DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 10 April 2017

TI AMO, SWEETHEART 100 HARI! BAB 19 B , BAB 20 A DAN BAB 20 B - BAKAL TERBIT HUJUNG APRIL 2017 SEMASA PBAKL 2017 :)


ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)
TAJUK YANG FINAL ADALAH TI AMO, SWEETHEART 100 HARI! :)

BAB 19 B 



“Di sekolah ini, guru sangat mementingkan hubungan di antara pelajar dan keluarga mereka.. Keluarga sering dijemput untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai acara. Selalunya ibu yang akan datang meluangkan masa dan mengambil bahagian tetapi Dina, hanya papanya sahaja sesekali datang. Jika tidak, dia hanya berseorangan ketika rakan-rakannya bersama ibu atau bapa masing-masing menjalankan apa-apa aktiviti di sini.” 

Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata yang sudah berhenti kembali mengalir dengan laju.Sapu tangan kutembapkan di wajah untuk kesekian kalinya.

“Allahuakhbar..” Rintihku dengan pilu.

“Can you imagine her feelings?” Soal Faliq dengan sangat perlahan.

Dina terlalu mendambakan kasih sayang seorang ibu. Patutlah budak manja itu lain sangat kelakuannya semalam. Very clingy..cerita Faliq menjelaskan kenapa dia mahu melekat sahaja denganku sepanjang masa.

Pagi tadi pun jenuh aku memujuknya untuk ke sekolah. Satu lagi, patutlah dia tidak mahu tidur semalam. Mungkin dia takut aku menghilangkan diri sekiranya dia tidur, atau sekiranya dia pergi ke sekolah agaknya. 

“Faliq..”

Baru sahaja ingin mengucapkan terima kasih, kedengaran suara seseorang memanggil namaku dengan tegas.

“Malissa!”

Pantas aku menoleh ke hadapan. Susuk tampan seorang lelaki dengan kaca mata hitam di wajahnya sedang merenung ke mari dengan wajah yang tegang.  Hati yang tenang kini sudah mula tidak tentu arah keadaannya. Ada debaran mula melata di hati. Seringkali terjadi  hanya apabila dia di sisi. Persoalannya, apa yang dia buat kat  sini?

“Is..Iskandar?”

Bagai spring aku terus bangun berdiri. Faliq juga turut sama berbuat demikian. Kedua-dua mata kami berada pada susuk lelaki itu yang sedang melangkah ke mari dengan penuh keyakinan seperti selalu itu. Terlopong mulutku apabila Iskandar yang kini berada di hadapanku menolak bahu kanan Faliq Valentino.

"What are you doing here with my wife??" Tidak menengking. Tapi, tegang wajahnya bertanyakan soalan itu dengan nada yang sangat serius.

Faliq mencapai beg sandang belakangnya yang masih terdampar di atas bangku dan kemudian dia bersuara.

"Tak perlulah nak cari masalah lain, bro. Both of you need to focus on Dina now. Just my two cents." Ujarnya dengan bersungguh-sungguh.

Jawapan yang diberikan oleh Faliq itu membuatkan wajah Iskandar semakin tegang. Mata helangnya merenung tajam ke arah Faliq.

"Just dump your two cents in that stinky bin! I don't need it, thank you!"  Bidasnya dengan sangat sinis. Sebelum lawan mulut antara mereka melarat, aku terus menarik lengan Iskandar.

"Tak payahlah nak buat samseng kat kawasan sekolah ni. Please lah!" Bisikku dengan sangat geram.

Iskandar pantas melepaskan peganganku di lengannya dan menggenggamnya dengan erat. Apa lagi, darjah geram aku terhadap lelaki ini makin mencanak ke langitlah! Ada aje cara dia nak ambil kesempatan. Menyesal pula aku pegang lengan sasanya tadi! Isk!

 Saat jemari kami erat bertautan, suara Faliq yang bergema di kawasan ini membuatkan aku menoleh ke arahnya.

"Malissa. See you around. 
Tu..Stella dah keluar dari kelas." 

Jari telunjuk ditudingkan ke arah susuk tubuh kecil kanak-kanak perempuan yang sedang girang melangkah bersama rakan-rakannya di hujung sana. Pantas aku menganggukkan kepala.

"Allright, Faliq, Thanks again for everything ya. Nanti saya pulangkan sapu tangan awak ni selepas bersihkannya." 

Sapu tangan di tangan kulayangkan sedikit ke arahnya. Apa lagi, mendengar sahaja kata-kata aku itu, Iskandar terus merampas sapu tangan di tanganku.

"Pulangkan sekarang! Setakat sapu tangan, selori aku boleh beli untuk isteri aku." Sinis sekali kata-katanya membidas Faliq.

Sapu tangan kotak-kotak itu dihulurkan ke arah lelaki yang meggantungkan headphone di leher itu dengan kasar.

 Faliq pula sekadar mencapainya dan hanya mampu tersenyum tawar sahaja melihat kelakuan Iskandar. Kepala digelengkan sedikit sebelum melangkah pergi. Apabila susuk tubuh Faliq semakin menjauh, aku terus menoleh ke arah Iskandar. Anak matanya kutikam dengan renungan tajam.

