Bab ini bukan sambungan dari bab 24. Teaser ini suri ambil secara random dari dalam novel ni:)
**"Ada pun!"
Terjerit kecil aku jadinya apabila terpandangkan telefon bimbit yang terdampar di atas lantai. Kelam-kabut aku mendapatkan telefon bimbit berwarna putih ini dan dengan sangat kalut aku berlari keluar dari sini menuju ke dapur semula.
Tergamam apabila sampai sahaja di dapur, kelihatan kelibat lelaki itu sedang berada betul-betul berdekatan dengan meja kaunter pulau. Bersama debaran halus di dalam dada, aku juga turut sama melangkah ke situ. Wajah Danial kujeling sekilas. Fokus matanya memang berada pada kimchi di atas meja.
"Erm..Danial, saya dah siapkan semuanya. So, I think I better make a move now." Ujarku dengan berhati-hati.
Kenapa lelaki ini masih kaku berdiri di sini? Riak wajahnya yang sangat serius itu membuatkan aku gerun pula. Aku ada buat silap ke? Ah, baik aku cabut sebelum angin puting beliungnya datang. Lekas-lekas aku berpaling untuk berlalu pergi namun dengan tiba-tiba juga lenganku disambar olehnya.
Serta-merta aku menoleh ke belakang bersama rasa cemas yang semakin menggunung. Tajam matanya menikam mataku.
**Alamak..habislah aku! Mesti aku ada buat silap ni! Betulkah oyster kimchi ini makanan kegemaran Danial? Jangan-jangan omma nak kenakan aku tak?
Gulp!
"Danial..awak okay ke?"
Soalku setelah dia kulihat masih diam cuma anak matanya sahaja yang masih merenung ke mari. Wajah pula semakin merah. Wajah tu..macam marah pun ade. Macam sedih pun ade jugak.
"This oyster kimchi..who is it for?" Soalnya dengan sangat serius. Belum sempat aku menjawab dia menembak aku dengan soalan kedua pula.
"Who made it?"
Tergamam aku seketika apabila sedar ada sedikit air mata bergenangan di tubir matanya. Walaupun bukan tahap boleh berjuraian di pipi, namun aku tetap kalut. Hah, Bella! Apa salah yang kau dah buat ni? Kenapa dia jadi begini?
"Answer me!" Bentaknya dengan mata yang masih tidak berkelip memandang ke mari.
Sepasang mata itu semakin tajam mencerlung wajahku. Suaranya memang mampu untuk membuatkan bahuku tersentak sedikit gara-gara terlalu terkejut. Lenganku dilepaskannya dengan serta-merta. Keras terus lidahku.
"Sa..saya yang buat kimchi tu..."
Jawabku dengan sangat lemah sambil menundukkan kepala ke arah lantai. Berdebar rasa hati. air liur yang kutelan terasa sangat kelat. Ya Allah, jangan-jangan ini adalah makanan yang paling dibencinya.
Lelaki bertubuh sasa ini kemudiannya menghempaskan punggungnya dengan kasar ke atas kerusi. Kedua-dua belah tangannya ditopangkan di atas meja dan tapak tangan menutup bahagian hadapan kepalanya yang berada dalam posisi menunduk. Lama dia berada di dalam keadaan begitu. Aku tidak dapat menduga apa yang berada di dalam fikirannya dan aku juga tidak tahu kenapa kakiku sedang melangkah mendekati lelaki itu. Bagai ada magnet yang menarik. Kerusi kucapai dan aku melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya.
"Danial..listen here..I accidentally bought some oysters this morning. Since ada banyak kobis yang lebih, saya buatkan aje la oyster kimchi ni..tapi kalau awak tak suka, saya boleh bawa balik.." Dengan sangat perlahan aku membisikkan ayat itu kepadanya.
"Shut up! Just leave me alone." Bentaknya tanpa memandang ke arahku. Dia masih lagi kekal di dalam posisi sebelumnya.
"I don't mean anything..Danial..saya just buatkan aje since bahan-bahannya memang..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Danial terus memotong.
"Bella..go away..please.." Lemah dia merayu seolah-olah berada dalam kesakitan yang amat sangat.
Ikutkan hatiku yang cemas dan perangai penakutku ini, memang nak aje aku berambus dari sini tetapi, rasa ingin tahu yang menggunung tinggi membuatkan aku cuba untuk bertahan. Aku pasti semua ini ada kena mengena dengan omma. Tangannya kini meraupkan wajah berulang kali.
