**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Tuesday 17 March 2020

[TEASER 1]

Bab ni bukan sambungan dari bab sebelum ni tauuu..ada la langkau beberapa bab rasanya :D enjoyyy! Ni versi tak edit tau. Ampunnn kalau ada apa2 kesilapan ya! 



 Ampunnn kalau ada apa2 kesilapan ya! 

"You have to replace Didi. Ambil alih tugas Didi."
Terngiang-ngiang kata-kata yang berbaur arahan itu di telingaku. Aduhh semaklah! Selagi tak jumpa dengan Nur Diana yang mesra dengan panggilan Didi tu, hati aku tak akan senang. 
Jadi, selesai aje membantu Kak Fira memandikan Datin Mahani, aku terus bergegas ke ruang bawah. Objektif aku hanya satu, untuk mencari Didi. Langkah kaki aku aturkan ke arah ruang tamu. Nyata tekaanku mengena. Yaya dan Didi sedang sibuk membersihkan kawasan ini. Seorang sibuk vakum karpet, seorang lagi sibuk tukar langsir! 
Nampak aje kelibat aku di sini, Didi terus tarik muka kelat. 
Lahh dah kenapa? Seingat aku, aku memang takde masalah dengan dia. 
"Didi, boleh tak nak tanya something?" Soalku apabila mendekati gadis yang memakai uniform biru itu. Suara aku kuatkan sedikit gara-gara vacum yang kuat berbunyi. Terus dia mematikan enjin vakum.
"Jumpa di luar." Balasnya dengan wajah yang masam. Kemudian terus dia menonong ke arah pintu utama. 
Bersama pen dan buku nota tiga lima di dalam poket blouse, aku melangkah keluar dari ruang tamu rumah ini. Didi yang sudah pun melabuhkan punggung di atas bangku besi di hadapan rumah ini terus menoleh ke arahku. 
"Aku nak warning kau sikit." 
Dengan wajah yang kelat dia berkata begitu. Terus aku kerutkan wajah.
"Warning? Aku ada buat salah dengan kau ke?" Soalku sedikit pelik.
 Aku juga turut melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengannya. Dia mencerunkan anak mata ke mari untuk seketika sebelum menggoyangkan jari telunjuknya ke mari.
"Kau belum buat salah apa-apa. Tapi aku nak bagi amaran awal-awal." Tegasnya.Kemudian, dia terus bersuara lagi.
"Jangan sesekali goda Tuan Aidid!" Keras kedengaran amaran itu di teingaku. 
Aku? Goda Tuan Aidid? Sumpah rasa nak ketawa besar saat ini. Geli betul hati aku. Dia tak tahu lelaki pujaannya tu yang tak tahu duduk diam. Sesuka hati aje tangan tu merayap kat aku ni.
Wajah yang hampir tersenyum aku seriuskan. Kemudian aku mencerunkan anak mata ke arahnya. 
"Okay..kenapa pulak kau warning aku macam tu? Ada nampak aku nak goda Tuan Aidid ke?" Soalku sambil tersengih ke arahnya. Aku dah tak dapat nak tahan ketawa.
Wow..kalaulah dia tahu orang dia warning ini adalah isteri Tuan Aidid yang sah..agaknya dia dah tarik tudung dan rambut aku. 
"Sebab tugas aku menjaga Tuan Aidid nanti kau yang akan ambil alih!" 
Terpempan aku saat ini. Tugas menjaga Tuan Aidid? Ada ke tugas tu dalam rumah ni? Dengan blur aku merenung ke arah Didi yang nampak vouge dengan gincu merah di bibir. Tak macam pembantu rumah betul gaya dia dan si Yaya tu. 
"Erm..itulah. Tuan Aidid cakap aku perlu ambil alih tugas kau. Tapi dia tak cakap pula aku kena jaga dia.." Ujarku dengan sedikit pelik.
Gadis yang berbulu mata palsu ini terus menjegilkan mata kepada aku. 
"Bukan ambil terus! Sementara waktu aje tau! Bila aku balik dari umrah nanti, aku ambil balik tugas tu" Tegasnya. 
"Owh..okay.." Aku bersuara begitu. 
Sayang betul ye dia dengan tugasnya tu. Kemudian aku bersuara lagi.
"Wahh..seronoknya nak buat umrah.." Bersinar anak mataku merenung ke arahnya. Pantas dia menganggukkan kepalanya ke mari. 
"Seronok. Makcik aku yang subsidikan kos umrah tu. Nak buat teman katanya. Nak harap aku, lambatlah lagi." Ujarnya.
 Aku hanya tersenyum sahaja. Terbayang trip umrah aku bersama keluargaku 2 tahun yang lepas. Nampaknya Didi dah semakin tenang saat ini. Tidak lagi garang-garang seperti tadi.
"Itu pun rezeki jugak. Doakan saya juga dapat buat umrah lagi nanti ya.." Ujarku kepadanya.
"Insyaa Allah.." Dia terus menganggukkan kepala. Cepat-cepat aku keluarkan buku nota dari dalam poket.
"Ermm, so, boleh aku tahu apa tugas-tugas tu?" Soalku kepada Didi dengan serius. Terus dia menepuk tangan sekali. Kemudian, dia merenung ke arahku. 
"Okay, setiap pagi seawal pukul 7, kau perlu bawakan dua botol air mineral dan tuala ke dalam bilik. Tuala ambil di laundry room. Air mineral ambil di dapur. Lepas tu, iron baju Tuan Aidid. Nanti dia akan letak baju apa yang dipakainya atas katil. Wardrobe room tu terletak dalam bilik Tuan Aidid. Betul-betul di sebelah bilik mandi." Petah dan lancar dia menjelaskan tentang tugas-tugasnya kepada aku saat ini.
Namun berkerut seribu terus jadinya wajah aku. Terus aku angkat tangan tangan ke arahnya bersama pen yang kemas dalam genggaman.
"Kejap!" 
Aku terus meraup wajah. Pandangan aku halakan ke arah taman yang berada di hadapan sana sebelum aku mataku melekat ke wajah Didi semula. Gadis ini dah tayang muka pelik melihat riak wajahku yang dah macam ayam berak kapur saat ini.
"Masa tu Tuan Aidid ada dalam biliklah ya?" Soalku dengan kalut. Bukan cemburu buta tetapi tertanya-tanya aje.
Terus dia ketawa mengilai. Tergamam terus aku jadinya. Bahagian hujung rambut yang ditocang tinggi itu dipintal-pintalnya sedikit. 
"Gila kau! Kalaulah dia ada dalam bilik, seronoklah aku! Malangnya tidak." Bicaranya sedikit sedih. Kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara lagi.
"Tuan Aidid akan keluar jogging dan bersenam dari pukul 7 pagi sampailah pukul 8. Jadi kau ada sejam untuk buat semua kerja-kerja dalam bilik tu. " Ucapnya. 
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. 
"Ooooooowh!" 
12 harkat aku bersuara saat ini dengan hati yang lega. Maksudnya suami aku tu masih menjaga batasnya dengan perempuan. Hmm..diam-diam aku tersenyum pula saat ini. 
"Selain dari iron baju dan kau perlu ambil baju-baju kotor dalam bakul dan berikan pada Yaya. Nanti dia akan basuhkan." 
Suara itu membuatkan aku kelam-kabut menulis di atas buku nota. 
"Okay.." Jawabku sambil lincah menulis. 
"Lepas tu, jangan lupa pula kemas katil. Kau tahu tak kemas katil?" Soalnya kepada aku. Aku hanya mampu tersenyum. 
"Tahu.." Jawabku.
Mestilah aku tahu kemas katil walaupun selalunya aku akan buli Ica untuk kemaskan katil aku kat rumah tu.
"Takpe, kalau tak tahu tanya Yaya." Selamba aje Didi bersuara. Aku malas nak bertekak. Ah, takpelah kalau dia fikir aku tak tahu pun.
"Itu aje ke tugas-tugasnya?" Soalku lagi. Bukan apa, aku mahu naik ke atas semula. Manalah tahu kalau Kak Fira memerlukan apa-apa bantuan aku?
"Lepas tu jangan lupa vacum dan kemas bilik. Refill sabun, syampoo, pencuci muka dan sebagainya bila perlu." Sambungnya lagi. 
Pantas aku mencatat. Kepala aku anggukkan saat ini. 
1.Bawa 2 botol air mineral dan tuala ke dalam bilik
2. Iron baju
3. Berikan bakul baju kotor pada Yaya
4. Kemas katil
5. Vakum dan kemas bilik 
6. Refill sabun, syampoo, pencuci muka dan sebagainya bila perlu
Itu yang aku tulis di dalam buku nota. Aku menarik nafas dalam-dalam. Wah..ni dah macam level-level housekeeper ni! Baru sahaja mahu meminta diri ke atas, gadis ini bersuara lagi.
"Pendek kata, Tia..tugas aku ni dah macam isteri Tuan Aidid tau..cuma tak tidur sebilik aje lagi.." Didi tersengih lebar saat ini. Tapi kemudian sengihan itu bertukar kepada ketawa miang pula! Sampai terjungkit-jungkit bahunya.
Aku terus bangun dari kerusi. Pandangan aku halakan kepada gadis yang masih sedap berangan itu.
