah, hari ini adalah hari pertama aku bekerja. Sudahlah tu, boss aku pula lelaki itu! Lelaki yang selalu sahaja menyakitkan hatiku. Isk, bagaimana agaknya nanti ya? Tidak mengapa Fina, janji kau cuba. Kalau tak sesuai, apa susah, berhenti aje! Nekadku di dalam hati.

Sempat juga aku bertanya kepada Pak Hamid sama ada aku nampak seperti badut sarkas atau tidak. Maklumlah, ini pertama kali aku bersolek sampai begini sekali. Kalau selalu aku malas hendak berbedak, tetapi pagi ini, bukan sahaja bedak, malah foundation, pemerah pipi, celak dan gincu kutempekkan pada wajah. Aku juga tidak memakai cermin mata hari ini dan kugantikan dengan kanta lekap. Pak Hamid terus ketawa besar apabila mendengar soalanku tadi. Senang rasa hati apabila Pak Hamid memberitahu yang aku kelihatan lain sangat tetapi tidaklah seperti badut. Ah, tak kisahlah kalau aku nampak sama ke, lain ke,  asalkan, jangan kelihatan seperti badut sarkas sahaja. Bibirku menguntumkan senyuman.

Aku kini berada betul-betul di hadapan bangunan Kiara Tower yang berdiri dengan megahnya. Kata Pak Hamid, bangunan ini adalah milik Kiara Emas. Banyak juga syarikat-syarikat yang menyewa lot perniagaan di sini. Jam di tangan kujeling sekilas. Pukul 8 : 30 pagi. Kebanyakan pejabat  di sini mula beroperasi pada pukul 9:00 pagi.

Aku membetulkan blouse satin di badan dan kemudian mataku melirik ke arah skirt pula. Memang cantik blouse dan skirt pemberian mummy ini tetapi kenapa aku masih berasa kekok? Tambah-tambah dengan kasut tumit tinggi di kaki. Nafas kutarik dengan perlahan-lahan. Tidak mahu membuang masa, aku mendaki anak tangga dengan sangat berhati-hati. Pintu kaca kutolak dan aku mula melangkah masuk ke bahagian dalam bangunan.

Sekumpulan lelaki yang segak dengan kemeja dan tali leher terdiam seketika memandang ke arahku. Aduh, jangan-jangan aku kelihatan seperti badut tak? Kenapa mereka tu tengok aku macam tak pernah tengok manusia sahaja?

Rasa tidak selesa yang sudah pun bermaharaja lela di dalam hati membuatkan aku terus sahaja melangkah dengan pantas menuju ke arah lif yang terletak di hujung sana. Ramai juga lelaki dan wanita di dalam pakaian pejabat berada di hadapan deretan lif itu. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku terlupa bawa kad yang tertulis alamat penuh pejabat!

Finaaaa! Tingkat berapa pejabat laki kau tu? Aduh..lupa pula hendak tanya Pak Hamid tadi. Mataku meliar mencari papan tanda.

Ah, dah jumpa! Laju aku melangkah menuju ke arah papan tanda besar yang melekat pada dinding itu. Rasanya terdapat senarai syarikat serta lokasinya di situ. Isk, risau betul kalau terlewat lapor diri. Pasti lelaki itu akan mengadu domba dekat mummy selepas mendapat tahu aku adalah pembantu peribadinya nanti.. Pasti dia akan mempersoalkan tentang komitmen kerja aku. Maklumlah, mencari salahku adalah salah satu kemahiran Adrian. Sebal terasa hatiku saat ini.

Entah di mana silapnya, selepas melangkah beberapa tapak dengan laju, aku betul-betul terasa seperti hilang imbangan pula. Kaki kanan yang sedikit terpelecok membuatkan aku hampir hendak terjatuh tetapi nasib baik lenganku pantas disambar seseorang. Eh, bukan seorang. Tapi, ada dua orang. Seorang memegang lengan kananku manakala seorang lagi memegang lengan kiriku. Prihatin betul manusia-manusia yang bekerja di dalam banggunan ini ye.

Aku terus mendongak ke sebelah kananku dahulu. Terus sahaja lelaki ini melepaskan pegangan tangannya pada lenganku. Lelaki yang segak berkemeja biru kulihat tersenyum manis. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, kedengaran suara yang sangat kukenali berkumandang di sini.

“It’s okay Fahmi, she is fine now..”

Aku mengerutkan dahi. Tidak berani untuk menoleh. Tangan lelaki yang memiliki suara yang sangat kukenali itu, masih menggenggam lembut lengan kiriku. Debaran di dada semakin laju saat ini.

“Okay Encik Adrian. I’ll make a move then. See you around.” Ujar lelaki bernama Fahmi itu dan terus melangkah. Adrian?! Betullah, Adrian yang berada di sebelah kiriku sekarang. Longlai sedikit terasa lututku. Nampaknya masalah sudah sampai. Bala sudah tiba! Aku terus menundukkan wajah. Kononnya tidak mahu dia cam akulah.

“Good morning Encik Adrian..” Terdengar suara seorang perempuan menegur lelaki ini.

“Good morning..” Dengan pantas Adrian menjawab.

Aduhai, kenapa dia masih lagi memegang lenganku? Memang masalah betullah dia ni.

 “Are you okay? Dari jauh tadi, I dah nampak you macam tercari-cari sesuatu.” Kata-katanya menampar gegendang telingaku. Fina, nak buat apa ni? Boleh pulak dia tidak kenal aku? Patutkah aku berasa risau, atau geli hati saat ini?

“What were you looking for? Hmm?” Soalnya dengan lembut dan sangat prihatin. Memang lelaki ini bijak menggunakan ton suaranya ketika bercakap. Cuma ton suara yang ini, baru sekarang aku berpeluang mendengarnya.

Sekiranya aku tidak mengenali dia, kemungkinan besar hatiku akan  cair sedikit hanya dengan mendengar suaranya itu. Mata kupejamkan dengan serapat-rapatnya. Resah memikirkan reaksi Adrian apabila dia mengetahui perempuan yang berdiri di hadapannya ini adalah Fina, isterinya yang paaaaling disayangi!

“I guess you are new here. Do you need any help?” Soalnya lagi.

Aku membuka mata semula. Aku tahu dia cuba mencari wajahku tetapi aku masih lagi menundukkan muka. Fina, sampai bila nak tunduk macam ni? Pasti banyak mata yang sedang memandang. Tambah-tambah apabila lelaki ini masih lagi menggenggam lenganku dengan lembut. Dia ni pun satu. Memang dasar King of Crocodile lah! Tak reti-reti lagi ke nak alihkan tangan tu? Kan aku dah boleh berdiri dengan stabil ni.
Akhir sekali, aku menarik nafas dalam-dalam dan terus mendongakkan wajah memandang ke arahnya. Lelaki itu masih lagi tersenyum manis! Killer smile itu tidak luntur-luntur lagi. Erk, dia tak perasan aku lagi ke? Ataupun dia ni dah hilang ingatan? Dah tak kenal aku?

