DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Sunday, 11 December 2011

Isteri Separuh Masa 19

Bab 19
Kepala yang tidak gatal kugaru perlahan. Sudah hampir 15 minit aku menghadap buku rujukan ‘Principles of Transistor Circuits’ yang ditulis oleh Stan Amos & Mike James tetapi satu apa yang aku baca pun tak masuk ke dalam otak. Entah-entah otakku mengalami short circuit! Memang aku akui, fikiranku tidak berada di sini. Aku menutup buku dengan kasar dan meraupkan wajah berulang kali. Pandangan kuhalakan ke arah tiga orang budak lelaki yang sedang bermain basikal. Seronoknya mereka. Tak seperti aku yang sedang kusut memikirkan pelbagai jenis masalah. Ingatkan apabila berada di taman yang indah lagi permai ini, dapatlah aku mengulang kaji dengan tenang sambil menghirup udara yang nyaman, rupa-rupanya aku silap. Suara Abang Nazrin juga yang terngiang-ngiang di telinga.
“I’m sorry”
Susah hendak percaya, ayat itu sudah menghantuiku selama dua hari. Walaupun perlahan, aku dapat dengar dengan jelas sekali. Walaupun dia menafikannya, aku tahu telingaku belum pekak lagi. Kenapa agaknya dia meminta maaf dariku?
Dua tiga hari ini, kulihat si bapak singa itu asyik termenung sahaja. Raut wajahnya yang bermasalah itu memberitahuku yang dia sedang memikirkan sesuatu yang berat. Satu lagi fakta tentang Abang Nazrin, dia memang rajin benar berjogging di waktu malam sekiranya dilanda masalah. Memang itu tabiatnya dari dulu lagi.
“Ah, lantak dialah, Wani! Kenapa pula kau hendak sibuk-sibuk fikirkan tentang si bapak singa tu? Sedangkan dia tidak pernah langsung pedulikan kau!” Ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Sememangnya aku sudah cuba untuk tidak mengambil pusing tentang hal itu tetapi gagal. Aduh, masalah betul! Tidak sabar untuk pindah balik ke asrama. Esok mama, papa, nenek dan Mak Timah akan kembali ke Kuala Lumpur. Jadi, dapatlah aku menjalani rutin harian seperti biasa. Aku dengan hal aku dan lelaki itu dengan halnya, seperti dulu. Abang Nazrin juga boleh hidup dengan aman di dalam rumah itu tanpa kehadiran aku, orang yang paling dia menyampah di atas muka bumi ini.
Dengan lemah aku mencapai buku dan terus bangun dari bangku. Selepas menarik nafas dalam-dalam, aku mula mengatur langkah untuk pulang. Aku mahu berada di rumah sebelum mama, papa, nenek dan Mak Timah pulang dari membeli jeruk buah. Dari dulu lagi, kalau kami sekeluarga datang ke Pulau Pinang, tidak sah jika tidak memborong pelbagai jenis jeruk buah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Mata kukecilkan sedikit. Dari jauh dapat kulihat sebuah kereta Honda CRV di hadapan pintu pagar yang terbuka luas. Pasti ada tetamu yang datang. Aku terus membetulkan tudung yang sedikit serabut dan kedudukan blaus berwarna merah jambu di badan. Langkah kaki pula kupercepatkan sedikit.
Sesampai sahaja di hadapan pintu rumah, aku sempat menjeling ke arah sepasang kasut yang terdampar di atas lantai. Niat untuk masuk ke dalam rumah bagaimanapun terbantut seketika setelah terdengar namaku disebut. Telinga kulekapkan rapat ke pintu yang sedikit renggang. Siapa agaknya yang berada di dalam? Bersama kerutan di dahi aku terus menanti perbualan selanjutnya di antara Abang Nazrin dan tetamunya itu.
“Ceraikan dia. I nak you ceraikan Medina Izwani di hadapan I.” Berderau darahku mendengar ayat-ayat yang berkumandang. Mana mungkin aku dapat lupakan pemilik suara yang lantang itu. Pasti kasut yang berjenama mewah ini kepunyaan Kak Zita! Mata kupejamkan seketika. Nampaknya, hari untuk aku diceraikan sudah tiba. Sebak di dada kutahan dan aku terus memeluk erat buku rujukan.
“Zita, kenapa susah sangat you nak faham ha? Kan dah berjuta kali I beritahu you. I tak boleh ceraikan dia.” Suara Abang Nazrin pula berkumandang dengan kuat. Memang betullah Kak Zita yang berada di dalam. Aku terus memasang telinga untuk mendengar perbualan yang selanjutnya.
“You sanggup tunggu I selama bertahun-tahun, takkan you tak boleh tunggu sekejap lagi?” Kali ini, suara si bapak singa itu kedengaran lembut sedikit.
“Sebab I dah tunggu you bertahun-tahunlah I dah mula hilang sabar. I dah tak boleh tunggu you lagi, Nazrin..I just can’t..” Jawab wanita itu. Dari nada suaranya, aku tahu dia tidak puas hati dengan kata-kata Abang Nazrin.
“Zita, I rasa baik you balik dulu. Kejap lagi family I akan sampai. I tak nak diorang nampak you kat sini. Lagilah susah untuk kita bersama nanti. You balik dulu ya?” Pujuk Abang Nazrin. Setelah tiada jawapan diterima dari Kak Zita, Abang Nazrin bersuara lagi.

“Alif, aku rasa elok kalau kau bawa dia balik dulu...” Alif? Siapa pula Alif ni? Adakah kawan baiknya yang kupanggil ‘Phua Chu Kang’ tu? Terbayang wajah seorang lelaki berkulit cerah dan bertahi lalat di wajah. Sebijik seperti tahi lalat milik Phua Chu Kang yang kulihat di dalam televisyen tu.
“Betul cakap Nazrin..jom balik dulu. Tak elok buat kecoh kat sini.” Suara lelaki yang bernama Alif itu pula kedengaran.
“Alif, aku tak akan balik selagi dia tak ceraikan perempuan tu!Aku tak peduli. Apa nak jadi, jadilah!”
“Look here Zita..kalau I ceraikan dia sekarang pun, belum tentu I boleh kahwin dengan you. I takut family I tak boleh terima you..tambah-tambah nenek I.” Abang Nazrin pula bermati-matian menolak kemahuan Kak Zita. Tapi, ayat itu tidak membawa apa-apa makna untukku. Lambat atau cepat, aku tetap akan diceraikan.
“I tak kisah kalau diorang tak boleh terima I, sayang. Janji you ceraikan dia. Kita kahwin senyap-senyap. Nanti bila you dah bersedia, baru kita beritahu dengan family you. Okay sayang?” Wanita itu memberikan cadangan yang mungkin baginya sangat bernas.Dengan bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Suaranya pula kedengaran sangat manja memujuk Abang Nazrin. Boleh termuntah hijau dah ni.
“I’m sorry Zita..dulu Uncle I pernah buat macam tu kat nenek. I tak nak parut lama kat hati nenek tu luka balik.” Balas Abang Nazrin.
“Habis tu? Sampai bila I nak tunggu you?? Jangan-jangan you dah jatuh cinta dengan budak hingusan tu?”
Budak hingusan dipanggilnya aku? Kurang asam! Entah kenapa aku ternanti-nanti juga jawapan dari Abang Nazrin.
“Apa yang you merepek ni? For your information, I tak pernah ada hati pun dengan Wani.” Aku sudah dapat menjangka jawapan itu akan diberikan oleh Abang Nazrin tetapi hatiku ini tetap juga ada sedikit rasa kecewa.
“Err..maaf mencelah. Aku rasa elok kalau korang berpisah aje. Aku betul-betul kesiankan wife kau.” Teragak-agak ‘Phua Chu Kang’ memberikan pendapat kepada Abang Nazrin.
“What?! Kau gila ye Alif? Aku tak akan berpisah dengan Nazrin. Peduli apa dengan budak tu. Aku tak akan kalah dengan perempuan yang dah rampas hak aku.” Lantang suara Kak Zita berkata-kata. Pelik betul. Dia mahukan cinta Abang Nazrin ataupun mahu bertanding denganku?
“Tapi, dia sekarang dah jadi isteri Nazrin. Sanggup kau nak runtuhkan masjid?” Ujar Alif lagi. Aku pula menjengukkan sedikit kepala untuk melihat wajah lelaki itu tetapi tidak berjaya.
“Hey, kau boleh diam tak? Memang silap besar aku minta tolong kau bawakan aku ke sini. Kalau aku tahu tadi, baik aku naik teksi aje!” Nampaknya wanita itu sudah berang dengan Alif.
“Bro, dari dulu lagi aku dah nasihatkan kau. Bila dah jadi macam ni, kau jugak yang pening kan?” Sindir Alif kepada Abang Nazrin.
“Alif, aku buntu. Aku betul-betul buntu. Aku tak boleh ceraikan Wani...”Ada keluhan berat di akhir ayat yang dituturkan Abang Nazrin. Telinga semakin rapat kulekapkan pada daun pintu.
“You tak boleh ceraikan dia sebab nenek you ataupun you memang tak nak ceraikan dia? You tak sanggup kan?!” Wanita itu seperti naik hantu menjerit di dalam.
“Zita, bukan macam tu..tolonglah faham..” Perlahan sahaja kudengar nada suara Abang Nazrin. Aku tahu dia penat menjawab tuduhan Zita.
“Apa agaknya yang anak pungut tu dah buat sampai you jadi lembut hati macam ni? Entah-entah, you dah tewas dengan godaan dia. Entah-entah you dah tido dengan dia!” Terlopong mulutku mendengar kata-kata Kak Zita. Dia ingat aku ni perempuan jenis apa? Sekurang-kurangnya aku bukan seperti dia yang pernah berlaku curang di belakang Abang Nazrin.
“Kalau betul pun, apa masalahnya? Wani tu kan isteri dia.” Alif mencelah.
“Hey Alif! Kau boleh diam tak?” Kuat Kak Zita menengking.
“And you Nazrin, I nak you berterus-terang dengan I hari ni. You dah terlanjur dengan budak tu kan? ” Nasib baik tidak terlepas buku rujukan di tanganku mendengar kata-kata wanita gila itu.
“Zarita! Apa yang you merepek ni? Demi Allah, I tak pernah sentuh dia walaupun I ada hak untuk buat macam tu. Why? Sebab I cuba untuk ikut segala kemahuan you. You tak percayakan I?” Beriya-iya Abang Nazrin menangkis tuduhan Kak Zita. Aku pula hanya mampu memandang ke arah lantai sahaja.
“Ah, I kenal sangat dengan perempuan macam Wani tu. Mesti dia sedang gigih menggoda you kan? Suka mengambil kesempatan. Dasar anak pungut. Agaknya mak dia dulu pun perampas kekasih orang jugak!” Geram terasa hatiku ini apabila mendengar kata-kata Kak Zita. Seperti dicincang-cincang. Begitulah hancurnya keadaan hatiku saat ini. Bibir kuketap dengan geram.
Memang wanita itu dah lebih. Aku memijak-memijak kasut berwarna merah yang berada di atas lantai dengan kuat. Biar lunyai kasut perempuan tu. Kalau benci dengan aku sekalipun, tak perlulah mengaitkan arwah mak dalam hal ini. Darah yang mendidih tidak dapat kubendung lagi. Memang melampau! Aku terus meluru masuk ke dalam rumah.
Keadaan ruang tamu yang tadinya riuh dengan suara mereka kini sepi seperti di dalam bilik mayat. Aku mengamati wajah wanita itu dengan tajam. Tidak jauh beza wajahnya 8 tahun yang lepas dengan sekarang. Cuma, nampak lebih matang. Pakaiannya juga tetap seksi seperti dulu. Tidak ada duit agaknya untuk beli kain. Kasihan. Ternyata mereka bertiga terkejut dengan kehadiranku. Sempat juga aku membalas senyuman Alif yang kupanggil Phua Chu Kang itu sebelum bersuara.
