**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Tuesday, 26 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 17]


Bab 17

Semuanya dah berakhir. It's over! Bolehlah lelaki itu hidup dengan aman seperti sebelum kemunculan aku di dalam hidupnya. Sambil berbaring, mata kuhalakan ke arah siling. Kata Kak Long, lelaki itu mengambil masa selama beberapa bulan untuk menerima kenyataan yang arwah Kak Ngah telah tiada. Selama itulah keadaannya tidak terurus langsung. Kak Long pun dengar cerita daripada Mak Su. Entah kenapa ada rasa sayu bertandang di hati. 

Arwah Kak Ngah pergi menghadap Ilahi disebabkan kemalangan jalan raya kira-kira 2 tahun yang lepas. Dia dilanggar kereta semasa melintas jalan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat cedera parah di bahagian kepala. Masa tu, aku berada di tahun pertama pengajian di Seoul National University, Korea Selatan dan tidak dapat balik kerana sedang berperang dengan final exams. Tiba-tiba pula aku merasa sebak. Kak Ngah. Bella rindukan Kak Ngah. Tidak pernah aku sangka lelaki yang aku langgar di lapangan terbang, lelaki yang bertekak denganku di atas pesawat dan bos Kak Long yang katanya tidak selera untuk makan tanpa kimchi itu adalah seseorang yang istimewa dalam hidup arwah Kak Ngah.

Nanti! Sebut tentang kimchi, baik aku sendukkan ke dalam bekas siap-siap kimchi yang hendak bawa balik ke kampung esok sebelum terlupa. Dari posisi berbaring, aku terus bangun berdiri. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke dapur.

Ada senyuman yang beraja di bibir sebaik sahaja bekas besar yang berisi kimchi kukeluarkan daripada peti sejuk. Tidak sangka tugasan yang diberikan Kak Long sudah pun kuselesaikan dengan jayanya. Selepas ini, aku hanya mahu menyepikan diri di kampung buat seketika. Aku tidak mahu lagi terlibat dengan lelaki itu. Aku tidak mahu berjumpa lagi dengannya walaupun di dalam mimpi. Pendek kata, kalau boleh sampai bila-bila aku tidak mahu lagi bertentangan mata dengannya. Bekas  berisi kimchi yang kupegang kemas kini kuletakkan di atas meja. Dengan cermat aku membuka penutup. 

Isk..isk..isk! Terus sahaja aku menggelengkan kepala sebaik mataku melekat pada isi di dalam bekas ini. Mulalah perasaan geram menggigit hati. Ini semua Kak Long punya fasal! Sudah kubilang kobis dan bahan-bahan lain yang dibelinya hari itu terlalu banyak untuk 30 orang makan namun tidak juga diendahkannya. Geram betul! Aku pulak sebab tidak mahu bercakar dengan Kak Long yang selalu nak menang aje tu, hanya ikutkan sahaja kehendaknya. Hasilnya, kimchi yang sepatutnya kubuat untuk 30 orang makan telah pun aku buat untuk 60 orang! Setelah dibawa ke office masih ada baki untuk 30 orang makan lagi ni. Nasib baiklah kimchi memang tahan lama. 

Sambil membebel aku melangkah ke arah kabinet. Bekas aiskrim berwarna putih yang telah pun kosong kukeluarkan dan aku basuh sekali lagi di sinki. Setelah mengelap sehingga kering, aku membawanya ke meja. Senduk yang berada di atas meja kucapai dan aku mula menyenduk kimchi ini ke dalam bekas yang bersiz sederhana besar di tanganku Maklumlah, esok aku dan Kak Long kan nak balik kampung. Bolehlah aku berikan kimchi ini kepada umi, Mak Su dan Pak Su nanti. 

Lihatlah, selepas disenduk untuk mereka pun masih banyak lagi yang tinggal. Tidak mengapalah Bella. Sedekahkan aje pada kawan-kawan Kak Long nanti. Hatiku berbisik sambil bibir pula mengukirkan senyuman. Hah! Tak sangka betul mereka puji kimchi yang aku buat ni. Setelah menutup kembali kedua-dua bekas, aku memasukkannya kembali ke dalam peti sejuk.

Lengan baju t-shirt tangan panjang yang kusinsing sehingga ke paras siku kini kulurutkan kembali ke pergelangan tangan. Kemudian, aku terus berlari naik ke atas.

"Balik kampung..oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung..hati girang!"

Ketawa kecil terlepas dari bibir sebaik sahaja suara sumbang Kak Long menampar gegendang telinga. Nyanyian lagu Balik Kampung itu bukan setakat lari pitching, tapi jahanam habis ritmanya.

"Terbayang-bayang wajah-wajah yang kusayang..satu-satu tersemat di kalbu...pasti terubat rindu di hati..menyambut kepulangan ku nanti!."

Ya ampun! Kuatnya anak dara sorang ni menyanyi. Senyuman nakal mulalah terukir di bibir. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah bilik Kak Long. Tak tutup pintu pulak tu. Semakin lebar sengihan di bibirku apabila melihat gadis itu sedang duduk di atas lantai sambil kusyuk memasukkan baju ke dalam bagasi. Terus sahaja aku meluru masuk dan menolak lembut badannya dari belakang.

"Kak Long!!"

Apa lagi, menjerit nyaringlah gadis ini gara-gara terkejut. T-shirt yang berada di tangannya terus dibaling. Ketawa terbahak-bahak aku melihat reaksi Kak Long yang betul-betul menggelikan hati ini. 

"Astaghfirullahalazim..teruklah Bella ni!" Marahnya sambil menjegil mata kepadaku. Terus sahaja dia menampar leganku dengan agak kuat. 

"Sakitlah Kak Longgg!" Jeritku pula. Punggung terus kulabuhkan di sebelah Kak Long. 

"Kau ni Bella..nasib baik jantung Kak Long ni tak terhenti tau!" Marahnya masih lagi bersisa. Siap kasi jelingan maut lagi. Aku hanya mampu tersengih. 

"Eleh..Kak Long pun selalu buat Bella..takpe pulak?" Bidasku. Kak Long mengerutkan wajahnya sedikit saat ini.

"Eh..yang Bella ni..Kak Long tengok happy betul malam ni. Tak macam selalu jiwa kacau!" Ujarnya. Memang aku gembira kerana semuanya telah kembali seperti biasa. Aku dapat meneruskan cuti dengan aman dan Danial dapat teruskan hidup dengan damai. 

"Memanglah Bella happyyy sangat Kak Long..esok kan kita nak balik kampung." Jawabku sambil mengulum senyuman. Memang betul, sebab utama aku gembira kerana esok dapat jumpa umi yang tersayang. 

"Happy tu happy jugak..habis tu Bella dah pack baju ke?" Soalan Kak Long kujawab dengan anggukan. 

"Awal-awal lagi Bella dah pack tau! Tak sabar nak jumpa umi dan makan durian!" Bersama sengihan aku menjawab soalannya. Masa ni juga aku terbayangkan keenakan pulut durian. Tangan Kak Long yang baru sahaja ingin memasukkan skirt berwarna biru ke dalam beg terus sahaja terhenti. 

"Dah pack? Amboi lajunya!" Dengan nada sedikit terkejut dia mengucapkan ayat itu. Kerja memasukkan pakaian ke dalam beg disambung kembali. Tiba-tiba pula aku teringatkan tentang kimchi yang masih banyak berbaki di dalam peti sejuk.

"Ermm Kak Long..kimchi kat bawah tu, Kak Long sedekahkan la kat kawan-kawan ye..Bella dah ambil sikit untuk bawak balik ke kampung. Yang lebih tu, sedekah aje laa kat kawan-kawan Kak Long.." Ujarku. 

"Bella tak nak?" Soal Kak Long sambil memandang ke arahku sekilas. Terus sahaja aku menggelengkan kepala.

"Tak nak lah..nanti-nanti kalau Bella nak makan, Bella boleh buat lagi" Ujarku. 

Sejujurnya, aku mahu makan makanan malaysia sahaja sepanjang berada di sini. Banyak lagi kut makanan yang belum dimakan. Aku siap list down tau! Balik Korea nanti, boleh makan kimchi puas-puas.

"Thanks Bella. Seronok la dorang tu dapat kimchi free nanti." Bersama ketawa kecil Kak Long mengucapkan kata-kata itu. Belum sempat aku bersuara, tiba-tiba sahaja Kak Long menyambung ayatnya. 

"Haa! Sebut tentang kimchi..baru Kak Long ingat.." Luah gadis yang bertocang satu ini. 

"Kenapa dengan kimchi?" Soalku bersama wajah yang berkerut. Bahuku dicuit mesra dengan tiba-tiba. Aiks..mesti ada apa-apa ni.

"Bella..raaaamai sangat staf-staf kat office tu nak order kimchi dengan Bella..." 

Kata-kata Kak Long membuatkan aku tersenyum lebar. Rasa terawang-awang pun iya jugak. Sedap sangat ke sampai nak order bagai? Maklumlah, tak pernah rasanya orang memuji masakan aku sebegini rupa. Masak pun jarang-jaranglah katakan!

"Biar betul Kak Long?" Di dalam keadaan tersipu-sipu aku bertanyakan soalan itu. Bukan selalu dipuji begini. Kasi la chance aku terawang-awang sekejap!

"Betullah ni.." Ujar Kak Long yang nampaknya sudah mula menyampah dengan reaksiku. 

