**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday, 25 November 2011

Isteri Separuh Masa 18

Bab 18
Kereta kuparkirkan betul-betul di hadapan pintu pagar. Kemudian, aku terus keluar dari kenderaan bersama beg dan fail di tangan. Sesampai sahaja di hadapan pintu pagar, tangan kananku mula menyeluk ke dalam beg untuk mengeluarkan gugusan kunci yang . diberikan oleh Abang Nazrin kepadaku tempoh hari.
“Ish, mana pula kunci ni?” Aku bertanya pada diri sendiri setelah kunci gagal dikesan oleh jemariku. Setelah puas menyelongkar beg, baru aku teringat yang aku telah tertinggal kunci pintu pagar dan pintu utama rumah di dalam bilik. Aduhai, masalah betullah. Melihat keadaan rumah yang gelap, aku pasti semua orang sudah masuk tidur. Nampaknya, tidak ada pilihan lain dah. Terpaksa jugalah meminta tolong dengan Abang Nazrin walaupun aku tidak pasti sama ada telingaku ini sudah bersedia atau belum untuk mendengar leteran dan tengkingannya sekejap lagi. Akhirnya, telefon bimbit kukeluarkan dari dalam poket baju kurung.
“Assalamualaikum Dr. Nazrin..” Ujarku.
“Waalaikumussalam. Hmm..apahal?” Jawabnya acuh tak acuh.
“Saya tertinggal kunci kat...” Belum pun sempat aku menghabiskan ayat lelaki itu sudah pun memotong. Mata kujulingkan ke atas.
“Oh..tertinggal kunci. So?” Sinis sahaja suara lelaki itu.
“So, macam mana saya nak masuk ni?” Soalku dengan perlahan.
“Tunggu situ sampai aku datang. Kalau dah tak sabar sangat, pandai-pandailah kau panjat pintu pagar atau tembok batu tu.” Jawab lelaki itu dengan selamba dan talian terus dimatikannya.
“Hello! Hellooo!!!” Isk, aku belum habis cakap lagi dia dah letak. Geramnya!
Ada ke patut dia bagi cadangan supaya aku panjat pintu pagar yang tinggi ni? Dia ingat aku spiderwoman agaknya? Aku menyandarkan badan pada pintu pagar untuk seketika. Setelah sepuluh minit menunggu, lelaki itu belum juga muncul. Bibir kuketap dengan geram. Mesti si bapak singa tu nak main-mainkan aku! Kenapalah, aku menunggu macam orang bodoh dari tadi? Nampaknya, aku kena panjat ajelah. Tak berhati perut betul lelaki tu! Bukan dia tak tahu aku yang feminin lagi ayu ni kurang arif di dalam bidang panjat-memanjat. Nasib baik, aku pakai ‘legging, kalau tidak, memang tidur dalam kereta ajelah malam ni. Dengan teragak-agak, aku cuba untuk memanjat pintu pagar berwarna hitam ini. Akhirnya, berjaya juga tetapi entah kenapa, aku tiba-tiba berasa gayat apabila sampai di bahagian atas pintu tersebut. Mata kupejamkan seketika untuk menenangkan diri.
“Tak padan dengan pakai baju kurung, ada hati nak panjat pintu pagar. Tak sesuai langsung!”
Aku terus membuka mata apabila terdengar suara itu. Abang Nazrin! Mati-mati aku ingat dia sedang melepak di atas katil. Rupa-rupanya baru balik dari ‘jogging’. Lelaki yang memakai baju t-shirt Nike berwarna putih yang dipadankan dengan seluar track hitam itu kelihatan menggelengkan kepalanya.
“Cepatlah turun! Kau nak tidur kat atas tu ke?” Tengking lelaki itu dari bawah.
“Sebenarnya, saya tak tahu turun ni..” Jawabku dengan perlahan. Semakin gayat jadinya apabila memandang ke bawah.
“What?!” Tengkingan Abang Nazrin berkumandang lagi. Walaupun tidaklah kuat tetapi cukup untuk menggerunkan hatiku. Ah, pasti dia marah benar denganku sekarang. Silap-silap haribulan, aku terpaksa tidur kat atas ni nanti!
“Tiba-tiba aje rasa gayat!” Ujarku dengan perlahan.
“Naik atas tu, pandai pulak! Nak turun tak tahu!” Bentak lelaki itu. Aku pula terus menggenggam besi hitam ini dengan sekuat mungkin. Rasa seperti hendak tercampak turun pun ada jugak ni.
“Saya memang tak pandai bab panjat-memanjat ni..” Luahku dengan jujur.
“Kalau dah tahu tak pandai, kenapa panjat jugak?! Aku suruh kau tunggu sampai aku datang, kan tadi?” Soalnya. Memang salah aku jugak kerana berprasangka buruk tadi. Mati-mati aku ingat dia sengaja hendak mempermainkanku.
“Saya ingatkan awak nak main-mainkan saya. Dekat sepuluh minit saya tunggu!” Jawabku yang kemudiannya melarikan anak mata ke arah lain. Bukan apa, semakin aku pandang ke bawah, semakin pening terasa kepalaku ini. Rasa seperti hendak terjatuh aje.
“Kau ni memang menyusahkan betullah!” Aku tahu ayat itu mesti akan keluar dari mulut si bapak singa ini.
“Hulurkan tangan!” Ujar lelaki itu kemudiannya membuatkan aku terus memandang ke arahnya. Biar betul?
“Ha?”
“Kau ni nak turun ke tak nak?!” Bentak lelaki itu. Dia kemudian merapatkan diri ke arahku. Aku pula terus menganggukkan kepala.
“Eh, mestilah nak..”
Dengan berhati-hati aku cuba juga untuk turun sedikit dan menghulurkan tangan kanan kepadanya. Tapi, tiba-tiba sahaja aku hilang imbangan dan berasa seperti hendak terjatuh. Akhirnya kejadian yang paling aku takuti telah pun berlaku. Aku terus terjatuh dan menghempap Abang Nazrin. Kami sama-sama terjatuh ke bawah. Perit terasa tapak tanganku yang pastinya telah pun terluka sedikit.
“Auchhhh!” Launganku yang sedikit kuat menyebabkan Abang Nazrin meletakkan jari telunjuknya di atas bibirku.