“Assalamualaikum semua..” Langkah kaki kuatur dengan tenang menuju ke arah Kak Zita yang sedang berdiri di sebelah Abang Nazrin.
“Maaflah kalau saya menganggu. Memang saya ni anak angkat tapi tak perlulah nak libatkan arwah mak saya pula dalam hal ini. Sekurang-kurangnya saya berasa lega kerana arwah mak saya bukanlah seorang wanita yang suka mengganggu rumah tangga orang.” Ujarku. Tajam mataku menikam mata wanita yang memakai contact lens biru itu.
“Sayang..tengoklah dia ni..” Rengek Kak Zita tetapi Abang Nazrin kulihat tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya masih merenung ke arahku.
“Janganlah risau, saya tak pernah terfikir pun untuk menggoda Dr. Nazrin sebab saya langsung tak berminat dengan lelaki macam ni. Ciri-ciri lelaki idaman saya memang tak ada langsung dalam dirinya.” Ujarku dengan selamba sambil menundingkan jari ke arah lelaki itu.
Sempat aku menjeling untuk melihat reaksinya. Dia hanya mampu mengangkat kening sahaja apabila mata kami bertemu. Ah, malas aku hendak menganalisa reaksinya itu. Kemudian, mata kuhalakan kembali ke arah wanita itu. Ada riak tidak puas hati bertandang di wajahnya kini.
“Hey perempuan, dengar sini..” Tengking Kak Zita.
“Shut up!” Tengkingan Kak Zita kujawab dengan tengkingan juga. Aku tidak mahu kelihatan lemah hari ini. Yang penting, aku tidak perlukan simpati daripada sesiapa pun..
“Awak yang perlu diam dan dengar betul-betul tentang apa yang bakal saya katakan ni. Awak tak perlulah bersusah payah datang ke sini untuk mintak dia ceraikan saya. Saya sendiri yang akan tuntut fasakh sekiranya dia tak berbuat demikian bila tiba masanya nanti.” Dengan jelas dan lantang aku berkata begitu dan kemudian aku menjeling tajam ke arah Abang Nazrin. Ada sebak di dada apabila mata kami bertemu tetapi kutahan sebaik mungkin supaya mereka tidak dapat mengesannya.
“And you, Dr. Nazrin, make sure you divorce me when the time comes!” Ujarku dengan perlahan tetapi cukup tegas untuk didengari oleh mereka bertiga.
Kemudian, aku terus menapak ke arah tangga. Air mata yang telah lama kutahan gugur juga membasahi pipi ketika kaki mendaki anak tangga. Tidak sanggup rasanya untuk terperangkap di dalam masalah ini lagi. Sakit hatiku mendengar perbualan di antara Abang Nazrin dan Kak Zita tadi. Seperti ditoreh berkali-kali, begitulah robeknya keadaan hatiku. Sesungguhnya, aku sudah tidak sabar untuk balik ke asrama. Kalau boleh sekarang juga aku mahu meninggalkan rumah ini tetapi apa pula kata keluargaku nanti? Selepas sahaja mereka semua pulang ke Kuala Lumpur esok, aku akan berbincang dengan Abang Nazrin tentang masalah kami.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kami bercerai. Cuma yang perlu difikirkan ialah, bagaimana caranya untuk memberitahu kepada nenek supaya dia tidak terlalu terkejut dan kecewa dengan berita yang akan kami sampaikan nanti. Ataupun, haruskah kami berpisah dan menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan mereka? Entahlah, aku sendiri buntu memikirkan tentang hal ini.
***
Peluh sejuk membasahi dahi ketika ini. Wajah si bapak singa itu juga kulihat terkejut mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut papa. Mama dan nenek pula hanya mampu tersenyum sahaja melihat reaksi kami. Sempat juga aku menjeling ke arah Mak Timah ketika ini. Bukan main seronok lagi wanita itu. Siap angkat ibu jari kanan terhadapku.
Abang Nazrin kulihat mengesat peluh di dahinya. Pasti dia juga sepertiku gigih mencari alasan yang terbaik untuk diberikan kepada papa. Kalaulah semua orang tahu tentang kejadian petang tadi, pasti mereka tidak akan segembira ini. Apalah yang akan terjadi nanti apabila mereka tahu segala-galanya tentang perkahwinan aku dan Abang Nazrin? Tidak sanggup rasanya untuk membayangkan tentang hal itu.
“Kamu berdua setuju atau tidak?” Soal papa kepada kami. Matanya memandang ke arah aku dan Abang Nazrin silih berganti. Aku pula hanya mampu memandang kosong ke arah lantai. Tidak tahu untuk memberikan jawapan yang bagaimana.
“Kenapa agaknya dengan diorang ni?” Soal mama sedikit hairan. Kemudian nenek pula bersuara.
“Eh, korang ni tak suka ke nenek nak tinggal lama sikit kat sini?” Dari nada itu aku tahu nenek sudah mula berjauh hati melihat reaksi aku dan Abang Nazrin yang kaku seperti patung. Iyalah, aku baru sahaja merancang untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan lelaki ini. Kalau nenek tinggal bersama Abang Nazrin, maksudnya, aku juga perlu menetap di sini. Susah betul hatiku memikirkan segala kemungkinan yang akan terjadi.
“Wa..Wani suka sangat, nek!” Akhirnya aku bersuara. Sebuah senyuman manis kuhadiahkan kepada wanita itu.
“Nazrin pulak?” Soal nenek yang memandang tepat pada wajah Abang Nazrin.
“Suka jugak, nek! Sama macam Wani.” Jawab Abang Nazrin di dalam keterpaksaan. Lega kulihat wajah nenek dengan jawapan yang diberikan oleh kami berdua.
“Nenek ni bukannya apa. Rindu sangat dengan Wani dan Nazrin.” Wanita yang memakai baju kurung kedah berwarna biru muda itu bersuara. Cawan kopi dirapatkan ke mulut dan dihirupnya sedikit air yang masih bersisa.
“Lagipun sepanjang nenek dan Mak Timah ada kat sini, bolehlah kami tolong uruskan kerja rumah kat dalam rumah ni.” Sambung nenek lagi. Mak Timah yang kelihatan sangat gembira pula menganggukkan kepala beberapa kali.
“Nenek ni, kasihan sangat dengan Wani.Ye lah, mana nak ke kelas lagi, kemudian, nak buat kerja rumah lagi.” Ujar mama sambil tersenyum. Kek pisang yang berada di tangan dimasukkan ke dalam mulut. Aku pula hanya mampu tersenyum sumbing.
“Nenek tengok, Wani nak masak pun tak sempat kan? Maklumlah pelajar.” Aku hanya mampu mengangguk sahaja. Isk, Wani..kalau kau masak sepanjang mereka berada di sini, pasti semua ini tak akan terjadi. Aku sudah mula menyalahkan diri sendiri.
“Betul tu. Lagipun tak elok kalau hari-hari makan kat luar.” Sampuk papa. Nampaknya semua orang setuju dengan kemahuan nenek yang mahu tinggal lama sedikit di sini.
“Entahnya, tak berkhasiat tau! Tengok ajelah Wani ni, semakin kurus. Nazrin pun sama.” Nenek seperti biasa, menyokong kata-kata papa. Abang Nazrin kulihat terdiam seribu bahasa, sama sepertiku. Mungkin rasa terkejut dengan berita yang disampaikan nenek masih belum hilang lagi.
“Tapi nek, kami tak nak menyusahkan nenek dan Mak Timah. Lagipun, ayam, lembu dan kambing nenek kat kampung tu siapa nak tengokkan?” Akhirnya, lelaki itu bersuara dengan berhati-hati. Aku tahu dia berharap benar dapat mematahkan rancangan nenek dengan alasan itu.
“Kamu ni pelupa betullah, Nazrin. Dah lama nenek tak bela binatang-binatang tu. Hai, muda-muda lagi dah nyanyuk!” Bidas nenek. Aku pula hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Nampaknya, tidak ada apa lagi yang boleh menghalang kemahuan nenek.
“Oh..ye ke..kalau macam tu, tak apalah nenek. Nazrin ni cuma tak nak susahkan nenek aje.”
“Tapi kalau Mak Timah tinggal kat sini, siapa pula nak tolong mama uruskan kerja-kerja rumah kat Kuala Lumpur tu?” Aku pula mencuba nasib. Mana tahu, sekiranya Mak Timah perlu pulang ke Kuala Lumpur, mungkin nenek juga tidak jadi untuk tinggal di sini. Pasti nenek akan berasa bosan terpaksa tinggal seorang di siang hari ketika aku dan Abang Nazrin berada di kampus.
“Kami dah bincang pun tentang hal ni. Kamu janganlah risau, Wani. Papa akan carikan pembantu rumah lain untuk mama.” Jawab papa sambil tersenyum. Semua yang mendengar juga turut sama menguntumkan senyuman kecuali aku dan Abang Nazrin.
“Oh..macam tu..” Ujarku sambil menganggukkan kepala.
“Berapa lama agaknya nenek akan tinggal kat sini?” Soal Abang Nazrin kepada nenek.
“Tengoklah nanti. Nenek pun tak pasti lagi.” Pahit terasa air liur yang ditelan ketika ini mendengar jawapan wanita itu.
“Korang ni macam tak suka aje nenek tinggal kat sini. Ada apa-apa yang korang sembunyikan dari kami ke?” Ah, masuk kali ini sudah beberapa kali nenek berkata begitu. Setiap kali ayat itu keluar, jantungku terasa seperti ingin gugur.
“Ehhh mana ada nek..” Suara Abang Nazrin berkumandang.
“Kami memang seronok sangat nenek tinggal kat sini. Lagipun, Wani ni dari semalam dah merengek-rengek dengan Nazrin.” Ha, sudah! Tangan Abang Nazrin memeluk bahuku dengan kemas ketika berkata begitu. Pasti lakonan ini untuk meyakinkan nenek yang rumah tangga kami berada di tahap yang paling cemerlang. Sentiasa aman dan bahagia.
“Katanya, sedih betul sebab nenek nak balik hari ni. Tak puas bermanja lagi. Kan sayang?” Lembut kata-katanya apabila menyebut perkataan ‘sayang’ itu membuatkan hatiku ingin cair tetapi aku cepat-cepat mengingatkan diriku tentang apa yang terjadi petang tadi.
“aa…ye, ye. Betullah tu. Lagipun tak ada apa yang kami nak sembunyikan dari nenek. Janganlah risau!” Jawabku sambil tersenyum manis kepada nenek. Tangan kanan Abang Nazrin menggenggam tangan kiriku membuatkan jantungku telah pun berubah rentaknya. Nenek pula memerhati sambil tersenyum.
“Lega sikit rasa hati nenek ni.” Ujar nenek.
Aku menyiku lembut Abang Nazrin supaya dia melepas jari-jariku tetapi lelaki itu buat bodoh sahaja. Pandangannya dihalakan ke skrin televisyen seperti tiada apa-apa yang berlaku. Lega rasanya apabila terdengar bunyi telefon bimbitku yang menjerit minta dijawab. Pandai pula dia melepaskan tanganku ketika ini.
Nama Niza yang tertera di atas skrin menambahkan kegelisahan di hati. Apa agaknya alasan yang harus kuberikan kepada rakan-rakanku nanti? Pasti mereka akan terkejut apabila mendapat tahu yang aku akan tinggal bersama Abang Nazrin untuk sementara waktu. Nampaknya malam ini aku perlu sediakan satu set jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya oleh wartawan-wartawan tak bergaji tu!