"Jadi, boleh tak kalau dorang nak order?" Soalan Kak Long membuatkan aku terdiam untuk seketika. Lambat-lambat aku menggelengkan kepala.

"Isk..Bella tak berani la nak ambil order.." 

Kak Long terus sahaja menampar lembut pahaku yang dibaluti oleh seluar panjang berwarna biru gelap.

"Bella..kita jual sebekas RM 10. Kalau 100 bekas, berapa dah kita untung Bella..?" Bersungguh-sungguh Kak Long berkata begitu. RM 1000! Perghhh..makcik kayo! RM 1000 lepas tolak kos membeli bahan-bahan..uishh banyak jugak tu!

"Hermm..betul jugak Kak Long.." Terperangkap juga nampaknya aku ini dengan idea Kak Long.

"Lagipun Bella cakap nak buat kerja part time kan? Katalah Bella jadi cashier kat pasaraya, kerja berjam-jam sehari, sebulan baru dapat RM 1000. Paling-paling pun RM 1000 lebih. Ni, kita jual 100 bekas, dah dapat RM 1000 Bella oii.." Lincah mulut Kak Long bersuara selincah tangannya memasukkan pakaian ke dalam bagasi. Kerja cashier, penatnya tu berkali ganda daripada buat kimchi. Kena pergi kerja hari-hari pulak tu. Aku mulalah mencongak. Memang boleh buat duit jugaklah kalau aku jual kimchi tetapi...

"Ada ke orang nak order sampai seratus bekas?" Soalku sambil mencemikkan wajah. Kak Long pula menjulingkan mata ke atas. 

"Apa pulak takde? Kerja-kerja promosi dan ambil order serahkan aje pada Kak Long. Bella buat kimchi aje nanti." Jawab Kak Long dengan bersungguh-sungguh. Dia yang kulihat sudah selesai mengemaskan bagasi terus sahaja menarik zip dengan teliti. 

"Menarik!" Terus sahaja aku bersuara. 

Bukan apa, Kak Long memang peramah dan ramai kawan. Satu lagi, dia memang pandai bab-bab memujuk dan mempromosi bagai ni. Tersenyum sampai ke telinga kulihat Kak Long saat ini. 

"Nantilah Kak Long tanyakan dengan diorang." Ujar Kak Long. 

"Okay.." Aku terus mengangkat ibu jari ke arahnya.

 Kak Long kulihat menolak ke tepi bagasi yang kini sudah terisi dengan harta karunnya. Kemudian, dia mengesotkan badan bersandar di dinding. Matanya memandang kosong ke arah almari pakaian yang berada betul-betul di hadapan kami.

"Bella..kenapa ye umi tu nak sangat kita balik?" Soal Kak Long. Aku mulalah buat muka pelik.

"Apa punya soalan tu Kak Long? Kan umi cakap tadi, umi rindukan kita..lagipun umi nak kita rasa hasil kat dusun..berbuah sakan tau pokok durian, manggis, cempedak, duku, langsat kat dusun tu, Kak Long.." Panjang lebar jawapan yang kuberikan menunjukkan yang aku benar-benar rindukan kampung. 

"Eee bestnya!" Terjerit kecil aku saat ini sambil membayangkan kedamaian di tempat kelahiranku itu. Aku menjeling ke arah Kak Long. Nampaknya aku excited sorang-sorang ni.

"Tapi, suara umi tu lain macam.." Ada kerisauan dalam nada suara Kak Long. Badan kusandarkan pada dinding dan aku terus sahaja memeluk bahunya dengan kemas. 

"Kak Long ni..kenapa? Takut umi nak kahwinkan Kak Long ke?" Soalku cuba menceriakan kembali suasana. Kak Long masih juga diam. Aku bersuara lagi.

"Elok jugak tu..honestly, Bella risau tau tengok Kak Long duduk sorang-sorang kat sini. Ni takpe la Bella ada..kalau Bella balik Seoul nanti?"

Sejujurnya, memang aku ingin berseloroh tetapi aku juga risau Kak Long duduk dalam rumah ni sorang-sorang. Kak Long pula, dengar sahaja aku berkata begitu, terus menjeling tajam ke arahku. 

"Kau jangan nak pandai-pandai cakap macam ni depan umi ye dik..Kak Long cekik kau nanti!" Marahnya. Ton suara sudah menjangkau dua oktaf dari tadi. Aku terus sahaja melarikan diri apabila kulihat tangan Kak Long cuba mencekik aku. Ketawa besar aku jadinya. 

Ting Tong! Ting Tong!

Kami sama-sama terdiam. Terhenti terus tawa di bibir. 

"Siapa pulak yang datang malam-malam macam ni?" Soal Kak Long. 

Ha, inilah yang aku takut berlaku sekiranya Kak Long sorang-sorang di sini. Tengok, kalau ada orang datang malam-malam macam ni nak buat perkara tak baik, bagaimana? Betul aku risau! Bukan olok-olok. 

"Manalah Bella tahu." Gumamku sambil memandang ke arah Kak Long yang telah pun bangun. Tudung yang terdampar kemas pada birai katil disarungkan ke atas kepala. Tubuhnya diregangkan sedikit sebelum melangkah ke arah pintu. Aku juga turut sama bangun. 

"Kak Long..Bella ikut!" Ujarku setelah melihat dia keluar dari bilik. Kelam-kabut aku mencapai tudung kepunyaan Kak Long yang tersangkut di atas kerusi.

Kami sama-sama menuruni anak tangga bersama tanda tanya di dalam kepala. Kak Long terus memetik suis lampu untuk porch area. Kemudian, aku terus  mengekori jejak langkah Kak Long yang sedang menuju ke arah jendela. Tirai ditariknya sedikit dan kami sama-sama memfokuskan pandangan di luar. 

Gulp! Air liur terasa kelat untuk ditelan. Kami berpandangan sesama sendiri. Lelaki yang masih di dalam pakaian hospital itu sedang tercegat di hadapan pintu. Lari dari hospital ke apa ni??!

"Encik Danial?!" Dengan serentak kami berbisik nama itu. Kelam-kabut jadinya kami di sini. 

Kak Long kulihat terus melangkah ke arah pintu dengan sangat kalut. Kak Long niii...kenapa buka pintu tu..? Apabila dia membuka pintu, aku terus bersembunyi pada dinding. Betul-betul di sebelah kanan pintu. 

"Encik Danial?" Soal Kak Long.Erghh betullah lelaki itu yang datang! Ada debaran mengisi ruang dada. 

Dia nak saman aku ke? Manalah tahu kalau allergy test menunjukkan yang dia alah cili ke, kobis ke, atau benda-benda lain dalam kimchi..Ya Allah, Bella! Relax! 

"Ehem.." Dapat kudengar dia berdehem. Apahal diam aje mamat ni? Dah bisu ke?

"Err..saya memang nak jemput Encik Danial masuk tetapi sorry laa..macam tak manis pula...Encik Danial sihat ke tak ni?" Kak Long pula yang bersuara. 

"Err..Salina.." Kedengaran suaranya seperti teragak-agak sahaja menyebut nama Kak Long. Nada suara tu, macam bukan Danial! Baik sangat tu. Isk..dia ni buat saspen betullah! 

"Can I see Bella for a while?" 

Whatt??! Terlompat setempat aku jadinya. Ayat  tu memang bikin aku blank! Bulat mataku menjegil ke arah Kak Long. Dada mulalah berdegup laju. Alamakkk apa lagi unfinished business di antara aku dengan lelaki ni ha?

"Ha? Bella?" Kak Long juga turut sama terkejut. 

"Boleh..boleh.." Dia mengangukkan kepala seraya berkata begitu.

Rasa seperti hendak hantukkan kepala ke dinding sahaja saat ini. Kak Long niii! Aduhai!!
Sebaik sahaja Kak Long menjeling ke mari, aku terus menggawangkan tangan sambil bibir bergerak dengan sangat kalut.

"TAK DE!" Tidak ada suara yang keluar namun sudah cukup jelas untuk Kak Long memahami apa yang aku katakan. Dengan kalut Kak Long menoleh ke hadapan semula.

"Eh..maksud saya tak boleh..tak boleh..sebab..Bella takde.." Kelam-kabut ayat tersebut keluar dari mulutnya. Hati aku mulalah jadi tidak keruan. Rintik halus sudah mula membasahi dahi. Lelaki itu diam sahaja saat ini.

"Err..lupa pula..sebenarnya, Bella takde.." Ujar Kak Long lagi. 

"I know she's inside.." Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, jiwa aku semakin kacau jadinya. Kak Long pula terus pandang ke arahku. Isk, selalu bijak sahaja Kak Long berlakon! Tapi di hadapan Danial jadi begini pulak! Terus sahaja aku menggerakkan bibir sekali lagi. Kali ini mata kujegilkan sebesar-besarnya ke arah Kak Long. 

"TAK DE!"

Tangan kugawangkan dengan bersungguh-sungguh namun gerak-geriku tiba-tiba sahaja kaku apabila kepala lelaki itu kulihat tiba-tiba muncul di sebalik pintu. Kak Long mulalah buat wajah bersalah. 

"Bella!" Tegas bunyinya suara itu. Tergamam aku seketika apabila mata kami bertentangan. Lambat-lambat bibirku memaksa senyuman kambing di bibir. Ah, kantoi sudah!

Apa lagi ni Danial? Bukankah awak yang bersungguh-sungguh berikan amaran agar saya tidak muncul lagi dalam hidup awak? Tapi kenapa belum pun 10 jam masa berlalu awak mencari saya sampai ke sini?




