Friday, 24 June 2011

Isteri Separuh Masa 1

Bab 1

Tahun 2007

Masuk tahun ini, sudah 12 tahun aku menjadi penghuni rumah agam ini. Maksudnya, sudah 12 tahun jugalah aku menjadi anak angkat kepada pasangan Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Ketika aku datang ke sini, aku baru berusia 5 tahun. Haih, cepatnya masa berlalu. Sekarang usiaku sudah pun menjangkau 17 tahun. Sweet 17 gitu! Ada senyuman bertandang di bibir ketika ini. Lagi-lagi apabila terpandangkan hadiah yang diberikan oleh Megat Shazril, ketua pengawas sekolahku di atas meja. Jam tangan warna putih itu telah dihadiahkannya kepadaku ketika hari jadiku yang ke-17 minggu lepas.

Di sekolah, tidak ramai yang tahu tentang statusku ini. Semua rakan-rakan ingatkan aku adalah anak kandung mama dan papa. Sebabnya? Nama ayah kandungku yang tertera dalam sijil lahir memang Abdullah, sama nama dengan papa. Papa dan mama mengambil aku sebagai anak angkat disebabkan mereka memang tidak mempunyai anak perempuan. Abang Nazrin adalah satu-satunya anak yang mereka ada sebelum kedatangan aku ke sini. Walaupun aku adalah anak angkat di dalam keluarga ini, aku dilayan seperti anak kandung mereka. Kasih sayang dan kemewahan yang diberikan kepadaku hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang baik hati seperti mereka. IsyaAllah selagi termampu, segala kemahuan mama dan papa akan kuturutkan. Itu sahaja caranya untuk aku membalas budi kepada mereka yang sanggup mengambilku dari rumah anak yatim di Sabak Bernam tu.

Selain dari mama dan papa, aku juga ada seorang abang angkat dan seorang nenek angkat. Ah, bab ini yang malas hendak kuceritakan. Bikin panas sahaja apabila teringatkan si bapak singa tu. Dulu, hubungan kami baik sahaja, seperti adik-beradik yang lain. Tapi, ada sesuatu yang berlaku empat tahun yang lalu menyebabkan dia begitu menyampah denganku. Memang benar aku telah melakukan satu kesilapan yang baginya sangat besar, tetapi aku juga sudah pun meminta maaf. Dah 4 kali hari raya aku menebalkan muka memohon maaf. Dia sahaja yang masih belum mahu memaafkan aku. Semenjak kejadian itu, kami selalu sahaja bertikam lidah dan dia mengsiytiharkan aku sebagai musuhnya sehinggalah ke hari ini.

Abang angkatku itu memang bijak orangnya. Dalam usia 24 tahun, dia akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Bukan ‘permanent head damage’ ya, tapi ‘Doctorate of Philosphy’. Isk, bagaimana pula aku boleh terpuji musuh ketatku itu? Mata kujulingkan ke atas. Ah, nama sahaja hendak buat Ph.D tapi kalau bergaduh denganku, sebiji macam budak berusia 12 tahun. Selama ni, si bapak singa itu lebih senang menghabiskan masa di kampung bersama nenek tetapi hari ini dia akan kembali ke sini. Bulan hadapan dia akan memulakan pengajiannya di United Kingdom. Bagus juga kalau dia berambus jauh-jauh, tidaklah sakit hatiku ini apabila terpaksa mendengar kata-katanya yang tajam itu. Pengajiannya nanti akan ditanggung oleh salah sebuah universiti di sini dan apabila pulang ke sini empat tahun akan datang, dia akan berkhidmat di universiti tersebut. Memang untung, kerja dah siap-siap menunggu. Tak macam aku, entah berapa A agaknya yang dapat kukutip untuk SPM nanti. Ah, risaunya!!!.

“Waniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!” Patung Garfield kubaling ke tepi apabila mendengar suara mama melaung namaku dari tingkat bawah rumah.

