**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Saturday, 22 October 2011

Isteri Separuh Masa 17

Bab 17
Tiba-tiba pula aku teringatkan agar-agar laici Mak Timah yang masih berbaki lagi di dalam peti sejuk. Isk, kalau tak makan sedikit, pasti aku termimpi-mimpi dalam tidur kejap lagi. Kaftan labuh yang berada di badan kuangkat sedikit hingga ke paras betis. Aku menjengketkan kaki dan menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu membangunkan semua orang yang sedang tidur. Memanglah jam baru menunjukkan pukul 10 malam tetapi mungkin kerana penat melayan tetamu dan membuat kerja siang tadi, semuanya sudah berada di dalam bilik masing-masing. Tapi, Abang Nazrin masih lagi berjaga. Tadi kulihat dia sedang sibuk membuat kerja. Ah, malas hendak mengerling lama-lama tadi. Takut dia perasan pulak!
Berkerut wajahku di saat aku menjejakkan kaki ke ruang tamu. Jelas ternampak ada cahaya yang datang dari ruang dapur. Lantas aku terus bergerak dengan pantas menuju ke situ. Ya ampun! Memang betul pun tekaanku. Lampu terpasang dengan terang benderang di sini manakala Tiffa yang berpijama lengan pendek pula kulihat sedang menyelongkar kabinet yang melekat pada dinding itu.
“Tiffa..” Tegurku dengan wajah yang pelik. Dia kemudian menoleh ke arahku.
“Hi there..” Ujarnya dengan selamba. Kemudian, dia menoleh semula ke hadapan. Tangannya masih sibuk menyelongkar.
“Cari apa tu?” Tanyaku dengan lembut sambil melangkah ke arahnya. Gadis yang berusia 25 tahun ini terus menghentikan kerja-kerja menyelongkar. Tangannya menyelak rambut lurus yang menutupi mata ke balakang. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam saat ini.
“Ada instant noodles?” Akhirnya dia menyoalku.
“Instant noodles? Kenapa?” Aku menyoalnya kembali dengan wajah yang pelik.
“I’m starving!” Luah gadis itu akhirnya. Tergelak kecil aku melihat wajah cantiknya yang berkerut seribu itu.
“Oh..kenapa pulak nak makan maggi kalau lapar? Wani panaskan nasik tomato dan lauk pauk yang lain untuk Tiffa ye?” Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus berlalu ke arah periuk-periuk yang masih mengandungi lauk-pauk yang dimasak siang tadi. Cepat-cepat Tiffa mengejar langkahku.
“Tak nak..I don’t like rice..” Ujarnya sambil menggelengkan kepala. Diet lah tu..
“Oh..then, nak makan kuih?” Aku memberikan cadangan. Gadis itu menggelengkan kepala lagi.
“I want spaghetti!” Kata-katanya membuatkan aku terlopong. Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan.
“Spaghetti?” Soalku. Jam di dinding kukerling. Dah pukul 10:10 minit malam.
“Takde spaghetti, instant noodles pun okay..I don’t really eat rice. Tiff hanya makan kuih-muih aje today..and now I’m so hungry!” Sedih nada suaranya berkata begitu. Aku pula menggelengkan kepala.
“Biar betul Tiffa?” Soalku. Patutlah nampak lapar semacam aje. Di dalam kepala aku sedang memikirkan apa yang boleh dimasak untuk Tiffa.
“Erm..jom makan kat luar, boleh tak? Nak makan spageti.” Ujarnya. Haih..susah juga nak melayan tekaknya yang macam minah salleh ni.
“Now?” Mata kujelingkan sekali lagi ke arah jam dinding.
“Please Wani..please accompany me. I’ll inform my dad now..and dapatkan kunci kereta, okay?” Tanpa menunggu jawapanku, gadis itu terus berlalu. Aku pula mengejar langkahnya yang sedang mendaki tangga.
“Tiffa..” Panggilku. Dia menoleh seketika.
“Wani tukar baju kejap tau!” Bisikku dengan perlahan.
“Okayyy” Ujarnya dengan nada gembira dan menyambung langkah ke atas. Isk, rosak programku untuk makan agar-agar laici. Balik kejap lagi ajelah aku jamah sedikit. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik dengan hati yang berat. Ikutkan hati, mahu sahaja aku menolak ajakan Tiffa tetapi kasihan pula dengan tetamuku itu.