Apa hubungan omma dan Danial? Tersentak aku seketika apabila Danial menggumam sesuatu dengan sangat sayu di dalam bahasa korea! Dia seperti sedang berada di dalam dunianya sendiri. Kalau dialih ke bahasa inggeris, apa yang diluahkannya tadi berbunyi begini, "she left me..that woman..she left me because she hates me so much..because I was not good enough..". Lebih kurang begitulah maksudnya.
Luruh hatiku mendengar ungkapan pilunya itu. Aku tahu hatinya rawan. Siapakah yang meninggalkannya sehingga dia boleh jadi begini? Arwah Kak Ngah? Atau omma?? Kini dia menyembamkan wajahnya di atas meja. Tidak ada esak tangis tetapi aku tahu hatinya lara dan dia sangat terluka.
Nafas kutarik dalam-dalam dan aku mula mengumpulkan segala kekuatan yang ada. Teragak-agak aku meletakkan tanganku di bahu lelaki ini. Semakin lama, semakin terasa kehangatan tubuhnya di tapak tanganku. Ada rasa resah dan gelisah menular di dalam hati. Sumpah ini pertama kali aku menyentuh seorang lelaki begini. Selain daripada arwah ayah dan Pak Su.
"Danial..when people walk away from you, it doesn't mean they are bad people..no." Bisikku dengan lembut di telinganya. Selepas kulihat dia masih juga tidak memberikan sebarang reaksi, aku berbisik lagi.
"You see, everybody has their own reason to act that way. It doesn't mean they hate you..meninggalkan tidak semestinya kerana benci..trust me, Danial."
Tanpa disangka-sangka, Danial terus sahaja memelukku dengan erat membuatkan aku tergamam hebat! Serentak dengan itu jantung mula berdetak hebat.
"This was the reason why I told you to go away..Bella..this was why I told you to leave me alone here but you refused.." Bisiknya di telingaku dengan sangat perlahan. Mampu untuk buat jantungku luruh. Bergetar jantungku mendengar suaranya itu.
Alamak Bella apa dah jadi ni? Si samseng ni dah peluk kau gara-gara terlalu sedih dan marah! Semakin panik aku jadinya apabila apabila hembusan nafas lelaki ini sudah mula terasa hangat di belakang leher.
Dapat kurasa dagunya berlabuh di belakang badanku saat ini. Semua rasa di dalam jiwa sudah tidak mampu lagi kuungkap.
Ah, sudah! Bulat mataku menjegil bersama wajah yang berkerut seribu. Sedikit sahaja lagi bola mata hendak terkeluar dari soket. Aku cuba berlagak selamba tetapi nampaknya aku tidak mampu. Kaku aku jadinya saat ini. Aku cuba untuk menarik nafas dalam-dalam. Jantung pula, jangan cakaplah. Berdegup dengan sangat laju.Memang aku berada di dalam keadaan yang sangat gelabah. Jangan pengsan Bella. Jangan dulu! Hatiku yang panik berkata-kata.
"The worst feeling is when someone makes you feel special, then suddenly leaves you hanging and you have to act like you don't care at all. In a blink of an eye, everything changed." Bisiknya lagi dengan suara yang sangat sayu.
Ada keluhan di akhir ayatnya. Seakan-akan, jiwa miliknya sudah mati. Aku juga turut sama emosional saat ini tetapi selagi dia memelukku begini, aku memang tidak mampu terus untuk bersuara. Bukan sahaja lidahku kelu, kedua-dua belah tangan juga tidak tahu harus kuletakkan di mana. Di belakang badannnya? Haaaaa mana mungkin aku buat begitu. Kenapa dalam drama di televisyen nampak mudah aje melihat mereka berpelukan? Hakikatnya, aku sudah separuh mati menahan rasa yang bercampur-campur. Aku hanya membiarkan sahaja tubuhku berada di pelukannya untuk seketika. Jika ini mampu untuk mengeringkan sedikit luka di hatinya. Jika ini mampu mengusir rawan hatinya. Biarlah..hanya untuk seketika. Kami sama-sama melayan perasaan dan keadaan menjadi sangat sepi sehingga aku dapat mendengar deru nafasnya berlagu saat ini.
