Friday, 5 December 2014

Kimchi Untuk Dia [Teaser 2]

Teaser 2

Demam? Biar betul omma ni. Aku tengok elok aje keadaannya semalam ketika majlis hwangab Pakcik Dani. Hwangab adalah majlis ulang tahun kelahiran yang disambut oleh orang Korea menjelang usia mereka yang ke-60 tahun.  Erghh..apabila teringatkan majlis semalam, terasa seperti darah sudah melonjak naik sehingga ke otak. Tangan kukepalkan dengan kejap apabila terbayang wajah manusia itu.

“Dia tak sukakan you. Dia sukakan Maya. You hanyalah objek untuk dia melepaskan rindu pada Maya. Hatinya masih pada kakak you. Jika tidak percaya, you boleh buka wallet dia. The last time I peeked inside, memang gambar Maya yang ada di dalamnya."

Masih terngiang-ngiang kata-katanya itu di telingaku. Terasa hendak meletup otak saat ini. Aku bukan cemburukan arwah Kak Ngah. Tidak. Aku cuma mahu Danial mencintaiku kerana aku adalah Bella, bukan kerana Bella mengingatkan dia pada Maya. Bersama keluhan aku memulas tombol pintu.

Suramnya bilik! Terginjat-ginjat aku melangkah masuk bersama wajah yang berkerut. Gaya dah macam pencuri pun ada jugak. Duffle coat berwarna hitam di badan cepat-cepat kutanggalkan dan aku sangkutkan pada kerusi. Terdiam aku seketika apabila mata mendarat pada sekujur tubuh tidak berbaju yang dibaluti  comforter sehingga ke paras  dada di atas katil. Betul agaknya kata omma yang Danial demam panas. Dengan penuh hati-hati aku menutup daun pintu. Tidak mahu membangunkannya dari tidur.

Di dalam cahaya lampu kuning yang malap ini, aku melangkah cermat menuju ke arah katil. Tangan kugawangkan seketika di hadapan matanya yang tertutup rapat. Apabila terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya, yakinlah aku bahawa dia telah pun nyenyak diulit mimpi. Punggung kemudiannya kulabuhkan di birai katil.

Kacak. Inilah wajah yang aku rindu-rindukan sepanjang malam semalam. Inilah wajah yang dapat lenyapkan setiap rawan di hati. Ada rasa rindu membara di dalam dada. Wajah kuraupkan dengan kasar saat ini.

Bella, sampai bila kau nak menyeksa jiwa lelaki ini dan jiwa kau sendiri? Tahu tak berdosa hukumnya seorang isteri buat begitu pada suaminya? Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Kepala kutundukkan dan wajah kurapatkan ke wajah kacak Danial. Sangat rapat sehingga aku dapat merasa deru  nafasnya menampar lembut wajahku. Anak mata kini berlari pada wajah tenang milik si dia. Kenapa seperti ada magnet yang menarikku saat ini?

Dengan perlahan-lahan aku meletakkan tangan di dahinya. Aik kenapa tak macam demam pun?  Tanpa sedar, jemariku mendarat di pipinya pula. Jari telunjuk kularikan pada hidungnya yang mancung dan kemudian berhenti di bibirnya. Ada rasa gerun pulak beraja di hati dengan perlakuan beberapa saatku sebentar tadi.

Gila kau Bella! Kau benar-benar dah hilang akal! Nasib baik lelaki ini sedang nyenyak tidur.  Kelam-kabut aku ingin bangun dari katil empuk ini namun seperti hendak terhenti degupan jantung apabila lenganku disambar oleh seseorang.

Bella..Bella..Ya Allah, agak-agak dia sedar tak apa yang aku buat padanya tadi? Dengan pantas aku menoleh ke kanan. Di dalam cahaya yang malap ini, dapat kulihat sepasang mata sedang merenung ke mari.

“Sayang..please stay for a while. I really need you..”. Rayunya. Tanganku diusapnya lembut. Sememangnya di sebalik wajah serius itu, dia cukup bijak merayu. Tangannya masih menggenggam kemas lenganku.

“I need to go.” Tegas suaraku berkumandang namun di dalam hati sudah semakin kacau bilau keadaannya.

“I know you miss me..” Gumamnya dengan sangat perlahan. Semakin lebar senyuman di bibirnya saat ini. Matanya redup memandang ke mari. Dia yang tadinya terlentang kini mengiringkan badannya ke kiri, menghadap aku.
“What?” Aku mengecilkan anak mata.  

“I said..you miss me.” Semakin galak bibir itu tersenyum, menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya. Kelu terus lidahku saat ini.

“Awak jangan nak perasan!” Gumamku perlahan. Ada keluhan di hujung ayat.

 “Bella..kenapa ni? Hmm?” Anak matanya kini berlari ke serata wajahku. Mesti dia ingat aku ini ada split personality. Sekejap okay, sekejap tidak!

“Nothing. Saya keluar dulu. Saya cuma nak pastikan keadaan awak aje. Omma cakap awak demam. ” Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Anak mata sengaja kutajamkan menghala ke arah dinding. Takut kalau pandang ke arahnya, cair pula hati ini.
Inilah wajah paling beku yang aku boleh persembahkan di hadapannya.

