DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Tuesday, 19 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 15]




Gila tak takut? Liar mataku memerhati sekitar kawasan lif. Sengaja aku memilih untuk melangkah ke arah lif yang tersorok ini. Sekurang-kurangnya kalau ditengkingnya aku nanti, tidak ada orang yang dengar. Hah! Itu pun dia!
Perut sudah pun memulas teruk tatkala terpandangkan kelibat lelaki itu yang berada di hujung sana. Bersama wajah yang bengkak dia sedang melangkah ke mari. Mulalah jantungku buat perangai gara-gara terlalu cemas. Sedikit sahaja lagi sudah boleh berhenti berfungsi gara-gara terlalu laju berdegup. Ah, mesti dia akan jerkah aku sekejap lagi. Get ready, Bella! 

Ada peluh halus merintik di dahi saat ini namun aku cuba juga memberanikan diri. Kelam-kabut aku melihat kunci di tangan.  Wajah sudah mula mencemik. Hati sudah semakin berserabut. Kereta apa ni? Manual ke auto? Sebab aku tak pandai pandu kereta manual! Ah sudah! Yakin betul kau yang dia nak benarkan kau pandu keretanya dengan sewenang-wenangnya. Ah, aku bukannya betul-betul nak pandu keretanya. Aku cuma mahu dia mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Dengan membawa lari kuncinya sahaja, dia akan keluar dari pantry itu.

"Are you crazyyy?!!"

Bergema kuat suara Danial di ruangan ini dan dengan automatik tanganku mengurut dada. Tersentak aku jadinya. Tarik nafas Bella..hembus. Tarik lagi..hembus. Bawak-bawak bertenang! Bulat mata lelaki di hadapanku ini menjegil ke arahku.

"Sa..saya bu..bukan nak ba..bawak lari kunci ni betul-betul pun. Saya cu..cuma tak nak awak berlengah. Ke..keadaan a..a.awak semakin teruk. Sa..saya cu..cuma nak awak da..dapatkan b..bbantuan perubatan." Sejak bila aku gagap ni? Bersusah payah aku menuturkan ayat itu  sambil mengundurkan diri ke belakang. 

"Who do you think you are? Kau ingat kau siapa nak sibuk tentang hal aku? Hah???!" Tempiknya dengan kasar. Terkejut punya fasal, kunci keretanya yang berada di dalam genggamanku terus kubaling ke arahnya.

"Nah kunci awak..s..sa..saya tak ada niat nak mencuri pun." Dengan pantas dia menangkap kunci yang kubaling itu.

"Just because I once shared a special relationship with your sister, doesn't mean you can mess around with me like this!" Bentaknya yang menikam tajam mataku. Terpempan aku seketika. Mataku berlari ke seluruh wajahnya yang merah menyala itu. Semakin teruk! Namun aku tidak berani untuk bersuara. 

"You and Sumayya..bagai langit dengan bumi. You are nothing like her..." Sinis sekali ayat itu menghiris telinga. Atas lesen apa dia mahu membandingkan aku dengan arwah Kak Ngah? Semarah mana sekalipun dia, dia tidak ada sebab untuk bandingkan aku dengan arwah! 

"Perempuan gila!" Bentakannya kali ini membuatkan aku geram. Lupa terus lelaki ini perlu mendapatkan rawatan untuk penyakit yang sedang menyerangnya. Hati yang menggelegak membuatkan aku lupa diri sebentar.

Kalau tadi aku menjauhi lelaki ini, tetapi sekarang kakiku melangkah mendekatinya. Ketawa nipis muncul di bibirku apabila mata kami saling bertikaman. 

"Memang..saya dan arwah Kak Ngah bagai langit dengan bumi. Fineee..to you I might be useless and nothing but could you please explain to me, Mr. Danial Lee..kenapa jiwa awak kacau setiap kali berhadapan dengan saya?  Why is that so?" Bentakku dengan sangat geram namun nada suara masih kukawal. Lelaki di hadapanku ini kelihatan mengetap giginya.

