DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Sunday, 7 August 2011

Isteri Separuh Masa 7

Bab 7
Memang aku tidak perlu mendapatkan bantuan ahli nujum untuk meramal nasibku bagi semester ini. Siang-siang lagi aku sudah dapat meneka yang penggal ini akan menjadi penggal yang paling bermasalah, paling berserabut dan paling kusut. Kenapa begitu? Tentulah sahaja kerana si bapak singa sudah mula berkhidmat di universiti ini dan akan sentiasa berada dekat denganku. Pensil di tangan kini menconteng-conteng kertas A4 yang berada di hadapan. Patutlah mama, papa dan nenek beriya-iya menyuruh aku memohon untuk menyambung ijazah di sini. Aku memang sukakan subjek fizik semasa di sekolah. Terus sahaja papa menasihatkanku supaya memohon jurusan sains fizik! Sama jurusan dengan Abang Nazrin dulu. Tapi, aku memang gemarkan jurusan yang aku buat ni. Memang sesuai denganku. Sesungguhnya, memang aku tidak terfikir langsung Abang Nazrin akan berkhidmat di universiti ini semasa memohon dulu.
Suara Dr. Adin yang sedang bergema kuat di dalam dewan kuliah ini benar-benar tidak dapat meraih perhatianku. Dahi kuurut sedikit dengan menggunakan tangan kanan. ‘Ish, Medina Izwani, cubalah berfikiran positif sikit!!’ Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Keluhan kecil terbit dari bibir buat kesekian kalinya. Tiba-tiba sahaja aku terkenangkan segala-galanya yang terjadi di antara kami. Dadaku bertambah sesak saat ini. Otak pula semakin lemah dan tidak tahu bagaimana untuk berfikir.
Lenganku yang disiku oleh Mai di sebelah kiri dan Husna di sebelah kananku secara serentak membawa aku kembali ke dewan ini.
“Medina, tu lelaki yang gaduh dengan kau kat tempat letak kereta tadi kan?” Bisikan dari Mai membuatkan aku menjegilkan mata ke arah hadapan. Mata kugosok lembut. Betul, Abang Nazrin kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Dr Adin. Bila agaknya lelaki ini masuk ke dalam dewan?
“Alamak, mati kita Medina. Entah-entah dia tengah mengadu dengan Dr. Adin tentang kita. Kan kita park kat tempat staf!” Bisik Husna pula kepadaku. Kecut perutku dibuatnya. Degupan di dada pula menjadi sedikit laju. Aku pernah nampak Dr. Adin memarahi pelajar senior kerana meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk staf pada semester lepas. Tapi, rasa cuak yang bermukim di dalam hati berkurangan sedikit apabila melihat ketawa kecil yang keluar dari mulut Dr. Adin ketika menyambut fail daripada tangan Abang Nazrin. Fuh..lega!
“Dari reaksi Dr. Adin tu, aku rasa diorang sedang berbual tentang hal lain. Lega betul hati aku ni.” Biskku kepada Husna bersama senyum lega di bibir.
“A’ah kan..aku pun lega jugak ni.” Balas Husna yang menganggukkan kepalanya sedikit. Mataku memerhati ke arah lelaki yang sedang berdiri agak jauh di hadapan itu. Mujurlah kelas ini ramai. Mesti Abang Nazrin tak perasaan yang aku ada di sini.
“Okay class!” Suara Dr. Adin membuatkan semua pelajar memandang ke arahnya dengan serius, termasuklah aku.
“This is Dr. Nazrin Shah.” Abang Nazrin hanya menganggukkan kepalanya sahaja apabila Dr. Adin memperkenalkannya kepada kami.
“Alang-alang Dr. Nazrin dah ada kat sini, saya nak perkenalkan pensyarah baru fakulti kita ini kepada kamu semua. Dr. Nazrin akan ambil alih kelas tutorial untuk subjek Elektronik II bermula dari semester ini.” Bait-bait ayat yang keluar dari mulut Dr. Adin membuatkan mulutku ternganga sedikit. Biar betul!!! Jerit hatiku. Air liur yang kutelan saat ini terasa pahit seperti hempedu. Kejutan terjumpa dengan Abang Nazrin di tempat letak kenderaan pagi tadi masih belum hilang, dah ada kejutan baru pula. Ini baru sehari lelaki itu berada di sini. Esok, lusa, entah apa pula yang akan berlaku. Memang betullah semester ini penuh dengan onak dan duri.
Aku terus memandang ke arah Mai, Husna dan Niza untuk melihat reaksi mereka. Ternyata, mereka juga turut terlopong ketika ini. Dengan pantas Mai menulis sesuatu ke atas kertas A4 yang berada di hadapanku. Beginilah selalunya kami berbual di dalam dewan kuliah atau kelas tutorial. Takut juga kalau dimarahi jika pensyarah yang berada di hadapan ternampak kami berbisik-bisik sesama sendiri.