“Hey..hey..look here..”
Aku menoleh. Anak mata dikenyitkan sedikit apabila mata kami bertemu. Kemudian, dia bersuara lagi.

“I wasn’t sleeping. Not every closed eye sleeps, you know.” Dia tarik senyuman saat ini membuatkan jantungku hampir gugur. Kelam-kabut aku jadinya.

 “Awak cakap apa ni..saya..saya tak faham!” Ujarku tersekat-sekat. Aduh Bella..masalah ni! Dapat kudengar ada keluhan halus keluar dari bibir Danial. Tanpa aku duga, genggamannya di lenganku dilepaskan. Aku mengambil kesempatan ini untuk bangun dan menjauhinya.

“Tak faham? Okay..I’ll make you understand.”  Ujarnya sedikit serius. 

Aku pula tanpa menunggu lebih lama, terus melangkah ke arah kerusi. Duffle coat yang tersangkut kucapai dengan tangan kanan dan aku melangkah ke arah pintu. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, ada tangan memelukku lembut dari belakang membuat nafasku semakin sesak. 

“Lepaslah..” Bentakku namun nada suara masih juga kukawal. Takut kalau-kalau Pakcik Dani yang berada di bilik sebelah dengar.

Bersusah-payah aku cuba melepaskan rangkulannya di pinggangku namun tidak berjaya. Ya ampun..ini tangan orang ke tangan robocop? Jantung semakin laju berdegup. Jiwa yang kacau kini bertambah celaru.

“Abang sedar masa Bella sentuh wajah abang tadi. Bella..for once, please do yourself a favour. Stop denying. You know what? You are not a good pretender. The more you try to hide your feelings, the more they show.” Bisiknya di telingaku.

“What is bothering you, sayang? Let me know..” Bisiknya, benar-benar ingin tahu.
Sekelip mata, wajahnya ditundukkan dan kini wajah ini berada betul-betul di sisi kanan wajahku. Bau wangian yang selalu dipakainya menusuk masuk ke ruang hidung membuatkan aku semakin keliru di antara kehendak hati dan persoalan yang membelit diri.

 “Lepaslah! Saya tak suka. Saya rimas.” Dengan sehabis daya aku cuba meloloskan diri tetapi  akhirnya aku juga yang tergamam apabila pipi kananku dikucup lembut lelaki ini. Mata kupejamkan untuk seketika. Ada rasa pelik bergelora di dalam dada. Yang pasti, kerinduan aku terhadapnya sedikit sebanyak terubat jua. Aku membuka mata sebaik sahaja Danial melepaskan lingkaran tangannya di pinggangku. Kini lelaki ini berdiri betul-betul berhadapan denganku pula. Aku mendongakkan wajah apabila mendengar keluhan kecil yang keluar dari bibirnya.  Ada riak tidak puas hati di wajahnya yang sudah pun  sedikit merah.  Aku tahu dia marah dengan sikap aku pagi ini.

“Oh rimas..” Sedikit sinis suara Danial ketika ini.

“But  I wonder why did you close your eyes when I kissed you?”  

Kelu aku seketika mendengar soalannya.  Anak mata kularikan ke arah lain. Memang Danial! Memang awak bisa mengkhayalkan saya..tapi, saya tidak mahu hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tidak mahu menjadi objek untuk awak melepaskan rindu pada arwah Maya. Aku hanya diam membisu sahaja saat ini.  Kedua-dua belah bahuku dipegang kemas oleh Danial. Wajahnya ditundukkan sedikit dan matanya mencari anak mataku.

“Where were you last night? I couldn’t sleep the whole night..searching for you..I was waiting for you the whole night! Subuh tadi baru abang balik ke bilik. You don’t have any idea how worry I was, Bella..” 

Dengan bersungguh-sungguh Danial bersuara membuatkan aku sedikit tergamam. Ada rasa bersalah membaluti diri saat ini. Kenapa mudah sangat aku termakan kata-kata manusia gila itu? Entah kenapa, aku rasa terlalu bodoh saat ini.

“Where’s your wallet?”  Liar mataku memerhati ke arah meja.

“What? I mean why? Kenapa dengan wallet tu?”Soalan Danial tidak kujawab.  

Dengan pantas aku meluru untuk mendapatkan wallet kulit yang terdampar di atas meja. Danial pula mengejar jejak langkahku. Ah, Danial mesti ingat aku saiko! Tersentak aku seketika apabila melihat gambar yang terselit di dalam beg duit Versace ini. Bulat mataku memandang ke arah Danial.

“Bella..” Ucapnya lemah sambil bersandar sedikit pada meja. Ada riak bersalah di wajahnya.

“Sorry..abang curi gambar Bella from your wallet dulu..”

Mendengar sahaja kata-katanya, aku terus memeluk tubuh sasa lelaki yang memakai tracksuit hitam ini. Di dalam rasa kalut yang beraja di hati, aku memberanikan diri juga menyandarkan kepala pada dadanya yang bidang. Dapat kudengar jantungnya berdegup dengan sangat laju, seirama dengan nada yang berlagu di dalam dadaku. Tangannya kini mengusap lembut bahagian kepalaku yang dibaluti tudung.