Friday, 25 November 2011

Isteri Separuh Masa 18

Bab 18
Kereta kuparkirkan betul-betul di hadapan pintu pagar. Kemudian, aku terus keluar dari kenderaan bersama beg dan fail di tangan. Sesampai sahaja di hadapan pintu pagar, tangan kananku mula menyeluk ke dalam beg untuk mengeluarkan gugusan kunci yang . diberikan oleh Abang Nazrin kepadaku tempoh hari.
“Ish, mana pula kunci ni?” Aku bertanya pada diri sendiri setelah kunci gagal dikesan oleh jemariku. Setelah puas menyelongkar beg, baru aku teringat yang aku telah tertinggal kunci pintu pagar dan pintu utama rumah di dalam bilik. Aduhai, masalah betullah. Melihat keadaan rumah yang gelap, aku pasti semua orang sudah masuk tidur. Nampaknya, tidak ada pilihan lain dah. Terpaksa jugalah meminta tolong dengan Abang Nazrin walaupun aku tidak pasti sama ada telingaku ini sudah bersedia atau belum untuk mendengar leteran dan tengkingannya sekejap lagi. Akhirnya, telefon bimbit kukeluarkan dari dalam poket baju kurung.
“Assalamualaikum Dr. Nazrin..” Ujarku.
“Waalaikumussalam. Hmm..apahal?” Jawabnya acuh tak acuh.
“Saya tertinggal kunci kat...” Belum pun sempat aku menghabiskan ayat lelaki itu sudah pun memotong. Mata kujulingkan ke atas.
“Oh..tertinggal kunci. So?” Sinis sahaja suara lelaki itu.
“So, macam mana saya nak masuk ni?” Soalku dengan perlahan.
“Tunggu situ sampai aku datang. Kalau dah tak sabar sangat, pandai-pandailah kau panjat pintu pagar atau tembok batu tu.” Jawab lelaki itu dengan selamba dan talian terus dimatikannya.
“Hello! Hellooo!!!” Isk, aku belum habis cakap lagi dia dah letak. Geramnya!
Ada ke patut dia bagi cadangan supaya aku panjat pintu pagar yang tinggi ni? Dia ingat aku spiderwoman agaknya? Aku menyandarkan badan pada pintu pagar untuk seketika. Setelah sepuluh minit menunggu, lelaki itu belum juga muncul. Bibir kuketap dengan geram. Mesti si bapak singa tu nak main-mainkan aku! Kenapalah, aku menunggu macam orang bodoh dari tadi? Nampaknya, aku kena panjat ajelah. Tak berhati perut betul lelaki tu! Bukan dia tak tahu aku yang feminin lagi ayu ni kurang arif di dalam bidang panjat-memanjat. Nasib baik, aku pakai ‘legging, kalau tidak, memang tidur dalam kereta ajelah malam ni. Dengan teragak-agak, aku cuba untuk memanjat pintu pagar berwarna hitam ini. Akhirnya, berjaya juga tetapi entah kenapa, aku tiba-tiba berasa gayat apabila sampai di bahagian atas pintu tersebut. Mata kupejamkan seketika untuk menenangkan diri.
“Tak padan dengan pakai baju kurung, ada hati nak panjat pintu pagar. Tak sesuai langsung!”
Aku terus membuka mata apabila terdengar suara itu. Abang Nazrin! Mati-mati aku ingat dia sedang melepak di atas katil. Rupa-rupanya baru balik dari ‘jogging’. Lelaki yang memakai baju t-shirt Nike berwarna putih yang dipadankan dengan seluar track hitam itu kelihatan menggelengkan kepalanya.
“Cepatlah turun! Kau nak tidur kat atas tu ke?” Tengking lelaki itu dari bawah.
“Sebenarnya, saya tak tahu turun ni..” Jawabku dengan perlahan. Semakin gayat jadinya apabila memandang ke bawah.
“What?!” Tengkingan Abang Nazrin berkumandang lagi. Walaupun tidaklah kuat tetapi cukup untuk menggerunkan hatiku. Ah, pasti dia marah benar denganku sekarang. Silap-silap haribulan, aku terpaksa tidur kat atas ni nanti!
“Tiba-tiba aje rasa gayat!” Ujarku dengan perlahan.
“Naik atas tu, pandai pulak! Nak turun tak tahu!” Bentak lelaki itu. Aku pula terus menggenggam besi hitam ini dengan sekuat mungkin. Rasa seperti hendak tercampak turun pun ada jugak ni.
“Saya memang tak pandai bab panjat-memanjat ni..” Luahku dengan jujur.
“Kalau dah tahu tak pandai, kenapa panjat jugak?! Aku suruh kau tunggu sampai aku datang, kan tadi?” Soalnya. Memang salah aku jugak kerana berprasangka buruk tadi. Mati-mati aku ingat dia sengaja hendak mempermainkanku.
“Saya ingatkan awak nak main-mainkan saya. Dekat sepuluh minit saya tunggu!” Jawabku yang kemudiannya melarikan anak mata ke arah lain. Bukan apa, semakin aku pandang ke bawah, semakin pening terasa kepalaku ini. Rasa seperti hendak terjatuh aje.
“Kau ni memang menyusahkan betullah!” Aku tahu ayat itu mesti akan keluar dari mulut si bapak singa ini.
“Hulurkan tangan!” Ujar lelaki itu kemudiannya membuatkan aku terus memandang ke arahnya. Biar betul?
“Ha?”
“Kau ni nak turun ke tak nak?!” Bentak lelaki itu. Dia kemudian merapatkan diri ke arahku. Aku pula terus menganggukkan kepala.
“Eh, mestilah nak..”
Dengan berhati-hati aku cuba juga untuk turun sedikit dan menghulurkan tangan kanan kepadanya. Tapi, tiba-tiba sahaja aku hilang imbangan dan berasa seperti hendak terjatuh. Akhirnya kejadian yang paling aku takuti telah pun berlaku. Aku terus terjatuh dan menghempap Abang Nazrin. Kami sama-sama terjatuh ke bawah. Perit terasa tapak tanganku yang pastinya telah pun terluka sedikit.
“Auchhhh!” Launganku yang sedikit kuat menyebabkan Abang Nazrin meletakkan jari telunjuknya di atas bibirku.
“Shhh..! Kau nak bangunkan semua orang ke?” Soalnya dengan kasar. Aku pula terus kaku kerana tidak sangka lelaki ini akan bertidak begitu. Berani betul dia menyentuh bibirku? Nak ambil kesempatan agaknya?! Ish!! Belum pun sempat aku meluahkan rasa tidak puas hati, lelaki itu bersuara lagi.
“Boleh tak bangun sekarang? Ataupun, kau nak tidur kat sini malam ni?” Bisiknya perlahan. Soalan itu menyedarkan aku tentang kedudukanku sekarang. Apabila menyedari yang aku masih lagi berada di atas badan lelaki itu, aku terus menjadi kalut dan terus bangun berdiri. Mata kufokuskan pada tapak tangan yang terluka sedikit. Kemudian, aku mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu. Abang Nazrin kulihat sedang tunduk memerhati ke arah sikunya. Alamak, dia cedera sebab aku ke? Habislah Medina Izwani! You are so dead! Kejap lagi mesti aku akan ditengkingnya.
“Maafkan saya! I’m so sorry.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh setelah terlihat ada darah mengalir di siku lelaki itu. Besar juga lukanya! Perasaan bersalah yang menebal di dalam diri menyebabkan aku terus-menerus meminta maaf darinya tetapi lelaki itu hanya diam sahaja dan terus bangun. Sebelah tangannya menyeluk ke dalam poket seluar dan mengeluarkan kunci. Aku pula hanya mampu memerhati dengan penuh rasa hairan. Kenapa dia tak tengking aku ye?
***
Sudah setengah jam aku mundar-mandir di dalam bilik ini dengan botol ubat dan kapas di tangan. Masih tidak tahu aku patut mengetuk pintu bilik ini atau tidak. Ah, relakslah Wani. Macamlah kau tak pernah dengan tengkingannya tu. Aku berkata pada diri sendiri. Akhirnya, setelah menarik nafas dalam-dalam, aku memberanikan diri mengetuk daun pintu.
Tok! Tok!
Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari luar. Aku pula terus gugup apabila pandangan kami bertemu. Ayat-ayat yang kususun tadi hilang entah ke mana. Pandangan mata kularikan ke arah lain sambil tangan kiri membetulkan kedudukan pijama berlengan panjang di badan.
“Kau nak apa lagi?” Soal lelaki itu sambil bercekak pinggang. Kemudian, kulihat dia berjalan ke arah katilnya dan melabuhkan punggung di situ. Buku yang terdampar di atas katil dicapainya tanpa mempedulikanku. Aku pula, dengan teragak-agak berjalan menghampirinya. Ada debaran di dada tetapi kuabaikan sahaja.
“Err..maaf fasal tadi. Sebab saya, awak pun jatuh sekali.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
Wajah kacak lelaki itu yang sedang membaca kuamati sedikit. Kemudian, aku terus melarikan anak mata ke arah sikunya yang cedera disebabkan olehku. Kalau dia hendak menengkingku ketika ini pun aku rela kerana memang aku yang bersalah di dalam kes ini. Aku tidak patut berprasangka buruk terhadapnya tadi. Sepatutnya aku tunggu sahaja segingga lelaki itu sampai.
“Biar saya letakkan ubat kat siku awak yang luka tu ye...” Ujarku lagi setelah tiada respons kuterima darinya. Mendengar sahaja kata-kataku, lelaki itu terus menutup bukunya dengan kasar.
“No Wani! You don’t have to do this.” Ujarnya dengan tegas.
“I have to..sebab saya, awak jatuh..” Entah dari mana datangnya keberanian ini, aku sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya, aku rasa sangat bersalah terhadapnya.
“Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap tak perlu, tak perlulah!” Suaranya yang mendatar tadi kini semakin meninggi. Matanya pula terus memanah mataku.
“Mana boleh macam tu. Lagipun, kebetulan dalam kereta saya ada ubat ni. Memang bagus untuk luka.” Jawabku dengan lembut. Botol ubat terus kubuka. Dengan berhati-hati aku terus menuangkan cecair kuning ini ke atas kapas dan menyapu dengan perlahan pada siku lelaki itu yang luka. Wajahnya yang berkerut memberitahuku yang sikunya pedih sedikit disebabkan cecair ini.
“Sorry. Memang pedih sikit tapi ubat ni memang mujarab tau.” Kataku sambil menutup botol ubat. Lelaki itu hanya merenung sahaja ke arahku. Lain benar renungannya kali ini menyebabkan jiwaku sedikit resah.
“Wani..” Panggilnya perlahan.
“Hmm?” Tangan kananku menyebak rambut yang panjang ke belakang.
“I’m sorry..” Dengan perlahan dia berkata begitu. Aku yang masih lagi tidak percaya yang dia menyebut ayat itu kepadaku terus bersuara.
“Excuse me?” Biar betul dia meminta maaf tadi? Ataupun aku yang salah dengar?
“Nothing..” Ujarnya sambil menggelengkan kepala. Kemudian, buku yang terdampar di atas katil dicapainya semula. Aku pula terus mengatur langkah menuju ke dalam bilik. Tangan kanan mengurut dada yang semakin bergetaran.
“Wake up, Wani! Jangan nak berangan! Tak mungkin lelaki itu meminta maaf dari kau. You must have heard wrongly!” Ada suara berkata begitu kepadaku saat ini.
Aku terus menghempaskan diri ke atas katil sambil memandang ke arah siling. Renungan lelaki itu yang lain sedikit dari biasa terbayang di ruang fikiran menyebabkan ada senyuman terbit di bibir kala ini tetapi cepat-cepat kuhapuskannya. Perasaan untuk Abang Nazrin harus kubuang jauh-jauh. Jika tidak, aku juga yang akan merana nanti kerana sudah berkali-kali dia memberitahuku yang hatinya hanya untuk Kak Zita.
“Wani, tolonglah faham! He is not for you.” Untuk kesian kalinya, aku mengingatkan diriku.

