DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Tuesday, 26 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 17]


Bab 17

Semuanya dah berakhir. It's over! Bolehlah lelaki itu hidup dengan aman seperti sebelum kemunculan aku di dalam hidupnya. Sambil berbaring, mata kuhalakan ke arah siling. Kata Kak Long, lelaki itu mengambil masa selama beberapa bulan untuk menerima kenyataan yang arwah Kak Ngah telah tiada. Selama itulah keadaannya tidak terurus langsung. Kak Long pun dengar cerita daripada Mak Su. Entah kenapa ada rasa sayu bertandang di hati. 

Arwah Kak Ngah pergi menghadap Ilahi disebabkan kemalangan jalan raya kira-kira 2 tahun yang lepas. Dia dilanggar kereta semasa melintas jalan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat cedera parah di bahagian kepala. Masa tu, aku berada di tahun pertama pengajian di Seoul National University, Korea Selatan dan tidak dapat balik kerana sedang berperang dengan final exams. Tiba-tiba pula aku merasa sebak. Kak Ngah. Bella rindukan Kak Ngah. Tidak pernah aku sangka lelaki yang aku langgar di lapangan terbang, lelaki yang bertekak denganku di atas pesawat dan bos Kak Long yang katanya tidak selera untuk makan tanpa kimchi itu adalah seseorang yang istimewa dalam hidup arwah Kak Ngah.

Nanti! Sebut tentang kimchi, baik aku sendukkan ke dalam bekas siap-siap kimchi yang hendak bawa balik ke kampung esok sebelum terlupa. Dari posisi berbaring, aku terus bangun berdiri. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke dapur.

Ada senyuman yang beraja di bibir sebaik sahaja bekas besar yang berisi kimchi kukeluarkan daripada peti sejuk. Tidak sangka tugasan yang diberikan Kak Long sudah pun kuselesaikan dengan jayanya. Selepas ini, aku hanya mahu menyepikan diri di kampung buat seketika. Aku tidak mahu lagi terlibat dengan lelaki itu. Aku tidak mahu berjumpa lagi dengannya walaupun di dalam mimpi. Pendek kata, kalau boleh sampai bila-bila aku tidak mahu lagi bertentangan mata dengannya. Bekas  berisi kimchi yang kupegang kemas kini kuletakkan di atas meja. Dengan cermat aku membuka penutup. 

Isk..isk..isk! Terus sahaja aku menggelengkan kepala sebaik mataku melekat pada isi di dalam bekas ini. Mulalah perasaan geram menggigit hati. Ini semua Kak Long punya fasal! Sudah kubilang kobis dan bahan-bahan lain yang dibelinya hari itu terlalu banyak untuk 30 orang makan namun tidak juga diendahkannya. Geram betul! Aku pulak sebab tidak mahu bercakar dengan Kak Long yang selalu nak menang aje tu, hanya ikutkan sahaja kehendaknya. Hasilnya, kimchi yang sepatutnya kubuat untuk 30 orang makan telah pun aku buat untuk 60 orang! Setelah dibawa ke office masih ada baki untuk 30 orang makan lagi ni. Nasib baiklah kimchi memang tahan lama. 

Sambil membebel aku melangkah ke arah kabinet. Bekas aiskrim berwarna putih yang telah pun kosong kukeluarkan dan aku basuh sekali lagi di sinki. Setelah mengelap sehingga kering, aku membawanya ke meja. Senduk yang berada di atas meja kucapai dan aku mula menyenduk kimchi ini ke dalam bekas yang bersiz sederhana besar di tanganku Maklumlah, esok aku dan Kak Long kan nak balik kampung. Bolehlah aku berikan kimchi ini kepada umi, Mak Su dan Pak Su nanti. 

Lihatlah, selepas disenduk untuk mereka pun masih banyak lagi yang tinggal. Tidak mengapalah Bella. Sedekahkan aje pada kawan-kawan Kak Long nanti. Hatiku berbisik sambil bibir pula mengukirkan senyuman. Hah! Tak sangka betul mereka puji kimchi yang aku buat ni. Setelah menutup kembali kedua-dua bekas, aku memasukkannya kembali ke dalam peti sejuk.

Lengan baju t-shirt tangan panjang yang kusinsing sehingga ke paras siku kini kulurutkan kembali ke pergelangan tangan. Kemudian, aku terus berlari naik ke atas.

"Balik kampung..oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung..hati girang!"

Ketawa kecil terlepas dari bibir sebaik sahaja suara sumbang Kak Long menampar gegendang telinga. Nyanyian lagu Balik Kampung itu bukan setakat lari pitching, tapi jahanam habis ritmanya.

"Terbayang-bayang wajah-wajah yang kusayang..satu-satu tersemat di kalbu...pasti terubat rindu di hati..menyambut kepulangan ku nanti!."

Ya ampun! Kuatnya anak dara sorang ni menyanyi. Senyuman nakal mulalah terukir di bibir. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah bilik Kak Long. Tak tutup pintu pulak tu. Semakin lebar sengihan di bibirku apabila melihat gadis itu sedang duduk di atas lantai sambil kusyuk memasukkan baju ke dalam bagasi. Terus sahaja aku meluru masuk dan menolak lembut badannya dari belakang.

"Kak Long!!"

Apa lagi, menjerit nyaringlah gadis ini gara-gara terkejut. T-shirt yang berada di tangannya terus dibaling. Ketawa terbahak-bahak aku melihat reaksi Kak Long yang betul-betul menggelikan hati ini. 

