**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday 22 January 2012

NOVEL Isteri Separuh Masa 21, 22, 23 & 24 . SEDANG DITAYANGKAN DI ASTRO RIA.WHATSAPP UNTUK ORDER NOVEL INI - 017 714 5595

Bab 21
Darah yang mendidih semalam menggelegak lagi pagi tadi. Semasa makan, selamba sahaja dia menyuapkan roti bakar ke dalam mulutku di hadapan nenek dan Mak Timah. Semua ini gara-gara aku meluahkan rasa tidak puas hati kerana lakonannya sebelum ini kaku belaka. Nenek dan Mak Timah pula, apa lagi, senyum sampai ke telingalah melihat kemesraan kami. Tapi, entah kenapa di dalam rasa geram yang bermaharajalela di dalam diri, ada juga terselit bunga-bunga gembira. Tapi, telah pun aku cantas bunga-bunga itu apabila ingatkan tentang realiti kehidupan yang aku jalani ketika ini. Memang wajar aku abaikan sahaja perlakuan Abang Nazrin kerana semua itu hanyalah sebuah lakonan sahaja yang pastinya tidak membawa apa-apa makna untuknya. Tambah-tambah apabila teringatkan Kak Zita, bertambah sebal kurasakan saat ini.
“Berhentikan saya kat situ. Saya boleh jalan ke dewan kuliah.” Ujarku sebaik sahaja kereta melepasi pondok pengawal. Sempat aku menjeling ke arah lelaki yang memakai kemeja putih berjalur biru itu. Ada masalahkah dengan mataku? Aku mengelipkan mata beberapa kali. Wajahnya kelihatan semakin tampan pula hari ini. Ah, bahaya ni. Pandangan terus kualihkan ke arah masjid Al-Malik Khalid yang berada di sebelah kiri.
“As you wish. Aku pun bukan suka sangat kau duduk dalam kereta ni lama-lama.” Ujar lelaki itu dengan selamba sambil membelok masuk ke dalam kawasan masjid. Eleh, macamlah aku suka sangat duduk dalam kereta ni.
Lagipun, aku tak selesa kalau rakan sekuliah ternampak aku dan Abang Nazrin pergi ke kelas bersama. Mungkin Niza, Jue, Mai dan Husna akan faham tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?
“Saya pun tak suka naik kereta ni. Tak selesa langsung!” Sempat lagi aku berkata begitu sebelum keluar dari kenderaan. Sebaik sahaja ingin menutup pintu, lelaki itu bersuara lagi.
“By the way, you better arrive on time. Aku tak suka student sampai lewat dari aku.” Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, aku terus memandang ke arah jam di pergelangan tangan.
“Alamak! Dah pukul 8 : 50 minit pagi. Matilah aku! Kenapalah aku tak pergi aje dengan dia! Sempat ke ni?!!” Aku mengomel seorang diri sambil merenung kosong ke arah kereta Abang Nazrin yang telah pun meluncur dengan laju meninggalkanku.
Tanpa membuang masa, aku terus melangkah dengan laju. Ikutkan hati, ingin sahaja aku berlari menuju ke dewan kuliah A. Tapi mengenangkan baju kurung moden yang membaluti tubuh, aku batalkan sahaja hasrat di hati. Nanti takut tergolek pula kat atas jalan raya ni kalau tersalah langkah. Di dalam kekalutan, tiba-tiba sahaja aku terlanggar seseorang dan fail yang berada di tangan terjatuh ke bawah.
“Sorry.” Ujar lelaki yang kulanggar itu sambil mengutip failku. Aduh, masa-masa kecemasan begini pulaklah drama terlanggar orang ni nak terjadi!
“Eh, tak..saya yang patut minta maaf sebab dah terlanggar awak. Maafkan saya ye.” Ujarku dengan pantas. Lelaki yang berkemeja hitam itu kulihat tersenyum dan menggelengkan kepala.
“No worries. Nah fail awak.” Ujarnya sambil menyerahkan fail berwarna merah jambu itu kepadaku.
“Err..saya betul-betul dah lambat nak masuk kelas ni. Saya pergi dulu ye..” Aku berkata begitu sambil mengambil fail dari tangannya. Kemudian, tanpa menunggu jawapan dari lelaki berambut lurus itu, aku terus menyambung langkahku. Harapnya sempatlah aku sampai sebelum pukul 9 pagi.
***
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Kemudian, aku mengambil tempat di sebelah Niza. Rakan-rakanku sempat lagi membuat isyarat mata kepadaku. Aku sedar, mereka hendak tahu kenapa aku lewat datang ke kelas hari ini. Tapi, aku benar-benar tidak ada mood untuk menjawab soalan mereka itu. Pandangan kuhalakan ke hadapan sahaja di mana Abang Nazrin sedang berada. Si bapak singa itu kelihatan sedang membelek buku di tangannya. Selepas beberapa saat, lelaki itu mengangkatkan wajah. Aku pula terus mengerling ke arah jam di tangan. Fuh, nasib baiklah sempat sampai. Bersama senyuman, aku mengeluarkan buku nota dari dalam beg. Dengan hati yang tenang, aku menyemak kembali soalan-soalan tutorial yang sudahpun kuselesaikan semalam.
“Medina Izwani!” Hampir luruh jantungku apabila terdengar namaku disebut Abang Nazrin.
“Ye saya..” Jawabku sambil memandang ke hadapan. Pasti semua orang dah tahu nama penuhku sekarang.
“Kenapa lewat datang kelas?” Soalnya dengan serius. Tak aci betul! Kalau nak balas dendam pun, buatlah kat luar kelas!
“Maafkan saya, Dr. Nazrin.” Ujarku dengan perlahan.
“Saya bukan suruh awak minta maaf. Soalan saya tadi, kenapa awak lewat?” Walaupun dia tidak menengkingku, darahku tetap juga menggelegak saat ini. Boleh pulak tanya soalan yang dia dah tahu jawapannya! Eeee...geramnya! Sengaja hendak sakitkan hati akulah tu! Ah, itulah Wani, kalau kau tumpang dia sampai ke dewan kuliah A ni, pasti semua ini tak akan terjadi. Ada suara yang berkata begitu saat ini.
“Nenek saya pinjam kereta, jadi saya terpaksa....”Malas hendak memikirkan jawapan, aku terus memberitahu hal yang sebenarnya tetapi kata-kataku terhenti apabila terdengar suara ketawa beberapa orang pelajar di dalam dewan ini. Aik, mereka ni ingat aku buat lawak agaknya! Memang betul nenek pinjam kereta akulah! Jeritku di dalam hati.
“Class, diam.” Suara Abang Nazrin yang serius menyebabkan dewan ini sunyi kembali.
“This is my final warning. Kalau ada yang terlewat lagi nanti, saya tak akan benarkan pelajar tersebut menghadiri kelas tutorial ni.” Kedengaran suara lelaki itu memberikan amaran dengan tegas kepada semua pelajar. Eleh, aku lambat 3 minit pun, nak berkira! Memang dasar singa hutanlah dia ni. Patut duduk dalam hutan aje! Sempat lagi aku mengomel sendirian di dalam hati. Apalah nasib aku terpaksa jadi pelajar si bapak singa ni?
Mata kuhalakan ke arah buku nota. Tumpuanku kini seratus peratus pada soalan-soalan tutorial yang sedang dibincangkan di hadapan. Memang aku perlu memberi perhatian kerana subjek ini bukanlah subjek yang mudah untukku. Yang mengajarnya pula, si bapak singa tu! Dari gayanya, nampak macam kedekut markah aje. Dalam keasyikan membincangkan soalan tutorial, fokusku terganggu dengan kehadiran sebuah kertas A4 yang dilipat separuh di hadapanku.
“Nenek hang pinjam kereta ka?” Soalan dari Jue yang duduk di antara Niza dan Mai kujawab dengan pantas. Siapa lagi yang menggunakan perkataan ‘hang’ kalau bukan budak Penang tu.
“Yes.” Itu sahaja yang ditulis olehku.
Kemudian, kulihat Niza pula menulis sesuatu di situ sebelum Jue mengambilnya semula. Malas hendak melihat gelagat mereka, aku terus menghalakan pandangan kembali ke arah soalan-soalan tutorial di dalam buku nota. Gembira rasa hati apabila jawapan yang dibincangkan setakat ini, semuanya sama seperti yang telah kubuat. Akan aku tunjukkan prestasi yang cemerlang dalam subjek ni nanti khas buat bapak singa tu! Biar terkeluar biji matanya bila melihat markah peperiksaanku untuk subjek Elektronik II ni nanti. Sekali lagi fokusku terganggu dengan kehadiran kertas putih dari Niza. Aku membacanya dengan teliti.
“Habis tu, kau datang dengan siapa tadi? –Niza-”
“Awat hang tak mai dengan abang hang saja? Kan senang? –Jue-”
“Entahnya, duduk serumah..datang ajelah sekali.-Niza-”
Terus saja aku menjawab soalan mereka di atas kertas putih ini dengan wajah yang kelat. Geram mengenangkan apa yang telah terjadi sepanjang aku menetap di rumah lelaki itu.
“Sorry girls, aku takde mood la nak cakap tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan si bapak singa tu. :o MENYAKITKAN HATI DAN OTAK, tau tak?!!”
Itulah jawapan yang kuberikan. Niza dan Jue kemudiannya sama-sama membaca jawapan yang kutulis di atas kertas tersebut. Isk, kalaulah Abang Nazrin tahu kami sedang sibuk buat benda lain kat sini, agaknya dia akan mengamuk tak? Gerun pula hatiku saat ini.
“Sampai bila kau nak tinggal kat rumah dia?” Niza bertanya lagi.
“Ini yang aku tengah pening ni! Ikut hati aku yang panas membara, hari ini jugak aku balik ke asrama. Malas hendak menetap kat kandang singa tu!”
Itulah yang kutulis di atas kertas yang kemudiannya kuberikan kepada gadis itu, membuatkan dia tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Kemudian, tangan kirinya menutup mulut sambil menulis sesuatu ke atas kertas itu lagi. Jue juga kulihat sedang menahan ketawa.
“Kandang singa??? Rumah dia kau panggil kandang singa? Hahahahahahahahaha.”
Aku pun turut tersenyum apabila membaca apa yang ditulis Niza. Tapi, senyuman yang bertandang di bibir tidak lama bertahan apabila mendengar suara lelaki itu menyebut namaku.
“Medina Izwani.”
“Yes, Dr. Nazrin!” Aku terus menjawab. Aduh, janganlah dia tahu aku sedang berbual dengan Niza dan Jue.
“Since Nadia tak dapat jawab soalan nombor 6 ni, boleh awak tolong tunjukkan cara penyelesaiannya?” Aku memandang ke arah Nadia yang sedang berdiri di hadapan. Terkulat-kulat gadis itu bersama ‘marker pen’ di tangan.
“Boleh, doktor.” Ujarku. Kelam-kabut aku mencapai buku nota dan melangkah ke hadapan. Aku mengambil ‘marker pen’ yang dihulurkan Nadia dan terus membuka buku nota. Dengan penuh yakin, aku mencoretkan jawapan untuk soalan nombor 6 itu di atas ‘whiteboard’. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana aku sudah pun menyelesaikan semua soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
“Okay class, this is the right answer for question number six. We will discuss about it, shortly.” Aku tersenyum puas mendengar kata-kata Abang Nazrin. Baru sahaja ingin melangkah ke tempat dudukku, kedengaran suara Abang Nazrin berkumandang lagi
“By the way Miss Medina Izwani, nota awak tercicir tadi. Bagus nota dalam kertas ni. Lengkap sangat!” Nota? Aku terus memalingkan wajah.
Terasa seperti hendak terhenti jantungku sebaik sahaja terpandang ke arah kertas A4 yang dihulurkannya kepadaku. Aduh, habislah aku! Terasa seperti hendak rebah saat ini juga. Agak-agaknya dia baca tak apa yang ditulis oleh aku, Niza dan Jue di atas kertas tu?? Bersama senyuman yang kelat, aku terus mengambil kertas tersebut. Tidak berani hendak bertentang mata dengannya kerana aku pasti jelingannya mampu memutuskan urat sarafku. Aduhai, macam mana boleh tercicir pulak kertas ni? Gerun betul apabila memikirkan reaksi si bapak singa itu nanti.
***

