DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Friday, 9 September 2011

Isteri Separuh Masa 11

Bab 11
Tajam seperti pisau yang baru diasah. Begitulah renungan yang Abang Nazrin berikan dari tadi kepadaku. Tidak berkelip matanya memandang ke sini. Aku yang sedang duduk di antara mama dan nenek pula hanya mampu berlagak selamba walaupun hatiku tertanya-tanya juga kenapa dia memandangku begitu. Kedudukan gaun labuh yang melekat di badan kubetulkan sedikit. Entah baju siapalah yang aku pakai ni. Muat pulak tu! Cuma, labuh sedikit sahaja.. Aku mencuri pandang ke arah lelaki yang berbaju t-shirt hitam itu sekali lagi. Memang benar tekaanku, matanya tidak habis-habis diarahkan ke sini. Rasanya dia telah mencipta rekod bagi acara merenungku tanpa berkelip untuk masa yang paling lama.
Mataku yang bertaut dengan mata lelaki itu kemudiannya kualihkan apabila dia kelihatan seperti marah benar denganku. Mama, papa, dan nenek pula asyik sangat bercerita itu dan ini. Pasti mereka tidak nampak perubahan pada wajah si bapak singa itu. Aduh, kenapalah aku lembab sangat! Entah-entah kerana baju yang melekat di badanku ini yang membuatkan dia memberikan reaksi yang sebegitu.Tapi, apa lagi pilihan yang aku ada? Lagipun, salahnya juga kerana menyuruhku menyelesaikan sendiri masalah yang aku hadapi tadi.
“Wani..” Tersentak seketika apabila tangan mama menampar lembut bahuku. Aku terus menghalakan pandangan ke arahnya. Wanita yang cantik di dalam blaus merah yang mewah dengan hiasan labuci itu hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Ye..ye mama!” Jawabku sambil memaksa diri untuk tersenyum.
“Alahai..dah sampai ke bulan ke? Mengelamun pulak anak mama ni. Tu, soalan nenek Wani belum jawab lagi.” Mama memuncungkan mulut ke arah nenek. Alamak, mesti aku tak perasaan ada soalan yang ditujukan kepadaku tadi. Ah, ini semua bapak singa itulah yang punya fasal! Tengok aku macam nak baham!
“Soalan apa nek?” Soalku sambil tersenyum ke arah nenek. Nenek menghirup sedikit air teh sebelum bersuara.
“Ehem..nenek nak tanya, kamu dah rancang ke bila nak ada anak?” Memang aku tidak menyangka nenek akan bertanyakan seoalan itu. Otakku tidak dapat berfungsi untuk mereka jawapan saat ini kerana terlalu terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut nenek.