“Shhh..! Kau nak bangunkan semua orang ke?” Soalnya dengan kasar. Aku pula terus kaku kerana tidak sangka lelaki ini akan bertidak begitu. Berani betul dia menyentuh bibirku? Nak ambil kesempatan agaknya?! Ish!! Belum pun sempat aku meluahkan rasa tidak puas hati, lelaki itu bersuara lagi.
“Boleh tak bangun sekarang? Ataupun, kau nak tidur kat sini malam ni?” Bisiknya perlahan. Soalan itu menyedarkan aku tentang kedudukanku sekarang. Apabila menyedari yang aku masih lagi berada di atas badan lelaki itu, aku terus menjadi kalut dan terus bangun berdiri. Mata kufokuskan pada tapak tangan yang terluka sedikit. Kemudian, aku mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu. Abang Nazrin kulihat sedang tunduk memerhati ke arah sikunya. Alamak, dia cedera sebab aku ke? Habislah Medina Izwani! You are so dead! Kejap lagi mesti aku akan ditengkingnya.
“Maafkan saya! I’m so sorry.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh setelah terlihat ada darah mengalir di siku lelaki itu. Besar juga lukanya! Perasaan bersalah yang menebal di dalam diri menyebabkan aku terus-menerus meminta maaf darinya tetapi lelaki itu hanya diam sahaja dan terus bangun. Sebelah tangannya menyeluk ke dalam poket seluar dan mengeluarkan kunci. Aku pula hanya mampu memerhati dengan penuh rasa hairan. Kenapa dia tak tengking aku ye?
***
Sudah setengah jam aku mundar-mandir di dalam bilik ini dengan botol ubat dan kapas di tangan. Masih tidak tahu aku patut mengetuk pintu bilik ini atau tidak. Ah, relakslah Wani. Macamlah kau tak pernah dengan tengkingannya tu. Aku berkata pada diri sendiri. Akhirnya, setelah menarik nafas dalam-dalam, aku memberanikan diri mengetuk daun pintu.
Tok! Tok!
Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari luar. Aku pula terus gugup apabila pandangan kami bertemu. Ayat-ayat yang kususun tadi hilang entah ke mana. Pandangan mata kularikan ke arah lain sambil tangan kiri membetulkan kedudukan pijama berlengan panjang di badan.
“Kau nak apa lagi?” Soal lelaki itu sambil bercekak pinggang. Kemudian, kulihat dia berjalan ke arah katilnya dan melabuhkan punggung di situ. Buku yang terdampar di atas katil dicapainya tanpa mempedulikanku. Aku pula, dengan teragak-agak berjalan menghampirinya. Ada debaran di dada tetapi kuabaikan sahaja.
“Err..maaf fasal tadi. Sebab saya, awak pun jatuh sekali.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
Wajah kacak lelaki itu yang sedang membaca kuamati sedikit. Kemudian, aku terus melarikan anak mata ke arah sikunya yang cedera disebabkan olehku. Kalau dia hendak menengkingku ketika ini pun aku rela kerana memang aku yang bersalah di dalam kes ini. Aku tidak patut berprasangka buruk terhadapnya tadi. Sepatutnya aku tunggu sahaja segingga lelaki itu sampai.
“Biar saya letakkan ubat kat siku awak yang luka tu ye...” Ujarku lagi setelah tiada respons kuterima darinya. Mendengar sahaja kata-kataku, lelaki itu terus menutup bukunya dengan kasar.
“No Wani! You don’t have to do this.” Ujarnya dengan tegas.
“I have to..sebab saya, awak jatuh..” Entah dari mana datangnya keberanian ini, aku sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya, aku rasa sangat bersalah terhadapnya.
“Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap tak perlu, tak perlulah!” Suaranya yang mendatar tadi kini semakin meninggi. Matanya pula terus memanah mataku.
“Mana boleh macam tu. Lagipun, kebetulan dalam kereta saya ada ubat ni. Memang bagus untuk luka.” Jawabku dengan lembut. Botol ubat terus kubuka. Dengan berhati-hati aku terus menuangkan cecair kuning ini ke atas kapas dan menyapu dengan perlahan pada siku lelaki itu yang luka. Wajahnya yang berkerut memberitahuku yang sikunya pedih sedikit disebabkan cecair ini.
“Sorry. Memang pedih sikit tapi ubat ni memang mujarab tau.” Kataku sambil menutup botol ubat. Lelaki itu hanya merenung sahaja ke arahku. Lain benar renungannya kali ini menyebabkan jiwaku sedikit resah.
“Wani..” Panggilnya perlahan.
“Hmm?” Tangan kananku menyebak rambut yang panjang ke belakang.
“I’m sorry..” Dengan perlahan dia berkata begitu. Aku yang masih lagi tidak percaya yang dia menyebut ayat itu kepadaku terus bersuara.
“Excuse me?” Biar betul dia meminta maaf tadi? Ataupun aku yang salah dengar?
“Nothing..” Ujarnya sambil menggelengkan kepala. Kemudian, buku yang terdampar di atas katil dicapainya semula. Aku pula terus mengatur langkah menuju ke dalam bilik. Tangan kanan mengurut dada yang semakin bergetaran.
“Wake up, Wani! Jangan nak berangan! Tak mungkin lelaki itu meminta maaf dari kau. You must have heard wrongly!” Ada suara berkata begitu kepadaku saat ini.
Aku terus menghempaskan diri ke atas katil sambil memandang ke arah siling. Renungan lelaki itu yang lain sedikit dari biasa terbayang di ruang fikiran menyebabkan ada senyuman terbit di bibir kala ini tetapi cepat-cepat kuhapuskannya. Perasaan untuk Abang Nazrin harus kubuang jauh-jauh. Jika tidak, aku juga yang akan merana nanti kerana sudah berkali-kali dia memberitahuku yang hatinya hanya untuk Kak Zita.
“Wani, tolonglah faham! He is not for you.” Untuk kesian kalinya, aku mengingatkan diriku.

