**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Thursday 23 December 2010

M.A.I.D 21

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke gelanggang badminton di Golden Palace ini. Iyalah, sebelum ini mana ada masa. Lagipun, dengan siapa pula aku hendak bermain badminton? Mr. F? Hish, tidak pernah aku bermimpi akan bermain badminton dengannya.

“Noorul, awak berpasangan dengan saya, Iman pula dengan abang saya.” Ujar Haikal yang tersenyum bersama raket badminton di tangan.

“Okay” Ujarku sambil mengangguk. Haikal yang tersenyum simpul sambil mengenyitkan mata kanannya kepadaku kelihatan seperti sudah tidak sabar pula untuk memulakan permainan.

Aku menumpukan sepenuh perhatian pada permainan yang sedang berlangsung. Mr. F yang tidak berpuas hati dengan prestasi permainan Iman asyik merungut sahaja. Maklumlah, Iman manalah tahu sangat bermain badminton. Haikal pula sakan ketawa melihat Iman dan Mr. F berperang mulut. Aku juga sama seperti Haikal, hendak tergelak melihat gelagat mereka.

“Awak ni tahu main ke tak?” Bentak Mr. F sambil memandang wajah Iman. Perempuan itu kulihat mencebikkan bibirnya dan bersuara.

“Hish, banyak bunyilah majikan kau ni Noorul.” Aku pula ketawa kecil mendengar kata-katanya itu.

“Encik, janganlah marah kawan saya tu.” Ujarku yang menyebelahi Iman. Mr. F hanya mengetap bibirnya sambil menjeling tajam ke arahku.
Kemudian, permainan disambung kembali dan ketika bulu tangkis tepat mengenai kepalaku, lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Amboi, seronok betul. Memang sengaja nampaknya bulu tangkis itu ditujukan kepadaku. Aku hanya mampu menjeling majikanku itu dengan tajam sambil menggosok kepala yang terasa sedikit pedih.. Lelaki itu pula masih lagi ketawa melihat wajahku yang masam mencuka ketika ini dan permainan disambung lagi.

Setelah tidak tahan mendengar perang mulut di antara Iman dan Mr. F, kami kemudian bersetuju untuk bertukar pasangan. Aku yang kini berpasangan dengan Mr. F bermain sebaik mungkin kerana jika tidak, pasti banyaklah bunyi yang keluar dari mulutnya. Ketika hendak memukul bulu tangkis, aku bergerak ke belakang dan entah bagaimana terpukul bahagian belakang kepala lelaki itu, nasib baiklah tidak kuat mana.

“Auchh!” Jerit lelaki itu yang mengusap kepalanya.

“Sorry, encik. Sorry. Saya tidak sengaja.” Kataku dengan sedikit cemas. Aduh! Masalah ni.

“Tidak sengaja ke atau nak balas dendam sebab bulu tangkis yang saya pukul tadi terkena kepala awak? Ah, tak kira saya potong gaji awak bulan ni. Awak dengan kawan awak tu, memang sama-sama tak pandai main.” Ujarnya kasar. Masam wajahnya seperti cuka membuatkanku terasa ingin ketawa pula.

“Memanglah, encik seorang sahaja dalam dunia ni yang sempurna. Pandai sangat bermain badminton sampai kalah pemain kebangsaan Dato’ Lee Chong Wei, kan.” Ujarku lembut tetapi sedikit sinis.

“Memang! Saya ni wakil universiti dalam acara ni tau masa kat universiti dulu.” Balasnya dengan nada yang bangga. Ish, perasan betul.

“Hm, kalau macam tu, lain kali encik main badminton dengan Haikal berdua je lah. Kami jadi penonton je, kan senang?” Ujarku lagi. Geram hatiku ini kerana dia memperkecilkan aku dan Iman.

“Tak penat ke cakap banyak-banyak macam ni?” Soalnya dengan dahi yang berkerut. Dengan kau je aku cakap banyak macam ni, sebab kau memang suka benar bertikam lidah denganku. Orang lain, mana ada yang suka cari fasal denganku. Hatiku membebel geram.

“Penat tu tak la sangat, tapi dahaga sikit je.” Ujarku dengan sengihan di bibir. Teringat pula kepada air mineral yang berada di dalam beg sandang belakang.

“Noorul, sebelum ke sini, kenapa wajah awak pucat sikit tadi? Awak ada nampak hantu ke?” Soalnya dengan senyuman nakal membuatkan aku kehilangan kata-kata. Hish! Aku pula hanya melarikan pandangan ke arah beberapa orang remaja yang berada di kawasan ini. Sengaja nak sakat aku lah tu.

“Boleh pun diam..” Ujarnya sedikit sinis.

“Wow! I’m amazed.” Celah Haikal dengan wajah yang sedikit terkejut.

“Amazed?” Tanya Mr. F.

“You never talk this much, Along. At least not with any girls I know” Ujar Haikal lagi. Iman pula hanya memasang telinga. Mr. F dengan wajah yang sedikit berubah mengesat peluh di dahi.

“Carl, along naik dulu. Come over for dinner later, okay?” Ujar Mr. F. Kata-kata Haikal tadi tidak diambil peduli olehnya.

