Assalamualaikum semua :) Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel kedua Suri yang bertajuk Isteri Separuh Masa secara ONLINE dengan Kaki Novel, anda bolehlah berbuat demikian sekarang :) InsyaAllah, Suri akan pulang ke Malaysia untuk menandatangani 300 unit novel ini, khas buat 300 pembeli pertama Isteri Separuh Masa hujung minggu ini :)
** klik di SINI untuk melanggan secara online**
ISBN:- 978-967-5067-96-9
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI Kaki Novel: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI Kaki Novel: RM 21.00
JUMLAH MUKA SURAT : 568
Sinopsis:-
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?
Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini di MPH dan Popular, anda juga boleh berbuat demikian April nanti setelah stok sampai di sana :):):) Jutaan terima kasih Suri ucapkan kepada semua yang berminat dengan novel kedua Suri ini. Benar-benar berharap jalan ceritanya menepati cita rasa anda semua..terima kasih!! Sayang semua! :)
Much Love,
Suri :)
Dah order dekat kaki novel hari ni,
ReplyDeletetunggu sampai je dekat rumah.
tak sabar sungguh
kak suri, dah order dgn KN harini. sgt excited nk baca hasil tulisan kak suri selepas Maid!
ReplyDeleteYes..saya pn da order...
ReplyDeletetak sabar sungguh
Akak pun dah order kat KN, harap dpt TT Suri ye....
ReplyDeletesalam suri..tahniah ..akak dah order kat KN tadi..bila KN dibuka utk tempahan..so how i wish that akak dpt yr signature utk buku adik yg k2 ni..
ReplyDeletekalau kat pesta buku antarabangsa tu bila
ReplyDeletesy pun dh order n bt byrn.x sbr nk bc karya suri.
ReplyDeletesedang menunggu pos datang anta je...=)
ReplyDeletekyaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! x sabar nk baca!!! gonna buy it ASAP!
ReplyDeletesy nk tnya,tadi sy dh masukkn duit,tapi untuk bukti pmbyrn kena faks jguk ke??klu just email ja tak boleh ke??
ReplyDeleteNak sngt novel niiiii~~ Susah lh sbb ya dri Brunei. Nk order tpi kaki novel tak dpt hntr smpai ksini plak. :/
ReplyDeletedah order jugak.. tak sabarnya nak baca! :) harap2 sempat terselit dalam 300 novel yg suri akan sign ;)
ReplyDeletedh order on9 kat KN...hrp trsenarai lam 300 org yg ordr awl, dpt TT Suri...tk sbr nk tggu smpai kat tgn nih.... :)
ReplyDeletepas nih PISA plak ekk..nk wt koleksi nih, M.A.I.D aii dh ada...
alhamdulillah.sy dh pun dpt novel isteri separuh masa.tunggu nk bc jek.
ReplyDeletealhamdulillah sy dh pun hbs bc citer suri smlm.komen sy,sy puasht dgn karya suri.hope pasni ade lg karya dr suri.
ReplyDeleteagaknya novel ni dah ada di MPH blom?kalo ada esok nak p MPH midvalley
ReplyDeleteyeyeye dah dpt novel ni. Kat Popular Ampang Point dah ader...
ReplyDeletebaru beli kt popular wangsa walk!! best sgt2.. rasa puas sbb dpt tau ending dia.. ingatkn nk tunggu pesta buku,tpi da xsabar sgt nk tau apa jadi dgn dorg!! cite ni best!
ReplyDeletedah baca... best sgt... happy ending... tu yg plg penting... thumb up kat suri... good job...
ReplyDeletesy dh 5x try register kat KN tp x berjaya.ntah problem apa. xdpt nak bli online.. xsempat lg nk p bli kat MPH ;(
ReplyDeleteRosy dah selesai 2 kali khatam.. Ha..ha.. best sesangat cuma kalau Suri add suspen plot jadi panjang sikit kan lagi best.. Kat Bali tu best sangat... Anyway tahniah! Tunggu PIS? pulak... KLIK bila nak sambung? Good luck Suri.. Muahhh...
ReplyDeletenovel ni best sangat..hepi ending..novel yg buat saya asyik tersenyum bila membacanya...
ReplyDeletenovel ni best sangat..hepi ending..novel yg buat saya asyik tersenyum bila membacanya...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dah dua kali khatam buku ni.. Good job Suri but if Suri tambah dramatic Dr. Nazrin kan best.. Really suka masa Dr. tu merajuk jealous tengok Wani jumpa Zafril.. Now awaiting patiently for PIS…. KLIK macamana? Sambung jugalah Suri..…
ReplyDeletedah order tapi belom sampai.,. harap sempat la sign dari sury ryana.. dah jatuh cinta ngan hasil karya mu...
ReplyDeleteim done reading your novel !!!.best sangatttt.xsabar nk tnggu novel seterusnya.
ReplyDeleteDah Habis Baca..... Best Gileeeee... Suka Ending Dia......
ReplyDeleteMAID hari tu pun best... ni sambungan lagi... wahh tak sabar2 nak baca....
ReplyDeleteKLIK xnak smbg ke? Ai like that story :)
ReplyDeleteBila nak sambung PISA ? Hari hari buka nak tngk kalau kak Suri ada update :( Cepat please thanks ! :)
ReplyDeletebaru je habiskan novel ni,,not bad berbanding dengan MAID,,keep up :)
ReplyDeleteCongratulations. Dah habis baca and memang best. Cuma kemesraan Dr. Nazrin tu agak tidak mencukupi (hahaha, tamak kan..?)
ReplyDeletewahhh kak suri dah baca dah !! Daebak! memang terbaik serius tak menyesal beli karya kak suri.. hahahah kalau ada lagi sure haidah beli ;)
ReplyDelete