“Ye ma.... Wani datang niiiiii!” Aku pula membalas laungan mama. Haih, susah juga ya kalau rumah besar macam ni. Silap-silap kena gunakan pembesar suara kalau hendak bercakap.

Langkah kaki kuatur kemas ke arah pintu. Tombol pintu kupulas dengan perasaan yang sebal. Kaki pula kuhayunkan laju menuruni anak tangga. Ah, pasti si bapak singa sudah sampai dari kampung. Aku mencebikkan bibir. Bukannya aku tidak sukakan abang angkatku itu, tetapi dia yang benci denganku. Kan bagus, kalau perangainya itu seperti Megat Shazril? Pasti sejuk mataku memandang.

“Wani, tengok siapa sampai tu..” Ujar mama dengan mesra kepadaku. Mulutnya dimuncungkan ke arah sofa.

“Eh, nenek!” Aku tersenyum manis apabila terpandang wajah nenek. Lekas-lekas aku menapak menuju ke arah sofa yang berkerawang emas itu. Setelah bersalam dengan nenek, aku mencium kedua-dua belah pipi wanita itu.

“Ala dah besar pun cucu perempuan nenek ni. Semakin lawa.” Pujian nenek menyebabkan aku menjadi malu pula. Kemudian mataku bertembung dengan mata kepunyaan bapak singa. Hm, dah kuagak, kelat betul wajahnya, kalah asam boi.

“Abang..eh Nazrin.” Aduss...macam manalah aku boleh tersasul pula. Semenjak meletusnya perang di antara aku dan dia, dia telah mengharamkan aku memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Tangan kuhulurkan untuk bersalaman dengannya.

“Ustazah kau tak ajar ke yang haram hukumnya bersalaman dengan lelaki bukan muhrim?” Tengkingnya. Adus..salah lagi. Oleh kerana kecil-kecil dahulu aku sudah biasa bersalaman dengannya, terlupa pula yang dia bukan abang kandungku.

“Maaf, terlupa.” Jawabku perlahan. Aku menoleh ke arah mama yang menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak kandungnya itu.

“Lainlah kalau kau tu betul-betul adik kandung aku.” Sambung Abang Nazrin membuatkan aku tersentak. Serta-merta terasa sebak di dada. Dia benar-benar menyedarkan aku di mana kedudukan aku di dalam keluarga ini. Anak angkat tetap anak angkat, Wani. Sesungguhnya aku redha.

“Nazrin!!!” Tengkingan papa membuatkan aku juga kecut perut. Tajam panahan mata papa menikam wajah Abang Nazrin. Aku pula terus mengambil tempat di sebelah nenek semula.

“Kenapa cakap dengan Wani macam tu? Umur aje dah 24 perangai macam budak-budak.” Papa kalau marah, memang menakutkan. Wajahnya yang tenang itu serta-merta bertukar bengis.

“Ah, ni yang orang rimas balik sini ni.” Rungut Abang Nazrin dengan kasar. Merah padam kulihat wajahnya ketika ini. Dengan pantas dia mengangkat beg baju yang terdampar di atas lantai dan melangkah ke atas. Berdentam-dentum bunyi tapak kakinya memijak anak tangga, seperti gajah naik minyak. Aku hanya mampu melemparkan pandangan ke arah lantai.

“Ish, budak ni.” Papa hanya mampu menggelengkan kepala. Mama pula dengan perlahan-lahan mengambil tempat di sebelahku. Tangannya mengusap-usap bahuku dan kemudian bersuara.

“Sudahlah tu Wani. Nanti-nanti sejuklah hati abang kamu tu..” Aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum hambar mendenar kata-kata mama. Hakikatnya aku tahu tidak semudah itu untuk Abang Nazrin memaafkan aku.

“Takpe mama..memang salah Wani pun dulu. Wani tak sepatutnya..” Kata-kataku dipotong dengan pantas oleh mama. Tangannya mengenggam tangan kananku. Ada riak simpati pada
wajah mama.