“Saya pun nak balik dah kejap lagi.” Ujarku pula. Aku kemudian mengambil beg yang terletak di atas lantai. Tubuh kurus tetapi tegap milik Mr. F yang sedang berjalan ke arah lobi kuekori dengan pandangan mata sahaja.

“Noorul!” Teguran Haikal membuatkanku sedikit tersentak. Iyalah, seluruh fokusku hanya pada lelaki itu tadi.

“Ye? Ada apa Haikal?” Soalku sambil mengesat manik-manik halus di wajah.

“Jom pergi minum.” Ujarnya.

“Saya penat sangat ni Haikal, lain kali lah ye? Lagipun dah pukul 7 petang ni..takut nanti tertinggal pula solat Maghrib.” Ujarku yang sudah tidak selesa dengan keadaan badan yang melekit-lekit. Tidak sabar untuk sampai ke rumah dan membersihkan diri. Wajah Haikal yang sedikit kecewa kupandang.

“Haikal, janganlah sedih. Nanti kita keluar minum ramai-ramai okay? Kalau awak nak pergi, ajaklah Iman.” Ujarku yang mengerling ke arah Iman. Wanita itu hanya memandang ke arah kami. Kenapa pula Iman berada di situ?

“Iman, apasal kau tercegat kat situ? Kau nak balik sekali ke tak ni?” Ujarku lagi.

“Er..aku pun nak balik dah ni. Jom!” Ujarnya yang kemudiannya berjalan ke arahku.

“Jom!” Kataku lagi. Haikal pula kulihat hanya memerhati kami.

“Bawa moto elok-elok tau.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum tawar. Kami berdua hanya mengangguk. Aku tahu dia kecewa kerana aku menolak pelawaannya. Bukan sengaja tetapi memang aku takut tertinggal pula solat Maghrib nanti. Mana tahu, dah asyik minum dan bersembang, lalai pulak nanti.

***

Bunyi mesej yang begitu nyaring membuatkan kepalaku menoleh ke kiri dengan serta-merta. Telefon bimbit yang berada di atas meja dapur itu kupandang sambil berteka-teki siapa yang mengirim mesej tersebut. Ha, jangan-jangan minah berbulu mata palsu yang manja itu pengirimnya. Siapa lagi yang rajin menghantar mesej kepadaku kecuali si Iman. Cokodok pisang yang telah pun garing kuangkat dengan perlahan dari dalam kuali. Setelah membasuh tangan, aku terus sahaja mencapai telefon bimbit itu.

“Dear, datang kat depan lif kejap :-).”

Tidak, mesej itu bukan dari Iman rupanya, tetapi dari satu-satunya manusia yang tidak faham bahasa, iaitu Haikal. Sudah berbuih mulutku memintanya supaya memanggilku dengan panggilan Noorul tetapi dia tetap mahu ber-dear-dear juga denganku. Geram betul. Kenapa pula Haikal ingin berjumpaku di hadapan lif? Hish, peliklah! Tudung yang tersidai di atas sofa kucapai. Setelah itu, aku terus keluar sambil berteka-teki lagi tentang apa yang ingin dikatakannya kepadaku nanti. Pendek kata, asyik berteka-teki sahaja aku dengan gelagat si Haikal ini.
Sesampai sahaja di hadapan lif, aku terlopong seketika kerana bukan Haikal sahaja yang berada di sini, malah ada tiga orang lelaki lain yang sibuk mengeluarkan kotak-kotak yang penuh dengan barangan dari dalam lif. Kemudian, mata kualihkan pula kepada kotak-kotak yang terdiri daripada pelbagai saiz dan warna yang bersepah di atas lantai dengan perasaan yang cukup hairan. Haikal yang sedang tertunduk-tunduk memeriksa salah sebuah kotak yang besar itu mengangkat wajahnya dan tersenyum . Matanya pula dikenyitkan kepadaku. Hish, selalu sangat dia ni sakit mata. Kena bawa jumpa doktor pakar ni, mana tahu ada yang tak kena dengan deria penglihatannya itu. Dia kemudiannya menyuruhku tunggu sebentar kerana ada seorang pekerja hendak bertanyakan sesuatu kepadanya.

Aku hanya melihat sahaja apa yang sedang berlaku dengan seribu tanda tanya. Kenapa pula dia mengarahkan lelaki-lelaki itu untuk membawa kotak-kotak tersebut masuk ke dalam penthouse yang dulunya dihuni oleh pasangan suami isteri dari Jepun? Barang-barang yang di dalam kotak-kotak ini, kepunyaan siapa? Aku menghalakan pandangan ke arah pintu yang sudah sedia terpelahang luas.
Mungkinkah Haikal adalah jiran baru Mr. F? Hish, macam tak logik pula. Ha, mungkin kawannya yang berpindah ke sini dan dia hanya tolong uruskan sahaja proses perpindahan rakannya itu. Hm, kesimpulan yang ini lebih masuk akal. Lelaki yang segak berbaju kemeja lengan panjang berwarna merah itu kemudiannya menghampiriku.

“Haikal, awak buat apa kat sini?” Soalku kepadanya.