“Er..Kiara Emas terletak kat tingkat berapa ye?” Sebaik sahaja aku berkata begitu, berubah terus wajahnya. Matanya bulat memandang ke arahku. Dengan sangat teliti, anak matanya menjelajahi wajahku.

“Afina?!” Terjerit kecil lelaki ini jadinya. 

Aku yang sudah tidak tahu apa akan terjadi lepas ini hanya mampu 
tunduk ke bawah sahaja. Ah, apa agaknya reaksi lelaki ini nanti apabila tahu yang aku akan bekerja di sini semula? Tadi rasa macam yakin nak berhadapan dengannya tapi, kenapa kini tidak lagi? Rasa seperti hendak lari balik ke rumah sekarang jugak!
Assalamualaikum semua, :)
Novel ini telah pun terbit April 2013. Untuk membaca sambungan novel ini, boleh dapatkan novel PISA di pasaran ye :) Boleh dapatkan secara online dari Kaki Novel atau kedai buku POPULAR seluruh negara kerana novel ini diterbitkan khas untuk POPULAR. :)

**Ada readers yang tak nampak ayat kat atas tu..bahagian ni..suri type semula ye so that u all boleh nampak..:)
**Teringat kata-kata Kak Faz suatu ketika dulu yang Rasulullah SAW pernah bersabda yang apabila seseorang isteri keluar rumah tanpa izin suami, dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan apa sahaja yang dilaluinya di bumi, selain daripada jin dan manusia sehinggalah dia kembali ke rumah suaminya.
Astaghfirullahalazim!**
*** 

Tuesday, 15 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 20


Bab 20

Fuh!!

Aku menghembuskan nafas lega. Ingatkan ke manalah mummy hendak bawa aku pergi  pagi-pagi buta ni. Rupa-rupanya  nak ajak sarapan. Suspense betullah! Aku terus menjeling ke arah mummy yang sedang memandu. Wanita yang memakai cermin mata hitam ini memang cantik dan elegan orangnya. Cuma apabila dia naik angin tadi, kecut juga perutku. Aku menopang tangan pada dagu. Baru aku perasan, wajah Adrian ada iras wajah mummy sikit. 

Kata orang, kalau anak lelaki ikut wajah ibunya, sejuk. Sejuk kat mana tu, tak pulak aku tahu. Yang aku sedia maklum, ada sahaja perangainya yang memanaskan hatiku. Kalau duduk dalam ruang yang berhawa dingin pun belum tentu boleh sejuk! 

Aku mengalihkan pandangan ke arah jalan raya yang penuh sesak di hadapanku. Eeee geram sungguh apabila teringatkan telatah lelaki itu pagi tadi. Memang dia sengaja nak bikin hati aku panas! Ah malas betul hendak fikir tentang dia. Rosakkan mood aku je.

Nafas kutarik sedalam-dalamnya. Kemudian, sekali lagi mataku mendarat pada wajah mummy. Sesuai tak sekiranya aku tanyakan soalan itu sekarang? Soalan yang mengganggu fikiranku hampir setiap hari. Tiba-tiba sahaja mummy menoleh ke arahku. Macam tahu-tahu pulak aku ingin bertanya sesuatu. Segaris senyuman manis terukir di bibirnya. Aku pula terus tersenyum sumbing.

“Anything Fi?” 

Soal mummy yang kemudiannya memfokuskan kembali pandangan ke arah jalan raya di hadapan.

“Err..mummy..Fina ada soalan nak tanya mummy sebenarnya ni..” Walaupun sedikit gugup, aku bersuara juga akhirnya.

Kalau nak tunggu masa yang sesuai, agaknya sampai bila-bila pun aku tidak akan dapat jawapannya. Baik aku tanya sekarang.

“Yes..apa dia sayang?” Soal mummy dengan lembut.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. Tanganku memintal bahagian hujung tudung saat ini. Gugup pulak.

“Erm..mummy, mummy tahu tak bagaimana Fina boleh kahwin dengan Adrian?” Akhirnya, keluar juga soalan itu dari mulutku. Lega rasa hati saat ini. Mummy kelihatan tersentak seketika. Berkerut sedikit dahinya itu. Alamak, salah timing ke ni? Aku menundukkan wajah.

“Oh..tentang tu..”  Akhirnya bersama sebuah keluhan mummy bersuara.

“Bukan apa mummy..Fina masih tak faham bagaimana Fina boleh berkahwin dengan Adrian.” Luahku sambil membetulkan cermin mata di  wajah. Aku menoleh  ke arah mummy dengan penuh harapan. Harapan supaya mummy dapat meleraikan segala kekusutan di benakku.

 “Fi..memang mummy yang beriya-iya mahukan Fi menjadi menantu mummy. Walaupun mummy tahu Fi tak setuju tetapi mummy tetap juga hantar rombongan meminang. Terkejut juga mummy apabila mama dan papa Fi beritahu keputusannya. Allah sahaja yang tahu bagaimana gembiranya mummy apabila dapat tahu yang Fi setuju menjadi menantu mummy.” Jelas wanita itu dengan panjang lebar. Sesekali matanya memandang ke arahku. Aku hanya diam sahaja ketika ini.

“Tapi, kalau Fi tanya mummy apa yang membuatkan Fi setuju untuk berkahwin dengan Adrian, mummy tak ada jawapannya sayang..” Bersama sebuah keluhan sekali lagi mummy menjawab soalanku. Hampa terasa hatiku. Harapan untuk mendapatkan jawapan dari mummy terus hancur.

“I am sorry..hanya Fi yang ada jawapan untuk soalan Fi tu.” Sambung mummy lagi. 

Aku terus menanggalkan cermin mata. Kelopak mata kuusap-usap dengan lembut untuk seketika. Siapa lagi yang ada jawapan untuk soalanku itu selain dari diriku sendiri? Kalau nak tunggu ingatan aku pulih, entah tahun bilalah agaknya persoalan itu akan terjawab. Usapan pada mata terhenti apabila mummy bersuara kembali.

“Apa yang boleh mummy beritahu Fi, kita berdua mempunyai misi yang sama dulu. Objektif kita serupa sayang.”

Berkerut seribu terus wajahku sekarang. Cepat-cepat aku mengenakan semula cermin mata pada wajah dan kemudian menoleh ke arah mummy. Misi dan objektif apa pulak ni?

“Misi? Objektif?” Soalku dengan pelik. Mummy terus menganggukkan kepala.

“Yes..kita sama-sama nak tengok Ad berubah. Keluar dari dunia gelapnya tu.” Beritahu mummy dengan bersungguh-sungguh.

Aku terus menggaru kepala dengan sebelah tangan sambil memandang kosong ke hadapan. Kenapa pula aku perlu susahkan diri untuk membimbing lelaki itu? Atas dasar apa aku buat keputusan begitu?

