**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Thursday 17 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 21


Bab 21

Aku sememangnya bukan seorang fashionista mahupun hijabista. Aku adalah Afina yang simple. Pakaian yang paling aku gemari adalah jeans dan t-shirt lengan panjang. Senang nak bergerak ke sana sini. Jadi,  memang wajiblah aku terkejut beruk apabila mummy memaksa aku mencuba gaun labuh, peplum blouse, fishtail blouse, palazzo, skirt labuh dan entah apa-apa lagi pakaian seperti tadi tu. Dengan berhati-hati aku melangkahkan kaki masuk ke dalam lif untuk ke tempat meletak kenderaan. Mata melirik ke arah beg-beg kertas yang penuh di kedua-dua belah tangan aku dan mummy.

 Puas aku membantah apabila mummy mahu membelikanku pakaian-pakaian ini. Tapi, mummy bukanlah seseorang yang mudah untuk diurus oleh budak mentah sepertiku. Awal-awal lagi aku dah angkat bendera putih. Pelbagai alasan dan hujah-hujah telah dibentangkan olehnya tentang sebab mengapa aku perlu memiliki semua pakaian ini. Katanya, sebagai seorang pembantu peribadi, aku harus bijak bergaya dan berpenampilan menarik. Ini adalah kerana seorang pembantu peribadi adalah penghubung atau jambatan syarikat dengan dunia luar. Jadi, aku akan membawa nama Kiara Emas ke mana-mana sahaja. Itu semua baru satu peratus dari hujah-hujah mummy tadi. Akhir sekali, terpaksa juga aku menurut sahaja semua kemahuan mummy.  

Dari satu butik ke butik yang lain kami jelajahi sampaikan tulang lututku rasa seperti hendak tercabut! Pendek kata satu Queensbay Mall ini telah kami pusing! Kemudian, dibelikannya pula aku beg tangan yang mahal-mahal.

 Eh hello, aku ni nak bekerja sebagai pembantu peribadi atau CEO ye? Confuse betul! Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan. Itu belum masuk bab alat kosmetik dan kasut lagi. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sekarang. Naik sengal jari jemari menjinjing beg-beg kertas di tangan. Tak tahulah berapa ribu duit mummy yang telah mengalir keluar hari ini. 

“Fi..jom.”

Aku yang sedang bersandar pada dinding lif terus berdiri tegak apabila terdengar suara mummy.

“Aaa..jom mummy..”

Kelam-kabut aku melangkah keluar dari lif. Mummy hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagatku. Ya Allah, boleh pula aku tak perasan yang pintu lif sudah pun terbuka luas tadi. Tu lah, asyik sangat melayan perasaan! Marahku kepada diri sendiri. Aku dan mummy kemudiannya berjalan beriringan menuju ke arah kereta Mercedes milik mummy. Wanita itu kulihat terus menekan punat yang terdapat pada kunci keretanya. Kemudian, tangan kanannya yang penuh dengan beg kertas itu bersusah-payah membuka pintu bahagian belakang kenderaan. Itulah, aku dah cakap jangan membeli banyak-banyak tadi tetapi mummy tak endahkan langsung nasihatku. Mummy kulihat meletakkan kesemua beg kertas di atas tempat duduk belakang. Aku juga turut melakukan perkara yang sama.

Ah..ringan terasa tanganku saat ini. Tapak tangan yang sedikit berbirat kuusap lembut. Selepas ni, rasanya setahun aku tak mahu shopping! Serik pun ada jugak. Sempat lagi aku membuat senaman tangan ketika menapak ke sebelah kiri kenderaan. Pintu kereta kubuka dengan cermat dan aku melangkah masuk ke dalam kereta.

“Fi..esok Pak Hamid akan ambil Fi kat Sky Beach Residences. Kalau nak harapkan Ad tu, takut disuruhnya Fi naik teksi pula nanti.” Ujar mummy sebaik sahaja kami masuk ke dalam kenderaan. Aku hanya mendiamkan diri sejenak sambil memasang tali pinggang keledar. Nampaknya, mummy sudah dapat menduga apa yang akan terjadi esok. Kenal betul dia dengan anaknya tu. 

“Takpe mummy..kalau dia tak nak tumpangkan Fina, Fina naik teksi aje.” Ujarku yang tidak mahu menyusahkan Pak Hamid. Lagipun, aku bukan tak biasa naik teksi.

“Teksi? Bukan senang tau nak dapat teksi peak hour macam tu. Takpe, biar Pak Hamid aje ambil dan hantar Fi ke pejabat esok. Maklumlah, daddy kan masih di Japan. Jadi, Pak Hamid memang free sangat sekarang. Okay tak?” Wanita yang sedang menanti jawapan dariku itu  kemudiannya mengidupkan enjin kereta. Ada benarnya juga kata mummy tu. Lagipun, aku sendiri tidak pasti di mana letaknya Kiara Emas. Memanglah ada mummy berikan alamatnya tetapi esok adalah pertama kali aku akan ke sana. Akhirnya setelah berfikir seketika, aku pun membuat keputusan.

“Hmm..okaylah kalau macam tu. Fina ikut aje mummy.” Ujarku. Bibir menguntumkan senyuman pada wanita itu.