“Bella, I’m the luckiest man today because a beautiful princess is hugging me..” Bisik Danial dengan sangat lembut. Sebuah kucupan dihadiahkannya di bahagian kepalaku.  Berbahang rasa wajah saat ini. Kelu terasa lidah. Tidak tahu apa yang harus aku katakan.

“I’ll cancel all my meetings for today. There’s somewhere I would like to go with you.”
Bisiknya. Semakin berbunga-bunga rasa hati mendengar kata-katanya itu.

“Okay a..a..abang.” Aku memejamkan mata serapat-rapatnya sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu. Dapat kudengar Danial ketawa nakal saat ini. Grrr!

“I like the way you call me abang. It sounds so sexy to me.” Bisikannya kali ini benar-benar membuatkan aku ingin pengsan. Sabar Bella..sabar!

***

Tuesday, 30 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Teaser 1]


Teaser 1

**Ini bukan sambungan dari bab 28. Teaser ni Suri pilih secara random dalam bab2 selepas bab 28 dan post di sini :) **




Ah, masak aku! Gara-gara mahu larikan diri dan bersembunyi dari lelaki itu, aku terperangkap di dalam rumah tradisional korea atau dikenali sebagai hanok ini. Celaru rasanya hati. Di dalam rasa ingin melarikan diri darinya, terselit rasa rindu yang sangat menggila. Memang aku sudah tidak waras! Hanbok yang sudah pun berkedut di badan kupandang dengan pandangan yang kosong. Terbayang di fikiran saat lelaki itu menggenggam lenganku pagi tadi dan di saat dia mengikat tali pada bahagian atas hanbok yang hampir terlerai. Kenapa setiap sentuhannya bisa membuatkan jantungku berdetak hebat? Kenapa wajah kacak itu semakin mengganggu fikiran?

No, Bella..no!

Untuk apa terkejar-kejar seseorang yang hatinya berada pada perempuan lain? Tangan meraup wajah sedikit. Letihnya rasa diri saat ini. Nak baliklah! dah senja ni. Mesti lelaki itu sudah pun pulang. Beg tangan kucapai dan aku mulalah melangkah keluar dari kawasan ini. Kawasan Namsangol Hanok Village yang diterangi dengan lampu membuatkan pemandangan di sini kelihatan sangat cantik. Keadaan di luar ini sudah pun hampir gelap walaupun jarum jam baru menunjukkan pukul 6 petang. Dengan perlahan aku berjalan di bawah deretan pohon maple yang dedaunnya kelihatan sangat cantik dengan warna oren kemerahan. Tidak ada bayang manusia langsung di kawasan ini. Sesekali angin menyapa membuatkan tubuhku sedikit menggigil. Inilah akibatnya kalau keluar tanpa membawa trench coat bersama.

Dalam keadaan fikiran yang semakin bercelaru, mampu juga aku mengukir senyuman apabila daun-daun berguguran menyapa kepala dan pipi saat ini. Aku hanya membiarkan sahaja sambil meneruskan langkah namun tersentak aku jadinya apabila lengan kananku dicapai dari belakang. Serentak dengan itu juga jantungku berdetak dengan sangat laju. Wangian yang sangat aku rindui kini meresap di dalam segenap ruang hidung.



"Danial..what do you want?" Soalku dengan sangat perlahan tanpa memandang ke arahnya. Risau sekiranya hati semakin cair apabila melihat wajah kacaknya itu.

"You. I want you." Bisiknya di telingaku. Dapat kurasa hangatnya hembusan nafas lelaki ini menyapa pipi membuatkan hati semakin bergetar. Terus sahaja aku menjauhkan diri sedikit.

"I'm serious! Apa yang awak nak?" Setegas mungkin aku melontarkan suara. Serentak dengan itu juga aku menghayunkan langkah.

"I'm serious too. I want you!" Bentaknya dengan sangat kasar. Aku pasti dia sedang mengejar langkahku.

"Where are you staying? Campus hostel? Pack your things and pindah ke rumah aku esok."

Tergamam aku jadinya. Kaku terus kaki saat ini. Semudah itu? Dia ingat aku perempuan seperti Yoo Ri? Dengan pantas aku memalingkan tubuh untuk berhadapan dengannya. Aku merenung ke arahnya dengan pandangan tidak percaya.

"Are you crazy?" Soalku sambil mengecilkan mata.

Walaupun hati sudah mula memuji kekacakan lelaki ini namun ayat yang baru sahaja keluar dari bibirnya tadi benar-benar membuatkan aku geram. Jari telunjuk kulayangkan ke arahnya dan kugerakkan ke kiri dan ke kanan.

"No way Danial! No way! Saya tidak akan berkongsi ruang dengan lelaki macam awak." Dengan penuh ego ayat itu aku luahkan.