***

Perkara apa yang penting sangat menyebabkan lelaki ini ke mari? Siap dengan baju hospital pula tu. Namun seperti selalu, dia tetap juga kemas dan nampak terurus. Bau wangian yang dipakainya juga dapat kuhidu dengan jelas. Deru angin malam yang sedikit dingin memaksa aku untuk mengusap kedua-dua belah bahu. Kalau tadi, aku sudah elok atur soalan untuk ditanyakan pada lelaki ini namun entah disampuk oleh hantu apa, mulutku tiba-tiba pula terkunci. Hantu bisu kut yang sampuk aku!

Aku menjeling sekilas ke arah lelaki yang sudah pun kelihatan sihat di hadapanku ini. Mata kami bertentangan untuk seketika dan aku lihat, seperti aku, dia juga sibuk melarikan pandangan ke arah lain. Wajah diraupkannya sedikit. Elok sangatlah ni. Masing-masing membatukan diri. Seorang pandang sana, seorang pandang sini. Rasa tidak selesa dan sedikit pelik apabila berada di dalam keadaan begini. Dari bawah sinaran lampu porch yang berwarna kuning ini dapat kulihat Kak Long sedang mengintai di sebalik tirai. Lagilah bertambah kaku aku jadinya. Isk. Kau ni pun satu Bella, apehal jadi macam ni? Kenapa mesti ada rasa yang sedikit pelik dari selalu? Nak pandang dia pun aku tak berani.

Payah ni. Jam dah menginjak ke pukul 10 malam. Apa kata jiran nanti kalau mereka nampak aku dan Danial berdua di sini? Sudahlah jiran Kak Long yang rumahnya betul-betul di hadapan rumah ini adalah pak imam masjid. Terus sahaja aku membuka mulut.

"Awak.." 

 Serentak dengan itu juga dia pun sibuk nak bersuara. 

"Do you remember.."

Masing-masing diam kembali. Payah betullah!

"You go first." Ujar lelaki yang kelihatan sedang meraupkan wajahnya itu. Dia kemudiannya bersandar pada dinding tembok batu yang memisahkan rumah Kak Long dan jiran sebelah. 

"Awak lari dari hospital ke?" 

Terus sahaja aku menutup mulut dengan tangan kanan. Astaghfirullahalazim Bella! Lain soalan yang kau atur, kenapa lain pula yang keluar? Aku sepatutnya bertanya tentang motif dia ke mari bukan soalan yang bakal mengundang kemarahan lelaki itu. Pfft!!

"None of your business." Selamba sahaja jawapannya, mampu membuatkan aku geram. Lelaki yang berada betul-betul di hadapanku ini kemudiannya memandang ke arahku.

"Tadi petang beriya-iya warning saya supaya jangan muncul depan awak." 

"Could you please explain to me what's happening now Mr. Danial Lee?"Soalku dengan perlahan. 
Siap angkat sebelah kening lagi kepada lelaki itu. 

"Aku ada cakap yang aku tak boleh cari kau? I don't think so Miss Bella.." Petah dia menjawab membuatkan aku terdiam seketika.

 Nampaknya bengkak di wajahnya telah pun hilang 100%. Cuma ada sedikit lagi ruam-ruam halus yang masih bersisa. Tidak seperti selalu, tidak ada lagi jelingan tajam darinya malam ini. Jauh mata lelaki itu memandang ke mari membuatkan aku semakin tidak selesa. Tangan mula membetulkan tudung di kepala. Pandangannya tidak seperti selalu. Pandangannya mampu membuatkan aku turut sama tenggelam. Terus sahaja aku mengalihkan pandangan ke arah pasu bunga yang tersusun cantik di sebelah kananku.

"Tapi awak ada cakap jangan muncul depan awak..you asked me to stay away from you remember? I thought you are allergy to me." Aku mengingatkannya kembali bait-bait ayat yang diucapkannya kepadaku petang tadi. Dah amnesia ke apa? Aku tidak mahu dia menderita kerana berhadapan denganku.

"I'm here because I want you to do something for me." Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Blank. 

" Kau ingat aku suka sangat nak tengok muka kau?" Sempat lagi dia membidas aku. Isk geram betul! 

"You want me to do something for you???" Bulat mataku memandang ke arahnya. 

Terkejut punya fasal, aku terus melangkah dan mengambil tempat  di sebelahnya. Namun aku tetap menjarakkan kedudukan kami dalam setengah depa.  Dia yang sedang bersandar pada dinding, terus memusing tubuhnya ke arahku. Sebelah bahunya sahaja disandarkan pada dinding tembok. Matanya berlari ke serata wajahku saat ini. 

"Remember I saved you once from drowning? Now you have to pay me back." Dengan tenang dia bersuara. Bertambah kalut aku jadinya.

"What?" Soalku sambil mengecilkan mata.

 Ada-ada aje lelaki ni! Boleh pula dia mengungkit kisah dia menyelamatkan aku dari lemas hari tu. Pfffft! Dengan pantas aku meraupkan wajah.

"Take this." 

Sekeping sampul berwarna putih dihulurkan kepadaku.

"Apa ni?" Aku terus sahaja mencapai sampul tersebut. 

Apabila aku mengintai sedikit isi di dalamnya, terus aku tergamam. Mati-mati aku ingatkan dokumen atau surat tadi! Sampul yang berada di tangan kuhulurkan kembali kepadanya. 

"Saya tak nak!" Ujarku. 

Gila agaknya dia ni! Sampul ini berisi dengan duit! Banyak pulak tu. Dada mulalah berdetak sedikit laju dari tadi.  Di dalam fikiran mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. 

"Looks like you have no choice Bella. Once kau pegang sampul tu, maksudnya kau dah accept the job." Ada segaris senyuman menghiasi bibirnya ketika berkata begitu. Sampul yang kuhulurkan tidak langsung dipedulikannya. Bertambah risau jiwa saat ini.

"Understand?" Soalnya setelah dilihat aku diam sahaja. Mataku yang berada pada sampul berlari ke wajah Danial yang sedang memandang ke arahku. 

"What do you want me to do?" Soalku sambil mengerutkan wajah. 

"Kimchi."

Dengan selamba dia berkata begitu. 

"Hah?" 

Aku mulalah buat muka pelik.

"As easy as that." Ujarnya lagi bersama wajah yang serius. Aku pula terus meraupkan wajah. 

"My VVIP guests from South Korea had your kimchi today at the office. They like it and they requested for it to be served again during our lunch meeting in 3 weeks time." 

Terdiam aku jadinya. Belum pun sampai satu jam semenjak Kak Long berikan cadangan untuk kami ambil tempahan tadi, sudah ada yang nak order. Diam-diam aku teruja juga namun memikirkan yang perkara ini ada kena-mengena dengan Danial, aku jadi gelisah. Mungkin kerana VVIP itu, Danial terpaksa berhadapan denganku saat ini dan berlagak selamba. Munngkin jauh di sudut hatinya dia tidak selesa berada denganku saat ini. Ahh buntu terus fikiranku.

"Tak tahulah apa yang sedap sangat dengan kimchi tu. They really had a bad taste." Sindirannya benar-benar membangunkan aku daripada lamunan. Wajah kudongakkan ke arahnya.

Aku mengetap bibir. Mentang-mentang aku diam, suka-suka aje dia menyindir aku ye. Terus sahaja aku pura-pura ketawa kecil. Sinis sekali bunyinya.

"Oh really?" Soalku sambil  tersenyum lebar. Sampul kuletakkan seketika di atas bahagian belakang kereta Kak Long. Sepuluh jari kugawangkan di hadapan wajahnya saat ini.

"10 of them like it. Awak je yang tak suka. I wonder who doesn't have a good taste here, ha?" 

Sebaik sahaja aku berkata begitu, aku meneruskan lagi ketawa. Geram betul! Puas hati apabila melihat lelaki di hadapanku ini memandangku dengan sangat tajam. Ha, tau pun sakit hati! Namun, hilang terus ketawa di bibirku apabila dia melangkah beberapa tapak ke arahku dan kini berada sangat dekat dengan aku. Terus sahaja dia menelengkan kepalanya ke arahku supaya telinga kanan dekat dengan wajahku. 

"What were you saying? Cakap sekali lagi? Tak dengarlah tadi.." Ada senyuman pelik di bibirnya membuatkan aku gerun. Terus sahaja aku mengambil beberapa tapak ke belakang. 

"Nothing!" Tangan kanan kugawangkan ke arahnya saat ini. Dia pula terus mengangkat sebelah keningnya. Senyuman sinis masih lagi beraja di bibir.

"Are you sure Miss Bella? Are you sure you have nothing to say?" Soalnya. Sumpah ini kali pertama aku melihat riak wajahnya yang ini. Terus sahaja aku menggelengkan kepala. Mata pula aku larikan ke arah lain. Aiks..Kak Long masih lagi mengintai kami? Siap sengih-sengih lagi. Isk.

"Since you have agree, please be at my place next tuesday. 9 am sharp. Bawak sekali semua bahan yang diperlukan untuk buat kimchi tu. My personal assistant, Juwita will be there to accompany you." 

Kata-kata lelaki itu kali ini benar-benar mengejutkan aku. Kenapa pula aku nak kena buat kimchi tu di kondo dia? Erghhh ni yang aku malas ni! Walaupun aku buat muka pelik, dia tetap berlagak selamba. Telefon  bimbit daripada poket seluar hospital birunya dikeluarkan ketika ini.