"Wani, tak payah ingat lagi kisah tu. Lupakan aje." Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

“Wani, jom teman nenek masak nak? Nenek nak masak ketam masak lemak cili api hari ni.” Nenek yang dari tadinya diam kini bersuara. Aku tahu nenek mahu menceriakan suasana yang semakin hambar. Aku pantas mengangguk. Rasa sedih di hati tidak kuhiraukan. Aku tidak mahu semua orang risau sekiranya aku berduka cita.

“Jom..Wani pun memang tak sabar nak belajar masak dengan nenek.” Ujarku dengan nada yang riang, cuba menutup gundah di hati. Memang aku teringin benar hendak belajar masak dengan nenek.

“Penting tau belajar masakan ni.” Ujar nenek yang tersenyum penuh makna. Aku pula terasa sedikit pelik mendengar kata-kata nenek itu.

“Kenapa ye nek?” Soalku penuh minat. Iyalah, apa yang penting sangat masakan ketam masak lemak cili api itu.

“Sebab itu makanan kegemaran...” Kata-kata nenek dipotong pantas oleh mama. Ada keresahan yang bertandang di wajah itu membuatkan aku menjadi semakin pelik.

“Err..mak, jom kita mula masak sekarang. Nanti tak sempat pula siap untuk makan tengahari nanti.” Ajak mama. Aku mengalihkan pandangan ke arah wajah nenek yang sedikit berubah.

“Erm..ye lah..” Ujar nenek kepada mama. Mama hanya mengangguk.

“Jom sayang, kita ke dapur.” Kata nenek sambil menggenggam dengan lembut tanganku. Aku pula terus mengangguk. Yes, dapat juga belajar masak dengan nenek. Yahoooo!

***
*Sudi-sudikanlah tinggalkan komen yea..:) thank you..mwahh!! XoXo

70 comments:

  1. best...sangat2...selepas membaca M.A.I.D,hani selalu menanti nxt novel dr suri....!!!!!
    apa yang terjadi 4 tahun yang lalu...????????????? nak tau....nak tau.........smbg cepat2 ye.....!!!!!

    ReplyDelete
  2. permulaan yang menarik.... :)

    ReplyDelete
  3. best! nak lagi!!! apa yg wani dah buat? diorang nak kawen ke? wah! nak lagi~

    ReplyDelete
  4. salam suri... nk lagi baru boleh komen...hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua..terima kasih kerana sudi baca Isteri Separuh Masa..InsyaAllah, Suri akan masukkan bab 2 nanti yea.. tq!!

    ReplyDelete
  6. flashback blk 4 tahun lalu,,hehehe

    smbung cpt sikit yer suri

    ReplyDelete
  7. Satu intro yg bagus, membuatkan semua ternanti2, teruskan n3 seterusnya ye....cuma sy harap jgn lambat2 sgt post n3 baru....sekurang2nya setiap minggu ada jgn tggu smpi berbulan br ada....congrates

    ReplyDelete
  8. Fatim Fatimah : Terima kasih..memang akan diceritakan nanti kisah hitam 4 tahun yg lepas heheheheh :D InsyaAllah Suri akan sambung secepat yg boleh!

    Eijan : Baik Eijan..terima kasih sudi baca.. Suri akan update dengan konsisten KLIK! dan Isteri Separuh Masa, InsyaAllah..cuma kadang2 kesibukan menghalang suri untuk buat begitu..Apa2 pun, suri akan cuba! thank u sooooooo much yea.. :)

    ReplyDelete
  9. salam suri..
    best la cite nie cpt la wat buku terus xblh thn la bc kt blog jer hehehe...

    ReplyDelete
  10. salam suri..
    best la cite nie cpt2 la wat buku xsabar nie hehehe..

    ReplyDelete
  11. salam suri, sy suka cara suri olah cerita..setakat nih, sy mengikuti setiap e-novel suri..caiyok..caiyok..

    ReplyDelete
  12. Anonymous : Waalaikumussalam..:) InsyaAllah, kalau ada offer, pasti novel ni akan diterbitkan..buat masa ni, suri hanya akan uploda di blog/penulisan2u dulu :) terima kasih atas sokongan yg diberikannn :) sgt2 menghargainyaaa..

