“Kau suka Tia?”
Tiberrr!
Soalan yang terpacul dari mulut Qashah itu hampir membuat aku terduduk. Terus aku menekup mulut dengan kedua-dua belah tangan bersama jantung yang berdegup laju. Kenapa lelaki tak guna tu tanya Tuan Aidid soalan macam tu? Kenapa pula nama aku yang dijadikan topik?? Ah..ni mesti sebab insiden di kafe tu. Kedua-dua belah tangan memicit dahi.
“Apa kau mengarut ni?” Soal Tuan Aidid sedikit pelik.
“She’s mine.” Pintas Qashah dengan kasar.
Aku mencebikkan bibir. Ada hati mengaku aku miliknya. Tak faham bahasa kan dia ni?
Tuan Aidid aku dengar sekadar ketawa perlahan. Mampu membuatkan aku tak senang duduk.
“She’s mine as well..my staff! Touch her, and I’ll make you pay for it.”
Terdiam aku jadinya. Aku tak dapat menghadam kata-katanya itu.
Did he just say that? Aku menggigit bahagian bawah bibir. Kenapa jantung aku berdebar kencang ni? Qashah ketawa pelik.
“Wow..posessive, huh?” Soalnya mengejek.
“I’m just being protective, Ayden.” Pintas Tuan Aidid pula.
Panas rasa wajah. Hati, tolonglah jangan cair. Ingat, Tuan Aidid tu layan semua pekerjanya sama rata. Dia cakap macam tu atas dasar tanggung jawab je. Aku mengingatkan diri gara-gara rasa indah yang entah dari mana menyerbu hati.
“Huh! Tak payahlah nak pusing-pusing cakap.” Qashah sudah mendegus geram lagi.
Aku menekup wajah. Amenda diorang ni? Aku dengar Tuan Aidid berdehem.
“You know what, Ayden..when it’s over, just leave quietly. Don’t go watering a dead flower. Kau dah hancurkan hati dia. Tak cukup lagi ke kau buat dia sengsara? Kau nak apa lagi dari dia?” Nyata suara Tuan Aidid yang serius itu mampu membawa detakan yang lebih kuat di jantungku.
Otak, tolong jangan fikir yang bukan-bukan ya. Dia hanya simpati dengan kau. Tidak kurang, tidak lebih.
“What?? Siapa cakap it’s over? It has just started, bro. I’ve proposed her. Tak lama lagi dia akan jadi
adik ipar kau.” Bidas lelaki itu.
“You better chew that fact!” Dia memberikan amaran pada Tuan Aidid.
Nak termuntah aku dengar. Yakin betul si lelaki tak guna tu. Sampai kiamat pun aku tak akan terima kau, lelaki tak guna!
“Kau berseronok dengan perempuan-perempuan tu di Bali, dan kau propose Tia bila pulang ke sini? Dalam masa yang sama kau curang lagi dengan Alora.” Sinis sekali nada suara itu mengecam Qashah. Belum sempat lelaki itu membidas semula, Tuan Aidid bersuara lagi.
“You can’t be serious, can you?? Lelaki jenis apa kau ni? What a moron!!” Sinis sekali ucapan itu.
“Shut up!” Bentak kasanova tak guna tu.
Marah benar si Qashah apabila satu kebenaran diungkap oleh Tuan Aidid. Tegang! Aku tahu keadaan sudah menjadi semakin tegang! Bangang betul Qashah ni. Perlu ke dia jadikan aku sebagai topik untuk bertegang urat dengan Tuan Aidid? Tak habis-habis lelaki ini mahu memberikan aku
masalah!
“What do you want from her? Kau pun tahu dia bukan seperti perempuan-perempuan yang kau usung ke sana sini tu. Leave her alone, will you?!” Ayat berbaur amaran bergema dengan begitu dominan sekali.
Ayat terakhir itu ditekan sedikit. Aku tersentak. Kenapa aku rasa lain macam mendengar kata-kata lelaki itu? Qashah ketawa dengan sangat sinis.