-------------------------------------------------------------------------------------

Bab 22
Riuh rendah keadaan di kafe Bakti Permai ketika ini. Maklumlah, waktu untuk makan tengahari. Mata kuhalakan ke arah sekumpulan pelajar yang sedang galak bercerita sambil menjamu selera, disulamseli dengan gelak ketawa. Alah, apa nak dihairankan? Aku dan rakan-rakan baikku juga selalu begitu. Tapi, tidak untuk hari ini. Aku menghelakan nafas berat sebelum menyuap nasi ayam ke dalam mulut. Wajah Niza kujeling sekilas. Mulut Niza yang selalunya riuh bergosip itu dan ini, terkunci rapat nampaknya sekarang. Wajahnya tak ubah seperti ayam berak kapur. Jue pula kulihat menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil menyedut air laici yang masih penuh. Husna dan Mai juga tidak ada mood untuk berbual nampaknya. Bibir kuketap dengan geram apabila terkenang kembali kata-kata Abang Nazrin sebelum kelas tamat sebentar tadi.
“Okay, class. I have something to inform. Medina Izwani dan ahli kumpulannya telah pun ‘volunteer’ untuk buat satu pembentangan minggu hadapan. Pembentangan akan berkisar tentang tajuk ‘Flip Flop’.”
Ternganga mulut kami berlima sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Nasib baik di dalam dewan kuliah tadi tak ada lalat. Kalau tak, pasti ada yang sudah menyinggah masuk ke dalam mulut kami. Bila masa pulak kami menawarkan diri untuk buat pembentangan secara sukarela? Ah, mesti si bapak singa tu nak balas dendam kat aku! Aku tak kisah kalau aku sahaja yang kena tetapi, aku betul-betul tak suka apabila kawan-kawanku juga terbabit sama. Rasa bersalah terhadap mereka semakin menggunung di dalam diri saat ini. Sudahlah ada dua assignment yang perlu dihantar minggu hadapan. Projek tahun akhir pun perlu juga diberikan perhatian. Arghhhh! Tertekan betul. Bersama sebuah keluhan, aku menatap wajah Niza dan Jue yang duduk berhadapan denganku.
“Niza, Jue, aku minta maaf. Kalau kertas tu tak tercicir pasti semua ni tak akan jadi.” Ujarku dengan perlahan. Niza yang ayu bertudung putih itu kulihat menghela nafas berat sebelum bersuara.
“It’s okay, Medina. Lagipun, aku dan Jue pun salah jugak. Kami yang mulakan perbualan di atas kertas tu.” Jue menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang dikatakan Niza. Lega sedikit hati ini apabila mereka tidak menyalahkanku.
“Aku tahu, dia mesti bengang sebab aku kutuk dia kat dalam kertas tu. Ah, memang dia tu, patut dikutuk pun. Tengok ajelah perangainya macam mana! Eeee..suka-suka hati aje suruh kita present! Dasar singa hutan!” Dengan perasaan tidak puas hati yang meluap-luap aku berkata begitu. Ikutkan hati, ingin sahaja aku mencekik Abang Nazrin waktu ini. Nasib baik aku masih waras.
“Relax la Medina, kau jangan stress sangat. Risau pula aku tengok kau ni.” Pujuk Husna. Tangan kanannya kini mengusap lembut tangan kananku. Aku tahu dia sedang cuba untuk menenangkan hatiku yang panas membara.
“Mana tak stress Husna, aku rasa bersalah sangat sebab terpaksa heret Jue dan Niza sekali di dalam masalah ni.” Ujarku dengan jujur.
“Medina, aku silap jugak. Maklumlah, aku yang gatai-gatai ajak hampa dua sembang tadi. Kalau aku tak start, mesti semua ni tak jadi.” Jue bersuara sambil memandang tepat ke dalam mataku. Ada nada kesal dapat kukesan pada suara gadis yang berbaju kurung biru itu. Memang benar, Jue yang memulakan segala-galanya tetapi, aku tetap rasa bersalah. Kalau kertas tersebut tidak tercicir, pasti Abang Nazrin tidak akan tahu apa-apa. Kami pun tak perlu membuat pembentangan di hadapan kelas minggu hadapan.
“Betul, kami pun bersalah jugak, Dina..” Niza menyokong kata-kata Jue.
“Bila pikiaq balik, selamat jugak dia denda kita lagu ni. Kalau dia hingaq marah-marah kita kat dalam kelas tadi, tak ka niaya? Buat malu kat budak-budak kelas saja.” Ujar Jue sambil ketawa kecil di hujung ayat. Aku cuba untuk memahami apa yang dikatakannya itu. Maklumlah, loghat utaranya tu memang pekat benar.
“Betul juga cakap kau, Jue. Boleh bernanah tau telinga korang, kalau dengar tengkingan dan leteran si bapak singa tu! Tapi, aku tetap tak puas hati sebab kena present minggu depan.” Luahku bersama keluhan.
“Kalau ada carry mark, okay la jugak. Ni, sukarela. Maksudnya, memang tak ada carry mark la!” Sambungku lagi. Sebelah tangan memicit dahi. Bila teringatkan tentang tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, mulalah aku terasa hendak demam.
“Tentang presentation tu kau janganlah risau sangat. Aku tahu kita sibuk sangat minggu ni. Mana tidaknya, ada dua tugasan yang kita perlu hantar minggu depan, kan? Jadi, aku dengan Husna dah setuju untuk tolong korang siapkan presentation tu. Nanti kita bahagikan tugas okay?” Mai yang hanya menjadi pendengar sahaja daripada tadi bersuara sambil tersenyum. Terharu pula aku mendengar kata-katanya itu. Belum pun sempat aku membuka mulut, Niza terus menyoal gadis itu dengan mata yang bersinar.
“Korang serius ke ni?”
“Mestilah serius. Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul. Harap-harap, bolehlah ringankan beban korang.” Jawab Mai, siap dengan peribahasa lagi membuatkan aku terasa ingin ketawa pula.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab dikurniakan kawan-kawan macam korang ni.” Niza berkata begitu sambil mengangkat tangannya tinggi, seperti gaya sedang berdoa. Aku juga benar-benar bersyukur kerana mempunyai kawan seperti Mai dan Husna.
“Thanks Husna, Mai..”Ujarku sambil tersenyum.
Kami kemudiannya menghabiskan air masing-masing yang masih bersisa sambil berbincang sedikit tentang tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan. Memang benar kata orang, bukan mudah untuk menggenggam segulung ijazah.Ramai yang berjaya tetapi ramai juga yang kecundang di tengah jalan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebelum bergelar graduan. Tanpa rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi semangat, belum pasti aku akan sekuat ini. Fail yang berada di atas meja kucapai dan aku mula bangun dari kerusi. Begitu juga dengan kawan-kawanku. Maklumlah, pukul 2 petang nanti kami, ada kelas lagi. Kami perlu segera balik ke asrama untuk berehat sebentar dan menunaikan solat Zohor. Baru sahaja hendak mengatur langkah, terdengar suaraku dipanggil seseorang.
“Wani..” Wani? Berkerut sedikit dahiku ketika ini. Siapa lagi yang panggil aku dengan nama Wani di kampus kalau bukan Abang Nazrin? Tapi, suaranya tu lain benar. Aku terus menoleh ke belakang. Kawan-kawanku juga berbuat demikian.
“Phua Chu Kang!” Opps, terlepas pulak! Dengan tidak sengaja terpacul nama itu dari mulutku. Aku memandang ke arah lelaki yang kulihat sedikit ‘blur’ itu.
“Phua Chu Kang?” Soalnya bersama kerutan yang jelas di wajah. Kawan-kawanku yang lain pula kulihat sedang berusaha untuk tidak ketawa. Niza menutup mulutnya dengan fail membuatkan aku rasa geli hati pula.
“So..sorry. I mean, Alif..awak buat apa kat sini?” Soalku dengan pantas. Lelaki yang berkemeja putih itu terus menjungkitkan kedua-dua bahunya sebelum bersuara.
“Nak makanlah! Tak kan saya datang ke sini untuk main bola sepak kot..” Sinis sahaja nada suaranya tu. Isk, loyar buruk pulak! Memang padanlah si Phua Chu Kang ni berkawan dengan Abang Nazrin.
“Oh..okay..” Aku terus mengangguk. Rasa semakin tidak selesa pula berbual dengan lelaki ini di hadapan kawan-kawanku. Belum sempat aku meminta diri, lelaki itu telah terlebih dahulu bersuara.
“Tak lunch dengan husband tersayang ke?” Tersentak aku ketika soalan itu keluar dari mulut Alif. Serta-merta bibir terasa kering. Degup jantung pula sedikit laju dari biasa. Bulat mata kawan-kawanku yang lain merenung ke arahku membuatkan aku semakin tidak selesa. Sama seperti Alif, mereka juga menanti jawapan dariku. Memang mulut tempayan betullah lelaki ni. Ikutkan hati, mahu sahaja aku gam mulutnya tu dengan gam cap gajah. Biar tertutup untuk selama-lamanya.
“Wani minta diri dulu ye. Wani nak solat Zohor. Pukul 2 nanti ada kelas lagi..” Tanpa menjawab soalannya, aku terus meminta diri. Alif kulihat hanya mengangguk.
“Okay. Please send my regards to your beloved husband, ya.” Ujarnya lagi. Eeeee..kenapa agaknya dengan dia ni? Perlu ke nak suruh aku kirim salam bagai kat bapak singa tu? Padahal selalu sahaja mereka berjumpa. Geramnya!
“Whatever.” Acuh tak acuh sahaja aku berkata begitu dan kemudian terus mengatur langkah keluar daripada kafe.
“Medina, siapa tadi tu?” Soal Mai. Nampaknya sesi soal-siasat akan bermula dengan rasminya sekarang!
“Alif.” Jawabku. Pandangan kuhalakan ke arah jalan raya sahaja.
“Kawan kau?” Soal Husna pulak. Aku terus menggelengkan kepala.
“Tak, kawan si bapak singa tu.”
“Oh..tadi dia ada tanya kau...” Belum pun sempat Niza menghabiskan soalannya, aku terus menghentikan langkah dan bersuara.
“Ah, korang abaikan aje apa yang dia mengarut tadi tu. Mamat tu memang sengal sikit.” Beriya-iya aku berkata begitu. Empat pasang mata kini memerhatiku wajahku. Mungkin cuba untuk mencari kebenaran daripada jawapanku. Aku yang semakin tidak selesa pula, terus menyambung langkah.
“Entahnya. Kau ni kahwin pun belum, macam mana nak ada suami! Memang sengal mamat tu.” Lega pula aku mendengar kata-kata Mai. Segaris senyuman tawar kuberikan kepadanya.
“Tahu takpe..” Ujarku perlahan. Semakin hari, rasa bersalahku kepada rakan-rakan semakin menggunung. Bukannya aku tidak mahu menceritakan keadaan sebenarnya, tetapi aku masih tidak kuat untuk meluahkan semua itu. Bersama sebuah keluhan, aku mendaki anak tangga asrama.
“Tapi, mamat tu cute la Medina..” Wajah Niza yang malu-malu kucing itu kukerling sekilas. Bersama senyuman di bibir, aku terus menggelengkan kepala. Niza...Niza! Si Chu Kang tu kau kata cute? Suka hatilah, asalkan kau bahagia. Hatiku berkata-kata sendiri.
“Dia buat dah. Hang ni kan Niza. Semua lelaki kat dalam kampus ni hang kata cute. Cek rasa hang memang kena pi jumpa pakar mata la. Mata hang dah kelabu kut!” Kedengaran suara Jue nyaring membidas Niza di dalam bahasa utaranya membuatkan aku, Mai dan Husna ketawa besar.