"What's wrong with you, Iskandar?" Soalku dengan sangat geram. Anak mata Iskandar merenung ke arah kedua-dua belah mataku silih berganti. Tidak ada lagi ketegangan di wajahnya seperti tadi. 

"Malissa..I am your husband and I hate to see you crying in front of other man!" Bersama keluhan dia bersuara. Oh, cemburukan Faliq? Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Awak jealous dengan Faliq?" Anak mata kukecilkan saat ini.

 "Yes I am!" Jawabnya dengan tegas.

Rasa geram dengan lelaki ini semakin menjadi-jadi. Pandangan kulemparkan ke hadapan sana bersama keluhan kecil di bibir. Tersentak aku jadinya apabila anak mata melekat pada susuk tubuh seorang anak kecil di dalam sweater biru yang sedikit tebal sedang melangkah lemah seorang diri. Dina dah keluar dari kelas. Membuak-buah rasa ingin memeluk si comel itu saat ini.

"Lisa.. remember you once said that I am your painkiller? So,  just cry on my shoulder..only on my shoulder!" 

Kata-kata Iskandar yang tegas menerjah masuk ke telinga membuatkan aku kembali menoleh ke arahnya. Rasa geram dengan sikap semburu buta lelaki ini tadi membuatkan aku membidas kata-katanya dengan sangat tajam.Siap cekak sebelah pinggang lagi.

"Sorry..dulu saya bodoh. Saya tak tahu yang painkiller boleh memudaratkan saya. Saya dah tak perlukan painkiller lagi. Lepas hati saya hancur kerana awak, saya takut buah pinggang saya pulak rosak!"

Nyata Iskandar tidak gembira dengan kata-kataku. Sejuta riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya. Puas hati aku! geram betul apabila dia cemburu buta dengan Faliq tadi. 

Tak fasal-fasal Faliq jadi mangsa.  Apabila lelaki itu ingin berkata-kata lagi, aku pantas melangkah laju menjauhinya. Kaki kuatur kemas menuju ke arah Iva Irdina yang berada betul-betul di hadapan kelas.

Dina..mama tak boleh janji yang mama tidak akan bercerai dengan papa tetapi mama janji, mama akan sentiasa bersama Dina walaupun jodoh mama dan papa tak panjang. Mama janji sayang.
***



 BAB 20 A



 Comforter berwarna pink yang menutup sebahagian tubuh kutarik hingga ke paras leher. Erghh..gara-gara terlalu geramkan lelaki itu, tak jadi terus aku nak bertanya tentang perbincangan di antara Iskandar dengan guru kelas Dina siang tadi. Dina memanglah sudah nampak gembira tetapi dia tetap masih belum kembali ke sedia kala. 

Tadi, aku lihat dia termenung panjang di sudut kanan bilik. Aduh! Apa yang harus aku lakukan untuk memulihkan keadaan Dina? Ah, ini semua salah Fendi! Ada ke cakap hal-hal cerai-berai depan budak kecil seperti Iva Irdina tu?  Aku yang baru sahaja ingin mengiring ke kiri tidak jadi hendak berbuat demikian apabila Dina merengek memanggilku dengan nada yang sangat sayu. 


"Mama..mama..mama.."

Pantas aku menekan suis lampu tidur di sisi katil. Kemudian, aku menerpa ke arah Dina dan terus memeluknya.

"Ye sayang..mama kat sini.."Pujukku dengan sangat lembut. Dakapan di tubuhnya semakin kueratkan. Matanya masih terpejam saat ini. Dina mengingau rupanya. Hatiku mulalah dihambat rasa pilu.

"Mama..jangan pergi. Dina tak nak mama pergi. Jangan tinggalkan Dina.." Kepalanya digelengkan-gelengkan tetapi matanya masih terpejam rapat. 

Pantas aku mengusap kedua-dua belah pipinya.

"Dina..Dina sayang..kenapa ni? Kan mama ada di sini?" Ujarku dengan sangat lembut. Perlahan-lahan anak kecil ini membuka matanya. Pantas dia memeluk tubuhku dengan sangat erat sambil menangis. Aku mengelus rambutnya dengan perlahan-lahan. Tangisan yang sedikit itu kemudiannya menjadi esakan yang sedikit kuat.

"Dina..janganlah menangis..mama pun sedih tau kalau Dina macam ni.." Kata-kataku membuatkan esakan anak kecil ini semakin kuat. Sangat kuat. Bertambah bimbang hatiku saat ini..


Tergamam aku jadinya apabila pintu bilik dibuka dari luar. Di dalam kesamaran lampu kuning dapat kulihat susuk tubuh seorang lelaki di muka pintu.

"Dina mimpi mama tinggalkan Dina. Dina mimpi mama dan papa bercerai. Dina tak nak papa kahwin dengan Auntie Rania! Dina benci Auntie Rania!"  

