DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 29 August 2011

Isteri Separuh Masa 10

Bab 10
“Yey! Jumpa juga akhirnya!”
Aku terjerit kecil apabila terpandangkan kereta Audi milik Abang Nazrin yang berada di hadapan pintu pagar. Memang betullah ini alamat yang kucari. Sekuntum senyuman terbit di bibir kerana berjaya sampai tanpa bantuan GPS. Mataku memerhati kawasan perumahan di sini. Mewah dan tenang. Dua perkataan itu memang tepat untuk menggambarkan keadaan sekeliling.
Aku mendongak ke atas, cuba untuk mengamati keadaan rumah tetapi penglihatanku terbatas kerana pintu pagar dibina terlalu tinggi. Sebenarnya, rumah ini telah dihadiahkan papa kepada aku dan Abang Nazrin sempena perkahwinan kami dulu tetapi aku tak pernah sesekali menganggap rumah ini sebagai rumahku. Biarlah ianya menjadi milik Abang Nazrin seorang.
Dengan malas aku terus mematikan enjin dan melangkah keluar dari kenderaan. Aku kemudiannya bergerak menuju ke bahagian belakang kereta dan membuka pintu kenderaan. Baru sahaja aku ingin mengeluarkan beg pakaian, telefon bimbitku telah pun berbunyi. Aku terus menjawab panggilan sebaik sahaja nama ‘bapak singa’ terpapar pada skrin.
“Assalamualaikum.” Ucapku memulakan bicara.
“Waalaikumussalam.” Jawab lelaki itu acuh tak acuh.
“Jangan keluarkan beg tu. Malam nanti baru bawa masuk ke dalam rumah.” Arahnya.
Aku pula mulalah berasa pelik. Bayang lelaki itu tidak kelihatan tetapi bagaimana dia tahu yang aku sedang mengeluarkan beg pakaian dari dalam kereta? Jangan-jangan dia pasang CCTV tak?
“Kenapa pula?” Soalku. Banyak songeh betullah si bapak singa ni.
“Mama, papa dan nenek ada kat ruang tamu. Kau nak diorang syak apa-apa ke?” Bidas lelaki itu. Soalannya membuatkan aku terdiam seketika. Kasar sahaja suaranya tu apabila bercakap denganku.
“Diorang dah sampai?” Soalan itu kutujukan untuk diri sendiri. Jam di tangan kuperhatikan. Kata lelaki itu, mereka akan sampai malam nanti.
“Diorang naik flight. Aku pun tak sangka diorang nak sampai awal macam ni. Masuk cepat. Semua orang asyik tanyakan kau aje dari tadi. Dah naik bingit telinga aku sebab terpaksa dengar nama kau berkumandang kat dalam rumah ni!” Jawab si bapak singa. Sebelum sempat aku menjawab, talian dimatikan olehnya. Aku hanya mampu mengetap bibir saat ini.
“So rude!” Jeritku geram. Pintu kereta kututup semula.
Nampaknya beg pakaian harus kutinggalkan di dalam kereta dulu. Pasti mereka akan berasa pelik sekiranya dapat tahu yang aku masih tinggal di asrama. Aduh, leceh betullah! Aku menggaru kepala di sebalik tudung.
“Terhegeh-hegeh! Kau ingat ada dayang nak jemput kau masuk ke?” Aku terus mengurut dada sebaik sahaja mendengar suara itu. Ish, nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung, kalau tidak mahu pengsan aku kat sini.
"Lain kali, boleh tak bagi salam dulu?!" Marahku sambil memasamkan wajah. Geram betul melihat wajah selamba lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih 'Hard Rock Cafe Berlin' itu.
“By the way, saya tak berharap pun tetapi, saya tetap nak ucapkan terima kasih sebab Dr Nazrin sudi menjadi dayang untuk jemput saya masuk hari ni.” Jawabku.
Hendak meletus ketawa apabila wajah lelaki itu bertukar merah sedikit. Marah agaknya dengan jawapan yang diberikan olehku. Tanpa menunggu lebih lama, aku meninggalkannya dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah, tetapi langkahku terhenti seketika.
'Cantiknya..' Jerit hatiku.
Memang aku tak jangka yang rumah ini telah diubahsuai sampai macam ni sekali. Pandai betul arkiteknya mengubahsuai halaman rumah. Kreatif! Ada kolam renang dibina di halaman rumah ini. Walaupun tidaklah besar mana tetapi tetap menarik. Rekaan rumah pula kelihatan moden dari luar. Warna sapuan cat pada dinding yang digunakan juga menarik.
“Kau ni memang terhegeh-hegehlah! Lembab! Nak tunggu nenek keluar jemput kau dulu ke, baru nak masuk?” Soalan dari lelaki itu benar-benar telah membantutkan pemerhatianku terhadap rumah yang berdiri megah di hadapanku ini. Potong stim betul! Aku hanya mampu mengetap bibir dan mengabaikan kata-kata lelaki itu sebelum menyambung langkahku.
Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu, aku terus memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam sebelum memberi salam.
“Assalamualaikum..” Ucapku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam..” Suara papa, mama dan nenek bergema di dalam rumah ini. Mak Timah pun ada sekali. Gembiranya hatiku! Aku terus meluru ke arah mereka. Seperti sesi jejak kasih pun ada jugak ni. Selepas bersalaman dan berpelukan, aku terus mengambil tempat di sebelah mama. Abang Nazrin yang tiba-tiba duduk di sebelahku membuatkan aku merapatkan diri ke arah mama.
“Rindu sangat dengan mama, papa, nenek dan Mak Timah.” Ujarku sambil memeluk mama.
“Kami pun rindu dengan Wani dan Nazrin.” Ujar nenek. Aku hanya tersenyum manis mendengar kata-katanya itu.
“Semakin menarik rumah ni lepas ubah suai ye. Kreatif betul kawan kamu tu Nazrin.” Papa berkata kepada Abang Nazrin. Oh, kawan dia yang design...
“Alif tu memang kreatif pa..Nazrin beritahu aje apa yang Nazrin nak..terus siap!” Jawab Abang Nazrin pula sambil tersengih. Kalau orang tidak tahu bagaimana dia melayanku, pasti mereka akan berpendapat lelaki ini seorang yang mesra.
“Baguslah macam tu. Tapi, kamu jangan ikut kepala kamu aje. Pendapat daripada Wani pun kamu perlu ambil kira jugak..” Tegas kedengaran suara papa menyebabkan wajah Abang Nazrin berubah sedikit.
“Eh, mestilah papa..macam ruang dapur tu, memang ikut cadangan Wani. Maklumlah, dia yang selalu kat dapur tu.” Ya, ya sahaja dia berkata begitu. Aku pula sudah hendak termuntah hijau saat ini. Berlakon depan papa, bolehlah.
“Wani masak ke? Nenek tengok kosong aje dapur tu..” Abang Nazrin dan aku saling berpandangan apabila mendengar soalan dari nenek itu. Otakku mulalah merangka jawapan yang sesuai saat ini.
“M..masak nek. Tapi dua tiga hari ni Wani sibuk sangat dengan presentation dan kuiz, sebab tulah tak sempat nak masak.” Jawapan yang paling logik kuberikan khas buat nenek.
“Oh..patutlah” Nenek yang nampaknya berpuas hati dengan jawapan dariku, menganggukkan kepalanya berulang kali.
“Semasa Wani busy, Nazrin masaklah untuk Wani. Papa dulu selalu masakkan untuk mama kalau mama busy tau. Tolong-menolong adalah elemen yang amat penting untuk membina rumah tangga yang kukuh,.” Sampuk mama pula. Abang Nazrin kulihat menganggukkan kepala.
“Nazrin faham ma..Nazrin pun ada jugak tolong Wani masak tapi semalam Nazrin pun busy. Kami makan kat luar aje..” Jawab Abang Nazrin. Memang sedikit aje lagi, aku dah boleh muntah ni. Serius. Pandai juga lelaki ini berlakon ye.
“Ye ke? Betul Nazrin ada tolong kamu Wani?” Nenek menyoalku. Aku pula terus mengangguk.
“A..ada nenek.Abang Nazrin pandai masak. Nanti bolehlah dia masakkan untuk kita esok.” Sengaja aku berkata begitu. Padan muka bapa singa ni. Tadi bukan main ‘over’ lagi dia mereka cerita. Kononnya dia tu seorang suami yang mithali lah.
“Nenek pun teringin nak rasa masakan cucu sulung nenek ni..” Semakin lebar sengihanku mendengar kata-kata nenek. Mak Timah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat aku mengenakan Abang Nazrin.
“Boleh nek..Abang Nazrin selalu cakap, dia nak masakkan untuk nenek nanti.” Ujarku lagi.
Sengihan yang lebar kini sudah bertukar menjadi ketawa. Aku pasti lelaki ini sedang panas membara di dalam hatinya. Tapi, ketawa yang keluar tidak lama apabila tangan kanan Abang Nazrin merangkul bahuku rapat kepadanya. Seperti terkena renjatan elektrik, kaku terus aku ketika ini.
“Eh, bila abang cakap? Wani nak kenakan abang yea?” Dengan suara yang manjanya memang dibuat-buat, dia berkata begitu. Wajah pula dirapatkan kepadaku. Aku sempat menjeling kepada Mak Timah. Tapi, wanita itu nampaknya tersenyum senang sahaja memandang ke sini. Aduhai, dengan siapa nak minta tolong ni?
“Ma..mana ada. Abang yang selalu kenakan Wani.” Aku cuba menjawab kata-kata suamiku itu apabila semua mata memandang ke arahku kini. Jantung mulalah berdegup laju. Aku cuba menjauhkan diri sedikit dari lelaki itu tetapi semakin rapat pula dia denganku. Sebuah jelingan tajam kuberikan kepadanya.
“Really?” Soalnya kembali. Boleh mati kelemasan aku kalau macam ni.
“Seronok nenek tengok kamu berdua ni. Mesra betul. Kalau macam ni, memang cepatlah nenek dapat cicit nanti.” Kata-kata nenek membuatkan aku terlopong seketika. Abang Nazrin pula, tanpa disuruh terus mengangkat tangannya dari bahuku. Sebelum nenek melarat kepada perkara yang lebih kronik, aku terus bersuara.
“O..okay semua! Wani nak ke dapur kejap. Nak buat minuman.”
“Wani ni..kan tadi Mak Timah dah buatkan air. Minumlah.” Ujar Mak Timah. Aku hanya mampu menggaru kepala.
“Eh..tak nampak..” Jawabku sambil mencapai segelas air oren di atas meja. Setelah meneguk air tersebut sedikit, aku terus berdiri.
“Erm..Wani ke atas kejap yea..” Aku meminta diri.
“Eloklah tu Wani. Pergi salin baju dulu. Seronok sangat dapat jumpa kami semua agaknya sampai tudung pun lupa nak bukak.” Kata-kata nenek membuatkan aku tersenyum kelat.
“Err..agaknyalah..Wani terlupa nak bukak. Wani naik dulu ye..” Tambahku sambil membuat isyarat mata kepada Abang Nazrin supaya dia mengikutku ke atas. Kemudian, aku terus bergerak ke arah tangga. Mataku memerhati susunatur perabut pada tingkat ini. Tingkat kedua rumah menempatkan tiga bilik. Sebaik sahaja Abang Nazrin muncul di hadapanku, aku terus bersuara.
“Macam mana ni? Baju saya ada dalam kereta. Sekarang saya nak pakai baju apa?” Soalku kepada lelaki itu.
“Siapa suruh kau sampai lambat sangat? Tu masalah kau. Selesaikannya sendiri.” Ujarnya dengan selamba. Bebulu betul aku jadinya!
“Mana satu bilik saya?” Enggan berhadapan dengan lelaki ini lebih lama, aku terus bertanya soalan itu.
“This is our room.” Jawabnya sambil menundingkan jari ke arah sebuah bilik di sebelah kananku.
“Our room??” Soalku sedikit hairan. Aku terus mengikuti jejak lelaki itu masuk ke dalam bilik yang dicat dengan warna krim.
“Kau ingat aku pun nak sangat duduk sebilik dengan kau? Tu, bilik kau kat sana.” Jawabnya dengan kasar. Aku terus menoleh ke arah pintu yang memisahkan bilikku dan biliknya. Bagus juga. Mesti sesiapa pun tak akan tahu yang kami tidur di dalam bilik yang berasingan.
“Oh..connecting room. Hm..okay. Thanks.” Ujarku. Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam bilik itu, lelaki itu bersuara.
“Aku tak suka kau reka cerita yang bukan-bukan. Bila masa aku cakap nak masakkan untuk nenek?” Dari nada suaranya, aku tahu dia tidak berpuas hati denganku.
“Kalau macam tu, saya pun tak suka awak reka cerita yang bukan-bukan tentang saya juga. Bila masa saya cadangkan rekaan dapur tu kepada arkitek? Pijak dapur tu pun saya tak pernah, inikan pula nak masak kat situ. Semua tu cerita rekaan awak kan?” Soalku tidak mahu kalah. Oh, salah aku aje yang dia nampak.
“Okay, fine. Boleh reka cerita ikut keadaan tetapi tak perlulah ‘over’ sangat.” Jawab lelaki itu.
“Kalau Dr. Nazrin boleh, saya pun boleh jugak. Yang awak pegang-pegang saya tadi tu tak ‘over’ ke?” Soalku lagi membuatkan lelaki itu tersentak seketika.
“Memang susahlah cakap dengan kau ni!” Tengkingnya yang kemudian melangkah keluar dari bilik. Aku pula terus mencebikkan bibir. Ish!!
“Aduh..aku nak pakai baju apa ni??” Soalku pada diri sendiri.
Niat di hati ingin mendapatkan bantuan lelaki itu tetapi niat itu kukuburkan sahaja akhirnya. Bukan apa, aku sudah tahu jawapan yang bakal diberikan olehnya. Pasti dia akan berkata begini ‘masalah kau, pandai-pandailah kau selesaikan sendiri.’ Oh, nak aku selesaikan sendiri ye? Boleh, memang boleh.
Aku terus meluru ke almari baju Abang Nazrin yang berwarna coklat gelap di sebelah kananku. Dengan berhati-hati aku membuka pintu almari. Mataku meneliti baju-baju yang bergantungan. Memanglah ada t-shirt Abang Nazrin yang boleh dipakai tetapi apa pula kata mama dan yang lain-lain nanti? Aku meraupkan wajah berulang kali. Kemudian aku menarik laci di bahagian paling bawah almari. Terlopong seketika melihat baju berwarna merah jambu yang terlipat kemas di dalamnya. Dengan pantas aku menarik keluar baju tersebut.
“Baju siapa agaknya ni?” Dengan wajah yang pelik, aku terus memerhati baju gaun labuh berbunga merah di tanganku. Cantik. Seingat aku, memang aku tidak pernah ada baju ini.
“Baju siapa agaknya ni?” Sekali lagi soalan itu terpacul keluar dari bibir.
Ah, tak kisahlah baju siapa pun. Yang penting, aku harus selamatkan diriku. Sehelai tuala yang terlipat kemas juga kucapai. Dengan wajah yang lega aku terus membawa baju dan tuala berwarna biru tersebut ke dalam bilik. Masalah ni memanglah dah selesai tetapi agaknya masalah apa pula yang akan timbul nanti? Dengan lemah, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik air yang terletak di sebelah kanan bilik.