“Eh, tak kan awak tak nampak apa yang sedang saya lakukan?” Soalnya pula.

“Ye lah, tapi siapa yang nak pindah masuk ke dalam penthouse tu ye?” Soalku lagi. Lelaki itu kemudiannya ketawa kecil.

“Mestilah saya, sayang oi.” Kata Haikal.

“A..awak? Tapi kenapa?” Soalku dengan nada terkejut.

“Kenapa? Sebab saya memang dah lama nak tinggal di sini. Keselamatan terjamin, servis bagus, kemudahan pun banyak and what I like the most is, saya boleh jumpa awak setiap hari.” Jawabnya dengan lancar.

“Hah?” Aku yang pelik dengan apa yang dikatakannya itu mengecilkan mata memandangnya. Boleh jumpa aku setiap hari? Kenapa perlu dia berjumpa denganku setiap hari? Keliru sekejap diriku ini. Nampaknya, si Haikal ni masih belum berputus asa.

“Carl.” Aku menoleh ke arah suara yang selalu sahaja menggegarkan jantungku itu.

Mata Haikal juga beralih memandang lelaki yang baru keluar dari lif. Wajah Mr. F benar-benar kelihatan pelik melihat Haikal berdiri bersama kotak-kotak yang memuatkan segala jenis barangan. Tiga orang pekerja lain yang tidak menghiraukan kehadiran Mr. F masih meneruskan kerja memasukkan kotak-kotak ke dalam penthouse kosong itu dengan tekun. Haikal pula hanya tersengih dan kemudian bersuara.

“Along” Tegur Haikal yang menghampiri abangnya dan kemudian dia memeluk bahu lelaki itu. Suka pula aku lihat kemesraan yang terjalin di antara mereka. Dengan sepantas kilat aku menundukkan wajah apabila mata Mr. F menjeling tajam ke arahku.

“Siapa yang nak pindah ke sini? Er..someone you know?” Tanya Mr. F yang sebelah tangannya menggosok-gosok bahagian dagu. Gaya seperti berteka-teki siapa yang bakal menjadi jiran barunya nanti. Nampaknya lelaki ini juga tidak tahu tentang rancangan adiknya untuk berpindah ke sini.

“Nope. Carl yang nak pindah sini.”

“What?! I mean, why?” Sedikit terkejut riak wajahnya itu apabila mendengar jawapan yang diberikan Haikal.

“Saja, nak berdikari. Lagipun papa dengan mama tak kisah, tambah-tambah bila diorang tahu Carl berjiran dengan along.”Ujar Haikal yang masih lagi tersengih. Seronok agaknya apabila semua orang terkejut dengan berita perpindahannya ini.

“Along tak tahu menahu pun tentang ni..” Ujar Mr. F. Aku pula hanya menjadi pendengar yang setia.

“Saja nak buat surprise. Dengan mama dan papa pun Carl pesan, jangan cakap dengan along tentang hal ni.” Ujar Haikal. Padangannya dihalakan ke arah para pekerja yang cekap mengalihkan kotak-kotak dengan berhati-hati.

“Yes, I’m surprised! By the way, do you need any help?” Tanya Mr. F.

“For the time being, nope. I will let you know if I need any. Along rehat la dulu. Nanti Carl pergi sana.” Ujar Haikal.

“Err..tapi kalau Noorul nak temankan Carl kat sini, boleh juga.” Sambung Haikal lagi. Mata kedua-dua lelaki itu memandang wajahku, menanti jawapan yang akan kuberikan. Aku hanya menggelengkan kepala dan bersuara.

“Sorry Haikal, saya belum habiskan kerja saya kat dalam tu. Kalau tak, boleh tolong awak. Maaf ye.” Ujarku. Mr. F yang kelihatan berpuas hati dengan jawapan kuberikan itu kemudian bersuara.

“Hm..Along nak mandi jap. See you.” Ujar lelaki itu lagi. Selepas adiknya itu mengangguk, dia terus berlalu.

“Owh, sebelum tu..Noorul, come with me. Ada something nak bincang tentang..your work scope.” Ujarnya yang berpaling ke arah kami.

“Okay..” Aku memberi respons sambil mencebikkan bibir apabila lelaki itu menoleh ke hadapan. Haikal pula hanya ketawa kecil melihat gelagatku. Nak bincang skop kerja, konon. Entah-entah hendak menambah kerja yang dah sedia banyak. Aku kemudiannya mengekori majikanku masuk kembali ke dalam penthouse.

***

“Er..encik, nak bincang apa ye?” Ujarku pantas sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam penthouse Mr. F ini.

“Awak tahu Haikal nak pindah ke sini?” Soalnya sambil memandang ke arahku. Eh, kata nak bincang tentang skop kerja tetapi lain pula yang ditanya kepadaku. Sejak bila pula mengambil tahu aktiviti si Haikal berada di dalam skop kerjaku? Soal hatiku dengan geram.

“Tak. Saya pun baru tahu” Jawabku jujur.

“Betul?” Soalnya lagi, seakan-akan meminta kepastian. Matanya dikecilkan sedikit.