Akhirnya anak kecil ini bersuara di dalam sedu-sedan. Tergamam aku jadinya. Anak mata kularikan ke arah Iskandar yang sedang bersandar di muka pintu. Dapat kulihat dengan jelas dia meraupkan wajahnya beberapa kali di dalam biasan cahaya kuning ini. Kemudian, anak mata kufokuskan kembali ke arah Dina yang masih menangis. Dengan perlahan-lahan aku melekapkan tangan kepada kedua-dua belah pipinya.

"Shhh...shhh..mama ada ni sayang.."

Air mata di wajahnya kuseka dengan jari di atas katil empuk ini. Kemudian aku bersuara dengan bersungguh-sungguh.

"Listen here honey..dengar cakap mama ni. Mama tak akan sesekali tinggalkan Dina."
Alhamdulillah kata-kataku yang ini berjaya meredakan sedikit tangisannya.

"Promise?" Soalnya di dalam sedu-sedan yang masih bersisa.

 Pantas aku menganggukkan kepala ke arah budak perempuan berusia 6 tahun ini. Jari kelingking aku cangkukkan ke arah jari kelingkingnya  yang dihulurkannya kepadaku

"Mama promise..mama akan sentiasa bersama Dina." Ucapku lagi untuk meyakinkan dia.

"Mama tak akan biarkan Auntie Rania buat apa-apa pada Dina. Mama akan sentiasa ada dengan Dina." Sambungku lagi.

 Perlahan-lahan jemarinya menyeka sendiri wajah yang sudah basah lencun dek kerana air mata yang lebat mengalir sebentar tadi.

Iskandar yang tadinya hanya membatu di muka pintu kini melangkah masuk ke dalam bilik. Jantung aku ni mulalah buat perangai pelik.  Sedaya upaya aku cuba menselambakan diri. Boleh pula dengan selamba dia mengambil tempat di birai katil, betul-betul di sebelah aku. Pantas aku mengesot ke arah Dina apabila dia juga turut sama berbaring di atas katil ini. Memang nak kena ni!
"Dina..papa janji, papa dan mama tak akan bercerai. Sekarang Dina tidur okay? Esok nak ke sekolah." 

Pujukan Iskandar kepada Dina sedikit sebanyak mampu mengusik tangkai hatiku.  Atas dasar apa janji itu dibuat? Sekadar untuk memujuk Dina atau dia benar-benar maksudkannya?

"Papa promise?" Soal Dina dengan bersungguh-sungguh.

Iskandar menganggukkan kepalanya dengan penuh keyakinan.

"Promise." Ujarnya sambil menggenggam lembut tangan kananku. 

Aku mulalah tak senang duduk.
 Tangannya tu tak boleh agaknya kalau tak usik-usik aku?
Pantas aku menoleh ke arahnya dengan pandangan tak puas hati. Seperti biasa, lelaki ini boleh pula buat-buat tak faham! Aku cekik jugak dia ni! Di dalam kesamaran cahaya kuning dapat kulihat anak mata Dina berada pada genggaman tangan Iskandar pada  tangan kananku. 

Kami tidak akan bercerai? Yakinnya Iskandar. Dengan ibunya yang benci sangat dengan aku, dengan keadaan di mana Mak Datin sorang tu mendambakan harta kekayaan Si Rania, mampukah perkahwinan ini bertahan?

Kenapa dia harus lambakkan janji palsu buat Dina? Tangan kiriku meleraikan genggaman tangan Iskandar pada tanganku saat ini. Dengan wajah yang sayu aku merenung ke arah Dina yang sudah mula berbaring kembali.

"Mama akan tinggal di sini kan lepas ni? Mama tak akan hilangkan diri lagi seperti sebelum ni?" Soal Dina bersama mata yang tak berkelip ke arahku. Nafas aku tarik dalam-dalam. Wajah Dina kupandangan dengan penuh kasih.

"Dina..walaupun mama tinggal di rumah Kak Zati, mama janji mama akan datang sini hari-hari untuk jumpa Dina." Pujukku sambil mengelus lembut rambutnya.

"Mama tipu! Kadang-kadang mama tak datang pun jumpa Dina.."  Aduh ada nada tidak puas hati dalam ayat itu. 

Alamak, janganlah dia menangis lagi. Hatiku mulalah diserbu rasa risau. Bibirku terkunci terus saat ini. 

"Kenapa mama dan papa Stella tinggal sama-sama? Kenapa mama dan papa Zaynab pun tinggal sama-sama? Kenapa mama tak boleh tinggal kat sini?" Soal Dina lagi dengan  bertalu-talu. 

Aku melepaskan nafas berat. Dina..kejamkah mama buat Dina begini?

"Don't worry sayang..mama will stay with us. Esok papa tolong ambilkan barang-barang mama di rumah Kak Zati."

Tergamam teruk jadinya aku. Bagaikan spring aku menoleh ke arah Iskandar. Masih lagi tersentak mendengar janji yang baru sahaja dibuatnya kepada Dina. Anak mata kami berpandangan untuk seketika saat ini.Rasa marah dan geram mula menyerbu dada. 

Tak bolehkah sekurang-kurangnya bincang dulu dengan aku?!