"Terima kasih Didi. Aku naik dulu. Takut Kak Fira cari aku pula." Pamitku. 
Didi juga turut sama bangun.
"Baguslah kau kerja kat atas tu. Takde la sakit hati dengan Kak Mun!" Dengusnya dengan geram. 
Aku hanya mampu tersenyum tawar aje. Bahunya aku usap untuk seketika.
"Bertabahlah Didi..kita doakan dia berubah ya?" Ucapku.
Didi buat muka meluat dan terus menonong pergi. Aku pula membaca tugas-tugas yang aku tulis di dalam buku nota untuk sekali lagi sebelum melangkah laju masuk ke dalam semula sebelum terserempak dengan si Gollum tu! Tak mahulah Kak Mun tuduh aku makan gaji buta pulak! 
***
Masuk hari ini sudah hari ketiga aku bergelar isteri kepada Tuan Aidid. Sebut tentang Tuan Aidid, seharian aku tidak nampak batang hidungnya tadi. Mungkin dia sibuk di pejabat agaknya. Nafas aku tarik dalam-dalam. Dari birai katil ini aku merenung kusut ke arah bagasi. Bagasi yang memuatkan sedikit baju dan sedikit barangan keperluan aku. Kedua-dua belah tangan meraup wajah.
 Bagaimana agaknya keadaannya apabila menetap di sana nanti?
 Berjiran pula dengan Kak Mun Gollum! Aduh! Part tu paling sadis! Baru sahaja hendak merebahkan diri di atas katil, ketukan pada dinding pintu bergema.
Tok! Tok!
Hah! Entah-entah lelaki itu? Terus aku merenung ke arah blouse tanpa lengan berwarna hitam yang membaluti tubuh. Apa lagi, kelam-kabutlah aku mencapai kardigan di kerusi saat ini dan terus aku sarungkan ke tubuh.
"Masuk laa.." Laungku bersama debaran halus memenuhi ruang dada. 
Apabila pintu dibuka, wajah mak muncul di balik pintu. Lahh mak rupanya! Aku terus menenangkan diri. Kardigan di tubuh aku buka dan aku campakkan ke atas katil. 
"Masuklah mak.." Ucapku dengan manja sambil meregangkan tubuh. Terus aku merebahkan diri dan berbaring terus atas katil.
Lucu pula apabila aku menyangka Tuan Aidid yang datang. Tak mungkin aku mengharapkan dia ke sini kan? Tak mungkin kan? Aku menyoal hati. Hidung aku kerutkan sesaat. Kenapa dengan aku ni? 
"Tia dah siap kemas?" Soal mak sambil melabuhkan punggung di birai katil.
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja sambil merenung ke arahnya. 
"Dah..tapi Tia macam malas la nak pindah." Keluhku dengan manja. Mak dah mula senyum ke mari.
"Aaa tak puas rasanya duduk di sini dengan mak dan ayah. Dah nak kena pindah pulak!" Bebelku lagi. Hmm, tapi takpela, dekat aje kan..Hari-hari pun aku boleh balik ke sini dengan skuter. Bisikku dalam hati.
Mak hanya aku lihat ketawa kecil sahaja saat ini sambil menepuk kaki yang terlunjur.
"Mana boleh malas pulak..kamu kan dah jadi isteri orang. Tempat kamu di sisi suami, Tia." Kata mak dengan sangat lembut. Terus aku bangun dari pembaringan dan mengesot untuk duduk di sebelah mak. Kaki aku lunjurkan ke atas lantai.
"Tahuuu..tapi mak, Tia suka duduk sini. Tia nak duduk siniiii.." Rengekku. Bahu emak aku peluk dengan sangat kemas. Mak merenung ke arahku dengan pandangan lucu.
"Macam budak-budak. Alah dekat aje, Tia. Bukan jauh mana pun kediaman si Aidid tu dengan 
rumah kita. Tak sampai 15 minit pun!" Balas mak sambil menggelengkan kepalanya. 
"Hmm.." Aku hanya mampu menggumam begitu. Pelukan pada tubuh emak aku leraikan.
Nak cakap apa lagi kalau mak dah cakap macam tu? Memang betullah apa yang wanita ini katakan. Bukannya jauh pun rumah ni dengan kediaman Tuan Aidid tu. Cuma aku yang terlebih manja.
"Baik mak..nanti mesti Tia akan selalu pulang ke sini." Janjiku. Mak yang berkaftan batik warna merah terus tersenyum.
"Boleh. Ini kan rumah kamu? Cuma, dapatkan izin Aidid dulu ya..dia adalah syurga kamu sekarang Tia.." Ucapnya.
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Kemudian mak bersuara lagi.
"Aidid tu suami kamu. Kamu wajib taat pada Aidid. Lepas ni, kalau kamu nak keluar ke mana-mana hatta ke kedai untuk beli barangan harian yang penting sekalipun kamu wajib mendapatkan izin dia. Kalau dia tak izinkan kamu tak boleh keluar sesuka hati. Begitulah pentingnya dia dalam hidup kamu sekarang, Tia.." Jelas mak dengan panjang lebar. 
Aku terdiam untuk seketika dan hanya membelek kuku di jemariku. Tak pernah aku terfikir yang lelaki itu akan menjadi sebegini penting dalam hidup aku.
"Rasullullah pernah bersabda, jika seorang isteri menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan ramadan, memelihara maruahnya dan mentaati suaminya, maka dia boleh masuk syurga mengikut pintunya mana yang dia suka..mengikut pilihannya." Kata-kata mak aku sambut dengan senyuman manis. Memang aku pernah dengar hadith itu dulu. nafas aku tarik dalam-dalam. 
"In syaa Allah, mak. Tia akan taat pada Abang Aidid." Balasku bersama senyuman. Aku betul-betul tak mahu mak gusar. Setelah mendiamkan diri untuk seketika, akhirnya mak merenung wajahku dalam-dalam.

"Macam mana hubungan kamu dengan Aidid?" Soal mak. 
Aku tahu dia sedang menyembunyikan rasa bimbang di sebalik riak tenang itu. Siapa yang tak bimbang kalau anak gadisnya bernikah dengan cara ekspres begitu?Nyata soalan ini betul-betul menggerunkan aku. Terus aku bangun dari katil.
"Okay mak. Err..Abang Aidid tu baik, romantik, caring..dia imamkan Tia solat subuh tau." Sedaya upaya aku bersuara supaya tak mahu buat mak bimbang. Hakikatnya, aku dengan lelaki itu masih dalam mode mencari keserasian. Aku lihat wajah mak manis tersenyum saat ini.
"Alhamdulillah, gembira mak dengar." Luahnya. Baru sahaja aku hendak request mak masak mee goreng esok pagi, suara Tia dapat aku dengar sayup-sayup menyemak di ruangan ini. 
"Kak Tia.."
Kemudian, pintu terbuka dari luar. 
"Abang Aidid datang." 
Tergamam aku jadinya. Biar betul lelaki yang sibuk tu berada di sini? Buat apa dia ke sini?
"Panggillah dia masuk." Mak bersuara. Kemudian, aku lihat mak bingkas bangun. 
"Mak keluar dulu ya. Nanti kita berbual lagi." Ujar mak. Aku terus menggenggam tangan wanita itu.
"Makkk duduk la sini.." Rengekku yang dah mula gementar. Mak menjeling tajam ke arahku.
"Ish mana boleh! Mak tak mahu kacau pengantin baru!" Kepala digelengnya bersama ketawa kecil di hujung ayat. 
Sebaik sahaja berkata begitu dia terus melangkah keluar.
"Mak.."
Kaku aku jadinya mendengar suara ini. Terus anak mataku tepat berada pada susuk tegap lelaki kacak itu di muka pintu.
"Aidid..masuklah. Tia dah siap kemas dah tu. Tak sabar nak berada di sisi suami lah tu." Seloroh mak bersama senyuman lucu. Aku mulalah garu kepala yang tak gatal ni. 
Aku lihat Tuan Aidid mengerling ke arah bagasi untuk seketika. 
"Oh ye? Nampak macam dah tak sabar tu.." Ucapnya pula yang tersenyum ke arah mak.
Ye lahh tak sabar! Kau tak tahu aku tengah kusut ni!
"Ye kut. Nanti datang dapur ya. Ada meehoon sup." 
Amboi..ni boleh bikin jealous ni.
"Baik mak." 
Sebaik sahaja mak keluar, Tuan Aidid terus menutup pintu bilik. Siap kunci lagi. Mulalah aku jadi tak keruan bila mata itu berada tepat di wajahku. Kenapa lain sekali aku lihat tenungannya tu? Dengan tenang dia melangkah ke mari dengan kemeja lengan panjang biru muda di tubuh. Punggung dilabuhkan di sebelahku di birai katil. Kemudian, dapat aku lihat anak matanya berada di wajahku untuk seketika sebelum turun ke baju di tubuhku. 
Baru aku perasan yang aku hanya mengenakan blouse tanpa lengan bersama skirt paras betis! berderau darah aku! Kelam-kabut aku mahu mencapai kardigan yang terdampar di atas katil namun tangan lelaki ini yang panjang lebih cepat mencapai kardigan tersebut. 
Ada riak nakal menghiasi wajahnya saat ini. Terkaku aku jadinya
Baru sahaja hendak bangun, lelaki ini terus menyambar lenganku. Ya Allah, bawak bertenang, Tia! Bawa bertenang! Haba tangannya menjalarkan rasa gugup dan kekok dalam hati. Mahu tak mahu aku duduk kembali.