“Jadi, esok Fina tunggu aje kat lobi, pukul 8 am.” Aku terus menganggukkan kepala. Ikutkan hati, mahu sahaja aku merayu kepada mummy agar carikan orang lain untuk gantikan tempat aku sebagai P.A kepada lelaki itu tetapi aku tidak berdaya.

“Macam tu la anak mummy!” Tangan kirinya mendarat seketika di atas tangan kananku.

“Kita makan dulu, lepas tu mummy hantar Fina pulang ye?” Bibirku tersengih lebar mendengar kata-kata mummy itu. Mummy ni macam tahu-tahu sahaja perutku dah mula berkeroncong hebat.

“Okay..Fina pun dah lapar sangat ni.”
Tapi, tiba-tiba sahaja dahinya berkerut.

“Sebelum tu, Fi beritahu Ad dulu okay? Tadi mummy beritahu dia nak hantar Fi balik pukul 5 petang..sekarang dah pukul 8 malam. Takut Ad risau pulak” Lambat-lambat mummy berkata begitu. Kelu seketika mulutku. Nak beritahu lelaki itu? Dia bukannya kisah pun!

‘Tapi, Fina..dia kan suami kau. Keluar dengan mummy ni pun, ada kau minta izin dengan dia?’  Tiba-tiba pula hatiku menyoal.
 Teringat kata-kata Kak Faz suatu ketika dulu yang Rasulluah SAW pernah bersabda, apabila seseorang isteri keluar rumah tanpa izin suami, dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan apa sahaja yang dilaluinya di bumi , selain daripada jin dan manusia sehinggalah dia kembali semula ke rumah suaminya.
Astaghfirullahalazim!

Niat di hati ingin menghantarkan  mesej sistem pesanan ringkas kepada lelaki itu tetapi hasrat tersebut terpaksa kukuburkan. Macam mana nak sms kalau nombor telefon bimbit suami sendiri pun aku tak ada? 

“Fi..mummy tahu Ad bukanlah suami yang baik untuk Fi. But, he is still your husband..” Mungkin kerana aku tidak memberikan sebarang reaksi tadi, mummy bersuara lagi. Aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja saat ini. Takkan nak pinjam telefon mummy kut?

“Okay mummy...” Anggukku lemah. Mummy pula macam tahu-tahu sahaja apa yang sedang berlegar di dalam fikiranku. Terus sahaja dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Selepas beberapa saat menekan keypad, telefon bimbit itu dilekapkan pada telinga.

“Hello Ad..mummy here.”
Suara mummy memecah kesunyian di dalam kereta ini.
“Hold on for a second..”
Aku menarik nafas dalam-dalam apabila mummy menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. Dengan  hati yang masih berbelah bagi aku menyambutnya.

“Assalamualaikum..” Ucapku sebaik sahaja melekapkan telefon bimbit di telinga kanan.

“Hmm..what do you want?” Soalnya acuh-tak acuh di hujung talian. Tengok tu, jawab salam pun tak! Iskk..dia ni memang sengaja nak buat aku berang. Ikutkan hati mau sahaja aku matikan talian.

“Ak..ehem..” Nasib baik tidak terkeluar perkataan ‘aku’ di hadapan mummy.

“Afina masih dengan mummy ni” Beritahuku. Tangan kiri menggaru kepala sikit.

“So?” Soal lelaki itu dengan nada yang sangat pelik. Kan aku dah agak, dia bukan kisah pun!

“Kami nak makan malam. Sekejap lagi Fina balik” Bagaikan ada batu di dalam mulut, susah payah aku meluahkan ayat itu sambil membuang pandang ke arah luar kereta. Ah, pasti dia akan ingat aku ni dah mereng. Tiba-tiba sahaja berbicara selembut itu dengannya.

“I beg your pardon? I can’t hear you. Ulang balik.” Sinis sekali lelaki itu bersuara. Isk dia ni, tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?

“Fina nak makan malam dengan mummy. Kejap lagi Fina balik.” Walaupun dah mula menyampah, aku berusaha juga untuk bersuara.

“Depan mummy boleh pula kau cakap baik-baik dengan aku.” Ada ketawa sinis di hujung ayatnya. Pedih betul telinga saat ini. Dia ni memang suka cari fasal dengan aku lah! Geram betul rasa hati. Aku menjeling ke arah mummy yang sedang memandu.

“Okay..bye. Assalamualaikum..” Ujarku denngan pantas.  Malas betul hendak melayan karenahnya. Tapi sebelum aku mematikan talian, terdengar sayup-sayup suara di hujung talian.

 “Sayang..you cakap dengan siapa tu? Bila kita nak order ni..I lapar la..”
Menyampah! Terus sahaja aku mematikan talian. Oh..tengah sibuk berdating rupanya lelaki itu. Kalau mummy tahu, mesti bertambah runsing wanita ini jadinya.

“Fina masukkan kat dalam beg tangan mummy ye telefon ni?” Mummy hanya mengangguk sahaja. Dapat kudengar keluhan berat terbit dari mulut ibu mertuaku ini. Lama juga kami mendiamkan diri sebelum mummy bersuara kembali.

“Semuanya salah mummy Fi..” Luah mummy. Muram betul wajahnya ketika ini.