Wednesday, 17 August 2011

Isteri Separuh Masa 9

Bab 9
Tekun aku mendengar gosip-gosip terbaru di kampus ini yang sedang diceritakan oleh Niza dan Jue. Jangan tak tahu, kedua-dua orang rakanku itu memang boleh diibaratkan sebagai internet bergerak. Tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan kampus ini, pasti lancar sahaja mulut mereka memberikan jawapan. Ketawa kecil terlepas dari bibir sambil memandang ke arah wajah Jue yang beriya-iya bercerita. Sesekali dia membetulkan tudung ala-ala Hana Tajima di kepalanya.
Memang aku bersyukur sangat kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa menceriakan hidupku di kampus ini. Fokusku pada cerita Jue sedikit terganggu apabila telefon bimbitku berdering, menandakan ada mesej yang baru masuk. Ah, pasti Mai yang mesej, tak pun Husna. Tanganku pantas mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg.
+“Where are you?”
Mesej dari Abang Nazrin? Pastinya wajahku sudah pun sedikit berkerut saat ini. Rasanya mengambil tahu hal aku bukanlah sesuatu yang suka dilakukan lelaki itu. Kalau aku ghaib dari dunia ini pun silap-silap dia tak kisah.
-“Why do you want to know?”
Sengaja aku membalas mesejnya begitu. Mana aci kalau dia sahaja yang menyakitkan hati aku selalu. Macam ni barulah ‘fair and square’.
+“We need to talk NOW!.”
Dengan pantas aku membalas mesejnya.
-“Sorry, saya tak suka diganggu ketika sedang makan.”
Lagipun, untuk apa kami berbual sekiranya akhir nanti, hati aku juga yang akan sakit akibat daripada kata-katanya yang pedas itu?
-“Okay fine..tapi jangan menyesal nanti kalau apa-apa berlaku.”
Jangan menyesal? Bunyinya seperti ada perkara penting sahaja. Aku mulalah berasa tidak sedap hati saat ini. Takut nanti aku betul-betul menyesal pula kalau apa-apa terjadi. Dengan malas aku membalas mesejnya.
+“Kafe Bakti Permai.”
-“Good. I’ll be there in 5 minutes.”
Setelah itu, aku menghabiskan air sirap limau di dalam gelas. Gosip-gosip yang sedang hangat dibincangkan oleh Niza dan Jue sudah tidak kuambil pusing lagi. Di dalam kepala penuh dengan persoalan demi persoalan. Aku betul-betul pasti ada perkara penting yang ingin diberitahu lelaki itu. Hati pula mulalah berasa tidak sedap. Pinggan nasi ayam yang telah pun kosong kutolak ke tepi sambil menjeling ke arah jam di tangan.
“Medina..” Pandangan kularikan dari jam tangan kepada wajah Jue yang duduk berhadapan denganku. Mimik wajahnya kulihat pelik benar saat ini.
“Kenapa? Pucatnya muka kau macam nampak langsuir.” Soalku.
“Aku bukan nampak langsiaq, tapi tu..Dr. Nazrin dok langkah mai tu..” Jawab Jue di dalam loghat utaranya yang pekat. Entah kenapa apabila terdengar nama Abang Nazrin aku menjadi sedikit berdebar-debar pula. Padahal aku tahu dia akan ke mari.
“Ye la Medina...” Ujar Niza pula sedikit risau. Aku pula masih berlagak selamba walaupun teringin juga hendak menoleh ke belakang sebenarnya. Ah, tak payah toleh. Biar dia aje yang datang tegur aku kat sini. Hatiku berkata-kata sendiri.
“Medina Izwani. .”
Aku mendongak memandang ke arah lelaki yang segak berkemeja putih berjalur biru itu. Kacak tetapi sayang, hatinya tu keras seperti kerikil. Lelaki itu kemudiannya membuat isyarat supaya aku mengikutnya. Aku pula hanya menganggukkan kepala dan terus bangun.
“Niza, Jue..jumpa kat kelas ajelah nanti ya. Aku ada hal sikit.” Ujarku kepada rakan-rakanku itu.
“Kau nak ke mana dengan Dr. Nazrin tu?” Soal Niza. Belum sempat aku bersuara, Jue pula bertanya.
“Ni pasai kes saman hari tu, ka?” Akhirnya aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
“Ha...betullah tu. Aku pergi dulu ye.”
“Take care.” Aku hanya tersenyum tawar ke arah kedua-dua rakanku itu sebelum bergegas mengejar langkah Abang Nazrin yang sudah pun keluar dari kafe ini.
Aku mengikut langkahnya yang membawaku ke tempat letak kenderaan. Kemudian, tanpa sepatah kata, lelaki itu masuk ke dalam kereta. Apa agaknya perkara penting itu sehinggakan perlu bercakap di dalam kenderaan?
“Pindah ke rumah aku petang ni.” Itulah ayat yang keluar dari mulut lelaki itu sebaik sahaja aku masuk ke dalam keretanya.
“Untuk apa?! No way, Dr. Nazrin. Saya lebih selesa tinggal kat asrama.” Ujarku dengan tegas. Sengaja aku memanggilnya dengan panggilan itu. Lagipun, dia bukan suka sangat aku panggil dia ‘abang’.
Wajahnya kupandang dengan seribu satu persoalan di kepala. Kemudian aku menghalakan pandangan ke arah luar tingkap sahaja. Dulu, selepas sahaja kahwin, beriya-iya dia menyuruh aku beritahu dengan nenek yang aku tidak mahu mengikutnya ke United Kingdom. Kononnya aku lebih selesa belajar di Malaysia. Terasa betul hatiku ketika itu. Nampak sangat dia tidak suka berada dekat denganku. Sebab itulah aku betul-betul terkejut dengan permintaannya kali ini.
“Kau ingat aku pun suka sangat nak ajak kau ke rumah aku? Okay, fine. Suka hati kau. Pandai-pandailah kau jawab dengan mama, papa dan nenek apabila diorang sampai nanti.” Ujarnya dengan selamba. Terkejut aku mendengar kata-kata lelaki itu. Aku terus memandang ke arahnya.
“Hah? Mereka semua nak datang? Bila?” Terjerit kecil aku jadinya. Aduhai, kenapa mereka hendak datang ke sini pula?
“Malam ni.” Jawab lelaki itu.
Pandangan matanya dihalakan ke hadapan sahaja. Hatiku pula bertambah rimas apabila memikirkan tentang kedatangan mama, papa dan nenek ke sini. Aku rindukan mereka tetapi untuk berjumpa mereka bersama dengan Abang Nazrin di sini, bukanlah satu perkara yang menggembirakan hatiku.
“Bilalah agaknya masa yang sesuai untuk kita berterus-terang dengan mereka ye?” Bersama keluhan berat aku luahkan persoalan yang terbuku di dalam hati.
“Kau ingat aku tak nak berterus-terang? Tapi, kau sendiri yang tak mahu beritahu nenek, kan?” Bidas lelaki itu kepadaku. Aku menjeling tajam ke arahnya sebelum bersuara.
“Memanglah, sebab keadaan kesihatan nenek tidak stabil 2, 3 tahun kebelakangan ni. Awak sanggup ke nak beritahu nenek keadaan kita, Dr. Nazrin?”
“Aku pun tak sanggup.” Akhirnya lelaki itu berkata begitu.
“Tahu pun! Jadi jangan ikut sedap mulut aje nak salahkan saya seorang. Bukan saya tak mahu beritahu, tetapi saya tak sanggup sebab risaukan keadaan nenek. Faham?”
“Sejak bila kau pandai bercakap ni?” Soal lelaki itu kasar. Aku pula terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari kenderaan. Malas hendak bertekak dengannya.
“Saya gerak dulu. Ada kelas at 2pm.” Ujarku sebelum menutup pintu.
Aku hanya memandang kosong sahaja ke arah keretanya yang sudah pun meluncur laju menjauhi tempat ini. Kalau dahulu, memang aku gembira sangat kalau keluargaku itu hendak datang melawatku di sini. Tapi, sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasai. Fikiranku kusut memikirkan apa yang bakal terjadi nanti. Tambahan pula apabila terpaksa menginap di rumah si bapak singa itu dan berlakon menjadi suami isteri yang paling bahagia di abad ini. Runsing betullah!
***
“Mak ai! Banyaknya baju kau bawa ke sana!” Wajah Mai yang sedikit terkejut kujeling sekilas. Kata-katanya hanya kujawab dengan senyuman sahaja. Memang aku terpaksa bawa banyak baju ke sana kerana aku tidak mahu mereka tahu yang aku masih tinggal di asrama. Lagipun aku tak pasti berapa lama keluargaku itu akan berada di sini.
“Aku tak tahu berapa hari mereka akan berada di sini. Lagipun, aku takut tertinggal baju yang aku perlukan nanti. Jadi, aku bawa aje semua yang ada.” Aku memberikan jawapan yang paling relevan kepada Mai.
“Berapa lama family kau akan tinggal kat Penang ni?” Husna pula menyoalku. Hai, dah macam sesi soal siasat pula kurasakan saat ini.
“Itu aku tak pasti. Nanti aku mesej korang okay..” Jawabku jujur.
“Medina..boleh tak kami tanya kau satu soalan?” Permintaan Husna membuatkan aku mencebikkan bibirku sedikit.
“Tadi bukan main lagi korang menyoal aku tetapi tak de pulak minta izin. Soalan apa?” Soalku sambil tersenyum. Pelik betul diorang ni!
“Dr. Nazrin tu siapa ye dengan kau?” Lagi-lagi soalan itu. Memang setiap kali soalan tersebut diajukan, aku pasti terdiam seribu bahasa. Tidak tahu untuk memberikan jawapan yang macam mana. Wajah Niza kujeling sekilas.
Teruk betul rupa gadis itu ketika ini. Mulutnya dimuncungkan sedikit. Semua ini gara-gara aku tidak menjawab soalan cepu mas darinya sebentar tadi. Mata Mai, Jue dan Husna yang sedang memanah ke arahku pula tidak kuhiraukan langsung. Aku terus memasukkan baju-baju yang telah dilipat ke dalam beg pakaian sambil menjeling ke arah jam di tangan. Ah, janganlah aku lambat sampai ke rumah lelaki tu. Kalau tidak, pasti berdarah telingaku nanti kerana terpaksa mendengar bebelannya. Susah hati betul apabila memikirkan babak apa yang terpaksa dilakonkan nanti.