“Sebab itulah Fi bersetuju dengan cadangan mummy untuk jadi P.A. Ad. Supaya Fi dapat selalu berada di sisinya. Supaya mudah Fi menjalankan misi kita.”  Mummy bersuara lagi. Aku yang sudah mula tidak mampu untuk menghadamkan ayat-ayat mummy itu  terus menggelengkan kepala.

“Fina tak fahamlah mummy…” Luahku dengan lemah. Tangan kiri mummy terus menggenggam seketika  tangan kananku. Kemudian, tangan itu kembali pada stereng kereta.

“Nanti Fi akan faham sayang..dan mummy berharap sangat Fi dapat bantu Ad untuk berubah.” Kata-kata mummy hanya menambah kerungsingan di kepalaku sahaja.

 Aku sudah tidak tahu bagaimana untuk berfikir. Terasa seperti ada beban yang berat di atas bahu saat ini. Aku? Nak bantu hantu tu? Macamlah dia nak dengar sangat cakap aku, kan?! Tidak perlu mencuba, aku sudah tahu hasilnya.

“Boleh sayang?” Soal mummy dengan penuh mengharap. Cermin mata hitam di wajahnya ditanggalkan. Apa aku nak jawab ni? Akhirnya bersama sebuah keluhan, aku bersuara.

“Fi cuba mummy..tapi Fi tak tahu akan berjaya atau  tidak sebab Adrian memang tak sukakan Fi..” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Cuba untuk buat mummy faham tentang keadaan hubungan aku dan Adrian sekarang. Lama juga mummy mendiamkan diri. Aku pula hanya membuang pandang ke sebelah kiri jalan. Betulkah keputusan yang aku buat ni? Bukan senang lelaki seperti itu hendak berubah.

 “Beginilah, Fi cuba sebaik mungkin. Mummy tak nak tengok Ad dan Fi bercerai-berai. Fi kerja dulu macam biasa. Mungkin apabila selalu berdampingan, hubungan kamu berdua akan pulih.” 

Suara mummy memecah kesunyian di dalam kereta mewah ini. Sekali lagi aku tersentak. Kerja macam biasa? Eh..mummy dah lupa ke?

 “Tapi, mummy dah bersetuju untuk carikan P.A. baru untuk Ad kan?” Soalku yang sedikit terkejut. Serta-merta mummy tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

“Yes..and that person is you!” Jawabnya dengan penuh semangat.

“Me?” Soalku yang masih tidak faham.

“Yes..Fi yang baru.” Balas mummy lagi. Aku hanya menepuk dahi saat ini. Sumpah aku tak faham! Ya ampun, nampaknya seperti ada satu lagi masalah bakal menjelang.

 “Apa maksud mummy?”

“Fi akan tahu nanti. Sekarang kita sarapan dulu.” Selamba sahaja mummy berkata begitu.

 “Kita dah sampai.” Ujar wanita itu sebaik kereta membelok ke kanan. Anak mataku membaca tulisan yang tertera pada dinding batu  di sebelah kiriku. ‘Mutiara Golf and Country Club’

“Mummy, kita datang sini nak makan ke nak main golf?” Soalku dengan pelik.
Mummy hanya tergelak kecil mendengar soalanku itu.

“Kita nak makanlah sayang. Mummy pun tak pandai main golf tapi mummy selalu datang sini untuk temankan daddy. Makanan kat café di sini sedap-sedap Fi.” Aku hanya mampu tersenyum sumbing sahaja mendengar jawapan mummy. Manalah aku tahu, aku tak pernah ke tempat-tempat begini.

“Ooooo..”

Mulutku membentuk huruf O sambil menganggukkan kepala beberapa kali. Anak mata terus kufokuskan ke arah tasik. Apa agaknya reaksi lelaki itu apabila mengetahui yang aku tetap akan menjadi P.A. nya nanti? Pasti lelaki itu akan melenting! Aku berani jamin tentang itu.

***
Melihat sahaja pada deretan kereta mewah yang berbaris di tempat letak kenderaan di sini tadi, dapatlah aku membuat kesimpulan yang tempat ini bukanlah untuk semua orang. Dalam kata lain, bukan calang-calang orang yang datang ke sini. Yuran keahliannya pun mesti mahal. Aku menghabiskan suapan terakhir nasi lemak di dalam mulut. Percaya atau tidak, sepinggan nasi lemak di sini berharga RM 15.00! Harus aku makan sampai licin. Jangan tinggal walau sebutir  nasi pun. Mahal tu! Anak mataku kini berlari memerhati kawasan café mewah ini.

Ikutkan aku, lagi seronok kalau dapat bersarapan di medan selera yang terletak di Taman Tun Sardon. Sudah tentu-tentu kat sana terdapat lebih banyak pilihan makanan, semuanya sedap-sedap belaka pulak tu. Mungkin mummy tidak sukakan persekitaran di situ. Bak kata Syaf, mummy ni agak cerewet sedikit. Pasti dia tidak selesa makan di tempat begitu. Tengok sajalah tadi. Macam-macam soalan tentang makanan di sini yang ditanya oleh ibu mertuaku ini kepada tukang masak. Sampai naik pucat wajah orang tu. Sudu, garfu dan pisau pun kulihat dilapnya berulang kali sebelum menggunakan utensil-utensil tersebut.
Gelas berisi jus oren kucapai dan aku mula menyedut dengan perlahan-lahan minuman yang berada di tangan kananku ini.

“Fi nak apa-apa lagi?” Soalan mummy kujawab dengan gelengan. Memang aku sangat kenyang sekarang. Alhamdulillah.

“Thanks mummy..Fi dah kenyang sangat dah ni.” Jawabku. Tangan kanan memegang perut saat ini.

“Betul ni?”

Aku terus menganggukkan kepala sambil tersengih sedikit.

“Betul..” Jawabku.

Mummy kulihat terus mencapai cawan kaca berwarna putih yang masih penuh dengan air coklat panas di dalamnya. Dengan penuh berhati-hati dia menghirup sedikit air tersebut. Aku pula, selepas menghabiskan segelas besar jus oren, mulalah rasa hendak buang air kecil. Tak dapat ditahan lagi dah ni. Terus sahaja aku mengangkat wajah dan memandang ke arah mummy.

“Mummy..Fi nak ke ladies kejap.” Beritahuku.

“Nak mummy temankan tak?”

Terus sahaja aku menggeleng dengan pantas.

“Ehh takpe mummy..I’ll be fine.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Mummy pula terus menoleh ke sebelah kanan.

“Okay..keluar aje dari sini, Fi terus belok ke kanan dan jalan straight. Ladies ada kat hujung sana tu.” Kepala kuanggukkan beberapa kali. Memang wanita ini melayan aku dengan baik sekali. Mungkin benar kata Syaf yang dia seorang yang cerewet, tetapi dia benar-benar sayangkanku. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan mama.

“Okay thanks mummy..” Ujarku dengan senyuman.