Wednesday, 23 November 2011

Much love from Seoul :)

Assalamualaikum semua :)

First of all, Suri nak mintak maaf sangat2 sebab agak lama menghilangkan diri. Suri benar2 sibuk menyelesaikan pelbagai urusan. Ni barulah ada masa sikit nak menghadap laptop..:) Terima kasih untuk semua komen-komen yang diberikan kat blog dan kat facebook. Maaf juga sebab tak sempat hendak balas komen-komen anda. Suri akan cuba balas kesemuanya nanti. :) Tentang ISM 18, InsyaAllah, akan ada di blog ni esok :D Jadi, nantikan ya.

Suri sekarang berada di South Korea. Rindu sangat nak berkarya semula. Rindu jugak dengan para pembaca yang setia melawat blog Suri ni..thank u so much!! Kepada para pembaca yang tinggal di Seoul, bolehlah tinggalkan alamat blog atau email :)Boleh kenal-kenal :D Okay, Suri nak shopping barang-barang dapur kejap. Salam sayang untuk semua, dari Suri di Seoul, South Korea!

Nantikan ISM 18, esok yea..!

Hugs and kisses,
Suri :)

Saturday, 22 October 2011

Isteri Separuh Masa 17

Bab 17
Tiba-tiba pula aku teringatkan agar-agar laici Mak Timah yang masih berbaki lagi di dalam peti sejuk. Isk, kalau tak makan sedikit, pasti aku termimpi-mimpi dalam tidur kejap lagi. Kaftan labuh yang berada di badan kuangkat sedikit hingga ke paras betis. Aku menjengketkan kaki dan menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu membangunkan semua orang yang sedang tidur. Memanglah jam baru menunjukkan pukul 10 malam tetapi mungkin kerana penat melayan tetamu dan membuat kerja siang tadi, semuanya sudah berada di dalam bilik masing-masing. Tapi, Abang Nazrin masih lagi berjaga. Tadi kulihat dia sedang sibuk membuat kerja. Ah, malas hendak mengerling lama-lama tadi. Takut dia perasan pulak!
Berkerut wajahku di saat aku menjejakkan kaki ke ruang tamu. Jelas ternampak ada cahaya yang datang dari ruang dapur. Lantas aku terus bergerak dengan pantas menuju ke situ. Ya ampun! Memang betul pun tekaanku. Lampu terpasang dengan terang benderang di sini manakala Tiffa yang berpijama lengan pendek pula kulihat sedang menyelongkar kabinet yang melekat pada dinding itu.
“Tiffa..” Tegurku dengan wajah yang pelik. Dia kemudian menoleh ke arahku.
“Hi there..” Ujarnya dengan selamba. Kemudian, dia menoleh semula ke hadapan. Tangannya masih sibuk menyelongkar.
“Cari apa tu?” Tanyaku dengan lembut sambil melangkah ke arahnya. Gadis yang berusia 25 tahun ini terus menghentikan kerja-kerja menyelongkar. Tangannya menyelak rambut lurus yang menutupi mata ke balakang. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam saat ini.
“Ada instant noodles?” Akhirnya dia menyoalku.
“Instant noodles? Kenapa?” Aku menyoalnya kembali dengan wajah yang pelik.
“I’m starving!” Luah gadis itu akhirnya. Tergelak kecil aku melihat wajah cantiknya yang berkerut seribu itu.
“Oh..kenapa pulak nak makan maggi kalau lapar? Wani panaskan nasik tomato dan lauk pauk yang lain untuk Tiffa ye?” Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus berlalu ke arah periuk-periuk yang masih mengandungi lauk-pauk yang dimasak siang tadi. Cepat-cepat Tiffa mengejar langkahku.
“Tak nak..I don’t like rice..” Ujarnya sambil menggelengkan kepala. Diet lah tu..
“Oh..then, nak makan kuih?” Aku memberikan cadangan. Gadis itu menggelengkan kepala lagi.
“I want spaghetti!” Kata-katanya membuatkan aku terlopong. Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan.
“Spaghetti?” Soalku. Jam di dinding kukerling. Dah pukul 10:10 minit malam.
“Takde spaghetti, instant noodles pun okay..I don’t really eat rice. Tiff hanya makan kuih-muih aje today..and now I’m so hungry!” Sedih nada suaranya berkata begitu. Aku pula menggelengkan kepala.
“Biar betul Tiffa?” Soalku. Patutlah nampak lapar semacam aje. Di dalam kepala aku sedang memikirkan apa yang boleh dimasak untuk Tiffa.
“Erm..jom makan kat luar, boleh tak? Nak makan spageti.” Ujarnya. Haih..susah juga nak melayan tekaknya yang macam minah salleh ni.
“Now?” Mata kujelingkan sekali lagi ke arah jam dinding.
“Please Wani..please accompany me. I’ll inform my dad now..and dapatkan kunci kereta, okay?” Tanpa menunggu jawapanku, gadis itu terus berlalu. Aku pula mengejar langkahnya yang sedang mendaki tangga.
“Tiffa..” Panggilku. Dia menoleh seketika.
“Wani tukar baju kejap tau!” Bisikku dengan perlahan.
“Okayyy” Ujarnya dengan nada gembira dan menyambung langkah ke atas. Isk, rosak programku untuk makan agar-agar laici. Balik kejap lagi ajelah aku jamah sedikit. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik dengan hati yang berat. Ikutkan hati, mahu sahaja aku menolak ajakan Tiffa tetapi kasihan pula dengan tetamuku itu.
Abang Nazrin masih lagi berada di mejanya. Serius betul kulihat wajahnya waktu ini. Selepas menyarungkan jeans dan blaus lengan panjang ke badan, aku mencapai tudung dan menyarungkan di kepala. Lip gloss M.A.C. kuoleskan ke bibir dan aku terus melangkah keluar dari bilikku.
“Dr. Nazrin, saya nak keluar kejap. Tiffa lapar dan dia paksa saya temankan dia cari spaghetti sekarang.” Ujarku.
Setelah tiada tindak balas yang kuterima dari lelaki itu, aku terus melangkah keluar. Apabila aku turun, Tiffa sudah pun menungguku di ruang tamu. Aku hanya mampu memandang sahaja ke arah gadis yang memakai t-shirt sendat bersama berseluar pendek paras lutut. Memang cantik tetapi bukankah kecantikan itu hanya untuk dilihat oleh suaminya sahaja nanti? Tak tahulah apa akan terjadi kalau nenek tengok ni. Mesti wanita itu akan naik angin! Aku hanya mampu mengeluh di dalam hati saat ini. Ke mana agaknya aku nak bawa dia ni makan spageti? Tiba-tiba teringatkan spageti yang sedap di Star Cafe. Aku menjeling jam di tangan. Sempat lagi ni. Maklumlah Maira Star Cafe yang hanya 5 minit sahaja dari sini, bukak sampai pagi.
***
Bagai ular sawa batik yang baru menelan seekor lembu, begitulah keadaan aku dan Tiffa sekarang. Ingatkan nak temankan Tiffa aje, tapi kerana tidak tahan godaan spageti yang lazat itu, aku pun makan sekali. Tak cukup dengan itu, Tiffa memesan Rib-eye steak sebanyak dua pinggan tadi. Satu untuk dia satu untuk aku. Memang sedap sehingga tak sedar yang aku telah makan dengan banyaknya. Aku memandang ke arah Tiffa yang sedang membuat bayaran di sebelahku. Puas sudah aku ingin membayar harga makanan tadi tetapi gadis di sebelahku ini menolak dengan sekeras-kerasnya. Kata nenek, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Akhirnya aku hanya mengucapkan terima kasih sahaja sambil tersengih.
“Wani..thank you so much for accompanying me!” UcapTiffa yang memaut lenganku. Gadis ini memang peramah dan mudah mesra orangnya. Aku menoleh dan tersenyum ke arahnya.
“Wani yang kena ucapkan terima kasih sebab Tiffa sudi belanja wani. Wani bukan temankan Tiffa aje..Wani pun makan sekali tadi.” Ujarku sambil menyungging senyuman. Kami melangkah beriringan menuju ke arah kereta Uncle Aidil.
“I really love the spaghetti! It was so yummylicious!” Ujar Tiffa sambil memejamkan matanya. Ketawa kecil aku mendengar perkataan itu. Yummylicious! Terlalu sedap sehinggakan tidak tergambar dengan kata-kata. Memang betul, spageti di Maira Star Cafe adalah antara yang terbaik di sini. Cuma tempatnya sahaja tidak terlalu strategik. Tempat letak kenderaan pula di dalam lorong. Sangat tersorok. Sunyi betul kawasan ni.
“Yes..true! It was beyond delicous..too yummy, right!” Sokongku sambil tersenyum.
Sebaik sahaja sampai di hadapan kereta Uncle Aidil, Tiffa terus mengeluarkan kunci dari dalam begnya. Tapi, belum sempat dia menekan punat pada kunci tersebut, ada seorang lelaki mencuit bahunya dari arah belakang. Aku yang berada di sisi kiri kereta BWM hitam ini, terus meluru ke arah Tiffa.
“Wow..seksinya!” Ujar lelaki itu sambil tersengih. Tiffa terus menolak lelaki kurus yang memakai t-shirt kuning itu dengan kuat ke tepi. Terhuyung-hayang sedikit jadinya. Tapi, kami berdua tersentak apabila ada seorang lagi lelaki sedang melangkah ke mari. Mereka ni nampak seperti penagih dadah aje. Tak pun peragut atau perogol. Semakin takut jadinya aku ini. Aku terus mengeluarkan telefon bimbit dan membuat panggilan.
“Hello..tolong datang ke Maira Star Cafe. Ada 2 orang lelaki sedang mengganggu kami. Please come.” Kelam kabut aku terus menuturkan ayat tersebut.
“Tolong! Tolong!!!!” Jerit Tiffa tetapi tidak ada yang dengar.
Aku menoleh ke arah Tiffa. Begnya sedang ditarik oleh lelaki berbaju kuning. Tiffa kulihat menendang lelaki bertubuh kecil itu dengan kuat menyebabkan dia terjatuh. Tapi, seorang lagi lelaki telah pun memegang tangannya dari belakang. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru ke arah Tiffa. Beg tangan yang tercampak ke bawah kukutip. Kedua-dua orang lelaki itu kini bergerak ke arahku pula. Aku mengundur ke belakang, setapak demi setapak.
“Bagi kami beg tu, kalau kau tak mahu dicederakan!” Tempik lelaki yang berambut panjang itu. Aku terus mengerling sekilas ke arah Tiffa.
“Just throw it to them, Wani! Throw it!” Gesa Tiffa yang sudah mula mengalirkan air mata. Aku memandang ke arah kedua-dua lelaki yang berada di hadapanku. Gerun memang gerun tetapi aku tidak sanggup untuk memberikan beg ini kepada mereka.
“Hey! Kenapa korang buat kerja terkutuk ni? Tahu tak, orang lain susah-susah bekerja cari duit, korang senang-senang aje nak mencuri!” Jerkahku membuatkan mereka semakin berang. Lelaki berbaju kuning terus menarik beg yang berada di dalam pelukanku manakala yang seorang lagi cuba menarik kedua-dua belah lenganku ke belakang.
“Diam! Bagi beg ni” Tengkingnya. Tiffa pula masih menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa pun yang datang membantu. Menyesal pula kerana datang ke tempat yang sunyi begini.
Tiba-tiba sahaja lelaki di belakangku melepaskan pegangannya. Lelaki berbaju kuning yang beriya-iya menarik beg Tiffa yang berada di dalam pelukanku pula kulihat seperti hendak lari sahaja.
“Nazrin!” Jeritan Tiffa membuatkan aku terus menoleh ke belakang. Nampaknya Abang Nazrin yang ringkas dengan knitted sweater biru tua di badan sedang menghadiahkan sebiji penumbuk kepada lelaki berambut panjang itu. Aku lihat dia mengaduh. Lelaki itu kemudiannya bangun dan terus melarikan diri.
“Kurang ajar! Kenapa lari? Dengan perempuan beranilah korang ya!” Jerit Abang Nazrin. Kemudian, dia melangkah ke arahku. Di dalam hati aku tahu dia akan menengkingku saat ini. Mata kupejamkan serapat-rapatnya bersama air mata yang telah pun bergenangan di dalam kolam mata.
“Are you okay?” Tersentak aku sebaik sahaja mendengar suara itu. Aku terus mendongakkan kepala ke atas.
“Hah?” Mata kukecilkan sedikit. Masih tidak percaya Abang Nazrin yang bertanya begitu. Dia pula nampak seperti serba-salah untuk bersuara saat ini. Aku mengerling sedikit ke arah Tiffa yang sedang memeriksa keadaan beg Louis Vuittonnya.
“Are you okay?” Soal Abang Nazrin dengan perlahan. Kenapa aku lihat dia seperti risaukan aku? Eh..tak mungkin, tak mungkin! Matanya bergerak memandang ke seluruh wajahku yang kehairanan.
“Err..yeah..thanks for coming..” Aku berkata begitu dengan gugup. Sebaik sahaja mendengar ayat itu, matanya masih lagi melekat di wajahku, lama.
“Ehem..” Akhirnya dia berdehem dan meraupkan wajah.
“Lain kali tak payah nak keluar malam-malam begini. Menyusahkan orang betul!” Ujarnya dengan kasar. Semakin hairan aku jadinya. Bapak singa ni dah kenapa? Jiwa kacau ke? Tadi, lembut betul suaranya, tiba-tiba bertukar kasar pulak. Aku menjulingkan mata ke atas sebaik sahaja Abang Nazrin merapatkan diri ke arah Tiffa.
“Are you okay, Tiffa?” Soal Abang Nazrin.Tiffa terus mengangukkan kepala kepada Abang Nazrin.
“Next time, dress properly. Kalau diorang rape you ke, ape ke macam mana tadi?” Kedengaran Abang Nazrin membebel. Aku hanya mampu menjeling sahaja.
“Sorry..” Gumam gadis itu. Dia kemudiannya meluru ke arahku.