"Yeayyyy! Saayang papa...saaaayang mama! Betul ke ni papa?"  Soal Dina dengan sangat gembira.

 Aku mulalah tak senang duduk. Apa agaknya rancangan Iskandar? Hati aku dah mula menggelegak ni namun dek kerana Dina aku masih bertahan.

"Yes..tapi Dina kena janji dengan papa yang Dina akan tidur sekarang jugak." Ucapnya kepada anak tunggalnya ini. Pantas Dina menganggukkan kepala sambil bersuara. 

"Good night!"

Iskandar ketawa kecil melihat gelagat puterinya ini.
"Good night sayang.." Ucap lelaki ini. 

Aku pula terus menoleh dan menjegil ke arahnya tanda menyuruh dia bangun dari sini.

"Rasa macam nak tidur kat sini pula.." 

Bisiknya dengan perlahan sambil membetulkan posisi tubuhnya. Pantas aku meletakkan jari telunjukku tepat ke bibirnya. Iskandar terpempan dengan gelagatku.  Aku juga turut sama terdiam. Pantas aku melarikan jariku dari bibir lelaki itu.

"Shhh! Kalau Dina dengar, siap awak! Saya keluar dari rumah ni sekarang jugak!" Aku memberikan amaran dengan sangat geram dalam keadaan berbisik. Erghh..boleh koma  aku  jadinya kalau Dina dengar dan membuat permintaan begitu!

Ketawa kecil Iskandar bergema di dalam bilik ini. Jelingan tajam kuberikan ke arahnya.
Pantas lelaki yang sedang berbaring ini bangun terus dari katil sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Ha..tahu pun takut! Aku pula terus menyelinap masuk ke dalam comforter dan membalut diri sampai ke kepala. Tubuh kuiringkan ke kanan sambil memeluk Dina dengan hati yang berserabut dek kerana janji Iskandar kepada anak kecil ini tadi.

 Wajarkah aku berpindah ke sini?

***



 Benarlah kata orang, curiousity killed the cat! Sudah hampir sejam aku berbaring ke kiri dan ke kanan namun tetap juga mata ini tak mahu lelap. Akhirnya, aku bangun dan menyandarkan tubuh pada kepala katil. Tak boleh jadi, dengan pantas aku menekan suis pada lampu di sisi katil.Pandangan kufokuskan  pada jam di dinding. Baru pukul 11 malam! Pastinya lelaki itu masih belum tidur. Nak pergi ke tak nak berjumpa dengan dia? Aku mula mencongak di dalam kepala.

Ada kemungkinan tak yang lelaki itu akan lepas laku seperti malam semalam? Bibir kugigit sedikit dengan wajah yang berkerut. Pelukan hangatnya yang melilit tubuh semalam masih terasa saat ini. Tak boleh, tak boleh! Esok sahajalah aku berbincang dengan dia.

Tapi, bila masanya nak berbincang? Takkan nak berbincang di hadapan Dina?   Mahu tidak mahu, aku juntaikan jugak kaki ke lantai. Dengan hati yang berat aku mula melangkah turun dari katil dan menapak ke arah pintu. Nafas kutarik dalam-dalam. Oversized t-shirt yang membalut tubuh kubetulkan dan aku mula melangkah keluar dari bilik dengan perlahan-lahan  dan meninggalkan Dina yang sudah pun lena diulit mimpi. Suis kutekan dan aku mula mengerutkan wajah. Nampaknya lelaki itu tidak berada di ruang tamu. Ha..ni yang aku malas ni.

 Perlahan-lahan aku melangkah ke arah biliknya. Dah tidur ke dia? Bagai patung aku berdiri di hadapan bilik lelaki itu. Apabila terdengar bunyi benda terjatuh yang datangnya dari bilik kerja Iskandar, aku mula melangkah ke situ. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini.

Kemudian, aku terus mengetuk pintu bilik.

Tok! Tok!

Tak sampai seminit pintu terbuka. Lelaki yang kelihatan segak walaupun dengan hanya memakai sweater merah dan tracksuit ini merenung ke arahku dengan pandangan yang sangat mempesonakan. Apabila wajah kacak ini tersenyum, ha..mulalah jantung aku  berdebar.

"Awak! We need to talk!" Ujarku kelam-kabut. 

Tak mahu perasaan gugup terlalu menguasai diri.
"Please come in sweetheart." Ajaknya. Siap depakan sebelah tangan lagi sebagai tanda mempersilakan aku masuk. Anak mata kujulingkan ke atas. 

"Stop calling me sweetheart!!"

Bidasku dengan geram sambil melangkah masuk ke dalam bilik kerja ini dengan wajah yang masam.


"Malissa..please.."


"Please apa? Awak memang sedang menangguk di air keruh kan sekarang ni? Awak memang sengaja nak ambil kesempatan kan?"  Soalku lagi dengan nada tak puas hati. Nada suaraku sudah naik beroktaf-oktaf tinggi dari tadi.