Seingat aku, sebaik sahaja aku berkahwin dengan Abang Nazrin, tidak pernah walau sekali lelaki itu pulang ke Malaysia. Selepas 2 tahun lebih tidak berjumpa, kami bertemu ketika aku cuti semester tahun lepas. Mama yang berkeras mahu melawat Abang Nazrin di sana. Ikutkan hati, malas hendak berjumpanya kerana sepanjang dia berada di UK, kesemua kiriman emailnya kepadaku pedas-pedas belaka. Tidak ada satu pun yang telah membuatkanku tersenyum.
“Medina! Dengar tak soalan aku tadi?” Suara Niza menghentikan lamunanku. Sampai bila aku hendak mendiamkan diri apabila kawan-kawanku ini mengajukan soalan itu? Bergegar jantungku setiap kali mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut mereka, walaupun soalannya sama sahaja. Patutkah aku berterus-terang? Keluhan kecil terlepas juga dari mulut.
“Kami bukan nak paksa kau, Medina. Tapi kami betul-betul pelik dengan layanan dingin Dr. Nazrin kepada kau. Seakan-akan ada sesuatu yang pernah terjadi antara korang.” Husna bersuara sambil menghulurkan beg yang berisi alat solek kepadaku. Aku pula terus memasukkan beg tersebut ke dalam beg pakaian. Kata-katanya itu aku abaikan sahaja.
“Betoi cakap Husna tu. Jangan-jangan Dr. Nazrin tu boyfriend lama hang apa..” Sampuk Jue pula. Bekas kekasih?! Hendak pitam pun ada apabila mendengar andaian yang dibuat oleh Jue. Aku terus menjeling tajam ke arah gadis yang sedang enak mengunyah kerepek pisang itu.
“Apa yang kau merepek ni Jue? Bekas kekasih?? Oh, please! Aku tak pernah pun bercinta dengan dia.” Bidasku. Memang benar, aku tidak pernah langsung bercinta dengan Abang Nazrin walaupun kami sudah bergelar suami isteri yang sah. Bagaimana nak bercinta kalau perasaan suka pun tidak wujud di hati lelaki itu terhadapku?
“Habis tu, kenapa kau susah sangat nak beritahu apa hubungan kau dengan Dr. Nazrin?” Mai yang tadinya hanya mendiamkan diri sahaja, kini menyoalku. Niza, Jue dan Husna pula menganggukkan kepala berulang kali seperti burung belatuk, tanda setuju dengan kata-kata Mai. Aku tahu, selagi aku tidak memberikan jawapan terhadap soalan mereka, rakan-rakanku ini pasti tidak akan berhenti dari ‘menembakku’ dengan soalan tersebut.
“Aku bukan tak nak beritahu tetapi aku masih belum bersedia.” Ujarku perlahan bersama dengan keluhan yang berat. Tangan yang tadinya lincah memasukkan baju ke dalam beg kini kutekupkan pada wajah.
Tertekan betul dengan keadaanku sekarang. Dinding ketabahan yang kusangka utuh rupanya sudah semakin runtuh. Ternyata aku tidaklah sekuat mana. Mana hendak fikirkan tentang Abang Nazrin yang tidak sabar-sabar ingin menceraikanku. Kemudian, terpaksa pula fikir tentang lakonan yang akan dipersembahkan kepada keluargaku malam ini dan sekarang, aku harus pula berdepan dengan soalan dari kawan-kawan
Air mata yang sudah pun bergenangan kukesat dengan hujung lengan baju kurung. Sememangnya berkahwin dengan Abang Nazrin telah melontarkan aku ke dalam sebuah lembah yang penuh dengan masalah. Air mata yang mengalir kukesat lagi. Kemudian, aku terus memasukkan harta bendaku yang lain ke dalam beg pakaian.
Mai, Jue, Niza dan Husna kelihatan sedikit bingung melihat keadaanku saat ini. Aku tahu mereka tidak sangka aku akan menangis. Keempat-empat mereka kemudiannya merapatkan diri kepadaku.
“Medina..kami minta maaf. Aku tahu kami terlalu mendesak tadi. Takpe lah, bila kau dah bersedia nanti, kau ceritakan kepada kami ya?” Akhirnya Mai bersuara. Ada nada kesal dapat kukesan pada nada suaranya itu. Tangannya pula mengusap-usap lembut bahuku. Husna, Jue dan Niza pula hanya mampu menganggukkan kepala. Ada riak bersalah terpalit di wajah mereka ketika ini. Memang bukan salah mereka pun membuat andaian tentang hubungan aku dan Abang Nazrin. Sekiranya aku tidak berahsia, pasti mereka tidak akan mendesakku seperti tadi.
“Aku pun nak minta maaf sebab tak mampu nak ceritakan segala-galanya pada korang sekarang. Aku tak berdaya. Cukuplah kalau aku katakan, Dr. Nazrin tu ialah abang angkat aku.” Akhirnya aku bersuara. Apabila aku sudah bersedia nanti, barulah aku akan ceritakan segala-galanya kepada mereka.
“Abang angkat?!” Suara keempat-empat mereka bergema dengan serentak. Tengok, baru aku cakap si bapa singa tu abang angkat aku, mereka dah terkejut beruk macam ni. Kalaulah aku beritahu yang lelaki itu ialah suamiku, agaknya pengsan terus mereka ni.
“ Yes, abang angkat.” Kepala anggukkan sedikit.
“Keluarga Dr. Nazrin ambil aku dari rumah anak yatim semenjak aku berusia 5 tahun. Sejak itulah dia bergelar abang kepada aku.” Sambungku lagi sambil menutup zip pada beg pakaian. Kemudian aku terus bangun dan menyarungkan tudung di kepala.
“Anak angkat?!” Sekali lagi bergema jeritan mereka di dalam bilik ini. Aku terus menoleh ke arah mereka.
“Hmm..maaf sebab tak berterus-terang dengan korang sebab aku pun kadang-kadang terlupa yang aku ni cuma anak angkat aje. Mungkin sebab mama dengan papa layan aku macam anak diorang sendiri. Nenek pun macam tu jugak.” Ujarku dengan tenang. Telefon bimbit dan kunci kereta yang berada di atas meja kucapai.
“Oh..macam tu..” Ujar Niza. Kemudian gadis yang berskirt labuh putih itu bersuara lagi.
“It’s okay, Medina. Aku faham sebab aku pun ada seorang kakak angkat dan aku sayangkan dia seperti kakak aku sendiri. Mak ayah aku pun tak pernah beza-bezakan kasih sayang di antara kami.”Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.
“Tapi kan, kenapa abang kau tu layan kau macam tu?” Soal Mai. Senyuman yang baru bertandang tadi terus hilang dari bibir.
“Ada sesuatu yang terjadi di antara kami yang menyebabkan dia melayan aku sedingin tu. Maaf aku hanya boleh cerita sampai sini aje..InsyaAllah, bila aku dah bersedia nanti, aku pasti akan ceritakan kisah selanjutnya kat korang..” Jawabku dengan tenang sambil melabuhkan punggung di sebelah Husna.
“It’s okay Medina..take your time. Bila kau dah sedia nanti, kau ceritakan kepada kami okay...” Kata-kata Mai kusambut dengan anggukan. Sedikit lapang terasa otakku ini walaupun masih ada rahsia yang aku sembunyikan daripada mereka. Sekurang-kurangnya, aku tidak perlu mendengar soalan yang sama lagi selepas ini.
“InsyaAllah, aku pasti cerita kat korang bila aku dah sedia nanti.” Jawabku seikhlas mungkin dan terus bangun dari katil.
“Aku dah nak gerak ni. Aku turun dulu ye..”Ujarku yang terus memeluk seorang demi seorang rakanku yang berada di dalam bilik ini. Kemudian, aku menghala ke arah pintu sambil menarik beg pakaian yang bersaiz sederhana besar.
“Take care Medina.” Aku mengangguk ke arah Jue.
“Thank you. Eh, by the way, korang tengok-tengokkan si Niza ni yea. Tolong kejutkan dia untuk pergi kelas nanti.” Pesanku kepada mereka. Niza memasamkan wajahnya ketika ini. Geli hati pula melihat wajahnya.
“Roomate aku pun balik kampung. Hang jangan risaulah, sat lagi aku pi ambik harta karun aku dan pindah mai sini. Sementara hang tak dak, biaq aku saja yang teman si Niza ni.” Jawab Jue kepadaku. Aku hanya ketawa kecil dan bersuara lagi.
“Eloklah tu Jue. Kau bukan tak tahu si Niza ni kalau dah tidur, memang tak ingat dunia.”
“Eleh, pecah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Kau pun 2x5 aje dengan aku.” Bidas Niza yang tidak puas hati dengan kenyataanku. Tapi, itulah faktanya. Niza memang susah untuk bangun pagi.
“Okaylah, nanti lambat pula sampai. Aku gerak dulu ye?” Ujarku kepada mereka. Baru sahaja hendak menutup pintu bilik, suara Mai kedengaran.
“Medina, kau dengan family kau tinggal kat hotel mana ye?” Aku tidak menjangka dia akan bertanya kepadaku soalan ini. Dengan perlahan aku menjawab.
“Kat rumah abang angkat aku.”
“Maksud kau, rumah Dr. Nazrin?!” Wajah terkejut Mai hanya mampu kujeling sekejap sahaja. Sebelum lebih banyak soalan ditanyakan kepadaku, aku lekas-lekas meminta diri.
“Aku gerak dululah ye. Nanti terlewat pulak. Assalamualaikum semua.”
Tanpa menunggu mereka menjawab salamku, aku terus menutup pintu. Bukan apa, aku tahu pasti ada saja soalan yang ingin mereka utarakan. Takut nanti asyik melayan kawan-kawanku ni, terlewat pula aku sampai ke rumah Abang Nazrin. Sudahlah aku masih tidak pasti di mana letaknya rumah si bapak singa tu. Maklumlah, aku bukannya hafal sangat nama-nama jalan di Pulau Pinang ni. Telefon bimbit kukeluarkan dan alamat yang tertera di skrin telefon bimbit kubaca buat kesekian kalinya.
***

Tuesday, 16 August 2011

Sebahagian Kisah Isteri Separuh Masa 9 :)

“Terhegeh-hegeh! Kau ingat ada dayang nak jemput kau masuk ke?” Aku terus mengurut dada sebaik sahaja mendengar suara itu. Ish, nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung, kalau tidak mahu pengsan aku kat sini.