“No way..Aidid. Tia milik aku. What’s mine is mine, got it?” Bantah Qashah.
Kenapa aku rasa nak marah saat ini? Bibir bawah aku gigit untuk menahan geram.
“Walaupun dia dah buang kau dari hidup dia?” Soal Tuan Aidid selamba.
“Tia buang aku? I’ll prove you wrong. She’ll marry me soon. Mana ada perempuan yang boleh tolak aku..” Penuh tekad ayat itu bergema membuatkan hati aku sakit. Dia benar-benar buat aku macam patung. Dia fikir aku takde perasaan ke?
“It’s true they said, a bruise to the ego hurts more than a break to the bone..ain’t it?” Bidas Tuan
Aidid bersama ketawa mengejek di hujung ayat.
“Whatever. Mentang-mentang kau keluar 5 minit awal dari aku, kau fikir kau ada hak untuk kawal
hidup aku?” Soal Qashah dengan geram.
“Tia aku punya.” Tekannya lagi dengan sedikit kuat.
“Then, is it so hard to be loyal, Ayden?” Pintas Tuan Aidid dengan bersungguh-sungguh.
Bukan sahaja Qashah, tetapi aku juga turut sama terdiam. Setia? Dia tahu ke apa makna setia? Dengar memang mudah tetapi ianya adalah sesuatu yang sukar untuk seorang kasanova seperti Qashah. Mungkin perkataan itu tak pernah wujud pun dalam kamus hidupnya. Kesakitan mula menggigit hati.
“You don’t love her. You just wanna feed your ego, don’t you?” Soal Tuan Aidid dengan sinis selepas tidak ada apa yang keluar dari mulut Qashah.
“Kau..!” Hanya itu sahaja yang mampu dikatakan lelaki kasanova itu sebelum Tuan Aidid bersuara lagi.
“Now, leave Tia alone. She’s not your toy. Lagipun selain Alora kau ada Melati, kan kat office tu?”
Tersentak aku jadinya. Berderau darah dalam tubuh.
Melati? Melati mana pulak ni? Dasar kasanova! Womanizer! Perempuan mana pula kali ini yang menjadi pendamping lelaki itu? Tak guna! Perit rasa hati mendengar semua ni.
“Shit! Stop spying on me, will you?!” Bentak Qashah tidak puas hati.
“Okay..will do.” Tuan Aidid menjawab dengan nada mengejek.
“Hey, apa kata kalau kau jaga hal sendiri je? Phew..Maya tu boleh tahan hot and sexy. Takkan iman kau tak goyang, bro? Apa kata kau jaga Maya je. Tak payah sibuk tentang aku dan Tia.” Marah Qashah kasar.
“Maya? Kau boleh ambil dia kalau nak. Aku bagi FOC.”
Terdiam aku mendengar jawapan Tuan Aidid. Serentak dengan itu juga aku lihat lelaki itu mula melangkah ke arah kawasan belakang vila. Nampaknya Tuan Aidid sudah malas nak bertekak dengan adik kembarnya ini.
“Aidid!!” Kedengaran lelaki ini menjerit dengan tidak puas hati.
“Esok jangan lambat masuk meeting di kilang. Kau lambat sejam, aku suruh HR potong gaji kau seribu.” Sayup-sayup kedengaran suara Tuan Aidid yang sudah semakin menjauh.
“Damn!” Kedengaran lelaki ini mendengus kasar.
Kemudian, dia terus melangkah laju menuju ke arah keretanya yang diparkir di hadapan sana. Aku pula melangkah longlai ke arah bilik.
“Touch her and I’ll make you pay for it.”
Kenapa ugutan Tuan Aidid pada kembarnya itu terngiang-ngiang di dalam fikiran? Kusutnya!Tia..just forget everything, please! Delete semua yang kau dengar tadi. Tolong! Untuk ketenangan hati dan fikiran.