"Astaghfirullahalazim..teruklah Bella ni!" Marahnya sambil menjegil mata kepadaku. Terus sahaja dia menampar leganku dengan agak kuat. 

"Sakitlah Kak Longgg!" Jeritku pula. Punggung terus kulabuhkan di sebelah Kak Long. 

"Kau ni Bella..nasib baik jantung Kak Long ni tak terhenti tau!" Marahnya masih lagi bersisa. Siap kasi jelingan maut lagi. Aku hanya mampu tersengih. 

"Eleh..Kak Long pun selalu buat Bella..takpe pulak?" Bidasku. Kak Long mengerutkan wajahnya sedikit saat ini.

"Eh..yang Bella ni..Kak Long tengok happy betul malam ni. Tak macam selalu jiwa kacau!" Ujarnya. Memang aku gembira kerana semuanya telah kembali seperti biasa. Aku dapat meneruskan cuti dengan aman dan Danial dapat teruskan hidup dengan damai. 

"Memanglah Bella happyyy sangat Kak Long..esok kan kita nak balik kampung." Jawabku sambil mengulum senyuman. Memang betul, sebab utama aku gembira kerana esok dapat jumpa umi yang tersayang. 

"Happy tu happy jugak..habis tu Bella dah pack baju ke?" Soalan Kak Long kujawab dengan anggukan. 

"Awal-awal lagi Bella dah pack tau! Tak sabar nak jumpa umi dan makan durian!" Bersama sengihan aku menjawab soalannya. Masa ni juga aku terbayangkan keenakan pulut durian. Tangan Kak Long yang baru sahaja ingin memasukkan skirt berwarna biru ke dalam beg terus sahaja terhenti. 

"Dah pack? Amboi lajunya!" Dengan nada sedikit terkejut dia mengucapkan ayat itu. Kerja memasukkan pakaian ke dalam beg disambung kembali. Tiba-tiba pula aku teringatkan tentang kimchi yang masih banyak berbaki di dalam peti sejuk.

"Ermm Kak Long..kimchi kat bawah tu, Kak Long sedekahkan la kat kawan-kawan ye..Bella dah ambil sikit untuk bawak balik ke kampung. Yang lebih tu, sedekah aje laa kat kawan-kawan Kak Long.." Ujarku. 

"Bella tak nak?" Soal Kak Long sambil memandang ke arahku sekilas. Terus sahaja aku menggelengkan kepala.

"Tak nak lah..nanti-nanti kalau Bella nak makan, Bella boleh buat lagi" Ujarku. 

Sejujurnya, aku mahu makan makanan malaysia sahaja sepanjang berada di sini. Banyak lagi kut makanan yang belum dimakan. Aku siap list down tau! Balik Korea nanti, boleh makan kimchi puas-puas.

"Thanks Bella. Seronok la dorang tu dapat kimchi free nanti." Bersama ketawa kecil Kak Long mengucapkan kata-kata itu. Belum sempat aku bersuara, tiba-tiba sahaja Kak Long menyambung ayatnya. 

"Haa! Sebut tentang kimchi..baru Kak Long ingat.." Luah gadis yang bertocang satu ini. 

"Kenapa dengan kimchi?" Soalku bersama wajah yang berkerut. Bahuku dicuit mesra dengan tiba-tiba. Aiks..mesti ada apa-apa ni.

"Bella..raaaamai sangat staf-staf kat office tu nak order kimchi dengan Bella..." 

Kata-kata Kak Long membuatkan aku tersenyum lebar. Rasa terawang-awang pun iya jugak. Sedap sangat ke sampai nak order bagai? Maklumlah, tak pernah rasanya orang memuji masakan aku sebegini rupa. Masak pun jarang-jaranglah katakan!

"Biar betul Kak Long?" Di dalam keadaan tersipu-sipu aku bertanyakan soalan itu. Bukan selalu dipuji begini. Kasi la chance aku terawang-awang sekejap!

"Betullah ni.." Ujar Kak Long yang nampaknya sudah mula menyampah dengan reaksiku. 

"Jadi, boleh tak kalau dorang nak order?" Soalan Kak Long membuatkan aku terdiam untuk seketika. Lambat-lambat aku menggelengkan kepala.

"Isk..Bella tak berani la nak ambil order.." 

Kak Long terus sahaja menampar lembut pahaku yang dibaluti oleh seluar panjang berwarna biru gelap.

"Bella..kita jual sebekas RM 10. Kalau 100 bekas, berapa dah kita untung Bella..?" Bersungguh-sungguh Kak Long berkata begitu. RM 1000! Perghhh..makcik kayo! RM 1000 lepas tolak kos membeli bahan-bahan..uishh banyak jugak tu!

"Hermm..betul jugak Kak Long.." Terperangkap juga nampaknya aku ini dengan idea Kak Long.

"Lagipun Bella cakap nak buat kerja part time kan? Katalah Bella jadi cashier kat pasaraya, kerja berjam-jam sehari, sebulan baru dapat RM 1000. Paling-paling pun RM 1000 lebih. Ni, kita jual 100 bekas, dah dapat RM 1000 Bella oii.." Lincah mulut Kak Long bersuara selincah tangannya memasukkan pakaian ke dalam bagasi. Kerja cashier, penatnya tu berkali ganda daripada buat kimchi. Kena pergi kerja hari-hari pulak tu. Aku mulalah mencongak. Memang boleh buat duit jugaklah kalau aku jual kimchi tetapi...