“No problem sayang.” Senyuman manis masih lagi menghiasi bibir wanita di hadapanku ini.
Sebaik sahaja mummy berkata begitu, aku bingkas bangun dan menapak keluar dari café ini.  Baru sahaja ingin membelok ke kanan, seseorang telah merempuhku dengan kuat.

“Ouch..”

Terus sahaja aku mengusap bahuku yang terasa sedikit sengal sambil memandang ke  arah  kaca mata hitam miliknya yang terpelanting ke atas lantai. Kaca  mata itu mendarat betul-betul di sebelah kaki kananku. Anak mata kemudian kufokuskan pada wajah masam mencuka gadis di hadapanku ini.
Biar betul?! Kelu terus mulutku saat ini. Kalau tidak silap aku, dia ni Dalia, teman wanita si playboy tu. Yang keberapa ratus? Tidak pula kutahu. Kami pernah berjumpa semasa hari pertama aku menjejakkan kaki ke Sky Beach Residences tempohari.

 “Apa pandang-pandang? Dah la sesuka hati langgar orang, buat muka tak bersalah pulak tu!” Bentaknya. 

Amboi, cantiknya bahasa. Suaranya yang bergema tadi memecah kesepian lorong yang sedikit sunyi dan tersorok ini. Belum sempat aku menjawab, dia terus menyerangku lagi.

 “Dah pakai cermin mata pun masih lagi rabun!” Nada suaranya masih lagi meninggi. Darahku mulalah menggelegak saat ini. Rupa sahaja cantik, tetapi perangai hodoh nak mampus!

“Amboi cantiknya bahasa. Rasanya, awak yang rempuh saya tadi.” Bidasku dengan geram. Wanita yang memakai skirt pendek berwarna hitam ini terus mengerutkan sedikit dahinya. Kepala pula ditelengkan sedikit ke sebelah kanan sambil memerhati wajahku dengan sangat teliti.

“Wait..kau ni P.A. King kan? ”Jari telunjuknya menunding tepat di hadapan wajahku saat ini. Aku hanya buat bodoh. Baru sahaja ingin melangkah pergi dari sini, dia terus menengkingku.

“Hey!”

Mataku terus mencerlung tajam ke arahnya. Meroyan betullah minah ni.

“Kutip glasses aku. Itu pun kalau kau tak nak hilang pekerjaan.” Sebaik sahaja dia berkata begitu, tangan kanannya dihulurkan ke arahku dengan wajah yang sangat kerek.

 Kurang asam betullah dia ni. Dia ingat aku kulinya? Malas hendak melayan karenah perempuan gila ini, aku terus melangkah setapak tetapi dengan pantas tangannya mencekak lenganku dengan kuat. Sengal terasa kawasan lengan saat ini. Nasib baik aku dapat melepaskan cengkamannya itu. Aku yang tidak sangka dia akan bertindak begitu terus memandang tajam ke arahnya. Nampaknya dia betul-betul hendak cari fasal denganku.

“Cepatlah kutip kaca mata aku tu! Terhegeh-hegeh!”  Jerkahnya dengan kuat. Kesabaranku betul-betul teruji kali ini. Aku yang geram dengan gadis bergincu merah ini terus sahaja menendang sedikit cermin mata miliknya. Merah padam kulihat wajah Dalia. Terus sahaja dia memekik macam orang gila.

 “Kurang ajar! Berani kau ye?! Kau nak aku suruh King pecat kau?” Ugutan Dalia membuatkan aku ketawa besar. Serius, akulah orang yang paling gembira sekiranya tidak perlu bekerja dengan lelaki itu.

“You know what? I don’t give a damn, seriously. Suruhlah dia pecat aku, aku pun bukannya hadap sangat nak kerja dengan dia!” Dengan sinis aku berkata begitu. Dalia kulihat terus membetulkan rambutnya dan pandangan difokuskan ke arah hadapannya.

“Siap kau!”  Bentaknya. Aku terus menoleh ke belakang. Dapat kulihat Adrian sedang melangkah dengan tenang. Tapi, apabila dia perasan kehadiranku di sini, lelaki  itu terus melajukan langkah kakinya ke mari. Nyata dia kelihatan sedikit terkejut. Anak matanya melekat di wajahku.
 Dalia pula dengan aksi gedik yang dibuat-buat kini menarik lengan Adrian.

“Sayang…”  Rengeknya.

“What’s wrong, Dalia?” Soal Adrian. Hai, makin menjadi-jadilah tahap gedik minah ni. Terus sahaja dia mengadu-domba.

“Tengoklah P.A. you ni..dahlah rempuh I, lepas tu kan sayang..’ Belum sempat dia menghabiskan ayat aku terus membuka mulut.

“Eh tak payah nak bersayang-sayang sangatlah. Kalau ini kali kedua kau keluar dengan dia, maksudnya, kau ada sekali aje lagi sebelum ditinggalkan lelaki ini. Dia takkan keluar dengan perempuan macam kau lebih dari 3 kali.”

Puas hati aku! Tidak kupedulikan langsung mata Adrian yang sedang  mencerlung tajam wajahku saat ini. Hendak tergelak aku tengok wajah Dalia yang bertukar reaksi mendengar kata-kataku tadi. Aku tahu benteng kesabaran di dadanya sudah runtuh. Pasti darahnya dah naik sampai ke otak tu! Padan muka!

“Kau ni memang kurang ajar lah!” Dia kulihat ingin melangkah ke mari tetapi dengan pantas Adrian menghalangnya.

“Sayang..let me settle this..” Dengan tenang Adrian berkata begitu. Lelaki berbaju kemeja biru gelap itu kulihat menapak ke mari. Lenganku ditariknya menjauhi Dalia sedikit.

“Heyy..macam mana kau boleh ada kat sini?” Soalnya dengan tegas di dalam keadaan berbisik.

“Kenapa kau nak tahu?” Soalannya kujawab dengan soalan juga.

“Mummy mana?”

Belum sempat aku menjawab soalannya itu, kedengaran suara gedik Dalia bergema sekali lagi.

“Sayang..I nak you pecat dia! I tak peduli..I nak you pecat dia sekarang jugak!” Gesa gadis itu. Aku yang menoleh ke arah Dalia terdiam seketika apabila ternampak kelibat mummy yang kini berada betul-betul di belakangnya.

“Ad!” Panggil mummy dengan tegas. Terus sahaja Adrian melepaskan genggamannya pada lenganku dan menoleh ke belakang.

 “Mummy..” Gumamnya.

Aku kemudiannya mengikuti jejak langkah Adrian mendekati mummy.

“Ad..what are you doing here? Kalau dah sihat, Ad sepatutnya berada di office sekarang.” Ada nada tidak puas hati pada ayat yang diucapkan mummy itu. Belum sempat Adrian membuka mulut, Dalia terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan mummy.

“Auntie..I am Dalia, teman wanita King..” Dengan nada manja yang dibuat-buat, dia berkata begitu. Mummy kulihat mengecilkan matanya sedikit dan memandang tepat wajah Dalia saat ini.

“What? Who are you again?!” Soal mummy dengan kasar.

