**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday 26 April 2017

TEASER TI AMO, SWEETHEART 100 HARI! - BAKAL TERBIT SEMASA PBAKL NANTI DAN BERADA DI SEMUA KEDAI BUKU MAY NANTI

TEASER TI AMO, SWEETHEART 100 HARI! 
TERBITAN KAKI NOVEL - KELUARAN MAY
HARGA : RM 24 SM. RM 27 SS :)
PAGES : RM 600 LEBIH 



"Issac..I cintakan you. I rindukan you. Kenapa you susah sangat nak terima I? Kenapa you susah sangat nak berikan I peluang?"
Rayuannya benar-benar membuatkan hati aku sakit. Tidak sanggup rasanya untuk dengar perempuan lain memujuk rayu Iskandar. Punyalah ramai lelaki yang single, suami orang juga yang dia mahukan! Nafas berat aku hela. Kedua-dua tangan meraupkan wajah saat ini.
"Berapa kali aku cakap? Aku takde perasaan dengan kau. Cinta aku hanya untuk Maira Malissa."
Tangan yang menekup rapat kawasan wajah aku leraikan dengan perlahan-lahan mendengar pengakuan Iskandar itu.
"I sanggup bermadu. I sanggup, Issac..please..jangan tolak I macam ni."
Hampir lemah lututku saat ini. Bermadu? Dengan Rania??Ikutkan hati mahu sahaja aku berikan penampar sulung kepada gadis itu saat ini namun banyak yang aku fikirkan. Terutama sekali Dina. Aku tidak mahu Dina terbangun dengan kekecohan yang lebih buruk nanti. Kedengaran Iskandar mengeluh berat
"Pulanglah Rania. Apa yang you cari takde kat sini. Just go home." . Tidak lagi dia menengking saat ini. Hanya suara yang terlalu muak dan letih sahaja yang keluar dari bibirnya khas untuk perempuan tak tahu malu itu.
"I sanggup bermadu. I tunggu jawapan dari you!" Ujarnya dengan nekad, mampu membuatkan jantungku hampir luruh.
 Tersentak bahuku jadinya dengan bunyi kuat daun pintu yang ditarik Iskandar.

Dum!

Pantas aku menoleh ke belakang sambil menggigit bibir. Nasib baiklah pintu bilik Dina sedang tertutup rapat dan anak kecil itu sedang nyenyak tidur. Jika tidak, pasti dia akan terkejut. Nampaknya lelaki itu sudah tidak sanggup lagi melayan Rania yang tak faham bahasa itu.
Tubuh kusandarkan lemah pada dinding. Persoalan yang bermain di minda semakin menyesakkan. Sampai bila? Sampai bila Rania akan datang mengganggu begini? Sampai bila gadis itu akan terus memburu Iskandar? Dapatkah aku bertahan dengan semua ini nanti? Tangan kutekup ke wajah dan aku pegun seketika di sini.



"Lisa..?"

Suara itu menyebabkan aku tergamam untuk seketika. Dapat kurasakan tangannya menyentuh jemariku yang masih berada di wajah. Perlahan dileraikannya sehingga wajahku dapat dilihat dengan jelas oleh lelaki ini. Wajah kudonggakkan ke arahnya.
"Abang.." Nampaknya tidak ada kata-kata yang mahu keluar. Iskandar melekapkan jari telunjuknya di bibirku. Dengan perlahan dia bersuara.
"Shh..come with me.." Bisiknya perlahan.
Aku hanya menurut sahaja apabila tangannya memaut jemariku kemas. Langkah kaki hanya mengikut jejak langkah Iskandar menuju ke biliknya. Pintu ditutup rapat dan Iskandar merenung ke arahku dengan sedalam-dalamnya. Tangannya menyentuh lembut daguku supaya dapat memandang wajahku dengan jelas namun aku menepisnya lembut. Aku tahu Iskandar tak salah, Rania yang mencarinya tetapi entahlah, terasa serabut fikiranku saat ini.