“Tak boleh nek! At least not before Wani habis belajar.” Abang Nazrin terus menjawab soalan nenek bagi pihakku dengan pantas. Nafas lega kuhela dengan perlahan-lahan. Nasib baik lelaki itu pandai mencari alasan.
“Betul nek..Wani dan Abang Nazrin dah bincang tentang hal ni dulu..” Aku pula terus menyokong jawapan yang diberikan lelaki itu tadi. Nenek kulihat menganggukkan kepalanya sedikit. Ada riak kecewa dapat kukesan pada wajah wanita itu.
“Kalau boleh, nenek nak timang cicit secepat mungkin. Tapi, apabila memikirkan situasi Wani, nenek setuju dengan keputusan yang kamu berdua buat.” Dah pulak! Dulu beriya-iya mereka mahu kami berkahwin. Sekarang, dah timbul soal anak pulak. Sesungguhnya, aku tidak pernah terfikir langsung tentang perkataan itu. Anak? Anak aku dan Abang Nazrin? Lupakan sajalah!
“ Kamu tumpukan dulu perhatian pada pelajaran. Tak lama lagi aje kan nak habis belajar?” Soalan nenek kusambut dengan anggukan.
“Ye nek..dah tahun akhir dah ni..” Jawabku perlahan.
“Bagus, tak lama nenek perlu tunggu untuk menimang cicit.” Ujar wanita itu dengan gembira. Terasa seperti ada batu besar yang menghempap kepalaku saat ini.
“Papa dan mama pun dah tak sabar nak main dengan cucu ni.” Kata papa pula. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Begitu juga dengan Abang Nazrin.
Sudah tidak tahu lagi untuk memberikan reaksi yang bagaimana saat ini. Beban yang ditanggung semakin berat kurasakan. Sepatutnya, dah lama kami berterus-terang dengan mereka semua yang kami akan bercerai tidak lama lagi. Biar semuanya jelas. Tapi, bagaimana pula dengan keadaan kesihatan nenek nanti? Itulah satu-satunya perkara yang menghalang kami untuk berbuat demikian. Abang Nazrin pastinya sudah menyediakan sebab-musabab kenapa dia ingin menceraikanku ketika berhujah di hadapan semua orang nanti. Aku pula, sudah berjanji lama dulu, yang aku akan bersetuju sahaja dengan tindakannya itu. Aku benar-benar tidak mahu semua orang berharap apa-apa lagi dari kami.
“Papa, berapa hari papa, mama dan nenek bercadang nak tinggal di sini?” Tiba-tiba sahaja Abang Nazrin bertanya soalan itu kepada papa. Aku tahu Abang Nazrin juga sepertiku, sudah semakin tidak selesa dengan situasi sekarang. Dia kelihatan cuba untuk mengubah topik perbualan.
“Mungkin seminggu lagi.” Aku terus memandang ke arah papa.
“Seminggu?!” Terjerit kecil aku dan Abang Nazrin. Lama lagilah aku harus tinggal di sini nampaknya. Aduhai! Nasib, nasib!
“Kenapa korang terkejut ni? Tak suka ke kami tinggal lama-lama kat sini?” Papa nampaknya kurang senang melihat reaksi kami. Kaca mata di wajahnya ditanggalkan sambil merenung ke arah Abang Nazrin. Dengan pantas Abang Nazrin menangkis kata-kata papa. Aku pula hanya mampu berdoa supaya mereka tidak mengesyaki apa-apa.
“Eh..bukan tak suka, kalau nak tinggal terus pun boleh, pa..Nazrin cuma tanya aje tadi sebab..” Si bapa singa itu kelihatan seperti sedang mencari idea untuk menyambung ayatnya. Ceh, tadi nampak seperti ‘confident’ sangat.
“Sebab kalau nenek, papa dan mama nak tinggal lama kat sini, kami ingat nak beli barang dapur lebih sikit esok. Maklumlah, Wani tak selalu masak. Jadi, dapur tu kosong aje..” Aku pula terus menjawab dan lelaki itu kelihatan mengangguk tanda setuju dengan alasan yang diberikan olehku.
“Ha..betullah tu papa..” Ujar Abang Nazrin. Wajahnya kelihatan lega benar ketika ini.
“Oh..ingatkan kamu tak suka kami tinggal lama-lama kat sini tadi.” Luah papa. Ada ketawa kecil di hujung ayat.
“Abang ni, ada ke cakap macam tu pulak. Mestilah diorang suka kita tinggal lama-lama kat sini. Wani dan Nazrin ni mesti rindu sangat dengan kita.” Mama yang sememangnya suka memanjakan kami dari kecil lagi berkata begitu sambil menjeling manja ke arah papa. Aku pula terus merangkul bahu mama.
“Betul mama..Wani rindu sangat dengan mama.” Ujarku dengan mesra.
“Dengan mama aje? Dengan nenek tak rindu ke?” Soal nenek pula sambil pura-pura memasamkan wajah. Semua yang berada di ruang tamu ketawa kecil mendengar soalan wanita itu.
“Mestilah rindu. Wani rindukan semua orang.” Jawabku sambil tersenyum senang. Mak Timah yang baru sampai bersama sepiring besar keledek goreng turut tersenyum sama.
“Jemput makan semua.” Ujar wanita itu.