“I am..” Belum pun sempat Dalia menjawab, Adrian terus bersuara.

“She is nobody mummy..Ad pun tak kenal dia sangat.” Dengan bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Kemudian kaca mata hitam dikenakan pada wajahnya. Tahu takut!

“King!” Jerit Dalia yang semestinya tidak berpuas hati dengan jawapan Adrian tadi.
 Geli hati pun ada jugak melihat drama mereka di hadapan mummy ini. Kemudian, Adrian kulihat mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus sahaja Iphone 5 itu dilekapkan pada telinga. Aik, bila masanya telefon tu berbunyi? Saiko ke dia ni?

 “Hello..yes yes..I’ll be there in a short while..see you!” Sebaik sahaja dia berkata begitu, dia terus menoleh ke arah mummy.

“Mummy..I have to go now. Ada masalah sikit kat office..” Tanpa menunggu jawapan dari mummy, lelaki itu terus melangkah pergi meninggalkan Dalia di sini. Memang dari tadi, Adrian nampaknya tidak sabar-sabar ingin melarikan diri.  Panjang sedepa kulihat muncung Dalia. Terus sahaja dia mengejar langkah lelaki itu.

 “King! What about me?” Jeritnya. Tapi sayang, jeritannya itu tidak mampu menahan Adrian dari terus melangkah meninggalkannya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang.

Mummy kulihat hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Kemudian, lenganku diraihnya lembut. Aku hanya mampu tersenyum tawar saat ini. Tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana.Wajah muram mummy tidak sanggup lagi untuk kupandang. Aku dapat meneka, jauh di sudut hati mummy dia sangat sedih dengan Adrian. Hanya satu sahaja soalan yang  berlegar di dalam fikiranku saat ini. Kalau mummy pun tak dapat mengubah perangai anaknya, mampukah aku untuk menggalas tugas itu?

***
Bersambung :D

Monday, 14 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 19


Bab 19

Pandai buat, pandailah tanggung!

Kata-kata itu memang sesuai untukku saat ini. Bunyi deruan ombak yang menampar gegendang telingaku tidak lagi memberikan aku ketenangan dan kedamaian. Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa  menampar lembut wajahku juga tidak mampu memberikan rasa nyaman seperti yang sepatutnya. Aku terus meninggalkan balkoni luas ini dan melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu sliding door kutarik dengan cermat dan aku menyandarkan badan pada dinding pintu.

Semalam, semasa menjalankan projek mengenakan lelaki itu tidak pula timbul rasa gerun di hati tetapi  hari ini lain pula ceritanya. Sebelum masuk waktu subuh lagi pintu bilikku bagaikan nak reban diketuk dari luar oleh lelaki itu sampai naik kecut perutku. Kalau sebelum ini aku memerlukan bantuan jam loceng untuk bangun subuh tetapi hari ini tidak lagi. Mata yang mengantuk terus segar bugar apabila terdengar pekikan lelaki itu di hadapan bilikku. Aku menggigit bibir sedikit.

‘Ah, Fina..dia bukan boleh buat apa pun. Lagipun, dia yang cari fasal dulu dengan kau. Sesuka hati mak bapak dia aje layan kau macam kuli. Sekarang, tanggunglah akibatnya.’ 

Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Kepala kuanggukkan beberapa kali. Betul! Buat apa nak takut sangat dengan lelaki tu? Apalah sangat yang mampu dilakukannya? 

Kalau dia berkasar denganku, aku akan terus menelefon mummy. Aku memetik jari sambil tersenyum lebar sebaik sahaja idea tersebut muncul di dalam kepala. Raja Adrian Benjamin memang seorang yang gagah berani. Selalu sahaja ikut kepala sendiri tetapi dia sangat takut sekiranya mummy enggan melantiknya sebagai CEO. 

Terus sahaja aku mengenakan cermin mata pada wajah. Selepas itu aku melangkah ke arah cermin untuk membetulkan tudung di kepala. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan Syaf. Pasti gadis itu akan gembira kerana pagi-pagi lagi aku sudah menjenguknya di Cinta Florist. Beg tangan yang berada di atas katil aku capai dan mula menapak menuju ke arah pintu. Mintak-mintaklah aku tidak terserempak dengan lelaki itu sebentar lagi. 

Telinga kurapatkan pada dinding pintu 6 panel berwarna putih ini. Sunyi sepi sahaja.Pasti kawan-kawannya juga sudah pulang ke rumah masing-masing. Kalau tidak, pasti mereka akan memekak sesuka hati di dalam rumah ini. Adrian pula pasti sedang sibuk dengan urusan pelaburan di bank yang terletak di dalam biliknya. Silap-silap dah berkampung dalam tandas. Terus sahaja aku menjadi geli hati. 

Aduhai, pasti bersih terus usus lelaki itu hari ini. Aku terus menutup mulut dengan sebelah tangan. Berusaha menahan ketawa dari terhambur keluar dengan kuat saat ini. Tangan kanan memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati supaya tidak berbunyi. Kemudian, aku terus menjengukkan kepala ke luar. Line clear! terginjat-ginjat kakiku melangkah keluar dari bilik saat ini. Setelah tidak nampak bayang lelaki itu, aku terus berlari ke arah lif yang terletak di sebelah kiri ruang tamu luas ini.


“Ehem.”

Bagai nak terhenti denyutan jantungku apabila mendengar suara deheman itu. Lemah terasa segala urat saraf di badan. Aku terus menyarungkan kasut ke kaki dan kelam-kabut menekan punat pada lif. Kedengaran suara lelaki itu ketawa sinis saat ini. Gila! Apa yang kelakar sangat? Aku langsung tidak menoleh ke belakang. Punat pada dinding lif kutekan sekali lagi. Dah terdesak sangat ingin masuk ke dalam ruang kecil itu.

“Kalau ada niat nak melarikan diri, batalkan aje. Without this card, you just can’t go anywhere. Lainlah kalau kau turun menggunakan tangga kecemasan.” Tenang sahaja suaranya menuturkan ayat-ayat itu. 

Buk! Itu bukan bunyi hatiku sudah jatuh cinta pada dia tetapi jantungku yang bagaikan terhempas  ke lantai saat ini. Mata kupejamkan serapat-rapatnya. Mati aku! Mana aku nak lari ni! Bertenang Fina..bertenang. Aku cuba menyabarkan diri sendiri.

 Nafas aku ambil sedalam-dalamnya dan aku berpaling ke belakang. Wajah lelaki yang hanya bersinglet yang dipadankan dengan bermuda hitam itu kujeling sekilas. Nampak sedikit pucat wajahnya. Rambut juga tidak terurus seperti selalu tetapi kenapa wajahnya itu masih juga kelihatan menarik? Semakin gugup jadinya apabila bibir milik lelaki itu tersenyum sinis saat ini. 

“Melarikan diri?” Soalku yang pura-pura terkejut dengan tuduhan lelaki tersebut. Belum pun sempat dia berkata apa-apa, aku terus bersuara.