"Oyster kimchi..it used to be my favourite food..but I have not eaten it for quite a long time because it reminds me of someone..someone whom I love so dearly..but she left me."
Akhirnya dia bersuara dengan sangat perlahan. Entah kenapa sayu menampar jiwaku. Tangan kanan yang tadinya kaku kini mula hendak mengusap belakang badan lelaki ini namun aku tidak mampu untuk berbuat demikian tatkala mendengar jeritan nyaring seorang perempuan.
"Oppa!"
Bagai tersedar dari mimpi, tersentak aku jadinya, Terus sahaja aku meloloskan diriku dari pelukan Danial. Danial juga turut sama tergamam. Bulat matanya memandang ke arah perempuan cantik bertocang satu itu. Dengan riak terkejut, kelam-kabut dia melangkah ke arah kami. Aku pula apa lagi, terus bangun berdiri. Anak mata gadis yang berwarna hazel ini sempat merenung ke arahku sebelum menoleh ke arah Danial. Tentu dia seseorang yang istimewa kerana sesuka hati sahaja dia boleh masuk keluar di dalam rumah ini.
"Yoo Ri.." Ucap Danial. Yoo Ri rupanya nama gadis cantik ini. Dari namanya itu, tahulah aku dia berbangsa korea. Terus sahaja dia mendekati Danial.
"Uh?!"
Nyata dia sangat terkejut melihat wajah Danial yang sedikit tidak bermaya. kelam-kabut dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang aku duduk tadi. Betul-betul bersebelahan dengan Danial. Posisi badan pula dibetulkan supaya dapat berhadapan dengan lelaki ini.
"Oppa gwenchan ah?"
Oppa okay ke? Itulah soalan yang ditanya gadis ini. Sebaik sahaja menyoal begitu, tangannya menyentuh pipi Danial membuatkan aku tergamam. Terus sahaja aku melangkah dengan pantas keluar dari ruang dapur ini. Badan kusembunyikan di sebalik dinding untuk terus mendengar perbualan mereka yang seterusnya.
"I asked you a few times about her but you didn't answer me. Who was the lady?" Kedengaran suara tidak puas hati Yoo Ri bergema di ruang dapur. Entah kenapa ada gelisah di jiwa. Kepala kujengukkan sedikit dan serentak itu juga jantungku berdetak dengan sangat rancak. Tangan kanan Danial kini mengusap lembut pipi Yoo Ri.
"Yoo Ri, did you have lots of fun today?" Soalnya bersama segaris senyuman tawar di bibir.
Yoo Ri pula terus mengangukkan kepala beberapa kali. Dari gayanya itu, dia nampak manja dengan Danial. Entah kenapa aku rasa semacam. Rasa tidak suka dengan apa yang sedang aku lihat.
"Of course..guerom! Shopping, eating, shopping again and I went to the spa!" Petah dan riang sekali mulutnya berbicara.
Dapat kudengar ketawa kecil keluar dari bibir Danial. Mesti Danial lebih sesuai dengan gadis ini berbanding aku. Lihat sahajalah, gadis itu berjaya membuatkan dia tersenyum dalam sekelip mata. Dapat kulihat dengan jelas Yoo Ri menoleh ke arah bekas berisi kimchi yang berada di atas meja.
"Igo mwoya?" Apakah ini? Itu soalannya kepada Danial.
Terus sahaja dia membuka penutup bekas tersebut dan serentak dengan itu juga tangan kanannya menekup bahagian mulut. Nampaknya Yoo Ri terkejut besar melihat kimchi tiram tu. Apa agaknya rahsia atau cerita di sebalik kimchi tersebut?
"Oppa..gulkimchi.." Ujarnya dengan nada tidak percaya.
Gulkimchi bermaksud kimchi tiram di dalam bahasa korea. Terus sahaja dia menutup rapat-rapat bekas tersebut. Kepala digelengkannya sedikit sebelum bersuara.
"Hmmmm..oppa!" Ucapnya bersama keluhan berat. Danial pula hanya mengangkat sebelah kening sahaja ke arah gadis itu.
"This made you sad, right? Even so, you can't just simply hug anyone." Bicara gadis itu benar-benar membuatkan aku tersentak. Entah kenapa aku perlu jadi sensistif begini? Kenapa hati rasa sedikit terhiris dengan kata-kata gadis itu. Eh hello, I am not just anyone. I am his wife!