Abang Nazrin masih lagi berada di mejanya. Serius betul kulihat wajahnya waktu ini. Selepas menyarungkan jeans dan blaus lengan panjang ke badan, aku mencapai tudung dan menyarungkan di kepala. Lip gloss M.A.C. kuoleskan ke bibir dan aku terus melangkah keluar dari bilikku.
“Dr. Nazrin, saya nak keluar kejap. Tiffa lapar dan dia paksa saya temankan dia cari spaghetti sekarang.” Ujarku.
Setelah tiada tindak balas yang kuterima dari lelaki itu, aku terus melangkah keluar. Apabila aku turun, Tiffa sudah pun menungguku di ruang tamu. Aku hanya mampu memandang sahaja ke arah gadis yang memakai t-shirt sendat bersama berseluar pendek paras lutut. Memang cantik tetapi bukankah kecantikan itu hanya untuk dilihat oleh suaminya sahaja nanti? Tak tahulah apa akan terjadi kalau nenek tengok ni. Mesti wanita itu akan naik angin! Aku hanya mampu mengeluh di dalam hati saat ini. Ke mana agaknya aku nak bawa dia ni makan spageti? Tiba-tiba teringatkan spageti yang sedap di Star Cafe. Aku menjeling jam di tangan. Sempat lagi ni. Maklumlah Maira Star Cafe yang hanya 5 minit sahaja dari sini, bukak sampai pagi.
***
Bagai ular sawa batik yang baru menelan seekor lembu, begitulah keadaan aku dan Tiffa sekarang. Ingatkan nak temankan Tiffa aje, tapi kerana tidak tahan godaan spageti yang lazat itu, aku pun makan sekali. Tak cukup dengan itu, Tiffa memesan Rib-eye steak sebanyak dua pinggan tadi. Satu untuk dia satu untuk aku. Memang sedap sehingga tak sedar yang aku telah makan dengan banyaknya. Aku memandang ke arah Tiffa yang sedang membuat bayaran di sebelahku. Puas sudah aku ingin membayar harga makanan tadi tetapi gadis di sebelahku ini menolak dengan sekeras-kerasnya. Kata nenek, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Akhirnya aku hanya mengucapkan terima kasih sahaja sambil tersengih.
“Wani..thank you so much for accompanying me!” UcapTiffa yang memaut lenganku. Gadis ini memang peramah dan mudah mesra orangnya. Aku menoleh dan tersenyum ke arahnya.
“Wani yang kena ucapkan terima kasih sebab Tiffa sudi belanja wani. Wani bukan temankan Tiffa aje..Wani pun makan sekali tadi.” Ujarku sambil menyungging senyuman. Kami melangkah beriringan menuju ke arah kereta Uncle Aidil.
“I really love the spaghetti! It was so yummylicious!” Ujar Tiffa sambil memejamkan matanya. Ketawa kecil aku mendengar perkataan itu. Yummylicious! Terlalu sedap sehinggakan tidak tergambar dengan kata-kata. Memang betul, spageti di Maira Star Cafe adalah antara yang terbaik di sini. Cuma tempatnya sahaja tidak terlalu strategik. Tempat letak kenderaan pula di dalam lorong. Sangat tersorok. Sunyi betul kawasan ni.
“Yes..true! It was beyond delicous..too yummy, right!” Sokongku sambil tersenyum.
Sebaik sahaja sampai di hadapan kereta Uncle Aidil, Tiffa terus mengeluarkan kunci dari dalam begnya. Tapi, belum sempat dia menekan punat pada kunci tersebut, ada seorang lelaki mencuit bahunya dari arah belakang. Aku yang berada di sisi kiri kereta BWM hitam ini, terus meluru ke arah Tiffa.
“Wow..seksinya!” Ujar lelaki itu sambil tersengih. Tiffa terus menolak lelaki kurus yang memakai t-shirt kuning itu dengan kuat ke tepi. Terhuyung-hayang sedikit jadinya. Tapi, kami berdua tersentak apabila ada seorang lagi lelaki sedang melangkah ke mari. Mereka ni nampak seperti penagih dadah aje. Tak pun peragut atau perogol. Semakin takut jadinya aku ini. Aku terus mengeluarkan telefon bimbit dan membuat panggilan.