“Mana ada. Aku nak keluar sekejap. Nak jumpa Syaf.” Aku masih lagi cuba untuk mengekalkan nada selamba pada ayat itu walaupun hati dan otak semakin bercelaru saat ini.  

“Oh..aku ingatkan kau nak larikan diri lepas dajalkan kitorang semalam.” Pedas betul ayat tersebut menampar gegendang telingaku. Sama pedasnya dengan wasabi yang kuletak dalam nasi goreng mereka semalam.

“Apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah!” Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Cermin mata pada wajah yang hendak melorot kubetulkan sedikit.

“Kau ingat aku bodoh?!” Tiba – tiba sahaja dia memekik.
Aku lihat dia meraupkan wajah beberapa kali. Merah padam mukanya saat ini. Tersentak aku seketika

 Di dalam kepala mula memikirkan laluan selamat yang boleh kuambil untuk ke bilik dari sini. Niat di hati ingin mengunci diri di dalam ruang luas itu tetapi macam mustahil sahaja.  

“Aku tahu kau letak wasabi dalam fried rice tu! Apa lagi yang kau masukkan dalam makanan atau minuman semalam??” Bagai guruh yang berdentum, begitulah  gemanya suara lelaki yang kulihat sudah mula hilang sabar denganku itu. Ada api yang sedang membara di dalam anak matanya yang memanah ke mari.

“Ma..mana ada apa-apa. Aku cuma ikut arahan kau je. Aku ingatkan korang suka makanan pedas. Jadi aku letaklah wasabi sikit sebab cili tak banyak dalam peti sejuk tu.” Tanpa berfikir panjang, aku terus bersuara. Terpaksalah mengaku yang aku letak wasabi di dalam nasi goreng tu. Maklumlah dah kantoi! Dia bukannya bodoh sampai tak tahu nak bezakan antara cili dan wasabi.

“Kau ni memang tak gunalah! Aku tahu ada benda lain yang kau letak. Baik kau beritahu aku sekarang sebelum kau menyesal.” Terus sahaja lelaki itu naik angin. Singlet putih yang berada di badan terus dibuka dan dibaling ke atas sofa. Terkejut beruk aku jadinya. Dah kenapa pula sampai bukak baju segala? Mata cuba tidak memandang ke arah lelaki itu  tetapi terpaksa juga anak mata kufokuskan ke arahnya apabila lelaki itu kulihat mengambil setapak demi setapak ke mari bersama senyuman sinis di bibir. Erk! Apa dia nak buat ni? 

“Stop right there!” Jeritku yang sudah mula risau dengan keadaan ini. Dia menggelengkan kepalanya sedikit dan kemudian ketawa kecil. Kaki masih lagi dihayunkan dengan perlahan-lahan untuk mara ke arahku. 

“Who do you think you are? Kau ingat aku akan ikut arahan kau?”  Sebelah keningnya terangkat tinggi ketika  menghamburkan soalan-soalan itu kepadaku. Setapak lagi langkah diambilnya.

“You must be joking, girl!”

Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, aku  terus berundur dan bersandar pada dinding lif. Lelaki ini bukannya waras sangat! Dari gayanya itu, ada kemungkinan dia akan bertindak di luar kawalan dan kewarasan diri. Dia memang lepas laku orangnya! Jarak di antara kami yang hanya sedepa membuatkan aku terus menjerit dengan kuat ke arahnya.

 “Kalau kau datang sini, aku akan call mummy!” Jeritku dengan kuat.

Takut dengan ancamanku? Sudah tentu tidak. Lelaki itu terus sahaja ketawa kecil sambil melangkah ke mari. Kedua-dua tangannya dilekapkan pada dinding lif saat ini membuatkan aku tidak bebas untuk bergerak lagi. Kemudian, dia menundukkan wajah dan merenung ke mari. Anak matanya menjelajah ke seluruh wajahku saat ini membuatkan aku semakin tidak sedap hati.

“You want to call mummy? So what?! Just call her.” Cabarnya. Aku yang tidak mampu lagi menentang anak matanya yang tajam itu terus melemparkan pandangan ke arah lain. Betul jugak! Apa yang hendak aku beritahu mummy? Dia bukannya nak pukul aku, atau halau aku dari sini. Aduh! Buntu terasa otakku saat ini. Jarak kami yang hanya sejengkal ini membuatkan aku semakin risau dan rimas. Jantung semakin laju berdegup dan aku seperti kesuntukan oksigen pula saat ini. Tidak mampu bernafas dengan tenang.

“Kau nak cakap apa dengan mummy? Nak cakap aku cuba nak..” Terus sahaja aku menutup mulut lelaki itu. Tidak sanggup untuk mendengar patah perkataan seterusnya yang keluar dari mulut dia.

“Stop! Shhh!”

Ternyata bukan dia sahaja yang kelihatan sedikit terkejut dengan tindakanku, aku sendiri juga turut sama terperanjat. Ya ampun Fina! Apa yang dah kau buat ni. Tindakan refleks! Terus sahaja aku mengalihkan tanganku dari mulutnya.

“Sorry, aku tak sengaja. Lepaskan aku. Aku akan beritahu kau.” Sudah seperti separuh merayu keadaanku saat ini. Tapi, lelaki yang keras kepala ini terus sahaja menggelengkan kepalanya. Tanda tidak dapat menunaikan permintaanku.

“Nope. Tell me now! Apa lagi yang kau letak dalam makanan tu sampai aku diarrhoea Bentaknya kasar. Kepalanya menoleh ke sisi untuk seketika. Kemudian dia tersenyum sinis.

Apabila dia tersenyum begitu, aku mulalah kecut perut. Aku tahu ada sesuatu yang berlegar di fikiran lelaki itu. Entah kenapa kepalaku terasa sakit sedikit saat ini. Aku terus memejamkan mata. Benar! Rasanya seperti kami berdua pernah berada di dalam keadaan ini dulu. Aku terkunci di dalam ruang yang diciptakan lelaki ini. Perasaan resah dan gelisah menyelubungi diri sehingga muncul rintik-rintik jernih membasahi kawasan dahi gara-gara terlalu risau dengan apa yang bakal terjadi. Betul! Aku sudah tidak silap lagi. Aku memang pernah berada di dalam situasi ini! Aku cuba untuk ingat dengan lebih lanjut tetapi seperti biasa, tidak berjaya. Mata kubuka dengan perlahan-lahan.  

“Masih tak nak cakap?” 

Kedengaran suara Adrian menampar gegendang telingaku. Aku yang masih keliru cuba  untuk fokus kembali kepada soalannya tadi. Tidak sanggup lagi untuk berada di dalam keadaan begini, terus sahaja aku bersuara.

 “Okay...okay..aku akan beritahu kau!” Jeritku dengan lemah.


“You better!” Bentaknya.

“Aku letak julap dalam air oren. Itu saja.” Dengan lemah ayat itu meluncur keluar dari bibir. Takut melihat reaksi lelaki itu, aku terus memejamkan mata serapat-rapatnya.