"Yes! Abang memang mahu dapatkan Lisa kembali! So what kalau abang nak menangguk di air keruh or air jernih ke apa sekalipun? So what?? Tapi, my priority is still Dina..abang buat semua ni untuk Dina." Dia juga bersuara dengan tegas. Pandangan kami yang sama tajamnya berlaga saat ini. 

"My priority is still Dina konon! Penipu!" Bidasku dengan sangat geram. Iskandar sudah mula merenungku dengan sedikit tajam.


"I met with Dina's class teacher earlier today. Dina memang tahu ada yang tak kena dengan kita. The worst part is dia menangis dan mengadu dengan guru dia yang kita ni..you and me, tak macam mama dan papa orang lain." 

Dengan berat hati Iskandar meluahkan segala-galanya tanpa perlu aku bertanya tentang butir bicara di antara dia dengan guru kelas Dina. Tergamam aku seketika. 

"Abang juga rindukan Lisa.." Ucapnya lagi di antara dengar dan tidak. 


"Sangat
-sangat."  Sambung lelaki ini. 

"You can only cry in front of me. Only me. Jangan sesekali menangis depan lelaki lain. Remember that."  Serius ayat permintaan yang keluar dari mulutnya itu.


 Apabila terpandangkan album gambar di dalam kotak yang sempat aku geledah dulu, hati mula dihambat rasa hiba. Kaki terus terpaku pada lantai. Tidak dapat lagi melangkah. Lama aku berada di dalam keadaan ini. Anak mata masih tidak dapat kularikan dari kotak besar itu. Kerana sekeping surat dan beberapa keping gambar, aku dan Iskandar jadi begini. Kejamnya Rania dan Mak Lang. Kejamnya Iskandar kerana meninggalkan aku selama dua tahun.

"Sayang..abang minta maaf sekali lagi. For what I have done. I am sorry for all the pain I have caused. Apa yang abang harus buat untuk Lisa maafkan abang? Just say it sweetheart.."

 Kata-kata Iskandar membuatkan aku melarikan anak mata dari kotak tersebut. Nampaknya, lelaki ini terlalu mengenali aku.

 Dia dapat menebak dengan tepat apa yang sedang bermain di dalam fikiranku. Hebat. Enggan hanyut di dalam emosi lagi, pantas aku menoleh ke arahnya dengan riak wajah selamba.

"Apa yang awak mengarut ni? Saya datang ke sini bukan untuk bercakap tentang kita!" Bidasku dengan sinis.

 Selamba sahaja aku melangkah ke arah kerusi yang letaknya di hadapan meja kerja Iskandar. Lelaki itu juga turut sama menarik sebuah lagi kerusi supaya menghampiriku dan dia juga turut sama duduk.

"So, what is bothering you, sweetheart? Hmm?" Soalnya dengan lembut.

Lelaki ini memang tahu semua kelemahanku! Renungannya yang prihatin dengan suara itu mampu mencairkan hati sesiapa sahaja. Semua rasa geram dan serabut tidak kutahu melayang ke mana. Anak mata kuhalakan ke arah meja yang penuh dengan pelbagai buku yang tebal sebelum hinggap ke wajah Iskandar kembali.

"Kenapa awak pandai-pandai janji dengan Dina?" Nada suara kutinggikan juga saat ini. Tajam renungan yang aku hadiahkan kepadanya. Belum sempat dia menjawab, aku membidas lagi.

"Bila masa saya bersetuju nak pindah sini? Bila masanya yang saya bersetuju nak tinggal sebumbung dengan awak?" Soalku dengan sangat geram.

 Aku lihat Iskandar terkedu dengan kata-kataku. Kedua-dua belah tangannya meraup wajah sebelum dia bersuara dengan lemah.

Pantas aku bersuara.

 "Watch your tone..I am still your husband.." Sedikit tegas kata-kata itu menerjah telingaku. Nyata Iskandar sudah mula hilang sabar. Kemudian, dia menghelakan nafas yang sangat berat. Lama dia merenung ke arahku sebelum bersuara kembali.

"Menangis? Dina mengadu apa dengan cikgu dia?" Soalku dengan bersungguh-sungguh. Semakin menjadi-jadi kembimbangan di dalam hati.

"Dia mengadu yang mama dan papa dia tak tinggal serumah dan akan bercerai. Mama dan papa tak get along well. Mama akan pergi dan tinggalkan dia. Mama pernah beberapa kali cuba melarikan diri darinya. Dia bertanya kepada Madam Sylvia, kenapa mama sering menjauhkan diri dari dia? Was she being naughty? Adakah dia seorang anak yang jahat?" 

Jawapan Iskandar bagaikan panah yang menusuk tepat pada jantung aku. Sampai begitu persoalan yang bermain di fikiran Dina? Pantas aku menggelengkan kepala bersama sebak yang menghimpit dada.  Tidak sangka Dina akan mengadu dengan gurunya tentang perkara ini. Maksudnya apa? Maksudnya dia sudah tidak mampu lagi untuk memikul beban di fikiran itu sendirian. Allahuakhbar..diam-diam rasa bersalah sudah mula membelit diri. Aku memang seorang ibu yang kejam.