"Lain kali, boleh tak bagi salam dulu?!" Marahku sambil memasamkan wajah. Geram betul melihat wajah selamba lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih 'Hard Rock Cafe Paris' itu.

“By the way, saya tak berharap pun tetapi, saya tetap nak ucapkan terima kasih sebab Dr Nazrin sudi menjadi dayang untuk jemput saya masuk hari ni.” Jawabku. Hendak meletus ketawa apabila wajah lelaki itu bertukar merah sedikit. Marah agaknya dengan jawapan yang diberikan olehku. Tanpa menunggu lebih lama, aku meninggalkannya dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah tetapi langkahku terhenti seketika.

'Cantiknya..' Jerit hatiku. Memang aku tak jangka yang rumah ini telah diubahsuai sampai macam ni sekali. Pandai betul arkiteknya mengubahsuai halaman rumah. Kreatif! Ada kolam renang dibina di halaman rumah ini. Walaupun tidaklah besar mana tetapi tetap menarik. Rekaan rumah pula kelihatan moden dari luar. Warna sapuan cat pada dinding yang digunakan juga cantik.



“Kau ni memang terhegeh-hegeh kan! Lembab! Nak tunggu nenek keluar jemput kau dulu ke, baru nak masuk?” Soalan dari lelaki itu benar-benar telah membantutkan pemerhatianku terhadap rumah yang berdiri megah di hadapanku ini. Potong stim betul! Aku hanya mampu mengetap bibir dan mengabaikan sahaja ayat yang keluar dari mulut lelaki itu sebelum menyambung langkahku. Ikutkan hati mahu sahaja aku menjawab balik kata-katanya tetapi risau pula kalau sesiapa terdengar nanti. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu, aku terus memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam sebelum memberi salam.
Nantikan keseluruhan cerita nanti yea.:)

Tuesday, 9 August 2011

Isteri Separuh Masa 8

Bab 8
Badan kupusingkan ke kiri. Kemudian ke kanan semula. Pelbagai posisi tidur telah kucuba namun satu pun tidak mengena. Sudah penat aku memujuk mata supaya terlena tetapi masih tidak juga berjaya. Akhirnya, aku terus bangun dari katil. Jarang aku tidak dapat lelapkan mata begini. Selalunya, pantang dapat bantal, terus tertidur. Geram betul kerana tidak mampu untuk tidur ketika aku benar-benar perlu merehatkan badan dan minda saat ini. Setelah menyarungkan ‘plush slippers’ ke kaki, aku melangkah longlai menuju ke arah meja belajar. Suis lampu meja kupetik dan aku melabuhkan punggung di atas kerusi besi dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu Niza tersedar dari tidurnya yang lena itu.
Tangan kanan membuka laci. Lama aku merenung ke arah dompet Coach berwarna merah itu sebelum mengeluarkannya. Jari kularikan ke dalam salah satu poket di bahagian dalam beg dan sekeping gambar bersaiz kecil kukeluarkan. Mataku tertancap pada ayat yang ditulis olehku satu ketika dulu di bahagian belakang gambar tersebut. ‘Don't cry because it's over, smile because it happened.’
Kemudian, aku memerhati gambar tersebut. Gambar aku dan Abang Nazrin semasa majlis akad nikah kami. Nampak jelas senyuman palsu di wajah Abang Nazrin dalam gambar ini. Inilah satu-satunya gambar aku bersama Abang Nazrin yang aku bawa ke sini. Itu pun jarang-jarang aku melihatnya kerana setiap kali mataku tertancap pada gambar ini, pasti ada air jernih yang mengalir di pipi.
Aku bertunang dengan Abang Nazrin ketika umurku 17 tahun. Ringkas aje majlis pertunangan kami tetapi itu sudah cukup memuaskan hati mama, papa dan nenek.
Semenjak itu, perasaanku untuk Megat Syazril telah kubuang jauh. Aku cuba untuk mencintai Abang Nazrin.
Aku dan Abang Nazrin kemudiannya berkahwin setahun selepas kami bertunang iaitu sebaik sahaja aku habis matrikulasi. Memang majlis tersebut diadakan secara besar-besaran. Semua kaum keluarga yang berada di luar negara juga pulang untuk menghadiri majlis kami yang gilang-gemilang itu. Sesungguhnya selain aku, neneklah orang yang paling gembira setelah aku dan Abang Nazrin bergelar suami isteri. Tapi, bagi Abang Nazrin, hari itu adalah hari yang paling malang dalam hidupnya kerana terpaksa berkahwin dengan orang yang paling dibenci. Air mata yang kutahan kini mengalir di pipi. Memang aku tidak akan lupa sampai bila-bila kisah yang terjadi pada malam itu, selepas kenduri akad nikah dijalankan.
“Medina Izwani.” Panggil Abang Nazrin. Aku yang sedang membersihkan solekan yang merimaskan wajahku terus menyahut sambil tersenyum.
“Ye abang..” Lelaki itu terus mendekatiku. Berdebar-debar jantungku ketika itu.
“Kau tahu kan aku kahwin dengan kau sebab nenek?” Soalnya kasar. Songkok di kepala ditanggalkannya dan dicampakkan ke atas katil.
“Hm..Wani tahu. Wani pun setuju sebab nenek tetapi Wani ikhlas terima Abang Nazrin sebagai husband Wani. Wani akan cuba jadi seorang isteri yang solehah, InsyaAllah.” Jawabku dengan bersungguh-sungguh.
“Tak perlu jadi isteri yang solehah. Kau cuma perlu jadi seorang wanita yang tak menyusahkan aku.” Kata-katanya itu membawa sebak di dada saat itu.
“Apa maksud Abang Nazrin?” Soalku bersama air mata yang sudah pun bergenangan.
“Kau ingat dengan menjadi isteri aku, kau boleh ganti tempat Zita dalam hati aku ni? Kau silap Wani. Aku tak boleh terima kau. Dalam hati aku cuma ada Zita. Masih ingat siapa Zita?” Tengkingnya. Memang remuk hatiku mendengar kata-kata Abang Nazrin.
“Ingat ke tak?!!”Tengkingnya sekali lagi. Aku pula hanya mampu menundukkan wajah memandang ke arah lantai.
“Kalau tak sebab fitnah yang kau buat dulu, aku mungkin dah kahwin pun dengan Zita. Mama dan papa bencikan Zita sebab kau.” Sambung lelaki itu lagi. Memang betullah kata orang, cinta itu buta. Percaya betul Abang Nazrin kepada Kak Zita.
“Tapi, Wani tak buat fitnah. Wani memang nampak Kak Zita berkelakuan sumbang dengan lelaki lain. Percayalah abang, Wani cuma tak mahu abang tertipu dengan perempuan macam tu.” Aku cuba memberitahu perkara sebenarnya tetapi lelaki itu pantas menengkingku. Merah padam wajanya ketika itu.
“Shut up! Aku benci perempuan macam kau! Kau tak mahu aku kahwin dengan Zita sebab kau tak sukakan dia kan? Kau takut kehilangan kasih sayang mama dan papa! Zita dah ceritakan segala-galanya kepada aku dulu. Kau pernah ugut dia kan?” Aku terus menggelengkan kepala. Nampaknya Kak Zita memang pandai putar belit cerita. Biasalah, hendak menutup tembelangnya yang dah pecah.
“Ugut? Bila masa pulak Wani ugut dia? Ya Allah Abang Nazrin. Tolonglah jangan percaya cakap Kak Zita. Dia memang pandai mereka cerita.” Ujarku lagi.
“Kau jangan nak burukkan dia. Mungkin kau boleh tipu mama dan papa tetapi bukan aku.”
“Abang Nazrin, dengar sini. Wani dah tak kisah lagi sama ada abang nak percayakan Wani atau tidak. Tapi, dengan nama Allah, apa yang Wani ceritakan adalah benar. Memang Wani nampak dengan mata kepala Wani sendiri Kak Zita berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki dalam kereta. Masa tu Wani keluar dengan Miza dan Zana.” Terangku dengan panjang lebar.
“Memang Zita ada di situ masa tu. Tapi, dengan sepupunya dan diorang tak buat apa pun masa tu. Kau saja yang buat fitnah.” Balas lelaki itu pula. Air mata berguguran semakin laju menuruni pipi.
“Macam mana abang tahu diorang tak buat apa? Abang tak ada kat situ masa tu...” Di dalam sedu sedan aku berkata begitu. Lelaki itu pantas menggelengkan kepalanya.
“Stop trying Wani. You are trying so hard! Tapi, aku tetap tak akan termakan dengan fitnah kau tu.” Bisiknya di telingaku dengan perlahan tetapi amat tegas. Kemudian, dia bersuara lagi.
“Macam ni lah. Aku tak mahu menzalimi kau. Kita berdua akan menderita kalau perkahwinan ini diteruskan sebab aku memang tak boleh terima kau sebagai isteri aku.” Ujar Abang Nazrin dengan bersungguh-sungguh.
“Tapi Wani sanggup tunggu sampai Abang Nazrin boleh terima Wani. Wani sanggup berubah. Wani sanggup ikut semua kemahuan abang....” Jawabku pula sambil mengesat air mata yang mengalir.
“Aku rasa baik kita berpisah saja.” Kata Abang Nazrin. Pandangannya hanya dihalakan ke arah pintu sahaja. Remuk hatiku mendengar ayat yang keluar dari bibir lelaki itu.
“What?”
“Aku akan ceraikan kau nanti.” Ujarnya lemah. Aku pula terus terduduk di atas katil mendengar kata-katanya itu.
“Abang!” Panggilanku tidak dihiraukan lelaki itu langsung. Langkah kakinya diatur pantas keluar dari bilik. Aku pula menangis tidak henti-henti sepanjang malam. Siapa yang tidak terluka apabila diberitahu akan diceraikan pada hari pertama bergelar seorang isteri?
Itulah antara kisah yang cuba kulenyapkan dari memori tetapi tidak juga berjaya. Kenangan itu pasti menghantuiku buat selamanya. Di saat perempuan lain bergembira di hari pernikahan mereka, aku hanya bermandikan air mata.
Lamunanku terhenti apabila terdengar ada suara yang memanggilku. Air mata yang berlinangan lekas-lekas kukesat dengan tisu yang berada di atas meja.
“Medina.” Suara Niza kedengaran di telinga. Kemudian, lampu dinyalakan gadis itu.
“Ni..za!” Aku terus menoleh ke belakang. Niza kulihat sedang menenyeh lembut bahagian matanya. Kelam-kabut aku memasukkan gambar yang berada di atas meja ke dalam dompet semula. Fuh, nasib baik dia tak nampak.
“Kenapa kau tak tidur lagi?” Soal Niza sambil menyentuh lembut bahuku.
“Tadi tak ngantuk. Sekarang baru mata aku terasa berat. Okaylah, aku tidur dulu ye..Good night!” Ujarku yang terus bangun dari kerusi. Niza pula yang sedang memandang ke arahku dengan pelik, hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
***