“Betul, buat apa pulak saya nak tipu encik.” Jawabku yang terus berjalan menuju ke dapur. Cerek elektrik yang semakin kuat berbunyi menyebabkan aku berlari anak untuk menutup api.

“Ada dia cakap kenapa dia pindah ke sini?” Soalnya lagi yang mengekoriku ke dapur. Hish! Banyak betul soalan lelaki ini. Ingat aku ni setiausaha Haikal ke? Semua benda nak ditanyakan padaku. Lainlah kalau Iman, silap-silap tentang hal ni pun perempuan itu tahu. Tapi, kenapa Iman tidak memberitahuku ya?

“Ada, katanya sebab dia memang dah lama sukakan tempat ni. Keselamatan terjamin, kemudahan pun banyak, servis bagus dan..” Kata-kataku mati di situ. Oh, tak boleh, tak boleh. Ayat terakhir Haikal yang mengatakan dia boleh berjumpa denganku setiap hari itu tidak akan kuberitahu kepada Mr. F. Aku terus bergerak ke kabinet untuk mengambil cawan.

“Dan?” Tanya Mr. F lagi. Keningnya terangkat sedikit membuatkan wajahnya semakin menarik untuk dipandang. Ah, kau ni Noorul, kalau Mr. F menguap pun, silap-silap menarik di mata kau. Aku sempat lagi memarahi diri sendiri. Dia kemudian berjalan dan menghampiriku.

“Dan dekat dengan tempat kerjanya. Kan dari sini ke Hotel Sri Impiana mengambil masa beberapa minit sahaja.” Ujarku dengan penuh semangat. Fuh..nasib baiklah idea ini datang tepat pada masanya. Nampaknya lelaki itu berpuas hati dengan jawapan yang kuberikan. Aku kemudiannya meminta diri untuk pulang. Di dalam fikiranku serabut dengan tindakan Haikal yang drastik itu. Ah, pasti Iman tahu tentang rancangannya tetapi merahsiakan dariku. Hish, geramnya!

***

Ting Tong! Ting Tong!

Aku dan Mr. F sama-sama memandang ke arah pintu. Jam di dinding yang menunjukkan pukul 1 petang kukerling sekilas. Siapa pula yang datang pada waktu begini? Aku yang sedang menghidangkan makan tengahari untuk Mr. F cepat-cepat berjalan menuju ke arah pintu sambil membetulkan blaus lengan panjang yang berbunga biru tua di badan.
Terkejut bukan kepalang apabila mataku bertemu dengan mata wanita di hadapanku ini. Puan Sri Kirana, ibu Mr. F dan Haikal yang datang rupanya.
Di sebelah wanita ini, berdiri seorang lelaki yang memang kukenali tetapi masih tidak kutahu namanya. Oh, mungkin lelaki ni bekerja sebagai pemandu kepada bonda Mr. F. Tetapi, apabila terjumpanya suatu ketika dulu di taman, tidak nampak pula kelibat Puan Sri Kirana. Maksudnya tuan besar tu Puan Sri Kirana lah? Eh, patutnya puan besar, bukan tuan besar! Aku hanya tersenyum ke arah bonda Mr. F tetapi wanita yang kelihatan sedikit berang itu menjeling ke arahku dan meluru masuk ke dalam penthouse dengan laju. Amboi, garangnya! Pakcik itu pula kulihat masih sedikit terkejut memandang ke arahku dan hanya tersenyum tawar tetapi senyumannya itu kubalas dengan sebuah senyuman yang manis, lebih manis dari tebu. Aku memang menyenanginya dari kali pertama jumpa dahulu.

“Mama.” Ujar Mr. F sedikit terkejut apabila melihat ke arah wanita itu yang kini berdiri di hadapannya.

“Eh, papa pun ada! What a pleasant surprise” Ujar Mr. F lagi dengan nada gembira.

Dia kemudiannya terus meletakkan sudu di atas pinggan. Dengan pantas aku menoleh ke arah lelaki yang kusangka bekerja sebagai pemandu itu. PA..PA, PAPA??! Aduh, masalah ni. Kenapalah dunia yang berbentuk sfera ini kecil sangat? Mati-mati aku ingat dia adalah seorang pemandu kepada salah seorang penghuni di sini. Sudahlah tu, aku siap buat luahan perasaan lagi terhadapanya dulu tentang rasa tidak puas hatiku terhadap Mr. F.

“Noorul, get more plates please. They are joining me for lunch.” Arah Mr. F kepadaku yang baru hendak melangkah masuk ke dapur.

“Tak payah! Mama dengan papa datang bukan nak makan tapi nak bincang sedikit dengan korang berdua!” Tengking Puan Sri Kirana. Kakiku terasa terketar-ketar sedikit. Kenapa pula dia hendak berbincang dengan aku sekali? Aku bukan anaknya ke, menantunya ke. Aduh, taufan apa pula yang bakal melanda ni?

“Bincang apa pulak ni, mama?” Tanya majikanku kepada bondanya.