“Mati kita Medina!”
Itulah yang ditulis oleh Mai. Tulisannya yang seperti cakar ayam itu memberitahuku yang dia memang sedikit kalut dengan berita yang baru didengarinya sebentar tadi. Belum sempat aku membalas, Husna pula menarik kertas A4 itu dan kemudian meletakkannya kembali di hadapanku.
“Betul cakap Mai tu..habislah kita sem ni.”
Aku dan Mai membaca tulisan yang ditulis Husna. Kemudian, Mai mengambil kertas itu semula.
“Medina, kau kenal dia kan? Apa hubungan kau dengan dia? Kawan kau ke tu?”
Senyuman kelat menghiasi wajahku kini setelah membaca ayat-ayat yang baru sahaja ditulis oleh Mai. Memang nampak senang soalan itu tetapi itulah soalan yang paling susah untuk aku jawab. Kalau boleh pilih, aku sanggup menyelesaikan beratus-ratus soalan pengiraan daripada menjawab soalan itu. Melihat aku tidak menjawab soalan dari Mai itu, Husna terus mencapai kertas A4 tersebut. Niza yang duduk bersebelahan dengannya juga kulihat sibuk sama meneliti tulisan yang terkandung di dalam kertas itu. Dia kemudiannya turut menulis sesuatu juga.
“Haaa..lupa aku nak tanya tadi. Kau memang kenal ke mamat tu? –Husna-”
“Medina, apa kata kita minta maaf aje dengan dia kejap lagi?Aku takut la kalau aku fail subjek ni. – Niza-”
Aku yang sudah sedia serabut saat ini bertambah serabut membaca ayat-ayat yang ditulis oleh Husna dan Niza. Dengan pantas aku mencapai pen untuk menjawab kata-kata mereka di dalam kertas A4.
“Ya Allah!! Sabar, sabar! Janganlah risau sangat, Niza. Dia bukan macam tu. Aku tahu dia profesional. Dia tak akan ‘fail’kan kita semata-mata sebab dia bencikan kita. Relax okay...”
Memang aku yakin Abang Nazrin tidak akan berbuat begitu. Aku tahu dia adalah seorang yang kejam tetapi dia tidak sekejam itu. Wajah lega Niza membuatkan aku tersenyum sedikit. Geli hati betul dengan kekalutan yang melanda hati rakanku yang seorang itu.
“Tapi, siapa dia dengan kau?”
Husna yang masih tidak berpuas hati kerana aku tidak menjawab soalannya tadi mencoretkan soalan itu di atas kertas. Senyuman yang bertandang tadi kini mati terus dari bibir. Aku menjeling seketika ke arah temanku itu. Mulutnya dimuncungkan ke arah kertas apabila mataku menyapa wajahnya. Mai dan Niza juga kulihat sedang menanti jawapan dariku. Aku kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Soalan ini adalah antara soalan yang tidak mampu untuk kujawab saat ini. Akhirnya sebuah gelengan lemah menjawab soalan dari mereka itu. Nyata, ada riak hampa di wajah mereka dengan reaksi yang diberikan olehku.
Pandangan mata kuhalakan ke arah Dr. Adin yang sedang memasukkan buku ke dalam begnya. Maklumlah, kelas sudah pun tamat. Nasib baiklah ini adalah kelas pertama kami. Kalau selalu aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kuliah ini, alamatnya memang lingkuplah markah peperiksaanku nanti. Biasalah kelas pertama, memang tidak banyak pun perkara penting yang dibincangkan. Hanya sedikit pengenalan kepada subjek ini serta penerangan tentang sukatan pelajaran yang akan diajar.
Setelah Dr. Adin keluar, aku terus memasukkan alat tulis ke dalam beg. Kertas A4 yang berada di atas meja kurenyukkan dan terus berdiri sambil membetulkan kedudukan baju kurung di badan. Mai, Husna, Niza dan pelajar-pelajar lain juga sibuk berkemas. Riuh rendah jugalah keadaan dalam dewan kuliah A ini. Apa lagi, masing-masing mesti sibuk bertukar cerita tentang apa yang telah terjadi semasa cuti semester lepas. Normallah tu. Perut yang sudah pun berkeroncong membuatkan aku melangkah dengan agak laju untuk keluar dari dewan kuliah. Mai, Husna dan Niza pula mengejar langkahku.
“Medina.” Aku terus tersenyum ke arah Jue yang menyapaku. Gadis manis yang berbaju kurung cotton itu kemudian bersuara lagi.
“Tu kereta hang kan?” Soalnya, sedikit kelam-kabut sambil menunding ke arah kereta kesayanganku yang berada beberapa langkah dari tempat kami berada. Aku terus menganggukkan kepala.
“Ye, kenapa Jue?” Soalku lagi. Ketiga-tiga kawan baikku hanya mendengar sahaja perbualan kami.