“Thank you so much Wani..thank you so much!” Ujar Tiffa yang terus memelukku. Aku hanya tersenyum tawar sampai menggelengkan kepala.
“No problem..jom balik.” Ujarku dan kami bergerak ke bahagian sisi kereta. Tiffa kemudiannya berkata sesuatu kepada lelaki itu sebelum masuk ke dalam kenderaan ini. Dari dalam kereta, dapat kulihat Abang Nazrin sedang memerhati kami. Tapi, kenapa pandangannya itu seakan-akan mmandang ke arahku? Tidak ada api kebencian yang menyala seperti setahun atau dua tahun yang lepas. Aku membalas pandangannya sehinggalah kereta Tiffa meluncur laju meninggalkan Abang Nazrin. “Are you okay?” Masih terngiang-ngiang soalan itu di telinga. Di dalam hati masih lagi tidak percaya dia bertanyakan soalan itu kepadaku. Ada getaran yang melanda jiwa apabila teringat kembali renungannya yang sedikit berlainan sebentar tadi. Walaupun sekejap tetapi ianya masih terkesan di hati. Dahi kukerutkan sedikit dan aku melemparkan pandangan ke arah langit malam yang hitam pekat bersama seribu keresahan yang melanda jiwa saat ini.
***

Thursday, 13 October 2011

Isteri Separuh Masa 16

Bab 16
Alhamdulillah, majlis berjalan seperti yang dirancang. Walaupun kenduri diadakan secara ringkas dan kecil-kecilan, tetap juga meriah. Ada juga saudara mara yang tinggal di Taiping, Sungai petani dan Alor setar yang datang. Sibuk betul Mak Timah dan beberapa orang saudara-maraku menghidangkan makanan di dapur ini. Mama dan nenek pula berada di luar rumah atau di ruang tamu, aku pun tidak pasti. Yang pastinya mereka sedang melayan tetamu.
Pinggan puding karamel yang dihulurkan Mak Timah kususun di atas talam. Sempat lagi aku mengerling ke arah Tiffa yang manis berbaju kurung cotton. Gadis itu kemudian kulihat melangkah ke ruang tamu. Memang dia seorang yang cantik. Maklumlah, berwajah pan asian. Dia dan Abang Nazrin nampak rapat. Ketika Abang Nazrin menunjukkan gambar-gambar di dalam laptopnya kepada Tiffa semalam, aku ternampak gambar mereka berdua di London. Uncle Aidil pun ada sekali. Seronoknya kalau Abang Nazrin melayan aku seperti dia melayan Tiffa. Isk..sudah-sudahlah tu berangan, Wani!
“Medina Izwani!” Panggil Abang Nazrin. Aku terus mengikut langkah kakinya menuju ke ruang atas.
“Yes Dr. Nazrin. Anything?” Soalku dengan perlahan. Takut pula kalau ada yang dengar aku memanggil Abang Nazrin dengan panggil Dr. Nazrin.
“My friends are here.” Ujarnya.
“So?” Soalku dengan wajah yang pelik. Kawannya yang datang bukan kawan aku pun.
“I need to introduce you to them. They just got to know I’m already married!” Hmm..nampaknya rahsia Abang Nazrin dah pecah. Aku tahu kalau tidak ada sesiapa yang bertanya, dia tidak akan beritahu tentang statusnya itu.
“Err..biar betul.” Ujarku sedikit risau. Alamak, janganlah Niza, Husna, Mai dan Jue tahu pulak nanti.
“Apa pula yang tak betulnya? Nenek dah terlepas cakap. Dah, jom ikut aku!” Terdiam seketika mendengar kata-kata Abang Nazrin. Aku terus sahaja mengejar lelaki yang sudah pun menuruni anak tangga itu. Sempat lagi aku memberikan senyuman ke arah Uncle Aidil dan papa yang sedang berbual bersama beberapa orang tetamu di ruang tamu rumah. Langkah kuatur menuju ke halaman rumah yang telah disusun dengan kerusi dan meja untuk tetamu menjamu selera.
Tergamam aku jadinya apabila terpandangkan kawan-kawan Abang Nazrin. Mana tidaknya, di dalam lima orang yang hadir itu, tiga orang darinya adalah pensyarah di fakulti. Mereka semua pernah mengajarku dulu! Aku tersenyum manis ke arah mereka dan cuba berlagak tenang. Nasib baiklah mereka tidak mengajar aku semester ini. Kalau tidak, mesti kekok jadinya di dalam kelas nanti. Aku tersenyum sahaja ke arah Dr. Dahlia, Prof. Shahir dan Dr. Halim.
“Kenalkan, my wife, Medina Izwani.” Ujar Abang Nazrin kepada mereka.
“Tak tahu pulak you kahwin dengan student.” Ujar Dr. Halim. Nyata pensyarah-pensyarah yang hadir itu terkejut sedikit apabila aku diperkenalkan sebagai isteri Abang Nazrin.
“Nampaknya macam tu la..” Ujar Abang Nazrin sambil tersenyum manis. Sedikit malu-malu pula wajahnya ketika berkata begitu. Salah makan ubat apa dia ni? Dia kemudiannya merapatkan dirinya ke arahku.
“How long have you been married?” Tanya Dr. Dahlia dengan mesra.
“Semenjak saya habis matriks..” Jawabku dengan jujur.
“Jemputlah makan ya..” Ujarku kemudiannya.
“Thank you....” Setelah melihat ketiga-tiga orang pensyarahku itu mula menjamu selera, aku terus mengalihkan pandangan kepada Phua Chu Kang. Phua Chu Kang atau nama sebenarnya Alif itu kulihat sedang bersembang dengan Abang Nazrin. Tiffa pun ada sekali. Alif tu lah satu-satunya kawan Abang Nazrin yang datang semasa akad nikah dulu. Memang lelaki bertahi lalat di wajah itu tahu kisah aku dan Abang Nazrin. Tiba-tiba sahaja Abang Nazrin menoleh ke arahku. Aku pula terus mengangkat gelas-gelas yang kotor di atas meja untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Aku tahu dia sedang melangkah ke mari tapi aku buat tak tahu aje.
“Your friends are here.” Ujar Abang Nazrin dengan sinis sambil memuncungkan mulut ke arah empat orang gadis yang sedang memasuki halaman rumah. Terus aku mencari-cari bayang nenek. Ah, nampaknya, nenek sedang seronok bersembang dengan saudara-maraku di dalam rumah. Lega sedikit rasa hatiku.
“Good luck, Medina Izwani.” Sinis sahaja nada suara lelaki yang berada di sebelahku ini membuatkan aku menghadiahkannya sebuah jelingan tajam. Saja nak menyakitkan hati akulah tu! Kemudian, aku terus melangkah ke arah rakan-rakanku.
“Assalamualaikum..” Ucap mereka berempat dengan mesra. Semuanya cantik berbaju kurung.
“Waalaikumussalam..” Jawabku. Kemudian, aku membawa mereka duduk di sebuah meja yang kosong.
“Err..jom makan..” Ujarku dengan mesra. Aku mahu mereka cepat-cepat makan dan beredar.
“Eh..kitorang kan baru sampai ni..” Mai bersuara dengan sedikit pelik.
“Entahnya..malulah..sampai-sampai terus nak makan. Hang ni biaq betoi Medina.” Jue yang berbaju kurung biru berbunga putih pula menyampuk. Aku terus tersenyum. Cuba menenangkan hati yang bercelaru dan risau. Risau sekiranya nenek datang dan terlepas cakap di hadapan mereka. Silap-silap pengsan mereka ni kalau dapat tahu aku adalah isteri Abang Nazrin.
“Apa pulak tak betulnya.” Ujarku kepada mereka. Kemudian, aku terus membawa rakan-rakanku itu menuju ke sebuah meja panjang yang terletak di sebelah kiri kami. Di atas meja tersebut terdapat pelbagai jenis juadah. Sebaik sahaja rakan-rakanku sedang sibuk mengambil makanan, kedengaran suara nenek memanggilku.
“Wani..” Aku terus memejamkan mata untuk seketika. Risaunya hati! Kemudian aku menoleh ke belakang dengan wajah yang manis. Dapat kulihat Abang Nazrin sedang tersenyum sinis ke arahku saat ini. Isk, bapak singa ni..sekali aku debik, baru dia tahu!
“Ye.. nek.” Jawabku sambil tersenyum.
“Ni kawan-kawan sekelas Wani ya?” Tanya nenek yang cantik berbaju kebarung dengan lembut. Tanggannya memaut lenganku dengan mesra.
“Betullah tu nek..kenalkan..yang ni Niza..dia teman sebilik Wani dulu.” Aku terus memperkenalkan gadis yang memakai baju kurung cotton pink pastel ini kepada nenek.
“Apa khabar nek? Saya teman sebilik Wani..dari semester pertama sampailah sekar..” Belum sempat dia menyebut perkataan ‘sekarang’, aku terus menyampuk.
“Betul nek, kami sebilik dulu, sampai sekaranglah kami rapat. Sentiasa ke hulur ke hilir bersama kat dalam kampus.” Tak tahulah apa yang aku sedang merepek tetapi aku hanya mahu menyelamatkan keadaan. Terus sahaja aku memegang bahu Husna saat ini.
“Nek..yang ni pula, Husna. Ha..dia ni tinggal kat Kelantan nek. Memang selalu bawa budu balik kampus.” Ketawa kecil Husna mendengar kata-kataku. Memang gadis yang lemah-lembut ini suka betul makan budu. Sampai aku pun terjebak sekali. Nenek hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Yang berhidung mancung ni pulak Jue, dan yang ni Mai..top scorer dalam kelas kami.” Ujarku yang memperkenalkan Jue dan Mai kepada nenek. Terus sahaja nenek memeluk bahu Niza membuatkan gadis itu tersenyum sampai ke telinga.
“Cantik-cantik ye kawan-kawan Wani ni..dah berpunya ke?” Soalan nenek benar-benar membuatkan rakan-rakanku ketawa bersama pinggan berisi makanan di tangan.
“Yang dua orang ni dah..Mai dengan Niza, belum lagi..” Jawabku bagi pihak mereka.
“Kalau nenek ada calon kenalkanlah untuk kami.” Ha..Niza yang tinggi lampai sudah mulalah bersuara. Alamak, nampaknya keadaan akan menjadi genting sebentar lagi.
“Eh..nenek memang nak kenalkan tetapi nenek ada seorang sahaja cucu lelaki. Macam yang kamu semua tahu, Si Nazrin tu pun dah..” Aku hanya pasrah sahaja saat ini. Nasib baiklah sebelum nenek sempat menghabiskan ayat, Abang Nazrin mencuit-cuit bahu nenek dari belakang.
“Nek..” Panggilnya.
“Ada apa Nazrin?” Soal nenek dengan wajah kurang senang.
“Makcik Sarah cari nenek kat dalam..” Ujar Abang Nazrin. Aku pula terus menoleh ke arah kawan-kawanku.
“Ha..korang cakap nak ke perpustakaan kan kejap lagi? Jomlah kita makan dulu, takut lewat pula nanti.” Aku terus berkata begitu. Kawan-kawanku yang memandangku dengan sedikit pelik aku abaikan sahaja. Terus aku menoleh ke arah nenek di sisiku.
“Nek..Wani bawakan diorang ke meja ye?” Ujarku, meminta diri.
“Hmm..baiklah. Nanti kita sembang lagi ye.” Kata nenek. Kawan-kawanku terus sahaja mengangguk. Nampak seronok betul mereka bersembang dengan nenek tadi. Tambah-tambah si Niza.
“Baik nek..” Ujar rakan-rakanku dengan serentak.
“Kami makan dulu ya.” Akhirnya Mai bersuara sebelum kami berlalu. Nenek terus tersenyum manis ke arahnya.
“Silakan..silakan..” Ujar nenek yang kulihat kemudiannya terus bergegas masuk ke dalam. Aku tak tahu, adakah Makcik Sarah betul-betul cari nenek ataupun Abang Nazrin yang mereka cerita. Susah betul untuk bezakan mana satu lakonan dan mana satu yang betul-betul. Akhirnya, aku pula yang keliru.
“Medina, bila pulak kitorang nak pergi perpustakaan hari ni? Kau mimpi ke?” Tempelak Mai dengan tiba-tiba.
“Ya Allah..aku lupaaaa! Esok kan? Maaf, maaf..” Ujarku dengan bersungguh-sungguh sambil menepuk dahi. Rakan-rakanku yang sedang menjamu selera itu hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat tingkahku. Aku pula terus tersengih menayangkan gigiku yang putih. Mata masih lagi meliar memandang sekeliling. Takut betul kalau nenek muncul lagi di sini.
***