Serentak dengan itu juga aku lihat dia tersandar pada dinding. Tangannya kulihat mengurut kawasan dada beberapa kali. Tangan kanannya dikepal rapat sambil memejamkan mata. Aku mulalah menjulingkan mata ke atas.  Marah sampai macam ni sekali? Boleh jadi pelakon ni!

"Isk..isk.." Kepala kugelengkan ke kiri dan ke kanan bersama cebikan di bibir.

"Aik..saya cakap macam tu je awak dah boleh sesak nafas? Drama king jugak ye awak ni?"  Sinis soalan itu kuhamburkan padanya. Namun setelah beberapa saat berlalu, keadaannya masih juga begitu.

Sekejap-kejap tangannya memegang kerongkong dan sekejap lagi mengurut bahagian dadanya yang bidang.

"Danial..kenapa dengan awak ni? Janganlah buat macam ni. Janganlah main-main. Saya takut." Kelam-kabut aku jadinya.

 Apabila dia kulihat sudah mula tercungap-cungap sedikit ketika mengambil nafas, tahulah aku dia tidak main-main. Terus sahaja aku menyerbu ke arahnya yang masih bersandar pada dinding.

"Something is not right, something is not right Bella." Terketar-ketar aku meraupkan wajah. Apa aku nak buat ni?? Kenapa nafasnya tercungap-cungap?  Dia  diserang asma ke ni?

"Tolongggg!" Dengan pantas aku menjerit.

 Ya Allah, apa aku nak buat ni? Dengan tangan yang terketar-ketar ini jugalah aku cuba untuk menyentuh tali lehernya. Debaran rasa cemas bercampur dengan rasa janggal silih berganti saat ini. Walaupun tidak selesa, aku tetap juga melonggarkan tali lehernya.  Mata terus kuliarkan ke kawasan sekitar.

"Tolonggg!" Jeritku lagi. Tidak ada yang dengar ke? Jemari yang masih lagi terketar-ketar kini membuka butang baju lelaki ini. Sumpah, ini kali pertama aku membuka butang baju orang lain! Seorang lelaki pulak tu. Aku hanya mahu memudahkan dia bernafas sahaja. 

"Ya Allah awak boleh  bernafas ke tak ni? Saya tak pandai buat CPR!"
Ada getaran pada nada suaraku. Sikit lagi dah nak menangis. Peluh sejuk membaluti tubuh. Tubuh Danial Lee yang tadinya bersandar pada dinding kini kulihat terduduk di atas lantai.

Cemas bagai nak gila jadinya.  Telefon bimbit yang berada di dalam poket skirt kukeluarkan. Niat di hati ingin menelefon Kak Long. Baru sahaja ingin menelefon Kak Long dan berlari mendapatkan bantuan, mata milik seorang lelaki kulihat sedang memandang ke mari.

"Tolong encik..tolong!!" Terus sahaja aku menjerit. Lelaki itu pula dengan cemas berlari ke mari. Tubuh Danial Lee dipapahnya.

"Astaghfirullahalazim..kenapa ni Sir?" Gumam lelaki yang memanggil Danial Lee dengan panggilan sir ini. Tahulah aku dia mengenali lelaki ini. Kunci yang berada di dalam genggaman Danial dicapainya dan dia terus memandang ke arahku.

"Macam mana boleh jadi begini?"Soalannya yang tegas membuatkan aku ingin menangis.

Takkanlah kerana aku berkasar dengannya tadi dia jadi begini kut? Sampai sesak nafas? Kepala kugeleng dengan pantas.

"Saya tak apa-apakan dia..sumpah! Dia ni alergi makanan tadi. Tapi, tiba-tiba pula  jadi macam ni." Kelam-kabut aku menjawab. 