"Understand?" Soal Yoo Ri. Danial hanya ketawa kecil sahaja sebelum bersuara.
"She is actually my.." Belum sempat Danial memberitahu perkara sebenar, gadis itu terus menarik Danial dalam pelukannya.
Bersama rasa terkejut yang teramat sangat, aku pula menyandarkan badan pada dinding dengan lemah. Terasa seperti darah menggelegak sampai ke otak saat ini. Bella..Bella..kenapa degil? Kenapa perlu ada secebis perasaan untuk lelaki itu? Nasib baik perasaan yang wujud sedikit terhadap dia masih baru. Aku harus sedar diri sekarang juga. Wake up Bella. Wake up!
"Don't just hug anyone. I'll get reaallllly jealous, you see." Ucap gadis itu lagi.
Tanpa sedar, ada air mata bergenangan di tubir mata. Ada sebak melanda jiwa. Otakku benar-benar celaru. Aku tidak faham kenapa aku jadi begini. Benci dengan diri sendiri. Kepala kujengukkan sedikit saat ini. Nampaknya mereka masih berpelukan erat.
"You can always hug me because I'm your first girlfriend and I will always be."
Mulutku yang tertutup rapat terbuka sedikit mendengar kata-kata Yoo Ri. Kemudian, pelukan dileraikan perempuan itu. Aku lihat Yoo Ri menyandarkan pula kepalanya ke bahu Danial.
"Saranghae oppa." Ucapnya dengan bersungguh-sungguh.
"I love you too, Yoo Ri..and I'm gonna be your number one boyfriend..forever."
Buk!
Begitulah agaknya bunyi jantungku yang terasa seperti sudah pun jatuh ke atas lantai.
Kata- kata Danial itu walaupun tidak romantik dan sangat bersahaja namun tetap juga mampu membuat hatiku berkocak hebat. Nampaknya memang mereka mempunyai hubungan istimewa. Gadis cantik itu memang sepadan dengannya. Kenapa perasaan aku terhadapnya tetap juga ada walaupun dia awal-awal lagi sudah memberikan amaran yang tidak ada apa yang berubah dengan perkahwinan ini? Bodohnya aku! Nasib baik tidak ada siapa yang tahu tentang gelojak rasa yang tersimpan di dalam dada.
Begitulah agaknya bunyi jantungku yang terasa seperti sudah pun jatuh ke atas lantai.
Kata- kata Danial itu walaupun tidak romantik dan sangat bersahaja namun tetap juga mampu membuat hatiku berkocak hebat. Nampaknya memang mereka mempunyai hubungan istimewa. Gadis cantik itu memang sepadan dengannya. Kenapa perasaan aku terhadapnya tetap juga ada walaupun dia awal-awal lagi sudah memberikan amaran yang tidak ada apa yang berubah dengan perkahwinan ini? Bodohnya aku! Nasib baik tidak ada siapa yang tahu tentang gelojak rasa yang tersimpan di dalam dada.
"Bella.."
Dapat kudengar Danial melaungkan namaku dari arah dapur.
Wajah kuraupkan dengan kasar untuk beberapa ketika. Mesti lelaki itu akan gelakkan aku cukup-cukup sekiranya dia tahu apa yang ada di dalam hati aku. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah pintu utama. Tanpa membuang masa, kelam-kabut aku menyarungkan kasut dan meluru ke arah lif. Jari telunjuk menekan butang lif beberapa kali dan nasibku agak baik apabila lif terus terbuka saat ini. Sempat lagi aku memandang ke arah unit kondominium lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam lif.
"Kak Long, Bella terpaksa pulang ke Seoul malam ni jugak. Tolong hantarkan Bella ke airport ye nanti."
Itulah sms yang sempat aku hantarkan kepada Kak Long tika ini. Nasib baik semua tempahan kimchi untuk kawan-kawan Kak Long telah kusiapkan semalam. Nafas berat kuhela saat ini.
Goodbye Danial. Anyyeonghi Geseyo oppa! Tanpa sedar ada air mata berlinangan di pipi. Dengan pantas aku menyeka. Aku sudah tidak mahu membuang masa dengan perkara-perkara yang mampu mencalarkan hatiku di Malaysia ini. Selamat tinggal segala-galanya. Aku nekad mahu pulang ke Seoul.
