Tuesday, 15 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 20


Bab 20

Fuh!!

Aku menghembuskan nafas lega. Ingatkan ke manalah mummy hendak bawa aku pergi  pagi-pagi buta ni. Rupa-rupanya  nak ajak sarapan. Suspense betullah! Aku terus menjeling ke arah mummy yang sedang memandu. Wanita yang memakai cermin mata hitam ini memang cantik dan elegan orangnya. Cuma apabila dia naik angin tadi, kecut juga perutku. Aku menopang tangan pada dagu. Baru aku perasan, wajah Adrian ada iras wajah mummy sikit. 

Kata orang, kalau anak lelaki ikut wajah ibunya, sejuk. Sejuk kat mana tu, tak pulak aku tahu. Yang aku sedia maklum, ada sahaja perangainya yang memanaskan hatiku. Kalau duduk dalam ruang yang berhawa dingin pun belum tentu boleh sejuk! 

Aku mengalihkan pandangan ke arah jalan raya yang penuh sesak di hadapanku. Eeee geram sungguh apabila teringatkan telatah lelaki itu pagi tadi. Memang dia sengaja nak bikin hati aku panas! Ah malas betul hendak fikir tentang dia. Rosakkan mood aku je.

Nafas kutarik sedalam-dalamnya. Kemudian, sekali lagi mataku mendarat pada wajah mummy. Sesuai tak sekiranya aku tanyakan soalan itu sekarang? Soalan yang mengganggu fikiranku hampir setiap hari. Tiba-tiba sahaja mummy menoleh ke arahku. Macam tahu-tahu pulak aku ingin bertanya sesuatu. Segaris senyuman manis terukir di bibirnya. Aku pula terus tersenyum sumbing.

“Anything Fi?” 

Soal mummy yang kemudiannya memfokuskan kembali pandangan ke arah jalan raya di hadapan.

“Err..mummy..Fina ada soalan nak tanya mummy sebenarnya ni..” Walaupun sedikit gugup, aku bersuara juga akhirnya.

Kalau nak tunggu masa yang sesuai, agaknya sampai bila-bila pun aku tidak akan dapat jawapannya. Baik aku tanya sekarang.

“Yes..apa dia sayang?” Soal mummy dengan lembut.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. Tanganku memintal bahagian hujung tudung saat ini. Gugup pulak.

“Erm..mummy, mummy tahu tak bagaimana Fina boleh kahwin dengan Adrian?” Akhirnya, keluar juga soalan itu dari mulutku. Lega rasa hati saat ini. Mummy kelihatan tersentak seketika. Berkerut sedikit dahinya itu. Alamak, salah timing ke ni? Aku menundukkan wajah.

“Oh..tentang tu..”  Akhirnya bersama sebuah keluhan mummy bersuara.

“Bukan apa mummy..Fina masih tak faham bagaimana Fina boleh berkahwin dengan Adrian.” Luahku sambil membetulkan cermin mata di  wajah. Aku menoleh  ke arah mummy dengan penuh harapan. Harapan supaya mummy dapat meleraikan segala kekusutan di benakku.

 “Fi..memang mummy yang beriya-iya mahukan Fi menjadi menantu mummy. Walaupun mummy tahu Fi tak setuju tetapi mummy tetap juga hantar rombongan meminang. Terkejut juga mummy apabila mama dan papa Fi beritahu keputusannya. Allah sahaja yang tahu bagaimana gembiranya mummy apabila dapat tahu yang Fi setuju menjadi menantu mummy.” Jelas wanita itu dengan panjang lebar. Sesekali matanya memandang ke arahku. Aku hanya diam sahaja ketika ini.

“Tapi, kalau Fi tanya mummy apa yang membuatkan Fi setuju untuk berkahwin dengan Adrian, mummy tak ada jawapannya sayang..” Bersama sebuah keluhan sekali lagi mummy menjawab soalanku. Hampa terasa hatiku. Harapan untuk mendapatkan jawapan dari mummy terus hancur.