"Jom kita bawak dia ke hospital." Ujar lelaki berkulit hitam manis ini. Terus sahaja aku mengangukkan kepala.

Punat pada lif kutekan dengan pantas bersama rasa cemas yang tidak berpenghujung.

Bagaimana kalau keadaanya semakin teruk? Apa yang hendak kujawab pada Pakcik Dani? Bagaimana kalau tidak sempat sampai ke hospital? Adakah aku yang akan dipersalahkan kerana aku adalah orang terakhir yang bersama dengannya tadi? Umi..Bella takut. Diam-diam, ada air jernih  mengisi kelopak mata apabila melihat keadaan Danial yang semakin lemah dan dipapah masuk ke dalam lif oleh lelaki yang tidak aku kenali itu.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya. Tolong, Ya Allah.

***

Erghh..semakin cemas aku jadinya! Memulas-mulas urat perut saat ini. Bukan apa, kereta mewah Maserati buatan Itali  yang  dipandu oleh lelaki yang sedang duduk di hadapan itu kini bergerak seperti jet pejuang. Bergoyang-goyang tubuhku yang tidak besar mana ini. Sesekali ke kiri dan sesekali ke kanan. Sudahlah dia berkeras suruh aku duduk bersama Danial Lee di belakang. Memang over pemandu peribadi Danial ni.

Tapi, bagus juga dia bawak seperti di trek formula one, Bella. Tengok, perjalanan yang mengambil masa 15 minit kini jadi 7 minit sahaja. Bisik hatiku. Lega rasanya apabila kereta mewah ini membelok masuk ke dalam kawasan hospital.  Aku menoleh ke arah Danial Lee yang berada di sebelahku. Lemah betul kulihat keadaannya. Wajahnya semakin merah membahang. Aku amat pasti dia alergi terhadap sesuatu namun aku tak tahu pula apa yang menyebabkannya sesak nafas begini. Baru sahaja ingin merenung wajahya dengan lebih lama, dia membuka mata. Kami sama-sama bertentangan mata. Ada air mata berlinangan di pipinya saat ini membuatkan jiwaku sedikit sayu.

"Encik, cepat sikit encik..saya takut..."  Dengan cemas aku berkata begitu. Lelaki yang sedang memandu itu terus memandang ke arahku melalui cermin pandang belakang kereta.

"Kita dah sampai. Kurang 10 minit dari sekarang Sir Danial  akan diberikan rawatan." Ujar lelaki itu dengan penuh yakin. Aku tahu dia ada membuat beberapa panggilan ke hospital swasta ini tadi.

Tanganku yang tiba-tiba digenggam oleh seseorang membuatkan aku terkejut beruk. Terus sahaja aku menundukkan wajah memandang ke arah tangan kanan di atas riba. Tangan sasa milik Danial kini menggenggam dengan kemas tapak tanganku. Jantung yang tadinya berdegup dengan cemas bertambah mereng jadinya. Ada rasa luar biasa menjalar di segenap jiwa bersama rasa cemas yang tidak juga reda. Yang pasti bertambah serabut aku jadinya. Aku cuba untuk melepaskan genggaman tangan namun semakin erat tanganku digenggam. Terus sahaja aku menoleh ke arah Danial yang sedang memandang ke arahku dengan mata yang sangat sembap dan kuyu. Air mata kulihat merembes dengan lebih laju dari tubir matanya saat ini.

"Sumayya..i miss you.."

Ucapnya lemah. Sekali lagi dia kulihat sedikit tercungap-cungap mengambil nafas. Ya Allah, diingatnya aku arwah Kak Ngah. Pilu terasa hati melihat keadaannya ketika ini.

"Can't you see I'm dying here?" Rintihnya pilu. Aku cuba lagi untuk menarik tanganku dari genggamannya namun tidak juga berjaya.

"Danial..mengucap, Danial.." Ujarku bersama suara yang semakin bergetar. Air jernih yang memenuhi tubir mataku menunggu masa sahaja untuk jatuh.