74 comments:

  1. best...terbaeklah!!!
    nanty, jgn lupe sambung ea...

    ReplyDelete
  2. wahhh..akhirnyaa..dh lama rindu dgn isteri separuh masa

    ReplyDelete
  3. hehe 1st comment...xsia2 tggu
    k.suri,nape part medina n nazrin ckit sgt,xpuas r...
    ntah smpai bila lh diorg ni nk jd suam2 suku..
    nk lg...

    p/s:k.suri,6t tlog kim slm kt super junior utk sy k..hehe... <3

    ReplyDelete
  4. best sangat-sangat-sangat kak suri! thank you sooooooooooooo much! enjoy your stay in seoul! :)

    ReplyDelete
  5. it's okey kak suri...kitaorang sanggup tgu..hehe

    ReplyDelete
  6. okay trlerai dh rindu kat ISM . nnti sambung lg ye kak suri :) best ! best !

    ReplyDelete
  7. best! suke sgt nazrin dgn wani. nmpak mcm comel je diorg. hehe.. ^^

    ReplyDelete
  8. jln cerita makin lame makin best .. ;)

    ReplyDelete
  9. alahai... pendeknya.. rindu tak lepas lagi.. ada kemajuan antara nazrin & medina.. harap2 mereka jadi betul2.. sambung ya!.. :)

    ReplyDelete
  10. la.....tak puas bacalah suri. ape pun terima kasihlah akhirnya keluar jugak bab 18.