“Ehh..tapi, kali ni aku betul-betul rasa dia cute. I’m serious, girls!” Jawab Niza dengan jujur. Langkahnya terhenti seketika. Aku terus mengerling ke arah gadis itu. Benar, wajahnya serius sahaja ketika ini.
“Ada-ada aje kau ni. Cepatlah jalan. Nanti tak sempat solat Zohor pulak.” Arah Mai sambil menolak Niza dengan perlahan supaya menyambung langkahnya yang terhenti itu. Masam seperti cuka wajah Niza ketika ini.
Aku hanya ketawa sahaja melihat telatah mereka. Memang merekalah yang memberikan warna kepada kehidupanku di kampus ini. Semua suka duka telah kami kongsi bersama. Tiba-tiba hatiku semakin tidak tenteram apabila memikirkan tentang statusku yang kusembunyikan daripada mereka. Ah, semua ini gara-gara soalan yang ditanyakan si Phua Chu Kang itu tadi. Geram betullah! Bagaimana kalau mereka tahu perkara ini daripada orang lain? Agaknya apa reaksi mereka? Masihkah mereka mahu berkawan denganku? Aku memang ingin sangat beritahu hal yang sebenarnya tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak mulakan. Mungkin sekarang bukan masa yang tepat untuk itu. Bersama keluhan yang berat, aku melangkah masuk ke dalam bilik.
***
Senyum sampai ke telinga aku petang ini. Bukannya apa, keputusan untuk kuiz yang kami selesaikan minggu lepas sudah pun diketahui tadi. Alhamdulillah, aku mendapat markah penuh. Begitu juga dengan Jue. Memang aku akui, aku lebih menyerlah di dalam subjek-subjek yang melibatkan banyak pengiraan. Baju kurung moden di badan kubetulkan sedikit sambil tersenyum mendengar celoteh rakan-rakanku. Kadangkala aku juga turut menyampuk sama. Langkah kaki kami atur laju untuk keluar daripada dewan kuliah dan mulut masing-masing masih sibuk bercerita itu dan ini. Tapi mulut kami yang tadinya riuh kini terkunci rapat sebaik sahaja tiba di kawasan letak kereta. Jue terus menyiku lembut lenganku.
“Awat abang hang mai sini?”
“Manalah aku tahu! Dia ada kelas kat sini kut.” Jawabku acuh tak acuh. Tapi, dari gaya dia bersandar pada dinding kereta tu, nampak seperti sedang menunggu seseorang. Lelaki yang segak dengan kaca mata di wajah itu terus sahaja menanggalkan kaca mata hitamnya apabila terpandang ke arah kami.
“Alamak, jangan-jangan dia hendak marah kita fasal hal pagi tadi.” Wajah Husna yang sedikit cuak kujeling sekilas.
“Kalau dia nak marah kita, tadi pagi lagi dia dah marah. Dah lah, kita buat tak tahu aje. Jom.” Ujarku. Langkah kaki terus kuatur tanpa menunggu rakan-rakanku yang lain. Pandangan tajam lelaki itu juga kuabaikan sahaja. Lantak dialah! Mata dia, bukan mata aku. Dengan selamba aku lalu di hadapannya tanpa menoleh ke arah lelaki itu.
“Medina Izwani!” Ishhh..dia ni memang suka benar panggil nama penuhku. Agaknya, sedap sangat nama aku sampai perlu menyebutnya hari-hari.
“Medina, dia panggil kau tu.” Mai bersuara sambil memegang lenganku. Ikutkan hati, ingin sahaja aku terus melangkah pergi tetapi takut pula kalau ada perkara penting yang ingin diberitahunya. Lagi-lagi kalau perkara itu berkaitan dengan nenek.
“Iskk..aku malas betullah dengan dia ni.” Dengan geram aku berkata begitu dan terus melangkah ke arah si bapak singa itu. Kawan-kawanku juga turut sama mengekoriku.
“Sorry tapi, rasanya saya hanya panggil Medina Izwani tadi.” Dengan sinis si bapak singa berkata begitu. Aku pula terus berbisik kepada mereka.
“Korang baliklah dulu. Aku akan call korang nanti.” Mereka hanya mengangguk sahaja dan kemudian beredar pergi meninggalkan aku dan Abang Nazrin.
“Awak buat apa kat sini?” Acuh tak acuh aku menyoalnya. Mata pula kuhalakan ke arah bangunan putih yang terletak di seberang jalan.
“Nak jemput kau baliklah. Apa lagi?!” Bentaknya. Mimpi apa agaknya lelaki ini? Tak pun salah makan ubat kut. Aku terus menjawab kata-katanya.
“Tak payah. Saya boleh balik dengan teksi nanti.”
“Hey, kau jangan nak mengada-ngada ye. Balik aje dengan aku.” Semakin panas hatiku jadinya apabila terdengar ayat lelaki itu. Mata kukecilkan sedikit dan aku terus memandang tepat ke dalam matanya.
“Dr. Nazrin! Tolong beritahu saya, kenapa saya perlu balik dengan awak?” Soalku dengan geram. Hatiku ini masih lagi mendidih apabila teringatkan tentang pembentangan yang perlu dibuat minggu hadapan.
“Sebab aku malas nak jawab soalan nenek nanti kalau aku balik seorang diri. Kau sendiri yang cakap nenek dah mula mengesyaki sesuatu, kan?! Aku tak nak nenek risau!”,
Ikutkan hati, mahu sahaja aku menyuruhnya memberikan alasan kepada nenek. Tapi aku pasti, mesti ada sahaja jawapan pedas yang akan kuterima dari lelaki ini. Malas hendak bertekak dengannya, aku terus bergerak ke arah pintu kenderaan. Tangan kanan membuka pintu kereta dan aku terus masuk ke dalam.
Wajahku masam sahaja sepanjang perjalanan. Begitu juga dengan wajah lelaki itu. Kami hanya diam sahaja dan melayan lagu cinta yang sedang ke udara. Bluek! Tak sesuai langsung!
“Dah lama kau buat kerja macam tu? Sedap aje kutuk aku kat dalam kelas!” Akhirnya, lelaki itu bersuara dengan sinis. Kenapa agaknya ayat yang keluar dari mulutnya selalu sahaja membuatkan darahku naik? Nak cari fasal dengan akulah tu.
Aku mengerling ke arah wajahnya yang beku itu. Seperti tak berperasaan. Mata pula difokuskan ke arah jalan raya. Memang lelaki ini mempunyai raut wajah yang menarik. Isk, Wani, ke situ pulak kau. Ini yang aku malas hendak pandang wajahnya tu. Tapi, seperti ada magnet pula yang menarikku untuk terus melirik ke arahnya. Aku betul-betul takut dengan getaran yang melanda hati saat ini. Betullah kata Mak Timah, memang susah untuk membunuh rasa suka, cinta dan sayang kepada seseorang.
“Medina Izwani.” Tersentak aku apabila nama penuhku keluar dari mulut lelaki itu sekali lagi.
“Ya, ada apa, Dr. Nazrin?!” Jawabku. Seperti di dalam kelas pulak. Mata terus kuhalakan ke arah jalan raya di hadapan.
“Aku tahu aku lebih kacak daripada Brad Pitt. Tapi, tak perlulah kau tenung aku sampai macam tu sekali. Lagipun, aku ni memang tak ada ciri-ciri lelaki idaman kau pun, kan!” Sindirannya membuatkan aku terus memejamkan mata seketika. Nasib baik tak terlompat keluar jantungku ini. Aduh, dia perasan la pulak aku tengok dia tadi! Sudahlah tu, perasan ‘handsome’ pulak!
“Perasan. Bila masa saya tengok awak? Saya tengah pandang bangunan-bangunan yang baru dibina kat seberang jalan tu lah!” Dengan lancar aku menepis kata-katanya. Wahai mata, lain kali janganlah mendarat lama-lama kat wajahnya tu. Marahku di dalam hati. Lelaki itu kulihat diam sahaja. Mungkin percaya dengan kata-kataku.
“So, dah lama kau buat kerja tu?” Sekali lagi dia mengulangi soalan tadi. Tanpa memandang ke arahnya aku terus bersuara.
“Kerja apa?” Berkerut sedikit dahiku ketika ini.
“Kutuk aku dalam kelas.” Jawabnya dengan nada tidak puas hati sambil mengerling ke arahku sekilas.
“Eh, terasa ke? Rasa-rasanya saya tak mention nama awak dalam kertas tu.” Sengaja hendak menyakitkan hatinya, aku terus berkata begitu. Wajah tegang lelaki itu kujeling sekilas untuk melihat reaksinya.
“Kau ingat aku bodoh?! Macamlah kau ada abang lain kat dalam dunia ni.” Bentak si bapak singa bersama wajah yang semakin tegang. Dia marah-marah macam ni pun, aku rasa wajahnya menarik juga. Memang nampaknya aku perlu ikut Niza untuk berjumpa pakar mata. Bak kata Jue, dah kelabu agaknya mataku ini. Entah kenapa, seronok pula membuatkan dia marah begini. Lagipun, tak salah rasanya kalau sesekali aku pula menyakitkan hatinya.
“Siapa makan cili dia lah rasa pedasnya kan?” Soalku dengan nada yang sinis bersama ketawa yang dibuat-buat di hujung ayat. Sebiji seperti yang dilakukan kepadaku selalu.
“What??!” Tengkingnya. Dengan kasar dia membelok masuk ke dalam rumah. Setelah enjin dimatikan, lelaki itu terus menanggalkan kaca matanya dan menjeling tajam ke arahku. Nampaknya bom bakal meletup sebentar lagi.
“Ulang balik ayat kau tadi.” Tengking si bapak singa. Matanya masih memanah ke arahku membuatkan aku berasa sedikit gerun pula.Baik aku ubah topik sekarang.
“Nothing. By the way, saya nak cakap sikit.” Ujarku sambil merapatkan fail ke dada.
“Kalau tak puas hati dengan saya pun, tak perlulah nak heret kawan saya sekali. Diorang tu tak bersalah pun.” Dengan besungguh-sungguh aku menuturkan ayat itu.
“Tak bersalah kau cakap?! For your information, aku denda korang sebab korang tak beri perhatian dalam kelas. Bukan sebab lain!” Bentak Abang Nazrin yang kemudian melangkah keluar dari kereta. Mati-mati aku ingat dia mendenda kami sebab sakit hati dengan apa yang ditulis olehku kat dalam kertas tu. Tapi kalau difikirkan balik, mana-mana pensyarah pun tidak suka kalau pelajar tidak memberi perhatian di dalam kelas. Setelah menarik nafas dalam-dalam, aku terus membuka pintu kenderaan.
“Doktor Nazrin.” Panggilku membuatkan langkah kaki lelaki itu terhenti seketika. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
“Boleh tak awak tolong beritahu dengan kawan awak, si Alif tu, jangan tegur saya kat kampus. Tambah-tambah apabila saya berada bersama kawan-kawan saya.” Aku tidak mahu kerana mulut Phua Chu Kang tu, Niza, Jue, Mai dan Husna akan mengesyakiku lagi. Sekali dua bolehlah aku berdolak-dalih. Tapi, kalau dah banyak kali sangat, pasti mereka akan sangsi denganku.
“Kau cakaplah sendiri dengan dia.” Selamba sahaja ayat yang keluar dari mulut Abang Nazrin. Ah, dah kuagak. Memang susah hendak mintak tolong dari si dia ni.
“Masalahnya, saya tak ada nombor telefon atau email address dia. Tadi, dia tanya saya, kenapa saya tak lunch dengan suami saya. Nasib baik kawan-kawan tak syak apa-apa tau!” Aku terus menceritakan kejadian di kafe tengahari tadi. Dengan harapan, dia faham kenapa aku menyuruhnya berkata begitu kepada Alif.
“What’s wrong with that question?”Aku tidak menduga dia akan bertanya soalan itu kepadaku.
“What’s wrong? You asked me what’s wrong?” Nada suaraku sudah mula meninggi sedikit. Risau juga kalau nenek yang berada di dalam rumah terdengar perbualan kami.
“Yeah..memang betul pun kau ada suami kan? Kau tak nak mengaku yang kau tu isteri orang ke?” Sinis sahaja soalannya membuatkan aku semakin geram.