If you love someone, set them free. If they come back, they're yours. If they don't, they never were. Kalau dia cintakan aku, kalau dia mahukan aku, dia pasti akan cari aku.
***
auuww ... suriiii .. sedihnyaa .. bella salah sangka ni ... huhuhu ... yoori tu adik danial kott ... bila nak kuar novel ni suri?
ReplyDeleteWhat!!!!!.... Danial.... kesian Bella :(
ReplyDeleteKak suri, tambah sampai bab 30 pleaseeeeeeeeeeeee.......
Please....jgn buat bella mcm ni. Sedihnya....
DeleteSuspense nie kak suri... agaknye, ape yg akan berlaku?? Haishh... anyway, bila buku nie nak keluar kak??
ReplyDeleteKesian Bella..tp mesti salah faham aje tu...
ReplyDeleteHuhuhu.. Sedihnya.. Nak tunggu dec bertambah sedih.. :((
ReplyDeleteLast chap..oh no..suri..ending yg penuh kesedihan..lambatnya nak tunggu versi novel ni..suri!!!
ReplyDeletesis ila
Ya Allah....suri....best...best...best...x tau nak describe my feeling....tahniah...x sabar betui nak bli novel ni....err....ni last n3 ker...jgn ler
ReplyDeleteOhhhhh myyyyy...my heart goes out to Bella 😢 sometimes i just feel like punching Daniel 😤
ReplyDeleteHuhuhuhu....sgt sedih... siapa lah Yoori tu.. - Sarimah-
ReplyDeletesedih...kesian bella :(
ReplyDeleteBest... good luck kak suri.. moga cepat buku ni diterbitkan.. amin.. amin.. amin...
ReplyDeleteSiannye bella.. Rse mcm nk nanges je bce bab 28 nih.. Tp rsenye bella salah paham.. Danial!! U better cari bella kt seoul n bawa dye balik! Babab kau nnt bwu tau!!!! Bella pulak jge diri baik2 ye kt korea.. Jgn buang perasaan syg n cinta kt danial tuh coz dye pon da teraccident fall in love wif u.. Hehehe..
ReplyDelete-ija-
Adekah ni episod last kat blog
ReplyDeleteNp bhenti smpi bab 28.......xckup oksigen la cmni tgu novel diterbitkn
ReplyDeleteI cant believe this kak suriii...
ReplyDeleteHuhu ending ni so sad..
Cepatt bukukannn..
I gonna buy this novel soon as after it was published..promise..heee
Ohmai...berdebar like hell...huhuhu
ReplyDeleteSedihnya x mungkin yoori makwe dia.penasaran nk tau.pandai suri stop here thks for the best entry
ReplyDeleteTq Suri.minta ada teaser ye.sikit pun jadila.Kak Hana
ReplyDeleteAlamak...bile nk kuar novel nie..xsabar nk sambar 1..hehhh
ReplyDeleteohhhmyyyyy!!!!
ReplyDeletecepatnya habis....
Yoori?? his sister??
x sabar tunggu Novel... Good Job kak suri :)
Huhuhu...sedih la pulak. Suri, novel ni bila akan diterbitkan?
ReplyDeleteeeeee..... suspen la plak....sedey..
ReplyDeleteso sad... plezz awalkan keluarkan novel.xsabaq aden luv u kak suri..
ReplyDeletegud job
Waaa...Debonyo...
ReplyDeleteSuri, klo ni akher, nk teaster leh?
Ayooo, cptlh jadi buku ye...
Ha ah kn suri, dh dpt nme ke tok novel ni?
Suprise ke?
best2... nex plak hihi
ReplyDeleteOhmaii.. Kesiannya bella.. :'(
ReplyDelete-athirah
kak suri !!!
ReplyDeleteterlalu berharap n3 ni berterusan till bab 30 ..
hwarggghhhh .. x snggup nk berpisah ngan daniel n bella .. :'(
btw .. daebakkkk akak !
gud job !
keep it up ! :)
*terlalu99x berharap bersambung smpai bab 30
Huhu sedih kowt, sian Bella, xpe jodoh pasti bertemu..Chaiyok Bella
ReplyDeleteSedih nya bab ni suri..lebih sedih bila baca sambil dengar lagu yg suri post tu sesuai sgt lirik nya dgn bab ni.. ♡♥
ReplyDelete-k.La-
kak suri !!!