Sakit hatiku apabila terbayangkan insiden lelaki ini memeluk Yoo Ri dulu. Yoo Ri! Seorang perempuan yang bukan mahramnya. Huh..itu yang aku nampak. Entah-entah dia dah tidur sekatil dengan perempuan itu. Semakin menggelegak darahku saat ini.

Aku merenung tajam ke arahnya yang kulihat sedang melangkah mendekatiku saat ini. Aku pula cuba untuk mengundurkan diri ke belakang namun tidak mampu berbuat demikian apabila kedua-dua tangannya menggenggam kemas kedua-dua belah lenganku. Jarak di antara kami sangat rapat. Dengan perlahan-lahan dia menundukkan wajah dan merenung ke arahku.


"You have no idea berapa lama aku cari kau. You have no idea, Bella. Dah jumpa, tak mungkin aku akan lepaskan. I won't let you go." Bisiknya dengan perlahan. Dapat kurasa dengusan nafasnya menyapa lembut wajahku saat ini. Debaran di dada semakin memuncak.

Aku ingin bersuara namun entah kenapa bibir terkunci. Lama dia merenung ke arahku dan aku juga turut sama tenggelam di dalam renungannya itu. Rasa rindu yang membuak-buak di dalam jiwa terlerai sedikit akhirnya.

"Why did you leave without a word?" Soalnya. Tergamam aku seketika apabila jemarinya menepis lembut daun maple yang mendarat di atas kepalaku. Semakin tidak keruan aku jadinya apabila jemari itu kini mengelus pipiku dengan sangat lembut.

"Answer me, why?" Sedikit tegas ayat itu menampar gegendang telinga. Aku terus menepis jemarinya yang berada di pipiku.

"Let go of my hand. I need to go home. Dah malam." Aku bersuara akhirnya. Aku mahu pergi dari sini kerana aku takut hati aku semakin cair. Aku takut aku tidak mampu lagi menafikan perasaan di hati.

"I'll let you go but you have to answer me first."

Aku tahu lelaki ini memang tidak faham bahasa. Selagi aku tidak memberikannya jawapan, selagi itu aku tidak dapat pulang. Nafas kutarik dalam-dalam dan aku merenung tepat ke dalam matanya.

"Danial..your first girlfriend won't be happy to see this. Dia mesti tak akan gembira lihat lelaki yang dicintainya menggenggam kemas lengan saya begini." Sinis sekali suaraku bergema dan serentak dengan itu juga aku menarik lenganku sekuat mungkin dari dalam genggamannya. Berjaya juga akhirnya. Puas hati apabila melihat dia tergamam saat ini.

"My girlfriend? What??!" Bentaknya dengan wajah yang sangat terkejut. Isk..pandainya berlakon. Tengok tu, siap buat muka terkejut.

"You know what? You are reaaallly a good actor!" Aku siap angkat ibu jari lagi sebaik sahaja aku berkata begitu. Lelaki ini pula meraupkan wajahnya berulang kali. Memang aku tidak dapat lagi mengawal perasaan marah di dalam hati.

"Awak jangan ingat awak boleh sesuka hati peluk saya macam awak peluk dia. Awak juga jangan ingat dengan semudah itu saya akan pindah ke rumah awak. Kalau awak nak sangat teman serumah atau teman sekatil, awak boleh suruh your first girlfriend tu temankan awak. Eh, by the way, tolong kahwin dulu dengan dia sebab in case awak terlupa, zina itu haram dan besar dosanya dalam islam." Tanpa sedar petah bibirku bersuara, melepaskan segala rasa benci dan cemburu terhadap hubungan Danial dan Yoo Ri saat ini.

"Bella! Shut up!" Bulat matanya menjegil ke arahku. Aku juga turut sama merenung tajam ke arahnya.

"Danial, kalau awak nak, awak boleh kahwin dengan dia, tetapi tinggalkan saya. Lagipun, nothing changed with this marriage remember? Perkahwinan kita tak bawa apa-apa makna pun dalam hidup awak."

Tanpa aku duga, sebaik sahaja aku berkata begitu dia menarik aku dengan kemas ke dalam pelukannya. Getaran di dalam dada yang sememangnya sudah berdetak hebat kini semakin bergelora. Aku tetap juga sehabis daya menafikan rasa yang bersarang di hati. Anak mata kini liar memerhati keadaan sekeliling. Nasib baik memang tidak ada sesiapa di lorong yang agak sempit dan sunyi ini.

"Who is my girlfriend?" Bisiknya di telingaku. Pelukan semakin dikemaskan.

"You are really a good actor. You can simply hug anyone too and now you want me to stay with you. Mungkin awak boleh dapatkan Yoo Ri semudah itu, tetapi bukan saya ye. Tolong lepaskan saya sebelum saya menjerit." Aku cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Geram betul rasa hati. Kalau ada mata yang sedang memerhati, bagaimana? Ajaib juga. Belum habis aku menyumpah di dalam hati, dia terus sahaja melepaskan aku dari pelukannya.

"Wait..did you mention Yoo Ri?" Terangkat sebelah keningnya saat ini. Ada senyuman nipis di bibirnya. Namun, senyuman itu kulihat semakin lebar dan akhirnya ada ketawa besar keluar dari mulutnya untuk beberapa saat.