“Itu sahaja?! Kau cakap itu sahaja?!” Bentaknya yang kulihat meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan dan melangkah ke arah kerusi kayu yang terletak beberapa langkah dari tempat kami berada.  Baru sahaja ingin melarikan diri ke bilik, lelaki itu berpaling ke arahku. Jari telunjuk diacu tepat pada wajahku.

“ Kau tau tak, sebabkan kau perut aku ni asyik memulas je dari semalam. Kau tau tak sebab ni aku terpaksa ponteng meeting penting pagi ni?!” Jerkahnya. Entah kenapa, perasaan takut, risau dan gelisah sebentar tadi bertukar lucu pula. Tawa yang hendak meletus kutahan dengan sebaik mungkin. Padan muka kau! Aku dapat bayangkan keadaan lelaki itu berulang alik ke tandas saat ini.

“Tak guna betul!” Bentaknya lagi. Lenyap terus segala rasa lucu di dalam hati. Dengan pantas bantal hiasan bersaiz sederhana besar yang terletak elok di atas kerusi kayu dicapainya. Kemudian, dia membalingkan bantal tersebut dengan sekuat hati ke arahku. Serentak dengan itu juga lif terbuka. Aku yang sempat mengelak dari terkena bantal itu hanya mampu terlopong sahaja apabila bantal yang dibaling Adrian menampar tepat muka mummy yang baru sahaja keluar dari lif.

PAP!

Oh no! Kedua-dua belah tanganku menutup mulut saat ini. Adrian juga kulihat terkejut beruk. Kami berdua hanya kaku berdiri sambil memandang ke arah mummy.

“Astaghfirullahalazim….!” Jerit mummy.

“What is going on with both of you?!” Bentak wanita yang memakai blouse hitam di badan itu. Bau wangian yang dipakai wanita itu memenuhi ruang ini.

“Mummy..” Akhirnya aku bersuara. Tanganku menghulur untuk bersalaman dengan wanita itu tetapi tidak disambutnya langsung. Hatiku mulalah tidak sedap saat ini. Tajam matanya memanah ke arah aku dan Adrian silih berganti.

“Good..good..morning mummy..” Adrian pula bersuara dengan seceria mungkin.

“Adrian! Fina! We really have to talk!” Akhirnya mummy bersuara dengan sangat tegas. Nada suaranya itu mampu untuk menggetarkan hatiku.

“Macam mana mummy boleh naik atas ni?” Dengan penuh tanda tanya Adrian bertanyakan soalan itu kepada mummy. Terus sahaja mummy mengeluarkan kad dari dalam beg nya.

“You dah lupa ke I ada access untuk ke sini? You dah lupa siapa yang belikan kondo ni untuk you?”  Keras betul nada suara mummy. Kad tersebut dilayangkan ke udara. Adrian kulihat hanya mampu menepuk dahinya dengan lembut sambil mengangukkan kepalanya. Lupalah tu!

 “You!” Jari telunjuknya dihalakan tepat pada Adrian. Tersentak jadinya lelaki itu.
“Kenapa tak attend meeting pagi ni? Why?!” Wajah anggun wanita itu bertukar bengis. Kuat suaranya bergema di dalam unit kondominium mewah ini.

 Sumpah, sebelum ini aku tidak pernah terfikir yang mummy boleh menjadi seseorang yang menakutkan seperti ini. Tiba-tiba teringatkan kata-kata Syaf tentang wanita di hadapanku ini. Kata Syaf, mummyadalah seorang yang garang dan cerewet! Adrian pula terus sahaja menekan perutnya. Berkerut-kerut wajah lelaki itu seperti sedang menahan sakit.

“Ouch..excuse me..I really have to go to the toilet. Lepas ni kita bincang mummy.” Kelam-kabut dia berkata begitu dan terus melangkah dengan laju menuju ke arah biliknya. Nak buat pelaburan lagilah tu. Serta-merta wajah mummy bertukar riak.

“Are you sick, Ad? You don’t look good.” Ada nada risau di dalam nada suara itu. Adrian yang sudah pun ada jauh di hadapan terus menoleh. Jari telunjuknya ditunding ke arahku. Dan kemudian dia bersuara dengan lantangnya.

“Ask her! She has the answer for your question!”

Gulp! Susah payah aku menelan air liur apabila anak mata mummy terus menikam wajahku. Mati aku! Apa aku nak cakap dengan mummy sekiranya wanita itu bertanyakan tentang Adrian kepadaku? Bagai banduan yang menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman, aku terus menundukkan wajah memandang ke arah lantai. Terasa perutku juga turut sama memulas saat ini. Ini semua gara-gara gerun berhadapan dengan mummy. Pasrah aje lah Fina!

***
Rasa seperti hendak bernanah telingaku sekarang.Teruk kami diberi ceramah percuma oleh wanita yang sedang duduk sambil menyilangkan kakinya itu.  Mummy sudah tidak mahu dengar apa-apa lagi dari kami. Sempat lagi aku menjeling sekilas ke arah Adrian yang berada di sebelahku. Lelaki yang kulihat semakin stabil sedikit keadaannya ini sudah pun mandi dan segak dengan baju kemeja di badan. Dari gayanya seperti hendak ke pejabat sahaja sebentar lagi. Jarinya kulihat sibuk menekan punat pada remote control saat ini. Dari satu siaran ke siaran yang lain. Semuanya tak menepati seleranya. Akhir sekali dicampak remote control itu ke tepi. Apabila sedar anak matanya memandang ke mari, aku terus mengalihkan pandangan ke arah mummy.

 Air kopi yang dibuat olehku dihirup oleh mummy dengan tenang saat ini. Anak mata mummy yang terus melekat di wajahku membuatkan aku menjadi semakin tidak sedap hati. Serius sahaja wajah wanita itu.

 “Mummy nak Fi mula bekerja esok.”

Ada senyuman manis dihadiahkan kepadaku di hujung ayat itu. Tersentak seketika aku jadinya. Belum sempat aku mengaturkan  ayat untuk jawapan yang bakal kuberikan padanya, dia bersuara lagi.

“Setuju?” Soal mummy. Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Memang aku harus juga memberitahu hajat di hati kepada mummy. Aku ingin mencari pekerjaan selaras dengan kelulusan aku. Aku mahu jadi seorang akauntan.

“Tak setuju!” Akhirnya aku bersuara dengan lemah tetapi kenapa lelaki di sebelahku ini juga turut sama bersuara serentak denganku? Aku terus menoleh ke arahnya.

Isk, apa hal dia ni? Mummy tanya aku, bukannya engkaulah, pekak! Aku mengutuk Adrian di dalam hati. Mummy kulihat mengabaikan sahaja lelaki itu. Matanya masih lagi berada di wajahku. Entah kenapa, aku rasa seperti mama pula yang sedang merenungku saat ini.