ReplyDeletemohon n3 ni berterusan till bab 30 ..
hwarghhhh !!! .. x snggup nk berpisah ngan daniel n bella ..
u leave me breathless akak !
too suspense !
btw .. gud job akak !
keep it up !
*terlaluu99x berharap bersambung sampai bab 30 .. :'(
Huwaaaaaaaa. ... Bella dh merajuk... nk membawa diri dh... kak Suri... yg gorgeous bg la Sampai bab 30... Please my laling
ReplyDeleteSedihlah...nampaknya kena tunggu novel release br hilang sedih ni suri...anyway, best sgt citer ni....
ReplyDeletebest ... suspen .. tak sabar nak baca novel ni... macam mana agaknya Danial nak pujuk Bella...
ReplyDeleteaduhai..sedih giler ni..apa lah bella ni... kenapa lari mcm gitu saja.... n who the hell is yoo ri tu..
ReplyDeleteSedih nya! Kesian Bella. Could Yoo Ri be Danial's half sister or cousin or adopted sister? Hm. ..Bella please take care, my heart cries for you. Danial don't let Bella get the wrong impressions for too long. Suri, please bagi teasers selalu. So many questions left unanswered. Danial go and find Bella soon. Can't wait to see KUD in print. Let us know what's the final title Suri. ♡♡♡ you.
ReplyDeletefuh saspen sungguh..sambung la smpai n3 30..tq..tq..tq
ReplyDeleteaduhhh...huhuhuhu ...
ReplyDeletebermula saat ni..bermulalah....episod menghitung hari....detik demi detik...masa ku nanti ,,,,,,,,,,,,,,,,,
ReplyDeletesaranghae my lovely ...my dear...Sis Suri Ryana... annyeonghi..kamsahamnida ;(
Nak lagi....
ReplyDeleteSis, next please....
ReplyDeleteNak lagi.....
ReplyDeleteAlamak... jangan la stop kat sini... bagi lah sampai chapter 30.....boleh kan suri????
ReplyDeleteSedeh...kesian bella smpi nk blk seoul mlm 2 jgk...mmbawa hati yg lara :(..
ReplyDelete.nk lg k.suri..mmg terbaik ler jln crite...lmbt lg nk tggu bln dec ne..
-june-
argh...sape yoo ri ni...cian bella tau
ReplyDeleteDri ep 1 smpai ep 28 sya bca ni bru nk komen.. Sya bt conclusion kt sni jela ekk... Novel akk memang sangat best.. Akk berjaya buatkan sya tertunggu2 utk bca bab by bab.. Sebelum ni sya mmg mnusia yg pling malas nk bca nvel online... Sbb sya xsuka menunggu... But akk berjaya buatkn sya jdi seorg yg pnyabar nk tnggu utk bca chptr by chptr... Akk brjaya buatkn sya addicted dgn story akk... I dont know why.. Sampaikan setiap mlm sya akan bka fb berkali2 semata2 nk pastikan ada new chap or not.. Even sya ada byk assignment yg nk kna hntar keesokan harinya pon, sya still bka n bca... Lpas bca new chaptr bru boleh study dgn aman... Wlaupun semua novel akk berunsurkn kahwin tanpa rela or typical novel But story akk berbeza dri yg lain... I dont know why.. Akk ada identiti akk yg tersendiri yg mmbuatkn novel akk jdi lain dri yg lain.. Akk bijak olah story tu jd xbosan... Semua novel akk bkanlah novel kosong... Tpi pnuh dgn ilmu... You r the best novelist for me... Teruskn bekarya akk.. In syaa allah sya akn terus support akk... Harap2 cpat la novel ni kluar.. Penantian itu suatu penyeksaan... Hehehe 😸😸😸
ReplyDelete~Hanna Akino Azima~
Don't be sad Bella love is always be around...huhuhu
ReplyDeleteAduh.......sedih kesian bella,danial2.ni yg tak sabar nak tgg keluar ni.sury nanti keluar nak yg tandatangan skali blh?
ReplyDeleteThanks ... Suri. Sependapat dgn Hanna Akino Azima. UR the best...
ReplyDeletesaya sedih...huhuhu...rasa nak ikut Bella lari ke Korea...autumn is coming...find your new love bella...hahahhaa...Tak sabar nak tunggu novel ni keluar..fighting, dear sis!