“Mummy membesarkan Adrian dan abangnya dengan penuh kebaratan. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kan? Mummy gagal mendidik mereka mengikut lunas-lunas Islam. Sebab itulah Ad jadi macam tu.” Aku tahu rasa menyesal yang amat sangat menyelubungi mummy sekarang. Kasihan pula aku mendengar rintihan hati mummy. 

“Bila mummy sedar kesilapan mummy, dah terlambat untuk mummy betulkan semuanya.” Sambung mummy. Aku hanya mampu mengusap lengan kiri mummy seketika. Walaupun matanya difokuskan di hadapan jalan raya, tetapi aku dapat lihat ada air jernih sedang bertakung di dalamnya.

“Mummy, janganlah sedih ye. Mummy masih belum terlewat lagi. Kita doakan sahaja Adrian akan berubah. Pintu taubat Allah masih lagi terbuka untuk sesiapa sahaja selagi kita bernafas dan selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, mummy.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh.

“Kita doakan sahaja agar Allah memberikan hidayah kepada Adrian. Rahmat Allah itu sangat luas, mummy..” Sambungku lagi.

“Harapnya begitulah Fi..” Balas mummy.

Aku terdiam sejenak saat ini. Memang aku benci dengan lelaki itu kerana ada sahaja tingkahnya menyakitkan hati aku. Tapi, jauh di sudut hatiku aku juga mahu dia berubah. Aku juga mahu dia kembali ke jalan Allah. Diam-diam aku berdoa di dalam hati supaya Adrian diberikan hidayah oleh Allah dan dibukakan hati untuk berubah.

***

Kad yang berada di tangan kubelek lagi sambil tersenyum senang. Gembira betul hati apabila mummy memberikan kad ini kepada aku.  Aku melangkah keluar dari lif. Lepas ni, tak perlu lagi aku bergantung kepada lelaki itu untuk naik atas atau turun ke bawah. Aku dah ada kad sendiri! Kasut kutanggalkan dari kaki dan aku susun dengan kemas di atas rak. Kepala kujengukkan sedikit ke ruang tamu rumah. 
Tertanya-tanya juga sama ada lelaki itu sudah balik atau belum. Sunyi aje.

Bersama beg kertas yang penuh di tangan, aku melangkah masuk. Baru sahaja ingin menuju ke bilikku, Adrian yang memakai t-shirt berwarna biru itu muncul dari arah dapur. 

Dia hanya memandang sahaja ke arah beg-beg kertas di tanganku sambil tersenyum sinis. Aku pula terus melangkah. Malas hendak berdepan dengannya.

“M.A.C., Bobbi Brown, Laura Mercier..” Kedengaran suara lelaki itu menyebut satu persatu jenama yang terpampang pada beg- beg kertas di tanganku.

“Wow! Pandai juga perempuan nerd macam kau bodek mummy kan. I am amazed!” Sakit betul hatiku saat ini. Aku paling tidak suka dituduh mengambil kesempatan dengan kekayaan keluarganya. Terus sahaja aku menoleh ke belakang.

“Mummy yang paksa aku terima semua ni.” Tegas ayat itu kulontarkan kepadanya supaya dia faham kedudukan perkara sebenar.

“Kau tahu ke guna semua alat solek tu?” Soalnya yang ketawa mengejek. Memang tak patut aku melayan dia ni. Lagi layan lagi menjadi. Sedar yang aku sudah pun membuat silap, aku melajukan langkah menuju ke arah bilik.

“Jangan jadi macam badut sarkas, sudahlah.” Dapat kudengar lelaki itu menjerit kecil. Sengaja nak sakitkan hati aku lah tu!

“Sibuk!”

Aku terus menutup pintu dengan kasar.

Sedikit sebanyak kata-kata lelaki itu tadi menggerunkan hatiku. Aduhai, risau juga kalau aku betul-betul kelihatan seperti badut sarkas esok. Tudung kubuka dan aku melangkah ke arah katil. Fikiranku sudah mulalah  kusut dan serabut saat ini. Aku sedar, aku bukan seorang pelajar lagi. Penampilan begini memang tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat. Ada betulnya kata mummy tadi.

Tambah-tambah bekerja sebagai pembantu peribadi. Kalau tidak kelihatan cantik macam Dalia pun, sekurang-kurangnya aku perlu kelihatan meyakinkan. Bak kata mummy, P.A. adalah penghubung syarikat dengan pihak luar.

 Beg kertas berisi alat solek kutuangkan ke atas katil. Tidak mengapa Fina, tak tahu bersolek, boleh belajar. Sekarang ni, semuanya di hujung jari sahaja. Laptop yang terbaring di sebelah kiri katil kucapai dan kuhidupkan dengan pantas. Aku cuba bertenang dan tidak memikirkan tentang apa yang akan terjadi esok. Kerana jika itu berlaku, pasti aku tidak akan dapat melelapkan mata langsung malam ini. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum membuka laman web youtube.

‘Light makeup tutorial’. Itulah yang kutaip pada kotak carian. Seluruh fokusku hanya pada skrin laptop saat ini.