"Malissa..we thought she is too young to understand..but no, dia nampak segala apa yang terjadi di antara kita dan dia faham semua tu." Lembut kata-kata Iskandar menerjah rongga telinga. Anak mata yang sudah pun berkaca kugagahkan juga menatap wajah Iskandar di hadapanku.

"Sebab tu abang janji dengan Dina yang Lisa akan pindah ke sini esok." Kata-kata Iskandar membuatkan air mata yang semakin memberat mengalir laju ke pipi.

"Dina terlalu rindukan Lisa.." Ucap Iskandar.

Tanpa diduga Iskandar menyeka lembut air jernih di wajahku dengan jemarinya. Jemarinya mengusap wajahku untuk seketika. Tergamam aku dengan perlakuannya. Apabila jemari milik lelaki itu meraupkan rambut yang menutup sebahagian wajah ke tepi telinga, aku melarikan wajah ke arah lain. Keras terasa lidah yang kelu saat ini. Renungannya semakin membuatkan aku lemas dengan getaran yang melanda jiwa. Kelam-kabut aku bangun dari kerusi.

"Saya nak bincang tentang perkara ini aje dengan awak. Good night!" Ujarku yang kemudiannya melangkah laju ke arah pintu.

"Malissa.."

Tangan yang sedang memulas tombol pintu terhenti terus gerakannya. Kepala kutoleh ke belakang.
Ah, ini mesti kes petang tadi di mana aku menangis di hadapan Faliq. Aku dah tak tahu nak mengangguk atau menggeleng dengan permintaan Iskandar itu.

Dia ingat senang agaknya nak control air mata ni?

Terus aku berpaling semula dan melangkah keluar dari bilik dengan perasaan yang bercampur-campur. Kenapa aku seakan suka pula melihat Iskandar cemburukan Faliq? But that man..Issac Iskandar, he looks kinda cute when he is jealous. Tanpa sedar ada segaris senyuman menghiasi bibir saat ini.

 BAB 20 B




 Memang aku berat hati untuk pindah ke rumah Issac Iskandar. Kacang walnut di dalam mulut aku kunyah saat ini sambil menghalakan pandangan ke arah televisyen yang terpasang semenjak dari tadi. Apabila sedar Fatin dan Zati tak berkelip merenung ke mari, aku terus menoleh ke arah mereka dengan pandangan tidak puas hati.

"Kenapa dengan korang ni?" Soalku dengan geram. Zati terus mencicit ke mari dan melekap di sebelahku atas sofa empuk ini.

"Confuse kejap aku! Yang nak pindah ke sana tu kau atau Dato' Issac?" 

Soal gadis yang memakai dress labuh berwarna kelabu ini dengan nada suara berbisik.

Mata pula dihalakan ke arah bilik aku yang tertutup rapat. Fatin yang berada di hadapanku pula kemudiannya bersuara.

"Betul, betul, betul!" Kepala dianggukkannya berkali-kali.
Nafas kutarik dalam-dalam.

"Oh..fasal benda ni korang tak senang duduk rupanya. Dah rupa ayam berak kapur dah sorang-sorang." Ujarku.

Ah, memang aku sengaja ingin membuli Iskandar. Bukannya aku tidak fikirkan Dina, tetapi aku juga perlukan masa. Aku minta untuk pindah ke sana esok supaya aku mempunyai masa untuk mengemas segala harta karunku tetapi Iskandar tetap juga berkeras supaya aku pindah ke sana hari ini juga. Akhirnya, aku suruh dia aje yang kemaskan barang-barangku. 

Padan muka!

"Kau tak kisah ke dia kemaskan barang-barang kau?" Soal Zati lagi. 

Aku pantas menggelengkan kepala. Anak mata masih terhala pada skrin televisyen. Keduap-dua belah bahu kujungkitkan ke atas.

"Lantak! Malas aku nak ambil kisah. Dia yang nak sangat kan aku pindah ke sana..pandai-pandailah dia kemas barang-barang aku tu." Jawabku acuh tak acuh.

"Isk..aku tak fahamlah dengan korang ni Lisa..korang dah berbaik ke?" Soal Fatin pula. 

Pantas aku merenung ke arahnya. Gadis berwajah bujur sirih itu siap garu kepala lagi di sebalik tudung.

"Berbaik? Excuse me, aku paksa diri pindah ke sana sebab Dina je ni. Korang tahu kan cerita tentang Dina? Dia perlukan aku..dia perlukan mama dan papa, kedua-duanya sekali untuk waktu sekarang." Terangku dengan sejelas-jelasnya.

 Tak mahu Fatin dan Zati salah sangka pula. Zati mula tayang wajah tak percaya. 

"Lah..belum berbaiklah lagi ni?" Dahinya ditampar lembut. Memang Zati dan Fatin selalu nasihatkan aku supaya maafkan Iskandar pun.

"Habis tu kau tak kisah ke dia sentuh-sentuh barang kau?" Soal Zati.

Aku terus ketawa jahat. 