    ReplyDelete
  11. thank k.suri..-Say Hello(Aina Eyna)

    ReplyDelete
  12. nak lg suri.cpt sambung ya

    ReplyDelete
  13. sme2......
    bez gegiler.....
    nak lagi......
    harap2 citer nie dpt dibukukan
    sy nak miliki sebagi naskah.....huhuuhuhu
    gud luck....citer yg menarik

    ReplyDelete
  14. kak suri rindunya nk baca ISM..akhirnya muncul jg..best..klau bole buat la buku cepat2..penantian bab k bab menyeksakan

    ReplyDelete
  15. thanks .... at last new n3 .... like like like
    kesian izwani - she know her position hope zafri ne tak sgt nak force n kacau izwani :)

    ReplyDelete
  16. lama tunggu entry.... thanks suri... ^^

    ReplyDelete
  17. bagus la kak suri... fighting! teruskan usaha.. sal akan tunggu sambungannya

    ReplyDelete
  18. bestlah kak suri. thanks sbb update kan. tak sabar nk tunggu ism 19. hehe. :)

    ReplyDelete
  19. salam dik..terasa terubat rindu kat suri.. camana keadaan korea kini.. bersalji ke?
    Nanti postla gambar gambar kat sana utk kita org kat sini..
    Kesian Medina..asyik kena sindir aja oleh mamat poyo tu kan.. kalo akak ditempat medina tu mmg dah kena karate.. dan tak kan duk lepak kat rumah mamat poyo tu..serius..biaq mamat poyo tu handle nenek..baru dia appreciate medina..tul tak??
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  20. Thanks Kak Suri.

    ReplyDelete
  21. kak suri!!!!seriusssss xsabar nak tggu next epi...mmg terdesak giler nak bc ISM ni...hahaha..cpt2 smbung yer kak suri...kkk...ira bg tiada bintang sebab mmmg novel akak terbaek dr ladang...kahkahkah

    ReplyDelete
  22. novel kak suri mmg terbaek dr ladang...hahaha

    ReplyDelete
  23. xpe kak suri..as long as sis still update ISM pun dh ckup bgus..thanx sis..cite ni sgt best!! sy sanggup tunggu :D

    ReplyDelete
  24. yesss !!!!! akhirnya...cepat2 sambung ye

    ReplyDelete
  25. nice. i think mmg zafri tu the guy from his past cuma sbb nk dekat dgn medina dia mnyamar jd org ln. But hope Medina be strong even dia tak tau what going on hubungan dia dgn dr.nazrin. hope dia jg akan status dia sbgai isteri lgpun dr.nazrin dah mula mnunjukkan perubahan, btindak balas pd stiap khidupan Medina. Mungkin dia dah mula sedar kehadiran Medina. ya lah mcm org sll kata jgn terlalu membenci lama2x terjatuh kasih. rasanya tu apa yg blaku klu x kenapa dr.nazrin mcm cemburu ja. tu la jgn ingt Medina tak laku ya. Kekasih lama dia still menanti shgga skrg. so jaga ckit plakuan klu nk Medina be in ur side. hehehe... :D
    thanks cik writer for ths new post. hope after tis post another part. :D

    ReplyDelete
  26. best sangat... don't worry kak... take ur time.. kenapa rasa macam Zafri tu Megat pula... hihihi.. kak suri dekat korea ya? bestnya... ^_^

    ReplyDelete
  27. BEST... saya suka!

    ReplyDelete
  28. siapa erk lelaki 2???
    kekasih medina??
    huhu makin best...
    cpt sambung...
    waaa slmt masuk umh baru..

    ReplyDelete
  29. best sngat...
    smbung la lagi. saya suka2..:)

    ReplyDelete
  30. mmg superbb best!
    x sbr nk tggu ism 19..
    g0 kak suri..

    ReplyDelete
  31. wah.. rindu dgn ISM. kak suri cepat sikit update 19 punya.. kalau cepat di bukukan lagi bagus.. x sbr nk bce nie..

    ReplyDelete
  32. dh lme sgt tggu, kak..keep it up..btw, zafri ni mst penyebuk kn??
    ~izzati~

    ReplyDelete
  33. xsangka keluar jugak ISM ni...heheh

    ReplyDelete
  34. bila agak nye c singa 2 dpt tahu pragai c zita y buruk 2kn...... biar padan muka dye... hahaha...

    ReplyDelete
  35. zafri..kasi bapak singa jeles kaw2x.. hahahaha..

    ReplyDelete
  36. Best....best...best...Akhirnya keluar jugak ISM 18. Xsbr nk tunggu yg ke 19. Cpt2 smbung kak suri.. Hehehehe... Zafri ni siapa sbnarnya ea??? Is it someone yg Wani kenal sblum ni?? Hhmmm..curious. Biar zafri tackle Wani... Bg nazrin tu jeles habis..padan muka dia tu. Berlagak sgt!!!