“Memang saya ni isteri orang! Tapi, isteri separuh masa aje. Awak melayan saya sebagai isteri hanya di hadapan orang tertentu sahaja. Awak yang mulakan semua ini, masakan awak terlupa pulak, Dr. Nazrin?! Dah nyanyuk agaknya!”
“Kau cakap aku nyanyuk?!” Mata dikecilkan sedikit ketika berkata begitu. Aku pula terus bersuara dengan tegas.
“Saya tak nak bertekak dengan awak. Saya cuma nak awak beritahu Alif apa yang saya katakan tadi tu.. Kawan-kawan saya tak tahu yang saya ni dah kahwin dan saya tak mahu kerana mulut tempayannya tu, rahsia ini terbongkar.” Laju sahaja ayat-ayat itu keluar dari mulutku.
“Medina Izwani.” Untuk kesekian kalinya dia menyebut nama penuhku.
“What?” Soalku. Mata kujegilkan sedikit.
“That’s your problem. Not mine. So, solve it yourself.” Bersama senyuman sinis dia berkata begitu. Berat sangatkah permintaan aku tu? Ataupun lelaki ini sengaja hendak menyakitkan hatiku?!
“Berat sangat..” Ayat yang sepatutnya berbunyi ‘berat sangatkah permintaan saya tu?’tidak sempat kuhabiskan apabila nenek tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Nazrin, Wani..dah lama sampai? Apa yang berat sangat tu Wani?” Laung wanita itu. Otakku ligat mencari alasan. Si bapak singa pula kulihat seronok benar melihat keadaanku yang sudah pun sedikit kalut.
“Er..beg ni beratlah nek.Tiba-tiba pulak rasa lenguh tangan ni. Maklumlah, buku kat dalam beg ni tebal-tebal belaka.” Jawabku yang terus memicit-micit lengan kanan. Entah logik atau tidak jawapan yang kuberikan ini, aku pun tak tahu.
“Kenapa tak cakap awal-awal dengan abang? Boleh abang tolong bawakan. Kaki lenguh tak? Boleh jalan tak ni? Ke nak abang dukung aje?” Bersama senyuman nakal, dia berkata begitu membuatkan dadaku berdegup sedikit laju. Ah, bila agaknya situasi-situasi yang merimaskan ini akan berakhir? Tahap lakonan lelaki ini bukan sahaja berada di tahap cemerlang, akhir-akhir ini. Tapi, sudah boleh dikategorikan sebagai ‘over acting’!
“Amboi Nazrin, ke situ pulak kamu. Tak sabar-sabar nak dukung Wani.” Nenek tersenyum senang sambil berkata begitu membuatkan aku benar-benar tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana. Lalu, aku mengambil jalan pintas untuk lari dari sini. Tanpa memandang ke arah Abang Nazrin, aku terus melangkah menghampiri nenek.
“Nek, Wani sakit perutlah. Wani masuk dulu ye.” Ujarku sambil berlari anak masuk ke dalam rumah. Nasib baik otakku cepat bertindak mencari idea yang bernas seperti ini. Kalau tidak, entah apa lagi yang akan keluar dari mulut si bapak singa tu! Agaknya selepas ini, lelaki itu bolehlah tukar profesion menjadi pelakon pulak!
***

-------------------------------------------------------------------------------------