“I am sorry..hanya Fi yang ada jawapan untuk soalan Fi tu.” Sambung mummy lagi. 

Aku terus menanggalkan cermin mata. Kelopak mata kuusap-usap dengan lembut untuk seketika. Siapa lagi yang ada jawapan untuk soalanku itu selain dari diriku sendiri? Kalau nak tunggu ingatan aku pulih, entah tahun bilalah agaknya persoalan itu akan terjawab. Usapan pada mata terhenti apabila mummy bersuara kembali.

“Apa yang boleh mummy beritahu Fi, kita berdua mempunyai misi yang sama dulu. Objektif kita serupa sayang.”

Berkerut seribu terus wajahku sekarang. Cepat-cepat aku mengenakan semula cermin mata pada wajah dan kemudian menoleh ke arah mummy. Misi dan objektif apa pulak ni?

“Misi? Objektif?” Soalku dengan pelik. Mummy terus menganggukkan kepala.

“Yes..kita sama-sama nak tengok Ad berubah. Keluar dari dunia gelapnya tu.” Beritahu mummy dengan bersungguh-sungguh.

Aku terus menggaru kepala dengan sebelah tangan sambil memandang kosong ke hadapan. Kenapa pula aku perlu susahkan diri untuk membimbing lelaki itu? Atas dasar apa aku buat keputusan begitu?

“Sebab itulah Fi bersetuju dengan cadangan mummy untuk jadi P.A. Ad. Supaya Fi dapat selalu berada di sisinya. Supaya mudah Fi menjalankan misi kita.”  Mummy bersuara lagi. Aku yang sudah mula tidak mampu untuk menghadamkan ayat-ayat mummy itu  terus menggelengkan kepala.

“Fina tak fahamlah mummy…” Luahku dengan lemah. Tangan kiri mummy terus menggenggam seketika  tangan kananku. Kemudian, tangan itu kembali pada stereng kereta.

“Nanti Fi akan faham sayang..dan mummy berharap sangat Fi dapat bantu Ad untuk berubah.” Kata-kata mummy hanya menambah kerungsingan di kepalaku sahaja.

 Aku sudah tidak tahu bagaimana untuk berfikir. Terasa seperti ada beban yang berat di atas bahu saat ini. Aku? Nak bantu hantu tu? Macamlah dia nak dengar sangat cakap aku, kan?! Tidak perlu mencuba, aku sudah tahu hasilnya.

“Boleh sayang?” Soal mummy dengan penuh mengharap. Cermin mata hitam di wajahnya ditanggalkan. Apa aku nak jawab ni? Akhirnya bersama sebuah keluhan, aku bersuara.

“Fi cuba mummy..tapi Fi tak tahu akan berjaya atau  tidak sebab Adrian memang tak sukakan Fi..” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Cuba untuk buat mummy faham tentang keadaan hubungan aku dan Adrian sekarang. Lama juga mummy mendiamkan diri. Aku pula hanya membuang pandang ke sebelah kiri jalan. Betulkah keputusan yang aku buat ni? Bukan senang lelaki seperti itu hendak berubah.

 “Beginilah, Fi cuba sebaik mungkin. Mummy tak nak tengok Ad dan Fi bercerai-berai. Fi kerja dulu macam biasa. Mungkin apabila selalu berdampingan, hubungan kamu berdua akan pulih.” 

Suara mummy memecah kesunyian di dalam kereta mewah ini. Sekali lagi aku tersentak. Kerja macam biasa? Eh..mummy dah lupa ke?

 “Tapi, mummy dah bersetuju untuk carikan P.A. baru untuk Ad kan?” Soalku yang sedikit terkejut. Serta-merta mummy tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

“Yes..and that person is you!” Jawabnya dengan penuh semangat.

“Me?” Soalku yang masih tidak faham.

“Yes..Fi yang baru.” Balas mummy lagi. Aku hanya menepuk dahi saat ini. Sumpah aku tak faham! Ya ampun, nampaknya seperti ada satu lagi masalah bakal menjelang.

 “Apa maksud mummy?”