"Please..lend me your hand sayang..just for a little while..because it's too painful, Maya..it's too painful sayang.."

Rayuannya benar-benar menggegarkan jiwa raga. Pilu nada bisikann suaranya menusuk jauh ke dasar jiwa. Aku tahu dia terseksa.Berjujuran air mata berlinangan dari kelopak matanya saat ini.

"It's okay to cry Danial..it's not because you are weak. It is because you have been strong for a long time.."

Tanpa sedar aku membisikkan ayat itu kepadanya. Akhirnya air mataku berlinangan tanpa sebab yang pasti di pipi saat ini.

"You promise me that you will never leave me..but where were you all these while? You had no idea how painful it was for me, sayang.." Semakin dia berbicara, semakin lelah kulihat keadannya. Pandangan kuhalakan ke arah pemandu di hadapan.

"Encik, lama lagi ke?" Dengan cemas aku bersuara.

"Kita dah sampai pun." Ujarnya sambil mengangukkan kepala.  Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus sahaja membuka pintu kereta dan keluar dari kenderaan.

Kelam-kabut aku membuang pandang ke luar tingkap. Benar, kami sudah berada betul-betul di hadapan bangunan hospital. Tanganku yang digenggam dengan semakin erat membuatkan aku menoleh ke arah Danial.

"Maya.." Erangnya sambil menutup mata.

"Don't ever leave me..because.." Air matanya berlinangan dengan semakin deras.

"I can't breath without you around.." Bersusah payah dia menuturkan bait-bait perkataan itu.  Bersama nafas yang tersangkut-sangkut dia merintih hiba.

Apabila nafasnya kulihat semakin teruk tersekat-sekat, aku menjadi semakin gabra. Serentak dengan itu juga pintu kereta dibuka dari luar. Kelihatan beberapa orang atendan hospital dan jururawat sedang meluru ke mari bersama strecther, tabung oksigen serta peralatan lain. Aku hanya mampu melihat dengan sisa air mata di pipi apabila mereka mula memapah Danial Lee dengan penuh cekap dan berhati-hati.

Kak Ngah, Kak Ngah sangat bertuah. Walaupun Kak Ngah dah pun pergi menghadap Ilahi, lelaki itu masih lagi mencintai separuh mati.

***




104 comments:

  1. Warghhh tak sabar nak tunggu the next chapter. Kemain suspend eh ending chapter nii aduh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  2. Oww..sedey nye..so paintful...rawatla hatinye bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  3. danial terbygkn sumayya? parah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca aisyah ♡ esok malam ade bab 16

      Delete
  4. Alegik ape ye c danial nih

    ReplyDelete
  5. Alahai kenapa rasa Mcm pendek sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ni memang pendek sikit. Bab 16 nanti panjang :)

      Delete
  6. Danial ni ...
    Haha
    Tq kak suri (:

    ReplyDelete
  7. Wow. Seriously wow. Hahaha. Best sangat! Tak sabar for the next entry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much for your comments :) esok malam ade bab 16

      Delete
  8. Sedihnya.. Knp dgn danial...

    -Athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  9. Org pertama ker sy..alaaa..kak surii..pendeknyaaaa...1 lg bole...???heheeh -mizz ejay-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  10. sedihnya.... tak tau nak cakap apa..all my hearts cried with him... seksanya dia... kan..adakah Bella akan cuba merawat hatinya..sedangkan jauh disudut hati..tak mungkin Bella sangup kerna.. Kak Mgah dah hidup didalam jiwa ..minda dan hatinya..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much kak ida sebab sudi baca dan komen ♡ esok malam suri post bab 16 :)