"Siapa lagi girlfriend awak? Hey, whatever la, Danial. Saya nak balik." Terus sahaja aku berpaling dan melangkah. Bukan apa, aku sudah tidak mampu lagi berhadapan dengannya. Semakin lama semakin bergetar rasanya hati.

"Bella..let's go somewhere." Terus sahaja dia menarik tanganku dari belakang sebaik sahaja berkata begitu. Aku pula dengan hanbok yang meleret di badan, semakin susah untuk melarikan diri. Aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya namun tidak berjaya.

"Danial..let me go! Awak boleh pegang Yoo Ri sesuka hati awak..tetapi bukan saya!" Bentakanku nampaknya  tidak memberikan apa-apa kesan terhadap lelaki kacak ini. Dia terus menarik lenganku dan aku pula terpaksa mengikut jejak langkahnya keluar dari kawasan perkampungan tradisional ini.

"Saya tak suka lelaki macam awak. Tolong hormati saya. Please respect me!" Jeritku lagi. Tidak peduli dengan mata pengawal yang sedang memandang. Danial pula buat bodoh aje. Aku hanya mengetap bibir dan mengikut langkahnya. Dengan sebelah tangan dia mengeluarkan kunci kereta dan dengan sekelip mata, pintu kereta Audi yang tersadai di bahu jalan ini dibukanya.

"Masuk.." Malas hendak bertekak, aku terus sahaja masuk ke dalam kenderaan mewah ini dengan perasaan yang bercelaru. Separuh hati mahu melayan kemahuannya manakala separuh lagi mahu melarikan diri darinya.

"Bella.." Panggilnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Aku hanya membatukan diri. Rasa janggal pun ada jugak ni. Lelaki yang berada di sebelahku ini terus sahaja mengalihkan tubuhnya ke arahku.

"Bella..you left because of Yoo Ri..cemburukan Yoo Ri?" Soalannya membuatkan wajahku membahang pula.

"Hmm?" Soalannya yang ini berakhir dengan ketawa kecil. Tak payah tengok wajahnya, suara dia ketawa pun mampu melajukan degupan jantungku.

"Please la..takde masa saya nak cemburu bagai ni. Saya cuma tak suka jadi penghalang cinta awak dengan dia." Ujarku sambil menjeling ke arahnya. Anak matanya itu memang berhantu. Apabila dia merenung ke mari begitu, automatik jiwaku bergelora.

"Bella..listen. It's true I have hugged Yoo Ri before. "

Aku lihat lelaki yang selalunya berkeyakinan tinggi ini sudah menjadi sedikit resah. Dalam anak matanya merenung ke arahku.Yang peliknya, di dalam cahaya lampu yang samar-samar dari luar, wajah kacaknya yang sedikit resah ini semakin menarik pula untuk dipandang. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam ketika ini.

"I've hugged Yoo Ri many times in fact but I've never done this to her. Even dengan Maya sekalipun, aku tak pernah. Dengan nama Allah." Kenapa ada getaran di dalam nada suaranya? Wajahnya dirapatkan ke arahku membuatkan aku semakin pelik.

"Done what?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu dan dalam sekelip mata aku dapat merasa kehangatan bibirnya. Gelora di hati semakin tidak bertepi. Aku cuba untuk menolak tubuh sasanya menjauhi diriku namun semua pergerakan menjadi kaku. Tidak berdaya lagi.

Danial..!

Suaraku hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja saat ini. Tidak berdaya untuk aku lontarkan keluar.

***




Thursday, 18 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 28]




                                                            klik untuk dengar :)



 Bab 28 [Bab akhir di blog]

[** Sedutan dari bab 27]

**"Ada pun!" 

Terjerit kecil aku jadinya apabila terpandangkan telefon bimbit yang terdampar di atas lantai. Kelam-kabut aku mendapatkan telefon bimbit berwarna putih ini dan dengan sangat kalut aku berlari keluar dari sini menuju ke dapur semula.

Tergamam apabila sampai sahaja di dapur, kelihatan kelibat lelaki itu sedang berada betul-betul berdekatan dengan meja kaunter pulau. Bersama debaran halus di dalam dada, aku juga turut sama melangkah ke situ. Wajah Danial kujeling sekilas. Fokus matanya memang berada pada kimchi di atas meja.

"Erm..Danial, saya dah siapkan semuanya. So, I think I better make a move now." Ujarku dengan berhati-hati. 

Kenapa lelaki ini masih kaku berdiri di sini? Riak wajahnya yang sangat serius itu membuatkan aku gerun pula. Aku ada buat silap ke? Ah, baik aku cabut sebelum angin puting beliungnya datang. Lekas-lekas aku berpaling untuk berlalu pergi namun dengan tiba-tiba juga lenganku disambar olehnya. 


Serta-merta aku menoleh ke belakang bersama rasa cemas yang semakin menggunung. Tajam matanya menikam mataku.

**Alamak..habislah aku! Mesti aku ada buat silap ni! Betulkah oyster kimchi ini makanan kegemaran Danial? Jangan-jangan omma nak kenakan aku tak?

Gulp!