Sunday, 7 August 2011

Isteri Separuh Masa 7

Bab 7
Memang aku tidak perlu mendapatkan bantuan ahli nujum untuk meramal nasibku bagi semester ini. Siang-siang lagi aku sudah dapat meneka yang penggal ini akan menjadi penggal yang paling bermasalah, paling berserabut dan paling kusut. Kenapa begitu? Tentulah sahaja kerana si bapak singa sudah mula berkhidmat di universiti ini dan akan sentiasa berada dekat denganku. Pensil di tangan kini menconteng-conteng kertas A4 yang berada di hadapan. Patutlah mama, papa dan nenek beriya-iya menyuruh aku memohon untuk menyambung ijazah di sini. Aku memang sukakan subjek fizik semasa di sekolah. Terus sahaja papa menasihatkanku supaya memohon jurusan sains fizik! Sama jurusan dengan Abang Nazrin dulu. Tapi, aku memang gemarkan jurusan yang aku buat ni. Memang sesuai denganku. Sesungguhnya, memang aku tidak terfikir langsung Abang Nazrin akan berkhidmat di universiti ini semasa memohon dulu.
Suara Dr. Adin yang sedang bergema kuat di dalam dewan kuliah ini benar-benar tidak dapat meraih perhatianku. Dahi kuurut sedikit dengan menggunakan tangan kanan. ‘Ish, Medina Izwani, cubalah berfikiran positif sikit!!’ Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku saat ini. Keluhan kecil terbit dari bibir buat kesekian kalinya. Tiba-tiba sahaja aku terkenangkan segala-galanya yang terjadi di antara kami. Dadaku bertambah sesak saat ini. Otak pula semakin lemah dan tidak tahu bagaimana untuk berfikir.
Lenganku yang disiku oleh Mai di sebelah kiri dan Husna di sebelah kananku secara serentak membawa aku kembali ke dewan ini.
“Medina, tu lelaki yang gaduh dengan kau kat tempat letak kereta tadi kan?” Bisikan dari Mai membuatkan aku menjegilkan mata ke arah hadapan. Mata kugosok lembut. Betul, Abang Nazrin kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Dr Adin. Bila agaknya lelaki ini masuk ke dalam dewan?
“Alamak, mati kita Medina. Entah-entah dia tengah mengadu dengan Dr. Adin tentang kita. Kan kita park kat tempat staf!” Bisik Husna pula kepadaku. Kecut perutku dibuatnya. Degupan di dada pula menjadi sedikit laju. Aku pernah nampak Dr. Adin memarahi pelajar senior kerana meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk staf pada semester lepas. Tapi, rasa cuak yang bermukim di dalam hati berkurangan sedikit apabila melihat ketawa kecil yang keluar dari mulut Dr. Adin ketika menyambut fail daripada tangan Abang Nazrin. Fuh..lega!
“Dari reaksi Dr. Adin tu, aku rasa diorang sedang berbual tentang hal lain. Lega betul hati aku ni.” Biskku kepada Husna bersama senyum lega di bibir.
“A’ah kan..aku pun lega jugak ni.” Balas Husna yang menganggukkan kepalanya sedikit. Mataku memerhati ke arah lelaki yang sedang berdiri agak jauh di hadapan itu. Mujurlah kelas ini ramai. Mesti Abang Nazrin tak perasaan yang aku ada di sini.
“Okay class!” Suara Dr. Adin membuatkan semua pelajar memandang ke arahnya dengan serius, termasuklah aku.
“This is Dr. Nazrin Shah.” Abang Nazrin hanya menganggukkan kepalanya sahaja apabila Dr. Adin memperkenalkannya kepada kami.
“Alang-alang Dr. Nazrin dah ada kat sini, saya nak perkenalkan pensyarah baru fakulti kita ini kepada kamu semua. Dr. Nazrin akan ambil alih kelas tutorial untuk subjek Elektronik II bermula dari semester ini.” Bait-bait ayat yang keluar dari mulut Dr. Adin membuatkan mulutku ternganga sedikit. Biar betul!!! Jerit hatiku. Air liur yang kutelan saat ini terasa pahit seperti hempedu. Kejutan terjumpa dengan Abang Nazrin di tempat letak kenderaan pagi tadi masih belum hilang, dah ada kejutan baru pula. Ini baru sehari lelaki itu berada di sini. Esok, lusa, entah apa pula yang akan berlaku. Memang betullah semester ini penuh dengan onak dan duri.
Aku terus memandang ke arah Mai, Husna dan Niza untuk melihat reaksi mereka. Ternyata, mereka juga turut terlopong ketika ini. Dengan pantas Mai menulis sesuatu ke atas kertas A4 yang berada di hadapanku. Beginilah selalunya kami berbual di dalam dewan kuliah atau kelas tutorial. Takut juga kalau dimarahi jika pensyarah yang berada di hadapan ternampak kami berbisik-bisik sesama sendiri.
“Mati kita Medina!”
Itulah yang ditulis oleh Mai. Tulisannya yang seperti cakar ayam itu memberitahuku yang dia memang sedikit kalut dengan berita yang baru didengarinya sebentar tadi. Belum sempat aku membalas, Husna pula menarik kertas A4 itu dan kemudian meletakkannya kembali di hadapanku.
“Betul cakap Mai tu..habislah kita sem ni.”
Aku dan Mai membaca tulisan yang ditulis Husna. Kemudian, Mai mengambil kertas itu semula.
“Medina, kau kenal dia kan? Apa hubungan kau dengan dia? Kawan kau ke tu?”
Senyuman kelat menghiasi wajahku kini setelah membaca ayat-ayat yang baru sahaja ditulis oleh Mai. Memang nampak senang soalan itu tetapi itulah soalan yang paling susah untuk aku jawab. Kalau boleh pilih, aku sanggup menyelesaikan beratus-ratus soalan pengiraan daripada menjawab soalan itu. Melihat aku tidak menjawab soalan dari Mai itu, Husna terus mencapai kertas A4 tersebut. Niza yang duduk bersebelahan dengannya juga kulihat sibuk sama meneliti tulisan yang terkandung di dalam kertas itu. Dia kemudiannya turut menulis sesuatu juga.
“Haaa..lupa aku nak tanya tadi. Kau memang kenal ke mamat tu? –Husna-”
“Medina, apa kata kita minta maaf aje dengan dia kejap lagi?Aku takut la kalau aku fail subjek ni. – Niza-”
Aku yang sudah sedia serabut saat ini bertambah serabut membaca ayat-ayat yang ditulis oleh Husna dan Niza. Dengan pantas aku mencapai pen untuk menjawab kata-kata mereka di dalam kertas A4.
“Ya Allah!! Sabar, sabar! Janganlah risau sangat, Niza. Dia bukan macam tu. Aku tahu dia profesional. Dia tak akan ‘fail’kan kita semata-mata sebab dia bencikan kita. Relax okay...”
Memang aku yakin Abang Nazrin tidak akan berbuat begitu. Aku tahu dia adalah seorang yang kejam tetapi dia tidak sekejam itu. Wajah lega Niza membuatkan aku tersenyum sedikit. Geli hati betul dengan kekalutan yang melanda hati rakanku yang seorang itu.
“Tapi, siapa dia dengan kau?”
Husna yang masih tidak berpuas hati kerana aku tidak menjawab soalannya tadi mencoretkan soalan itu di atas kertas. Senyuman yang bertandang tadi kini mati terus dari bibir. Aku menjeling seketika ke arah temanku itu. Mulutnya dimuncungkan ke arah kertas apabila mataku menyapa wajahnya. Mai dan Niza juga kulihat sedang menanti jawapan dariku. Aku kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Soalan ini adalah antara soalan yang tidak mampu untuk kujawab saat ini. Akhirnya sebuah gelengan lemah menjawab soalan dari mereka itu. Nyata, ada riak hampa di wajah mereka dengan reaksi yang diberikan olehku.
Pandangan mata kuhalakan ke arah Dr. Adin yang sedang memasukkan buku ke dalam begnya. Maklumlah, kelas sudah pun tamat. Nasib baiklah ini adalah kelas pertama kami. Kalau selalu aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kuliah ini, alamatnya memang lingkuplah markah peperiksaanku nanti. Biasalah kelas pertama, memang tidak banyak pun perkara penting yang dibincangkan. Hanya sedikit pengenalan kepada subjek ini serta penerangan tentang sukatan pelajaran yang akan diajar.
Setelah Dr. Adin keluar, aku terus memasukkan alat tulis ke dalam beg. Kertas A4 yang berada di atas meja kurenyukkan dan terus berdiri sambil membetulkan kedudukan baju kurung di badan. Mai, Husna, Niza dan pelajar-pelajar lain juga sibuk berkemas. Riuh rendah jugalah keadaan dalam dewan kuliah A ini. Apa lagi, masing-masing mesti sibuk bertukar cerita tentang apa yang telah terjadi semasa cuti semester lepas. Normallah tu. Perut yang sudah pun berkeroncong membuatkan aku melangkah dengan agak laju untuk keluar dari dewan kuliah. Mai, Husna dan Niza pula mengejar langkahku.
“Medina.” Aku terus tersenyum ke arah Jue yang menyapaku. Gadis manis yang berbaju kurung cotton itu kemudian bersuara lagi.
“Tu kereta hang kan?” Soalnya, sedikit kelam-kabut sambil menunding ke arah kereta kesayanganku yang berada beberapa langkah dari tempat kami berada. Aku terus menganggukkan kepala.
“Ye, kenapa Jue?” Soalku lagi. Ketiga-tiga kawan baikku hanya mendengar sahaja perbualan kami.
“Ni cek..awat yang hang pi parking kereta hang tu kat tempat staf? Hang tau dak hang dah kena saman?!” Mendengar sahaja kata-kata dari Jue, Husna, Mai dan Niza terus meluru ke arah keretaku itu. Aku pula terlopong sedikit kerana terkejut dengan berita yang disampaikan. Memang banyak betul kejutan yang kuterima hari ini.
“Saman? Biar betul!!”Terjerit kecil aku saat ini. Sepanjang aku belajar di sini, tidak pernah aku disaman walau sekali pun. Pengawal keselamatan yang bertugas hari ini dah jadi rajin atau ada orang yang melaporkan tentang kes ini kepada mereka?
“Betoi la..habis tu hang ingat aku buat cerita ka? Hang nampak dak surat yang dok melayang-layang kat celah ‘viper’ tu? Tu bukan surat cinta na..tu surat saman!” Balas Jue, gadis yang berasal dari Pulau Mutiara itu. Kepala digelengnya sedikit. Betul, memang ada sekeping kertas yang terselit pada viper. Aku terus melangkah dengan laju ke arah Honda Jazzku itu untuk memastikannya sendiri.
“Medina!! Betullah. Kau dah kena saman!” Jerit Mai sambil memberikan surat saman itu kepadaku.
“Ha..kan aku dah kata..hang tak mau percaya.” Jue pula bersuara.
“Apa aku nak buat ni?” Soalku sambil meraupkan wajah.
“Buat apa lagi..bayaq ja la saman tu.” Jawab Jue dengan selamba bersama segaris sengihan di bibir.
Aku memandang keliling. Manalah tahu kalau pengawal keselamatan yang mengeluarkan surat saman ini masih berlegar di sini. Bolehlah aku berdrama, merayu-rayu supaya dia menarik balik saman yang diberikan kepadaku. Tiba-tiba mataku bertemu dengan mata milik Abang Nazrin yang sedang berjalan ke arah kenderaannya. Lelaki itu kemudiannya membuka pintu kereta tetapi tidak pula masuk ke dalam. Aku lihat pintu ditutupnya kembali sebelum menyambung langkah ke mari. Ada senyuman sinis menghiasi wajah lelaki itu.
“Kalau dah student tu, buat cara student. Bayar saman tu cepat sebelum tindakan lebih keras diambil nanti.” Ujarnya dengan tajam sebaik sahaja mendekatiku. Belum sempat aku menjawab, lelaki itu terus beredar dari sini.
Kesemua rakan-rakanku menjadi gerun. Jue yang tidak tahu apa-apa pula menyiku lengan Mai. Seakan-akan meminta penjelasan dari gadis itu.
“Garangnya lecturer baru tu. Memang kelamlah nampaknya masa depan aku untuk subjek Elektronik II ni..” Keluh Jue. Dari riak wajahnya, aku tahu dia masih tidak percaya pensyarah baru itu akan mengeluarkan ayat yang pedih seperti tadi.
“Tahu takpe, Jue. Garangnya tu macam bapak singa tau tak!”Balasku selamba. Tudung di kepala yang disapa angin kubetulkan sedikit.
“Medina, kau tak jawab lagi persoalan yang menyemakkan kepala kitorang ni. Apa hubungan kau dengan Dr. Nazrin tu?” Husna menyoalku lagi dengan soalan yang sama. ‘Medina, sampai bila kau hendak lari dari menjawab soalan itu?’ Aku pula menyoal diriku.
“Hang memang kenai dia ka, Medina? Boyfriend lama hang kut..” Jue yang sekali lagi terkejut menyoalku dengan nada tidak percaya. Sebelah keningnya yang tebal itu diangkat sedikit. Aku pula mulalah berasa tidak keruan dengan pandangan mata yang diberikan mereka.
“Aduh..laparlah. Jom makan kat Kafe Harapan nak?” Aku terus melangkah menuju ke bahagian hadapan kenderaan. Pintu kereta kubuka dan aku terus masuk ke dalam. Kedengaran suara Mai merungut saat ini.
“Isk, kau ni Medina...nak ubah topik la tu!” Aku pula hanya mampu buat tak tahu sahaja.
Apa hubungan aku dan Abang Nazrin? Kalau mama, papa dan nenek bertanya soalan itu saat ini pun, belum tentu aku boleh jawab. Inikan pula hendak berterus-terang dengan orang luar. Maaf, aku masih belum bersedia. Biarlah segala-galanya menjadi rahsia aku, Mak Timah dan Abang Nazrin.
Yang pastinya, dari pengalaman yang menyakitkan itu, aku tahu bukan senang hendak mengubati hati yang luka. Payah benar aku bertarung seorang diri memulihkan perasaanku yang remuk redam dulu. Alhamdulillah, terubat juga akhirnya. Takut nanti bila sudah mula bercerita tentang hal ini, hatiku akan berdarah kembali. Kalau boleh program balik otak aku ni, aku ingin memadamkan semua kenangan yang lalu. Sememangnya aku belum cukup kuat untuk menghadapi keperitan itu lagi. Cukuplah hanya sekali. Mak Timah, Medina perlukan Mak Timah saat ini!
***