Bab 23
Rasanya kalau ada bayaran yang dikenakan untuk menambah bilangan jam dalam sehari, aku dan rakan-rakanku pasti sudah bersedia untuk membuat bayaran. 24 jam kurasakan tidak cukup untuk menyelesaikan semua tugasan yang ada. Memang padat betul jadual kami tiga hari kebelakangan ni. Walaubagaimanapun, nafas lega sudah pun boleh dihembus sedikit kerana pembentangan untuk kelas tutorial Abang Nazrin telah pun kami selesaikan sebentar tadi. Selepas ini, bolehlah kami menumpukan perhatian dengan hati yang tenang terhadap tugasan lain. Kerana terlalu gembira dapat menghabiskan ‘slide-slide’ powerpoint untuk presentation nanti, Jue dengan murah hati belanja kami berempat minum petang di kafe yang letaknya berhadapan dengan padang bola ini. Seperti biasa,kami berbual sambil bergelak ketawa dan menikmati kuih muih yang terhidang di atas meja. Reda sedikit tekanan yang melanda diri ketika ini.
“Assalamualaikum.” Perbualan kami terhenti seketika apabila seorang lelaki menghampiri meja. Aku mendongakkan kepala sedikit memandang ke arah lelaki itu.
“Waalaikumussalam..” Jawab kami dengan serentak. Lelaki yang berseluar paras lutut dan berjersi merah itu tersenyum manis ke arahku.
“Ingat saya lagi?” Soalnya. Aku pula terus mengecilkan mata sedikit. Kawan-kawanku pula kulihat mengikuti perbualan kami dengan penuh minat.
“Kita pernah bertemu ke?” Soalku yang masih cuba mengingati wajah lelaki ini. Rasa macam pernah jumpa tetapi aku betul-betul tidak pasti di mana.
“Oh, dah lupa ye? Maklumlah, orang tak handsome macam saya ni, memang susah sikit orang nak ingat. Lagipun orang cantik macam awak, mesti ramai kawan kan..” Ujar lelaki itu, sedikit jauh hati. Ha, betullah tu! Saya memang ada ramai kawan, selain itu, saya juga ada suami! Hatiku berkata-kata saat ini.
“Eh, ke situ pulak. Tapi, saya betul-betul tak ingatlah.” Bersama ketawa kecil, aku berkata begitu. Memang aku agak lemah sedikit dalam mengingati wajah manusia kat dalam kampus ni. Lagipun, kepalaku tengah penuh dengan formula-formula fizik yang bermacam-macam tu. Tak ada ruang untuk ingat benda lain dah.
“Awak ingat tak satu pagi ni, awak kelam-kabut sangat melangkah sampai terlanggar saya. Then, fail awak..” Aku dah ingat! Terbayang insiden yang terjadi pada pagi tu.
“Oh, okay! I remember!” Terus sahaja aku memotong kata-katanya sambil menganggukkan kepala beberapa kali. Rakan-rakanku masih lagi diam dan memasang telinga. Bukan aku tak tahu, mereka yang mesra alam ni, menunggu masa aje untuk mencelah.
“Ha..ingat pun. Tak sempat nak berkenalan hari tu. By the way, saya Zafril.” Ujarnya bersama senyuman lega di bibir. Lega kerana akhirnya daya ingatanku berfungsi, agaknya.
“Saya Medina Izwani. Ni kawan-kawan saya. Mai, Jue, Husna dan yang ni Niza.” Rakan-rakanku hanya tersenyum dan mengangguk sahaja apabila aku memperkenalkan mereka kepada Zafril.
“Duduklah.” Tiba-tiba sahaja Niza yang terlebih mesra itu mempelawa Zafril untuk duduk bersama kami. Aku pula terus menendang kakinya, tanda protes. Pandai-pandai betul ajak orang yang tak dikenali duduk semeja.
“It’s okay. Saya nak beli kuih aje ni. Lepas tu terus nak balik. Tak selesalah nak lepak lama-lama dengan badan melekit macam ni.” Lega rasanya apabila mendengar jawapan yang diberikan Zafril.
“Awak baru habis bersukan ke?” Soal Niza. Mai, Jue dan Husna juga kulihat sedang menanti jawapan lelaki itu. Berminat betul.
“Yup. Hari ini ada perlawanan bola sepak dengan fakulti lain.” Jawabnya sambil tersenyum. Kami hanya menganggukkan kepala sahaja.
“By the way, Medina..awak ada email.. or phone number, perhaps?” Terdiam seketika mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mahukan email dan nombor telefonku?
“Err..untuk apa ye?”Soalku seperti orang bodoh.
“Macam mana nak keep in touch kalau saya tak boleh contact awak? Honestly, saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi.” Jawapannya membuatkan aku menjadi tidak senang duduk. Walaupun aku ni isteri separuh masa Abang Nazrin, aku tetap isteri orang. Mana boleh aku berkenalan dengan lelaki lain.
“Wow..” Niza kulihat seronok benar dengan situasi sekarang. Husna, Mai dan Jue pula kulihat tersenyum-senyum sambil membuat isyarat kepadaku. Isyarat yang aku sendiri tidak faham dan tidak berminat untuk faham!
“Err..saya..” Belum pun sempat aku mereka alasan, Niza sekali lagi bersuara.
“Eleh, Dina. Segan-segan pulak. Sekejap ye, saya tulis email dan nombor telefon Medina kat atas kertas ni.” Dengan pantas gadis itu mengeluarkan pen dan kertas daripada dalam beg.
“Niza!” Terjerit kecil aku jadinya apabila Niza sudah mula mencoretkan nombor telefonku di atas kertas.
“Sorry la..kawan saya ni memang pemalu sikit.” Selamba sahaja Mai berkata begitu kepada Zafril membuatkan aku semakin tidak selesa. Niza kulihat terus menyerahkan kertas tersebut kepada lelaki itu.
“Thank you! Saya minta diri dulu ye. Medina, I’ll give you a call later.” Kata lelaki itu dan kemudian beredar ke arah salah seorang pelayan restoran. Plastik berisi kuih-muih dan air yang dihulurkan oleh pelayan tersebut dicapainya. Sempat lagi dia tersenyum sebelum melangkah keluar dari restoran. Melihat senyuman lelaki itu, bertambah sesak otakku jadinya saat ini.
“Mak aku cakap kan, jangan juai mahai sangat. Masa kat kampus ni la masanya hang nak cari boyfriend pun. Kalau dah keluaq universiti nanti, susah hang tau. Asai handsome dan kerja bagus lelaki tu, mesti dah kahwin. Tu yang ramai dok sangkut dengan laki orang tu. Tak kurang jugak banyak yang jadi andartu!” Ujar Jue kepadaku. Aku memicit kepala yang semakin bingung dengan tangan kanan.
“Isk, kau ni Jue. Jodoh pertemuan kan, kat tangan Allah?” Soalku sedikit kasar. Aku betul-betul tidak senang dengan keadaan ini. Aku menjeling tajam ke arah Niza yang kulihat hanya mampu tersengih seperti kerang busuk ke arahku.
“Memang betoi, tapi hang jangan tak tau, Allah suruh kita berusaha. Tak dak usaha, mana nak ada hasilnya.” Bidas Jue pula. Aku meraupkan wajah berkali-kali.
“Masalahnya, aku tak berminat nak cari calon suami sekarang! Korang faham tak?” Bentakku lagi. Tapi, nada suara kurendahkan sedikit kerana tidak mahu pelanggan-pelanggan yang berada di meja sebelah terdengar pula perbualan kami.
“Hang kenai-kenai sajalah dulu. Kami bukan nak suruh hang bercinta pun!” Gila! Aku sudah ada suami, mana boleh macam tu. Ah, semua ni salah aku juga kerana tidak berterus-terang tentang statusku. Mereka berempat mati-mati ingatkan aku masih solo.
“Betul tu Wani. Tak salah kalau kenal-kenal dulu.” Sampuk Husna membuatkan aku menjegilkan mata ke arah gadis itu.
“Tak salah kau cakap? Ah, korang memang tak faham!” Aku terus menggelengkan kepala beberapa kali. Masalah lama yang bertimbun pun tidak dapat kuselesaikan, kini bertambah pula masalah baru. Nasib, nasib! Dengan kepala yang sarat dengan masalah, aku membuang pandang ke arah padang yang terbentang di hadapan kami.
“Psstt...pstttt...psstttt.” Jue bersuara sambil menyiku lembut lenganku.
“Apa kena kau ni? Macam ular sawa nak beranak aje!” Dengan geram aku berkata begitu.
“Tu, Dr. Nazrin.” Kami berempat menoleh ke sebelah kanan. Lelaki yang berpakaian sama seperti Zafril tadi kulihat sedang berbual dengan rakan-rakannya. Mungkin dia tidak perasan kehadiran kami di sini.
“Ala, lambat seminitlah, kalau tak boleh berkenalan dengan bakal adik ipar!” Sekali lagi aku rasa ingin melempang si Niza. Suka-suka hati sahaja berkata begitu.
“Hoi! Mulut kau ni memang takde insurans!” Marahku. Niza pula terus meminta maaf sambil tersengih menayang giginya yang putih. Ah, itu sahajalah modalnya kalau kena marah. Rakan-rakanku kemudiannya menyambung kembali perbualan mereka. Kali ini, Zafril pula yang menjadi topik perbualan. Malas betul.
Aku hanya ingin pulang sahaja saat ini. Tambah-tambah Abang Nazrin juga ada di sini.
Sesekali aku menjeling ke arah lelaki yang sedang berbual dengan rakan-rakannya itu. Apabila pandangan kami bertemu, aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Memang ramai lelaki yang kacak di dalam kampus ni, tetapi entah kenapa, di mata dan di hati, Abang Nazrin tetap juga berada di tangga nombor 1. ‘Mungkin sebab dia suami kau kut..’ Ada suara berkata begitu saat ini kepadaku. Bunyi mesej masuk menghentikan lamunanku. Aku terus mengeluarkan telefon bimbit daripada dalam beg. Ah, jangan-jangan si Zafril! Jus oren kusedut dengan perlahan sambil membaca mesej yang baru kuterima itu.
“Siapa lelaki tadi tu? So, lelaki macam tulah yang menepati ciri-ciri lelaki idaman kau? Good for you then!”
Nasib baik tidak tersembur air yang berada di dalam mulut. Aku membaca sekali lagi mesej tersebut. Memang sah, dia nampak apa yang terjadi tadi. Dengan perlahan aku mengangkat wajah dan memandang ke arah lelaki itu. Dia kulihat masih lagi seperti tadi. Sibuk berbual dengan rakan-rakannya sambil bergelak ketawa. Nampak seperti tidak kisah langsung. Benarkah dia tidak kisah kalau aku ada lelaki lain? Memang aku teringin sangat untuk menyelami hatinya ketika ini. Cemburukah dia dengan Zafril? Ataupun sedikit pun dia tidak kisah, kerana rasa cintanya untukku memang tidak pernah ada.
-------------------------------------------------------------------------------------
bab 24

Bab 24
Rimas. Itulah satu-satunya perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaanku ketika ini. Ish, macam mana aku nak buat kerja kalau mata lelaki itu asyik tenung aku aje? Sebijik seperti seorang warden yang sedang mengawasi banduan di penjara. Ah, jangan-jangan dia ingin bertanya tentang Zafril. Maklumlah, aku masih belum membalas kiriman ‘sms’nya petang tadi.
Sekali lagi aku menjeling ke arah lelaki itu. Memang matanya masih memanah ke sini. Ah, semakin susah rasanya untuk membuat kerja. Sudahlah malam ini merupakan kali pertama aku akan memasak ketam masak cili api tanpa bantuan nenek dan Mak Timah. Kalau tak sedap, memang lelaki inilah penyebabnya. Aduh, Wani, kau pun satu jugak! Yang kau tawarkan diri untuk masak sendirian tu, kenapa? Aku memarahi diri sendiri saat ini. Bersama sebuah keluhan, senduk kuletakkan di atas sebuah piring kecil. Kemudian, aku terus menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang berpeluk tubuh itu. Di sebalik wajahnya yang serius, aku tertanya-tanya juga apa yang sedang bermain di fikirkannya.
“Yes, Dr. Nazrin. What can I do for you?” Soalku dengan sinis sambil bercekak pinggang. Geram betul aku dengan lelaki ini.
“Nothing.” Selamba sahaja dia berkata begitu membuatkan darahku semakin mendidih.
“Nothing? Why are you here, then?” Tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu, aku bertanya soalan lain pula. Apron di badan kubetulkan sedikit.
“Suka hati akulah. Ni kan rumah aku. Kau lupa ke?” Dengan kasar lelaki berbaju t-shirt hitam itu berkata begitu. Memang nak cari fasal dengan aku lagilah tu! Sudahlah hati aku masih lagi sakit apabila memikirkan tentang ‘presentation’ yang terpaksa dibuat di hadapan kelas nanti. Dengan perasaan yang sebal, aku terus menggelengkan kepala dan bersuara.
“Tak. Saya tak pernah lupa yang saya hanya menumpang aje kat sini. Tapi, saya tak tahu pulak, awak suka sangat pandang muka saya ni!” Piring-piring yang berada di atas meja kucapai dan aku terus memasukkan ke dalam sinki. Lelaki itu mengikuti gerak-geriku dengan pandangan matanya sebelum bersuara dengan sinis.