***

Pak Hamid sangat baik dan ramah orangnya. Walaupun aku memang tidak ingat tentangnya dan terasa bagai pertama kali kami bertemu, aku amat senang dengan lelaki yang sebaya umurnya dengan papa itu. Macam-macam yang dibualkan denganku tadi. Katanya, sebelum ini dia tak sempat untuk berkenalan dengan aku.  Banyak jugalah soalan yang ditanya kepadaku tadi. Macam temuramah untuk buat calon menantu pun ada juga. Aku hanya mampu tersengih sahaja. Sedikit sebanyak hilang rasa gementarku. Maklumlah, hari ini adalah hari pertama aku bekerja. Sudahlah tu, boss aku pula lelaki itu! Lelaki yang selalu sahaja menyakitkan hatiku. Isk, bagaimana agaknya nanti ya? Tidak mengapa Fina, janji kau cuba. Kalau tak sesuai, apa susah, berhenti aje! Nekadku di dalam hati.

Sempat juga aku bertanya kepada Pak Hamid sama ada aku nampak seperti badut sarkas atau tidak. Maklumlah, ini pertama kali aku bersolek sampai begini sekali. Kalau selalu aku malas hendak berbedak, tetapi pagi ini, bukan sahaja bedak, malah foundation, pemerah pipi, celak dan gincu kutempekkan pada wajah. Aku juga tidak memakai cermin mata hari ini dan kugantikan dengan kanta lekap. Pak Hamid terus ketawa besar apabila mendengar soalanku tadi. Senang rasa hati apabila Pak Hamid memberitahu yang aku kelihatan lain sangat tetapi tidaklah seperti badut. Ah, tak kisahlah kalau aku nampak sama ke, lain ke,  asalkan, jangan kelihatan seperti badut sarkas sahaja. Bibirku menguntumkan senyuman.

Aku kini berada betul-betul di hadapan bangunan Kiara Tower yang berdiri dengan megahnya. Kata Pak Hamid, bangunan ini adalah milik Kiara Emas. Banyak juga syarikat-syarikat yang menyewa lot perniagaan di sini. Jam di tangan kujeling sekilas. Pukul 8 : 30 pagi. Kebanyakan pejabat  di sini mula beroperasi pada pukul 9:00 pagi.

Aku membetulkan blouse satin di badan dan kemudian mataku melirik ke arah skirt pula. Memang cantik blouse dan skirt pemberian mummy ini tetapi kenapa aku masih berasa kekok? Tambah-tambah dengan kasut tumit tinggi di kaki. Nafas kutarik dengan perlahan-lahan. Tidak mahu membuang masa, aku mendaki anak tangga dengan sangat berhati-hati. Pintu kaca kutolak dan aku mula melangkah masuk ke bahagian dalam bangunan.

Sekumpulan lelaki yang segak dengan kemeja dan tali leher terdiam seketika memandang ke arahku. Aduh, jangan-jangan aku kelihatan seperti badut tak? Kenapa mereka tu tengok aku macam tak pernah tengok manusia sahaja?

Rasa tidak selesa yang sudah pun bermaharaja lela di dalam hati membuatkan aku terus sahaja melangkah dengan pantas menuju ke arah lif yang terletak di hujung sana. Ramai juga lelaki dan wanita di dalam pakaian pejabat berada di hadapan deretan lif itu. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku terlupa bawa kad yang tertulis alamat penuh pejabat!

Finaaaa! Tingkat berapa pejabat laki kau tu? Aduh..lupa pula hendak tanya Pak Hamid tadi. Mataku meliar mencari papan tanda.

Ah, dah jumpa! Laju aku melangkah menuju ke arah papan tanda besar yang melekat pada dinding itu. Rasanya terdapat senarai syarikat serta lokasinya di situ. Isk, risau betul kalau terlewat lapor diri. Pasti lelaki itu akan mengadu domba dekat mummy selepas mendapat tahu aku adalah pembantu peribadinya nanti.. Pasti dia akan mempersoalkan tentang komitmen kerja aku. Maklumlah, mencari salahku adalah salah satu kemahiran Adrian. Sebal terasa hatiku saat ini.

Entah di mana silapnya, selepas melangkah beberapa tapak dengan laju, aku betul-betul terasa seperti hilang imbangan pula. Kaki kanan yang sedikit terpelecok membuatkan aku hampir hendak terjatuh tetapi nasib baik lenganku pantas disambar seseorang. Eh, bukan seorang. Tapi, ada dua orang. Seorang memegang lengan kananku manakala seorang lagi memegang lengan kiriku. Prihatin betul manusia-manusia yang bekerja di dalam banggunan ini ye.

Aku terus mendongak ke sebelah kananku dahulu. Terus sahaja lelaki ini melepaskan pegangan tangannya pada lenganku. Lelaki yang segak berkemeja biru kulihat tersenyum manis. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, kedengaran suara yang sangat kukenali berkumandang di sini.

“It’s okay Fahmi, she is fine now..”

Aku mengerutkan dahi. Tidak berani untuk menoleh. Tangan lelaki yang memiliki suara yang sangat kukenali itu, masih menggenggam lembut lengan kiriku. Debaran di dada semakin laju saat ini.

“Okay Encik Adrian. I’ll make a move then. See you around.” Ujar lelaki bernama Fahmi itu dan terus melangkah. Adrian?! Betullah, Adrian yang berada di sebelah kiriku sekarang. Longlai sedikit terasa lututku. Nampaknya masalah sudah sampai. Bala sudah tiba! Aku terus menundukkan wajah. Kononnya tidak mahu dia cam akulah.