Wednesday, 3 August 2011

Isteri Separuh Masa 5 dan 6

Bab 5
Sudah seminggu berlalu dari tarikh nenek jatuh disebabkan serangan jantung akibat Abang Nazrin menolak mentah-mentah hasrat hati nenek. Lelaki itu kulihat hanya berkepit dengan nenek sahaja akhir-akhir ini. Mungkin kerana rasa bersalah yang menebal di dalam diri, dia menjadi terlebih manja seperti itu. Tapi, Abang Nazrin tu memang manja dengan nenek pun. Macam doktor pun ada juga. Asal nampak muka nenek aje, soalan wajib yang akan keluar dari mulut lelaki itu ialah ‘dah makan ubat nek?’. Iyalah, semua orang risaukan nenek di dalam rumah ni.
Gembira hatiku melihat keadaan nenek telah sihat seperti sediakala. Kata doktor, nenek tidak boleh terlalu risau atau tertekan dan harus jaga pemakanannya. Aku pula sudah dapat tumpukan perhatian pada pelajaran seperti biasa dan semakin giat melakukan ulang kaji. Lapang terasa dadaku apabila nenek tidak lagi mengusulkan supaya aku berkahwin dengan Abang Nazrin.
Lengan nenek kupaut mesra. Aku melentokkan kepala ke bahu nenek. Wanita yang berada di sebelahku ini kulihat tersenyum mesra ke arahku kemudian pandangan dihalakan ke arah drama melayu yang sedang bersiaran di televisyen. Memang kebiasannya begini setiap malam. Kami akan berkumpul di ruang tamu ini. Cuma Abang Nazrin sahaja yang tidak ada. Memerap di dalam biliklah tu. Ah, bagus juga si bapa singa tu tiada. Kalau tidak, susah betul aku nak bermanja dengan nenek. Kalau dia duduk di atas sofa ini, memang aku tidak akan melabuhkan punggung aku di sini. Malas!
“Aliyah, Wani dengan Nazrin dah tahu tentang majlis yang akan diadakan lusa tu?” Suara nenek membuatkan mama dan papa terus memandang ke arah kami.
“Err..” Papa kulihat sedang menyusun kata-kata. Ah, pasti papa lupa untuk beritahuku tentang majlis doa selamat yang akan diadakan ahad ni. Rasanya Mak Timah ada memberitahuku semalam.
“Kamu tak beritahu mereka lagi?” Soal nenek. Bola matanya memandang papa dan mama silih berganti. Kemudian sebuah keluhan kecil terbit dari mulut wanita yang berbaju kurung kedah yang diperbuat daripada kain kapas ini.
“Majlis kenduri doa selamat sempena Abang Nazrin nak ke UK nanti ke nek?” Aku bertanya sambil tersenyum. Bolehlah aku jemput Zana dan Miza nanti. Tapi, kenapa nenek tidak menjawab soalanku?
“Ehem..Aliyah, Abdullah..mak tanya sekali lagi ni. Kamu berdua dah beritahu dengan Wani dan Nazrin atau belum tentang majlis ahad ni?” Tegas kedengaran soalan yang keluar dari mulut nenek. Kenapa mama dan papa susah benar hendak beritahu aku dan Abang Nazrin tentang majlis Ahad ini? Kepala yang tidak gatal kugaru dengan tangan kanan.
“Belum mak. Aliyah tak tahu macam mana nak beritahu mereka...” Ujar mama dengan lembut sambil menggelengkan kepalanya. Pandangan mata dihalakan ke arah lantai sahaja. Semakin pelik aku jadinya. Degupan jantung menjadi sedikit kencang saat ini kerana aku dapat rasakan, bukan majlis doa selamat sahaja yang akan diadakan nanti.
“Mak sendirilah yang beritahu. Wani mungkin boleh terima tetapi Nazrin tu yang kami risaukan.” Ujar papa pula. Memang sah, ada perkara lain yang nenek hendak beritahu kami. Aku menjadi semakin risau. Janganlah nenek timbulkan lagi tentang rancangannya untuk menyatukan aku dan Abang Nazrin.
“Nazrin pasti akan ikut cakap mak. Dia tak akan sanggup untuk menghampakan orang yang dia sayang.” Ujar nenek dengan penuh keyakinan. Kemudian, dia memandang ke arah Mak Timah yang baru muncul dari dapur.
“Timah..panggil Nazrin turun.” Mak Timah hanya mengangguk sahaja sebaik mendengar arahan dari nenek itu.
“Baiklah. Sekejap ya, Timah panggilkan.” Balas wanita itu sebelum berlalu.
Kerutan di dahiku pastinya semakin jelas kelihatan saat ini. Debaran di dada, semakin menjadi-jadi pula. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ya Allah, janganlah kau duga aku dengan ujian yang aku sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Aku bermohon kepadamu sahaja Ya Allah. Sempat lagi aku berdoa di dalam hati ketika ini.
“Nazrin, duduk sini..” Panggil nenek apabila lelaki itu muncul. Tangan wanita itu menepuk-nepuk sofa di sebelah kanannya. Abang Nazrin hanya menurut sahaja. Dari raut wajah Abang Nazrin yang serius, aku amat yakin perkara yang bermain di fikiran kami adalah perkara yang sama. Silap-silap doa kami juga sama ketika ini.
“Wani, Nazrin..nenek faham kamu berdua berat untuk ikut permintaan nenek. Mungkin nenek juga bersalah sebab terburu-buru hendak menikahkan kamu berdua.” Wajah nenek terus kupandang. Aku cuba menganalisa ayat tersebut. Nampaknya nenek telah bersetuju untuk tidak menikahkan kami. Hatiku berbunga riang saat ini.
“Betul tu nek..soal nikah kahwin ni kita kena fikir masak-masak. Tak boleh terburu-buru..lagipun Nazrin belum terfikir nak berkahwin lagi. I’m not ready yet..” Ujar Abang Nazrin dengan penuh semangat. Kelihatan jelas perasaan lega yang amat sangat di wajahnya.
“Wani pun sama nek..Wani nak tumpukan pada peperiksaan SPM..lepas tu Wani nak sambung belajar macam kawan-kawan lain.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
“Wani, Nazrin, dengar sini..Baginda Rasulullah memang menggalakkan umat-umatnya yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri.” Kata-kata nenek kami berdua sambut dengan anggukan. Kalau terpaksa bersengkang mata untuk mendengar tazkirah dari nenek pun aku sanggup asalkan aku tidak perlu berkahwin dengan si singa tu.
“Dengar tu Nazrin?” Soal papa. Kaca mata di wajahnya dibetulkan sedikit.
“Nazrin memanglah mampu tetapi Wani ni budak sekolah lagi..” Jawab Abang Nazrin. Cepat-cepat aku mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata abang angkatku itu.
“B..betul tu nek. Wani budak sekolah lagi nek..Wani nak belajar dulu kemudian baru boleh fikir soal kahwin..” Ujarku sambil tersenyum tawar.
“Hmm…kalau dalam hal ni, sependapat pulak ye kamu berdua ni?” Kata-kata nenek yang berbentuk sindiran itu membuatkan aku menundukkan wajah memandang ke arah permaidani.
“Mak, bila fikirkan tentang Wani, saya rasa kita tangguhkan dulu rancangan kita tu..Wani masih muda, mak. Apa kata kalau kita buat kenduri doa selamat ajelah.ahad ni..ye mak?” Suara ayah seperti sedang memujuk nenek ketika ini. Aku dan Abang Nazrin memandang ke arah mereka dengan pelik. Majlis apa agaknya yang akan diadakan bersama kenduri doa selamat itu nanti? Tak kan majlis akad nikah kot? Hatiku bertambah bimbang saat ini.
“Abdullah!” Suara nenek sedikit meninggi. Kemudian, nenek mengurut dadanya berulang kali. Semua yang memerhati menjadi cemas melihat keadaan nenek.
“Nenek, okay ke tak ni?” Soal Abang Nazrin dengan penuh prihatin. Tangannya menggosok lembut bahu nenek.
“Nenek tak apa-apa Nazrin. Cuma doktor ada pesan yang nenek tak boleh berada di dalam keadaan tertekan. Tak boleh terlalu risau..” Ujar nenek sedikit lemah. Kemudian, wanita itu menyambung ayatnya lagi.
“Baiklah, nenek tak akan paksa kamu berdua untuk kahwin sebelum Nazrin ke luar negara tetapi..” Kata-kata nenek terhenti seketika. Aduh, ada tetapi pula, ni yang bikin hati aku tak sedap ni!
“Tapi apa, nek?” Soal Abang Nazrin dengan lembut.