"Malissa.." 

Panggil Iskandar dengan lemah.
 Baru sahaja ingin bergerak ke arah sofa, lenganku dicengkam lelaki ini.
"Seronoklah kan, ada orang siap offer nak jadi isteri kedua abang. Sanggup bermadu pulak tu. You're so lucky!" Luahku perlahan tetapi dengan sangat geram. Tersentak jadinya Iskandar.
Kerana rasa cemburu yang meluap-luap dan rasa sakit hati dengan pengakuan Rania tadi aku berkata begitu dengan sinis. Iskandar menggelengkan kepalanya sedikit melihat reaksiku. Perlahan-lahan bibir itu tersenyum sedikit. Mampu membuatkan jantungku berdebar dalam rasa sakit hati yang membukit.
"Lisa jealous? Hmm?" Soalnya dengan wajah yang tenang.
"Sikit pun tak!" Ujarku dengan geram bersama wajah yang masam mencuka.
 Iskandar dah mula ketawa kecil melihat reaksiku. Mana ada perempuan yang tidak cemburu mendengar pengakuan perempuan lain yang sanggup menjadi isteri kedua sang suami?
Jemari Iskandar menyebak rambutku yang menutup sebahagian wajah ke tepi telinga.Aku pula bersandar seketika pada dinding. Iskandar melekapkan tangan di kedua-dua pipiku. Mahu tak mahu aku mendongakkan kepala ke arahnya. Bau wangian yang dipakainya sudah mula mencuri perhatianku.
"Beritahu abang, bagaimana mungkin abang mencintai perempuan lain kalau siang malam hanya Lisa sahaja yang abang rindu-rindukan?" Soalnya dengan bersungguh-sungguh. Renungannya semakin mendalam saat ini. Wajah didekatkan sedikit ke arahku.
"It's only you that I want.." Ucapnya di antara dengar dan tidak. Aku hanya membisu sahaja. mood aku untuk hari ini kacau bilau disebabkan Rania! Iskandar memeluk pinggangku rapat saat ini. Terdorong sedikit tubuhku ke arahnya.
"Sweetheart..say something..I'm losing my mind now..jangan senyap macam ni.." Rayuannya sudah mula meruntun jiwa.
"It has been a tiring day for me Lisa..seharian hanya Lisa aje yang ada dalam fikiran abang." Luahnya dan pelukan pada pinggangku dikemaskannya. Kemudian dia bersuara lagi.
"Don't you wanna talk to me? Hmm?" Rayunya sekali lagi. Dahiku dikucup lembut. Lama. Detak jantung sudah mula tidak sekata. Aku tarik nafas dalam-dalam saat ini.
"Abang nak Lisa cakap apa?" Soalku, masih lagi geram dengan  perbualan yang aku dengar tadi.
"Please say you miss me as much as I miss you."  Ucapnya dengan sangat perlahan bersama ton suara yang sangat menggegarkan jiwa dan bibirnya menyapa bibirku untuk seketika.
"Please say you want me as bad as I want you.." Bisiknya lagi dan sekali lagi bibirnya hinggap di bibirku. Debaran sudah mula memuncak di dalam dada.
"Please say you need me as crazily as I need you.." Baru sahaja bibir itu mahu mendekat aku menahan dada Iskandar dengan kedua-dua belah tanganku.
"Tak nak." Sengaja aku menyakatnya begitu. Aku tahu Iskandar terlalu menginginkan perhatianku saat ini. Lelaki ini merenung ke arahku dengan pandangan tak puas hati.
"Tak nak??" Soalnya dengan nada tidak percaya. Bibirnya digigit sedikit sambil merenung ke arahku dengan renungan yang sedikit tajam tapi penuh gelora.
"Sebab abang belum mandi!" Memang sengaja aku mahu menyakatnya.
Seronok melihat reaksi lelaki ini yang tidak keruan saat ini. Dagunya diusap lembut sambil merenung ke arahku. Senyuman ditariknya sedikit.
 Ergh..that sexy smirk again!
Bersama renungan nakal yang berlari ke seluruh wajahku, dia kemudiannya bersuara.
"Jom mandi." Senyuman nakal yang beraja di wajahnya saat ini. Tanpa aku menduga tubuhku didukungnya.
 "Heyyy!" Kuat jeritanku bergema di dalam bilik ini. Nasib baiklah pintu bilik ini terkunci rapat. Kalau tidak, pasti terkejut budak tu mendengar jeritanku.
"Lepaslahhhh!!"Aku sudah mula merengek.
 Kaki kurontakan ke atas dan ke bawah. Iskandar pula hanya mampu tersenyum sahaja melihat reaksiku.
"Lepaslah? In your dream!!" Bisiknya nakal sambil melangkah ke arah bilik mandi.
"Lisa dah mandilahhh..lepas, pleaseeee.." Rengekku lagi, minta dilepaskan tetapi lelaki ini tidak melayan permintaanku. Dia terus menolak pintu bilik mandi dengan sikunya.  Apabila kucupan diberikan di dahiku, aku terus kelu seribu bahasa.
Issac Iskandar, lelaki ini memang pain killer aku. Kata-kata Rania yang tadinya berbekas di hati kini semakin lama semakin pudar kesannya. Aku percayakan Iskandar dan selagi perempuan itu bertepuk sebelah tangan, tidak ada apa yang perlu aku risaukan.
***