“Good morning Encik Adrian..” Terdengar suara seorang perempuan menegur lelaki ini.

“Good morning..” Dengan pantas Adrian menjawab.

Aduhai, kenapa dia masih lagi memegang lenganku? Memang masalah betullah dia ni.

 “Are you okay? Dari jauh tadi, I dah nampak you macam tercari-cari sesuatu.” Kata-katanya menampar gegendang telingaku. Fina, nak buat apa ni? Boleh pulak dia tidak kenal aku? Patutkah aku berasa risau, atau geli hati saat ini?

“What were you looking for? Hmm?” Soalnya dengan lembut dan sangat prihatin. Memang lelaki ini bijak menggunakan ton suaranya ketika bercakap. Cuma ton suara yang ini, baru sekarang aku berpeluang mendengarnya.

Sekiranya aku tidak mengenali dia, kemungkinan besar hatiku akan  cair sedikit hanya dengan mendengar suaranya itu. Mata kupejamkan dengan serapat-rapatnya. Resah memikirkan reaksi Adrian apabila dia mengetahui perempuan yang berdiri di hadapannya ini adalah Fina, isterinya yang paaaaling disayangi!

“I guess you are new here. Do you need any help?” Soalnya lagi.

Aku membuka mata semula. Aku tahu dia cuba mencari wajahku tetapi aku masih lagi menundukkan muka. Fina, sampai bila nak tunduk macam ni? Pasti banyak mata yang sedang memandang. Tambah-tambah apabila lelaki ini masih lagi menggenggam lenganku dengan lembut. Dia ni pun satu. Memang dasar King of Crocodile lah! Tak reti-reti lagi ke nak alihkan tangan tu? Kan aku dah boleh berdiri dengan stabil ni.
Akhir sekali, aku menarik nafas dalam-dalam dan terus mendongakkan wajah memandang ke arahnya. Lelaki itu masih lagi tersenyum manis! Killer smile itu tidak luntur-luntur lagi. Erk, dia tak perasan aku lagi ke? Ataupun dia ni dah hilang ingatan? Dah tak kenal aku?

“Er..Kiara Emas terletak kat tingkat berapa ye?” Sebaik sahaja aku berkata begitu, berubah terus wajahnya. Matanya bulat memandang ke arahku. Dengan sangat teliti, anak matanya menjelajahi wajahku.

“Afina?!” Terjerit kecil lelaki ini jadinya. 

Aku yang sudah tidak tahu apa akan terjadi lepas ini hanya mampu 
tunduk ke bawah sahaja. Ah, apa agaknya reaksi lelaki ini nanti apabila tahu yang aku akan bekerja di sini semula? Tadi rasa macam yakin nak berhadapan dengannya tapi, kenapa kini tidak lagi? Rasa seperti hendak lari balik ke rumah sekarang jugak!
Assalamualaikum semua, :)
Novel ini telah pun terbit April 2013. Untuk membaca sambungan novel ini, boleh dapatkan novel PISA di pasaran ye :) Boleh dapatkan secara online dari Kaki Novel atau kedai buku POPULAR seluruh negara kerana novel ini diterbitkan khas untuk POPULAR. :)

**Ada readers yang tak nampak ayat kat atas tu..bahagian ni..suri type semula ye so that u all boleh nampak..:)
**Teringat kata-kata Kak Faz suatu ketika dulu yang Rasulullah SAW pernah bersabda yang apabila seseorang isteri keluar rumah tanpa izin suami, dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan apa sahaja yang dilaluinya di bumi, selain daripada jin dan manusia sehinggalah dia kembali ke rumah suaminya.
Astaghfirullahalazim!**
*** 

137 comments:

  1. yessss... berjaya jugakkk..:)

    ReplyDelete
  2. k.suri..sy punya la smngat bca..tup tup..bersambunggg... wuaaa next entry plezz :)

    ReplyDelete
  3. wow..suspen ape nak jadi next n3...

    ReplyDelete
  4. best nya kak Suri! good job ;)

    ReplyDelete
  5. wadusssssssss... Fina dah cantekkk.. suka-sukaa... nak nak nak lagi sury...

    ReplyDelete
  6. cepat sambung suri.. tak sabar ni..

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Sampai xkenal isteri sendiri.. Padan muka si adrian tu.. Good job kak suri.. Love u.. :)

    ReplyDelete
  8. x sabar nak tunggu next episode.

    kak suri nak tanya diaorang shopping kat Queensbay Mall ke? If yes, sana ada ke butik Louis Vuitton?

    ReplyDelete
  9. hahahaha... TERBAIKKK!!! Amboi, Adrian dah jatuh cinta pada isteri sendiri ke? hahaha... Good job kak Suri laling... mmuah, mmuah! :)

    ReplyDelete
  10. X sabar nak tunggu sambungan citer ni...cepat sikit ya suri..k ju

    ReplyDelete
  11. x sabar nak tggu sambungan die..
    :)

    ReplyDelete
  12. Omg!!!!!!!! Kak Suri nk lagiiii plisssss

    ReplyDelete
  13. hahahaha hbs la king of crocodile lepas ni..... jgn putih mata ye..... so sweet afina.... good job....

    ReplyDelete
  14. siapa perempuan tu???cantik sgt ni..