“Hello..tolong datang ke Maira Star Cafe. Ada 2 orang lelaki sedang mengganggu kami. Please come.” Kelam kabut aku terus menuturkan ayat tersebut.
“Tolong! Tolong!!!!” Jerit Tiffa tetapi tidak ada yang dengar.
Aku menoleh ke arah Tiffa. Begnya sedang ditarik oleh lelaki berbaju kuning. Tiffa kulihat menendang lelaki bertubuh kecil itu dengan kuat menyebabkan dia terjatuh. Tapi, seorang lagi lelaki telah pun memegang tangannya dari belakang. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru ke arah Tiffa. Beg tangan yang tercampak ke bawah kukutip. Kedua-dua orang lelaki itu kini bergerak ke arahku pula. Aku mengundur ke belakang, setapak demi setapak.
“Bagi kami beg tu, kalau kau tak mahu dicederakan!” Tempik lelaki yang berambut panjang itu. Aku terus mengerling sekilas ke arah Tiffa.
“Just throw it to them, Wani! Throw it!” Gesa Tiffa yang sudah mula mengalirkan air mata. Aku memandang ke arah kedua-dua lelaki yang berada di hadapanku. Gerun memang gerun tetapi aku tidak sanggup untuk memberikan beg ini kepada mereka.
“Hey! Kenapa korang buat kerja terkutuk ni? Tahu tak, orang lain susah-susah bekerja cari duit, korang senang-senang aje nak mencuri!” Jerkahku membuatkan mereka semakin berang. Lelaki berbaju kuning terus menarik beg yang berada di dalam pelukanku manakala yang seorang lagi cuba menarik kedua-dua belah lenganku ke belakang.
“Diam! Bagi beg ni” Tengkingnya. Tiffa pula masih menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa pun yang datang membantu. Menyesal pula kerana datang ke tempat yang sunyi begini.
Tiba-tiba sahaja lelaki di belakangku melepaskan pegangannya. Lelaki berbaju kuning yang beriya-iya menarik beg Tiffa yang berada di dalam pelukanku pula kulihat seperti hendak lari sahaja.
“Nazrin!” Jeritan Tiffa membuatkan aku terus menoleh ke belakang. Nampaknya Abang Nazrin yang ringkas dengan knitted sweater biru tua di badan sedang menghadiahkan sebiji penumbuk kepada lelaki berambut panjang itu. Aku lihat dia mengaduh. Lelaki itu kemudiannya bangun dan terus melarikan diri.
“Kurang ajar! Kenapa lari? Dengan perempuan beranilah korang ya!” Jerit Abang Nazrin. Kemudian, dia melangkah ke arahku. Di dalam hati aku tahu dia akan menengkingku saat ini. Mata kupejamkan serapat-rapatnya bersama air mata yang telah pun bergenangan di dalam kolam mata.
“Are you okay?” Tersentak aku sebaik sahaja mendengar suara itu. Aku terus mendongakkan kepala ke atas.
“Hah?” Mata kukecilkan sedikit. Masih tidak percaya Abang Nazrin yang bertanya begitu. Dia pula nampak seperti serba-salah untuk bersuara saat ini. Aku mengerling sedikit ke arah Tiffa yang sedang memeriksa keadaan beg Louis Vuittonnya.
“Are you okay?” Soal Abang Nazrin dengan perlahan. Kenapa aku lihat dia seperti risaukan aku? Eh..tak mungkin, tak mungkin! Matanya bergerak memandang ke seluruh wajahku yang kehairanan.
“Err..yeah..thanks for coming..” Aku berkata begitu dengan gugup. Sebaik sahaja mendengar ayat itu, matanya masih lagi melekat di wajahku, lama.
“Ehem..” Akhirnya dia berdehem dan meraupkan wajah.
“Lain kali tak payah nak keluar malam-malam begini. Menyusahkan orang betul!” Ujarnya dengan kasar. Semakin hairan aku jadinya. Bapak singa ni dah kenapa? Jiwa kacau ke? Tadi, lembut betul suaranya, tiba-tiba bertukar kasar pulak. Aku menjulingkan mata ke atas sebaik sahaja Abang Nazrin merapatkan diri ke arah Tiffa.
“Are you okay, Tiffa?” Soal Abang Nazrin.Tiffa terus mengangukkan kepala kepada Abang Nazrin.
“Next time, dress properly. Kalau diorang rape you ke, ape ke macam mana tadi?” Kedengaran Abang Nazrin membebel. Aku hanya mampu menjeling sahaja.
“Sorry..” Gumam gadis itu. Dia kemudiannya meluru ke arahku.