"Saya nak buat kat sini. Kenapa pula saya kena buat kimchi tu kat sana?" Soalku dengan nada tidak puas hati. 

"Manalah tahu ada benda-benda pelik ke kau masukkan dalam tu  nanti..." Selamba sahaja dia menjawab. 

Kemudian telefon bimbit dilekapkan di telinganya. Aku pula rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding tembok sahaja. Ada sahaja ayatnya yang menyakitkan hati!

"Kimi, boleh datang sekarang." Sebaik sahaja mengucapkan ayat itu, dia terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket kembali.

"Encik Danial, saya rasa kita perlu berbincang." Ujarku dengan sangat serius. Sampul yang berada di atas kereta Kak Long kucapai saat ini. 

"What's the problem now?" Bersama suara yang serius dia menyoal aku. Matanya menikam tajam anak mataku. Ingat aku takut? Terus sahaja aku menghulurkan sampul putih ini ke arahnya.

"Saya rasa tak jadilah ambil order ni sebab saya pun ada cara kerja  dan prinsip sendiri. Saya  tak suka kalau terpaksa buat kimchi tu di..." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, Kak Long tiba-tiba sahaja memotong

"Encik Danial, terima kasih kerana menjadi pelanggan pertama kami. Ni ada sedikit kimchi, khas untuk beberapa orang pelanggan pertama yang order kimchi dari kami." 

Lembut sekali suara Kak Long berkumandang ketika ini. Sebuah tupperware berwarna merah dihulurkannya pada Danial Lee. Aku pula terus bersandar pada dinding sambil mengurut dahi. Eeee geramnya akuuuu!

"Ala, Kak Long, dia bukan suka pun dengan kimchi tu!" Selamba sahaja aku membidas. Geram!

"Ambillah. Jangan kecewakan kami. Kalau Encik Danial tak nak, takpe..bagi aje kat VVIP tu. Dorang masih ada di sini kan?" Tambah Kak Long lagi selepas dilihatnya Danial tidak menyambut huluran bekas tersebut. Boleh mereng aku kalau macam ni! Sempat lagi lelaki ini tersenyum sinis ke arahku. Ya ampun. Seronok agaknya tengok aku marah. Grrr!

"Thanks Salina." Ujar Danial yang kemudiannya mengambil bekas tersebut dari tangan Kak Long. Kemudian boleh pula dia menundingkan jari telunjuknya ke arahku. 

"9 am sharp. Tuesday." Suaranya bergema bersama wajah yang super serius. Dia kemudiannya melangkah ke arah pintu pagar yang terletak beberapa tapak di hadapan sana. Aku baru perasan yang kereta Maserati miliknya sudah sedia menunggu di situ. Geram punya fasal, bila Abang Kimi sampai pun aku tidak perasan. 

Belum pun lelaki itu masuk ke dalam kereta, aku sudah menoleh ke arah Kak Long. Geram betul.

"Kak Long ni kenapa?" Soalku dengan nada tidak puas hati. Kak Long terus menoleh ke arahku. Apabila terdengar bunyi enjin kereta memecut pergi, tahulah aku lelaki itu sudah pun beredar.

"Kesian pulak Kak Long dengan dia Bella. Baru Kak Long teringat. Kat office tadi, PA Danial, si Juwita tu ada beritahu Mei Lian..semenjak Danial Lee datang ke Malaysia ni, dia tak selera sangat nak makan tau sebab takde kimchi yang menepati citarasanya. Mei Lian yang beritahu Kak Long." Ada nada sedih yang dibuat-buat dengan over sekali dalam nada suara Kak Long. 

"Ah, lantak dia lah Kak Long. Kak Long ingat kimchi yang Bella buat tu menepati citarasa dia sangatlah?  Yang Kak Long baik sangat tadi apehal?!" Bertubi-tubi aku meluahkan rasa. Kak Long terus bercekak pinggang.

"Bella..sedar tak boss Kak Long yang Bella benci sangat tu dah kasi Bella business?" 

Belum sempat aku membidas soalan Kak Long itu, dia bersuara lagi.

"Bella patut syukur tau. Senanglah Kak Long nak promosi kimchi ni kat office nanti. Kak Long akan cakap dengan dorang, even our big boss ordered from my sister. Kelas gitu!"  Ada senyuman lebar menghiasi bibir Kak Long. Malas betul nak layan! 

"Iskkk! Kak Long ni, kalau boss Kak Long tu semuanya betul. Kalau Bella semuanya salah." Terus sahaja aku menghentakkan kaki menuju ke arah pintu. Baik masuk dalam dari melayan Kak Long.

"Bellaaaaa..janganlah merajuk." Dapat kudengar jeritan suara Kak Long yang mendayu-dayu di belakang sana sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah bersama sampul berisi duit di tangan.

Ah, betulkah keputusan aku menerima tempahan dari Danial ni? Bella, kau ada pilihan lain ke? Lelaki itu terlalu licik dan bijak berkata-kata. Aku pasti, kalau aku menolak, dia akan ungkit kisah tempoh hari. Kejadian di mana aku jatuh ke dalam kolam dan hampir lemas. Dialah heronya kerana sudi menyelamatkan aku dan kini aku terhutang budi dengannya. Pffttttt!! Geramnya!!

***





Sunday, 24 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 16]


Bab 16

"Maya..

"Don't ever leave me..because.."

"I can't breath without you around."

Ah, parah!

3 jam aku di sini, entah berapa juta kali rintihan hiba Danial Lee di dalam kereta tadi terngiang-ngiang di telinga. Linangan air mata seorang lelaki yang sangat tegas personalitinya dan nampak gagah fizikalnya tadi benar-benar membuatkan aku tidak dapat berfikir dengan waras saat ini.  

Aku meraupkan wajah sambil menghela nafas berat. Tubuh kuregangkan sedikit. Letihnya. Maklumlah, sudah tiga jam aku berada di lobi hospital ini. Semuanya kerana aku ingin memastikan keadaan lelaki itu.  

"Cik Bella? Masih di sini?" Aku terus mendongakkan wajah. Pemandu Danial Lee rupanya. Bagai spring aku bangun berdiri.

"Yes..I'm still here, encik..err.." Kata-kataku terhenti di situ sahaja. Tidak pula kutahu apa nama lelaki ini. 

"Mohd Hakimi. Panggil je Abang Kimi." Ujar lelaki hitam manis ini bersama senyuman.

"Abang Kimi..bagaimana keadaan Danial?" Soalku dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Sir Danial sudah semakin stabil. Dia ada di VVIP suite, Room A-1, tingkat 8. Kata doktor, dia mengalami  kejutan anafilaksis, iaitu reaksi alahan yang teruk dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat. Mujurlah keadaannya tidak serius." Lancar jawapannya. Macam doktor pulak. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

"Owh.." Anafilaksis? Apahal pelik sangat bunyi penyakit tu? Tergeliat lidah nak menyebutnya nanti. Otak cuba mengingati jenis penyakit itu dan juga nombor biliknya.

"Nasib baik kita cepat bawak dia ke sini tadi." Ujar Abang Kimi yang kulihat tengah kalut mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar denim hitamnya. 

Berkerut sedikit kulihat wajah lelaki ini sebaik sahaja matanya dilemparkan ke arah skrin telefon bimbit itu.

"Thanks to you..Abang Kimi pandu kereta tadi, sebijik macam pemandu formula one..macam Kimi Raikkonen! Nama pun sama." Aku ketawa kecil ketika ini. Ringan sedikit rasa kepala apabila dapat berbual saat ini.

"Oh memang! Dia tu kembar lain mak, lain bapak dengan Abang Kimi." Selorohnya. Kami sama-sama ketawa kecil.

"Erm Cik Bella.." 

Aku terus pandang wajah Abang Kimi.  

"Cik Bella kenal tak dengan arwah.." Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku terus menjawab.

"Arwah Sumayya tu  Kak Ngah saya." Bersama keluhan aku menuturkan ayat itu. Abang Kimi kulihat terus menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Patutlah..ada iras. Hampir sama" Ujarnya. Kelu seketika lidahku.

Mata Abang Kimi kulihat berlari ke serata wajah membuatkan aku tidak selesa. Nampaknya, Abang Kimi juga mengenali arwah Kak Ngah. Belum sempat aku bersuara, dia membuka mulut.

"Okay la Cik Bella. Abang Kimi ada tugasan lain lagi ni nak selesaikan." Ujarnya dengan tenang namun dapat kulihat dengan jelas gerak-gerinya yang sedikit kalut itu. Seperti hendak mengejar sesuatu. 

"Okay.." Aku mengangguk kecil. 

"Assalamualaikum." Ujarnya yang kemudian kulihat terus melangkah pergi.

"Waalaikumussalam.." Jawabku dengan perlahan. Mataku hanya menghantar langkah kaki Abang Kimi dengan pandangan pelik. 

Tiba-tiba sahaja aku teringatkan sesuatu.

Alamak!

Dahi kutepuk dengan lembut. Terus sahaja aku mengejar langkah Abang Kimi yang sudah semakin menjauh. Tidak kupedulikan lagi keadaan ruang lobi yang sedikit sibuk ini. Lupa pula hendak kutanyakan padanya tadi soalan yang paling penting itu. Danial Lee alergi terhadap apa? 