    ReplyDelete
  15. next n3..hehe best..canteknya fina.

    ReplyDelete
  16. Waaaaaaa da agak da mst king xkenal fina...
    kak suri, xsabar nk tunggu PISA 22

    ReplyDelete
  17. kerkejut sungguh
    King. terpegun kot tgk Afina. cepat-cepat sambung yer.

    ReplyDelete
  18. Alaaa....nk lgi...teruja giler ni...hahaha...dasar crocodile si kinh tu...bukan main lembut ckp dgn perempuan cantik...terbeliak bijik mati....best3!!!

    ReplyDelete
  19. alaaaaaa...membuat jiwaku resah.....nak sambungannnnn

    ReplyDelete
  20. eee..x sabar nk tggu smbgnnya..

    ReplyDelete
  21. gojessss...xsbr la nk thu reaksi adrian tntg prubahan bsr afina..(hernani)

    ReplyDelete
  22. Akhirnya....Saat yang di tunggu-tunggu

    ReplyDelete
  23. Kakaka king terkujat..padan muko dio..tp mesti kelakar kalau king masih x cam fina dan fina main2kan dia..kekeke...

    ReplyDelete
  24. Nak cakap yes gaklah... Apa hal terkejut ingat wife you tak reti nak pakai contact lense... Bila dah grooming....ramai plak nak bantukan? Nak lagi..

    ReplyDelete
  25. whoa...cntiknyer fina..bkn king je yg terpegun,i pon terpaku sama..huhu..be honest,cntik btol la afina...
    -lina-

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum semua ;D terima kasih kerana sudi memberikan komen dan sudi mengikuti PISA sehingga ke bab 21 :D sangat2 menghargainya..In syaa Allah, nanti suri post bab 22 ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat sket. dah x sbar nie :) ^_^

      Delete
    2. Cpat sikit. Dah x sbar nie nak baca yg seterusnya . :D ^_^

      Delete
  27. oke finee terujaaa !! tak sabar nak tnggu yg seterusnya :DD

    ReplyDelete
  28. adeh! terseksa main sambung2 camni. cepat2 kluar cetak ya >__<

    ReplyDelete
  29. pergh..akak suka gambar wajah fina yg bary tu..mmg cun giler..rasa rasanya mamat tu terkejut beruk bila melihat kejelitaan asli yg selama ini tersorok dengan pakaian yg ringkas dan muka yg pucat.. hopefully mamat tu jatuh hati kat minah tu buat pertama kalinya dan mencemburui semua lelaki yg cuba mendekati fina..

    ReplyDelete
  30. afina!!!! hahaha.. tersentap si king!! ayoyo.. sukaaaaaa~~

    ReplyDelete
  31. mesti king terkejut kan , padam muka dia ...hehe

    'nazfa namia'

    ReplyDelete
  32. I love it! Nak tau seterusnya apa jadi.. Sambung lagi cepat cepat tau..

    ReplyDelete
  33. Best...tp dah xsgup tgu ni...bla nk kuar buku?

    ReplyDelete
  34. AAAAAaaa!! oh my gucci .. xsbr nk tnggu incik king jth chenta dgn afina .. jeles pn ye jgk.. kak suri buat sye jth chenta dgn pisa..

    ReplyDelete
  35. uwoo bestnyaa tak sabar nak tggu

    ReplyDelete
  36. waaa.... ble smpai part yg best tba2 bersambung... kejam sguh kak suri dera hati kami..... waaaaaa..... sob2x..

    ReplyDelete
  37. alamak...makin baca...makin tamak...nak semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  38. oh my...
    best kot.. hehe
    nak lagi! nak lagi :)

    ReplyDelete
  39. Kak suri nak lagi ~~~ best sngt lah :')

    ReplyDelete
  40. Best...Nk lgi kak Suri.Nmpknya x lama lgi Ad akn jtuh cnta kt wife sndiri.Serius cntik giler Fina yg dh make up.

    -Ana-

    ReplyDelete
  41. Wah fina mampu mengubahnya hahahaha suka . Ades suri setiap bab tak sabar nak baca yg seterusnya . Nak lg : )

    ReplyDelete
  42. cite ni sgt best... tak sabar nk tunggu

    ReplyDelete
  43. Bestttttttt.... Baru tahu...fina ni cantikkkkk....

    ReplyDelete
  44. cute gile afina. sampai king tak kenal bini.hihihi.aduuhhh cair beb kalu jumpe ngan king..

    ReplyDelete
  45. oh my!best la..ada Fahmi pulak tu
    x sia2 amik course pendek kt utube kan, suami sendiri pun x cam!hahaha
    panas la badan king nnt sbb Fina akan jd Kiara Emas Sweetie Pie!
    sambung lg Suri..k sal enjoy sgt2
    tq dear..

    ReplyDelete
  46. sgt2 best...wah mmg ada perubahan besar pada Fina tu kan. mmg dia cantik. kalau makeup skit akan terserlah kcntikannya tu. ape2 pon arap cite ni cpt2 la sambung ya kak Suri Ryana...

    adik2 sy pon ska dgn cite ni...

    ReplyDelete
  47. oh my!!! mesti fina tersangatttt gojes... :)

    ReplyDelete
  48. aaaaa.... bestnyer!!!! nak sambungan lagi, PLEASE!!!!