      Delete
  11. Org pertama ker sy..alaaa..kak surii..pendeknyaaaa...1 lg bole...???heheeh -mizz ejay-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  12. Uwaa.sedihh la pulak.
    pendeknya entry kali ni kak suri.huhu

    btw tq n Gambatte,kak!^^

    -dyla b-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  13. Replies
    1. Sorry kalau sedih sikit bab ni..esok malm ade bab 16 ♡

      Delete
  14. wahhh..best2..bab seterusnya akak suri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much dear for your comment..esok malam ade bab 16 kayy ♡

      Delete
  15. Penat baca!! Rasa cam sy lak yg nk selamatkan Daniel. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca and sorry tau kalau penat hehee esok malam ade bab 16 ;)

      Delete
  16. Ala....ckitnye, hope cepat2 dinovelkan dlm tahun nie jugak.semakin menarik..klu bca novel nie mst xle stop2 da... bce pai abis trus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab 15 ni mmg pendek sikit..esok malam double from this in syaa Allah :) terbit in december mungkin xD

      Delete
  17. Huhuhu.......bukan bella je cemas org yg baca pun cemas.bab ni sanggat menyentuh hati suri.antara sbb kenapa saya suka karya awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much for your comments..happy sgt menepati jika citarasa ♡ in syaa Allah esok malam ade bab 16

      Delete
  18. sober...T_T
    selalu boleh komen panjang2...arini sikit je...sebab syahdu...tunggu next entri suri.. ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry kalau sedih sikit..hehee tq sudi baca dan komen..esok malam ade bab 16 ♡

      Delete
  19. Myb allergy kena kacang kat kimchi kot ^_^ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee in syaa Allah bab 16 dpt tau alergi ape..tq so much sudi baca dan komen ♡ esok ade bab 16

      Delete
  20. Sedihnya...kesian danial rindu sgt dgb sumayya...
    btw, good job kak suri...xsabar tgu bab 16 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He miss her..thats right..:( tq so much sudi baca dan komen ♡ in syaa Allah esok malam ade bab 16 :)

      Delete
  21. Suka baca hasil karya kak suri ryana..cara penulisan yang matang dan tdk kebudak budakn mmg menambat hti saya..Congrats!!.. can't wait for nxt en3..keep it up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca karya2 akak :) nanti kak suri sambung bab 16 :)

      Delete
  22. Replies
    1. Sorry kalau bab ni pendek..in syaa Allah esok malam ade bab 15 ♡

      Delete
  23. Sedihnya... Tecian kat Danial, susah tul nak jumpa lelaki yg setia n blh menitiskan air mata nie.. Sentap tul.. Sob3... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lya kalau bab ni sedih sikit..in syaa Allah..esok malam ade bab 16..tq sudi baca n komen ye

      Delete
  24. Aaaa. Tq kak Suri :) suspen!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome ♡ tq sudi baca dan komen :) esok malam ade bab 16

      Delete
  25. Sukenye bab ni kak suri..
    Nampak sedih utk daniel n kesian utk bella.. -cik anon-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  26. alamak, misti danial igt bella tu sumayya.... nape sket agt n3 nye pn suri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry..bab 15 ni pendek sikit..bab 16 nanti lanjang dari ni ♡ tq so much sudi bacaaa

      Delete
  27. This entry makes me feel wanna cry...T.T...

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.T :( tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  28. This entry makes me feel wanna cry...T.T

    ReplyDelete
  29. I'm feeling very touched when Daniel express his painful. I hope he can accept the destiny that Sumayya was his past...