Namun langkah kaki yang laju mengejar tadi, kini terhenti seketika. Aku mengerutkan dahi apabila ternampak kelibat seorang perempuan yang sedang melangkah ke arah Abang Kimi. Mata kufokuskan ke arah perempuan yang anggun dengan suit berwarna coklat di badan. Blouse dan seluar panjang itu nampak terletak elok di tubuhnya.




Siapa sebenarnya perempuan yang berumur di dalam lingkungan 50-an ini? Dia adalah perempuan yang duduk bersebelahan denganku di atas pesawat tempohari. Aku juga pernah nampak kelibatnya di lapangan terbang ketika mengambil umi, Pakcik Dani, Pak Su dan Mak Su balik daripada mengerjakan umrah hari tu. Apa pula hubungannya dengan Abang Kimi? Bolehkah dia berbahasa melayu? Ah pening! 

Abang Kimi dan makcik itu kulihat berbual seketika dan kemudian mereka sama-sama melangkah ke arah kanan bangunan dan seterusnya kelibat mereka hilang dari pandangan mataku. Aku pulak seperti orang bodoh berdiri di sini bersama sejuta tanda tanya.

Arghh! Takde kena mengena pun dengan kau Bella. Lantaklah kalau makcik tu teman wanita Abang Kimi sekalipun. Apa kau peduli! Sudah-sudahlah menambah kusut di dalam otak. Akhirnya aku melangkah kembali dengan longlai ke arah sofa.

"Anafilaksis??" 

Terpacul perkataan itu dari bibir sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa. Sumpah ini kali pertama aku mendengar tentang penyakit itu. Bersama wajah yang pelik, jemariku lincah menaip di skrin telefon bimbit. 

Dahi kukerutkan untuk seketika. Tidak pernah  pula kutahu alergi boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan mampu membawa maut. Fokusku hanya pada skrin telefon bimbit di hadapan mata saat ini. 

Benarlah kata orang, di zaman serba moden ini, semua maklumat hanyalah di hujung jari sahaja. Aku terus membuka sebuah laman sesawang yang menerangkan tentang anafilaksis. 

"Anafilaksis adalah reaksi alahan yang sangat teruk, pantas dan berlaku apabila seseorang itu terdedah pada bahan yang menyebabkan alahan, iaitu alergen." Aku membaca dengan perlahan-lahan.

"Apabila alergen memasuki salur darah, tubuh mengeluarkan bahan kimia untuk melindungi diri. Bahan kimia ini boleh menyebabkan simptom bahaya seperti kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, terjadinya kelopak garam atau dipanggil gelegata di seluruh badan dan muka."


Kesukaran bernafas? Tanda-tanda itu memang ada pada Danial Lee tadi. Dengan penuh minat aku menyambung bacaan.

"Tindak balas anfilaksis juga boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Ada yang mengalami anafilaksis setelah disengat serangga seperti lebah dan semut api. Ada pula yang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan yang mereka alah. Selalunya, makanan yang dikaitkan dengan alahan adalah makanan laut, kekacang, gandum, susu dan telur."

Makanan laut????! Ah, sudah! Terus sahaja aku mencampakkan telefon bimbit ke atas riba. Jantung mulalah berubah rentaknya. Daripada laju sedikit degupannya kepada detakan yang maha hebat. Rintik-rintik halus membasahi dahi saat ini. Terasa sejuk hujung jari. Bagaimana kalau kimchi yang aku buat tu benar-benar menyebabkan Danial Lee alergi? 

Gulp!


Mampus aku!!Kedua-dua belah tangan terus meraupkan wajah. Aku cuba untuk mengatur nafas dengan sebaik-baiknya tetapi aku gagal. Semakin memulas-mulas perutku saat ini. Relaks Bella, relaks! Entah-entah dia tak sempat pun makan kimchi yang kau buat tu. Entah-entah dia alah makanan lain. Lagipun, elok je dia makan ketam kat rumah Kak Long hari tu.


Ha! Aku terus memetik jari. Betullah, dia tak alah pada ketam pun. Takkanlah ikan bilis atau udang yang aku masukkan ke dalam kimchi itu menyebabkannya terkena alergi yang serius pula?! Bersama segaris senyuman lega aku menepuk lembut bahagian dahi. Kau ni bikin kecoh lah Bella. Marahku pada diri sendiri.


Terus sahaja aku meregangkan badan bersama degupan jantung yang sudah pun kembali normal dalam sekelip mata. Sempat lagi aku tersenyum ke arah dua orang kanak-kanak comel yang sedang duduk di atas sofa yang berhadapan denganku. 

Mata kini kuliarkan ke kawasan sekitar. Selesa betul lobi hospital ini. Rekaannya pun agak mewah. Maklumlah, orang yang datang ke sini bukan sekadar untuk berubat sahaja. Mereka juga membayar untuk keselesaan, kemewahan dan kemudahan yang disediakan. Mesti mahal ni! 


Dengan pantas aku mencapai semula telefon bimbit yang terdampar di atas riba. Apa agaknya bahan yang menyebabkan Danial jadi begitu? Terus sahaja aku menyambung bacaan.

"Anafilaksis boleh dirawat jika pesakit cepat dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran. Ada pelbagai jenis ubat yang boleh menyembuhkan anafilaksis selain steroid."

Phew...lega! Nasib baiklah anafilaksis ni tidak sekronik penyakit ebola atau HIV, yang masih belum mempunyai vaksin atau ubat yang spesifik. Nafas kutarik dalam-dalam ketika ini.


"Selepas rawatan, pesakit akan kembali normal sepantas anafilaksis menyerang. Pesakit kadangkala mengambil masa selama beberapa jam sahaja untuk sembuh dan ada juga terpaksa ditahan di hospital untuk tempoh beberapa hari, bergantung kepada tindak balas tubuh terhadap ubat yang diberikan."

Harapnya cepatlah lelaki itu sembuh. Buat masa sekarang, aku hanya mampu berdoa semoga tubuh lelaki itu terus memberikan tindak balas yang positif terhadap ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

Telefon bimbit terus kumasukkan ke dalam beg tangan. Kemudian, mataku berlari ke arah jam yang melekat pada lengan kananku. Isk, mana Kak Long ni?! Pandangan kulemparkan di sekitar kawasan lobi hospital. Pasti bertambah kelam-kabut Kak Long yang sememangnya sedia ada kalut tu apabila tahu  tentang insiden ini nanti.  Kak Long..Kak Long!

Mata yang sedang memandang kosong ke hadapan kini bagai hendak terjojol keluar. Terkejut punya fasal, dengan pantas aku bangun berdiri. Mata kukecilkan sedikit. Telefon bimbit pula kusumbatkan ke dalam poket skirt. Bagai nampak hantu, kelam-kabut kakiku berlari dengan pantas untuk bersembunyi di sebalik dinding. Dengan perlahan-lahan aku menjengukkan kepala. 

Betullah! Lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam hopital ini adalah Pakcik Dani! Diam-diam aku berasa sangat takut dan sedikit cemas. Bagaimana kalau dia dapat tahu yang aku adalah orang terakhir yang ada bersama Danial Lee sebelum insiden itu tadi? Ah, serabutnya! Bagai perempuan tak betul, kedua-dua belah tangan menggaru bahagian kepala saat ini.

"Hi beautiful!" 

Dengan pantas aku menoleh ke belakang.


"Bella tak salah, pakcik!" Bersama rasa terkejut yang menggunung aku mengucapkan ayat yang bermain di dalam fikiran. 

Pffftt!! 


Ya Allah! Lelaki ini rupanya. Terkekeh-kekeh aku lihat dia ketawa. Terus sahaja aku menghembuskan nafas berat sambil bersandar pada dinding. Tangan kulurutkan di dada untuk beberapa kali. Gigi kuketap dengan geram dan aku menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang tersenyum kacak di hadapanku.


"Sorry if I gave u a fright!" Ujar lelaki yang segak dengan kemeja biru muda di badan ini bersama senyuman yang semakin melebar. 


"Amar! You scared the hell out of me!" Dengan geram aku memarahinya. Shawl di kepala yang senget benget sempat lagi kubetulkan. 


"I'm sorry, beautiful." 


Aku terus menjulingkan mata ke atas. Kedengaran tawa halus terbit dari bibir lelaki di hadapanku ini.


"Nama saya Bella. B.E.L.L.A. bukan beautiful!" Dengan tegas aku bersuara. Lelaki yang bermulut manis memang tak boleh dipercayai.


Err, bagaimana pula dengan lelaki yang bermulut longkang macam si Danial tu? Seperti ada suara yang bertanyakan soalan itu kepadaku saat ini. 


"Do you know that Bella means beautiful in Spanish?" 


Sudah berjuta kali orang memberitahuku tentang perkara ini. Memang Bella maknanya cantik di dalam bahasa sepanyol. Manakala Linda juga membawa makna yang sama tetapi di dalam bahasa portugis. 


"I guess so." Dengan malas aku bersuara. 


Sesungguhnya aku memang tidak ada mood sekarang. Aku hanya mahu pulang. Mana Kak Long ni? Mata kuliarkan ke sekitar kawasan lobi ini.


"Well, what are you doing here?" Soal Amar kemudiannya.

"Err..visiting friend." Teragak-agak aku menipunya.

"Oh...same here." Angguk Amar.

"Awak tahu tak Danial kene admit sebab alahan teruk? But I heard dia dah stabil." Ujar Amar. Terus sahaja aku berpura-pura terkejut. 