"Where are you going?" Soalnya sedikit lembut.
Aku terus merenung ke arahnya bersama debaran yang bukan sedikit di dalam dada. 
"Nak pakai baju yang sesuai." Jawabku.
"Well..nothing wrong with this shirt. Berdosa ke aku tengok aurat kau?" Soalnya dengan perlahan tetapi sangat sinis. 
Aku meraupkan wajah untuk seketika. Apa aku nak jawab ni? Time-time ni pula dia nak bercakap tentang dosa pahala.
"Memanglah tak berdosa..tapi saya tak biasa." Balasku dengan sangat perlahan sambil merenung ke arah jemari di atas ribaku.
"So..betul ke mak cakap kau tak sabar nak berada di sisi aku?" Soalnya dengan wajah yang serius. Saja nak sakat aku ke apa ni? Pantas aku menjawab dengan meleret.
"Mana ada.." Kepala aku gelengkan ke arahnya bersungguh-sungguh. 
Dia mendekatkan wajahnya ke mari membuatkan aku melarikan wajah ke belakang sedikit. Namun dia terus mendekat. Kalau dari belakang orang boleh salah sangka ingat kami bercium! Anak matanya aku lihat mengembang sedikit apabila menjelajah dari mata ke hidungku dan seterusnya ke bibir. Namun cepat-cepat pandangannya berada di mataku kembali. 



"Rindu?" Soal suara maskulin itu                    

"Rindu?" Soal suara maskulin itu.
Terpesona pula aku melihat tenungannya itu. Anak mata kami berpandangan untuk seketika. Bersama jantung yang berdetak kencang, aku mengetap bibir untuk seketika. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Aku cuba melawan pandangan matanya.
"Tuan Aidid yang datang sini. Jadi, Tuan Aidid lah yang rindukan saya.." Entah dari mana keberanian itu datang aku pun tidak tahu. 
Sebelah keningnya terjungkit mendengar jawapanku. Mungkin tidak menyangka aku menjawab begitu.
"Well, kalau aku cakap betul, aku rindukan isteri aku?" Soalnya seperti ingin menduga. 
Terkaku aku jadinya bersama wajah yang berbahang teruk. 
Tak mungkin lelaki sehebat dia rindukan aku. Tak mungkin. Bisik hatiku. Sah dia nak main-main dengan aku. Apabila dilihatnya aku kelu tak bersuara, tangannya terus mengelus lembut rambutku.
Dapat aku lihat anak matanya sedang menjelajah wajahku saat ini membuatkan debaran di dada semakin menjadi-jadi detakannya. 
Jemarinya yang tadinya mengelus rambut kini menyentuh bahagian telinga membuatkan aku melarikan kepala sedikit darinya. Dapat aku lihat riaknya juga turut berubah ketika ini.
"Tuan Aidid.." Dalam sejuta rasa gugup aku bersuara. 
Gara-gara rasa tak keruan terus aku menggenggam tangannya dari terus-terusan menyentuh aku. Lidah masih kelu gara-gara menahan pelbagai rasa yang menghimpit dada.
"Kau ingat aku ambil kesempatan ke?" Soalnya serius. 
Terus aku melepaskan genggamanku pada lengan kekarnya. Lelaki ini terus menunjukkan sesuatu di dalam genggamannya. Buntang mata aku melihat ke arah benda-benda putih di atas tapak tangan kanannya. Lahhh! Macam mana pulak kekabu-kekabu ni boleh lekat kat kepala dan muka aku??!
"Kau masuk dalam guni kapas ke?" Soalnya.
Terus aku mengesot ke kanan sedikit untuk menjarakkan diri jadinya. Debaran kuat dan rasa tak keruan masih mahu pergi dari hati. Berbahang teruk wajahku saat ini.
"Tadi saya tolong mak masukkan kekabu dalam bantal. Mungkin masa tu terlekat di rambut dan muka agaknya." Balasku perlahan. 
Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Kenapa matanya masih merenung aku? Gara-gara gugup aku terus mengubah topik perbualan.
"Erm..ni barang yang saya nak bawa ke sana." Soalku sambil menudingkan jari ke arah sebuah bagasi besar di hadapan aku.
 Kemudian, kardigan di atas ribanya cepat-cepat aku capai dan aku terus berdiri. 
"Sorry..saya sejuk!" Aku memberi alasan sebelum dia komen yang bukan-bukan. Lagi-lagi tentang dosa pahala. Kemudian, aku terus menarik zip pada bagasi. Wajah aku angkat saat ini.
"Dah alang-alang Tuan Aidid ada kat sini, boleh tak Tuan Aidid tolong bawa bagasi ni ke sana malam ni?" Soalku dengan tenang walaupun segala perasaan yang terkumpul tadi masih hebat mengasak dada. 
Soalan aku tak berjawab namun mata itu masih merenung ke mari.
"Dah tahu apa tugas Didi?" Soalnya. Aku menganggukkan kepala. 
"Dah."
Kemudian, dia terus bangun dari atas katil. Pemegang pada bagasi aku dicapainya dan kemudian dia menoleh ke mari untuk seketika. 
"See you tomorrow at 7. Don't be late!" Pesannya. 
Aku cepat-cepat menganggukkan kepala. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, aku terus menyebut nama lelaki itu.
"Tuan Aidid.."
Dia menoleh ke belakang. Cepat-cepat aku mendekatinya. 
Tangannya aku capai dan aku kucup dua saat. Seperti selalu riaknya pasti berubah sedikit. Namun, dengan wajah yang serius dia terus melangkah keluar dari bilik.
Aku pula terus mengekori langkahnya untuk turun ke bawah. Nanti apa pulak kata mak dan ayah kalau aku tak hantar suami sampai ke pintu? Aku tak mahu buat mereka gusar lagi. 
***
Walaupun Qashah tiada di sini, aku seakan sudah selesa pula masuk ikut pintu belakang. Lagipun aku seronok dapat jumpa Mak Ngah dan bersembang dengannya sebelum naik ke tingkat atas untuk buat kerja. Jam di tangan aku kerling. Tapi, sekarang ni baru pukul 6 : 45 pagi! Entah-entah Mak Ngah belum sampai lagi tak? Kemudian aku merenung ke arah langit. Masih lagi belum cerah sepenuhnya. Nasib baik Pak Mat, jaga di sini sudah berada di pondok jaga tadi. Ah, masuk ikut pintu hadapan aje lah. Aku membuat keputusan. Bersama blouse berwarna pink lembut dan seluar panjang berwarna putih di tubuh aku melangkah dengan laju ke arah pintu. Baru sahaja hendak menekan loceng, kedengaran suara Abang Lan menegurku di belakang.
"Tia!"
Terus aku menoleh. Nyata dia juga baru sampai. Topi keledar masih berada di kepalanya.
"Abang Lan..macam mana nak masuk ya? Pintu berkunci lagi ni.." Ucapku yang cuba memulas tombol pada grill besi.
"Lah..Tia takde kunci ke? Kak Mun lupa kasilah tu.." Ucapnya yang terus mengeluarkan kunci dari dalam kocek seluar.
"Takde pulak. Mungkin sebab Tia ni pekerja baru agaknya." Jawabku. 
Abang Lan aku lihat membuka pintu dan kemudian sebelah tangan didepanya ke arahku.
"Silakan masuk tuan puteri." 
Aku hanya ketawa sahaja. Seluruh bahagian dalam rumah sudah diterangi dengan cahaya lampu rupanya. Lega sikit hati aku. Baru sahaja melangkah masuk setapak ke dalam rumah, lelaki itu bersuara lagi. 
"Eh Tia..bukan Tia mula kerja pukul 9 ke?" Soal Abang Lan . Pantas aku menoleh ke arahnya yang berada di luar rumah.
"Yup! Tapi kan Didi pergi umrah semalam? Jadi Tia kena ambil alih tugas Didi.." Beritahuku.
Dia pun tak bertanya banyak. Terus lelaki itu menganggukkan kepalanya.
"Oh..okay. Abang Lan pergi dulu. Nak ke stor kat belakang sana tu. Nak periksa stok baja untuk pokok bunga kat taman. Kalau tak cukup Abang Lan nak kena order dari pembekal." Ujarnya.
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. 
"Baik Abang Lan." 
Sebaik sahaja aku berkata begitu, aku lihat Abang Lan terus menutup pintu. Aku pula terus mengatur langkah untuk menuju ke arah dapur. Rasa lain pula bila rumah ini sunyi begini. 
Aku cuba mengingati benda yang perlu aku bawa naik. 
"2 botol air mineral dan tuala." Gumamku.
Kabinet belah kanan aku buka dan bersusun air mineral dapat kulihat di ruangan ini. Terus aku mencapai dua botol air mineral tersebut dan kabinet aku tutup dengan cermat. Kemudian, aku menuju ke bilik dobi pula yang terletak di sebelah bilik tetamu di bahagian bawah rumah ini. Ini adalah pertama kali aku masuk ke dalam. Selalunya tengok dari luar aje sebab bilik ini terletak berdekatan dengan bilik solat. 
"Wah..cantiknya." Aku berkata sendirian. 
