Untuk membaca bab 14 (full version), sila klik di sini :
http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-isteri-separuh-masa-14/
Sedikit sedutan Isteri Separuh Masa 14
“Berhentikan saya kat situ. Saya boleh jalan ke dewan kuliah.” Ujarku sebaik sahaja kereta melepasi pondok pengawal. Sempat aku menjeling ke arah lelaki yang memakai kemeja putih berjalur biru itu. Ada masalahkah dengan mataku? Aku mengelipkan mata beberapa kali. Wajahnya kelihatan semakin tampan pula hari ini. Ah, bahaya ni. Pandangan terus kualihkan ke arah masjid Al-Malik Khalid yang berada di sebelah kiri.
“As you wish. Aku pun bukan suka sangat kau duduk dalam kereta ni lama-lama.” Ujar lelaki itu dengan selamba sambil membelok masuk ke dalam kawasan masjid. Eleh, macamlah aku suka sangat duduk dalam kereta ni.
Lagipun, aku tak selesa kalau rakan sekuliah ternampak aku dan Abang Nazrin pergi ke kelas bersama. Mungkin Wanda, Jue, Mai dan Husna akan faham tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?
“Saya pun tak suka naik kereta ni. Tak selesa langsung!” Sempat lagi aku berkata begitu sebelum keluar dari kenderaan. Sebaik sahaja ingin menutup pintu, lelaki itu bersuara lagi.
“By the way, you better arrive on time. Aku tak suka student sampai lewat dari aku.” Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu, aku terus memandang ke arah jam di pergelangan tangan.
“Alamak! Dah pukul 8 : 50 minit pagi. Matilah aku! Kenapalah aku tak pergi aje dengan dia! Sempat ke ni?!!” Aku mengomel seorang diri sambil merenung kosong ke arah kereta Abang Nazrin yang telah pun meluncur dengan laju meninggalkanku.
Tanpa membuang masa, aku terus melangkah dengan laju. Ikutkan hati, ingin sahaja aku berlari menuju ke dewan kuliah A. Tapi mengenangkan baju kurung moden yang membaluti tubuh, aku batalkan sahaja hasrat di hati. Nanti takut tergolek pula kat atas jalan raya ni kalau tersalah langkah. Di dalam kekalutan, tiba-tiba sahaja aku terlanggar seseorang dan fail yang berada di tangan terjatuh ke bawah.
“Sorry.” Ujar lelaki yang kulanggar itu sambil mengutip failku. Aduh, masa-masa kecemasan begini pulaklah drama terlanggar orang ni nak terjadi!
“Eh, tak..saya yang patut minta maaf sebab dah terlanggar awak. Maafkan saya ye.” Ujarku dengan pantas. Lelaki yang berkemeja hitam itu kulihat tersenyum dan menggelengkan kepala.
“No worries. Nah fail awak.” Ujarnya sambil menyerahkan fail berwarna merah jambu itu kepadaku.
“Err..saya betul-betul dah lambat nak masuk kelas ni. Saya pergi dulu ye..” Aku berkata begitu sambil mengambil fail dari tangannya. Kemudian, tanpa menunggu jawapan dari lelaki berambut lurus itu, aku terus menyambung langkahku. Harapnya sempatlah aku sampai sebelum pukul 9 pagi.
*InsyaAllah, keseluruhan kisah dalam Isteri Separuh Masa 14 dapat dibaca esok. Nantikan ye.
Much Love,
Suri :)
hai kenapalh pendek sgt ni tak dn warm up dh
ReplyDeletehabis kena pula tunggu besok... kalau sambung esok bagilh panjang biarlh pembaca setia kat
sini rasa puas sgt kaaannn...
kat atas ni antara babak yang ada dlm ISM 14..sambungannya kali ni panjang dari bab 13..:) 10 pages 1.5 spacing. Dah hantar ke p2u..insyaAllah, esok mesti ada..nantikan ye..suri akan war2kan nanti :)
ReplyDeleteBagi cik abang yang sombong tu nampak... n ada cemburu sikit ...
ReplyDeleteSuri...suka la baca cerpen Suri,idea semua fresh,suka sangat! Kalau e-novel ni nak diterbitkan,sila la bagitahu ye :)
ReplyDelete-yang suka membaca-
kenapa tak bukukan je terus..best sangat cite ni..
ReplyDeleteyeayy.. sayang suri! ;) x sabar nk baca ism 14 yg panjang berjela tu.. well done dear! ;) harap2 cepat la kluar kt p2u esok :)
ReplyDeletex sabo nak baca lg...cpt la wat buku.
ReplyDeletesapa ek yg miinah tu langgar ...terujanya nak tahu..adakah mrk akan menjadi kekasih...
ReplyDeletesalam
kak idA
best kak suri! wow! 10 pages! mesti meletup punyaaaa~ thanks kak suri! ;)
ReplyDelete-kleo-
Alalala... Dag dig dug di dalam dada...
ReplyDeleteISM best!!!
ReplyDeleteeven busy, curi2 masa jugak baca story kak Suri.
All the best utk mss ISM kak =)
lrcturer baru jg ke??adoi,pesaing dah ade..kasik dr nazrin panas!!sombonk sgt..
ReplyDeletedah banyak hari tunggu..rasa tak sabar tunggu novel ni keluar..
ReplyDeletex sbr nk bce smbngn ism-14!
ReplyDeletedh bce.. best la kak suri...
ReplyDeletespe la agknya lelaki yg berlanggar dgn wani tu?? hhmm....?? harap dia dpt muncul lg bg nazrin jelez habiz... hehehe
suka baca ni.. cepat la sambung lagiiii. ;)
ReplyDeletebest tp tak mampu nak beli
ReplyDelete