“Eh, jangan nak buat tak tahu pulak ye. Kamu ingat kami berdua ni pekak dan buta ke? Bertuah punya anak..” Tengking Puan Sri Kirana. Fuhh! Kuatnya suara dia seperti menggunakan pembesar suara. Mr. F yang wajahnya sudah pun berubah itu terus mengekori ibunya menuju ke sofa. Aku pula masih teragak-agak, tidak tahu untuk melangkah ke mana. Betulkah apa yang aku dengar tadi? Dia mahu berbincang denganku sekali? Eh, ke aku salah dengar?

“Panggil perempuan tu sekali!” Arah Puan Sri Kirana kepada Mr. F.

“Kenapa pula mama nak bincang dengan Noorul? Apa masalahnya ni? Harris tak fahamlah.” Ujar Mr. F yang sedang meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan. Memang riak wajahnya nampak serabut sangat ketika ini.

“Oh, Noorul namanya perempuan simpanan kau ni.” Aku tercengang mendengar kata-kata Puan Sri Kirana. Astaghfirullahalzim, ujian apa pula yang datang untukku ni? Serta-merta aku terasa seperti hendak terjelepuk di atas lantai tetapi tanganku sempat berpaut pada meja makan.

“Kirana! Sudahlah tu, bincang elok-elok..” Tegur Tan Sri Hamdan.

“PEREMPUAN SIMPANAN? Mama, are you out of your mind? Dia ni pembantu rumah Along. Kalau mama tak percaya, boleh tanya dengan Carl and if you still don’t believe me, let us go to Agensi Pekerjaan Maju.” Ujar Mr. F yang sudah pun meninggikan suaranya. Kemudian, dia bangun sambil memicit-micit kepala.

“Noorul, mari sini.” Panggil Tan Sri Hamdan. Aku pula terus melangkah lemah menuju ke arah mereka. Mata Puan Sri Kirana yang merenungku dengan pandangan yang tajam seperti pedang yang baru diasah membuatkanku terasa seperti hendak pengsan.
Aku hanya tercegat sahaja apabila sampai di sebelah sofa, tempat mereka berada.

“Duduk situ.” Arah Tan Sri Hamdan lagi. Aku mengambil tempat di atas sofa yang bertentangan dengan mereka. Mr. F pula masih lagi berdiri.

“Sekarang papa nak tanya, hubungan kamu berdua ni hanya seorang majikan dan pekerja sahajakah?” Soal Tan Sri Hamdan kepada Mr. F dengan perlahan tetapi tegas.

“Ala abang! Nak tanya apa lagi! Dah terang lagikan bersuluh! Tunjukkan sahaja gambar tu kepada mereka!” Bentak Puan Sri Kirana yang menjeling tajam ke arahku. Sekarang baru aku tahu, dari mana Mr. F mewarisi suaranya yang seperti guruh ketika marahkan aku itu.

“S..s..saya..” Ujarku tergagap-gagap tetapi dipotong oleh wanita yang bergaun labuh warna merah itu.

“Saya apa? Oh, berani ya kau bersuara??!” Tempik Puan Sri. Ah, tak boleh jadi, aku harus juga terangkan keadaan sebenar.

“S..saya hanya pembantu rumah Encik Harris sahaja, Puan Sri.” Ujarku dengan gementar.

“Bila aku tengok muka kau ni betul-betul, baru aku perasan, kau ada semasa majlis di rumah Maizara tempohari?” Aku menelan liur mendengar soalan itu. Mr. F pula terus memandang ke arahku.

“Tengok abang! Betullah dia ni perempuan simpanan Harris. Ke mana Harris pergi, dia juga ada bersama!” Terketar-ketar lututku mendengar ayat yang keluar dari mulut wanita ini. Mata mulalah berair tetapi masih kutahan supaya tidak berlinangan di hadapan mereka tiga beranak. Mulut yang hendak menafikan segala-galanya pula terus kelu.

“Mama! Noorul bukan macam tu!” Tempik Mr. F pula. Wajahnya diraup lagi.

“Oh, tengok tu, belum apa-apa, dah pandai pertahankan perempuan ni..” Sindir Puan Sri Kirana lagi sambil menjegilkan matanya. Mr. F pula memicit-micit dahi.

“Nanti dulu Kirana. Sekarang, kita dengar dulu penjelasan daripada pihak mereka. Tidak adil kalau kita terus percaya bulat-bulat sebelah pihak sahaja.” Ujar Tan Sri Hamdan dengan nada tegas.

“Harris, duduk!” Arahnya lagi. Mr. F mengambil tempat di sebelahku dan hanya memandang ke bawah.

“Sekarang dah kecoh satu Pulau Pinang yang anak Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Kirana simpan perempuan kat penthouse ni. Dalam internet pun ada berita tentang kamu berdua. Mana kami nak letak muka. Apa penjelasan kamu?” Soal Puan Sri Kirana kepada Mr. F. Aku yang terkejut terus memandang ke arah wanita itu. Biar betul! Astaghfirullahazim.

“Ala, mama! Mungkin musuh papa dalam bidang perniagaan yang buat cerita. Kita saman sahaja, habis cerita. Memang bukan benda betul pun!” Jawab Mr. F dengan tegas.