Mana tidaknya, walaupun bilik ini tidaklah seluas mana namun interior di ruangan ini memang tip top! Bilik ini dilengkapi dengan dua pembasuh baju di kawasan ini bersama dua pengering. 
Kabinet kayu berwarna putih menghiasi ruangan ini. Anak mata berada pada bakul-bakul rotak yang bersusun di rak kayu sebelah kananku yang juga berwarna putih. Di dalam bakul-bakul ini terdapat pelbagai saiz tuala. 
Aku mulalah mengerutkan wajah, tuala yang mana ya patut aku ambil? Ah, ambil ajelah sehelai setiap saiz. Setelah mencapai 3 helai tuala yang terdiri dari pelbagai saiz, aku terus melangkah keluar dari bilik dobi ini. 
Seterusnya langkah aku atur dengan laju menuju ke arah lif. Bukan apa, teringat pesan lelaki itu semalam yang aku perlu berada di dalam biliknya tepat pukul 7 pagi! Ye lah, walaupun dia takde dalam bilik tetapi aku takut juga kalau dia tahu aku lewat. 
Sampai sahaja di hadapan biliknya, aku terus mendekatkan telinga pada dinding pintu. Sunyi. Sepi. Rasanya dia dah keluar jogging!
"Masuklah Tia. Mesti Tuan Aidid dah keluar tu." Terus aku menoleh ke arah Yaya yang sedang menuju ke arah tangga.
"Okay." Ucapku bersama senyuman. 
Lega rasa hati mendengar kata Yaya itu. Pantas aku menganggukkan kepala. Tombol pintu aku pulas saat ini. Masuk sahaja ke dalam bilik, aku menjadi kaku untuk seketika. Teringat kisah salah masuk bilik pada hari pertama bekerja di sini. Namun baru hari ini aku dapat mengamati dengan jelas ruang dan rekaan di dalam bilik ini. Di sebelah kiri sepertinya ada sebuah lagi bilik. Pintu itu kelihatan renggang sedikit. Terus aku melangkah ke situ. 
Tergamam teruk aku jadinya saat ini. Kelihatan lelaki yang hanya memakai traksuit kelabu itu dan tidak berbaju itu sedang kusyuk menghadap komputer riba dan sedang leka membuat kerja. Haaa ni yang buat aku bertambah kekok ni!
"Tuan Ai..Aidid!" Sapaku dengan sedikit terkejut. Bukankah dia tak sepatutnya berada di sini?
Anak matanya kini tepat menikam anak mataku. 
"You're already here.." Ujarnya dengan tenang.
Aku pula terus melarikan anak mata ke arah meja. Bertimbun fail di ruangan itu. Mata aku liarkan ke serata kawasan bilik kemudiannya. Nampaknya ini merupakan bilik kerjanya. Bersama sedikit keberanian aku mendekati lelaki itu.
"Tuan Aidid.." Panggilku.
2 botol air mineral aku letakkan di atas mejanya. 
"Mmm.." Gumamnya sambil lincah menekan papan kekunci. Alahai macam manja pula suaranya tu. Sudahlah tak mandi pun nampak tampan. Ah masalah betul deria penglihatan aku ni.
Terus aku mengerling ke arah jam di tanganku. 
"Dah pukul 7:15 ni. Tak pergi jogging ke?" Soalku. 
Dia aku lihat menoleh ke mari dengan wajah yang sedikit tegang. 
"Can't you see what I'm doing, Tia?" Soalnya dengan nada mendatar. 
Aku cepat-cepat tersenyum sumbing.
"Err..Didi cakap, Tuan Aidid takde dalam bilik dari pukul 7 pagi sampai pukul 8." Ujarku lagi.
Dia dah mula bangun. Haa aku pun mengundur dua langkah ke belakang. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan wajah aku ditenungnya untuk seketika.
"So what? I don't feel like going out today." Beritahunya acuh tak acuh dan dia terus menutup lid pada komputer ribanya. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Owh.." 
Rasa canggung dan kekok sudah menguasai situasi apabila dia mendekatiku. Aku mengangkat wajah dan dadanya yang bidang itu menjadi santapan mata. Terus aku pejamkan sesaat sebelum merenung wajahnya. Dia pula tenang-tenang aje mengambil tuala di tanganku dan kemudian melangkah keluar dari ruangan ini. Terus aku mengejar langkahnya. Sekilas aku mengerling ke arah katil.

"Erm..Tuan Aidid, Didi cakap Tuan Aidid akan letakkan baju yang Tuan Aidid nak pakai di atas katil every morning. Tapi.." Belum sempat aku menjawab dia terus mencantas. 
"Hm..choose for me. Iron them carefully." Ujarnya.
"Ha?" Aku dah mula menggaru kepala yang tak gatal di balik tudung. 
Aku? Pilihkan baju untuk Tuan Aidid? Aaa layak ke? Kalau tak kena dengan taste dia macam mana?
"Tapi.." Kata-kata itu terhenti sahaja apabila lelaki itu tiba-tiba menoleh ke mari.
Aku pula nasib baik sempat brek! Kalau tak gerenti hidung aku dah 
berlaga dengannya!
"Why, Tia?" Soalnya sedikit tidak puas hati. Aku menarik nafas dalam-dalam. 
"Nothing." Perlahan aku menggelengkan kepala yang sudah mula kusut. 
Aku lihat anak matanya berlari ke serata wajahku untuk seketika. Mampu membuat wajahku terasa sedikit panas. 
"Saya cuma takut salah pilih.." Akhirnya aku meluahkan juga apa yang bersarang dalam fikiran.
Pandangannya diredupkan sedikit ke mari.
"Tia..kalau aku suruh kau pilih, maksudnya aku dah bersedia dengan semua kemungkinan. It's the same thing bila aku pilih kau untuk jadi isteri aku. I'm ready to take all the risks. So just choose."
Terpana aku mendengar kata-kata lelaki ini. 
'Bila aku pilih kau menjadi isteri aku?'
Kenapa aku rasa terharu sikit saat ini? 
Maksudnya, dia memang memilih aku? 
"Faham?" Soalan lelaki itu menghentikan lamunanku. Terus aku menganggukkan kepalaku.
"Faham Tuan Aidid." Ucapku dengan perlahan. Sumpah aku blur. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku faham.
"Good." 
Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus meregangkan tubuhnya sedikit membuatkan aku melarikan pandangan ke arah katil. Apabila dia menjauh baru aku berani pandang ke arahnya semula. Nampaknya dia sedang menuju ke arah bilik mandi saat ini. Baik aku iron baju lelaki itu sekarang!
***
Vacum pun sudah, kemas katil pun sudah, gosok baju pun sudah awal-awal tadi. Tinggal untuk keluarkan bakul baju kotor aje dan berikan pada Yaya. Aku mengusap dagu untuk seketika. Rasanya dah takde apa yang perlu aku uruskan. Jam di tangan aku kerling. Dah tepat pukul 8 pagi ni. Aku ada sejam lagi sebelum memulakan kerja. Bolehlah lepak sembang-sembang dengan Mak Ngah di dapur. Senyuman tersungging di bibir saat ini. Terus aku meliarkan pandangan ke sekitar ruangan ini. Mana agaknya lelaki itu?
Sekarang ni aku sedang menyusun majalah-majalah berkaitan perniagaan pada meja kecil di tepi katil Tuan Aidid. Anak mata kini berada pada laci yang sedikit renggang. Kertas yang direnyukkan aku capai untuk buang dalam tong sampah nanti tetapi apa yang membuatkan tangan aku kaku adalah sebuah album gambar nipis berwarna hitam.
Mulalah senyuman nakal terbit di bibirku. Terus aku meliarkan anak mata ke serata kawasan ini. Tuan Aidid masih di wardrobe room agaknya. Dalam keadaan duduk di atas karpet, Cepat-cepat aku mengeluarkan album gambar. Di balik katil ini aku meneliti album di tangan. Tergamam aku jadinya saat membaca tulisan pada bahagian dalam kulit album. 
Aidid x Maya
3 years together
Kelam-kabut aku membuka helaian pada album ini. Hampir luruh jantung aku apabila melihat gambar-gambar mesra Tuan Aidid dan Maya. Kedua-duanya memakai baju berwarna putih. Tema pula ala-ala picnic di taman. Macam diambil di overseas je ni..sebab daun-daun dalam gambar ni berwarna-warni. Walaupun tidak ada gambar Tuan Aidid memeluk gadis itu, tetapi tetap juga aku berasa semacam.
 Aku ni seorang perampas ke? Ada keluhan berat terbit dari bibir. 
Melihat gambar yang terakhir di mana Datin Mahani dan Maya berpelukan erat buat aku serabut! Rasa bersalah menggunung tinggi pula pada Datin Mahani. Aku dah musnahkan impian dia untuk bermenantukan Maya Nisreen! 
"Tia.." 
Dengar sahaja suara aku, kelam-kabut aku menyimpan semula album gambar di dalam laci. 
Hoh! Nasib baik aku sempat menutup laci apabila lelaki itu memasuki ruangan ini. Sebelah tangannya sibuk dengan telefon bimbit. Baju kemejanya pula masih tidak dibutangkan lagi. Jangan-jangan dia tak suka baju yang aku pilih tu tak? Belum sempat dia berkata apa-apa, aku terlebih dahulu bersuara.