 "Good morning sweetheart.."

Bisikan itu membuatkan aku tergamam untuk seketika. Aku tidur sini malam tadi? Dalam keadaan yang mamai aku bersuara.
"Good morning.."
Anak mata merenung ke arah wajah Iskandar yang sedang merenungku. Haa..dalam keadaan mamai pun jantung aku ni boleh buat hal. Lelaki yang bersinglet hitam ini nampak terlalu seksi pula di mataku. Erghh kau jangan nak mengarut Lisa! Dina mana Dina?
Terus aku teringatkan Dina! Alamak! Pantas aku menyelak comforter dan cuba untuk turun dari katil tapi tanganku disambar oleh lelaki ini. Ada senyuman hangat di bibirnya.
"Erghh..Lisa terlupa tentang Dina!" Ujarku dengat kalut. Sebelah tangan menyebak rambut yang terlepas bebas ke belakang badan.
"Nak jumpa Dina macam tu ke?" Soal Iskandar dengan perlahan.
Wajah dirapatkan ke wajahku membuatkan aku tersandar pada kepala katil. Apa salahnya? Aku melihat baju yang sangat nipis di badan. Hahh! Memang tak lah! Berbahang jadinya wajahku. Iskandar dah mula ketawa kecil. Pantas aku menarik comforter yang turut sama membalut tubuh lelaki di sebelahku ini gara-gara terlalu kalut.
"Pin..pinjam comforter ni."
Terlopong jadinya lelaki di sebelahku ini. Pantas aku membalut badan dengan comforter  dan terus berlari ke arah pintu bersama comforter yang meleret di badan. Iskandar turut sama bangun dari katil dengan ketawa yang tak dapat dibendungnya lagi. Tubuhku dipeluk rapat dari belakang.
"Where are you going..?" Soalnya dengan sangat perlahan.
Comforter yang membalutku ditariknya membuatkan aku terjerit kecil. Berderau darah dalam badan.  Aku ingin melarikan diri ke dalam bilik air untuk menukar baju tetapi dengan pantas lelaki ini mendepakan tangannya.
"Heyy!" Iskandar mula memeluk tubuhku dengan erat.
"Don't worry..Dina dah tidur." Ucapnya. Aku yang masih blur bersuara dengan pelik
" Dina kena ke sekolah hari ni..dah pukul berapa ni!" Ujarku dengan panik.
"Dah lah kita terlepas subuh."Omelku sedikit geram,cuba melepaskan rangkulan lelaki ini namun tidak berjaya. Iskandar terus ketawa.
"Subuh?" Soalnya pelik kemudian dia bersuara.
"Hey..hey..Lisa mamai lagi ni.." Ucapnya lembut. Anak matanya merenung ke arah rambutku dan kemudian pandangannya melekat pada wajahku pula.
 "It's just 10 pm la.."
Pantas aku melepaskan rangkulan pada pinggangku. Jam di tangannya kulihat.
"10 pm!" Getusku lega. Aku merenung dengan geram ke arah Iskandar.
"Nak makan tak? Abang belum makan tau sebab tunggu Lisa bangun. " Terharu pula dengan kata-kata lelaki ini.
"Ala sweetnya.." Ujarku sambil tersenyum sedikit. Apabila teringatkan yang dia menyakat aku tadi, pantas aku mencubit lengannya.