"Danial..awak okay ke?"

Soalku setelah dia kulihat masih diam cuma anak matanya sahaja yang masih merenung ke mari. Wajah pula semakin merah. Wajah tu..macam marah pun ade. Macam sedih pun ade jugak.

"This oyster kimchi..who is it for?"  Soalnya dengan sangat serius. Belum sempat aku menjawab dia menembak aku dengan soalan kedua pula.

"Who made it?"

Tergamam aku seketika apabila sedar ada sedikit air mata bergenangan di tubir matanya. Walaupun bukan tahap boleh berjuraian di pipi, namun aku tetap kalut. Hah, Bella! Apa salah yang kau dah buat ni? Kenapa dia jadi begini?

"Answer me!" Bentaknya dengan mata yang masih tidak berkelip memandang ke mari.

Sepasang mata itu semakin tajam mencerlung wajahku. Suaranya memang mampu untuk membuatkan bahuku tersentak sedikit gara-gara terlalu terkejut. Lenganku dilepaskannya dengan serta-merta. Keras terus lidahku. 

"Sa..saya yang buat kimchi tu..."

Jawabku dengan sangat lemah sambil menundukkan kepala ke arah lantai. Berdebar rasa hati. air liur yang kutelan terasa sangat kelat.  Ya Allah, jangan-jangan ini adalah makanan yang paling dibencinya.

Lelaki bertubuh sasa ini kemudiannya menghempaskan punggungnya dengan kasar ke atas kerusi. Kedua-dua belah tangannya ditopangkan di atas meja dan tapak tangan menutup bahagian hadapan kepalanya yang berada dalam posisi menunduk. Lama dia berada di dalam keadaan begitu. Aku tidak dapat menduga apa yang berada di dalam fikirannya dan aku juga tidak tahu kenapa kakiku sedang melangkah mendekati lelaki itu.  Bagai ada magnet yang menarik. Kerusi kucapai dan aku melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya.

"Danial..listen here..I accidentally bought some oysters this morning. Since ada banyak kobis yang lebih, saya buatkan aje la oyster kimchi ni..tapi kalau awak tak suka, saya boleh bawa balik.." Dengan sangat perlahan aku membisikkan ayat itu kepadanya. 

"Shut up! Just leave me alone." Bentaknya tanpa memandang ke arahku. Dia masih lagi kekal di dalam posisi sebelumnya.

"I don't mean anything..Danial..saya just buatkan aje since bahan-bahannya memang..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Danial terus memotong.

"Bella..go away..please.." Lemah dia merayu seolah-olah berada dalam kesakitan yang amat sangat. 

Ikutkan hatiku yang cemas dan perangai penakutku ini, memang nak aje  aku berambus dari sini tetapi, rasa ingin tahu yang menggunung tinggi membuatkan aku cuba untuk bertahan. Aku pasti semua ini ada kena mengena dengan omma. Tangannya kini meraupkan wajah berulang kali.

Apa hubungan omma dan Danial? Tersentak aku seketika apabila Danial menggumam sesuatu dengan sangat sayu di dalam bahasa korea! Dia seperti sedang berada di dalam dunianya sendiri. Kalau dialih ke bahasa inggeris, apa yang diluahkannya  tadi berbunyi begini, "she left me..that woman..she left me because she hate me so much..because I was not good enough..". Lebih kurang begitulah maksudnya.  

Luruh hatiku mendengar ungkapan pilunya itu. Aku tahu hatinya rawan. Siapakah yang meninggalkannya sehingga dia boleh jadi begini? Arwah Kak Ngah? Atau omma?? Kini dia menyembamkan wajahnya di atas meja. Tidak ada esak tangis tetapi aku tahu hatinya lara dan dia sangat terluka.

Nafas kutarik dalam-dalam dan aku mula mengumpulkan segala kekuatan yang ada. Teragak-agak aku meletakkan tanganku di bahu lelaki ini. Semakin lama, semakin terasa kehangatan tubuhnya di tapak tanganku. Ada rasa resah dan gelisah menular di dalam hati. Sumpah ini pertama kali aku menyentuh seorang lelaki begini.  Selain daripada arwah ayah dan Pak Su.

"Danial..when people walk away from you, it doesn't mean they are bad people..no." Bisikku dengan lembut di telinganya. Selepas kulihat dia masih juga tidak memberikan sebarang reaksi, aku berbisik lagi.

"You see, everybody has their own reason to act that way. It doesn't mean they hate you..meninggalkan tidak semestinya kerana benci..trust me, Danial." 

Tanpa disangka-sangka, Danial terus sahaja memelukku dengan erat membuatkan aku tergamam hebat! Serentak dengan itu jantung mula berdetak hebat.

"This was the reason why I told you to go away..Bella..this was why I told you to leave me alone here but you refused.." Bisiknya di telingaku dengan sangat perlahan. Mampu untuk buat jantungku luruh. Bergetar jantungku mendengar suaranya itu. 