    Nieraizam : Waalaikumussalam..:) thank u so much sebab sudi mengikuti kesemua enovel suri..:) nantikan ISM 2 dan KLIK! 9 yea..chaiyok chaiyok!! heheheh

    ReplyDelete
  13. best la..baru sikit,kalu byk lg,lagi bagus...chaiyok sis....xsbr nk tunggu cite ni kt pasaran..:)

    ReplyDelete
  14. best best best best sesangat....
    nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. Anonymous : InsyaAllah nanti sis sambung yea... :)

    Anonymous : Thank you..glad you like it! Nantikan sambungannya yea..:)

    ReplyDelete
  16. best....curious nk taw ape sbnr nye yg dh jd kat wani n nazrin...
    slalu2 la update cter nie ye...hehehe =>

    ReplyDelete
  17. Noor Affiqah : terima kasih..:) nantikan bab seterusnya ya..:) :)

    ReplyDelete
  18. semua karya kak suri memang best dan dinanti-nantikan.. =)

    apa dah jadi antara nazrin dengan wani??
    tak sabar nak tahu..

    ReplyDelete
  19. kak suri, sambung cite nie laju2 taw hehehe...
    xsabar nk tgu n3 baru

    ReplyDelete
  20. Hai Suri, sgt suka dgn novel awak..teruskan ye :-)

    ReplyDelete
  21. baru sempat singgah...excited nak baca...but ai guess nazrin tue ada haty kat si wani nie...mana la tahu kan...hahaha memandai jer ai ni kan suri...:))

    ReplyDelete
  22. Slm... Bestnya cerita nie x sbr nak tunggu ISP 2 :))

    ReplyDelete
  23. woow...xsabryer nk tggu next n3.. msti best cm novel akak sebelum ni.. tp.. cept2 la ckt update.. hihih

    ReplyDelete
  24. nampak cam best jer..tak sabar nak baca bab seterusnya...dah nampak dah klu sket2 apa yg akan berlaku seterusnya...hehehe...anyway..congats for M.A.I.D....suka sgt2...best!!!!!!<3 <3 <3

    ReplyDelete
  25. umm..mnarik...x ade smbung ag ke yg ni...x puas lak..hihi

    ReplyDelete
  26. Terima kasih semua, kerana sudi meluangkan masa membaca ISM ;)

    Apa yang pernah terjadi di antara Wani dan Nazrin dan apa yang bakal terjadi di antara mereka? Semuanya akan terjawab kelak :D hehe thank u all!

    ReplyDelete
  27. best la cite ni kak suri... tertanya2 apa kesalahan yg wani buat smpai Nazrin xdpt maafkan..

    ReplyDelete
  28. x saba nak tunggu hero hehe
    x kan hero dia nazrin kot?
    hehe ckp je

    ReplyDelete
  29. ehhh..same nama la ...hehe :) wani tuu :)

    ReplyDelete
  30. starting dah best..cpt smbung nk tau apa yg berlaku 4 thun yg lepas smp si Nazrin begitu marah ngan wani

    ReplyDelete
  31. permulaan jer dh rase best....

    ReplyDelete
  32. nanti klu dah ada yg kedua punya , jgn lupa post dekat wall kak suri ok ... love you much kak suri ..

    ReplyDelete
  33. huh....cm best jer....xsabar nk tggu smbungan sterusnye.....hehehe

    ReplyDelete
  34. Best.., Suri!

    Tajuk pun dah menarik perhatian untuk baca apa citernya..

    Ntah2 nenek nak kenenkan Wani dgn Abg Nazrin... :-)

    ReplyDelete
  35. yippi..yippi..hehhe...tgk tajuk pun dah menaikkan semangat nk follow nie...chayok k suri..hehehe

    ReplyDelete
  36. ok jep kak Suri ;)

    prmulaan yg x mmbosankn....

    go Kak Suri go...

    do the best 4 us...... :D

    ReplyDelete
  37. permulaan yang menarik....best broooo

    ReplyDelete
  38. salam kak suri.... you mmg hebat!
    tahniah2

    ReplyDelete
  39. wah ! starting nyer pun dh best !
    cayalah kak suri....