"Ada ke orang nak order sampai seratus bekas?" Soalku sambil mencemikkan wajah. Kak Long pula menjulingkan mata ke atas. 

"Apa pulak takde? Kerja-kerja promosi dan ambil order serahkan aje pada Kak Long. Bella buat kimchi aje nanti." Jawab Kak Long dengan bersungguh-sungguh. Dia yang kulihat sudah selesai mengemaskan bagasi terus sahaja menarik zip dengan teliti. 

"Menarik!" Terus sahaja aku bersuara. 

Bukan apa, Kak Long memang peramah dan ramai kawan. Satu lagi, dia memang pandai bab-bab memujuk dan mempromosi bagai ni. Tersenyum sampai ke telinga kulihat Kak Long saat ini. 

"Nantilah Kak Long tanyakan dengan diorang." Ujar Kak Long. 

"Okay.." Aku terus mengangkat ibu jari ke arahnya.

 Kak Long kulihat menolak ke tepi bagasi yang kini sudah terisi dengan harta karunnya. Kemudian, dia mengesotkan badan bersandar di dinding. Matanya memandang kosong ke arah almari pakaian yang berada betul-betul di hadapan kami.

"Bella..kenapa ye umi tu nak sangat kita balik?" Soal Kak Long. Aku mulalah buat muka pelik.

"Apa punya soalan tu Kak Long? Kan umi cakap tadi, umi rindukan kita..lagipun umi nak kita rasa hasil kat dusun..berbuah sakan tau pokok durian, manggis, cempedak, duku, langsat kat dusun tu, Kak Long.." Panjang lebar jawapan yang kuberikan menunjukkan yang aku benar-benar rindukan kampung. 

"Eee bestnya!" Terjerit kecil aku saat ini sambil membayangkan kedamaian di tempat kelahiranku itu. Aku menjeling ke arah Kak Long. Nampaknya aku excited sorang-sorang ni.

"Tapi, suara umi tu lain macam.." Ada kerisauan dalam nada suara Kak Long. Badan kusandarkan pada dinding dan aku terus sahaja memeluk bahunya dengan kemas. 

"Kak Long ni..kenapa? Takut umi nak kahwinkan Kak Long ke?" Soalku cuba menceriakan kembali suasana. Kak Long masih juga diam. Aku bersuara lagi.

"Elok jugak tu..honestly, Bella risau tau tengok Kak Long duduk sorang-sorang kat sini. Ni takpe la Bella ada..kalau Bella balik Seoul nanti?"

Sejujurnya, memang aku ingin berseloroh tetapi aku juga risau Kak Long duduk dalam rumah ni sorang-sorang. Kak Long pula, dengar sahaja aku berkata begitu, terus menjeling tajam ke arahku. 

"Kau jangan nak pandai-pandai cakap macam ni depan umi ye dik..Kak Long cekik kau nanti!" Marahnya. Ton suara sudah menjangkau dua oktaf dari tadi. Aku terus sahaja melarikan diri apabila kulihat tangan Kak Long cuba mencekik aku. Ketawa besar aku jadinya. 

Ting Tong! Ting Tong!

Kami sama-sama terdiam. Terhenti terus tawa di bibir. 

"Siapa pulak yang datang malam-malam macam ni?" Soal Kak Long. 

Ha, inilah yang aku takut berlaku sekiranya Kak Long sorang-sorang di sini. Tengok, kalau ada orang datang malam-malam macam ni nak buat perkara tak baik, bagaimana? Betul aku risau! Bukan olok-olok. 

"Manalah Bella tahu." Gumamku sambil memandang ke arah Kak Long yang telah pun bangun. Tudung yang terdampar kemas pada birai katil disarungkan ke atas kepala. Tubuhnya diregangkan sedikit sebelum melangkah ke arah pintu. Aku juga turut sama bangun. 

"Kak Long..Bella ikut!" Ujarku setelah melihat dia keluar dari bilik. Kelam-kabut aku mencapai tudung kepunyaan Kak Long yang tersangkut di atas kerusi.

Kami sama-sama menuruni anak tangga bersama tanda tanya di dalam kepala. Kak Long terus memetik suis lampu untuk porch area. Kemudian, aku terus  mengekori jejak langkah Kak Long yang sedang menuju ke arah jendela. Tirai ditariknya sedikit dan kami sama-sama memfokuskan pandangan di luar. 

Gulp! Air liur terasa kelat untuk ditelan. Kami berpandangan sesama sendiri. Lelaki yang masih di dalam pakaian hospital itu sedang tercegat di hadapan pintu. Lari dari hospital ke apa ni??!

"Encik Danial?!" Dengan serentak kami berbisik nama itu. Kelam-kabut jadinya kami di sini. 

Kak Long kulihat terus melangkah ke arah pintu dengan sangat kalut. Kak Long niii...kenapa buka pintu tu..? Apabila dia membuka pintu, aku terus bersembunyi pada dinding. Betul-betul di sebelah kanan pintu. 

"Encik Danial?" Soal Kak Long.Erghh betullah lelaki itu yang datang! Ada debaran mengisi ruang dada. 

Dia nak saman aku ke? Manalah tahu kalau allergy test menunjukkan yang dia alah cili ke, kobis ke, atau benda-benda lain dalam kimchi..Ya Allah, Bella! Relax! 

"Ehem.." Dapat kudengar dia berdehem. Apahal diam aje mamat ni? Dah bisu ke?