Thursday, 6 October 2011

Isteri Separuh Masa 15

Bab 15
Aku dan Abang Nazrin sama-sama terdiam apabila seorang lelaki yang sedang berkemeja biru menghampiri kami. Kami ke kiri, dia pun ke kiri. Kami bergerak ke kanan dia pun ke kanan jugak! Aduhai, nak jual apa pulak ni? Skirt ‘khaki’ yang sedikit berkedut kubetulkan sedikit. Memang aku tidak gemar kalau ditahan oleh jurujual yang ingin mempromosi produk mereka. Bukan apa, kadang-kadang produk yang hendak dipromosi itu, tidak sesuai langsung untukku. Contohnya pil kurus. Logiklah sikit kan! Kalau aku yang makan, memang tinggal tulang ajelah agaknya badan aku yang sudah sedia kurus ni.
“Maaf abang dan kakak..” Isk, memang tak sesuai! Ada ke dipanggilnya aku kakak? Entah-entah sama umur dengan aku aje budak ni. Ah, ini mesti sebab aku sedang berdiri di sebelah lelaki berusia 28 tahun. Tu yang dia panggil aku kakak. Aku mengerling seketika ke arah Abang Nazrin di sebelahku. Serius sahaja wajahnya.
“Ada apa ya?” Soal Abang Nazrin. Ha..melayan..memang lambat lagilah aku akan berdiri di sini. Mata kujulingkan ke atas.
“Abang dengan kakak ni pasangan kekasih ya?” Soalan lelaki yang memakai t-shirt hitam ini benar-benar membuatkan aku dan Abang Nazrin sama-sama tersentak.
“Kami sebenarnya sedang membuat promosi hari ini. Kami boleh ambil gambar akak dan abang secara percuma hari ini. Foto bersaiz 8R juga akan diberikan. Hanya untuk hari ini aje.” Lancar lelaki di hadapanku ini berkata-kata. Kemudian, dia menunjukkan risalah di tangannya. Foto Mentari Sdn. Bhd., itulah yang ditulis di bahagian atas risalah.
“Khas untuk pasangan kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan. Kalau berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan, abang dengan akak bolehlah datang ke sini lagi nanti.Ini pakej-pakej yang kami tawarkan” Sambung lelaki ini lagi. Aku yang memang tidak berminat dengan apa yang sedang diterangkannya tu terus melemparkan pandangan ke arah Pasaraya Tesco yang berada di sebelah kanan kami. Senarai barangan kukeluarkan dari dalam beg.
“Maaflah bro..kami tak berminatlah..maaf..” Ujar Abang Nazrin kemudiannya. Bahu lelaki itu ditepuknya lembut. Baru sahaja kami hendak berlalu, kedengaran nama Abang Nazrin dipanggil oleh seseorang. Aku terus menoleh ke arah suara itu.
“Nazrin!” Wajah Abang Nazrin kulihat mula berubah. Wajah yang tadinya beku kini tersenyum manis.
“Heyy Rais!” Ujar Abang Nazrin. Dia kemudiannya terus memeluk bahu lelaki yang berada di sebelahnya itu.
“Apa kau buat di sini?” Soal Rais setelah pelukan dileraikan. Aku membetulkan sedikit kedudukan blaus di badan. Senarai barang-barang yang perlu dibeli kumasukkan ke dalam poket skirt labuhku.
“Aku datang nak beli barang-barang sikit..” Ujar Abang Nazrin.
“Kau pulak?” Soal Abang Nazrin.
“Aku baru bukak kedai gambar kat sini..” Rais terus menundingkan jarinya ke arah sebuah kedai gambar di sebelah kiri kami.
“Oh..” Abang Nazrin menganggukkan kepalanya.
“Kau pun kerja kat Penang jugak ke?” Soal lelaki itu kepada Abang Nazrin. Hai..ni sesi jejak kasih ke, apa ni?
“A’ah..aku kerja kat USM. Nanti bolehlah keluar minum sama-sama.” Jawab lelaki yang segak mengenakan knitted sweater berwarna hitam di badan.
“Eh..no hal, bro..” Ujar Rais. Pandangannya tiba-tiba mula melekat di wajahku.
“Siapa awek cun tu?” Walaupun lelaki itu berbisik, dapat juga aku dengar apa yang dikatanya. Pandangan terus kularikan ke arah sekumpulan remaja yang sedang berbual. Berdebar hatiku menunggu jawapan dari Abang Nazrin. Aku mengerling ke arahnya. Kelihatan seperti dia ingin bersuara tetapi pantas dipotong oleh Rais.
“Alahai malu-malu pulak nak jawab..” Usik Rais. Kemudian, dia menggamit budak lelaki tadi. Mungkin pekerjanya kot.
“Mail, dah terangkan tentang promosi tu?” Soalnya kepada lelaki itu. Lelaki yang bernama Mail terus menganggukkan kepalanya. Rais terus meraih bahu Abang Nazrin.
“Dah..jomlah aku ambil gambar kau..sebab kau ni kawan aku, aku kasi 3 keping gambar bersaiz 8R. FOC.” Bulat mataku merenung ke arah Rais yang kulihat sedang melangkah beriringan bersama Abang Nazrin menuju ke arah kedai gambarnya. Biar betul aku nak bergambar dengan Abang Nazrin ni? Aku kemudiannya mengikut jejak langkah mereka.
“Tapi, aku..” Kedengaran Abang Nazrin cuba memberikan alasan.
“Sekejap je bro. Jom..” Pujukan Rais kemudiannya membuatkan Abang Nazrin kehilangan kata-kata. Aku meliarkan pandangan meneliti segenap ruang kedai ini. Kemudian, aku bergerak ke arah rak yang mengandungi pelbagai jenis album foto. Cantik-cantik semuanya.
“Kau tengok kualiti gambar ni dulu. Kalau kau suka, bolehlah kau datang lagi selepas ni. Tak pun, promote kat kawan-kawan.” Kedengaran suara lelaki bertubuh gempal itu berbicara. Abang Nazrin kemudian menjeling ke arahku sekilas sambil membisikkan sesuatu kepada Rais. Rais hanya mengangukkan kepalanya dan Abang Nazrin terus melangkah ke mari.
“Are you okay with this?” Bisiknya kepadaku. Matanya merenung ke dalam mataku menyebabkan aku melarikan mata ke arah lain.
“I don’t know.” Ujarku dengan perlahan.
“Kalau kau tak suka, cakap. Manalah tahu, kalau boyfriend kau marah pula kau bergambar dengan aku.” Aku merenung ke arahnya semula.
“Saya tak ada boyfriend.” Bisikku kepadanya. Di dalam hati, aku menyambung ayat itu. Saya tak ada boyfriend, bukan macam awak..ada kekasih gelap! Eh, tapi Kak Zita tu cerahlah..tak gelap mana pun.
“Good.” Ujar Abang Nazrin. Kemudian, wajahnya terus menoleh ke arah Rais yang berada di belakang kami.
“Ready? Jom ikut aku..” Ujarnya kepada Abang Nazrin. Dia kemudiannya membawa kami masuk ke dalam studio. Tidak terlalu besar studio ini tetapi nampak cantik rekaannya.
“Okay..your girl friend duduk situ. Kau pula berdiri kat sini.” Aku hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan Rais. Abang Nazrin hanya berdiri kaku sahaja disebelahku.
“Bro..ape ni? Alahai..letaklah tangan kat sini..” Sebaik sahaja dia meletakkan tangan kanan Abang Nazrin di bahuku, lelaki itu terus melangkah ke hadapan, di mana kameranya sedang berada. Kemudian, gambar kami dirakamnya. Ada dua lagi aksi yang disuruhnya kami lakukan. Kekok dan kaku. Itulah ayat yang sesuai untuk kami semasa bergambar bersama sebentar tadi. Setelah segalanya selesai, lelaki itu terus memeluk bahu Abang Nazrin.
“Thanks bro! Esok siaplah gambar ni..” Rais bersuara. Apabila mata kami bertemu, dia tersenyum sambil mengangguk ke arahku.
“Okay..kau ada number aku tak?” Soal Abang Nazrin. Telefon bimbitnya dikeluarkan.
“Kau miscall aku. This is my card.” Ujar lelaki itu bersama huluran kad di tangannya. Aku hanya memerhati sahaja gelagat mereka.
“Okay..” Abang Nazrin hanya mengangukkan kepalanya.
“Bila aku boleh makan nasi minyak kau?” Soalan itu sekali lagi membuatkan kami tersentak. Abang Nazrin menjeling ke arahku. Lama juga matanya menatap wajahku. Kemudian, dia terus menjawab soalan rakannya itu.
“Actually, she is my wife.” Tergamam aku seketika. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam fikirannya. Mungkinkah dia terpaksa mengaku kerana takut lelaki ini mengetahui daripada mulut orang lain? Entahlah, aku sendiri tidak tahu.
“Bila kau kahwin?” Nyata lelaki bernama Rais terkejut mendengar jawapan yang diberikan Abang Nazrin sebentar tadi.
“Dah lama bro..” Ujar Abang Nazrin sambil tersenyum.
“Tahniah..tahniah..” Lelaki itu menepuk bahu Abang Nazrin. Aku turut membalas senyumannya apabila dia tersenyum ke arahku.
“Thanks. Aku gerak dulu..” Ujar Abang Nazrin.
“Okay..assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Kami kemudiannya berjalan beriringan menuju ke Tesco. Di dalam kepala, masih lagi terngiang-ngiang pengakuan Abang Nazrin sebentar tadi. ‘She is my wife’. Seingat aku, pernah ketika aku melawatnya di London dulu, dia hanya memperkenalkan aku sebagai adiknya sahaja. Kenapa pula jawapannya berubah tadi? Semakin kusut jadinya apabila lelaki yang berada di sebelahku ini mengerling ke arahku. Pandangan terus kularikan ke arah lain.
***
Ya Allah, kalaulah aku ni kurang sabar orangnya, memang dah lama aku cekik lelaki di sebelahku ni. Mana tidaknya, suka hati dia aje beritahu pada mama yang kononnya kami bersetuju untuk membeli bahan-bahan bersama-sama semalam. Tapi hari ni, aku seorang sahaja yang sibuk berkejaran ke hulu ke hilir dalam Tesco tu untuk mendapatkan barang-barang yang telah disenaraikan oleh mama. Lelaki ini boleh pula dengan senang hatinya melepak di food court sambil minum kopi. Aku menjeling tajam ke arahnya seketika. Beku dan kaku! Dengan kaca hitam di mata, dia terus memandang ke hadapan seperti aku tak wujud di sini. Plastik-plastik berisi pelbagai jenis bahan-bahan untuk memasak kuserahkan pada Mak Timah yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Sebaik sahaja Mak Timah hilang dari pandangan, aku terus menoleh ke arah lelaki yang kulihat sedang merenung tajam ke arahku itu. Apa lagi yang dia tak puas hati ni?
“Kau jangan nak memandai-mandai suruh aku tolong kau buat puding karamel tu pulak nanti. Aku tak suka memasak!” Walaupun perlahan, tetapi keras kedengaran nada suaranya memberikan amaran kepadaku. Aku hanya buat bodoh aje.
“Faham?!” Soalnya sambil merenung tajam ke arahku. Oh..banyak cantik! Salah aku dia nampak, salah sendiri tak nampak pulak. Buta ke apa?
“Awak pulak jangan nak pandai-pandai cadangkan perkara-perkara yang tak masuk akal. Contohnya membeli-belah bersama dengan saya. Endingnya, saya sorang aje yang membeli-belah. Awak kat food court, minum kopi.” Tempelakku pula sambil melemparkan pandangan ke arah kolam renang di hadapan rumah.
“Heyy..macamlah susah sang..”Aku tak tahu apa yang nak dikatakannya tetapi ‘perbincangan’ kami benar-benar terganggu dengan kemunculan seorang gadis cantik dan seksi.
“Hi Nazrin! And you must be Medina Izwani, right?!” Aku tersenyum manis ke arah gadis yang menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku. Tangannya kusambut dengan mesra sambil tersenyum. Aduhai, agak-agaknya dia dengar tak aku dan Abang Nazrin sedang bertekak tadi?
“Tiffany Jasmine!” Ujarku dengan mesra. Lamanya tak jumpa dia ni. Rasanya kali teakhir semasa akad nikahku, empat tahun yang lepas.
“Hey Tiffa! When did you arrived?” Aku terdiam melihat betapa mesranya Abang Nazrin dengan Tiffa.
“Just a while ago! This must be your wife, right?” Soal Tiffa. Aku hanya tersenyum sahaja sambil membetulkan shawl di kepala.
“Yes..my lovely wife!” Lovely la sangat! Sedikit aje lagi aku boleh muntah hijau kat sini. Bukan aje muntah hijau, muntah warna pelangi terus.
“Oh..memanglah I tak pandai sangat berbahasa melayu but you all bergaduh ke tadi?” Aku dan Abang Nazrin saling berpandangan sekarang. Dia nampak kami sedang bertegang urat tadi. Aduhai, janganlah gadis ini buka mulut di hadapan nenek. Parah nanti! Tapi, Tiffa ni memang fasih berbahasa Inggeris. Bahasa melayu kurang sikit. Mungkin kerana dia telah tinggal lama di Australia dulu.
“Siapa yang bergaduh Tiffa?” Baru sahaja aku sebut di dalam hati, nenek sudah pun muncul!
“Tak ada siapa-siapalah nek..” Pantas aku menjawab soalan nenek. Wajah Tiffa sedikit keliru saat ini.
“Taklah Tiffa..you must have heard wrongly!” Ujar Abang Nazrin yang tersenyum kacak.
“Nope, nenek..macamlah nenek tak tahu bahasa melayu Tiffa ni macam mana..kitorang cakap laju-laju tadi, dia ingat kitorang bergaduh. Kan sayang?” Abang Nazrin sedang berusaha untuk meyakinkan nenek nampaknya. Dengan pantas aku mengangukkan kepala kepada wanita yang memakai baju kurung kedah itu.
“Ah..betul betul..kitorang memang kadang-kadang cakap terlalu laju. Tiffa tak fahamlah tu.” Ujarku pula sambil tersenyum ke arah Tiffa.
“Hmm...macam-macamlah korang ni. Dah..meh masuk semua. Panas kat luar ni.” Sebaik sahaja mendengar kata-kata nenek, kami semua terus meluru ke arah muka pintu. Tapi, suara nenek membuatkan langkah kami terhenti pula.
“Eh..kejap, kejap. Kamu ni Tiffa, ayah kamu tak ada ke belikan kamu baju yang elok sikit? Ada ke datang sini pakai skirt pendek paras lutut? Risau betul nenek tengok kamu ni!” Hendak tergelak pula aku dengar nenek membebel. Tiffa memang seksi orangnya. Kata mama, Uncle Aidil pun dah penat menegur tetapi gadis ini tetap juga dengan gayanya.
“What’s wrong with this..nek, this is fashion!” Jawab Tiffa. Wajah nenek sudah mula berubah sedikit. Aku tahu nenek tidak suka.
“Fashion apa ni? Fashion pakaian tak cukup kain?” Soal nenek bertubi-tubi. Aku lihat Tiffa terus mendiamkan diri. Nampak seperti terasa aje. Kasihan pula aku melihat wajahnya.
“Wani..” Panggil nenek.
“Ye nek?”
“Bawa dia naik atas..pinjamkanlah pakaian Wani kat dia. Baju apa pun takpe, asalkan jangan baju yang seksi seksa macam ni.” Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Nek..I want to wear this..” Sempat lagi gadis ini merengek.
“Bila datang sini, perlu ikut cakap nenek. Nenek tak suka cucu nenek pakai macam ni. Faham?” Nenek memang seorang yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
“Faham..” Dengan perlahan Tiffa bersuara.
“Wani, ajak dia ke bilik kamu sekarang.” Sebaik sahaja berkata begitu, nenek terus berlalu. Terkebil-kebil aku jadinya. Nak bawa masuk ke dalam bilik? Tidakkah Tiffa pelik nanti? Bilik Abang Nazrin seperti bilik orang bujang. Walaupun besar dan luas tetapi, hanya barang-barang dia aje dalam bilik tu. Benda aku satu pun tak ada. Aku terus bersuara kepada Abang Nazrin.
“Abang..Wani nak bawa Tiffa naik atas ni..” Ujarku dengan harapan Abang Nazrin akan faham kebimbangan yang sedang melanda diri.
“Hmm..okay” Memang dia tak faham!
“Tiffa..give me a few seconds ya..” Ujarku yang kemudian terus melangkah menuju ke arah Abang Nazrin.
“Tiffa tak terkejut ke nanti kalau tengok bilik-bilik kita nanti? Katil pun ada dua..macam mana ni?” Bisikku. Abang Nazrin terdiam seketika dan kemudian, menoleh ke arah Tiffa.
“Tiffa, you just wait in your room first...Wani akan bawakan baju for you. Our room bersepah sikitlah..” Bijak..memang bijak. Tiffa terus mengangukkan kepalanya.
“Okay..” Ujar gadis itu sepatah dan terus masuk ke dalam.
Aku terus bergegas ke atas. Kemudian, aku mengambil skirt labuh bersama dengan blaus lengan panjang dari dalam bilikku. Apabila melangkah ke bilik Abang Nazrin, Tiffa sudah pun berada di dalam bilik. Matanya memerhati keadaan bilik dengan wajah yang sedikit pelik. Rambutnya yang sedikit terjuntai ke hadapan dikuakkan ke belakang. Dengan pantas aku menutup pintu bilikku. Aku mulalah resah saat ini.
“Wani..” Panggilnya dengan wajah yang sedikit pelik.
“Ye?”
“Kenapa ada dua bilik dalam ni?” Belum pun sempat aku kelentong minah ni, Abang Nazrin telah pun sampai.
“One is for us to sleep and one more is for us to do our work. Clear?” Dengan tenang dia menjawab soalan Tiffa tadi.
“Hmm..” Aku tahu Tiffa masih lagi memerhati segenap ruangan bilik. Kalau aku pun, aku pelik. Mana tidaknya, gambar kahwin pun tak tergantung di dinding. Sudahlah tu, ada satu aje bantal kepala dan satu bantal peluk. Uwaaa..janganlah Tiffa perasan semua ni!
“Hey, I have something to show you!” Kelam-kabut Abang Nazrin berkata begitu. Gadis itu terus memandang ke arah Abang Nazrin yang kemudiannya mengajak Tiffa keluar daripada bilik. Aku pula turut mengekori mereka dengan baju di tangan. Pintu bilik Abang Nazrin terus kututup dengan rapat.
“What?” Soal Tiffa dengan penuh minat. Dari wajah lelaki yang kacak ini, aku tahu dia sedang mencari idea.
“Remember when Uncle Aidil came to visit us last year in London, we took a few pictures together, right?”Akhirnya Abang Nazrin bersuara. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Oh..mereka pernah berjumpa di London. Sayu pula terasa hatiku. Dengan aku jangankan nak bergambar, bercakap pun payah masa aku melawatnya bersama mama dan papa dulu.
“Yeahh..why didn’t you email me all the pictures?” Terus sahaja Tiffa menjerit kecil. Nampak gembira sekali.
“Takde masa la..I’m sorry..” Jawab Abang Nazrin. Aku hanya memasang telinga aje.
“Nanti turun bawah. I’ll show you all the pictures.” Ujar Abang Nazrin.
“Alright..boleh Tiff upload on facebook nanti.” Kata gadis itu sambil tersenyum.
“Tak habis-habis dengan Facebook.” Abang Nazrin menggelengkan kepalanya.
“Eh..before that, I have to change first. Nenek tu fussy la..” Mendengar sahaja kata-kata Tiffa, aku terus menyerahkan baju kepadanya.
“Thank you!” Ujar gadis itu dan terus berlalu. Aku dan Abang Nazrin berpandangan untuk seketika.
“Macam mana dia boleh masuk dalam bilik tadi?” Soal Abang Nazrin.
“Dr. Nazrin, saya dah suruh dia tunggu kat dalam bilik dia..masalahnya tiba-tiba lah pulak dia masuk dalam bilik awak.” Ujarku. Nak salahkan aku lagilah tu!
“Tu pun susah nak buat!” Isk isk isk...dia ni, memang nak kenalah dengan aku.
“Takkanlah saya nak kunci pintu bilik? Tak pun, ikat kaki dia kat dalam bilik tu?”Dengan malas aku bertanya soalan-soalan itu.
“Why not? Buat aje kalau perlu!” Dengan selamba dia berkata begitu dan turun ke bawah.
“Crazy!” Terjerit kecil aku jadinya. Sabar Medina Izwani..sabar! Tanganku mengurut dada dengan perlahan.
***