    ReplyDelete
  49. wow.. menarik.. suspenlah pulak... en3 bila nak sambung ni.. menarik sangat..

    ReplyDelete
  50. Mesti King terjatuh cinta kat Fina pas ni!!!

    ReplyDelete
  51. Huaaaa...ntah dah berapa kali baca PISA21 ni....xjemu2

    ReplyDelete
  52. Akak, saye dh bace kali kedue dh bab nih , x saba2 nk tunggu next pisa

    ReplyDelete
  53. Suri, bila bab 22 nak muncul ni......tak sabar nak baca.......

    ReplyDelete
  54. wow..bestnye...terbaik la mummy si adrian tu...hihihi...xsbr nk baca sketsa strusnya... :D

    ReplyDelete
  55. wwannurr.......
    hahahaha... baru ternganga mulut si adrian bila tengok wajah baru fina,,,

    syuh..syuhh...

    ReplyDelete
  56. wwannurr.....
    adrian dah tergolekkk dalam lif, bila tengok fina

    ReplyDelete
  57. Mmg la dasar king of crocodile...
    Padan muke..bini sndri pn x cam

    ReplyDelete
  58. Kak suri,lady yg jd watak afina tu nama apa?cantik sgt...

    ReplyDelete
  59. wah..wah..fina da transform smapai kn king tk kenal...:))

    ~uly ct~

    ReplyDelete
  60. saya suka .. saya suka .. haahahaha .. bila nak sambung ye ?? tak sabar dah ni nak baca n3 baru :)

    ReplyDelete
  61. suka sgt dgn buku-buku Suri yang dulu. Bila novel ni ada dipasaran? Kaki Novel juga ke? Really love your flair of writing...thumbs up. Keep up the good work..

    ReplyDelete
  62. akaaak.. Tak nak sambung lg kew?? Sambung lah kak, sy tw akak ada smbung sampai bab 28. Btol kew? Asal removed? Huhuhuhuu
    Akak sambung eh, bagi lah tw sikit jer time king sakit cz dah menanggung cinta bwt fina. akaaak share yaaa !! Please please please....! #phon dg mata garfield
    Hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu ada baca sampai bab 28 kan

      Delete
  63. kak suri, knpa bab22 xde pun :( update la kak ..

    ReplyDelete
  64. kenapa kak suri tak tulis semua

    ReplyDelete
  65. laa x sambung da ke :(

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. lambat lagi k novel ni nk kua kak suri..dh xsabar ni..hihi..

    ReplyDelete
  68. lambay lagi k novel ni nk kua kak suri??dh xsabar sangt nk dapatkan novel ni..hihi

    ReplyDelete
  69. dah pergi popular & badan book store tak kuar lagi pun ceritera nie..........

    ReplyDelete
  70. salam su sy baru aje dilaman ni so nak tau novel ni kuar bln 4 ni kan ... so skrg dh ada kat pasaran ke belum.. dkt popular ada tak ....

    ReplyDelete
  71. Salam sy nak tau novel ni akan dipublish kan bln aprl ni kan .. so skrg dh kuar lom kat book store mcm MPH ke Pupular ke sy rasa tak sabar nak membacanya...

    ReplyDelete
  72. Salam...kak suri bila nk publish...skrg dah bln april...x sabar...

    ReplyDelete
  73. kak suri bila novel nie nak publish? bln april dah

    ReplyDelete
  74. bla publish niem???? x sabar asew....

    ReplyDelete
  75. tak... Just ade notice kat opera mini sye ni ha. Paz tu sy klik kn, dah not found. Akak dah remove ek?

    ReplyDelete
  76. tak.. Just ada notice kat opera mini sy ni ha. Lpas tu kn, sy klik..tp dah nt found dah. Akak dah remove ek?

    ReplyDelete
  77. Kat fb KN da de bln mei punye..
    PISA still x publish...frustnye..lambat lagi ke nak kuar

    ReplyDelete
  78. Pisa dah kuar at kaki novel....

    ReplyDelete
  79. Pisa dah kuar at kaki novel

    ReplyDelete
  80. Sambung la lagi

    ReplyDelete
  81. novelnya membuat saya ingin melanjutkan bacaannya.I like it

    ReplyDelete
  82. uwaa.... blum dpt beli lg novel nie...

    ReplyDelete
  83. baru jumpa blog suri ni. dah lama cari. best! kuar kt kaki novel ke pisa? nk beli.

    ReplyDelete
  84. haha.. baru jer dapat beli. best. congrats lah kat kak suri. best sangat. suka sangat.

    ReplyDelete
  85. salam kenal suri......

    saya suka ceritanya, dan berharap sekali ada lanjutannya di blog ini.

    penasaran dengan sikap adrian selanjutnya dan rahasia dalam pernikahan fina.

    terima kasih

    ReplyDelete
  86. next n3 plisz..... best cita ni, suka sgt

    ReplyDelete
  87. Knapa takde di sungai petani?!

    ReplyDelete
  88. KNAPA SENYAP TANPA BERITA?

