![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiurXCJuHmtdTbQwdSALc76vAJBcGVwBvsRItKrCdDOjTvCF1xL_h1QaBQky602Y7H7muvig85_cBt-aYRi7Np3zwR8wXlCSIUN6H8D5p_vDo5niE5kKFdb-AvuJT-Y3MQr8mU6rVd3JEqV/s200/cover-maid-49.jpg)
Assalamualaikum semua :) Kabare? Waras? teehehehe :D
Owh yes, sebelum Suri terlupa, saja Suri ingin berkongsi dengan para pembaca tentang M.A.I.D. Jumlah muka surat yang telah para pembaca yang disayangi baca kat penulisan2u dan blog (dari bab 1 - bab 21) adalah sebanyak lebih kurang 300 lebih muka surat semuanya (kira-kira separuh dr novel sebenar) :) Al-maklumlah,di atas permintaan pembaca-pembaca yang comel lagi jelita (ikhlas memuji ni hihi), setiap entry M.A.I.D. di penulisan2u memang Suri masukkan panjang-panjang. heheh. :D Jadi dapatkan M.A.I.D. untuk mengetahui cerita selanjutnya yea..(kira-kira 400 pages lagi )*wink!* :)
Oh ya, rating M.A.I.D. di penulisan2u juga semakin hari semakin meningkat dengan jayanya sehingga ada bab yang jumlah bacaannya sudah lebih 17,000..Alhamdulillah :) terima kasih kepada yang sudi membaca hasil coretan Suri :)
Di kesempatan ini Suri juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong karya M.A.I.D. Kepada yang sudah membeli secara online dari Kaki Novel, terima kasih yang tak terhingga Suri ucapkan. :) Buat masa ini stok masih belum sampai..InsyaAllah penghantaran akan dibuat sebaik sahaja stok ada..:)
Untuk yang tidak mahu beli online, anda boleh dapatkan M.A.I.D. di MPH, Popular dan kedai buku terpilih April nanti..anda juga boleh ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung di PWTC, KL nanti untuk mendapatkan novel ini. Confirm, stok mesti ada pada masa tu..:)
Lastly, Suri ingin memohon maaf sebab lambat update KLIK! 5. Ramai juga yang bertanya di Facebook..ada yang msg dan ada juga yang komen di wall Suri :) Terima kasih kerana menyokong KLIK! :) Suri tak dapat update KLIK! 5 kerana website penulisan2u ada masalah sikit baru-baru ni. InsyaAllah akan hantar sebaik sahaja web pulih seperti sedia kala..:) Kalau lambat sangat, Suri akan update kat blog aje dulu yea..:) Love you all. XoXo.
Much Love,
Suri :)