Isteri Separuh Masa 15

Assalamualaikum semua,

Untuk membaca Isteri Separuh Masa 15, sila klik di sini:

http://www.penulisan2u.my/2011/10/novel-isteri-separuh-masa-15/

Selamat membaca yea..

Much love,
Suri :)

Wednesday, 28 September 2011

Isteri Separuh Masa 14

Bab 14
Nasib baik aku dan Abang Nazrin tidak berminat untuk berlakon drama atau filem. Kalau tidak, jenuh jugalah perlu ke kelas lakonan kerana kami sememangnya tidak berbakat. Tambah-tambah si bapak singa tu. Kaku dan beku betul lakonannya di hadapan mama, papa dan nenek sehinggakan mereka sudah mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah tangga kami. Akhirnya, semenjak sesi bersarapan tiga hari yang lepas, aku dan Abang Nazrin terpaksa menyusun jadual supaya kami tidak selalu bertembung di rumah. Masa kuhabiskan di asrama sahaja sehingga pukul 10 : 40 malam. Tidak susah mencari alasan kerana aku kan seorang pelajar. Kepada mereka, kukhabarkan yang aku terpaksa berbincang dengan rakan-rakan sekuliah tentang ‘assignment’ yang perlu dihantar nanti.
Di asrama pula, rakan-rakan semakin pelik melihat kelakuanku. Mereka dah mula menggelar aku dengan panggilan ‘chipsmore’. Sekejap ada, sekejap tak ada. Mana tidaknya, aku siap mandi dan tidur lagi di bilik asrama tadi sementara menunggu pukul 10 : 40 malam.
Jam di tangan kujeling sekilas. Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 11:00 malam. Selalunya, mereka sudah berada di dalam bilik masing-masing ketika ini. Tapi, kenapa lampu ruang tamuku cerah bercahaya pula hari ini? Bersama kerutan di dahi aku melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Benar, mereka semua sedang berehat di ruang tamu. Setelah memberikan salam kakiku melangkah masuk ke dalam rumah. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku duduk di sebelah Abang Nazrin.
“Nazrin, kamu dan Medina pernah buat bacaan yassin dan kenduri semasa masuk ke rumah ni dulu?” Mama yang sedang meletakkan pinggan buah-buahan di atas meja menyoal Abang Nazrin. Kemudian matanya mengerling ke arah lelaki yang berada di sebelahku ini.
“Belum lagi mama..” Abang Nazrin terus menggelengkan kepalanya. Aku hanya tersenyum dan memasang telinga sahaja. Tudung di kepala kubuka dan aku meletakkannya di sebelahku.
“Ha..kalau belum, bolehlah kita buat lusa..sementara kami semua masih berada di sini. Kita buat kenduri kecil-kecilan aje. Panggil kawan-kawan kamu dan jiran-jiran yang tinggal berdekatan. Kamu setuju ke tak?” Mama yang cantik dengan kaftan biru di badan kulihat tersenyum manis menanti jawapan Abang Nazrin. Sepotong buah epal dimasukkan sedikit ke dalam mulut.
Tergamam seketika aku lihat Abang Nazrin yang berada di sebelahku sebaik sahaja mendengar soalan yang mama. Aku terus melarikan pandangan ke hadapan. Papa yang duduk di atas sofa bersebelahan dengan mama hanya tersenyum sambil membaca surat khabar. Aku tahu, walaupun dia sedang membaca tetapi dia masih juga mengikuti perbualan yang sedang berlangsung di sini. Mata kualihkan semula ke arah Abang Nazrin yang berada di sebelahku. Gelisah sungguh kulihat wajahnya kini.
“Nazrin..kamu dengar ke tidak soalan mama kamu tadi tu?” Suara nenek benar-benar mengembalikan Abang Nazrin ke alam nyata. Kelam-kabut dia menjawab.
“Dengar nek....”Gumam Abang Nazrin dengan perlahan. Aku terus mengerling ke arahnya. Apa, susah sangatkah nak buat kenduri? Pelik betullah!
“Susah sangat ke soalan mama tu, sampai nak terkeluar otak, mama tengok kamu fikir?” Soalan mama benar-benar membuatkan aku ketawa. Akhirnya aku terus menutup mulut dengan sebelah tangan. Sumpah, aku benar-benar dah tak boleh nak tahan. Ditambah pula dengan wajah gelisah si bapak singa di sebelahku ini, memang sakit perut menahan ketawa. Abang Nazrin sempat menjeling tajam ke arahku ketika ini. Kemudian, bahuku dirangkulnya kemas membuatkan aku kaku.
“Erm..Nazrin takut pulak Wani ni busy dengan tugasan..” Ujar Abang Nazrin yang terus menoleh ke arahku.
“Sayang, apa pendapat sayang? Mama nak kita buat kenduri..abang akan jemput KAWAN-KAWAN abang, saya pulak mestilah kena jemput KAWAN-KAWAN sayang. Okay tak?” Soal Abang Nazrin dengan lembut. Perkataan kawan-kawan tu ditekankannya sedikit. Aku terus melarikan pandangan ke arah papa dan mama yang duduk berhadapan dengan kami.
“Perlu ke Wani jemput kawan-kawan? Kita nak buat kenduri yang kecil-kecil aje kan?” Soalku sambil tersenyum. Di dalam hati, terasa semakin gelisah saat ini. Tak bocor ke rahsia yang aku simpan ni nanti?
“Wani..” Panggil papa sambil tersenyum.
“Ye papa..” Sebuah senyuman kuhadiahkan untuk menutup rasa gusar yang semakin melarat di hati.
“Apa salahnya kalau jemput kenalan-kenalan rapat kita..meriah sikit kenduri tu nanti.” Ujar papa. Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Terus kelu lidahku saat ini. Semua mata yang memandang ke arahku membuatkan aku bertambah gusar.
“Oh..macam tu..InsyaAllah, nanti Wani jemput diorang yea. Diorang tu bab makan-makan ni, memang suka sangat!” Ujarku sambil tersenyum. Mama kemudian menoleh ke arah nenek..
“Baguslah macam tu..mak rasa Aidil dapat datang tak nanti? Dia kat Alor Setar kan? Dekat aje..” Mendengar sahaja kata-kata mama, nenek terus mencapai telefon bimbitnya.
“Sekejap ye, mak call dia dulu.” Ujar nenek.
Kemudian, aku lihat nenek terus menelefon Uncle Aidil untuk memaklumkan tentang kenduri yang bakal berlangsung lusa. Mama pula sibuk bersembang dengan papa. Aku memicit-micit sedikit kepala yang semakin berdenyut. Aduhai, peningnya! Patutkah aku jemput keempat-empat orang kawanku tu? Abang Nazrin yang menyikuku dengan tiba-tiba membuatkan aku terus menoleh ke arahnya. Dia mendekatkan sedikit bibirnya ke telingaku sambil tersenyum.
“Tadi suka sangatkan..ketawalah macam kau ketawa tadi!!” Sempat lagi dia cari fasal denganku. Isk..geramnya aku! Mama, papa, nenek dan Mak Timah masih lagi riuh berbual tentang kedatangan Uncle Aidil nanti. Jadi, aku terus menoleh ke arah Abang Nazrin dengan wajah yang manis. Risau pula kalau sesiapa perasan kami sedang bertegang urat sekarang. Bibir kurapatkan ke telinganya.
“Suka hatilah! Yang awak sibuk sangat kenapa?!”Bisikku dengan kasar. Mata kujegilkan sedikit ke arahnya.
“Apa agaknya yang diorang bisik-bisik tu ye? Seronok betullah mama tengok kamu..” Kami berdua terus memandang ke arah mama.
“Itulah..mesti ada yang melucukan tu..asyik berbisik-bisik dan disulami dengan senyuman aje.” Sampuk papa pula. Aku terpaksa memaniskan wajah walaupun di dalam hati sangat geram dengan lelaki di sebelahku ini.
“Kongsilah dengan kami Nazrin.” Kata-kata nenek membuatkan aku tersentak. Alamak, apa pulaklah yang si bapak singa ni akan merepek sekejap lagi.
“Hah? Tak..Wani ni tanya dengan Nazrin tadi..kita nak masak ke atau catering aje?” Kan aku dah cakap. Nama aku mesti ada sekali punya dalam cerita rekaannya tu.
“Kalau nak masak boleh kitorang beli bahan-bahannya nanti.” Aku terus menoleh ke arah Abang Nazrin. ‘Boleh kitorang beli bahan-bahannya?’ Betul ke tak, dia ni? Sejak bila pula dia seronok hendak pergi membeli-belah dengan aku?
“Bagus jugak tu..mak, apa kata kita masak sendiri aje..” Cadang mama kepada nenek dan Mak Timah. Kedua-dua wanita itu kulihat mengangukkan sedikit kepala mereka, menandakan mereka setuju benar dengan rancangan mama.
“Mak setuju aje, Aliyah..asalkan kenduri tu berlangsung. Boleh mak kenal dengan kawan-kawan Wani dan Nazrin.” Kata-kata nenek yang ini benar-benar membuatkan aku dan Abang Nazrin saling berpandangan seketika. Alamak, habislah!
“Tapi nek, Wani tak janji tau..sebab kawan-kawan Wani kebanyakannya memang suka balik kampung di hujung minggu.” Ujarku dengan wajah yang manis. Tak mahu nenek mengesyaki ada sesuatu yang tak kena pula nanti.
“Takkanlah semuanya balik kan? Yang mana yang tak balik tu, ajaklah ke mari.” Aduhai..aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja saat ini.
“Er..baik nek..” Ujarku. Aku mengerling ke arah papa yang masih lagi membaca suratkhabar.
“Jadi, sekejap lagi bolehlah kita bincang tentang menu yang nak dihidangkan..” Ujar mama kepada Mak Timah dan nenek.
“Nanti kita senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Bolehlah Wani dan Nazrin tolong belikan esok. Tak gitu Nazrin?” Abang Nazrin terus mengangukkan kepalanya. Aku pun terpaksa juga angguk sekali. Di dalam hati rasa seperti hendak cekik lelaki di sebelahku ini. Kami berdua hanya memasang telinga sahaja mendengar menu-menu yang sedang disusun oleh ketiga-tiga orang wanita itu. Apabila aku lihat mereka sedang sibuk berbincang, aku terus merapatkan bibirku ke telinga Abang Nazrin.
“Isk..mulut awak ni kan..memang gatallah! Saya malas la nak pergi beli bahan-bahan tu dengan awak!”Bidasku dengan geram bersama senyuman di bibir. Takut pula kalau mama atau nenek syak nanti!
“Habis tu, kau ingat aku suka sangatlah? In your dream Medina Izwani..in your dream!” Jawab lelaki di sebelahku ini pula. Apabila mata nenek memandang ke arah kami, aku terus bersuara.
“Wani boleh buat puding karamel.” Ujarku. Memang aku ikhlas mahu membantu pun.
“Bagus jugak..sebagai pencuci mulut kan?” Jawab nenek sambil tersenyum. Aku terus menganggukkan kepala.
“Kalau macam tu, kita buat puding karamel, agar-agar laici dan salad buah-buahan untuk pencuci mulut.” Kata-kata Mak Timah benar-benar membuatkan aku lapar pulak. Terbayang agar-agar laici Mak Timah yang sedap tu.
“Wahh..sedapnya..dah lama Wani tak makan agar-agar laici Mak Timah..” Aku tersenyum ke arah Mak Timah.
“Nanti Mak Timah buat lebih sikit untuk Wani, ye sayang?” Ujar wanita berblaus merah itu.
“Okay..thank you Mak Timah!” Ujarku dengan gembira. Kemudian, mereka menyambung perbincangan mereka mengenai makanan-makanan yang akan dihidangkan. Abang Nazrin tiba-tiba menyiku lenganku membuatkan aku tersentak seketika. Belum pun sempat aku memberi jelingan maut kepadanya, lelaki itu terus berbisik dengan sangat perlahan di telingaku.
“Hey..”
“Apa?” Bisikku semula dengan perlahan di telinganya. Walaupun ada debaran sedikit di dada saat ini kerana jarak kedudukan kami yang sangat dekat, aku terus abaikan sahaja.
“Tak perlulah kau buat puding karamel tu” Ha..nak mula lagilah ni. Aku mengerling ke arah mama dan nenek. Mereka masih leka berbincang. Aku terus menjeling tajam ke arah lelaki yang memakai baju knitted sweater berwarna kelabu gelap ini.
“Apesal pulak?” Soalku di dalam nada berbisik. Nasib baiklah ruang tamu ini besar dan jarak kedudukan kami tidaklah dekat sangat dengan mereka. Kalau tidak, tak berani nak berbisik begini. Takut mereka dengar pula.
“Aku takut tetamu yang datang semua kena keracunan makanan!” Ya Allah..tolonglah sabarkan hatiku ini. Ikutkan hati, ingin sahaja aku melesing si bapak singa ni. Disebabkan terlalu geram, aku terus bersuara dengan nada gembira.
“Eeee rajinnya abang..” Ujarku dengan sedikit kuat membuatkan mama, nenek dan Mak Timah memandang ke sini. Abang Nazrin pula kulihat sudah pun menjeling tajam ke arahku.
“Mama, nenek dan Mak Timah..” Panggilku dengan lembut.
“Abang Nazrin bisik kat Wani sebentar tadi yang dia nak tolong kita masak nanti.” Puas hatiku apabila berkata begitu. Betul-betul geli hati melihat wajah Abang Nazrin saat ini. Macam kucing tertelan tulang ikan!
“Biar betul, Nazrin?” Soal nenek sambil membetulkan kaca mata di wajahnya.
“Be..betullah nek..Nazrin nak tolong Wani buat puding karamel.” Jawab Abang Nazrin di dalam keterpaksaan. Hahahaha! Aku tidak lagi dapat menahan ketawaku. Tangan kanan terus menutup mulut.
“Amboi nak masak sama-sama dengan Wani..romantik betullah Nazrin ni..macam papa.” Kata-kata mama membuatkan aku sakit perut menahan ketawa. Takut kalau terlampau kuat aku ketawa nanti, nenek dan mama akan syak apa-apa pula. Air mata yang bergenangan di mata terus kukesat dengan hujung lengan. Apabila mataku mengerling ke arah Mak Timah, wanita itu terus menggelengkan kepalanya. Bukan Wani yang nakal, Mak Timah..mulut Abang Nazrin ni yang takde insurans!
“Abang Nazrin memang sangat romantik, mama.” Sebaik sahaja berkata begitu, aku sudah tidak lagi berani lagi melihat wajah Abang Nazrin. Pasti jelingan yang diberikan kepadaku saat ini setajam pisau kat dapur tu.
***
Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam bilik Abang Nazrin, aku terus berjalan dengan laju menuju ke arah bilikku. Aku tidak menjeling langsung ke arah lelaki yang rasanya sedang melepak di atas sofa. Malas hendak bertegang urat dengannya lagi. Panas betul hatiku ini apabila dikatakannya puding karamel yang akan kumasak nanti mampu untuk buat tetamu keracunan makanan. Isk..melampau betul! Masuk sahaja ke dalam bilikku, aku terus menarik daun pintu tetapi tangan Abang Nazrin pantas menahan pintu daripada tertutup. Aku tersentak seketika dan terus memandang ke arahnya. Dengan selamba dia melangkah masuk ke sini.
“Seronok betul tadi kan?” Ujarnya yang melangkah dengan tenang ke arahku. Ada senyuman sinis di wajahnya saat ini membuatkan aku mulalah gelisah.
“A..apa yang seronoknya?” Soalku sedikit gugup. Kening kanan terjungkit ke atas sedikit ketika ini.
“Apa? Aku nak tolong buat puding karamel?” Soalnya. Kaki masih lagi melangkah ke arahku menyebabkan jarak kami kini sangat dekat. Lantas aku terus menapak selangkah ke belakang.
“Awak yang cari fasal dulu..” Bidasku sambil melarikan pandangan ke arah lain.Abang Nazrin masih terus melangkah mendekatiku. Dan aku juga tetap mengambil selangkah ke belakang. Akhirnya aku tersandar pada dinding.
“The best part is..kau cakap aku ni sangat romantik..” Bisiknya sambil merenung dengan dalam ke arahku.
“Remember Medina Izwani?” Soalnya dengan senyuman yang nakal. Sabar ya, wahai jantung! Janganlah kau melompat keluar. Semakin resah dan gelisah apabila Abang Nazrin menguakkan rambutku yang menutupi sebelah mata ke belakang ketika ini.
“Do you want to see how romantic I can be?” Soalnya dengan sinis.
“Jangan nak mengada.” Ujarku yang terus melarikan diri ke arah jendela. Isk..boleh pulak bapak singa ni main-main macam tu! Aku cuba menenangkan diri. Terasa wajahku sudah pun membahang saat ini.
“Yang awak tu, bila pula saya setuju nak beli bahan-bahan memasak dengan awak esok?” Bidasku. Belum pun dia menjawab soalanku, kedengaran daun pintu diketuk dari luar.
Tok! Tok! Tok!
Kelam-kabut kami bergerak menuju ke arah bilik Abang Nazrin.
“Ini senarai bahan-bahan yang diperlukan nanti. Esok pagi Nazrin dengan Wani tolong belikan ya?” Ujar mama sebaik sahaja pintu dibuka.
“Okay ma..esok kami tolong belikan..” Jawabku. Abang Nazrin hanya tersenyum sahaja saat ini.
“Thanks..good night!” Ucap mama sebelum berlalu.
“Good night!” Ujar kami berdua. Kemudian, bersama senarai barang-barang di tangan aku terus melangkah menuju ke bilikku tanpa mempedulikan lelaki itu. Masih kekok untuk berhadapan dengannya.
“Kita ke Tesco esok, at 11 am. Please be punctual ya.” Kedengaran suaranya memberikan arahan. Tanpa mengendahkan suara itu, aku terus menutup pintu dengan kuat. Biar runtuh rumah ni! Eee..gaya dia bercakap sebiji macam kat dalam kelas..isk! Wajah kuraup dengan tangan berulang kali apabila mengenangkan tentang gelagat lelaki itu sebentar tadi. Nampaknya, bukanlah satu idea yang baik untuk aku terus berada di sini. Aku risau sekiranya rasa cinta yang ada untuknya semakin berat untuk ditanggung. Nafas kutarik dalam-dalam dan aku terus melangkah ke bilik air.

Tuesday, 27 September 2011

Sedutan Isteri Separuh Masa 14

Untuk membaca bab 14 (full version), sila klik di sini :

http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-isteri-separuh-masa-14/

Sedikit sedutan Isteri Separuh Masa 14
“Berhentikan saya kat situ. Saya boleh jalan ke dewan kuliah.” Ujarku sebaik sahaja kereta melepasi pondok pengawal. Sempat aku menjeling ke arah lelaki yang memakai kemeja putih berjalur biru itu. Ada masalahkah dengan mataku? Aku mengelipkan mata beberapa kali. Wajahnya kelihatan semakin tampan pula hari ini. Ah, bahaya ni. Pandangan terus kualihkan ke arah masjid Al-Malik Khalid yang berada di sebelah kiri.

“As you wish. Aku pun bukan suka sangat kau duduk dalam kereta ni lama-lama.” Ujar lelaki itu dengan selamba sambil membelok masuk ke dalam kawasan masjid. Eleh, macamlah aku suka sangat duduk dalam kereta ni.

Lagipun, aku tak selesa kalau rakan sekuliah ternampak aku dan Abang Nazrin pergi ke kelas bersama. Mungkin Wanda, Jue, Mai dan Husna akan faham tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?

“Saya pun tak suka naik kereta ni. Tak selesa langsung!” Sempat lagi aku berkata begitu sebelum keluar dari kenderaan. Sebaik sahaja ingin menutup pintu, lelaki itu bersuara lagi.

“By the way, you better arrive on time. Aku tak suka student sampai lewat dari aku.” Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, aku terus memandang ke arah jam di pergelangan tangan.

“Alamak! Dah pukul 8 : 50 minit pagi. Matilah aku! Kenapalah aku tak pergi aje dengan dia! Sempat ke ni?!!” Aku mengomel seorang diri sambil merenung kosong ke arah kereta Abang Nazrin yang telah pun meluncur dengan laju meninggalkanku.

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah dengan laju. Ikutkan hati, ingin sahaja aku berlari menuju ke dewan kuliah A. Tapi mengenangkan baju kurung moden yang membaluti tubuh, aku batalkan sahaja hasrat di hati. Nanti takut tergolek pula kat atas jalan raya ni kalau tersalah langkah. Di dalam kekalutan, tiba-tiba sahaja aku terlanggar seseorang dan fail yang berada di tangan terjatuh ke bawah.