ReplyDeleteMeruntun perasaan...lambatnye nk tgu versi cetak ...syabas suri......taip laju laju..heeee
ReplyDeleteKenapaaaaaa... Kenapa ini mesti jd last chapter kat sini huwaaaaa... Cepat keluar wahai buku
ReplyDeleteEmosi saya bersama Bella...sedih
ReplyDeletePergilah Bella...bila tiada di depan mata baru terasa kehilangan.
Biar dia mencari..tabah Bella.
Suri Ryana..I'll be patient untuk menunggu versi cetak.
Sesekali update teaser so that tidak kangen sama Bella dan Daniel
saya pun sama macam Hanna Akino Azima..tak sabar nak tunggu novel ni keluar..thanks kak suri..
ReplyDeleteboleh tambah bab lagi tak? hukhukhuk... sedih ni
ReplyDeletekesian Bella, harap2 ini semua salah faham....
X sabar nk tnggu .. best sngt :)
ReplyDeletealaaaa . jgnla last lgiii . tmbah lgi 1 bab pun da ckup . pleaseeee ~
ReplyDeleteuuuu.sedihh T.T
ReplyDeletesedihlah... terpaksa tunggu novel nie. Bila novel nie nak keluar tak sabar... anyway txs for the great story always keeps wanting for more from you....
ReplyDeleteSedih.....cepatlah publish novel ni, nak beli kak suri....kalu order terus dpd kak suri bulelah dpt signature kak suri yek....the lovely novel writer....muaahhhh....
ReplyDeleteKak suri, suspens yer. Smbung la lg.... Pleaseee. Bila nk msukkn teaser?. Br la terubat rindu dgn bella,daniel. Lmbt lg bln dec. Sedih yer.
ReplyDeletewah.. tak sangak ada n3 baru lagi ni.. saja cikda masuk untuk ulang baca bab 27. rasa tak puas.. suri, thanks sebab sudi kongsi cerita best camni buat kami semua. yelah, kami tak sebegitu kreatif untuk menulis kisah hidup orang. bila baca coretan suri boleh buat kami jadi sasau tau tak? apa taknye.. ada adegan suspen, adegan sweet2 gitu..adegan gelak tak hengat.. hahahhaha
ReplyDeletetahniah ye darling.. cikda pasti akan beli novel ni nanti suri.. pasti!! (chewahh.. ayat pun dah macam novel..) hahahahahha
suri bila nak kluar ni...boleh huru hara hati ku ini....
ReplyDeleteHmmm...
ReplyDeletesiapa pula yoo ri ni...
siap ber i luv bagai...
eeee...daniel ni pun satu...macam nak ketuk2 je kepala dia....x perasan ke yang bella ada kat kondo tu sama....
tengok bella dah merajuk....x sabar nak tunggu full manuskrip...ganbatte sis...
Hish...x pernah lg terjadi...asyik dok bukak blog suri ni x tau sehari berapa kali....gila btoi....next n3 ada kot....gila bayang dgn story ni
ReplyDeletehahaha...skrang giliran danial pulak yang mengejar bella, goda bella kan....sya pulak menunggu bilalah novel ni nak kluar....
ReplyDeletetengah feeling abis ni...member mai kacau plak...next n3 plzzz....nk tunggu novel keluar mau 3 bulan lg....
ReplyDeletehuhu.. sedihnye, tak sabar nak tau kesudahannye dan bila nak di buku kan..
ReplyDeleteSuri,,,,, cpt2 bukukan x sabar ni...
ReplyDeleteBoleh rasa sakit nye hati bella bila ada perempuan lain yg peluk suami dia.....
ReplyDeleteHe3.....x jemu bace ulang kali bab2 KUD nie......x sabar nak tggu novel nih...dah tau perasaan bella kat danial....nak tau jugak bile danial sukakan bellla....harap2 yoo ri x jd pengacau dlm hubungan bella-danial....agak2 ade tak babak bella habis study n jd wanita berkerjaya he3.....kak suri?
ReplyDeleteNak gulkimchi gak!!! Nampak sedap sgttttttt
ReplyDeleteSuriiiiiiii......bawalah daku pergi...dari derita ini......sedihnya....cepatla siapkn.....xtahan menanggung rasa ini...hu...hu....
ReplyDeletePlease...i want more......sedihnya....dpt 1 bab ag pn xpe....pleaseeeee
ReplyDeleteKak Suri!!!!please tmbahh smpaii bab 30!!!please please please!!!!!!!!!