“Masalahnya, mereka ada bukti. Tengok ni! Saman tak akan menutup mulut orang.” Mataku dan Mr. F sama-sama melekat pada gambar yang bersaiz 5R di atas meja. Di dalam gambar itu, tanganku terletak kemas di dada Mr. F. Bila pula aku berani pegang-pegang majikanku ini? Astaghfirullahalazim. Baru aku teringat, gambar ini dirakam ketika aku hendak menepis air yang tertumpah pada baju Mr. F. Wajah kuraupkan berulang kali. Siapa agaknya yang mengambil gambar ini?!

“T..tapi Tan Sri, saya memang hanya seorang pembantu rumah sahaja. Tidak lebih daripada itu. Walaupun saya ni miskin, tetapi saya bukan perempuan murah yang menjual diri untuk mendapatkan duit.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh sambil merenung ke dalam anak mata Tan Sri Hamdan.

“Mama, Noorul cuba mengesat air yang tertumpah di baju along je. Apa yang ada dalam gambar ni, bukan seperti yang mama fikirkan.” Ujar Mr. F pula kepada bondanya.

“Yang pastinya, kamu pernah berdua-duaan dalam penthouse ini. Walaupun Noorul hanyalah seorang pembantu rumah dan kamu tidak pernah melakukan apa-apa tetapi, kamu menimbulkan syak. Kamu berdua juga ada salahnya dalam hal ini.” Ujar Puan Sri Kirana.

“Kalau macam tu, kami akan pastikan kami tidak berdua-duaan lagi di dalam penthouse ni pada masa akan datang!” Ujar Mr. F dengan bersungguh-sungguh. Aku pula terus menganggukkan kepala. Aku sanggup berdiri di luar ketika majikanku pulang untuk makan tengahari nanti.

“Sudah terlambat!” Bentak wanita itu lagi.

“Perkara ini telah tersebar luas. Rakan perniagaan papa asyik bertanyakan hal ini sahaja semasa meeting semalam.” Celah Tan Sri Hamdan pula.

“Jadi, mama dah beritahu dengan semua orang yang kamu berdua sudah bernikah. Akad nikah dah buat dan majlis perkahwinan akan diadakan nanti.” Lancar sahaja ayat itu keluar daripada mulut Puan Sri Kirana.

“APA?! Mama, do you know what you are saying? No way, I am going to resign from my job and go back to London tomorrow.” Jerit Mr. F. Aku pula yang sudah membuat keputusan pantas bersuara.

“Saya pula rela letak jawatan sekarang, Puan Sri.” Ujarku. Sudah tidak kufikirkan lagi soal wang ketika ini.

“Kamu berdua jangan nak lari pula daripada masalah yang berpunca dari kamu ni! Jangan nak malukan muka kami. Sekarang semua orang tahu kamu adalah suami isteri. So, they are waiting for the invitation card untuk majlis resepsi dan persandingan nanti.” Bentak Puan Sri Kirana. Majlis resepsi? Aku bersanding dengan Mr F demi untuk menjaga reputasi keluarga mereka? Itu mungkin terjadi dalam cerita fantasi tetapi di dalam kehidupan realiti, mana mungkin! Tidak, aku tidak akan berkahwin dengan seseorang yang tidak langsung mencintaiku.

Duniaku kini tiba-tiba terasa gelap gelita. Mana mungkin aku berkahwin dengan Mr. F? Betul, aku cintakannya tetapi aku sangat pasti lelaki itu tidak ada perasaan untukku. Bagaimana dengan Elisa dan Nurina yang akan datang menuntut cinta mereka nanti? Pasti aku yang akan jadi mangsa di dalam kisah mereka.
“Tidak, Puan Sri, Tan Sri. Saya minta maaf tetapi saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak langsung mencintai saya!” Ujarku dengan tegas dan terus berlari naik ke atas untuk mengambil beg sandang belakangku. Aku nekad untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.

“Noorul, nanti dulu. Kita binc..” Kata-kata yang keluar dari mulut Tan Sri Hamdan yang berdiri di tepi tangga kupotong dengan pantas.

“Maafkan saya, Tan Sri tetapi saya benar-benar tidak boleh! Anak Tan Sri juga tidak boleh terima saya. Kami sama-sama tidak setuju dengan rancangan ini. Assalamualaikum.” Ujarku dan terus berlari keluar.

Hatiku sedikit lega apabila lif sudah sedia terbuka ketika aku sampai. Haikal yang keluar dari lif tidak kuhiraukan tegurannya dan aku terus melangkah masuk ke dalam. Saat ini, Aku hanya mahu pulang ke kampung sahaja dan mengadu dengan mak tentang semua yang berlaku. Mr. F memang satu-satunya lelaki yang berada di dalam hatiku. Sepatutnya aku tersenyum gembira kerana disuruh berkahwin dengan orang yang aku cintai. Tapi, aku sedar, kisah hidupku bukanlah seperti kisah yang pernah kubaca dalam buku cerita semasa kecil dahulu. Aku boleh menerimanya seadanya dia, tapi tidak adil untuk lelaki itu yang rasa cintanya terhadapku mungkin tidak pernah wujud walaupun secebis untuk mengahwiniku.

***

63 comments:

  1. tahniah writer. ur novel akn publish next yr. surely i'll buy.