“Thank you so much Wani..thank you so much!” Ujar Tiffa yang terus memelukku. Aku hanya tersenyum tawar sampai menggelengkan kepala.
“No problem..jom balik.” Ujarku dan kami bergerak ke bahagian sisi kereta. Tiffa kemudiannya berkata sesuatu kepada lelaki itu sebelum masuk ke dalam kenderaan ini. Dari dalam kereta, dapat kulihat Abang Nazrin sedang memerhati kami. Tapi, kenapa pandangannya itu seakan-akan mmandang ke arahku? Tidak ada api kebencian yang menyala seperti setahun atau dua tahun yang lepas. Aku membalas pandangannya sehinggalah kereta Tiffa meluncur laju meninggalkan Abang Nazrin. “Are you okay?” Masih terngiang-ngiang soalan itu di telinga. Di dalam hati masih lagi tidak percaya dia bertanyakan soalan itu kepadaku. Ada getaran yang melanda jiwa apabila teringat kembali renungannya yang sedikit berlainan sebentar tadi. Walaupun sekejap tetapi ianya masih terkesan di hati. Dahi kukerutkan sedikit dan aku melemparkan pandangan ke arah langit malam yang hitam pekat bersama seribu keresahan yang melanda jiwa saat ini.
***

64 comments:

  1. sayang suri! :) terima kasih banyak.. terubat penantian yg panjang kat wani & nazrin.. kesian kat suri.. terkejar2 dgn mcm2 urusan dan 'demand' drpd peminat ism.. semoga Allah swt permudahkan segala urusan suri & hubby.. safe journey ya! moga2 nanti ada latar di seoul pulak dlm kisah ism ;)

    ReplyDelete
  2. menanti dgn penuh sabar ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. ye..dah ada sambungan..byknya konflik kat bab ni..hish, nazrin mcm dah mula menunjukkan simptom2 cembure..cannot wait to read the next chapter! cayok!

    ReplyDelete
  4. best . tak sabar nak tunggu ISM 18 . :)

    ReplyDelete
  5. padan muka dgn nazrin ingat dia sorang je boleh ada makwe.

    ReplyDelete
  6. peh.. Suri kne gi korea ke?? Best nya..

    ReplyDelete
  7. pendek la sury tak puas...nak lagi dan lagi,setiap kali baca entry baru....walau apapun best thanks sury...

    ReplyDelete
  8. hai suri, best lar cerita nie...hihii:)...take ur time ...tc... :))

    ReplyDelete
  9. hee~ thanks a lot kak suri! have a safe journey then. untungnya kak suri dpt jelajah tanah orang. hhuhu~

    ps : sentiasa sokong ISM :')

    -kleo-

    ReplyDelete
  10. bapak singa dh jeles..hahaha....