"Err..saya memang nak jemput Encik Danial masuk tetapi sorry laa..macam tak manis pula...Encik Danial sihat ke tak ni?" Kak Long pula yang bersuara. 

"Err..Salina.." Kedengaran suaranya seperti teragak-agak sahaja menyebut nama Kak Long. Nada suara tu, macam bukan Danial! Baik sangat tu. Isk..dia ni buat saspen betullah! 

"Can I see Bella for a while?" 

Whatt??! Terlompat setempat aku jadinya. Ayat  tu memang bikin aku blank! Bulat mataku menjegil ke arah Kak Long. Dada mulalah berdegup laju. Alamakkk apa lagi unfinished business di antara aku dengan lelaki ni ha?

"Ha? Bella?" Kak Long juga turut sama terkejut. 

"Boleh..boleh.." Dia mengangukkan kepala seraya berkata begitu.

Rasa seperti hendak hantukkan kepala ke dinding sahaja saat ini. Kak Long niii! Aduhai!!
Sebaik sahaja Kak Long menjeling ke mari, aku terus menggawangkan tangan sambil bibir bergerak dengan sangat kalut.

"TAK DE!" Tidak ada suara yang keluar namun sudah cukup jelas untuk Kak Long memahami apa yang aku katakan. Dengan kalut Kak Long menoleh ke hadapan semula.

"Eh..maksud saya tak boleh..tak boleh..sebab..Bella takde.." Kelam-kabut ayat tersebut keluar dari mulutnya. Hati aku mulalah jadi tidak keruan. Rintik halus sudah mula membasahi dahi. Lelaki itu diam sahaja saat ini.

"Err..lupa pula..sebenarnya, Bella takde.." Ujar Kak Long lagi. 

"I know she's inside.." Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, jiwa aku semakin kacau jadinya. Kak Long pula terus pandang ke arahku. Isk, selalu bijak sahaja Kak Long berlakon! Tapi di hadapan Danial jadi begini pulak! Terus sahaja aku menggerakkan bibir sekali lagi. Kali ini mata kujegilkan sebesar-besarnya ke arah Kak Long. 

"TAK DE!"

Tangan kugawangkan dengan bersungguh-sungguh namun gerak-geriku tiba-tiba sahaja kaku apabila kepala lelaki itu kulihat tiba-tiba muncul di sebalik pintu. Kak Long mulalah buat wajah bersalah. 

"Bella!" Tegas bunyinya suara itu. Tergamam aku seketika apabila mata kami bertentangan. Lambat-lambat bibirku memaksa senyuman kambing di bibir. Ah, kantoi sudah!

Apa lagi ni Danial? Bukankah awak yang bersungguh-sungguh berikan amaran agar saya tidak muncul lagi dalam hidup awak? Tapi kenapa belum pun 10 jam masa berlalu awak mencari saya sampai ke sini?




***

Perkara apa yang penting sangat menyebabkan lelaki ini ke mari? Siap dengan baju hospital pula tu. Namun seperti selalu, dia tetap juga kemas dan nampak terurus. Bau wangian yang dipakainya juga dapat kuhidu dengan jelas. Deru angin malam yang sedikit dingin memaksa aku untuk mengusap kedua-dua belah bahu. Kalau tadi, aku sudah elok atur soalan untuk ditanyakan pada lelaki ini namun entah disampuk oleh hantu apa, mulutku tiba-tiba pula terkunci. Hantu bisu kut yang sampuk aku!

Aku menjeling sekilas ke arah lelaki yang sudah pun kelihatan sihat di hadapanku ini. Mata kami bertentangan untuk seketika dan aku lihat, seperti aku, dia juga sibuk melarikan pandangan ke arah lain. Wajah diraupkannya sedikit. Elok sangatlah ni. Masing-masing membatukan diri. Seorang pandang sana, seorang pandang sini. Rasa tidak selesa dan sedikit pelik apabila berada di dalam keadaan begini. Dari bawah sinaran lampu porch yang berwarna kuning ini dapat kulihat Kak Long sedang mengintai di sebalik tirai. Lagilah bertambah kaku aku jadinya. Isk. Kau ni pun satu Bella, apehal jadi macam ni? Kenapa mesti ada rasa yang sedikit pelik dari selalu? Nak pandang dia pun aku tak berani.

Payah ni. Jam dah menginjak ke pukul 10 malam. Apa kata jiran nanti kalau mereka nampak aku dan Danial berdua di sini? Sudahlah jiran Kak Long yang rumahnya betul-betul di hadapan rumah ini adalah pak imam masjid. Terus sahaja aku membuka mulut.

"Awak.." 

 Serentak dengan itu juga dia pun sibuk nak bersuara. 

"Do you remember.."

Masing-masing diam kembali. Payah betullah!

"You go first." Ujar lelaki yang kelihatan sedang meraupkan wajahnya itu. Dia kemudiannya bersandar pada dinding tembok batu yang memisahkan rumah Kak Long dan jiran sebelah. 

"Awak lari dari hospital ke?" 

Terus sahaja aku menutup mulut dengan tangan kanan. Astaghfirullahalazim Bella! Lain soalan yang kau atur, kenapa lain pula yang keluar? Aku sepatutnya bertanya tentang motif dia ke mari bukan soalan yang bakal mengundang kemarahan lelaki itu. Pfft!!

"None of your business." Selamba sahaja jawapannya, mampu membuatkan aku geram. Lelaki yang berada betul-betul di hadapanku ini kemudiannya memandang ke arahku.