    ReplyDelete
  89. sis , bab 22 dan seterusnya takde ke ? :D

    ReplyDelete
  90. akak...sambulh lagi...bestlah

    ReplyDelete
  91. Kak suri nak lagi saye dah x sbar nak tungggu ni
    plllzzzzzzz akak keluar entry 22...

    saye syazwa ana nana

    ReplyDelete
  92. Blh tahu citer ni tajuk ape?

    ReplyDelete
  93. Blh tahu citer ni tajuk ape?

    ReplyDelete
  94. Blh tau citer ni tajuk ape?

    ReplyDelete
  95. Alah.. sampai part nie je.. novel tak beli lagi.. minggu depan dah start drama.. T^T ..saya nak beli novel nie!! confim!! Btw, akak suri, apa perasaan akak, afina kat drama tak pakai tudung?? hhmmm

    ReplyDelete
  96. kak suri sambunglah lagi .............
    saspense betul........ SO SWEET
    takkanlah dia tak kenal wife dia.......

    ReplyDelete
  97. Kak Suri , nak lagi BAB 22 boleh . . :)
    (tak sabar nak tahu sambungan ni)

    ReplyDelete
  98. salam Suri Ryana, apa perasaan bila novel awak akan di dramakan? adakah awak terlibat sekali masa penulisan skrip? please share with us....next week akan mula tayangan PISA di TV3....& awal awal dh ada perubahan bila Afina heroin x bertudung...??pelik la pulak..

    ReplyDelete
  99. Tahniah kak best novel akk smlm dh khatam baca , tutup hari balik keja tgk tv 3 kul 7pm ceta ni sama dgn novel akk . Rupanya betul .tahniah kak

    ReplyDelete
  100. Tahniah kak novel dh jd drama tv pulak best ni

    ReplyDelete
  101. Tahniah novel ni best sangat2... tp drama tu lari sungguh dari novel . harap sangat penonton x menghakimi novel nie dari drama tu.... Suri Ryana teruskan berkarya... setia menanti novel terbaru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl2 .. novel lg best.. drama hampeh.. lari sungguh.. tajuk j sm..

      Delete
  102. tahniah novel ni best sangat2. x semua adaptasi novel mencapai imaginasi pembaca. diharap penonton x menghakimi novel ni berdasarkan drama tersebut. novel PISA tetap terbaik. Suri Ryana teruskan berkrya... kami setia menanti buahtangan terbaru mu....

    ReplyDelete
  103. baik baca kat sini jer...baca kat sini lagi best dr tgok lakonan kat tv..kt tv nampak macam pelakon citer ni x pandai belakon..mengarut jer..x dapat nk feeling lansung ..

    ReplyDelete
  104. Novel ni ada berapa bab ye?¿

    ReplyDelete
  105. Arghhhhhhhhhhhhhhh.................... nak sambungannyaa..... Lebih baik baca kat sini. Tengok citer tak best. Pelakon macam sakai je lagi2 watak playboy tu. Hmmm. Please sambung :/

    ReplyDelete
  106. Alar bg lh lg citer sterusnya best lg bca novel...tlg lh k.

    ReplyDelete
  107. yeah! novel lagy feeling! kak suri mmg hebat menulis! sambung lagi yee... :)

    ReplyDelete
  108. yeah! novel lagy feeling! kak suri mmg hebat menulis! sambung lagi yee... :)

    ReplyDelete
  109. Terbaik larh.. Hehe..

    ReplyDelete
  110. bersambung pulak.

    ReplyDelete
  111. nak bab 22 :'( .. xsabr da nk tau pe yg jd ni... best la cte ni.. slalunye, mmbca lg feeling drpd tngok tv tau. btw, tv xsama sgt dgn cte yg btol nye~~ °°,

    ReplyDelete
  112. akak tulis lah lagi...ppllzz..

    ReplyDelete
  113. dahlah PISA kat TV stop sapai bab yg i bace ni aduh mmg takdirla ni akak please sambung tak sabar nk tunggu ni....

    ReplyDelete
  114. shok-shok tngok tba-tba brsmbng..sedihnyee

    ReplyDelete
  115. kenapa tak buat versi ebook?

    ReplyDelete
  116. Salam...
    Nape lama tak update blog? Banyak persoalan x terjawab ni...Suri busy ye?
    PISA dah masuk episod kemuncak, tapi saya masih kecewa ngan lakonan Fatah Amin...tak de feel langsung..Ada 1 persoalan yg bersarang dlm kepala, betulke King ni seteruk mcm drama sampai tidur dgn semua wanita yang menjadi gilfriendnya? Setahu saya dlm novel x sentuh langsungkan...? Anyway...waiting for your reply...please..novel baru..

    ReplyDelete
  117. best baca......novelnya wlaupun dh tgk critanya ...tpi tetp nk thu lagi....episod yg leps2....sweet sgt..

    ReplyDelete
  118. knp tersangkut???aahh...

    ReplyDelete
  119. ala...cerita sekerat jalan ja... kak suri sambungkan lagi eh?? xsabar nk baca... best,..

    ReplyDelete
  120. salam kak suri, best la novel ni..walaupun drama dia dah habis (drama pun best jugak pada saya) tapi still nak jugak carik novel ni. Hope jumpa la satu..dah teringin sangat ni..hehehehe

    ReplyDelete
  121. betulke novel pisa ada kat popular je ?

    ReplyDelete
  122. Betulke novel PISA ada kat popular je ?

    ReplyDelete