“Ey, kau jangan nak perasanlah. Aku cuma nak pastikan yang kau tak rosakkan barang-barang kat dapur ni.” Kurang asam! Tangan yang tadinya lincah mengemas meja dapur kini terhenti seketika. Mata kupanahkan tepat ke dalam matanya. Ingat aku ni teruk sangat ke sampai nak rosakkan harta benda orang lain? Memang lelaki ini dah lebih.
“Awak jangan nak cakap sembarangannya ye, Dr. Nazrin! Tak pernah ada niat pun kat dalam hati saya ni, nak rosakkan harta benda awak!” Tegasku dengan suara yang lantang. Nasib baiklah nenek dan Mak Timah berada di ruang atas. Kalau tidak, pasti mereka dah terdengar suaraku yang merdu ini berkumandang dengan nyaringnya.
“Baguslah kalau kau tak ada niat macam tu. Tapi tak salahkan kalau aku berjaga-jaga.” Balas lelaki itu dengan selamba, menambahkan panas di hatiku. Bibir kuketap dengan geram manakala mataku pula masih lagi menjeling tajam ke arahnya. Lelaki itu kulihat meneguk sedikit air Peel Fresh oren dari dalam kotak sebelum bersuara lagi.
“Pelik juga bila nenek beritahu aku yang kau tak benarkan nenek dan Mak Timah tolong kau masak malam ni.”
Itu pun nak pelik ke? Memang betul aku tak benarkan mereka menolongku malam ini kerana aku rasa bersalah sangat dengan mereka. Mana tidaknya, akhir-akhir ini, asyik mereka sahaja yang masakkan makan malam untuk aku dan Abang Nazrin. Aku langsung tidak dapat membantu mereka gara-gara terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan yang semakin menimbun tu. Aku tahu nenek tidak kisah tetapi aku sangat tidak selesa dengan keadaan ini. Jadi, tidak salahkan kalau aku biarkan mereka berehat dan menawarkan diri untuk masak malam ini?
“Apa yang pelik sangat? Memang saya tak benarkan diorang tolong saya malam ni. Saya malu dan tak selesalah. Asyik diorang aje yang masakkan untuk saya. Apa salahnya kalau mereka berehat untuk malam ni?” Jawapan yang berada di dalam fikiran kini kulontarkan kepada lelaki itu. Kepalanya dianggukkan sedikit, seperti faham dengan apa yang aku katakan.
“Oh..ingatkan kau ada agenda lain.” Bidas lelaki itu dengan sinis sambil memasukkan kembali kotak Peel Fresh ke dalam peti sejuk. Memang sah dia ni tak faham bahasa!
“What agenda?” Bulat mataku menjegil ke arahnya. Nak tuduh aku yang bukan-bukan lagilah tu.

“Mana tahu, kau nak letakkan sesuatu dalam lauk tu ke..ataupun kau nak rosakkan barang-barang kat sini sebab nak balas dendam kat aku.” Jawab si bapak singa itu. Aku menggenggam jemariku dengan kuat. Ikutkan hati, ingin sahaja aku mencekik lelaki ini.
“Kau masih marah sebab aku suruh kau dan kawan-kawan kau buat pembentangan minggu hadapan kan?” Terjungkit sedikit sebelah keningnya ketika bertanya soalan itu. Dasar singa hutan!
“Memang! Ikut hati saya yang masih panas, nak aje saya letakkan racun tikus dalam lauk ni. Khas untuk awak! Tapi, awak jangan risau, saya tak sekejam tu. Saya masih waras lagi.” Bidasku dengan kasar dan dengan pantas lelaki itu membalas kata-kataku.
“Aku tetap tak akan benarkan kau masak sorang-sorang kat sini. I am not willing to take the risk.” Lelaki itu kulihat sudahpun melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memerhati ke arahku dengan tajam.
“Suka hati awaklah. Tapi, tak perlulah nak perhatikan saya seperti seorang warden penjara mengawasi banduan.” Bentakku sebelum meninggalkan lelaki itu dan bergerak ke arah sinki. Takut juga asyik sangat bertekak dengan si bapak singa tu, lambat pula sup sayur untuk nenek siap nanti.
“Mata aku, suka hati akulah!” Kata-kata lelaki itu kuabaikan sahaja, Sedikit pun aku tidak menoleh ke arahnya. Beberapa jenis sayur-sayuran kubasuh dengan sebersih-bersihnya sebelum menutup pili air. Kemudian, aku membawa bekas berisi sayur-rayuran itu ke meja dan melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak berhadapan dengan lelaki itu.
Aku tahu dia sedang mengawasiku tetapi aku buat bodoh sahaja. Tanganku lincah memotong cendawan tiram dan memasukkan ke dalam sebuah mangkuk. Bukan aku tak tahu yang nenek sangat menggemari cendawan ini. Mengingatkan tentang nenek, bibirku tersenyum sedikit. Aku benar-benar bertuah dapat menjadi cucu wanita yang sangat penyayang itu. Tidak pernah dia membeza-bezakan kasih sayang di antara aku dan Abang Nazrin.
Setelah selesai memotong cendawan, aku terus memotong sayuran-sayuran lain pula. Otakku masih lagi memikirkan tentang nenek. Kerana layannya yang terlalu baik terhadapku itulah, aku tak sanggup untuk menghampakan permintaannya satu ketika dulu. Biarlah aku berkorban, kalau itu mampu membahagiakan wanita itu.

Lamunanku terhenti apabila terpandang ke arah Abang Nazrin. Lelaki itu kulihat sedang enak memasukkan tomato-tomato yang telah kuhiris cantik ke dalam mulut. Mata kuhalakan ke dalam mangkuk berisi sayur-sayuran di hadapanku. Tidak ada langsung bayang tomato di dalam mangkuk tersebut! Hati yang baru sahaja sejuk sebentar tadi kini panas semula. Nampaknya semua tomato yang telah kuhiris kini sudah pun masuk ke dalam perut lelaki itu! Memang kurang asam!
“Boleh tak kalau awak ambil tomato lain kat dalam peti sejuk? Tomato yang saya hiris tadi tu untuk letak kat dalam sup.” Bentakku dengan kasar. Berkerut-kerut wajahku ketika ini.
“Aku yang beli semua tomato tu, kenapa pulak aku tak boleh makan?” Jawapannya yang selamba itu benar-benar membuatkanku hilang sabar. Lagaknya seperti tidak melakukan kesalahan langsung. Kemudian, hirisan lobak merah yang berada di dalam mangkuk pula dicapainya dan dimasukkan ke dalam mulut. Buntang mataku memerhati kelakuan lelaki itu. Sabar, Wani..sabar! Kan sabar tu separuh daripada iman. Aku cuba untuk memujuk hati tetapi, nampaknya aku sudah tak dapat bersabar lagi.
“Awak ni memang sengaja nak naikkan darah saya kan?!” Terhambur juga kata-kata tersebut keluar dari mulut dengan lantangnya. Memang dia suka agaknya bertekak denganku. Lelaki itu kulihat diam sahaja. Seperti tidak berminat untuk menjawab kata-kataku tetapi tangannya sekali lagi dimasukkan ke dalam mangkuk berisi lobak merah membuatkan aku terus bangun berdiri.
“Ya Allah! Dr. Nazrin, boleh tak awak tinggalkan saya sorang-sorang kat sini? Sekali lagi awak makan carrot tu, saya akan cekik awak.” Dengan nada yang tegas, aku memberikan amaran kepada lelaki itu. Aku kemudiannya melangkah dengan kasar menuju ke arah peti sejuk. Dengan darah yang semakin hebat menggelegak, aku mengeluarkan beberapa biji lobak merah dan tomato dari dalam peti sejuk. Kemudian aku terus membasuh sayur-sayuran tersebut sebelum meletakkannya ke dalam sebuah bekas berwarna putih di atas meja. Dengan geram, aku melabuhkan punggung kembali di atas kerusi.