“Wow..banyaknya keledek goreng!” Aku terjerit kecil. Memang keledek goreng adalah makanan kegemaranku sejak kecil lagi. Nampaknya Mak Timah tak pernah lupa tentang itu.
“Sengaja Mak Timah bawakan keledek dari kampung semata-mata untuk Wani. Mak Timah tahu Wani memang suka sangat dengan keledek goreng ni.” Katanya. Aku pula tanpa menunggu lebih lama, terus mencapai sekeping keledek goreng dan memasukkan ke dalam mulut. Sedapnya!
“Terima kasih Mak Timah.” Ujarku. Semua orang tersenyum senang melihat telatahku kecuali Abang Nazrin. Jelingannya masih lagi tajam seperti tadi. ‘Ah, lantaklah. Ini bukan kali pertama dia memandangku begitu. Abaikan aje bapak singa tu,’ kata hatiku.
***
Terjengket-jengket kakiku mendaki anak tangga. Dah macam penyamun pula lagaknya aku ni. Lama jugalah hendak tunggu semua orang masuk tidur sebelum aku boleh mengambil beg baju dari dalam kereta. Bukan apa, aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan pelbagai soalan dari mereka. Dengan bantuan Mak Timah, dapat juga aku membawa masuk beg berwarna hitam ini dengan selamat. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk perlahan permukaan daun pintu. Apabila tidak ada reaksi kuterima dari lelaki itu, aku terus sahaja melekapkan telinga kanan tepat pada permukaan pintu. Ish, dia dah tidur ke? Baru sahaja tangan kanan ingin memulas tombol, daun pintu sudah pun terbuka. Tanpa membuang masa, aku terus melangkah masuk ke dalam. Risau juga kalau ada sesiapa terlihat keadaanku yang teragak-agak untuk masuk ke dalam bilik sendiri tadi.
Dari dulu sampai sekarang. Aku memang tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk kuperkatakan apabila berhadapan dengan lelaki ini. Haruskah aku tegur dia? Kalau ye, nak cakap apa? “Hai Abang Nazrin.” Tak kan nak cakap macam tu? Aduhai! Sudahnya, dengan sepantas kilat aku menapak menuju ke arah bilikku. Kehadiran lelaki itu kubuat tak tahu sahaja. Tapi, sebaik sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik, lelaki itu bersuara.
“Medina Izwani!” Aku terus berpaling ke arahnya. Beg baju kuletakkan di atas lantai.