“Fi akan tahu nanti. Sekarang kita sarapan dulu.” Selamba sahaja mummy berkata begitu.

 “Kita dah sampai.” Ujar wanita itu sebaik kereta membelok ke kanan. Anak mataku membaca tulisan yang tertera pada dinding batu  di sebelah kiriku. ‘Mutiara Golf and Country Club’

“Mummy, kita datang sini nak makan ke nak main golf?” Soalku dengan pelik.
Mummy hanya tergelak kecil mendengar soalanku itu.

“Kita nak makanlah sayang. Mummy pun tak pandai main golf tapi mummy selalu datang sini untuk temankan daddy. Makanan kat café di sini sedap-sedap Fi.” Aku hanya mampu tersenyum sumbing sahaja mendengar jawapan mummy. Manalah aku tahu, aku tak pernah ke tempat-tempat begini.

“Ooooo..”

Mulutku membentuk huruf O sambil menganggukkan kepala beberapa kali. Anak mata terus kufokuskan ke arah tasik. Apa agaknya reaksi lelaki itu apabila mengetahui yang aku tetap akan menjadi P.A. nya nanti? Pasti lelaki itu akan melenting! Aku berani jamin tentang itu.

***
Melihat sahaja pada deretan kereta mewah yang berbaris di tempat letak kenderaan di sini tadi, dapatlah aku membuat kesimpulan yang tempat ini bukanlah untuk semua orang. Dalam kata lain, bukan calang-calang orang yang datang ke sini. Yuran keahliannya pun mesti mahal. Aku menghabiskan suapan terakhir nasi lemak di dalam mulut. Percaya atau tidak, sepinggan nasi lemak di sini berharga RM 15.00! Harus aku makan sampai licin. Jangan tinggal walau sebutir  nasi pun. Mahal tu! Anak mataku kini berlari memerhati kawasan café mewah ini.

Ikutkan aku, lagi seronok kalau dapat bersarapan di medan selera yang terletak di Taman Tun Sardon. Sudah tentu-tentu kat sana terdapat lebih banyak pilihan makanan, semuanya sedap-sedap belaka pulak tu. Mungkin mummy tidak sukakan persekitaran di situ. Bak kata Syaf, mummy ni agak cerewet sedikit. Pasti dia tidak selesa makan di tempat begitu. Tengok sajalah tadi. Macam-macam soalan tentang makanan di sini yang ditanya oleh ibu mertuaku ini kepada tukang masak. Sampai naik pucat wajah orang tu. Sudu, garfu dan pisau pun kulihat dilapnya berulang kali sebelum menggunakan utensil-utensil tersebut.
Gelas berisi jus oren kucapai dan aku mula menyedut dengan perlahan-lahan minuman yang berada di tangan kananku ini.

“Fi nak apa-apa lagi?” Soalan mummy kujawab dengan gelengan. Memang aku sangat kenyang sekarang. Alhamdulillah.

“Thanks mummy..Fi dah kenyang sangat dah ni.” Jawabku. Tangan kanan memegang perut saat ini.

“Betul ni?”

Aku terus menganggukkan kepala sambil tersengih sedikit.

“Betul..” Jawabku.

Mummy kulihat terus mencapai cawan kaca berwarna putih yang masih penuh dengan air coklat panas di dalamnya. Dengan penuh berhati-hati dia menghirup sedikit air tersebut. Aku pula, selepas menghabiskan segelas besar jus oren, mulalah rasa hendak buang air kecil. Tak dapat ditahan lagi dah ni. Terus sahaja aku mengangkat wajah dan memandang ke arah mummy.

“Mummy..Fi nak ke ladies kejap.” Beritahuku.

“Nak mummy temankan tak?”

Terus sahaja aku menggeleng dengan pantas.

“Ehh takpe mummy..I’ll be fine.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Mummy pula terus menoleh ke sebelah kanan.