“Ni cek..awat yang hang pi parking kereta hang tu kat tempat staf? Hang tau dak hang dah kena saman?!” Mendengar sahaja kata-kata dari Jue, Husna, Mai dan Niza terus meluru ke arah keretaku itu. Aku pula terlopong sedikit kerana terkejut dengan berita yang disampaikan. Memang banyak betul kejutan yang kuterima hari ini.
“Saman? Biar betul!!”Terjerit kecil aku saat ini. Sepanjang aku belajar di sini, tidak pernah aku disaman walau sekali pun. Pengawal keselamatan yang bertugas hari ini dah jadi rajin atau ada orang yang melaporkan tentang kes ini kepada mereka?
“Betoi la..habis tu hang ingat aku buat cerita ka? Hang nampak dak surat yang dok melayang-layang kat celah ‘viper’ tu? Tu bukan surat cinta na..tu surat saman!” Balas Jue, gadis yang berasal dari Pulau Mutiara itu. Kepala digelengnya sedikit. Betul, memang ada sekeping kertas yang terselit pada viper. Aku terus melangkah dengan laju ke arah Honda Jazzku itu untuk memastikannya sendiri.
“Medina!! Betullah. Kau dah kena saman!” Jerit Mai sambil memberikan surat saman itu kepadaku.
“Ha..kan aku dah kata..hang tak mau percaya.” Jue pula bersuara.
“Apa aku nak buat ni?” Soalku sambil meraupkan wajah.
“Buat apa lagi..bayaq ja la saman tu.” Jawab Jue dengan selamba bersama segaris sengihan di bibir.
Aku memandang keliling. Manalah tahu kalau pengawal keselamatan yang mengeluarkan surat saman ini masih berlegar di sini. Bolehlah aku berdrama, merayu-rayu supaya dia menarik balik saman yang diberikan kepadaku. Tiba-tiba mataku bertemu dengan mata milik Abang Nazrin yang sedang berjalan ke arah kenderaannya. Lelaki itu kemudiannya membuka pintu kereta tetapi tidak pula masuk ke dalam. Aku lihat pintu ditutupnya kembali sebelum menyambung langkah ke mari. Ada senyuman sinis menghiasi wajah lelaki itu.
“Kalau dah student tu, buat cara student. Bayar saman tu cepat sebelum tindakan lebih keras diambil nanti.” Ujarnya dengan tajam sebaik sahaja mendekatiku. Belum sempat aku menjawab, lelaki itu terus beredar dari sini.
Kesemua rakan-rakanku menjadi gerun. Jue yang tidak tahu apa-apa pula menyiku lengan Mai. Seakan-akan meminta penjelasan dari gadis itu.
“Garangnya lecturer baru tu. Memang kelamlah nampaknya masa depan aku untuk subjek Elektronik II ni..” Keluh Jue. Dari riak wajahnya, aku tahu dia masih tidak percaya pensyarah baru itu akan mengeluarkan ayat yang pedih seperti tadi.
“Tahu takpe, Jue. Garangnya tu macam bapak singa tau tak!”Balasku selamba. Tudung di kepala yang disapa angin kubetulkan sedikit.
“Medina, kau tak jawab lagi persoalan yang menyemakkan kepala kitorang ni. Apa hubungan kau dengan Dr. Nazrin tu?” Husna menyoalku lagi dengan soalan yang sama. ‘Medina, sampai bila kau hendak lari dari menjawab soalan itu?’ Aku pula menyoal diriku.
“Hang memang kenai dia ka, Medina? Boyfriend lama hang kut..” Jue yang sekali lagi terkejut menyoalku dengan nada tidak percaya. Sebelah keningnya yang tebal itu diangkat sedikit. Aku pula mulalah berasa tidak keruan dengan pandangan mata yang diberikan mereka.
“Aduh..laparlah. Jom makan kat Kafe Harapan nak?” Aku terus melangkah menuju ke bahagian hadapan kenderaan. Pintu kereta kubuka dan aku terus masuk ke dalam. Kedengaran suara Mai merungut saat ini.
“Isk, kau ni Medina...nak ubah topik la tu!” Aku pula hanya mampu buat tak tahu sahaja.
Apa hubungan aku dan Abang Nazrin? Kalau mama, papa dan nenek bertanya soalan itu saat ini pun, belum tentu aku boleh jawab. Inikan pula hendak berterus-terang dengan orang luar. Maaf, aku masih belum bersedia. Biarlah segala-galanya menjadi rahsia aku, Mak Timah dan Abang Nazrin.
Yang pastinya, dari pengalaman yang menyakitkan itu, aku tahu bukan senang hendak mengubati hati yang luka. Payah benar aku bertarung seorang diri memulihkan perasaanku yang remuk redam dulu. Alhamdulillah, terubat juga akhirnya. Takut nanti bila sudah mula bercerita tentang hal ini, hatiku akan berdarah kembali. Kalau boleh program balik otak aku ni, aku ingin memadamkan semua kenangan yang lalu. Sememangnya aku belum cukup kuat untuk menghadapi keperitan itu lagi. Cukuplah hanya sekali. Mak Timah, Medina perlukan Mak Timah saat ini!
***