    ReplyDelete
  40. eh!..!ni buah tgn trbaru suri ye..emm..sgt2 menarik..ape laa yg wani 2 wat sampai nazrin brubah jd bapak singe ye.huhuhu ;D..nak tunggu KLIK plak..yes!
    fighting,fighting..suri!

    ReplyDelete
  41. citer nih nnt jd novel ark..??..nk tau jgk apa yg jdi...tk sbar2 nih...

    ReplyDelete
  42. best la . nak lagi . cepat2 sambung k . tak sabar nak tau ape dah wani buat dulu . keep it up writer ! hihi~

    ReplyDelete
  43. si peminat kmooo..21 August 2011 at 10:11

    bile na kuo nvel ni..ala ta besh r lw bce at cni je..kuo la an cepat2 ea2..hee

    ReplyDelete
  44. tahniah atas kejayaan novel maid. best sangat2. tak jemu membaca beribu kali. permulaan cerita baru ini sangat menarik dan membuatkan pembaca ternanti-nanti bab seterusnya. :)

    ReplyDelete
  45. nk taw gak...pew yg jd 4 thn dlu..

    ReplyDelete
  46. salam akk..^_^

    M.A.I.D syieda dah 2 kali baca. xjemu..best!!

    xsabar nak tgu cite ni lak..mlm ni baru start bc ISM.. ^_^ starting dah suspen..hehe

    ReplyDelete
  47. best sgt suri...da lme x bkak blog nie....rndu gle ngan adam n kay....tp xper atleast ade ISM....xder lar sdey sgt tggu klik....

    ReplyDelete
  48. Salam.. rugi rasanyer sy terlewat mengikuti blog penulis novel MAID.. sy baru je baca bab1, cuma sy cepat penah klu bc terlalu lama mengadap pc.. klu novel lebih mudah.. apa pun sy akn baca perlahan2.. walau hati rs nak cepat bc bab yg terkini.. ;-)

    ReplyDelete
  49. heheh nie yg tak leh berhenti membaca nih ;)

    ReplyDelete
  50. Salam...


    Best la cite nie...bru dpt bce...seronok nyer..

    ReplyDelete
  51. entry yg mnarik..
    akn terus mmbaca ..huhu

    ReplyDelete
  52. salam , kak suri. cerita ni bila nak bukukan ?

    ReplyDelete
  53. Em,seronok baca novel ni..mana sambungan yang bab17..kak suri?..nak thu ap selanjutnya.tak da novel pn kt kdai...best citer ni..

    ReplyDelete
  54. best cgt2,,,bl nk di bukukn,,,x sbr nk bc sume nyer,,,chaiyok,,,,^^

    ReplyDelete
  55. best,,,,chaiyok,,,^^

    ReplyDelete
  56. hmmm.... kesian wani...

    ReplyDelete
  57. wah,,intro y menarik=))keep it up!

    ReplyDelete
  58. i like ISM hihi. .:D

    ReplyDelete
  59. yes intro yg menarik....
    terus tertarik nk baca yg selanjut ny plak...
    joint me read next chapter

    ReplyDelete
  60. besttt <3 - unie

    ReplyDelete
  61. intro best!... teruskan usaha.. ganbatte! citer maid pon best gak..

    ReplyDelete
  62. Saya rasa mcm dh addicted pulak dengan novel-novel akak ni hihi :) Akak hebatlah ! Teruskan menulis tau .

    ReplyDelete
  63. Jln citenya sngt mnarik dan best sngt=)

    ReplyDelete
  64. Bestnnya! Apa kesalahan Wani tu ya? Nak tahu sangat sebab saya masih belum beli novel ni lagi!

    ReplyDelete