"Oh really?" Naik satu oktaf nada suaraku. Mata kujegilkan dan tangan kanan menutup mulut. Erk..tak over sangat ke lakonan kau ni Bella? 


Amar buat muka pelik. Sah la aku dah ter'over reaction'.


"By the way, dia memang ada alergi terhadap apa-apa ke sebelum ni?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu.


"Well..not that I know of." Jawabnya sambil menjungkitkan bahu.


"Urm..seafood maybe!" Ujarnya dengan tiba-tiba. Mulalah jantungku bergendang kuat.


"Tapi elok je dia makan ketam hari tu.." Sampukku. Wajah Amar terus berubah riak. 


"You went out with him?" Soalan itu memang mudah tetapi nada suaranya sedikit serius.


"Mana ada!" Jawabku dengan kalut. Isk! Tak hingin aku keluar dengan si samseng tu.


"Well, Cik Bella, kalau bukan ketam..what about shrimps, prawns or mussels, maybe?" Soal Amar.


"Shrimps? Prawns?" Gumamku dengan sangat perlahan. Pantas Amar mengangukkan kepalanya.


"Yes. Do you know that shrimp is the leading culprit of seafood allergy in the Unites States?" Kata-kata Amar mampu membuatkan aku kusut. 


Gulp! Air liur yang kutelan terasa sangat kelat. 



"Do you know that it is possible to have allergies to one specific thing like shrimp and yet be able to tolerate other seafood?" Soalnya lagi. Aku terus sahaja menggeleng laju-laju. Manalah aku tahu sangat fasal alergi semua ni

"Maksudnya, tak semestinya kalau Danial alah kepada udang, dia juga harus alah kepada ketam dan makanan laut lain. Tak semestinya, Bella." Mendengar sahaja kata-kata Amar, aku sudah kembali rungsing.

"Astaghfirullahalazim.." Tidak dapat ditahan lagi, aku terus beristighfar.

Dalam kimchi yang aku buat tu, memang ada udang. Kalau kimchilah penyebabnya, habislah aku! Namun bukan itu yang aku kisahkan. Aku cuma takut Kak Long mendapat susah. :( Terus sahaja aku menyandarkan badan pada dinding. Kedua-dua belah tangan menutup wajah untuk seketika.

"Are you okay, Bella?" 


Tangan yang tadinya menutup wajah kuleraikan. Dengan perlahan aku mendongakkan kepala ke arah Amar. Ada riak risau di wajah lelaki itu.


"You look so pale. Are you okay?" Soalnya dengan sangat lembut namun tidak mampu untuk menenangkan hatiku.

"Y..yes..of..of course I'm okay!" Aku cuba juga bersuara.

"Are you sure?" Soalnya sambil mengerutkan wajah. 


Anak matanya berlari ke seluruh wajahku. Apabila mata kami bertentangan, dapat kurasa dia pandang aku lain macam saat ini. Terus sahaja aku larikan anak mata ke arah lain. 


"You look so much like Maya. Do you know that you remind him of Maya a lot?" 


Kalau dulu aku tidak terkesan langsung dengan kata-kata itu namun sekarang, aku semakin tidak selesa. Bukan kerana aku bencikan arwah Kak Ngah. Sumpah tidak! Tapi, aku tidak selesa kerana wajah  yang sama dengan arwah Kak Ngah ini ada kaitannya dengan kisah silam Danial Lee.


Dengan perlahan-lahan aku mendongakkan wajah ke arah Amar yang masih memandang ke arahku.


"Amar, I have to go. See you when I see you." Dengan lemah aku mengucapkan ayat itu. Tanpa berlengah, aku terus melangkah bersama jiwa yang serabut.


"Bella.." Dapat kudengar suara Amar di belakang. Kepala kutoleh untuk seketika. 


"Bye!" Ujarku bersama senyuman tawar di bibir sebelum melangkah dengan laju menjauhi lelaki itu.


***


Dari sini dapat kulihat Kak Long sedang melangkah ke mari. Anggun dan bergaya gadis yang memegang jawatan sebagai pegawai perakaunan  ini. Hati yang risau kini tenang sedikit apabila nampak kelibat Kak Long. 


"Bella..sorry tak dapat datang masa Bella call Kak Long tadi. Kak Long ada meeting. Sekarang baru free." Ujar Kak Long bersama senyuman manja yang sentiasa manis. Terus sahaja dia mengambil tempat di sebelahku. Aku pula menarik nafas dalam-dalam. Tangan Kak Long kugenggam erat.


"Kak Long..habislah kita Kak Long..!" Kepala kugelengkan seraya berkata begitu. Kak Long buat muka pelik.


"Kenapa ni? Cuba bawak-bawak bertenang." Dengan selamba dia berkata begitu.  


"Kak Long tahu tak.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat Kak Long terus memetik ibu jari dan kemudian dia bersuara.


"Bella, sebelum terlupa, Kak Long nak ucapkan tahniah untuk Bella." Ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa nak tahniahkan aku pulak ni? 


"Tahu tak, semua orang puji kimchi Bella tadi. Sampaikan tetamu VVIP yang datang dari Korea Selatan pun suka sangat dengan kimchi yang Bella buat tu. Kak Long dapat cerita ini daripada pegawai-pegawai senior. Bangga betullah Kak Long dengan Bella." Kak Long nampaknya sangat gembira saat ini. Berseri-seri wajahnya membuka cerita. 


Pujian dan berita ini sepatutnya menggembirakan hati aku juga tetapi aku tidak mampu untuk tersenyum saat ini. Kedua-dua belah tangan meraup wajah. 


"By the way, kenapa Bella nak jumpa Kak Long kat sini? Bella cakap urgent kan tadi? Bella buat apa kat hospital ni? Ziarah kawan ke?" Soal Kak Long selepas dilihatnya aku diam sahaja.


"Kak Long! Kak Long, Kak Long..dengar sini. Kita ada masalah besar!" Dengan serius aku bersuara.


"Kenapa ni Bella?" Berkerut seribu wajahnya.


"Kak Long tahu tak yang big boss Kak Long ada kat dalam ward sekarang?" Soalku kepada Kak Long. Kak Long pula,apa lagi, terkejut beruklah jadinya!


"Hah?! Eh, bukan dia ada je kat dalam ballroom tadi?" Soalan Kak Long membuatkan aku terdiam seketika.


"Betullah Kak Long tak dengar lagi berita ni?" Soalku sambil membetulkan tudung.


"Manalah Kak Long tahu. Lepas aje Bella sms Kak Long cakap tak jadi lunch dengan Kak Long, Kak Long terus ajak Mei Lian lunch sama-sama kat cafe depan office tu." Jawabnya. 


"Danial sakit apa?" Soal Kak Long dengan penuh minat.


"Anafilaksis." Jawabku. Lucu betul riak wajah Kak Long saat ini. 


"What?! Apa tu?" Soalnya.


"Alahan teruk. Mungkin dia salah makan." 


Aku lihat Kak Long buat muka blur.


"Danial Lee yang sakit, kenapa Bella cakap kita pulak yang ada masalah? Bukan kau yang sakit, dik." Nada suara Kak Long mulalah naik satu oktaf. Terus sahaja aku memerhati kawasan lobi yang sedikit lengang ketika ini.


"Kak Long. Bella takut kalau kimchi yang Bella buat tu yang menyebabkan alahan!" Jawabku bersama jiwa yang kusut.


"Mengarutlah kau ni dik. Bukan kimchi aje yang dihidangkan tadi." Balas Kak Long. Kepalanya digelengkan sedikit.


"Kak Long, dalam kimchi tu, ada udang tau. Udang memang terkenal dengan sifatnya yang sering menyebabkan alergi kepada ramai orang. Bagaimana kalau kimchi tu penyebabnya? " Soalku bertubi-tubi sehingga membuatkan Kak Long terdiam.


"Kalaulah Bella tahu, Bella memang tak akan masukkan udang dalam tu." Ucapku dengan sangat perlahan.


"Relax la Bella. Stop being a wory wart!" Marah Kak Long yang terus mencapai beg tangan Louis Vuitton Neverfull nya. Kemudian dengan pantas dia bangun berdiri.


"Nanti Kak Long find out dia alergi terhadap apa." Putus Kak Long.


"How are you going to find out, Kak Long?" Seperti orang bodoh aku bertanyakan soalan itu. 


"From his personal assistant. Kat office esok Kak Long tanya."


"Okay." Jawabku pendek. 


Betul juga kata Kak Long. Kenapa aku perlu risau sangat? Padahal aku tidak tahu pun apa yang dimakannya tadi.

"Jom balik!" Ujar Kak Long seraya menarik lengan aku. 


Aku pula hanya menurut sahaja saat ini. Namun belum sempat aku melangkah, mataku bertembung dengan mata Pakcik Dani. Alamak! Tak sempat nak lari!


"Bella and Lina." Tegur Pakcik Dani seraya menguntum senyuman lebar. 


"Pakcik Dani." Hanya Kak Long sahaja yang bersuara dengan ramah saat ini. Entah kenapa pula mulutku terkunci rapat.


Pakcik Dani kulihat menoleh ke arah lelaki india yang berada di sebelahnya.


"It's okay, Ramu. You can wait for me in the car." Ujarnya. Lelaki yang bernama Ramu itu pula terus mengangukkan kepala dan kemudian melangkah menjauhi kami.


"Kamu berdua buat apa di sini?" Soalnya dengan mesra. Sesungguhnya lelaki ini memang seorang yang peramah. 