"Tadi petang beriya-iya warning saya supaya jangan muncul depan awak." 

"Could you please explain to me what's happening now Mr. Danial Lee?"Soalku dengan perlahan. 
Siap angkat sebelah kening lagi kepada lelaki itu. 

"Aku ada cakap yang aku tak boleh cari kau? I don't think so Miss Bella.." Petah dia menjawab membuatkan aku terdiam seketika.

 Nampaknya bengkak di wajahnya telah pun hilang 100%. Cuma ada sedikit lagi ruam-ruam halus yang masih bersisa. Tidak seperti selalu, tidak ada lagi jelingan tajam darinya malam ini. Jauh mata lelaki itu memandang ke mari membuatkan aku semakin tidak selesa. Tangan mula membetulkan tudung di kepala. Pandangannya tidak seperti selalu. Pandangannya mampu membuatkan aku turut sama tenggelam. Terus sahaja aku mengalihkan pandangan ke arah pasu bunga yang tersusun cantik di sebelah kananku.

"Tapi awak ada cakap jangan muncul depan awak..you asked me to stay away from you remember? I thought you are allergy to me." Aku mengingatkannya kembali bait-bait ayat yang diucapkannya kepadaku petang tadi. Dah amnesia ke apa? Aku tidak mahu dia menderita kerana berhadapan denganku.

"I'm here because I want you to do something for me." Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Blank. 

" Kau ingat aku suka sangat nak tengok muka kau?" Sempat lagi dia membidas aku. Isk geram betul! 

"You want me to do something for you???" Bulat mataku memandang ke arahnya. 

Terkejut punya fasal, aku terus melangkah dan mengambil tempat  di sebelahnya. Namun aku tetap menjarakkan kedudukan kami dalam setengah depa.  Dia yang sedang bersandar pada dinding, terus memusing tubuhnya ke arahku. Sebelah bahunya sahaja disandarkan pada dinding tembok. Matanya berlari ke serata wajahku saat ini. 

"Remember I saved you once from drowning? Now you have to pay me back." Dengan tenang dia bersuara. Bertambah kalut aku jadinya.

"What?" Soalku sambil mengecilkan mata.

 Ada-ada aje lelaki ni! Boleh pula dia mengungkit kisah dia menyelamatkan aku dari lemas hari tu. Pfffft! Dengan pantas aku meraupkan wajah.

"Take this." 

Sekeping sampul berwarna putih dihulurkan kepadaku.

"Apa ni?" Aku terus sahaja mencapai sampul tersebut. 

Apabila aku mengintai sedikit isi di dalamnya, terus aku tergamam. Mati-mati aku ingatkan dokumen atau surat tadi! Sampul yang berada di tangan kuhulurkan kembali kepadanya. 

"Saya tak nak!" Ujarku. 

Gila agaknya dia ni! Sampul ini berisi dengan duit! Banyak pulak tu. Dada mulalah berdetak sedikit laju dari tadi.  Di dalam fikiran mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. 

"Looks like you have no choice Bella. Once kau pegang sampul tu, maksudnya kau dah accept the job." Ada segaris senyuman menghiasi bibirnya ketika berkata begitu. Sampul yang kuhulurkan tidak langsung dipedulikannya. Bertambah risau jiwa saat ini.

"Understand?" Soalnya setelah dilihat aku diam sahaja. Mataku yang berada pada sampul berlari ke wajah Danial yang sedang memandang ke arahku. 

"What do you want me to do?" Soalku sambil mengerutkan wajah. 

"Kimchi."

Dengan selamba dia berkata begitu. 

"Hah?" 

Aku mulalah buat muka pelik.

"As easy as that." Ujarnya lagi bersama wajah yang serius. Aku pula terus meraupkan wajah. 

"My VVIP guests from South Korea had your kimchi today at the office. They like it and they requested for it to be served again during our lunch meeting in 3 weeks time." 

Terdiam aku jadinya. Belum pun sampai satu jam semenjak Kak Long berikan cadangan untuk kami ambil tempahan tadi, sudah ada yang nak order. Diam-diam aku teruja juga namun memikirkan yang perkara ini ada kena-mengena dengan Danial, aku jadi gelisah. Mungkin kerana VVIP itu, Danial terpaksa berhadapan denganku saat ini dan berlagak selamba. Munngkin jauh di sudut hatinya dia tidak selesa berada denganku saat ini. Ahh buntu terus fikiranku.

"Tak tahulah apa yang sedap sangat dengan kimchi tu. They really had a bad taste." Sindirannya benar-benar membangunkan aku daripada lamunan. Wajah kudongakkan ke arahnya.

Aku mengetap bibir. Mentang-mentang aku diam, suka-suka aje dia menyindir aku ye. Terus sahaja aku pura-pura ketawa kecil. Sinis sekali bunyinya.

"Oh really?" Soalku sambil  tersenyum lebar. Sampul kuletakkan seketika di atas bahagian belakang kereta Kak Long. Sepuluh jari kugawangkan di hadapan wajahnya saat ini.

"10 of them like it. Awak je yang tak suka. I wonder who doesn't have a good taste here, ha?" 

Sebaik sahaja aku berkata begitu, aku meneruskan lagi ketawa. Geram betul! Puas hati apabila melihat lelaki di hadapanku ini memandangku dengan sangat tajam. Ha, tau pun sakit hati! Namun, hilang terus ketawa di bibirku apabila dia melangkah beberapa tapak ke arahku dan kini berada sangat dekat dengan aku. Terus sahaja dia menelengkan kepalanya ke arahku supaya telinga kanan dekat dengan wajahku. 