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's painful but somehow he has to accept the fact that she's gone..tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  30. Replies
    1. Tq soooo much ♡ in syaa Allah :) esok malam ade sambungannya :)

      Delete
  31. Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  32. Pendeknya.....but it's okay best kak suri touching skit ah, next entry please ala allergic ape ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry kalau bab ni pendek..bab 16 nanti akak panjangkan kay? :) bab 16 esok malam..akan reveal danial alergi ape nanti ♡

      Delete
  33. sedih la pulak bab 15 ni...sob2..
    next entry kak suri sayang... (sambil lap air mata... T.T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much niyaz ayani :) sorry sebab sedihh..esok malam kak suri post bab 16 ye

      Delete
  34. Very sad. ..poor Daniel has to go through all this painful feelings. .. good on bella being such a brave girl supportive understanding in this awful moment even though it hurt. ..
    -k.La-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Kak La, for your comments :) hopefully one fine day danial will have the guts to fully let go of sumayya. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  35. sian kat bella kalu kawen dgn daniel
    mamat tu trbayangkan maya bila pndang bella..
    msti bella sedih nnti..sob..sob..


    :TR:

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang haru kalau jadi camtu haha tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  36. Cemburu pulak saya kat Maya.. :( danial stay strong!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully you will meet with your very own danial one day :) tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  37. Danial allergic to Sumayya ke? hahaha. sbb nma Sumayya pun da blh sesak nafas

    >>k<<

    ReplyDelete
  38. Sedihnya! Bila nak sambung ye :'( .. Novel keluar bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah esok malam ade bab 16 ♡ xsure bila akan terbit..tp rasanye in december :)

      Delete
  39. Jangan le buat daniel alergic dgn kimchi yg dibuat oleh bella please....
    Nak sambungan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee alaa babak ni dah taip beberapa bulan yg lepas xD hee in syaa Allah dalam bab 16 nanti akan tau alergi ape..tq so much tau sudi baca dan komen ♡ :)

      Delete
  40. Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  41. Omo. Danial mcm sakit teruk..risau ni risau..huhu
    K.suri pandai buat orang tacing..best la kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn risau2 tau..malam ni akak post bab 16 hee tq sudi baca

      Delete
  42. mkin best citer ni...kak suri pndai buat citer n mkin suspens..tak sbr nk tau next episod...hri2 nk buka blog akk..hehe...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan tq for your comment :) nanti malam ni kak suri sambung bab 16 :)

      Delete
  43. huhuhu...siannya danial.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. :(:(:( tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)

      Delete
  44. tiap hari sya lawat blog sis nak tgk ada entry bab seterusnya nya ke x , sngt teruja membaca bikin penasaran hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca ye :) nanti suri sambung bab 16 :)malam ni most probably.

      Delete
  45. Sis ble nk post bab 16.. excited!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam ni..semalam celebrate bday..tak balik umah hehe..in syaa Allah malam ni ade

      Delete
  46. thnks kak suri..
    can't wait for the next entry..hihi

    ReplyDelete
  47. Xde pon..hu..hu

    ReplyDelete
  48. Tak blik lg k???

    ReplyDelete
  49. Kak suri next entry please hehe

    ReplyDelete
  50. kak suri oh kak suri, dah byk kali jenguk blog since last night, rindu nih....

    ReplyDelete
  51. Thanks sis. A very emotional chapter. 😢 didn't know that Daniel could be so loving. Thought that he will be an ice prince or something. .but his love for Maya..wow 👍 can't wait for the next chapter. 😉 and a very happy belated birthday to you 🎉🎊🎂 May Allah bless you always. ☺

    ReplyDelete
  52. Can't wait for next entry....tertanya2 ni.

    ReplyDelete
  53. Kak Suri next n3.....hehe memang syok la!

    ReplyDelete
  54. Kak Suri nak next entry x sabar dh nih..... :D


    -Fina-

    ReplyDelete
  55. Rindu pulak dgn danial ngan bella..... ok takpe kak suri take your time ,we'll be patience for the next entry

    ReplyDelete
  56. Wa menusuk kalbu...
    sentap sehh..:)

    ReplyDelete
  57. ape la sakit daniel tu eh... sampai sesak nafas. kalau dia da sedar nnt cmne la sebab dia bygkn bella tu maya. mst dia malu kot

    ReplyDelete
  58. bagi teaser baru.... RINDU NIE

    ReplyDelete