“Nenek nak kamu bertunang dulu. Lagipun Wani belum habis sekolah lagi. Majlis pertunangan akan dibuat hari Ahad ni. Selepas setahun, baru kamu berdua kahwin.” Terlopong mulutku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut nenek. Dah pulak! Selepas kami beriya-iya menolak untuk berkahwin, nenek mencadangkan pelan B pula iaitu menyuruh kami bertunang dulu. Wajah Abang Nazrin yang sedikit tertekan hanya mampu kupandang sahaja.
“Apa pendapat kamu Nazrin?” Soal nenek. Tangannya meraih lembut tangan lelaki itu. Lama juga dia mendiamkan diri sebelum bersuara.
“Nek..dah banyak kali Nazrin cakap, Nazrin tak mahu kahwin atau bertunang dengan dia ni.” Ujar Abang Nazrin. Eleh, aku pun tak ingin nak bertunang dengan kau! Bibir kucebikkan sedikit apabila dia memandang tajam ke arahku.
“Jadi, Nazrin sanggup nak hampakan nenek?” Soal nenek yang tidak berpuas hati dengan jawapannya.
“Bu..bukan macam tu nek..”
“Habis tu? Nazrin, nenek dah tua. Selagi Nazrin tidak mempunyai ikatan pertunangan atau perkahwinan dengan Wani, selagi itulah hati nenek tidak akan tenang semasa kamu berada di luar negara nanti.” Luah nenek dengan tegas dan bersungguh-sungguh. Aku hanya mampu berdoa supaya Abang Nazrin dapat mengeluarkan hujah-hujah yang bernas untuk mengelakkan kami daripada bertunang Ahad ini.
“Mak, sudahlah tu..kan doktor pesan mak tak boleh terlalu susah hati.” Ujar papa. Mungkin risau apabila melihat wajah nenek yang semakin mendung. Seperti ada ribut akan melanda sebentar lagi.
“Entahlah Abdullah, mak rasa memang hasrat mak tak akan kesampaian..aduh...” Ujar nenek dengan lirih. Tangannya memicit kepala membuatkan aku menjadi sedikit risau.
“Nenek..nenek sihat ke tak ni?” Tanya Abang Nazrin. Tangannya diletakkan pada dahi nenek tetapi sekejap sahaja kerana wanita itu terus menepis tangannya.
“Tak apa Nazrin, tak payahlah kamu risaukan nenek lagi..setelah kamu menolak permintaan nenek, tak perlulah kamu fikirkan tentang nenek lagi..” Ujar nenek seperti berjauh hati dengan Abang Nazrin. Kemudian wanita di sebelahku ini terus berdiri.
“Nek..duduk dulu..” Ujar Abang Nazrin yang memaut tangan nenek tetapi wanita itu terus merentap tangannya daripada genggaman Abang Nazrin.Lelaki itu kulihat meraup-raupkan wajahnya berkali-kali. Dari gayanya, dia kelihatan seperti berada di dalam dilema. Sebaik sahaja nenek mula hendak melangkah dari sini, terus Abang Nazrin bersuara.
“Baiklah, Nazrin setuju.” Lemah kedengaran suaranya menuturkan ayat itu.
“Abang Nazrin!!” Terjerit kecil diriku saat ini.
Aku benar-benar tidak sangka ayat itu akan keluar dari mulutnya. Harapanku supaya nenek membatalkan hasrat hatinya kini berkecai seperti kaca terhempas ke lantai. Aku benar-benar berharap Abang Nazrin akan menolak mentah-mentah permintaan nenek itu walau apa pun yang berlaku. Tapi, apabila memikirkan tentang kesihatan nenek, terasa kejam pula jika kami berbuat begitu. Ah, aku sendiri berada di dalam keadaan yang serba-salah saat ini.
“Betul ni?” Soal nenek yang memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.
“Nazrin, jawab soalan nenek tu. Ini bukan perkara main-main.” Mama pula bersuara setelah lelaki itu dilihatnya diam sahaja. Pandangan kosong dihalakan ke lantai. Hanya sebuah anggukan sahaja yang menjawab soalan mama.
“Alhamdulillah..syukur..kamu memang cucu nenek, Nazrin!” Ujar nenek yang terus melabuhkan punggungnya kembali di atas sofa. Tangannya kemudian meraih tanganku.
“Wani pula bagaimana? Wani seorang cucu yang baik. Nenek tahu Wani tak akan tolak permintaan nenek kan, sayang?” Redup mata nenek memandang ke arahku.
“Wani..Wani..” Aku cuba untuk memberitahu yang aku tidak bersetuju dengan semua ini tetapi kerutan yang kembali bertandang pada wajah nenek menghalang aku daripada meneruskan ayatku itu.
“Wani setuju nek..” Akhirnya aku bersuara. Nenek terus memelukku dengan penuh kasih sayang. Dahiku dikucupnya mesra.
“Alhamdulillah mak, setuju jugak budak-budak ni akhirnya.” Terus sahaja papa berkata demikian. Memang aku tahu mama dan papa risau sekiranya kami tidak dapat menunaikan permintaan nenek.
“Wani, esok ikut mama ke butik pengantin ye sayang..jangan risau, semua persiapan dah dibuat. Wani tak perlu fikir tentang apa-apa pun..” Kata-kata mama kusambut dengan anggukan sahaja sambil menahan sebak di dada.
Apabila mataku sudah tidak mampu untuk menampung air mata yang bergenangan, aku terus meminta diri ke atas dengan alasan untuk mengulang kaji pelajaran. Longlai sahaja langkahku menapak ke ruang atas. Mak Timah yang sedang memandangku dengan pandangan penuh simpati tidak kuhiraukan. Bersama air mata yang berjuraian, aku memulas tombol pintu. Walaupun nenek tidak memaksa kami berkahwin sekarang, tetapi hakikat yang aku perlu juga berkahwin dengan Abang Nazrin setahun dari sekarang betul-betul telah meremukkan hatiku. Salahkah aku untuk merasa sedih, hampa, sedikit marah serta kecewa begini? Adakah aku layak menyandang gelaran cucu yang tidak mengenang budi sekiranya aku menolak permintaan nenek? Bertunang pada usia 17 tahun?! Sesungguhnya aku terasa dunia remajaku sudah hilang warnanya saat ini. Mungkin ini namanya pengorbanan. Nafas berat kuhela untuk kesekian kalinya.
Aku terus mencapai telefon bimbit apabila terdengar bunyi mesej masuk.
Tubuh kuhempaskan di atas katil. Mungkinkah Megat yang menghantar mesej? Mata kufokuskan ke arah skrin telefon bimbit. Hampa betul! Bukan Megat tetapi Abang Nazrin yang menghantar mesej. Aku terus membaca bait-bait ayat yang seterusnya.
+“Kalau kau tak buat cerita tentang Zita dulu, pasti nenek tak akan minta aku kahwin dengan kau. Semua ni memang salah kau!”
Begitulah bunyi mesej dari singa tu. Aku mengetap bibir dan pantas membalas mesejnya.
-“Ape pulak salah Wani?!”
+“Habis tu salah aku? Nenek kasihankan kau. Tak mahu kau rasa seperti anak terbuang sebab tu nenek nak aku kahwin dengan kau..”
Isk, hatiku semakin panas membaca mesej yang baru dihantarnya itu.
-“Wani belum pekak lagi okay! Abang dah lupa atau buat-buat lupa yang nenek suruh abang kahwin sebab nenek takut abang buat perkara yang bukan-bukan kat luar negara tu. Nenek takut abang jadi macam Uncle Aidil! Dah hilang ingatan ke?”
Gerun juga apabila memikirkan tentang jawapan yang akan aku terima nanti. Maklumlah, aku manalah pernah menjawab kata-katanya panjang lebar begitu. Ala, relaks la Wani, dalam mesej je pun, buat apa nak takut! Aku berkata pada diri sendiri. Tidak lama kemudian, telefon bimbitku berbunyi lagi.
+“Oh..dalam sms berani pulak kau menjawab kata-kata aku. Apa yang pasti, aku nak kau tahu yang aku setuju pun sebab nenek. Bukan sebab aku nak sangat bertunang dengan kau.”
Aku mencebikkan bibir. Geram betul! Jariku pantas menaip.
“Hey, kalau kau tak nak, sepuluh kali aku tak sudilah!” Entah kenapa aku teragak-agak untuk menghantar mesej tersebut kepadanya. Akhirnya, aku ‘delete’ semula bait-bait ayat yang aku taip tadi dan mengambil keputusan untuk tidak membalas mesejnya. Ah, menghabiskan kredit aje bermesej dengan si bapak singa tu! Aku terus mencapai Garfield dan menutup wajahku dengan bantal.
***