"What were you saying? Cakap sekali lagi? Tak dengarlah tadi.." Ada senyuman pelik di bibirnya membuatkan aku gerun. Terus sahaja aku mengambil beberapa tapak ke belakang. 

"Nothing!" Tangan kanan kugawangkan ke arahnya saat ini. Dia pula terus mengangkat sebelah keningnya. Senyuman sinis masih lagi beraja di bibir.

"Are you sure Miss Bella? Are you sure you have nothing to say?" Soalnya. Sumpah ini kali pertama aku melihat riak wajahnya yang ini. Terus sahaja aku menggelengkan kepala. Mata pula aku larikan ke arah lain. Aiks..Kak Long masih lagi mengintai kami? Siap sengih-sengih lagi. Isk.

"Since you have agree, please be at my place next tuesday. 9 am sharp. Bawak sekali semua bahan yang diperlukan untuk buat kimchi tu. My personal assistant, Juwita will be there to accompany you." 

Kata-kata lelaki itu kali ini benar-benar mengejutkan aku. Kenapa pula aku nak kena buat kimchi tu di kondo dia? Erghhh ni yang aku malas ni! Walaupun aku buat muka pelik, dia tetap berlagak selamba. Telefon  bimbit daripada poket seluar hospital birunya dikeluarkan ketika ini.

"Saya nak buat kat sini. Kenapa pula saya kena buat kimchi tu kat sana?" Soalku dengan nada tidak puas hati. 

"Manalah tahu ada benda-benda pelik ke kau masukkan dalam tu  nanti..." Selamba sahaja dia menjawab. 

Kemudian telefon bimbit dilekapkan di telinganya. Aku pula rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding tembok sahaja. Ada sahaja ayatnya yang menyakitkan hati!

"Kimi, boleh datang sekarang." Sebaik sahaja mengucapkan ayat itu, dia terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket kembali.

"Encik Danial, saya rasa kita perlu berbincang." Ujarku dengan sangat serius. Sampul yang berada di atas kereta Kak Long kucapai saat ini. 

"What's the problem now?" Bersama suara yang serius dia menyoal aku. Matanya menikam tajam anak mataku. Ingat aku takut? Terus sahaja aku menghulurkan sampul putih ini ke arahnya.

"Saya rasa tak jadilah ambil order ni sebab saya pun ada cara kerja  dan prinsip sendiri. Saya  tak suka kalau terpaksa buat kimchi tu di..." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, Kak Long tiba-tiba sahaja memotong

"Encik Danial, terima kasih kerana menjadi pelanggan pertama kami. Ni ada sedikit kimchi, khas untuk beberapa orang pelanggan pertama yang order kimchi dari kami." 

Lembut sekali suara Kak Long berkumandang ketika ini. Sebuah tupperware berwarna merah dihulurkannya pada Danial Lee. Aku pula terus bersandar pada dinding sambil mengurut dahi. Eeee geramnya akuuuu!

"Ala, Kak Long, dia bukan suka pun dengan kimchi tu!" Selamba sahaja aku membidas. Geram!

"Ambillah. Jangan kecewakan kami. Kalau Encik Danial tak nak, takpe..bagi aje kat VVIP tu. Dorang masih ada di sini kan?" Tambah Kak Long lagi selepas dilihatnya Danial tidak menyambut huluran bekas tersebut. Boleh mereng aku kalau macam ni! Sempat lagi lelaki ini tersenyum sinis ke arahku. Ya ampun. Seronok agaknya tengok aku marah. Grrr!

"Thanks Salina." Ujar Danial yang kemudiannya mengambil bekas tersebut dari tangan Kak Long. Kemudian boleh pula dia menundingkan jari telunjuknya ke arahku. 

"9 am sharp. Tuesday." Suaranya bergema bersama wajah yang super serius. Dia kemudiannya melangkah ke arah pintu pagar yang terletak beberapa tapak di hadapan sana. Aku baru perasan yang kereta Maserati miliknya sudah sedia menunggu di situ. Geram punya fasal, bila Abang Kimi sampai pun aku tidak perasan. 

Belum pun lelaki itu masuk ke dalam kereta, aku sudah menoleh ke arah Kak Long. Geram betul.

"Kak Long ni kenapa?" Soalku dengan nada tidak puas hati. Kak Long terus menoleh ke arahku. Apabila terdengar bunyi enjin kereta memecut pergi, tahulah aku lelaki itu sudah pun beredar.

"Kesian pulak Kak Long dengan dia Bella. Baru Kak Long teringat. Kat office tadi, PA Danial, si Juwita tu ada beritahu Mei Lian..semenjak Danial Lee datang ke Malaysia ni, dia tak selera sangat nak makan tau sebab takde kimchi yang menepati citarasanya. Mei Lian yang beritahu Kak Long." Ada nada sedih yang dibuat-buat dengan over sekali dalam nada suara Kak Long. 

"Ah, lantak dia lah Kak Long. Kak Long ingat kimchi yang Bella buat tu menepati citarasa dia sangatlah?  Yang Kak Long baik sangat tadi apehal?!" Bertubi-tubi aku meluahkan rasa. Kak Long terus bercekak pinggang.

"Bella..sedar tak boss Kak Long yang Bella benci sangat tu dah kasi Bella business?" 