"Tuan Aidid..saya dah selesaikan semuanya. Jadi, boleh saya pergi sekarang?" Soalku yang mahu mengangkat bakul berisi baju kotor yang telah aku keluarkan dari bilik mandi tadi. Perlahan aku lihat dia menggelengkan kepala tanpa memandang ke mari. 
"No."
Aku mengerutkan wajah saat ini. 
"Ada apa-apa lagi ke yang perlu saya selesaikan ke?" Soalku. Terus aku keluarkan buku nota kecil dari dalam poket blouse. 
"Come here.." Panggilnya dengan nada serius. Anak matanya merenung ke mari untuk seketika. 
Aku pula masih pegun di sini. Bukan apa, gugup pula aku jadinya. Mahu tak mahu aku melangkah juga ke arahnya. Wajah aku dikerling sekilas dan dia bersuara saat ini.
"Please butangkan baju aku." Arahnya. 
Kemudian anak mata melekat kembali pada telefon bimbit di tangannya. 
"Hah?" 
Aku dah mula panik. Dah kenapa dia suruh aku butangkan baju dia? Adoi la adoi! 
"Tia..now." 
Suaranya sedikit serius saat ini menyebabkan aku mendekatinya. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Gementar jemari membutangkan baju lelaki ini. Kemudian, tanpa sedar aku membetulkan kedudukan baju kemeja berwarna hijau pastel yang aku padankan dengan seluar slack hitam di tubuhnya. Dadanya yang bidang membuatkan kedudukan kemeja ini terletak elok di badannya. Aku lihat dia tenang-tenang aje menghadap telefon bimbit. 
Fuhh..perlahan aku menghembuskan nafas lega apabila dia seperti tidak memberikan perhatian terhadap aku. 
Tok! Tok! 
Nyata pandangan aku dan Tuan Aidid bersatu saat ini. Berdetak cemas rentak jantungku.
"Tuan Aidid! Ada orang datang!" Soalku sambil mengerling ke arah pintu. 
"I'll be at the wardrobe room." Ucapnya dengan tenang. Aku pula terus menganggukkan kepala. 
Terus aku melangkah menuju ke arah pintu. Wajah Yaya kini berada di hadapanku. 
"Yaya.." Ucapku dengan rasa cemas yang masih mengasak dada. 
"Dah siap dah? Cepat. Nanti Tuan Aidid pulang." Kata gadis bertocang satu ini kepadaku. Pantas aku menjawab.
"Sikit lagi. Err..nah baju kotor ni." 
Bakul kotor di tangan aku serahkan padanya. 
"Haa..ini yang aku tunggu. Okay, cau dulu." Terus dia mengambil bakul itu dari tanganku dan melangkah laju ke arah lif. 
"Byee.." Sempat lagi aku berkata begitu sebelum menutup pintu. 
Siap kunci lagi. Takut betul kalau ada yang tahu aku sedang berada bersama Tuan Aidid di dalam ni. 
Kaki melangkah ke bilik wardrobe saat ini. Debaran halus sudah memenuhi ruangan dada saat melihat lelaki itu. Aaa kenapalah bila pandang aje dia ni, jantung aku akan buat hal? Mulalah aku jadi tak keruan. Tuan Aidid nampaknya sudah segak dengan coat dan tali leher di tubuh. Sebelah tangan membetulkan rambut yang stylo itu sedikit sebelum pandangan matanya yang mempesonakan itu melata ke arahku.
"Saya keluar dulu ya." Pamitku sambil mendekatinya.
Dalam rasa gementar dan gugup aku menghulurkan tangan kepadanya. Kemudian, tangannya aku kucup saat ini. Baru sahaja hendak berpaling, dia terus bersuara. 
"Tia..be here at 8 pm" Ucapnya. 
Tergamam aku jadinya.
"For what?" Soalku sedikit pelik. 
"Shift malam." Balasnya pula. Mulalah aku dilanda hairan. 
"Shift malam?" Aku mengecilkan anak mata. 
Kenapa Didi tak pernah beritahu pun tentang shift malam? 
"Don't forget to be here at 8 pm." Dia mengingatkan aku. 
Mahu tak mahu aku menganggukkan juga kepala. 
"Okay.."
Terus kaki melangkah ke arah pintu bilik dengan persoalan baru di dalam kepala. Aduhh! Dah kenapa pula aku kena kerja shift malam?? Bagaimana kalau orang nampak aku masuk ke sini malam nanti? Tak ke masalah??
***
Setelah makan ubat,Aku dan Kak Fira membaringkan Datin Mahani ke atas katil. Kata Kak Fira, Dr. Khalid mahu Datin Mahani menjalani program fisioterapi secepat mungkin. Sebelum ini program tu tak dapat dilakukan kerana Datin Mahani trauma teruk. Semasa awal-awal kemalangan, dia takut nak jumpa orang. Nak keluar ke taman pun wanita ini tak berani. Entahlah..aku seakan percaya pula dengan teori Kak Fira yang mengatakan bahawa kemalangan yang dialami Datin Mahani itu adalah kemalangan terancang. 
Persoalannya, siapakah yang merancangnya? Memang aku diselubungi misteri saat ini. Selimut pada tubuh Datin Mahani aku tarik hingga ke paras dada saat ini. Seperti biasa, datin hanya merenung kosong ke arah siling. 
Tok! Tok! 
Aku dan Kak Fira saling berpandangan apabila mendengar ketukan pada pintu bilik itu. Jam di tangan aku lirik saat ini. Baru pukul 3 petang. Siapa pula yang datang? Tak mungkin Tuan Aidid pulang pada waktu-waktu begini.
"Saya tengokkan siapa yang datang ya?" Cepat-cepat aku berkata begitu.
Kak Fira yang sedang sibuk dengan komputer riba di tangannya terus menganggukkan kepala ke arahnya. 
"Thanks Tia."
Bersama senyuman aku terus berlari anak ke arah pintu. Bukak aje pintu, wajah masam mencuka Kak Mun dan Maya Nisreen terpacak kat depan muka aku. Si Maya ni masih tak perasan nampaknya aku orang yang dia pernah jumpa di bawah kondo Qashah.



"Lambat benar bukak pintu! Apa yang korang buat dalam tu? Membawang? Curi tulang? Hahh??" Soal Kak Mun sambil menjegilkan matanya sebesar yang boleh ke mari                    

"Lambat benar bukak pintu! Apa yang korang buat dalam tu? Membawang? Curi tulang? Hahh??" Soal Kak Mun sambil menjegilkan matanya sebesar yang boleh ke mari. 
Ngeri! Terus aku menguakkan pintu bilik dengan luas sambil membidas dengan sopan kata-katanya itu. 
"Tak baik Kak Mun tuduh kitorang macam tu. Kitorang baru aje berikan Datin Mahani ubat. Selepas itu baringkan dia pula. Kak Fira tu tengah mencatat progress report untuk diberikan kepada Tuan Aidid dan Dr. Khalid.." Senyuman masih beraja di bibir saat ini. 
Terus berubah riak wajah wanita berkemeja putih ini. Namun belum sempat dia menjawab, gadis seksi yang berdiri sebelahnya itu terus membentak.

"Eeee..Kak Mun. Banyak bunyi la dia ni. So annoying." Jelingan tajam diberikan padaku. Kak Mun pula terus menyokong.
"Memang pun!"
Ha! Eloklah 2 x 5 dorang ni. Kak Mun aku lihat terpisat-pisat tersenyum lebar ke arah Maya.
"Maaflah Cik Maya..kalau terpaksa berdiri lama. Mesti lenguh kaki cantik Cik Maya tu kan? Silalah masuk. Apa-apa hal panggil Kak Mun ya.." Lemah gelamai bahasa yang digunakannya apabila bercakap dengan Maya. Kemain lagi kuat dia membodek ya! 
Maya yang memakai blouse hitam yang dipadankan dengan skirt pendek paras lutut dari rona yang sama terus bersuara dengan geram sambil menjeling tajam ke arahku. 
"Kaki I tak sakit cuma mata I je yang sakit tengok pekerja yang tak kompeten dan pemalas macam ni. Nak buka pintu pun lambat!" Bentaknya yang kemudian terus menonong masuk ke dalam bilik. 
Sempat lagi Kak Mun menjegilkan matanya ke mari sebelum berpaling. Aku pula menutup pintu dan mengejar langkah Maya yang sudah berada betul-betul di hadapan katil Datin Mahani. 
"Eh Cik Maya.." Sapa Kak Fira. 
Terus lid pada komputer ribanya ditutup dan dia berdiri tegak saat ini. Aku melangkah ke arah Kak Fira. 
"Nak jumpa datin ke?" Soal Kak Fira berbahasa basi. Terus gadis berambut kepuk-kepuk itu menjeling tajam ke arah Kak Fira. Aku pula yang panas hati melihat jelingan tajamnya tu. Gadis ini terus meletakkan beg tangannya di atas meja di sisi katil datin.
"Habis tu? Takkan nak jumpa you pula?" Soalnya dengan geram. Kemudian dia membetulkan rambutnya sambil menghalakan pandangan pada datin yang sedang nyenyak tidur. 

"Mestilah I datang nak jumpa bakal mertua I." Bidasnya dengan sinis. 
Kak Fira hanya tersenyum tawar sahaja saat ini. Kemudian cepat-cepat dia bersuara. 