Baru sahaja tanganku ingin mencapai pisau untuk menghiris tomato, lelaki itu bersuara dengan sinis.
“Ada hati nak cekik aku. Berani ke?” Ada tawa kecil di hujung ayat menyebabkan aku tidak dapat lagi membendung rasa geram yang sudah lama bermukim di dalam hati. Aku terus bangun dari kerusi.
“Awak ingat saya tak berani?” Soalku yang menikam matanya dengan tajam. Abang Nazrin kulihat terus berdiri dan melangkah menghampiriku. Bau wangian Issey Miyake yang menusuk masuk ke dalam hidung memberitahuku yang jarak di antara kami sangat rapat ketika ini. Aku terus mendongak ke arah lelaki itu. Sepasang mata miliknya yang sedang memandang ke arahku membuatkan dadaku menjadi semakin berdebar-debar. Wani, kau bukan kena jumpa pakar mata aje, tapi, kau perlu jumpa pakar jantung sekali! Hatiku berkata-kata saat ini.
“Cekiklah kalau kau berani. Tunggu apa lagi?” Memang lelaki ini sengaja ingin mencabarku! Tapi, entah kenapa aku seperti kehilangan kata-kata pula. Debaran yang semakin menjadi-jadi membuatkan aku terus kaku dan hanya mampu memandang ke arahnya sahaja.
“Eh Nazrin, kat sini rupanya kamu. Mati-mati nenek ingatkan kamu ada kat atas tadi.” Nenek! Kami terus menoleh ke arah nenek dengan serentak. Abang Nazrin menjarakkan sedikit kedudukannya dariku.
“Nenek..buat apa kat sini? Kan Wani dah cakap, nenek tak perlu tolong Wani. Biar Wani aje yang masak untuk makan malam.” Ujarku sambil tersenyum sumbing. Punggung kulabuhkan kembali ke atas kerusi sambil meneruskan kerja-kerja memotong sayur yang terbengkalai tadi. Kalau tidak kerana si bapak singa itu, pasti sup sayur telah pun mendidih di atas dapur saat ini. Isk, sakitnya hatiku.
“Mak Timah kamu tengah berbual dengan anak buahnya tu. Nenek bosanlah Wani.” Rungut nenek. Aku tahu, Mak Timah memang rapat dengan anak buahnya. Selalu juga dia berbual di telefon dengan anak kepada kakaknya tu.
“Nek..betul kata Wani tu, nenek pergilah rehat.” Abang Nazrin pula cuba untuk memujuk nenek. Tapi entah kenapa, aku lebih selesa apabila nenek berada sekali denganku di sini. Sekurang-kurangnya, jantungku sudah kembali kepada rentak asal.
“Nenek bukan apa, kesian kat Wani, terpaksa buat kerja sorang-sorang.” Luah wanita yang berbaju kurung kedah berbunga kuning itu. Sebuah senyuman kuberikan kepada nenek sebelum bersuara.
“Tak lah nenek. Siapa cakap Wani buat kerja sorang-sorang? Wani kan chef, chef mestilah ada pembantu. Abang Nazrin dengan ikhlasnya dah pun menawarkan diri untuk tolong Wani, nek..janganlah risau.” Sengaja aku berkata begitu kerana tidak mahu nenek risau.
“Sejak bila pula kamu rajin ke dapur Nazrin? Kalau dulu, nak tengok kamu basuh pinggan sebijik pun susah.” Hendak ketawa pula apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut nenek. Memang nenek kenal sungguh dengan cucu sulungnya ni. Tiba-tiba, timbul idea gila untuk mengenakan lelaki itu.
“Sejak kahwin kot, nek..” Jawab Abang Nazrin sambil tersenyum manis kepada nenek.
“Ehhh..Abang Nazrin memang rajin basuh pinggan sejak kahwin dengan Wani, nek. Kan abang?” Aku mengiyakan kata-kata Abang Nazrin.
“Aaaa..betullah tu..” Jawab Abang Nazrin pula, khas untuk nenek. Bagus, jerat dah hampir mengena! Jeritku dengan gembira di dalam hati.
“Boleh tak tolong basuhkan pinggan mangkuk dan utensil-utensil lain kat dalam sinki tu, abang?” Tanpa membuang masa, aku terus memberikan arahan kepada lelaki itu. Serta-merta meledak ketawa di dalam dada sebaik sahaja melihat wajahnya yang sudah pun bertukar sedikit. Daripada isyarat yang diberikan oleh matanya tu, aku tahu dia tidak berpuas hati denganku.
“Boleh tak, abang?” Dengan nada manja yang dibuat-buat, aku mengulangi soalan itu sekali lagi. Lelaki itu terus sahaja menganggukkan kepala. Maklumlah, nenekkan sedang menonton drama ini. Haruslah dia berlakon dengan mantapnya.
“Mestilah boleh..anything for my wife..” Jawab lelaki itu dengan lembut. Dia kulihat kemudiannya, terus bangun dari kerusi. Masih mahu menyakatnya, aku terus memberikan arahan yang lain pula.
“Oh ye, sebelum tu, tolong padamkan api tu ye. Ketam masak cili api dah pun siap, nek.” Bersama senyuman yang paling manis aku berkata begitu kepada nenek. Abang Nazrin pula kulihat tanpa banyak soal terus menyelesaikan tugasan yang kuberikan kepadanya.
“Tak sabar nenek nak rasa masakan Wani.” Kata-kata nenek membuatkanku tersenyum dengan lebih lebar lagi.
“Sekejap aje lagi, kita dah boleh makan, nek. Tinggal nak buat sup sayur ni aje, khas untuk nenek. Kan doktor cakap nenek kena makan banyak sayur-sayuran..” Ujarku sambil ketawa kecil. Nenek tersenyum ke arahku yang baru sahaja selesai menghiris sayur-sayuran.
“Ingat jugak kamu kat nenek ye.” Aku terus menoleh ke arah wanita itu.Tangan kanannya kugenggam dengan lembut.
“Mestilah ingat. Nenek kan satu-satunya nenek yang Wani ada dalam dunia ni.” Ujarku dengan lembut sambil tersenyum penuh makna. Aku bersyukur sangat kerana Allah masih memberikanku peluang untuk merasai kasih sayang seorang nenek. Apabila terpandang ke arah mangkuk-mangkuk yang perlu dibasuh, aku terus bersuara kepada Abang Nazrin. Peluang yang jarang-jarang kudapat ini harus digunakan sebaik mungkin olehku untuk mengenakan lelaki itu. Bila lagi aku hendak membuli lelaki itu, kan?
“Abang” Dengan nada yang sangat manja, aku memanggil si bapak singa. Lelaki itu terus menutup pili air dan menoleh ke arahku.
“Yes, darling..” Jawabnya. Darling konon! Depan nenek, bolehlah bersayang-sayang dan berdarling-darling denganku.
“Tolong basuhkan mangkuk-mangkuk ni sekali ye.” Ujarku sambil menundingkan jari ke arah beberapa buah mangkuk di atas meja. Wajah lelaki itu yang semakin tegang membuatkanku ingin ketawa. Tapi, cuba kutahan sebaik mungkin. Senyuman di bibir semakin lebar apabila lelaki itu melangkah ke mari. Tapi, aku tiba-tiba tersentak apabila langkahnya terhenti betul-betul di sebelahku.
“Abang boleh tolong, tapi nak upah dulu.” Ujarnya yang terus menundukkan wajah sedikit menghampiri wajahku. Belum sempat aku berfikir apa-apa, sebuah kucupan singgah di pipi membuatkan aku terus kaku. Jantungku pula sudahpun buat hal sekali lagi. Laju degupannya seperti hendak terlompat keluar dari badan.
Memang lelaki ini dah gila! Besar mataku memandang ke arah singa hutan itu yang sempat mengenyitkan mata sebelum mengangkat mangkuk-mangkuk untuk dibawa ke sinki. Mengingatkan nenek yang berada di sebelahku membuatkan aku tidak mampu untuk bersuara. Nak cekik lelaki tu? Lagilah tak boleh. Sudahnya aku hanya menyambung kembali kerja-kerja untuk membuat sup sayur sambil cuba menenangkan hati yang semakin berserabut.
“Seronok nenek tengok korang berdua ni. Rasa nak tinggal selama-lamanya dengan kamu. Boleh Wani?” Soalan yang diajukan nenek saat ini membuatkan aku dan Abang Nazrin terdiam seketika. Lama juga mata kami mendarat di atas wajah nenek.
“A..apa salahnya nek..Wani lagi suka nenek tinggal terus dengan kami.” Akhirnya, di dalam keterpaksaan aku berkata begitu.
Abang Nazrin kulihat menganggukkan kepala sedikit, semata-mata untuk meyakinkan nenek yang kami seronok mendengar berita itu. Babak-babak mesra ini dilakonkan demi untuk meyakinkan nenek yang rumah tangga kami bebas daripada sebarang masalah. Dengan harapan nenek akan berpuas hati dan memendekkan waktu untuk tinggal bersama kami. Tapi, saat ini, semakin keliru aku jadinya. Nenek mahu tinggal dengan kami kerana suka melihat kemesraan yang terjalin di antara aku dan Abang Nazrin. Biar betul?!!
***

Bersambung :D

102 comments:

  1. thanks kak suri-Say Hello

    ReplyDelete
  2. ni yg last ke..??
    agak2 lambat tak buku ni keluar..??hehe..

    ReplyDelete
  3. ala...dah abis dah??
    best la citer ni..
    hehe..

    ReplyDelete
  4. hope novel ny bleh la cepat2 dterbitkn...x sabar nk tau ending ny...<3

    ReplyDelete
  5. 1st komen.tak sangka ada entri baru hari ni

    ReplyDelete
  6. Best best! :D Tak sabar nak tunggu citer ni diterbitkan! :D

    ReplyDelete
  7. best.ala.tak sabar la nak tunggu novel keluar

    ReplyDelete
  8. Bestnya cita ni ! Thanks kak suri ! Tak sabarnya nak tunggu cita ni kua .

    ReplyDelete
  9. uwaaaa.. sedihnya bab yg terakhir..... :'(((

    ReplyDelete
  10. hasfarina abu yazit22 January 2012 at 12:30

    tq suri kerana menghiburkan kami dengan karya2 yang mantop....doa saya semoga suri akan terus menghasilkan karya2 untuk tatapan kami semua.....<3<3<3

    ReplyDelete
  11. ruby muksan reds22 January 2012 at 12:34

    bestnyerrrr.x sabar nk bace dalam versi cetak...

    ReplyDelete
  12. best la kak suri.. tak sabar nak beli novel ni

    ReplyDelete
  13. Thanks kak suri for the post...sgt berharap novel ni akn cept berada dipasaran.....teruskn berkarya kak suri...... :-) from fb Hana Liza

    ReplyDelete
  14. arghhhhh!!! xsb nk bc smbungn dia..harap dpt dibukukan cepat ye...can't wait..

    ReplyDelete
  15. kak suri! best sangat kak! serius, saya suka cerita ISM ini. tak sabar nak beli nanti! terima kasih sekali lagi, kak suri! :) ;)

    ReplyDelete
  16. sedihnya berpisah gan nazrin gan wani....mudah2an cepat diterbitkan ye....tak sabar nak tau kisah rumahtangga mereka...walau bnyk konflk skalipun nak hpy ending nazrin & wani dan ada babies....!!!

    ReplyDelete
  17. bestnyer tak sbr sungguh tgu novelnyer....moga2 novelnya keluar cepat...:)

    ReplyDelete
  18. bestnya....xsabar tgu novelnyer keluar...moga2 novel akn cepat2 berada d pasaran....xsbr...:)

    ReplyDelete
  19. ala..nk lg suri

    ReplyDelete
  20. salam suri..setiap E3 mmg yg die hard fan nanti nantikan. Segala persoalan mengenai perhubungan mereka suami isteri mmg kami tertanya tanya..sampai bilakah Dr Nazrin yg sengal itu akan mendera secara mental keatas seorg gadis yg tg telah menjadi isterinya selama 6 tahun..tetapi masih sesabar Aishah isteri Firaun..dengan gelagat sarkastik dan kata kata sinis yg setiap detik dilontarkan bila bersama..tidak kah sigadis seorg isteri sebaik medina tu dapat menerima nya dengan hati yg terbuka dan ikhlas..
    Walaupun seisteri tlh menyayangi dan mencintai sisuami yg sengal tu..adakah perasaan itu telah memakar dihati sang suami terhadap isterinya..Bagaimana pula sizita yg gediks tu..adakah lakonannya dah dapat ditangkap dan dihidu oleh Dr Nazrin yg sengal itu..
    sape ek yg menghantar jambangan bunga kat medina adakah Dr sengal tu.. suspense juga citer ni ek..
    apa perasaan Dr sengal tu bila dapat tahu ..ada org mengirim jambangan bunga kat bini dia..adakah kejelesan nya terselah atau dia tersgtlah tak kisah..sbb hatinya bukan utk medina..
    akak harap betui betui novel ini akan dibukukan..sebab citer dan plotnya mmg best..

    ReplyDelete
  21. x sabar la nk tunggu n bca crita ni...

    ReplyDelete
  22. yke...alahai spe la yg wani plih nnt erk..pe yg akn jd antra wani,nazrin,zafri n megat nnt ye...ermm... ~nik~

    ReplyDelete
  23. wah,dr nazrin dah tangkap cinta ngn medina la.apa2 pon,terbaik.suka sangat tp yg cuaknye adalah siapa pengirim bunga tu.hehe

    ReplyDelete
  24. Saspennye... Zafri ni ade kaitan ke ngn megat? nazrin ngn wani plk aweet je... berbalas surat dkt bwh pintu... gune name singkatan N M n_n

    xsabarnye WC nak 2nggu novel ni...

    ReplyDelete
  25. so sweettt! nampaknya dr.nazrin dh mula bg perhatian kt wani... alahai x sbr la pulak menunggu novel ni kuar...