“Okay..keluar aje dari sini, Fi terus belok ke kanan dan jalan straight. Ladies ada kat hujung sana tu.” Kepala kuanggukkan beberapa kali. Memang wanita ini melayan aku dengan baik sekali. Mungkin benar kata Syaf yang dia seorang yang cerewet, tetapi dia benar-benar sayangkanku. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan mama.

“Okay thanks mummy..” Ujarku dengan senyuman.

“No problem sayang.” Senyuman manis masih lagi menghiasi bibir wanita di hadapanku ini.
Sebaik sahaja mummy berkata begitu, aku bingkas bangun dan menapak keluar dari café ini.  Baru sahaja ingin membelok ke kanan, seseorang telah merempuhku dengan kuat.

“Ouch..”

Terus sahaja aku mengusap bahuku yang terasa sedikit sengal sambil memandang ke  arah  kaca mata hitam miliknya yang terpelanting ke atas lantai. Kaca  mata itu mendarat betul-betul di sebelah kaki kananku. Anak mata kemudian kufokuskan pada wajah masam mencuka gadis di hadapanku ini.
Biar betul?! Kelu terus mulutku saat ini. Kalau tidak silap aku, dia ni Dalia, teman wanita si playboy tu. Yang keberapa ratus? Tidak pula kutahu. Kami pernah berjumpa semasa hari pertama aku menjejakkan kaki ke Sky Beach Residences tempohari.

 “Apa pandang-pandang? Dah la sesuka hati langgar orang, buat muka tak bersalah pulak tu!” Bentaknya. 

Amboi, cantiknya bahasa. Suaranya yang bergema tadi memecah kesepian lorong yang sedikit sunyi dan tersorok ini. Belum sempat aku menjawab, dia terus menyerangku lagi.

 “Dah pakai cermin mata pun masih lagi rabun!” Nada suaranya masih lagi meninggi. Darahku mulalah menggelegak saat ini. Rupa sahaja cantik, tetapi perangai hodoh nak mampus!

“Amboi cantiknya bahasa. Rasanya, awak yang rempuh saya tadi.” Bidasku dengan geram. Wanita yang memakai skirt pendek berwarna hitam ini terus mengerutkan sedikit dahinya. Kepala pula ditelengkan sedikit ke sebelah kanan sambil memerhati wajahku dengan sangat teliti.

“Wait..kau ni P.A. King kan? ”Jari telunjuknya menunding tepat di hadapan wajahku saat ini. Aku hanya buat bodoh. Baru sahaja ingin melangkah pergi dari sini, dia terus menengkingku.

“Hey!”

Mataku terus mencerlung tajam ke arahnya. Meroyan betullah minah ni.

“Kutip glasses aku. Itu pun kalau kau tak nak hilang pekerjaan.” Sebaik sahaja dia berkata begitu, tangan kanannya dihulurkan ke arahku dengan wajah yang sangat kerek.

 Kurang asam betullah dia ni. Dia ingat aku kulinya? Malas hendak melayan karenah perempuan gila ini, aku terus melangkah setapak tetapi dengan pantas tangannya mencekak lenganku dengan kuat. Sengal terasa kawasan lengan saat ini. Nasib baik aku dapat melepaskan cengkamannya itu. Aku yang tidak sangka dia akan bertindak begitu terus memandang tajam ke arahnya. Nampaknya dia betul-betul hendak cari fasal denganku.

“Cepatlah kutip kaca mata aku tu! Terhegeh-hegeh!”  Jerkahnya dengan kuat. Kesabaranku betul-betul teruji kali ini. Aku yang geram dengan gadis bergincu merah ini terus sahaja menendang sedikit cermin mata miliknya. Merah padam kulihat wajah Dalia. Terus sahaja dia memekik macam orang gila.

 “Kurang ajar! Berani kau ye?! Kau nak aku suruh King pecat kau?” Ugutan Dalia membuatkan aku ketawa besar. Serius, akulah orang yang paling gembira sekiranya tidak perlu bekerja dengan lelaki itu.