"Memang sengaja aku nak susahkan dia. Lantaklah. Tak payah fikir." Ujarku bersama tawa yang masih meleret. Ha! Biar dia pening sorang-sorang kat dalam bilik tu. Balang kacang di tangan kuberikan pada Zati.

"Nah makan ni."

Lambat-lambat Zati mencapai balang jernih di tanganku ini. 

"Barang-barang private kau pun kau tak kisahlah dia kemaskan ya?" 

Soalan Zati benar-benar membuatkan aku tersentak. Pantas aku menoleh ke arahnya. 

"Apa maksud kau?" Soalku pelik. Fatin hanya mendengar sahaja perbualan kami.

"You know..your Victoria's Secret perhaps..??" 

Aku sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala mendengar kata-kata Zati. Dia yang suka sangat dengan Victoria's Secret. Aku biasa-biasa aje.

"Aku tak pernah ada pun  perfume Victoria's Secret. Tapi memang wangilah kan. Yang kau pakai tu apa? Love Spell ye? Nantilah aku beli." Jawabku acuh tak acuh tanpa memandang ke arahnya.

"Vanilla Lace, Pure Seduction dan Sheer Love pun best sangat, Malissa."Tokok Fatin pula. Budak-budak ni memang hantu Victoria's Secret! Dari losyen badan sampai ke perfume dorang ada. Zati kulihat dah mula picit dahi.

"Aku tak bercakap tentang perfume lah badigol!" Ujar Zati. Aku dah mula hilang sabar. Kepala yang tak gatal aku garu dengan geram.

"Dah tu?" Soalku sedikit rimas. 

"La senza? Kau ada La Senza? Kau tak kisah ke Iskandar kemaskan La Senza kau tu?" Zati menyoal dalam keadaan berbisik.

La Senza? Gulp!Rasa macam semua darah yang ada  di wajah dah dihisap dracula saat ini. Tahulah aku yang barang private yang dimaksudkan Zati tadi adalah pakaian dalam aku! 

"La Senza???"

 Aku mula nak pitam. Kenapa aku tak terfikir! Malunya! Iskandar kemaskan  kesemuanya ke?

Pantas aku bangun. Aku yang dah macam ayam berak kapur sekarang ni. Aduh..apa aku nak buat ni!Dahi kupicit kasar. Fatin dan Zati hanya memerhati sahaja keadaanku yang cemas ini.

"Haa..itulah maksud aku..barang-barang private kau! Lambat pickup betulla kau ni." Bidas Zati sambil menepuk dahi sekali lagi.

"Kalau kau tak kisah okay je. Lagipun korang memang still husband and wife kan? Not like this is the first time he's going to see all that!" Sambung Zati lagi membuatkan aku menggelengkan kepala. 

Tak boleh jadi ni!

"Aku rasa baik aku sendiri yang kemaskan barang-barang aku. Kejap ye." Kelam-kabut aku berkata begitu dan memecut pergi ke arah bilik.

Sebaik sahaja pintu dibuka, tergamam aku jadinya! Iskandar juga turut sama tersentak.

 Memang wrong timing!

 Pantas aku menutup pintu gara-gara tidak mahu Zati dan Fatin nampak situasi ini. Pakaian dalam berwarna hitam di tangan lelaki itu aku rampas dan aku masukkan ke dalam bagasi dengan wajah yang masam mencuka. Siap selit kat bawah-bawah baju lagi.  Erghh! tebalnya wajah berinci-inci saat ini. Iskandar dah mula senyum senget.

"What with the smirk? Tak payah nak senyum macam tu!" Tanpa memandang wajahnya aku memberi amaran.

 Apa agaknya yang berada di fikirannya di sebalik senyuman yang sebegitu. Adoi! Apabila sedar dia masih merenung ke mari, aku menjegil ke arahnya.

"Awak boleh keluar sekarang. Saya nak kemaskan barang-barang saya sendiri." Ucapku dengan tegas.

"Eh bukan tadi Lisa beriya suruh abang kemaskan ke?" Soalnya dengan senyuman yang sukar hendak ditafsirkan di wajah.

Anak matanya hanya berani kutentang untuk beberapa saat sahaja sebelum aku memfokuskan pandangan pada bagasi Rimowa berwarna silver di atas lantai. Lincah tangan memasukkan baju-baju di atas katil ke dalam bagasi. Tak sempat lipat pun gara-gara kalut sangat ni. Siap ada yang terbang ke lantai lagi. Pantas aku mengutipnya dengan kalut.
Apabila  sedar yang lelaki itu menghampiriku saat ini, debaran di dada semakin teruklah berkompang. Tambahan  pula apabila dia tenung aku begitu. 

Sabar ye jantung! Jangan buat hal.

"Lisa..Lisa..still the cute and clumsy Lisa." Bisiknya di telingaku.

 Pantas aku pejamkan mata. Ah, mesti dia ni akan bahan aku habis-habisan!

"And sexy too." Ucapnya lagi. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang bulat.

  Jari telunjuk kutudingkan ke arahnya. Senyum senget atau sexy smirk di wajahnya perlahan-lahan bertukar kepada ketawa kecil.