    GOOD LUCK. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de yang full ke akak novel maid ni umi kalsom...

      Delete
  2. thanks umi..:) thank u very much for your support..

    ReplyDelete
  3. Suri, Moon tak sabar nk tunggu M.A.I.D..Mak Moon pun suka citer ni :D

    ReplyDelete
  4. same like umi..i will buy the novel..;p

    ReplyDelete
  5. Moon : MOON :) terharunya mak moon baca jugak :) kirim salam sayang kat Suri untuk mak moon ye..:) thanks for your support dear..

    Azwazee: thanks. saya sgt terharu..:)

    ReplyDelete
  6. bila akan buku kan .... bilan berapa ?


    miss jieha

    ReplyDelete
  7. Suri, Moon mmg peminat setia M.A.I.D dan Suri jugak :D Hehe...by the way, Suri ada emel tak? Moon teringin nak bual-bual dengan Suri :)

    ReplyDelete
  8. Miss Jieha : Terima kasih sbb sudi mengikuti cite ni.. Suri dimaklumkan yang novel ini akan terbit pada pesta buku antarabangsa di PWTC nanti..sekitar bulan 4. Suri akan war-warkan nanti bila dah confirm tarikhnya :)

    Moon : Thank u very much! Boleh je..:) e-mail me at suri.ryana@yahoo.com :)

    ReplyDelete
  9. xjemu bace citer M.A.I.D nie..
    wlaupon dh 4low dlm p2u tp still nk bace ag dlm blg,hehehe...
    harap sambungannyer mmg mantap r..
    xsabar nk bce smbungannyer..ble dh terbitkn blhla infom,hehe..

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas sokongan anda, tarisuria :) nantikan kemunculan novel ni nanti ye. Suri dimaklumkan yang novel ini akn berada di pasaran sekitar bulan 4. Jangan risau, saya akan war-warkan di sini nanti :D thanks again! xoxo

    ReplyDelete
  11. akak pun tak sabar nak beli novel nie .... nak tahu kesudahannya .... Best .. best ..best..

    ReplyDelete
  12. thanks akak, atas sokongan yang diberikan. Nantikan kemunculan novel ni di pasaran okay..:)

    ReplyDelete
  13. huwah~~~ huhuhu...
    nak lagi la....huhuhu...
    kena beli la ni eh. ^^

    ReplyDelete
  14. n.haliban, thanks sebab sudi mengikuti cite ni..saya dimaklumkan yang novel ini akan berada di pasaran bulan 4 nanti :) thanks again ya..

    ReplyDelete
  15. suri, akak rasa suri lg cantik dr gmbr noorul tu, apa kata suri letak je gmbr suri. br seronok skt akak tgk. huhu serius ni.

    ReplyDelete
  16. hihihisegan la akak...hihihi thanks sudi singgah sini :)

    ReplyDelete
  17. suri, akak serius tau, kawan2 akak pun cakap camtu. letak la gmbr suri tkr gmbr noorul tu

    ReplyDelete
  18. heheheheh.. segan laaa kakkk hehehehhe :D Suri penulis je..biar wataknya jadi org lain pulak heheheh thanks atas sokongan akak yea..:)

    ReplyDelete
  19. wow cerita yang sangat2 menarik tak sabar nak cari buku nih nnti bile balik malaysia kenacari nih -kakngat ;) tahniah suri kerana berjaya menghasilkan novel yang baik bersahaja dan asntai menghiburkan dan penuh dgn drama serta aksi2 yang tidak diduga -it's makes me can't stop reading :) -kakngat ;)

    ReplyDelete
  20. Kakngat, thank u so mch sebab sudi mengikuti cite ni dr bab 1-bab 21 :) Suri amat2 menghargainya..:D Gembira kerana Kakngat seronok membaca cerita ni..thanks again :)

    ReplyDelete
  21. x lame lg penantianku akn berakhir. ahak3...tahniah tok awk suri kerana berjaya menghasilkan novel yg menarik untuk kami pembaca novel melayu.

    ReplyDelete
  22. comiez, terima kasih banyak2..Suri akan terus belajar untuk memberikan yang terbaik lagi selepas ini :) thanks for your support. :)

    ReplyDelete
  23. Mmg the boom....x sabar nak tggu pesta buku ni....Plzz anty nak ur autograph kat buku tu nanti n bgbr ngan Q.P...bole kan....x sabar rasanya....c u then..

    ReplyDelete
  24. Rindu Lukisan, suri pun tak sabar nak jumpa denagn semua readers yang disayangi :) Okay, nanti suri akan maklumkan tarikh suri akan ade kat sana yea.. :) see u!

    ReplyDelete
  25. x sabarnyer nk tunggu novel ni......agaknyer ada berapa chapter lagi yea?

    ReplyDelete
  26. Aishah, suri tak sure berapa chapter lagi sebab mungkin kaki novel dah edit chapter2 tersebut..tapi, yang Aishah baca di p2u tu hanyalah separuh (300+ muka surat)..ade lagi separuh ceritanya (lebih kurang 300+ hingga 400 pages lagi)..:)

    ReplyDelete
  27. akak itu je ke kesudahan cerita nya?