“You know what? I don’t give a damn, seriously. Suruhlah dia pecat aku, aku pun bukannya hadap sangat nak kerja dengan dia!” Dengan sinis aku berkata begitu. Dalia kulihat terus membetulkan rambutnya dan pandangan difokuskan ke arah hadapannya.

“Siap kau!”  Bentaknya. Aku terus menoleh ke belakang. Dapat kulihat Adrian sedang melangkah dengan tenang. Tapi, apabila dia perasan kehadiranku di sini, lelaki  itu terus melajukan langkah kakinya ke mari. Nyata dia kelihatan sedikit terkejut. Anak matanya melekat di wajahku.
 Dalia pula dengan aksi gedik yang dibuat-buat kini menarik lengan Adrian.

“Sayang…”  Rengeknya.

“What’s wrong, Dalia?” Soal Adrian. Hai, makin menjadi-jadilah tahap gedik minah ni. Terus sahaja dia mengadu-domba.

“Tengoklah P.A. you ni..dahlah rempuh I, lepas tu kan sayang..’ Belum sempat dia menghabiskan ayat aku terus membuka mulut.

“Eh tak payah nak bersayang-sayang sangatlah. Kalau ini kali kedua kau keluar dengan dia, maksudnya, kau ada sekali aje lagi sebelum ditinggalkan lelaki ini. Dia takkan keluar dengan perempuan macam kau lebih dari 3 kali.”

Puas hati aku! Tidak kupedulikan langsung mata Adrian yang sedang  mencerlung tajam wajahku saat ini. Hendak tergelak aku tengok wajah Dalia yang bertukar reaksi mendengar kata-kataku tadi. Aku tahu benteng kesabaran di dadanya sudah runtuh. Pasti darahnya dah naik sampai ke otak tu! Padan muka!

“Kau ni memang kurang ajar lah!” Dia kulihat ingin melangkah ke mari tetapi dengan pantas Adrian menghalangnya.

“Sayang..let me settle this..” Dengan tenang Adrian berkata begitu. Lelaki berbaju kemeja biru gelap itu kulihat menapak ke mari. Lenganku ditariknya menjauhi Dalia sedikit.

“Heyy..macam mana kau boleh ada kat sini?” Soalnya dengan tegas di dalam keadaan berbisik.

“Kenapa kau nak tahu?” Soalannya kujawab dengan soalan juga.

“Mummy mana?”

Belum sempat aku menjawab soalannya itu, kedengaran suara gedik Dalia bergema sekali lagi.

“Sayang..I nak you pecat dia! I tak peduli..I nak you pecat dia sekarang jugak!” Gesa gadis itu. Aku yang menoleh ke arah Dalia terdiam seketika apabila ternampak kelibat mummy yang kini berada betul-betul di belakangnya.

“Ad!” Panggil mummy dengan tegas. Terus sahaja Adrian melepaskan genggamannya pada lenganku dan menoleh ke belakang.

 “Mummy..” Gumamnya.

Aku kemudiannya mengikuti jejak langkah Adrian mendekati mummy.

“Ad..what are you doing here? Kalau dah sihat, Ad sepatutnya berada di office sekarang.” Ada nada tidak puas hati pada ayat yang diucapkan mummy itu. Belum sempat Adrian membuka mulut, Dalia terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan mummy.

“Auntie..I am Dalia, teman wanita King..” Dengan nada manja yang dibuat-buat, dia berkata begitu. Mummy kulihat mengecilkan matanya sedikit dan memandang tepat wajah Dalia saat ini.

“What? Who are you again?!” Soal mummy dengan kasar.

“I am..” Belum pun sempat Dalia menjawab, Adrian terus bersuara.

“She is nobody mummy..Ad pun tak kenal dia sangat.” Dengan bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Kemudian kaca mata hitam dikenakan pada wajahnya. Tahu takut!

“King!” Jerit Dalia yang semestinya tidak berpuas hati dengan jawapan Adrian tadi.
 Geli hati pun ada jugak melihat drama mereka di hadapan mummy ini. Kemudian, Adrian kulihat mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus sahaja Iphone 5 itu dilekapkan pada telinga. Aik, bila masanya telefon tu berbunyi? Saiko ke dia ni?