Belum sempat aku membidas soalan Kak Long itu, dia bersuara lagi.

"Bella patut syukur tau. Senanglah Kak Long nak promosi kimchi ni kat office nanti. Kak Long akan cakap dengan dorang, even our big boss ordered from my sister. Kelas gitu!"  Ada senyuman lebar menghiasi bibir Kak Long. Malas betul nak layan! 

"Iskkk! Kak Long ni, kalau boss Kak Long tu semuanya betul. Kalau Bella semuanya salah." Terus sahaja aku menghentakkan kaki menuju ke arah pintu. Baik masuk dalam dari melayan Kak Long.

"Bellaaaaa..janganlah merajuk." Dapat kudengar jeritan suara Kak Long yang mendayu-dayu di belakang sana sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah bersama sampul berisi duit di tangan.

Ah, betulkah keputusan aku menerima tempahan dari Danial ni? Bella, kau ada pilihan lain ke? Lelaki itu terlalu licik dan bijak berkata-kata. Aku pasti, kalau aku menolak, dia akan ungkit kisah tempoh hari. Kejadian di mana aku jatuh ke dalam kolam dan hampir lemas. Dialah heronya kerana sudi menyelamatkan aku dan kini aku terhutang budi dengannya. Pffttttt!! Geramnya!!

***





78 comments:

  1. Eceh ceh ceh kata x nak jumpa Bella konon tgk skrg sape cari sape hah???...hahaha bestnye citer ni Kak Suri cpt terbit kan novel ni dan Klik tau x sabar nak beli ni tq ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) in syaa Allah, terbit nanti akak inform ye? :)

      Delete
  2. Alahai, Bella dengan Daniel ni, sweet je.. Bila ye novel ni nak di pasarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure lg bila..tp plg cepat december nanti, in syaa Allah :) tq so much sudi baca dan komen ye :)

      Delete
  3. Terbaik la kak long.. Business minded! Cam tu ar bella.. Jgn dok emosi sgt. Jual je klu dah ada yg nak beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Kak Long bijak ambil kesempatan..yg peningnya Bella haha tq so much sudi baca dan komen ye

      Delete
  4. Kimchi oh kinchi...hihiii thanz kak suri comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama adik comel sebab sudi baca dan komen :)

      Delete
    2. Kenape la kak suri ni comel sgt...suke tgk akak balas komen kami kami semua... Muah muah..Terime kasih may Allah bless u ^.^

      Delete
  5. Eleh, cakap xserupa bikin si danial ni.. Tahulah yg dia nak tatap wajah Bella tu.. Huihhh, tu dpt kimchi.. Dia yg makan.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..haha adakah sebab dia dtg semata2 nak suruh bella buat kimchi aje? atau ade sebab lain? haha tq so much tau sebab sudi baca dan komen

      Delete
  6. La x smpi sehari dah cari Pulak...ye la sgt nak upah buat Kimchi...alasan aje tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD tq so much sudi baca dan komen ye..nanti akak post bab 18 :)

      Delete
  7. Alaa bella terima ja bisness tu...hahah untung besaq kot..
    Thumbs up kak suri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much..bella tengah bengang sebab kena buat kimchi kat umah danial :o

      Delete
  8. Thumbs up !
    Dlm versi cetak bla eh sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ so much cik tulip :) in syaa Allah paling awal december..kalau x next year hee doakan ye :)

      Delete
  9. Eleh Danial ni mulut cakap lain hati cakap lain pulak... kalau dah suka ngan kimchi tu cakap je lah x payah nak sorok2 hhhhhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tq so much indah sudi baca dan komen..nanti suri post bab 18 :)

      Delete
  10. hahahaha kan..... eksyen btol danial nih, nape ler hati lmbut bebeno bella wei, x yah wat....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut bella memang xnak buat tapi kak long pulak mengacau. haha xD tq so much sudi baca dan komen..nanti akak post bab 18

      Delete
  11. Aku ada cakap yang aku tak boleh cari kau? I don't think so Miss Bella..
    hahaha sy suka ayat nie..xsmpai 24jam Daniel dh mencari Bella nmpaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sebab sukakan ayat tu :) haha nanti suri post bab 18 :)

      Delete
  12. hakhakhakhak... saje je danial tu.. suh bella buat kmchi tuk vvip korea.. mcm la bella x leh buat kmchi kt umah kak long? ni siap suh bella buat kt kndo dia lak.. ntah2 sbb danial nk menatap wajah bella..kuang kuang kuang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.....nawaitu danial dlm diam.....makin best makin best...

      Delete
    2. Nur9979 & Kartina Alwi : tq so much lovelies sebab sudi baca dan berikan komen..:) adakah dia dtg semata2 pasai kimchi aje? semua tu akan terjawab nanti2 hehe...in syaa Allah esok malama de bab 18 :)

      Delete
  13. Rindu punya pasal sanggup uph bella buat kimci.btw best sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen Kak Edah :) in syaa Allah nanti suri post bab 18

      Delete
  14. alamak!
    kak long geng danial plak.
    heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Long tengah sibuk berbisnes haha..tq so much sudi baca dan komen

      Delete
  15. hewhew daripada tak nak jumpa tu haaamik jumpa jugak. kak long sporting habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak long yang business minded, bella yang pening. tq sudi baca dan komenn :)

      Delete
  16. Bila nak terbit ni???xsabar nk beli...menguji kesabaran..hehhe..best sgt=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah paling awal december..kalau x next year hee doakan ye :) tq sudi baca dan komen

      Delete
  17. Suri, bole bagi recipe kimchi yg bella buat tu?slalu beli kat pasaraya jer tapi mahal la, 1 bekas kecik je da 15hengget, even my kids pun suka kimchi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhh :) nanti for bab 18, suri letak sekali resipi kimchi ye? :)

      Delete
  18. huhuhu nak lagii....huaaa.....
    makin baca makin nak tau cerita selanjutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen..esok malam ade bab 18 :)

      Delete
  19. Tak sabar nak tunggu satu bab ke satu bab...nak sangat pegang novelnya.