"Owh..tapi Datin Mahani baru aje terlelap. Mungkin sebab ubat agaknya." Ucap Kak Fira dengan lembut dan sopan. Gadis ini terus mendengus kasar. Seakan-akan meluat pula dengan kata-kata Kak Fira itu. 
"No worries. I datang nak ziarah dia aje..bukan nak kacau dia tidur. I miss her." Ucapnya dengan nada menyindir. Eii berasap rasa kepala aku. Tangan Maya aku lihat sudah mula mengelus lembut rambut Datin Mahani.
"Okay.." 
Akhirnya hanya itu yang keluar dari mulut Kak Fira. Aku tahu Kak Fira serba-salah. Dapat dilihat ada riak kurang senang di wajah jururawat muda itu namun tidak ada apa yang dapat dilakukannya. Lainlah kalau Tuan Aidid yang keluarkan arahan untuk menghalang pelawat dari melawat pada waktu-waktu begini. Bukan apa, Datin Mahani memang akan melelapkan mata setiap kali makan ubat. 
Pendek kata, ini memang masa dia merehatkan diri. Kak Fira sendiri beritahu aku supaya jangan mengganggu Datin Mahani di masa-masa begini.
Tajam mata Maya yang bersolek nipis itu merenung ke mari ke arah aku dan Kak Fira bergilir-gilir. 
Apa masalahnya pula ni?
"Apa tunggu lagi? As usual, bila you all keluar nanti tolong tutup pintu ya!" Halaunya dengan sedikit kasar. Terkedu aku jadinya. Wajah cantik, penampilan dah vouge de vass dah, tapi mulut hansuang! 
"Baik Cik Maya." Kak Fira akur.
Kemudian, dia terus menarik lembut lenganku untuk pergi dari sini. Entah kenapa, aku rasa berat hati sangat untuk meninggalkan Maya dengan Datin Mahani. Tertoleh-toleh ke belakang jadinya aku saat ini. Sebaik sahaja Kak Fira menutup pintu, aku terus bersuara dengan tidak puas hati.
"Kak Fira! Kenapa pula kita kena keluar?" Soalku sambil bercekak pinggang. 
Kak Fira melepaskan keluhan berat. Kemudian dia membetulkan tudung sedikit sebelum menjawab soalanku tadi.
"Dia nakkan privacy. Maklumlah, dia kan BFF merangkap bakal menantu Datin Mahani." Ujarnya.
"Owh.." Hanya itu mampu keluar dari mulutku.
Memang diakui oleh semua orang yang Maya itu adalah pilihan Datin Mahani untuk Tuan Aidid. Bukan macam aku. Sedih pula rasa hati. Kusut memikirkan hala tuju hubungan aku dan Tuan Aidid. 
"Sebelum Datin Mahani sakit pun memang mereka selalu bertemu. Melekat macam belangkas." Ujar Kak Fira. Aku mengerutkan dahi untuk seketika. 
"Kak Fira, bila kemalangan itu berlaku?" Soalku dengan penuh minat. 
"Sekitar 3 bulan yang lalu." Jawab Kak Fira.
"Owh.."Aku menganggukkan kepala dengan blur.
Cepat-cepat aku bersuara lagi.
"Tapi, Kak Fira cakap dah bekerja di sini sebelum keluarga Tuan Aidid menetap di Shah Alam lagi." Aku bersandar pada dinding bersama kerutan di wajah.
"Ye betul. Sebelum itu Kak Fira merupakan jururawat peribadi kepada kakak Tuan Aidid, Airis yang mempunyai masalah serius ketika mengandung. Terbaring atas katil aje. Sampai tak boleh bergerak langsung. Kak Fira jaga dari Cik Airis mengandung sampailah bersalin. Kemudian, jaga anaknya, Faiq pulak sebelum mereka berpindah ke Amsterdam." 
"Owh..adik perempuan Tuan Aidid pula ada di mana?"
"Arissa? Rissa ada di UIA. Jurusan perubatan."
"Owh wow.." Teruja pula aku dengar tentang adik ipar aku tu. Kalau diperhatikan kekacakan abang-abangnya, mesti Rissa ni cantik orangnya. 
"Rissa tu anak angkat je. Tapi, Dato' dan Datin sayangkan dia tanpa berbelah bagi." Cerita Kak Fira lagi sambil memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar.
"Owh.." 
Baru nak tanya lebih lanjut lagi tentang keluarga Tuan Aidid, Kak Fira terus mengerutkan wajah ke mari.
"Kak Fira ke toilet kejap." Ucapnya dengan kalut. Pantas aku anggukkan kepala.
"Okay."
Mundar-mundir jadinya aku kat depan bilik ini. Anak mata melekat juga di bilik Tuan Aidid kat depan sana tu namun kemudian cepat-cepat pandangan aku alihkan ke tempat lain gara-gara debaran halus yang mula memenuhi dada. Wajah lelaki itu terbayang di fikiran namun cepat-cepat aku usir saat ini. Ah bosannya duduk kat luar ni! Tangan kanan menepuk dahi. 
"Alaa..tertinggal telefon pula kat dalam tu." Gumamku sedikit tertekan.
Agak-agak Maya marah tak kalau aku masuk sekejap? Blouse di tubuh aku betulkan dan kemudian aku melekapkan telinga pada pintu bilik. Terus berkerut wajahku? 
Kenapa kedengaran seperti suara orang sedang menangis?
 Eh aku tak salah dengar kan? 
Telinga aku lekap betul-betul pada dinding pintu. Betullah sayup-sayup kedengaran suara Datin Mahani menjerit dan menangis! Cemas jadinya aku saat ini. Kak Fira pula dah ke bilik solat. Apa aku nak buat ni? Kedua-dua belah tangan aku gosokkan dengan cemas sesama sendiri.
Mahu tak mahu, aku terus juga ambil langkah drastik. Kelam-kabut aku memulas tombol pada pintu.
Nyata Datin Mahani sedang menggelengkan wajahnya ke kiri dan ke kanan sambil menangis saat ini. Terus aku meluru ke arah katil. Maya yang sedang membelakangi aku terus menoleh ke mari. Ada riak terkejut di wajah gadis berskirt hitam itu. Dia terus menerpa ke arahku. 
"Ya Allah, datin...kenapa ni?" Keluhku dengan sangat cemas. Aku terus mengelus rambutnya dengan lembut bersama rasa risau yang menggunung. 
"Mana Fira? Datin Mahani tiba-tiba aje jadi macam ni.." Dia bersuara dengan sangat-sangat cemas ketika ini. Berkaca anak matanya.
"Kak ke tandas. Sekejap lagi dia datang." Beritahuku.
Datin Mahani masih lagi begini.Kepalanya digeleng bersama mata yang menjegil cemas sambil menangis-nangis. Nampak seperti sangat terkesan dengan apa yang sedang terjadi pada Datin Mahani. Aku pula terus memeluk Datin Mahani. Tangan aku mengusap kepalanya.
"Datin..shhh..jangan sedih..saya ada. Saya ada kat sini. Kenapa ni?" Pujukku dengan lembut. Tidak lagi dia tergeleng-geleng seperti tadi.
"Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.." Bisikku di telinganya. 
Nyata setelah mengulang zikir-zikir itu, keadaannya bertambah tenang. Terus aku menyeka air jernih di wajahnya. Dapat aku lihat dengan hujung mataku Maya sedang menjeling tajam ke mari sambil berpeluk tubuh. Hai! Takkan peluk bakal mak mertua pun kau cemburu. Kalau dia tahu Tuan Aidid terpeluk aku, apa agaknya reaksinya?!
"Macam mana dia boleh jadi macam ni, Cik Maya?"
Lamunanku terhenti seketika. Terus aku mengangkat wajah ke arah Kak Fira yang sedang menerpa ke mari. Maya Nisreen terus bercekak pinggang ke arah Kak Fira. Jari telunjuk ditudingkan ke arah gadis itu.
"You tuduh I? You tuduh I sebabkan datin menangis ke??" Soalnya macam gangster!
Terkedu aku jadinya.
Pantas Kak Fira menggelengkan kepala. Kesian..nampak cuak jadinya dia. Bibir aku ketap geram saat ini melihat lagak si Maya. 
"Tak..saya cuma tanya. Itu kan soalan..bagaimana datin boleh menangis?" Soalnya dengan lembut dan prihatin. Terus Maya membalas kata-katanya itu. 
"Manalah I tahu! I don't know. I cuma cakap yang Aidid mahu menangguhkan pernikahan kami. Kemudian, datin terus menangis. I think dia sedih dengan anak dia. Dia mahu kami bernikah secepat mungkin.." Suaranya bertukar gedik pula saat ini. Dia mengerling ke arah Datin Mahani. 
"Am I right Datin Mahani?" Soalnya dengan manja. 
Datin Mahani hanya mampu merenung sahaja ke arahnya bersama air mata yang berlinangan. Beg tangan dicapai dan dia terus bersuara. 
"Okay lah..I nak balik dulu. Nanti I datang lagi." 
Kemudian, jari telunjuk ditudingkan bergilir-gilir ke arah aku dan Kak Fira.