________________________________________________________________


Bab 6
Empat tahun kemudian
Tok! Tok! Tok! Tok!
Mata kubuka dengan perlahan-lahan. Bunyi ketukan yang berterusan pada pintu bilik nampaknya telah berjaya mengganggu tidurku. ‘Siapa agaknya yang dengki tengok aku dan Niza tidur malam-malam ni?’ Soalku di dalam hati. Jemari kanan kularikan ke mata. Kedua-dua belah mata kugosok perlahan. Jemari kiri pula terus menyelak selimut yang membaluti diri. Kemudian, pandangan kuhalakan ke katil sebelah. Niza kulihat terbaring kaku. Ah, biasalah..siapa tak kenal gadis itu. Kalau bangunan asrama empat tingkat ni runtuh sekalipun, belum tentu dia akan bangun.
Tok! Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan yang membingitkan telinga berkumandang lagi. Isk, memang siaplah si pengetuk pintu itu. Kalau tidak ada hal penting yang akan diberitahu sebentar lagi, pasti aku akan kasi hadiah istimewa berupa pakej ‘backhand’ dan ‘flying kick’ percuma kepadanya. Dengan malas aku menyarungkan ‘plush slippers’ Donald Duck yang dibeli oleh mama semasa melawat ke Disneyland Paris pada cuti semester yang lepas. Cuti yang paling tidak menyeronokkan di dalam hidupku kerana bapa singa itu juga ada bersama. Masa itu kami sekeluarga melawat dia di UK, kemudian kami bersama-sama melancong ke beberapa negara Eropah. Aku yang masih mamai menguakkan pintu bilik dan kembali menghempas tubuh ke atas katil.
Dah kuagak, mesti jiran sebelah yang datang bertandang. Dalam kesamaran, wajah terkejut Husna dan Mai yang memasuki bilik kupandang silih berganti. Mereka siap berbaju kurung lagi. ‘What’s the event?’ Soalku di dalam hati. Haaa, ada kumpulan nasyid datang buat konsert amal kat kampus ni agaknya. Isk, mengacau betullah malam-malam begini datang menziarah. Mai dan Husna kemudian berpandangan sesama sendiri.
“Hm..apahal korang datang ni? Nak ajak kitorang pergi konsert nasyid ke?” Soalku dengan malas sambil meregangkan badan. ‘Legging’ hitam yang melekat di kaki kubetulkan sambil menanti jawapan dari mereka yang sedang memandang ke arahku dengan pandangan yang maha pelik.
“Konsert tengkorak kau! Hoi, korang tak nak pergi kelas ke?” Jerit Mai. Betul-betul terserlah ke’brutal’annya saat ini. Aku menggaru kepala dengan kedua-dua belah tangan. Kelas? Seingat aku, kami tidak ada kelas malam untuk semester ini.
“Niza..bangun! Tak nak ke kelas ke?” Husna, gadis lemah lembut itu pula kulihat sedang mengejutkan Niza yang masih lena diulit mimpi. Badan gadis itu digoyang kuat dan akhirnya usaha Husna berjaya apabila pemilik tubuh itu membuka matanya.
“Niza, kau tak nak ke kelas ke?” Husna kembali bertanya soalan itu kepada Niza yang masih mamai.
“Kelas??” Soal gadis yang berpijama ‘hello kitty’ itu dengan wajah yang sedikit pelik.
“Entahnya. Kelas apa malam-malam macam ni?!” Bidas aku pula. Jelingan tajam kuberikan kepada Husna dan Mai.
“Malam? Ya Ampun..! Hey Medina, kau tahu sekarang pukul berapa?” Jerit Mai sekali lagi. Memang di kampus ini semua kawan-kawan dan pensyarah memanggilku dengan panggilan Medina kerana di dalam kelasku ada 2 lagi pelajar yang dipanggil Wani. Aku mengerutkan dahi ke arah Mai. Isk, nasiblah aku tak sebilik dengan minah ni. Kalau tidak, tak sampai satu semester, pasti pekak telinga aku dibuatnya akibat daripada suaranya yang kuat itu.
“Dah pukul 7 30 pagi tau. Kan kita ada kelas at 8 am today.” Husna berkata dengan lembut tetapi tegas. Kepala digeleng berkali-kali. Aku pula sepantas kilat bangun menuju ke arah tingkap.
“Pukul 7 30 pagi? Biar betul..gelap aje ni..” Dalam hati, terfikir juga..jangan-jangan budak berdua ni nak kenakan aku tak? Langsir kubuka dengan seluas-luasnya. Silau cahaya membuatkan aku mengecilkan sedikit mataku. ‘Ya Allah, bagaimana aku boleh tertidur ni? Mampus aku!’
“Dah kau tutup langsir tu, memanglah gelap, tuan Puteri oi..” Perli Mai. Aku menerpa ke arah almari. Pintu kubuka dan tuala yang terlipat kemas kutarik. Bekas berisi berus gigi, ubat gigi, shower foam, pencuci muka dan benda-benda lain yang seangkatan dengannya kucapai. Sempat lagi kubelek jam yang berada di atas meja.
“Aduh..7 30 pagi! Macam mana ni? Sempat lagi tak kalau nak bersiap? Ah, mana sempat ni...!!!” Omelku pada diri sendiri.
“Kau jangan cari fasal Medina. Hari ni kelas pertama untuk subjek Dr. Adin tau! Kau perlu juga attend kelas hari ni.” Mai yang masih terbawa-bawa imej ketua pengawas di sekolah dulu memberikan amaran. Aku pula memandang ke arah Niza yang sudah pun bersedia untuk ke bilik air.
“Aku rasa sempat Dina. Kita mandi ala-ala P.Ramlee aje la. Gerenti sempat!” Ujar Niza. Mandi ala-ala P.Ramlee? Satu cadangan yang bagus!
“Okay, okay..jom. Korang tunggu kat bawah. Bagi kitorang 10 minit.” Ujarku pula yang terus menerpa keluar. Husna dan Mai menggelengkan kepala buat kesekian kalinya. Sempat lagi Mai menjerit ke arah aku dan Niza yang sudah mula bergegas menuju ke bilik air yang terletak selang 4 bilik dari bilik kami.
“10 minit tau. Kalau tak, kitorang gerak dulu.” Itulah ayat yang dijeritnya. Aku pula sempat menjulingkan mata ke atas sebelum menjawab.
“Ye...10 minit!!!”
***
Seperti Michael Schumacher aku memecut kereta Honda Jazz berwarna merah pemberian papa ke Dewan Kuliah A yang terletak kira-kira 10 minit daripada blok asrama aku. Haih, Medina Izwani..dah tahun akhir kau kat sini, tetapi perangai masih macam budak ‘freshie’ yang tak pernah duduk asrama. Nasib baik Husna dan Mai ada. Nak harap si Niza? Lupakan ajelah! Niza dan aku, 2x5, 10! Senyuman di bibir kulebarkan sambil menjeling ke arah Mai yang berada di sebelah.
“Mai, sempat pun kita sampai.” Jeritku riang. Macam kanak-kanak yang gembira dapat ‘lollypop’
“Sempat memanglah sempat. Tapi dah pukul 7 50 pagi ni. Cepat cari parking.” Arah Mai. Risau benar kalau kami terlewat masuk ke dewan kuliah.
Aku terus meliarkan pandangan memerhati ke kawasan sekeliling. Mai, Husna dan Niza juga aku pasti sedang melakukan perkara yang sama. Tercari-cari tempat kosong untuk meletak kenderaan.
“Alamak girls! Penuh la pulakkkkk...macam mana ni?” Soalku dengan nada yang cuak. Bukan apa, takut tak sempat sahaja. Sudahlah pensyarah untuk subjek hari ini ialah Dr. Adin. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Dr. Adin tu memang garang orangnya. Sebab itulah dia mendapat gelaran harimau pencen.
“Aduh..masak kita, Medina.” Keluh Husna yang berada di tempat duduk belakang. Peluh halus mula membasahi kawasan dahi. Berpeluh di dalam ruang yang berhawa dingin. Memang itulah tanda-tanda yang perasaan cuak dan bimbang yang melampau telah pun menguasi diri.
“Eh, ada satu tempat kosong kat hujung tu..” Jerit Niza penuh semangat.
“Mana? Mana?” Soalku sambil tercari-cari petak kosong tersebut.
“Tu...” Jarinya ditunding ke arah petak kosong yang berada di sebelah kanan, jauh di hadapan.
“Yes!!” Jeritku sambil memejamkan mata.
Tanpa berfikir panjang, aku terus memandu dengan penuh semangat. Kereta kuparkirkan dengan kemas di dalam petak kosong tersebut. Akirnya, senyuman lega terpamir juga di wajah kami berempat kini. Jam di tangan kuperhatikan, 7 55 pagi! Ah, sempat lagi ni!
“Ponnnnnnnnnnn!!” Aku terus menoleh ke belakang. Alamak, ada sebiji kereta Audi TT Turbo berwarna perak. Aik, seperti pernah kulihat kereta ini, tapi di mana ya?
“Haishhh..sikit-sikit nak hon!” Ujarku dengan geram.
“Alamak, Dina. Nampaknya kita dah tercuri parking orang lah..” Luah Niza sedikit bingung.
“Ha’ah lah. Sebenarnya, aku perasan yang kereta tu ada di situ tadi. Cuma aku tak tahu pula yang dia sedang adjust keretanya untuk masuk ke sini.” Ujarku yang sudah pun rungsing. Mata masih lagi memerhati ke arah kereta Audi tersebut. Kemudian, aku mengecilkan mata sedikit untuk memastikan nombor pendaftaran kereta tersebut. Aduh! Sah! Memang kereta seseorang yang sangat kukenali. Mana aku tak kenal, papa yang menghadiahkan kereta itu kepadanya. Tapi, kenapa pula dia berada di sini? Dah mula berkhidmat ke?
“Alaaa..macam mana ni girls?” Suara Husna mematikan pengamatan aku ke atas kereta itu. Segaris senyuman nakal terbit di bibir.
“Ah, aku tak kira. Kita dah lambat ni. Tak sanggup aku nak kena marah dengan si harimau pencen tu.” Ujarku yang mematikan enjin. Kemudian, aku terus membuka pintu kenderaan.
“Tapi Medina..” Kata-kata Niza tidak kulayan.
“Kita dah lambat. Jom!” Jeritku kepada mereka bertiga.
Aku terus melangkah keluar dari kenderaan dengan wajah tak bersalah serta penuh keyakinan. Kad matriks yang tersangkut kemas di leher kubetulkan sambil memberikan senyuman selamat pagi ke arah manusia yang sedang memandangku dengan tajam di dalam kereta itu. Sebenarnya, ada juga sedikit perasaan cuak dan bersalah di dalam hati tetapi nak buat macam mana lagi. ‘First come first serve’.Teori ini tak salah kan? Kereta Audi yang berada di sebelah kanan kujeling sekilas dan terus melangkah dengan laju menuju ke arah pintu utama dewan.
“Excuse me!” Laungan dari lelaki itu menghentikan langkah kaki kami berempat.
“Alamak..pemandu kereta tu datang la.” Ujar Niza. Jelas tergambar kebimbangan di wajahnya.
“ Medina, macam mana ni? Dah nak pukul 8 ni..” Husna pula bersuara. Aku hanya diam sahaja sambil melemparkan pandangan ke arah lelaki itu. Mataku memerhati sahaja lelaki yang sedang melangkah ke mari itu. Kaca mata yang berada di wajahnya ditanggalkan.
“Handsome juga ye. Student tahun berapa agaknya?” Soalan daripada Mai membuatkan aku menjeling seketika ke arah gadis itu.
“Macam tu kau cakap handsome? Please la Mai...” Entah kenapa aku berkata begitu walaupun di dalam hati, aku benar-benar setuju dengan kata-kata Mai. Sememangnya dia nampak berbeza dari dulu.Lebih kacak dan matang. Lelaki yang telah pun berada di hadapanku kini kupandang dengan selamba.
“Yes, anything?” Soalku sambil tersenyum sinis.
“Anything??!.” Tengkingnya yang tidak berpuas hati denganku. Sebelah keningnya terangkat sedikit.
“Kau tahu kesalahan apa yang dah kau lakukan?” Soalnya kepadaku. Aku hanya menjungkitkan bahu.
“Saya minta maaf tetapi kami dah lambat ni. Lagipun, first come first serve la kan.” Jawabku sambil membalas jelingannya itu.
“Owh, first come first serve. Tahu tak petak tu adalah untuk staff?” Tengkingnya lagi.
“Erk..” Aku terus memerhati ke arah petak tersebut. Alamak! Petak khas untuk staf meletakkan kederaan. Macam mana ni? Kami memang dah lambat!
“So?” Soalku cuba berlagak selamba lagi. Padahal, di dalam hati sudah kacau bilau.
“So? Kau tahu kan yang student macam kau tak boleh parking kat situ?” Setelah melihat kami berempat diam sahaja, dia kemudiannya bersuara.
“Cepat alihkan kenderaan.” Ujarnya. Kaca mata hitam yang berada di tangan dipakainya semula.
“Owh..saya baru tahu yang student macam saya ni tak boleh parking kat situ. Tak apa, lain kali saya akan lebih berhati-hati dalam mencari parking.” Ujarku sambil menjeling ke arah jam di tangan. Aduh, dah lambat ni..mati aku!
“What?!” Jerit lelaki itu. Wajah pucat Mai, Husna dan Niza kujeling sekilas.
“Aku tak ada masa nak bertekak dengan kau! Cepat alihkan kenderaan.” Ujarnya kasar. Bibir diketap geram. Rasa gerun menyelinap di dalam diri tetapi apabila mengingatkan balik apa yang telah dilakukannya kepadaku semasa cuti semester lepas, hatiku tiba-tiba sahaja panas.
“No way. Siapa cepat dia dapatlah. Lain kali tangkas sikit. Jangan lembab sangat. Kalau lembab, memanglah tak akan dapat.” Selamba sahaja aku berkata begitu. Mai, Husna dan Niza hanya memerhati sahaja. Lelaki itu bercekak pinggang dan kurasa semakin marah denganku. Dia kulihat ingin berkata sesuatu tetapi aku terus bersuara dulu.
“Tu..ada kereta baru keluar. Awak boleh park kat situ.” Ujarku lagi sambil menundingkan jari ke arah sebuah kereta Proton Saga merah yang baru sahaja keluar dari kawasan ini.
“Dina, Dah pukul 8!” Jerit Niza.
“Sorry, I have to go. Lain kali nak senang, bawa moto aje. Tu, berlambak petak kosong kat sana.” Ujarku lagi, sengaja ingin menyakitkan hatinya. Aku terus berlari anak menuju ke arah dewan.
“Heyy Medina Izwani!!” Jeritannya kuabaikan sahaja. Aku tersentak seketika apabila Niza, Mai dan Husna yang sedang bergegas ke arah dewan sempat menjeling ke arahku apabila terdengar namaku dipanggil lelaki itu. Sebelum aku diajukan dengan soalan-soalan berapi dari mereka, aku terus berlari anak meninggalkan mereka di belakang. Tidak ada masa hendak fikir apa yang bermain di fikiran mereka saat ini. Harap-harapnya, Dr. Adin belum masuk kelas lagilah. Risau betul! Tapi, sempat lagi aku ketawa apabila mengenangkan wajah lelaki itu tadi. Memang puas hatiku!
***