 “Hello..yes yes..I’ll be there in a short while..see you!” Sebaik sahaja dia berkata begitu, dia terus menoleh ke arah mummy.

“Mummy..I have to go now. Ada masalah sikit kat office..” Tanpa menunggu jawapan dari mummy, lelaki itu terus melangkah pergi meninggalkan Dalia di sini. Memang dari tadi, Adrian nampaknya tidak sabar-sabar ingin melarikan diri.  Panjang sedepa kulihat muncung Dalia. Terus sahaja dia mengejar langkah lelaki itu.

 “King! What about me?” Jeritnya. Tapi sayang, jeritannya itu tidak mampu menahan Adrian dari terus melangkah meninggalkannya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang.

Mummy kulihat hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Kemudian, lenganku diraihnya lembut. Aku hanya mampu tersenyum tawar saat ini. Tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana.Wajah muram mummy tidak sanggup lagi untuk kupandang. Aku dapat meneka, jauh di sudut hati mummy dia sangat sedih dengan Adrian. Hanya satu sahaja soalan yang  berlegar di dalam fikiranku saat ini. Kalau mummy pun tak dapat mengubah perangai anaknya, mampukah aku untuk menggalas tugas itu?

***
Bersambung :D

51 comments:

  1. pdan muka si Dalia tu..haa,tau tkut King kat mama dia..serius pnya x sbar nak tau part Fina dah berubah nnti..nk tau apa yg King fikir...Suri terbaikkk la...

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa...cikit nyer kak...nak lagi...

    ReplyDelete
  3. KAK....WAH SUSPEN JE.... mmg best cite ni
    tiap2 ari follow je. tnggu entry baru, pastu refresh...emmm nk LAGI BOLEH TAK?? HE3

    MMG TUNGGU JE..ARAP2 CPT 2 AKAK POST PISA BAB 21 N 22 YA...


    CAYOOOKKKK KAK SURI RYANA. SUKA SGT DGN PISA NI he3....

    ReplyDelete
  4. pandai pulak king ni takot ngn mummy dia en... xsabarnye nk tunggu pnmpilan baru fina...

    ReplyDelete
  5. thnx kak suri best citer nie...hihihi

    ReplyDelete
  6. *lari ke sini jap lepas otak penat membaca nota*
    yeayyy!! dah ade PISA 20
    Amboih sis, awk mendera perasaan sy.. xpuas baca ni.. Pandai Adrian lari macam tu je yeee. Ish3.. Nampaknya Fina kena berusaha keras ni utk tawan hati Adrian. Chaiyokk Fina Chaiyokk! xsabar nak tunggu perubahan Fina. Biar terbuka sikit mata Adrian and hopefully dia akan berubah.
    Sis, I want more! I want more!

    ReplyDelete
  7. k.suri yg comell..x puas la bca..nk lg plez3
    ^__^ hehe

    ReplyDelete
  8. hahahhaha... kelakar la adrian nie.. playboy tapi takut dgn mummy... anak mummy betul... tq sury

    ReplyDelete
  9. Suspen...Tak sabar tunggu part Fina berubah...
    Fina tak yah la pakai glasses...buat laser terus

    ReplyDelete
  10. Fina yg baru...x sabarnye...

    ReplyDelete
  11. hahahahah... mmg teruk la king nie... menci tw...hahahaha

    ReplyDelete
  12. King ni takut dgn mak dia ke atau hormat...dpn mak berlakon betul.perassan je dalia...

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak tengok macam mana datin nak make over si fina ni .mesti king terkejut tengok penampilan baru fina .

    ReplyDelete
  14. haha..nk ajak brekfes rupanye...
    gediknyer Dalia tu........padan muka..

    kak Suri thanks 4 n3...klo mcm ni cepat akak update mesti x lama lg akan ada kat versi cetak...sy org pertama yg nk oder dulu..hehe..