Alamak Bella apa dah jadi ni? Si samseng ni dah peluk kau gara-gara terlalu sedih dan marah! Semakin panik aku jadinya apabila apabila hembusan nafas lelaki ini sudah mula terasa hangat di belakang leher.
Dapat kurasa dagunya berlabuh di belakang badanku saat ini. Semua rasa di dalam jiwa sudah tidak mampu lagi kuungkap. 

Ah, sudah! Bulat mataku menjegil bersama wajah yang berkerut seribu. Sedikit sahaja lagi bola mata hendak terkeluar dari soket. Aku cuba berlagak selamba tetapi nampaknya aku tidak mampu. Kaku aku jadinya saat ini. Aku cuba untuk menarik nafas  dalam-dalam. Jantung pula, jangan cakaplah. Berdegup dengan sangat laju.Memang aku berada di dalam keadaan yang sangat gelabah. Jangan pengsan Bella. Jangan dulu! Hatiku yang panik berkata-kata. 

"The worst feeling is when someone makes you feel special, then suddenly leaves you hanging and you have to act like you don't care at all. In a blink of an eye, everything changed." Bisiknya lagi dengan suara yang sangat sayu. 

Ada keluhan di akhir ayatnya. Seakan-akan, jiwa miliknya sudah mati. Aku juga turut sama emosional saat ini tetapi selagi dia memelukku begini, aku memang tidak mampu terus untuk bersuara. Bukan sahaja lidahku kelu, kedua-dua belah tangan juga tidak tahu harus kuletakkan di mana. Di belakang badannnya? Haaaaa mana mungkin aku buat begitu. Kenapa dalam drama di televisyen nampak mudah aje melihat mereka berpelukan? Hakikatnya, aku sudah separuh mati menahan rasa yang bercampur-campur. Aku hanya membiarkan sahaja tubuhku berada di pelukannya untuk seketika. Jika ini mampu untuk mengeringkan sedikit luka di hatinya. Jika ini mampu mengusir rawan hatinya. Biarlah..hanya untuk seketika. Kami sama-sama melayan perasaan dan keadaan menjadi sangat sepi sehingga aku dapat mendengar deru nafasnya berlagu saat ini. 

"Oyster kimchi..it used to be my favourite food..but I have not eaten it for quite a long time because  it reminds me of someone..someone whom I love so dearly..but she left me."

Akhirnya dia bersuara dengan sangat perlahan. Entah kenapa sayu menampar jiwaku. Tangan kanan yang tadinya kaku kini mula hendak mengusap belakang badan lelaki ini namun aku tidak mampu untuk berbuat demikian tatkala mendengar jeritan nyaring seorang perempuan.

"Oppa!" 

Bagai tersedar dari mimpi, tersentak aku jadinya, Terus sahaja aku meloloskan diriku dari pelukan Danial. Danial juga turut sama tergamam. Bulat matanya memandang ke arah perempuan cantik bertocang satu itu. Dengan riak terkejut, kelam-kabut dia melangkah ke arah kami.  Aku pula apa lagi, terus bangun berdiri. Anak mata gadis yang berwarna hazel ini sempat merenung ke arahku sebelum menoleh ke arah Danial. Tentu dia seseorang yang istimewa kerana sesuka hati sahaja dia boleh masuk keluar di dalam rumah ini. 

"Yoo Ri.." Ucap Danial. Yoo Ri rupanya nama gadis cantik ini. Dari namanya itu, tahulah aku dia berbangsa korea. Terus sahaja dia mendekati Danial.


"Uh?!" 

Nyata dia sangat terkejut melihat wajah Danial yang sedikit tidak bermaya. kelam-kabut dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang aku duduk tadi. Betul-betul bersebelahan dengan Danial. Posisi badan pula dibetulkan supaya dapat berhadapan dengan lelaki ini.

"Oppa gwenchan ah?" 

Oppa okay ke? Itulah soalan yang ditanya gadis ini. Sebaik sahaja menyoal begitu, tangannya menyentuh pipi Danial membuatkan aku tergamam. Terus sahaja aku melangkah dengan pantas keluar dari ruang dapur ini. Badan kusembunyikan di sebalik dinding untuk terus mendengar perbualan mereka yang seterusnya.

"I asked you a few times about her  but you didn't answer me. Who was the lady?" Kedengaran suara tidak puas hati Yoo Ri bergema di ruang dapur. Entah kenapa ada gelisah di jiwa. Kepala kujengukkan sedikit dan serentak itu juga jantungku berdetak dengan sangat rancak. Tangan kanan Danial kini mengusap lembut pipi Yoo Ri. 

"Yoo Ri, did you have lots of fun today?" Soalnya bersama segaris senyuman tawar di bibir. 

Yoo Ri pula terus mengangukkan kepala beberapa kali. Dari gayanya itu, dia nampak manja dengan Danial. Entah kenapa aku rasa semacam. Rasa tidak suka dengan apa yang sedang aku lihat. 

"Of course..guerom!  Shopping, eating, shopping again and I went to the spa!" Petah dan riang sekali mulutnya berbicara.

Dapat kudengar ketawa kecil keluar dari bibir Danial. Mesti Danial lebih sesuai dengan gadis ini berbanding aku. Lihat sahajalah, gadis itu berjaya membuatkan dia tersenyum dalam sekelip mata. Dapat kulihat dengan jelas Yoo Ri menoleh ke arah bekas berisi kimchi yang berada di atas meja.  