“Fi..mummy tahu Fi belum sembuh lagi tetapi Fi tidak boleh berkurung aje dalam rumah ni. Fi perlu jalani hidup Fi seperti biasa. Mummy percaya Fi akan akan ingat semula.” Dengan bersungguh-sungguh mummy berkata begitu. Nada suaranya sebijik seperi mama yang sentiasa memberikan aku semangat untuk terus berjuang melawan amnesia.

“Fi..I am just trying to help you..trust me!” Lirih sahaja suara mummy memujukku. Keputusan yang kubuat sudah mula goyang. Ada betulnya kata mummy tu. Kalau asyik terperuk sahaja di dalam rumah ini, entah bila agaknya aku akan pulih. Mungkin ingatanku akan kembali pulih apabila aku bekerja di tempat  itu semula.  Otak yang sedang aktif membuat keputusan tiba-tiba sahaja ‘blank’ apabila terdengar suara lelaki di sebelahku ini.

“Adrian tetap tak setuju!” Bantahnya yang kulihat meraupkan wajah dengan kasar. Apa hal dia ni? Kenapa dia beriya-iya sangat tidak mahu aku bekerja semula? Apa pula agenda yang ada di dalam kepala lelaki ini?

“Mummy..you don’t have to force her. That job doesn’t suit her at all!” Bentak Adrian lagi setelah dilihat mummy tidak memberikan apa-apa reaksi. Wanita itu hanya memandang kosong ke arah anaknya ini. Aik, tahu benar pulak dia yang kerja sebagai PA atau pembantu peribadi itu tidak sesuai denganku. Aku terus menoleh ke arah Adrian dengan penuh tanda tanya. Dia lebih tahu profesion itu sesuai atau tidak dengan aku? Pandai-pandai aje!

“Tengoklah rupa dan penampilan dia. Client pun boleh larilah mummy!” Lelaki itu terus berdiri. Serentak dengan itu juga darahku terus mendidih. Memang lancang sungguh mulut dia ni. Kalau tak sakitkan hati aku, tak boleh agaknya?! Sibuk! Macamlah dia boss aku!

“Ad! Jaga mulut! She is your wife!” Marah mummy. Tajam anak matanya menghiris wajah Adrian. Aku hanya mampu mengetap bibir sahaja saat ini. Bukan takut hendak bertekak dengan Adrian, tetapi, kerana masih ada rasa hormat pada mummy aku terpaksa berdiam diri.

“Okay..mummy..I am sorry.” Adrian kulihat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di sebelahku kembali.

“ Now rupa paras letak tepi. Nak cakap tentang kecekapan dia buat kerja? She can’t even follow simple instructions mummy! Now let’s talk about efficiency..she did not...”

“Shut up Adrian! You better shut up!” Bebelan Adrian terus terhenti apabila mummy menjerkahnya. Beg tangan Chanel yang berada di atas meja dicapainya kasar dan wanita itu terus berdiri. Sah, mummy sudah berang.

“Habis tu P.A.- P.A you sebelum Fi dulu efficient sangatlah? SPM pun cukup makan, harap seksi aje lebih. Semuanya memang pandai bergaya tetapi otak kosong!” Tengkingan wanita itu membuatkan aku tersentak. P.A you sebelum Fi? Maksudnya? Aku PA lelaki ini? Lelaki ini boss aku? Kepala yang semakin pening kupicit lembut.

“Ad bukan nak ambil P.A. yang dulu-dulu tu bekerja semula..but I don’t want her to be my P.A. anymore!” Bentak Adrian. Memang sah lah aku bekerja dengan dia. Ya Allah, macam mana aku boleh tak perasan? Lelaki ini pernah beritahu yang aku bekerja di Kiara Emas. Kiara Emas!

 “Aku pun tak inginlah nak kerja dengan kau!” Gumamku dengan perlahan. Lelaki di sebelahku ini terus menoleh ke mari. Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya.

“Fi? Apa dia? Mummy tak dengar.”  Aku terus menoleh ke arah mummy.

“Mummy.. Fina tak ada niat nak kurang ajar dengan mummy..tapi, betul kata Adrian, Fina tak pandai buat kerja-kerja P.A tu. Fina nak jadi akauntan mummy, selaras dengan kelayakan Fina.” Ujarku dengan tenang.

“Fi..this time, tolong dengar cakap mummy. Please sayang?” Rayuan mummy semakin menyesakkan dadaku. Belum pun sempat aku bersuara lagi, lelaki di sebelahku ini pula bangun berdiri dan merapati mummy.  Aku hanya mendongak sahaja memerhati mereka yang kini sedang berdiri di hadapanku.

“Mummy please..” Rayu Adrian. Dia terus memeluk mummy dari belakang.

“Okay fine, this time Ad akan cari yang ada kelayakan dan yang tak seksi sangat.” Ujarnya yang kulihat tersenyum nakal. Menyampah aku! Kemudian, pelukan dileraikannya. Tangan kanan pula diangkat seperti gaya orang sedang berikrar.

“I promise!”

“You tak nak Fina jadi P.A. you sebab rupa paras dan penampilannya kan? Ad sakit mata tengok Fi selama ni sebab bagi Ad, dia tak cantik. Kan?!” Soal mummy. Adrian kulihat tidak memberikan apa-apa jawapan. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Nak ambil hati mummy la tu.

“Okay Fine, I agree. You akan jumpa dengan PA you yang baru esok.” Terus sahaja mummy berkata begitu. Ad kulihat terus memeluk mummy semula.

“Thanks mummy..” Ucapnya yang sangat berpuas hati dengan keputusan ibunya itu.
Aku juga turut sama menghembuskan nafas lega saat ini. Lega kerana akhirnya mummy bersetuju juga dengan kehendak kami berdua. Aku lebih rela bekerja dengan Syaf di kedai bunga daripada menjadi PA lelaki perasan bagus ini.

“Fi..jom ikut mummy!”

Terpinga-pinga aku jadinya apabila mummy bersuara. Ikut pergi mana? Soalan itu hanya mampu bergema di kerongkong sahaja. Belum sempat aku berbuat apa-apa, mummy terus menekan punat pada lif. Kad dari dalam begnya dikeluarkan dan kemudian dia menoleh ke arahku yang masih kaku di atas sofa ini.

“You are coming with me now.” Beritahunya lagi bersama senyuman manis di bibir. Mahu tidak mahu aku terus mengangkat punggung. Sempat lagi lelaki itu menghadiahkan jelingan tajam kepadaku. Takut sangat aku jadi P.A. dia. Eleh, aku lagi tak inginlah! 

Lelaki yang baru sahaja hendak memakai kot di badan itu tiba-tiba sahaja mengerutkan wajahnya. Kemudian, dia kulihat melangkah dengan laju menuju ke arah biliknya. Sakit perut lagilah tu. Kuat juga penangan julap tu. Tapi, mummy nak bawa aku ke mana ya? Bersama soalan itu aku mengekori langkah mummy untuk masuk ke dalam lif.

***

Bersambung :D