"You all better jaga my future mom in law betul-betul ya! Kalau tak, siap you all!" Ugutnya dengan garang. Sempat dia menjeling tajam sebelum tersenyum manis ke arah Datin Mahani. Lengan kiri datin dilurutnya sedikit namun Datin Mahani terus terketar-ketar menarik tangannya. 
"Bye..mama.." 
Gadis itu melambai dua saat dan terus menonong keluar dengan penuh gaya bagai model sedang buat catwalk. Aku pula mengekori langkahnya dan kemudian, setelah dia keluar aku menutup pintu dengan rapat.
Aku lihat Kak Fira sedang memujuk Datin Mahani yang masih kelihatan terganggu.
"Datin..kenapa ni? Shhh..semuanya okay.." Pujuk Kak Fira. Setelah beberapa ketika, Datin Mahani terlelap dalam air mata yang masih bersisa.
Aku mengeluh berat sambil melangkah ke arah sofa ketika ini. Kak Fira juga mengekori langkahku.
"Tia..apa dah jadi?" Soal Kak Fira sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahku.
Aku menarik nafas dalam-dalam. 
"Saya nak ambil telefon bimbit tadi. Dalam berkira-kira nak masuk ke tak, saya lekapkan telinga kat pintu sekejap. Tiba-tiba aje dengar suara datin menangis dan meraung!" 
"Tapi, Kak Fira pun dengar sendiri kan kata-kata si Maya. Datin sedih sebab Cik Maya beritahu dia yang Tuan Aidid nak tangguhkan pernikahan dengan dia.."
Entahlah aku betul-betul rasa gelisah saat ini. Sebab itulah aku menjarakkan hubungan aku dengan Tuan Aidid? Sebab aku kurang yakin dengan hubungan kami. Aku tak tahu sejauh mana pernikahan ini mampu bertahan.
"Hmm..betullah tu. Bakal menantu pilihan. Datin Mahani memang sayangkan si Maya tu.." Luah Kak Fira bersama wajah yang simpati. 
Aku hanya mampu mendiamkan diri dan menahan rasa sahaja tika ini. Terbayang album gambar yang aku lihat tadi pagi di bilik Tuan Aidid. Sekiranya Tuan Aidid tidak sukakan Maya dan sekiranya dia tidak ada langsung perasaan buat Maya, kenapa masih disimpan album itu? Di dalam laci sebelah katil pulak tu. 
Haruskah aku terus membeku begini dalam hubungan kami atau berusaha untuk cuba buat Tuan Aidid menerima aku? Tapi, dia sepertinya akan bernikah dengan Maya. Bagaimana dengan aku nanti? Bagaimana jika aku memberikan seluruh jiwaku dan dia memilih Maya nanti? Tidakkah hati aku akan lebih terluka? Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Tersentak aku jadinya apabila Kak Fira bersuara.
"Erm, Kak Fira baru perasan, setiap kali Maya bertemu dia mesti akan menangis. Rindu sangat agaknya dia dengan Maya tu..sepatutnya, Maya tak perlu datang selalu. Biar Datin Mahani sembuh dulu." 
Luah Kak Fira yang sudah mula memfokuskan perhatiannya pada komputer riba di atas meja. Tersentak jadinya aku. Datin Mahani menangis setiap kali Maya melawat? Tangan kanan menopang dagu dengan satu persoalan dalam kepala. 
Betulkah kata Maya yang Datin Mahani terlalu sedih Tuan Aidid mahu tangguhkan pernikahan mereka? Maksudnya cepat atau lambat Tuan Aidid akan menjadi miliknya. Jika itu terjadi, aku akan dengan rela hati mengundurkan diri dari hidup lelaki itu.
***
Jam di tangan aku kerling sekilas. Hah! Lima minit lagi dah pukul 8 malam. Nasib baiklah aku tak lewat sampai ke sini. Lepas aje solat maghrib tadi terus aku menerpa ke mari. Lapar juga rasa perut tetapi aku tahankan aje. Rasa menyesal pula tak isi perut petang tadi. Rungsingnya hati saat aku memasuki rumah. Nasib baiklah Abang Lan dengan baik hatinya berikan aku kunci pagi tadi. Nak harapkan Kak Mun? Hmm..lammbat lagi!
Nasib baiklah lampu di bahagian dalam rumah semuanya terang- berderang. Kenapa Didi tak beritahu aku tentang shift malam ya? Hmm..kan bilik tu dah dikemas pagi tadi? Apa lagi yang perlu dilakukan? Baru sahaja hendak menaiki lif ke tingkat dua, ada satu suara menegur aku.
"Tia?" Terus aku menoleh ke belakang.
Ah..Yaya rupanya! Ada riak hairan di wajah gadis yang sedang mendekatiku itu.
"Yaya.." 
Dia yang kelihatan stylo dengan cropped jeans dan t-shirt putih di tubuh terus menyoal aku.
"Kau buat apa kat sini?" Soalnya sedikit hairan. 
Aku membetulkan sedikit t-shirt lengan panjang pada tubuh. 
"Shift malamlah apa lagi?" Jawabku dengan malas. Bibir aku cebikkan sedikit. 
Yaya terus ketawa kecil. 
"Jaga Datin Mahani ya? Kesian kau. Busy benar! Nasib baiklah aku dapat balik awal malam ni."
Terdiam aku jadinya. Jaga Datin Mahani? Apa yang Yaya merepek ni? Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Something is very fishy here. Takkanlah Yaya tak tahu tentang shift malam Didi selama ni? Bukan mereka kembar siam ke? 
"Yaya..nak tanya sikit." Tak berkelip wajahku merenung ke arahnya. Rasa resah sudah mula menghuni hati.
"Apa dia?" Terus dia menyoal sambil memasukkan telefon bimbit di tangannya ke dalam beg tangan.
"Didi dulu ada shift malam tak?" Soalku dengan anak mata yang sedikit mengecil. Yaya terus gelengkan kepala.
"Mana ada. Aku pun habis kerja pukul 9 selalunya. Sepatutnya, selepas hidangkan makan malam dan basuh pinggan mangkuk baru aku pulang. Tapi hari ini Tuan Aidid beri aku pelepasan. Kak Fira pula tolong hidangkan makanan untuk Datin Mahani. Jadi, dapatlah aku balik awal." 
Ceria betul suaranya tu bercerita. Dia tak tahu aku makin susah hati! 
Tuan Aidid ni sengaja nak main-main dengan aku ke ni? Tapi, entahlah kenapa aku seakan rindu pula hendak melihat wajah lelaki yang bergelar suamiku itu. Eee miang kau Tia!
"Owh..okay, okay. Aku naik dulu ya. Bye!" Pamitku dengan hati yang gelisah. 
"Okay bye!" Balasnya.
Yaya pula terus melambai tangan dan melangkah ke arah pintu utama. Bersama jantung yang sudah mula berlagu sumbang aku masuk ke dalam lif. Sampai sahaja ke ruang atas, aku terus memecut ke arah bilik Tuan Aidid. Kepala aku garu kasar. Takkan nak ketuk pulak? Nanti Kak Fira yang berada di dalam bilik Datin Mahani tu dengar. Masalah betullah! Serba-salah aku jadinya. Serba-serbi tak kena. 
Mahu tak mahu, aku pulas aje tombol pintu dan kelam-kabut masuk ke dalam bilik. Nyata lelaki yang sedang menonton televisyen itu tersentak seketika melihat kelibatku di sini. Hanya seluar pendek dan t-shirt putih melekat di tubuhnya. Bersama rasa gugup aku melangkah ke arah sofa.
"8:05. You're 5 minutes late!" Ucapnya tidak puas hati.
Eleh! Lambat 5 minit pun nak berkira tau cik abang ni. Aku berdiri tegak seperti seorang budak sekolah yang sedang dimarahi cikgu. 
"Saya lambat sebab bertembung dengan Yaya kat bawah tadi. Dia ingat saya datang untuk jaga Datin Mahani." Balasku dengan otak yang kusut. Kemudian aku merenung ke arahnya dalam-dalam.
"Macam mana ni? Yaya dah tahu saya ada di sini. Saya takutlah kalau dia tahu saya datang jumpa Tuan Aidid..I'm scared if they know the truth.." Aku mengadu dengan suara yang perlahan tetapi sangat cemas.
Lelaki itu hanya merenung sahaja ke arahku. Kemudian nafas ditariknya dalam-dalam. Tangan kanan menepuk sofa empuk itu. Aku lihat matanya merenung aku dengan pandangan yang sangat prihatin saat ini.
"Come..sit here." Panggilnya lembut.
Walaupun ayat tersebut berbaur arahan tetapi nadanya seperti ingin memujuk aku. Aku pandang seketika pemilik wajah serius tetapi sangat tampan itu. Sangat mempesonakan! Bersama jantung yang berdebar aku melabuhkan punggung di sisinya. 
Boleh pula dia mendekatkan dirinya dengan aku. Bau wangian yang dipakainya seakan sudah sebati dengan rongga hidungku. Mempesonakan! Tia..dah dua kali kau sebut perkataan mempesonakan tu. Be careful! Jangan main dengan api! Aku mengingatkan diri. 
Terus aku larikan anak mata ke arah lain.
"Tia..as long as you're here with me, nobody can hurt you. Trust me.." Janjinya dengan
bersungguh-sungguh. 