    ReplyDelete
  37. alaaaaaaaaaaaa...siket nyer n3 kali nieh...btw, x sabar tgu the next one. -aqie-

    ReplyDelete
  38. best..
    x sabar nk tunggu smbgn nyer

    ReplyDelete
  39. salam kc surie..hehe..cpt2 la bukukan ISM..penat tau nk tunggu satu2 bab nie..hehe

    ReplyDelete
  40. Assalam Suri,

    ceta ni okey, but akak still tercari2 part yg akan membuatkan Nazrin terjatuh cinta ngan Wani...sbb asyik nak marah saja....hehehehe tu pada akak lah yea.....

    so rasa tak sabar lah nak baca lagi....hehehe tu bermaksud nak suruh awak sambungkan ceta nie dng cepat.....

    okey....akak tunggu yea.... :)

    ReplyDelete
  41. lelaki yang wani mksudkan tu mst megat, en kak suri...?

    ReplyDelete
  42. wargh!!!mcm dh terbau2 je aura cemburu dr nazrin kite...suke3x...smbg cpt2 kak suri, saranghaeyo...

    ReplyDelete
  43. suke3... rindu nak baca sambungan.. makin menarik..tima kasih

    ReplyDelete
  44. ngeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! syok!!!!

    ReplyDelete
  45. finally..kuar jugak hihihi lame tgu akak.. ^_^

    ReplyDelete
  46. best..best..cepat2 sambung!!!

    ReplyDelete
  47. separuh gler tggu episod ni...
    thanks yer...
    cpt2 la smbung
    x saba nk tau next episode..

    ReplyDelete
  48. best2..jgn lpe sambung k..^_^

    ReplyDelete
  49. Kak Suri!! As usual, u make me wonder.. itu yg zuera suka. Penat menunggu sambungan ISM.. 2 b honest, dada zuera bdebar bc cite akak... hehe... teruja. n i guess nazrin 2 cam da mula konpius dgn prasaan dia. n dia jeles. nw i wonder who is zafri... pandai betul akk buat pmbca tertanya2. i like it. Congrats yo... Teruskan menaip ISM. Zuera x sabar bc next. oh ya, sila kongsi pcutian akak di seoul dgn kami. haha.

    ReplyDelete
  50. Terobat juga rindu sambunagan ISM..harap2 bila nak diterbit??? Tak sabar.. M.A.I.D already buy..nak tunggu ISM

    ReplyDelete
  51. xsbr nk tggu smbungan ISM yg sterusnya....;)

    ReplyDelete
  52. Penantian yang melegakan.. Good job Suri tapi cikit sangat. Alahai... Cepatlah siapkan manuskripnya, cepatlah leh publish....

    ReplyDelete
  53. kak suri cepat lah smbg, x sbr nak tahu kisah selanjutnya, sbb best sngt, terbaekkkkkkkkk!!!!

    plissssssss ye kak..

    ReplyDelete
  54. Best citer ni... Bila nak sambung? Dah lama tgu....

    ReplyDelete
  55. best3....jgn la mik mase yg lame nk sambung Suri

    ReplyDelete
  56. bestt,,kak suri cepat2 post entry bru... nk lgi..

    ReplyDelete
  57. bestnnyer...finally kluar gak ism 18 nih.....jeleznyer kat kak suri dpt g south korea.....tap pape pon sye tunggu ism 19...cepat sambong taw

    ReplyDelete
  58. ble nk jd novel cte nih??

    ReplyDelete
  59. rindu ngan ISM . nak lagi 2x . :)

    ReplyDelete
  60. best ....tak sabar nak baca lagi ...

    ReplyDelete
  61. Writer... bila nk sambung ISM 19...?

    ReplyDelete
  62. Writer... Bila nk sambung ISM 19....???

    ReplyDelete
  63. alamak si zafri la plk..best la..

    ReplyDelete
  64. Baca sekali lagi......@bluescarf

    ReplyDelete
  65. cite nie makin menarik:- terbaek

    ReplyDelete
  66. just nk inform..
    cite ni da keluar buku pun eina...

    ReplyDelete
  67. alamak...esok jugee i nk dptkan ISM..tnks k suri ...syookk sgt..

    ReplyDelete
  68. waaaaaa...:( kenapa lee citer ni tak habisss...tgh syokkkk baca takde lak sambungannya... cari kat kedai x jumpa jugaaaaaaa camna nak cari online citer pnuhhhhhhhh

    ReplyDelete