“Yes, anything?” Soalku sambil memandang ke arahnya. Dari raut wajahnya itu, aku tahu ada yang tak kena. Ah, jangan-jangan dia tak puas hati kerana aku memakai gaun labuh ini tanpa kebenarannya!
“Mana kau ambil baju tu?” Soalnya kasar. Matanya dicerunkan sedikit apabila memandang ke arah baju di badanku. Kemudian, bola matanya itu kembali memanah tepat ke dalam anak mataku.
“Kat dalam almari..” Jawabku perlahan. Ah, habislah! Gunung berapi pasti akan meletus sebentar lagi.
“Berani kau selongkar almari aku?!” Jerkah lelaki itu. Aku yang tidak menyangka dia akan menengkingku sebegitu hanya kerana baju ini terus memohon maaf.
“Saya minta maaf tetapi saya tak ada pilihan. Lagipun, awak yang suruh saya selesaikan sendiri masalah saya tadi kan...” Ujarku dengan tenang. Mungkin salah aku kerana membuka almarinya dan memakai baju ni tanpa kebenaran tetapi aku memang tidak ada pilihan lain lagi tadi.
“Itu tak bermakna kau boleh suka-suka hati selongkar almari aku!” Tengkingan dari lelaki itu benar-benar membuatkan darahku mendidih.
“Okay, okay! Memang salah saya sebab buka almari awak dan pakai baju ni tanpa kebenaran. I’m sorry.” Aku meraup wajah berulang-ulang kali. Sebelum menyambung ayat seterusnya.
“Tapi, beritahu saya, apa lagi pilihan yang saya ada tadi?” Soalku. Aku Cuma mahu dia tahu yang aku bukan suka-suka nak selongkar almarinya.
“Hey, kau dengar sini!!” Tengkingannya lebih kuat dari tadi. Aku yang sedikit terkejut memandang tepat ke dalam matanya.
“Aku tak peduli pilihan apa yang kau ada. Tapi, aku nak ingatkan kau, jangan sesekali sentuh harta-benda aku dalam bilik ni lain kali!” Keras amaran yang diberikannya kepadaku. Aku yang hendak menjawab kata-katanya terdiam apabila dia menjerkahku buat kesekian kalinya.
“Faham???!” Aku hanya mampu menganggukkan kepala saat ini dan terus berpaling darinya. Entah kenapa, tiba-tiba dadaku terasa sebak. Hanya kerana aku mengambil baju ini tanpa kebebanrannya dia menengking aku macam tu? Hanya kerana baju ni? Jarang aku terasa hati dengan Abang Nazrin kerana memang aku sudah biasa sangat dengan tengkingan dan jerkahannya. Tapi, aku sendiri tidak tahu kenapa ada air mata yang bergenangan saat ini. Tanpa menunggu lebih lama, aku melangkah masuk ke dalam bilik. Air mata yang sudah pun berlinangan terus kusapu dengan jari kerana aku tidak mahu lelaki itu tahu ada air mataku yang tumpah kerananya. Baru sahaja ingin menutup pintu bilik, lelaki itu bersuara lagi.
“Kau tahu tak baju tu untuk siapa?” Soalnya dengan kasar. Nampaknya dia masih tidak berpuas hati denganku. Pandangan kuhalakan ke arah lantai sahaja.
“Kau tahu tak?!!” Soalnya lagi kepadaku setelah soalannya tidak kujawab.
“Tak tahu..” Ujarku dengan perlahan. Kepala kugelengkan sedikit.
“Baju tu untuk hadiah hari jadi Zita!”
Mata yang tadinya memandang lantai kini terus berlari ke arah lelaki itu. Patutlah dia marah sangat denganku. Rupa-rupanya baju ini akan menjadi milik teman wanita kesayangannya. Sumpah, kalau aku tahu baju ni kepunyaan perempuan tu, aku sanggup memakai baju Mak Timah sahaja tadi. Tak ingin aku hendak memakainya. Kerana perempuan itulah, hubungan aku dengan Abang Nazrin semakin hari kurasakan semakin buruk.
“Kau jangan ingat kau pakai baju Zita, kau boleh setanding dengan dia. You can never replace her here.” Ujar Abang Nazrin sambil menundingkan jari ke arah dadanya. Air mata yang bergenangan sekali lagi kutahan dari jatuh. Pandangan mata kularikan ke arah lain. Aku tahu sampai bila-bila pun aku tak akan dapat gantikan tempat Kak Zita dalam hati Abang Nazrin.
“Dengan nama Allah, saya tak tahu pun baju ni milik Kak Zita. Kalau saya tahu, pasti saya tak akan pakai walaupun saya tak ada pilihan lain.” Aku akhirnya bersuara dengan lemah. Lelaki itu masih lagi memandang tajam ke arahku.
“Dr. Nazrin jangan risau. Saya masih ingat janji saya dulu..walau dalam mimpi sekalipun, saya tak akan ada niat untuk ganti tempat Kak Zita dalam hidup awak..” Sambungku lagi. Mana mungkin aku lupa tentang janji yang telah kubuat beberapa tahun yang lalu. Lelaki itu yang kelihatan sedikit puas hati dengan jawapan yang diberikanku terus tersenyum sinis.

“Baguslah kalau macam tu. Tak perlu aku nak ingatkan kau lagi. So, please keep your promise yeah..!” Terlalu sinis kata-katanya itu menghiris hatiku. Aku pula dengan pantas menganggukkan kepala.
“Don’t worry, I will. Baju ni saya akan pulangkan secepat mungkin selepas basuh nanti.” Jawabku dan terus menutup pintu. Air mata yang berlinang di pipi kukesat dengan tudung yang terdampar di atas katil. Aku tahu selagi aku bergelar isteri kepada Abang Nazrin, Kak Zita akan sentiasa wujud di antara kami. Berdosakah aku kalau berdoa supaya jodoh di antara aku dan Abang Nazrin segera sampai ke penghujungnya kerana aku sudah tidak sanggup lagi untuk melalui semua ini?

14 comments:

  1. akhirnya! :) thanks a lot suri.. citer ni smakin best.. owh itu rupanya janji suri kt nazrin dulu.. smbung la cpat2 ye.. x sabar nk tau mcmna patah hatinya nazrin tu bila tau kbenaran psl zita nanti.. huhh..

    ReplyDelete
  2. yey ! thanks kak suri . terbaek la .
    tapi bila dorang nak berbaik ni .
    benci la ngan nazrin tu . kasar2 .
    nanti dia tau sal zita , baru padan muka .
    errrggghh~ geram la . rase nak hempuk2 je si nazrin tu . hihi . cepat sambung k kak suri .
    tak sabar ni . kalau boleh nak cite ni lam bentuk buku . baru best . tak yah tunggu2 . hee~

    thumbs up kak suri ! keep it up !