    ReplyDelete
  28. Aznur, dapatkan novel M.A.I.D. yang akan keluar April ini untuk sambungannya :)bab 21 ni bukan bab terakhir..ini hanya separuh drpd cerita sebenar..:)

    ReplyDelete
  29. ooohh..rse xsaba btol lar nk tggu novel tu kuar ape kte akak habis kn jer kt snie....nk tggu blan 4 lme lgi....

    ReplyDelete
  30. heheh..tak boleh sambung kat sini, coklat..sorry ye..sebab buku tu dah dibukukan..tunggu masa nak keluar je..penerbit tak benarkan kak suri release bab2 seterusnya kat sini..lg tak sampai 2 weeks je dah April..sabar kay..thanks :)

    ReplyDelete
  31. huhu...okey2...btol jgak t taderk org bli novel sbab da bce citer nie smpai abiz...hehe

    ReplyDelete
  32. xsabo2 tol aznur nak tunggu. .mesti kene cari novel nie nanti. .best lah wat mcm nie.. boleh wat org t'tunggu. .

    ReplyDelete
  33. Aznur..:) nantikan novel M.A.I.D. April ni yea..:)

    ReplyDelete
  34. saya akan membeli novel hasil karya permaisuri setelah buku ini tercetak dan boleh saya tahu permaisuri sedang menerbitkan buku di syarikat apa yea ???

    ReplyDelete
  35. Ulat Novel, novel M.A.I.D. karya Suri ni diterbitkan oleh Kaki Novel :) Boleh beli secara online di www.kakinovel.com atau pun boleh juga dapatkan di Popular, MPH dan kedai buku lain hujung minggu depan..:)

    ReplyDelete
  36. kalau novel tu dah keluar , boleh tak sambung balek novel on9 ? sbb mungkin ade sesetgh org tak dpt beli .. :)

    ReplyDelete
  37. saya akan membelinya.... tak sabar nak baca endingnya .......

    ReplyDelete
  38. dah beli and dah baca, mmg best :D

    ReplyDelete
  39. Anonymous : Ala..penerbit tak kasi Suri letak full version kat sini..kalau sesiapa tak dapat beli, sila email suri di sini : suri.ryana@yahoo.com :)

    Anijami : Thank u so much yea..Anijami..:)

    Anonymous : Thanks!! Gembira sbb anda sukakan novel ini :)

    ReplyDelete
  40. akak sy dah beli dah novel m.a.i.d..memng best

    ReplyDelete
  41. salam kak..
    saya minat sangat novel m.a.i.d.
    dan saya boleh hafal jalan cerita dia sebab cerita dia best sangat...
    nak tanya mr.f pakai kereta bmw series??

    ReplyDelete
  42. Salam suri..
    cite ni mmg best sgt.dh baca berkali2. tpi blh request tak? contnue buat cite psal Iman&Haikal? buat mini e-novel pun jd lh. rindu sgt mereka ni.. nak jgak tau feeling diorang tu.bila agaknya haikal suka kat iman ye? dh suka abis lh tu :))

    ReplyDelete
  43. FRUST LA XDPT BLI NOVEL NI...PUAS PUSING KL N AREA RWG TP NOVEL NI DH ABIS..FRUST GLER..

    ReplyDelete
  44. salam. suri, br beli novel maid semalam.. dh hbs bce dh.. tahniah suri, bes cite!

    ReplyDelete
  45. Dah beli. Love it so much. Suka baca the sparring between the two main characters.

    ReplyDelete
  46. sy dh bace novel maid tu kk suri...mmg best,x sangka Mr.F tu romantik...I like bile diorang honeymoon..

    ReplyDelete
  47. congratulation..to you...this novel very interesting...this novel make me smile and happy always...harap novel ini diadaptasikan kpda drama pula...di tv3..

    ReplyDelete
  48. sy bru berkesempatan bce...congrates kak suri..bes cgt2...

    ReplyDelete
  49. sy bru berkesmpatan bace...congrates kak suri!!novel nie best cgt2!!

    ReplyDelete
  50. dh baca 2 hari lps novel ni.gaya penulisannya mcm matt romeo..saya suka sgt.boleh tersenyum sorang2 masa baca novel maid ni.

    ReplyDelete
  51. klo beli guna pos, brpa hari boleh smpai ye?

    ReplyDelete
  52. serbu jualan buku di Unimas esok...dapatkan novel maid...jalan cerite best...

    ReplyDelete
  53. dah dkat 4 kli ulang novel nih...
    tpi x prnah bsan..
    mmg besz lah novel nih..
    gud job ;)

    ReplyDelete
  54. kak suri nk lagi ..................
    semue buku yg kak suri buat best sangat sangat.....................=)

    ReplyDelete
  55. Boleh saya tahu di mana saya boleh dapatkan full version Novel M.A.I.D?

    ReplyDelete
  56. Saya mau beli novel ini,
    Di Batam ada jual tak y?
    Kl kirim ke Batam bisa tak?

    ReplyDelete
  57. Sis suri...x saba tunggu sambungan maid 2....kecewa sgt mase tgk maid raya...ingatkan betul noorul dh meninggal...sedey...

    ReplyDelete