"Awak jangan nak mengarut ya. Please leave!" Amaran keras kuberikan saat ini kepadanya. Iskandar merapatkan bibirnya ke telingaku.

"Malissa..you know what...I even remember clearly how you looked like in that black..."

 Berderau darah dalam badan mendengar kata-katanya itu dan belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu, aku pantas memotong.

"Shh! Dah tak payah nak ingat apa-apa time-time ni. Dah tak payah nak cakap apa-apa! Please la keluar. Jangan kacau saya buat kerja."  Baju di tangan kuhempaskan di atas katil kembali. tak boleh jadi ni. Langkah kaki laju menuju ke arah pintu bilik. Tombol kupulas dan daun pintu kukuakkan selebar-lebarnya.

"Keluar! Please!" Ujarku dengan sangat tegas.

Mendengar kata juga lelaki ini apabila dia melangkah dengan perlahan ke mari. Namun tekaanku meleset apabila lenganku ditariknya dan daun pintu ditutup rapat dengan sebelah tangan. Tersandar aku jadinya pada dinding.

"Kalau abang tak nak keluar?" Duganya bersama renungan nakal.

 Aku mulalah rasa janggal dengan situasi ini. Pucat terasa wajah.

"Awak jangan nak macam-macam ya?" Ujarku dengan sangat tegas.

"Fatin dan Zati ada kat luar tu." Sambungku lagi. Iskandar menyebak rambutku yang menutup sebelah wajah.

"So what?" Soalnya yang semakin galak merenung ke mari.

 Seronok agaknya melihat aku kalut begini? Tubuhku dihampiri lelaki ini sehingga jarak di antara kami hanya tinggal sejengkal. Kepala ditundukkannya sedikit supaya dapat melihat wajahku dengan jelas.

"Abang janji akan keluar dari sini tapi dengan satu syarat." Ujarnya bersama renungan yang sangat mempesonakan jiwa.

"Syarat apa pulak ni?" Soalku tidak puas hati. Yang pasti, seluruh tubuh sudah sejuk gara-gara terlalu canggung dengan situasi ini.

"Syaratnya.." Setelah berkata begitu, jari telunjuknya ditudingkan ke bibir merah pucat miliknya..

"No way!" 

Terjerit kecil aku jadinya .Pantas aku menggelengkan kepala. Nasib baik aku tak koma.. Degupan semakin kencang di dalam dada dengan permintaan lelaki ini.

"Well..you have no choice.." 
Bisiknya dengan perlahan.

Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Apabila wajah Iskandar semakin mendekat, aku terus memejamkan mata.

 Kenapa terasa seperti tidak terdaya untuk aku menolak lelaki ini? Atau adakah aku juga terlalu rindukan dia? Rasa gelisah dan resah menjadi satu saat ini. Kaku aku jadinya. Apabila terasa hidungku ditarik lembut, pantas aku membukakan mata seluas-luasnya. Bibir kugigit geram apabila Iskandar sudah mula ketawa kecil. 

"You were expecting something else from me, weren't you?" Soalnya di antara dengar dan tidak. 

Aku masih lagi terkunci di dalam ruang yang diciptakannya ini.

"Tolong keluar!" Tak peduli lagi Fatin dan Zati di luar sana, aku terus bersuara dengan sangat tegas. 

"Yes, I better leave I guess..you look so pale, just like on our first night." Bisiknya bersama senyuman yang sangat menggoda.


"Abang cintakan Lisa dan akan beri Lisa masa untuk terima abang selama mana yang Lisa inginkan. Don't worry..take your time. 5 days has passed. I still have 95 days to win your heart remember?" 
Ujarnya dengan bersungguh-sungguh.

Sempat lagi dia mengusap pipiku untuk beberapa saat sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu, meninggalkan aku yang masih tersandar pada dinding dalam debaran yang semakin meresahkan jiwa.  Iskandar, sentuhannya dan belaiannya memang mampu buat aku gila.

Dia minta aku bersamanya selama 100 hari dan kini hanya tinggal 95 hari. Nampaknya Iskandar benar-benar serius dengan permainanan yang diciptanya ini. Aku sendiri dah tak ingat tentang itu. Benarkah dia tidak akan kisahkah aku lagi dan tidak akan memujukku untuk kembali padanya setelah tempoh 100 hari itu berlalu?

***


Bismillahirrahmanirrahim..In syaa Allah, novel keenam Suri yang bertajuk Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! akan terbit hujung April nanti semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur :) Tajuk je tukar sebab Suri tukar latar belakangnya dari Belgium ke Italy sebab rasa lebih romantik dan menarik :)  jalan cerita sama sahaja dalam blog. Jadi, bab 19 B, Bab 20 A dan 20 B ini akan jadi bab terakhir yang Suri letak dalam blog.Kalau ramai yang nak, Suri akan kasi teaser nanti In syaa Allah :) Terima kasih semua :) :) klik pada gambar untuk membaca ..terima kasih untuk yg sudi komen dan like. Terima kasih yang sudi baca dan share juge .