"Auchh.." Iskandar mengaduh sedikit.
"Habis tu kenapa wish good morning tadi?" Soalku. Pantas lelaki ini ketawa kecil.
"Saja. Nak tengok Lisa kalut macam ni.." Balasnya sambil mendekatkan wajah ke arahku. Dahiku menjadi sasaran kucupan hangatnya saat ini. 
"Lisa..do you know how happy I am?" Soalnya dengan sangat perlahan. Aku tidak dapat lagi membendung senyuman dalam debaran yang menguasai diri.
"Thank you for loving me despite my flaws.." Pantas aku meletakkan jariku di bibirnya. Kepala kugelengkan sedikit.
"Abang..Lisa yang kene cakap thanks..do you know you give me feelings I can't put into words..?" Ujarku dengan sangat perlahan.
"Really?" Soalnya nakal. Aku dah mula gelabah.
"I get butterflies just thinking about you..belum lagi bertentang mata dengan abang macam ni..rasa macam I can feel the whole zoo in my stomach." Sambungku lagi membuatkan Iskandar semakin galak merenung ke mari. Ketawa kecil terlepas juga dari bibirnya.Perlahan wajah didekatkan ke wajahku.
"Hai rotto il fiato, Malissa.." Bisiknya dengan perlahan, yang membawa maksud 'you took my breath my away' di dalam bahasa inggerisnya.Apabila Iskandar berbahasa itali,suaranya kedengaran sangat seksi di telingaku.
"Il mio cuore è per voi." Balasku pula sambil mendekatkan wajah ke arahnya yang membawa maksud hati ini hanya untuk dia. Hidungnya kukucup dengan debaran halus menyelimuti hati.
Lelaki ini mula tersenyum seksi. Pipiku diusapnya beberapa kali sebelum bibirnya mendekat ke mari. Pantas aku menahan dadanya.
"Makan?"
Kepalanya menggeleng sedikit.
"Nanti."
Sebaik sahaja berkata begitu, bibirnya mendarat di dahiku. Lama.Terasa pelukannya di pinggangku semakin dieratkan lelaki ini dengan sebelah tangannya yang sasa membuatkan degupan di dalam dada semakin laju detakannya.

 ***

Add caption

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :) TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI IKUTI KARYA INI. ALHAMDULILLAH KARYA INI BAKAL TERBIT UNTUK KELUARAN MAY DAN AKAN MULA DIJUAL DI BOOTH KAKI NOVEL SEMASA PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC :)

KEPADA YANG DAH ORDER DENGAN SURI, TERIMA KASIH SANGAT2 SURI UCAPKAN. YANG MAHU ORDER, JUST PM SURI DI FACEBOOK ATAU DM SURI DI INSTAGRAM ATAU BOLEH TERUS EMAIL SURI DI suri.ryana@gmail.com  TAK LAMA LAGI SURI AKAN TUTUP ORDER :)

 Novel ini juga boleh didapati secara online buat masa ini dari Penerbitan Kaki Novel. Whatsapp : 017-714 5595

BERJUMPA LAGI DI KARYA AKAN DATANG IN SYAA ALLAH :)
















No comments:

Post a Comment