“Sorry.” Ujar lelaki yang kulanggar itu sambil mengutip failku. Aduh, masa-masa kecemasan begini pulaklah drama terlanggar orang ni nak terjadi!

“Eh, tak..saya yang patut minta maaf sebab dah terlanggar awak. Maafkan saya ye.” Ujarku dengan pantas. Lelaki yang berkemeja hitam itu kulihat tersenyum dan menggelengkan kepala.

“No worries. Nah fail awak.” Ujarnya sambil menyerahkan fail berwarna merah jambu itu kepadaku.

“Err..saya betul-betul dah lambat nak masuk kelas ni. Saya pergi dulu ye..” Aku berkata begitu sambil mengambil fail dari tangannya. Kemudian, tanpa menunggu jawapan dari lelaki berambut lurus itu, aku terus menyambung langkahku. Harapnya sempatlah aku sampai sebelum pukul 9 pagi.

*InsyaAllah, keseluruhan kisah dalam Isteri Separuh Masa 14 dapat dibaca esok. Nantikan ye.

Much Love,
Suri :)


Thursday, 22 September 2011

Isteri Separuh Masa 13

Bab 13
Kelopak mata kupejamkan sebaik sahaja terpandangkan kelibat Abang Nazrin di hadapanku dan serentak dengan itu juga, daun pintu kututup rapat. Ada getaran di dadaku ketika ini. Selamba betul lelaki tu ya! Pagi-pagi lagi bapak singa ni dah buat darah aku naik! Sudahlah hatiku yang bengkak semalam pun masih belum surut lagi. Aduh, macam mana aku boleh terlupa yang aku perlu melalui biliknya untuk keluar? Tapi, bukan salah aku. Lelaki itu yang bersalah dalam kes ini. Bibir kuketap dengan geram. Tidak prihatin betul. Lupakah dia yang dia sedang berkongsi ruang denganku? Boleh pula suka-suka hati berseluar pendek begitu. Sabar ajelah! Akhirnya aku mengetuk daun pintu sebelum bersuara.
“Dr. Nazrin..” Tidak ada jawapan. Sepi sahaja.
“Dr. Nazrin!” Aku menguatkan sedikit suaraku. Kemudian, tanganku mengetuk daun pintu dengan kuat. Ada kerutan di dahi. Dia ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?
“Dah pekak agaknya!” Aku berkata pada diri sendiri dan serentak dengan itu juga pintu bilik diketuk sebanyak dua kali dengan kuat olehnya.
Tokk! Tok!!
“Hey, jaga mulut kau sikit ye! Siapa yang pekak?” Kasar ayat yang keluar dari mulutnya. Oh, dengar pulak aku cakap dia pekak. Aku menutup bibir dengan jari.
“Apa kau nak? Pagi pagi dah terjerit-jerit macam orang gila! Kau nak semua orang dengar kau panggil aku Dr. Nazrin ke?” Soalnya kasar.
“Saya nak keluar ni!” Jawabku dengan kasar juga.
“Keluar ajelah!” Jawab lelaki itu selamba.
“What?!” Dahiku mulalah berkerut lagi. Selamba betul dia ni. Jari-jemariku pantas menutup mulut. Ooops! Entah-entah Abang Nazrin dah jadi Mat Salleh agaknya semenjak tinggal di luar negara dulu. Selamba sahaja ber’boxer’ di hadapan orang.
“Kalau nak keluar tu, keluar sajalah. Kau ingat ada dayang nak tolong bukakan pintu untuk kau?” Sinis betul soalan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan aku menjadi semakin geram.
“Masalah betullah kalau cakap dengan orang yang tidak prihatin macam awak!” Jeritku kuat. Serentak dengan itu juga, daun pintu dibuka dari luar.
“Apa masalah kau ni sebenarnya?!” Tengking si bapak singa. Aku pula terus memejamkan mata sekali lagi.
“Boleh tak pakai pakaian yang sopan sikit sepanjang saya berada di sini?” Soalku. Mata masih lagi belum kubuka. Tidak sangka ada ketawa kecil yang terlepas dari mulut lelaki itu. Sejak kami bermusuhan, tidak pernah walau sekali tawa itu keluar disebabkan aku. Walaupun sedikit pelik, aku tetap berlagak selamba.
“What’s wrong? Sejak bila pula ada dress code dalam rumah ni?” Soalnya dengan selamba.
“Lagipun ni kan rumah aku, so suka hati akulah nak pakai apa pun. Kalau kau tak nak tengok, kau boleh jalan keluar sambil pejam mata!” Kata lelaki itu lagi. Memang boleh bernanah telinga aku kalau dengar ayat-ayat selanjutnya yang keluar dari mulut lelaki ini. Darah yang menggelegak pula sudah pun mencapai takat didih membuatkan aku ingin segera beredar dari sini. Mata kubuka dan aku memfokuskan pandangan ke wajahnya.
“Benci betulah!!” Tengkingku dan terus berlari keluar meninggalkan lelaki itu. Aduhai kenapalah lambat lagi mereka hendak pulang ke Kuala Lumpur. Agaknya, cukup seminggu nanti, memang hilang suaraku kerana terpaksa bertekak hari-hari dengan bapak singa tu. Blaus merah pada badan kubetulkan sambil menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati.
***
Memang ada skru di dalam kepalaku yang tercabut agaknya. Semalam punyalah menggelegak hatiku kerana marah dan terasa hati dengan si bapak singa itu. Tapi, hari ini, tawa kecil yang keluar dari mulutnya tidak sampai lima saat itu juga yang terngiang-ngiang di telinga. Mataku yang bertemu dengan mata lelaki yang segak berbaju kemeja biru itu membuatkan aku melarikan pandangan ke arah lain.
“Kenapa dengan korang ni? Bergaduh ke? Lain macam aje nenek tengok.” Kata-kata yang keluar dari mulut nenek membuatkan aku dan Abang Nazrin menggelengkan kepala dengan serentak. Alamak, nenek sudah nampak betapa peliknya hubungan di antara kami. Mungkin nenek membuat kesimpulan begitu kerana semenjak tadi, kami langsung tidak bertegur sapa dan berbual.
“Eh...tak ada lah nenek. Hubungan kami baik je. Nenek janganlah risau.” Ujar Abang Nazrin dengan pantas. Ada sedikit kerisauan dapat kukesan pada wajahnya.
“Betul tu. Mana ada kita gaduh kan abang?” Senyuman manis yang dibuat-buat kuhadiahkan khas buat lelaki yang terus sahaja mengangguk itu. Tangannya kulihat mencedok sambal tumis sotong dan meletakkan ke dalam pinggan nasi lemakku membuatkan aku terlopong. Nak berlakon pun, agak-agaklah! Manalah aku makan sotong. Mimpi ke dia ni?! Kan sudah kukata, lelaki ini memang tak prihatin langsung! Benci!
“Tu untuk Wani.” Ujarnya dengan lembut. Aku pula terus membuat isyarat mata supaya dia memindahkan sotong-sotong itu ke dalam pinggannya tetapi lelaki itu tidak faham dengan isyarat yang kuberikan.
“Kenapa ni sayang? Sambal tumis sotong is one of your favourite dishes kan..” Ujarnya lagi setelah melihat reaksiku. Aduh! Bertambah pening rasanya kepala ini. Semua yang mengenaliku memang tahu yang aku tidak makan sotong kecuali mahkluk di sebelahku ini.
“Nazrin..kamu ni pelupa betullah.” Nenek akhirnya bersuara. Kepala digelengkannya berulang kali.
“Entahnya, ada ke dicedoknya sambal tumis sotong ke dalam pinggan Wani. Kan dari kecil lagi Wani tak makan sotong.” Mama pula bersuara. Abang Nazrin yang kelihatan sedikit menggelabah itu kemudiannya terus mencedok sambal tumis sotong dari pingganku dan memasukkan ke dalam pinggan nasi lemaknya.
“Kamu tak tahu ke Wani tak makan sotong?” Soal papa sedikit pelik. Aku pula hanya berlagak selamba dan menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut. Di dalam hati asyik berdoa, janganlah mereka syak apa-apa.
“Mestilah tahu papa. Wani kan isteri Nazrin. Cuma, Nazrin terlupa je tadi.” Lelaki itu memberikan alasan. Kemudian pandangannya dialihkan kepadaku.
“Maafkan abang sayang. Abang lupa yang sayang tak makan sotong.” Perlahan dia berkata begitu sambil tersenyum manis. Aku pula terus mengangguk. Sayang? Gila agaknya?
“T..takpe..” Jawabku. Aduh, kalau hari-hari begini, memang boleh mereng diriku ini!
Aku kemudiannya terus mencapai sudu untuk mencedok ikan bilis goreng tetapi serentak dengan itu juga tangan Abang Nazrin mendarat di atas tanganku. Nampaknya lelaki itu juga ingin mencedok ikan bilis goreng. Kama sama-sama tersentak seketika. Aku terus melepaskan sudu itu untuk memberi peluang kepada lelaki itu tetapi dia juga kulihat sudah tidak berminat dengan ikan bilis goreng tersebut. Jantungku yang berdegup sedikit laju menyebabkan aku terus meneguk air untuk menenangkan diri seketika.
“Ya Allah, kenapa lain benar nenek tengok kamu pagi ni?” Suara nenek bergema lagi. Aku dan Abang Nazrin buat tak tahu aje.
“Entahnya. Kamu berdua ni kenapa?” Soal mama pula. Kemudian, nenek bersuara sekali lagi.
“Entah-entah ada perkara yang kamu sembunyikan dari kami.”
“Mana ada nek!” Kami terus menepis andaian wanita yang memakai baju kurung kedah itu.
“Betul tak ada?” Soalnya lagi. Semua mata yang memandang ke sini membuatkan aku menjadi semakin tidak selesa.
“Betul!” Jawab Abang Nazrin. Aku pula terus menganggukkan kepala. Tidak sabar untuk menghabiskan sesi sarapan beramai-ramai ini. Mataku kemudiannya memandang ke arah Mak Timah yang sedang menikmati makanan di hujung meja. Dia kulihat hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Muram betul wajahnya ketika ini. Dari pandangannya itu aku tahu, apa soalan yang akan ditanya kepadaku nanti. Soalan itu dah selalu sangat kudengar.
“Tak bolehkah kalau Wani dan Nazrin hidup seperti suami isteri yang lain?”
Itulah soalannya. Maaf Mak Timah, bukan Wani tak mahu tetapi Wani benar-benar tak boleh. Hati Abang Nazrin telah dimiliki oleh orang lain dan Wani sudah pun berjanji tidak akan sekali-kali menjadi penghalang kebahagiaan Abang Nazrin dan Kak Zita. Biarlah Wani kotakan janji Wani ya. Inilah jawapan yang akan kuberikan kepada wanita itu nanti.
***

Monday, 19 September 2011

Sebahagian Kisah Isteri Separuh Masa 13

Untuk membaca Isteri Separuh Masa 13 (full version), sila klik di sini :

http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-isteri-separuh-masa-13/

Sedikit sedutan Isteri Separuh Masa 13 :)

Kepala yang tidak gatal kugaru perlahan. Sudah hampir 15 minit aku menghadap buku rujukan ‘Principles of Transistor Circuits’ yang ditulis oleh Stan Amos & Mike James tetapi satu apa yang aku baca pun tak masuk ke dalam otak. Entah-entah otakku mengalami 'short circuit'! Memang aku akui, fikiranku tidak berada di sini. Aku menutup buku dengan kasar dan meraupkan wajah berulang kali. Kemudian, aku mengamati keindahan taman seketika sebelum pandanganku mendarat ke arah tiga orang budak lelaki yang sedang bermain basikal. Seronoknya mereka. Tak seperti aku yang sedang kusut memikirkan pelbagai jenis masalah.

Ingatkan apabila berada di taman yang indah lagi permai ini, dapatlah aku mengulang kaji dengan tenang sambil menghirup udara yang nyaman, rupa-rupanya aku silap. Suara Abang Nazrin juga yang terngiang-ngiang di telinga.

“I’m sorry”

Susah hendak percaya, ayat itu sudah menghantuiku selama dua hari. Walaupun perlahan, aku dapat dengar dengan jelas sekali. Walaupun dia menafikannya, aku tahu telingaku belum pekak lagi. Kenapa agaknya dia meminta maaf dariku?

Dua tiga hari ini, kulihat si bapak singa itu asyik termenung sahaja. Raut wajahnya yang bermasalah itu memberitahuku yang dia sedang memikirkan sesuatu yang berat. Satu lagi fakta tentang Abang Nazrin, dia memang rajin benar berjogging di waktu malam sekiranya dilanda masalah. Memang itu tabiatnya dari dulu lagi.

“Ah, lantak dialah, Wani! Kenapa pula kau hendak sibuk-sibuk fikirkan tentang si bapak singa tu? Sedangkan dia tidak pernah langsung pedulikan kau!” Ada suara yang berkata begitu kepada saat ini. Sememangnya aku sudah cuba untuk tidak mengambil pusing tentang hal itu tetapi gagal. Aduh, masalah betul! Tidak sabar rasanya untuk pindah balik ke asrama. Esok mama, papa dan nenek akan kembali ke Kuala Lumpur. Jadi, dapatlah aku menjalani rutin harian seperti biasa. Aku dengan hal aku dan lelaki itu dengan halnya, seperti dulu. Abang Nazrin juga boleh hidup dengan aman di dalam rumah itu tanpa kehadiran aku, orang yang paling dia menyampah di atas muka bumi ini.

Dengan lemah aku mencapai buku dan terus bangun dari bangku. Selepas menarik nafas dalam-dalam, aku mula mengatur langkah untuk pulang. Aku mahu berada di rumah sebelum mama, papa, nenek dan Mak Timah pulang dari membeli jeruk buah. Dari dulu lagi, kalau kami sekeluarga datang ke Pulau Pinang, tidak sah jika tidak memborong pelbagai jenis jeruk buah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Mata kukecilkan. Dari jauh dapat kulihat sebuah kereta Honda CRV di hadapan pintu pagar yang terbuka luas. Pasti ada tetamu yang datang. Aku terus membetulkan tudung yang sedikit serabut dan kedudukan blaus berwarna merah jambu di badan. Langkah kaki pula kupercepatkan sedikit.

Sesampai sahaja di hadapan pintu rumah, aku sempat menjeling ke arah sepasang kasut yang terdampar di atas lantai. Niat untuk masuk ke dalam rumah bagaimanapun terbantut seketika setelah terdengar namaku disebut. Telinga kulekapkan rapat ke pintu yang sedikit renggang. Siapa agaknya yang berada di dalam? Bersama kerutan di dahi aku terus menanti perbualan selanjutnya di antara Abang Nazrin dan tetamunya itu.

*Nantikan keseluruhan cerita yea..akan muncul tidak lama lagi :)*

Much love,
Suri :)