    ~k.min~

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah paling awal december..kalau x next year hee doakan ye :) tq so much Kak Min sebab sudi baca dan komen..

      Delete
  20. hehehe...danial tu saja je nak jumpa bella...
    kak long memang sporting habis...kesian kat bella kena buli...kikikiki
    chayok2 bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tq seed169 sebab selalu tak lupa berikan komen :) kak long dah team up dengan danial tiba2 sebab danial order kimchi dengan dorang hahaha

      Delete
  21. xsabar tunggu bab 18!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah esok malam ade :) tq sudi baca dan komen ye

      Delete
  22. Danial..danial.. takkan br bebwrapa jam dh mula teringat, terindu, terbayangkan bella kot.. haha dh mcm buat alasan nk jmp plak.. tak kena taste konon..blk umah jap g melantak kimchi tu.. umah ke spital?..hehe tak nyempat tgg discharge..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat hospital bukan main eksyen lagi..tu la..adakah dia dtg semata2 kerana kimchi aje? haha in syaa Allah esok malam suri post bab 18 ye..tq sebab selalu berikan komen :)

      Delete
  23. Suri, cepat-cepatlah terbitkan novel ni........ tak sabar nak baca hingga habis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah paling awal december..kalau x next year hee doakan ye :) tq so much sebab sudi baca ye

      Delete
  24. kak suri~~ tak sabarnyaaaaa nak dakap kimchi untuk dia ni. all the best kak suri! moga dipermudah segala urusan. ameen. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah paling awal december..kalau x next year hee doakan ye :) tq so much dearie..aminnnn :)

      Delete
  25. Eh.... Eh..... Eh.... Danial..... Apa ke hal nya tu? VVIP nk makan kimchi la sangattttt...... Padahal..... Ada agenda lain letewww.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD tqso much sudi baca dan berikan komen..esok malam suri post bab 18 ye :)

      Delete
  26. Hahaha. ..sabor je lah Daniel ni..., k.long pun satu pandai sungguh ambik kesempatan buat business...Nice one!

    ~k.La~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak long memang bijak ambil kesempatan untuk berbisnes..yang peningnya bella haha xD tq so much kak la sebab sudi baca dan komen :) esok malam suri post bab 18

      Delete
  27. KLIK bila nak terbit?....rindulah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLIK! juga akan diterbitkan..mungkin selepas KUD :)

      Delete
  28. Tak sabar nak tunggu episode2 seterusnya.... Sangat menggetarkan jiwa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much for your comment :) in syaa Allah esok malam ade bab 18

      Delete
  29. cakap tak serupa bikin lah tu....mau tapi ego...padan muka..mesti terkejarkan bella nanti hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kann xD tq sudi baca dan komen. esok malam suri post bab 18 ye :)

      Delete
  30. huuwwww!!! syok gila baca ni x sabar nk baca lagi nih... huuhuh by the way congrats yeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much miss vanilla coklat :) esok malam suri post bab 18 ye :) cite bella kat kampung xD

      Delete
  31. aaa...exhausted atas highway...arini baru dapat baca sambungan...best...seronok...haaa, tau cari Bella..ingatkan nak terus hati batu lagi Danial...hahaha..TQ tuk entri yang daebak, suri lovely...terubat kepenatan ini..^_^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan berikan komennn :) walaupun exhausted atas highway sempat jugak baca cite ni..really appreciate it :) have a good rest ya

      Delete
  32. Wah...best....x sabar tggu next n3...terbaik...k.suri cpt2 ler keluarkan novel kud & klik..semua novel kak suri dh jd koleksi nevel kesayangan june..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah esok malam ade new entry :) KUD and KLIK! akan terbit nanti in syaa Allah..tq sebab sudi jadikan kesemua karya akak sebagai koleksi ye :)

      Delete
  33. hi suri..x sabar nak baca next entry..semua cerita2 suri memang menarik..ada special entry utk klik x??

    ReplyDelete
  34. kak suri....sukee..cepat2 keluarkan buku

    affida ismail

    ReplyDelete
  35. Best kak suri wait for the next entry... waa Danial mulut kata benci tapi hati haa nak jugak jumpa si bella ni....

    ReplyDelete
  36. Best :-)

    -Athirah-

    ReplyDelete
  37. Best sgt2...........

    ReplyDelete
  38. Adoiyaii....tetiba lak nak mkn kimchi yg mcm bella buat...kak suri,full recipies yea...cite...daebak!!!!!!!!

    ReplyDelete
  39. msti lps ni daniel mkn bebanyak kimchi tu

    ReplyDelete
  40. Daebak la kak suri punya cerita ni!
    Hahah tibe2 rase mcm nk mkn kimchi pulak ni~ >.< πŸ˜πŸ˜‚

    ReplyDelete