ReplyDelete-Hanim-
kesian kt bella....
ReplyDeleteAla..kesiannya bella..pergi membawa hati yg lara.. tp mcm ada yg tak kena.. Danial mesti dh ada rasa pd bella..kalau tak mesti dia x luah rasa hati. kesian jgk kat danial..mesti tercari cari bella nnt..
ReplyDeleteTlong smbug kaksuri.sampai bab 30.cheabal..
ReplyDelete--k--
KUD.. kita tnggu je novel dia kuar.. Suri smbung KLIK.. dh lma tnggu ni.. :)
ReplyDeleteLaa.. dah habis kak suri.. tolong sambung kak suri.. please3x..
ReplyDeleteHi suri..as usual..bab yg menarik dan berakhir dgn penuh suspense..suri klu blh satu bab lagi ye.. ;) mmg x blh tunggu sampai novel keluar..
ReplyDeleteweh...siapa pulak yoo ri ni..suka suki peluk suami orang...danial pulak..harusnya sedar dah kahwin ngan bella..selemba badak sahaja dipeluk yoo ri...tak suka..tak suka..tak suka...
ReplyDeletesian bella..pergi membawa lara di hati...
padan muka danial bila satu saat trnampak bella brteman ngan encik faris(setia sangat mengharap bella) hehehe boleh ke tu macam...
tak sabor tunggu novel ni keluar...
weh...siapa pulak yoo ri ni..suka suki peluk suami orang...danial pulak..harusnya sedar dah kahwin ngan bella..selemba badak sahaja dipeluk yoo ri...tak suka..tak suka..tak suka...
ReplyDeletesian bella..pergi membawa lara di hati...
padan muka danial bila satu saat trnampak bella brteman ngan encik faris(setia sangat mengharap bella) hehehe boleh ke tu macam...
tak sabor tunggu novel ni keluar...
Kak cepat lah bukukan
ReplyDeleteBoleh bg n3 tambahan x? Sob sob sob hari 2 dok buka ni
ReplyDeletenakkkkkkkk lagiiiiiiii
ReplyDeleteBest sgt3.. x sbr nk tggu smbngan cite ni.. kalu blh post smpi n3 bab 30.. agk2 bila novel ni akn ada di pasaran erk..
ReplyDeleteBesttt sgt.. sambung la Suri sampai chapter 30.huhu
Deletebila novel ni nak keluar suri? x sabar nak baca ending....huhuhu
ReplyDeleteSuri......x tau nak cerita....hari2 asyik buka blog ni jer klau sehari sekali ok gak ni dah tak terkira dah ni.....kot2 ada lg bab 29 ker...parah btoi....in love ni
ReplyDeleteSuri....boleh tak sampai bab 30... Kasihan Bella. Alaihai I love you segala bagai Si Daniel ni...forever whahaaha kalau aku pun aku tak nak tunggu sampai esok kalau buah hati aku cakap you number one BF FOrever kat pompuan lain ..tak nak tunggu dah betul ....suri sampai bab 30 yeeee.....
ReplyDeleteAdoi ai... Semua novel Kak Suri kita beli. Ni menunggu lagi bila dibukukan. Chaiyok2x.
ReplyDeleteThe novel already publish ?
ReplyDeletealahai nape la bella p dulu... mane la tau daniel pnggil tu nk ckp sesuatu ke.
ReplyDeleteKak suri.... xsabar nk baca full novel ni...
hai kak suri..sy peminat baru novel kak suri...petama kali sy bce novel kaksuri..best sgt suspen giler..xsbr nk tggu next cpter...
ReplyDeletemenangis baca n3 kali ni :(
ReplyDeletealmost nak nangis baca chpt 28 ni...tapi crite ni jadi suspens pulak....huhuhu...all the best kak suri...x sabor nak tggu novel ni...xoxo
ReplyDeletetolong bukukan cerita ni..best sgt...pleaseee
ReplyDeletei wanted more, when will it be published ?
ReplyDeleteAssalamualaikum semua :) Thank u so much for your comments. In syaa Allah, novel ni akan terbit May 2015 nanti :) Akan mula dijual di pesta buku antarabangsa kuala lumpur pada 24 April 2015
ReplyDeletedh order tp x sabar gak..... sambil baca sambil lagu kena plak tu..bab tgh sedeyy..
ReplyDelete