Dapat aku lihat matanya yang berhantu itu sudah mula menjalar ke serata daerah wajahku. Gementar terus aku jadinya. Janganlah lembut-lembut sangat Tuan Aidid..iceberg kat Antartika pun boleh cair macam ni. 
"Tak panas ke bertudung dalam bilik?" Soalnya. Anak matanya masih berada di wajahku. 
Mulalah aku makin gugup. Perlahan tangan membuka tudung yang aku pakai. Lelaki ini hanya tenang-tenang aje menonton televisyen. Tubuh aku pusing sikit supaya dapat menghadapnya dengan jelas. Ikatan pada rambut aku betulkan.
"Tuan Aidid! Saya dapat tahu yang Didi takde pun buat shift malam dulu? Jadi kenapa saya kena bekerja shift malam?" Soalku dengan sangat serius.
Pandangannya yang berada pada segmen berita di televisyen kini terpaku kemas di wajahku. Wajah didekatkan ke mari dengan tiba-tiba membuatkan aku menyandarkan tubuh pada dinding sofa.
"You really wanna know the answer?" Soalnya sambil menjungkitkan sebelah kening ke atas. 
Pantas aku anggukkan kepala.
"Yes." Jawabku.
"Didi is not my wife. Buat apa dia perlu ke sini untuk shift malam?" Soalnya bersama senyuman senget di wajah. 
Sabar jantung...jangan luruh pulak. Apabila dia tersenyum begitu, debaran semakin meningkat pula di dalam dada. Tubuh aku injakkan sedikit menjauhinya.
"Err..so, apa yang saya kena buat di sini ya?" Soalku bagai orang bodoh. Dia aku lihat melarikan pandangan ke skrin televisyen semula.
"Temankan aku." Pintanya.
"What?" Soalku gara-gara terkejut. Anak matanya menikam tepat mataku. Pandangannya tajam tetapi sangat redup.
"You heard me, Tia.." Wajahku direnung dalam-dalam.
Kelu terus terasa lidah. Temankan dia?? Teman macam mana tu? Sabar, Tia..sabar! Mulalah rasa janggal dan kekok menguasai suasana.
"Alright..." 
Perlahan aku berkata dengan tenang padahal sudah ribut taufan dalam dada ni. Gara-gara rasa gugup, pandangan aku larikan ke arah jemari di atas riba. Pura-pura merenung ke arah cincin nikah di jari manis. 
Namun, aku tahu anak matanya masih berada padaku. Tipulah kalau aku tidak perasankan tenungan asyik lelaki itu di wajahku. Berlagak tenang padahal separuh mati aku menahan pelbagai rasa dalam dada. Untuk seketika aku hanya membiarkan sahaja.
"Dah makan?" Soalnya lelaki ini kemudiannya. 
Aku terus angkat wajah. Perlahan kepala aku gelengkan. 
"Let's eat first." Ujarnya yang terus berdiri. 
Aku mulalah diasak rasa pelik. Nak ke mana pulak ni? Takkan nak makan kat kedai makan? Kalau sesiapa nampak aku makan bersama Tuan Aidid macam mana? Baru sahaja hendak mengekori langah lelaki itu, telefon bimbit aku berbunyi nyaring. Terus aku mengeluarkannya dari dalam poket. Anak mata kufokuskan pada skrin telefon bimbit. 
"Abang Lan!" Gumamku dengan perlahan dan kemudian jariku terus meluncur di atas skrin.
"Assalamualaikum Abang Lan.." Ucapku.
Tuan Aidid juga sudah berhenti melangkah. Serius wajahnya merenung ke mari. 
"Waalaikumussalam. Tia nak ikut Abang Lan dan Yaya makan malam tak?" Soalannya membuatkan aku merenung ke arah Tuan Aidid. 
"Err..dinner? Pukul berapa ya?" Soalku sekadar berbahasa basi. 
Bukankah aku nak makan dengan Tuan Aidid sekarang? Tak mungkinlah aku akan makan malam dua kali pulak. Perut aku ni bukan sebesar tong beras.
"Pukul 8: 45 jumpa di pondok jaga." Bicara Abang Lan di hujung talian.
"Owh 8: 45?" Soalku semula. 
Di dalam kepala sedang menyusun ayat untuk menolak. Tanpa aku duga Tuan Aidid menggelengkan kepalanya ke mari bersama renungan yang lain macam. Kenapa ada riak yang sangat berharap di wajahnya itu. Seakan-akan tidak mahu membenarkan aku pergi. Debaran halus sudah mengasak dada. 
"Hello Tia?" Suara Abang Lan membuatkan aku tersentak. Terus aku larikan mata ke arah lain. 
"Ermmm..Abang Lan. Tia busy malam ni. Nantilah kita dinner sama-sama ya. Kirim salam Yaya." Ujarku dengan tenang untuk menyembunyikan ribut dalam hati.
"Ada yaya beritahu abang yang Tia kerja shift malam." Ujarnya. Adoi! 
"Err sebenarnya, Tia silap. Tia tak perlu bekerja pun malam ni. Cuma Tia busy sikit sekarang." Aku mulalah mereka cerita. Ye lah, mana tahu dia tanya tentang aku pada Kak Fira nanti? Tak ke kantoi?
"Oh..takpelah kalau macam tu. Assalamualaikum." Ucapnya di hujung talian. 
"Waalaikumussalam." Cepat-cepat aku menjawab.
Fuh..aku menghembuskan nafas lega. Anak mata berada pada wajah Tuan Aidid saat ini. Dia terus menyambung langkah menuju ke arah balkoni. Aku pula mengejar langkahnya. 
"Sit." Kerusi ditarik untuk aku. 
Memang tersentaklah aku jadinya. Bila dia prihatin macam ni aku pula yang gementar. Punggung aku labuhkan berhadapan dengannya. Perlahan aku mengikut jejak langkahnya yang membawa aku ke ruang balkoni yang diterangi lampu bercahaya kuning. 
Nasib baiklah balkoni ini mempunyai dinding kaca yang agak tinggi. Terdiam aku melihat bungkusan makanan di atas meja. Terharu dan tak percaya dia belikan makanan untuk aku.
"Makan spaghetti?" Soalnya.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Entahlah gugup sampai tak terkeluar perkataan dari mulut. Lincah tangannya membuka bekas-bekas makanan saat ini. Bekas salad dan bekas sup cendawan bersama roti letakkan di hadapanku. 
"Eat your salad and soup first." Ujarnya. 
Kemudian dia mencapai sudu dan garfu pula dan diletakkan dalam bekas makananku. 
"Thank you." Ucapku. 
Terkedu aku jadinya apabila dia menyelitkan beberapa helai rambutku yang terlepas dari ikatan ke sebelah telinga. Mulalah aku jadi tak keruan. 
"No problem, wifey." Ujarnya yang mengenyitkan sebelah matanya ke mari. Berbahang jadinya wajah aku. Sumpah aku semakin kekok walaupun tidak dapat aku nafikan hati aku dah berbunga saat ini. 
Cara dia layan aku sebijik macam aku ni budak yang manja. Tapi, entah kenapa aku suka pula bila dia melayan aku begitu. Tersentuh pula hati ni. Qashah tak pernah layan aku begini. 
Ya, aku sedar yang aku baru mengenalinya tetapi kenapa perasaan indah ini sukar untuk ditepis? Mungkin untuk malam ini aku harus lupakan seketika tentang Maya Nisreen? Mungkin untuk malam ni aku perlu membuka hati untuk mengenali Tuan Aidid Aqashah dengan lebih dekat lagi? Mungkin untuk malam ini, hanya untuk malam ini aku hanya perlu menikmati sahaja perasaan indah ini..Mungkin!
***
Love notes
Assalamualaikum & hi again to all!! :D 
Soooo terubat tak rindu dekat Tia and Tuan Aidid? hahaa xD
In syaa Allah by time, akan post teasers di wattpad ni. Since July baru terbit novel ni bersempena PBAKL. Jika ada perubahan, mesti akan inform nanti yaaa :D
Sebenarnya, novel ni sepatutnya terbit bulan April semasa PBAKL. Tapi, PBAKL kan dibatalkan..jadinya, Penerbitan Kaki Novel berikan Suri pilihan. Terus terbit in April atau terbit untuk PBAKL July nanti. 
Jadinya, Suri pilih untk terbit semasa PBAKL nanti. So that Suri boleh tambah banyak babak dan tebalkan lagi novel ni seperti yang diminta oleh majoriti pembaca. Boleh ambil order sekali nanti.
Kalau terbit April, pembaca tak boleh tau order dengan Suri macam selalu..dan takkan ada novel yang bertanda tangan sebab Suri tak dapat balik Malaysia sekarang. Jadi, Suri pilih terbit PBAKL je. 
In syaa Allah, novel ni akan terbit pada PBAKL nanti..bulan July 2020. Jika ada perubahan, for sure Suri akan beritahu nanti. 
Terima kasih kepada semua yang sudi nantikan cerita ni. Tq sudi baca, sudi vote dan sudi  komen ya. Semua komen boleh diberikan di FB grup Bila suri ryana menaip. 
Doakan proses menyiapkannya dan proses penerbitannya nanti  berjalan lancar yaaa..terima kasih!
Oh ye, ada diskaun lebih utk front liner yang beli dengan Suri nanti. Thank you bekerja siang dan malam untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada di tahap terbaik. Jasamu dikenang...HUGS.