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak tunggu ISM 18.

    btw, kak suri, saya tertarik pulak pasal akak nak ke Seoul tu. saya study di sini. kalau akak ada nak minta tolong apa2 ke kan..boleh la contact saya...:)

    ReplyDelete
  12. sis,cyus xsuka bab nie.awat wani jd mcm tu?btw,suka bila tahu yang nazri jeles.hehe

    ReplyDelete
  13. Best sangat x sia2 tunggu seminggu lebih untuk ism 17...mesty best kak suri dapat pegi Korea...jealousnya :)

    ReplyDelete
  14. alahai suri..bestnya hidup U..da nak ke korea pulak..boleh pi hari hari kat lokasi winter sonata tu..suri rasa bila ek..novel ni nak diterbitkan..rasa tak sabar pulak nak tunggu E3 setiap kali...
    Nampaknya mamat Zafri da membuka langkah nak ngurat minah tu..suka suka..(baca cara ipin) mamat Nazrin poyo tu jeles ke??? ini sudah baek..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  15. zafrina tu mesti zafri kan??

    ReplyDelete
  16. best sgt...suri good luck

    ReplyDelete
  17. terima kasih kak suri untuk n3 ni..
    Zafrina? hahaha.. mesti Zafri kan..
    Bapak singa dah cemburu!.. suka sangat n3 ni..

    ReplyDelete
  18. Ishhh wani ni...zafri la tu....hehe
    btw kak suri msti sronok kan dpt pi negara org...ohh korea plak tu...later send my regards to SNSD ea...haha...

    ReplyDelete
  19. wah! kau suri ! seoul ! bestnya kak suri . . . untung kak suri . . . apa2 pun nazrin dah jeles kea tu ? hehehe

    ReplyDelete
  20. haha..nazrin dah jeles ngan zafri :)

    ReplyDelete
  21. cepatla kak suri,tak sabar nak tahu lepas tu hehe........sweetnye nazrin n wani

    ReplyDelete
  22. best sangat tak sabar nak baca cerita selanjutnya...anyway best of luck semoga dapat ilham kat korea nanti ya........

    ReplyDelete
  23. pandainye nazrin reka nama untuk Zafri en.. hahaha... Waaa Kak Suri nak ke koria?! kirim salam kat nazrin a.k.a dennis oh ek... :D

    ReplyDelete
  24. besttt..smbg lg ye :-)

    ReplyDelete
  25. hmm bagus jugak nazrin cover depan nenek ... zafri sebut zafrina ... thanks for d n3 best!

    ReplyDelete
  26. so sweet....bpk snga da mule jeles,,,jeles an tnda syg...hahahahha

    ReplyDelete
  27. TERUSKAN BAGI BAPAK SINGA TU JELES....
    BIAR DIA RASA ... INGAT ORANG LAIN X ADA PERASSAN AGAKNYA..
    BOLEH JALAN DA....

    ReplyDelete
  28. em tak sabar nak tunggu novel ni..

    ReplyDelete
  29. best2....tak sabar menunggu yg seterusnya..
    have a safe journey kak suri.. =)

    ReplyDelete
  30. assalam... tengs 4 dis episode, kak suri!!!! cantekk punya... nk pigi Seoul??? whoaaa!!!! smoga ALLAH prmudahkn sgala prjlnn akk ek!!!

    ReplyDelete
  31. ouh patut la..
    best kak suri lpas ni duk kt seoul..
    bestnyaaa... selamat brjaya d tmpat bru.
    hhmm... entry ni best !
    saya rasa nazrin jelez la..
    tu mst call dr lelaki yg wani bru kenal tu.
    hehehe...

    ReplyDelete
  32. xpe2..
    settlekan yg pntg dulu..
    ktorg akan trus menunggu..
    waa,,beznye dapat g korea..
    nak g jugak..
    blela dapat g sane ek??