"Igo mwoya?" Apakah ini? Itu soalannya kepada Danial.  

Terus sahaja dia membuka penutup bekas tersebut dan serentak dengan itu juga tangan kanannya menekup bahagian mulut. Nampaknya Yoo Ri terkejut besar melihat kimchi tiram tu. Apa agaknya rahsia atau cerita di sebalik kimchi tersebut?



"Oppa..gulkimchi.." Ujarnya dengan nada tidak percaya. 

Gulkimchi bermaksud kimchi tiram di dalam bahasa korea. Terus sahaja dia menutup rapat-rapat bekas tersebut. Kepala digelengkannya sedikit sebelum bersuara.

"Hmmmm..oppa!" Ucapnya bersama keluhan berat. Danial pula hanya mengangkat sebelah kening sahaja ke arah gadis itu.

"This made you sad, right? Even so, you can't just simply hug anyone." Bicara gadis itu benar-benar membuatkan aku tersentak. Entah kenapa aku perlu jadi sensistif begini? Kenapa hati rasa sedikit terhiris dengan kata-kata gadis itu. Eh hello, I am not just anyone. I am his wife!

"Understand?" Soal Yoo Ri. Danial hanya ketawa kecil sahaja sebelum bersuara.

"She is actually my.." Belum sempat  Danial memberitahu perkara sebenar, gadis itu terus menarik Danial dalam pelukannya. 

Bersama rasa terkejut yang teramat sangat, aku pula menyandarkan badan pada dinding dengan lemah. Terasa seperti darah menggelegak sampai ke otak saat ini. Bella..Bella..kenapa degil? Kenapa perlu ada secebis perasaan untuk lelaki itu? Nasib baik perasaan yang wujud sedikit terhadap dia masih baru. Aku harus sedar diri sekarang juga. Wake up Bella. Wake up!

"Don't just hug anyone. I'll get reaallllly jealous, you see." Ucap gadis itu lagi. 

Tanpa sedar, ada air mata bergenangan di tubir mata. Ada sebak melanda jiwa. Otakku benar-benar celaru. Aku tidak faham kenapa aku jadi begini. Benci dengan diri sendiri. Kepala kujengukkan sedikit saat ini. Nampaknya mereka masih berpelukan erat. 



"You can always hug me because I'm your first girlfriend and I will always be." 

Mulutku yang tertutup rapat terbuka sedikit mendengar kata-kata Yoo Ri. Kemudian, pelukan dileraikan perempuan itu. Aku lihat Yoo Ri menyandarkan pula kepalanya ke bahu Danial.

"Saranghae oppa." Ucapnya dengan bersungguh-sungguh. 

"I love you too, Yoo Ri..and I'm gonna be your number one boyfriend..forever." 

Buk!

Begitulah agaknya bunyi jantungku yang terasa seperti sudah pun jatuh ke atas lantai.

Kata- kata Danial itu walaupun tidak romantik dan sangat bersahaja namun tetap juga mampu membuat hatiku berkocak hebat. Nampaknya memang mereka mempunyai hubungan istimewa. Gadis cantik itu memang sepadan dengannya. Kenapa perasaan aku terhadapnya tetap juga ada walaupun dia awal-awal lagi sudah memberikan amaran yang tidak ada apa yang berubah dengan perkahwinan ini? Bodohnya aku! Nasib baik tidak ada siapa yang tahu tentang gelojak rasa yang tersimpan di dalam dada. 

"Bella.." 

Dapat kudengar Danial melaungkan namaku dari arah dapur. 

Wajah kuraupkan dengan kasar untuk beberapa ketika. Mesti lelaki itu akan gelakkan aku cukup-cukup sekiranya dia tahu apa yang ada di dalam hati aku. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah pintu utama. Tanpa membuang masa, kelam-kabut aku menyarungkan kasut dan meluru ke arah lif. Jari telunjuk menekan butang lif beberapa kali dan nasibku agak baik apabila lif terus terbuka saat ini. Sempat lagi aku memandang ke arah unit kondominium lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

"Kak Long, Bella terpaksa pulang ke Seoul malam ni jugak. Tolong hantarkan Bella ke airport ye nanti."

Itulah sms yang sempat aku hantarkan kepada Kak Long tika ini.  Nasib baik semua tempahan kimchi untuk kawan-kawan Kak Long telah kusiapkan semalam. Nafas berat kuhela saat ini.

Goodbye Danial. Anyyeonghi Geseyo oppa! Tanpa sedar ada air mata berlinangan di pipi. Dengan pantas aku menyeka.  Aku sudah tidak mahu membuang masa dengan perkara-perkara yang mampu mencalarkan hatiku di Malaysia ini.  Selamat tinggal segala-galanya. Aku nekad mahu pulang ke Seoul.

If you love someone, set them free. If they come back, they're yours. If they don't, they never were. Kalau dia cintakan aku, kalau dia mahukan aku, dia pasti akan cari aku. 


***