    ReplyDelete
  3. alahai dik suri..akak rasakan macam nak cilikan aja mulut mamat yg tak berinsuran tu..kalo akak ditempat suri tu da lama akak sepak dia laju laju atau tumbuk aje mulut dia tu..cakap macam tak ingat bahawa suri tu juga punya perasaan..4 tahun satu jangka masa yg lama..akak rasa suri terlalu sabar..yela kan..dia bukan sape sape..nasabnya dia tak tahu..hidup bergantung pada org yg sudi membelanya..hendak menjaga hati org yg membelanya dan mendidik ngan penuh kasih sayang apa pilihan yg dia ada...
    Akan la selama 4 tahun zita tak pernah kantoi ke ..perbuatan dia..kesiannya mamat tu yg tlh diperbodoh bodohkan oleh zita tu...
    Terujanya nak tahu..adakah suri akan beritau pada nenek dan mama perihal mamat tu..
    sudah sudahla jadi punching bag Dr Nazrin..move on ..cari teman lelaki baru..
    dan tunjukkan pada mamat perasaan bagus tu..kalau dia tak sudi..ramai lagi lelaki yg sudi berkawan ngan nya..cuma dia aja yg tahu batas nya sebagai isteri..since mamat poyo tu cakap macam tu..ayuh suri tunjukkan kat dia..He is nobody man...

    Salam
    kak Ida

    P/s sori teremosi byk ni...mrh sungguh ngan perlakuan mamat poyo tu..dan rasa macam suri kena buli habis..

    ReplyDelete
  4. hehe kak ida jgn emo2.. tpi kan, jgn la bg wani cari org lain.. diakan msih isteri nazrin shah wpun cuma separuh masa :) biar la perwatakan seorang medina izwani tu begitu.. seorang yg sedar diri, kuat hati dan teguh peribadi.. baru kena dgn perangai 'singa lapar' tu.. suatu hari kebenaran akan terserlah dan hati yg sekeras batu akan menjadi lembut, tunduk dan pasrah..

    ReplyDelete
  5. kak ida, nama watak utamanya wani, bukan suri..:) thank you so much semua sbb sudi membaca, memberikan komen dan turur sama beremosi hihihi tq semua!!

    ReplyDelete
  6. salam dik..teremosi pulak..pasal watak ni..aduhai..dik ma'af ya..
    akak harap novel ini boleh dibukukan dalam masa yg terdekat ini..sbb Novel ini pasti akan
    meletup macam citer Maid..!
    Tahniah dik..Hope ada E3 lagi ek..

    Salam
    Kak idA

    ReplyDelete
  7. ske.ske.ske.
    tapi cian kat wani. dah byk kali nazrin sebut nak ceraikan dia. huhuhu...
    moga2 nazrin ni akan sedar bila dia akan kehilangan wani...

    ReplyDelete
  8. cite ni walllahhhh....superb!!!...cam MAID....tak sabar nk bace next ep^^
    -nid-

    ReplyDelete
  9. Suri...mmg senggal betul si nazrin tu...name aje ada PhD tp dibutakan sbb cinta...tak tau menilai yg mana kaca, yg mana permata....dah tu mulut mcm x ada insuran je...sesuka hati bercakap x bertapis gitu...wani buat sesuatu biar nazrin ni nnt jilat balik apa yg dia kata kat wani...TERBAEK lg dr SURI. Cepat smbg ye....

    ReplyDelete
  10. wahh.. cite ni mmg lain dr yg lain la k.suri.. xsaba nk tgk pe jd ngan nazrin yg ego tgi n wani yg manje2 n lembut ni..^^

    ReplyDelete
  11. mmg .... mmg... mmg... nk kene nazrin ni, cian wani yg lembut n manje3 ni, hope within a week ni nazrin berubah kit layanan die kat wani.. mmg xsaba nk tgk pe jd ngan dowang.. k.suri.. sambunggggg =))

    ReplyDelete
  12. bila nk kuar novel untuk citer ni?

    ReplyDelete
  13. dh boleh bayangkan novel ISM ni meletup lebih drpd novel maid.. suri siapkn cepat2 ye manuskrip dia, mesti berebut publishing house nk terbitkn novel yg laris mcm ni nnti! :)

    ReplyDelete