    ReplyDelete
  33. ptot la akak xupdate kebelakangan ni.. ok tace care...xsabar syieda tggu ni ^_^

    ReplyDelete
  34. Hahaha.. Zafrina .... Kakaka... !!! Wah mesti super bz suri skang ni... Apa pun moga semua urusan mu dipermudahkan. Take care ye dik.. Selamat pulang ke tanah air walau utk seketika.. Sempat tak ber aidil adha di tanah air sebelum ke korea tu...????

    ReplyDelete
  35. tak sabar nak tunggu novel ISM nih.. cepat2 siapkan manuskrip ek suri..

    ReplyDelete
  36. wah bestnyer...!(AINA EYNA)

    ReplyDelete
  37. BEST LA CITER NI..SAYA DAH IKUT DR BAB 1 SMPI SKRG...AGAK2 BILA NK DI BUKUKAN NOVEL NI...X SABAR RASANYA...HEHE..

    ReplyDelete
  38. Tak sabar, tggu next n3. Biarkan Zafri buru Wani...buat sampai bapak singa tu jeles tahap gaban dan pergi mengaku kat Zafri yg wani tu isteri dia...baru kena buku dgn ruas ni...

    Ye la, suri byk travel ye...

    ReplyDelete
  39. zafrina.huahuahua

    ReplyDelete
  40. sis bile nk wat novel ni???best....bestla

    ReplyDelete
  41. wahhhh nice...
    zafrina???
    haha pandai plak bpk singa ni tkr nma...
    ngeheeeehe...
    korea??? wah bestnya!!!

    ReplyDelete
  42. best la suri. makin menarik jln ceritanya..x sabar nak baca sambungannya. hope everything goes well ur end..nak pindah-randah ni mmg penat! tahnks for updating! :D

    ReplyDelete
  43. ala...xde sambungan lg... mode: menunggu

    ReplyDelete
  44. very good nazrin coz nak cover so dat nenek tak suspect apa-apa dats why he said: zafrina instead of zafri - see he has a good/loving heart ... heheheee

    ReplyDelete
  45. huhu....penantian 1 penyeksaan...huhu

    ReplyDelete
  46. waaa...bestnyer dapat g korea,jangan lupa ye sambung ISM.Suka sangat dgn cite ni...(^_^)

    ReplyDelete
  47. bestnya Suri....pat g korea... nk ikutttttttt, heheheh

    ReplyDelete
  48. kak suri skrg ni tggl kt mne ?
    akak duduk oversea ye ? .

    ReplyDelete
  49. kak suri..seronok baca krya awak..hee..suka sangat..memang rawr..haha..harap dapat hasilkan karya yang lebih baik..make me proud..wish me luck in spm...ok..tq...

    ReplyDelete
  50. bila nak sambung lamanya

    ReplyDelete
  51. sambungan sambungan sambungan sambungan.... eeiii x sabar2 nk tggu sambungan.. kak suri have a safe journey.... selamat prgi dan selamat balik.. miss u a lot lot lot...

    ReplyDelete
  52. tertunggu tunggu sambungan kesah ni.....sis, bile nk dibukukan? can't wait!!! hehehe

    ReplyDelete
  53. suri cpt sambung lg

    ReplyDelete
  54. lamenyer menghilang...

    ReplyDelete
  55. siapa yg call ek??curiousnyer..xsabar nk tggu next n3..syggg..kak suri..

    ~nYamUk~

    ReplyDelete
  56. suri...whr hv u been...cepat la next n3.suka ngat citer ni

    ReplyDelete
  57. wow... suri dah pindah ke korea pulak.. nanti buat citer background negara winter sonata tau.. thanks sury 4 ur stories...

    hehehe... nenek ni mesti nak bagi hint kat wani yg abg nazrin ni kuat cemburu.. mestilah dia sebenarnya jeles kat zafri.. tup2 zafri pulak yg tepon wani..makin anginlah abg nazrin... best!!!

    ReplyDelete
  58. mana ism 18 ni ye..really cant wait!!! weeehooo!!

    ReplyDelete