"Ziarah kawan." Balas Kak Long. Kemudian, Kak Long bersuara lagi.


"Pakcik Dani pula?" Aku hanya mampu memaksa senyuman di bibir sahaja saat ini.


"Baru sahaja melawat Danial..dia mengalami alergi." Mendengar sahaja kata-kata Pakcik Dani,aku dan Kak Long terus mengangukkan kepala. 


"Alergi apa, pakcik?" Soalku dengan pantas. 


"Not sure yet. They have carried out the allergy test. Keputusan ujian akan diketahui sebentar lagi." Jawapan Pakcik Dani nampaknya tidak menjawab pertanyaan yang bermukim di hati aku dan Kak Long.


"Oh begitu.." Ujar Kak Long.

Pakcik Dani kemudiannya tersenyum seketika ke arah kami sebelum bersuara lagi.

"Kebetulan kamu berdua sudah ada di sini, bolehlah melawat Danial." Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Kak Long juga tidak bersuara. Alamak..bagaimana ni Kak Long? Ada beran? Bella tak beraniii...


"Jom." Ajakan Pakcik Dani membuatkan lidahku kelu. 


Ikutkan hati ingin sahaja aku buat helah supaya kami tidak perlu melawat lelaki itu namun otakku buntu. Aku tidak dapat berfikir saat ini. Terus sahaja Kak Long menoleh ke arahku.


"Jom Bella. Boleh kan lawat Danial sekejap?" Daripada riak wajahnya, aku tahu dia juga terpaksa ketika ini. 

"Boleh sangat..apa pula tak bolehnya.." Jawabku pula sambil tersenyum sumbing.


Ya ampun..bagaimana agaknya reaksi lelaki itu apabila nampak kelibat aku nanti? Ada resah mengisi ruang dada saat ini namun aku tetap juga memaksa kaki untuk terus melangkah.


***



Seram sejuk tubuhku saat ini. Macam nak ambil exam 'Fluid Mechanics' di dewan peperiksaan dah ni! Subjek yang paling aku kecut perut. Sambil mengekori langkah Pakcik Dani yang berada beberapa langkah di hadapan kami, mataku berlari ke arah rekaan dalaman wad VVIP tingkat 8 ini. Cantiknya. Namun keindahan di sini tidak dapat juga menenangkan jiwaku yang semakin kacau bilau. Sesekali aku menoleh ke arah Kak Long yang monyok. Nampaknya, kami berkongsi rasa yang sama. Terus sahaja aku merapatkan diri pada Kak Long.

"Psstt.." Aku menyiku lengan Kak Long. Kak Long terus sahaja menoleh ke arahku.


"Kak Long, apa kita nak buat ni?" Bisikku dengan sangat perlahan di telinganya. Mata pula kufokuskan pada Pakcik Dani yang berada beberapa langkah di hadapan kami.

"Nak buat apa lagi? Terpaksa la kita ikut, Bella." Kak Long membalas bisikanku. Juga dengan sangat perlahan. Kemudian, dia menjungkitkan kedua-dua belah bahunya bersama wajah yang sangat gelisah.


Tidak mahu Pakcik Dani syak apa-apa, aku terus melajukan langkah dan berjalan beriringan dengan lelaki ini. Mataku terus berlari ke arah nombor-nombor yang terlekat pada pintu. 


Ha, bilik A-1! Pakcik Dani terus menghentikan langkahnya. 


"This is Danial's suite." Ujarnya kepada kami. 


Wajahnya yang selalu tersenyum ini memang amat menenangkan sesiapa sahaja yang memandang. Tak macam anaknya yang garang tu!

"Ooo.." Itu sahaja yang mampu aku ucapkan bersama anggukan kecil. Pakcik Dani kemudiannya terus membukakan pintu. Aku dan Kak Long hanya kaku sahaja memerhati gerak-geri lelaki itu.

"Jemput masuk." Ajak Pakcik Dani setelah dilihatnya kami masih berdiri bagai patung cendana di sini. 

Aku terus menolak lembut badan Kak Long supaya masuk dahulu. Nampak benar riak tidak puas hati pada wajah Kak Long. Maaflah, adikmu ini memang penakut orangnya. Setelah Kak Long masuk ke dalam suite ini, aku juga turut mengekori langkahnya. Tergamam aku untuk seketika. Cantik betul. Di dalam suite ini terdapat ruang tamu yang dihias indah, dapur yang simple dan dua buah bilik. Aku hanya mengekori langkah Pakcik Dani dan Kak Long yang berada beberapa langkah di hadapan sana. Mereka kelihatan masuk ke dalam bilik yang berada di sebelah kananku.

"Danial, you have visitors." Kedengaran suara Pakcik Dani bergema di dalam ruangan ini. 


Takut-takut aku melangkah masuk ke dalam bilik. Danial yang memakai baju hospital berwarna biru muda nampaknya tergamam sedikit melihat kami di sini. Apabila matanya menikam mataku, terus sahaja aku melarikan mata ke arah lain.

"Oh..hi!" Ujar Danial yang  tersenyum sesaat ke arah Kak Long. Aku kenal sangat jenis senyuman tu. Senyum paksa! 


Aik, ini sakit ke tidak ni? Diam-diam aku memerhati keadannya. Memang dia nampak sedikit lemah dari selalu namun sudah cukup sihat berbanding pagi tadi. Dia kulihat selamba sahaja sedang duduk di atas katil sampai bermain PS4! Keadaannya nampak normal cuma merah-merah dan ruam-ruam pada wajahnya masih lagi bersisa. Namun, wajah itu tidaklah bengkak seperti pagi tadi.

Pakcik Dani terus melangkah mendekati lelaki itu manakala aku dan Kak Long masih tercegat di sini. 

"Bella, Lina..come and have a seat here."  

Pulak!! Ajakan Pakcik Dani yang telah pun duduk di hujung katil itu benar-benar menyebabkan aku tidak selesa. Kak Long selamba sahaja melangkah mendekati katil Danial. Dia kemudiannya duduk di atas kerusi yang berada betul-betul di sisi kanan katil. Dengan malas aku melangkah dan mengambil tempat  di sebelah Kak Long. 

"I met  them at the lobby just now." Beritahu Pakcik Dani kepada Danial.

"I see.." Ujar lelaki itu.

"Kami ziarah kawan tadi. Kebetulan jumpa Pakcik Dani kat bawah." Kak Long kulihat bersuara sedikit. 

Belum pun sempat Danial memberikan sebarang reaksi, kedengaran bunyi telefon bimbit menjerit nyaring minta dijawab. Terus sahaja Pakcik Dani menggawangkan telefon bimbit yang berada di tangannya.

"Please excuse me." Ujarnya yang membuatkan ketiga-tiga kami mengangukkan kepala. Pakcik Dani kulihat terus melangkah keluar dari suite ini.


Ah sudah, aku mulalah tak senang duduk. Mata Danial kini menikam tepat anak mataku. Apabila dia menundingkan jari telunjuk tepat ke wajah aku saat ini, aku terus sahaja bangun dari kerusi.

"You!" Ujarnya. Jari telunjuk masih menunding ke arahku. 


"Hmm?" Soalku yang cuba berlagak selamba. 


"What were you doing in the pantry?" Soalnya dengan kasar namun nada suara masih cuba dikawal olehnya. 


"Nothing..I was waiting for Kak Long. Kitorang janji nak lunch sama tadi." Balasku. Kak Long pula terus bersuara.


"Yes, she's right Encik Danial. She was waiting for me in the pantry. Saya yang bersalah sebab saya yang ajak dia datang ke sana." Gadis ini mulalah kalut! Kak Long turut sama bangun dari kerusi saat ini. 

"Bella and Lina.." Kami terus sahaja menoleh ke arah Pakcik Dani yang tiba-tiba muncul di muka pintu.


"Something urgent came up. Pakcik terpaksa pergi sekarang." 


Alamak! Tolonglah jangan pergi pakcik..tolongggg! Suaraku hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja.

"Oh..o.okay.." Hanya Kak Long sahaja yang memberikan reaksi. Bersama segaris senyuman, lelaki itu menoleh ke arah anaknya.


"Danial, if you need anything, just let me know." Ujarnya.


"Okay daddy. Don't worry. I'll be just fine here." Balas Danial dengan sopan. 


"Assalamualaikum." Ucap Pakcik Dani sebelum melangkah keluar dari ruangan ini.

"Waalaikumussalam." Kami sama-sama menjawab. Belum pun seminit Pakcik Dani keluar daripada suite ini, Danial terus bersuara.


"I saw both of you.." Tegang kulihat wajahnya. 


"Kau ada bawak something ke dalam pantry kan?" Soalannya membuatkan aku tergamam. 


"Tell me the truth!" Bentaknya. Aku terus menoleh ke arah Kak Long. Siap angkat kening bagai. Macam mana ni Kak Long?? 


"Finee..aku akan suruh security department check cctv kat pantry tu nanti. As simple as that I will get the answer." Mendengar sahaja kata-kata Danial, dadaku mulalah berdegup laju. Aku lihat Kak Long mengambil nafas dalam-dalam ketika ini.


"Encik Danial, sebenarnya saya upah Bella buat kimchi untuk jamuan tadi." Kak Long terus sahaja bersuara.


"What?!" Mata dikecilkannya ketika mendengar kata-kata Kak Long itu. Nyata dia sedikit terkejut.