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. romantiknya medina dgn nazrin main pas-pas message bawah pintu! macam scene dlm drama korea pulak.. I like! tak sabar nak beli novel ni..congrats suri! I'm sure will buy this novel soon..keep up your good work! =)

    ReplyDelete
  28. bakal merindui M dan N nanti..huhu..gud luck kak suri..hope cepat2 la novel ni diterbitkan..hehe

    ReplyDelete
  29. one day this book will be mine! huhhu beznya last n3 nih...pnjg pulak tu.

    ReplyDelete
  30. best,best,best!
    x sbr nk beli bku ni bile dh ade kt pasaran nnti :)

    ReplyDelete
  31. best,best,best!

    x sabar nk beli bku ni ble dh kluar kt pasaran nnti :)

    ReplyDelete
  32. best3
    x sabar nk tunggu novel nie keluar di pasaran nnti.... :)

    ReplyDelete
  33. aaa!harap2 novel ISM ni kluar cepat ! saye dh xsabar2 nk bace novel dia !
    awaiting 4 yr novel !
    btw, ggod luck suri , always supporting you !

    ReplyDelete
  34. As salam kak. Thanks 4 d last entry. Sangat best. Tak sabar nak tahu kesinambungan Nazrin n Medina. Btw, kak... not to worry. Im pretty sure, like 100% sure, like so so so sure yang novel akak akan diterbitkan.... Novel ni ramai sangat follower... Memang hit la... I knew it. You deserve it. This novel deserve untuk dapat title novel paling laris. Will support you forever.

    ZueraRasiddin with love from Melaka, Malaysia. >.<

    ReplyDelete
  35. best...best......
    sedih nyer nie bab terakhir...
    tapi x sabar nk tggu novel....

    ReplyDelete
  36. x sabarnya nk tunggu novel ISM nie keluar...agak2 bila???

    ReplyDelete
  37. heeee...bestnye....sabar menunggu next episode...

    ReplyDelete
  38. Xsabar nk tunggu novel....

    ReplyDelete
  39. assalam.... sdihnye n3 20B yg last post kat sini.... kitorg harap novel ISM ni ade kat pasaran secepat yg boleh la ye.... x sabar nk bace cite selanjutnye ttg N n M ni... hehehe semoga N n M berbhgia di anding ya kak suri....

    ReplyDelete
  40. best giler...pada penerbit, cepat2 la terbitkan...memang confirm2 ramai yang akan beli ni....arghhh tak sabarnya nak tau sambungannya..
    ...suri, best sgt..sukeeeeeeeeeeeee.support u 110%..hehe

    ReplyDelete
  41. Mmg xsbr nk tgu novel ni terbit...cpt2 la ye terbitkn..

    ReplyDelete
  42. kak suri nanti kalau novel dah keluar bf tau ye =D

    ReplyDelete
  43. best!! sekali skala update la pasal dorang ni kat cni yerr.. kalo buku cpt kuar lg bagus..:P

    ReplyDelete
  44. best lah..
    harap2 cepat dipublishkan novel nie..
    tak sabar nk bace niee

    ReplyDelete
  45. thanx kaq . syer sker cter akaq . gud luck , always love u:)

    ReplyDelete
  46. suri...ism dah habis hrp2 dpt sambung citer KLIK pulak tu ye...; P

    ReplyDelete
  47. excite to read more..hopefully will publish soonest....

    ReplyDelete
  48. akak suka cite ni....x sabar nk tunggu bkunya sb nk tau ending ...hope sgt2 happy ending.

    ReplyDelete
  49. Best lah Kak Suri... btw Good Luck Untk Next Novell..:p

    ReplyDelete
  50. cite ni best!! Kak Suri teros la menulis ok.. will support u always. :) cant wait for ISM to be published.

    ReplyDelete
  51. best sngt cite nie... x sbr nak tau ape yg jd ngan wani n nazrin... can't wait 4 the novel...

    ReplyDelete
  52. best..best... tak sabar nak tunggu ISM dibukukan... excited nak beli... good luck kak Suri dan terima kasih kerana terus menghasilkan karya yang best dan mantap... ^^

    ReplyDelete
  53. ala..... hehe... kenalah tunggu lama sikit utk versi cetak.... kak suri mmg the best... M.A.I.D pun dah ada dlm koleksi.. hopefully cepatlah novel ISM ni keluar kat pasaran ya....

    -Dewi-

    ReplyDelete
  54. bestnya....cepat cepatle di bukukan...suka sgt2 cerita love within marriage and happy endings.

    ReplyDelete
  55. memang best cerita ni.bila nak keluar novel...harap cepatlah.....tak sabar nak baca..

    ReplyDelete
  56. ERMM..BILA AGAKNYA AKAN TERBUKA PINTU HATI BEKU dR nAZRIN UTK TERIMA KEIKHLASAN CINTA mEDINA iZWANI..semoga keduanya akan temui kebahagiaan...

    ReplyDelete
  57. hope cepat2 lah diterbitkan , tak sabar sangat2 sangat2 nak tengok n bace novel nih nnt , hope kesudahannye happy ending dan lebih kurg macam novel maid :)
    much love
    ur fanatic admire <3

    ReplyDelete
  58. Hope novel nieyh cepat keluar.a sbr dah nk beli..hehe :)

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum semua!! :) Terima kasih kerana sudi mengikuti ISM sampai ke bab 20 b..InsyaAllah, novel ini akan berada di pasaran semasa pesta buku..rasanya in April..:) Terbitan Kaki Novel. Kurang sikit tebalnya dr M.A.I.D..but next manuskrip, akan tebal seperti M.A.I.D..heheh..:) terima kasih semuaaa!!

    ReplyDelete
  60. tolong laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa terbitkn novel nieee scepat mgkin....xsabar2!!!hehehehehe...

    ReplyDelete
  61. x sabar nk tggu mase pesta buku nnt...Suri balik Malaysia x??? ley mintak tt nnt, heheheh

    ReplyDelete
  62. Jangan lupa bila dah keluar bagitahu kkk..
    terbaikkk

    ReplyDelete
  63. Jangan lupa bila dah keluar bagitahu kkk..
    terbaikkk

    ReplyDelete
  64. dah abis ke..seddey..

    ReplyDelete
  65. wah... hebat... sayan tunggu di pasaran...... xsabar nak tau ending.... dr nazrin and medina ni

    ReplyDelete
  66. hai kak... bila novel nie klur dlm pasaran?? rindu sgt n tak sabar2 nak tau cta lanjut..

    ReplyDelete
  67. thanks suri.... lame lagi la pesta buku 2... bln april.... huhuhu ape2hal pun... all the best suri....

    ReplyDelete
  68. x sbar nk tngu novel ni diterbitkan....

    ReplyDelete
  69. kak suri, lupa la... bila pesta buku tu? hjg bln april tu brp haribln?

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum semua..:) InsyaAllah, Suri akan berada di PWTC masa Pesta Buku Antarabangsa 2012 nanti :) Jemputlah datang ya..:)

    Violet Kim : Pesta Buku akan berlangsung pada 27
    April hingga 6 May 2012 :)

    ReplyDelete
  71. hehehe...xsbar nk tnggu novel ni=)

    ReplyDelete
  72. alaaaa...ne leh cmnie..huhu..t'gantung ag la kak suri..!!tmbah la ag erk3(mke mryu sgt2)..
    btw thumbs up kak..!!best sgt2...

    ReplyDelete
  73. best2...tak sabar tunggu novel kuar
    apepun taniah kak...

    ReplyDelete
  74. best sgt plot cte nie...xsbr rsenye nk memiliki novel nie...tahniah kak suri ryana utk jalan cte yg sgt menarik....:-)

    ReplyDelete
  75. bila pesta buku? kat kedai ade x jual time tu..dh lma tgu..

    ReplyDelete
  76. yup, i lurve it.. x sbar rsanya nk buat kleksi..

    ReplyDelete
  77. salam kak suri...nie 1st time saya baca karya kak suri......... best cerita nie......setiap e3 mmg geram btol dgn si nazrin sarkatik 2 hehehe.....

    nk tau perasaan nazrin...die mmg x suke lansung ke dgn medina......kesian medina.....sampai bila nk tanggung derita,.....hope perangai si zita akan terbongkar...huhuhu

    ReplyDelete
  78. tp mmg suke bab romantik nazrin n medina hehehe

    ReplyDelete
  79. byk org promote 'm.a.i.d' kt fb..sekali g library terjumpa buku ni..terus pinjam..hehe..mmg best..1 malam baca sampai abis..skrg ni tgh baca ISM..so far menarik sgt..congrats suri..anda mmg berbakat..

    ReplyDelete
  80. terbaeeek..novel ny mmg best ar,jalan citer yg so awesome.teruskn usaha,sesngghnya anda sngt brbkat.

    ReplyDelete
  81. best n interesting

    ReplyDelete
  82. first time baca nie best...tp tak mampu nak beli

    ReplyDelete
  83. rasa mcm sye jer yg ikut skali lam novel nie,..best sesgt..hehe

    ReplyDelete
  84. Aduhai....tengah syok..baca..bersambung laa pulak...


    Sy nak order semua novel yg suri tulis sekali sgin mcm mane nak dpt.?

    Novel M A I D dah 4kali sy bc...terbyng hero yg hensem....tak tahu knp..tapi yg pasti sy suka....

    ReplyDelete
  85. buat I menjadi kepo dengan baca cerita you

    ReplyDelete
  86. akak sambung lah .. please :)

    ReplyDelete
  87. ala dh abis dh.... smbung lh.....please...mnghrp nie...

    ReplyDelete
  88. ala dh abis dh....smbung lh kak...mghrp nie..........

    ReplyDelete
  89. nak lg !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  90. Best sangat walaupon dh lame...sorry kak, kalo lambat bace n publish this comment....sorry again n good novel i never read...

    ReplyDelete
  91. kak suri,, maybe this is too late but,, k tanya kt kedai popular penang still ada jual x novel ni,, atau kedai buku mana2 kat penang niyy!! nak2 buku niy ;((

    ReplyDelete
  92. assalamualaikum,, akak suri maybe this is abit late but still mcm mana nk dptkn buku ni sekarang? kat penang kedai buku mana yg still jual novel niyy.. nk sgt2

    ReplyDelete
  93. assalamualaikum senang sekali kalo bisa baca novel ini sampai tamat
    tapi sayang kayak'x g bisa baca lg sampai habis novelnya

    ReplyDelete
  94. kak.. best btul ni novel... novel akak masih d pasaran ke? 1st time ni aq komen kak

    ReplyDelete
  95. TENGUK DI ON LINE JE...x pandai beli kat mana..

    ReplyDelete
  96. Bstt nyee.. nk bli kt ne ye...

    ReplyDelete