    GOOD LUCK!!..:DD

    ReplyDelete
  15. ades bercemangat baca hari ni...
    tp sikit sangat la kak suri,xpuas rasenye...
    hehe...xsbr tgu bab sterusnya...
    yeayyyy! <3<3<3

    ReplyDelete
  16. hahaha....takut kat mummy ye si king nih.amek ko dalia. gedik sgt. bila fi nak di make over ni.

    ReplyDelete
  17. fi boleh ubah adrian tapi kena buat adrian jatuh cinta dengan fi dulu...and rasa nya fi kena ubah penampilan kot...
    hai tak sabar nak tgk mcm mana adrian boleh jatuh cinta dengan fi...n mesti terpegun sebentar adrian tgk perubahan fi...
    nak lagi..

    ReplyDelete
  18. King tererkan u blkn.Bila masa phone bunyi.Virbrate ker??Nk lagi Suri..best best

    ReplyDelete
  19. hehe ,padan muka king .

    'nazfa namia'

    ReplyDelete
  20. Hahahahhaha lawak3.....padan muka adrian!!!! Memang kena sebijik la~

    ReplyDelete
  21. ha ah mmg betul pon
    bila kawen..mak mertua is the best collateral in marriage..x caya??praktik tau.berkesan nih
    tgk la king mcm mana menggelupur bila mummy dtg..
    hehe..suri, ada gak yg guna tactic phone call ilusi..suka!
    sambung lg
    luv u, i do
    tq lots suri

    ReplyDelete
  22. Padan muka King n daliaa tak sedaq diri..

    ReplyDelete
  23. to be honest with you kak suri, syafyy love PISA so much!! (>.<) sampaikan nk scroll mouse pun buat lambat2 sebab takut sangat habis..haha kelaka kan syafyy ni..almaklumla, bila dh habis excited & curiosity syafyy akan membuak2 nk tahu next entri from you sis..but whatever it is i loves all your writing kak suri ryana..mmmuuaaahh!!

    ReplyDelete
  24. hamboi...memang kuat berlakon btul si adrian ni...tetiba hp bunyi plak..

    ReplyDelete
  25. hahahaha... serius lawak!! mmg best a!! kalau dijadikan novel, kompom kena beli! thumbs up kak suri!! harap2 jgn stop lagi cte ni sblum fina berbaik dgn king. harapp sgttt.. heee..

    ReplyDelete
  26. btw, suka ayat ni , "Kata orang, kalau anak lelaki ikut wajah ibunya, sejuk. Sejuk kat mana tu, tak pulak aku tahu. Yang aku sedia maklum, ada sahaja perangainya yang memanaskan hatiku. Kalau duduk dalam ruang yang berhawa dingin pun belum tentu boleh sejuk! " huhu. XD

    ReplyDelete
  27. wow....best giler...so sweet romantic comedy...every second make me feel to smile when i read it hihihihi all the best sury! i want more...nexttttttt ( rosliza razali)

    ReplyDelete
  28. Hahaha..padan muka adrian aka king of crocodile tu..good story suri...k ju

    ReplyDelete
  29. kak suri nak lagi..huhu
    best gila.padan muka king jpa mummy,lari terus..penakut gila

    ReplyDelete
  30. Xsbr nk tgg entry yg baru.. Best!!

    ReplyDelete
  31. Areen Ezrien ; in syaa Allah, part tu akan ada di bab2 seterusnya ;D nanti suri post bab 21 okay? ;D

    Ana Isna : dear, akak post bab demi bab yang dah siap ni..hehehe..ada bab yang lebih panjang..ada yang pendek sikit :D sorry tau..rasanya bab 21 panjang dr yang ini :D thank u so much sudi baca dan komen ye Isna..;D

    Princess White ; thanks sudi follow PISA ;D in syaa Allah, PISA 21 pasti aka nada nanti ;D