"Kimchi?" Soalnya kembali. Kak Long terus sahaja mengangukkan kepala.


"Ye..Encik Danial.." Ujar Kak Long. 


"Please leave both of us here. Thank you." 


Kata-kata Danial membuatkan Kak Long terdiam sejenak. Terus sahaja dia menoleh ke arahku. Dengan pantas aku menganggukkan kepala kepada Kak Long. Dalam diam, aku lega kerana dia nampaknya tidak menyalahkan Kak Long. 

"Bella okay. Kak Long tunggu Bella kat luar." Bisikku kepada Kak Long. 

"O..okay.." Ujar gadis itu yang kemudian melangkah keluar dari suite ini. 


"Your kimchi made me sick!" Ucapnya dengan tegas. Bulat matanya memandang ke mari. Alamak, mati aku!


"Do you know that?!" Bentaknya sedikit kasar. Kelu terus lidah aku.


"Apa kau letak kat dalam tu? Entah-entah kau saja je nak racun aku." Kata-katanya menyebabkan aku mengangkat tangan kanan di sisi bahu.


"Sumpah saya takde letak apa-apa. Saya cuma letak udang, ikan bilis.." Siap bersumpah bagai lagi ni. Namun lelaki itu terus membentak.


"Stop it!" 


Kami sama-sama terdiam untuk seketika.

"Aku makan semangkuk penuh kimchi and in  less than 5 minutes, allergy symptom occurred."
Kata-katanya mulalah buat aku berpeluh di dalam ruang yang berhawa dingin ini. Terus keras lidahku. Tak tahu nak bercakap dah ni.

"So, Miss Bella, could you please defend yourself ?" Dah macam kat mahkamah pulak. Sinis betul ayat itu menampar gegendang telingaku.

Bunyi loceng membuatkan lelaki ini terus menoleh ke arah pintu. Aku juga turut sama berbuat demikian. Ada orang datang agaknya. Fuhh selamat aku. Sempat lagi aku mengurut dada tetapi hanya untuk seketika. Apabila mata kami bertentangan aku terus kaku kembali.

"I'm not finished with you yet." Ujarnya dan serentak dengan itu juga aku terdengar bunyi pintu berkeriukan. Kurang seminit, muncul wajah lelaki yang membuatkan mulutku ternganga luas.

"Amar?" Dengan sangat perlahan ayat itu meluncur laju dari bibirku. Lelaki itu juga kelihatan sedikit terkejut melihat aku di sini sebelum dia mengalihkan perhatian kepada Danial.

Amar kelihatan segak bersama kot putih di badan. Tidak seperti selalu, wajahnya nampak serius dan dia juga memakai cermin mata! Amar rupanya adalah seorang doktor.

"Danial." Ucapnya bersama senyuman. 

"Hey man..please come in." Danial bersuara. Lain terus mood nya berbanding tadi. Amar kulihat melangkah laju ke arah Danial dan dia kini berdiri betul-betul di sisi kanan katil.


"Okay..we already have the results for the allergy test." Ujarnya. Aku lihat Danial sedang mendengar dengan penuh minat.


"Oh really?" Soalan Danial itu Amar sambut dengan anggukan pantas.


"Yes.." Ujarnya.


"It's almond. You are allergy to almond!" Dengan yakin dia bersuara.


Kata-kata Amar benar-benar membuatkan kami sama-sama tergamam. Terasa ingin sujud syukur saat ini. Ya Allah, terima kasih! Tidak ada lagi beban yang kutanggung di kepala. Tidak ada lagi resah dan gelisah yang menggganggu jiwa. Hatiku mula bernyanyi riang saat ini.

"Alhamdulillah.." Tanpa sedar aku menyebut perkataan itu dengan senyuman yang paling lebar.


Opps..terkunci kembali mulut apabila mata Danial sedang menjeling tajam ke mari. Amar pula hanya ketawa kecil.

"Why are you so happy, Bella?" Soalnya bersama senyuman manis. Cermin mata di wajah dibetulkan sedikit.

"Sebab ada orang tu asyik salahkan saya tadi. Katanya kimchi yang saya buat adalah penyebab dia terkena alergi. Padahal mana ada saya letak almond pun dalam kimchi!" Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Amar terus sahaja menoleh ke arah Danial.

"Aku kena alergi tu sebaik sahaja selepas makan kimchi. Almond butter cake aku makan sejam sebelum tu.." Sampuk Danial. Isk..isk..masih juga nak salahkan kimchi aku! 

"Danial, simptom alergi tidak semestinya terjadi sebaik sahaja kau makan makanan yang mengandungi alergen. Nope. Sometimes selepas beberapa minit..atau beberapa jam." Terang Amar dengan bersungguh-sungguh. 

Aku juga turut sama memasang telinga. Kalau aku jadi Danial pun, aku akan fikir seperti dia juga. Iyalah, selepas makan kimchi kut dia jadi begitu.

"You mentioned to me earlier yang kau makan almond butter cake and kimchi for today. So, we conducted a few allergy tests. Termasuk seafood allergy test tetapi  memang kau alergi almond." Terang Amar lagi dengan bersungguh-sungguh. Kot putih yang membaluti badannya dibetulkan sedikit.

"But I never had any allergy towards almond before this.." Danial sedikit blur ketika mengucapkan kata-kata itu.

"Alahan boleh berlaku pada bila-bila masa. This time you are just not that lucky. The best thing to do is to avoid almond in you meal. If possible, avoid all tree nuts such as pistachio, cashew, walnuts..nanti aku kasi kau list apa yang patut kau avoid in your meal." Mendengar sahaja kata-kata Amar, Danial terus menghela nafas berat. 


Kecewa agaknya dia dah tak boleh makan almond cake lagi selepas ini. 

"Alright.."Ujar Danial sambil tersenyum ke arah Amar. Amar pula kulihat mengambil nafas dalam-dalam sebelum menjungkitkan bahu.


"Okay..that's all about the test. I will drop by again in the next 2 hours. Kalau takde apa-apa, esok kau boleh keluar dari hospital ni." Ujarnya. Danial terus mengangukkan kepala. 


"Thanks man.." Ucapnya. 


"Don't mention it, bro." Sebaik sahaja berkata begitu, Amar terus menoleh ke arahku. Dia kemudian melangkah ke mari.


"Okay Bella, see you around later." Aku hanya mengangukkan kepala sahaja. 

"See you." Ujarku bersama segaris senyuman. 

Aku dan Danial sama-sama menghantar Amar dengan pandangan sehingga ke muka pintu. Selepas mendengar bunyi keriukan pintu yang menandakan pintu utama sudah ditutup rapat, Danial terus sahaja membuka mulut. 

"You listen here carefully. Kalau kau tak nak your sister kena buang kerja, stop going to the office. Don't show up in front of me..because.." 


"I'm allergy to you."

Tidak ada lagi tengkingan. Tidak ada lagi jerkahan. Tidak ada lagi bentakan. Hanya kata-kata yang sedikit tegas. Dia kemudian meraupkan wajahnya.

"Please stay away from me.." Gumamnya.


 Kali ini lebih bersifat rayuan membuatkan aku kehilangan kata-kata untuk seketika. Dia masih lagi meraupkan wajahnya berulang kali. Aku terus sahaja menarik nafas dalam-dalam.

"Don't worry. You won't be seeing me again after this. I promise." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Tangan yang tadinya berada di wajah kini sudah pun dileraikannya. Tepat matanya memandang ke arahku.


"You better keep your promise." Kening kanannya kulihat terangkat sedikit. Nada suaranya pula naik beberapa oktaf berbanding tadi. Terus sahaja aku mengangguk kepala.


"I will." Ujarku. 


Buat kali terakhir, mataku berlari ke serata wajahnya. Ruam halus yang membuatkan wajahnya sedikit merah tidak langsung menyembunyikan kekacakan lelaki ini. Eh, ke situ pulak Bella. Terus sahaja aku memalingkan wajah dan membelakangi lelaki itu. Kaki terus melangkah menuju ke arah muka pintu. Tiba-tiba sahaja hati memaksa untuk aku berhenti. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Nyata dia masih melihat ke arahku tetapi mata itu terus dilarikannya ke arah PS4 di atas katil. Dengan pantas dia mencapainya.

"Danial, I know it hurts to let go but sometimes it hurts more to hold on." Ucapku dengan bersungguh-sungguh. Dia kulihat sudah sibuk kembali dengan PS4.


"Letting go does not mean you don't love her, Danial. No.." 

"Arwah Kak Ngah is now in a better place, in syaa Allah. Trust me, Allah has a better plan for you. Saya yakin dia akan tersenyum di sana jika awak jalani hidup awak dengan lebih bersemangat dan gembira di sini."  


"Terima kasih kerana mencintai arwah kakak saya dengan sepenuh hati awak." Ucapku akhirnya. Tanpa kuduga, dia terus mengangkat wajah, memandang ke arahku dengan tajam.


"Get out!" Bentaknya kepadaku.  Terus sahaja aku memalingkan tubuh membelakanginya. Namun, bukan kata-katanya itu membuatkan aku tersentak tetapi air mata yang bergenangan sedikit di ruangan matanya.

Ke aku salah tengok?

"Goodbye" Ucapku sambil melemparkan pandangan ke arah ruang tamu yang berada betul-betul di hadapan mataku.

Tanpa menunggu lebih lama aku terus melangkah keluar daripada suite ini.

Let's not meet again, Danial..because I know your heart bleeds whenever you see me around.

***