32 comments:

  1. yeayyy! suka! suka! ada ISM 7! thanks so much suri.. much much love to u! ;)

    ReplyDelete
  2. suri lekas la sambung tak sabar ni
    ngeeeeeee

    ReplyDelete
  3. bestnyer....tak sabar nak tunggu citer nie siap sepenuhnya.selamat berkarya.

    ReplyDelete
  4. menarik yana..semua bab buatkan org akan trnanti2 apa akan jadi...klu blh aku nk bli baca trus baru puas..heheheh

    ReplyDelete
  5. tertanye2, dorg da kawen ke??? nk lg

    ReplyDelete
  6. intan abd wahab7 August 2011 at 23:21

    akhirnya ada jgk kat blog ya...trimakasih.
    kesian medina,rasa2nya depa tu dh cerai la,tp keluarga msh mganggap depa tu suami isteri...

    ReplyDelete
  7. salam dik..tak pasal pasal kan da kena saman..tu la medina ko terlalu ego..kalo ko repark balik kereta ko takkan mamat singa tu nak dajal ko lagi..kan...
    apa ek yg terjadi..menyebabkan medina kena reprogram balik otak tu..kejam giler ke mamat singa kat dia.. teruja nak tahu..dik ooi..
    salam
    Kak idA

    ReplyDelete
  8. wahh,apa yg berlaku sebelum nihh..curiousnya nk tau!!!