    Wild Cherry, Teeya, Black Roses, Diaryz, Nur Shaiidah Syaripuddin, mila, mieza, Saadiah Abdul Satar, Anonymous, Einaz Lyna, Anonymous 2, Anonymous 3, Anonymous 4, Anonymous 5, Nazfa Namia ; Terima kasih sangat2 sebab sudi mengikuti PISA sehinggalah ke bab 20 ini..;D really appreciate that! Nanti Suri pasti akan post bab 21. Malam ni atau selewat2nya esok ;D

    Si yellow ; hehe..in syaa Allah, akak akan cepat2 kan ;D kemungkinan besar akan keluar april nanti ;D apa2 update tentang PISA akan akan maklumkan nanti okay ;D

    Niyaz Arumi ; sikit ye..hehee sorry tau..akak update bab demi bab..ade bab yang pendek sikit dan ade bab yang panjang ;D nantikan bab 21 ye..tq so much sudi baca ;D


    ReplyDelete
  32. Nursyafika ; hahaha! Padan muka kan? ;D haha nanti akak post bab 21 ye..;D
    Sal ; yes yes..i trust in that too ;D haha..tq so much for loving me hhehehe ;D loe u toooo!! ;D

    Didie Redwan, Aisyah, Niza, Bica Bie, Baby Mio, Kak Jue, Syafira, Haryati Nor, ; tq so much sebab sudi baca dan komen ;D in syaa Allah, nanti sudi post bab 21 ;D

    Syafyy ; thank u soooo much for your honest opinion haha..glad you love PISA ;D in syaa Allah, nanti akak post bab 21..hehe sengih je baca part Syafyy scroll down lambat2 sebab takut habis hehehe..in syaa Allah, nanti akak post bab 21 ;D

    Kusyi ; in syaa Allah, kemungkinan besar akan trbit april nanti..;D hahah..tp memang selalu dengar kan..suri pun x faham apa yang sejuk/panasnya..hehe..tak pasti betul ke tak ;D nanti suri post bab 21 ye ;D tq so much Kusyi!!

    Rosliza Razali ; glad PISA has made you smile! ;D in syaa Allah, novel bergenre romantic comedy ini akan terbit april nanti..kalau da confrm pasti akan war2kan ;D tq so much sudi mengikuti PISA ;D

    To all, thank u sooooo much sebab sudi mengikuti PISA sehinggalah ke bab 20..in syaa Allah, tak lama lagi suri akan post bab 21 kat blog ni :D nantikan ye <3 Much love to all!!








    ReplyDelete
  33. X sabar nak tunggu APRIL nak beli terus x best sgt2 cepatlah sambung yer...

    ReplyDelete
  34. wahahahaha lawaknya dalia .. padan muka... lawak gak si king nak lepas diri tetiba psyko jawab call tak de panggilan hahahahahahha lawak2 nak lagi :) best sgt3333 !!!! ~~~~eida arie~~~~~ (fb)

    ReplyDelete
  35. hahaha sengaja jea King ni :p

    ReplyDelete
  36. x sbr tgu APRIL beli terus lagi best

    ReplyDelete
  37. kuanggg ajaqqqqq... (baca versi rita rudiani)....betul tu si dalia tu...panas baran....
    tapi si king tu lagi sorang...ada ke layan pempuan camgitu...nak ngelak sampai jatuhkn air muka dalia..huhuhu ksian pulak....

    ReplyDelete
  38. Haha. Nampak sangat Adrian lari dari mummy dia. Pengecut. Nak lagi. Jia yo!

    ReplyDelete
  39. im new here and this is awesome! :D
    i read from 1 to 20 in a day! cant wait for the next episode of PISA.

    ReplyDelete
  40. assalam,

    luv yr story very much....cant wait for next episode...akak mmg suka tulisan suri, luv maid and isteri separuh masa very much...tahniah..

    ReplyDelete
  41. just curious what will Fina do to change King?? heheheh

    ReplyDelete
  42. bestt.. tak sabar nak versi cetak lg puas ati.. lot of luv..:)

    ReplyDelete
  43. sapa nama model yang kak suri guna tue...? cumel and padan sangat...

    ReplyDelete
  44. Bila buku ni akn de di pasaran???

    ReplyDelete