    ReplyDelete
  9. da kawen blm diorg ni kak suri?conpiuss la...knp mak timah je yg tahu ni??

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Cerita yang begitu menarik, tak sabar rasanya menantikan sambungan seterusnya...

    Apakah Medina & Nazrin sudah berkahwin tapi mereka bercerai? Itu yang membuatkan Medina terus terluka... Cik penulis buatkan watak Medina yang kuat & Nazrin yang menyesal dgn. keterlanjuran sikapnya terhadap Medina &....
    Medina pula tak layan dengan pujuk rayunya;
    baru fair & square.

    Ur Fan

    ReplyDelete
  11. yana....<3 <3 <3
    mui-husna-jue-kafe harapan-tulis note kat A4-parking isuue-lambat masuk class...
    hahaha.. what a sweet memory rite...


    P/s:Dr Adin=Dr Aldrin...kan..n teringat kat dr yg nek moto besar-class pembanguan ape tah hihi start with R kan..

    ReplyDelete
  12. x sabar nak tahu kisah yg terjadi antara Medina ngan Nazrin.......next plz.....

    ReplyDelete
  13. erkk...npe mak timah ngn nazrin je tw...suspen sih

    ReplyDelete
  14. kak suri cpt smbg lagi ek..dah xsbr nak tahu ape hbngan medina ngan nazrin skrang :D

    ReplyDelete
  15. best sangat..
    apa jadi sebenarnya??
    nak tahu kak..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  16. Alamak... Nazrin jadi tutor Wani??? Hahahah.. x dpt bayangkn hari2 yg bakal wani tempuhi.. Sian dier... Tp yg pastinya Wani makin matang & tabah.. 5 stars utk criter nie.. suka.. suka... ^__^

    ReplyDelete
  17. x sbr utk ISM 8 !!!
    ntah2 dorg dh kawen tpi x jlnkn kewajipan sbg suami isteri kot !!!
    hihihi...

    ReplyDelete
  18. hmm rasanya dorang dh kwin 'on paper' je.. tu psl wani cuma 'part time wife'.. rahsia ni cuma mak timah je yg tau.. may be datuk & datin pun ingat dorang dh kwin btul2.. *pepandai je teka :P* alahai suri smbung la cpat2 sblm kuar lg mcm2 versi huhu..

    ReplyDelete
  19. apa rahsia diantara Mak Timah, Medina n Nazrin?....Madina n Nazrin pernah b'cinta ke sebelum ni??....

    ReplyDelete
  20. memang best tapi eika rindu sangat gan adam...bile nak sambung klik.....

    ReplyDelete
  21. apa sebenarnya yg tlh trjadi antara nazrin n medina/wani?? hhmmmm....
    cpt smbung kak suri..
    nak tau ap yg bakal terjadi... hehehe

    ReplyDelete
  22. diorang tu dah kawin ke? pastu bercerai ke?
    anyway, kak suri buatla nazrin fall in love dulu...heheh
    sian dgn wani

    ReplyDelete
  23. suspen betullh...ape sebenarnya berlaku antara
    Medina dn Nazrin...sampai melukankan hati Medina.
    cepatlah sambung Suri nak sgt tau ape yg berlaku..
    best...

    ReplyDelete
  24. wah....curious sgt nak tau ape dh jadi...jorg dh kawen ke blom.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum semua..:) Wah...banyaknya persoalan dan tekaan dari para pembaca..ada tekaan yang mengena tu..hehe..InsyaAllah, kesemuanya akan terjawab di bab2 seterusnya. :) ISM 8 boleh dibaca tidak lama lagi..:) mungkin esok atau lusa, InsyaAllah..:) Terima kasih semua!!

    ReplyDelete
  26. suri... bgi n3 ari2 buleh, x sabor nuggu

    ReplyDelete
  27. ctnoor & cik eya, ISM 8 akan menyusul nanti..:)

    ReplyDelete
  28. best !!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete